04
Nov
09

Nafi Halang Tugas, Pengarah JAIS Perlu Profesional

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 4 November 2009

Penahanan  Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor.

Selaku individu yang berada ditempat berlakunya majlis ilmu berkenaan, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan berdasarkan kepada beberapa laporan akhbar yang saya rasa telah memetik dari sumber yang cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku.

Tetapi apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak professional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.

Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah.

Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan. Agak menyedihkan dalam kes ini sewaktu mahu menahan Dr Asri, kelihatan pegawai JAIS sendiri tidak membuat persediaan dan sering menggunakan telefon bagi mendapat arahan dari pegawai atasan yang dipercayai ialah Pengarah JAIS sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor.

Disini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang diantaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis.

Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu.

Dalam tempoh terdekat, pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar petisyen kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selongor agar menilai semula kedudukan dan fungsi Pengarah JAIS yang jelas telah menjejaskan kedudukan Baginda selaku penaung kepada perkembangan Islam di Negeri Selangor yang bertuah ini.

Melalui kenyataan media ini juga saya ingin menafikan laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Pengarah JAIS bahawa saya dan seorang lagi rakan YB Shaari Sungip telah menghalang tugas pegawai JAIS untuk menjalankan tugas sehingga terpaksa menggunakan polis.

Apa yang berlaku ialah saya dan YB Shaari Sungib cuba untuk menenangkan keadaan kerana para jemaah ketika itu terkejut dengan serbuan yang dilakukan dengan kasar dan biadap oleh saudara Shahrom penolong pengarah penguatkuasa JAIS yang mengaku mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar.

Untuk itu, saya mengesa agar Pengarah JAIS yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan ini menarik balik dakwaan beliau. Sebaliknya beliau perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kenyataan kerana beliau membawa imej JAIS yang dipandang tinggi oleh umat Islam.

ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat


98 Responses to “Nafi Halang Tugas, Pengarah JAIS Perlu Profesional”


  1. 1 Tentang Wahabi Nov 4th, 2009 at 5:31 pm

    YB Zuraida tidak perlu marah-marah, setahu saya apa yang JAIS buat adalah sah disisi undang-undang dan mereka telah mengikut prosudernya… Elok dikaji dahulu proses pendakwaan dalam syariah yang ternyata berbeza dengan proses civil…

    Reply

    anak muda ampang Reply:

    bila berhimpun kena lah ada permit polis sbb JAIS akan tangkap siapa yang berhimpun lebih pada 4 orang… akan dtg kenduri kawin , kematian , jemaah di masjid mesti ada permit polis itu la 1 MALAYSIA ….. TAPI kalau nak minum arak JAIS tak tangkap , TAK SEMBAHYANG JUMAAT JAIS tak peduli yang pentang perut dan bawah perut DAJJAL yang bernama TAMYIS dan KUSRIN cukup makannnn

    Reply

    Tahfiz Reply:

    Imam al-Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Shohibur Ratib Habib ‘ Abdullah al-Haddad dalam kitabnya “Mishabul Anam” m/s 15 menceritakan seperti berikut:-

    “Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesolehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya, Beliau salah seorang pemuka kita keluarga Abu ‘Alawi yang lahir dan membesar di Makkah dan kerap berulang alik ke Madinah.

    Nama beliau Musa bin Hasan bin Ahmad al-‘Alawi berketurunan Sayyidina ‘Uqait bin Salim, saudara Sayyidina Quthubus-Syahir asy Syaikhul Kabir Abu Bakar bin Salim.

    Beliau berkata :

    “Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada asy-Syaikh Muhammad Hayat (as-Sindi al-Madani). Muhammad bin Abdul Wahab juga berulang-alik ke majlis Syeikh Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya, Aku mendengar daripada orang-orang soleh dan ulama, sebagai kasyaf daripada mereka, firasat mereka mengenai Muhammad bin Abdul Wahab di mana mereka menyatakan bahawa dia akan sesat dan menyesatkan Allah dengannya orang yang dijauhkan dari rahmatNya dan dibinasakanNya.

    Dan demikian yang telah berlaku (yakni firasat mereka telah menjadi kenyataan) sehingga Syeikh Abdul Wahab, bapa kepada Muhammad bin Abdul Wahab, juga berfirasat sedemikian terhadap anaknya, dia telah menasihati dan mengkritik anaknya serta memperingati orang lain berhubung sikap anaknya itu.Di antara ulama yang mempunyai firasat sedemikian juga ialah Syeikh Muhammad Hayat as-Sindi dan Syeikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi al-Madani asy-Syafi’i.

    Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan menceritakan berhubung firasat Syeikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi dalam kitab-kitabnya.Dan perlu diketahui bahawa Syeikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan mempunyai sanad riwayat daripada Syeikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi seperti berikut:-

    Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan daripada Muhaddis Syam Syaikh Abdur Rahman al-Kuzbarly daripada al-Hafiz al-Hujjah Abdullah al-Kurdi al-Madani daripada al-Muhaddis al-Musnid Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi al-Madani.

    Dalam isu Muhammad bin Abdul Wahab tidak ada langsung Syeikh Abdur Rahman al-Kuzbari menolak kata-kata Syeikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi dan beliau adalah tokoh utama dalam bidang periwayatan hadis yang terkenal dalam dunia Islam.

    Kesimpulannya, perawi-perawi tersebut adalah orang yang dipercayai dan tidak berbohong. Syeikh Sulaiman al-Kurdi bukan sahaja berfirasat mengenai Muhammad bin Abdul Wahab, tetapi setelah zahir fitnah Muhammad bin Abdul Wahhab beliau telah ditanyai mengenainya dan membuat jawapan untuk menolak ajaran Muhammad bin Abdul Wahab.

    Kitab yang ditulis oleh Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab al-Hanbali, saudara kandung Muhammad bin Abdul Wahab, yang berjudul “Syawa’ iqul Ilahiyyah”, sudah cukup membuktikan penyelewengan Muhammad bin Abdul Wahab dan sekaligus membuktikan kebenaran firasat para ulama dan solihin di atas.

    Bukan sahaja Syeikh Sulaiman sahaja yang menceritakan kesesatan Muhammad bin Abdul Wahab bahkan ramai lagi ulama sehingga Habib Alwi al-Haddad pada mukasurat 3 kitab “Misbahul Anam” membuat kesimpulan bahawa kesesatan Muhammad bin Abdul Wahab telah disampaikan oleh ramai ulama secara tawatur dalam tulisan-tulisan mereka daripada orang-orang yang tsiqah dari kalangan ulama-ul-akhyar (terpilih) dan selain mereka yang telah melihat dengan matanya sendiri dan mendengar dengan telinganya sendiri akan kesesatan Muhammad bin Abdul Wahab dan pengikut-pengikutnya dan juga tulisan-tulisan, perkataan, perbuatan dan perintah Muhammad bin Abdul Wahab dan pengikut-pengkutnya.

    Sememangnya firasat bukan hujjah, tetapi tidak boleh diketepikan mentah-mentah.

    Apatah lagi, jika ada qarinah lain membuktikan kebenaran firasat tersebut. Ingat Junjungan Nabi Shallallahu alayhi wasalam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi dan Imam al-Tobrani :

    “Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah.”

    Reply

    Wahabiah Reply:

    Penyebaran fahaman wahabi sedikit sebanyak memberi ancaman kepada umat Islam di Malaysia. Hampir-hampir kita bakal menjadi seperti Indonesia kesan kerana kebebasan bersuara dalam isu-isu agama yang mereka yang tiada tauliah.

    Jika JAIS atau lain jabatan agama islam tidak mewajibkan tauliah maka lebih ramailah golongan yang bukan ahli boleh bercakap tentang agama dengan sesuka hati mengikut pandangan mereka dengan mengunakan nas dan dalil al-quran yang dibaca tanpa ta’wil.

    Bukanlah hak agama itu untuk golongan ustaz sahaja, bahkan bukanlah syurga itu hanya untuk mereka, namun jika tidak dibendung maka akan lebih ramai yang boleh mengaku menjadi nabi, rasul, utusan Allah, imam mahdi, dizaman akhir ini.

    Selain itu, mereka bebas untuk membahaskan ayat-ayat mutashabihat sehinggalah menjelaskan bahawa Allah itu mempunyai tangan seperti tangan hakiki. Sungguhpun begitu, perkara inilah perlu dibendung dengan adanya tauliah yang telah diperkenankan oleh tuanku sultan.

    Antara implikasinya lain ialah:

    Memberi fokus perdebatan kepada masalah usuliyyah-akidah dengan sifat-sifat Allah.

    Memberi fokus tentang permasalahan khilafiyyah-bid’ah dan mencambahkan bibit perpecahan dan kekeliruan fahaman dalam masyarakat. Antaranya bacaan qunut, bacaan yasin malam jumaat, daging khizir dan sebagainya. Perkara ini akan meyebabkan ummah akan berbalah sesama sendiri dalam isu-isu furuq.

    Munculnya pelbagai aliran, puak dan fanatic kepada ustaz-ustaz atau pensyarah tertentu. Akhirnya menggunakan fatwa tersendiri dalam menyampaikan hukum kepada masyarakat awam (mereka tidak mengeluarkan fatwa secara berjemaah malah hanya menilai dari ilmunya dan pemikiran semasa sahaja).

    Reply

    lembing tumpul Reply:

    Kata2 sdr ada relevennya saya sokong artikel ini……
    wahabi dgn Islam Hadari 2×5 kita bukan org indo pok,bagi ulamak bertualiah pandang juga nas2 alquran jgn bantai ikut hati je…..

    desperado Reply:

    Tentang Orang Jumud

    Reply

    Jebat timur Reply:

    pe nak jdi ni..?smua dah jdi haru biru dah skrg..1 mlysia dah jdi 1 mlysia haru biru..mlu sya kna jwap soalan2 dri rkan2 dri luar ngara..mkamah polis..dan skarang mlibatkan hal2 jbatan islam lak..aduh najib2 najib…..mmg ngara flower horn laa..

    Reply

    Aziz Roslan Reply:

    Berikut merupakan sebahagian methodology fahaman al-Wahabiyyah. Antaranya :

    1)Meneruskan fahaman pemecahan Tauhid kepada 3 bahagian.

    2)Bergerak aktif dengan isu syirik-mensyirik , kafir-mengkafir.

    3)Mempromosi ayat mustasyabihat secara meluas.

    4)Mendasari salah faham terhadap bid’ah

    5)Menyerang golongan tasawuf /tarekat.

    6)Menyubuhkan fahaman Tasbyih dan Tajsim

    7)Menentang fatwa Kebangsaan dan negeri-negeri

    8)Mempunyai kaitan rapat dengan gerakan militant

    9)Bersikap fanatik

    10)Menolak pendekatan Mazhab dalam Islam

    Reply

    Kerajaan Reply:

    Al-Wahabiyyah ialah satu fahaman atau aliran pemikiran yang dinisbahkan kepada pengasasnya Muhammad bin Abdul al-Wahab (1115H-1206H). Pemahaman ini muncul hasil tanggungjawab beliau terhadap isu-isu agama yang berlaku pada waktu itu.

    Asasnya ialah beliau begitu fanatik terhadap pendapat-pendapat keras al-Hanabilah, pendapat Ibnu Taimiyyah dan ditambah dengan pendapat sendiri. Walaupun sikapnya itu ditentang oleh ayahnya sendiri, namun beliau tetap berkeras dengan pemahaman dan pendekatan yang dirasakan releven itu. Penisbahan ini muncul dari kalangan masyarakat tempatan yang bertentangan pendapatnya dengannya dengan memanggilnya dengan gelaran Ibnu Abdul Wahab , dan akhirnya menjadial-Wahhabi .

    Namun apabila beliau memperagakan akidah al-Salaf menurut kacamatanya , maka kita katakan “al-Salafiyyah al-Wahabiyyah.”Kesimpulanya, samada penisbahan ini tepat atau tidak bukan soalmya. Ini kerana penisbahan tersebut tersurat dalam lipatan sejarah. Namun apa yang penting adalah pemahaman dan aliran pemikiran yang dibawanya, Apabila diteliti dan dikaji, jelas pemahaman al-Wahabiyyah menjadikan pendekatan al-Tabdi’ ,iaitu satu fahaman yang menghukum bid’ah golongan yang tidak selari dengan pandangan mereka dan mengkafirkan umat islam secara terang-terangan hatta berani membunuh beribu-ribu umat islam pada zamannya yang kemudiannya jenayah bunuh ini disambung oleh pengikut Muhamad abd wahhab yang fanatik/taksub dengan ajaran sesat Wahhabi.

    Sejarah Wahhabi yang hitam ini banyak dirakam di dalam kitab2 ulamak muktabar seperti da dalam kitab Fitnah wahhabiyah karangan Sayyid Zaini Dahlan Mufti Mekah .

    Reply

    Rujuk Fatwa Reply:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-27 yang bersidang 31 Mac 1994 dan 14 pada 22-23 Oktober 1985 telah memutuskan bahawa fahaman Ittiba’ al-Sunnah atau Fahaman al-Salafiyyin, Kaum Muda atau Al-Wahabiyyah dan yang sealiran dengannya boleh membawa kekeliruan dan perpecahan kepada masyarakat dan perlu disekat.

    Adalah menjadi hak untuk Kerajaan Negeri untuk menfatwakannya samada sesat atau menyeleweng.

    Reply

    Lu Fikir Lah Sendiri Reply:

    kita orang awam boleh fikir logik saja perkara ini.
    1. JAIS bawa ramai pegawai polis kerana hadirin yg hadir dalam kuliah Dr Asri ramai. Apakah anda yakin jika 3 org pegawai JAIS datang beradab bertanyakan tauliah Dr Asri benar-benar tidak timbul kekecohan dari penyokong Dr Asri? Polis datang? untuk pastikan proses JAIS itu berjalan lancar.bila orang nampak polis, takut sikit nak buat kacau.

    2. adakah JAIS tidak beradab, padahal mereka sanggup tunggu hingga kuliah selesai sebelum minta Dr Asri tunjukkan tauliah. ada pegawai JAIS duduk dlm majlis tu dr awal hingga akhir.

    3. logiklah kenapa Dr Asri tak mohon tauliah dan JAIS pun tak bagi kuliah, wahabi memang tak dibenarkan disebar? di selangor.

    yg tak logik adalah jika benar JAIS menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa, pihak Kerajaan Negeri Selangor boleh usahakan sesuatu, Menteri Besar Selangor orang PKR adalah penasihat Sultan Selangor, dan menteri hal ehwal islam Selangor Dr Hasan Ali juga orang PAS, boleh diadakan? perbincangan jika JAIS tidak menepati undang-undang dan terbukti menyeleweng.

    Tapi soal jabatan agama pilih bulu ini memang bukan soal baru. Macam mp kulim bagitahu hal ni dah pernah terjadi pada bekas mufti selangor dan mufti perak sendiri. mufti perak walaupun pernah dihalang ceramah sebab timbulkan isu murtad dulu, takde sape pun bela hingga nak bincang kat parlimen. orang? UMNO siap sindir mufti perak dlm perhimpunan agung apehal. diaorang pernah hormat fatwa mufti perak haramkan sureheboh dulu?ini soal bulu

    walaupun dah macam tu punya layanan pun, mufti perak masih hormat peraturan, tempat yang xbagi tauliah pada? beliau x ada pula beliau saja2 buat provokasi, atau mempertikaikan kenapa minta tauliah dgn membangkitkan soal kelayakan diri sbg mufti atau phd atau apa-apa pangkat. pendokong salafiyyah adalah yang paling taat pada peraturan dan undang2 pemerintah. Tp pemerintah BN dan pemerintah PKR-PAS pun sokong dia, tak boleh cakap apa.dia xhormat pemerintah sultan sajalah sbb sultan xnak wahabi.

    Persoalan yang masih bermain di minda saya perihal cadangan untuk menyelaraskan semua jabatan agama ini, adakah selepas ini Perlis akan beri tauliah pada habib-habib yaman untuk berceramah dan tokoh-tokoh sufi untuk menyampaikan kuliah? kalau ini masalah bulu, adakah jabatan? agama islam Perlis sudi tidak berbulu untuk hal ini?

    Reply

    anak selangor Reply:

    tindakan JAIS tepat.Hormatilah undang-undang negeri selangor yang ketua agamanya Sultan Selangor.Di Negeri selangor pun banyak ulama dan tokoh agama yang kita hormati.

    Reply

    Lu Fikir Lah Sendiri Reply:

    Adakah Di Negeri Perlis (semasa Dr Asri menjadi mufti pun undang-undang ini berkuatkuasa) tiada manangkap mereka yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah ?

    SILA RUJUK PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH INI :

    “KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI (Perlis)”:-

    Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:- Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya

    Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS Hukuman: Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya

    * Boleh tangkap tanpa waran

    Reply

    yo Reply:

    JAIS bukan mewakili agama Islam. JAIS mewakili orang-orang di dalam yang menggunakan nama islam.
    Yang penting, orang semakin tak suka JAIS, sebab JAIS tak produktif.

    kalau bab tangkap orang, memang terer. Nama je Islam tapi keja melenting2 orang, marah2 org, menghukum orang. Pastu, suka pandang orang dengan sinis.

    Saya bukan sengaja nak mengata, tetapi perhatikan lah sendiri.

    Reply

    kung fu panda Reply:

    Wahabi ujud abad ke6 selepas Nabi yang terakhir. wahabi terbahagi di satu gologan Sederhana dan satu lagi gologan keras (suni wahabi). apa yang ada dimalaysia adalah wahabi serderhana. Wahabi berhaluan keras terdapat di timur tengah!!. jadi apa yang peliknya tentang wahabi ini!! tiada yang pelik!! semua gologan ada yang serdehana dan ada yang keras didalam UMNO pun sama ada yang sederhana (wahabi paklah) ada gologan yang keras (wahabi!! mahadey).

    Reply

  2. 2 Shatter Nov 4th, 2009 at 7:20 pm

    Saudara,

    Kenapa kita sesama muslim bergaduh, tidak wajar ditangkap beliau dan direndahkan martabat sebegitu, kalaupun beliau salah, hujah boleh digunakan daripada kekerasan.

    Reply

  3. 3 ampangman Nov 4th, 2009 at 8:11 pm

    dear yb,
    i think we may have problem around here.the non wahabis are mighty pissed.20 percent of
    selangorian are wahabis but rest are not.
    what if they issue fatwa to hurt the wahabis?tmn tar mosque ajk r not.
    asri is cool.the moslems around here are learned so they can think.many versus can be
    ambiguous so they go beserk interpreting.
    let them but jais must be less rigid.

    ampang

    Reply

  4. 4 sekilas Nov 4th, 2009 at 8:40 pm

    asri tu wahabi…. itu poin paling utama.

    Reply

    Pencinta Damai Reply:

    Apa masalah dengan Wahabi???….

    Reply

    taiko Reply:

    amenda wahabi pulak. Agenda yahudi ialah pecahkan orang islam kepada puak-puak, lepas tu puak2 ni gaduh sesama mereka. Kita dah ada syiah, sunnah dan sekarang ni wahabi pulak. Kenapa cari perbezaan yang sedikit, sedangkan terbentang depan mata persamaan yang banyak..pedulikam wahabi ke tak yang penting tuhannya allah yang satu itu juga.

    Reply

    Panji Alam Reply:

    betul2. saya sokong

    kassim Reply:

    pegi ngaji..wahabi tu menyimpang dr ahlussunnah wal jamaah

    Reply

    alfons0 Reply:

    Wahabi itu bukan sesat k!! Apa kah amalan2 anda mengikut Qur’an dan Sunnah Rasul yg Sahih? Cuba check betul2..Yg patut JAIS benteras ramai golongan muslim yg sesat yg cari ketenangan d kelab2 mlm yg minta rezekinya d kedai2 no. ekor tu dah nyata sesatnya!!

    Reply

  5. 5 angkasawan nasa Nov 4th, 2009 at 9:28 pm

    Salah satu punca turunnya bala adalah “apa bila orang menjauhi ulamak” (guru guru agama).

    Reply

  6. 6 ulam batar Nov 4th, 2009 at 9:50 pm

    Kenapalah kepoh sangat ni telor sebijik riuh sekampung!!

    Agama lain tak kepoh pun!! berapa banyak sami hindu yang di inport dari Negara India yang berkhidmat di kuil kuil di Negara ini!! ada yang ada permit ada yang kosong kut, sebab Negara ini kekurangan sami tempatan kononya!!. tak pernah dengar pun ada sami yang ditangkap!! akibat ceramah??. bergitu juga dengan agama kristian dan buddha dan sebagainya depa elok aja tak kena tangkap pun!! kenapa Yang guru agama Islam sering di tangkap???? ini kena tanya UMNO.

    Bila ramai melayu murtat . salahkan Rakyat kerana kurang didikan agamalah kononya. padahal bila Rakyat mendegar ceramah agama tak boleh pulak?? pening akau dengan bangsa aku!! akau malu dengan sikap bangsa aku! nak belajar dengan ulamak islam hadari dan sunyi tak mandang!! bila ada orang islam murtat (rakyat bertukar agama akibat malu) . saya tak salah atau menangkan mana mana pihak cuma cara JAIS dan Pengarahnya bukan bertindak cara Islam, islam bukan ganas!! islam negalakan umatnya bermusuarah!! ” sabda nabi “sebaik baik sesuatu gologan itu ianya megamalkan musuarah” tertapi JAIS sebaliknya!!

    Reply

    Roger Reply:

    ape pulak tanyee umno.. tanyee la kerajaan selangor.
    nama puun Jabatan Agama Islam SELANGOR

    Reply

  7. 7 zik Nov 4th, 2009 at 10:39 pm

    Tindakan JAIS Membuktikan Benarnya Prediksi Raja Petra Kamaruddin. Kerajaan PR Selangor Hanya Akan Hidup Sampai Januari 2010
    Saya pernah berborak dengan salah seorang ADUN di Selangor. Dan beliau telah membuat pengamatan yang cukup tepat dan berani. Beliau berkata UMNO/BN lebih sanggup tidak menang di negeri lain kiranya mereka dapat menawan semula Selangor.

    Raja Petra Kamaruddin dalam artikel terbaru beliau http://mt.m2day.org/2008/content/view/28284/84/ memberi amaran bahawa kerajaan PR Selangor akan dijatuhkan UMNO pada Januari 2010. Beliau memberikan beberapa faktor mengapa kerajaan PAkatan Rakyat mampu dijatuhkan oleh UMNO/BN. Faktor-faktor itu adalah :

    Walaupun kepimpinan negeri dikawal oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun di peringkat daerah dan kerajaan tempatan, UMNO masih lagi mengawal perjalanan dan pentadbiran.
    Majoriti pegawai-pegawai kerajaan di Selangor adalah lahir dari “tarbiyyah” UMNO dan mereka masih lagi memberi sokongan padu pada UMNO.
    Peniaga-peniaga Cina masih lagi terpaksa membayar “wang pengeras” kepada pemimpin2 UMNO di peringkat daerah demi untuk memastikan mereka boleh melaksanakan projek mereka dengan aman
    Ini bererti tahap korupsi masih tinggi dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak dapat membersihkan penguasaan UMNO terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
    Sejak kebelakangan ini, dilihat segala permohonan untuk projek2 besar telah pun di”beku”kan. Ini kerana semua pegawai2 kerajaan sedang bersedia untuk sebuah “coup-de-tat” yang bakal berlaku pada January 2010.
    Sekurang-kurangnya 10 wakil2 rakyat Pakatan Rakyat akan ditangkap dan dibicarakan atas banyak tuduhan yang direka-reka. Kenyataan Ronnie Liu baru2 ini pun menyatakan sekurang-kurangnya 20 wakil2 rakyat PAS telah digeledah pejabat mereka dan dirampas fail-fail dari pejabat mereka oleh SPRM.
    Strategi sabotaj utama mereka adalah melemahkan jentera Kerajaan2 tempatan yang akan bertindak sangat tidak efisyen akibat sabotaj pegawai2 kerajaan ini. Bayangkan kalau kerajaan tempatan tidak efisyen, keseluruhan kerajaan negeri Selangor akan dibenci.
    Penangkapan Dr Asri Contoh Betapa UMNO Masih Berkuasa di Selangor

    Pengarah JAIS itu sendiri adalah bekas SU Sulit MB Selangor satu masa dahulu (mengikut salah seorang pembaca saya bernama Ahmad). Penangkapan ke atas Dr MAZA seharusnya dimaklumkan kepada EXCO Agama serta MB terdahulu kerana beliau bukan sembarangan orang dalam persada dakwah di Malaysia. Pihak Polis pun kalau hendak menangkap Menteri atau orang-orang Kenamaan, mereka akan memaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri terlebih dahulu. Ini adalah “common sense”.

    JAIS berlindung di belakang peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang meletakkan pentadbiran Agama Islam jauh dari kuasa Menteri Besar. Namun, Kerajaan Negeri masih menjadi pemberi wang terbesar kepada JAIS dan oleh sebab itu, kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya jangan takut bertindak ke atas JAIS dan Pengarahnya. Yang terbaik, “SELCAT” kan sahaja Pengarah JAIS ini dan kita akan nampak bahawa beliau tidak lain hanyalah “balachi” UMNO.

    Hakikatnya, benar apa yang dikatakan oleh Raja Petra Kamaruddin. Pegawai-pegawai kerajaan di Selangor sememangnya bekerja untuk UMNO dan sedang berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sama sekali pada January 2010.

    Cadangan-Cadangan Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat

    Ada beberapa cadangan dari saya :

    GERAKKAN KESELURUHAN JENTERA PILIHANRAYA PAKATAN RAKYAT. Mulakan dengan projek pembersihan Daftar Pemilih secara berkala. PERKARA INI WAJIB DILAKUKAN kerana kalau terpaksa bubar DUN, kita akan bubar DUN dan adakah PRK Negeri Selangor.
    Dedahkan lagi penyelewengan-penyelewengan UMNO beserta dokumen-dokumen rasmi supaya rakyat lebih mengetahui betapa jahatnya UMNO.
    Pegawai2 yang jelas didapati menjalankan kerja-kerja subversif tidak perlu diambil tindakan disiplin. Tapi, tukar mereka ke MPPJ atau MBSA dan pastikan mereka menjalankan kerja-kerja Alam Flora seperti angkat sampah atau basuh tandas. Gaji dan kelebihan mereka masih dikekalkan.
    Sebarkan keseluruhan prosiding SELCAT dalam bentuk VCD kepada rakyat Selangor secara percuma supaya rakyat nampak sendiri betapa pegawai2 kerajaan ini bekerja untuk UMNO bukan Pakatan Rakyat
    Wakil-wakil PR dalam kerajaan tempatan mesti lebih pro aktif. Adakan satu bengkel atau seminar tentang bagaimana hendak memastikan wakil2 PR dalam majlis2 tempatan lebih efektif dan berkesan.
    Aduan2 rasuah dan salah guna kuasa wajib di “SELCAT” kan dengan kadar segera. Mulakan dengan Pengarah JAIS terlebih dahulu.
    Adakan majlis solat hajat secara berkala. Jemput Tok Guru Nik Aziz mengadakan Solat Hajat khas di Stadium Shah Alam dan minta supaya perancangan Najib digagalkan oleh Allah SWT. Biar YB Menteri Besar menjadi makmum.
    Adakan Majlis Solat Hajat di Peringkat Daerah juga dengan menjemput Tok2 Guru yang tersohor di setiap daerah tersebut.
    Tok Guru Nik Aziz pernah cuba diperangkap oleh UMNO. Kononnya UMNO mahu menjemput Tok Guru solat hajat di Stadium Bukit Jalil bagi mengelakkan flu babi. Namun, hasilnya Tok Guru telah menolak mentah-mentah, dan bertanya pada Najib bila beliau hendak berikan royalti mintak kepada Kelate? Perkara ni saya akan dedah kemudian.
    Dato’ Seri Anwar Ibrahim harus berjalan berjumpa kembali dengan rakyat Selangor dengan mengadakan “tour” dan berhenti di setiap pekan dan bandar kecil untuk bertemu rakyat. Perlu Dato Seri Anwar Ibrahim kembali bertemu rakyat Malaysia
    PAS Selangor wajib dibersihkan dari anasir UMNO dan sabotaj. Ahli2 PAS Selangor wajib keluar dan membuang pemimpin-pemimpin yang pro UMNO dan pro kerajaan perpaduan.
    Saya mempersilakan para pembaca untuk memberikan idea-idea tuan/puan yang bernas.

    Tulang Besi

    Reply

  8. 8 Dr Badrulamin Nov 4th, 2009 at 10:58 pm

    Sekadar menjawab persoalan “apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihak JAIS untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.” – Antaranya ialah – seorang itu tidak ada masalah dengan amalan umum masyarakat negeri ini yang sering dilabel bid`ah oleh golongan tertentu seperti solat hajat berjamaah, talqin & tahlil arwah, bacaan Yasin malam Jumaat, bacaan “usolli” sebelum takbiratul ihram, doa Qunut, mengusap muka & zikir serta doa beramai2 lepas solat dan seumpamanya… Salam.

    Reply

    pqrs Reply:

    apa hujjah doctor untuk tidak membidahkan amalan tersebut?

    Reply

  9. 9 Silent Vote Nov 4th, 2009 at 11:13 pm

    hishhh nak berdakwah pun kene ada lesen jugak…..bekas mufti tu…apala salahnya beliau berkongsi ilmu tak kiralah dinegeri mana pun asalkan tidak terpesong dari ajaran sebenarnya…hishhh apa nak jadi lah dgn malaysia nih…

    Reply

    kassim Reply:

    bekas mufti???kesian nya..muda2 dah jadi bekas..hehehe.. tulah, org suroh ikut mazhab syafie x nak..asyik nak buat mazhab sunnah perlis..

    Reply

  10. 10 KY Nov 4th, 2009 at 11:28 pm

    Undang2 taik kucing…
    Selama dia jadi mufti perlis, adakah Dr Asri menyebarkan ajaran sesat…? Adakah tauliah JAIS ini mengatasi ilmu yang ada pada seseorang seperti Dr Asri ini…? Bukankah ulamak seperti Dato, Ishak Baharom sendiri pernah dilarang berceramah oleh JAIS sedangkan beliau adalah bekas mufti Selangor..? Bagaimana pula dengan Dato Ismail Kamus yang juga dilarang berceramah oleh JAIS di Selangor sedangkan dulu beliau lah orang yang bertanggungjawab menemuduga penceramah untuk diberi tauliah. Undang2 in adalah undang2 duniawi yang diasaskan oleh UMNO dan BN di Selangor…

    Reply

  11. 11 Kerajaan Nov 4th, 2009 at 11:35 pm

    YB, menuntut ilmu itu penting namun bukanlah sijil itu sebagai ukuran. Kad tauliah hanya perkara yang perlu dilalui yang telah termaktub dalam Enakmen Negeri. Mana mungkin dilakukan dengan melulu sudah pasti telah menjalankan pelbagai pemerhatian. Sebagai contoh, penceramah juga pernah menyata sinis kepada para ulama terdahulu dan meyokong ilmuan yang berfahaman wahabi.

    Reply

  12. 12 Lembing tumpul Nov 4th, 2009 at 11:50 pm

    YB KWPKR,

    Jais tahu apa tugas dan tanggungjawab jabatan mereka lebih dari kita,so biarkan mereka jalan tugas dan arahan secara adil….yg tak adilnya hanya pegawai2 jais perlu diberi latihan lagi cara yg betul buat serbuan,kalau cara itu pasti ikut style polis ini salah,kurang ajar cara ini,Dr Asri bukannya penjenayah,pengarah jais perlu buat teguran cara serbuan yg salah pada pegawai2nya,jgn jais nanti tidak dihormati rakyat jelata…renung2kan…

    Reply

  13. 13 awas Nov 4th, 2009 at 11:51 pm

    Assalamualaikum

    Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Hasyr Ayat 23:
    Dialah Allah, tidak ada ilaah (sesembahan) yang layak kecuali Dia, Maha Rajadiraja, yang Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurniai rasa aman, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah dari segala yang mereka persekutukan.

    Yang Dihormati DSAI,

    Saya awas ingin mengucapkan ribuan terima Kasih kerana sesuatu yang terjadi pada DSAI adalah satu pengenalan MALAYSIA Berasaskan gerakan reformasi berjuang atas hak asasi manusia .

    apa yang dapat dilihat bila salah laku menjadi laku.
    Umno/Bn terpecah apabila permulaan atas keputusan menangkap DSAI iaitu beberapa tuduhan yang tidak kukuh.
    Dengan ilmu DSAI kematangan dapat dilihat oleh rakyat apa sebenarnya salah laku.
    Satu demi satu rakyat baru merasai nilai kehidupan rakyat bersama kerajaan.

    Salah laku yang lebih berat bukan sahaja pada diri tetapi yang paling teruk dan buruk ialah merosakkan sesebuah negara itu dengan rasuah dan kepentingan kolani2.Ia mengakibatkan rakyat berkerajaan di@tertindas tampa mengetahui hak2 mereka/rakyat.

    dengan apa yang terjadi saya lihat DSAI adalah satu sasaran yang mereka takuti dengan sebab itu DSAI mesti terus membina kekuatan rakyat Malaysia tampa rasa lemah “jadilah jantung supaya tubuh badan boleh digunakan sementara penjanjian dengan ALLAH belum tamat didunia”

    Dengan kata2 kebenaran didalam peperangan “LAWAN TETAP LAWAN”

    Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

    Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.

    (Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.

    Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.

    Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)

    Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

    Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

    Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

    SALAM DSAI

    Reply

  14. 14 asimov Nov 5th, 2009 at 12:19 am

    “Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat”.

    PHD bukanlah ukuran yg tepat utk ilmu para Ulama’.
    Akhlak, Adab, Tawadu’, Wara’ adalah antara tanda seseorang yg betol2 berilmu..

    hang dok Jgn didik masyarakat jadi la mazhabi no…

    Reply

  15. 15 xlanxdiablox Nov 5th, 2009 at 2:13 am

    while we’re at it, wud somebody care to xplain what is it abt wahhabi dat makes it so deviant? i went to a pre-marriage course last week n it was held by JAIS. some of d officers reiterated of d fact dat wahhabi is not suitable for our country. but he didn’t explain why. so i hope someone can shed some light on dis matter.

    Reply

    Shatter Reply:

    Fahaman wahhabi menyimpang dari Sunnah Wal Jamaah,

    Tolong siapa Ustaz sini, terangkan lebih lanjut.

    Reply

    malaysiana Reply:

    Salam. Saudi Arabia yang diasaskan pada tahun 1925 dikaitkan dengan dua tokoh: agamawan dan politikus. Politikus ialah Muhammad As-Saud. Agamawan ialah Muhamad Abdul Wahab. Hakikatnya, terdiri sebuah negara yang politiknya di kuasai oleh “keluarga Saudi” tetapi doktrin agamanya dipengaruhi oleh “pegangan Wahabi”. Sila lihat Muhammad Abdul Wahab untuk memahami “Saudi” di dalam wikipedia, dll untuk keterangan. Tentang “wahabi” pula, agamawan ini membawa “sunnah nabawiah” semata-mata. Amalan yang tidak bersandarkan kepada hadis sahih atau perlakuan nabi tertolak. Wallahu a’lam.

    Reply

  16. 16 xlanxdiablox Nov 5th, 2009 at 2:16 am

    ops. i mean, ‘they’ didn’t explain why. hehe. a grammar mistake there.

    Reply

  17. 17 Azmil Nov 5th, 2009 at 4:26 am

    JAIS adalah dibawah pemantauan kerajaan negeri. Kenapa perkara nie boleh berlaku?? Tahan orang tanpa sebab! Memalukan orang bagaikan penjenayah antarabangsa! Mana ADUN yang bertanggungjawab memantau JAIS – tidur ke????

    Reply

  18. 18 aina Nov 5th, 2009 at 5:21 am

    Isunya bukan marah atau tidak marah, tetapi soal profesionalisme badan kerajaan negeri yang berkait dengan agama islam. Selain itu kelihatannya terdapat tangan2 yang bersembunyi disebalik JAIS! Siapakah orang yang mengarahkan penangkapan itu? pengarah JAIS nampaknya memang sudah lama memerhatikan Dr Asri untuk ditangkap. kenapakah tiada pendakwaan di mahkamah ketika Dr Asri diarahkan ke mahkamah?

    pengarah JAIS dan mufti selangor perlu di siasat…adakah ini berkait dengan unsur2 dengki? jgn libatkan permusuhan pribadi dgn pentadbiran agama!!

    Reply

  19. 19 HER Nov 5th, 2009 at 8:18 am

    Salam..
    sy turut merasa terpanggil untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara penangkapan Dr Asri.Sepatutnya beliau selaku seorang bekas Mufti Kerajaan Perlis,memiliki PHD lagi,dan pernah menjadi orang paling penting dalam hal fatwa Negeri Perlis,sepatut nya peristiwa tersebut tidak harus berlaku.
    Lagi sekali ulang…TIDAK HARUS BERLAKU !!!!
    Apakah Pengarah JAIS meletakkan pertimbangan akal yang waras di kepala lutut…
    hanya semata-mata beliau tidak ada tauliah,maka perlu ditangkap jika mengadakan ceramah ugama diSelangor?Sedangkan beliau,seperti yang dketahui ramai adalah seorang pemilik doktor falsafah dan menjadi pensyarah pula diUSM !!.
    Entah-entah Pengarah JAIS,siKhusrin tu dengki kut….sebab ye lah….dia tak ada title doktor pada kelulusan nya…
    Setahu saya,sebelum beliau menjadi Pengarah JAIS,beliau merupakan bekas Penolong Pegawai Daerah di Pehabat Daerah Ulu Selangor dan merupakan seorang penyokong kuat UMNO…dan bekas MB dulu….ala yang pakai botox tu….sebab tu tindakan dia persis tak tumpah ala-ala pemimpin UMNO…
    HIDUP DR ASRI…..

    Reply

    kassim Reply:

    PHD sapa2 pun dapat..tp tawaduk’, wara’ tu aku tengok xda pada asri..muka langsong xda cahaya org yg tawadu’..

    Reply

    muslim sejati Reply:

    wei kalau aku email gambar aku kat hang, boleh hang tulung check level tawaduk’ dengan kewarakan aku tak? fuh hang ni mesti ulamak besaq ni, sekali tengok muka org dh tau tawadu’ ke x. tulungkan check muka aku na? aku rasa macam dh wara’ dan alim dh, tp takut alim2 kucing pulak.. mcm hang la. hahaha

    Reply

    Silent Vote Reply:

    FUYOOOOO TERRER LAH KO NIEE…KO BULEH JUDGE ALIM ULAMAK DGN TGK MUKA JER…TERRER2…KALAU KO NAK MUKA KO BERCAHAYA MEH SINI AKU SULUH MUKA KO DGN SPOTLIGHT SURE TERANG BENDERANG PUNYERRRR…KASSIM SELAMAT…KASSIM SELAMAT

    Reply

    kung fu panda Reply:

    UMNO menhalal kan cara menharamkan peraturan!!!!!!!!!!!

    Reply

  20. 20 fauzi@Oz Nov 5th, 2009 at 9:26 am

    apa punya negara la malaysia ni perkataan ‘tauliah’ sedakan sebelum ini Dr.Asri adalah bekar mufti perlis terang lagi bersuluh dan pensyarah di USM dalam astro juga ada program Dr.Asri aku pun tak faham apa istilah ‘tauliah’ untuk JAIS, ni mesti kerja kuncu2 yang berdengki dengan PR……tarak orang lain dah…..

    Reply

  21. 21 alfilfilaani Nov 5th, 2009 at 9:36 am

    Pakatan Rakyat, berhati-hatilah. Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya. Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya…..

    Dua minggu sebelum kerajaan Pakatan di Perak jatuh, saya menyarankan kepada mereka supaya mengadap Sultan Perak dan meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya diadakan.

    Malah saya memberitahu tentang hal ini kepada Anwar Ibrahim. Katanya, kebimbangan saya tidak berasas kerana beliau telah bercakap dengan Lim Kit Siang. Menurutnya, Kit Siang telah meyakinkannya bahawa masalah berkenaan Hee telah diselesaikan dan bahawa segalanya elok-elok belaka.

    Namun saya masih berkeras supaya mereka meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan, yakni sementara mereka masih memiliki majoriti kerusi dalam DUN Perak. Ketahuilah bahawa apabila mereka kehilangan majoriti ini, Sultan tidak perlu mempertimbangkan permintaan mereka. Ini kerana pada masa itu, mereka tidak lagi menguasai kerajaan Perak.

    Selagi Pakatan Rakyat masih menguasai kerajaan Perak, maka Sultan tidak mempunyai alasan untuk menolak permintaan Pakatan Rakyat. Bahkan jika baginda menolak permintaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, baginda melakukannya tanpa alasan yang sah. Dengan demikian, memang nampak sangat bahawa baginda adalah alat UMNO.

    Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Kita semua tahu bahawa Sultan telah disogok untuk menggulingkan Pakatan Rakyat. Bahkan baginda diugut berkenaan dengan status Raja Nazrin sebagai penggantinya. Pendek kata, baginda ditawarkan kedua-duanya… gula-gula pun ya… rotan pun ya. Maka, seperti mana-mana kanak-kanak yang berhadapan dengan situasi seperti itu, baginda disorong tarik semahunya oleh UMNO.

    Selain itu, saya juga ada menulis tentang lain-lain hal yang perlu diwaspadai Pakatan Rakyat. Pada masa ini, memanglah Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi dalam DUN Selangor. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka menguasai kerajaan Selangor.

    Sebenarnya, ramai di kalangan staf agensi dan jabatan kerajaan negeri merupakan hubaya UMNO. Mana tidaknya… mereka sebenarnya ditempatkan di situ dan dapat naik pangkat disebabkan hubungan mereka dengan UMNO. Jadi, sementara Pakatan Rakyat menguasai ‘kepala’ kerajaan Selangor, mereka takkan dapat mengawal ‘badannya’. Nampaknya, apabila kepala ke kiri, badan pula ke kanan, dan sebaliknya.

    Perkara pertama yang Khir Toyo lakukan apabila Selangor jatuh ke tangan pembangkang (selain menghapuskan segala bukti kesalahan) adalah mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah yang mereka lakukan… saban hari… saban minggu. Maka terjadilah peristiwa yang tidak diduga, seperti isu bir, penangkapan bekas mufti Perlis, perobohan kuil dan lain-lain lagi.

    Bolehlah dikatakan bahawa bukan hanya kepala yang bergerak ke arah yang bertentangan dengan tubuh, malah tangan kiri juga tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanan.

    Inilah taktik mereka bagi menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor – dengan mewujudkan ketidakpuasan hati dengan melakukan banyak perkara yang ‘tidak popular’, semata-mata kerana ingin menyusahkan rakyat. Akibatnya, para pengundi naik muak dengan pembangkang dan akhirnya, mereka menolak pembangkang. Inilah yang berlaku di Terengganu pada tahun 2004. Pembangkang hanya dapat menguasai kerajaan Terengganu selama lima tahun.

    Saya sudah mengingatkan Ronnie Liu tentang hal ini. Sebenarnya, portfolio EXCO Ronnie Liu adalah portfolio yang paling sukar dan paling menimbulkan kontroversi. Ini kerana ia melibatkan majlis tempatan dan sebagainya. Nah, inilah lubuk pelbagai masalah.

    Kalau mereka hendak mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat, mereka hanya perlu mengabaikan pembaikian jalan ataupun sengaja tidak mengutip sampah ataupun tidak menukar lampu jalan yang sudah terbakar ataupun tidak membaiki paip-paip air yang pecah. Buatlah yang ini saja pun dah cukup. Dah tentu rakyat naik bosan. Tak perlu buat perkara besar, pun. Cukupah sekadar mensabotaj benda-benda yang remeh, dan rakyat akan menendang kerajaan negeri ke tepi jalan. Itulah… apabila hanya ‘kepala’ yang dapat dikawal, bukannya susah sangat nak sabotaj kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

    Ramai usahawan Cina di Selangor yang berasa jengkel. Mana tidaknya, rasuah makin menjadi-jadi. Tidak ada perkara yang berubah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih. Kepala samseng UMNO (warlord) masih menguasai pejabat tanah, majlis tempatan dan lain-lain lagi. Nak kelulusan untuk projek? Lesen? Permit? Kalau nak, pergilah mengampu kepala samseng. Kalau anda berurusan melalui Pakatan Rakyat dan melangkau kepala samseng, projek anda takkan berjaya.

    Para usahawan Cina mendapati bahawa mereka masih perlu mengadap kepala samseng dan membayar ‘emas permata’ kepada mereka supaya urusan perniagaan mereka berjalan lancar. Bahkan apabila mereka pergi menemui wakil Pakatan Rakyat, mereka mendapati wakil Pakatan Rakyat seperti ketua diikat tangan. Bukan boleh buat apa, pun! Ya, memanglah mereka boleh telefon si polan ataupun si fulan, tetapi itu pun tak jalan. Tetapi jika usahawan-usahawan Cina itu pergi menemui kepala samseng dan membayar ‘ufti’ kepadanya, segalanya beres.

    Sedarlah… bukan Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor. Jadi, siapa yang mentadbir Selangor? Siapa lagi, UMNOlah. Jadi, jika anda nakkan sesuatu, tak payahlah jumpa wakil Pakatan Rakyat. Pergilah ‘menyembah’ ketua samseng dan bayarlah wang yang diminta. Pasti semuanya berjalan lancar.

    Di Selangor, bukan kepala yang menggerakkan badan, tetapi badanlah yang menggerakkan kepala. Kalau tak percaya, cubalah tanya mana-mana usahawan Cina yang berniaga di Selangor.

    UMNO memberitahu ‘kuncu-kuncu mereka’ di agensi dan jabatan kerajaan negeri Selangor bahawa pada Januari 2010, Barisan Nasional akan kembali menguasai Selangor. Jadi, semua perkara perlu ditangguhkan. Kelulusan dan segala macam permohonan diletakkan ke tepi terlebih dahulu… sehinggalah Barisan Nasional mengambil alih. Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak dapat berbuat apa-apa bagi melancarkan urusan.

    Apabila anda berjumpa dengan staf di agensi atau jabatan kerajaan negeri Selangor untuk sesuatu urusan, mereka tidak akan mempedulikan anda. Kalau pun anda membuat aduan kepada wakil Pakatan Rakyat, mereka hanya dapat membuat panggilan telefon… itu saja. Kalau anda meminta wakil Pakatan Rakyat untuk terus campur tangan, alamatnya urusan yang anda nak selesaikan makin tak ke mana. Ia adalah seperti memandu dalam lumpur. Semakin anda memecut, semakin tersekatlah anda.

    Jadi, Januari 2010 menjadi tarikh yang disasarkan Barisan Nasional untuk mengambil alih Selangor. Inilah yang diberitahu UMNO kepada kuncu-kuncunya di agensi dan jabatan kerajaan negeri.

    Selain itu, ramai di kalangan wakil Pakatan Rakyat akan menghadapi segala macam dakwaan jenayah, termasuk pertuduhan rasuah. Anwar Ibrahim juga tidak terkecuali. UMNO telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka untuk bersiap-sedia menghadapi sekurang-kurangnya sepuluh pilihan raya kecil. Ini kerana tak lama lagi, akan ada sepuluh kerusi kosong.

    Tidak cukup dengan itu, terdapat ramai manusia berkepala UMNO dalam PKR, PAS dan DAP. Mereka sengaja ditempatkan di situ. Tiba saatnya, semua kuncu UMNO ini akan bertindak, sebagaimana yang berlaku di Perak. Apabila ini berlaku, maka berakhirlah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

    Pakatan Rakyat, berhati-hatilah. Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya. Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya. Ya, ketika kami mengingatkan kamu tentang Perak, kamu ketawa terkekeh-kekeh. Sekarang, kami ingin mengingatkan kamu tentang situasi di Selangor. Masih ingin ketawa? Kalau kamu kehilangan Selangor, saya akan kerjakan kamu cukup-cukup. Ingat, ini bukan ancaman kosong.

    from: suwaritimur.blogspot.com

    Reply

    Joe-kedah Reply:

    kerajaan pakatan rakyat perlu muhasabah diri dan perlu kaji dan teliti cakap-cakap akar umbi,jangan bodoh sombong!

    Reply

    taiko Reply:

    Hati anda berkarat dengan perasaan syak wasangka dan hasad dengki.

    Reply

  22. 22 cm7 Nov 5th, 2009 at 9:40 am

    Salam DSAI,

    When right is wrong, and wrong is right – what else can we say?

    Sekian, wassalam.

    Reply

  23. 23 aidilshah Nov 5th, 2009 at 10:00 am

    Tidak bersetuju kalau ada yang menyatakan JAIS bertindak betul dalam isu Asri. Tidak. Tatkala semua tindakan jadi haru biru selepas tangkapan, jelas tindakan ini tidak profesional. Besar kemungkinan tindakan ini ada kaitan dengan politik. Sah.Sekiranya JAIS pro dalam menjalankan kuasa-kuasa sepertimana yang termaktub maka saya tidak nampak kenapa mereka tidak terus saja mendakwa Ustaz Asri. Saya ini bukan anti Asri tetapi bagi sebuah Instituisi yang sepatutnya menjadi teladan kepada umat Islam JAIS telah meletakkan diri dalam keadaan di mana jelas mereka tiada tahu apa nak buat dalam situasi yang tegang kerana apabila sesuatu tindakan di buat atas desakan orang ‘atasan’ dan apabila semuanya jadi haru biru ‘orang atasan’ meninggalkan mereka ( JAIS ) dan melarikan diri.
    Oleh itu, saya menyeru semua penguatkuasa Negeri/Negara mesti lah tahu kuasa mereka dan jangan sekali-kali jadi tali barut orang ‘atasan’. Tindakan mesti lah bersandarkan Undang-undang. Tidak ada guna mereka ( penguatkuasa ) bercakap fasal Islam, berceramah sana sini, sembahyang 5 waktu ( mungkin?? untuk menunjuk-nunjuk kot) tetapi tidak menegakkan keadilan ikut Islam. Wahai penguatkuasa, PDRM, Pendakwaraya, Hakim-hakim, undang-undang sedia ada sudah mencukupi, kuasa-kuasa lebih daripada mencukupi cuma KAMU semua mesti jalankan KEWAJIPAN mengikut lunas keadilan dan bukan atasakan orang-orang politik tertentu. Apa boleh jadi kepada kamu jika tidak ikut kehendak ‘mereka. Habis-habis tukar, so what.tukar lah, turun pangkat,mana mungkin sekiranya semua berlaku adil, kita punyai sistem yang adil dan tidak boleh di GANGGU GUGAT oleh mana-mana pihak tidak kira tinggi mana pangkatnya. Jika semua ikut peraturan dan TIDAK AMPU BODEK negara ini akan aman damai dan sentiasa sejahtera. TA PERCAYA! Semua ajensi patuh peraturan dan Undanag-undang dan saya jamin tidak ada mana-mana orang politik tinggi mana pun yang berani ganggu-gugat penjawat awam.
    Sila lihat negara-negara yang mengamalkan LAW OF THE BOOK berbanding LAW OF THE JUNGLE. Pastinya Law Of The Book akan lebih berjaya. Jangan pergi jauh Lihat jiran kita SINGAPURA dan bandingkan dengan MYANMAR. Ha. Saya cabar kamu semua untuk bertukar demi untuk anai Isteri, keluarga, sahabat handai kita. Jangan ingat Undang-undang karut-marut yang di cipta tidak akan makan diri sendiri. Insyallah ia akan sisit kita dan akan gigit tempat yang paling menyakiti.

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    Ini berpunca dari keperitan hidup berbelanja,berapa banyak sedah kakitangan Awam terpaksa makan rasuah atas alasan masaalah yg banyak utk d selesaikan,seorang berjawatan tinggi hampir setiap hari naik court turun court apatah lagi yg pegawai bawahan,ini bermulanya olok2kan umno yg menjerumus pegawai salah gunakuasa,perkara ini takkan habis selagi kerajaan memerintah tidak menaikkan gaji 2kali ganda sebulan,hanya negara malaysia sahaja yg miskin dan kedekut nak memakmurkan kakitangannya;contoh,Brunei/singapore/thailand/Vetnaim/kemboja/dll gaji mereka semua atas paras kemiskinan,1malaysia tidak secala dan mengimbangi arus kedudukan standard of living dgn perulihan negara,suka membodohkan rakyatnya sendiri,siapa dia pemimpin2 kitalah,dan sekarang berlonggok2 rakyat2 kita lari mencari makan di luar negeri tanpa disedari kerajaan,akibatnya satu hari nanti rakyat kita akan dicop pelarian 1malaysia,sepertimana kita mentertawa2kan pelarian asing tanpa izin dulu(PATI)dan tak salah rakyat malaysia berkerja menjadi pembantu rumah di indonesia,tuhan akan mentabalikan bersedialah…..akibat pemimpin2 yg bonggok dan ego bodoh rakyat menjadi mangsa……renung2kan nanti…….

    Reply

  24. 24 gengis khan Nov 5th, 2009 at 10:32 am

    UMNO kata Agama tidak boleh di politikkan !! sedangkan di zaman para ambiya!! merekalah yang meminpin!! so di mana yang dikatakan Agama harus diasingkan??
    sedangkan ianya di amalkan sejak duhulu kala lagi!!

    Tertapi bila UMNO bersidang depa baca doa dari ayat al Quran ???? kana tak asingkan!!!!!!!

    Reply

    Pencinta Damai Reply:

    apa la bangang sgt statement nih..tak faham tanya..jngan nak tunjuk pandai

    Reply

    Shatter Reply:

    Tak perlu nak hina, memang ada logiknya apa dia cakap.

    Reply

    gengis khan Reply:

    He he he test market!!!!!!!!!!

    Reply

  25. 25 wah Nov 5th, 2009 at 10:32 am

    Jabatan Agama Islam Negara seharus membentangkan semua Undang-undang yang penuh telti untuk setiap sektor yg berkenaan untuk dipatuhi oleh semua Jabatan Agama Islam setiap negeri semada negeri diperintah oleh BN mahupun negeri PR. Manusia itu sama saja disisi Islam. Kuasa politik dan polis seharusnya tidak perlu masuk campur dalam perkara yang menyentuh Agama. Agama sendiri mengajar pengikutnya berbuat baik dan melakukan perbuatan yang direstui Allah. Takkan Dr Mohd Asri yang berpejaran Tinggi menggunakan senjata untuk melawan pengawai JAIS. Pengarah JAIS yg pakar Agama Islam sepatutnya menjemput Dr Mohd Asri ke Pejabat JAIS untuk keadaan sebenarnya dan bukan membuat sesuatu yg mengelirukan penganut Islam dan membagkit kemarahan orangramai lebih-lebih lagi di negeri PR.

    Reply

  26. 26 Alhaj Nov 5th, 2009 at 11:15 am

    Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh!

    YB Puan Zuraida Kamruddin,

    Saya tidak tahu kenapa ada-ada saja kita orang Islam di Malaysia ini suka sangat mengkritik jabatan-jabatan agama Islam, Mahkamah Syariah juga mufti-mufti. Ada-ada saja yang dibuat depa-depa ini dipandang tidak betul. Duduklah bekerja di jabatan agama itu dan fahamlah tugas-tugas mereka itu dengan saksama dan objektif. Bagi rangsangan supaya mereka lebih dedikasi berkhidmat untuk masyarakat. Pemimpin bukan mengkritik, pemimpin memberi harapan, visi.

    Asri itu apa dihairan. Dia suka perkara kontroversi (sengaja ataupun tidak atau dengan niat baik) maka menuailah dia kontroversi. Bercakap fasal tajdid, tajdid apa yang dibawa dia itu?

    Orang yang membawa tajdid tidak perlulah sebut selalu yang dia tu bekas Mufti, asyik-asyik dok sebut bekas Mufti. Apa kalau tak sebut bekas Mufti tak ada otoritikah cakap kita itu?

    Buya Hamka berkata kalau cahaya itu datang dari kerusi, maka bila hilang kerusi hilang cahaya; tetapi kalau cahaya itu datang dari langit, hilang kerusi cahaya itu tepa ada.

    Lagi Asri itu masih muda untuk memahami jiwa dalam orang Melayu.

    Sekian, terima kasih.

    Alhaj.

    Reply

    Shatter Reply:

    Kita bukan kritik JAIS, kita kritik cara penangkapan itu sahaja, kalaupun Dr.Asri bersalah. Ada cara lain yang lebih baik dan molek dari memalukan beliau.

    Reply

    lurus bendul Reply:

    JAIS > ‘Ja’batan ‘Is’rail — yang menagkap Ulamak Islam adalah israil!!! setahu kami!!

    Reply

  27. 27 al asrar Nov 5th, 2009 at 11:59 am

    Dr. Asri adalah seorang yang membawa fahaman ala wahabi dan ia amat membahayakan negara dan umat Islam, oleh wahai para pemimpin pakatan rakyat tak perlu lah dibela atau dibisingkan tentang hal penangkapan oleh JAIS. biar jais buat kerja dia. Perlu ditutup cerita ini kerana yang mendapat populariti adalah dr. Asri sendiri yang akan mengembangkan pengaruhnya. Dan sememngnya kita tahu dr. Asri adalah org suruhan UMNO BN yang selalu menghentam Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Tanyalah ulamak apa kata mereka TENTANG Wahabi. Satu fahaman yang sesat lagi menyesatkan yang mana akidah mereka jatuh. Wahabi berbeza dengan puak salaf. Ya Allah Engkau lindungi lah kami dari pengaruh Wahabi ini. Amin

    Reply

    Mat Tol Reply:

    Salam kekawan semua, sure heboh pasal tangkapan Dr Asri Mat Tol berpendapat biarlah JAIS siasat dulu mengikut prosidur yang ada. Persoalannya adakah siasatan yang dibuat oleh telus?. Mat Tol cadangkan kita tubuh Suruhanjaya Diraja Selangor menyiasat dalam dua perkara Dr Asri. Pertama kes memberikan ceramah ugama tanpa tauliah dan kes kedua adakah dia berfahaman Wahabi?. Semua orang jadi sibuk cakap itu cakap ini, bagilah siasatan yang telus dijalankan dulu baru kita buat ulusan . Kerajaan PR Selangor patut buang undang-undang tauliah ni, sesiapa yang mengajar secara salah tangkap dan tuduh dimahkamah atas kesalahan ajaran sesat. Tauliah apalagi? dah ada ijazah tinggi dikeluarkan dari universiti sah, mau tauliah lagi ke?. Akan datang nak jadi jaga tol macam Mat Tol pun kena tauliah dulu, terukla nanti. Mat Tol sekolah kampung macam mana nak dapat tauliah. Dr Asri sekolah tinggi pun tak dapat tauliah.

    Reply

    Pencinta Damai Reply:

    Al asrar,, belajar dan faham betul2 dulu sebelum buat kenyataan..jangan bercakap seolah2 anda ni penuh berilmu tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan dan bangang sendiri..

    Reply

    xlanxdiablox Reply:

    pencinta damai. so i suppose u’re one of d wahhabis then? i have heard that wahhabi is wrong n misleading. is dat true? why does wahhabi reject the previous ulama? at d moment, i’m in d belief dat wahhabi is wrong. but is it really wrong?

    Reply

    Shatter Reply:

    Tak perlu la saudara nak hina sesiapa.

    Reply

    diBawahBayu Reply:

    Jangan jadi tipikal Malaysian. Keep labelling. Kalau benar Dr. Asri sesat, buktukan kesesatannya. Jangan main dok hentam sahaja. Takkan hanya kerana pendapatnya berbeza maka dia dilabel salah dan sesat. Takkan kerana amalan kita tidak sama dengan penduduk Mekah maka keta label mereka sesat. Kita kena ingat agama tutun di mekah bukan di KL. Ada faham.

    Amati hujah-hujah Dr. Asri sebelum melabel dengan beliau. Amati hujahnya dengan ilmu agama bukan dengan ilmu alam, ilmu hisab dan tatarakyat.

    Wassalam.

    Reply

    Shatter Reply:

    Finally someone who share the same view,

    At least my articles are not wasted.

    Reply

    kung fu panda Reply:

    Setahu kita fahaman wahabi adalah fahaman TDM dan UMNO!!! kebanyakan fahaman TDM seiras fahaman wahabi!! semuanya longar , ringkas, dan islam yang berkemajuan!! sehingga melepasi yang sedia ada, wahabi ada adalah seriras dengan Islam hadari!!

    Reply

    pqrs Reply:

    dr asri ikut muhammadiah la, wahabi pun ikut muhammadiah.. mana sesatnya?
    org yg tuduh org lain sesat, dia la sesat sebenornye..

    Reply

    Panji Alam Reply:

    Bagus lah, dia ajar ikut sunnah buang bid’ah..tak kan itu sesat…org yg menentang sesat..bida’ah merata2

    Reply

  28. 28 Cekerawala Nov 5th, 2009 at 2:41 pm

    JAIS bertindak atas arahan UMNO, itulah hakikatnya.

    Rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor khususnya pengundi PR akan melihat bagaimana kes ini akan diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor, pespektif akan dinilai kemudiannya, dengan secara tidak langsung Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terbabit dalam isu yang telah dirancangkan oleh UMNO ini.

    Maka PR perlu menangani isu ini dengan bijak sepertimana dalam isu Babi,Kepala Lembu dan Arak.

    Kerajaan negeri Selangor tidak perlu terus menjadi Feeder sahaja sesekali perlu menjadi Killer(dalam sukan takraw).

    Selagi mereka-mereka itu masih bebas dan berkeliaran maka selama itu Kerajaan Negeri Selangor akan terus dihadiahkan dengan masaalah. Maka apa tunggu lagi CHECK MATE sahaja mereka-mereka yang berkenaaan.

    Reply

    kulup amrin Reply:

    Isu babi cuba menakutkan orang cina!! Isu Kepala Lembu cuba menhina agama hindu, isu arak menakutkan orang mat saleh, isu tangkap ulamak cuba mengambarkan keburukan ulamak kononya. ini semua mainan UMNO menbuat kekecohan di Negeri di bawah pembangkang. ini umpama cerita budak gembala kambing biri biri di atas bukit!! turun kebawah menberitahu orang kampung bahawa biri biri nya di makan serigala bila peladang dan orang kampung naik keatas bukit semuanya ok, budak tersebut ketawa , di lakukan saban hari , apa bila serigala benar benar serang biri biri dia lari menminta tolong tiada siapa pun nak naik ke bukui untuk tolong keran adi sangak akan di tipu lagi!!. gambaran ini mahukah UMNO suatu ketika nanti benar benar mahu pertologan rakyat , Rakyat bersangka itu olok olok !! pada masu tu padan muka UMNO!!!

    Reply

  29. 29 zik Nov 5th, 2009 at 3:31 pm

    LAPAN TIGA DUA KOSONG KOSONG LAPAN
    Posted by admin
    Thursday, 05 November 2009 12:47

    Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang bengok dengan ranjau di sepanjang jalan. Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis Mat Malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.

    DARI JELEBU

    Hishamuddin Rais

    Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak.

    Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikait dan disangkutkan dengan beberapa susuk dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak anak sekolah selalu di paksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa ianya berlaku.

    Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak babak sejarah agar ianya dapat difahami. Hakikatnya – perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas dari hanya mengenali nama-nama orang , nama tempat dan tarikh berlaku.

    Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya – memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.

    Tetapi harus di sedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifesti dari babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut. Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas dari peranan sejarah susuk-susuk ini.

    Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah – tetapi ianya hanya sebahagian dari lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.

    Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai. Orang ramai – rakyat jelatalah – yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan Republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus di jajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta juta orang China.

    Di Malaysia ini – terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ini anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tapi jika rakyat tidak mengambil pot – susuk ini akan terpeleok.

    Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi. Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga kan dia merasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi yang kecut dan kempis. Ini congak yang salah.

    Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial. Mat Ezam hanyalah manifestasi dari harapan ini.

    Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR – Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam. Kesian – apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah kalau hendak bersembahyang Jumaat. Kalau dahulu sepuluh masjid pun tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah – kerana sejarah dibuat oleh orang ramai bukan oleh individu.

    Lapan tiga dua kosong kosong lapan adalah contoh dimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan. Mereka berhasrat untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation yang semakin haprak. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan.

    Jika ada politikus atau YB atau pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menganggap bahawa susuk merekalah yang membawa satu anjakan politik ini – maka mereka samalah seperti Mat Ezam. Mereka tersalah baca dan tersalah congak. Mereka juga akan dibungkus dalam kotak-kotaknya.

    Jika Zulkifli Nordin atau Hassan Ali menganggap tanpa diri mereka maka Pakatan Rakyat tidak boleh berjaya maka mereka juga akan dihanyutkan oleh rakyat. Jika Badrul Hisham menganggap susuk dirinya bagitu penting maka dia juga tersalah baca. Dalam gerakan sosial tidak ada satu susuk yang penting.

    Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus. Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah di beli. Tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin. Jika ombak rakyat sampai – semua akan lingkup.

    Dalam arus perubahan yang kita lihat pada lapan tiga dua kosong kosong lapan dahulu adalah contoh dimana orang ramai telah membuktikan bahawa mereka ingin berubah. Apabila rakyat ingin melakukan perubahan tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu.

    Betul – rakyat boleh didodoi-dodoikan. Betul – rakyat boleh di tipu dengan pelbagai helah. Betul – rakyat boleh diberi gula-gula dan nasi bungkus. Tetapi akan sampai ke satu tahap dimana semua pembohongan ini akan terbuka. Semua lebong akan dilihat sebagai lebong.

    Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu dari kebenaran. Tidak ada yang lebih kompak dari yang hak. Kebenaran dan hak ini mungkin untuk sementara waktu boleh dikaburkan – boleh dipesong alih – tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.

    Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan. Ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial. Sesiapa yang memekikan laongan – lawan dan berjuang – maka di situlah rakyat akan berkumpul dan berpayung.

    Perhatikan dan ingatkan kembali bagaimana pada di minggu pertama dan minggu ke dua ketika Anwar Ibrahim dibuang dahulu. Anwar masih membodek Mahathir dengan kata-kata seperti ‘ dia mentor saya ’ – ‘ saya anggap Mahathir sebagai ayah…’ dan dan dan. Ucapan-ucapan bodek ini tidak menjemput sesiapa pun untuk turun menyokong.

    Ketika itu Anwar Ibrahim tidak memekikkan perlawanan maka tidak ada sesiapa pun yang akan ambil pot atau bersimpati terhadap apa yang dilakukan oleh Mahathir.

    Tetapi apabila slogan – lawan tetap lawan – muncul makan beratus ribu anak muda mula turun ke jalan raya. Pekikan bangun melawan adalah hukum sejarah tamadun manusia. Perlawaan adalah hukum dialetika yang saintifik – hukum yang menjadi asas penggerak perubahan apa sahaja dalam dunia ini.

    Melaongan perlawanan terbukti lagi dalam sejarah kes Musa Hitam. Ketika Musa Hitam dibuang dia menikus – tidak melawan. Maka hingga ke hari ini Musa Hitam akan terus menjadi tun tikus. Bagitu juga pada Anwar – jika ketika di buang dahulu dia tidak melaongan perlawanan – dia juga akan menjadi dato seri tikus tikus.

    Tetapi waspada – jika Musa dan Anwar menikus – ini tidak bererti rakyat tidak memiliki niat untuk bangun melawan. Melawan adalah fitrah semua umat manusia. Jika ada si Polan menjadi tun tikus maka akan muncul susuk baru mengacung tangan membawa gelombang perlawanan.

    Individu dan susuk-susuk ini hanya berperanan untuk mengolah fitrah hakiki keinginan rakyat untuk bangun melawan. Tidak lebih dari itu. Susuk yang nama mereka disabitkan dengan sejarah revolusi sosial adalah pengolah yang cekap dan pembawa garis politik yang tepat. Susuk ini dapat membetongkan keinginan rakyat yang ingin berjuang untuk mendobrak kezaliman yang sedia wujud.

    Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang bengok dengan ranjau di sepanjang jalan. Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis Mat Malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.

    Tetapi yakinlah tidak ada satu pun kuasa yang akan dapat menundukkan ombak rakyat. Hanya rakyat yang melakar sejarah

    ZIK: Hishamudin Rais bahasanya mungkin gila..tapi gilanya baik utk rakyat!!

    Reply

    taiko Reply:

    Hishamudin Rais…orangnya sesat lagi menyesatkan.

    Reply

    ulam batar Reply:

    Hishamudin Rais!!! adala sumbu untuk menerangi minda kalian!! yang beku mindanya sebeku kutub utara, kutub utara pun dah cair cuma, otak Rakyat malaysia sahaja yang masih beku!!!

    Kita harus melihat apa yang di tilis didalam Blog sama ada dari Arus Perdana atau di pihak Rakyat ianya adalah satu pandangan!! jelata!! Melata !! yang di atas harus dengan hati yang terbuka!!. inilah padahnya bila suara rakyat dihalang sejak sekian lama selama 50 tahun lampau!! Rakyat di paksa mendegar satu hala sahaja!!(RTM,TV3) zaman jalan sehala sudah tamat, Rakyat memilih lebuh raya yang punya dua hala!!(Media Baru)! Oleh itu ini bukan zaman UMNO nak Menipu Rakyat lagi!!! Tembelang kau bersepah di alam cyber!!

    Tahniah Hishamuddin Rais!! F1 Malaysia tak perlu tukat tiub!! bukan kerana tayarnya tiada tiub!!tertapi depa dah kaya raya dari Projet F1.

    Reply

  30. 30 Mohd Nov 5th, 2009 at 6:10 pm

    Beliau tak bertauliah??? dari segi apa tu?
    macam mana boleh jadi mufti? dari segi pendidikan, boleh dipercayai tanpa ragu-ragu. ramai lagi orang yang ‘bertauliah’ di luar sana merompak, rogol,MAKAN HAK ORANG LAIN tetapi mengapa tak ditangkap. dimana jais mahupun pihak polis.

    kita kan di bawah pemerintahan 1 malaysia, kenelah ikut undang-undang. nak berkumpul melebihi 3/4 orang kena ada permit. habistu, nak dengar ceramah agama x bolehlah? nak sembahyang secara berjemaah pun lagi tak boleh.

    TAPI time sembahyang jumaat berlegar-legar di tempat awam bolehlah..
    time azan lepak kat kedai kopi bolehlah.
    Harap JAIS pertimbangkan semula sebelum menangkap seseorang atau pun menyerbu sebarang perjumpaan.

    Reply

  31. 31 Brother in Islam Nov 5th, 2009 at 8:54 pm

    Aku menyokong Dr Asri ditahan dan disiasat. Memang wajar dia ditangkap kerana dia cuba membawa fahaman liberal terhadap Islam.

    Kalau korang dalami betul2 apa yg diperkatakannya, dia cuba membawa tafsiran baru ke dalam Islam. Sebagai contoh, dalam rancangan bahtera perubahan, dia mengatakan the following :

    1. Kenapa penceramah suka menceritakan isu mayat bertukar menjadi babi? Ianya akan mengakibatkan org bukan Islam takut masuk Islam.

    Hujah aku : org bukan islam pasai apa nak takut masuk islam. kalau dia masuk islam, jadi baik, pasai apa pulak mayat dia tukaq jadi babi. lagipun, apa yg jijik mengenai babi pada org bukan Islam. babi itu sendiri menjadi hidangan utama mereka.

    2. asri mempersoalkan cerita2 karut, mengenai ulama2 dan orang alim dulu sembahyang 1000 rakaat dalam satu malam. ikut logik, kata asri, tak mungkin. dia kata, saintis takleh terima cerita tak masuk akal camni, kerana dalam satu malam, hanya ada 12 jam, berapa rakaat nak solat dalam sejam kalau nak cukupkan seribu. buat malu jer citer camni pada saintis., katanya.

    Hujah aku : saintis mana percaya pada israk mikraj. tapi, israk mikraj memang berlaku. camna saintis nak explain dari segi logik, satu malam leh naik ke langit? dr muzaffar pun amik masa 3 hari ke ISS!!! buat aper lah kita sibuk apa kata org bukan islam pasal islam. islam memang menjadi cacian mereka, sesetengahnya lah.

    3. lagi satu, kalau nak jadi penceramah,muka tu biaqlah senyum sikit. muka masam jer, macam perasan bagus, camtu nak jadi pendakwah??? boleh jalan lah….

    Reply

    Asam Gelugor Reply:

    Tapi bro, diBagan Pinang majoriti orang melayu beragama islam memilih perasuah dari maruah mewakili mereka?

    Mereka dakwa parti Islam ni GANAS(beragama islam kemudian label parti Islam ganas).

    Tiada perkataan Islam dalam MYKID(anak kecil yang beribu-ayah agama islam) juga adalah angkara atau permintaan dari Sister in Islam atas alasan mereka nanti berhak memilih agama mana yang hendak dianuti bila berumur 21 tahun nanti.

    Orang kita seumpama “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’.

    Reply

  32. 32 adi/// Nov 5th, 2009 at 9:01 pm

    asalamualaikum,

    salam perjuangan,

    sya nak tanya,

    1.dlm kita mengisi kemenangan adakah langlah2 utk mengekalkan kemenangan di ambil?
    2. dlm PRu yg lepas byk undi saluran 3 tlh diberikan pd PR, tp skang ni kekawan sya dan termasuk sya masih lagi menganggur kat kg ni, kerajaan selangor ada amik tindakan ke..? sya ada ajukan pd org pas, Sani Hamzan, tp sampai skang ni buat bodoh je… masa nak berkempen itu hari, hari2 dtg jenguk kita, skang ni HARAM… btg hidung pun tak nampak.

    so sya harap tlg amik tindakan drastik, besok kalau dah kalah mmg org tak minta tlg kita paham la.. dah kalah, tp kalau kalah tak heran juga la, kalau dah menang lupa diri…

    yg tersepit rakyat juga…

    yb haniza lg la, dusun tua ni mmg dah tak jejak la…

    harap ayahnda bagi komen

    Reply

    seliparjepun Reply:

    SAlam kawan, KIta sendiri kena bangkit mencari rejeki..kita sendiri kena cari kerja..bukan harap orang…mungkin pihak terbabit menyediakan peluang, selebihnya kita nak usaha…takan sampai orang nak suap ke mulut…suap sendirila kwn…YB,YB yang yang maksudkan semua sibuk, sampai hal sendiri pun kadang2 lupa.harap faham…

    Reply

  33. 33 adi/// Nov 5th, 2009 at 9:03 pm

    lupa plak, yg ada progrem masjid, tu saluran satu punya hal, warga emas pun saluran satu, saluran tiga..?

    peluang pekerjaan, peluang perniagaan, peluang melanjutkan perlajaran…. yg untuk saluran 3 ni… tak nampak apa pun…

    k, tlg komen skit ayahnda,

    lawan tetap lawan.
    wama karu wama karallahu hairul makirin

    Reply

  34. 34 BD Nov 6th, 2009 at 1:42 am

    mungkin ada kaitan dgn perlantikan Dr Asri sebagai Yang Dipertua Yadim kot…
    haii dunia sekarang ni mcm2…
    tokoh agama2 sesama tokoh agama pun boleh saling bemusuh disebabkan pangkat dan jawatan

    Reply

    Panji Alam Reply:

    Ini lah sebab sebenar..ada org takut jawatan nya hilang atau cerita2 yg lepas di korek balek

    Reply

  35. 35 Malaysia tanah air ku Nov 6th, 2009 at 9:57 am

    apa-apa aje akan berlaku tanpa ada kawalan , yang salah itu betul dan yang betul itu salah, dunia dah nak kiamat…jangan terkejut Malaysia akan ditimpa bala..Masyaallah

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    tanah air ku !!! tanah dan air dah kena jual kat singapore oleh UMNO, semua ini berlaku tampa kawalan!! yang salah jadi betul yang betul jadi salah, malays dah nak Merdeka kali kedua!! mari kita tumbangkan Jajahan Takluk UMNO!! dulu kita di jajah oleh Inggeris kini oleh Penjajahan oleh bangsa sendiri! tiada beza diantara mereka berdua!! dulu Inggeris jual hasil bumi kita sekarang UMNO pun jual hasil bumi kita. depa jual pasir da air pada singapore dengan Harga murah!! ?? apakah ada kontra di sebalik ini??. apakah SPRM berkelana dalam soal ini??? atau bersikap durjana.

    semoga kita djauhkan dari ditimpa bala, marilah kita berdoa agar semuanya pulik sebagai mana yang sepatutnya.

    Reply

  36. 36 KY Nov 6th, 2009 at 11:00 pm

    Saudara Alhaj, bila kita rujuk Dr Asri sebagai bekas mufti, ini bkan soal autoriti ker apa.. tapi untuk kenjelaskan kepada orang-orang yang buta akal seperti pengarah jais ni bahawa beliau (Dr Asri) mempunyai ilmu yang tinggi, sbg pensyarah malah ditawarkan menjadi pengarah YADIM.. kerana apa..? Adakah semudah orang nak melantik tuan Alhaj untuk jadi pensyarah..? Atau untuk jadi mufti..? Orang lantik dr Asri sebab ilmu dia. Mcmana dgn Dato’ Ismail kamus tu pulak? Beliau juga pernah dihalang utk berceramah kerana tiada permit (kerana tak diberi permit) sdgkan dulu dia yang beri permit kat orang. So fikir sendiri apa tujuan permit ini. Kalau nak bagi juga, tentukan orang seperti saya (contohnya) atau tuan Alhaj sendiri yang perlu diberi permit kerana orang tak kenal kita. Tapi takkan lah nama-nama besar seperti Dr Asri, Dato Ismail kamus, dan Dato Ishak Baharom (allahyarham) pun perlukan permit…? Takkan orang seperti ini, dah ada rancangan sendiri dalam Astro dalam memberi kuliah agama pun kena permit..? Lu fikirla sendiri tuan Alhaj…

    Reply

  37. 37 ROger Nov 7th, 2009 at 10:14 am

    Kalau Dr Asri seorang Melayu beragama Islam ditahan Jais kerana memberi ceramah di rumah persendirian atas alasan tidak ada TAULIAH

    Apa pulak alasan JAIS utk tidak menangkap Ustad Xavier Seorang India beragama kristian yg memberi ceramah didalam MASJID di Klang? Ustad Xavier tuh ada tauliah ker? KASIK TANGKAP LAH SAMA DIA JAIS

    Reply

    Just Sharing Reply:

    Tertarik untuk menjawab…

    Dalam isu ini sebanarnya mana-mana Jabtan Agama tiada kuasa ke atas orang bukan Islam, Enakmen Syariah hanya khusus kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

    Meskipun begitu, pihak Jabatan hanya boleh berdiplomasi agar perkara seumpama itu tidak berulang lagi. Jabatan Agama bukanlah satu institusi yang suka nak menangkap orang sahaja.

    Bila hati tidak murni mudahlah melihat yang jelek berbanding molek.

    Reply

  38. 38 seliparjepun Nov 7th, 2009 at 12:44 pm

    SAlam 1malaysia…hahahahaha khas untuk khusrin…

    khusrin, apa nasib hang jadi pengarah JAIS..sesuatu tindakan dibuat mestilah difikirkan dahulu..jangan jadi lembu… ikut telunjuk orang…siapa tak kenal Dr Asri.? bekas mufti kan? jadi.. kalau aku jadi pengarah JAIS , aku panggil Dr Asri secara personal… bukan terus tangkap.ini menunjukan orang yang beri arahan tu menunjukan keBODOhan diri…buat apa nak heboh2.. kalau ia salah dari segi enakmen JAIS , buatla secara bijaksana.Bincang secara tertutup.alo Khusrin AKAI ADA?????

    Reply

  39. 39 bangiperdana Nov 8th, 2009 at 8:23 am

    salam,

    tak baik tuduh dr maza nie wahabi…ape buktinya…kalau macam tu macam mana dgn jemaah haji kita dekat mekah…

    saya dah hampir 3 tahun keje kat saudi ni…saya perhatikan
    1.tiada doa dibaca beramai2 selepas solat jemaah…tapi waktu solat jumaat ada juga doa dibaca sebelum habis kuthbah
    2. tiada sambutan majlis maulidur – rasul dan israk mikraj–saya tanya mereka..mereka bilang ..nabi muhammad tak buat ..
    3. tiada ziarah kubur…hinggakan kalau diperhatikan tiada tanda nama pada kubur2 itu…sbb itu kalau kita ke masjid nabi …lubang2 utk melihat kubur nabi dikecilkan lagi sekarang (dulunya sewaktu kujungan pertama saya pada tahun 2000…masih boleh lihat dgn jelas lagi)…

    Sebenarnya wahabi ini merupakan fahaman …mereka kebanyakannya mengikut mahzab Hanbali n kejayaaan terbesar syeikh Muhammad bin abdul wahab ni sewaktu dulu ni ialah dapat menyatukan umat islam di makkah bersolat 1 imam kerna sebelumnya selepas muazim beriqama…masing2 bersolat dipenjuru kaabah mengikut mazhab yang empat itu….

    kalau dilihat fahaman ini pun kebanyakkan dilihat Syekh Muhammad cuba utk mengelakkan masaalah bidaah, tahyul dan khurafat bagi mendapatkan tauhid sebenar..

    kalau nak tulis kat sini tak cukup …banyak….

    Reply

  40. 40 auzai Nov 8th, 2009 at 1:28 pm

    apalah JAIS kepunyaan Khusrin nih…. cuba lah guna pendekatan ilmiah… asyik keje tangkap orang jer.. ape usaha JAIS nak mengurangkan gejala sosial… mana ada.. haprak pun xdak.. yang die tahu, p hotel pastu tangkap org khalwat.. pastu g mahkamah…

    Khusrin nie patut la diberi kesedaran sikit…. bawak dia p kelab malam, tgk org islam selangor berhibur waktu mlm… nie tidak, dia cari rumah yang ade ceramah agama..

    Khusrin khusrin… aku nie budak IPTA ja.. boleh pikir.. ko tue harap mkn gaji besar, pegang jawatan agama… tapi letak agama kat bawah kaki…

    Reply

  41. 41 n. ajis Nov 9th, 2009 at 1:27 pm

    Kalau ada kes, mengapa sampai hari ini tidak ada pertuduhan? Adakah JAIS takut pecah tembelang kerana dakwaan dr asri membawa ajaran wahhabi hanya dakwaan palsu serta tidak berasas? Adakah seseorang yang mengajak kembali kepada al-quran dan sunnah yang tulen patut digelar wahhabi? Sampai hari ini tidak ada kenyataan yang jelas dari JAIS berkenaan apa itu wahhabi dan di mana kesalahan dr maza sehingga dikatakan wahhabi. Umat Islam sepatutnya menerima kepelbagaian mazhab selagi mana ia berdalilkan dua sumber agung Islam. Bukan menyalahgunakan kuasa pentauliahan untuk menangkap ulama yang berbeza pandangan dengan pihak berkuasa. Benar, beberapa pandangan dr maza tidak selari dengan mazhab shafie tetapi mengambil pandangan mazhab hanbali, maliki dan hanafi. Adakah itu suatu kesesatan? Jika itu suatu kesesatan, adakah orang yang membayar zakat fitrah menggunakan wang, yang berbeza dengan mazhab shafie itu sesat? Zakat pendapatan juga tidak ada dalm mazhab shafie, maka adakah sesat kita mengambil pandangan daripada mazhab selain shafie? Tidakkah imam ahmad bin hanbal sebahagian ulama ahli sunnah wal jamaah yang kita hormati? Islam ini luas, selagi mana pendapat tertentu disokong dengan dalil2 dan nas2 quran dan hadis, maka ia tidaklah tertolak. Lebih2 lagi dalam arus globalisasi di mana pendapat2 ulama besar di seluruh dunia boleh dicapai dengan hanya satu “klik” di internet, penyebaran ilmu tidak mungkin boleh dihalang.

    Reply

  42. 42 catdog Nov 10th, 2009 at 4:52 pm

    Bodoh sangatke ketua pengarah JAIS. Seperti Dr Asri beliau pun bukan calang2 org. Tidak akan dilantik beliau menjadi Pengarah jika tidak dgn segala ilmunya. minta maaflah sebenarnya yang tak faham dan tak mahu faham adalah yang sentiasa mecari kesalahan antara keduanya.

    Reply

  43. 43 fadzli Nov 19th, 2009 at 8:14 pm

    selangorkan bwh kerajaan PR.. Nape BN disalahkan
    Zamihan kn kakitangan kjaan.. Nape BN disalahkan jg
    bukan semua kakitangan kerajaan sokong kerajaan
    pada saya ni xde kaitan ngan politik
    ni hanyalah zamihan vs dr asri

    Reply

  1. 1 uberVU - social comments Trackback on Nov 4th, 2009 at 8:31 pm
  2. 2 Tweets that mention NAFI HALANG TUGAS, PENGARAH JAIS PERLU PROFESIONAL at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 5th, 2009 at 4:32 am

Leave a Reply




mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
9 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
12 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago
zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30