Dari Zabidie Abas
Suruhanjaya Pencegah Rasuh Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (Polis) bagai berlumba lari untuk menyelasaikan kononnya YB Azmin Ali terlibat dalam pembelian saham RM8 juta.
SPRM berkata dulu mereka ada menyiasat tetapi berkata, “tidak cukup bukti”. Kini SPRM berkata “temui bukti baru”. Ia adalah lawak biasa yang berkumandang bila SPRM bertemu media.
Pencatat mengerti mengapa SPRM dan Polis seperti lipas kodong ingin mendakwa Azmin Ali. Ia tidak lain kerana sikap membondek keterlaluan masih menjadi budaya SPRM dan Polis.
Minggu ini dan lepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid telah membongkar beberapa penyelewengan dan ketirisan yang bernilai berbillion ringgit.
Amnya SPRM dan Polis jika melibatkan UMNO, mereka akan buat selamba bodoh sahaja. Adakah mereka berkerja dengan ‘berselamba’ atau mereka itu ‘bodoh’.
Pencatat kurang arif. Pembaca lebih mengerti.
Pencatat dimaklumkan secara lisan oleh seseorang. Semasa Azmin Ali ketika menjadi pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat rakan taulan Azmin Ali mempergunakan nama beliau.
Ia bertujuan jual-beli secara kontra untuk mengaut keuntungan segera. Ia menjadi amalam biasa peniaga saham pada ketika itu.
Difahamkan Azmin Ali tidak menurunkan sebarang tandatangan pada urusan jual-beli saham tersebut. Allahulambisaw.
Tahun 1992-1994 bukan sahaja Azmin Ali terlibat dalam pasaran saham yang melonjak dan menjunam mendadak. Mohzani Mahathir, Mukriz Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan keluarga menteri BN-UMNO juga terlibat.
Ada berita yang mengatakan pada tahun tersebut salah seorang dari mereka hampir terjun bangunan kerana mengalami kerugian ratusan juta.
Kita akan lihat SPRM dan Polis menyiasat kes Azmin Ali sahaja. Ia disebabkan amalan membodek dan ibarat lembu dicucuk hidung masih diamalkan.
Siapa peduli Malaysia tersenarai negara pengamal rasuah diantara tertinggi di asia dan dunia. Anda ada jawapannya.









Usul membahaskan korupsi ditolak di Parlimen.
Korupsi Halal ker?
Mungkin kita kena tunggu Mufti2 kita mengeluarkan fatwa bahawa korupsi itu hukumnya HARAM maka barulah kerajaan nak bertindak. Perlu ke sampai tahap macam tu? Terlalu cetekkah akal kita untuk menilai kesan negatifnya kepada Malaysia?
Atau PM kita boleh keluarkan dalil atau nas yg mengatakan korupsi itu dibolehkan dan tidak memberi kesan kepada negara dan rakyat.
Dengan kata mudah… saya bayar cukai pendapatan, anda bayar cukai pendapatan, saya mahu wang yang diamanahkan untuk pembangunan negara dan rakyat dibelanjakan dengan bijak dan telus. anda pula mahukan wang yang anda bayar sebagai cukai masuk ke poket kroni2 menteri?
Fikir2kan!
‘Ke Arah Malaysia Yang Lebih Berintegriti!’
ikhlasmalaysia.blogspot.com
Reply
Dengan cara pekerjaan sedemikan rupa tidakkah warga SPRM merasa jijik setiap bulan menerima gaji/pendapatan untuk menyara keluarga seterusnya.
Tidak berlaku adil dalam melaksanakan amanah dalam pekerjaan.
Reply
Fairdinkum ,
the macc will not go after the big allies of bn stalwarts as the are on their constant payroll. Their current action makes me believe in so :::::::::::
Reply
Go after the real criminal instead of wasting time and public money ! Do the real job that what the agency set up for and PDRM go make the country safe and keep the crime rate low instead of politicking.
Reply
Jelas SPRM adalah satu lagi agensi kerajaan yang dipergunakan oleh UMNO-BN sebagai kuda tunggangan mereka. Sebelum ini pasukan Polis, Peguam Negara, Mahkamah telah dipergunakan dengan meletakkan anjing-anjing mereka mengepalai pasukan tersebut.
UMNO-BN telah dikenali umum terpalit dengan amalan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan lain-lain amalan jijik. Walaupun mereka dilindungi dari dikenakan tindakan kerana berkuasa ke atas badan-badan pendakwaan tetapi imej mereka pada umum terjejas teruk. UMNO-BN sinonim dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Realitinya dapat dilihat anak, adik beradik dan kroni kelompok mereka yang berkuasa adalah kaya raya dan dianugerahkan untuk memegang institusi strategik demi untuk melicinkan lagi amalan bobrok mereka.
Misi kepimpinan baru ini adalah untuk memalitkan tanggapan buruk rakyat ini kepada Pakatan Rakyat. Memburukkan Pakatan Rakyat dengan melibatkan sama kononnya kepimpinan PR adalah juga mengamalkan rasuah dan penyelewengan sama macam mereka. Atas sebab inilah maka kes-kes puluhan tahun spt pada sdr Azmin, kes hadiah haji Datuk Nik Aziz, kes beli bendera di Selangor dan kes Ling Guan Eng dibuat dan dihighlightkan oleh media tunggangan mereka. Sementara ribuan kes mereka yang melibatkan bilion ringgit didiamkan oleh mereka. Inilah peranan baru SPRM.
Reply
Bukankah pendedahan Bala lebih besar,berbanding dengan kes Azmin yg sudah pun berpuluh tahun berlalu.Kalau dulu DS Anwar menerima hukuman 6 tahun kerana ‘mengarah polis gempa’,sekarang Bala mendedahkan adik Najib terlibat,Big Mama terlibat untuk beliau menarik balik 1st SD,bukan hanya dengan perkataaan ‘gempa’ tapi dengan tawaran wang RM 5 juta.Adakah ini bukan rasuah?.
Reply
salam
Robbis rahli sadri wayassirli amri….
slm sejhtera DSAI dan seluruh pemimpin pakatan rakyat yang yg ada prinsip perjuangan…
mana-mana pemimpin pakatan rakyat yang takde maruah dan prinsip yang suka lihat harta keduniaan dan pangkat….nyah kamu dari lingkungan pimpinan pakatan….UMNO BE END adalah wadah tempat sesuai buat kamu….
salam sejahtera juga buat seluruh rakyat malaysia yang cintakan keadilan….
DSAI…SPRM dan PDRM ni agaknya sejak azali lagi atau semula jadi memang tepat bak kata pepatah…GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK…KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK…salah orang lain nampak….kain baju sendiri yang koyak rabak tak nampak….ini yg di kata kan buta hati dan mata…maklumlahkan…takut nanti gaji bulanan tak mashuuukkk….atau kene tukar tempat kerja lain….
DSAI…apa nak herankan….skandal UMNO BE END berbillion ringgit duit rakyat malaysia yg bayar cukai di kambus….bagi UMNO dan BE END….rasuah itu halal….akidah mereka mengatakan rasuah itu halal jika ada akad…lafaz aku terima…aku jual….mcm tu lah lebih kurang…
anak anak rakyat malaysia yg masih kecil yang masih bersekolah yang masih menyusu tak tentu arah masa depan mereka apabila kekayaan negara di bolot oleh kroni….
doa qunut nazilah buat UMNO dan BE END yang tak serik serik nak merompak duit dan hak rakyat…ALLAH jua akan balas tindakan zalim dan kejam mereka…
Reply
badan pencegah rasuah malaysia kaki ampu sna kaki bodek
Reply
Kecacatan demi kecacatan. Kepincangan demi kepincangan. Keraguan demi keraguan itulah yang tergambar pada badan-badan pembela dan penegak keadilan di Malaysia.
Saat dan pada satu ketika akan mengheret satu demi persatu wajah-wajah hipokrit dan tangan-tangan yang menerima suapan demi suapan ke tengah-tengah gelanggang yang sehina-hinanya insan-insan yang bertopengkan keadilan kononnya hak semua tetapi yang jelas dan terang hanyalah milik mereka yang berkuasa dan berharta dengan hati naluri yang tamak dan haloba.
Reply
Sudah 20 tahun kita bincang mengenai rasuah tapi tak ada apa-apa pencapaian dalam menbateras gejala ini. Kita patut lupa SPRM kerana mereka cacat. Rakyat kita perlu di beri lebih penjelasan mengenai apa itu rasuah dan bagaimana ia menghancurkan kehidupan rakyat dan adakah rasuah diterima oleh semua agama. Jika semua rakyat jelas dan arif tentang apa itu rasuah maka amalan itu akan hilang sendiri. Semuanya terletak ditangan masyarakat kita.
Reply
Why are you always blindly glorifying PKR, as if it’s perfect?! It’s not perfect especially with that double-face Islamist PAS is in there! And in true democracy, even PKR/Opposition will be challenged for its integrity! Further, how about condemning this unacceptable, uncivilized and primitively macho and sexist behaviour and language by your heading as “Kes Azmin Ali : Ayuh SPRM Jadilah Anak Jantan” or the violent verbal threat by Kes Azmin Ali : Ayuh SPRM Jadilah Anak Jantan” or when N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) screamed the words from across the aisle to Deputy Foreign Affairs Minister A. Kohilan Pillay to “go hang himself” ! Many Malaysians who are supporting for change and justice do not want this kind of uncivilized behaviour or thinking from PKR, nor will they submit to PAS Dark Age Arabic/AlQaeda-style ideology and dream of “Islamic Empire”!
Katharina Sri (former: Noor Aza)
Germany
Reply
CORRECTION:
Why are you always blindly glorifying PKR, as if it’s perfect?! It’s not perfect especially with that double-face Islamist PAS is in there! And in true democracy, even PKR/Opposition will be challenged for its integrity! Further, how about condemning this unacceptable, uncivilized and primitively macho and sexist behaviour and language by your heading as “Kes Azmin Ali : Ayuh SPRM Jadilah Anak Jantan” or the violent verbal threat when N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) screamed the words from across the aisle to Deputy Foreign Affairs Minister A. Kohilan Pillay to “go hang himself” ! Many Malaysians who are supporting for change and justice do not want this kind of uncivilized behaviour or thinking from PKR, nor will they submit to PAS Dark Age Arabic/AlQaeda-style ideology and dream of “Islamic Empire”!
Katharina Sri (former: Noor Aza)
Germany
Reply