Dari Harakahdaily
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan didesak meletakkan jawatan ekoran kejatuhan ranking paling teruk Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (IPR atau CPI) dunia.
Desakan itu dibuat oleh Lim Kit Siang, Penasihat DAP yang juga anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataannya hari ini.
“Ini adalah kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI dan nilai yang diperolehi Malaysia sejak CPI diperkenalkan oleh Tranparency International (TI) pada tahun 1995, di mana Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28,” katanya.
Menurut laporan semalam, TI meletakkan Malaysia ditangga ke 56 dari 180 negara dan ketiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.
“Ini adalah kemaluan besar untuk negara ketika negara baru diperkenalkan dengan SPRM dan satu penghinaan kepada Perdana Menteri baru, YAB wakil rakyat Pekan yang telah mengishtiharkan gerakan melawan rasuah sebagai satu dari enam keutamaan KPI dalam pentadbirannya,” kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.
Bagi beliau, punca kegagalan ini adalah kerana sikap SPRM yang memberikan tumpuan kepada iklan bilis dan pemimpin pembangkang.
Semalam, Presiden TI-Malaysia, Paul Low mengedarkan CPI dalam satu sidang medianya.
Dalam sidang media itu, dia memuji kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.
“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor,” kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.
Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.
Dalam sidang media yang sama, TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak terus menjunam.
Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.
Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008 dan 5.28 pada tahun 1995.
Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.
Peristiwa lompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan antara yang telah memberikan sumbangan utama kepada persepsi ini, kata Paul Low.



















Rasuah adalah kuah dan Nasi di bumi Malaysia!! mana boleh di pisahkan kuah dan nasi!! Nasi dan kuah adalah Ruji di Negara kita. Sebab itu di barat kurang Rasuah sebab depa tidak berkuah makan pula tidak disuap makan guna camca!! bila makan berkuah makan di gelar “makan suap”!!
Di Malaysia ni “makan suap” adalah amalan!! jarang di negara kita makan tak bersuap terutama kepada orang melayu , orang india dan melayulah paling banyak “makan suap”, orang cina tidak makan bersuap depa guna sepit!!!!!!!! kebetulan orang cina tak banyak berkerja di jabatan kerajaan , kalau depa kerja di jabatan kerajaan depa dibudayakan makan bersepit tak guna tangan jadi sukar orang nak bagi “makan suap”. jadi untuk merubah budaya “makan bersuap” makan orang melayu harus tolak kuah dan Rasuah!! malayu harus ubah cara makan. supaya tidak “makan suap”.
Reply
kulub amrin Reply:
November 19th, 2009 at 10:41 am
Pening kepala aku baca pandangan si ulam batar ni!!!! akau kena telan penadol lepas ni!!
maksud dia paham! tapi cara dia sampaikan berbelit belit!! ulam tolong tulis dengan teratur biar orang pahan!!! solusi dari tulisan si ulam ni bahawa kerajaan kita amat memalukan!! makan pun di suapkan (rasuah).
Reply
Malaysia yang dicintai,
I feel sad to read the CPI index concerning Malaysia. We need to know that a transparent and accountable government is the stepping stone towards deveolpment and modernisation of a cuntry. Malaysia is ruled by ‘feelings’ and not by true democratic principles. There are too many ‘undertable business’ going on. It is because there are no strong independent groups to oversee implementation of various developments and programmes, a lot of dealings are either corrupted or biased. We need a overhaul of our values and may be a ‘re-education’ of our attitude towards sincerity and tructworthiness. Do we have a corrupted mind?
Cinta Malaysia
PDLN
Reply
Jangan haraplah Ahmad said nak letak jawatan,tengoh muka panjang dia mcm kuda itu tebal pulak mcm kulit kerbau,gaji buta kerja auta patutlah indeks rasuah merudum.
Reply
You want to know the state of corruption in Malaysia? Ask all the senior Macc officers to declare their assets. Don’t be surprise, if you find that most of them including Ahmad Said were given state lands by the Khir Toyo State’s Selagpr Govt. No wonder Khir Toyo is smiling even if there is purportedly an investigation against him. He has thses Macc offs in his pocket lah.
Reply
Is time we changed the way this country do business…corruption make the cost of doing business very High in this country…Time To Changed !
Reply
Rasuah meruntuhkan negara tercintaku..!
Memang tidak mudah dapat dihapuskan sama sekali..jikalau “Orang Besar” tidak ambil peduli..hal-hal Orang-orang Besar lain yang nyata-nyata dalam usaha taat-setia seperjuangan sepasukannya yang sekian begitu lama berwibawa bersahabat-handai..walaupun bermacam-macam Suruhanjaya diperbadankan…tetapi masih perlu rujuk Kepada “Orang Lagi Besar” untuk “jawapan” seterusnya..Kerana timbangan ” Keselamatan dan Keamanan” negara kerana sesuatu..dan macam-macam lagi..!
Macam ini ” Orang-orang bawah Yang Benar-benar Buat Kerja-Kasar-Asas Yang Tahu Yang Percaya Segala Macam” boleh senang-senang dapat dikonvinskan..atas suatu jawapan “Mudah”..Kerana Tiada Bukti Kukuh ..Tiada Saksi Dikesan..Tiada Kes langsung..!
Tapi berbulan-bulan..bertahun-tahun..siasat..siasat..macam-macam laporan Orang Kuat Orang Besar Terhormat keluar sini-sana di mata dunia..!kemudian, hanya kata “Tiada Kes Langsung” macam ini tidak perlu belanja wang besar-besar buat kerja-kerja yang tiada Kes..tiada Bukti..tapi berbulan-bulan bertahun-tahun lamanya disiasat..dikorek..korek..korek..!
Memanglah benar..Orang-orang Besar akan menyumbang kepada negaraku dengan segala Jasa Besar..Kerana itulah mereka dikatakan Orang Besar..!Tapi negaraku ramai-ramai lagi Orang-orang kecil ingin majukan negara tercintanya…walaupun mereka jarang diperlihatkan…tapi mereka senantiasa bertungkus-lumus..di sini-sana..walaupun tak pernah dipeduli..tak ingin didengari..!
Kes Besar-besar yang melibat berjuta-juta ringgit..pasti tidak dapat dikesan dengan “Bukti-bukti Kukuh dan Nyata” kerana “Pakar-pakar” akan buat segala macam sehingga semua menjadi macam Betul walaupun dah kesan-tahu ada Unsur-unsur Jenayah ..!Tapi bila RM10..RM20..dikesan..senang sahaja cepat pula dicaj ke Mahkamah..dan dijatuhkan Hukuman..!
Ini tidak mengubah “Minda Pemikiran” kebanyakan Rakyat Malaysia..yang ingin majukan Bangsa dan Negara tercinta..!
Masa Orang Putih jaga..tiada sebarang laporan “Rasuah” di bumi bertuah negara..mungkin kerana tiada Suap tiada “BPR” diperlukan..Kerana Rakyat Tanah Melayu…cukup-cukup bahagia walaupun tak kaya macam kini..! Tapi Kini makin maju makin besar Mulut kena DiSuapkan..walaupun hanya persepsi-persepsi shj..!
Bilakah Negara Tercintaku dapat diyakini dipercayai..kalau tiada sesuatu yang konkrit diReformasikan..!Doa-doakan semoga Tuhan masih memberkati Segala Yang Benar Yang Murni Yang Mulia..di tanah-air tercinta..!
Reply
Penyokong dari luar negeri Reply:
November 19th, 2009 at 8:00 pm
Saya memang sokong pendapat Malaysiadream. Kita hanya boleh Doa-doakan semoga Tuhan memberkati Segala. saya minta maaf bahawa bahasa saya kurang baik dan saya sedang belajar berbahasa Malaysia. sungguh pun jauh dari negara yang dicintai tetapi saya tetap hendak Malaysia maju sebagai negara yang makmur and aman.
PDLN
Reply
Salam….
Tengok muka Ahmad Said pun aku dah agak,memang muka perasuah…..yang hairannye,boleh pulak jaga jabatan benteras RASUAH….HARAM BEJADAH BETUL…..
Reply