14
Dec
09

Anwar Ibrahim Berhasrat Meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974

RANG UNDANG –UNDANG

bernama

Suatu Akta untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974.

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pembangunan Petroleum (Pindaan) 2009.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 10
2. Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan memotong tanda noktah pada penghujung seksyen tersebut dan memasukkan perkataan-perkataan berikut: “dan perkataan ‘di luar pantai’ bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had Zon Ekonomi Ekslusif bagi Persekutuan dan diukur menurut undang-undang yang diterima pakai oleh Persekutuan pada masa berkaitan”.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144). Pindaan ini memperjelaskan perkataan “di luar pantai (offshore)” agar ia mencerminkan maksud dan semangat sebenar semasa Akta tersebut digubal dengan pemahaman yang sama di antara Negeri-Negeri dan Kerajaan Persekutuan apabila bersetuju menyerahkan hak negeri-negeri keatas sumber hydrocarbon.

Pindaan ini juga bertujuan mengelak kekaburan di masa hadapan agar suatu regim fiskal yang jelas dapat ditentukan dalam industri minyak dan gas – pertikaian masa kini di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Ngeri khususnya Kelantan dan Terengganu memberi isyarat negatif kepada pelabur dalam sektor minyak dan gas di masa hadapan. Salah satu ciri yang diambilkira oleh pelabur dalam industri minyak dan gas ini ialah kejelasan, kestabilan, dan kepercayaan kepada sistem perundangan berhubung hakmilik sumber hydrocarbon. Tindakan Kerajaan masa kini yang mengeksploitasi segala kelopongan perundangan bercanggah dengan maksud dan semangat sebenar Akta tersebut dan memberi isyarat negatif kepada industri ini yang mesti dirumuskan dengan segera

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.


27 Responses to “Anwar Ibrahim Berhasrat Meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974”


  1. 1 Mohamad Dec 14th, 2009 at 4:41 pm

    Berdasarkan petikan perbahasan ini, maka tindakan Kerajaan Pusat tidak memberikan royalti kepada kerajaan negeri tetapi memberikan wang ihsan adalah tidak melanggar undang-undang berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Maka tindakan Pakatan Rakyat menghentam kerajaan persekutuan adalah salah dan zalim. Pemimpin Pakatan Rakyat telah memutar belitkan fakta sebelum ini tetapi menuduh kerajaan bersalah sedangkan mereka tahu pihak manakah yang bersalah sebenarnya. Apakah sikap seperti ini dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun seperti penduduk Malaysia? Mengainaya orang yang tidak bersalah demi mengejar kuasa politik adalah tindakan yang keji dan tidak berperikemanusiaan, amat kasihan terhadap kerajaan yang terainaya oleh tindakan tidak bermoral pihak-pihak yang suka menangguk di air yang keruh ini.

    Ketika ini, senang hatilah menghentam kerajaan, tapi bila anda dapat memerintah, maka lain pula jadinya. Lihatlah seperti di Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor, penindasan berlaku terhadap Barisan Nasional hinggakan Adun-Adun Barisan Nasional dihalang untuk bersidang untuk menegakkan ketidak adilan Pakatan Rakyat. Contohnya di Selangor, penggunaan Selcat untuk mengainaya Adun-Adun Barisan Nasional dan juga pentadbir-pentadbir daerah yang cenderung kepada Barisan Nasional, tetapi salah laku pemimpin pembangkang seperti tidak bermoral, mengganggu operasi pihak berkuasa dan menyalahgunakan wang negeri tidak disorokkan, untuk memastikan ianya tersorok, maka Adun Barisan Nasional disekat dari menghadiri sidang Dun dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal, perkara ini tidak pernah berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional di Selangor dahulu.

    Di Pulau Pinang, untuk menghalang ketua pembangkang Dun dari Barisan Nasional, Y.B. Datuk Azhar bin Ibrahim, tohmahan penggunaan bahasa kurang sopan oleh Timbalan Speaker dan tuduhan tayang punggung oleh oleh Adun Pantai Jerejak dari PKR telah digunakan untuk menghalang Y.B. Datuk Azhar bin Ibrahim bersidang dalam Dun Pulau Pinang. Apakah perkatan “Dua Tiga Kerat” tidak sopan? Tak tahulah di mana Timbalan Speaker Pulau Pinang belajar yang perkataan itu tidak sopan. Entah apa-apalah Pakatan Rakyat, sampai sanggup mengainaya orang bila berjaya memerintah.

    Begitu juga di Kedah, dengan suka hatinya memaksa Adun Kota Seputeh melepaskan jawatan untuk diadakan pemilihan baru hanya kerana Adun berkenaan tidak hadir dua kali kerana sakit, bukannya tidak pernah hadir langsung. Tanpa budi bicara terus paksa Adun berkenaan meletak jawatan, semasa pentadbiran Barisan Nasional di Kedah, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Apakah ini kepimpinan yang adil dan berhemah.

    Fikirlah tulisan saya ini sedalam-dalamnya. Sekian, terima kasih.

    Reply

    The MIND!!! Reply:

    encik mat,

    kalo kita kena bayar hutang, kita wajib bayar…..kalo kita ambik hak orang, kita wajib bayar hak (bahagian) mereka kembali….

    nama hang nama baik, perangai hang hampeh….bumi Allah adalah punca kekayaan itu….jadi kenalah bayar orang yang empunya hak itu seperti yang Allah dah kurniai mereka….itu saja. umno ingat apa2 hukum kat alam ni semua depa nak langgar….bahasa dalam perjanjian pun boleh diputarbelit untuk menghalalkan tindakan zalim umno ni….

    Tengku Razaleigh yang mengetuai Petronas dan yang merupakan teraju utama menggubal undang2 ini tahu ianya perlu di perbaiki kerana dia tahu umno sudah pusing ‘semangat’ perjanjian itu ikut suka mamak taik tu….istilah ini lahir masa mamak tu jadi menteri kewangan dan dia enggan bayar royalti ke negeri Terengganu….

    mat, membela orang zalim yang menganiayai umat Islam dan dari bangsa sendiri adalah lebih zalim oiii….apa hukum agama Islam kat bumi ini yang umno tak langgar cik mat oii?…

    The MIND!!!

    Reply

    a7 Reply:

    Syabas Dato’ Seri. LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!

    Reply

    Sarip Dol Reply:

    En MAmat…..KErajaan tu kan sebuah parti politik…..biasa la kena hentam…..kalau x nak kena hentam jangan le memrintah…

    Reply

    cormi Reply:

    en Mohamad jgn la pandai sgt . . .

    Reply

    batu kurau Reply:

    Askm cik mohamad.. Belajar sampai takat mana la hang ni.. Benda betul tetap betul,yang salah tetap salah..Lagilama BN memerintah,lagi hancur la negara kita..Cuba buka mata hang..Berapa juta habis kat EtemS,enjin kapal terbang,kapalselam,stadium runtuh,..Buat-buat x nampak kot? maklumlah orang BN..Hang kira apa halal haramkan,janji perut dan poket kenyang sudah la..TAKBIR!!!!

    Reply

  2. 2 boy19 Dec 15th, 2009 at 2:45 pm

    klu dh pnyokong bn tu memangla kata camtu.bn bt salah pun tetap sokong.bn yg mengainaya anwar pun tetap xnmpak

    Reply

  3. 3 boy19 Dec 15th, 2009 at 2:53 pm

    apala ko ni mohamad.jgn duk kata di kedah.tgk perak lg teruk bn rmpas kuasa dgn xikt undang2.
    smpai skrng eslesai.ko xnmpk ke memang ko ni dh buta

    Reply

  4. 4 Othman Inayatullah Dec 15th, 2009 at 3:20 pm

    Assalamualaikum wbt kepada saudara semuslim dan selamat berbahagia bagi yang bukan beragama Islam.
    Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada saudara Mohamad yang telah menggunakan segala kepandaian beliau dalam membalas kenyataan DSAI. Di sini saya tidak ini mengatakan kenyataan saudara Mohamad tersebut salah kerana itu adalah pandangan beliau yang saya kira beliau adalah ahli UMNO yang bersumpah hidup dan mati ku hanya UMNO. Oleh itu para pembaca sekian marilah kita berfikir tentang apa yang dinyatakan oleh Saudara Mohamad.
    1. Berdasarkan petikan perbahasan ini, maka tindakan Kerajaan Pusat tidak memberikan royalti kepada kerajaan negeri tetapi memberikan wang ihsan adalah tidak melanggar undang-undang berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
    Ulasan: Adakah saudara Mohamad dapat membezakan wang ihsan dengan royalti. Untuk pengetahuan saudara Mohamad, dalam istilah wang ihsan mengatakan bahawa jumlah wang diberikan oleh kerajaan pusat adalah ditentukan oleh kerajaan pusat. Tiada satu penunjukan nyata jumlah yang ditetapkan dalam pemberian wang ihsan. Jika dibandingkan royalti, telah ditetapkan bahawa 5% daripada keuntungan carigali hendaklah dibayar kepada negeri yang terlibat. Adakah saudara faham atau tidak maksud perjanjian. Perjanjian antara Petronas dengan negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Kenapa Petronas tidak mengadakan perjanjian dengan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Pahang? Jawapannya senang sahaja, negeri-negeri tersebut disahkan tidak mempunyai minyak. Dalam perjanjian itu tidak tercatat wang ihsan tetapi royalti. Tentang syarat 3 batu nautika dari pantai waktu air laut surut, atau lebih kurang 5.556 km di darat. Adakah semua pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sabah dan Sarawak berada kurang dari 5.556 km? Tidakah saudara Mohamad dapat membezakannya.

    2. Contohnya di Selangor, penggunaan Selcat untuk mengainaya Adun-Adun Barisan Nasional dan juga pentadbir-pentadbir daerah yang cenderung kepada Barisan Nasional, tetapi salah laku pemimpin pembangkang seperti tidak bermoral, mengganggu operasi pihak berkuasa dan menyalahgunakan wang negeri tidak disorokkan, untuk memastikan ianya tersorok, maka Adun Barisan Nasional disekat dari menghadiri sidang Dun dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal, perkara ini tidak pernah berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional di Selangor dahulu.
    Ulasan: Mana yang lebih kurang ajar, jika peruntukan yang diberikan untuk semua adun dihabiskan dalam masa 2 bulan. Peruntukan tersebut untuk setahun atau 12 bulan. Adun-adun BN telah menghabiskan dengan begitu cepat. Untuk pengetahuan saudara, adun tiada hak untuk meluluskan pembayaran. Yang berhak adalah Pegawai Daerah atau pemegang akaun. Tidakah pegawai tersebut buta atau kurang cerdik dalam meluluskan pembayaran sesuatu projek tersebut. Dalam Selcat rakyat telah mengetahui ada projek yang dibayar tetapi belum dilaksanakan. Adakah duit tersebut dari kocek seluruh adun yang terlibat atau duit BN atau UMNO. Mungkin saudara Mohamad telah mempunyai anak, apakah perasaan saudara sekiranya anak saudara membelanja habis wang sekolah mereka yang diberikan untuk seminggu dalam 1 atau 2 hari sekolah. Tentu saudara kata anak saudara ini boros. Tidakah adun BN penggal 2004-2008 boros?

    3. Di Pulau Pinang, untuk menghalang ketua pembangkang Dun dari Barisan Nasional, Y.B. Datuk Azhar bin Ibrahim, tohmahan penggunaan bahasa kurang sopan oleh Timbalan Speaker dan tuduhan tayang punggung oleh oleh Adun Pantai Jerejak dari PKR telah digunakan untuk menghalang Y.B. Datuk Azhar bin Ibrahim bersidang dalam Dun Pulau Pinang. Apakah perkatan “Dua Tiga Kerat” tidak sopan? Tak tahulah di mana Timbalan Speaker Pulau Pinang belajar yang perkataan itu tidak sopan. Entah apa-apalah Pakatan Rakyat, sampai sanggup mengainaya orang bila berjaya memerintah.

    Ulasan: Tidak perkara yang sama dilakukan oleh Speaker atau Timbalan Speaker di Dewan Rakyat. Contoh ahli parlimen Puchong digantung dari dewan kerana menanyakan kepada Najib tentang kes bunuh. Bagaimana pula semasa Pulau Pinang di bawah BN, ada ahli dewan DAP dihalau keluar. Bahkan dalam BN adalah pemimpin perogol, tetapi yang melaporkan kes rogal pula dipenjarakan. Tidakah itu suatu keistimewaan BN?

    Begitu juga di Kedah, dengan suka hatinya memaksa Adun Kota Seputeh melepaskan jawatan untuk diadakan pemilihan baru hanya kerana Adun berkenaan tidak hadir dua kali kerana sakit, bukannya tidak pernah hadir langsung. Tanpa budi bicara terus paksa Adun berkenaan meletak jawatan, semasa pentadbiran Barisan Nasional di Kedah, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Apakah ini kepimpinan yang adil dan berhemah.
    Ulasan: Saudara Mohamad adakah betul Adun Kota Seputeh tidak hadir dalam persidangan dewan kerana sakit? Kenapa pula ada wartawan yang bertemu beliau dalam satu majlis (catatan wartawan sinar). Kenapa pula surat sakit yang disertakan boleh dipertikaikan. Tidakah beliau sepatutnya menghubungi Speaker untuk memaklumkan ketidakhadiran beliau. Nampak sangat adun Kota Seputeh ini kurang ajar terhadap tugas yang diamanahkan kepada beliau. Apakah tugas utama seorang adun? Tidakah setiap adun dikehendaki hadir setiap persidangan dewan, pengecualian hanya diberikan oleh Speaker bukan Ketua Pembangkang. Tidak ketua pembangkan juga kurang ajar. Memang beliau bukan selalunya tidak hadir tetapi adakah kita layak guna alasan tersebut. Jika begitu sekira saudara atau ahli keluarga saudara dirompak, dirogol, dibunuh dan sebagainya, janganlah saudara buat laporan polis (tindakan)kerana mungkin mereka bukannya selalu melakukan perkara tersebut. Lepas ini saudara boleh memaklumkan kepada anak-anak dan isteri saudara tak payah solat kerana bukan selalunya kita tidak solat. Hujah saudara ini menunjukkan saudara ini lemah dari segi perbezaan undang-undang dan perlaksanaannya. Undang-undang diwujudkan untuk dilaksanakan bukan sahaja orang kebanyakan tetapi untuk bangsawan BN terutama sekali UMNO. Sebab itu ramai pemimpin UMNO terdiri daripada kaki rasuah, kaki betini, kaki judi, kaki mabuk dan sebagainya. Kerana mereka kebal dari undang-undang.
    Akhir sekali, saya boleh bayangkan tahap akademik saudara hanyalah SPM dan salah seorang pemegang jawatan dalam UMNO. Mungkin cawangan atau bahagian. PRU 13 mungkin saudara akan dicalonkan sebagai wakil rakyat. Dengan sifat saudara pandai bercakap dan pandai berjanji serta mengamal rasuah, saudara telah dipilih sebagai wakil rakyat. Oleh yang demikian, saya boleh bayangkan bagaimana kawasan yang saudara wakili. Andaian saya ini adalah merujuk kepada tulisan saudara. Saya mohon maaf sekiranya andaian saya salah.

    Reply

  5. 5 MamakUMNO Dec 15th, 2009 at 10:58 pm

    Final Budget vote also 20 pakatan MP missing, how want to pinda akta.

    Reply

  6. 6 Abd.Kadir Bin Abdul Rahman Dec 16th, 2009 at 7:07 am

    Assaklamualaikum, Saya kurang bersetuju dengan pendapat Saudara mohammad yang mengatakan bahawa para pemimpin Pakatan Rakyat sengaja menjadikan isu royaliti minyak sebagai agenda politik.Saya rasa beliau adalah ahli UMNO. Paling senang lihat sahaja ketika PBS memerintah Sabah apakah yang dilakukan oleh BN. Semua peruntukan untuk Sabah telah ditarik balik. Akibatnya rakyat Sabah hidup dalam kesusahan. Kemudiannya para penyagak dari Semananjung ini datang ke Sabah dengan membawa Work Order yang diberikan kepada ketua-ketua cawangan UMNO untuk menjalankan projek di tempat masing-masing. Bukankah menafikan hak kerajaan negeri itu zalim dan bukankah apa yang dilakukan oleh para pemimpin UMNOP pusat itu melanggar hak rakyat Sabah dan apa yang mereka lakukan itu tidak ada dalam perjanjian Malaysia. Malahan tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang rakyat mesti mengundi BN kalau tidak hidup akan susah. Maka nasiohat saya kepada para pemimpin UMNO dan pengikutnya supaya belajar menerima kekalahan dan sedarlah rakyat sudah bosan dengan Pak karut dari Malaya tu. kami di Sabah sudah menerima hakikat kuasa rakyat menukar kerajaan sebanyak tiga kali dan ini tidak termasuk taktik kotor BN ketika merampas kuasa dahulu dengan menggunakan wang dan membeli ADUN berketurunan katak tu….

    Reply

  7. 7 Mohamad Dec 16th, 2009 at 2:04 pm

    Kepada En. Othman Inayatullah, terpulanglah pada anda samada hendak teruskan dengan sikap anda ini atau mahu berfikir dengan lebih jelas. Berkenaan hal royalti dan wang ihsan, saya telah beritahu bahawa ianya dibuat berdasarkan peruntukkan undang-undang, tetapi anda masih tak puas hati. Ikut suka andalah, saya telah beri penjelasan samada anda nak terima atau tidak terpulanglah pada anda. Berkenaan perjanjian dengan negeri-negeri yang tak ada minyak yang tidak dibuat, anda mestilah faham, buat apa nak buat perjanjian berkenaan jika tidak ada keperluan. Macam kita nak beli ikan, buat apa kita pergi ke kedai jual basikal yang kita sendiri tahu dia tidak pernah dan tidak jual ikan.

    Berkenaan isu Selcat, anda sendiri mengatakan bahawa Pegawai Daerah berhak mengeluarkan perbelanjaan, maka tidak salahlah mereka berbuat demikian. Berkenaan tuduhan anda bahawa berlaku rasuah, anda tahukah apa jenis rasuah yang mereka buatkan? Jangan serkap jarang sahaja. Lihatlah kes Adun Seri Kembangan berkaitan kilang-kilang dan premis-premis tidak berlesen hingga melibatkan campur tangan SPRM, mengapa ini anda tidak bangkitkan sekali.

    Berkenaan kes di DUN Pulau Pinang, anda mesti jelas, kes Y.B. Gobind Singh Deo dihalau dari Dewan sebab tindakan beliau salah dalam mengeluarkan kenyataan yang tidak patut berdasarkan undang-undang Dewan Rakyat, manakala kes Y.B. Datuk Azhar Ibrahim pula adalah satu perkara yang pelik, apakah perkataan “Dua Tiga Kerat” itu tidak sopan, dimana tidak sopannya. Apakah itu boleh kita halau orang dari DUN?

    Berkenaan tugas utama Adun, ia bukan sahaja hadir sidang DUN, tetapi berkhidmat untuk rakyat, anda dan pihak Pakatan Rakyat kata beliau zalim, dimanakah kezaliman yang beliau lakukan? Kalau beliau zalim, macam mana beliau boleh menang lagi di DUN berkenaan pada pilihanraya lepas? Anda suka berprasangka buruk terhadap orang, itu tidak baik, kalau dipihak Pakatan Rakyat semua betul, tak hadir sidang DUN atau Parlimen selama-lamanya pun tak apa, sebab ada hal lebih penting, tapi kalau Barisan Nasional, dua hari pun sudah jadi isu. Apa ini?

    Terpulanglah pada anda menilai tulisan saya, anda perlu berfikir dalam konteks yang lebih jelas dan penuh etika, kalau kita dari awal sudah berprangsangka, sampai akhir pun kita akan penuh berprasangka jika kita tidak ubah sikap kita. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Sarip Dol Reply:

    En mamat mcm x der facta la cakap……cik mamat ni pengawas sekolah yer….

    Reply

  8. 8 Othman Inayatullah Dec 16th, 2009 at 10:28 pm

    Saudara Mohamad, terima kasih kerana ulasan anda. Tidakah orang itu bodoh bertanya ikan di kedai menjual basikal. Untuk pengetahuan saudara Mohamad, sekira bayaran sesuatu projek itu dibuat sedangkan projek itu tidak dilaksanakan, itu dikira sebagai apa? Tentang kilang haram atau permis tanpa lesan, tidakah itu peninggalan kerajaan BN/UMNO Selangor. Kilang-kilang haram ini bukan sahaja terdapat di Seri Kembangan tetapi diserta tempat di Selangor. Kenapa saudara tidak melihat bagaimana kilang haram boleh tumbuh umpama cendawan di Sg Buloh. Saudara juga melawat kawasan tersebut yang bersempadan dengan kem tentera (Kem Sungai Buloh). Bahkan ada kilang-kilang haram itu merapat dengan pagar Kem Tentera. Cuba tanya MBSA apakah tindakan yang diambil terhadap laporan yang tentera majukan. Jangan lupa peristiwa kilang mercun haram meletup di Sungai Buloh. Siapa yang memerintah Selangor pada masa itu? Siapa pemegang saham kilang haram tersebut?
    Adakah saudara Mohamad lupa, bagaimana adun DAP Melaka dihalau keluar dari dewan semata-mata beliau mempertikaikan akaunbiliti KM Melaka. Adakah saudara tahu apa kah yang dimaksudkan penggal dan mesyuarat. Dia tidak hadir 2 hari dalam satu sidang atau dalam 2 sidang berturut-turut. Kalau macam itu buang sahaja perlembagaan yang digunapakai oleh dewan. Yang kedua dia bukan orang baru di dewan, dia orang lama tetapi dia masih kurang ilmu tentang dewan. Saya hendak tanya saudara, siapa ketua dewan? Adakah MB atau Ketua Pembangkang? Saudara jangan lupa masa kita sekolah dulu kita diajar kalau hendak keluar kelas atas urusan apa sekalipun kena minta kebenaran dari guru. Sekiranya guru tiada, kita minta dari wakil guru iaitu Ketua Kelas. Jika tidak hadir sekolah, kita kena beritahu guru kita. Kenapa sistem yang sama tidak digunakan oleh Adun Kota Seputih. Adakah saudara lupa kalau kita tidak hadir sekolah, kita kena memaklumkan kepada sekolah. Begitu juga pekerja, kena maklumkan kepada majikan. Kecualilah kalau dia keja sendiri. Boleh saudara terangkan siapakah majikan setiap adun ataupun dewan rakyat. Saya akui beliau dipilih oleh rakyat tetapi apakah tanggungjawab beliau kepada rakyat yang melantik beliau. Setahu saya sehingga kini tidak ada ahli dewan dari parti PAS, PKR dan DAP pontang dewan tanpa kebenaran. Jika tidak dah lama mereka akan menerima nasib adun Kota Seputih. Contoh paling mudah dari tahun 31 Ogos 1957 sehingga hingga 8 Mac 2008, Kedah diperintah oleh BN(UMNO).
    Saudara Mohamad jangan lupa apa yang berlaku pada 14 Dis 2009 malam di Dewan Rakyat, Belanjawan 2010 hanya diluluskan dengan 3 undi sahaja. Mana perginya ahli parlimen BN? Jika pembangkang pada masa itu menpunyai ahli lebih dari BN, sebutan kali ke 3 belanjawan dalam dewan semestinya tidak diluluskan. Jika tidak diluluskan, Ketua Pembangkang boleh mengada YDP Agong untuk membubarkan dewan rakyat. Ini menunjukkan undi tidak percaya kepada kerajaan sekarang. Itulah contoh bertapa teruknya ahli parlimen BN termasuk beberapa kerat ahli parlimen pembangkang. Renungkan ya.

    Reply

  9. 9 suri Dec 17th, 2009 at 12:05 pm

    saudara othman kalau di layan si mohamad ni kita pun mcm org bodoh juga…dia rasa dia bijak dia betul tapi sebenarnya dia ni x faham apa2…

    org mcm2 ni susah nak di didik sebab kepala otak dia dah tumpul, tapi org mcm ni boleh berubah jika keadaan menimpa dirinya sendiri. kita perjelaskan satu persatu mengikut fakta yg ada tapi dia mati2 nak reply nak pertahankan ulasanya yg org berpelajaran mcm kita susah nak terima.

    saya x menghina encik mohamad…dulu saya juga pro umno terutama zaman mahadir (semasa di bangku sekolah menengah)..apabila pembangkang mengutuk BN ketika itu saya juga marah sekali sampai pernah tulis surat kepada ketua pembangkang Malaysia ketika itu (lim kit siang) suruh dia tinggalkan negara drp terus kritik kerajaan..tetapi setelah memasuki alam pengajian tinggi dan pekerjaan sehingga menceburi bidang bisnes ketika ini..baru saya faham mengapa daripada dulu hingga sekarang pembangkang terus kritik kerajaan…baru saya sedar yg mana salah yg mana betul…perlu ada pembangkang baru lah seimbang….

    kalau nak mengatakan ahli parlimen ni memang x akan habis semuanya sama…tengok saja Bung Mohktar radin kalau dah marah semua main hentam guna bahasa pasar…x kurang ahli pembangkang pun ada juga yg kasar…tapi ini bukan satu isu untuk kita nak ulas panjang2..yang penting diorg buat kerja untuk rakyat.

    encik mohmad ni kalau nak reply ulasan2 warga PKR umpama dia perdana menteri umpama dia pengerusi parti, umpama dia ketua hakim negara, umpama dia ketua polis negara, umpama dia caunselor unervestiti , umpama dia gabenor bank negara ….semuanya di tahap yg paling tinggi tinggal nak pasang sayap untuk terbang kat awan jer encik mohamad ni…asyik2 suruh kitaorg fikir dalam2 ulasan dia…mcm mana kita nak fikir kalau cakap mcm org x lulus peperiksaan UPSR..

    bagus hang tanam pisang belakang rumah je encik mohamad lepas tu pi jual dpt hasil lagi.

    Reply

  10. 10 Rakyat Berdaulat Dec 17th, 2009 at 5:16 pm

    Rakyat masih menunggu keputusan Mahkamah Persekutan untuk mengetahui siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

    Perbicaraan telah selesai pada 5 November 2009. Hakim-hakim yang mendengar perbicaraan itu telah menangguhkan keputusan mereka pada satu tarikh yang belum ditentukan. Sekarang sudah hampir sebulan setengah tetapi tarikh pengumuman keputusan hakim-hakim tidak disebut-sebut lagi.

    Kenapa wujudnya kelewatan dalam mengumumkan keputusan tersebut? Perkara ini menimbulkan banyak persoalan-persoalan kontroversi yang boleh menggugatkan kredibiliti badan kehakiman di negara ini. Tambahan pula, keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi ianya mesti nampak dilaksanakan.

    Keadilan merupakan kondisi kebenaran yang ideal secara moral mengenai sesuatu hal. Menurut sebagian besar teori, keadilan memiliki tingkat kepentingan dan implikasi yang besar dalam pemerintahan sesebuah negara.

    John Rawls, seorang ahli falsafah politik Amerika Syarikat yang terkemuka abad ke-20, menyatakan bahwa “Keadilan adalah ‘kelebihan’ pertama dari institusi sosial. Oleh itu, semua institusi awam termasuk kehakiman perlu memberi keutamaan kepada prinsip keadilan.

    Jika prinsip ini tergadai, maka hancurlah segala struktur atau organisasi yang memerintah sesebuah negara.

    Ketidakadilan harus dilawan dan dihukum. Jika perkara ini berterusan, banyak gerakan sosial dan politik akan berjuang menegakkan keadilan.

    Jika kita mengimbas sejarah dunia, ketidakadilan akan membawa kepada kepincangan. Banyak juga kerajaan dan dinasti yang kuat retak dan akhirnya hancur kerana tidak menghormati prinsip-prinsip keadilan.

    Keadilan intinya adalah meletakkan segala sesuatunya pada tempatnya. Ahli falsafah unggul Plato pernah membantah seorang ahli falsafah muda, Thrasymachus, kerana beliau menyatakan bahawa ‘keadilan’ adalah apa pun yang ditentukan oleh si terkuat.

    Tetapi, nampaknya di Malaysia teori Thrasymachus mula mendapat tempat dan dipraktikkan secara terbuka. Keadilan diabaikan semata-mata untuk terus berkuasa. Ini dapat dilihat didalam konteks negeri Perak, bagaimana Barisan Nasional menggunakan kekejaman dan kekerasan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

    Tambahan pula, Mahkamah juga tidak menunjukkan minat dalam menyelesaikan krisis politik ini dengan serta merta.

    Keadilan adalah sesuatu yang benar, sikap yang tidak memihak, penjagaan hak-hak seseorang dan cara yang tepat dalam membuat keputusan atau penghakiman

    Apakah gunanya kita bercakap tentang ‘the rule of law’ atau pemerintahan berasaskan undang-undang, hak kemanusiaan dan demokrasi jika pemimpin-pemimpin negara tidak lagi menghormati prinsip-prinsip keadilan yang asas.

    Setelah Dato Seri Nizar diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi, tidak sampai 24 jam keputusan telah dibuat semula untuk menyerahkan jawatan itu kepada Dato Seri Dr. Zambry buat seketika.

    Kes kemudiannya berlangsung pada 5 November 2009 dan sehingga kini belum lagi mendapat tarikh dan juga keputusan Mahkamah Persekutuan dalam isu yang dibangkitkan.

    Seluruh rakyat Malaysia sedang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan. Tetapi, ia membawa kekecewaan terhadap sistem yang sedia ada.

    Isu ini juga menampakkan lagi Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan diktator yang sentiasa penuh dengan ketidakadilan yang berpanjangan.

    Mereka membelakangkan rakyat yang ada dengan menidakkan hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka terutamanya kepada negeri Perak.

    Mereka menolak suara rakyat dengan melakukan sewenang-wenangnya tindakan yang memalukan negara dengan mempertahankan kerajaan boneka mereka di negeri Perak tanpa menghormati suara majoriti rakyat negeri Perak.

    Reply

  11. 11 thomas Dec 17th, 2009 at 11:15 pm

    Maaf ya sakit mental…..tidak tau direction.

    Reply

  12. 12 ban Dec 18th, 2009 at 2:20 am

    cuma beberapa peratus yang perlu dibayar kepada negeri berkenaan
    ini menunjukkan ketidak iklansan barisan nasional
    rakyat sedang memerhati tindak tanduk BN dan alasan yang di beri tidak masuk akal

    Reply

  13. 13 Mohamad Dec 21st, 2009 at 5:21 pm

    Kepada En. Osman Inayatullah, anda tengok dulu sahaja, tapi kini bila DAP pegang portfolio kilang haram bersepah kilang haram di Selangor sampaikan menjadi kes dengan SPRM tetapi malangnya SPRM pula menjadi kambing hitam kerana kematian misteri seorang saksi berhampiran pejabat SPRM Shah Alam. Rumah urut, kelab malam, pub bersepah-sepah di Selangor, kalau betul jujur dan ikhlas mengapa tak tutup sahaja semua itu, barulah ada perbezaan dan wajar anda tuduh Barisan Nasional itu dan ini, tapi anda pun bukan takat tumpang sekaki tapi sudah kedua-dua kaki terima benda ini tanpa diambil tindakan. Yang tahu hanya salahkan orang, tapi tiada tindakan, macam lagu bangau oh bangau pula. Sekian, terima kasih.

    Reply

  14. 14 Mohamad Dec 21st, 2009 at 5:22 pm

    Kepada En. Ban, berapa peratus anda hendak ambil, 100 peratus, kalau begitu tak payahlah bantuan tahunan dari kerajaan pusat.

    Reply

  15. 15 Mohamad Dec 21st, 2009 at 5:31 pm

    Kepada Cik Suri, saya dari dahulu suka kepada Barisan Nasional dan tiada sebab saya nampak untuk mengubah sokongan saya ini. Saya ada juga rasa kasihan pada PAS, tapi bila melihat tingkah laku mereka terus saya tak suka, entah apa-apa perangai mereka itu. DAP pula dari dulu sampai sekarang memang saya tak dapat terima sebab mereka tak tahu mengenang budi dan sombong serta bongkak. PKR lagilah, saya pun pening dengan parti ini, entah apa yang diperjuangkannya, asal benda itu untuk menghentam UMNO dan Barisan Nasional terus disokongnya. Sikap macam lalang, sekejap begini, sekejap begitu. Berkenaan bahasa pasar, macam mana pula Pengerusi DAP marahkan Pemuda UMNO, bukan takat bahasa pasar, dan bahasa makian yang digunakan, sesuaikah?

    Saya bukan penyokong membuta tuli mana-mana parti dalam Malaysia ini, tapi pihak yang berkelayakan dan wajar memerintah akan saya sokong, kalau Barisan Nasional berperangai seperti Pakatan Rakyat yang suka saman orang, fitnah orang sesuka hati, mencaci orang itu dan ini dalam ceramah sesuka hati, berdemontrasi hingga menyusahkan rakyat, saya pun tak akan sokong parti murahan seperti itu, tetapi kini Barisan Nasional masih lagi dalam kelas yang tersendiri yang tujuh lapan tangga lebih baik dari Pakatan Rakyat, jadi buat apa saya nak terima pihak yang lebih rendah, sedangkan sudah ada pihak yang berkelayakan yang lebih tinggi kedudukannya. Sekian, terima kasih.

    Reply

  16. 16 Rohas Pasir Pekan Dec 21st, 2009 at 10:46 pm

    Bila Dato’ Pa baru2 ni mengatakan DSAI sendiri indirectly mengakui yg Kelantan tak layak terima royalti bilamana DSAI ingin mengusulkan pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974, saya rasa pelik kenapa tokoh2 Umno Kelantan yang berjawatan di peringkat pusat mempunyai sindrom denial yang tinggi dalam hal ini as if seperti tidak ada semangat pembelaan kpd rakyat Kelantan. Padahal memang wujud clause2 yang kukuh untuk menyokong hak Kelantan dlm Akta ini dan hasrat DSAI untuk meminda some wording dlm Seksyen 10 umpamanya adalah supaya tak ada lagi pihak yg memanipulasikan definisi sebenar yg dihasratkan oleh penggubal asal Akta ini yg diterajui oleh Tun Razak and Kuli (dan dibantu oleh Tun Salleh). Suatu waktu dahulu sanggup Kerajaan BN divert pipeline project2 under CTOC ke Thailand rather than to Kelantan padahal Petronas has siginificant stake in CTOC. Walaupun jarak utk mendaratkan gas pipeline jauh lebih dekat. Takut sangat Kelantan under PAS jadi kaya bilamana OGT berada di Kelantan. Kan bagus kalu OGT dpt menyediakan beribu2 pekerjaan kpd rakyat Kelantan iaitu rakyat Malaysia juga.

    Seringkali kita lihat, pemimpim melayulah yang menindas melayu. Atas sebab melayu Kelantan masih mengekalkan kerajaan pimpinan PAS, maka mereka disiksa dlm pelbagai sudut. Inikah semangat demokrasi yg Umno BN cuba ketengahkan. Sekiranya parti2 pembangkang disamakan dan dilayan mcm golongan subversif, kenapa Kerajaan Umno BN tak hapuskan saja pendaftaran parti2 selain UMNO BN dan wujudkan saja tyranical Authoritarian dan buang terus demokrasi. Tentunya UMNO BN tak mahu sebab takut dipulau oleh Negara2 utama Dunia.

    Di US atau UK yg mengamalkan demokrasi tulen, mana ada kawasan2 pembangkang ditindas sebegini rupa. George Bush Jr, sebagai contoh, tak pernah tindas negeri2 yg dikuasai Demokrat semasa dia jd Presiden. New York, illinois dan beberapa lagi negeri under Demokrat, menerima peruntukan dari Uncle Sam (Federal Government)sama seperti negeri2 Republican, walaupun kita tahu Bush adalah pemimpin yang emotional. Di Uk pun sama, parti buruh yg memerintah semasa era Blair ataupun Gordon Brown sekarang tak pernah menindas kawasan2 yg dikuasai parti lawan.

    UMNO BN hanya diamanahkan untuk menerajui kerajaan persekutuan dan ini tak bererti harta, kakitangan kerajaan persekuatuan dsb adalah milik UMNO BN. Suatu waktu dahulu kita pernah dengar orang2 BN kata kalau sokong Opposition, toksah duduk di Malaysialah (seolah2 menderhaka kpd BN bererti menderhaka kpd Malaysia). Malaysia dan BN pada hakikinya adalah entiti yg berbeza.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kepada En. Rohas Pasir Pekan, di Amerika dan Britain, mereka tidak bertindak seperti Pakatan Rakyat yang selalu menghentam orang sesuka hati, mereka juga tak berdemontrasi tak tentu hala. Di Malaysia pun mana ada penindasan terhadap kawasan pembangkang. Lihat di Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur dikuasai oleh DAP, tapi ada jalan raya, sistem perparitan, kedai, sekolah, masjid, tokong, gereja, surau, balai polis, itu dan ini. Macam mana anda boleh kata kerajaan anak tirikan kawasan pembangkang? Berkenaan tuduhan anda bahawa kerajaan PAS Kelantan yang disiksa pelbagai sudut, sahlah tuduhan anda ini fitnah. Mana ada, ada rakyat Kelantan yang dipaksa buat kerja tanpa gaji? Adakah anak dara rakyat Kelantan dirampas sesuka hati oleh Barisan Nasional? Adakah harta benda penduduk Kelantan dirampas sesuka hati oleh Barisan Nasional? Berkenaan hal royalti petroleum, kerajaan berbuat sedemikian kerana telah diperuntukkan dalam undang-undang bahawa itu hak milik kerajaan pusat, kalau PAS mengetuai kerajaan pusat sekalipun dia berhak nak ambil royalti petroleum di Terengganu, Sabah dan Sarawak sekalipun, orang tak boleh nak bangkang sebab ia hak milik kerajaan pusat, tapi kalau nak berikan hak milik sementara kepada negeri-negeri berkenaan pun tak salah juga, ia milik kerajaan pusat. Jadi tak payahlah nak pertikai orang sangat, sebab nanti orang pertikai kita balik lepas kita berhadapan dengan perkara yang sama. Sekian, terima kasih.

    Reply

  17. 17 timbun Dec 25th, 2009 at 3:27 pm

    Saya amat sokong penuh atas usul pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang dikemukakan oleh DSAI.tetapi saya amat terkilan sebab DSAI tidak memasukan pindaan pemberian wang(Royalty) oleh Petronas kepada negeri-negeri pengeluar patroleum iaitu daripada 5% kepada 20% sepertimana DSAI telah bersetuju dengan rakyat Sabah.. rakyat Sabah kecewa dan hilang kepercayaan atas janjinya itu sebab peluang yang pertama kali beliau membuat usul pindaan Akta Patroleum 1974 yang dikemukan itu tidak pun menyebut pindaan Royalty berkenaan?!!harap DSAI dapat jelaskan.

    Reply

  18. 18 klate gomo Feb 10th, 2010 at 1:22 pm

    sedih , kerajaan pusat sebenarnya tahu kedudukan sebenar hak kelantan terhadap royalti tetapi dengan kuasa yang mereka ada mereka boleh melalakukan ape sahaja..ini bukan asing bagi kita rakyat malaysia apabila sikap tidak puas hati wujud dalam diri maka kita akan menafikan hak yang sepatutnya.sikap dendammmmm..umno atau bn sememangnya masih tidak dapat menerima hakikat yang bahwasanya kelantan adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi tetapi kerajaan pusat cuba menyembunyikan fakta yang sebenarnya dengan memutarbelitkan fakta kepada mereka -mereka yang kurang ilmu pengetahuan tentang sejarah semasa tun razak…ku razali dan tun salleh abbas..kesempatan ini di gunanakan pihak tertentu bagi menghapuskan keistimewaan sebenar rezeki anugerah allah taala.selagi negeri kelantan dipinpin oleh pas atau parti pembangagkan maka selama itu lah umno atau kerajaan pusat akan menganiaya atau mendera…negeri kelantan ..kerana wang manusia lupa ………..

    che muhammad tak payah bagi komen lah kalau tak pandai nak bercakap…macam sekolah takat darjah 6 jer…semua orang yang baca tulisan che mohamad nampak che mohamad macam tak ade ilmu jer…cakap banyak ikut hawa nafsu jer bukanya fakta….

    Reply

  19. 19 muslim Feb 11th, 2010 at 10:24 pm

    kepada mohamad…tolonglah masukkan sesuatu yang lebih berilmiah dan membina..Baik BN atau Pakatan Rakyat..mungkin masing-masing ada kelemahan dan kelebihan..jika sukar membuat pilihan, baliklah ke pangkal jalan..jalan Islam yang lagi terang dan menyuluh..Tegakkan Islam pasti segalanya akan tertegak..Kerajaan yang memerintah dah diberikan mandat, adakah mereka bersungguh tentang Islam?Lihat di media-media massa utama, di muka depan akhbar kerajaan dan di tv tajaan kerajaan..amat jarang sekali memberitakan tentang pembangunan Islam di Malaysia melainkan pembangunan ‘bangunan di sana-sini’, provokasi terhadap pembangkang demi mengutuhkan tampuk pemerintahan di singgahsana, mensensasikan keputusan mahkamah yang tidak masuk akal sekaligus mempermainkan sistem kehakiman negara, dan akhirnya semua perkara ini akan dijadikan bahan untuk ditertawakan oleh rakyat di dalam negara yang ‘bijak’ dan masyarakat di serata dunia. Perjuangan dan lontaran kata-kata pemerintah sedia ada sekarang ini di platform-platform utama tidak lebih demi memperjuangkan kesinambungan kerusi-kerusi yang dimenangi serta meraih sokongan dan hamburan pujian disamping terdesak menangkis tohmaham-tohmahan pedas dan tajam yang akhirnya mereka menggunakan ‘cara jahat’ untuk menyelamatkan diri. Slogan-slogan perpaduan(1 MALAYSIA, PERPADUAN TERAS KEJAYAAN) kian kedengaran hanya setelah lebih 50 tahun memerintah, yakni setelah mereka hampir dikalahkan PILIHANRAYA yang lalu. Jadi apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh BARISAN PEMERINTAH selama ini? SEMANGAT KEBANGSAAN? Hanya Yahudi yang memperjuangkan bangsanya lebih daripada orang lain. Jika ‘memenangkan ISLAM’, jangan gusar lagi tentang Kebangsaan, perpaduan, ekonomi hatta kerusi parlimen sekalipun. Pastinya semua terjamin. Semua ini jelas dan saya kira SAUDARA MOHAMAD juga merasainya.

    Reply

  1. 1 Usul Berkenaan Kejatuhan Ketara Pendapatan Petronas « Dewan Pemuda PAS Sarawak Pingback on Dec 15th, 2009 at 12:11 am

Leave a Reply