Dari Harakah Daily
Oleh Nazri Abdullah
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan ‘perwatakan’ sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas semalam.
Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah.
“Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sendirilah yg menjadi sebab utama punca masalah di Dun Pelabuhan Klang dan sangat tidak wajar serta matang, menyalahkan pihak lain khususnya YAB MB Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor,” kenyataannya dipetik.
Irwan ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan dakwaan tersebut.
Badrul tegasnya tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Dun Pelabuhan Klang sejak menang Pilihan Raya Umum, Mac 2008 lagi.
Beliau didakwa jarang turun padang dan tidak mesra rakyat selain menghabiskan peruntukan yang deberi kerajaan negeri Selangor dari 2008 hingga pertengahan 2009 secara meragukan.
Tegasnya lagi, tiada program yang dibuat Badrul untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di kawasannya.
“Beliau tidak turun padang dan kurang mesra dgn rakyat, peruntukan beliau utk tahun 2008 sehingga pertengahan 2009 dihabiskan secara meragukan, dengan tiada program & sumbangan kepada mereka yg layak menerimanya,” katanya lagi.
Selain itu, beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri bahkan sering tidak hadir program rasmi kerajaan negeri yan diadakan di kawasannya sendiri.
Sifat Badrul yang eksklusif juga didakwa menyebabkan bukan sahaja beliau terlalu sukar duhubungi dan dutemui rakyat, bahkan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.
AMK Cabang Klang ketanya telah berusaha membantu beliau dalam urusan pentadbiran Dun Klang selain memaklumkan program-program terkini parti, namun usaha menghubungi Badrul tetap gagal.
Sehubungan itu AMK katanya menyeru agar seluruh rakyat di Pelabuhan Klang bertenang dan tidak terpedaya dengan putar belit Badrul.
Mereka juga akan terus menjalankan program biarpun tanpa kehadiran Badrul demi memastikan hak dan kepentingan rakyat khususnya di Pelabuhan Klang terus dibela.
Badrul Hisham pada satu sidang media semalam mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan diri beliau sebagai Adun bebas yang ‘mesra BN’.
Beliau memberi alasan kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau berbuat demikian.
Tiga lagi turut didakwa beliau sebagai punca adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad.
AMK Klang juga bagaimanapun yakin tindakan Badrul itu akibat telah ‘dipengaruhi’ oleh ‘orang ezam’
Ia kerana Badrul dilihat banyak dipandu bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli sewaktu menjawab soalan para wartawan.
Nizam juga dikenali sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor meninggal PKR dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar









Salam DSAI,
Saya ingin memberitahu Dato’ Seri agar janganlah gusar dgn kejadian yg menimpa PKR baru2 ini seperti kehilangan dua orang penting di Sabah dan yang terbaru apabila saudara Badrul ‘membelot’ menjadi Bebas. Saya percaya rakyat tidak akan tertipu dengan dolak dalih pemimpin2 tertentu yang menyertai PKR atas kepentingan peribadi dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat, mencari punca endapatan yang halal dan yang lebih mustahak – memperkukuhkan dan memperkasa Pakatan Rakyat (PR).
Malah ada baiknya jika beberapa kerat pemimpin bermasalah yang belot meninggalkan PKR seawal sekarang dari mereka mencetuskan masalah sewaktu GE13 nanti. Berikut adalah langkah2 yang perlu dilakukan PKR bagi menyerap segala impak dari kemelutan ini:
i) Melalui Unit Penerangan PKR/PR, Dato’ Seri selaku Ketua Umum hendaklah menjelaskan kepada rakyat jelata, KHUSUSNYA penduduk setempat yang kawasnnya dihuni oleh ADUN/MP dari PR ttg punca sebenar peristiwa2 ini agar mereka tidak tertipu dgn maklumat yang disediakan oleh pihak tertentu yang ternyata memiliki agenda tersendiri utk memecah belahkan PR dan Keadilan.
ii) Bagi memastikan penerimaan kaum Kadazan-Dusun terhadap parti PKR terus relevan, hendaklah wakil dari kaum tersebut dilantik kedalam jawantankuasa PKR di Sabah. Ini bagi meastikan PKR tidak kehilangan undi dari kaum ini yang mewakili 35-45% jumlah populasi di Sabah. Selain itu, ini juga bertujuan utk ‘mengganti’ pemergian Datuk Jefry yang berhenti dari segala jawatan beliau dalam PKR.
iii) PKR hendaklah tabah menghadapi cabaran ini dan jgn menjadikannya satu halangan utk memperkukuhkan PR. Ini kerana kehilangan tiga org penting dalam masa seminggu bukanlah petunjuk kepada sokongan rakyat yang merundum. Seperti yang kita sedia maklum, tujuan pemergian ketiga2 individu adalah disebabkan oleh ‘agenda peribadi’ mereka yg gagal dipenuhi.
iv) Dato’ Seri hendaklah terus memmeprkukuhkan penguasaaan terhadap Selangor dan negeri2 lain termasuk Kelantan, Penang dan Kedah. Pandangan saya mesyuarat yang lebih kerap hendaklah diadakan di setiap negeri agar segala masalah yang dihadapi ADUN/MP dapat didengari.
Akhir kata, saya ingin menyarankan agar janganlah Dato’ Seri gusar ttg perkembangan terbaru ini, kerana percayalah – rakyat tahu agenda sebenar di sebalik peristiwa2 ini biar pun mereka bukanlah ADUN/MP. Untuk itu, pastikan PR terus utuh dan berilah fokus terhadap isu2 temapatan dan usaha mengumpul keupayaan kewangan, tenaga manusia dan lain2 bagi menjadi PR sebuah gabungan yang kuat.
Sekian, wassalam.
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
October 30th, 2009 at 6:21 pm
hebat penulisan saudara, saya sokong
Reply
a girl Reply:
October 30th, 2009 at 6:52 pm
i am bored with all of this……………. :(
Reply
Penyokong kuat pkr & pakatan rkyat Reply:
October 30th, 2009 at 8:53 pm
Penyokong tetap pkr n pakatan rakyat, jgn lh prcaya dgn kata2 badrul, benci saya tengok mukanya smlm, dpt d lhat mukanya Tk jujur, muka pucat bila dbuat liputn, komen bodoh, bgus lh klur trlbih awal dri pkr.
Reply
kundangman Reply:
October 30th, 2009 at 9:34 pm
Syabas, idea yg bernas. Bersama kita tegakkan keadilan dan hapuskan kezaliman. Lucu melihat teman yg dah biru warna hatinya masih dibuai dendangan lagu ketuanan Melayu. Bila berbicara pasti disebut Pakatan tak pandai perintahlah, serba serbi seolah BN hebat konon. Apa yg saya nampak beza dulu dan sekarang, sebagai rakyat Selangor saya mendapat potongan 20 meter padu air percuma, dulu tak ada pun. Kini ada skim utk. warga emas yg meninggal dunia dan beberapa skim lagi. Yg jelas puak-puak yg menidakkan kejayaan Kerajaan sekarang sbb dah tak ada projek. Dengan kata simple, dah tak masuuuuuuuk. Padan muka
Reply
Sad to say Most PR Rep’s are not strong in facing with all kind of challenges…put forward by ruling party to bring down the PR Govn…promised of cash and kind,post in after taking over etc all in the name of political gamesmanship.
In Perak the so call 3 frogs resulted till today unsolved Political Fiasco(2 MB,2 speaker etc) …the choice is all up to them to be in party A or B (BN/PR)
…But the funny thing and the most Bankrupt Idea and Comment to Hear from the Rep or any Rep could give when leaving its old party…is to run down its own party with all kind of CRAP’S…Is Best they should say Nothing instead of showing up in TV and “Rosak” the whole day Program…Who care’s ?
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
October 31st, 2009 at 12:50 pm
What these frogs have done to Pakatan Rakyat, must be taken REVENGE! Pakatan Rakyat must win majority in the next election so that we will know what these frogs will do and where are they going to put their faces when confronted by the new master ie Pakatan Rakyat!
Make these frogs a very great MOTIVATION for Pakatan Rakyat to work harder! Show to these frogs that they have jumped to the wrong pool! Kasi ajar sama ini katak katak semua! Wipe the smiles on the faces of these famous frogs!
Siapa setuju??????
Reply
that’s we called bustard..
Reply
hang jebat Reply:
October 30th, 2009 at 5:59 pm
bustard?? what’s that?? moron..
Reply
desperado Reply:
October 30th, 2009 at 9:53 pm
no la…maksud dia “custard” untuk buat kek hehe
Reply
hidopPKR Reply:
October 30th, 2009 at 6:35 pm
Pakatan Rakyat jangan sekali2 tergelincir untuk mendirikan sebuah kerajaan yang benar2 bersih, cekap, amanah, telus dan adil!
Buatlah kempen besar2an membersihkan mereka2 didalam Pakatan Rakyat yang sememangnya Musang Berbulu Ayam! Hapuskan mereka ini semua sebelum pilihanraya akan datang! Its better to be cruel to do good NOW! Yes now, kasi buang mereka ini kelongkang busuk!
Elok cari muka2 baharu yang memang bagus dan tinggi akhlak dan ada pengalaman management dan professional untuk diberi peluang jadi ADUN atau MP! Buat kem kepimpinan dan bina semangat! Kalau boleh, setengah daripada mereka ini terdiri dari kaum wanita yg aggresif dan berjiwa rakyat! Lelalki ni banyak putar alam dia! Wanita banyak yg amanah, jujur dan kuat semangat untuk buat kebaikan. Lelalki ni kebanyakan suka mengular lebih!
Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat kena terangkan profile muka2 baharu ini semua dan yakin mereka boleh berbakti pada rakyat! Galakkan ramai pentadbir2 kerajaan untuk masuk politik berjuang nasib rakyat dan galakkan jugak tokoh2 koprat yang berjiwa membela nasib rakyat!
Wasalam………….siapa setuju?
Reply
bagi pilihanraya yg akan datang tidak boleh tidak pkr/pr kena menentukan juga kena mencari calon2 adun dan parlimen yang benar2 jitu hatibudi dan pendiriannya. janganlah lagi melihat kepada mereka atas sebab mereka itu pengikut setia si anu dan si anu maka boleh dipertanggungjawabkan dengan tugasan dan amanah sebagai adun atau mp. jangan pula asyik melihat kepada yang sedia ada didalam parti itu saja, kena juga mencari2 diluar sana orang yang kalau2 sesuai walaupun belum menjadi ahli tetapi ada rekod kepimpinan. dan didalam menilai seseorang bakal calon itu jangan pula condon mendengar dulu kata2 orang disekeliling kita saja konon2 sebagai tapisan. kena jumpa secara kediri semua nama2 yang dikatakan layak itu supaya dapat penilaian dibuat.dikalangan orang “in the loop” DSAI ada yang ramai kenalan semasa waktu dulu2 yang mungkin ada kebolehan kepimpinan dan boleh dipercayai untuk dipertanggungjawabkan, carilah orang ini semua. tanyai kepada kalangan yang “in the loop” itu. memang muka2 ini mungkin sangat baru tetapi mungkin muka baru yang diperlukan oleh pkr sekarang. dan janganlah melihat kepada orang itu samada laki-laki atau perempuan semata2, kadang-kadang yang perempuan itu lebih mulia sikap amanah dan tanggungjawabnya. mungkin apa yang malaysia perlukan kemudian nanti adalah seorang perdana menteri perempuan atau menteri besar perempuan.
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
October 30th, 2009 at 6:23 pm
hebat sungguh penulisan ini! Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat wajar dengar nasihat2 baik ini
Reply
kundangman Reply:
October 30th, 2009 at 10:13 pm
Saya sokong 101% cadangan sdra ni
Reply
hidopPKR Reply:
October 30th, 2009 at 6:44 pm
SOKONG 1 JUTA %
Reply
salam dato’seri,
alhamdulillah dato’seri, ada hikmah disebalik kejadian yang dah berlaku allah maha mengetahui atas apa yang dah,sedang&akan berlaku,allah maha adil.tentu cita2 dato’ seri nak PKR dikuasai oleh pemimpin2 dan pejuang2 yang tulen. ini lah masanya untuk berbuat demikian.masih ada banyak masa untuk memperkuatkan parti sebelum PRU ke 13.kita nak pastikan semua pemimpin PKR dari pucuk hingga ke akar umbi adalah solid dari kalangan pemimpin2 yang berpegang pada perinsip perjuangan.kita tak nak pemimpin2 yang umpama pejuang dalam medan uhud.renung2 kanlah tiada bezanya antara PKR&UBN kita tak nak seperti mereka.biar berat menanggung macam mana sekali pun jangan biarkan golongan munafik merosakkan perpaduan parti dari dalam.
allahuakbar……….kami bersama DSAI.
Reply
APA NAK LEMBIK! TAK TAHAN CABARANM
Reply
ada lagi ke adun dan mp dari PKR yg nak melompat? jangan bikin malu la….
Reply
Wakil Pakatan Rakyat wajar bekerja untuk rakyat bukan untuk diri sendiri. Oleh demikian maka mana2 ADUN yang rasa bekerja untuk diri sendiri maka dengan sendirinya tidak layak mewakili PR dan perlu letak jawatan secara terhormat. Letak jawatan adalah proses membersihkan PKR drip anasir yang berkehendakkan jawatan kerana mencari habuan. Jangan risau- teruskan perjuangan dan buktikan bhw Selangor, Pulau Pinang dan Kedah adalah spt Kelantan yg pemimpinnya bersih rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Amanah dilaksanakan sehebat mungkin. Ayuh teruskan perjuaangan untuk membela rakyat yang tertindas. Kamu adalah pejuang pilihan tuhan untuk menyempurnakan rahmat-Nya keseluruh Malaysia.
Reply
hidopPKR Reply:
October 30th, 2009 at 6:39 pm
betol sangat tu saudara Jamil! Yang susahnya, banyak musang2 berbulu ayam ni tak mahu lepas jawatan! Mereka lebih suka berpura2! Maka wajin, pihak Tertinggi Pakatan Rakyat kena kejam dan buang mereka terus ke laut,supaya mereka dimakan jerung gigi tajam!
Reply
hidopPKR Reply:
October 30th, 2009 at 6:41 pm
Jangan ada belas kasihan! Mereka2 yang ternyata telah lalai didalam tanggung jawab sebagai ADUN dan MP, wajar sahaja dibuang secepat mungkin! Kasi flyong kick sama ini orang2! NO MERCY! BANTAI AJE
Reply
kundangman Reply:
October 30th, 2009 at 10:27 pm
Mana-mana ADUN yg kejar habuan dunia eloklah sertai parti najis berat @ parti tong taik. Macam katak 3 ekor di Perak dan 1 ekor di Selangor. Tak ada maruah langsung
Reply
Balik2 citer sama….PKR kena buat kem bina semangat laa….
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
October 30th, 2009 at 6:25 pm
setuju sangat idea sahabah itu
Reply
perjuangan atas landasan yang benar akan sentiasa berhadapan dengan ranjau-ranjau di sepanjang jalan. ada dua sifat perjuangan.
1. berjuang kerana ALLah
2. berjuang kerana nafsu
berjuang kerana Allah ganjarannya bukan di dunia
berjuang kerana nafsu ganjarannya di dunia.
jadi sebagai pejuang pilih dengan sebenar-benar pilihan
janganlah lidah yang mengucap kalimah syahadah, lidah itu juga
yang berbohong.
janganlah jari telunjuk diangkat sebagai tanda mengesakan Allah, tapi
jari yang sama juga yang menduakan Allah.
Reply
Sahabah2 semua,
Saya rasakan baik bagi peluang yang luas pada wanita2 didalam Pakatan Rakyat untuk menjadi ADUN atau MP sebab saya rasa perempuan2 lebih amanah, rajin dan dekat pada rakyat! Lelaki ni putar alam aje lebih, semua fikir nak kumpul harta dan banyakkan bini dan gundek2! renung2kan lah!
Siapa setuju?
Reply
kundangman Reply:
October 30th, 2009 at 10:23 pm
Jgn silap pilih, takut terpilih mcm ‘iron lady’ BN dulu yg tak amanah pun. Habis AP dikendurikan. Permit teksi pun utk suku sakat
Reply
rakyat selangor Reply:
October 31st, 2009 at 3:22 pm
SETUJU!!
Reply
cerita lama sejauh mana benar atau tidak, tetapi boleh dijadikan iktibar.
pernah guru agama saya 40 tahun yang lalu mencerita tentang dajjal membawa
syurga dan neraka. beliau menceritakan sesiapa sahaja yang tidak mahu menurut
kemahuan atau menyokong dajjal akan dimasukkan ke dalam neraka. bagi sesiapa
yang patuh, taat, dan menurut kehendaknya akan diberi ganjaran syurga iaitu
nikmat dunia. hari ini lihatlah siapakah yang memiliki kemewahan hidup sepanjang
52 tahun merdeka. kekayaan diperoleh dengan sekelip mata, di dalam bank berjuta-juta
lambakan wang disimpan. berkhidmat 8 tahun boleh membina rumah berpuluh juta
harganya.
jadi dalam politik hari ini sesiapa yang berhasratkan ganjaran kesenangan dan
kemewahan di dunia, tepuk dada tanya selera. segala-galanya tersedia menanti.
tak hairanlah ramai adun yang akan melompat parti demi kemewahan dan ganjaran.
manusia yang rendah iman walaupun sembahyang 5 kali sehari tidak terdaya menentang
pujukan syaitan dengan janji-janji keduniaan.
Pakatan Rakyat teguhkan pendirian. rakyat bukan menyertai lembu-lembu politik
sentiasalah berwaspada bahawa burung pemangsa sedang terbang mencari bangkai-bangkai
bernyawa untuk dimamah.
sekian, jumpa lagi
Reply
kundangman Reply:
October 30th, 2009 at 10:20 pm
Burung-burung pemangsa ni memang suka makan bangkai. Terutama bangkai yg bernyawa. Tepuk dada tanya selera. Bak kata bos saya dulu orang No. 2 MIC dlm salah satu bahagian di Selangor. Ikut kata bos saya cukup diberi 2 penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat BN hidup pasti senang. So fikir-fikirkan. Mcm anak arwah Wak Toyo kalau duit gaji beliau tak usik pun takkan dpt bina bunglow mewah. Takkan tak makan, minum dan sebagainya. Tak pelik pun kalau masuk parti najis berat ni
Reply
win win malaysians Reply:
October 31st, 2009 at 1:09 am
sdr ungkapan yg masuk akal,sememangnya betul ada relevenya,walaupun ganjaran berjuta2 diberi itu tetap duit peluh rakyat itu haram,,siapa Menteri2 yg nak hidup senang dgn mengunakan duit rakyat baik kita sederhana hidup tanpa dikelilingi oleh keresahan…….
Reply
salam kepada semua pejuang……
Saya adalah penyokong setia PKR/PR akan terus setia menyokong perjuangan saudara anwar ibrahim dan rakan2 untuk menumbangkan rejim UMNO/BN…..jgn lemah semangat….PKR mesti terus bekerja untuk rakyat dan memperkukuhkan parti….bersihkan PKR dari pemimpin2 dan ahli yang lebih mementingkan agenda peribadi dari kepentingan rakyat….Saya berkeyakinan penuh PKR akan bangkit sebagai kuasa politik baru di Malaysia dalam tempoh terdekat dan akan berjaya menubuhkan kerajaan baru di bumi tercinta ini bersama rakan2 dalam PR…yakinlah ia pasti berlaku…..terus bekerja dan berdoa…..insya ALLAH
Reply
Dato’Seri jangan khuatir biarkan 4 ekor itu pergi. Kita lahirkan ramai lagi pemimpin yang berbakat dari seluruh Malaysia. Jangan pilih dalam kalangan pemimpin yang bermasalah untuk menjadi calon dalam pilihanraya nanti. Kami senantiasa mendoakan kemenangan PR dalam PRU13 nanti.
Reply
hidopKEBENARAN Reply:
October 31st, 2009 at 1:14 pm
benar sungguh kata2 sedara amanah ni! Ya, Pakatan Rakyat kena berani mengutarakan muka2 baharu yg ada pengalaman mentadbir dan dekat dengan rakyat! Banyak sebenarnya bakat2 terpendam ini semua. Bagi aje mereka peluang bertanding, ajelah tentu kita tidak sangka kehebatan mereka ini! Jangan pilih surat khabar lama yang memang tidak ada niat membela nasib rakyat! Kena berani buat perubahan wahai Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat!
Reply
Salam untuk DSAI & PR.
Sedih saya melihat gelagat ADUN-ADUN PR..Salah ditegur ,akannya lompat parti.Saya kalau DSAI benar benar tegur keselurahan ADUN ADUN/AP PR maka tinggal lah DSAI dan beberapa lagi sahaja.To be frank most of the peoples reps not doing their job accordingly.Some worst than BN Reps..
Dear elected Reps..Please be responsible and performe your task honestly.If you disagree with your company pls discuss internally or resign la.See Datuk Zaid..he disagree with BN,he resign from Minister post..bt you guys just wanna behave like frog only.Please dont spit at the sky…that will soil your own face.
Thats all i wanna say.
Reply
Salam DSAI…
Apa yang berlaku di Adun Pelabuhan Klang dan di Sabah merupakan satu cabaran yang harus di tempuhi oleh setiap pemimpin pakatan rakyat.Untuk mencapai sesuatu kejayaan bukan mudah dengan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran.Arus perdana yang dikuasai oleh kerajaan amat gemar dengan berita seperti ini.
Setiap wakil rakyat PR yang tidak dapat memberi sumbangan kepada rakyat perlu disingkirkan daripada parti.DSAI dan pemimpin pakatan yang lain perlu peka akan masalah ini dan berhati-hati dalam memilih calon untuk pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi.
Walau apa pun yang berlaku kami tetap memberi sokongan 100% kepada DSAI dan barisan kepimpinan gabungan pakatan rakyat dalam menumbangkan kerajaan yang ada kini untuk kesejahteraan rakyat malaysia.
REFORMASI…
Reply
HIDOPpakatan RAKYAT Reply:
November 1st, 2009 at 1:46 pm
Pada saya, kekuatan Pakatan Rakyat ialah idea2 perubahan yang ingin dibawakan ke negara kita.
Pemimpin2 didalam Pakatan Rakyat yang buat huru hara meninggalkan Pakatan Rakyat sebenarnya tidak penting dan tidak wajar dipersalahkan kapada Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat sebab manusia sesuangguhnya penuh dengan kepuraan untuk mengumpol habuan diri sendiri dengan membelakangkan rakyat!
Apa taknya, masa berkempen, berkobar2 memperjuangkan perjuangan parti tetapi bila sudah jadi yang berhormat, lain pulak ceritanya! Terasa diri itu handal sangat!
Mereka2 yang ingin meninggalkan perjuangan parti dan jawatan Adun dan Mp sepatutnya menyerahkan kembali kapada rakyat untuk buat pilihan. Ini baharu dinamakan menghormati kehendak rakyat dan bukan merasakan jawatan Adun atau Mp kepunyaan peribadi untuk dibawak mati! Where got road , man….Be professional and gentleman lah.
Begitu jugak disarankan pada Adun2 dan Mp2 BN. Jika anda tidak lagi percaya pada perjuangan UMNO dan BN, wajar anda mengosongkan kerusi DUN atau Parlimen dan serahkan pada rakyat untuk memilih Adun atau Mp baharu! Seelok2nya, parti yang anda melompat itu,wajarlah bagi peluang pada anda untuk bertanding sekali lagi.Ini baharu dinamakan pemimpin gentleman, selalu menghormati kehendak rakyat!
Sekian wasalam
Reply
Kami masih bersama dsai utk meneruskan perjuangan
membela nasib bangsa dan kaum,memang patut badrul hisham keluar
parti dan sokong BN kerana perangai dan tabiat kaum BN sama
dgn badrul suka sgt mengata org yg tak betul sedangkan
diri sendiri lebih tak betul dari yg org dikatanya tak betul.
Pergi la badrul kamitak kepingin org yg bermuka muka mcm
awk nanti la tengok satu hari takdak lagi jadi adun.
Reply
pelik kan bagaimana seorang ADUN yang berada dalam kerajaan negeri yang sedang memerintah boleh umum keluar parti…tapi jawatan ADUN tak nak lepas pulak..takde maruah punya manusia !!!!! Macam lah duit tu boleh bawak masuk kubur…tak tau malu langsung…dah le bertanding atas tiket PKR…buat malu diri sendiri je…kalau le aku ada masa sidang media tu, aku ludah muka ko cukup2 badrul pengkhianat !!!!!!!!!!!!
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
October 31st, 2009 at 12:03 pm
Sudah sampai masanya Pakatan Rakyat laung2kan bahawa Pakatan Rakyat akan memperjuangkan Akta Lompat Parti apabila memerintah. Ini disebabkan Akta tersebut penting untuk menjamin keilklasan perjuangan sesebuah parti.
Yang peleknya, masa kempen, sesaorang calon tu melaung2kan perjuangan sesebuah parti dan pakatan! Bila sudah menang, dia kebas kepercayaan rakyat yg menganggap dia wakil parti dan lompat dan terus jadi bebas! Gentleman ke begini? Pada saya, ini sesuatu rompakan diterang hari! Sepatutnya, jangan lah kebas jawatan Adun tu. Buatlah pilihanraya supaya rakyat boleh menenentukan wakil mereka yg baharu!
Siapa setuju?
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
October 31st, 2009 at 12:35 pm
Pilihanraya tidak lama lagi!
Pakatan Rakyat kena tungkus lumus dari sekarang mencari pemimpin2 yang baik2 mulai sekarang supaya diberi peluang bertanding nanti. Jangan cari mereka2 yang ada spesies atau darah katak lompat! Renung2kan mereka2 ini supaya tidak terjadi lagi case melompat!
Pakatan Rakyat perintah, kena buat Akta Lompat parti dimana mereka2 yang ingin tinggalkan parti, wajar menyerahkan pada rakyat untuk memilih wakil mereka yang baharu! Itu dinamakan gentleman dan bermaruah dan menghormati kehendak rakyat!
Reply
org yg melompat spt aduk port klang tiada keutuhan jatidiri, di mana letaknya nilai istiqamah? sifat amanah xpayah nk ckp lh.
adun bebas ttp menyokong bn? apakah ini? jgn menipu di siang hari. berbohong sifat munafik. bebas bererti tidak berpihak, bodoh!
Reply
Salam.
Memang tiada maruah dan prinsip.
Reply
sal asek nk lompat je adun2 pkr ni??? sal tak sume je lompat umno kn senang….lg pn pkr ni kn serpihan umno so feel pn sama lh yg mana ad kesenangan disitu lh dituju…….
Reply
Bila sudah dimediakan tingkah laku maka sibuklah mengeluarkan kenyataan menyalahkan kepimpinan PKR dan cuba mengait keenganan DSAI bersumpah. Ini semua skrip skrip yang telah di atur untuk mendapat habuan dan sibuklah media UMNO laknat tiap tiap malam pergi tanya orang ini tanya professor dan macam macam lagilah.
Sudahlah Badrul dan juga tiga katak di Perak. Cakaplah kalau hendak hidup senang macam adun adun BN dan tidak sanggup hidup susah sikit. Janganlah nak main wayang lagi. Ingat wang haram yang diterima nanti akan mendatangkan mudarat pada diri dan keluarga. Belajarlah kesilapan Ezam dan Roslan Kassim apabila masuk UMNO. Hanya boleh bercakap didepan TV kalau hendak komen pedas tentang DSAI tetapi tidak ada tempat dalam perhimpunan untuk bercakap atau mengetuai bahagian atau cawangan UMNO. Lama lama berkubur begitu sahaja kerana ahli ahli UMNO pun tidak terima mereka hanya pemimpin peringkat atas sahaja.
BADRUL JANGAN MAIN WAYANG.
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
October 31st, 2009 at 12:15 pm
Memang susah hendak mencari Adun dan MP yang benar2 berkhidmat untuk rakyat TANPA ada udang disebalik batu! Oleh yang demikian, wajarlah Pakatan Rakyat memikirkan sedalam2nya apa jugak cara2 untuk memberi ganjaran yg setimpal TANPA MEROMPAK DUIT DAN HARTA RAKYAT ini. Mungkin ganjaran2 dinaikkan dan selepas mereka pencen, mereka hidop selesa dengan gaji pencennya tu! Landscape masuk politik untuk mengumpul habuan diri wajar di mansuhkan dan dihapuskan! Mungkin gajaran2 ini semua wajar dipelajari dari Singapura dimana semua pemegang2 jawatan politik bersih dari amalan rasuah dan BPR mereka bebas mengejar sesiapa pon ahli politik tanpa dilindungi pihak atasan!
Reply
PKR teruskan perjuangan. Jangan macam BN cakap lain buat lain.
Reply
What I do nor understand why Malaysia Politician still do not dare to resign if they can’t perform well. Look at Japan, they all” berani mati”, well, by saying that as Muslim we can’t do that. No matter what if BN still in power we can’t live peacefully, trust me. Migrate to oversea 11 years ago, found the country I lived now so nice. Media is not double standard at all. Not like in Malaysia. Still support PKR even living in foreign country.
Salam dan selamat berjuang ke arah negara bersih sifar
Reply
pengalam mengajar kita..untuk next PRU PKR/PR kena berhati2 memilih calun yang betul ingin berkerja untuk rakyat,,wakil rakyat berkerja untuk rakyat bukan kerana ada agenda tersendiri ..kalau ada agenda sendiri joint aja UMNO/BN….memang betul lah bak kata presdan kita sekarang proses “pembersehan” ahli yang tak setia…
Reply
HIDOPpakatan RAKYAT Reply:
November 1st, 2009 at 2:07 pm
Baik buang aje mereka dari sekarang sebab pilihanraya akan datang, tidaklah lama lagi. Start fresh dengan muka2 baharu yang pasti tidak akan melompat parti lagi.
Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat kena berani sembelih dan buang mereka ini semua. Lagi pon, kejayaan Pakatan Rakyat telah terserlah di negeri2 Kelantan, pulau pinang, kedah dan Selangor.
Buktikan pada rakyat bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri2 ini semua dengan baik dan cemerlang. Hal yang paling penting diberitahu rakyat ialah bahawa Pakatan Rakyat sedang bersungguh2 untuk menawan Putrajaya sebab dengan kebanyakkan Wang mentadbir kerajaan Pusatlah, kemakmoran rakyat dijanjikan lebih meningkat! Rakyat wajar sokong Pakatan Rakyat berlandaskan janji2 bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan jadi sebuah kerajaan yang benar2 bersih, cekap, amanh, jujur, telus, adil dan Kerajaan Pakatan Rakyat akan serang dan hapuskan berhabis2an salahlaku dan salahguna kuasa didalam pentadbiran dari Perdana Menteri sekali,Jerung2 besar diatas hinggalah ke akar umbi ikan bilis!
Rakyat kena faham ini. Hanya urus tadbir ekonomi yang baik dan adil sahajalah yang akan memakmorkan hidop rakyat! Kerajaan Pakatan Rakyat kena buktikan bahawa Rakyat didahulukan dengan cekap dan pandai mentadbir dan urus ekonomi negara! Slogan memperkayakan Rakyat dan menghapuskan mereka2 yang hidop senang lenang dengan makan haram duit dan harta rakyat akan dihapuskan….
Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat kena berani menerangkan kapada rakyat bahawa mereka2 yang meninggalkan Pakatan Rakyat adalah golongan manusia yang sebenarnya tidak mementingkan kepentingan rakyat tetapi mereka adalah terdiri dari manusia2 yang gilakan kuasa, pangkat dan habuan! Kena berani terangkan semua ini kerana rakyat pasti akan menerima penjelasan ini semua sebab rakyat ingin tahu siapakah mereka2 ini yang sebenarnya Musang Berbula Ayam yang pura2 sokong Pakatan Rakyat demi habuan2 seperti jawatan,pangkat dan projek2 untuk diri mereka, keluarga dan kroni mereka.
Sekian wasalam
Reply
Biarkan dia pergi
bersama pun padahnya rugi
wadah PR tak sesuai untuknya lagi
pergilah pergi…kami tiada menangisi!
Reply
siapa irwan ketua amk kelang tu ye…? tak pernah kenal pun sepanjang perjuangan reformasi selama sepuluh tahun.. pernah datang kongres nasional parti ker? ke baru2 je timbul lepas pakatan rakyat menang di selangor.
harap pkr berhati hati dgn muka2 yg baru timbul sokong parti dan berjuang untuk kepentingan. jgn pisang berbuah 2 kali… Potong…, potonggggg, potonggggggggggg
Reply
kah!!kah!!!loso you nailed it.this childish badrul is more afraid of his bullying headmaster[read bn/umno] than his parents[pakatan rakyat].may be badrul!some fine things have been laid to you by bn/umno,but history repeats itself that is they are giving you the ones that you cannot get. WALK TALL AND FREEDOM!BADRUL YOU COULD ONLY HEAR THEM WHISPERING IN COLD HEARTS.
Reply
Heran kan..kalau ada ahli atau adun pakatan kuar bukan main media bn..besaran dia promote..mcmlah teruk sgt..biasalah poltik..tapi part ahli bn kuar parti..sonyap jer..
Heran..apapun bn akan mencari peluang nak menjatuhkan PR…suma rakyat dah tau..\
Rakyat dah muak dah dgn dakyah mereka…maklumlah parti dah tue..jadi ada nyanyuk sikit..melalut lagi…
AKU TETAP SOKONG PR..SAMPAI BILA2…
Reply
Apakah Masih Ada
Apakah masih ada lagi
di zaman ini
wakil rakyat atau pemimpin masyarakat
yang sanggup berkorban
demi kebajikan
dan keselesaan
rakyat bawahan
Apakah masih ada lagi
di zaman ini
wakil rakyat atau pemimpin masyarakat
yang meletakkan
kebajikan dan keselesaan rakyat bawahan
melebihi keutamaan
dan kepentingan
dirinya
Apakah masih ada lagi
di zaman ini
wakil rakyat yang tulen
yang kenal erti susah payah
yang kenal erti jerih perit
yang kenal erti rendah diri
yang kenal erti derita sengsara
rakyat yang diwakilinya
Atau yang masih ada
dan hanya ada
di zaman ini
wakil rakyat yang
gila kuasa
tamak haloba
gelap mata
Maka
Yang aku kenangkan
Anwar Ibrahim
Nik Abdul Aziz
Lim Guan Eng
yang pernah merasa susah payah di penjara
yang tinggal di rumah yang sederhana
yang duduk di kelas ekonomi dalam penerbangan
sedang mereka
bekas orang nombor dua
menteri besar
ketua menteri
Syukur kerana mereka masih ada…
Reply
perkara yang berlaku pada saya ada hikmahnya. melalui ini kita tahu siapa yang benar-benar pejuang dan siapa pulak yang musang berbulu ayam dalam perjuangan. ada yang membuat sumpah keramat dan menyimpan rahsia berkarung-karung kononnya tetiba keluar dari saf perjuangan semata-mata kerana kerendahan moral perjuangan. tak mampu bertahan kerana kemaruk nafsu dan tak tahan ujian dan risiko. kata DSAI kalau takut dengan risiko jangan bicara tentang perjuangan..soalnya kenapa mereka yang berapi-api menyokong perjuangan tetiba kelaura dari saf perjuangan? jawabnya mudah…mereka baru tahu bahawa perjuangan ini bukan mudah dan tidak menjanjikan mereka habuan duniawi. setelah itu mereka ibarat pejuang bacul yang dulu agaknya tersilap prinsip. apakah mereka dapat dikeanli sebagai perjuangan yang bijak dan berhati kental? mereka adalah sibacul dan musang berbulu ayam dalam sebuah perjuangan suci. syukur tuhan menunjukkan siapa mereak yang sebenarnya..biarkanlah mereka. mereka tiada nilai langsung dalam aspek perjuangan.
Reply