07
Oct
09

“Bandar Tentera Darat” Najib Hina Anggota Tentera

Dari Harakah Daily

Oleh SM Noor

“Saya menyertai anggota tentera tahun 1967, sekarang dah tahun 2009, sudah 40 tahun lebih, baru pemimpin-pemimpin umno, pemimpin-pemimpin BN, iktiraf kononnya sumbangan anggota tentera khususnya tentera darat…saya rasa terhina.”

Demikian pandangan yang disampaikan oleh Kapten (B) Datuk Abu Zahar Hashim, dalam satu siri ceramah di Bagan Pinang semalam.

Menurutnya,cadangan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Port Dickson sebagai sebuah bandar ‘Tentera Darat’ dianggap sebagai satu penghinaan kepada bekas tentera.

Beliau berkata, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba memperbodohkan anggota tentera dan bekas tentera dengan cadangan tersebut.

“Saya menyertai anggota tentera tahun 1967, sekarang dah tahun 2009, sudah 40 tahun lebih, baru pemimpin-pemimpin umno, pemimpin-pemimpin BN, iktiraf kononnya sumbangan anggota tentera khususnya tentera darat.

“Saya rasa terhina kerana pemimpin-pemimpin Umno menganggap anggota-anggota tentera (dan) bekas-bekas tentera ni boleh diperbodohkan,”katanya.

Menurutnya, cadangan mewujudkan bandar tentera di Port Dickson adalah umpan untuk memikat hati anggota-anggota tentera darat menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Katanya, Perdana Menteri hanyalah ‘mengambil kesempatan’ ke atas anggota tentera kerana pengundi anggota tentera ramai.

“Pada hal selama berbelas tahun jadi Menteri Pertahanan, dia (Najib) tak terfikir pun tentang pengorbanan anggota-anggota tntera terutamanya anggota-anggota tentera darat.

“Apabila berlaku pilihan raya kecil di Bagan Pinang, barulah nak memikat hati anggota-anggota tentera darat dan menamakan sbg bandar tentera darat,”jelas beliau yang juga bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.

Datuk Zahar turut membidas perisytiharan yang dibuat oleh Najib itu, dan berkata, “apa jua nama yang hendak diberikan kepada Port Dickson adalah tidak penting, sekira kebajikan anggota tentera dan bekas tentera diabaikan.”

Oleh itu beliau mengingatkan anggota tentera dan bekas-bekas anggota tentera supaya jangan mudah terpedaya dan memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN).

“Saya nak bagi tahu angota-anggota tentera malam ini, jangan semudah-mudah pangkah Barisan Nasional.

“Sekarang ini memanglah kita berlagak dengan pakaian tentera kita, tapi percayalah anggota tentera (sekalian), bila tuan-tuan habis berkerja nanti, (setelah) 21 tahun berkhidmat (untuk negara), tuan-tuan akan dipinggirkan,”katanya.


15 Responses to ““Bandar Tentera Darat” Najib Hina Anggota Tentera”


  1. 1 Aj Oct 7th, 2009 at 5:40 pm

    Memang taktik lama.belum lagi kes c4 letupkan mongolia tu.Moga Allah tunjukkan kebesarannya dengan membukakan kebenaran kepada rakyat Malaysia.

    Reply

    koboii Reply:

    lantak kau lah najib. Bandar Tentera Daratkah, Bandar Buaya Daratkah… memang taktik BN macam tu. Kalau ada p’raya baru nak ambik hati org.

    Reply

  2. 2 MABA Oct 7th, 2009 at 7:10 pm

    Assalammualaikum,

    Diimbau kembali penubuhannya pada 1933 yang di beri nama Rejimen Askar Melayu. Sekarang ini sudah 76 tahun (lebih dari 7 dekad), Angakatan Tentera Malaysia ditubuhkan di Malaysia. Maka, cukup untuk membuktikan bahawa persoalan demi persoalan akan timbul di kalangan rakyat. ‘Kenapa sekarang baru hendak mengubah segala-segalanya?’ Inilah yang di panggil tidak mengambil berat terhadap rakyat. Apakah tentera ini bukan rakyat? Najib yang pernah memegang portfolio Kementerian Pertahanan dahulu, apakah tidak timbul di dalam kepalanya ingin mengubah status PD itu.

    Tetapi, perkara ini tidak berasa pelik sangat di hati saya. Cuma saya baru sahaja terfikir akan janji Pak Lah pada orang Negeri Sembilan. Masih ingatkah kita akan projek-projek Mega yang di rancang oleh Pak Lah. Negeri Sembilan yang kurang pembangunan tidak di ambil tahu oleh pemimpin atasan. Pak Lah pernah janji yang beliau akan menyalurkan bantuan. Tetapi sehingga kini, bantuan pembangunan yang mana agaknya Pak Lah beri? Tidak ada satu pun. Kalau nak sebut projek Mega, buatlah seluruh negara. Bukan sesetengah negeri. Kalau ini tidak dilakukan, bagaimana kita ingin mengurangkan jumlah penduduk di Kuala Lumpur. Kalau semua negeri ini maju, malah di majukan oleh anak negeri itu sendiri, maka tidak akan ada kepadatan penduduk. Semua negeri akan merasai pembangunan. Ini tidak, negeri yang dah maju, disalurkan bantuan lebih, negeri yang tidak maju ini, terpaksa meminta sedekah pula.

    Dan yang amat mengelirukan hati saya, kenapa ada sesetengah rakyat mengatakan Isa Samad dah membangunkan Negeri Sembilan masa beliau jadi MB dahulu. Daerah mana yang dimajukan oleh beliau? Bukan ke Teluk Kemang? Saya ingin rakyat Bagan Pinang pergi ke Kuala Pilah, Lui Barat, Bahau dan seluruh kawasan Jempol. Lihat sendiri pembangunan yang mana Isa Samad dirikan. Tak usah membanggakan beliau. Ini kerana semenjak Mohamad Hassan menjadi MB, barulah Kuala Pilah itu berseri. Persoalannya, siapa yang betul-betul yang membangunkan Negeri Sembilan, Isa Samad atau Mohamad Hassan? Saya bukan hendak menyokong Mohamad Hassan, kerana dia pun sama sahaja. 2 kali 5 dengan Isa Samad. Tidak pandai mengurus ekonomi negeri. Bukti yang paling jelas, Senawang Commercial Park dikatakan gagal. Sebab sehingga kini, tidak menampakkan ia sebuah bandar satelit. Ia hanya bertarafkan pekan. Dulu Kini dan Selamanya.

    Reply

    win win malaysian Reply:

    salam sejahtera,

    BN oh BN…itulah laungan nojeep,mohddin dan isa pada rakyat dibagan pinang,menagih simpati lagi…yg kecepurnya dan syok sendirinya mcm lantong kena abu ialah raja pengampu diketuai 3org naik pesiden umno semuanya berlumba2nak diangkat jawatan jadi TPM,walhal sibuyong ni konon masa dulu tak sebulu bertindih pendapat…..

    Inilah pemimpin BN yg suka berpoya2 sewaktu mula merasa duit rakyat segunung intan,dimana kaki berpijak disitulah ransangan hati kecil mula melepas gian…inilah pemimpin2 yg disanjungi oleh rakyat ketua kaum/kampung yg sering dahagakan habuan dan sedekah,kita berharap kepada rakyat dibagan pinang supaya sedar memilih wakil/pemimpin mereka……pilih wakil yg berintregiti amanah sopan santun dgn org tua berkeprihatinan pada petani/nelayan/wanita/anak2muda dll semuanya disenangi….

    Janganlah memilih wakil Perasuah/salahgunakuasa/korupsi duit rakyat/sombong bodo ego dan riak durhaka pada rakyat serta org2 tak terpelajar,jika anda memilih calon diBAGAN PINANG…

    Jangan disesal nanti jika anak cucu kita merempat ditempat sendiri….renung2kanlah…..

    Reply

    win win malaysian Reply:

    sdr Maba,

    saya setuju betul artikel ni sokong 101%
    ada logik bila dilihat sekitarnya…..syabas!!!

    PASTIKANLAH RAKYAT BAGAN PINANG MELIHAT SENDIRI APA YG DIBOHONGI ISA SAMAD PADA RAKYAT N9…
    JELAS SEKALI ISA SAMAD KAKI PEMBOHONG……memutarbelit fikiran rakyat,sekarang org kpg dahtak percaya cakap isa samad lagi isa kaki celepur dan suka berdangdud pilihan sendiri…..

    KITA RENUNG KEMBALI SEMUA ORG KAMPUNG BERHATI2 BILA PANGKAH UNDI,JANGAN UNDI BN….JANGAN UNDI UMNO/BN…..JANGAN UNDI BN……

    KITA PASTIKANLAH PANGKAH UNDI PAS…PAS…PAS…PAS…PAS……….HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!

    Reply

  3. 3 art 2010 Oct 7th, 2009 at 7:31 pm

    Pemimpin yang meneraju kerajaaan sekarang semua main wayang. Ini termasuklah Menteri Besar Negeri Sembilan. Rakyat didahulukan memanglah tetapi abang dan adik mereka serta kroni kroni yang menyokong kuat mendapat habuan. “Bak kata abang menteri besar sampai tujuh keturunan tidak habis harta yang dikumpul” disampaikan oleh salah seorang kampong tinggal berdekatan. Ada pula yang melapurkan bahawa Menteri Besar hendak masuk bertabir malam Raya hadapan rumah pun tidak sudi. Orang tua hadapan rumah yang sakit pun tidak pernah dilawati. Cuma tanya khabar dari jauh. Apabila sudah ada kuasa hanya ditunjuk kereta kereta mewah pulang ke kampong. Berjuanglah dengan jujur, rasuahkan satu jenayah. Masih tidak nampak kah yang dicalon itu kaki rasuah dan perasuah yang akan ambil kuasa semula.

    Reply

  4. 4 harimau malaya Oct 8th, 2009 at 1:10 am

    bandar tentera darat port dickson,tentera laut lumut dan tentera udara sg besi bila nak buat macam pentagon kat usa utk semua tentera satu kws

    Reply

  5. 5 caldina Oct 8th, 2009 at 9:26 am

    najib, najib..

    Reply

  6. 6 askar baru Oct 8th, 2009 at 11:43 am

    salam semua…jgn sokong BN sebab kita keja askar bukan dia yang bayar gaji tapi rakyat.bukan dia yang bagi kita makan tapi duit rakyat,bukan dia yang keluar duit buat kem dan sekolah tapi duit rakyat.kalau sokong BN maknanya kita derhaka pada rakyat…raja2 bukan boleh buat apa2 pun…dok senang lenang yang susah rakyat….kita sokong pas pasal kita nak masuk syurga,kita join PKR pasal nak keadilan yang benar,UMNO zalim…..kita kawan ngan DAP sbb diorang boleh terima negara ISlAM PAS.aku dah anggap tuan guru dalam PAS dan macam wali2

    Reply

    MABA Reply:

    Assalammualaikum…

    Saya sangat setuju dengan pandangan “askar baru”. Sememangnya bukan duit dari Ahli UMNO yang dikumpul tetapi dari keringat ibu bapa dan nenek moyang kita semua. Seharusnya ahli UMNO kampung harus sedar bahawa kenapa sekarang kerajaan Pusat menggunakan perkataan ‘duit rakyat’. Mereka, ahli UMNO kampung, masih tidak sedar yang mereka sudah ditipu berpuluh-puluh tahun.

    Reply

    mamadstrongkid Reply:

    ayuh.. mamad derap sekalian seraaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnngggggggggggggggg.

    Reply

  7. 7 Tebuan Oct 13th, 2009 at 1:28 am

    Diharap jangan meracun pemikiran anggota tentera. Tak kira siapapun jadi kerajaan itulah jugak tenteranya. Apa yang perlu diusahakan kita perbetulkan dari dalam. Ramai di antara anggota tentera telah dirosakkan pemikiran mereka dengan melantik mereka yang mengamalkan rasuah sebagai jeneralnya… “Saya yang menurut perintah”… Kalau PKR jadi pemerintah nanti boleh tak kecualikan tentera dari mengundi? Bagus jugak ada Tentera yang NEUTRAL

    Reply

  8. 8 LancangKuning Oct 14th, 2009 at 10:47 am

    Sebab tu semasa dlm tentera kita mesti jgn hipokrit. Jgn ada niat jahat. jgn bermuka2. kerja dgn ikhlas. Fokus kpd objektif. Capaikannya dgn sebaik mungkin. Jaga tingkah isteri2 kita. Tngok2kan anak2 kita. Hargai subordinates. Patuhi umarak. Mesra dgn skot2 & taulan. xrugi kita baik dgn smua peringkat. Hasilnya nnt, pasti mendpt berkat. Muhasabahlah. Jgn harap berbagai2 masa berenti askar. Kerja yg diberi adalah khidmat. Jika khidmat kita orng suka dan mendtngkan kebaikan, maka itu mrupakan ibadah. Ibadah pasti berkat. Jika ada orng xsuka, itu mungkin persepsi kita. Muhasabahlah dgn minda yg terbuka.

    Sekian, perkara diangkat sbg renungan kita brsama.

    Reply

  9. 9 satria massarie Oct 5th, 2010 at 9:50 pm

    Tentera atau keraaan adalah manusia biasa..Kita semua adalah hambaNYA…Hidup dan matilah kita keranaNYA…

    Reply

  1. 1 Tweets that mention “Bandar Tentera Darat” Najib Hina Anggota Tentera at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Oct 7th, 2009 at 5:05 pm

Leave a Reply