Dari Blog Pink Turtle
Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.
.
1. Laporan Pengadu enggan diserahkan
Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.
2. Anwar ditangkap sebelum tempoh
Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.
3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan
Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.
4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.
DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.
5. Laporan Pusrawi
Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.
6. Bukti alibi Anwar memadai
Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.
7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara
UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.
8. Laporan HKL
Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.
9. Isu motif dan tujuan
Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.
10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN
Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.
Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.
Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.
Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.
Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.









Itu semua satu pembohongan semata-mata ingin menjatuhkan DSAI. 1 tuduhan yg berada di luar jangkaan manusia seperti DSAI. Mengapa perlu ada penyelewengan dlm kes yg BN boleh andaikan 1 kes besar? DSAI tetap idaman ku. Hidup DSAI!! Hidup DSAI!! Hidup PAKATAN RAKYAT!
Reformasi!
From Sabah With Love!
Reply
Terima Kaseh atas fully complete article yang diberi.. banyak informasi.. Banyak fakta.. banyak pertanyaan..
tetapi berlah seratus fakta, alibi, kenyataan malahan sumpahan.. DSAI akan tetap juga didakwa atas satu alasan.. aduan telah dibuat..
Reply
Assalamualaikum
Setiap keadilan perlu dperolehi. Walaubagaimana caranya ia perlu diperolehi.Dalam kes ini
DSAI perlu mendapat keadilan. Keadilan yang sah adalah melalui perbicaraan. Bila dalam perbicaraan kita boleh menilai sama ada dakwaan tersebut adil , benar atau tidak. Kisah hakim nak jadi tak adil tu kita tak payah ambil pusing. Dan yang paling penting setiap individu yang mengikuti perbicaraan kes ini akan ada tindakan sendiri untuk meletakkan kewajaran dakwaan ini. Kita boleh menjadi hakim untuk diri kita sendiri. Melalui maklumat dari perbicaraan kita bebas untuk menerima atau menolak dakwaan tersebut berdasarkan penilaian diri kita sendiri terhadap keterangan yang diberi oleh orang yang kena dakwa dan pihak pendakwa. Itu barulah adil. Ini tidak macam nak lari dari perbicaraan saja.
Keadaan ini bakal menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada DSAI.10 penyelewengan besar ini adalah persepsi penulis.Kita tak boleh nak mengahakimi untuk diri sendiri kerana kita tiada maklumat nak dipegang.
Bicara dulu biar rakyat yang mengadili. Kita pun nak dengar juga apa yang berlaku di mahkamah. Kalau konsipirasi taulah kita nak ajar depa tu….
Reply
Ronin sabahan Reply:
July 1st, 2009 at 11:12 pm
Jejakasuci,
Saya bersetuju dengan pendapat saudara. bagaimanapun kita harus belajar daripada sejarah bagaimana suatu konspirasi boleh berlaku walaupun dalam perbicaraan. hakikatnya hukum duniawi tidak akan pernah melebihi hukum akhirat. fakta boleh diselewengkan,sebab itu ia dipanggil ‘konspirasi’. satu contoh mudah adalah konspirasi perlantikan hakim2. sekiranya pelantikan hakim pun sudah diatur maka bagaimana pula kita boleh terus bersandar dengan undang2 yang ternyata punya kepincangan yang jelas. sepatutnya kes perlantikan hakim perlu didahulukan sebelum apa2 kes lain boleh dibicarakan tetapi nampaknya kes ini semakin sunyi. media utama kerajaan juga semakin senyap mengenai kes ini, seolah-olah ianya suatu kes yang terpencil. bagaimana pendapat saudara dan majoriti rakyat mengenai kes perlantikan hakim ini? adakah seseorang boleh mendapat keadilan yang sewajarnya selagi hakim boleh diatur???? saya cuma seorang yang tidak segagah dan semuda saiful bukhari, namun setakat DSAI..tidak akan tewas perjuangan saya membela maruah diri saya sekiranya DSAI berani melakukan perkara sumbang terhadap saya. apa pula pendapat anda??? cuba semak emula pertuduhan dan ketegasan saiful bukhari yang mengatakan dia diperlakukan (liwat) tanpa kerelaan??….buat cerita pun biarlah logik sikit!! saya nak tanya sesuatu tentang kes lain pula. cuba bagi perkaitan apa motif kedua-diua suspek yang telah dihukum bunuh (azilah dan sirul) dengan atlantya??? adakah mereka punya motif?? sekiranya kerana arahan…siapa yang boleh mengarahkan mereka berdua?? takkan suka2 nak bagi arahan bunuh orang tanpa arahan pegawai atasan. siapa agaknya pegawai atasan tersebut???!!! saya bukan polis atau penguatkuasa atau mempunyai kuasa tapi kalau setakat kes pembunuhan atlantuya..saya pun mempunyai banyak persoalan yang kuat untuk disiasat. malangnya kuasa bukan ditangan saya..
Reply
alfons0 Reply:
July 2nd, 2009 at 11:24 am
Kpd yg Muslim tu cuba2 baca kisah Nabi Yusuf a.s Pemerintah zaman Nabi Yusuf a.s masa tu baik & adil oleh kerana nak menjaga nama baikknya terpaksalah dia memenjarakan Nabi Yusuf a.s, ada kah Nabi Yusuf a.s bersalah? Sudah tentu sekali tidak. Macam juga kes DSAI thn 98 dulu klu anda pernah mengikutinya mmg pembohongannya thn pertuduhan yg dipindah berberapa kali, tp kejadian belum siap, org yg dituduh diliwat mengaku tidak diliwat dan macam2 lagi lah itu sebenarnya bukti menunjukkan DSAI tidak bersalah..
Sya sukung sama kau RONIN,tpt kita ni teruk batul sudah RASUAH dihalalkan dan merupakan satu kebanggaan dgn duit RASUAH tu dia beli rumah besar, kereta mahal2 ditayang2 lagi bikin malu betul!!
Reply
Pemerhati Reply:
August 4th, 2009 at 6:12 pm
Tahniah Sdr.Ronin, Saudara seorang penganalisis yang bujak. Saudara juga selayak sebagai seorang hakim. Dan Saudara juga seperti seorang pembela. Sesungguhnya perlakuan liwat bukanlah perkara dalam sejarah kehidupan manusia. Ia bukan perkara baru. Umat Nabi Luth bergelumang dengan amalan jijik tersebut. Bagi saya mudah, nak kata DSAI melakukannya, saya tidak melihat. Tetapi nak menafikan sekeras-kerasnya, ia bukanlah perkara mustahil. Di dalam syurga pun iblis boleh masuk dan menggoda Nabi Adam Alaihissalam, inikan pula di Kondominium Damansara atau Tivoli Villa. Khas buat Sdr.Ronin, janganlah kita terlalu taksub dengan seorang individu yang Saudara sendiri tidak mengenalinya secara dekat. Kita serahkan saja kepada 8 orang Peguam Bela yang handal-handal yang akan bertemu hujjah dengan pendakwa yang juga handal-handal. Tentang penghakiman, ia bukan sahaja dilihat dan dinilai oleh hakim yang ada di dalam mahkamah berkenaan sahaja, tetapi juga orang-orang bijak pandai dari dalam dan luar negara.
Reply
Perhati Pemerhati Reply:
March 18th, 2010 at 12:00 pm
“Bagi saya mudah, nak kata DSAI melakukannya, saya tidak melihat. Tetapi nak menafikan sekeras-kerasnya, ia bukanlah perkara mustahil. ”
Ya mudah, memang mudah untuk berkata² kerana tidak terkena pada diri saudara sendiri. Jika sudah tidak melihat sendiri, diam sahaja.. tidak perlu lah pulak kata, “ia bukan perkara mustahil”. Perkataan ini sama sahaja seperti menuduh atau memfitnah. Mengapa.. semata² bersandarkan kepada “Di dalam syurga pun iblis boleh masuk dan menggoda Nabi Adam Alaihissalam, inikan pula di Kondominium Damansara atau Tivoli Villa.”?
Saya pun boleh cakap… saudara pernah melakukan hubungan seks luar nikah dengan kekasih saudara semasa bercinta dahulu.. nak kata saudara buat, saya tak melihat, tapi ia tak mustahil… mesti saudara pernah bercinta sebelum ini & pernah berdating bedua², bila berdua ni, yang ketiga adalah syaitan, sedangkan Nabi Adam Alaihissalam seorang nabi berjaya digoda inikan pula saudara manusia biasa mesti lagi senang untuk digoda oleh syaitan. Inilah yang dikatakan, cakap memang senang & saudara pemerhati juga tak mengenali DSAI sendiri secara dekat. Saudara marah tak dengan tuduhan saya tadi tu & kalau saya hebahkan pulak ke seluruh dunia, ok tak? Saya bukan nak menuduh saudara, tapi kalau difikir²kan tak mustahilkan perkara tu?
Cakaplah berdasrkan fakta.. & fakta² yang diberikan oleh saudara Ronin itu ada kebenarnnya, bukan direka² yang tak ada, diada²kan. Fikirkan lah sendiri secara rasional, buka minda…
Melalui pemerhatian saya, sebenarnya sudara sendiri yang terlalu taksub.. taksub kepada berita² dari media arus perdana & terlalu cepat menghukum.
Terdapat banyak bukti jelas bahawa kes ini tidak releven. Ianya hanyalah ciptaan orang tertentu untuk jatuhkan musuh politiknya. Kes ini salah satu alasan atau kaedah orang tertentu untuk jatuhkan musuh politiknya. Kita yakin, masih banyak perancangan jahat yang akan dimainkan oleh mereka untuk jatuhkan DSAI.
Bak kata kalimat “Lawan Tetap Lawan”, kuasa yang ada pada pemerintah sekarang dengan menguasai hampir keseluruhan badan bebas seperti Polis, Mahkamah, SPRM, Media Arus Perdana dan sebagainya yang mana hampir merealisasikan rancangan jahat mereka, mahu tidak mahu, harus ditamatkan segera. Mereka sebenarnya, amat angkuh dengan kuasa yang ada di tangan mereka, mereka boleh buat apa sahaja. “Lawan Tetap Lawan”, kuasa mereka harus ditamatkan. Inilah agenda yang perlu dicanang, dibincang, diambil keutamaan dan realisasikan. UMNO atau BN, tidak boleh sudah diberi peluang memegang kuasa. Kuasa mereka harus dijatuhkan segera. Pegangan kuasa oleh mereka, telah memburukkan negara Malaysia di mata dunia.
Reply
kes ini mesti dibatalkan segera, dato seri tidak bersalah, semua ini hanya mahu jatuhkan dato seri anwar ibrahim keran dato seri sahaja yang dapat mengembalikan kehakiman msia, demokrasi msia, keamanan msia dan image msia, luar negara ketawa kita kerana kes liwat begitu penting dari pembunuhan, rasuah, kehakiman yang tidak mulia..
Dato Seri Anwar Ibrahim, lawan tetap lawan sampai ke putrajaya…
Reply
Goncang ketelusan penghakiman dsai. KOOL
Reply
8. Laporan HKL
Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.
wakakakakak saifool lupa pi tusuk Pondan….
Reply
10 PENYELEWENGAN tersebut memadai sebagai defence yang cukup dihadapkan kepada makhamah untuk tindakan KES DIBUANG.
Macam mana ‘fitnah’ dan sebarang kecuaian oleh Polis / AG / dan Makhamah … Semua ini cukup sekali untuk menimbulkan kesangsian dan ragu ragu dalam minda rakyat.
Saya amat keliru dengan tindak balas Makhamah ????. Dalam kes Altantuya , kes jenayah membunuh itu – amat jelas dengan BUKTI BUKTI yang ada… tetapi pembicaraan itu tidak sesekali pun menyiasat mengapa lawatan Altantuya itu tidak ada dalam rekod immigresen Malaysia. …. ????????
Ada kah sistem siasatan di Malaysia ini begitu LEMAH sekali ???? berbanding dengan tahap luar negara negara lain?
Amat jelas, MALAYSIA cuma mempunyai satu pakar dalam forensik makmal analisa jenayah……
Kepercayaan pada sistem yang wujud di MALAYSIA amat diragu ragukan ………………….?????
Reply
Assalamualaikum semua… Tak heran kalau DSAI akan dipenjara lagi sebab akan disabitkan dengan tuduhan ini. Masih ingat kes ‘tidak releven’ berkaitan rasuah? Walau sehandal mana peguam, walau sekukuh mana bukti dan walau kebenarannya ada di depan mata, Pak Hakim tetap katakan ‘releven’!
Kita bukannya pesimis, namun kenyataannya yang berlaku sekarang adalah boleh diramalkan. Mahkamah sekadar sebuah wayang, atau sekadar memenuhi syarat menghumban musuh demokrasi dan penegak keadilan ke penjara. Saya terkenang kisah tilam yang keluar masuk ke mahkamah, saya terkenang juga Tivoli Park yang dalam pembinaan pada masa itu. Pun, mereka berjaya menegakkan ‘kebenaran’ kehakiman yang diamalkan oleh negara kita.
Buat Dato Seri, teruskan berjuang. Kami rakyat biasa berada di belakang. Hidup Pakatan Rakyat
Reply
Ya Allah Ya Tuhanku. Berilah petunjuk dan hidayahmu serta kau ampunkan dosa orang yang menzalami dan tunjukkan jalan yang benar yang engkau redai. Semoga Malaysia aman dan damai dengan rakyat yang bersatu hati dan bertaqwa kepadaMu Ya Allah. Amin
Reply
Bro Jejaka Suci,
Bkn nak elak perbicaraan mahkamah! Macamana pun lawan tetap lawan! Perbicaraan tetap akan diadakan. Sebagai tertuduh, Anwar berhak utk menolak kes yg tiada asas ini. Utk menolaknya, bolehkah persepsi penulis diatas dijadikan hujah tanpa dibawa ke mahkamah? Penulis sekadar mahu membuka mata ramai orang agar berfikir dgn otak dan hati yg rasional dan ikhlas. Beliau juga mahu memahamkan segelintir pihak bahawa terdapak segelintir pihak yg lain bermotifkan politik mahu menjatuhkan anwar. Pengajaran kes liwat 1998 sudah cukup membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah dan tujuan kes tersebut hanya untuk menjatuhkan reputasi beliau dikalangan rakyat serta pemimpin dan penyokong PR. Apakah permohonan Anwar utk membatalkan kes tersebut atau memindahkan kesnya semula ke mahhkamah sesyen tidak memerlukan perbicaraan dan terus diterima hakim? Sudah pasti permohonan tersebut juga memerlukan perbicaraan. Nah! disinilah hujah anda yg dangkal bahawa Anwar cuba lari dari dakwaan tidak benar. Dibicarakan atas kes yg benar2 berlaku, kes yg dirancang utk berlaku serta kes yg dicipta untuk berlaku berbeza. Kes yg benar berlaku tidak dapat lari dari fakta dan bukti kes. Kadang2 kes yg benar terjadi masih boleh dinafikan atas kelemahan pendakwaan serta kekurangan bukti dan kadang2 ia berjaya menonjolkan kebenaran. Apatah lagi sekiranya pihak pembela jelas tidak bersalah. lebih mudah untuk menang. Yg menjadi masalah apabila pembela yg salah cuba menafikan kesalahan dan perb uatan mereka. Kes yg dicipta untuk berlaku lebih serius kerana perlu menghadapi sekelompok pihak yg membuat konspirasi untuk menjatuhkan beliau dgn mengadakan sesuatu peristiwa, saksi dan bukti tertentu. Mereka mempunyai iltizam dan perancangan yg teliti serta jika diperhalusi terlihat kepincangan2 yg bagi memaksa sesuatu bukti memihak mereka yg merancang. Pasti juga terdapat usaha2 tertentu utk menggagalkan pihak defendan membuat pembelaan yg sebaik2nya. Dlm kes yg dirancang utk berlaku pula, terdapat konspirasi pihak tertentu untuk mendorong seseorang masuk ke perangkap mereka dgn mencipta satu kes atau peristiwa beserta saksi dan bukti. Kebiasaannya pihak tertentu akan masuk perangkap dan mudah untuk mereka mendakwanya. Ini sering berlaku untuk tujuan baik dan jahat. Bagi menangkap penjenayah besar, perangkap sebegini sering dirancang bagi mendakwa penjenayah yg licik. Umpama Anjing pasti memakan bangkai. Tetapi bagi kes tertentu, ia sering menjadi perancangan politik seperti contoh Datuk Mahadzir terperangkap dgn isu pembelian Adun Kedah oleh PR serta SPRM yg lengkap dgn rakaman CCTV. Apa jadi kes tersebut? Senyap dan pegawai terlibat telah dipindahkan. Manakala perancangan memerangkap Exco PKR oleh BN Perak serta SPRM berjaya dan dapat mengugut mereka agar bekerjasama dgn BN menjatuhkan kerajaan PR. Perbicaraan beliau juga bagaimana? Sendiri mau ingat. Dlm kes yg sengaja diadakan sebegini, sudah tentu pembela tidak bersalah dan terpaksa menurut rentak pendakwaan, silap haribulan hakim juga boleh bersubahat didlm isu atau kes sebegini kerana perancangan melibatkan pemimpin negara. Caranya mudah! mengadakan sesuatu peristiwa lengkap dgn bukti serta saksi dan memastikan pihak pembelaan gagal melakukan pembelaan dgn baik dgn pelbagai cara baik dan kotor ditambah dgn mempengaruhi hakim2 agar mempertahankan hujah pendakwaan, menolak bukti dan hujah pembelaan serta memberikan keputusan yg menyebelahi perancang. Kalau anda peka dgn kes2 melibatkan politik, kerajaan serta ahli koporat yg mempunyai hubungan politik dan kerajaan. Permainan membeli hakim telah lama dilakukan dan berleluasa sejak zaman Mahathir. Cuba rujuk Kes Lingham, correct!correct! correct! yg terkenal itu. Disebutkan juga beberapa nama hakim yg masih lagi berkuasa di Mahkamah atasan hatta hakim yg menyegerakan dan menerima keputusan Kes rayuan Dr Zambry vs Nizar bagi membatalkan kuasa MB Perak yg diputuskan hakim mahkamah tinggi juga turut terlibat. Ketua Hakim Negara skrg juga merupakan bekas Peguam Umno. Suruhanjaya Kehakiman yg dibuat hanyalah satu samaran yg mengelabukan rakyat bahawa institusi kehakiman telus yg pada hakikatnya sentiasa dimanipulasikan oleh pihak2 yg berkepentingan. Saya tidak nafikan terdapat hakim2 yg adil, mempercayai dan mahu menegakkan kebenaran. Masalahnya apabila berketuakan dan dikuasai oleh pihak yg berkepentingan. Mahu tak mahu, mereka terpaksa mengikut rentak yg dimainkan demi untuk menjaga kedudukan dan cari makan. Sekiranya melawan arus, ada natijah yg harus mereka bayar kerana merupakan kakitangan kerajaan. Lihat contoh kes Tun Salleh Abas beserta beberapa hakim tertinggi yg dipecat berasaskan kepentingan politik BN akhirnya dibayar gratitude. Kebanyakan ketua2 kerajaan dan orang penting dlm apa2 jabatan kerajaan yg dilantik terdiri daripada suara pihak pemerintah yg berkepentingan.
Jadi lu fikirlah sendiri!!
Reply
The AG and IGP wanted this case goes to court. It is not only UMNO politic
but more to this two cows . They have to put DSAI in or the next three years they can only enjoy freedom . After the next GE they will sit in and payback time takes place. This two cows
should think over that they gentlemenly drop the case and admit that it is a set up. I am very sure DSAI may forgive
them .
Reply
Tuhan pasti akan menghukum manusia-manusia yg zalim seperti Najib, Rosmah, Pak Lah, Khairy J, IGP Musa Hassn, AG Abdul Gani Patail, Pendakwaraya Hakim-hakim yg disogok!
Biar kita tunggu dan lihat!
Reply
guni setahil Reply:
July 1st, 2009 at 6:23 pm
Harap ching peng tidak pulang jika tidak dia dituduh meliwat DSAI pulak. UMNO segalanya mungkin.
Reply
Buat Dato Seri Anwar Ibrahim yg dikasehi oleh seluruh Rakyat Malaysia kami senantiasa berada di belakang DSAI.Konspirasi jahat oleh Umnongok ini insyaallah akan berakhir tidak lama lagi. Seluruh dunia pun tahu betapa jijiknya mainan politik kotor Umno Bee End dlm mengekang gelombang reformasi rakyat Malaysia. Baik yg berada di kg atau di bandar kami semua yakin dan percaya DSAI tidah bersalah sejak dari tuduhan 1998 sehinggalah 2009 ini.Jaga kesihatan dan diri Dato baik-baik ya. Insyaallah, Lawan Tetap Lawan.
Reply
Tiada keadilan.Tiada perikemanusiaan. Mahkamah kita dikuasai oleh sebuah Excavator yg dipandu oleh org yg berhati binatang . Binatang itu melakukan segala keganasan untuk menjaga makanan dalam tangannya. Tiada peluang diberikan kepada tangkapannya untuk bernafas. Oleh itu, kita mesti berlawan untuk menegakkan kebenaran dan masa depan kita semua. DSAI, kami sentiasa dibelakang mu. Teruskan perjuangan mu.Hidup DSAI! Hidup PR!
Reply
teruskan berjuang untuk rakyat malaysia.buat lah yang terbaik demi kebaikan rakyat malaysia.sy ingin melihat malaysia sebuah negara yang berkebajikan.bukan nya mcm pemimpim umno be end rakus mencuri harta rakyat.apa yang boleh kita bagikan kepada rakyat itu slogan paktan rakyat bukan nya apa yang boleh dirompak daripada rakyat.
Reply
ya allah..ko cabut la nyawa mahathir si tua kutuk tu secepat mungkin,kerana dia punca segala musibah fitnah menfitnah ni..kemudian bagi la ilham pada najib kaki todi tu,agar mayat tua kutuk tu jangan di tanam,pamer kan dalam cermim,dalam kotak..tayang kat muzuem..mam idola dia la al firaun,marcos,stalin,mustapa kamal artatuk..mati kan la dia dalam hina sehina nya,kerana dia jugak pernah mencerca sunah rasululah S.A.W,tentang jangut..tak percaya pada hadis dan hudud..
Reply
pak pawi embek Reply:
July 3rd, 2009 at 5:52 pm
pe…ni tolong…lah beristtifar…
Reply
assalamualaikum,hanya Allah sahaja yang tahu siapa benar, sama ada Anwar atau Saiful, kedua-dua perlu jujur dan jangan menampakkan kelemahan yang orang sudah tahu cerita sebenarnya.
Reply
mengapa berulang lg cerita lama kerana kita membiarkan saja si azizan dulu hidup senang,apakata cari dan saman berjuta2 si azizan dulu,jgn bagi dia hidup senang.bawa balik dia ke court…..
Reply
Amat bagus 10 dalil Anwar tidak meliwat yang didedahkan. Kita doakan supaya Allah SWT beri balasan yang setimpal kepada sipembuat fitnah yang amat jelik itu.
Saya tidak akan percaya tuduhan terbaru ke atas DSAI ini sebagaimana saya tidak percaya 100% atas fitnah yang terdahulu.
Patutlah TGNA tidak percaya langsung kepada UMNO. Dah buat fitnah dan mahkamah dah buktikan itu fitnah, ia tidak juga bertaubat malah buat pula fitnah yang baru.
UMNO tetaplah UMNO, tak erti langsung nak bezakan antara halal dan haram, dosa dan pahala dan syuga dan neraka. Tak boleh nak kata samada pemimpin UMNO takut kepada balasan di kemudian hari atau tidak.
Reply
JELASLAH UMNO ADALAH PARTI YANG LEBIH TERUK DAN JAHAT DARIPADA PARTI KOMUNIS MALAYA (KMM). UMNO JUGA ADALAH PARTI YANG SETARAF REJIM ZIONIS YAHUDI ISRAEL………………………………..
MALAH UMNO ADA CIRI-CIRI NAZI PIMPINAN HITLER…………………………………………..
HANCUR, HANCUR…. HANCUR UMNO…
HIDUP, HIDUP…..HIDUP ANWAR………..
Reply
DATUK SERI HARUS TABAHKAN DIRI , BESAR KEMUNGKINAN KES INI AKAN DILUCUTKAN,EKORAN BUKTI KUKUH DARI HOSPITAL PUSRAWI DAN HKL YANG MENDEDAHKAN BAHAWA SI SAIFUL TIDAK DILIWAT. NAMUN KERAJAAN BARISAN NASIONAL AKAN MENGGUNAKAN TAKTIK LAIN UNTUK MENAFIKAN LAPURAN PERUBATAN DARI KEDUA-DUA HOSPITAL. HARAPAN TINGGI RAKYAT MALAYSIA BAHAWA KES INI HARUS DIKENDALI DENGAN AMAT AMAT PROFESIONAL.
Reply
Semalang2malang hidup si pengemis jalanan, malang lagi manusia bernama DSAI ini. Sehina2nya perempuan pelacur@Sundal hina lagi nampaknya DSAI ni di mata umNO. Sesungguhnya perjuangan DSAI ini bukan semua orang dapat. Hanya beberapa orang sahaja pemimpin yang dapat merasai kepimpinan seperti beliau. Perjuangan yang telus cuba ditunjukkan tetapi berbagai2 taktik untuk memusnahkan beliau.
Kepada DSAI teruskan PERJUANGAN. LAWAN TETAP LAWAN. Insya Allah rakyat tetap bersama anda!
Kalau nak sebut soal konspirasi terhadap DSAI atau sesuatu perkara demi kepentingan kerajaan ni terlalu banyak nak didedahkan dan dibicarakan. Cuma perkara yang paing mudah kita ketahui ialah BIASANYA KONSPIRASI KERAJAAN AKAN TETAP MEMENANGKAN KERAJAAN. Biar apapun persepsi rakyat dan masyarakat terhadap tindakan kerajaan yang pasti KERAJAAN MESTI MENANG.
Sejarah politik DSAI telah menceritakan betapa beliau pernah teraniaya selama 6 tahun dipenjara kerana kesalahan konspirasi terhadapnya. Berbaloikah penganiayaan begini dilakukan terhadap seorang pejuang yang ingin menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pembinaan masyarakat Msia yang lebih gemilang.
Telitilah artikel ini bagaimana percaturan diatur agar DSAI didapati bersalah. Sesungguhnya pemenjaraan dan penangkapan DSAI akan menyelamatkan kekuasaan umNO dan pemerintahan BN daripada kehancuran. Terlalu bahaya manusia bernama DSAI ni di mata pemimpin2 BN/umNO. Tetapi di mata rakyat ternyata aura ketokohan dan Kepimpinan DSAI terlalu bermakna untuk membela rakyat.
Apakah mungkin kerajaan BN/umNO cuba mewujudkan keadaan huruhara dan kacau bilau dalam negara atas kes DSAI ni demi menyelamatkan kuasa mereka. Semua ini boleh terjadi kerana BN/umNO tahu betapa sayangnya rakyat kepada DSAI ni sebagai pejuang sejati mereka. Semua ni mungkin untuk kali kedua ni. Sesungguhnya tiada niat lain pihak BN/umNO selain untuk menjahanamkan dan menghapuskan pengarus TSUNAMI dsai INI DI MATA RAKYAT.
Bersedialah PEJUANGKU untuk sebarang kemungkinan. Jangan biarkan pisang berbuah 2 kali. Tindakan konspirasi kali ke 2 mungkin tidak sama dengan tindakan yang pertama. Musuh telah belajar daripada kesilapan tindakan yang pertama. Yang pasti pihak musuh sentiasa mahu menghapuskan dirimu PEJUANGKU.
BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL. HIDUP DSAI. HIDUP PAKATAN RAKYAT. HANCURKAN KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN UMNO/BN!
Reply
Tulisan dari blog pink turtle ini patut dibaca oleh semua kerana berasaskan fakta dan hujah yang tuntas. YB Ibrahim Ali dan YB Ahmad Maslan mesti menelitinya. Dlm rancangan Hujah di TV9 pd 30 Jun, mereka mengatakan berhujah mesti berdasarkan fakta dan YB Ibrahim ketika ditanya tentang serangan terhadap kredibiliti mahkamah mengatakan bahawa serangan itu dibuat oleh orang (Anwar Ibrahim) yang melindungi sesuatu dr mahkamah. Ibrahim Ali tidakpun mengemukakan fakta. Wahai Ibrahim Ali! Patahkanlah hujah-hujah tulisan dari blog pink turtle ini.
Rancangan Hujah di TV9 itu membincangkan tentang gelagat YB pembangkang/pakatan rakyat di parlimen. Malangnya, wakil pembangkang/pakatan rakyat tidak pula dijemput. Dr. Agus sanggup pula merendahkan keintelektualan dirinya menjadi moderator program yang jelas bias, tidak seimbang dan tidak berkualiti.
Reply
Memang betul, all yang saudara nyatakan memang banyak kemusykilan..! Semua ni dibuat serta didalangi oleh orang yang berkuasa, berpangkat dalam kerajaan serta ada power tetapi adakah power mereka kekal selamanya…? Lambat laun semua akan terbongkar juga kebenarannya dan inilah Malaysia dibawah naungan BN yang pemimpinnya banyak bertopengkan kejahatan debalik kuasa yang dipertanggungjawabkan. Namun saya yakin DSAI tidak bersalah dan semua pertuduhan adalah rekaan semata-mata…!! Teruskan perjuangan keadilan DSAI….!!!!
Reply
Corruption, Corruption, Corruption, Corruption, Corruption, Corruption,
UMNO must be sent to hell next GE. M’sia is going the way of a failed nation.
Reply
Sememangnya manusia kini bertuhankan wang ringgit. Dengan wang, mereka ingat mereka boleh buat apa saja mereka suka. walaupun mereka solat, tapi kepala mereka ingat wang. dimulut menyebut nama ALLAH, di hati alamat tak masuk!!! bila di sekat, hamba-hamba wang ini jadi kelemasan. Macam orang ketagih dadah tak dapat mengamuk sanggup bunuh orang. kuasa wang ringgit memang hebat. kita tak boleh lawan dengan keras. tapi kita boleh lawan dengan kekuatan iman dan hati kita. ingat mereka tak selama di atas. tapi kita di atas jauhi dari jadi seperti mereka hamba wang ringgit.
Reply
Kalau saya hakim pulak..
saya suruh diorang bukakkan tong sampah
campak fail tu dari tempat duduk..
Reply
Selagi mereka berKUASA, selagi mereka tak jatuh terSUNGKUR … selagi itulah mereka-mereka itu akan mempergunakan segala cara untuk menindas DSAI…! Saya dah berTEKAD dan secara perlahan dan tersembunyi, sekarang ini saya dok melobi sesiapa saja yang yang saya jumpa atau terjumpa SUPAYA mengundi PAKATAN RAKYAT semasa PRU ke 13 nanti.
Kita ajar mereka-mereka yang tak reti bahasa ni… Dia orang ingat KUASA dan KEDUDUKAN yang di AMANAH kan oleh kita, adalah untuk mereka berseronok-seronok…!
Biarkan mereka hanyut dangan angan-angan dan kerkusan mereka…!
Jangan lupa sahabat saya….supaya kita turun beramai-ramai di mahkamah Jalan Duta pada 8hb Julai ni…bagi mnyatakan sokongan kpd DSAI dan membantah penyelewengan tuduhan terhadap DSAI…!!!!!!
REFORMASI…REFORMASI…REFORMASI…! Ya Allah…bantulah kami dalam menegakkan keadilan dan kebenaran di bumi bertuah ini…!
Reply
Satu dunia dah tahu yang Malaysia ini adalah sebuah negara yang pelik bin ajaib
Tak tahu macam mana nak buat lagi, cara baik gunakan saluran makamah, makamah tak boleh di harap, nak gunakan Polis, Polis pun bermasalah, nak gunakan Pilihan Raya, SPR telah di pegangnya.
Yang Paling Sesuai agaknya cara kejalanraya. Jangan salah kan rakyat sekiranya pekara ini boleh berlaku, itulah kehendak pemimpin BN sekarang.
Kepada Pihak Polis, Askar, Hakim dan yang berpengaruh yang mempuni pemikiran yang waras dan takutkan kepada pembalasaan Allah, tolonglah sama-sama menegakkan keadilan di Malaysia ini, Janganlah Malaysia ini dihancurkan oleh orang-orang yang mempunyi kepentingan sendiri.
Reply
Najib in the Neverland Reply:
July 3rd, 2009 at 2:55 pm
Semua institusi tu dikuasai oleh Najib in the Neverland. Bini dia the Witchcraft Mistress dah put a spell on them. Habis cerita. Makin hancurlah nampaknya Malaysia the Bolehland ni.. bangun lah rakyat Malaysia, jangan semua jadi macam men from the Boleh land..
Reply
Kedangkalan kes liwat ini bukan sahaja bagi kes yang terbaru ni, tetapi bermula 1998 lagi. Inilah sahaja kes yang dapat menarik minat manusia sejagat untuk membaca dan menghukum DSAI bagi UMNO.
Kalau dahulu 98 Anwar telah dipenjara bukan disebabkan kes liwat tetapi sebenarnya atas kes menyalahguna kuasa, walaupun perbicaraan lebih kepada liwat tetapi akhirnya UMNO buntu untuk menyabitkan kesalahan liwat tersebut maka mereka telah meminda kesalahan kepada salahguna kuasa. Bagi rakyat yang memang tidak mendapat maklumat selain Utusan Berita Star dan yang seumpamanya mungkin akan terpengaruh dengan konspirasi ini, tetapi zaman telah berubah rakyat sekarang akan berusaha mencari maklumat selain media yang disebut tadi, maka dengan sendirinya rakyat akan dapat menilai bagaimana celaru dan kartunnya perbicaraan kes ini.
Mungkin akhirnya setelah berhempas pulas UMNO cuba untuk mencipta kes dan menyabitkan kesalahan DSAI ini, maka kemungkinan besar kes liwat hilang dan akan sabit kesalahan DSAI ini kepada mencabuli kuasa mahkamah dengan hukumannya 4 tahun penjara.
Rentetan kes dahulu sahaja telah membuktikan bahawa mereka boleh mencipta kes ketika kes dibicarakan mengapa pula tidak sekarang? pasti dan yakin mereka tetap akan melakukannya. DSAI adalah penggugat UMNO kerana DSAI mempunyai banyak maklumat berkenaan hanky-panky UMNO maka seboleh-bolehnya DSAI mesti disumbat kedalam penjara oleh UMNO.
Sebagai rakyat AKU NIE mendoakan semoga DSAI tabah kerana inilah mainan politik yang harus dibayar jika kita ingin memerangi kejelekan dan kedakyahan UMNO. AKU NIE bersetuju DSAI cuba untuk mendapatkan rayuan agar kes ini tidak dibicarakan kerana sebagaimana kes yang lepas walau bagaimana tidak relevan bukti dan fakta yang dikemukakan DSAI pasti akan dipenjarakan “as long the case is there” samada bukti benar atau tidak Augustine akan tetap mengatakan sambil mengeyitkan matanya kepada Gani. ANWAR GUILTY AS CHARGE.
Reply
PENYELEWENGAN boleh berlaku bila bila masa selepas dicucuri oleh ‘orang yang mengenggam kuasa’ dan di sanjung oleh Insitusi terkini.
Baik benar, palsu ataupun fitnah …. ia terletak dalam tangan orang yang BERKUASA.
Tiba lah masa untuk Rakyat memantau ORANG YANG BERKUASA yang sedang berkhidmat dalam kerajaan dan Insitusi Malaysia.
Separuh daripada mereka itu senantiasa memberi ucapan yang tidak masuk akal semasa didepan Televisyen. Lebih lebih lagi didepan pemberita akhbar akhbar. Sampai saya gelak terbahak bahak selepas mendengar nya. Baik mereka balik ke sekolah mengaji semula. MALU … …. yang tak tahu berbahas itu besar kemungkinan – dalam masa persekolahan ada bohing sedikit …. kerana hendak lulus dalam ujian umtuk menceburi dalam masa depan mereka. Cerah tetapi perbuatan yang kurang jujur.
SEKARANG ini adalah masa yang sesuai untuk menguji semua ‘yang berkuasa’ ini benar kah ijazah ijazah yang dipegang itu ada menerima pengajian dari sekolah/universiti/kolej dengan jujur ataupun MENIPU.
Yang kurang jujur semasa mengaji untuk mendapat ijazah itu – terbuktilah semasa bercakap dengan pengetahuan yang begitu LEMAH sekali.
Ternyata lah ada diantara mereka ini memang sudah pun bertahun tahun berkhidmat dalam Institusi dan Kerajaan Malaysia.
Tiba lah masa untuk menangkap mereka dan dihadapkan ke Makhamah.
Kalau tidak orang orang yang kurang jujur ini – ternyata lah mereka berbahas dengan mulut sahaja dan jarang gunakan otak yang diberi oleh tuhan.
Mereka lah orang yang suka salah gunakan kuasa kerana tiada otak yang cergas.
Hukum lah orang orang ini sebelum memberi cadangan sebab cadangan dari wakil Institusi ini merupakan NAJIS.
Bersihkan semua najis dahulu sebelum mengutuk DSAI yang tidak munasabah.
Reply
Tindakan Tuan Guru Nik Aziz menolak apa jua hubungan dengan Umno adalah tepat sekali. TGNA tidak mempercayai langsung kepada pemimpin Umno/BN. Melihat kepada pertuduhan jelaslah ia adalah pertuduhan politik untuk menghancurkan karear DSAI dan kerajaan Pakatan Rakyat.
Memandangkan kepada insiden yang berlaku sebelum, semasa dan selepas laporan polis dibuat oleh Saiful rakyat yakin ia adalah konsipirasi politik untuk menjatuhkan seseorang yang dirancang dengan penoh teliti oleh Umno/BN. Umno/BN adalah parti yang lebeh teruk dan jahat dari Parti Komunis Malaya. Ia juga sama dengan kezaliman tentera Israel di bumi Palestin. Ia juga sama dengan Junta Tentera di Myammar yang menyekat demokrasi.
Buat DSAI rakyat akan berdiri teguh untuk memastikan segala konspirasi politik ini akan mengelami kegagalan. Kepada hakim hakim diharap agar Yang Arif dapat menjalankan tugas perbicaraan dengan adil dan saksama. Apa jua keputusan biarlah mengikut undang undang dan bukan mengikut selera pemimpin Umno/BN.
YA ALLAH KEPADA MU KAMI BERSERAH. BANTULAH KAMI UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN. HANCURKANLAH SEGALA KONSPIRASI POLITIK UNTUK MENJATUHKAN KAREAR POLITIK PEMIMPIN KAMI. KUATKAN SEMANGAT DAN IKTIZAM BAGI PEMIMPIN KAMI UNTUK MENGAMBIL ALIH KERAJAAN PADA PRU 13 YANG AKAN DATANG. aMIN AMIN AMIN tAKBIR
Reply
ASSALAMUALAIKUM……….
kpda DSAI,,
kamu ttap kbaggaan kami…
kami menanti sepenuhnya dgn harapan…
kami tahu segala2 nya…
cukuplah selama ni kamu dkhniati,,
kami cukup merasainya w’pn kami tdak mgelami nya…
ya tuhan kami,,
hanya KAUlah yang kami memohon
keAdilan…
berikan lah kami sedikit kekuatan
untuk kami melawan segala pembohongan
dan segala pengkhianat selama ini..
berikanlah DSAi kekuatan utk
melawan semua ni…
Kami mengharap kekuatan dariMu,
ya ALLAH…
Reply
memang benar segala isi artkel 10 penjelasan yang dinyatakan diatas. Kecuali bagi orang buta mata hati kerana tidak nampak kebenaran…tuli tidak mendengar, berotak tetapi tidak normal atau bangang yang sentiasa dengan putarbelit.
Reply
Rosmah Bonsai Tree Reply:
July 3rd, 2009 at 2:50 pm
Betul, yang buta hati tu, maknanya PUAK AMNO yang dah nak telokop tu laa..
Reply
ini smua fanatik anwar.
bola berkata tentang sesuatu,ambil kira semua sudut pandangan.bukan satu sudut sahaja.
wallahu’alam.
Reply
Umno Suck… Cemerlang,gemilang…. TEMBERANG!!!!
Reply
Mudah-mudahan Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar.
Semoga DSAI terselamat daripada menjadi mangsa fitnah dan keburukan perangai dan sahsiah puak UMNO/BN ni.
Kalau dah bertuankan rasuah dan wang ringgit, keadilan dan kesaksamaan kehakiman akan lenyap. Bn ingat mereka akan hidup menongkat langit ke? Yang salah akan tetap kalah. Hidup DSAI !!
Reply
salam…dsai demi allah…tetapkan hati dan kuatkanlah semangat bersama kepimpinan ulamak..pasti allah s.w.t akan tunjukkan kebenarannya..ujian yg allah s.w.t kenakan kepada dsai sudah berakhir..10 tahun dulu dsai dipenjarakn hanyalah kifarah untuk membersihkan dsai kerana bersama umno..tapi hari ini dsai telah bersih….saya yakin dsai akan sebaris dgn saf para2 sahabat2 tabain2 dan alim ulamak ketika di akhirat nanti menuju syurga allah s.w.t..insyaallah..sekali lagi saya sarankan..kuatkan ukhwah dsai bersama perjuangan ulamak dibawah kepimpinan pas…dsai!kuatkan semangat yer…
Reply
umno/bn adalah sebuah parti yg durjana..mengapa umno/bn xmau sedar sudah tiada apa..rakyat dah x suka…meluat benci pun ada aaaa..umno.bn asyik lena hingga kalah segalanya,,,ketika pru 12..mencari cari dimana silapnyaaa..umno.bn x sedar mereka kalah banyak sebab…salah satu sebabnya…rasuah dan gila pangkat……nyanyi ikut lagu isabella..
Reply
menuduh di liwat dan bersumpah dgn nama Allah? ini adalah nyata satu pembohongan.kenapa selepas di liwat baru nak bersumpah. (bersumpah sebelum di liwat kan lebih baik)jika di telitikan tidak releven membuat pengakuan sumpah dalam nama allah.jika sumpah seperti ini dapat di guna pakai, maka terselamatlah semua penjenayah,perasuah dan lain-lain, semua akan ikut jejak ini.
Reply
assalamualaikum….
saya bsedih dgn ape yang terjd pada DSAI.sebnrnya ini merupakan satu taktik puak UMNO untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh mereka.mereka mahu isu enjin yg hlg,pelantikan hakim,kes di Perak,kenaikan gula,minyak,atlantuyo dan byk lg ,itutup,dilupakan olh rakyat dgn kes DSAI.
kawan-kawan semua……
jgn la kita mempcyai saiful,seorg budak yg mmg bermslah sejak di Uniten lg.bljar pn xhabis.spttnya beliau bsyukur DSAi mlntiknya bkerja.inilah,kacang lupakan kulit.seorg budak yg sanggup mnikam seorg yang ckup baik dr belakang.apa yg dpt dilihat,saiful ni mmg xberakhlak.sanggup menggunakan SUMPAh dlm mengaburi mata kit smuaa.biasalah bla dh desperate,xde bukti kukuh,guna la SUMPAH.try la ltk saiful tu disblah DSAI,muka sape yg nmpk lbh tenang,sejuk,jernih?saiful?huuuu…muka x nmpk pn muka jernih….
muka bermaslh,bersalah ada laa..
sy hrapkan DSAI byk bersabar,betwakal kpd Allah.insayallah Allah akan mlindungi DSAI hingga phjungnya.ini merupakan satu fitnah yang ckup besar.diakhir zmn ini,pemimpin yg xamanah,kianat,pmimpim yg kjam.xpela,mgkin diorg xsdar lg.kita hdup xlame,akan mati jua nanti.diorg xdpt blsan didunia,mungkin diorg akan dpt blsan di alam barzakh atau akhirat.ingat la setiap apa yg dilakukan akan dihitung,dinilai Yg Maha Esa.eee…xtau la mcmane nti diorg yang Fitnah DSAI mcmane blsannya.mesti azabnya amatlah seksa…entah la…mgkin diorg smua tu x ingt mati.x blajar dosa pahal,amal dan balasan…ohh mlupe…diorg kan bljr oversea,,,ha tula ajr kt l/ngeri mcmni la jd nye.dh xknla dosa pahal…
kawan-kawan…
bersama-sama la kita myokong DSAI hingga ke titisan akhir..kita jgn mudad tpgaruh dgn proganda tu,suratkbar,radio.smua itu ingin mjtuhkan DSAI,pakatan
DSAI….
ALLAH sentiasa bersama dgn orang yang benar…..Allahuakbar
Reply
SALAM SEMUA RAKYAT PEMERHATI NEGARA MALAYSIA. KES DSAI (EX – TIMBALAN PERDANA MENTERI). DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. MOHON KITA SEMUA LAKSANAKAN SOLAT HAJAT DAN DOA AGAR DIBERI PETUNJUK YANG MANA SALAH DAN BENAR SERTA DIPERCEPATKAN KEPUTUSAN. TERLALU LAMA SANGAT KES INI BERLANGSUNG.
Reply
KITA DOA KAN YANG BENAR AKAN MENANG DAN YANG ZALIM AKAN KALAH..ALLAH TAK AKN ZALIM PADA INSAN YG BERIMAN
Reply
tak hairan kerana duit semua bisa diator pak
Reply
Oh dunia!!! Mmng ditakdirkan tapakmu adalah kawasan yg hina lagi dina.. Kawasan segala bncana dan malapetaka menimpanya… Demi ALLAH yg maha pemurah lg maha mngasihani, kau selamatkanlah kami dripada segala bala bencana… Sesungguhnya hamba-hambamu kini sngat2 merana… Merana dngan siksaan dunia… Hukum dan undang-undangnya diubah secukup rasa… MogaMU ya ALLAH timpakan keberatan kepada mereka yg durjana kerana hambamu yg teranaiya ini sdah smakin bnyak derita bebanannya… Kepada pejuang yg bernama DSAI tercinta… Hadapilah kerenah musuhmu seadanya kerana ALLAH sentiasa berada bersama hambaNYA…
1998 – UMNO = Undur Mahathir Negara OK..
2008 – UMNO = Undang2 Mahkamah Najib Owner…
Jadi bersamalah tekadkan PERJUANGAN untuk menegakkan slogan BE END UMNO… BE END UMNO forever n everr!!!!
Reply
UMNO kini = Undang-undang Meliwat Najiblah Orangnya!!!
Reply
cakap sana sini,
mana yang betul mana yang salah.
emmm tah lah..
yang menang semua untuk malaysiakan..
yang penting malaysia maju…barang2 jadikan murah..
anuar kes emmm jangan takut abang keadilan ada bersama anda..
berdoa saja moga2 petunjuk dan rahmat datang lebih awal dari biasa..
Reply
UMNO sudah hilang maruah. Maruah orang Melayu. UMNO punca kejatuhan dan perpecahan orang Melayu. Ingat rakyat terlalu bodoh ke. Memfitnah DSAI dengan begitu melampau. Memang melayu yang tidak tahu kemana Islamnya. Islam setakad nama tapi otak ISRAEL durjana. Kekejaman di seberang laut nampak, laung laung minta bantuan dan kutuk Amerika. Tapi sendiri buat kekejaman untuk nafsu balas dendam semata-mata nak menutup kemaluan sendri terbongkar. Walhal banyak lagi kes yang lagi hebat. Kenapa, sipolan sipolan tembak makwenya dan tembak diri sendiri, kenapa sipolan sipolan dapat buat rumah sebesar istana mahligai, kenapa sipolan sipolan kena bunuh, kot kot dia ikat diri sendiri dgn bom datang jauh jauh dari mongolia , nak kena bunun di malaysia. Siapa yang mengarah? Ingat kita (rakyat) tak cerdik ke??? Kes liwat di Malaysia lagi besar dari kes pembunuhan, rasuah, buang bayi, gejala remaja nak murtad, kes pak menteri pak menteri simpan perempuan. Oh, sebab mereka mereka ini orang UMNO. Di Malaysia , hanya orang UMNO saja yang dibenarkan buat maksiat, bunuh membunuh, maka mulut Orang UMNO di zip. Yang menghairankan, kenapa dan mengapa, dendam mereka mereka ni pada DSAI. Bodoh betul orang UMNO ni, ya. Yang si saiful tu, sepatutnya, punggung dia kena di tonton kan pada rakyat, kot kot ada kesan kesan liwat. Apasal pulak DSAI yang dimalukan sedemikian rupa. Ya Allah, pak menteri pek menteri tak belajar agama ke islam pada nama? Tak tahu apa akibatnya, fitnah orang islam yang lain. Doa ku pada Mu , Ya Allah, percepatlah balasan Mu kepada monyet muda, monyet tua dan monyet monyet lain. Biar muka dia orang tukar menjadi monyet ngeri dari monyet yang sebenarnya. Sebab mereka tidak layak jadi manusia lagi.
Go to hell with UMNO.
Reply