Saya dan Azizah berlepas dengan penerbangan Emirates pada jam 2 pagi, transit di lapangan terbang Dubai selama tiga jam dan kini dalam penerbangan ka New York.
Waktu berlepas dari KLIA, selain membaca International Herald Tribune dan Asian Wall Street Journal, saya mengulangi sepintas lalu karya Paul Krugman “The Return of Depression Economics”, dan menghabiskan bab terakhir buku Martin Jacques “When China Rules the World: The Rise of the Middle Kingdom and the End of the Western World”.
Meskipun judulnya agak keterlaluan dan menggemparkan, ia memaparkan sudut sejarah dan budaya China secara padat selain pembedahan mengenai kemunculan China selaku gergasi ekonomi dunia.
Keletihan sudah dan mengantuk maka beradulah saya. Di sabelah saya Azizah sudah nyenyak tidur, seolah-olah telah didendangkan lagu Allahyarham P.Ramlee:
Tidurlah permaisuri, pejamkan mata…
Jika kau tidur lena, mimpikan bahagia…
Arakian, dalam perjalanan 13 jam ka New York dari Dubai, saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali!
Dengan membekalkan bahan rujukan terpilih, saya terus menelaah rencana ilmiah yang rencam, di antaranya:
- China’s Strategic Ambition in Asia (Aaron Friedberg);
- Reframing China Policy – The Carnegie Debates (karya berasingan oleh Dan Blumenthal, Wing Thye Woo dan Barry Naughton);
- China: Country Report (Economist Intelligence Unit) dll. rencana pendek.
Hah, saya juga sempat menyaksikan filem yg dibintangi Tom Hanks, Angels and Demons. Filem ini persis The Da Vinci Code, dan hebat juga!
Terlintas pula untuk menonton lakunan Sandra Bullock dalam The Proposal, tapi terlalu banyak bacaan yang perlu dihadham.
Penerbangan panjang, meskipun membosankan namun berkesempatan membaca sebanyak mungkin.
Inshaallah, saya akan menyambung coretan jika punyai kelapangan setibanya kami di lapangan terbang John F. Kennedy, New York.
ANWAR IBRAHIM


















DSAI,
We must win Bagan Pinang…..
Please ask Hasan Ali to work as a team in PR. PAS is at risk in Bagan Pinang if their memnbers can’t work as a team…..
Reply
Mc Reply:
September 24th, 2009 at 10:29 pm
SALAM DSAI,
I AGREE WITH ADAM SMITH.
HASAN ALI SEEMS LIKE TRYING TO BECOME A TROJAN HORSE TO PAKATAN RAKYAT. I WISH EVERYTHING CAN BE RECONCILED INSTEAD OF GETTING WORSE ‘DUE TO FEW’S STUPIDITY’.
DSAI, PLEASE DO SOMETHING.. THAT IS WHEN AND WHERE YOUR LEADERSHIP IS CRUCIALLY NEEDED.
SEKIAN, WASSALAM.
Reply
Adam Hawa Reply:
September 24th, 2009 at 11:53 pm
You should ask DAP to work as a team.
Reply
guni setahil Reply:
September 26th, 2009 at 2:31 am
cokankata “pas for all” tampa sempadan termasuk UMNO,Yahudi,DAP. tertapi not for all pada hassan ali.
Reply
senantiasa mengikuti perjalanan suka duka hidup saudara..posting yang dapat menambahkan ilmu dan seronok dapat membaca sesuatu yang lahir dari bicara hati yg ikhlas.
Reply
Salam sejahtera DSAI,
Semoga DSAI serta DSA sampai ke destinasi yang dituju, lancar berhujah serta menimba ilmu serta pengalaman sebanyak mungkin untuk kegunaan semua KM di bawawah PAKATAN serta of course untuk kegunaan DSAI sendiri sekiranya PAKATAN mengambil alih kuasa dalam masa yang terdekat ini.
Mupok aku..Maju PKR
Agi Idup Agi Ngelaban”
Reply
jan lupa solat DSAI… nant lalai tgk Sandra Bullock…
Reply
Otak Kosong Reply:
September 24th, 2009 at 10:57 pm
hello brader Antoo Fingers..
Siapa wajah lagi berseri dan bercahaya : Sandra Bullock atau DS Azizah ? :)
Reply
Teruskan Perjuangan DSAI,
Gembira mendengar berita tuan berangkat ke New York untuk menghadiri forum bersama Al-Gore. Ini satu pengiktirafan kepada pemimpin di Malaysia. Di Malaysia tuan di agongkan sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.
Kami sentiasa bersama dengan prinsip keadilan untuk semua.
Hidup keadilan..
Reformasi..Reformasi…Reformasi
Terjemahankan matlamat keadilan untuk semua.
Reply
ulam batar Reply:
September 24th, 2009 at 6:21 pm
Please send my regards to Mr Gore.
and thanks!!!! to yahoo.com
Reply
teruskan perjuangan..hidup PR
Reply
hassan ali patut di sebat…ulamak akhir zaman.
Reply
teruskan usaha good luck………….
Reply
takluk sarawak 4 next election 2010. bosan dengan BN, tak habis2 menipu. dari saya sekolah rendah sampai sekarang dah 29 tahun, tak ada perubahan langsung. Sarawak hanya memberi kemewahan kepada orang BN sarawak dan juga semua negeri di Semenanjung. Sarawak hanya telan air liur melihat infrastruktur yang canggih di semenanjung. 1 malaysia konon, Sarawak n sabah diabaikan dari semua segi, harap DSAI dapat membawa perubahan kepada 2 negeri di borneo. tapi DSAI pun jangan pulak cakap tak serupa bikin macam orang BN bila dah menang. kalau DSAI jumpa Sandra Bullock kirim salam k
Reply
alfons0 Reply:
September 25th, 2009 at 8:24 am
Samalah tu dgn kami d Sabah, habis hasil di punggah tp satu yg pasti Sabah negeri termiskin d Malaysia..aduh pedihnya!! Reformasi!!
Reply
Selamat sejahtera DSAI,gembira mendengar bahawa DSAI telah di jemput untuk utk berdiskusi dengan mantan Naib Presiden AS.Saya berharap DSAI selamat dalam perjalanan.Terima kasih.
Reply
moga selamat pergi dan selamat balik Dato’ Seri…
Reply
Hello DSAI,
Wow!! Such a great experience and journey to New York especially with your love one, sir. Anyway, just wanna said that it’s really an amazing habit for a man-even a simple man like us too- gaining a knowledge anywhere and anytime. Doing reading during flight cruising the bright and fresh blue air can be considered as an appreciation to God’s creation too.Hopes it will become a very beneficial journey to DSAI and his supporters in Malaysia. Tell us about it once you are in our lovely country soon.
” Lawan Tetap Lawan “
Reply
assalamualaikum dato seri
cuma saya nak ulas komentar dato tentang FILEM yang dato pilih
filem ANGELS AND DEMON memang pilihan tepat kerana filem berkenaan sistem demokrasi yang pada pendapat saya dicipta oleh KRISTIAN yang telah DIROGOL oleh pendita yang GILA KUASA
manakala,
filem THE PROPOSAL ibarat MEMBUANG MASA dato seri kerana dia lebih menampilkan OFFICE POLITICS yang merupakan hanya HIBURAN KOSONG tanpa ada apa apa MESEJ yang ilmiah TIDAK SEPERTI ANGELS AND DEMON
terima kasih kerana melawat kami di RUMAH TERBUKA TIMBALAN KETUA MENTERI 1
salam jauh dari GUAR PERAHU
ASSALAMUALAIKUM
Reply
Assalamualaikum DSAI. Selamat Hari Raya.
Saya gembira mendengar berita yang DSAI terbang ke New York.
tak teringin ke berjumpa student di New York?
Kebetulan Uni saya berdekatan dgn New York City. Jd, jika ade masa lapang, apa kata kita duduk sembang2 dan beramah mesra..
-MSZ
Reply
Semalam saya juga menyaksikan filem ANGELS & DEMONS, sebuah filem yang berat dan menarik untuk ditonton, ditambah pula dengan set pengambaran yang besar dan menggagumkan… Apa yang merisaukan saya ialah jarum2 illuminati ini juga wujud di Malaysia dalam pakatan atau kerajaan dalam proses menyekat kemunculan tamadun2 baru serta meneruskan agenda sulit mereka untuk membentuk ‘New World Order’.
Reply
DSAI,
Nice trip, and may you be safe in your journey, and be safe to return home.
Reply
Salam DSAI.
Soalan ini bukan berkisar iklim politik Malaysia mahupun dunia. Saya amat tertarik dengan kemampuan DSAI mentelaah beberapa makalah dan buku-buku dalam masa yang singkat sambil memahami isi kandungannya. Mungkinkah tuan boleh berkongsi petua bagaimana mentelaah bahan bacaan dalam masa singkat sambil mendapat kefahaman jitu?
Saya kira, ini merupakan ilmu yang amat berguna kepada sekelian rakyat kerana dengan kemahiran membaca serta memahami isi kandungan boleh membentuk masyarakat yang gemar membaca serta celik ilmu. Harap dapat DSAI berkongsi kaedah dan caranya.
Terima kasih.
Reply
Ibn-Shukr Reply:
October 3rd, 2009 at 7:07 am
Assalamualaikum DSAI,
Saya menyokong pandangan RH-PSK di atas.
Harap DS dapat kongsikan petua bagaimana menghadzam bacaan dan mendapat kesan serta manfaatnya. Saya kerap membaca buku-buku untuk menunjukkan contoh kepada anak-anak, namun terkadang pembacaan hanya sekerat jalan bahkan sukar untuk menghabiskan satu-satu buku itu. Menambah lagi kedukaan apabila bacaan tersebut agak tidak begitu melekat.
Terima Kasih.
Reply
BEST OO PEGI NEW YORK..ATI2 DATUK SERI ADA NANTI ORG BN MENGINTIP DATUK,
NAK BUAT CERITA YANG BERUNSUR FITNAH..
DIORANG NI TAK BOLEH TGOK ORG SENANG
PENDENGKI
Reply
ini betul-betul baca buku atau bagi tajuk buku saja.
Reply
Korang percaya sangat ke kat semua orang politik ni?
bg aku la semua orang politik ni HAMPEH!!!
yg blom berkuasa tergila-gilakan kuasa, yg dh berkuasa dh sampai tak ingat dunia dan akhirat. terbuai dgn kuasa tuh.
aku memang menyampah dgn org politik ni, suka bermuka2.
mcm budak kecik, nak sesuatu merengek2 sana sini, dah dapat lari merata-rata. bulu idung pun tak nampak. tu yg HAMPEH!!
tak kira apa parti pun, sama je….
bila blom dapat kuasa janji mcm esok boleh tunaikn, bila dh berkuasa 100 tahun blom tentu tertunai janji tu.
yg pembangkang mengata yg memerintah, yg memerintah mengata yg pembangkang. sebenarnya dua2 HAMPEH!!!
sape2 pun bila dh dapat kuasa, org yg bawah2 ni yg melaung2 menyalak2 mcm anjing utk bg diorang menang abis semua ditinggalkan. yg ada dekat pun kroni je…..
aku kata ni bukan utk satu dua parti politik je, tapi semua… korang memeng HAMPEH!!!!
KOrang MeMAng HAMPEH!!!
Reply