(video ehsan TV Pas)
Selepas saya menjadi sasaran fitnah, serangan pimpinan umno-bn beralih pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Segala macam tuduhan dihamburkan oleh media milik penguasa kepada ulama tersebut. Pimpinan umno dan konco-konco mereka sanggup memutar belitkan fakta hatta memintal fitnah asalkan matlamat untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir terpenuhi.
Apatah lagi bila tersepit dihimpit kecuaian sendiri ketika memilih calon, segala upaya dan jentera propaganda digembeling merekayasa fiksi politik. Adu domba dilatari politik perkauman sempit biar rakyat terus berpecah, sedangkan pimpinan umno seharusnya sedar, merekalah yang menyebabkan terbit rasa curiga dalam masyarakat. Walhasil merekalah yang terkait dengan pelbagai tuduhan penyelewengan amanah rakyat.
Manakala itu Pakatan Rakyat tetap terus beriltizam untuk membawa Perubahan dan arus Politik baru sunggupun berulang kali tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada kami. Saya yakin rakyat akan membuat pilihan yang tepat memandangkan mereka tidak sanggup dipermainkan lagi.
ANWAR IBRAHIM
——————————
After being the target of slander, the Umno-BN leadership has now shifted their attacks from me to Tok Guru Nik Abdul Aziz. All sorts of accusations have been scattered by the government-owned media against the Islamic theologian. Umno leadership and its members are willing to bend truths and twist facts, even of a respected religious scholar, just as long as their aim to win the state constituency by-election of Permatang Pasir is fulfilled.
What more when they find themselves cornered by their own negligence in choosing a candidate, all efforts and propaganda machinery are engaged to create a fictional political story to serve as diversion. The Umno leadership should realise by now, that they are the ones who are raising doubts amongst fellow Malaysians with their narrow-minded racial politics
In the mean time, Pakatan Rakyat remains determined to bring forth change and a new political wave, despite the repeated and baseless accusations thrown at us. I am confident the people will make the right choice, for they no longer want to be taken for fools.
ANWAR IBRAHIM


















kata2 DSAI yang saya teramat sedih ialah
“Saya tidak tahu esok ke mana saya akan pergi,entah ke penjara,entah ditangkap dan dilondehkan lagi saya pun tidak tau,tapi saya tegaskan disini jika penjara adalah bayaran untuk memperjuangkan nasib rakyat saya sanggup dipenjara berkali kali”!!Hidup DSAI!!!Hero Kami!!
Reply
hidopANWAR Reply:
August 20th, 2009 at 8:28 pm
Memang sedih dan terharu kata2 itu. Itulah dinamakan Pejuang Sejati.
Seluruh Kepimpinan Pakatan Rakyat mestilah berdiri teguh dibelakang Hero hebat ini dan jangan sekali2 berpaling tadah kalau DS Anwar di aniaya lagi!
Teruskan perjuangan DS Anwar dengan penuh kerja kuat dan dampingi rakyat secara total untuk menerangkan hal yang sebenar2nya berlaku. Rakyat jua akan menjadi HAKIM BESAR! Rakyat wajar dan wajib dicelikkan dengan fakta2 yang sebenarnya. Pakatan Rakyat tiada media arus perdana. Maka terpaksalah perhebatkan hebahan perjuangan Pakatan Rakyat cara mulut ke mulut kapada seluruh rakyat, Gunalah segala cara asalkan rakyat semua tahu hal sebenar!
Reply
ulam batar Reply:
August 20th, 2009 at 11:10 pm
Saya amat setuju dengan ayat di atas!! Penjara bukan sahaja dilihat sebagai Denda tetapi ini juga sebagai bayaran untuk menbeli hak rakyat yang telah di lelong oleh si penjudi yang bernama UMNO yang sering menperjudikan Nasib Rakyat jelata, Tag harga yang termahal yang adalah perjuangan untuk rakyat hanya yang berkemaupuan sahaja mampu menbelinya di malaysia ini ramai yang kaya raya harta tetapi tidak sangup menbeli untuk rakyat, terima kasih DSAI kerana sangup menabung untuk menbeli semula hak rakyat. wa caya sama lu!!!!!
Reply
harapan baru Reply:
August 21st, 2009 at 1:47 am
DSAI hero islah kami…. kami golongan muda impikan sebuah negara yg adil, sistem tadbir urus yg cekap, hubungan pemimpin-rakyat yg harmoni, serta negara yg mengamalkan demokrasi tulen… (malu pd negara2 eropah)….
Reply
Zabidie Abas Reply:
August 21st, 2009 at 8:33 am
”Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan,”kata Tan Sri Harussani .
“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ia jelas menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu mengikut kehendak Islam dengan sabar mengulas bidasan Mufti Perak dan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang kebelakangan ini jelas membela puak-puak BN-Umno.
Mufti Perak itu yang dilihat mempunyai jelaan profil sijil , tauliah dan jawatan itu lebih berminat mengulas mengenai Islam mengikut laporan akhbar tanpa melalui saluran Islam sebenar dengan bertanya dan menyelidik secara adil. Mungkin mufti itu sudah patut meletak jawatan disebabkan faktor usia tua.
Saya tidak mempertikaikan jawatankuasa Muzakah Fatwa kebangsaan kerana majlis itu terdiri dari mereka yang dilantik oleh juak BN-Umno. Kita lihat Mufti Perak itu lebih berminat bercakap dengan media dari bertindak melalui kuasanya ditangan.
Contohnya mengenai Jom Heboh anjuran TV3 yang dikatakannya haram. Harussani memunpunyi hubungan yang sangat rapat dengan Sultan dan Menteri Besar Perak. Adakah kerana kemewahan mulut terkunci ?
Tidak salah jika saya katakan pemimpin agama yang bacul dan berpura-pura tidak layak menjadi mufti dan perlu meletakkan jawatan.
Ibarat kera dapat bunga, syariat Islam entah kemana seban-jubah cantik dimegahkan. Mungkin juga beliau bimbang pingat kebesarannya ditarik balik jika meneggakn syariat Islam. Allahulallambisaw.
Reply
iskandarzulkarnain56@gmail.com Reply:
August 22nd, 2009 at 2:53 am
Adakah kerana kemewahan mulut terkunci ?
Seronok jugak tengok concert Amy Search di Kelantan baru-baru ini.
Reply
Tak baik fitnah²….jika ada melakukan kesalahan insafi diri & minta diampunkan. Mudah2an kebenaran akan mengatasi kebatilan. AMIN
Reply
melayuselangor Reply:
August 21st, 2009 at 10:56 pm
Saya sokong tu Arie……. Jom kita ajak ahli-ahli dan penyokong umno di Permatang Pasir mengundi calon Pas sebagai tanda protes kepada Muhyidin yang mendesak Abdullah meletakkan jawatan Perdana Menteri secara lansung menidakkan umno Pulau Pinang
Reply
Fairdinkum ,
a Mahatma in my own country and I must be very fortunate to have
a soul like this in the midst of our working life, cheers.
Reply
RAMALAN YG TEPAT PD DIRI SAYA,PIMPINAN ATASAN BN/UMNO SELALU SALAHKAN ORNG BAWAHAN ( PEGAWAI KEMENTERAN YG KENA DISALAHKAN DGN SEDADx2 TAK IKUT POLISI PADA HAL SEMUA ARAHAN DARI ATASAN JUGA)KALAU SATU ISU TIMBUL.
SEKARNG MEREKA JADIKAN RAKAN KONGSI CALON B/N.UMNO P.PASIR BAGAI KAMBING HITAM……..
AMARAN PADA PARTIx2 KOMPONEN Be End………….TUNGGU SAJA GILIRAN KAMU SEMUA ( NASIB YG SAMA )AKAN TIMPA PADA KAMU JUGA………………..
JADI BUAT KEPUTUSAN SECEPAT MUNKIN(TINGGALKAN Be End )sebelum SEMUA TERLAMBAT DAN JUGA SEMUANYA HABIS PADA MU……………
UMNO SANGUP GADAI APA SAJA UTK DAPAT KUASA..APA PULA DGN KAMU SEMUA YG LAINx2 DLM Be End..FIKIR FIKIRKAN LAH……
Reply
suara saluran 3 bangga dan tetap bersama pakatan rakyat. kami dah bosan dgn sikap jumud/kuno UMNO menyempitkan minda golongan muda malaysia. masa depan negara ditentukan oleh saluran 3!!
Reply
As Salam Dato Seri,
Ditempat lain kalau strategi mereka menyerang datuk seri dan tok guru berkesan tetapi di permatang pasir dan permatang pauh…taktik ini akan makan diri mereka balik sebab kami rakyat permatang pasir pantang 2 ikon kami si henyak dan di
herdik sebegitu rupa….jadi lagi banyak serangan lagi banyak sokongan kita
perolehi…insyaAllah kita yakin akan menang besar kali ini…
Kubu kuat mereka permatang ara dan bukit indera mulia dah kita takluk….
Jentera sekarang dak masuk kesemua pelusuk…dalam dan luar…InsyaAllah izin
dgn izin Allah ST yg maha kuasa kita akan pertahankan permatang pasir nadi PR dgn
majoriti lebih besar….rekod baru…insyaAllah…
Mereka sekarang hanya bertahan….
Wassalam
Reply
Masaalah sekarang dimalaysia, adalah masaalah kepimpinan selagi tidak ada pemimpin yang bertaqwa selagi itulah masyarakat akan berpecah..oleh itu kenapa pemimpim2 kita tidak memperjuangkan taqwa..selagi tidak ada pemimpin yang sentiasa mengajak kita kembali kepada tuhan(cara tuhan)membesarkan tuhan,mengagungkan tuhan selagi itulah dia bukan pemimpim yang sejati..sy tidak nampak sdr anwar boleh memimpin malaysia sebab formula yang dibawa sama spt BN..lebih baik kita baiki kelemahan BN saja.
Reply
orglama Reply:
August 20th, 2009 at 4:44 pm
Selamat,
Otak hang BEKU!
Reply
RH-PSK Reply:
August 20th, 2009 at 5:01 pm
BN dah tak boleh dibaiki lagi. Dah masuk 51 tahun perintah negara. Yang perlu sekarang ganti BN dengan Pakatan Rakyat. Biar Pakatan Rakyat perintah negara selama 3 penggal dan kita lihat perubahan yang bakal dibuat oleh Pakatan Rakyat.
Insya’Allah, kalau matlamat memperkasakan rakyat menjadi madah perjuangan Pakatan Rakyat maka seharusnyalah dalam masa 2 penggal pemerintahan Pakatan Rakyat, kita akan dapat lihat perubahan yang lebih baik lagi serta keharmonian kaum di Malaysia akan terjalin dengan lebih utuh lagi mengikut acuan Perlembagaan Malaysia.
Ayuh, kita tumbangkan BN dari takhta pemerintahan. Kita doakan semoga UMNO dan parti2 komponen BN yang lain akan berantakan akibat perbuatan khianat dan kezaliman yang dilakukan mereka ke atas rakyat Malaysia. PRU-13 penentu hidup mati Barisan Nasional. Kita pastikan BN tumbang…Insya’Allah.
Reply
dulukini Reply:
August 20th, 2009 at 10:47 pm
bukan otak beku.. tapi orang bengap sbb dia ingat UMNO nie seglanya parti dunia akhirat.
Reply
angkasawan nasa Reply:
August 20th, 2009 at 10:56 pm
Ada juga di penhujung zaman ini orang macam selamat TOP , ni . Kalau DSAI Formula sama macam UMNO BN , tak lah dia masuk Penjara dan dituduh kianat? atau di adu domba, Nak baiki UMNO BN!! aku rasa kalau di suruh tikus baiki labu atau UMNO BN dia pilih Labu!!, dia tahu UMNO dah tak boleh di baiki.
Reply
zdy_pif Reply:
August 20th, 2009 at 11:32 pm
betoi..kita hanya perlu baiki kelemahan BN sahaja..tepat sekali. Kita baiki kelemahan bn dengan….memberi hak setiap rakyat memilih calon jadi PM..bukannya macam la ni dok harap kat undi semua bahagian dlm umno saja yg layak memilih PM malaysia..CANTEEK..!!
Reply
kung fu panda Reply:
August 21st, 2009 at 3:26 pm
Ya !! betul tu, kita kena ikut macam US Pemilihan Presiden di pilih oleh Rakyat bukan macam kat malaysia hanya UMNO sahaja punya hak mutlak memilih siapa akan PM, disini sudah jelas hanya Parti UMNO sahaja dan ahli dia sahaja yang boleh leh jadi PM , kalau UMNO Parti di US alamat Mr Obama tiada harapan jadi Presiden sebab dia bukan Ahli UMNO. Sistem politik yang di guna pakai di malaysia ini dilihat agak berbentuk monopoligami yanag mana di monopili oleh UMNO dan keronisan, UMNO begitu Kapitan (bergologan sesama), budaya ini amat menjijikan pada pandangan dari gologan orang melayu yang terpelajar .
Reply
harapan baru Reply:
August 21st, 2009 at 1:49 am
minyak mustahil akan menjadi air.. air yg keruh tidak akn dapat dijernihkan semula melainkan dengan menggantikan air tersebut dgn air yg bersih dalam sesebuah bekas (negara).
Reply
zamy Reply:
August 21st, 2009 at 8:57 am
selamat,
kalu hang pikiaq mcm tu…mmg hang tak selamat……tepuk dada tanya iman….tapi hang tanya berita harian dan utusan malaysia….. sumber fitnah terkini…..hang tanya tv3 suku….sumber propaganda UMNO-BN terkini……hang tergoda ngan Stu Malaysia…….itu semua propaganda bg menutup wajah pemimpin UMNO-BN lebih2 lg Najid Altantuya al-komisyen……sebenar Satu Malaysia yg BN perjuankan itu ialah…..SATU PEMBOHONGAN : KRONI DIDAHULUKAN, RASUAH DIUTAMAKAN…….hancusssss…UMMMMMPH NOOOOOOO
Reply
roy Reply:
August 21st, 2009 at 10:55 pm
KALAU NAK BAIKI BN,MAKA JADILAH TIKUS BAIKI LABU………
Reply
Lawan tetap lawan!
Reply
Salam.umno memang dari dulu ingat dia je yang elok ..Perasan.semoga PRU 13 nanti umno be end akan bermula jadi pembangkang di Malaysia untuk tahun2 seterusnya dan hanya tinggal kroni2 yg memperjuangkan umnonye
Reply
sAYA TAK SKEW umno….
SAYA AKUI DSAI BAGUS…
TP SAYA TIDAK RELA HAK KEISTIMEWAAN MELAYU DIHAPUSKAN
Reply
Orglama,
otak hang pun 2×5 beku juga sebab tak mau pikiak lebih……hang ingat hang betui…….BN dan PKR lebih kurang 2×5 saja….sorang dok cuba bermati-matian nak jadi PM…sorang lagi nak baiki kelemahan BN kini…akau rasa lebih baik bagi kat BN baiki kelemahan dia…tak kan nak tukar anak kalau anak jahat sangat…bagi peluang dia perbaiki diri….PKR pun bukan betui sangat pun….macam2 masalah….ni belum perintah pusat lagi….track record dia tak berapa baik lagi…semua dok harapkan DSAI 100%…mana boleh….tak ada sorang pun pemimpin PKR selain DSAI yang aku yakin.. tak ada pun yang berkarisma dan berkaliber selain DSAI..wallahualam…
Reply
penang sudah diancam oleh jentera2 umno-bn lah…
hanya kes yd menuduh pakatan yg dulu sudah tutup sebab tanpa bukti bole hidup balik. kes yg melibatkan umno-bn dilupakan shj…ini sudah nyata selangor mungkin susah utk bn-umno rampas balik…sekarang bn-umno pulak mula serang penang. mereka sekarang macam ‘ayam tanpa kepala’ nampaknya. sudah tak tentu jalan…”lost direction” atau hilang fokus rancangan politik mereka.
kalau saya pm saya pecatkan semua ni yg tak guna…rosakkan semua rancangan dapatkan balik selangor. tapi penang kena jaga2 oi. ini cakap2 kopitiam. hahaha.
Reply
UMNO-Barisan Neraka(UMNO-BN) sanggup menggunakan taktik calon2 ahli neraka iaitu membuat fitnah terhadap tok guru. Takut sangat dengan kekuatan tok guru menawan hati kaum2 lain di malaysia. Ni sama kes dengan DSAI.Kena tuduh sini, tuduh sana. Memang patut bagi nama baru kat BN ni. Tapi rakyat bijak, susah nak percaya semua taktik2 ni. cuma orang yang buta hati tak ada ilmu saja yang percaya. Jadi pak turut.TQ DSAI post TVPAS kat sini. Bagi info sket kat orang yang hati batu.
Reply
baca laman web ini…
http://mt.m2day.org/2008/content/view/25886/84/
Reply
Dah makin jelek saya membaca akhbar mahupun TV
Tak serik-serik lagi
Tak sedar-sedar lagi
Menghukum, memfitnah, memutar-belit fakta sebenar
Ketidak adilan dalam melaporkan berita sebenar
Maka makin berkobarlah rakyat memilih PR
Maka makin yakinlah kami dengan PR
Kami tidak berdemo
hanya keputusan Pilihanraya Ke-13 sahaja nanti menunjukkan
Silent Rejection kami kepada kerajaan BN yang ada sekarang ni
Berkuburlah UMNO-BN
Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia terakhir dari Barisan Nasional
Memang tak mungkin mereka akan berubah!
Reply
luv u tok guru
Reply
salam perjuangan dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak DSAI,
UMNO/BN dan semua agen-agennya adalah PENGKHIANAT Negara! Mereka menggunakan seluruh jentera negara ini untuk mengekalkan KUASA supaya mereka boleh mengaut semua kekayaan negara ini dan terus memiskinkan semua rakyat Malaysia.Alhamdulillah,berkat doa mereka-mereka yang teraniaya maka semua taktik kotor UMNO/BN semakin terdedah satu persatu dan rakyat kian mendapat hidayah dan petunjuk jelas terhadp kemungkaran yang mereka lakukan.
Pemilihan calun UMNO/BN yang korup dan pecah amanah menunjukkan UMNO/BN tidak pernah belajar dari kesalahan lalu dan mereka sewajarnya DIAJAR untuk menghormati KUASA RAKYAT! Ini juga sebagai bukti UMNO/BN ditunjangi oleh pemimpin yang RASUAH, PECAH AMANAH dan disokong oleh penyokong yang mempunyi agenda peribadi untuk mengkayakan kelompok mereka. Ini jauh berbeza dari perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan yang sanggup berkorban apa sahaja secara sukarela untuk mencapai matlamat memulihkan sistem negara ini yang semakin dihancurkan oleh pentadbiran UMNO/BN.
Kes PFKZ dan Teoh Beng Hock BUKAN KES FITNAH tetapi Kisah Benar pentadbiran UMNO/BN. Kenyataan Ahli Parlimen Serawak yang memiliki Syarikat Kuala Dimensi berhubung ‘mesin ATM’ UMNO/BN dan pucuk pimpinan MCA juga merupakan Kisah Benar. Surat Misteri kes TBH yang mula dipaparkan di laman Webb termasuk di http//mykampungku.blogspot juga mengesahkan tekaan rakyat terhadap misteri kematian Teoh Beng Hock. Semua kejadian ini membuktikan kebesaran Allah mengatasi segala-galanya walaupun usaha kenyataan UMNO/BN diterjemahkan melalui watikah Sultan dan Raja cuba dilakukan. Rakyat jelata juga lebih mengetahui dan dapat membezakan antara raja yang bersemayam untuk memberi keadilan kepada rakyatnya dan raja yang bersemayam untuk menyokong sistem yang memberikan keseronokan di kelab-kelab malam dan juga habuan kontrak!
Detik suara hancing dan busuk serta caramana bahasa UMNO/BN dipaparkan tidak dapat disembunyikan orkestranya dan cepat dihidu oleh rakyat. Ini semua adalah kerana perkara hancing dan busuk yang dilakukan UMNO/BN telah terhidu hingga ke seluruh pelusuk negara kesan kebAngkitan rakyat yang didukung oleh keutuhan PAKATAN RAKYAT. Rakyat hari ini adalah rakyat yang celik dan bukan lagi rakyat yang boleh diadu dumba dengan pembohongan dan fitnah yang mensasarkan bahasa ekstrim agama, bangsa dan juga suku kaum. InsyaAllah cubaan UMNO/BN memintal pandangan dan lontaran kata-kata Mursyidul Am PAS TIDAK MEMPENGARUHI RAKYAT. Kalau orang tionghua, orang india boleh memahami dan menerima TGNI maka sudah tentu orang Islam tidak akan tergerak walaupun sebesar zarah untuk mempercayai FITNAH UMNO/BN ke atas TGNI. Hanya orang UMNO/BN sahaja yang akan terus buta mata dan hatinya kerana mereka adalah golongan yang telah mati hati dan jiwanya untuk melihat antara kebenaran dan kebathilan!
Mainan Fitnah dan Pembohongan media UMNO/BN di TV3, RTM dan semua media cetak yang dikepalai Utusan Meloya sudah menjadi kisah Mat Jenin yang ditertawakan oleh rakyat. Ulangan hentaman dan serangan terhadap mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat sudah semacam musim durian runtuh. Bau tohmahan dan fitnah yang dilemparkan UMNO/BN sudah tidak menjadi kudis pada iktikad dan Ilthizam rakyat untuk menguburkan UMNO/BN dalam PRU13.
Sementara langit masih terbuka luas dan pintu kebenaran makin terserlah, maka kita menyeru supaya semua penyokong UMNO/BN kembalilah ke pangkal jalan dan marilah bersama-sama menaiki BAHTERA RAKYAT dalam meninggalkan fahaman sekularisma UMNO/BN yang bukan sahaja tidak menghormati Islam bahkan semakin sesat dengan keseronokan unuk mengekalkan kusa di dunia.Janganlah kita terus hanyut dengan sumpah Althantunya, sumpah Shaiful dan kini mungkin sumpah calun UMNO/BN di Permatang Pasir dan mungkin akan ada sumpah Ong Tee Kiat semata-mata untuk menghalalkan UMNO/BN berkuasa. HANCUR UMNO, HANCUR BN, HIDUP RAKYAT!
Reply
hidopANWAR Reply:
August 21st, 2009 at 1:25 pm
Syabas sahabah! Pembentangan yang sungguh hebat dan wajar diberi pujian tertinggi
Reply
pelik gak aku..kenapa mufti tak pi tangkap ke…tak pi jumpa nik aziz ke amik statement dia? tetiba je buat muzakarah kata nik aziz salah…heran betui..takut nak berdebat dgn tok guru ke? hihihi…
Reply
kuda kepang STC Reply:
August 23rd, 2009 at 12:54 am
Hina Ulamak nanti allah akan turunkan kuman yang lebih ganas dari H1N1 atau B1N1. Oleh itu sebelum kita hina Tuan Guru atau persendakan Ulamak kita kena fahan selepas nabi yang ada ulamak jika kita persendakan Ulamak sama juga kita persendakan agama allah ” firman allah “Azab ku amat pedih” baru kita kena H1N1 pun kita dak kelang kabut. kalau datang kuman H1N1 A =H2N2 baru padang muka!! semua takut keluar rumah kempen PRU pun guna internat Blog dan sebagai nya nak beli barang guna Home Shoping kat Internat nak makan oder kat pizza dan MD.
H1N1 pun kita tak sedar lagi ok kita tunggu bala seterusnya. hinalah ulamak lagi!!!!
Reply
Assalamualaikum,
Jelas dan telus apa ynag diperkatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Memang BN sunggup memutarkan belit cerita…Takbir 3X..Cerita tak betul jadi “betul”….Cerita Betul jadi “tak Betul”..Di “hari perhitungan” nanti ,”tidak ditanya apa bangsa mu?” sebenarnya Apa Agama mu? Usah dibanggakan Bangsa.
Sunggupkan duit cukai kamu digunakan untuk memperkayakan Pemimpin yang kaki “Song-lap”…Kesian…
Lawan Tetap Lawan….
Reply
ayahanda ANWAR yang saya kasihi,
tolong paste kan surat asal yang diserahkan oleh para pegawai yang jujur dalam SPRM untuk tatapan bersama..
ia ada didalam blog ‘anak sungai derhaka’.untuk memberi kesedaran kepada rakyat seluruhnya
Reply
sy sokong TGNA..semoga panjang umur amin
Reply
SALAM SEJAHTERA DSAI DAN SEKELUARGA!SALAM KEPADA SELURUH INSAN DITANAHAIR MALAYSIA.
SAUDARA DSAI, DALAM ARENA POLITIK PERKARA PERKARA MACAM INI ADALAH BIASA.YANG SANGAT PENTING ADALAH CARA KITA MENGHADAPI DENGAN KEBIJAKSANA DAN KESABARAN .RAKKYAT KINI BUKAN BUTA DAN PEKAK. KAMI TAHU APA YANG DOK BERLAKU.
RAKYAT MASIH BERSATU TANPA SLOGAN! SILATURAHIM DIANTTARA KAUM TTDAK PERNAH DIGUGAT.RAKYAT TIDAK BOLEH DI TIPU DENGAN SANDIWARA POLITIK SEMASA.DIDALAM DUNIA SIBER, KINI MANUSIA TERBKA KEPADA PEMIKIRAN SEJAGAT.
SETIAP UCAPAN TOK GURU DAN DSAI JIKA DI HALUSI DENGAN TELITI ADA TERSIRAT FALSAFAH NYA DAN SETERUSNYA MENYUBURKAN PEMIKIRAN MANUSIA SEPERTI DI ZAMAN IBNU SINA.SYURGA DAN NERAKA ADALAH HAK MASING MASING, TERTAKLUK KEPADA TINGKAH LAKU SESEMANUSIA DAN AQIDAHNYA.PEMMERGIAN KENERAKA DAN SYORGA TAK MELIBATKAN PIHAK KETIGA.DAN KEPADA SESESIAPA YANG MASIH DOK PERTIKAIKAN BICARA TOK GURU MAKA MEREKA BOLEH DIGOLONGKAN DALAM KUMPULAN SAYA GELAR”"GOOD FOR NOTHING”
I HOPE ONE DAY, WE WILL KICK ALL THE NONSENSE GOVERNMENT OFFICIAL WHO ARE ALSO GOOD FOR NOTHING!MEMUTAR BELITKAN SETIAP UCAPAN TOK GURU DAN DSAI!
Reply
DSAI pemimpin yg beribawa…mmberi harapan baru untuk malaysia
Reply
UMNO MMG PENAKUT…SEMBANG JEW BERANI…
BILA AJK BERDEBAT MCM2 ALASAN….
1 MALAYSIA RAKYAT DIBELAKANGKAN…
PENCAPAIAN DIABAIKAN…
INILAH UMNO….
U-UNTUK
M-MASYARAKAT
N-NO
O-OTAK
Reply
Sokong UMNO tk masuk syurga….
Reply
SAYA SARAN KAN TOK GURU MENFAILKAN SAMAN KEATAS PILIK BERKENAAN, SAMAN MALU, SAMAN PUTAR BELIT, SAMAN KERUGIAN, DAN LAIN2…. JANGAN BIARKAN MEREKA AMIN
Reply
Semoga kemenangan berada di pihak yang benar.
Reply
If you are innocent, you must fear MACC – Malaysia All Corrupted Cops – and keep away from them.
Otherwise you would land up dead or your leg injured. Reason – you are not of the same kind.
Malaysia government motto: Kill the innocent and protect the corrupted.
Reply
mari kita sama-sama buat solat hajat.biar siapa yg buat adu domba pada tok guru allah akan balas dgn azab
Reply
TGNA-DSAI dan gandingan ulama-umarak yg menjadi contoh-tauladan kpd saf pimpinan Pakatan Rakyat dan harapan ummat utk reformasi dan perubahan
Reply
taktik sebegini tidak lg berkesan -> memutarbelit & memfitnah
umno akan bunuh diri sendiri
Reply
Antara ahli UMNO dan Penyokong UMNO sudah tentu ada bezanya. Antara Islam Plastik dan Islam Palestine sememangnya amat jauh bezanya. Antara yang mendengar dengan sifat dan niat mengADU DOMBA dan berhajatkan FITNAH sudah tentu akan menerima balasan setimpal atas kemungkaran yang dicaturkan di bumi Allah.
Amat bertuah rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita dari media dan pemimpin UMNO/BN sudah menjadi pekak dan tuli sebelum tiba PRU13. Maka akan lahirlah ahli dan penyokong UMNO yang pekak dan tuli walaupun hakikatnya mereka itu masih sempurna pancainderanya. Inilah antara sifat-sifat akhir hayat UMNO/BN dalam menghitung hari-hari akhirnya untuk disemadikan dalam keadaan kufur atas kesenangan yang mereka nikmati hasil penindasan terhadap rakyat.
Media dan pemimpin UMNO/BN akan terus membawa berita pekak dan tuli dari kisah Surat Misteri dan SPRM, Teoh Beng Hock, Kugan, PPSMI, PKFZ, Kekejaman dan Kezaliman FRU/Polis, Imbuhan hasil Minyak kepada Kerajaan Kelantan, Istana Khir Toyo dan kisah lompat melompat parti serta pelbagai skrip dengan tujuan untuk meminggirkan kuasa rakyat.
Majlis Fatwa juga menjadi makanisma UMNO/BN yang gopoh dan gelojoh untuk mengekalkan darjat dan pangkat dalam mengejar kehidupan duniawi. Secara umumnya semua sistem yang ujud di zaman pemerintahan UMNO/BN ini akan dimaktubkan sebagai satu sejarah hitam selepas PRU13. Kita mengalu-alukan dan perlukan lebih ramai lagi rakyat Malaysia seperti pegawai-pegawai SPRM yang berani menyatakan kebenaran. Semua ini adalah bukti nyata bahawa rakyat sedang merindui kebebasan dari kekangan UMNO/BN yang zalim dan kejam! Hancur UMNO. Hancur BN. Hidup Rakyat!
Reply
Tks..saudara2 sy bagi respon..tuan2 kena ingat..tuhan suruh kita berusaha saja yang boleh beri bekas / merubah hanya tuhan saja.
Reply