06
Nov
09

20 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

Dari Harakah Daily

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

ANALISIS

Sejak 52 tahun lalu, negara ini hanya diperintah oleh Umno/BN/Perikatan, selain itu tiada parti lain yang berjaya menjadi pemerintah di negara yang majoriti penduduknya Melayu.

Adapun parti yang memerintah negeri-negeri seperti Kelantan (PAS- kini), Terengganu (PAS 1999-2004); Perak (Pakatan Rakyat,DAP-PAS-KeADILan sejak Mac 2008-Februari 2009); Selangor Mac 2008-kini), Kedah (Mac 2008-kini) dan Pulau Pinang (Mac 2008-kini), semuanya dianak-tirikan dari menerima bantuan pembangunan oleh kerajaan pusat.

Sejak itu juga, Umno/BN menggunakan ‘kesempatan’ dengan agensi kerajaan, media dan kuasa untuk mencengkam jiwa-jiwa orang melayu dan kaum-kaum lain bagi mengekalkan kuasa mereka.

Malah dengan akta-akta seperti Ordinan Darurat, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Umno/BN berjaya ‘menutup’ mulut-mulut rakyat, dan setiap kali getir melanda periuk nasi Umno/BN, pastinya akta-akta ini digunakan bagi emnakut-nakutkan rakyat.

Dalam masa yang sama, bak kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan dengan kakitangan Harakah pada 28 Oktober lalu di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Umno/BN memperbodohkan rakyat dengan akhbar-akhbar mereka hingga rakyat menjadi ‘pak turut’.

Berita-berita yang dimuatkan dalam media milik Umno/BN hanya memaparkan pandangan sebelah pihak, selebihnya menghentam dan memfitnah pembangkang.

Sejarah pastinya tidak akan melupai akan Umno/BN lah yang mengurangkan kuasa Raja-raha Melayu, yang menderhaka kepada Sultan apabila di Terengganu, selepas pilihan raya umum 2008, Umno/BN tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Terengganu melantik Dato’ Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar menggantikan Dato’ Seri Idris Jusoh.

Mereka (Umno/BN) turun ke jalan-jalan raya bagi membantah tindakan Sultan hinggakan slogan ‘natang’ ditujukan kepada Sultan dan Istana.Penderhakaan ini tidakpun diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa hingga kini.

Sementara AJK PAS Pusat, Dato’ Kamaruddin Jaffar pada satu majlis di Gombak satu ketika lalu pernah mengingatkan bahawa rakyat tidak akan lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad sehingga sekarang di bawah Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ujarnya pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. sedangkan Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu. Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan bermula pada zaman pemerintahan Dr Mahathir hinggalah hari ini apabila sistem kehakiman semakin dibobrokkan.

Bekas Perdana Menteri (Dr Mahathir) itu juga, telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihan raya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, Umno/BN memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia.Hak tunggal bahasa Melayu ini dicabuli dan pemimpin Umno/BN mempertahankannya.

Akibatnya, dasar yang digubal dan dilaksanakan itu akhirnya melemahkan pencapaian anak-anak Melayu dalam subjek Sains dan Matematik, selain keciciran Melayu di kawasan pedalaman.

Rakyat pastinya tidak akan lupa dengan tindakan Umno/BN menarik semula geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.Umno/BN melaungkan bahawa SAR tempat melahirkan pengganas, dan ia adalah menurut kajian orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda yang pernah dikaitkan dengan dakwaan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.

Umno/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.

Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.


36 Responses to “20 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu”


  1. 1 daus othman Nov 6th, 2009 at 2:49 pm

    Saya tertarik dengan beberapa bentuk pengkhinatan UMNO terhadap org melayu atas alasan untuk satu tujuan iaitu kemenangan di dalam setiap pilihanraya. Pertamanya persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi mengecilkan kawasan pilihanraya lantas majoriti masyarakat dalam sesuatu kawasan untuk tidak memberi kemenangan kepada UMNO tidak tercapai.Hal demikian relatif kepada perancangan UMNO untuk terus mentadbir Malayisa walhal masyarakat menginginkan perubahan dalam struktur pemerintahan negara. Perkara tersebut berlaku di Kedah dalam kawasan Alor Setar. Saya tidak hairan denagan perancangan licit UMNO di dalam suasana politik Malaysia kerana “arrogance of power” tidak mungkin akan terlepas dari hati-hati pemimpin Umno bahkan sifat ini menular kepada sesiapa sahaja atas alasan untuk memaksimumkan pencapaian dalam sesuatu tindakan.Politik itu tidak kotok asalkan pemain polik itu menggunakan autoriti,power dan influence dalam lapangan yang betul, aliran sistem politik akan lancar dan menghamparkan kepercayaan rakyat kepada pemerintah.

    Reply

  2. 2 piprx Nov 6th, 2009 at 3:29 pm

    Salam Papa dan Keadilan sejAGat…,
    Akan tiba suatu hari apabila kemarahan yang terlalu meluap2 dan kesabaran telah capai tahap limitnya..maka para2 pejuang tulin akan keluar berterbangan dari serata ceruk-rantau dan pelusuk alam untuk menuntut bela dan membuat perhitungan kembali bagi megajar secara secukupnya pada para Celaka dan para Laknat ini yang membuat onar dan kerosakan di muka bumi Allah… WallahuAlam..

    Reply

  3. 3 zam Nov 6th, 2009 at 3:39 pm

    ITU PUN SETENGAH ORG MELAYU SOKONG LAGI PUAK PUAK UMNO DAN BN NIE…..
    BUTA PERUT

    Reply

  4. 4 hakeem Nov 6th, 2009 at 4:02 pm

    kalau semua yang disebutkan diatas adalah pengkhianatan umno kepada orang melayu. saya ingin bertanya kepada sdr anwar, semasa berucap di padang tembak, pulau pinang pada tahun 2007, bahawa sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini, maka naib-naib canselor melayu di universiti awam, sebahagiannya akan diganti dengan mereka yang bukan melayu, apakah ini bukan pengkhianatan kepada orang melayu? jangan kerana nak dapat kuasa gadai semua hak.

    Reply

    Zulnizam Reply:

    Salam sdr hakeem,

    Nampaknya saudara mendengar ucapan dsai dengan penuh prejudis, merujuk kepada ucapan tersebut, pada saya dsai ingin memberi ruang kepada beberapa cerdik pandai dikalangan bukan melayu bersama-sama menaik taraf universiti negara.

    Daripada sekarang, kesemua kerusi tersebut hanya diduduki oleh mereka yang punya pertalian dengan pihak atasan. Manakala unversiti yang sepatutnya menjadi amanah kepada mereka bertukar kepada lubuk memenuhkan perut sendiri. Kerana apa?

    Kerana kelayakan mereka hanyalah mengampu! jika diberi ruang kepada bukan melayu maka ini akan wujud persaingan dan sudah tentu ia akan menjadikan unversiti tersebut sebagai pentas ilmiah yang melahirkan graduan.

    Reply

    pendedahan Reply:

    sdr zulhizam,

    penghakisan hak org melayu semakin ketara mengapa hendak ditambah dgn menggantikan cerdik pandai melayu dgn mereka yg bukan melayu.
    jgn mengata org lain mengampu jika sendiri pun begitu. cermin diri dulu baru berkata2.

    Reply

    e0ne Sam Reply:

    kalau orng melau yng btul cerdik pandai yg menerajui memamng diakui la kedudukan dia sbgai naib censelor..ni tidak, kaum krabat jugak yg diangkat… padahal si kaum krabat nie background dia psal education x la seberape… ble ditnyekn soklan yg brlatarkn engenering, jwab merapu meraban cam orng x tau ape… x ke malu mlayu cam2..awk 2 da diangkat sbagai naib censelor…memalukan universiti je…

  5. 5 zamy Nov 6th, 2009 at 4:33 pm

    UMNO-BN…dulu kini dan selama-lamnya PENGKHIANATTTTTTTTTTTTTT…………Be eNd kan mereka segera…

    Reply

    4RAKYAT Reply:

    zamy, assuming u r a malay, aren’t u afraid your malay special rights will be, gradually, wiped out?

    4RAKYAT

    Reply

    a girl Reply:

    u r rite 4RAKYAT.

    Reply

    4RAKYAT Reply:

    no, i meant that sarcastically. it is a very real issue. zamy has to answer truthfully.

    4RAKYAT

  6. 6 Benji Nov 6th, 2009 at 6:01 pm

    Sdr Hakeem,

    Saya percaya saudara telah mengambil apa yg disebut oleh Sdr Anwar di luar context. Kebanyakkan Naib Chanselor Melayu yang di lantik sekarang bukannya dilantik kerana mereka memang layak tetapi kerana dia seorang meleyu atau dia mempunyai cable politik yang baik. Apa kesudahan tahap atau standard Universiy kita jatuh mendadak.

    Patutkah kita buat bodoh. Sdr Anwar menjelaskan yang kita patut memilih Naib Chanselor yang brewibawa yang betul-betul layak, tak kira dia seorang Melayu, India, Cina, Iban. Asalkan dia boleh membawa standard University ke suatu tahap yang membanggakan. Ini bukan dikatakan sebagai pengkhianatan tetapi sesuatu tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Saya nak University Malaysia pada suatu hari nanti dikatakan yang terbaik dirantau ini malah di seluruh negara.

    Ben

    Reply

    ulam batar Reply:

    Kalau naib chanselor orang putih lagi bagus !!! tak payah kita hantar anak ke US atau UK untuk berlajar!! Kebanyakan orang Melayu kalau boleh anak belajar di u yang terbaik! jadi lagi baik kita inport Bekas Naib Chanselor dari Harward University. kan ada kelas!! gitu!!tak dapat masuk Horward dapat Naib Chanselor horward pun jadilah!!.

    Orang melayu ni kalau boleh Naib Chanselor Horward tu Bumiputra UMNO ada lesen kelas F ,!! he!!!he!!!

    payah dengan kerenah orang Melayu tak habis habis dengan ketuanan Melayu! persoalanya adakah kita benar benar tuan!! atau sekadar dimomokan sebagai tuan!! .

    semoga orang melayu menilai siapa diri mereka di negara ini? jangan hanya bergantung pada Tuah lampau!!! yang di gilap oleh UMNO sepanjang zaman permerintahan mereka. orang melayu harus memikirkan kesan sampingan akibat menjulang Ketuanan Melayu ada kah ianya menbuat melayu selesa,leka,megada gada, terus bermanja ini harus dikupas oleh Rakyat kitatidak boleh menharap para peminpin sebagai Rakyat kita punya hak mutlak untuk menentukan hala tuju negara kita. bukan diserahkan 100% kepada peminpin, peminpin datang dan pergi.

    Reply

    ron Reply:

    sokong. kita bercakap soal pendidikan, bukan ketuanan Melayu. ini masa depan anak saya & anak anda.

    sy graduate yg lahir dr universiti awam. terus terang, kualiti sgt xboleh dibandingkan dgn uni terkemuka dunia. ibarat ikan kembung dgn ikan jenahak.

    kata dr 20 naib camselor & rektor universiti, hanya 2-3 org shj yg benar2 layak, dgn merit yg hampir penuh. selebihnya,mmg betul. semata2 krn die melayu, kaki ampu, kabel, kroni dsb. semuanya politiking.

    kalu benar nk martabatkn gedung ilmu, angkatlah sesiapa shj asalkn die benar2 berkelayakan, tidak kire die melayu, cina, india, iban kadazan dll.

    bukankah org cina & india dilantik jd menteri oleh umno?

    terbukalah sikit org melayu. ketuanan2 ni xgi mana pn kalu majoriti melayu terus2an dikawal elit & kroni bergenerasi.

    bak kata tuan guru nik aziz, berapa sen nilai melayu di padang mahsyar?

    p/s: dlm kubur nnt teriaklah ‘hidup umno’, xmembantu walau sedikit pun

    Reply

    reformasi minda Reply:

    sdr-sdr sekelian,

    penghakisan hak org melayu semakin ketara mengapa hendak ditambah dgn menggantikan cerdik pandai melayu dgn mereka yg bukan melayu.
    jgn mengata org lain mengampu jika sendiri pun begitu. cermin diri dulu baru berkata2.
    bila ada usaha menaikkan taraf pembelajaran org melayu dikatakan derhaka . menganiaya org melayu tapi jika meritokrasi dilaksanakan berapa ramai pelajar melayu akan ke unuversiti . 10 % atau kurang dari itu. org melayu diberi peluang utk melanjutkan pelajaran ke universiti mengapa mau dihalang dgn mencadangkan meritokrasi, hanya utk menaikkan taraf universiti . sedarlah berapa ramai org melayu yg benar2 layak jika dibandingkan dgn yg bukan melayu.

    Reply

    ulam batar Reply:

    penhakisan hak orang melayu adalah hukum alam, saudara Riformasi minda tidak boleh derhaka pada 1malaysia, atas semagat 1malaysia saudara harus menerima bahawa bumi malaysia ini harus dikongsi bersama tampa megira kaum dan agama, jika u masih pekat dengan Perkauman itu pertanda saudara menderhakai 1malaysia. Untuk menaikan taraf pembelajara org melayu kita tidak boleh berteraskan satu bangsa sahaja ilmu itu universal!!! muzik pun sama ianya berbentuk universal apakah muzik itu untuk satu bangsa? bergitujuga dengan pembelajaran!! ilmu bukan milik kepada sesuatu bangsa!!. jika orang melayu lemah kita kena dan harus belajar dengan bangsa bangsa lain bergitu juga sebaliknya. lihat bangsa Jepun mereka berlajar dari bangsa barat untuk maju!! , jika orang melayu tidak mahu berkongsi ilmu maka ilmu yang di pelajari hanya berlegar sesama mereka, sedangkan nabi sendiri mahukan umatnya menuntut ilmu dengan bangsa lain di “tuntutlah hingga kenegara CINA”. maka jelas ilmu bukan milik untuk sesuatu bangsa. harap maklum!!!!

    Shatter Reply:

    Dah jadi sifat Melayu, hasad dengki dengan Melayu lain. Itu Melayu, terima lah hakikat ni.

    Saya tak hidup dengan hak Melayu, tak pernah rasa apa pun dari DEB, atau apa pun sepanjang hidup. Tapi berjaya masuk University atas usaha sendiri, dan bukannya University atas sebab ‘quota’.

    Datang dari keluarga miskin, bapa meninggal masa kecil lagi, tak pernah satu bantuan pun dapat, tapi boleh pergi jauh, bukan kerana bantuan, atau kaki bodek, tetapi usaha sendiri. Tak perlu rasanya nak berbodek, atau ampu, asalkan kita jujur, dunia akhirat kita untung.

    Tentang kesemua hak, atau raja-raja, saya terpaksa nyatakan pendirian saya, saya bertegas, hak itu harus kekal, tanpa menafikan hak-hak kaum lain.

    Setengah yang dapat masuk sebab ‘quota’ ini, dan berjaya, sekarang melaungkan diri mereka berjaya atas hasil sendiri dan minta semua bantuan ini dihapuskan, sedangkan ‘bantuan’ yang berjayakan mereka. Tak malukah?

    Setengah Melayu,dia cemburu pada kejayaan Melayu lain, biar bukan Melayu pun tak apa, asalkan bukan dari kalangan dia.Sebab tu ramai Melayu yang sanggup tikam sesama sendiri, sanggup santau, sanggup sihir, ibaratkan cake, kalau dia tak dapat, dia tak mahu orang lain dapat, dia hancurkan semuanya.

    Terima lah hakikatnya, inilah realiti bangsa yang bernama Melayu.

  7. 7 rakyat terpinggir Nov 6th, 2009 at 6:17 pm

    mari kita bersama2 tukar kerajaan Umno/BN kpd Pakatan Rakyat pada PU13 nnt..

    Reformasi..!!!!
    Reformasi..!!!!
    Reformasi..!!!!

    berilah peluang DSAI utk mentadbir negara kita yg tercinta….wassalam

    Reply

  8. 8 ericind Nov 6th, 2009 at 8:12 pm

    Sdr Hakeem,ini bukan soal hak org melayu di gadai,ini soal tentang ilmu akademik,klu Profesor kangkong yg mengajar,nanti kamu dapat sijil kangkong jugak,jgn jadi bodoh.

    Reply

  9. 9 wan Nov 6th, 2009 at 8:43 pm

    Salam..
    Saya telah membaca rencana ini. Saya juga merasakan ada kesahihan dalam rencana ini. Saya bukan lah seorang penggiat politik tetapi dengan melihat perjuangan yang dilakukan oleh BN dan BA, akal logik saya boleh mendorong saya untuk berfikir kebenaran bagi setiap tindakan mereka. Dalam persaingan BN dan BA dalam setiap pilihan raya, sudah jelas menunjukkan ketidak adilan. Seperti yang di huraikan di atas bahawa BN menggunakan media yang milik mereka untuk mengaburi mata pengundi BA atau rakyat laen segali gus mampu membantu mereka memperolehi kemenangan dalam setiap pilihan raya. Adakah ini adil??
    Tujuan pilihan raya diwujudkan adalah untuk menjalankan dasar demokrasi di mana rakyat berhak memilih pemerintah untuk memerintah negara. Bagaimana rakyat ingin menilai yang mana bagus sekiranya dikaca TV dan di dada akhbar hanya di penuhi dengan cerita BN dan BA di ketepikan malah menjadi mangsa cemuhan. BN ada juga melakukan kesilapan dan BA juga tidak lari dari melakukan kesalahan, tetapi kesalahan BA sering diperlihatkan oleh media manakala kesilapan BN disenyapkan. Mengapa perlu disenyapkan? Adakah kerana BN adalah kerajaan yang memerintah? Jika itu jawapannya, bagaimana caranya, pemerintahan untuk masa akan datang dipegang oleh tompok pemerintahan yang adil?
    Saya tidak mahu menyentuh 20 pengkhianatan ini, kerana saya tidak pasti kesahihan nya namun ada juga yang saya rasa benar di situ. Bagi saya, BN sepatutnya memberi ruang kepada BA untuk bersuara, untuk sama menghapiri rakyat sama seperti cara dan kelebihan mereka di media cetak dan media elektronik. Jika mereka merasa mereka adalah satu pakatan yang rasional atau adil dan saksama, tidak perlulah mereka gusar sekiranya BA juga boleh mendekati rakyat seperti mereka. Ingat rakyat masa kini rata-rata mampu berfikir dengan waras malah lebih proaktif dalam membuat keputusan. Jika benar BN benar, pastinya kemenangan akan setia milik mereka. Sekian

    Reply

    lembing tumpul Reply:

    sdr wan,tepat sekali kata2 u waa sokong 1001%,BN mengunakan timbang rosak utk memerintah 1malaysia,kalau dibandingkan kesalahan yg BN lakukan terhadap rakyat 1malaysia ni,satu gunikes,hanya rakyat yg bodoh akal saja menyokong BN….renung2kan…..

    Reply

    zul Reply:

    Saya sokong sdr wan…Akan tetapi perlulah dilihat dari semua sudut.. pernahkah pihak BA mengakui apa yang dibuat oleh pihak pemerintah itu baik..Dari apa yang dibaca semua yang dibuat oleh pemerintah adalah salah dikacamata BA..Taka ada satu pun yang disokong..DAP pernah mencadangkan malaysian malaysia sekarang ditukarkan kepada SATU MALAYSIA pun salah juga..Kerana tidak mengikuti sepenuhnya konsep mereka..Adakah konsep mereka terlalu betul … tepuk dada tanya selera

    Reply

  10. 10 Boring Nov 6th, 2009 at 10:17 pm

    Only the malay can reject Umno…the chinese and Indian will still support BN…unless there is another strong party to create a 2 party system…Time To Changed !

    Reply

  11. 11 yu Nov 8th, 2009 at 8:10 pm

    kita org melayu sering kena tindas sejak dulu lagi. kita dipergunakan oleh bangsa lain dengan mudahnya, kita berpecah dengan mudahnya. Sukar sangatkan kita bersatu, lupakan perbezaan politik, bersatu demi agama, bangsa dan negara kita. Pertahankan keistemwaan kita, jangan kita lupa anak cucu kita, jgn bagi peluang kita dijajah oleh bangsa lain lagi. Anak Sarawak

    Reply

    4RAKYAT Reply:

    to “yu, 8.10pm”

    kalau orang asli yang telah menetap di bumi ini sejak beribu-ribu tahun dahulu berfikir….
    kita org melayu(BUMIPUTRA ORANG ASLI) sering kena tindas sejak dulu lagi. kita dipergunakan oleh bangsa lain (MELAYU, CINA, INDIA) dengan mudahnya, kita berpecah dengan mudahnya. Sukar sangatkan kita(BUMIPUTRA ORANG ASLI) bersatu, lupakan perbezaan politik, bersatu demi agama(CHRISITAN), bangsa(ORANG ASLI BUMIPUTRA) dan negara kita(MALAYSIA). Pertahankan keistemwaan kita, jangan kita lupa anak cucu kita, jgn bagi peluang kita dijajah oleh bangsa(MELAYU, CINA, INDIA) lain lagi. Anak Sarawak(YANG TULEN, SEJAK BERIBUR-RIBU TAHUN DAHULU, ATAU SEBELUM TU DARI NEGERI CINA, SELEPAS TU DARI NUSANTARA/INDONESIA).

    ..

    or maybe yu should also be thinking like this…
    DAN KAMI JANGAN BERKAWAN DENGAN DIA ORANG PASAL DIA ORANG HANYA PENDATANG. KAMI MESTI HIDUP SENDIRI. BERGAUL SESAMA SENDIRI AJE. JANGAN JUNJUNGI KEDAI2 MEREKA. JANGAN! JANGAN SEKALI-KALA KAMI BERKAWAN DENGAN DIA ORANG. KALAU BERKAWAN PUN, BIAR SAMBIL LEWA AJE. BUA WAYANG KULIT AJE. JANGAN ADA IKATAN PERSAUDARAAN PASAL KAMI LAIN BANGSA. DIA ORANG SEBELUM DILAHRIKAN SUDAH MEMILIH (SEJAK DALAM TUBUH EMAK DIA ORANG) UNTUK JADI CINA, INDIA. DIA ORANG SENGAJA TAK NAK JADI MELAYU ATAU BUMIPUTERA. MEREKA ADA PILIHAN WALAUPUN DALAM PERUT MAK DIA ORANG. TAPI MEREKA MEMILIH JADI CINA ATAU INDIA ATAU KADAZAM ATAU IBAN. HANYA MEREKA TAK MEMILIH JADI MELAYU. JADI TAK MUNGKIN KAMI BERKAWAN.

    KAMI MELAYU ISLAM MESTI BERKUMPUL DAN BERSEPAKAT UNTUK JATUHKAN KAUM LAIN. WALAUPUN ADA MELAYU YANG MEROMPAK DAN MENCURI DUIT ORANG KITA PUN, KAMI TAK PATUT MARAH DAN TAK PATUT MENGAIBKAN MEREKA PASAL…MEREKA ADALAH MELAYU DAN ISLAM. JADI APA DIA ORANG BUAT PUN, BUNUH KE, ROGOL KE, CURI KE, ROMPAK KE, PECAH AMANAH KE…SEMUA TAK PENTING. KITA TENGOK. ASAL MEREKA MELAYU DAN ISLAM KAMI PATUT SEPAKAT DGN DIA ORANG.

    CINA CHAN KIONG CHOY, CINA LING LIONG SIK, CINA TIONG SARAWAK YANG SEMUA TERLIBAT DALAM PKFZ BIAR DIA ORANG DIHUMBAN KEDALAM PENJARA. WALAUPUN CINA MALAYSIA SOKONG USUL NI, TAPI KAMI SEBAGAI MELAYU ISLAM JANGAN SEKALI-KALA NAK INGAT NAK TANGKAP MELAYU ISLAM. PASAL MELAYU ISLAM SAUDARA KITA. SERUMPUN. KAMI TUTUP SATU MATA AJE. BIAR CINA FIGHT AMONG THEMSELVES.

    JEPUN PUN 98% ORANG JEPUN. JADI I PUN TAK PAHAN MENGAPA MEREKA NAK PENJARAKAN PENJENAYAH JEPUN. I MEMANG TAK PAHAM. BUKANKE PENJENAYAH TU BANGSA SAMA MEREKA? I BETUL BETUL TAK PAHAM. MEREKA PATUT BERSATU DAN TENDANG YANG 2% BUKAN-JEPUN KELAUR DARI NEGERI JEPUN. PENJENAYAH JEPUN BIAR AJE. PASAL DIA ORANG ANAK JATI JEPUN.

    KAMI SEBAGAI MELAYU ISLAM MESTI LUPAKAN PERBEZAAN POLITIK. POLITIK RASUAH PUN KAMI OK DGN DIA ORANG ASALKAN MEREKA MELAYU ISLAM. WALAUPUN MELAYU ISLAM YANG PERGI DISNEYLAND PAKAI RM1,600,000.00 DUIT RAKYAT (DUIT YANG SEPATUTNYA DIBERI KPD MAKCIK2/PAKCIK2 YANG MISKIN KAT KAMPONG); WALAUPUN MELAYU ISLAM YANG AMBIL RM400,000,000.00 DUIT RAKYAT SEBAGAI KOMISSION BELI KAPAL SELAM DAN JET, MELAYU ISLAM YANG JUAL TANAH REZAB KPD KUNCU2 MEREKA DGN UNTUNG HARAM BERJUTA-JUTA….INI SEMUA KAMI TAK PATUT HIRAUKAN. PASAL APE? PASAL YANG TERLIBAT TU ORANG MELAYU ISLAM. SAUDARA SEBANGSA KITA. SE-AGAMA. JADI KAMI PATUT CLOSE-ONE-EYE. ITU HAKIKATNYA…

    SENANG BUKAN?

    how’s that?
    is that it, yu? is that it?

    INILAH HAKIKATNYA.

    4RAKYAT

    Reply

    Shatter Reply:

    ………NARROWED

    You have seriously narrowed your mind, and brain into a very tiny scope. That is the way the extremist interprets things, not what an educated mind and brain should utter.

    ………NOT ABOUT VIOLENCE OR EXTREMITIES

    When some are defending the rights, it was not about ‘killing’ or harming, or isolates any other races. In fact, they should and will be treated fairly, and without discriminations.

    It was not about exterminating, not about bringing harm to other races, not about cornering them into a corner and force them to live like a slave, not about not making them enemy, or not be-friend with them.

    …….DEFENDING AN ILLUSION

    For your info, these so-called rights has even close to extinction, we are all disillusioned. Do not have to wait for PR to rule, BN already destroys all of them.

    It was not only about KETUANAN MELAYU, it is also about the other Pribumis, such as Penan, Iban, Dayak, and Aborigines WITHOUT denying the other races RIGHTS to proper school, University, and opportunities.

    What Yu, was trying to convey in my view, was that, what is necessary be protected, not everything is unjust as you think.

    …….PUNISHMENT IS BLIND

    Who is guilty, should be punished, regardless of what race he is, there is no question arises as we should or not PUNISH even a Malay who rape, or stole.

    Reply

    Shatter Reply:

    UMNO interprets this ‘RIGHTS’ into their own, the one that should be distributed to the people was distributed to THEIR SONS and DAUGHTERS, CRONIES, FRIENDS.

    That is why we are here, UMNO would paint the PR against the malay because ?

    1. This would ensure PR losses Malay supports

    2. Stirred chaos among PR, because of this fear

    kuda kepang STC Reply:

    Yang tindas orang melayu adalah orang melayu itu sendiri!! Melayu UMNO!!

    kita masih boleh terima jika bukan orang melayu menindas kita, tertapi kita tidak boleh terima jika UMNO tindas bangsa sendiri! ibarat gunting dalam lipatan!! ibarat api dalam sekam!! ibarat harap kan pagar makan padi!!

    Apa muslihat UMNO BN nak jual Rumah PPR DBKL??? sejak UMNO BN kalah teruk di wilayah persekutuan !! baru kamu nak jual rumah DBKL? jika tidak kamu UMNO masih pekakkan telinga selama kamu perintah!! tui!!! jual pun macan tak iklas!! bila dan kalah baru Presiden kamu !! sedar den dengan rintihan Rakyat!!!! ini bukan berjiwa peminpin!! itu pun kamu masih tak sedar diri!! dah rakyat beri sedikit peringatan kamu masih nak tunjuk taring!! beri wang ehsan pada rakyat kelantan di kompang satu dunia sedangkan wang tersebut hak Rakyat?? bukan satu sen pun wang UMNO BN. di sini jelas UMNO tidak ada perkataan didalam kamus yang hendak di gelarkan pada UMNO!! sebaik baik azazil itu adalah seburuk buruk UMNO.

    Reply

    zul Reply:

    UNTUK 4 RAKYAT….
    GUNAKAN OTAK UNTUK BERFIKIR DAN AKAL UNTUK BERTINDAK..BUKAN IKUT SEDAP TANGAN MENULIS..YOU ARE TOOO EMOSIONAL.
    KUDA KEPANG STC..
    MENJADI LUMRAH ALAM .. DIMATA ORG2 YANG FANATIK TIDAK AKAN ADA YANG BAIK JIKA ORG2 YANG DIANGGAP MUSUH BERBUAT KEBAIKAN..BELAJARLAH MENERIMA HAKIKAT..
    SHATTER,
    THINK WISE.IT WILL BE THE SAME IF YOUR PR RULES…
    UNTUK LEMBING TUMPUL
    SEKURANG KURANGNYA ANDA TELAH SEDAR.OLEH ITU UBAHLAH PEMIKIRAN MEREKA YANG JUMUD ITU KEPADA YANG LEBIH LUAS..MELAYU SEKARANG MUDAH TERMAKAN HASUTAN…SAYA TIDAK TERBACA SATU PUN ARTIKEL DARI PEMIMPIN BA , PKR , YANG MENGAKUI APA YANG DILAKSANAKAN OLEH UMNO BAIK. SEMUANYA BURUK. APAKAH SEMUA PEMIMPIN DIDALAM PAKATAN RAKYAT TERLALU BAGUS?????

    Reply

    Shatter Reply:

    ….TWO DIFFERENT THINGS

    Wisdom and intelligence are two different things, as PR and BN are two different things.

    ….BELUM CUBA BELUM TAHU

    Belum cuba lagi, macam mana sudah tahu. Kena cuba dulu baru tahu macam mana PR laksanakan perlembagaan, daripada biarkan BN yang parah dengan salah guna kuasa, dan Mahathirisme.

  12. 12 i.s.a Nov 9th, 2009 at 11:59 am

    a girl and 4rakyat

    tak perlu tunggu pakatan rakyat memerintah, lah nie pun dah banyak “malay special right” yg tak ikut pun atau ditukar… apa bendenyer check sendiri…..

    Reply

  13. 13 zul Nov 10th, 2009 at 2:37 am

    betul tu yu.. MELAYU MUDAH LUPA..PERGESERAN ANTARA ORANG ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM MASA KINI AMATLAH MEMALUKAN SERTA MEMUALKAN. .HANYA KERANA KEPENTINGAN KUASA MEREKA SANGGUP BERUSAHA UNTUK MENGHAPUSKAN HAK HAK KEISTIMEWAAN ORG2 MELAYU..KAJILAH SEMULA KONTRAK SOSIAL YANG TELAH DIMETERAAI..SEDAR LAH WAHAI SEMUA ORG2 MELAYU BAHAWA NEGARA KITA KINI SEDANG MENUJU KEARAH YANG MALAP ANDAINYA MEREKA2 INI MEMERINTAH..SAYA TIDAK KATAKAN YG PEMERINTAH MASAKINI ADALAH YANG TERBAIK.MEREKA JUGA ADA KEKURANGANNYA AKAN TETAPI..LEBIH BAIK DARI MEREKA YANG HANYA PANDAI BERKATA KATA UMPAMA BURUNG KAKAK TUA..SAYA TAK MAHU MELAYU AKAN DATANG IAITU ANAK CUCU KITA MENERIMA NASIB SEPERTIMANA SAUDARA2 KITA DISEBERANG TAMBAK..DIMANAKAH DILETAKKAN RAJA MELAYU YANG SATU KETIKA ADA DAN KINI TINGGAL SEJARAH.. KEPADA RAKYAT TERPINGGIR JANGANLAH TERLALU MENGIKUT EMOSI. BERFIKIR LAH SECARA WARAS.. ANDAINYA KITA SEKARANG PEKERJA KILANG DAN MENANGNYA DSAI DAPAT KAH KITA MENJADI PENGURUS KILANG..ATAU ADAKAH GAJI KITA SEBAGAI PEKERJA KILANG AKAN DINAIKKAN? BELUM TENTU LAGI..CONTOH YANG MUDAH..EXCO PAS DISELANGOR MEMBANTAH PENJUALAN ARAK SECARA BERLELUASA AKAN TETAPI SISANGGAH OLEH MB DAN DISOKONG OLEH ULAMA MEREKA SEHINGGAKAN DICADANGKAN UNTUK DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN..ADAKAH INI ISLAMIC SEPERTI YANG DILAUNG LAUNGKAN ?

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    oTAK MEMERLUKAN SERVIS sama dgn karier,melayu kini asal senang seguni berlapar setahun,kita pecah tradisi bukan bermakna kita durhaka pada keturunan,selagi azab bermain di kepala selagi itu bangsa melayu rugi dan demi masa….renung2

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    oTAK MEMERLUKAN SERVIS sama dgn karier,melayu kini asal senang seguni berlapar setahun,kita pecah tradisi bukan bermakna kita durhaka pada keturunan,selagi azab bermain di kepala selagi itu bangsa melayu rugi dan demi masa….renung2……

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    oTAK MEMERLUKAN SERVIS sama dgn karier,melayu kini asal senang seguni berlapar setahun,kita pecah tradisi bukan bermakna kita durhaka pada keturunan,selagi azab bermain di kepala selagi itu bangsa melayu rugi dan demi masa….renung2..

    Reply

  1. 1 Tweets that mention 20 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 6th, 2009 at 12:25 pm

Leave a Reply




tommydiansyah: RT @anwaribrahim: Waras.Jgn hukum rakyat! @HeditiaDamanik: Kenapa nolak mahsswa msia kuliah di Indonesia. Padahal banyak mahsswa indonesia d
4 minutes ago
tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
6 minutes ago
khayrulumam: Reformasilah RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini kejayaan perjuang2 reformasi
11 minutes ago
tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini menandakan kejayaan perjuang2 reformasi & kuasa rakyat!
17 minutes ago
tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
45 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30