Daripada Blog Azmin Ali
Apa signifikan keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang diumumkan semalam ? UMNO semakin selesa dan perlu kekal dalam ‘form’ yang sedia ada ( jasad dan ruhnya ) sebagai pengamal rasuah yang dominan di Malaysia. UMNO juga tidak perlu sebarang transformasi. Justeru itu, UMNO tidak memerlukan Perhimpunan Agung Khas ( EGM ) untuk meminda perlembagaan bagi membendung gejala dan amalan rasuah yang sudah menjadi barah dalam institusi politik perkauman sempit di Malaysia. Malahan, sebarang usaha untuk melakukan transformasi dalam UMNO adalah usaha yang sia-sia kerana sekurang-kurang pengundi di Bagan Pinang amat selesa dengan UMNO dan pemimpin UMNO yang rasuah. Dunia hari ini mendapat jawapan yang jelas bahawa UMNO menghalalkan rasuah dan rakyat Malaysia ( atau sekurang-kurangnya pengundi-pengundi di Bagan Pinang ) mendewa-dewakan Sang Perasuah.
UMNO perlu membuat persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menonjolkan barisan calon-calon UMNO di kalangan perasuah kerana itulah cita rasa rakyat Malaysia.
Catatan ringkas di atas bukanlah untuk menghukum rakyat Malaysia secara membuta tuli tetapi itulah persepsi dunia hari ini dan juga rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Keputusan Bagan Pinang pastinya akan meletakkan Malaysia di peta dunia di kalangan negara-negara yang rosak nilai dan moral anak bangsanya.
Mengambil lirik lagu rasmi UMNO : “UMNO terus mara, untuk rakyat Malaysia”.
AZMIN ALI


















Saudara yg dihormati,
Apa pun keputusan yang diterima, akhirnya kita mesti akui bahawa itu adalah ketentuan Allah,jangan mengeluh,kecewa atau pun bersedih, tanggungjawab kita hanya berusaha, berdoa & bertawakkal, kadang2 yang pahit itu sebenarnya ubat yang paling mujarab dan yg manis itu adalah racun…renungkan kembali mungkin ada kesilapan yang kita lakukan dan cuba perbetulkan kembali..t kaseh
Reply
angkasawan nasa Reply:
October 13th, 2009 at 11:01 am
Saya dah bilang pada pandangan saya yang lepas, bahawa Negeri Sembilan Melaka dan Johor adalah “Land Bank” UMNO. untuk mendapat tanah ini untuk di jadikan milik Rakyat Malaysia adalah satu cagaran yang cukup maha hebat. N9 Orangnya sudah naik lemak kerana kaya dengan “santan berlado”, Melaka Orangnya otak udang terlebih makan belacan, Johor orangnya kaki otar!!erlebih makan otak otak!! .
Saya cadangkan PR lebih menunpukan kepada Negeri yang rakyatnya Pintar, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Lupakan buat seketika Negeri selatan sarang atau kubang UMNO adalah Johor tempat UMNO terpacul di muka bumi ini.
Reply
tak kenang budi Reply:
October 13th, 2009 at 11:43 pm
tak sedarkah kamu, dengan memaki hamun rakyat Johor,N9 dan sebagainye,peluang nak menang pru13 dengan bergaya semakin tipis.
saya sangat kecewa membaca komen saudara azmin ali, menyatakan yang seolah2 penduduk bagan pinang bodoh dan tidak tahu memilih.Tindakan kamu ini umpama seorang pekedai yang mencaci maki pembeli kerana tidak membeli belah di kedainye,dan dia inginkan mereka membeli barangan kamu.
tidakkan bodoh komen komen kamu ini?
Reply
pakyop Reply:
October 15th, 2009 at 4:02 pm
Bukan bagan pinang je..tapi tak kenang budi pun nampaknya sama…nak makan hehe
ron Reply:
October 15th, 2009 at 10:39 pm
bukan menghina kesemuanya…cuma mengetuk kepala yg totok sahaja..
easy bro.. be open on this,
kalau org kata melayu itu malas, mungkin ada benarnya.
perlu terima kelemahan, kerana kelemahan itu hakikat.
but again, bukan semua melayu malas :)
Shatter Reply:
October 14th, 2009 at 4:53 pm
Memang diakui, Negeri sembilan dan Melaka tu kawasan kuat UMNO. Malahan saya ada beri komen di FB DSAI tentang perkara ni.
Tapi tidaklah berpadaan kalau kita menghina orang negeri sembilan, Melaka dan Johor keseluruhannya. Ramai juga rakan kita disana, termasuk Johor, dan Melaka yang menyokong PAS dan DSAI.
Kalah di Bagan Pinang bukan berarti kita pengakhiran segalanya, ia hanya permulaan kepada yang lebih besar, ada hikmah dibawah kekalahan ni.
Harap PR boleh dan tolong berhenti menyalahkan satu sama lain, dan memperjuangkan agenda sempit masing-masing. Tolonglah hilangkan ke-egoan masing-masing. Rendahkan diri dan berusaha untuk memperbaiki diri. Masa diBagan Pinang misalnya, saya lihat sendiri bagaimana perilaku se-setengah penyokong PAS yang bertindak secara provokatif dan agak keterlaluan.
Malahan semasa kempen di Permatang Pauh, rakan saya sendiri salah seorang dari mereka yang bertindak keterlaluan.
Jangan lupa, apa yang dijanji masa berkempen mesti ditunaikan, undi masa pilihanraya lalu hanya undi protes terhadap BN. Kita kena tunjukkan kita boleh buat lebih baik, bukan cakap sahaja. Rakyat dinegeri-negeri PR memerhati tindak-tanduk PR, jangan sampai terhantuk, baru tergadah.
Cadangan RPK tentang pembentukan satu “PAKATAN RAKYAT” secara sah, adalah amat baik. Tetapi masih diragui samada ia akan benar menjadi kenyataan atau hanya tinggal cadangan.
Reply
Assalamualaikum,
Telah termaktub dalam mana2 peringatan Hadis dan Al Quraan…Di akhir zaman kebatilan menyaingi kesahihan….Beringatlah dengan hukum Allah (swt)
Reply
mohd khair bin miskam Reply:
October 14th, 2009 at 7:42 am
salam….
adakah saydara abdullah fakir bermaksud kita harus memyerah dan berserah kepada ketentuan Allah,yang sepertimana d nyatakan dalam Hadis dan Al Quran?
Bukan kah kita disuruh bahkan diwajibkan menyerang kebatilan?
bukan kah saudara tau yang UMNO itu sebuah parti yang mempertahankan kebatilan….
Saudara harus mengkaji dan mendalami apakan maksud sebenar Hadis tersebut…
tima kasih…
Reply
YB Azmin Ali.
I am thinking of doing my PHD somewhere overseas and bring up my children in the manner where corruption is not acceptable in their values of life. What do you think? Upon completion of my studies, hope that the country got better with people around you fighting for a better malaysia to live in. One of my good friend is already leaving for Brisbane, to bring up his childrens in a more civilise country.
Reply
Jali_Harun Reply:
October 13th, 2009 at 2:36 pm
bro … gud ..go further your study so that you could open your eyes wider ….
and don’t ask for advice re. corruption from YB Azmin coz his wife used to work for a bank without having to go to office … perks includes chauffer driven car ..
so who is the bigger corruptor ..?
p/s ..kekadang kita tak nmapak sesuatu benda tu sbb kita terlalu dkt atau pun trlalu taksub..
salam ..
Reply
Perasuah inilah yg menghancurkan BN(Be End) di Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Reply
Dah diramal. Rasa berat lepas kalah
Reply
ron Reply:
October 15th, 2009 at 11:11 pm
pengundi bkn nk umno sgt die SANGGUP boikot umno kalu letak org lain.
yg jelas bagan pinang nak isa samad.
send isa in, rencana pemimpin senior yg lain surely terganggu beb.
you’ll infighting for years to come, you think Najib, Muhyiddin & those Veeps totally happy with this win?
Isa is their rival, & he will.
Reply
di harap YB Azmin ambik iktibar dari kekalahan… bukan menyalahkan penduduk Bagan Pinang kerana tidak mengundi Pakatan Rakyat. Adalah menjadi hak mereka untuk menyokong rasuah…
Reply
cucutoknor Reply:
October 13th, 2009 at 12:56 am
adalah menjadi hak mereka untuk menyokong rasuah????
hak dalam islam bukan untuk menuju kehancuran….
hak perlu diletakkan ditempatnya…
walau bagaimanapun,hak rakyat untuk menghukum mana2
pihak setelah diberi penjelasan yang seimbang hendaklah
dihormati…..
kita terima sekiranya rakyat tidak menerima kerana
kelemahan atau kekurangan tapi bukan atas dasar
ugutan dan sogokan pihak tertentu…
kemenangan atau kekalahan tak semestinya mencerminkan
kebenaran dan kepalsuan….
namun perlu diambil iktibar!!!!!
tiap sesuatu ada hikmahnya….
jangan bila sekali dua menerima kekalahan kita menyalahkan
orang lain,sehingga kita lupa semasa kita sama2 merayakan
kemenangan…..
wallahualam.
Reply
caldina Reply:
October 13th, 2009 at 7:58 am
uish..skit sebanyak terasa gak aku bile org luar tanye, knapela rakyat malaysia pilih pemimpin yg corrupt..ha, dorg tak ckp, napela pnduduk bangan pinang pilih pemimpin yg corrupt..org luar mn tau bagan pinang..hehe..
Reply
BukaMata98 Reply:
October 14th, 2009 at 8:01 pm
Askum, saudara ku.
Jangan kerana seseorang yang bersalah dalam ape kesalahan sekalipun ( termasuk rasuah ), kita mencaci pengundi yang menyokong mereka. Kita mesti ingat, kita juga memberi peluang kepada DSAI ( yang pernah dipenjara kerana salah guna kuasa) dan YAB Lim Guan Eng ( dipenjara kerana Akta Hasutan ) dan menjadikan mereka idola kita. Ianya seumpama kita mengatakan pengundi2 di Air Putih ( YAB Lim )Pinang dan Permatang Pauh ( DSAI ) adalah mereka yang memilih “penjenayah”. Ini Tanggapan yang salah. Mereka adalah orang yang diletakkan harapan yang tinggi untuk membela bangsa dan generasi kita pada masa depan. Tunaikan janji kita pada PRU yang lalu supaya dapat menawan Malaysia pada PRU ke 13. Hidup PR!!!
Reply
Salam, alangkah malangnya rakyat Malaysia tidak pandai memilih di antara yg hak dan batil.
Bukan tidak merestui dengan pilihan rakyat, tetapi bagaimana cita rasa rakyat Malaysia di Bagan Pinang yg sanggup memilih seorang yg memang terpalit dengan rasuah?
Malahan pemimpin nombor 1 Malaysia menyatakan dosa yg dilakukan oleh TIS sudah “terampun” dengan penggantungan selama 3 tahun. Berbaloikah kita masyarakat Malaysia diketuai oleh si rasuah begini?
Bagaimana dengan masa depan rakyat Malaysia akan datang? Adakah taraf hidup mereka akan meningkat baik atau sebaliknya jika Malaysia terus dipimpin oleh si perlaku rasuah?
Rasanya seperti tiada harapan seandainya pemikiran rakyat Malaysia masih ditakuk lama, mudah dirasuah dan menyokong rasuah.
Anak-anak kita pada masa akan datang pasti menyalahkan kita sekiranya kita tidak berfikir secara rasional di atas kesilapan besar yg kita lakukan sekarang dengan memeilih si perlaku rasuah sekiranya kita tidak berani melakukan penghijrahan yg baik utk negara Malaysia.
Wassalam.
Reply
win win malaysian Reply:
October 13th, 2009 at 11:23 pm
YB sdr Azmin,
Kekalahan pas di Bp bukanlah isu yg besar dipru Bp ini kerana mereka lebih rela memilih ISA sebagai wakil mereka,analisiskan kenapa dan mengapa,calon pas sdr zulkiple yg kononnya bersih berintegriti/warak/morol dan bermulia tinggi serta bersih rasuah,so kenapa mereka pilih juga ISA,yg bergemuluran dgn kaitan rasuah.Iktibarnya terjawab org rakyat Bp…
Ini bukan masaalah pemimpin2 atau YB PR diluar Bp ini masaalah moral yg hanya terdapat pengundi2 diBp,
1. pengundi2 yg berumur 40thn keatas kebanyakannya buruh kasar,seperti penoreh/petani/berkerja sendiri/peniaga kecil dll,rata2 kehidupan mereka berpandukan kerja keras utk menyara hidup dan lebih2lagi kalau dihulurkan simpati serta mereka lebih kenal ISA dari ZULdiBp walaupun calon bukan lahir diBp,
Ternyata ISA lebih berceloteh meratah persepsi mereka dibandingkan ZUL,ini style politik najip ternyata berkesan di bawa oleh ISA,turun naik rumah melayu/india memohon simpati dan berjanji bila menang akan menghadiahkan satu angan2 difikiran mereka..
2. Mereka diBp lebih kenal berkelumpuk sesama sendiri dibandingkan kelangan dari org luar,adatlah mengajar mereka lebih mempercayai isu semasa,mereka tak kenal rasuah,sekali ISA bagi sedekah dialah bos aku,inilah menteliti kedegilan yg belum dpt dihapuskan.
3. UMNO/BN selama 50thn mereka anggap raja sekalian lubok duitan yg dpt memberi nafas segala permasaalahan terhadap mereka,walhasil balik asal so ISA lah
4. Rakyat Bp sudah jauh kehadapan darisegi segalanya FREE,bezakan kempen BN dan PR wa`ema kempen/majlis makan/angpaw jauhmanapun tetap ada penyelaras BN yg sanggup urus tadbir mengambiltahu keinginan mereka berbanding kempen PAS hanya sekadar air meneral pun susah nak tegok,apatah lagi majlis makan free,faktur ini harus diambil kira..
5. Lihatlah semua media/jentera kerajaan/NGO dll menganggap UMNO/BN adalah Boss segala bos diatas sebab sebab tertentu…
Reply
sabar…sabar….sabar….keputusan semalam tak bermakna pakataan rakyat lemah….keputusan semalam malah akan membangkitkan lagi PAKATAN RAKYAT….TERUSKAN PERJUANGAN….INGAT….SAYA SETUJU SANGAT DENGAN (HIJAUPEKAT)……
Reply
ron Reply:
October 15th, 2009 at 10:46 pm
it’s ok, kalah bagan pinang bukan isu terlalu besar
HAKIKAT tetap 8-1 :)
after all, it’s postal vote & the outcome was clearly anticipated.
Reply
Hakikatnya Pas masih lemah… Kena akui perkara ini… Jangan bagi alasan yang menampakkan lagi kelemahan dan kejumukan .. Gangsterism , undi pos, calon yang tak sesuai semuanya hanya alasan.. Gagasan yang dibawa oleh pakatan rakyat masih tidak memberi keyakinan kepada rakyat sepenuhnya..rakyat masih tertanya-tanya dan terkeliru.. Pergolakan sesama sendiri, lompat parti, kampung buah Pala, Selcat semuanya memberi implikasi yang menjauhkan dan mengendurkan lagi harapan rakyat kepada PR. Pada fikiran rakyat pimpinan PR hanya mementingkan perkara yang berkisar mengenai perebutan kuasa dan jawatan. Tidak jauh bezanya dengan gorombolan. Jangan dilupa Selangor yang digenggam oleh PR tidak mustahil akan jatuh kembali kepada Gorombolan jika pimpinan PR masih lagi terkial-kial dalam mencari formula terbaik dalam memenangi hati rakyat seluruhnya.. Maka dengan ini, iktibar dari kekalahan ini jangan hanya meletakkan kekalahan di Bagan Pinang adalah semuanya dari taktik kotor dari pihak gorombolan untuk memenangi pilihanraya dengan tidak mengaku yang Pimpinan PR masih lagi rapuh dan lemah. Pimpinan tertinggi PR harus bertegas mana-mana individu yang merosakkkan dan memalitkan PR jangan bertangguh untuk ambil tindakan tegas , dipecat terus jika perlu demi keutuhan dan memperkasakan lagi Pakatan Rakyat di masa hadapan…terima kasih..
Reply
Amka Reply:
October 12th, 2009 at 11:09 pm
Amprofor.
Saya setuju dgn pendapat anda.
Reply
caldina Reply:
October 13th, 2009 at 9:16 am
ala kdg2 bende kcik jek..dk bn/amno yg pegang media, dorg besar2 kan la smpai nmpak PR yg salah..pd hal kebanyakan bende yg berlaku adalah kesilapan ms bn/amno yg perintah dulu..baru jek PR nk pulihkan, dh kene sabotaj dgn amno/bn mangkok ni..
Reply
Wish Reply:
October 13th, 2009 at 11:04 pm
hehehe..tu je bleh komen…hahahaha
Reply
reezam Reply:
October 14th, 2009 at 12:04 am
Amprofor,
Pendapat anda memang bernas…
Reply
budu Reply:
October 15th, 2009 at 8:13 am
mana tau kot2 yang buat provokasi tu adalah sb2 atau polis anjing kera-jaan, lagi pulak, dah menang banyak pilihan raya kecik, sekali ja kalah, natijahnye bersedia untuk prk 13, berusaha untuk menang.
Reply
Rakyat tidak menganggap politik wang adalah rasuah kerana pengamalnya tidak diambil tindakan oleh badan pencegah rasuah. Jangan salahkan rakyat dalam perkara ini. PR perlu salahkan diri sendiri
Reply
Salam Y.B..
Saya setuju dgn Amprofor…banyak perkara diluar dugaan yang tidak menyenangkan hati rakyat sejak dua menjak ini mengenai kerajaan PR samada di selangor dan di penang…walaupun difikirkan selcat itu bagus untuk mengetahui banyak perkara yang terselindung…tp saya fikirkan ia juga ada perkara yang tidak boleh didedahkan secara umum…ada segelintir org yang boleh menerima trend ini dan masih ramai yg belum boleh mnerima…
saya sarankan kpd YB Negeri atau Malaysia pakatan rakyat…turun kembali kepada rakyat kerana saya jangkakan PRU 13 akan berlaku pada 2010..oleh yang demikian..kepen untuk memenangi kembali hati rakyat mestilah dimulakan daripada sekarang dan mulakan projek2 rakyat tanpa memilih samada penyokong lawan dan kawan..
Reply
Salam,
The peoples are also watching with great interest how PR govern the Kedah, Penang and Selangor. So far they see nothing much.
Kedah city council performance is a disgrace. Compared to the past administrative, the drain were much cleaner, rubish were dispose more regularly in the past, public complaint were less in the past. Kedah PAS leadership had been told repeatedly about this, but sad to say very little action had been taken (read kedahlanie). The Kedahan are getting so fedup that they don’t bother to complaint anymore….just wait until next election. They know what to do.
Penang, there are more transparent now then in the past, some improvement on basic infrastructure but not at a scale that can please the people, perhaps lack of fund that mostly controled by the fed. government………but very soon the people will start to get bored listening to excuses. LGE have to find alternative… fast!
Selangor, nothing to be proud of. Intense politicking! If not between BN and PR, it will be between PR themselves. What a shame. Hassan Ali, Chee Keong, Ronnie Liew seem still thinking that they are the opposition! Slanders after slander hit the TS KHalid admin. but the response from the states goverment it self rather dissapointing.
Well, the government change hands, but the real administrative people are still the same people, same mentality, same effectiveness….and if the politicians who took over Kedah, Penang and Selangor are too coward to change the “administration” then you can kiss goodbye to your one term goverment by PRU13. Stop behaving like a manager and start to act like a leader.
THE MANAGER ACCEPTS REALITY;
THE LEADER CHANGES REALITY.
Reply
salam,
Ada banyak hikmah disebalik dpa yang berlaku. Jangan salahkan pengundi, mungkin mereka terpaksa berbuat demikian disebabkan desakan hidup, mungkin mereka terpaksa menutup kedua2 belah mata dengan memilih apa yang isihati mereka katakan tidak betul hanya sekadar mendapatkan janji2 yang ditabur walaupun itu adalah hak mereka. Mungkin mereka akan mengubah untuk memilih apa yang tersirat dihati mereka pada masa yang sesuai, di PRU13.
Jangan salahkan mereka.
Wsalam
Reply
Berserahlah kepada Allah. Segalanya mengikut ketentuannya. Ada hikmah disebalik keputusan di Bagan Pinang ini. Disamping melihat kelemahan mereka, jom kita selidiki kelemahan-kelemahan kita untuk diperbaaiki. Keputusan itu memeranjatkan saya dan rakan-rakan. Majoriti sangat besar. Pengaruh PR umumnya merosot teruk. Pastikan kelebihan ditambahbaikan dan kelemahan diperbetulkan dan dibaiki. Perjuangan kita masih panjang. Ini baru permulaan.
Reply
assalamualaikum..
segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya…
kita mantapkan lagi ilmu, iman dan amal kita kerana Allah.
Niat kita kerana Allah pasti Allah akan memakbulkan doa.. Cuma lambat atau cepatnya kita tak tahu..
kita tunjukkan pada rakyat bahawa, walaupun kalah tetapi khidmat terus kita curahkan kepada semua pihak dengan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah…
InsyaAllah.. Doa merupakan senjata orang mukmin….
Reply
Pakatan perlu memperbaiki dii sendiri dinegeri-negeri ynag diperintah, sekarang terlalu banyak pertelagahan yang berlaku di antara satu sama lain. Ingat buat kerja untuk rakyat. Bukan tunjuk jaguh berlawan di antara satu sama lain. Ingat kita berbilang kaum, kalau nak buat sesuatu fikirlah dahulu, nanti berputih mata di PRU yang akan datang. Bak kata Nbail “You fikirlah sendiri”
Reply
Pakatan perlu memperbaiki diri sendiri dinegeri-negeri yang diperintah, sekarang terlalu banyak pertelagahan yang berlaku di antara satu sama lain. Ingat buat kerja untuk rakyat. Bukan tunjuk jaguh berlawan di antara satu sama lain. Ingat kita berbilang kaum, kalau nak buat sesuatu fikirlah dahulu, nanti berputih mata di PRU yang akan datang. Bak kata Nabil “You fikirlah sendiri”
Reply
Memang banyak faktor yang menyebabkan PAS kalah di BP seperti yang disebut oleh penuli-penulis di atas. Sebagai tambahan dari saya (yang ada bersama PAS/PR di hari penamaan calon PRK Pagan Pinang), penyokong-penyokong PAS lebih ghairah menjalankan ‘business’ masing-masing, iaitu ghairah untuk mendapat ramai pelanggan di gerai/warong mereka. Adakah mereka berusaha untuk pergi dari rumah ke rumah untuk bertemu bakal pengundi serta memberi penjelasan mengapa mereka tidak boleh memilih Isa Samad? Nampaknya, PAS/PR berasa selesa dengan ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ‘orang-orang kuat’ dari PAS/PR sahaja, oleh itu mereka tidak perlu buat apa-apa untuk sampai ke akar umbi. Kalau inilah sikap PAS/PR, saya khuatir nanti PAS/PR akan melalui nasib seperti Pak Kadok : Menang sorak, kampung tergadai! Sekiranya PAS/PR ingin melihat sebuah Malaysia yang harmoni, demokratik serta adil maka mereka harus berusaha kerana ‘jikalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’!
Reply
What a IRONY ? 10.10.09 A leader with corrupted moral / ethical values was VOTED OUT.
11.10.09 another leader of the same is VOTED IN.
? is this THE MAKING OF THE ALMIGHTY or MERE MAN.
? is this A CLEAR SIGNAL the world is nearing the END.
Reply
emang betul apa yang sdr anwar . tetapi, pada saya kita perlu melihat kelemahan PR sendiri dalam mentadbir kerajaan negeri dan cara menyelesaikan masalah rakyat. seperti berikut :-
Isu kampung buah pala
isu kuil di seksyen 13 shah alam- pas
isu babi di kedah -dap
isu krisis perak- dap
selain daripada itu, strategi kempen itu amat penting. Di mana, menimbulkan isu calon UMNO yang merupakan rasuah adalah tidak bijak. Kerana, Isa dituduh oleh UMNO dan di hukum oleh lembaga tatatertib UMNO. Bukannya Mahkamah. Umno itu korup dan bagaimana keputusan terhadap ISA yang dituduh menggunakan politik wang itu dianggap sebagai keputusan Mahkamah dan ini di ambil dan menghentan ISA merupakan PR menyokong keputusan UMNO terhadap ISA itu adalah sah?
Sepatutnya, semua parti perlu menggunakan risalah yang disergamkan.sungguh pelik DAP mengeluarkan risalah sendiri, begitu pula PKR dan PAS. Dalam keadaan ini ada kumpulan yang mengelarkan dirinya sebagai makkal sakti sah turut mengedarkan risalah Kugan dan kepala lembu adalah suatu strategi yang tidak bijak.
Sepatunya, PR menggunakan isu-isu kawasan,negeri dan nasional yang meletakkan rakyat di kawasan dalam keadaan daif,bukannya hentam sifat peribadi seseorang.
Dalam kempen , Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Ramasamy mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa, jika PR memerintah kerajaan pusat ,seorang india boleh jadi timbalan perdana menteri. apakah kaitan statement ini dengan masalah rakyat di kawasan bagan pinang. Pada saya, kita tahu UMNO memecahkan rakyat malaysia dengan menggunakan isu perkauman dan agama. Tetapi, pada saya PR juga tidak berbeza dari UMNO seolah2 untuk memancing undi PR sudah hilang akal dan menilai rendah kebijaksanaan rakyat
PR PERLU UBAH SIKAPNYA JIKA TIDAK AKAN MENIMPA MALAPETAKA
INSAN YANG MENDAHAGAKAN KEADILAN UNTUK SEMUA
Reply
zabil Reply:
October 13th, 2009 at 10:51 pm
Rakyat Malaysia sekarang semakin bijak menilai yang mana intan dan yang mana kaca
Reply
ruslee Reply:
October 14th, 2009 at 9:32 pm
setuju 100% main cakap aje… pun takguna penat mulut bercakap buktikan kebenaranya
Reply
salam Saudara Yang Dihormati,
Ramai yg tidak percaya pengundi Bagan Pinang begitu mudah menerima lamaran UMNO/Bee End dlm pilihanraya kecil ini. Bukan lamaran UMNO/Bee End yang diterima oleh pengundi Bagan Pinang tetapi lamaran Isa Samad yang diterima oleh mereka. Hakikatnya apa yg boleh diterjemahkan oleh pengundi tersebut adalah memulangkan ‘paku buah keras kepada pucuk pimpinan UMNO’ dan Parti PAS dan rakan PAKATAN merupakan instrument yg kebetulan memenuhi ruang tersebut untuk berada bersama di gelanggang Bagan Pinang. Pengundi nyata mahukan Isa Samad dikembalikan ke pentas perjuangan UMNO dengan caranya sendiri termasuklah penerimaan bawaan RASUAH ke dalam UMNO. Ini hakikatnya yg mesti diterima oleh pucuk pimpinan UMNO kerana bagi pengundi Bagan Pinang yg mengundi Isa Samad, hukuman yg dijatuhkan pada Isa adalah merupakan satu konspirasi dalaman UMNO untuk menjatuhkan Isa Samad bagi membolehkan regu Muhyiddin/Najib merencanakan UMNO dan negara termasuklah membawa MB Hassan ke N9. Seawalnya kita memahami memang Bagan Pinang berkubukan perajurit yang digari sebagai benteng pertahanan undian yang dijalankan.
Hakikatnya UMNO merampas jawatan Naib Presiden dan jawatan MB dari Isa! Itu pandangan masyarakat N9 yg diterjemahkan di Bagan Pinang. Sokongan ‘plastik’ ini bukan kerana UMNO/Bee End tetapi kerana Isa Samad. Yang pasti UMNO/Bee End sebenarnya tewas kpd Isa Samad kerana terpaksa menelan semula ludah sendiri dan terpaksa menjadikan Rasuah sebagai teknikal. Bayangkan jika satu parti besar UMNO boleh tewas atas kehendak seorang individu perasuah bernama Isa Samad maka apakah yang boleh dilakukan oleh PAS dan PAKATAN dalam PRU13? PAS & PAKATAN bukan sahaja akan menewaskan UMNO/Bee End tetapi sebenarnya mampu menghancurkan parti yg diagung-agungkan selama 63 tahun memerintah M’sia. Dengan syarat PAS dan PAKATAN perlu mempertingkatkan hubungan sesama mereka dan menetapkan supaya segala statement akhbar yg menyentuh prinsip dan polisi dicentralisekan di pejabat Perhubungan Negeri PAKATAN dan bukan pejabat parti masing-masing. Ini ada baiknya dalam menyeragamkan sebarang kenyataan dari diputarbelitkan oleh media yang dahagakan berita perpecahan rangkaian PAKATAN RAKYAT. Sebagai PAKATAN yg masih baru, sewajarnya tatacara komunikasi ini diselia dengan baik agar yang mendengar dan membaca sebarang berita dari PAKATAN mempunyai tafsiran yang positive terhadap prinsip dan polisi rangkaian ini.
Sudah tentu kesan dari kemenangan Isa Samad ini akan lebih banyak membawa kebaikan dan hikmah kepada PAKATAN RAKYAT dalam PRU13. Cuma yg perlu dilakukan adalah cara kita mengutarakan isu RASUAH ini secara berkesan dan mudah terutama kepada mereka yang tidak memahami sangat mengenainya dalam konteks masyarakat biasa dan bukan orang politik. Masyarakat perlu terus disedarkan kesan RASUAH ini kpd nilai kehidupan, kesan kos sara hidup dan proses pembangunan negara kerana ramai lagi rakyat yg melihat kesalahan rasuah itu adalah antara pengamal dan undang-undang tetapi seolah-olah tiada hubungan lansung dalam kehidupan mereka. Kemenangan Isa Samad ini juga akan membuka laluan luas untuk UMNO terus bergelumang dengan isu RASUAH. Mereka akan kekal mengamalkan RASUAH dalam parti mereka dan inilah yang kita mahukan supaya RASUAH ini dapat terus menjadi sebati dalam UMNO/Bee End dan Al-Quran telah menjanjikan pengamal RASUAH dengan hukumannya dan kehancuran mana-mana organisasi dan negara telah banyak terbukti berlaku hasil dari amalan RASUAH. Selagi kita percaya ajaran Islam bahawa RASUAH itu membawa kemusnahan, maka tiada sebab kita perlu merasa bimbang, ragu-ragu atau takut berdepan dengan parti yang mengamalkan RASUAH.
Majoriti pengundi Bagan Pinang sebenarnya antara ‘ditolan mati omak, diluah mati bapak!’Mereka juga faham dan akui bahawa RASUAH itu tidak baik kepada masyarakat dan negara serta ditegah agama tetapi oleh kerana niat dendam kesumat mereka kepada UMNO begitu tinggi, maka lebih mengutamakan tuntutan emosi untuk ‘Reveal’ dengan mengundi Isa Samad. Begitu juga dalam amalan adat pepatih yang mempunyai pertindihan dengan kehendak agama, maka mereka terbukti mencari jalan selamat untuk tidak dilihat bertentangan antara adat pepatih dan kehendak agama. Bukankah pintu taubat dijanjikan sentiasa terbuka dan selagi ianya terbuka maka mengundi perasuah tetap boleh diperbaiki melalui ilhtizam semula. Inilah dia cara dan budaya adat N9 yg memberi kesan sedikit sebanyak kepada keputusan di Bagan Pinang. Tarbiah perlu ditingkatkan dan benteng adat perlu dilunturkan untuk memenuhi kewajipan tuntutan agama dan kemudian barulah kita mungkin melihat hasilnya melalui konteks perjuangan yang di redhaiNYA.Bukankah pepatah N9 ada menyebut ‘biar mati anak, jangan mati adat’ dan pegangan ini dibawa bersama di N9 termasuklah jajahan antara sempadan N9 ke Melaka. Sejarah membuktikan N9 mempunyai 9 jajahan dan setiap jajahan sering bertelagah dari dahulu dan kekuatan pemuafakan antara jajahan ini diikat oleh Ketua Adat masing-masing. Hal-hal tempatan sebegini perlu diselidiki oleh mana-mana parti yang bertanding kerana ‘lain padang, lain belalangnya’ dan kita dikekang dengan belalang adat di N9 tetapi kita tidak bersedia mengikut rentaknya. Mungkin kita ada kekuatan tetapi kekuatan kita perlu menejah masuk dengan penuh adat ke halaman adat tempatan.
InsyaAllah janji Allah terhadap balasan mereka yang mengamalkan RASUAH akan tiba juga dan sesungguhnya kita perlu muhasabah diri dalam mempertingkatkan perjuangan untuk memenuhi tuntutan agama, bangsa dan negara. Semuga Malaysia tanahairku ini bersatu menentang amalan RASUAH dalam PRU13. HANCUR UMNO, HANCUR BEE END, HIDUP RAKYAT, ALLAHUAKBAR!
Reply
YB, saya yakin ada sesuatu hikmah yang ndak ALLAH bagi kpd PAS / PR.Dalam Alquran ada ayat yang menyatakan (kuranglebih) maksudnya ” Mungkin kita tak suka sesuata terjadi itu kat kita tetapi disisi ALLAH itulah yang baik, sebaliknya kita suka suatu itu terjadi tetapi disisi ALLAH perkara itu sebetulnya tak baik.” ALLAH lebih mengatahui.Minta pertunjuk ALLAH.Satu kalah bukan bermakna kita kalah. Perjuangan kena teruskan.PR pasti berjaya, one day. Tengok LDP di Jepun.Kita jangan mudah “lost our sense” dengan propaganda media UMNO/BN.
Reply
Rakan2 yang dihormati,
Harus kita terima keputusan ini dengan dada yang lapang. Jangan cepat menyalahkan rakyat yang ‘tersalah’ pangkah. Kita perlu ingat bahawa ungkapan-ungkapan seperti “rakyat tak tau berterima kasih”, “melayu mudah lupa”, “rakyat yang menolak pembangunan” dan sebagainya adalah ungkapan bongkak UMNO bila mereka kalah. Jadi, janganlah kita ikut rentak mereka. Sebaliknya jadilah kita orang yang sentiasa merendah diri dan menerima kelemahan kita.
Tanyalah diri kita sendiri, bukankah PR yang telah mengabaikan masyarakat Negeri Sembilan. Bila ada pilihanraya kecil, baru semua nak turun, baru semua nak janji, baru semua nak bagi. Sebelum ini, di mana PR di Negeri Sembilan. Baru setahun jagung tsunami politik, kita dah nak sombong dan jadi macam UMNO. Adakah kita selesa dengan 4 buah negeri yang sedia ada dibawah jagaan PR? Apa akan jadi kalau ada pilihanraya kecil di negeri Pahang, Terengganu, Johor, Sabah atau Sarawak?
Adakah kita nak terus berselindung di sebalik retorik korupsi, undi hantu, undi pos & peras ugut, tanpa melihat kelemahan diri kita sendiri?? Saya menyeru kepimpinan PR agar turut turun padang dalam negeri2 di bawah kekuasaan BN.
Reply
Salam,
Kemenangan dan kekalahan semuanya dalam takdir dan qadar Allah untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran
Reply
salam YB Azmin, Terima Kasih atas sokongan & usaha Pakatan Rakyat di bagan pinang,yang terbaik telah dpt dijalankan, MESTI ada HIKMAH disebalik keputusan ini. Marillah kita rapatkan saf kepimpinan PR mulai sekarang & teruskan perjuangan di masa-masa akan dtg, YAKINLAH dgn DSAI.Banyak lagi isu2 nasional yg mesti kita tangani. NEVER GIVE UP!!!!!!STAY TUNE.
Reply
Assalammualaikum,
Dari pandangan serta kritikan, dapat dilihat ada yang mempersalahkan rakyat Bagan Pinang malah parti PAS juga ingin dilibatkan sekali. Dari analisa yang kita lihat, sememangnya PAS dilihat telah menimbulkan kekecohan serta provokasi seperti BN ketandusan pemimpin berwibawa, UMNO suka bekas pemimpin rasuah. Kalau dilihat dari TV1 hinggalah ke saluran AWANI serta BERNAMA, semuanya menunjukkan keburukkan parti PAS malah ia juga mencontengkan muka Pakatan Rakyat sendiri. Akan tetapi, pertandingan kali ini bukan di atas padang yang rata. Kita kaji kembali tahun 2008, calon PAS dapat mengumpulkan undi sehingga lebih dari 4000 undi. Persoalanya, apa beza tahun 2008 dan PRK kali ini?
Hendak menjawab perbezaan ini, saya minta YB Azmin Ali meninjau serta membuat kajian di daerah Jempol yang melibatkan kawasan Serting, Sungai Lui, Palong serta juga meninjau beberapa kawasan seperti Bahau, Pilah, Johol. Lihat sendiri. Di sana akan dapat lihat erti pembangunan yang dikata sebahagian orang Bagan Pinang bahawa Isa banyak membangunkan Negeri Sembilan. Perkara yang ingin saya persoalkan, bahagian mana yang Isa bangunkan? Kebanyakkan kawasan hanya melibatkan Teluk Kemang dan sebahagian Seremban.
Perihal kekalahan ini melibatkan beberapa faktor. Sebab itu sebelum YB Azmin Ali menghuraikan dengan lebih terperinci signifikan kekalahan PRK kali ini, adlah lebih elok tinjauan di beberapa lokasi yang saya sebutkan dilakukan. Supaya kita dapat lihat kenapa kita kalah dengan ‘Napoleon Bonaparte’ Melayu. Jangan kita terlalu menyalahkan rakyat Bagan Pinang malah parti PAS juga. Tetapi, disebaliknya cuba memahami permainan UMNO serta BN. DSAI lebih tahu permainan Mahathir kerana beliau sendiri pernah melihat taktik beliau. Dari pandangan saya, permainan ahli UMNO dan BN tidak tumpah seperti permainan Mahathir.
Renung dan fikirkan.
Reply
salam Saudara Yang Dihormati,
Ramai yg tidak percaya pengundi Bgan Pinang begitu mudah menerima lamaran UMNO/Bee End dlm pilihanraya kecil ini. Bukan lamaran UMNO/Bee End yang diterima oleh pengundi Bagan Pinang tetapi lamaran Isa Samad yang diterima oleh mereka. Hakikatnya apa yg boleh diterjemahkan oleh pengundi tersebut adalah memulangkan ‘paku buah keras kepada pucuk pimpinan UMNO’ dan Parti PAS dan rakan PAKATAN merupakan instrument yg kebetulan memenuhi ruang tersebut untuk berada bersama di gelanggang Bagan Pinang. Pengundi nyata mahukan Isa Samad dikembalikan ke pentas perjuangan UMNO dengan caranya sendiri termasuklah penerimaan bawaan RASUAH ke dalam UMNO. Ini hakikatnya yg mesti diterima oleh pucuk pimpinan UMNO kerana bagi pengundi Bagan Pinang yg mengundi Isa Samad, hukuman yg dijatuhkan pada Isa adalah merupakan satu konspirasi dalaman UMNO untuk menjatuhkan Isa Samad bagi membolehkan regu Muhyiddin/Najib merencanakan UMNO dan negara termasuklah membawa MB Hassan ke N9.
Hakikatnya UMNO merampas jawatan Naib Presiden dan jawatan MB dari Isa! Itu pandangan masyarakat N9 yg diterjemahkan di Bagan Pinang. Sokongan ‘plastik’ ini bukan kerana UMNO/Bee End tetapi kerana Isa Samad. Yang pasti UMNO/Bee End sebenarnya tewas kpd Isa Samad kerana terpaksa menelan semula ludah sendiri dan terpaksa menjadikan Rasuah sebagai teknikal. Bayangkan jika satu parti besar UMNO boleh tewas atas kehendak seorang individu perasuah bernama Isa Samad maka apakah yang boleh dilakukan oleh PAS dan PAKATAN dalam PRU13? PAS & PAKATAN bukan sahaja akan menewaskan UMNO/Bee End tetapi sebenarnya mampu menghancurkan parti yg diagung-agungkan selama 63 tahun memerintah M’sia. Dengan syarat PAS dan PAKATAN perlu mempertingkatkan hubungan sesama mereka dan menetapkan supaya segala statement akhbar yg menyentuh prinsip dan polisi dicentralisekan di pejabat Perhubungan Negeri PAKATAN dan bukan pejabat parti masing-masing. Ini ada baiknya dalam menyeragamkan sebarang kenyataan dari diputarbelitkan oleh media yang dahagakan berita perpecahan rangkaian PAKATAN RAKYAT. Sebagai PAKATAN yg masih baru, sewajarnya tatacara komunikasi ini diselia dengan baik agar yang mendengar dan membaca sebarang berita dari PAKATAN mempunyai tafsiran yang positive terhadap prinsip dan polisi rangkaian ini.
Sudah tentu kesan dari kemenangan Isa Samad ini akan lebih banyak membawa kebaikan dan hikmah kepada PAKATAN RAKYAT dalam PRU13. Biarkanlah mereka berbangga dengan kemenangan ini yang diyakini akan meniupkan semangat untuk menebus kekalahan kerana kemenangan dengan tiupan semangat RASUAH tidak akan kemana malah akan memudaratkan mereka sendiri. Cuma yg perlu dilakukan adalah cara kita mengutarakan isu RASUAH ini secara berkesan dan mudah terutama kepada mereka yang tidak memahami sangat mengenainya dalam konteks masyarakat biasa dan bukan orang politik. Masyarakat perlu terus disedarkan kesan RASUAH ini kpd nilai kehidupan, kesan kos sara hidup dan proses pembangunan negara kerana ramai lagi rakyat yg melihat kesalahan rasuah itu adalah antara pengamal dan undang-undang tetapi seolah-olah tiada hubungan lansung dalam kehidupan mereka. Kemenangan Isa Samad ini juga akan membuka laluan luas untuk UMNO terus bergelumang dengan isu RASUAH. Mereka akan kekal mengamalkan RASUAH dalam parti mereka dan inilah yang kita mahukan supaya RASUAH ini dapat terus menjadi sebati dalam UMNO/Bee End dan Al-Quran telah menjanjikan pengamal RASUAH dengan hukumannya dan kehancuran mana-mana organisasi dan negara telah banyak terbukti berlaku hasil dari amalan RASUAH. Selagi kita percaya ajaran Islam bahawa RASUAH itu membawa kemusnahan, maka tiada sebab kita perlu merasa bimbang, ragu-ragu atau takut berdepan dengan parti yang mengamalkan RASUAH.
Majoriti pengundi Bagan Pinang sebenarnya antara ‘ditolan mati omak, diluah mati bapak!’Mereka juga faham dan akui bahawa RASUAH itu tidak baik kepada masyarakat dan negara serta ditegah agama tetapi oleh kerana niat dendam kesumat mereka kepada UMNO begitu tinggi, maka lebih mengutamakan tuntutan emosi untuk ‘Reveal’ dengan mengundi Isa Samad. Begitu juga dalam amalan adat pepatih yang mempunyai pertindihan dengan kehendak agama, maka mereka terbukti mencari jalan selamat untuk tidak dilihat bertentangan antara adat pepatih dan kehendak agama. Inilah dia cara dan budaya adat N9 yg memberi kesan sedikit sebanyak kepada keputusan di Bagan Pinang. Tarbiah perlu ditingkatkan dan benteng adat perlu dilunturkan untuk memenuhi kewajipan tuntutan agama dan kemudian barulah kita mungkin melihat hasilnya melalui konteks perjuangan yang di redhaiNYA.Bukankah pepatah N9 ada menyebut ‘biar mati anak, jangan mati adat’ dan pegangan ini dibawa bersama di N9 termasuklah jajahan antara sempadan N9 ke Melaka. Sejarah membuktikan N9 mempunyai 9 jajahan dan setiap jajahan sering bertelagah dari dahulu dan kekuatan pemuafakan antara jajahan ini diikat oleh Ketua Adat masing-masing. Hal-hal temapatan sebegini perlu diselidiki oleh mana-mana parti yang bertanding kerana ‘lain padang, lain belalangnya’ dan kita berdepan dengan belalang adat di N9 tetapi kita tidak bersedia mengikut rentaknya. Mungkin kita ada kekuatan tetapi kekuatan kita perlu menejah masuk dengan penuh adat ke halaman adat tempatan.
InsyaAllah janji Allah terhadap balasan mereka yang mengamalkan RASUAH akan tiba juga dan sesungguhnya kita perlu muhasabah diri dalam mempertingkatkan perjuangan untuk memenuhi tuntutan agama, bangsa dan negara. Semuga Malaysia tanahairku ini bersatu menentang amalan RASUAH dalam PRU13. HANCUR UMNO, HANCUR BEE END, HIDUP RAKYAT, ALLAHUAKBAR!
Reply
harapan baru Reply:
October 13th, 2009 at 3:35 pm
betul.. hal yg kecil dijaja sana sini, busuk bagkai dlm lubang hidung sndiri tak sedar plak…. inilh hasil2 fitnah2 berita bn umno slama nie, hasilnya rakyat pun pilih rasuah…
Reply
salam Saudara Yang Dihormati,
Ramai yg tidak percaya pengundi Bgan Pinang begitu mudah menerima lamaran UMNO/Bee End dlm pilihanraya kecil ini. Bukan lamaran UMNO/Bee End yang diterima oleh pengundi Bagan Pinang tetapi lamaran Isa Samad yang diterima oleh mereka. Hakikatnya apa yg boleh diterjemahkan oleh pengundi tersebut adalah memulangkan ‘paku buah keras kepada pucuk pimpinan UMNO’ dan Parti PAS dan rakan PAKATAN merupakan instrument yg kebetulan memenuhi ruang tersebut untuk berada bersama di gelanggang Bagan Pinang. Pengundi nyata mahukan Isa Samad dikembalikan ke pentas perjuangan UMNO dengan caranya sendiri termasuklah penerimaan bawaan RASUAH ke dalam UMNO. Ini hakikatnya yg mesti diterima oleh pucuk pimpinan UMNO kerana bagi pengundi Bagan Pinang yg mengundi Isa Samad, hukuman yg dijatuhkan pada Isa adalah merupakan satu konspirasi dalaman UMNO untuk menjatuhkan Isa Samad bagi membolehkan regu Muhyiddin/Najib merencanakan UMNO dan negara termasuklah membawa MB Hassan ke N9.
Hakikatnya UMNO merampas jawatan Naib Presiden dan jawatan MB dari Isa! Itu pandangan masyarakat N9 yg diterjemahkan di Bagan Pinang. Sokongan ‘plastik’ ini bukan kerana UMNO/Bee End tetapi kerana Isa Samad. Yang pasti UMNO/Bee End sebenarnya tewas kpd Isa Samad kerana terpaksa menelan semula ludah sendiri dan terpaksa menjadikan Rasuah sebagai teknikal. Bayangkan jika satu parti besar UMNO boleh tewas atas kehendak seorang individu perasuah bernama Isa Samad maka apakah yang boleh dilakukan oleh PAS dan PAKATAN dalam PRU13? PAS & PAKATAN bukan sahaja akan menewaskan UMNO/Bee End tetapi sebenarnya mampu menghancurkan parti yg diagung-agungkan selama 63 tahun memerintah M’sia. Dengan syarat PAS dan PAKATAN perlu mempertingkatkan hubungan sesama mereka dan menetapkan supaya segala statement akhbar yg menyentuh prinsip dan polisi dicentralisekan di pejabat Perhubungan Negeri PAKATAN dan bukan pejabat parti masing-masing. Ini ada baiknya dalam menyeragamkan sebarang kenyataan dari diputarbelitkan oleh media yang dahagakan berita perpecahan rangkaian PAKATAN RAKYAT. Sebagai PAKATAN yg masih baru, sewajarnya tatacara komunikasi ini diselia dengan baik agar yang mendengar dan membaca sebarang berita dari PAKATAN mempunyai tafsiran yang positive terhadap prinsip dan polisi rangkaian ini.
Sudah tentu kesan dari kemenangan Isa Samad ini akan lebih banyak membawa kebaikan dan hikmah kepada PAKATAN RAKYAT dalam PRU13. Biarkanlah mereka berbangga dengan kemenangan ini yang diyakini akan meniupkan semangat untuk menebus kekalahan kerana kemenangan dengan tiupan semangat RASUAH tidak akan kemana malah akan memudaratkan mereka sendiri. Cuma yg perlu dilakukan adalah cara kita mengutarakan isu RASUAH ini secara berkesan dan mudah terutama kepada mereka yang tidak memahami sangat mengenainya dalam konteks masyarakat biasa dan bukan orang politik. Masyarakat perlu terus disedarkan kesan RASUAH ini kpd nilai kehidupan, kesan kos sara hidup dan proses pembangunan negara kerana ramai lagi rakyat yg melihat kesalahan rasuah itu adalah antara pengamal dan undang-undang tetapi seolah-olah tiada hubungan lansung dalam kehidupan mereka. Kemenangan Isa Samad ini juga akan membuka laluan luas untuk UMNO terus bergelumang dengan isu RASUAH. Mereka akan kekal mengamalkan RASUAH dalam parti mereka dan inilah yang kita mahukan supaya RASUAH ini dapat terus menjadi sebati dalam UMNO/Bee End dan Al-Quran telah menjanjikan pengamal RASUAH dengan hukumannya dan kehancuran mana-mana organisasi dan negara telah banyak terbukti berlaku hasil dari amalan RASUAH. Selagi kita percaya ajaran Islam bahawa RASUAH itu membawa kemusnahan, maka tiada sebab kita perlu merasa bimbang, ragu-ragu atau takut berdepan dengan parti yang mengamalkan RASUAH.
Majoriti pengundi Bagan Pinang sebenarnya antara ‘ditolan mati omak, diluah mati bapak!’Mereka juga faham dan akui bahawa RASUAH itu tidak baik kepada masyarakat dan negara serta ditegah agama tetapi oleh kerana niat dendam kesumat mereka kepada UMNO begitu tinggi, maka lebih mengutamakan tuntutan emosi untuk ‘Reveal’ dengan mengundi Isa Samad. Begitu juga dalam amalan adat pepatih yang mempunyai pertindihan dengan kehendak agama, maka mereka terbukti mencari jalan selamat untuk tidak dilihat bertentangan antara adat pepatih dan kehendak agama. Inilah dia cara dan budaya adat N9 yg memberi kesan sedikit sebanyak kepada keputusan di Bagan Pinang. Tarbiah perlu ditingkatkan dan benteng adat perlu dilunturkan untuk memenuhi kewajipan tuntutan agama dan kemudian barulah kita mungkin melihat hasilnya melalui konteks perjuangan yang di redhaiNYA.Bukankah pepatah N9 ada menyebut ‘biar mati anak, jangan mati adat’ dan pegangan ini dibawa bersama di N9 termasuklah jajahan antara sempadan N9 ke Melaka. Sejarah membuktikan N9 mempunyai 9 jajahan dan setiap jajahan sering bertelagah dari dahulu dan kekuatan pemuafakan antara jajahan ini diikat oleh Ketua Adat masing-masing. Hal-hal temapatan sebegini perlu diselidiki oleh mana-mana parti yang bertanding kerana ‘lain padang, lain belalangnya’ dan kita berdepan dengan belalang adat di N9 tetapi kita tidak bersedia mengikut rentaknya. Mungkin kita ada kekuatan tetapi kekuatan kita perlu menejah masuk dengan penuh adat ke halaman adat tempatan.
InsyaAllah janji Allah terhadap balasan mereka yang mengamalkan RASUAH akan tiba juga dan sesungguhnya kita perlu muhasabah diri dalam mempertingkatkan perjuangan untuk memenuhi tuntutan agama, bangsa dan negara. Semuga Malaysia tanahairku ini bersatu menentang amalan RASUAH dalam PRU13. HANCUR UMNO, HANCUR BEE END, HIDUP RAKYAT, ALLAHUAKBAR!
Reply
Kalau pun iya UMNO menang sebab rasuah, Pakatan Rakyat tak mampu yakinkan penduduk Bagan Pinang bahawa Pakatan Rakyat adalah satu jentera perubahan. ‘Harapan’ yang dibawa tidak mampu membuka mata penduduk Bagan Pinang bahawa Pakatan Rakyat menjanjikan masa depan yang lebih cerah kepada rakyat. Dan yang bertanding di Bagan Pinang bukan Pakatan Rakyat, tapi PAS.
Tamat tempoh masa bersenang lenang. Momentum kemenangan sejak pilihanraya umum telah terhenti sepenuhnya buat Pakatan Rakyat. Apa yang perlu dilakukan, ialah bermula dari bawah. Ciptakan semula momentum itu. Tapi adakah Pakatan Rakyat mampu?
Kita tunggu dan lihat.
Reply
Mari nyanyi beramai-rmai,
undi lah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang,
Siap sedia utk berkorban
Untuk perut perut kroni,
Reply
One of the important significance of Bagan Pinang’s result is urban, university educated and middle-class Malaysians will continue to shun BN, which means in due time, BN and UMNO especially will be the party of the people in the rural areas and the less-educated. PAS and PKR will continue to attract young and highly educated Malay professionals while UMNO will continue to have only those with second and third grade SPM results whose lives are wholly dependent on government contracts.
Reply
Tahniah. Tan Sri Isa Samad Menang.
Selain drpd Isa Samad, UMNO/BN telah meletakkan calon pengamal rasuah politik spt Azim Zabidi di Bukit Gantang dan Tajuddin Abd Rahman di Pasir Salak. Tajudin menang, manakala Azim Zabidi kalah.
Budaya rasuah politik dlm UMNO/BN telah menjadi darah daging. Tanpa perubahan dalam jati diri ahli UMNO/BN, maka ia lambat laun akan ditolak oleh rakyat. Cuma bila ?
Hutang negara bertambah saban tahun akibat salah tadbir oleh kerajaan UBN. Berpuluh bilion hutang negara. Ini semua generasi akan datang yang akan menanggungnya. Hari ini Malaysia boleh bermegah kerana setiap tahun hasil petroleum mengalirkan puluhan bilion dalam kantung negara. Namun, kemewahan ini semuanya tidak akan berpanjangan. Masanya akan tiba bila rakyat terpaksa mengikat perut kerana kemelesetan ekonomi negara. Inilah yang tidak difahami oleh pengundi Bagan Pinang yang merelakan pengamal rasuah dipilih sebagai pemenang.
Dalam isu rasuah berkaitan dengan Isa Samad. Sama sekali tidak wajar menyalahkan Isa Samad kerana sememangnya budaya UMNO begitu. Isa Samad yang merasakan cahaya politiknya yang semakin gelap kerana dipindahkan menjaga Wilayah Persekutuan berbanding dengan NSembilan telah mengambil tindakan yang tepat. Dia perlu menang untuk mengembalikan cahaya politiknya di dalam pemilihan parti yang bertunjangkan rasuah. Lihatlah apa yang dilakukan oleh UMNO kepada penegak anti rasuah-Anwar Ibrahim. Dipecat, diaibkan dan dicerci sehingga ke hari ini. Nasib baik hati nurani majoriti rakyat Malaysia masih suci dan dpt membezakan antara kebaikan dengan keburukan.
Kemenangan Isa Samad adalah berteraskan kpd khidmat baktinya di kawasannya. Kehidupannya yang dekat dengan rakyat dan mesra telah menjadi petua yang dapat menenggelamkan serangan kempen rasuah oleh Pakatan Rakyat. Tahniah dan Selamat Berkhidmat Tan Sri Isa.
Reply
UMNO pernah banyak menang dan sekarang sudah banyak kalah, maknanya umno boleh menang, pkr telah banyak kalah dan sekarang sudah banyak menang, maknanya pkr boleh menang, tapi tidak ada mana parti politik yang boleh menang sepanjang masa. Yang lebih banyak menang sepatutnya rakyat dan akan sampai masa 80% pengundi yang akan tahu dan cerdik semasa mengundi di pilihanraya, walaupun 100 kali pilihanraya akan datang. Ingat semasa ekonomi Amerika terhempet tahun 1930’s, pertama kali rakyat mereka tidak menerima cubaan presiden mereka untuk membawa Amerika ke negara kebajikan, sekarang pun Obama cuba menawarkan skim kesihatan kerajaan yang lebih murah pun diterima secara dingin oleh rakyat Amerika. Ertinya sudah sampai ke tahap itu rakyat mencerugai segala tawaran dari kerajaan walau pun dalam keadaan terhempet, kerana pada akhirnya rakyatlah yang sepatutnya menguasai masa depan sebuah negara. Mahukah kita rakyat yang sedemikian? Kemenangan rakyat adalah kemenangan demokrasi.
Reply
Hi YB, sabar dan minta bertenang. Ambil iktibar dari kekalahan dengan mengambil langkah memperkukuhkan PR, let accept this is a blessing in disguise. Rakyat Malaysia masih menaruh harapan tinggi kepada pimpinan PR agar BN ditumbangkan. Organisasi PR harus diperkukuhkan bagi mencapai kejayaan besar memandangkan wujud perbezaan ketara dalamannya. Untuk menjatuhkan BN bukan perkara mudah. Harap PR dapat tingkatkan usaha secara kolektif.
Reply
PAS oh PAS..
Harap pmimpin PAS membuka seluasnya mata dan pmikiran.. Atas penolakan rakyat.. Atas undi protes rakyat kepada PAS.. Jadilah parti yang lebih terbuka tapi terkawal.. Parti yang menunjukkan kematangan dalam berpolitik dan pentadbiran.. Parti yang memberikan pandangan yang matang.. Parti yang mendokong Islam, bukannya perkauman melayu sempit.. Parti Islam yang mempunyai semangat berbilang kaum, sesuai dengan keadaan rakyat.. Parti yang menyelesaikan isu secara berhikmah, bukan membabi buta dan beremosi.. Parti yang boleh membuktikan bahawa Islam adalah agama keamanan, dan diterima oleh semua kaum.. Parti yang tidak berniat untuk bersekongkol dengan parti perasuah..
Undi kali ini adalah undi protes kepada kepimpinan PAS.. Yang kebelakangan ini kelihatan kurang matang dalam menangani beberapa isu.. Persoalan rakyat, bolehkah PAS mentadbir? Takut-takut haru-biru negara.. Juga undi protes kepada Pakatan Rakyat.. yang kelihatan hanya bersatu ketika ceramah politik.. Tapi kurang bersatu dalam menentukan dasar dan keputusan.. Retorik..
Seruan saya pada pemimpin Pakatan Rakyat.. PAS, PKR, DAP, Melayu, Cina, India, Sabahan dan Sarawakian.. Anda adalah harapan rakyat yang mahukan keadilan dan keamanan.. Jangan hampakan rakyat.. Cari titik pertemuan dan persamaan, bukannya membesarkan lagi jurang perbezaan.. Ingat, rakyat mahukan kerajaan perasuah ini diganti.. Tetapi diganti dengan kerajaan yang lebih baik.. Bukan yang lebih tinggi egonya..
Reply
bagan pinang has been an umno strong hold and was on the decline but having ISA as BN choice brought them we results they bought for. PR with the internal and external problems currently will lose more in future elections unless leaders chosen are loyal to change malaysian politics. lets reflect back of what happened in perak, it was pkr donkeys who jumped the ship and 1 dap monkey also, all this started when you had opened your mouth about bn members jumping, and now, you have made a winning party on the losing end. you need to sit back and look at the choices you have and work and find a solution to the internal problems between dap and pas. if pas is a burden,, then let it go and maintain your path. no point just trying to smile and agree , later argue and make fools of your selfs. you need to get a convention organised between all your PR group and sit and argue it all out until the rakyat see PR as a strong choice aginst BN
Reply
Tuan, Kita simpati dengan DSAI dan Tok Guru bersusah payah kesana kemari mencari undi tetapi pemimpin bawahan sudah berbulan2 bercakaran. Apa ni YB? 5 tahun tidak lama. Kita percaya dengan sikap Pemimpin2 yang begini bukan setakat Bagan Pinang kita kalah tetapi negeri yang kita menang itu pun akan jatuh. Bagan Pinang adalah tempat pilihanraya bukannya tempat beradu kekuatan diantara penyokong PR dan UMNO. Yang menentu kemenangan adalah pengudi yang duduk dirumah mengadap TV bukannya penyokong yang datang beribu2. Bagaimana kita hendak menceritakan kebaikan PR sekiranya Pemimpin sendiri pun bercakaran. Isu arak di Selangor diperhatikan oleh orang Cina, isu kuil diperhatikan oleh orang India. Orang Cina di Selangor lebih ramai dari orang Cina Kelantan. Begitu juga orang India. Semistilah pendekaan yang perlu diambil adalah berbedza. Kia sepatutnya jangan memperdulikan apa pemimpin umno kata tetapi kita sepatutnya perduli apa yang rakyat mahu. Di Bagan Pinang PAS mengharap undi orang cina dan india tetapi pada masa yang sama PAS di Selangor tidak menghormati apa kemahuan orang cina tentang arak. Tentulah orang2 cina ini akan berasa malu dengan sikap pemimpin PAS yang menarinarikan isu arak ini. Isu kuil akan menyebabkan bukan sahaja orang india di selangor merasa tidak aman tetapi diseluruh negara. Apa pendirian pemimpin PAS berkaitan isu-isu ini? Sepatutnya isu arak pemimpin PAS menasihati orang2 Islam jangan minum arak. dan isu kuil perbincangan hati adalah perlu atau pun kekal ditempat asal saja. Isu-isu begini bukan sahaja menjadi perhatian orang setempat sahaja tetapi diseluruh negara. Yang membuat kontraversi ni bukannya ramai tetapi yang akan mengudi tu ramai jadi janganlah sangat2 memberi tumpuan menyelesaikan masalah yang tak ramai tu tetapi selesaikanlah masalah pengudi yang ramai tu. Di Bagan Pinang juga kita telah sedia maklum yang akan bertanding tu TS Isa. Orang tempatan disitu. Maka sepatutnya PAS juga meletak orang tempat bertanding dengan TS Isa. Anak buah ISa tentunya ramai di Bagan Pinang yang tidak memperdulikan apa tabiat Isa. Mulanya kami percaya Zul adalah orang tempatan tetapi bila kita baca biodata Zul dia bukan orang tempatan maka kelebihan tentulah pada Isa. Sekiranya orang PAS tempatan bertanding tentulah dia sudah adalah berapa ratus mungkin ribu adik beradik dan juga kawan2 dan juga semistilah semua orang tempatan itu sudah mengenalinya sebagaimana di Manik Urai. Maka disini baru kita boleh letak 50 – 50. Mengapa pendekatan ini tidak dilaksanakan di Bagan Pinang. Apa pencatuan yang dibuat oleh Haji Hadi hanya beliau yang lebih maklum. Untuk kejayaan dimasa hadapan beringatlah yang membantah itu tak ramai tetapi yang memangkah itu yang perlu sayangi.
Reply
Mintak YB Azimn dan pemimpin PR lain toksahla duk UMNO tu..UMNO ni..tengok diri sendiri..tengok PR tu dulu..banyak dah cadangan rakyat berikan dan nak lihat PR buat ..tak buat2 lagi!..mana website PR? mana struktur peringkat negeri PR? siapakah ketua PR?asyik dengar DSAI ketua umum PKR..ketua pembangkang..apa PR ni xdak ketua ka?lagi satu..lepas ni rakyat tak mau dengar dah..pemimpin PR bergaduh satu sama lain di paper UMNO dan MCA..panadai2la sikit jaga diri tu!harap cadangan kecik dan remeh temeh dari rakyat jangan duk simpan wat perkasam!!bendera PR entahla bila nak ada?PRU13 bukannya 10 tahun lagi..
Memang patut PR kalah Bagan Pinang..kalu lepas ni tak bangun lagi..jangan sedih kalu kalah teruk PRU13..ingat..Pak Lah menang hebat 2004 kalah teruk 2008..jangan fikir benda yang sama tak ble jadi kat PR!!
Lebih baik kalah sekarang dari PRU13!!Di Sarawak dan Sabah adaka Pakatan Rakyat??atau cuma pakatan pembankang??macam selau tv3 duk sebut2!!
Reply
YB,
Tidak terfikirkah oleh YB mengapa pengundi Bagan Pinang memilih “sang rasuah” dan tidak si ulamak? Ada sesuatu yang tak kena pada si ulamak ni dan penyokong-penyokongnya tak? Fikir-fikirlah.
Reply
Saya rasa, kita jangan lah menyalahkan rakyat yang memilih, saya rasa mereka mempunayi akal dan fikiran. Jngn kerana tidak menyokong pakatan rakyat, maka rakyat dipersalahkan.
Cuba berfikiran yang terbuka sedikit dan buat kajian kenapa rakyat mula beralih angin, saya rasa anda semua tahu jawapannya. Tunjuklah kekuatan Pakaran Rakyat, jangan lah asyik nak menhentam menyalahkan org sahaja, Dulu salahkan BN,sekarang rakyat pula dipersalahkan
sekian Terima Kasih…
Reply
Sebenarnya PR masih tidak kalah,ramai lagi rakyat 1Malaysia mengharapkan PR. Metaliti pengundi Bagan Pinang sama dengan Batang Ai, PR bukan sahaja bertanding dengan UMNO/BN tetapi SPR, Tentera, Polis malah kesemua agensi telah dikerah agar menentang PR.
Hari ini hari mereka, mana tahu esok lusa hari kita dan kita perbaiki kalau-kalau ada kesilapan yang telah kita lakukan. Hendak memuaskan hati semua orang khasnya pengundi memang susah tetapi sikap mesra pemimpin PR sangat-sangat kami sanjung. Insaalah PRU 13 akan menentu segalanya. Kita semua kena ingat setiap usaha yang baik itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga.
Jangan jadi seperti pemimpin-pemimpin UMNO, bila bercakap sombong dan orang sebagini malaikat ‘Azab ada atas kepala mereka saja. Tidak hari ini esok pasti mereka akan terima balasan atas segala perbuatan mereka. Perasuah Adalah Pengkianat negara.
Oleh itu semua pemimpin PR syabas kami ucapkan, kami sebagai rakyat menyanjung kamu semua.
Reply
Spt dijangka PR tumpas tapi majority lebih besar itu yang patut di post mortem oleh pemimpin-pemimpin PR kalau tidak apa yg telah berlaku di bagan pinang boleh berlaku di Seluruh Malaysia
Reply
Bagi saya setiap yg berlaku itu ada hikmatnya. Kekalahan ini sebenarnya mengajak PR berfikir bagaimana utk menyedarkan rakyat selain memberitahu bhw calon2 BN itu kebanyakannya adalah kaki rasuah sebab…memang diorg dah tau dah!
Bagi PAS khususnya ISLAM adalah segalanya. Tugas utk menyedarkan org islam sendiri yg skrg ini terlalu jauh dgn agama adalah tugas utama. Apabila mereka sudah sedar sudah tentu mereka tidak akan memilih peminpin yg korup krn mereka tau itulah yg akan ditnya ole ALLAH di hari akhirat nanti.
Cuba adakan ceramah agama(penceramah bebas) di negeri2 yg payah utk terima PAS ni.
Reply
salam,
mengikut perangkaan, kaum melayu merupakan golongan majoriti di Bagan pinang. dan kemenangan ini menunjukkan bahawa orang melayu di Bagan pinang nasih melihat pada populariti berbanding soal moral dan akhlak. Dan kemenangan ini tentunya disumbangkan juga oleh undi Pos. Sekali lagi ia menunjukkan tentera kita masih tak boleh nak bezakan yang baik dan tak baik.
Jadi PKR tak perlulah kecewa atau seumpamanya…yang penting tunjukkan nilai2 pemerintahan yang lebih baik dinegeri2 Pakatan..teruskan usaha membantu rakyat…
Reply
Dear Amprofor,I totally argeed with your comments and would like to add a simple advised to PR that the journey to Putrajaya will only remain a Dream…if it allow PAS to advocate crazy idea in modern time…(dog bite dog bone’s)
The lost suffered by PR in Bagan Pinang…is due to the very recent dispute among the PR component in Selangor especially the Selcat and Beer issue and also the caning for drinking beer in this modern time…the Whole World especially the West laugh at we Malaysia.
PD is a the Tourist Bell where alot of malaysian and singaporean like to take a short break away from the busy City…just imaging if PAS were to Win and later implement all kind of “ideas” good for after LIFE that make everybody forget to live for today.
If does not matter…Who Win Bagan Pinang but what matter Now…Is The Need To Respect Other’s and the Wish and Right of Others and the People in BP. (Very Signifikan)
Reply
Assalamualaikum. Tubuhkan secepat mungkin parti gabungan PR menggunakan satu lambang, Jangan adakan lebih daripada empat parti gabungan, Orang kampung tak faham apa itu Pakatan Rakyat yang di war-warkan!
Orang kampung ingat PAS Parti Islam, DAP Parti Cina roket, PKR Parti Annuar Ibrahim,(macam Semangat 46 dulu), Orang kampung telah diracun fikiran oleh UBN sebegini sampai jadi ketakutan di buatnya.Mula mula bagi Milo, bagi beras,bagi susu tepung Nespray,kononnya pemberian iklas dari calon sehingga satu kampung, selepas itu buat provokasi huru hara, jumpa orang kampung balik kata kalau tak undi UBN nanti huru hara akan terjadi macam 13 mei, Orang kampung di ugut, orang kampung tak tahu bagaimana nak cari parti yang bersih dengan ada satu kekuatan.Minta PR duduk sama bincang buat satu keputusan.
Kami disini menyokong pada pihak PR, Jangan Toleh Belakang, Terus perjuangan, Sampai kekemuncaknya…. Terima Kasih…
Reply
“Catatan ringkas di atas bukanlah untuk menghukum rakyat Malaysia secara membuta tuli tetapi itulah persepsi dunia hari ini dan juga rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. Keputusan Bagan Pinang pastinya akan meletakkan Malaysia di peta dunia di kalangan negara-negara yang rosak nilai dan moral anak bangsanya.”
Setiap pemimpin politik ibarat ketam dalam sangkar – akan cuba sedaya upaya menarik rakannya yang cuba merangkak keluar daripada sangkar. Itulah hakikat orang bermain politik – pada saya politik hanyalah mainan orang yang gila kuasa tanpa mengira siapa & latarbelakangkan apa.
Sesiapa yang menjadi pemimpin / pernah menjadi pemimpin dan pernah berkuasa dan menikmati habuan daripada kuasa pemimpin – akan ketagih dan meroyan jika dia tidak lagi mempunyai kuasa.
Terimalah hakikat, siapa jua mengejar jawatan untuk jadi pemimpin dan ingin berkuasa…tapi aku tidak sebodoh orang yang mengatakan yang kami bodoh!!
Reply
Kekalahan PAS adalah kekalahan PAS secara bersendirian dan sebagai petanda parti ini gagal mendapat sokongan secara bersendiri. Bagi saya, PAS mulai bongkak dan merasakan sudah cukup kuat. Mereka lupa bahawa kekuatan PR lebih kerana rakyat Malaysia percaya DSAI sebagai pemimpin utama negara kelak. PAS perlu kembali menghormati rakan-rakannya dalam PR.
Statistik juga menunjukkan kaum Cina, India dan lebih-lebih Melayu telah bersatu menolak PAS di BP. Kita telah menjangka BN akan menang namun kejayaan dengan majoriti sangat besar, itu di luar jangkaan kita. Mood rakyat BP nampaknya menolak PR, mungkin disebabkan oleh populariti Isa Samad itu sendiri. Tidak perlulah kita terlalu merasa terluka kerana kekalahan ini, kerana kita kalah pun di rumah Isa Samad sendiri.
Hanya untuk pengajaran, nilailah semula punca kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Nampaknya, PR perlu diperkuatkan lagi, DSAI perlu lebih usaha keras dan menjadi Ketua Umum yang sah kepada PR dan semua anggota PR perlu menghormati rakan-rakan kongsi yang lain. DAP perlu membuang ekstremis kaumnya, dan PAS perlu memahamkan lagi kepada kaum lain tentang Islam itu adil. PKR pula perlu membedah parti, membuang mana-mana yang patut dibuang.
Reply
ini kesan apabila banyak isu-isu yang berlaku di selangor sedikit sebanyak menjejaskan keputusan pilihanraya. sdr hassan ali sepatutnya sedar tentang permainan dan politik media. jangan biar rakyat di selangor naik muak dengan gelagat bodoh sombong.
toleh lah kembali sudah berapa isu telah dimainkan sejak tahun lalu hingga kini. rakyat ingin lihat perubahan dan cara penyelesaian kerajaan pr dan bukannya kenyataan-kenyataan bodoh oleh exco kerajaan negeri selangor.
Lihat dan renung bagaimana YAB Ustaz Azizan Razak menjawab setiap isu-isu yang berbangkit. Ingat jangan biarkan pr hanya singgah sepenggal saja di selangor.
Reply
Shatter Reply:
October 15th, 2009 at 1:37 pm
Saudara,
Saya setuju, setakat ini Azizan memang berkemampuan untuk pentadbiran. Cekap dalam menangani isu. Ingatkan PAS akan memiliki ramai lagi orang macam beliau, tapi tidak.
Reply
Salam,
Tentera Islam Pun Pernah Kalah Di Zaman Rasulullah, Kalah dalam peparangan tidak bermaksud kita kalah dari perjuangan menegakkan Islam Yg Syumul Di Malysia. Allah Maha Mengetahui, semua yg berlaku ada hikmahnya. Kita tidak pernah kalah selagi Alquran dan Sunnah Di Junjung dan Di pertahankan, Saya Yakin Allah Maha Mengetahui dan Dialah Sebaik-Baik Perancang…..Takbir Allahuakbar. Allahu khairul Maakiriin..
Reply
PR tidak pernah melihat dan menilai diri sendiri. Bila tak menyebelahi merika, macam macam alasan di beri dan sentiasa salahkan pihak lawan. Tak terfikirkah di kalangan politikus PR yang mendakwa diri merika hebat hebat i.e. memperjuangkan kesamarataan (?)yang ideal tapi amat sukar di laksanakan wa imah di kalangan ahli plitikus PR yang berebut rebut untuk mendapat jawatan dalam bermacam macm jawatan kuasa di peringakt negeri, PBT, daerah dan kampung di negeri2 yang diperintah PR. Buktikan dulu yang politikus PR serius untuk betul2 bertuankan rakyat bukan untuk kepentingan peribadi dan mengamalkan politik jumut i.e. fitnah, keganasan, puak2, taksub dengan kapada pemimpin… Kalau berhemah, jujur, ikhlas, tidak cari salah pikhak lawan saja rakyat akan tahu menilai. Jangan mengutuk BN tapi diri sendiri pun sama saja.. cakap mudah tapi bila di beri peluang jadi gelabah sesama sendiri dan perangai tak ubah macam BN jugak… RAKYAT SENTIASA MEMERHATI
Reply
Pakatan Rakyat hendaklah elakkan daripada meletakkan calun dikawasan yang pengundinya mempunyai lebih 20% pengundi pos.
Reply
hidop anwar Reply:
October 15th, 2009 at 8:31 pm
Betol! setuju 1 juta %! Harap Pakatan Rakyat tumpu ke tempat lain yang tiada pengundi pos yg sebgitu ramai
Reply
Inilah padahnya kepada adun dan ahli Parlimen Pas yang bila masa kempen didalam pilihanraya
2008, mengaku Islam untuk semua dan minta semua bangsa pengundi memilih mereka.
Bila sudah jadi pemimpin seperti Nassa dan Hassan maka bertukar memilih untuk berjuang untuk
Melayu pulak….jadi apa bezanya mereka ini dangan Umno, sama aje,…lebih baik masuk Umno aje.
Sepatutnya Islam mengajar kita tidak memungkir janji dan kita kenalah tunjukan yang
kita patuh pada motto kita iaitu “ISLAM FOR ALL”. Tapi mereka ni bila ditabalkan dah jadi
kelam kabut pula. Di Bagan Pinang orang India dan Cina sudah muak dengan talam dua muka
separuh pemimpin Pas ini…Saya berpendapat agar dua tiga pemimpin PAS yang nak sangat
berjuang untuk Melayu ini disinkirkan Aje dalam PRU 13.
Reply
Respon kepada artikel “Apa signifikan keputusan Bagan Pinang”
Saya membaca dengan tekun komen-komen pengunjung blog saya dan juga teman-teman facebook. Sindiran ringkas yang saya lontarkan dalam blog saya bertajuk “Apa signifikan keputusan Bagan Pinang” telah mengundang maklumbalas dari pembaca. Saya merasa terpanggil untuk memberikan respon.
Pakatan Rakyat perlu ‘go back to the drawing board’ dengan membuat post-mortem dan melakukan muhasabah secara adil dan berlapang dada. Memang benar suara rakyat Bagan Pinang yang kecil dari segi jumlah pengundi tidak semestinya mewakili sentimen rakyat Malaysia tetapi Pakatan Rakyat perlu memberikan perhatian serius terhadap suara kecil ini dan tidak melihatnya sebagai keputusan yang terpencil atau isolated case.
Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah khususnya perlu berpegang teguh dan menjunjung kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat. Pembentukan Pakatan Rakyat adalah diasaskan kepada prinsip dan isu bersama yang antara lainnya termasuk demokrasi, hak asasi manusia, good governance, ketelusan dan pertanggungjawaban, kebebasan sistem kehakiman dan usaha memerangi rasuah.
Apabila kepimpinan memahami dan menghormati prinsip bersama ini maka tidak timbul watak-watak yang cuba menjadi jaguh dalam mempertahankan ideologi dan kepentingan serta agenda peribadi. Keyakinan rakyat akan terhakis apabila melihat pimpinan bercakaran di dada-dada akhbar. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah berulang kali memberikan peringatan kepada pimpinan untuk tidak ‘wash the linen in the public’. Media yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional adalah musuh kita. Mereka mengupah ramai ‘spin doctors’ untuk memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membohongi rakyat. Mengapa segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sukar memahami perkara yang semudah ini ?
Penyelesaian yang terbaik ialah melalui semangat muafakat dan ‘consultation’ dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat. Struktur organisasi Pakatan Rakyat juga perlu dimantapkan bukan sahaja di peringkat Pusat tetapi sehingga peringkat Daerah dan Cawangan.
Dasar-dasar Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting seperti ekonomi, pendidikan, agama, budaya, keselamatan dan hubungan antarabangsa juga perlu diperjelaskan kepada rakyat melalui majlis-majlis penerangan dan edaran risalah yang menarik dan berfakta.
Pakatan Rakyat dibentuk bukan untuk memperbetulkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata tetapi Pakatan Rakyat perlu menjana perubahan total dan mengangkat agenda reformasi dalam sistem kenegaraan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Justeru itu, Pakatan Rakyat perlu mengukuhkan pentadbiran dan menambahbaik sistem penyampaian di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini perlu menjual produk kejayaan mereka atau ‘success story’ menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir dan mengurus ekonomi dan permasalahan rakyat di empat buah negeri ini pastinya akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia untuk membawa Pakatan Rakyat di persada Putrajaya. Insya Allah.
Saya masih yakin bahawa rakyat Malaysia khususnya generasi muda mahu perubahan dan akan mendukung usaha Pakatan Rakyat untuk membina Malaysia Baru yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.
AZMIN ALI
Reply
Pendapat saya tentang kekalahan Bagan Pinang,
1. Propaganda menuduh Datuk Seri agen Amerika dan yahudi. Fitnah terhadapt Datuk Seri, skandal RM 3 Billion.
2. UMNO mainkan sentimen perkauman tentang hak melayu, dan kedudukan raja-raja melayu.
3. Pada pendapat saya, lebih baik kita tumpu pada Sabah dan Sarawak dulu, dan kekalkan negeri semacam Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah.
4. UMNO manipulasi kenyataan Nik Aziz, yang berbunyi “Kalau UMNO itu tukar dasar ke Islam, kami akan sertai”.
Bukan dari orang bijak, tapi ini hanya pendapat saya. Kalah ni takut melemahkan moral kita.
Reply
tahniah kepada pengundi Bagan pinang yang mengundi Parti Pas dan menyokong Pakatan Rakyat. Sama sama kita berkerja keras untuk majukan rakyat dan membantu rakyat demi kasa depan rakyat. kpd DSAI, terus kan perjuangan untuk perubahan.
Reply
Saya setuju dgn Amprofor. PR MESTI memperbaiki kelemahan yang ada. Jangan biarkan kekalutan pentadbiran negeri-negeri di bawah PR menjadi keraguan rakyat. KIKISKAN tanggapan rakyat bahawa pemimpin2 PR hanya berkisar kepada perebutan kuasa dan jawatan. Jangan hanya serang UMNO/BN tanpa dapat memberi alternatif yang lebih baik. Jika ini dapat dilakukan insyaallah, PRU13 akan memihak kepada PR.
Reply
salam………….
Tumpukan pada pru ke 13 pulak ,insyallah..sama sama berusaha …takbir……….
Reply
You are only partially correct.
The main reason why Isa Samad won is the abject failure of Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat was not contesting the by-election. It was PAS and only PAS that stood in the election. PAS in its sombong and bongkak ways thought it could win the by-election singlehandedly; it was given a complete trouncing which it fully deserved.
It must also be remembered that the main failure for Pakatan Rakyat to gel as a single cohesive force is PAS – its arrogance and the failure of its own strategic decision making plus a heavily splitered party. Here it is well to take note that so long as the factions associated with PAS Terengganu hold the power reins in PAS then PAS will always remain a divisive force not only within its own party but also within Pakatan.
So what now ? Zaid is certainly facing an uphill or an almost impossible task to bring about unity in Pakatan Rakyat. The Mustafa Alis, the Hasan Alis, the Harun Taibs, the Nasarudin Mat Isas, the Hadi Awangs, the Harun Dins, the Hasan Tantawis of PAS will provide insurmountable barriers. So also the hardcore chauvinistic factions within DAP.
Parti Keadilan Rakyat has therefore very little choices or options to consider.
If I may be so bold, I would like to suggest that Zaid should consider changing the task given to him. He should just concentrate on transforming Keadilan into a viable multiracial party capable of governing the country without having to sacrifice anything to others like PAS and DAP who dont seem to be able to think outside their parochial boxes. In other words go on your own and forget about DAP and PAS. This experience since March 2008 indicates that this is the only viable option. After all PAS is not about to sack Hadi Awang, Mustafa Ali and Hasan Ali and neither Could DAP do away with their chinese bigotry.
Reply
Salam,
Saya rasa kita semua patut menerima pilihan penduduk Bagan Pinang. Ini adalah pilihan mereka dan kita takde hak untuk memarahi atau memaksa mereka. Samada ia pilihan yang betul atau salah, itu tetap hak mereka. Sama saperti rakyat memilih PR dinegeri P.Pinang, Selangor & Kelantan. Inilah namanya demokrasi. Mungkin mereka merasakan Tan Sri Mohd Isa Samad adalah calun yang terbaik walaupun beliau pernah disabitkan dengan gejala rasuah didalam parti UMNO. Yang paling merunsingkan saya adalah sikap penyokong parti yang bergaduh setiap kali semasa pilihanraya kecil diadakan. Tidak perlu dinyatakan dari parti mana kerana ianya amat jelas dan ketara. Perlukah kita bersikap sedemikian seolah olah ianya suatu mandatori untuk mendapat kemenangan. Terima sajalah hakikat bahawa pengundi yang menentukan arah tujuan kehidupan mereka. Dan sekiranya kalah, ia adalah kesalahan sendiri dan bukan nya pengundi.
Reply
Bagi saya, masih banyak perkara yang seharusnya kita sedari dan perlu buka mata dari kekalahan PRK di Bagan Pinang ini. Walaupun kemenangan UBN dengan keputusan majoriti yang sangat besar, tetapi persoalannya, adakah kita yakin seyakin-yakinnya bahawa semua itu kerana pilihan rakyat Bagan Pinang? Bagi saya, saya katakan TIDAK? Dalam mod kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh UMNO ketika ini dengan menguasai secara diktator semua komponen kerajaan, termasuk semua badan yang disebut sebagai ‘SURUHANJAYA’ yang sepatutnya bebas (sebaliknya mod semua suruhanjaya ketika ini adalah untuk bertuankan UMNO), maka sangat jelas dengan kemenangan ini. Bermula dengan provokasi kepala samseng UMNO Abd. Azeez yang kononnya telah dipukul (dalam imaginasi azeez sahaja), kemudian peristiwa serangan UBN di markas PAS, sehinggalah semua pihak, terutama sekali jentera kerja PAS dan PR, telah leka dan lupa dengan isu yang dibawa selama ini. Semuanya nampak menjadi semua strategi UMNO. Kesibukan semua pihak dengan peristiwa ini, telah menjadikan UMNO lebih mudah untuk eksploitasi semuanya yang berkaitan dengan pengundian, yang akhirnya menang dengan majoriti besar…. Cuba kita imbas kembali kemenangan PM di Pekan pada PRU12 yang lalu…. Bagaimana dia eksploitasi pengundian sehingga kemenangannya memperolehi majoriti yang sangat besar? Dalam PRK Bagan Pinang, strategi yang serupa mungkin digunakan, tapi kita tidak sedar sebenarnya…. Kita hanya sibuk dengan melayan semua provokasi yang dimulakan oleh UMNO…. Jadi, saya masih tidak percaya, keputusan PRK di Bagan Pinang adalah keputusan rakyat yang sebenar. Kita sepatutnya lebih peka dan nampak lebih awal, bagaimana SPR memainkan peranannya sendiri dengan menurunkan semua bendera, poster dan semua hal yang berlambangkan parti PR yang lain selain PAS….. Untuk PRK dan PRU13 akan datang, cubalah kita bentuk semua tenaga kerja dan perlu ditingkatkan di semua sudut yang berlainan, bukannya duduk di markas sahaja…. Strategi yang tersusun, harus dibuat dan dilaksanakan, Insya-Allah hasilnya akan mendapat yang lebih baik dan memuaskan…..
Reply
berpolitiklah sebagaimana layaknya politik orang berilmu, kritiklah dasar atau fikirannya bukan serang peribadi semata, dlm mengkritik jgn juga terlupa muhasabah diri, ajaklah umat kearah pembaikan dan kebaikan dan ingatlah sebagaimana ingatan Allah “Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menghalang kamu dari berlaku adil, berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa”. mudah-mudahan PRU 13 menjanjikan yang lebih baik untuk masa depan ummah seluruhnya.
Reply
Jadikan kekalahan ini satru iktibar kepada semua pemimpin-pemimpin PR. Faktor utama kekalahan PAS @ PR dalam PRK Bagan Pinang ini ialah salah perkiraan dan perancangan pihak PAS @ PR sendiri. Mungkin terlalu gelojoh dengan 7 kemenangan berturut-turut dalam PRK sebelumnya maka semua pemimpin PR begitu yakin dalam PRK ini.
Sedangkan dari awal lagi pihak PAS@PR sudah pasti bahawa mereka akan tewas. Ya undi POS yang sememangnya merupakan senjata ampuh UMNO/BN dalam setiap Ppilihanraya seolah-olah tidak dipedulikan. Sikap dan tanggapan semua pemimpin PR dalam isu undi POS ini seperti BODOH SOMBONG.
Sepatutnya sudah tahu undi POS akan memenangkan UMNO/BN di Bagan Pinang dan sikap angkuh, sombong, kepala batu serta berat sebelah pihak SPR dalam menanggani isu undi POS ini sepatutnya menjadikan pihak PAS @ PR mengambil tindakan MEMBOIKOT PRK ini. Jika pihak PAS dan PR memboikot PRK ini pastinya pihak SPR akan terpaksa bertolakansur dalam menanggani tuntutan pihak PAS @ PR dalam isu undi POS. Ini tidak, kelalaian keyakinan yang bodoh sombong ini telah menjadikan pihak PAS @ PR sebagai bahan mainan SPR.
Lain kali buatlah satu tindakan yang benar-benar konkrit demi sebuah maruah dan martabat kemenangan. Apa guna mati katak dalam perjuangan jika kita dah tahu kita akan kalah berjuang. Kadangkala MENYERAH BUKAN BERERTI KALAH tapi sebenarnya kita mampu melemahkan kekuatan musuh yang begitu angkuh. Kepada semua pemimpin PR tindakan memboikot sesuatu pilihanraya bukanlah sesuatu yang asing dalam sesebuah negara demokrasi. Justeru di lain kali jangan takut untuk ambil tindakan boikot sebarang pilihanraya jika dirasakan pihak SPR sengaja memperbodoh-bodohkan pihak PR. UMNO telah memboikot PRK Penanti hanya gara-gara menyatakan bahawa ia merupakan permainan politik PKR. Jika nak menguasai musuh maka belajar taktik kotor musuh untuk melemahkan mereka.
Selamat berjuang pemimpin-pemimpin PR. Perjuangan telus, ikhlas dan berteraskan rakyat pasti akan mampu diterima oleh rakyat jika kita mampu menggunakan akal fikiran sebaik mungkin. HIDUP PAKATAN RAKYAT. JAHANAMLAH UMNO/BN.
Reply
And now….. MIC has “delivered” as promised regarding the Indian voters for Bagan Pinang….
What a bloody bunch of “One-Ups”..!!!!!
Taking all the glory before the other “new” party can claim it….!!!!!
Even if there’s endorsment of “new” party, as long as they are “NOT” for the rakyat, it’s useless lah….!
Let’s all sit back, have a cuppa & watch…!!!!
Anyway…., in every election, there are winners & loosers. Fact…!!!!!!
So, Pakatan better wake up…!!
Reply
Memang susah nak bawa seseorang kepada kebaikan. Lebih-lebih lagi orang jahil, tak dapat membezakan antara yang baik dan yang tak baik. Ini memerlukan pertunjuk Allah. Yang menang tak semestinya yang betul…. Dalam perjuangan Nabi, pun mengalami kekalahan. Ini perkara lumrah. Yang penting perjuangan mesti diteruskan…
Reply
masih ado laie melayu totok kat PD tu dan NS amnya. awaslah PR utk berjuang nanti.
Reply
1.Pengundi Bagan Pinang telah membuat satu keputusan yang bijak dengan memilih TIS sebagai Adun dikawasan mereka.Ini bukan berasaskan politik kepartian atau pemimpin perasuah yang diperkatakan olih segenap pendapat yang diukirkan didalam ulasan diatas.
2.Saya berpandukan kepada kedudukan kawasan yang berkerajaankan UBN.Jika kawasan ini diwakili olih PAS, pasti kedudukan kawasan ini akan ketinggalan untuk beberapa tahun selagi kerajaan UBN memerintah N9.Segala projek atau peruntukkan akan dibekukan
3.Lainlah jika Kerajaan PR yang memerintah N9,Jika kalah didalam pilihanraya kecil baru ada sesuatu perlu diperbetulkan
4. Jadi saya rasa tak perlulah kita asyik menyatakan akan kelemahan diri kita akibat kekalahan PAS dipilihanraya tersebut.
5.Perasuah atau masaallah dinegeri pemerintahan PR tidak timbul.Pengundi diBagan Pinang Lebih tahu akan keadaan mereka dan mereka memerlukan wakil rakyat dari BN berbanding PR
6.Olih itu PR perlu untuk meningkatkan prestasi dinegeri2 dibawah pemerintan PR.
7.Pilihan Raya 13 adalah lebih penting untuk melenyapkan pengaruh BN
Reply
Sebenarnya rakyat masih belum boleh terima PAS atau bimbang terhadap PAS dengan isu-isu
yang bercanggah dengan kehendak rakyat.PAS dan DAP sering bermasalah antara satu sama lain.
Isu seperti arak,selcat yang membuat pengundi beralih ke BN.Rakayt yang masih memberi sokongan
kepada pembangkang semata-mata kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim,kalau tanpa DSAI belum tentu
PAS dan DAP dapat menawan Kedah.Perak,Kelantan dan Penang.Seperti isu arak,mereka harus
duduk dan berunding dahulu sebelum publish di media-media.Kalau PAS ingin rakyat menyokong
parti itu,mereka harus hentikan idea-idea yang menggarut,mereka berjiran bersama orang yang
bukan Islam,jadi jangan sesuatu keputusan yang di buat baik pada orang islam tapi menyusahkan
pada orang yang bukan islam.Mereka tak perlu bincang tentang berdebat atau bergabung dengan UMNO,mereka harus beri tumpuan pada negeri-negeri yang ditawan agar beban kemiskinan berkurangan.Mana-mana parti yang bertanding PAS,DAP dan PKR harus harus menggunakan nama PR
jangan guna nama individual atau nama sesebuah parti tersebut,ini kerana ada orang yang masih
percayakan PRK tapi tidak setuju dengan PAS dan DAP.
yang benar
Reply
kesimpulannya mudah…..
Bukan masanya bagi penduduk Bagan Pinang untuk membuat keputusan. dari awal lagi penduduk dah tau undi pos milik BN. jadi peti undi mana yang didapati tidak menyokong BN pasti akan menjadi mangsa sementara menunggu sehingga PRU yang akan datang. So masa ini lebih sesuai bagi penduduk Bagan Pinang mengaut peruntukan berganda dari BN sementara parti itu berkuasa. Perak yang sebegitu besar dan ramai penyokong Pas, Pakatan pembangkang tidak mampu menghalang pencerobohan dan tindak-tanduk keji BN, inikan pula Bagan pinang yang sekang-kang kera, dan kalau mengundi Pas pun dengan mejoriti yang tipis. baik bertahan dengan keadaan yang sedia ada daripada menempah malapetaka seperti yang dialami oleh rakyat Perak.
Reply
kesimpulannya mudah…..
Bukan masanya bagi penduduk Bagan Pinang untuk membuat keputusan. dari awal lagi penduduk dah tau undi pos milik BN. jadi peti undi mana yang didapati tidak menyokong BN pasti akan menjadi mangsa sementara menunggu sehingga PRU yang akan datang. So masa ini lebih sesuai bagi penduduk Bagan Pinang mengaut peruntukan berganda dari BN sementara parti itu berkuasa. Perak yang sebegitu besar dan ramai penyokong Pas, Pakatan pembangkang tidak mampu menghalang pencerobohan dan tindak-tanduk keji BN, inikan pula Bagan pinang yang sekang-kang kera, dan kalau mengundi Pas pun dengan mejoriti yang tipis. baik bertahan dengan keadaan yang sedia ada daripada menempah malapetaka seperti yang dialami oleh rakyat Perak.
sekian.
Reply
PAS kadang2 menang besar, kerana kadang2 bertoleransi dan bersefahaman.
PAS kadang2 kalah teruk, kerana kadang2 buat kacauan apabila sudah tinggi keyakinan.
PAS tiada keupayaan dan kemahiran untuk meninggikan taraf hidup Malaysia di segi ekonomi, perdagangan mahupun pendidikan. PAS hanya setakat sekat arak, sekat koncert, sekat wanita pakaian, sekat hiburan dan rotan!
Cuba tanya PAS, bagaimana nak maju negara setaraf antarabangsa,….. SANGKUT!
Cuba tanya PAS, bagaimana atasi kemiskinan, jenayah dan percemaran sekitar,…..SUSAH-LAH!
Cuba tanya PAS, bagaimana urus Majlis Perbandaran. SEKAT!
Cuba tanya PAS, bagaimana urus Majlis Pergunungan. SUKSES!
PAS adalah beban kepada PR kerana perjuangan yang sempit, seolah-olah di zaman yang tiada electrik. Tiada hiburan. Memperhamba wanita. Hukuman yang menakutkan.
PAS mesti buat keputusan yang TETAP. Adakah PAS mampu berkerjasama and hidup bersama kaum berbilang bangsa dan agama selama-lamanya. Kalau tak boleh, biarlah perjuangan sendiri. Jangan buat kacau di PR.
3 tahun lagi PRU13. Rasa panjang, tapi untuk keyakinan PR kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum, mungkin tiada banyak lagi! PR tidak stabil. Kita tidak tahu ada berapa Hasan Ali lagi di PAS, gaduhan PAS-DAP dan katak di dalam PKR.
Reply
win win malaysian Reply:
October 14th, 2009 at 10:53 pm
salam utk semua,
sdr ken ada relevennya kata2 kamu,wa sokong…….itulah pas-pas…
Kenapa kita harus salahkan setiap inci kecacatan salah laku exco pas/pkr/dap,bermula dari 3org ahli lompat katak diperak,virus permasaalahan menjangkiti dan terus menular diselangor Eltwong exco tidur takada baju kpla lembulah,selcat dll,p.pinang babi/buah pala dll,kelantan,aliran speed kereta dipandu nik aziz dilorong perlahan,membawa mundurnya pembangunan,bila ditegur bn/mhdir melatah,ini adalah kenyataan,dah seluruh malaysia rakyat tahu.spr mencadang PR perlu mendaftar,kenapa harus spr yg mencadang?kenapa tidak pemimpin2 PR,kita dah sedar dan meluat kerenah PR,mengenangkan kita dah lama menyokong Keadilan ini membabitkan kita sesama…
Kita/pemimpin pas mencadang Zul dicalonkan kita dah tahu kenapa bp tak pilih Zul,dah 3kali masuk bertanding belum pernah menang,bp memang tak dak terima zul,lagi2 pas calonkan,ini satu kesilapan,sepatutnya pas tarik diri dibp dan bertukar kuota serah pada pkr dicalonkan,sebab itu bukan lwn pas kaji2 dan kaji kenapa/mengapa/jgndiapaapa,….Pas mathalamat utamanya nak ubah persepsi cina/india/melayu wajib pakai bajujubah berkelumbuk(mcm org arab) 1malaysia,takkkk boleh kita politik proaktif maju,jgn suka banding politik zaman nabi,bukan tak sesuai,sezamankan,baru diterima rakyat diluar kelantan
Reply
caldina Reply:
October 15th, 2009 at 4:23 pm
mandai la ko ken..ko pernah tgk ke pas memimpin negara sblum ni? cube bgtau skit..ko tu yg berpikiran sempit..Islam tak aja matlamat menghalalkan cara, beb…klu ko Islam, baik ko ngucap balik..akidah ko kene jage skit..Islam dh aja cara wanita berpakaian, cara nk berhibur..apsal ko plk nk pandai2 merendahkan org yg nk jalankan cara dan metodologi hidup Islam??? ko ni klu adik aku, dh lame aku bg penampar..ckp ikut suke jek..klu takde ilmu dlm agame, jgn main sebat ckp ikut suke ko..jgn main2 dgn kate2 hine Islam, kang tak psl2 klu mati, tak sempat ngucap plak..
Reply
PR should cut off their pointing fingers and should start working towards achieving goals. Azmin you do better when you are in silence. You know how to hit but dont belive in educating. PR should change their line of approach, stop belittling the voters, they had their own taste though how bad it loooks, so PR. Try educating rather than provoking our statements does not confirm u as the “people at Heart” character. Tolerance and education is the best approach. When u criticised the voters do u realised how many of them are older than u are? Ur last winning does not meant that u are better than everyone there. So please use ur delicate sense at best time.
Reply
Hoi orang-orang PR. You sudah kalah tapi semangat mesti ada. Jangan putus asa. Nanti you sendiri yg binasa. Sekarang U mesti kerjasama. Jangan lawan sama-sama.
PR > you all mahu jadi HERO bantai kawan sendiri. Inilah padahnya. Tak puas hati sesuatu masalah bawa kepada Pucuk Pemimpin sama jua dengan orang yg berkerja di kilang. Mereka tak puas hati complain pada SUPERVISOR atau MANAGER mereka. So you all must learn this in PR.
Sekiranya ada masalah bincang bersama (work as a TEAM) Kalau masalah agama who should talk? Here I give you some suggestion
Islam – Nik Aziz, Anwar Ibrahim or President PAS
Hindu- If you have hindraf man that good. If not find the person who have big supporter from Hindu.
Don’t fight each other lah. Contohnya Kalau ada orang yang bawa Kepala Lembu atau Kepala Babi ke Masjid atau Temple you all mesti bertindak lekas. Bawa kaki pukul anda ke sana so Polis akan ke sana. Kepala Lembu bawa kaki pukul Melayu atau Kepala Babi bawa kaki pukul India dan Cina.
You tahulah kalau tak bawa kaki pukul Polis tak akan ambil tindakan so you orang tahu-tahulah macam mana hendak selesaikan masalah ini di masa hadapan.
Orang yg buat ini dia kata dia bukan UMNOlah atau MIClah atau MCAlah tetapi dia itu pengundi BN. So cepat ambil tindakan sebelum terlambat.
Bye.
Reply
Pakatan have come so far don’t lose it now,show us that you guys have vision,leadership and MASTER PLAN to lead Malaysia,jangan janji kosong aje….
Reply
NEGERI NYA RAKYATNYA PINTAR?
HEHEHE
KO DATANG LAH SELANGOR SEKARANG,KUIL DAN TOKONG DAH MACAM MASJID..BERSEPAH SEPAH DAN TINGGI TINGGI
NIE LAH KALAU IKUT EMOSI JE…
KAMPUNG TERGADAI..YANG MENANG SORAK…
LUNCAI – LUNCAI DAN PAK KADOK ZAMAN MODEN….
Reply
Sebenarnya yg penting bukan menang tapi kita di sebelah pihak yg mana…itulah yg akan ditanya di akhirat nanti.
Berkenaan isu2 yg terjadi di negeri PR ianya adalah mainan dari pihak BN sendiri. Masalahnya penyokong2 PR sendiri juga telah termakan dgn umpan2 yg telah diberikan.
Mengenai PAS pula sesuatu perlu dlakukan mengenai cara bkempen. Org skrg tak kisah lansung peminpin rasuah so isu peminpin rasuah dah tak boleh pakai terutama di negeri hardcore BN.
Ceramah2 agama perlu ditekankan di kawasan org melayu dan islam itu shj yg dapat menyedarkan mrk betapa besarnya dosa menyokong golangan2 yg mlwn perintah ALLAH ini. TAKBIR!!!
Reply
Sebelum PRK Bagan Pinang banyak isu yang memperlihatkan Pakatan Rakyat seperti tiada permuafakatan. Tiada permuafakatan sesama anggota (parti), tiada permuafakatan sesama pemimpin dan tiada permuafakatan dalam tindakan. Contoh isu penjualan arak, pembinaan kuil Hindu dan SELCAT di Selangor, tindakannya seperti tiada permuafakatan, walaupun sesungguhnya isu berkenaan sengaja diperbesar dan dipernainkan oleh UMNO/BN dan media masa. Apakah masih tiada kebijaksanaan di kalangan pemimpin PR untuk menangani isu-isu yang sedemikian sehingga begitu mudah dijadikan bahan cercaan lawan? Jika keadaan sebegini berterusan, harapan negara untuk melihat Pakatan Rakyat menawan 1MALAYSIA mungkin tidak kesampaian. Rakyat muak melihat gelagat sesetengah pemimpin yang bijak tetapi tidak cerdik itu!!!
Reply
king Reply:
October 14th, 2009 at 3:27 pm
dari mana khabar berita saudara temui???
adakah dari utusan malaysia???
sedarlah dari lamunan..
makin hari kita makin matang..
berfikir secara terbuka dan pandai mencari nas yang benar
Reply
Signifikan nya ialah ianya tak signifikan di mana mana d bumi malaysia ini. Org India ladang dok harap dapat rumah murah..depa nak raya duit tak cukup..timing sudah canteek beb..apa lagi kena beli la jawabnya..Org cina pula takut undi pembangkang d negeri BN..takut kena tekan bila habis pilihanraya..org melayu pula macam biasa la..kalu undi cap ayam dari dulu maka cap ayam la sampai bila bila..so apa nak kalut..TP PRU 13 nanti gua ingat PR boleh bungkuih teruk d negeri selatan sebab selatan folks masih level beginning dengan PR..sedangkan negeri utara dan pantai timur dah stage 4. So kene la compete kuat lagi di selatan.
Reply
Ada hikmah dgn kekalahan ini. Bukan apa..takut PR juga menjadi bongkak dan sombong seperti BN kalau selalu sangat menang. Perangai ini semakin kelihatan di negeri2 yg diperintah oleh PR. Banyak aduan dan masalah di kalangan rakyat yg tidak diambil tindkan segera. Dulu masa BN perintah negeri2 tersebut..saya rasa pelik jugak kenapa masalah2 rakyat yg asas seperti jalan, longkang, parit, sampah dan sebagainya selau sangat keluar dlm surat khabar. ADUN dan AP tak tahu kah. Depa semua dok buat apa? Tapi kini, masalah2 yg sama masih berlaku..seperti dalam akhbar SINAR, kerap sangat masalah2 asas rakyat seperti itu yg dikeluarkan. Apa yg ADUN dan AP Pakatan Rakyat dok buat. Semua ini kena ambil perhatian. JAngan dok ingat tak apa, tak apa..rakyat masih dok sokong kita . Semuanya tak berkekalan.
Reply
Salam ukhwah fillah…perjuangan baru nak bermula…pastinya ada hikmah di sebalik ketentuan ini…perkukuhkan pakatan. nilai semula segala usaha yang telah digerakkan…
Walaupun Johor, Melaka dan N9 lubuk barisan tak mustahil untuk digugat…cuma pakatan kena usahakan pendekatan yang berlainan dgn negeri2 yang rakyatnya sudah terbuka untuk perubahan…
Reply
Sdr, Tak payahlah “tepuk air di dulang atau meludah ke langit”. Pots always calling kettles black.
Reply
Politik dan Kempen
Kekalahan di Bagan Pinang tak saya duga, tapi itu lah hakikatnya. BN memang kental dalam mengarong liku liku kesukaran dalam kempen DUN Bagan Pinang. Ternyata ianya membuahkan hasil yang lumayan buat BN di Bagan Pinang. Tahniah buat BN untuk Bagan Pinang.
Ada beberapa buah fikiran saya yang menyebabkan kemenangan BN di Bagan Pinang yang mana perlu diambil ikhtibar buat pilihan kecil/umum akan datang:
1) Menguasai 100% media dan tiada langsung ruang buat PAS (PR)
2) Peranan TS ISA amat dikagumi dalam menambat hati pengundi. Soal jujur atau tidak bukan panduan, asalkan rakyat undi BN.
3) Berjaya menutup/mengelak isu rasuah dikalangan BN terutamanya TS ISA
4) Dari 35% undi pos, sekurang kurangnya 80% untuk BN.
5) Pucuk pimpinan BN turun padang dalam berkempen.
6) BN pandai menyemarakkan isu kemarahan rakyak terhadap PAS (PR) dalam beberapa konflik yang berlaku semasa berkempen.
7) Kuasa polis juga telah digunakan untuk memehak kepada BN
8) SPR juga telah diberi tugas yang dapat mengaburi mata dan hati rakyat untuk lebih memihak kepada BN.
9) TS ISA banyak jasa kepada rakyat di Bagan Pinang.
10) 30% pengundi atas pagar, yang dahulunya (PRU 12) atas pagar, memihak kepada BN.
Sekian, terima kasih
Reply
umno dah menang..terimalah hakikat
Reply
keadilan yang diperjuangkan saban hari mendapat tempat dihati rakyat..
namun begitu,kecacatan masih ada dan perlu ditampal dengan segera…
supaya dapat menentang kezaliman..
apa yang kita tentang bukannya seekor semut,tetapi raksasa…
dengan media,wang dan segalanya ada pada mereka…
sebaliknya,apa yang kita ada cuma keikhlasan..
ikhlas dalam menjernihkan yang keruh..
membenarkan yang batil..
serta menyucikan yang kotor dan busuk…
jangan sesekali memikirkan yang negatif..
jika ditakdirkan berlaku,hanyalah dugaan..
seperti roda…
adakala diatas,adakala dibawah..
ayuh saudara…
berpegang tangan menuju hari2 gemerlapan…
kuatkan semangat…
PR pasti berjaya!!!
keluar barisan
buat bulatan..
salam pakatan rakyat!!!
Reply
Malaysia is there A Party Truly For All Malaysian…???
Reply
Dah berkali-kali diulang, bukannya dari PEMIMPIN, tapi hanya penyokong biasa. Apakah kerjasama pun susah nak dibuat? Apa matlamat asal untuk menghancurkan kezaliman itu masih diragui oleh semua dalam PR?
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kerana perkara kecil gaduh sampai menghina sesama rakan PR.
Susah sangat ke nak faham tentang UMNO? yang hipokrit? dan ironis? ikhlas ke nak bermuafakat?
Atau masing-masing berkeras nak tunjuk kepala siapa lebih besar? Sokongan pengundi Melayu merosot mendadak. Tak lama lagi kelantan pun akan jatuh.
Reply
kalau PAS benar-bernar berjuang untuk Islam..kenapa negeri Selangor sekarang penuh dengan urut..dulu aku pergi SS2 tak ada pun..cuba la ni pergi setiap malam penuh..rumah urut sana sini..lu pikir la sendiri beb… Dulu aku pergi P.J tak banyak pun penjaja nasi lemak tepi jalan…la ni penuh ngan Indon jual nasi lemak..itulah keadilan untuk semua.
Reply
caldina Reply:
October 15th, 2009 at 4:28 pm
oit bro..tu keje kerajaan khir yg lame yek..ko pi tgk kat pejabat pentadbiran negeri, then ko mintak akta ke, pekeliling ke, peraturan ke, yg benarkan kerajaan negeri yg keluarkan lesen utk premis2 judi ni?? mane ade…tu sume keje jahat kerajaan pusat..bro, nk bukak premis2 camtu, hanya kerajaan pusat yg ade kuasa utk luluskan lesen tau..ko tau tak tu? mesti ko tak tau, tu yg ko ckp cmtu tu..ish budak ni..
Reply
Kg Si Rusa Reply:
October 15th, 2009 at 10:44 pm
otak ko kerajaan pusat. lesen rumah urut/spa dibawah bidangkuasa pihak berkuasa tempatan. kalau kat pj tu MBPJ. Kau ni budak darjah 5 syoh2 pi baca buku sekolah.
Reply
caldina Reply:
October 16th, 2009 at 2:54 pm
klu stakat ckp, tak yahla..bro, skrg ni ad 4k pusat hiburan haram b’operasi kat Selangor. mende kroni Khir yg bukak, klu tak, cmne die bleh tau bnyk pusat hiburan haram wujud kat Selangor. semua permit pusat hiburan haram dikeluarkan oleh kerajaan Pusat dan tak ade satu pun yg dikeluarkan oleh kerajaan negeri. PBT takde kuasa nak tangkap & hukum pemilik pusat hiburan haram.Sume kuasa untuk tangkap & hukum pemilik pusat hiburan haram ade pd polis tp polis tak buat. Kuasa PBT hanya bleh sita pusat hiburan t’sebut tp kebanyakan lepas kene sita, pemilik hiburan tu bukak semula dan b’operasi mcm biase. Polis mmg ade kuasa untuk halang pusat hiburan haram dr b’operasi tp polis negeri Selangor tak bg kerjasama yang baik dlm mslh ini.
mat jenin@anwar Reply:
October 16th, 2009 at 4:45 pm
Kg Si Rusa…. betul aku sokong ko…. lesen semua kerajaan negeri yang kuarkan melalui pihak berkuasa tempatan bukannya kerajaan pusat…. bodoh bebeno si caldina ni….main cakap jer… mesti belajar tak pandai…ehhehe…jgn marah…selamat hari raya…
mail Reply:
October 17th, 2009 at 7:29 pm
ish bodoh betul caldina…tu pun tak tahu…lesen2 semua tu bawah pbt..kerajaan negeri
Reply
Kg Si Rusa Reply:
October 18th, 2009 at 9:26 pm
hey caldina…caldina tak abis2 bodoh ko ni..org cerita dari sudut bidangkuasa. kalau PBT bole sita kenapa tak sita??kalau bukak balik sita lah lagi itu kan diaorg. Kalau dah pusat hiburan haram mana ada permit?? apsal kau kata Kjaan Pusat pulak yg bagi permit…berbelit-belit lah kau ckp…Happy Deepavali
ne lah yang terjadi kat bangsa melayu kita .pemimpin yang rasuah jugak menang ,tak rasuah kalah,
malu mana nak letak muka nee
bangga bila menang
Reply
anidalganyang Reply:
October 18th, 2009 at 3:55 pm
sepat goreng masin,
PR lagi teruk.Dah terbukti bersalah dan dah masuk jel SUNGAI BULOH pun orang PR yang totok masih tak sedar2 diri lagi pun boleh diterima amacam? Lain kali cakap cover sikit muka tu sebab ludah tu jatuh kat muka ko balik…he…he
Reply
Isa samad menang adalah lebih baik untuk masa depan PR….
Reply
Alal sabar jerlah..kesian umno bagi menang jerlah..PRU 13 kita pr sapu suma..
cayalah adalah gelombang besar akan berlaku dalam PRU13..
Sik sababr nunggu ..
umngok baru menang satu dah gumbira melampau..pastu lompat2 mcm beruk termakan budu..ceh..mcm budak2
apapun tahniah pada isa samad yang comel dan montok tu..menang jugak dia.bglah cqan kat dia..diapun dah senja dah…
Ada gak kenangan waktu tue nanti2…
YB..saya tetap akakn sokong PR,,..takpelah kalah sekali kat semanjung..kat sarawak ni tak tahulah sentimen undi dancing masih menebal dikalangan org tua..tapi org tua dah banyak pupus..sekarang ni golongan muda..tupun dah banyak nyokong PR..BN untuk golongan warga tua..
Gitulah hendaKNYA
Reply
Kepada penganut2 PR,
Sebenarnya ANWAR BRAHIM telah menyedari betapa rakyat Malaysia telah menyedari akan siapa sebenarnya diri Anwar Brahim yang senantiasa berjuang untuk melihat bangsanya( MELAYU ) dan negaranya hancur dan menjadi hina.Ingatlah wahai penganut2 Anwar bahawa sandiwara pemimpin kamu telah diketahui rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia tahu akan siapa sebenarnya boleh memimpin bumi Melayu yang tercinta ini,tiada lain kecuali UMNO dan barisan nasional.
Sekian.Terima kasih.
Reply
SHATTER,
What make you think you can win over Sabah & Sarawak.These two states have bigger says what they want for their states, besides they are more patriotic than many of you.
DSAI & Azmin–are you bloody sure they are not corrupted?
Reply