15
Nov
09

Bedebah! Mana Dia Ketua Pemuda Umno?

Dari PerakExpress
OLEH Hasmi Hashim

Ketua Pemuda Umno, dan kuncu-kuncunya diam seribu bahasa tatkala dihadapkan kenyataan mantan pengarah BPR, Abdul Razak Idrus bahawa tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh menyorok RM3 bilion, adalah tuduhan tidak berasas. Dalam beberapa siri pilihanraya kecil, termasuk di Bagan Pinang, Khairy Jamaluddin dan Datuk Nallakarupan bukan main lantang dengan tuduhan itu… rakyat tentu mahu melihat, apakah mereka bertanggungjawab dengan tuduhan yang mereka lemparkan.

Kita faham bahawa ada “politik persepsi”, tetapi orang yang percaya untuk bermain dengan politik persepsi mahupun usaha mencalar karektor tidak akan berjaya, kalau tanpa asas. Persepsi, nampaknya tak bisa mampu terpisah dari realiti, apatah lagi dari kebenaran.

Saya menduga, sepanjang media perdana milik Umno khususnya terus mencetak air liur pemimpin Pemuda Umno tadi, Anwar tidak sedikit pun menjawab. Dalam kata lain, dia perlu sabar. Dalam kata lain, dia harus meneruskan genderang perubahan yang sewajarnya dipalu tanpa henti. Bukan melayan karenah politik intrik sebegitu hina.

Menurut Abdul Razak ketika memberi kenyataan di dalam Mahkamah Tinggi, 11 November lalu, sepasukan khas BPR telah dikirim ke Singapura dan London untuk menyiasat kes tersebut. Sebutir habuk pun tidak mereka temukan bukti.

Sebelum mantan penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid yang membuat akuan bersumpah menyatakan Anwar menyorok sejumlah wang sebesar itu, rakyat terlebih dahulu mendengar tuduhan yang sama dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Bahkan selain kes wang RM3 bilion dan kes liwat ‘pertama’ dahulu, Anwar malah dituduh sebagai “agen Barat”; dituduh mahu ‘menggadai’ negara. Entah bagaimana negara ini bisa dijual oleh orang nombor dua. Kalaupun negara ini boleh dijual, tentunya oleh orang nombor satu!

Sedekad berlalu. Semua itu kadang tidak menjadikan jiwa manusia insaf, hanya kerana mereka berpolitik. Kita terkilan apabila anak muda seperti Khairy begitu cepat korup pemikirannya demi nafsu politik; tuduhan gaya Dr Mahathir diulang-ulang lagi.

Mereka begitu bersungguh-sungguh mahu mewujudkan persepsi kalangan rakyat, bahawa Anwar memang peliwat; Anwar juga memang mahu menggadai negara–saya tidak fikir mereka tidak jelas keadaan sebenar, selain detik hati kecil mereka, bahawa mereka telah berdusta sama sekali.

Penentang Dr Mahathir, kini sudah menjadi persis Dr Mahathir. Itulah yang menyedihkan. Termasuk rekod Nalla yang mencurigakan, yang menyertai Keadilan hanya untuk beberapa bulan, kemudian keluar. Dia, yang pernah ditangkap dan diseksa, kini bebas. Betul-betul bebas apabila Datuk Seri Najib Razak langsung tidak ‘menjentiknya’, bahkan dengan mudah dia mendaftarkan partinya sendiri.

Sandiwara tidak ke mana. Selepas ini, andai ada pertuduhan baru terhadap Anwar, juga kes lompat katak kalangan watak tambahan di dalam Keadilan dan Pakatan Rakyat, dengan mudah rakyat menduga siapa dalangnya. Mereka barangkali perlu terus bermain dengan sedemikian jelek sebagai bayaran untuk kembali ke dalam lingkungan pemerintahan Umno-BN.

Inilah sering saya sebutkan sebagai “politik intrik”; permainan yang mengizinkan apa jua cara untuk mencapai maksud. Generasi muda, apatah lagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) harus melihat semua babak-babak ini dengan penuh keinsafan.

Lalu, menggerakan daya fikir baru dan tenaga muda untuk merembah jalan politik baru; politik yang menggunakan idea sebagai tawaran kepada masyarakat adalah jawapan yang ada. Demi menyedari semua usaha sabotaj inilah, hampir tiga tahun lalu saya membawakan apa yang disebut sebagai “Gagasan Pencerahan” ketika menawar diri bertanding ke jawatan Ketua AMK pusat dalam Kongres Nasional di Seremban.

Nafsu tidak ke mana. Ia, andai dengan cara intrik digunakan, maka binasalah jalan hujungnya. Ini adalah hukum alami. Bahkan, nasihat saya ini juga kepada seluruh anggota pemuda Umno peringkat bawah, agar mereka tahu menilai permainan ketua mereka. Bangsa kita tak akan jadi bangsa yang besar dengan terus membiarkan kita dipimpin oleh manusia yang tak tahu batas adab dan “hukum permainan”.

Manusia merencana, namun perencanaan sejahat manapun tak bisa terlepas daripada pengetahuan Tuhan. Biarlah kita titi masa depan yang lebih bermakna.


23 Responses to “Bedebah! Mana Dia Ketua Pemuda Umno?”


  1. 1 Wak Kanto Nov 15th, 2009 at 11:31 am

    Mereka-mereka ini ikut akhlak ketua-ketua mereka.Fitnah dan tohmah telah menjadai darah daging mereka dan menjadi senjata menjatuhkan lawan dan kawan.Itulah adat resam Umno.Mana Umno tahu dosa dan pahla,sorga dan neraka?Kalau tahu pun bukan diutamakan.Malang sungguh malang parti bobrok ini yang sedang karam ini,insyakAllah.Nah,sekarang saya cadangkan,DS keluarkanlah saman untuk mengajar mereka-mereka ini.Biar tidur tak lena ,makan tak kenyang mandi tak basah dan mati beragan!

    Reply

    storm62 Reply:

    betul kata wak kanto, depa ni hari2 makan dgn duit haram, pasai tu yg keluar dari mulut semuanya berbunyi fithnah dan tohmah……..dah tau salah, tapi masing2 masih tak mengaku!!!

    pi jahanamlah dgn puak zalim dan kejam regim umno ni!

    Reply

  2. 2 arabkia Nov 15th, 2009 at 12:22 pm

    Mana dia si mamat (K)aki (J)oli ni?
    Sembunyi bawah ketiak Pah Lah ke?

    Reply

  3. 3 MBA.BPA.(Oxford University) Nov 15th, 2009 at 1:00 pm

    Oi..di mana kamu nak sorok muka Khairy Jahil..kamu tak malu ke?..bedebah lu Khairy..u la yang angkat duit rakyat..SPRM tolong siasat Khairy kalau dia anak Jantan..

    Reply

    layman Reply:

    KJ penganggur terkaya di Dunia…SPRM tak nak siasat ker?

    Reply

  4. 4 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Nov 15th, 2009 at 1:13 pm

    Askm . buat apa kita tanya .dari dulu lagi jamilkucing kata mereka lebih hina dari binatang.tapi ada yang marah kata jamil kasar,emosional , kurang ajar. tapi kurang ajar aku aku tak fithnah orang,aku tak kipas bontot orang untuk hidup,aku tak sokong umno. aku tak ajdi pengampu pemimpin. anjing-anjing ( gelaran ) sahaja sebab anjing yg sebenarnya bagus. tapi anjing dari umno ini.nasib baik lah di malaysia sebab melayu ni sebenarnya bangsa yang bacul pengecut.sebab dari era reformasi lagi jamil tengko.sekali je polis gertak terus cabit , terus hilang , dulu dalam reformasi bahagian ceras ada seorang mamat ni.perggh buakn main kalaud alam demonstrasi dia lah paling lantang ke depan. melalak. tapi sekali je polis letak muka di akhbar kes masjid negara sampais ekarang tak dengar berita tak nampak muka. pemimpin umno ni kalau di thailand atau negara lain serta .editor akhbar sial ni dah lama mampos macam bangkai. mereka ini patut di tempak je. kalau di negara lain.khairy tu tak guna kita sebaut.dia tu setakat lipas kudung je. tengok mengeneng sebelah bapak mertua. kalau tak kerana tun abdullah siapalah dia. hanya kutu babi je. sekarang menang jawatan ketua pemuda baucl tapi tiada jawatan. malu muke bebbbbbbbb

    Reply

    hang jebat Reply:

    miowwwwwww…..

    Reply

  5. 5 PAK LONG COT Nov 15th, 2009 at 1:24 pm

    Jika Tampin arahnya ke Selatan, kamu pula menonong arah ke Timur. Akhir kesudahan, sesatlah kamu. Jika “1″ dibilang “3″, terang benar kejahilan kamu. Jika tipu dijadikan ubat, celaka badan menanti kamu !

    Bagus juga mereka membina kerakusan dengan pura-pura ! Bagus juga mereka mencipta kehancuran dengan tangan mereka. Akan lebih mudah berkecai “tulang-belulang” ! Akan musnah diri dek tangan sendiri.

    Hukum kehidupan tidak pernah menipu. Umno-BN sahaja yang galak menentang. Mereka menentang kebenaran. Maka, tidak ke mana kezaliman. Melainkan meratah diri secara diam. Tidak ke mana kepura-puraan, bakal tenggelam ditelan kemusnahan.

    Tahniah barisan pimpinan PKR dan PR ! Celarunya Umno-BN saat ini tanda “umpan sudah mengena” ! Teruskan usaha. Umpan jangan kurang. Joran pun siap terpasang ! Hasilnya, dapat dinikmati “jiran-tetangga” !

    Umpan budi umpan terpakai,
    Umpan jangan sebarang umpan;
    Umpan tipu tanda tak “berakai”
    Kelak menonong binasa badan !

    Jawab Khairi jawab !

    Reply

  6. 6 zul Nov 15th, 2009 at 1:56 pm

    kalau apa yang disebut tak betul saman.. dsai punya beribu peguam pecacai untuk melaksanakan saman.apa yang nak dibising-bisingkan lagi. kita dibawah ni tak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku. kita cuma mendengar. kalau betul pun dsai ada 3B tak kan dia nak cakap.sedangkan dia ada bini muda pun org tak tau ini kan pulak wang yang berjuta juta juta..ini bukan fitnah, ini adalah kenyataan yang perlu dirahsiakan.

    sdr jamil kucing,
    nama pun dah ada unsur2…..tak mustahillah kalau apa yang ditulis tak gunakan akal.

    Reply

    PAK LONG COT Reply:

    zul, hujah kamu takde bukti dan saksi. Tak kan nak bersandar dengan “sangkaan” jer ! Kamu tembak guna kalimah “tak kan” pun fitnah jugak ! Aku tak terima hujah kamu !

    Reply

    zul Reply:

    terpulang lah pak long cot kenyataan biasanya pahit untuk ditelan.tambahan pulak yang diperkatakan ketua kesayangan.

    Reply

    souls Reply:

    setakat cakap baik x payah..
    ntah2 bapak ko pon ada bini muda,,,,terpulang lah zul… kenyataan biasanya pahit untuk ditelan.tambahan pulak yang diperkatakan ketua kesayangan.

  7. 7 Nirman Nov 15th, 2009 at 2:21 pm

    Sesungguhnya Allah akan membuka mainan kotor mereka satu persatu bagai kulit pisang yang dibuka sebelum dimakan.

    Reply

  8. 8 Tuan Cobra Nov 15th, 2009 at 3:01 pm

    Saya tidak hairanlah kenapa PKR sentiasa mempunyai rintangan tidak berkesudahan? Kerana Kepimpinan PKR pun tidak lurus,betul dan Bachul juga kepada sesama pemimpin PKR itu sendiri.Terutama YB Azmin Ali….Anak kelahiran Pulau Temasik (Singapore) yg pernah d sumpah itu kalau Bangsa Melayunya yg d lahirkan d sana pasti pemikiran kurang bagus….Melayunya sanggup membunuh sebangsanya sendiri…….Sama dengan cerita dulu2 yg ketika itu Singapura d Langgar Todak penyelamatnya anak2 kecil…Selepas anak kecil itu memberikan ide anak kecil itu pula d buang kedalam Laut…….Baginilah apa yg ujud d dalam hati manusia ini !!!

    Reply

  9. 9 Zzjebat Nov 15th, 2009 at 3:12 pm

    Ketua Pemuda nie gambarkan perangai pemuda yg. bakal memimpin Malaysia…

    Kalau beginilah Hancurlah Malaysia….yg ada pun 1Malaysia..habis lesap..

    punah masa depan Malaysia. Ya Allah jauhkan makhluk sebegini perintah Malaysia.

    Gelap masa depan anak cucu kita….

    Oleh itu…TALKINKAN parti nie mulai PR. Umum ke-13 nanti….

    Reply

  10. 10 Boring Nov 15th, 2009 at 6:01 pm

    Borak KJ…the more anything come out for him will be good for PR…as every Malaysia knows how and who he is…as if not of him…the poor father in law will still be PM today…Stupidly !

    Reply

  11. 11 art 2010 Nov 15th, 2009 at 6:57 pm

    Memang Ketua pemuda UMNO sekarang bacul dan tidak tahu hendak berpolitik. Takut ditendang dan diteranjang sebab banyak main duit. Kenapa tidak bawa kes PKZ, kes Antatuya, dan kes rasuah melibat pemimpin mereka kalau hendak berubah. Jangan sayangkan pemimpin sayangkan negara MALAYSIA. Apa hendak jadi dengan anak cucu kami nanti kalau pemimpin terlibat dengan rasuah, penipuan dan terlibat dengan bermacam macam skandal. OOI pemuda UMNO bukalah mata kamu sekalian, bukalah minda kamu jadikan MALAYSIA bebas dari cengkaman dan pemimpin yang main wayang.

    Reply

  12. 12 AKU NIE Nov 15th, 2009 at 6:58 pm

    Alkisah.. termenung sudah di Panglima tanpa kebesaran, merenung jauh akan nasib badan, apakah kan jadi jawatanku ini? menyalak sudah, merengek sudah, menjilat pun sudah. Namun kebesaran tidak juga ku capai. Adakah nanti bila memanda bendahara negara membubarkan angkatannnya, si panglima kan mendapat kebesaran?

    hai apakah daya ingin si panglima lakukan lagi.. akhirnya termenung mencari ilham untuk mencaci dan memfitnah seteru si bendahra dengan harapan kebesaran akan menjadi miliknya. termenung lagi si panglima bedebah ini.

    Reply

  13. 13 cintamalaysia Nov 15th, 2009 at 8:24 pm

    tengoklah siapa yang mengajar mereka itu. kalau dia bangga disanjungi sebagai bapa pemodenan negara dia juga harus malu sebagai bapa kehancuran sistem undang-undang dan kehakiman negara. kalau dia ada masalah dengan ds anwar secara peribadi bukanlah cara menggunakan sistem undang-undang dan kehakiman negara yang menjadi landasan rakyat untuk memenangi ds anwar. jemputlah ds anwar untuk perbahasan secara terbuka. tun kita tu bersih sangatkah? anak-anak tun boleh jadi jutawan macam mane ? kita yang buat niaga 3 generasi belum mampu jadi jutawan. saya ada tengok gambar kenduri masuk rumah anak tun. bukan main-main rumah itu. kan elok wang itu diagihkan kepada orang melayu yang miskin. cakap macam yang tun tu seorang je yang mementingkan bangsa dan negara. insafla tun

    Reply

  14. 14 Ismandy Hamza Nov 15th, 2009 at 9:13 pm

    Setuju betul dgn pendapat JamilKucing kat atas tu. Waduhhh….. kau betul betul kenakan si puak2 dalam Umno tu. Cantik lah bro. he he he….

    Reply

  15. 15 memangtakpandai Nov 15th, 2009 at 11:00 pm

    Kawan den ni namo jo KETUA PEMUDO UMNO tapi ibarat harimau takdak taring, jangan kato taring, bolang pon dah hilang. Apo dio buleh buat, jawatan kek opis bosar pun tak do. Yang ado, keta BERAMBUS tu jo.Sekarang ni dah tak do kojo kek tingkat ompek,apa laie, cuci keto kek rumah jo la. Kalu nak tau dio ni dah macam kawan kito yang keluar PKR tu..siapo tu..yang simpan 40 kotak tah apo isenya..ayam-ayam katek tambatan ni,bila bagi makan, baru la nak berkokok. Ese yang miskin pun takla harap kek orang lain, Ado jugak maruah nyo.

    Reply

  16. 16 blackrose Nov 16th, 2009 at 5:56 am

    bn/umno ni telah terbiasa menjadi hamba kepada retoritnya sendiri.pemikiran pak kadok dan pak pandir pun ada nilai inteleknya tersendiri.bn/umno ni nak kita panggil apa pak long cot?.kebanyakan mereka dalam bn/umno ni bukan calang calang orang berkelulusan phd.[penipu hasat dengki],bn/umno boleh memantau gerak geri lawan tapi mereka tidak akan dapat menawan gerak geri minda dan pemikiran rakyat yang rindukan keadilan.biar mereka memperkudakan semua media untok berbidaah,rakyat akan menilai dan menyampaikan kebenaran walaupun satu ayat.bukankah usman awang pernah mendeklamasikan: siakap senohong
    gelama ikan duri
    bercakap bohong
    lama lama jadi menteri
    bolehkah khairy jawab?.

    Reply

  17. 17 ZorroTeam Nov 16th, 2009 at 6:57 am

    Kalau Khairi Jamaluddin(aka KJ(Kaki Joli) dan NallaMerapupan is spreading FITNAH,then the ONLY avenue for the victims of these Lies and Fitnah are the Courts.Well…thats the official channel
    for now,for the current Media(Utusan,NST,Metro,TV3,RTM TV and Radio etc) will spin and spin these Lies and Fitnah until they hope these Lies and Fitnahs will sink into the RAKYATs mind,
    NOT knowing(that the RAKYAT are smart ) and TAKING for GRANTED that the RAKYAT are dumbo…Well,the RAKYAT are smarter lot now and are not easily scared of the BN/UMNO arm-twisting and threatening tactics…..!!!!!!
    In fact,the RAKYAT are waiting for ANOTHER BASH come General Election 13(unlucky 13 for BN..!!)
    another 20 months or so….expected in 2012 (take Q from the movie “2012″)…..

    THIS TIME,its NOT TSUNAMI for BM/UMNO but THE END of the WORLD for BN/UMNO….!!!!!!!!!!!!!

    Reply

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
19 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
28 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
32 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30