07
Dec
09

Makna Dan Kesan GST (Golongan Susah Tertindas)

Dari PerakExpress

Oleh Labu-Labi

Sebelum aku teruskan tajuk ini, kita tengok trend perniagaan di Malaysia. Aku bukan ahli perniagaan, dengan kata lain ‘businnesman’, oleh itu aku tak mahir dalam selok belok perniagaan. Aku tak mahu menyentuh GST secara teperinci. Kita biarkan kepada ahlinya untuk membahaskan dengan lebeh teperinci. Apa yang aku nak sentuh, sekadar aku sebagai pengguna serta akibat dari perlaksanaan GST tu nanti.

Apa sebenarnya GST tu. GST adalah singkatan dari ‘Goods and services tax’. Dalam melayunya ‘ cukai barangan dan perkhidmatan’.

Di negara kita telah diperkenalkan pelbagai cukai atau inggerisnya ‘TAX’. Mengapa cukai diperlukan bagi sesebuah negara dan bilakah cukai mula diperkenalkan ?

Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama digunakan. Tapi pokok tujuannya serupa. Cukai atau Tax. Ianya bertujuan baik, demi kebajikan bersama. Supaya yang kaya dapat membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi apabila manusia semakin tamak dan rakus, maka cukai cukai tersebut berubah corak menjadi penindas kepada golongan miskin. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin terus papa kedana.

Dalam Islam, ia nya dikenali sebagai zakat, zakat fitrah, zakat perniagaan dan sebagainya, itu bagi yang beragama Islam. Bagi yang tidak beragama Islam, tetapi bersedia bernaung dibawah panji panji Islam, maka mereka dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai kepala.

Tetapi, sekiranya ketua kerajaan Islam, merasakan dia telah tidak sanggup untuk mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam tersebut. Dengan kata lain, Kerajaan Islam tersebut tidak sanggup mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam dari sebarang serangan luar, keatas mereka. Maka kelompok bukan Islam tersebut terlepas dari cukai yang dikenakan keatas mereka.

Begitulah Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab dari dunia hingga akhirat, hatta kepada bukan islam sendiri. Semuanya demi kebaikan dan kesejahteraan Umat manusia. Sebab nabi Muhammad diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam, bukan sekadar untuk Umat Islam sahaja. Itu secara ringkas tentang ukai dan tanggungjawab dalam Islam.

Kembali kita kepada pokok asal kita. Cukai dan GST.

Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas tadi, cukai telah diperkenalkan sejak lama dulu. Begitu juga di Malaysia. Bila berlaku perubahan demi perubahan. Pelbagai cukai bertambah dan bertukar ganti. Namun cukai cukai tersebut semakin hari semakin membebankan, golongan miskin dan papa kedana. Mengapa ini berlaku. Sedangkan tujuan asal cukai itu tadi adalah untuk kebaikan bersama. Yang kaya membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi mengapa terbalik jadinya, yang kaya terus bertambah kaya, yang miskin semakin terhimpit, akibat dari cukai cukai tersebut.

Apabila GST diperkenalkan kelak. Sekadar yang aku faham, ianya akan dikenakan kepada sesiapa yang membeli lebeh banyak. Bermakna lagi banyak barang yang akan kita beli, maka, lagi banyak lah cukai yang akan kita kena. Lebeh mewah barang yang kan kita beli, lebeh banyak cukai yang akan kita bayar. Itu ikut faham singkat aku berdasarkan aku sebagai pengguna.

Apa yang aku nak kongsi bersama alah berita dari utusan malaysia online pada 27 November 2009 bertajuk ‘GST pada 4 peratus’ dan satu lagi pada 4 Disember 2009 bertajuk ‘GST tidak bebankan rakyat’. Dua tajuk itu jelas menunjukan, bahawa kerajaan akan tetap melaksanakan GST di Malaysia, mulai tahun 2010. Begitu indah dan lunaknya bahasa ynag digunakan demi mencapai maksud yang tersirat.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia, sesuatu cukai itu, apabila telah diperkenalkan maka susah untuk di buang. Ianya akan menjadi biawak hidup yang meragas dibelakang kita.

Seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini, setiap cukai yang diperkenalkan, walaupun untuk dikutip dari golongan yang berada atau kaya, tetapi akhirnya kita yang susah ini lah yang akan menanggungnya.

Mengapa aku kata begitu. Ini jelas kita rasai dalam sejarah perniagaan di Malaysia. Para peniaga besar (tokoh koperat) di Malaysia, di lindungi. Bukan oleh undang undang, tetapi oleh golongan ‘bangsa awan’. Siapa kah golongan ini ? Mereka adalah orang yang kita angkat untuk duduk disitu. Kita telah meletakan mereka sebagai ‘dewa’. Lebeh penting lagi, mereka ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun, hatta undang undang sekalipun.

Apa kaitan cukai dengan ‘bangsa awan’ dari golongan ‘dewa’ ini ?

Mari kita tengok, apa yang terjadi kepada kita selama berpuluh tahun dan siapa yang sebenarnya nya ‘merogol’ kita balik, tanpa belas kasihan.

Contoh mudah:

Harga gula dan tepung untuk kegunaan harian kita. Semua orang perlukannya. Apa yang berlaku ?

Semua tahu, gula dan tepung adalah barangan kawalan, bermakna untuk menaikan dengan sewenang wenangnya akan ditangkap dan didenda. Hatta menyimpanya secra berlebehan juga dianggap salah. Tetapi siapakah yang menaikan harga tersebut. Kerajaan sendiri istiharkan harga tersebut terpaksa dinaikan, dengan pelbagai alasan yang indah indah.

Mengapa ini berlaku ?

Mudah, atas desakan tokoh koperat yang mengusai perniagaan di Malaysia.

Siapa mereka ?

Orang ada disekeliling golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’

Apa akibat dari kenaikan tersebut ?

Golongan miskin makin terhimpit.

Adakah golong kaya akan merasa susah akibat dari pelbagai cukai dan aturan ?

Ya, mereka akan merasa susah sekira mereka tidak memberi apa yang golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ ini perlukan. Tetapi sekiranya hajat golongan ini termakbul, maka tokoh koperat atau golongan kaya ini akan tetap terjamin, tidak terusik sedikitpun.

Oleh itu GST, buat lah apa juga undang undang atau aturan, akhirnya akan menekan golongan susah dan miskin. Dengan pelbagai cara dan kaedah.

Mengapa aku katakan golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ tidak boleh disentuh oleh sesiapa, hatta undang undang sekalipun ?

Kita ambil contoh kecik, yang budak budak pun faham. Berapa banyak kes orang politik yang ditutop dan dihilangkan begitu sahaja. Sebahagiannya dilupakan dan cuba dilupakan. Tapi golongan ikan bilis atau yang menentang sahaja yang di ‘highlight’ kan.

Kes Khir Toyo, kemana menghilang ? Kes Isteri dia, juga, kemana menghilang ? Kes Rafidah Aziz, dalam saham menantu. Ezam yang kena tahanan sebab keluarkan dokumen rasmi, dah keluar semula dari. Kini dah masuk sekongkol dengan mereka. Tapi kemana menghilangnya kes itu ? dan banyak lagi kes kes yang besar dan kecil yang tiada undang undang di Malaysia yang mampu mengatasi mereka.

Mengapa terjadi begitu ?

Kerana mereka ini golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa sakti’.

Mereka ini akan memperkenalkan GST pada 2010. Sama sama kita tunggu nanti. Ambang 2010. Yang penuh misteri.

Apa dia GST tu, ulang sekali lagi aku nak dengar …….

Golongan Susah Tertindas……


25 Responses to “Makna Dan Kesan GST (Golongan Susah Tertindas)”


  1. 1 tebuan madu Dec 7th, 2009 at 11:59 am

    teringat alkisah hikayat semasa saya menuntut di bawah madrasah Yayasan Anda Akademik 1977… putaran ganas kemiskinan. tok guru kata yang kaya bertambah kaya yang miskin papakedana. itu dalam sistem ekonomi kapitalis. dulu zaman P.Ramlee kisah nujum pak belalang rakyat rompak harta raja lepas tu mereka agih keuntungan satu untuk engkau satu untuk aku. di selangor zaman pemerentahan Khir Toyo. pemimpin merompak harta rakyat mereka agih keuntungan pendapatan SYABAS satu untuk engkau dua untuk aku dan seterusnya.
    aku tak tahulah SENDIRI MAU INGAT.

    Reply

  2. 2 fauzi@Oz Dec 7th, 2009 at 12:33 pm

    Sesuai dengan Slogan BN (Barang Naik) undilah lagi BN

    Reply

    gengis khan Reply:

    Orang melayu telah di kenakan cukai barangan sejak zaman kesultanan Melaka lagi apa bila berdagang barangan tersebut terus di cukai oleh Pihak Shahbandar sistem cukai barangan ini dihidupkan semula oleh UMNO pada 2010.Pada zaman kesultanan Melaka semua cukai di tampal pada pokok pokok atau dengan memukul gendang pemberitahuan.

    Dibawah jajahan takluk UMNO sekali lagi umat melayu di kenakan cukai “barangan” dalam suasana Rakyat berdepan dengan kelembapan Ekonomi UMNO memukul Gendang bahawa GST akan di mulakan pada 2010.

    Reply

  3. 3 Boring Dec 7th, 2009 at 1:16 pm

    GST are good in a way for the Govn to collect revenue but not when we are paying so many high taxes,cars,road tax,driving lisence,business lisences and personal tax etc. All this will increase the cost of living.

    Malaysia we are paying so High Tax on Car’s etc…Hopefully it will not be a Country like many Countries where the Standard Of Living Is Low But The Cost Of Living Is High.

    Reply

  4. 4 arie Dec 7th, 2009 at 1:20 pm

    biasalah 2… esok2 klu tertindas durang umumlah 2 kenaikan gaji… lagi, supaya selari dgn kenaikan harga barang… jadi lama2 durang ja yang hidup… yang miskin tetap miskin… masa undi bagilah elaun RM 30 ka… alasan tambang turun mengundi…. kat sabah YB hutang kasino ratusan juta masih ok lg…

    Reply

  5. 5 wah Dec 7th, 2009 at 4:21 pm

    Sebelum kesan GST, saya rasa ramai Kontraktor Pembinaan telah mula merasa tertekan dalam memmabaharui Lesen CIDB, kontraktor dikehendaki mengumpul mata CCD(Contrator Contininous Developement Program)dimana mereka mesti menyertai setiap program yg dianjurkan oleh CIDB atau ajennya.Program ini memang mebebankan Kontraktor kerana bayaran dikenakan keatas setiap program yg disertai.Dalam krisis Ekonomi sekarang peluang untuk dapat tender sempit dan persaingan harga menjadi-jadi. Sukar bagi kontraktor untuk mendapat tender.Selain daripada itu kos beli dan mengira tender pun bukan murah. Kerajaan kita semakin hari tidak menggunakan kebijaksana mereka untuk membantu rakyat,tapi sebaliknya seperti Lintah Darat yg menghisap darah rakyat tak kira hari siang atau malam. Setiap kementerian mempunyai ramai penolong menteri.Secara lansung ini telah membesarkan kos pentadbiran. Kerajaan Pusat sepatutnya berlajar dari Corporate Swasta yg berjaya dalam pentadbiran mereka yg bersistem yg membawa kemajuan kepada perniagaan mereka. Dengan ini setiap sen yg dikutip dari rakyat dapat dilaburkan dengan berfaedah kpd rakyat. Kalaulah kerajaan masih berdegil tak mahu buat perubahan,gunakan wang mengikut suka hati mereka , rakyat akan membuat perubahan besar dan tukarkan mereka.

    Reply

  6. 6 Pengutip Cukai Dec 7th, 2009 at 4:59 pm

    Saya tak fikir penulis benar-benar faham konsep GST, selama ini cukai perkhidmatan dan cukai jualan telahpun siap-siap dibayar oleh pengilang/ pengimport dan pemberi perkhidmatan contohnya bukan semua barang yang diimport bercukai, tetapi barang-barang bercukai yang digunakan oleh pengilang untuk mengilang barangan akan dijual kepada pengguna termasuk nilai cukai dan pengguna kena bayar jugak cukai tu, itu dipanggil cukai berperingkat tapi sekarang ni GST bermakna cukai seperingkat sahaja…bila ada GST, semua cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dikutip oleh pihak KASTAM tidak lagi dikutip..so, sama je..

    Reply

  7. 7 zamy Dec 7th, 2009 at 5:28 pm

    satu untuk kau satu utk aku……mula2 je okey…kemudian…ke dua utk kau…dua-dua utk aku…ke tiga utk engkau…tiga-tiga utk aku…….jadi mcm mana rupa jadi….ayoooooooo…..itulah dinamakan penyamun………

    Reply

  8. 8 Hot Degital Dec 7th, 2009 at 6:30 pm

    Betul jugak kata Si Labu Labi tu. Cukai kalu hasilnya kita tambah senang, ikhlas gak hati nak bayar. Tapi, bila macam-macam kerenah “puak jemuan tu” buat hal; curiga memang tak leh elak !

    Aku memang muktamad, BN tak jujur !

    Reply

  9. 9 dulukini Dec 7th, 2009 at 6:57 pm

    sekiranya GST adalah cukai seperingkat.. adakah mampu pengilang/pengimport mengurangkan harga apabila kastam tidak lagi mengenakan cukai. selalunya diMalaysia apabila harga sudah tinggi kebanyakan barang sudah tidak diturunkan lagi harga barang. bolehkah perkara begini dipastikan 100% telus??? kalau setakat atas kertas dan air liur saja boleh blah sajalah.

    Kalau sama saje potongan cukai sekarang sama dengan GST tersebut kenapa kerajaan kita nak buat nak laksanakan juga???? kan itu buat kerja sia-sia.

    adakah kerajaan sengaja nak menipu rakyat?????? makin terdesak kerajaan sekarang untuk menipu dan memperbodohkan rakyat. Duit banyak tapi kerajaan kita boros bila dah tak ade duit mulalah nak mencekik duit rakyat. kerjaan macam ini ke yang kita mahukan????

    Reply

  10. 10 Al-Ayyubi Dec 7th, 2009 at 11:34 pm

    Salam

    Apa nak jadi dah…Dah makin tak waras BN ni. Kan rakyat masih terkesan dengan gawat. Dulu umum RON 75 = RM 1.80, RON 50 = RM 1.75. 1 Sept tarikh umum naik tiba2 dah tukar pulak da… RON 75 = RM 2.00 RON 50 = RM 1.80. Ni pun dah teruk rakyat merana…Tapi, berapa ramai orang ingat…

    Mula persekolahan 2010, kementerian pelajaran dah umum yuran akan naik…

    Semua naik, apa yang tak naik..???? Gaji tak naik??? Bonus…???? (Kesian kakitangan awam)

    Mereka masih menang dengan menguasai persepsi rakyat… Zaman millenium ni siapa kuasai gelombang mereka akan menang. Media perdana mereka dah kuasai. Jadi kita kena gerakkan media alternatif dengan strategik untuk beri rakyat pilihan…

    Saya gesa semua rakyat Malaysia yang cintakan Malaysia agar lipat gandakan usaha berikan kefahaman yang jelas kepada rakyat Malaysia sebelum PRU-13.

    Takkan nak tunggu PRU-14 ????

    Reply

  11. 11 Pengutip Cukai Dec 8th, 2009 at 11:18 am

    Cukai ni apa-apa hal pun rakyat mmg kena bayar tapi dgn GST Kerajaan lagi untunglah sbb kebocoran hasil oleh pengilang dan pengimport tu dah tak ada, apa-apa hal rakyat bayar terus…untung ke depa jgklah.

    Reply

  12. 12 memangtakpandai Dec 9th, 2009 at 3:09 pm

    GST tu maknanya Gasak Sampai Teruk/Ganyang Sampai Teruk. Masa gula nak naik dia orang saja test power nak tengok reaksi rakyat. Saya setuju gula dikurangkan penggunaanya untuk kesihatan rakyat tapi kenapa sekarang?… sebabnya towkey gula dah bertukar. Adalah trade-offnya. Nampaklah sekarang konsep ‘Rakyat didahulukan’ sebenarnya rakyat dahulukan pembayaran-pembayaran yang menyusahkan seperti GST ni. Bulan March nanti minyak naik. Tahun depan siaplah korang kena GANYANG SAMPAI TERUK oleh kerajaan BN. Aku cadangkan kita GST BN di PRU13.

    Reply

  13. 13 che wan Dec 10th, 2009 at 12:34 am

    kalau GST memang jadi …alamatnya prk 13 nanti BN confirm tumbang..

    Reply

  14. 14 IPOT Dec 10th, 2009 at 12:36 am

    Inilah rakyat dok masih percaya je cakap EMNO/BN kakitangan awampun leceh masih nak tegak 1batang najip yg dilaungkan rakyat dibelakangkan pencapaian kakitangan awam dipinggirkan(sebabtu tak ada bonos)masih jugak setia tah apakah bende yg disetiakan,ini mungkin kerja BTN dulu….

    Reply

  15. 15 anti penindasan Dec 10th, 2009 at 10:59 am

    aku tak tahula mcm mane kerajaan skrg ni…mereka hanya pikirkan diri dan kroni2 mereka..
    mula2 minyak naik, sebab harga minyak naik harga barangan keperluan naik…merana rakyat kat kampung yang masih lagi menyokong BN..mereka dimomokkan jika BN tak memerintah agama islam dan melayu akan hancur..apa ni??
    kemudian harga minyak akan dikaji pada tahun depan….
    ada pulak GST…konon tak membebankan rakyat..ape pemimpin BN terutamanya najib tak pk ke kesan jangka panjangnya???bayangkan jika seorang perlu naik bas setiap minggu kerana bekerja jauh dari keluarga…skrg tambang bas RM 50..jika campur GST 4% berapa?? Banyak sgt dah rakyat dipermainkan..aku rasa najib bukan kena sekadar turun padang untuk melihat rakyat..tapi kena jugak merasai kehidupan rakyat susah atau pertengahan yang rata-rata gaji hanya RM 1500-2000 di bandar..setiap hari najib perlu pergi kerja naik kete sendiri, bayar tol sendiri, makan sendiri, barulah tahu penderitaan rakyat bawahan…moga Pakatan Rakyat dapat berkuasa pada PRU 13 nanti…
    yang terbaru,,nak kaji pula tariff elektrik..aduh…bab kata nabil LU PIKIRLA SENDIRI..sama2la kita berdoa agar BN tidak dapat lagi mandat memerintah..

    Reply

  16. 16 Mohamad Dec 11th, 2009 at 5:48 pm

    Iyalah tu, GST adalah akronim bagi Golong Susah Tertindas, semua apa yang kerajaan buat semua salah, Pakatan Rakyat sahaja yang pandai, entah apa-apalah pemikiran seperti ini. Kerajaan sudah beritahu bukan semua barang kena GST, lebih-lebih lagi barangan keperluan asas, tak perlu GST, tapi anda mendapat maklumat dari orang penipu dengan memutar belitkan maklumat sampai anda terpedaya dan memaki hamun kerajaan. Sedarlah wahai semua. Sekian, terima kasih.

    Reply

    pundy mos B.S. Reply:

    kalau ianya betul tak ada org/rakyat nak pertikaikan,ini tidak sentiasa nak cari jalan susahkan rakyat,GST tu munkin nak kumpul duit kot,kerajaan sekarang ni nak cari penyesalan menambahkan simpanan kosong yg skrang ekonomi merudum,kalau iapun takanlah nak susahkan rakyat sendiri,gaji pun sekadar utk makan saja yg lain jgn mimpilah sebab tu skrang rakyat blacklisted menjangkau 3juta di 1malaysia sebab banyak berhutang(utk tanggungan bkn cari ego dah terpaksa)…fikir2lah kesiksaan rakyat…ini baru lebel sedarhana belum lagi rakyat miskin…..kalau beginicaranya aku sekuarga akan tukar undi dari BN kepada PR pada pru13 sebab kami pun ada hak…bravios BN…….

    Reply

    boleh jalan Reply:

    hehehe..aku nak tengok nnt samada Mohamad tau pundy mos B.S yang kena gelak nanti..manae2 pun aku jugak yg kene… sebb aku rakyat yg bodoh..haha :P

    Reply

  17. 17 pribumisabah Dec 12th, 2009 at 11:31 am

    Sebaknya buatlah kajian yang terperinci dan telus sebelum sesuatu polisi itu dibuat agar tidak akan merugikan rakyat jelata….

    Reply

  18. 18 Mohamad Dec 14th, 2009 at 2:24 pm

    Kepada EN. Pundy Mos B.S, anda adalah warganegara yang tidak patriotik dan mementingkan diri sendiri. Kalau kantung kewangan kerajaan semakin susut, kita sebagai rakyat, sepatutnya kita memberikan sokongan kepada kerajaan untuk terus membaiki keadaan ekonomi yang ada sekarang ini. Ini tidak kita membebankan kerajaan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang boleh menjejaskan keadaan. Kita minta subsidi itu dan ini, kerajaan beri, tapi bila ada sedikit cukai yang berapa ringgit sangat itu, terus tak setuju. Sikap warganegara apakah seperti ini? Warganegara tepi jalan adalah. Kerajaan bukannya suka-suka hati kenakan cukai untuk semua orang, tapi untuk barang-barang tertentu sahaja yang dikategorikan sebagai kehendak sahaja, bukan bagi barang bagi kategori keperluan, sepatutnya anda memberikan cadangan yang membina kepada kerajaan untuk membentuk polisi GST yang bersifat menang-menang, tapi ini tidak, anda mengarut dan merepek di sana sini hingga mengeruhkan keadaan. Tak matinya rakyat Malaysia disebabkan GST, tapi negara kita boleh musnah jika demontrasi jalanan yang ganas diadakan secara berleluasa hingga mengganggu orang lain mencari rezeki dan bersiar-siar. Selain itu, ceramah maki hamun dan mencaci serta memfitnah orang tidak akan membantu memulihkan ekonomi negara dan dunia, ia hanya akan memudaratkan keadaan. Sebagai manusia yang telah dewasa dan ada sesetengah itu telah tua sudah, sepatutnya boleh berfikir samada perkara itu baik atau buruk, tapi ada sesetengah dari kita masih berfikiran macam kanak-kanak yang hendak itu dan ini, tapi tak tahu bagaimana susahnya penjaga kita hendak mendapatkannya. Seseorang pernah memberitahu saya, kalau kita tak dapat membantu orang dengan tenaga, wang, kuasa, dan lain-lain yang perlu, paling kurang pun, janganlah kita menyusahkan orang dengan perbuatan yang boleh merosakkan keadaan. Berfikirlah sedalam-dalamnya tulisan saya ini. Sekian, terima kasih.

    Reply

    radzi Reply:

    aku setuju sangat2 dgn mohamad, hanya menggunakan pandangan labu labi sebagai hujah dalam forum tidak cukup untuk menjelaskan maklumat yang ada, sepatutunya labu labi tu kena jelaskan diri dia siapa, dia kata dia bukan businesman, dia hanya cakap yang dia adalah pengguna yang hanya membuat andaian ikut logik akal…kita telah belajar secara basicnya, siapa yang kata itu yang dirujuk, takkanlah kalau Sultan Selangor kata kerajaan pakatan rakyat tidak tumpukan kepada pembangunan negeri kita nak tanya pada mat gian….logiklah sikit, kita tanyalah pada yang haknya, pada kerajaan Selangor ke atau pada sultan sendir….ini GST punya isu labu labi yang terangkan…

    saya juga pengguna dan saya juga rakyat, saya juga bayar cukai dan saya juga terima kesusahan apa yang sahabat2 semua rasa, inilah harga yang kita perlu bayar untuk menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang memahami situasi negara dan ekonomi dunia. Kalau hanya mengkritik tanpa turut serta dalam membina kemajuan negara takde makna kita jadi warganegara, bila kerajaan umumkan aje sesuatu yg baik untuk rakyat semua suka, bila kerajaan umumkan sesuatu yg perlu ditanggung oleh rakyat semua mencaci, memfitnah, memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan…apabila sahabat semua kutuk pemimpin kita, esok pemimpin saudara pula kena kutuk, tetapi jika kita mengkritik dengan membina saya pasti sesiapa yang memerintah dia akan memberikan kebaikan kepada rakyat.

    Fahamilah yang GST tidak membebankan rakyat, ada golongan tertentu sahaja yang dikenakan dan ia adalah baik untuk kita semua, Najib tahu apa yg dibuat adalah untuk rakyat, kalau dia buat sesuatu yg menyusahkan rakyat (kepentingan diri) takde makna dia jadi anak Tun Razak sebagai bapa pembangunan negara…

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Makna Dan Kesan GST (Golongan Susah Tertindas) at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Dec 7th, 2009 at 11:55 am
  2. 2 Makna Dan Kesan GST (Golongan Susah Tertindas) at Anwar Ibrahim « Jutawan HyproBulkSMS | Buat Duit Dengan Hypro Bulk SMS | Jana RM500 Sehari Cara Mudah!! Pingback on Dec 8th, 2009 at 11:52 pm
  3. 3 The all I need in business, computers, freebies, freeware, health, holiday, home and family, kitchen, self help, technology, webmaster resources… » Blog Archive » Makna Dan Kesan GST (Golongan Susah Tertindas) at Anwar Ibrahim Pingback on Dec 11th, 2009 at 10:06 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031