17
Jul
09

Abdullah: K’jaan harus berani hapus ISA

Dari : Malaysiakini

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar “berani memansuhkannya.”

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

“Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

“Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan,” beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Dicemari stigma negatif

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya “kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA” sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

“Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

“Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik,” katanya seperti dilaporkan.

Pemuda Gerakan berdemo

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

Parti itu juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap – dan turut serta dalam – demonstrasi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi.

Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah “sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)”, dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.


31 Responses to “Abdullah: K’jaan harus berani hapus ISA”


  1. 1 kung fu panda Jul 17th, 2009 at 8:49 pm

    Ini budaya Menteri UMNO sewaktu berkuasa. segala gala dipergunakan untuk terus berkuasa, setelah tidak berkuasa depa akan kata yang depa guna itu tak betul. jadi ini satu sigenal kepada rakyat bahawa apa yang ada dewasa ini perundangan dan sistem yang sedia ada cukup pincang, percayalah Jika Najib sudah tidak berkuasa dia akan kata, siasatan isu Razak baginda tidak betul. jadi ini jelas lagi di suluh oleh bekas peminpin UMNO tetapi jika rakyat tidak faham juga saya tak tahu lah, rakyat jenis apa yang ada di malaysia ini????

    Reply

  2. 2 pakgah santan Jul 17th, 2009 at 9:52 pm

    apakah anak TEOH akan di tahan di bawah ISA??? . Isu Teoh akan menbuat orang cina menjauhkan diri dari BN !!!???? segalanya terjawab pada FRU 13 nanti.

    Reply

    pakgah santan Reply:

    Ralat!!!! PRU 13 nanti. segala kesilapan amat di kesali.

    Reply

  3. 3 blacknwhite Jul 17th, 2009 at 10:45 pm

    menghapuskan ISA bererti menjerumuskan malaysia dalam suasana huru hara dan ketidakstabilan

    Reply

    ulam batar Reply:

    Apa you ingat ISA itu Nabi Isa ke!! Isa bukan nabi Isa adalah ciptaan manusia. Apa yang kita binbang Isa disalah gunakan oleh pihak pihak tertentu demi kepantingan pihak tertentu. rasanya banyak cara lain yang boleh di fikirkan untuk bendung huru hara dan ketidak kesetabilan . cantohnya Amerika itu apa yang tidak ada untuk penguatkuasaan, penjara Jenis apa yang tiada, tahanan jenis apa yang tiada. produk siksaan jenis apa yang tiada!!, tetapi negeranya tetap bermasaalah. ini bukan soal pencegahan dan penguatkuasaan dan hukuman. kita kena berbalik kepada asas kehidupan kepentingan pokok iaitu asasnya keluarga , keluargalah kilang menhasilkan insan yang berguna untuk negara mahu pun dunia jika keluarga pincang maka terlahirlah masyarakat yang pincang hiliran itu keluarga bahagia bakal menjadikan Negara bahagia. jika tidak sangsaralah Negara.

    Reply

  4. 4 kejora Jul 17th, 2009 at 11:04 pm

    hah! baru sekarang nak suruh hapuskan ISA! Masa perintah dulu bukan main pertahan ISA, sekiarang baru tahu tinggi rendahnya langit. Paklah, saranan kamu betul2 menggelikan hati. Elok kamu tidur saja, habis cerita!!!

    Reply

  5. 5 wira Jul 17th, 2009 at 11:09 pm

    memang betui! Paklah ni sengaja nak cari publisiti, tapi tak tahu diri. Malu aku sebagai rakyat malaysia masa dia jadi PM kerana wibawanya yang rendah. Sekarang baru nak bersuara, buat apa? Elok Paklah penuhkan saja saf makmum di masjid, usah nak memandai-mandai ajar orang.

    Reply

  6. 6 leha Jul 17th, 2009 at 11:16 pm

    Diam aje kamu paklah, kamu tu dah tak laku lagi, idea kamu tu basi. Orang dah tak heran lagi dengan kamu. Jangan nak tambah barisan merapu, nak ajar PM konon. Cukuplah si mahathir yang sekor tu. Kalau masa perintah dulu kamu cakap macam tu, taklah malaysia jadi macam ni. Bila nasi dah jadi bubur baru nak bersuara. Elok benar kamu disuruh tidur.

    Reply

    lupikirlahsendiri Reply:

    betul tu leha…cakap tak serupa bikin. dah la tu, tak pernah tepat waktu…

    Reply

  7. 7 marheim Jul 17th, 2009 at 11:20 pm

    dulu bukan main penakut, sekarang baru nak tunjuk berani, buat ape? Takpa najib, teruskan ISA.

    Reply

  8. 8 mohd norazlan bin abd karim Jul 18th, 2009 at 1:09 am

    Saya setuju dengan saranan tun abdullah. PM kena berani membuat pembaharuan sepertimana slogan beliau 1 malaysia. Rakyat sedang memerhatikan kekuatan PM untuk membuat pembaharuan dengan mengembalikan keadilan , kebenaran serta keselamatan kepada rakyat sebagai hak rakyat. Ini akan mengembalikan kepercayaaan rakyat kepada kerajaan. Langkah-langkah yang dibuat oleh Pak Lah hendaklah diteruskan agar rakyat merasa lebih terjamin dari segi keadilan dan keselamatan

    Reply

  9. 9 kentut Jul 18th, 2009 at 2:21 am

    pak lah sembang kencang.. masa jadi PM awat tak hapus terus… penakot ka?

    Reply

  10. 10 buntal Jul 18th, 2009 at 4:34 am

    publisiti murahan……… nak bagi orang tau yang dia masih hidup lagi.

    Reply

  11. 11 Ghifarix Jul 18th, 2009 at 7:45 am

    When did this spineless moron found out that the ISA should be abolish- after he throw CCD Dato Ramli to the wolves. You as Prime Minister negated your responsibilities to the citizenry. You wasted a mandate of love and tolerance ,instead went on a rampage with your 4th Floor punks ripping off the country coffers. You became incensed to public cries and civil outrage. You treated Mahathir’s detainees as though they were not your personal fight yet you used the courts and bail system to harassed intimidate just the same. Sincerely I expected you to just keep your docile ass quiet after your unceremonious rejection. Go to hell! there is no way you can undo your sorry contribution. You switched the ISA for the MACC.

    Reply

  12. 12 ai yo yo Jul 18th, 2009 at 9:16 am

    Good Morning Pak Lah……

    Reply

  13. 13 mtgbertam Jul 18th, 2009 at 10:51 am

    Saya tak mahu ulas kenapa dulu Paklah tak mahu mansuh ISA.

    Kenyataan sebegini menunjukkan kalau seseorang itu berada di puncak kuasa, segala kritikan, keluhan, rasa tidak senang rakyat tidak dipedulikan mereka. Mereka sudah immune (lali) dengan segala kritikan.

    Bila bebanan tanggung jawab sudah tiada, kuasa sudah tiada, dah jadi rakyat biasa barulah dapat berfikir dan mempunyai simpati yang rasional.

    Fenomena ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yg berada di puncak kuasa, tetapi tidak digagaskan dengan IMAN di dada. Gandingan kekuatan akal, perasaan dan jiwa hendaklah samarata. Kekuatan jiwa sahaja akan melahirkan pemimpin yg kejam. Kekuatan perasaan sahaja akan melahirkan pemimpin yg lemah, manakala kekuatan akal sahaja akan melahirkan pemimpin yg sesat agamanya.

    Peringatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat, anda juga boleh menjadi seperti ini jika tidak melengkapkan diri dengan IMAN dari sekarang.

    Untuk Pak Lah, jadikan perjuangan memansuhkan ISA satu perjuangan anda sekarang mudah2an Allah ampunkan kesilapan kezaliman anda dulu.

    Reply

  14. 14 nan Jul 18th, 2009 at 12:50 pm

    bahas dlm sidang parlimen secepat munkin, bawa usul, mansuhkan laahh ISA dgn segera…!!! InsyaAllah…Aameenn…Aaminn…semoga Allah The AlMighty perkenankanNya…

    Reply

  15. 15 hidopANWAR Jul 18th, 2009 at 1:30 pm

    ISA bolih dijadikan satu issue besar rakyat akan gunakkan untuk menyokong kerajaan mana yang akan memerintah negara didalam pilihanraya akan datang.

    Pakatan Rakyat ternyata menuntut agar ISA dimansuhkan. Bn masih terkebil2 lagi mengenai issue ISA ini.

    Kalau dikirakan sekarang ada pilihanraya negara, Pakatan Rakyatlah yang berhak memerintah sebab tanpa diragu2 bahawa Pakatan Rakyat memperjuangkan dengan jelas supaya ISA dimansuhkan dan pendekatan baharu didalam akta ini wajar diadakan supaya ISA tidak disalahgunakan sewenang2 nya dengan segala jenis salahlaku.

    Sudah sampai masanya rakyat negara lebih matang menolak kezaliman,kejahatan,kemungkaran dan ketidakadilan. Rajin2lah mengambil tahu dari kedua2 belah pihak samaada BN atau Pakatan Rakyat!

    Cara yang paling senang rakyat buat ialah dengan mengira berapa banyakkah salahlaku dan tidak keadilan yang dilakukan baik dari BN atau Pakatan Rakyat! Pembangunan negara bukan ukuran yang sebenarnya sebab budak sekolah darjah lima pon pandai memikirkan bagaimana hendak membelanjakan duit yang sebegitu banyak. Tiada gunanya pembangunan kalau kerajaan tidak bersih,cekap,adil dan amanah dan meletakkan kemakmoran rakyat terlebih dahulu tanpa mementingkan diri sendiri,keluarga dan sahabat handai.

    Sekian

    Reply

  16. 16 nor Jul 18th, 2009 at 4:20 pm

    hahahahahaahahahahahaha..tiru Dr.M ke? meluat~

    Reply

  17. 17 nor Jul 18th, 2009 at 4:24 pm

    ni nak tambah sikit..mujur dia tak cakap>> “berani memansuhkan be-end”..wakaka!

    Reply

  18. 18 wakLanau Jul 18th, 2009 at 8:56 pm

    Saya setuju sangat dengan Kung Fu Panda….

    Rakyat Malaysia sekarang hanya perlu buat 1 benda saja untuk nak realisasikan 1Malaysia…

    UBAH, UBAH dan BERUBAH!!!!

    Jangan la kita dok di takok lama saja… malula dengan negara lain.

    http://www.myvemma.com/theonenonly

    Reply

  19. 19 semutemerah Jul 18th, 2009 at 9:30 pm

    PENING…????

    Reply

  20. 20 pengundi mereng Jul 19th, 2009 at 1:04 am

    Salam semua.
    Nampaknya kerajaan yg memerintah Malaysia ini macam Amerika..dibawah telunjuk zionis spt cakap Tun Mahathir.

    Apabila pemimpin BN berkuasa semua akta adalah betul..tapi bila sudah letak jawatan semua akta perlu dilupuskan..sabiji macam cakap G.Bush Presiden Amerika satelah berhenti kata dia silap menyerang Iraq.

    Adakah Malaysia juga sekarang ini dikuasai olih kumpulan yg menguasai pemimpin UMNO/BN??? spt zionis menguasai Amerika??

    Reply

  21. 21 granpa Jul 19th, 2009 at 7:03 am

    Paklah……Paklah…..! Gamaknye baru tumbuh misai baru ke……?

    Perbih kelako pemimpin BN terutama yang ni…. Sama jugak macam yang lain2 sebelumnya….

    Reply

  22. 22 azidi Jul 19th, 2009 at 1:40 pm

    Sebenarnya ISA tak perlu dihapuskan cuma pelaksanaannya perlu dibuat benar2 kepada OKT yang mengancam keselamatan negara dan bukan kerana politik. Itu sahaja. Kalaupun kena ISA, mereka masih boleh pertahankan diri dengan akta sedia ada atau harbes courpes (sorry wrong speeling may be) Jadi ketatkan ISA demi pencegahan. Mencegah lebih baik dari merawat.

    Reply

    azrul Reply:

    pak dolah, pak dolah. hang ni tak payah la nak tunjuk terer, pi la tidoq jgn dok tunjuk macam hang tu terer sangat. masa hang jadi PM dulu pasai apa tak mau kalut. hang tu spesis pupus, bebal bodo tak boleh ajaq. la ni kalau brani sgt bawak la masuk parlimen, bahas tgk

    Reply

    Jay Reply:

    tak payah…sebenarnya cari jalan macamana nak halang menteri2 gunakan ISA jer…tu je masalahnya…

    Reply

  23. 23 LeeManChoo Jul 20th, 2009 at 4:22 am

    Bila dah x jd PM,sebok nak ckp ISA,nak suruh hapus kn lah…Mas jd PM dulu xmau buat,cuba ckp masa hang PM dulu,semua menteri2 dan ekor2 menteri pun angguk setuju…sekali dgn Najis n katek dan pengguen pun terkedek2 sokong anggokk…….Sekarang dah x da kuasa baru…a nk ckp,dah trlambat la…peee geee dah……..

    Reply

  24. 24 Bukit besi Jul 20th, 2009 at 11:29 am

    Anda mungkin ragu-ragu untuk mengeluarkan RM2 atau RM3 untuk menyertai program menjana wang di internet. Sesetengah program ini memang benar dan berbaloi untuk disertai. Namun adakah anda bersedia untuk mengeluarkan wang dalam jumlah yang sedemikian? Dengan modal serendah RM50 sahaja anda mampu menjana pendapatan yang lumayan!! Sila layari link berikut untuk maklumat lanjut.

    http://www.perigiduit.com/?ref=MATPAT87

    Reply

  25. 25 ore kelate Jul 20th, 2009 at 12:56 pm

    doloh!
    guano mu ni bengong sangt??bakpo loni bru mu nk kecek pandai??
    bakpo time mu jdi PM dlu mu x mansuhkan benda ni trus??mu tkut ko??
    time mu sain kt dokumen untuk pnahanan dlu,ado mu pkir psal anak2 ore yg mu than 2??ado pkir psal bini2 hok mu tahan??ado pkir psal ibu bapa kpda pesalah hok mu tahan,yg mana anok2 2 la tmpat ibu bapa 2 berharap cri mkn untuk dio time ari tuo!!ado mu pkir belako 2??
    slpas xdok jawatan loni bru mu nk tunjuk mu ni prihatin??mu ni pandai bgi idea??bengong ko mu ni??
    ore mace ni yg x mampu bt gapo2 ni senyap sudohla…ajok bahas,xsir!!penakut!!
    soal penahanan 2,nnt mu jwbla ngan tuhan!!gapo doh mu bt time mu jdi pemimpin dulu!!mu aniaya ore bkn skit!!ramai….mu ngan mahathir samo jah!!samo2 bengap!!

    Reply

  26. 26 maw Jul 22nd, 2009 at 5:47 am

    selamat pagi pak lah ,baru nak celik mata pak lah ooi!!.semasa pak lah tidok dah berapa ramai orang tahanan dah jadi arwah terbaru adik teoh.yang dalam simpanan yang pak lah redhai tu hanya pak lah aja maha mengetahui.hebat sunggoh pak mahataik kutty ,pak lah dan sekarang pak jib pulak yang mewarisi jari jari hantu ni ya!.tak apa rakyat tak akan pandang belakang lagi dan rakyat akan terus mencari keredhaan illahi untok suatu kemenangan.sokong padu apo ore kelate 12.56pm ghoyak tu dan jangan khuatir pak mahataik kutty,pak lah dan pak jib apa yang sedang telah akan kamu lakukan atau usahakan,sang pencipta diri kamu itu lebih hebat lagi perancanga dan balasanya.selamat malam pak lah.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @exAvantz Sewajarnya mereka jawab dgn fakta dan hujah.Sebaliknya ugutan dan kuasa rakus. #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @khalidkarim Persistent pressure!But I've gone true worse.Pray all is well #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @fahmi_fadhil Umno is clearly desperate.To deflect fr corruption,economy,crime #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @wengerkhairi Dgn alGore,Mary Robinson"Generations"sekuramg2nya 2X setahun.Bincang:krisis ekonomi;alamsekitar;kemiskinan;wanita #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @donmalaysia Pl Don't give credence to defenders of a corrupt order #fb
7 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031