11
Nov
09

‘Tuduhan Anwar Sorok ‘RM3b’ Tidak Berasas’

Dari Malaysia Kini

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

“Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat ‘tiada kes’ terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,” katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 – kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.

Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.


37 Responses to “‘Tuduhan Anwar Sorok ‘RM3b’ Tidak Berasas’”


  1. 1 ayep_sarawak Nov 11th, 2009 at 3:53 pm

    TAHNIAH, DSAI!!!!!! satu kemenangan yang tidak diduga. You have proved these morons wrong- you have been very brave and transparent in all your cases. The ‘opened-eye’ Malaysians are always with you. GO AND GET THEM!!

    Reply

    Bekas UmnoMan Reply:

    Yes, our heartfelt congratulations to DSAI! The truth has finally prevailed!

    Now, what about Khir Toyo’s case???
    Tidak berasas juga?

    Reply

    Perakian Reply:

    Yes, our heartfelt congratulations to DSAI! The truth has finally prevailed!

    Now, what about Khir Toyo’s case???
    Tidak berasas juga?

    Reply

    cm7 Reply:

    Salam DSAI,

    Tahniah. Satu kemenangan buat DSAI. Saranan saya teruskanlah pelayaran, jangan berputus asa dan teruskan usaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

    Pakatan Rakyat memerlukan sumber2 yang penting seperti kewangan, tenaga manusia yang berkemahiran dan sokongan rakyat bagi memastikan ia terus utuh. Untuk itu perkukuhkanlah saf, semaikan semangat permuafakatan dan elakkan sebarang pergeseran di kalangan ahli2 parti PAS, Keadilan dan DAP. Di samping DSAI juga perlu merealisasikan penubuhan PR dengan pihak ROS.

    Selain itu, bagi memastikan kita tidak kehilangan undi, isu2 tempatan hendaklah diberikan perhatian oleh ADUN dan MP Pakatan. Mungkin isu2 tempatan adakalanya nampak remeh dan bermasalah, akan tetapi inilah yang akan menentukan kemenangan PR di GE13!!!

    DSAI boleh! PR boleh!

    Sekian, wassalam.

    Reply

    FZ1303 Reply:

    Salam DSAI,

    Kenapa PR mereka siasat secepat mungkin? Lepas siasatan, tidak berasas. Sama seperti kes bekas timbalan ketua menteri Penang. Sekarang kes Tuan Guru pergi Haji.

    Apalah bodoh sangat SPRM ni? Kalau mereka rasuah dengan bukti kekayaan luar biasa, siatan mcm tidak berjalan.

    Rumah Khir Toyo dengan Datok Z tu tak siap-siap siatan SPRM. Dakwaan DSIA pasal black eye case, tak siap lagi. Kes V K Lingam tutup tanpa siatan. Bodoh memang bodoh.

    Apa semua ni? Sampai bila SPRM, Polis, Hakim terus jadi balaci Umno?

    DSAI, please keep the fight for us and our generation..

    Reply

    apo dia??? Reply:

    selagi org malaysia masih sokong bn selagi itulah mereka akan meneruskan kerja rasuah mereka..

    inderaloka Reply:

    Ya DSAI, teruskan berjuang untuk kami dan generasi akan datang. Kami akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan dan hak.

  2. 2 zahan Nov 11th, 2009 at 5:18 pm

    “Al-Fitnah (tuduhan yang tidak benar) lebih dahsyat (kesannnya) daripada membunuh.”-Al-Quran Lihatlah kebejatan sosial yang berlaku akibat dari fitnah. Semua yang berkaitan terheret; bank,individu-individu,agama,masyarakat dan negara.

    ‘Batang tubuh’ Masyarakat madani tidak terkandung di dalamnya ’sel2 kanser yang berpenyakit.’

    Reply

  3. 3 radin ikhwan Nov 11th, 2009 at 5:49 pm

    dsai………sabar tetap sabar,,,tapi LAWAN TETAP LAWAN…..satu berita yg agak menggembirakan bagi rakyat dan penyokong kebanyakan khususnya.setinggi mana semangat dan kecekalan dsai begitulah jiwa dan diri kami selama ini.keep it up dsai….for rakyat……dan perjuangan.Allahhuakbar….

    Reply

  4. 4 PAK LONG COT Nov 11th, 2009 at 6:01 pm

    Memang seronok menuduh. Tapi, tuduh secara liar itu fitnah. Amat malang politik dan kehidupan yang dicemari fitnah. Berbohong demi kepentingan diri seumpama mendidik anak berbohong. Akibatnya, semua susah.

    Kejayaan tidak dapat dibina di atas dusta dan kepura-puraan. Lebih malang bila institusi kehakiman diheret “membicarakan” kes-kes yang “membuang masa”.

    Rasanya, minda yang menuduh perlu dibuat “alignment” ! Jangan sampai, “menang bersorak kampung tergadai”. Resepi One Malaysia, jika adunannya fitnah; hasilnya umpama kek hangus dihias indah.

    Boleh Jalan !

    Reply

    kulub amrin Reply:

    Sebab itu banyak kes kes makamah tertanguh !! sebaba Negara UMNO BN ini mendahulukan kes kes yang berpilih, saya tidak salahkan badan kehakiman Negara tertapi saya salahkan si penguasa yang mencaturkan badan dan jentera kerajaan.

    Pernahkah kita nenanyakan pada benak hati kita, berberapa billion kah wang awam (rakyat)di punggah dari KWSP,PNB ke satu Syarikat yang bernama Maxis pada 19 Nov 2009 ini?? di Bursa Malaysia. kita akui dana ini mendapat harga IPO akan tertapi, jika dilihat dari berbagai sudut ianya dilihat satu usaha menolong keroni UMNO, ketika pasaran sahan dunia dan negara rebah, cara terbaik dan untuk pastikan saham Maxis dilangan sepenuhnya dana awam di sedut dan di Pam ke syarikat Keroni UMNO. Niat ini amat jelas senarai buat kali kedua adalah satu tuah buat AK47 . Persoalanya kenapa tiada usaha keras untuk megadakan “road show” ke luar Negara untuk menarik Dana Asing dan para Pelabur Asing untuk melangan saham Maxis? sepatunya dalam ekonomi sebegini usaha menarik pelabur asing harus ditumpukan!! untuk merancakkan Bursa Malaysia. tertapi sebaliknya wang dalaman juga yang di honggeh !! menjadi mangsa di heret ke persada Busra yang telah hilang nilai nilai seni niaganya kerana di cemari oleh pembesar UMNO BN. yang menjadi tanda tanya selama mana pegangan milik awam ini memegan stek dalam maxis?? dan saya percaya setelah pasaran pulih saham dana awam dalam maxis akan di jual semula, ini boleh lah di umpamakan bagaikan “enau dalam belukar” sekadar untuk melepaskan diri dikala bukan waktu yang sesuai untuk melakukan senarai di Bursa Malaysia buat ketika ini pasaran sahan amat lesu. berani saya katakan walau pun senarai ini adalah yang besar tertapu penyelamatnya adalah Rakyat (wang rakyat) dari dana dana awam. kesudahan nya Rakyat juga dipatuhkan untuk menbantu Keroni dan UMNO BN.

    Rakyat sering di korbankan untuk UMNO BN . bantuan ini bagaikan “melepaskan anjing tersepit” kesudahanya kita juga yang akan di gigitnya. kita lihat perkembangan seterusnya.

    salam buat semua terutama kepada awang selamat warga kerja utusan meloya.

    Reply

  5. 5 Sharma Nov 11th, 2009 at 6:16 pm

    DEAR ALL,

    WE ALL NEED TO GIVE PAKATAN RAKYAT AN OPPORTUNITY FOR THE NEXT ELECTION. WE NEED PR FOR THE FEDERAL GOVT. THERE COULD BE INTERNAL FIGHTINGS BUT LET’S FACE IT. THEY ARE NEW AND THEY ARE LEARNING TO GET INTEGRATED AS THEY GO. I THINK THEY ARE LEARNING WELL AND I’M SURE PR IS MUCH MUCH BETTER THAN BARISAN NASIOANL.

    WE NEED ALL THE HELP FROM ALL THE READERS AND THE RAKYAT TO SAVE DATO SERI ANWAR IBRAHIM FROM ANY CRIME FABRICATION. I HOPE EACH AND EVERY SINGLE MALAYSIAN WILL WORK OUT A STRATEGY TOGETHER NOT JUST TO SAVE DSAI BUT FOR A BETTER FUTURE FOR THE COUNTRY.

    THE MALAYS, CHINESE, INDIANS AND OTHERS NEED TO LIVE IN HARMONY AND ONLY PR CAN DO IT. PLEASE ENSURE PR WIN THE NEXT ELECTION OR THERE MAY NOT BE A FUTURE FOR ALL OF US.
    GOD BLESS MALAYSIA THROUGH PAKATAN RAKYAT

    Reply

  6. 6 tangkup46 Nov 11th, 2009 at 7:53 pm

    DSAI..semua yang berseh akan tetap sentiasa bersih. Sebagai pemimpin Negara kami berharap DSAI akan berkhidmat dengan bersih: hati bersih; tindak tanduk bersih; cakap bersih; buahfikiran bersih; pemikiran bersih..segala-gala nya harus bersih. Rakyat memerlukan pemimpin yang bersih!!
    Kalau DSAI bersih Tuhan Yang Mahakuasa lagi Adil akan merestui perjuangan mu. Teruskan perjuangan bersih melalui Pakatan Rakyat.

    Reply

  7. 7 Halik Zaman Nov 11th, 2009 at 8:36 pm

    (Maaf diluar tajuk)

    DARI KACAMATA HALIK ZAMAN

    Dalam kerancakan kita berbicara hal-hal politik semasa, adakalanya kita alpa dengan kesukaran yang di hadapi dalam menikmati kemudahan-kemudahan media dan internet. Para wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli Parlimen kita lupa untuk menjana penyelesaian dalam hal ini.

    Jika dilihat dari sudut positif, kita bangga boleh dikatakan 70% rakyat Malaysia celek IT. Hampir setiap rumah mengutilisasikan IT. Dalam apa cara, sama ada sambungan internet bercable, Wi Fi dan Broadband. Tetapi dalam pada itu, tidakkan kita peka bahawasanya penggunaan IT ini adakalanya agak membebankan segelintir masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan menyeru setiap lapisan rakyatnya untuk bijak IT, tetapi lupa untuk mengurangkan kos bayaran sewaan IT berkenaan kepada rakyat Malaysia.

    Saya menyarankan agar Kerajaan dapat mengambil satu inisiatif untuk mengurangkan tarif langganan IT bagi meringankan beban yang terpikul pada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

    Seandainya kita mampu memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara jiran yang ditimpa bencana alam, adalah suatu yang tidak mustahil Kerajaan juga mampu mengurangkan kos-kos penggunaan IT untuk rakyat Malaysia. Kebajikan rakyat Malaysia juga harus di ambil kira dan bukan di pandang ringan.

    Kalau di negara-negara barat, penggunaan IT di berikan secara percuma, mungkin Kerajaan Malaysia juga boleh mencari satu kaedah baru sedemikian, atau pengurangan kos langganan IT kepada tahap yang lebih selesa kepada setiap rakyat yang menggunakan IT.

    Perkara lain yang menggamit saya untuk menyuarakan pandangan ialah ASTRO. Sebilangan besar rakyat Malaysia menggunakan khidmat siaran ASTRO. Jika kita kekampung-kampung pedalaman juga mereka tidak ketinggalan melanggan ASTRO. Tidak dinafikan ASTRO kini telah menawarkan pakej langganan dari peringkat murah hinggalah keperingkat yang mahal, mengikut kemampuan pengguna-pengguna.

    Masalahnya ialah, cerita-cerita yang disiarkan, acapkali di ulang tayang hingga kita naik bosan untuk menontonnya. Tidakkah ada inisiatif untuk mempelbagaikan lagi rancangan dan cerita-cerita agar pelanggan-pelanggan ASTRO tidak bosan ? Walaupun mereka melanggan pakej yang termurah, tetapi mereka juga berhak untuk mendapatkan yang baik antara yang terbaik.

    Ini tidak, cerita-cerita di ulang-tayang beberapa kali sehinggakan anak-anak kecil pun sudah ikut menghafal jalan cerita berkenaan. Kita berharap Kerajaan dan pihak pentadbiran ASTRO mampu berbuat sesuatu untuk mengubah senario ini. Berikanlah sedikit keprihatinan kepada rakyat sendiri sebelum keprihatinan itu di berikan kepada rakyat luar.

    Adakalanya kita merasa agak terkilan, seolah-olah kebajikan rakyat Malaysia tidak di ambil keperduliannya dek kerana terlalu sibuk untuk berkebajikan dengan negara luar. Peruntukkanlah sedikit kebajikan buat rakyat sendiri.

    Kerajaan UMNO/BN terus menjaga kelibat parti pembangkang lalai pula menjaga hati rakyat yang pernah memberi budi kepada Kerajaan dengan memberi undi kepada Barisan Nasional untuk memerintah Malaysia. Najib bilang UMNO mesti berubah kalau nak kekal memerintah, rakyat mesti didahulukan, apa yang berubah? Berubah supaya Menteri Menteri turun padang bawa gigi dengan rahang untuk rakyat?

    Rakyat hari ini sudah puas dengar ucapan berapi api dari Menteri Menteri UMNO, apa yang rakyat mahu adalah kebajikan dengan menurunkan harga tarif telifon, IT, letrik dan air, supaya dapat dipergunakan oleh rakyat.

    Reply

    PAK LONG COT Reply:

    Tambah lagi satu cadangan saudara Halik Zaman. Hal “tahan kereta minta duit” @ TOL kat highway ! Kasi free terus. Baru meriah “cuti-cuti Malaysia” !

    Reply

  8. 8 MALAYSIADREAM Nov 11th, 2009 at 10:08 pm

    Alamah..Memang dahsyat betul..orang macam ni pun boleh jaga Duit Negara sampai nyaris-nyaris jadi “Gabenor bank negara…”….nak tanda-tangan Wang Ringgit Rakyat Malaysia..!Ayuhai..!
    Siapa pilih orang macam ni..!

    Doa-doakan Tuhan memberkati insan yang mulia..insan yang tabah..berani…tuntutkan “Kebenaran dan Keadilan” untuk semua Rakyat Malaysia yang murni dan suci..di hatiMU!Insyallah..!

    Reply

  9. 9 arabkia Nov 12th, 2009 at 1:12 am

    Salam Dato Seri,

    Saya mengucapkan tahniah dan mohon syukur pada yang Esa.

    Dengan ini juga saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada New Straits Times kerana disaman DSAI. PADAN MUKA KORANG……
    Kepada kaki-kaki dan tukang-tukang fitnah, bertaubatlah. Ini satu pengajaran dan iktibar.

    Reply

  10. 10 Tungku Amran Tungku Omar - Hardvard University Nov 12th, 2009 at 2:43 am

    Salam Perjuangan DSAI & keluaraga.

    Insyaalah, apabila kami balik nnt…kami akan terus menyambung perjuangan DSAI menegakkan keadilan di tanah air kami sendiri.

    Reply

  11. 11 fezrin Nov 12th, 2009 at 3:08 am

    Hidup DSAI dan Pakatan Rakyat.Saya percaya DSAI di pihak yang benar.Sekiranya DSAI pernah menyeleweng duit kerajaan semasa menjadi timbalan perdana menteri semestinya sekarang ini DSAI kaya raya macam Mahatir.Anak Mahatir dalam senarai 20 orang terkaya di malaysia, dari mana anak mahatir dapat duit buat bisness.

    Saya dah muak dengan politik malaysia, tak habis -habis BN menyeleweng duit rakyat untuk kepentingan keluarga mereka.Saya hendakan perubahan dalam politik malaysia.

    selepas saya tamat pengajian diploma dalam E&E, enam bulan saya mengangur di malaysia.Sekarang saya berkerja di SIGAPURA dengan gaji RM 4500 sebulan yang bersamaan dengan gaji doktor kerajaan di malaysia.Sekiranya saya turun ke KL saya akan mendaftar diri saya menjadi ahli keadilan seumur hidup dan meyalurkan subangan setiap kali parti DSAI memerlu dana bagi mengerakan jentera parti.

    Ingatan kepada BN kalau kau tahan lagi ketua kami sebab tuduhan2 bodoh kamu,saya takan berdiam diri.BN kau jangan pandang rendah dengan penyokong pkr.

    Reply

  12. 12 wah Nov 12th, 2009 at 11:20 am

    Seorang yg beramanah dan suci hati akan sentiasa bersih walaupun terpaksa berendam dalam air lumpuh yg keluh. Kami tentu percaya DSAI tidak melibatkan dalam budaya rasuah yg diagung-agungkan pihak lawan. DSAI adalah adalah contoh hidup pemimpin PR yg ideal dan mengharapkan semua pemimpin dapat berpegang teguh kepada prinsip PR yg asas iaitu amanah,adil , semangat cintakan rakyat bagai anak-cucu sendiri , keamanan dan kemajuan negara diutamakan. Jangan ingat taraf dan kocek sendiri. Ini semua adalah kemewahan sementara saja. Rakyat sentiasa boleh menukar pemimpin dengan undi mereka. Hanya tokoh rakyat Tulin seperti DSAI akan disokong oleh rakyat selama-lamanya. Kerana keberanian dan pengorbanan tokoh seperti DSAI, Lim Guan Eng yg tidak kira kaum dan agama , kita sekarang mempunyai peluang membongkar kes rasuah, rahsia pemerintahan 52 tahun lalu ,rahsia mati terkejut dan lain………
    kenapa ikan besar tak ditangap? ikan comel yg kena tangap ……………………..
    Terima-kasih Datuk Khalid kerana membongkar rahsia sulit yg termendap lebih 30 tahun. Mungkin ramai diantara mereka yg terlibat telah meninggal dunia,tapi sekurang-kurangnya anak-cucu mereka berpeluang mengambil tindakan yg sewajarnya untuk menuntut hak mereka. Mereka telah merana lebih sesuku abad, kalau tidak kerana Sunami Politik 308, bila lagi rakyat dapat tahu kebenaran. Rakyat seharus memberi peluang kpd pemimpin PR untuk mentadbir Kerajaan Persekutuan . Kami percaya PR akan lebih berhati-hati dan matang dalam pemerintahan lebih-lebih lagi selepas mereka langgar tembuk apabila DUN Perak dirampas secara haram kerana katak politik melompat ke lobok rasuah. Kalau 52 tahun lepas ,kita bisu terpaksa angguk kepala saja mengikut rentak irama paksaan ,sekarang kita dapat bersuara dan undi ditangan dapat mengubah nasib dan negara ,kita hargai peluangg ini, kita cuba hala lain untuk cari rezeki. Kita tak usah berkepit di lalulintas yg telah jam dan busuk.
    Kalau dulu nenek mayang kita berkereta lembu mengangkut barang dam makan masa panjang ,sekarang kita telah berubah ,kita guna kapal terbang yg cepat dan tepat.
    Malaysia memerlukan pemimpin yg amanah untuk mentadbir kewangan dan memulih ekonomi negara. Cukai Hasil besar sumbangan rakyat dan belanjawan negara dapat dibahas dengan teliti dan semua ahli Parlimen yg dilantik rakyat mempunyai tanggung jawab berat dalam membelanja wang rakyat. Kejadian AP(Ahli Parlimen) tergopoh menyokong
    meluluskan sesuatu belanjawan sekarang memang menyakiti hati rakyat, mereka lupa gaji dan aluan mereka dibayar dengan duit rakyat. Mereka membantal dan menyokong dengan membabi buta saja untuk memihak parti mereka bukan hak rakyat yg mereka utamakan. Sebab itu , saya menyokong bakal pemimpin PR yg dilantik untuk bertanding dalam PRU 13 hendakalh mereka yg betul-betul boleh daki gunung dan masuk gaung dekat dengan rakyat. Rakyat bukan saja mahu pemimpin yg tinggi pelajaran,tapi seorang yg mesra dan tak kira taraf, kaya atau miskin. Kalau kita menabur baja yg cukup kpd tanaman , satu hari nanti kita akan dapat hasil lumayan yg tak kira. Itulah sedikit harapan saya. Akhirnya ,doakan DSAI menang dalam kes terhahap NST.
    Satu pengajaran kpd mereka yg suka menfitnah orang lain. Lawan tetap Lawan!

    Reply

  13. 13 zain Nov 12th, 2009 at 11:33 am

    Syabas Dato’ Seri… UBM cukuplah mempergunakan PDRM , SPR, Kehakiman dan lain utk kepentingan politik BN… rakyat dah naik dgn muak dgn BN yang mengkayakan krono, anak beranak UBN.. rakyat dimiskinkan.. BN sudah berada dipenghujung… aku pun naik muak dgn berita mengarut surat khabar UBN….aku doakan PR akan terus mara dgn jayanya.. teruskan kerja kuat menuju Putrajaya..

    Reply

  14. 14 samsaimon Nov 12th, 2009 at 1:38 pm

    Tahniah Dato Seri.

    Satu pengkhianatan dan fitnah besar telah terlepas, InshaALLAH!

    Semoga Pengkhianatan dan Fitnah yang lagi satu itu juga akan terlepas dan ALLAH menebalikan akibatnya keatas penudoh!

    InshaALLAH!

    Reply

  15. 15 abg.din Nov 12th, 2009 at 2:47 pm

    Siap sedia menghadapi GE 13 tak lama lg. Jangan leka terutama di level akar umbi, … takbirrrr

    Reply

  16. 16 ilya Nov 12th, 2009 at 4:44 pm

    Apa lg SPRM,pergilah siasat pemimpin UMNO dan BN yg lain…’
    Khairy Jamaluddin kenapa senyap je…
    Anwar dah terbukti takde rasuah…
    Khairy pula?
    Mmg UMNO dan BN bacul dan penakut…Cakap jee…
    Pirahhh UMNO…..

    Reply

  17. 17 Boring Nov 12th, 2009 at 5:02 pm

    Lawan tetap lawan…Time to changed the moron.

    Reply

  18. 18 go PKR go Nov 12th, 2009 at 7:44 pm

    lawan pak nuar lawan…..tapi jgn lupa perkuatkan pakatan dengan 1 bendera, 1 ideologi untuk kita rampas kembali Malaysia dan musnahkan 1 Malaysia yg retorik semata. hidup pak nuar……pak nuar, cepatlah tubuhkan pakatan sebagai 1 parti yang memayungi pas pkr dan dap. kami berharap impian kami direalisasikan pak nuar.kami tetap dibelakang pak nuar….

    Reply

  19. 19 Shatter Nov 12th, 2009 at 8:50 pm

    I will help you lobby support anyway I could, insyallah.

    Reply

  20. 20 Joe-kedah Nov 12th, 2009 at 10:28 pm

    Salam untuk semua.
    terlebih dulu diucapkan tahniah kepada DSAI diatas keputusan yang tidak berasas itu. Saya amat kesal, hari ini bangsa melayu sanggup memakan daging saudara nya sendiri demi kemewahan politik murahan mereka.Saya juga kesal dengan bangsa saya sendiri yang sanggup bersekongkol dengan munafik-munafik itu, akibatnya bangsa saya dari kumpulan PDRM, SPR, SPRM, Penerangan, Kehakiman terus menerus jadi pencacai mereka. Kadang-kadang terfikir dibenak saya mengapa bangsa melayu selalu bergadoh sesama sendiri?. Harapan dan cita-cita datok hang tuah untuk melihat bangsa nya tidak akan hilang didunia mungkin tidak kesampaian jika situasi begini berlarutan. Bangsa melayu pasti merempat dibumi sendiri, selagi ada pemimpin yang mejoritinya berkepentingan perut sendiri. Dikalangan orang umno masih berbangga dengan perangai pemimpin mereka sendiri yang semakin hari bertambah melampau. Alangkah bangganya jika peon sekolah boleh jadi pengerusi jkkk, lihat lah kelibatnya. Dia akan rasa eg. o dengan jawatannya dan dia ada kuasa boleh tukar bos-bos yang tegas dengan dia. Saya juga sedar, jika perkara yang dinyatakan tidak dibendong segera, suatu hari nanti bangsa melayu akan melukut ditepi gantang, hasilnya orang lain yang pegang. Prinsip sekarang, yang bercakap benar akan dipulau selama-lamanya. yang beramanah akan diketepikan segala kemudahan yang sedia ada. Hari demi hari berbagai issue yang timbul, semuanya melibatkan bangsa melayu. Sampai bila bangsa melayu hendak bercakaran sesama sendiri?, apakah kita hendak tragidi dipadang berlaku ditempat kita?. Lihat bagaimana kuasa Allah tunjuk hanya serpihan saja, bumi dibuka dan dibaham manusia-manusia yang telah engkar dengan perintah Allah.Sekarang, siapa fitnah siapa? Sebagai insan biasa, saya menyerulah kawan-kawan dari kem umno, kalau nak baca berita, bacalah semuanya, kalau nak dengan berita, dengarlah semuanya, begitulah juga pengendali akhbar-akhbar berbahasa melayu, wartawan mestilah patuh kepada etika, jangan berat sebelah. harap tolong singkirkan dari kita amalan membodek bos. begitulah juga pengendali penyiaran radio dan tv. Sekarang ini saya melihat dan mendengar, hanya berita-berita dari pemerintah saja yang disiarkan, mana perginya berita dari pembangkang?.Saya nak tanya pengendali-pengendali sekelian, negara malaysia kita mengamalkan sistem apa?. Adakah sistem demokrasi berparlimen, kominis, atau republik. Kalau tuan-tuan semua menyatakan demokrasi berparlimen, tunaikan harapan dan cita-cita rakyat malaysia yang berjumlah lebih 26 juta orang ini, jangan kita bersifat berat sebelah, Allah tidak redha dengan sikap sebegitu.Apabila disebut penyalahgunaan kuasa pula. Sekarang diperhatikan terlalu banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku. jika diteliti dan dinilai, orang-orang sebegini cukup-cukup rendah moralnya, nampak dikulit cukup handsame, tetapi didalamnya terlalu busuk dan meloyakan. Bila disebut kes sebegini, saya selaku rakyat malaysia yang menjadi pengundi berdaftar menyerulah kepada tan sri muhyiddin, TOLONG JANGAN MASUK CAMPUR HAL EHWAl DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN, BEGITU JUGA PERASMIAN MAJLIS BN MENANG KEDAH SENANG(RAKYAT KEDAH SUDAH KENAL DENGAN BN YANG KORUPSI, KALAU BAGI, BUKAN RAKYAT YANG SENANG TETAPI JADI PAPA KEDANA, YANG SENANG YANG JADI WAKIL RAKYAT, TETAPI WAKIL RAKYAT TU DIA TAK SEDAR, DIA TU KULI KEPADA PENGUNDI YANG MEMANGKAHNYA).Jangan diharap lah, orang kedah sudah serik dengan perbuatan pemimpin-pemimpin bn/umno. Rakyat kedah sudah mula selesa dengan kepimpinan yang ada hari ini. Biarlah wakil-wakil yang kami pilih tu selesaikan masaalah dalaman DUN kedah, HANG PI JAGA PARLIMEN TU!.Yang ketara program hari ini ialah:-
    Deretan kereta parking tepi jalan lebih kurang 4 kilometer.
    Jika dilihat, angkut habis suku sakat bn diseluruh kedah, sehingga budak kecil yang tak tau apa tu diangkut sekali. Depa tu mai, kalau tak bagi duit tobat tak mai, jadi nak tanya, umno bn ambek duit mana bagi kat suku sakat yang mai tu?. Kalau duit umno tak apa lah, tapi kalau duit tu duit kerajaan diguna untuk parti maka haram lah dan salahgunakuasa.Begitu juga dengan kawalan keselamatan. Kalau dilihat, Daerah yan macam nak perang, ramainya anggota polis berkawal, dari PGA,FRU,SB dan trafik dan kelihatan helikopter polis pun berlegar-legar diruang udara. Jika dinilai lah, 10hb. nov 2009, tuanku sultan kedah mai rasmi hari kesihatan dihospital yan, tapi tak ramai pun anggota polis macam hari ni.Jelaslah timbalan perdana menteri lebih besar dari sultan yang memerintah negeri kedah ni.Bukan setakat jabatan polis, semua jabatan kerajaan diangkutnya. Dari penglihatan saya, TPM telah menyalahguna kuasanya, kerana DEWAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA YAN DIGUNAKAN UNTUK POLITIK MURAHAN MEREKA, SEDANGKAN MURID-MURID YANG TINGGAL DIASRAMA SEKOLAH TERSEBUT SEDANG BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM PADA 18HB. NOV INI. Persoalannya sekarang, mengapa tidak diguna DEWAN SERBAGUNA GUAR CHEMPEDAK, DEWAN DATOK MADI YAN? Jadi kepada pemimpin-pemimpin umno saya menyeru lah jangan terlampau taksub dengan kuasa yang ada, berhemahlah melaksanakan tanggong jawab sebagai pemimpin, jangan ego dan jangan jadi samseng yang cuma berani kepada bangsa nya sendiri saja sedangkan dengan bangsa lain takut macam PIJAT.Akhir kalam, saya menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin umno yang ada, jangan cuba campuri bab-bab yang berkaitan kehakiman dan keadilan, jangan cuba ganggu gugat hakim-hakim melaksanakan tugas, biarkan mereka yang sendiri membuat keputusan jangan kita jadi pelakon dibelakang tabir.HENTIKANLAH ISSUE-ISSUE YANG MENJAHANAMKAN BANGSA SENDIRI.Wassalam

    Reply

  21. 21 ZAI CIKGU PIN Nov 13th, 2009 at 7:02 am

    TERBARU TUAN GURU PULA DI SIASAT PASAL HAJI…CEPAT SUNGGUH DEPA BUAT KERJA…(KES SAMA DGN DATO KHALID IBRAHIM (LEMBU KORBAN) ).
    TAHNIAH KEPADA SPRM…!!!!!???!@#$%^&*(KHIR TOYO BILA NAK SIASAT ???
    ANYWAY TAHNIAH DATO SERI…LAWAN TETAP LAWAN…

    Reply

  22. 22 Kenyah Warriors Nov 13th, 2009 at 1:16 pm

    AKU MEMANG DAH AGAK DATUK SERI ANWAR MEMANG BENAR??? SEJARAH DSAI TELAH MEMBUKTIKAN DIA ADALAH PEJUANG YANG TULEN…TAHNIAH DSAI…TERUSKAN PERJUANGAN. TAKBIR!!!!!!!!!

    Reply

  23. 23 perempuan melayu muar Nov 13th, 2009 at 2:39 pm

    Assalammualaikum DS,

    no matter how the wind howl, the mountain will not bow to it

    regards

    Reply

  24. 24 AKU NIE Nov 13th, 2009 at 6:48 pm

    Lama gak AKU NIE tidak membaca buah fikiran kawan2 dilaman ni. Anyway congrat to DSAI atas pecah nya tembelang ni. AKU NIE dapat rasakan 85% yg membaca dan mendengar berita ni akan bertambah sedar akan kepincangan UMNO dalam menangani kes-kes umpama ini. selebihnya 15% ini masih lagi bersifat keUMNOan iaitu dalam ertikata masih lagi menidakkan kes yang telah terang lagi bersuluh bahawa kerajaan seboleh-bolehnya ingin membuat rakyat membenci dan menolak DSAI. selepas ini mereka akan cuba pula mencari kes-kes lain yang lebih hebat dengan maksud supaya rakyat membenci dan menolak DSAI. AKU NIE yakin DSAI telahpun bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan mendatang nanti. kes moral DSAI pasti akan berdondang sayang berabad lamanya kerana inilah sahaja kes yang masih boleh dikaitkan kpd DSAI, krn disisi agama lah orang islam ini akan menolak DSAI. (anggapan UMNO). sedangkan rakyat tahu dan faham akan perjalanan kes dan segala bukti tidak termasuk dek akal.

    Sebagai rakyat yang inginkan perubahan dalam pemerintahan AKU NIE amat jelek kepada segala jenis kuda kerajaan ini. lagi-lagi kuda padi(polis) yang bergerak hanya bila mendapat arahan. SPRM lak hanya menumpukan kes kecil dan melibatkan PR. Kes besar yang telah sepatutnya disiasat terlebih dahulu akan menjadi bangunan lama yang bersawang dan akhirnya tumbang sendiri dimakan dek zaman.

    kemana kes KHIR TOYO? kemana kes Lingam kemana PKFZ kemana Altantunya kemana Audit negara? mengapa hanya kes bendera mengapa hanya kes haji NIK aziz mengapa mengapa? kalau begini SPRM rasanye AKU NIE boleh beat SPRM untuk buat siasatan, cukup sekadar company security kecil AKU NIE akan lebih berjaya solve case dari SPRM. Wallahualam.

    Reply

  25. 25 iskandar zulkarnain Nov 14th, 2009 at 1:10 am

    Apalah yang korang semua mengarut nie. Melalak tak habis-habis. Punah negara kalau manusia macam korang memerintah. Kawal lah sikit emosi, gunakan akal. Kalau macam nie cara pemikiran korang sapa nak sokong? Orang-orang bodoh jer.

    Reply

    Kingz Reply:

    iskandar zulkarnain, sy tinggal di Selangor yg mana PR menjadi kerajaan. Adakah tuan lihat negeri Selangor punah?? Tuan kata takda org nak sokong PR, itulah punca BN boleh kalah kerana menyangka BN terlalu kuat. Pada hakikat nya, tinggal org2 nyanyuk yg tinggal di kampung2 yg menyokong BN. Salam

    Reply

  26. 26 kampung boy Nov 19th, 2009 at 12:44 am

    apalagi lah tuduhan yang dia orang nak buat lagi ni..kes khalwat dah ta boleh makan dia buka pulak kes lain ni..

    dia orang umno bn ni pengecut..kalau berani nak jatuhkan seseorang melelui pilihanraya la…ni tak, menfitnah dan menaubkan untuk menjatuhkan seseoran..tak gentle lansung..pengecuttt….

    Reply

  1. 1 Tweets that mention ‘Tuduhan Anwar Sorok ‘RM3b’ Tidak Berasas’ at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 11th, 2009 at 2:24 pm
  2. 2 ‘Tuduhan Anwar Sorok ‘RM3b’ Tidak Berasas’ | PD Photographer - Gambar Perkahwinan Melayu Berkualiti Tinggi Pingback on Nov 11th, 2009 at 6:37 pm

Leave a Reply




Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30