(video ehsan Malaysiakinitv)
Kenyataan Akhbar
Pakatan Rakyat
2 Julai 2009
Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian
Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.
Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.
Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
YB Mohamed Azmin Ali
Ketua Whip
Ahli Parlimen PKR
YB Tan Seng Giaw
Ketua Whip Ahli Parlimen DAP
YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim



















Saya juga amat setuju jika ketua ketua Cabang diberi mandat untuk memegang portfolio kecil merujuk kepada portfolio exco exco, ini bagi memberi ruang ketua cabang berurusan dengan exco exco yang berkitan.
Sebarang cadangan cadangan ketua cabang akan membawa ke musyuarat negeri, dinegeri akan dibawa kemusyuarat pre council sidang DUN, disidang DUN, Exco akan membentangkan.
Sekian
Reply
hidopANWAR Reply:
July 2nd, 2009 at 5:46 pm
Setuju 1000%! Teruskan memberi cadangan yang bernas!
Reply
Arafat Reply:
July 2nd, 2009 at 6:55 pm
Saya Terdetik untuk memberi komen,kt perlu amalakan kembali bagaimana zaman kemerdekaan,dimana semua kaum diberi penekanan hak masing2,ia perlu jelas agar tidak timbul masalah akibat ketidak ambikiraan sesetiviti sesebuah kaum.Dalam masa sama kita perlu mengambil kira sejarah sebagai asas dalam meneruskan perjuangan agar tidak berlaku seperti 13 mei 1969..ini jelas, malaysia terdiri dari pelbagai kaum dengan nisbah 66%peratus adalah melayu dalam masa sama cina dan india juga merupakan rakyat malaysia.
Reply
Pak Malek Baretta @ Pak MB Reply:
July 4th, 2009 at 10:01 pm
Salam Reformasi kepada DSAI dan semua…
Pak MB nampak ciri-ciri ‘kematangan’ dalam komen sdr Arafat. Tahniah Sdr Arafat di atas ‘keberanian & keikhlasan’ komen sdr yang walaupun ringkas tetapi padu dan tepat kepada apa yang hendak disampaikan.
Keputusan PRU12 menunjukkan Rakyat mahukan ‘perubahan’ manakala keputusan PRK Permatang Pauh jelas menunjukkan Rakyat telah sedia ‘menguburkan’ sentimen perkauman yang sekian lama digunapakai oleh umno/bn bagi mengekalkan pemerintahan mereka melalui pendekatan ‘pecah & perintah’ (divide & rule).
Kebelakangan ini, Pak MB berasa amat risau dengan gelagat sebahagian besar Kepimpinan PR (termasuk YB-YB Wakil Rakyat/DUN) yang seolah-olah ‘LUPA’ bahawa kemenangan calun-calun PR dalam PRU12 yang lalu adalah kerana SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN DAN BUKANNYA (KESELURUHANNYA) KERANA PENERIMAAN MEREKA KEPADA IDEOLOGI PARTI-PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT. Jika tidak kerana kesilapan berturutan kepimpinan umno/bn melaksanakan beberapa ’strategi politik bodohnya’ (seperti isu Perak) maka Pak MB bayangkan sokongan sebahagian besar Rakyat terhadap PR mungkin telah mula berubah.
Kekecohan dalaman Kepimpinan PR kebelakangan ini (seperti di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan juga isu ‘Unity Gomen’) berlaku mungkin kerana Kepimpinan PR tidak meletakkan isu perhubungan (peringkat Pusat, Negeri, PBT dan Akar Umbi) di kalangan parti dalam PR (PKR, PAS & DAP) sebagai satu ‘keutamaan’ (priority).
Semenjak dari awal lagi (selepas PRU12), Pak MB telah menyarankan kepada Kepimpinan PR untuk membentuk Jawatakuasa Bersama (di peringkat Pusat atau Negeri) yang khusus berperanan untuk memantau dan memperkemaskan perhubungan PR di pelbagai peringkat.
Pak MB berharap Kepimpinan PR (khususnya DSAI) memberi perhatian terhadap saranan ikhlas ini.
Reply
Taniah kepada PR. Taniah DSAI. Baru sahaja saya berbisik kenapa PR belum mendaftar PR secara Rasmi. Cadangkan Bendera Rasmi supaya semua Parti Komponon PR boleh mengibarnya dalam pilihan raya tampa disekat oleh SPR.Penyokong 3 parti boleh bergabung di bawah PR untuk memperkukuhkan lagi kekuatan PR. Dengan penubuhan Jawatankuasa ini, kita telah melangkah satu tapak ke depan. Pucuk pimpinan PR mesti mengambil tindakan tegas menyelesaikan isu terbaru di Kedah. Krisis persefahaman antara parti komponan harus diselasai Pucuk Tertinggi secepat mungkin. Kalau tidak , ia akan melarat seperti H1NI .Jangan perkara ini terjadi bagai ‘Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga’. Ini akan mengganggu kepercayaan rakyat kepada PR dalam PRU 13. Disamping itu, pihak lawan akan menggunakan isu dalam Pilihan raya kecil Manik Urai nanti. Kita harus ingat . Berpakat berkat, bercerai roboh.
Hidup DSAI ! Hidup PKR,DAP & PAS! Hidup PR! Hidup Ketuanan Rakyat!
Reply
Dato seri Anwar…
Kami rakyat malaysia yang menyokong penuh PAKATAN RAKYAT berharap DSAI akan menjadi pemimpin yang benar-benar boleh memimpin PAKATAN RAKYAT yang terdiri dari PKR,PAS dan DAP.kami berharap tunjukkanlah PAKATAN RAKYAT sebagai satu barisan yang kuat dan mantap agar rakyat dapat menerima PAKATAN RAKYAT dengan penuh kepercayaan,saya berharap kejadian yang berlaku di kedah semalam tidak akan berulang lagi,ini hanyalah satu perkara yang amat memalukan,saya percaya setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik,ini kerana tiada masalah yang tak dapat diselesaikan,sekali lagi saya merayu kepada semua pimpinan PAKATAN RAKYAT agar jangan terlalu cepat melatah dan ingin tunjukkkan keegoan masing baik PAS<DAP mahupun PKR,malah tunjukkan kekuatan kumpulan dan kerjasama antara satu sama lain dalam PAKATAN RAKYAT.
HIDUP PAKATAN RAKYAT
VOTE FOR PKR DAP PAS
Reply
Dari Kacamata Halik Zaman:
PEMIMPIN UMNO CAKAP PASAL HAK MELAYU, APA HAK MELAYU ITU?
“Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyelar tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa UMNO gagal menjadi model perpaduan orang Melayu dan rakyat di negara ini dan menyifatkannya sebagai tidak berasas,” kata Datuk Rais Zainuddin, Timbalan Pengerusi Alumni Kelab -Kelab UMNO Luar Negara
Sebaliknya, mereka melihat UMNO sebagai pendokong perpaduan yang membawa ke arah kemerdekaan negara bersama-sama parti MCA dan MIC. Kemerdekaan yang dicapai pada hari ini adalah hasil kesepakatan rakyat yang menjadi asas kukuh perpaduan negara sejak 52 tahun lalu. Kata Datuk Rais Zainuddin lagi.
ULASAN HZ
Memanglah kalau NGO Melayu, yang dapat bantuan Kerajaan atau lebih tepat “Belaan UMNO” tentu sekali tulis dan cakap mereka, mestilah sokong dan puji UMNO punya.
Datuk Rais Zainuddin cuma bangga kerana kemerdekaan Malaya 52 tahun yang sudah. Tapi beliau tidak cakap, apa kah isi kemerdekaan yang di beri oleh UMNO selama 52 tahun kepada rakyat Malaya/Malaysia?
Pemimpin-pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang ini, mereka cakap pasal Ketuanan Melayu, hak orang Melayu dan Bumiputra. Mereka cakap dan tulis berulangkali. Bukan sahaja Warga Negara Malaysia bosan, orang Melayu dan Bumiputra sendiri dah jadi bosan tegar mendengarnya. Semua orang sudah tahu hak Melayu dan Bumiputra ada terlindung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Cuma orang Melayu dan Bumiputra yang masih belum tahu, hak Melayu dan Bumiputra apa jenisnya yang sudah terlindung? Tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO yang dapat memberi tahu satu persatu pengertian, “Hak orang Melayu dan Bumiputra yang berbentuk apa yang sudah dilindungi?”
Apa dia Hak orang Melayu dan Bumiputra? Dapat tanah orang Melayu dan Bumiputra kah? Dapat rumah orang Melayu dan Bumiputra kah? Di lindungi kah Kampung orang Melayu dan Bumiputra oleh Kerajaan? Atau rawatan di hospital Kerajaan percuma untuk orang Melayu dan Bumiputra kah? Masih belum terjawab hingga sekarang.
Orang Melayu dan Bumiputra mengharap mengenai tanah mereka yang dilindungi oleh Kerajaan kah? Ada juga orang Melayu dan Bumiputra tidak punya tanah. Banyak orang Melayu dan Bumiputra tidak punya rumah sendiri. Mereka tinggal di rumah setinggan. Kampung orang Melayu dan Bumiputra pun ada yang diroboh dijadikan bandar. Hospital Kerajaan pun orang Melayu dan Bumiputra kena bayar juga. Bukannya percuma kalau pembedahan atau nak jumpa doktor pun kena bayar juga. Jadi, hak apa yang terlindung?
UMNO mengharapkan Kerajaan Perpaduan diwujudkan. Bila sudah wujud Kerajaan Perpaduan, yang untung bukan orang Melayu dan Bumiputra, yang untung cuma individu pemimpin pemimpin UMNO yang mahu kekal jadi Menteri sehingga 30 tahun. Mereka sahaja yang untumg dalam Kerajaan Perpaduan kelak.
Rakyat tetap kekal, “Kais pagi makan petang, kais petang makan pagi.” Lama punya lama Kerajaan Perpaduan, tidak ada Pilihan Raya Umum lagi. Runding sahaja di meja bulat untuk bentuk Kerajaan. Main lantik-lantik sahaja, serupa ” indirect election”.
Kalau Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, teringin sangat nak buat Kerajaan Perpaduan, buat sahaja UMNO dengan PPP, AKIM dan PBRS. Pun boleh bikin Kerajaan Perpaduan juga. Jadi role model dulu. NGO belaan UMNO pula boleh lantik jadi Senator, Ibrahim Ali jadi Speakernya. Semua profesor profesor dan cendikiawan UMNO, lantik sahaja sebagai ” Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Ampu Ampu” kepada Menteri dan UMNO. Saya fikir sebegini mungkin satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk Kerajaan Perpaduan?
HZ
Reply
hidopANWAR Reply:
July 2nd, 2009 at 5:47 pm
Sudara HZ,
Pendedahan yang bagus. Teruskan mencelikkan mata semua. Sokong 1000%
Reply
wah Reply:
July 3rd, 2009 at 9:56 am
Saudara HZ,
Pendedahan yg terang Hak org Melayu dan Bumiputra boleh mengurangkan keraguan yg timbul di kalangan Bumiputra dan Bukan Bumiputra. Org bukan Islam tahu menghormati adat resam org Islam dalam bulan Ramadan. Begitu juga dengan hak org Bumiputra dan Melayu. Selain daripada itu kedaulatan Sultan disanjungi.
Reply
pemikir Reply:
July 3rd, 2009 at 11:33 pm
sy rs pe y d tlis oleh halik zaman 2, orng y ptt jwp adalah dsai sdr krn dl pn dsai orng kanan parti ameno n bn….xpyh srh orng ameno skrg y jwp
Reply
sdr.
Cadangan baik,apakah suara PR ni dpt merialisasikan pandangan wakil semua?
atau sekadar memanaskan kerusi empuk saja….so renung2…..
Reply
apsal ada 3 nama jer?
Reply
tolong beri penekana sejarah,hak setiap kaum dan nasionalis dalam perjuangan agar jelas.
Reply
DAP PLEASE GROW UP.
HAVE YOU GUYS FORGOTTEN JE VIRUS AT BKT PELANDOK.
WE THE CHINESE ARE THE DIRTIEST CREATURE AROUND.
TAKE A LOOK AT SEREMBAN MARKET AND OTHER PLACES OPERATED BY THE CHINESE. IT IS A REAL DISGUST. AMAT MEMALUKAN AND BEYOND CURE. ONLY CARE ABOUT PROFIT.
FOR ONCE I AGREED WITH PAS ON THIS ISSUE.
Reply
Mungkin DSAI terlupa lampirkan senarai tersebut. Berikut :
Kenyataan Akhbar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat – 2 Julai 2009
Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.
Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.
Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Dikeluarkan oleh:
YB Mohamed Azmin Ali, Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, YB Tan Seng Giaw Ketua Whip Ahli Parlimen DAP dan YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS
JABATAN PERDANA MENTERI
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah, YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, YB William Leong, YB Ahmad Kasim, YB Fuziah Salleh daripada PKR.
YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, YB Ust Nasharudin Mat Isa, YB Salahuddin Ayub, YB Dr Hatta Ramli, YB Dr Dzulkifli Ahmad
YB Taib Azamuddin, YB Khalid Samad daripada PAS.
YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB M Kulasegaran YB Ngeh Koo Ham, YB Gobind Singh Deo, YB M Manogaran daripada DAP.
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
YB Dato’ Johari Abdul, YB Salahuddin Haji Ayub dan YB Karpal Singh.
KEMENTERIAN KEWANGAN
YB Mohamed Azmin Ali, Dr Dzulkifli Ahmad dan YAB Lim Guan Eng
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim YB Khalid Samad YB Tan Kok Wai
KEMENTERIAN KERJA RAYA
YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas YB Dato’ Mahfuz Omar YB Gobind Singh Deo
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Rashid Din YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Er Teck Hwa
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Chua Tian Chang YB Nasir bin Zakaria YB Charles Anthony Santiago
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB William Leong YB Dr Mohd Hatta Ramli YB Teresa Kok
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Ahmad Kassim YB Taib Azamuddin Md Taib YB Sim Tong Him
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
YB Azan Ismail YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut YB Jeff Ooi
KEMENTERIAN PELAJARAN
YB Yusmadi Yusoff, YB Che Uda Che Nik YB Chong Eng
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
YB Amran Abdul Ghani YB Dato’ Mahfuz Haji Omar YB Teo Nie Ching
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
YB Abdullah Sani Abdul Hamid YB Muhammad bin Husin YB M Kulasegaran
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Nurul Izzah Anwar YB Dr Che Rosli Che Mat YB Chow Kon Yeow
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Hee Loy Sian YB Dr Siti Mariah Mahmud YB Nga Kor Ming
KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin YB Liew Chin Tong
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Ab Aziz Ab Kadir YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman YB M Manogaran
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
YB Sivarasa Rasiah YB Dato’ Kamarudin Jaffar YB P Ramasamy
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
YB Tan Tee Beng YB Mohd Firdaus bin Jaafar YB Anthony Loke Siew Fook
KEMENTERIAN KESIHATAN
YB Dr Lee Boon Chye YB Dr Mohd Hayati Othman YB Dr Tan Seng Giaw
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Zuraida Kamaruddin YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf YB Fong Po Kuan
KEMENTERIAN PELANCONGAN
YB Manikavasagam a/l Sundaram YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Fong Kui Lun
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Wee Choo Keong YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali YB Lim Lip Eng
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Zulkifli Nordin YB Salahuddin Haji Ayub YB Tony Pua
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Gobalakrishnan a/l Nagapan YB Dr Mujahid Yusof Rawa YB Chong Chien Jen
Difailkan dalam: Pakatan Rakyat
Reply
Timbalan Whip Reply:
July 3rd, 2009 at 3:40 pm
Jwatankuasa ni siapa yang jadi Ketua, Timb Ketua dan Setiausaha…..takkanlah semua jadi ketua..
Reply
ILHAM Reply:
July 7th, 2009 at 1:50 pm
Banyak sangat Whip untuk menjinakan “Haiwan-Haiwan” PR di-dewan.
Kalau di-sarkis, Circus Master hanya perlukan satu whip untuk menjinak-kan haiwan
dalam kandang.
Nampak nya lebih senang nak jinak-kan haiwan sarkis dari menjinak-kan “Haiwan-Haiwan” PR yang pandai berkata-kata di-Dewan Rakyat.
hehehehehehehehe…..Haiwan-Haiwan” yang pandai berkata-kata.
Hebat sungguh “haiwan-haiwan” ini ya
Reply
THUMBS UP TO SHADOW CABINET!!!
Finally it becomes a reality. Way to go PKR!!!
Hidup Rakyat!!
MAMPOS UMNO BE-END :p
Reply
Suatu idea yang baik. Saya fikir lepas ini menteri-menteri tidak akan senang duduk kerana dasar mereka akan diperhati dan dipantau oleh pakatan rakyat. Saya cadangkan kepada DSAI agar 25 orag tadi membina laman web atau blog sendiri agar pelbagai maklumat dan pandangan diberikan kepada mereka. Perhubungan melalui internet hari ii lebih mudah dan cepat. Saya sokong 10000000000% Tahniah DSAI. Teruskan perjuangan.
Reply
pak pawi embek Reply:
July 3rd, 2009 at 3:27 pm
salam sdr..
SAYA SOKONG 1001% Cadangan ini baik,supaya kita dapat berselular dengan blog YB,PR.
Seadanya kes berkaitan kita boleh lapor,jadi YB senang kerja,banyak maklumat,kita tolong menolong,demi kebaikan negara tercinta..
Reply
Sapa yang jaga Kementerian Kanan spt Kewangan dan Pengajian tinggi. Saya tak kisah, janji orang kita.
Reply
Assalamualaikum,sy harapkan pkr dapat mencari idea tuk dibentangkan di parlimen bg menangani masalah keruntuhan moral masyarakat malaysia…bangkitnye suatu bangsa kerana bangsa itu sendiri..pentingnye kelahiran bangse y kuat semangat dan tekad..
Reply
Saya cadangan satu unit khas dibawah portfolio DS diwujudkan Uniit Integriti dan Keadilan yg akan monitor badan penguatkuasa undang2 seperti polis, mahkamah dan badan2 penguatkuasa lain yg berkaitan seperti SPRM..Unit ini akan melaporkan kepada parlimen setiap salah laku atau misconduct lengkap dengan bukti2 kukuh dan rakaman video..secaras tak langsung aktiviti salah laku sebegini akan dibahaskan di parlimen walaupun tidak ada tindakan dari BN..tapi yg pasti rakyat akan mendapat maklumat setiap salah laku kerajaan melalui badan2 ini!!
Reply
Tahniah buat DSAI dan PR, suatu langkah yang bijaksana, mengukuhkan polisi, misi dan visi PR supaya lebih jelas dan kukuh. Satu cadangan dari saya bagi menguatkan PR ini adalah dengan akhbar media utama (harian) kombinasi daripada PKR, PAS dan DAP yang mana memuatkan berita dalam dan luar negara. Dan, kalau boleh layarkan ke kaca TV di astro. Ini boleh menangani masalah penyelewengan maklumat daripada media utama sepertimana yang kita hadapi sekarang.
Reply
Salam,
Tahniah kepada PAKATAN diatas daya usaha ini. Smoga ia akan mengukuhkan Pakatan.
Cuma sebagai rakyat marhaen, saya berharap agar para pemimpin Pakatan tidak kira dari PKR, PAS mahupun DAP akan bertindak lebih bijak. Kita dikejutkan dengan beberapa krisis yang mampu menghakis keyakinaan rakyat. Krisis pemecatan Ahl Majlis dari PKR di Pulau Pinang, krisis Kg Pala juga di Pulau Pinan dan yang terbaru krisis DAP menarik diri dari Pakatan Rakyat di Kedah sepatutnya diselesaikan dengan penuh kekeluargaan dan muafakat .Selesaikannya dengan cara Pakatan, bukan cara lapuk Ameno dan BeEND.
Apa yg rakyat lihat, pemimpin Pakatan masih menggunakan cara lama, iaitu bila ada masalah, mereka kembali mengadu kepada media milik Ameno dan BeEND. Bertepuk tanganlah puak-puak dan juak-juak Ameno dan BeEND ini apabila pemimpin Pakatan Rakyat terperangkap juga dengan mainan media mereka. Bersuka rialah para perasuah ini bila pemimpin Pakatan Rakyat tidak berbincang sesama mereka menyelesaikan masalah2 dan krisis yang disebutkan tadi.
DSAI, rakyat sudah muak dan geli dengan Ameno dan BeEND. Tapi saya berharap, janganlah para pemimpin Pakatan Rakyat terus mempertahankan ego parti masing-masing, padahal sebenarnya mereka mempertahankan ego diri masing-masing, tanpa mempedulikan sentimen dan persepsi rakyat marhaen keseluruhannya. Jangan nanti rakyat yang sudah muak kepada Ameno dan BeEND, menjadi muak dan jemu kepada Pakatan Rakyat pula.
Bersatulah demi kemenangan rakyat dalam PRU-13!
Perjuangan kita sepatutnya baru bermula, bukannya sudah berakhir!
Hidup Rakyat!!!
Reply
kehebatan DSAI membentuk kerajaan Pakatan Rakyat adalah kehebatan kita bersama.Kegelisahan,kegusaran dan kesempitan hidup rakyat bawahan adalah kegelisahan kegusaran dan kesempitan hidup kita bersama.Kata falsafah guru”impian tak akan menjelma sekira kita tak bermimpi untk berimpian.”maka setiap kementerian yg diujudkan menkaji dasar2 sedia ada yg tidak menguntungkan rakyaat.Kalau boleh masukkan pakar2 dlm kementerian yg telah diujudkan,ini akan memudah kita apabila ambil alih kerajaan (smooth transition).Setiap kementerian diwajibkan menyediakan budget rakyaat.
Reply