Dari Malaysiakini
Oleh Rahim Sabri
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka.
“Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam,” kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan kepada Malaysiakini.
“Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam.”
Beliau diminta mengulas kontroversi kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Parlimen berhubung peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.
Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan seorang menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.
Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.
Amidi, yang kini memangku jawatan presiden Abim, berkata kerajaan seharusnya mengikut contoh Rasulullah yang bersikap adil kepada penganut agama lain sewaktu memimpin di Madinah.
“Jadi selaku kerajaan yang memerintah, kerajaan juga seharusnya mencontohi Rasulullah SAW, terutama dari sudut peruntukan kepada bukan Islam,” katanya.
Beliau berkata, ABIM menyokong jika kerajaan juga memberi perhatian kepada kesejahteraan agama lain memandangkan masalah sosial yang semakin banyak berlaku.
Disoal sama ada kerajaan harus menambah peruntukan bukan Islam, Amidi berkata kerajaan bukan sahaja harus menambahkan peruntukan tetapi juga perhatian untuk melahirkan masyarakat beragama di Malaysia.
Bagaimanapun pembahagian itu juga harus menepati lunas Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.
“Maka satu masyarakat yang beragama harus menjadi satu ciri kepada rakyat Malaysia,” katanya.
“Ia juga membolehkan masyarakat agama lain mempraktikan ajaran agama mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.”
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pula menyifatkan “tidak elok” dibandingkan peruntukan untuk masjid dengan rumah ibadat bukan Islam.
“Tidak elok dikaitkan bersama. Permohonan peruntukan (orang bukan Islam) boleh dimajukan tanpa dikaitkan dengan (peruntukkan) umat Islam,” kata presidennya Zaid Kamaruddin.
“Penganut bukan Islam boleh memohon untuk rumah ibadat mereka secara berasingan.”
Ditanya kewajaran kerajaan menambah peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam, beliau berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keperluan rakyat dipenuhi tanpa mengira bangsa dan agama.
Manakala Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula berkata mengikut tafsiran Islam sebagai agama rasmi persekutuan, ia bermaksud kerajaan berhak mengeluarkan dana kepada orang Islam khususnya untuk pusat ibadat umat Islam.
“Jadi tidak timbul masalah ketaksamaan mengeluarkan dana kepada rumah ibadat Islam atau bukan,” kata presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz.
Mengulas kewajaran menambah peruntukan kepada bukan Islam, beliau berkata ia bergantung kepada keperluan masyarakat bukan Islam dan jumlah pertambahan penduduk bukan Islam di sesuatu kawasan.
“Populasi bertambah ramai, maka keperluan dana untuk rumah ibadat pun bertambah. Ia bergantung kepada keperluan. Tiada keperluan, tidak wajarlah ditambah.
“Begitu juga masjid atau surau, dana bergantung kepada keperluan pada satu kariah,” kata Muhammad Faisal.









Sehubungan dengan “adil dalam pembahagian”, saya berpendapat penyelesaian masalah lebih utama. Tidak guna peruntukan yang besar kepada mana-mana pihak jika pembahagian itu menambahkan masalah yang sedia ada.
Islam diturunkan untuk menyelesaikan masalah. Maka, tindakan perlu dalam pembahagian peruntukan perlu dibuat mengikut kata muafakat. Saya kurang pasti bagaimana dasar yang diguna pakai oleh kerajaan dalam pembahagian peruntukan untuk keperluan rumah ibadat.Namun, saya lebih cenderong untuk mencadangkan bahawa setiap ketua-ketua agama dijemput untuk mendengar pandangan dan permasalahan masing-masing.
Selanjutnya, pembahagian dibuat mengikut keperluan serta masalah yang sedia ada. Maka, di sinilah perlunya persefahaman dalam membuat kata putus.
Soal agama resmi atau bukan agama resmi tidak perlu dijadikan isu. Kerjasama ke arah kesejahteraan perlu diberikan keutamaan. Maka, saya bersetuju usaha ABIM mengesa kerajaan memberikan perhatian kepada keperluan Masyarakat Bukan Islam.
Reply
Atas Semagat 1Malaysia kita harus ada kerpecayaan penuh pada pelembagaan negara yang mana hak hak ugama lain, sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan ugama kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa intipati sejak kita merdeka adalah atas sikap teloransi yang tinggi setelah kita merdeka 52 tahun ini maka semagat yang sama harus diperkukuhkan demi kesinanbungan serta timbang tara yang mencabar apa bila pemikiran rakyat telah memasuki era kebijaksanaan serta kesedaran hak hak sebagai rakyat kian tinggi akibat perbuatan para peminpin masa kini tak kira dari UMNO BN mahu pun Pakatan rakyat. hiliran dari pertembungan dua pihak ini secara tidak langsung rakyat megalami apa yang di panggil “kejutan tengkorak” yang mana dalam tengkorak terletaknya otak yang menbuat rakyat berfikir bahawa selama ini mereka telah di tipu oleh UMNO BN.
Terima kasih juga kepada Pakatan Rakyat kerana telah berjaya mencorak minda Rakyat menjadikan rakyat lebih pintar tentang hak hak mereka yang termaktub didalam perlement , kini bara meraka tahu bahawa Sepeker dewan rakyat serta MP dan ahli DUN ,MB adalah kuli kepada Rakyat!!! mereka berteriak dan tepuk meja untuk Rakyat!! sekarang bila rakyat tahu hak mereka , perkerja rakyat ini maka kuat berkerja , jika tidak mereka akan di pecat oleh rakyat bila PRU. corak politik malaysia telah memasuki era “menbuang buruk” dan akan persoalanya sama ada “sekah” atau “gegak” terletak ditangan rakyat. ayoh !! rakyat jom merubah!!!
Reply
Berkenaan dengan isu rumah ibadat bukan Islam tidak diberikan perhatian oleh kerajaan, saya mesti menyampaikan kesetujuan saya terhadap apa yang dipertengahkan di artikel ini. Sejak kemerdekaan negara kita, terutamanya semasa zaman pentadbiran Tun Mahathir, perkembangan agama Islam telah menjadi polisi utama kerajaan kita.
Di sini, saya perlu memperjelaskan pendirian saya, bahawa saya bukan mempertikaikan kewibawaan agama Islam di negara kita, malahan menyokongi tindakan kerajaan dalam membangunkan agama Islam yang telah didirikan sebagai agama rasmi negara kita seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun demikian, kerajaan juga perlu memberikan sokongan kepada rakyat bukan Islam dengan memperuntukkan sebahagian wang untuk membangunkan rumah ibadat masing-masing. Setahu saya, gereja-gereja Kristian, tokong-tokong Buddhis Cina, dan kuil-kuil Hindu selama ini dibina dengan duit pungutan penganut diri-sendiri, dan peruntukkan kerajaan tidak cukup untuk menampung 1% daripada kos pemeliharaan dan pemuliharaan rumah-rumah ibadat tersebut.
Di sini, saya perlu menyuarakan bahawa Malaysia ini bukan kepunyaan orang Melayu dan orang Islam sahaja. Ianya kemilikan semua orang yang berasal dari tanah ini, tidak kira Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam. Jadi adalah tidak adil jika dikatakan “tidak elok” dibandingkan peruntukan untuk masjid dengan rumah ibadat bukan Islam dan Permohonan peruntukan (orang bukan Islam) boleh dimajukan tanpa dikaitkan dengan (peruntukkan) umat Islam. Kalau saya tidak salah beranggapan, peruntukkan yang diturunkan oleh kerajaan kebanyakannya datang daripada cukai rakyat, yang ditampungi oleh semua orang yang membayar cukai, tidak kira Islam ataupun tidak. Sekiranya seseorang itu yang beragama Islam kata adalah tidak elok dan tidak adil kalau cukai yang dibayarnya digunakan untuk membina gereja, bolehkan seseorang itu yang bukan agama Islam itu kata sebaliknya?
Kepada semua muslim yang berfikiran fundamental kolot, saya perlu menyedarkan anda semua bahawa Malaysia bukan negara Islam seperti Iran dan Iraq, tanah ini juga didiami oleh bilangan orang bukan Islam yang banyak, kalau dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain. Jangan sekali-kali menyisihkan keperluan orang bukan Islam dan meminggirkan permintaan mereka. Kalau hendak dibandingkan golongan rakyat siapa yang menyumbang lebih banyak bahagian cukai kepada negara secara betul-betul, saya berani cakap bahawa orang-orang Islam di tanah ini tidak layak untuk menuntut peruntukkan yang sebanyak itu, kerana separuh daripada cukai itu disumbangkan oleh pembayar cukai bukan Islam.
Di sini saya juga perlu mempertahankan pendirian Nga yang selalunya dikritik tidak patriotik dan sering mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kewibawaan Islam di negara kita. Beliau memang berani menyuarakan bantahannya terhadap ketidakadilan yang berlaku kepada orang-orang bukan Islam di tanah ini, tetapi ini tidak bermakna dia inginkan kejatuhan kedudukan orang Melayu dan orang Islam. Sila ubahkan mentaliti bahawa permintaan untuk keperluan orang bukan Melayu dan bukan Islam bersamaan dengan menjatuhkan permintaan dan keperluan orang Melayu dan Islam! Mentaliti itu adalah membinasakan keutuhan dan stabiliti masyarakat Malaysia. Apa yang kami mahukan bukan ketamatan kuasa hegemoni orang Melayu, tetapi sikap yang lebih adil daripada kerajaan.
Reply
Intan Sakinah Reply:
December 16th, 2009 at 11:43 am
Saya berbaik sangka atas pandangan Johnson Lim. Tapi, apa yang saya nak katakan, Umno sebagai badan pertubuhan politik Melayu serta yang mengaku menganut Islam telah mengharu-birukan kefahaman manusia tentang Islam. Cakap tak serupa bikin.
Bukti, tengok saja PM kita tu, bini pun tak tutup aurat (engkar pakai tudung) sedangkan menutup aurat itu satu kewajipan yang dituntut ! Maka, tak hairanlah pentadbiran mereka juga kucar-kacir !
Reply
Trima kasih kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)kerana lebih prihatin dan lebih memahami keadaan ini.kami juga memohon kepada Abim,agar membantu terutama hak kami untuk bebas mengunakan kalimah “Allah” yang telah diharamkan serta “Alkitab” yang telah ditahan oleh pihak berkuasa.Nampaknya,kami rakyat Malaysia (ditindas tanpa disedari).Seakan-akan kami tidak dipandang sebagai penyumbang kepada kemakmuran dan pembangunan negara.Kami adalah pembayar cukai negara ini dan sama-sama ingin menikmati kemudahan yang ada.Kami perlu beribadah dan memerlukan tempat yang selesa.Kalau kita lihat perkembangan dan sejarah Malaysia,agama Kristian lebih banyak mendiamkan diri.Kerana berdoa itu lebih mujarab dari pada mengadakan kekacauan.Apabila kami ingin bersuara,kami sebagai manoriti dianggap sebagai penganggu dan menimbukan sentimen agama.Kami bersyukur,kerana Abim adalah badan yang benar-benar menunjukan tanggungjawabnya sebagai “kalifah” di bumi ini.Terim kasih Abim.Segala pujian adalah untuk-NYA.
Reply
Sudah banyak rumah ibadat bukan Islam yang ada di Malaysia, sampai ada yang buat secara tidak sah pun ada tapi kerajaan tak pula suka-suka hati merobohkannya kerana kerajaan prihatin terhadap masyarakat bukan Islam. Tak payahlah nak jadi ambil kesempatan politik ke atas perkara ini, boleh lihat samada ini ikhlas atau tidak, dulu masa dalam kerajaan, mengapa Penasihat PKR tak perjuangkan perkara ini? Sebab perkara ini tak perlu sebenarnya. Kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia, jangan terpengaruh dengan sentimen keagamaan yang dimainkan oleh pembangkang, mereka suka mengambil kesempatan. Tindakan mereka ini boleh mencetuskan ketegangan antara agama. Ini adalah salah satu muslihat politik untuk menekan kerajaan supaya mengambil tindakan salah supaya boleh berlaku kekacauan dalam negara. Berdasarkan komposisi kaum dan agama, bilangan umat Islam lebih ramai dan jika berlaku kekacauan, keselamatan orang bukan Islam adalah lebih terancam dari golongan orang Islam, saya bukan hendak menakut-nakutkan masyarakat, tetapi sekadar untuk memberikan peringatan, jangan sampai nanti kita kehilangan anak, isteri, suami, ibu, bapa, datuk, nenek, cucu, cicit dan saudara mara baru kita hendak menyesal, sudah tidak berguna. Jangan bergurau senda dengan sentimen perkauman dan agama, ia akan menyebabkan kekacauan yang dahsyat, kita pernah lihat sebelum ini pada Peristiwa 13 Mei 1969, Rusuhan Singapura 1967 dan sebelum itu Rusuhan Tahun 1947, apakah kita mahu peristiwa ini berulang kembali, pemimpin-pemimpin politik yang mengapi-ngapikan perkara ini akan lari ke luar negara, yang tinggal ialah rakyat yang terpaksa bertarung antara hidup dan mati, jadi sedarlah semua, jangan mainkan lagi sentimen agama dan kaum untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan negara. Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. Johnson Lim, sila perhatikan semula perlembagaan Malaysia yang mana mengatakan kerajaan boleh mengambil dana dari sumber kerajaan untuk tujuan pembangunan agama Islam, jadi En. Johnson Lim jangan keterlaluan sangat mempertikaikan itu dan ini, ini sudah termeteri dan dipersetujui oleh semua pihak sejak merdeka sebagai balasan kemurahan hati orang Melayu memberikan kerakyatan kepada pendatang dari luar. Anda sepatutnya bersyukur yang kerajaan tidak bersikap zalim terhadap agama lain, malahan agama lain bebas diamalkan di Malaysia tanpa sebarang sekatan seperti mana yang berlaku di negara-negara luar, termasuklah di Eropah seperti di Peracis yang melarang pakai tudung, dan di Switzerland, pembinaan menara masjid dipertikaikan, kemudian di Greece, masyarakat Islam di utara Greece tidak dapat membina masjid meskipun jumlah mereka di sana puluhan ribu orang, selama puluhan tahun mereka menunggu kelulusan kerajaan Greece, tetapi sehingga kini, mereka masih menunggu. Lihatlah toleransi yang matang di Malaysia dengan sikap prasangka di negara-negara luar. Selama ini, masalah hal orang-orang bukan Islam dan masalah orang Islam telah diperjuangkan secara tertutup dalam kerajaan supaya tidak berlaku sebarang konflik agama yang boleh mencetuskan kekacauan. Pemimpin Islam dan bukan Islam dalam Barisan Nasional mengamalkan sikap menang-menang untuk semua pihak, kalau ada masjid atau tokong atau kuil atau gereja kena dipindahkan atas sebab-sebab tertentu, maka kerajaan secara kolektif berbincang dan mengambil persetujuan bersama untuk mengani masalah ini secara menang-menang dan bukannya bersikap menang kalah. Anda perlu berwaspada dalam tindakan anda supaya jangan menyebabkan anda dipandang serong oleh pihak lain. Semoga anda meneliti sejujurnya tulisan saya ini untuk keharmonian rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Reply
Perbincangan berkaitan agama dan kaum adalah bahaya untuk dibincangkan secara terbuka, ini kerana pada satu pihak dia menganggap betul apa yang diutarakannya itu kerana ia berkaitan dengan agama dan kepercayaanya, tetapi ia juga mungkin boleh mencetuskan rasa tidak senang hati dan marah sekelompok yang lain pula yang rasa maruah agama mereka dipermainkan. Saya berharap pihak Pakatan Rakyat bersikap rasional bila memperkatakan sesuatu, jangan kerana nak dapatkan pengaruh politik dari kaum-kaum tertentu, perkara yang amat berbahaya seperti ini dibincangkan. Saya sebelum ini telah memberi komen-komen terhadap tulisan-tulisan dari pengunjung artikel ini, tetapi bila dilihat semula, terdapat komen yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama, tak payahlah saya nyatakan disini, tapi anda lihat semula komen-komen yang diberikan oleh pengjung artikel ini. Memang senang kita menghentam orang itu dan orang ini, tetapi kita kena lihat implikasi yang besar yang akan kita tanggung di atas kelalaian kita memberikan komen hingga mencetuskan rasa sakit hati dan geram kelompok lain. Perkara yang dibincangkan ini sebenarnya tidak perlu bangkitkan kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Pesekutuan seperti mana jawapan saya kepada En. Johnson Lim dan En. Ulam Batar, adalah salah kalau kita mempertikaikan persetujuan bersama yang diperolehi sejak dari kita memperolehi kuasa untuk mentadbir dan memerintah sendiri lagi. Saya harap semua pihak faham akan hal ini dan jangan keterlaluan berbincang benda-benda yang kita tak tahu atau kurang tahu secara semberono. Ini kerana kesannya amat dahsyat jika berlaku letupan perasaan oleh mana-mana pihak yang berasa terancam dan dipermainkan. Semoga anda meneliti tulisan saya ini sedalam-dalamnya untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. Sekian, terima kasih.
Reply
Nick Reply:
December 15th, 2009 at 11:05 pm
Apakah tulisan anda melambangkan kesepaduan kaum dan keharmonian bebas menganuti agama kepada yang bukan islam? orang jahil pun memahami nada dan lagu yang anda mainkan Islam lebih ramai, kaum lain pendatang, sebenarnya anda tidak langsung menyatakan kesediaan bertoleransi dengan mereka yang bukan islam atau kaum lain apa tah lagi membangkitkan isu keadilan sejagat cuba bandingkan RM748 juta dengan RM9 juta berapa bezanya? Kita tidak sedikitpun menafikan bahawa Islam adalh ugama rasmi dan bukankah peraturan atau perlembagaan digubal menuruti kehendak masa dan keadaan? Negara kita Malaysia diurus tadbir oleh pemimpin pelbagai kaum dan agama? Tidakkah boleh diimbangi sedikit peruntukan ini Bayangkan RM 748 untuk Islam sahaja sedangkan RM 9 untuk Kristian, Tokong Budha, Kuil Hindu dan lainlain agama di Malaysia??? Mohamad, fikir-fikirkan lah.
Reply
engok alin Reply:
December 16th, 2009 at 10:45 am
Saya akui isu ini agak berat untuk di bicarakan secara terbuka tertapi dalam cyber adalah tertutup, bukan di akhbar atau di TV arus perdana. sudah sampai masanya setelah kita merdeka 52 tahun kita dan rakyat harus memikirkan satu anjakkan berfikir megikut semasa (zaman). Rakyat kini adalah kebanyakannya dari gologan terpelajar cara mereka berfikir jauh berbeza sewaktu kita baru merdeka dan ini harus kita terima dengan hati yang terbuka kita tidak boleh lagi lari dari kenyataan hakiki apa yang Negara hadapi. oleh yang demikian sudah sampai masanya para peminpin tak kira UMNO BN atau Pakatan Rakyat duduk di meja bujur untuk menelah atau menegkah supaya dapat satu jalan terbaik untuk digunapakai dalam isu agama di negara ini ini penting atas tututan zaman ini bukan soal siapa berhak,ketuanan,peribumi atau sebaginya hidup dan dunia ini harus dikongsi.
Orang melayu harus menerima hakikat bahawa Malaysia ini 1malaysia semua hak dan agama semua kaum termaktub didalam pelembagaan. perlu diingat cukai Judi juga masuk ke pembedaharaan dan di bena masjid, serta gereja,tample,tokong,wat dan sebagainya kecuali agama ayah pin yang dilihat kerajaan langit.
Reply
angkasawan nasa Reply:
December 16th, 2009 at 5:30 pm
Betul juga pandangan engok alin kalau UMNO boleh duduk semeja dengan komunis berbincang di kulin kedah antara Tungku dan Ching Peng takan UMNO tak boleh duduk dengan Pakatan Rakyat untuk berunding dalam soal ugama. Jika UMNO engan berbincang dengan PR pasal Ugama ini bermakna, UMNO lebih sudi percaya Ching Peng (komunis) dari Rakyatnya sendiri (Pakatan rakyat).
harapan kita semoga rundingan Ugama ini diadakan di kulin kedah!
Reply
Kepada En. Nick, saya telah terangkan sebelum ini berkenaan hal tersebut. Ini bukan kerana tiada toleransi antara agama dan kaum, tetapi perkara ini dibangkitkan atas dasar kepentingan pihak-pihak tertentu untuk mengaut populariti politik. Saya tidak setuju dengan hal ini. Bila telah ada kesepakatan dalam sesuatu hal, kita tidak boleh memandai-mandai nak ubah itu dan ini, ia akan mendatangkan rasa tidak senang hati orang lain yang akan rasa dipermainkan dan pihak lain pula rasa dianaktirikan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Orang-orang yang menggubal perlembagaan itu telah berkorban sebahagian kehendak mereka demi keperluan pihak yang lain, mereka ada sikap berbudi dan membalas budi sesama mereka. Janganlah kita bersikap tidak kenang budi dan bersikap perkauman dan keagamaan yang melampau hingga mencetuskan ketegangan yang akan merugikan negara kita. Kalau setakat kita seorang sahaja menerima akibatnya tidak apalah, kerana memang salah kita, tetapi kalau ribuan lagi yang tidak bersalah dan tidak tahu menahu apakah hal sebenarnya menjadi korban atas kelalaian kita yang sepatutnya tidak dibuat, apa yang kita akan dapat? Puaskah hati kita jika orang lain kehilangan anak, isteri, suami, ibu, bapa, datuk, nenek, cucu, cicit, abang, kakak, adik, saudara mara dan rakan taulan yang lain? Saya telah tulis sebelum ini bahawa hal ini tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka kerana pihak-pihak berkaitan dalam kerajaan telah berbincang secara tertutup untuk mengelakkan sebarang ketegangan akibat rasa tidak puas hati. Anda sewajarnya bersabar dan meneliti hal ini betul-betul sebelum membuat tuduhan melulu, ia akan menyebabkan kekacauan yang dahsyat. Semoga anda meneliti tulisan saya ini sedalam-dalamnya untuk kesedaran diri anda. Sekian, terima kasih.
Reply
Kepada En. Angkasawan Nasa, anda rakyat Amerika sebab itulah anda tak faham apa yang saya katakan tadi, isu ini dibincangkan secara tertutup oleh pemimpin Barisan Nasional untuk mengelakkan berlakunya rasa tidak puas hati oleh pihak yang tak faham dan tak reti bahasa, bukannya UMNO tidak bincang langsung dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional berkenaan hal ini.
Berkenaan isu agama yang hendak dibincangkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, saya rasa anda sudah terlalu berfantasi En. Engok Alin, dalam Barisan Nasional, mereka berbincang secara tertib, tiada tumbuk meja atau tendang kerusi bila tak puas hati sebab mereka kembali kepada asas negara kita iaitu Perlembagaan Malaysia. Tapi dengan Pakatan Rakyat, ia bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk populariti murahan Pakatan Rakyat sahaja berdasarkan sikap mereka ini. Kalau digunakan untuk kepentingan politik, dan rakyat diketepikan, bukan setakat tumbuk meja dan tendang kerusi lagi, akan ada tumbuk menumbuk di tubuh badan dan akan berlaku kekacauan di luar lagi seperti yang berlaku di Perak bila berkaitan dengan pengembalian kuasa eksekutif kepada Barisan Nasional oleh Sultan Perak berdasarkan kedudukan DUN semasa. Jangan terlalu idealis, kalau tak berbincang lagi pun dah ada suasana panas di sesetengah tempat samada dari pihak orang Islam atau bukan Islam, apatah lagi bila berdebat dan bukan lagi berbincang berkenaan hal ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kalau ia dibincangkan secara berhemah tanpa mengejar populariti politik murahan, ia tiada masalah, ini kerana sudah berpuluh tahun Barisan Nasional memerintah, tiada masalah penindasan yang dihadapi oleh pihak minoriti di Malaysia.
Kepada Saudari Intan Sakinah, siapa yang mengharu birukan keadaan dan menyalah fahamkan keadaan? Barisan Nasional tak bersikap perkauman seperti DAP dan PAS. PKR pula tak tahulah, seperti lalang, apa sahaja ada untung politik semua mereka masuk, entah apa-apalah sikap mereka ini. Selama berpuluh tahun, kita hidup aman damai hinggalah budaya demontrasi dan demokrasi barat yang tidak sesuai dengan kita di bawa masuk ke negara kita oleh pihak-pihak yang tamak kuasa. Mengapa MCA dan MIC setia bersama UMNO sejak tahun 1955 kalau betul UMNO bertindak jahat dan kejam terhadap orang Hindu, Buddha, Kristian, Tao dan lain-lain? UMNO dari dahulu sampai sekarang berpegang kepada sikap bekerjasama dan berkongsi serta hormat menghormati. Itu juga yang dipegang oleh MCA dan MIC serta parti-parti komponen lain selepas penubuhan Barisan Nasional menggantikan Perikatan. Hormat menghormati, dalam Islam sendiri dalam Surah Al-Kafirun ada menyebut, ” bagimu agamamu, dan bagiku agamaku” yang menjelaskan kita tidak boleh mengacau hak orang lain terhadap agama, adat, budaya dan lain-lain milik orang lain. UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, dan lain-lain hal bepegang teguh kepada semangat toleransi dan sikap mengenang budi serta apa yang dipersetujui dalam Perlembagaan Malaysia, mereka bukannya suka menarik dan membiarkan diri mereka ditarik sesuka hati, tetapi semangat Perlembagaan Malaysia yang mereka pegang. Perkara inilah yang tiada dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat memfokuskan politik tanpa mempedulikan hal rakyat umum dan keadaan negara. Berkenaan hal isteri Perdana Menteri yang anda kata tak tutup aurat, dia berpakaian sopan, malahan berkenaan aurat itu sendiri ulama memberikan berbagai definasi ada yang kata seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan dan ada yang kata bahagian yang boleh mendatangkan rasa syahwat sahaja. Lagipun Datin Seri Rosmah bukan telanjang bulat atau berpakaian seksi sepanjang masa, malahan beliau berbaju kurung, bukannya bikini atau pakaian dalam sahaja. Tetapi anda lebih baik nasihatkan pimpinan Pakatan Rakyat yang suka bercakap tipu dan mencaci orang sesuka hati itu, mana lebih teruk, tak pakai tudung atau atau mencaci maki orang hingga orang lain sedih? Kalau anda kata saya tipu dan suka memfitnah Pakatan Rakyat, anda lihatlah keadaan semasa. Fikirlah tulisan saya ini sedalam-dalamnya, sekian, terima kasih.
Reply