Dari Harakahdaily
KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) – Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.
Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia.Image
Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.Image
Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.
Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.
Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.
Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.
Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.
Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.
Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.
Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.
Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.
Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.
Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.
Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi.









segeralah umno resign macam penanti
kesian nanti kulikongkup lagi
dan resign juga buntut saiful tu
saiful budak tak tau apa , kelak nyesal tak berkesudahan
ezam , entah tak tau nak buat apa dengan pondan ini
pelik tak takut susah mati ka nanti
Reply
moga calon kita akan terus menang dan menang. Insyallah.
Reply
Dengan penuh iltizam dan kesungguhan Insya Allah PAS akan memperolehi kemenangan pada pilihan raya kecil Manek Urai nanti
Minta petugah pasti kerja bersunggoh tanpa mengharap balasan wang seperti BN, haraplah keredoan dari Allah serta ganjaran diAkhiran nanti
Takbirrrrrrrrrr.
Allahu akbarrrrrrr
Reply
TAKBIR.SYUKUR KITA KPD ALLAH SWT KERENA MENBERI PEMINPIN YANG ADIL.KITA USAHA SEBAIK MUNGKIN DAN KITA SERAH KPD ALLAH YANG MENENTUKAN.BERJUMPA KITA DIMANIK URAI NANTI.
Reply
rtawil Reply:
June 28th, 2009 at 9:55 pm
jumpa kite disana tentukan kemenangan dipihak yg.benar.
Reply
TAHNIAH DIUCAPKAN KPD TGNA ATAS PENGUMUMAN TERSEBUT. MARILAH KITA BERSAMA2 MEMBERIKAN SOKONGAN PADU SEBAGAI PETUNJUK YANG RAKYAT BENCIKAN
1) PENINDASAN
2) KEZALIMAN
3) KEMAKSIATAN
4) FITNAH
5) SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DLL.
AYUH! UNITED WE UNDISPUTABLE, DIVIDED WE FALL!
Reply
abdul samad salam Reply:
July 11th, 2009 at 12:15 am
iyolah tuan, hamba cayo TUAN cakap tu betol belako, nak kato apo lagi dah itu kato TUAN yang mulio. patek pacal yang hino turut perintahhhh..aje lah yooo.. nanti d kato tak mboh ikut pulak.. susoh pulok
Reply
terus kan kemenangan pr .diamkan bn terus meyalak
Reply
wahai pejuang pr….jgn leka … manek urai mesti dipertahankan…kemenangan yg ada ditingkatkan..kita sanggup mati demi pas yang tercinta…allahuakbar///
Reply
...amar ma'ruf nahi mungkar... Reply:
July 1st, 2009 at 1:34 pm
KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa. “Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka. “Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam. Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar. Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji. Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.
“Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada ‘aamana’ (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.
“Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.
“Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.
“Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya. “Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya,” katanya.
Jawapan Saya untuk Nik Aziz : Pertama, memang sirah membuktikan bahawa nabi Muhammad pernah memusnahkan sebuah masjid kerana masjid tersebut dibina atas kemunafikan, namun demikian kita harus bertanya, siapakah Nik Aziz di sisi Allah? berbandingan dengan nabi Muhammad? Apakah pada hari ini, kita boleh begitu mudah mengikut cara nabi dengan membakar masjid atau menghukum sesiapa sahaja yang kita suka sebagai orang Islam yang tidak beriman? Apakah Nik Aziz diizinkan oleh Allah untuk menjatuhkan apa-apa sahaja hukuman ke atas ahli-ahli UMNO? Keceluparan Nik Aziz sehingga hari ini sangat melampau dan merbahaya, menjatuhkan hukuman kononnya UMNO adalah sama dengan Komunis dan Ayah Pin, merupakan cakap orang yang sombong dan bongkak dengan ilmu yang diberikan oleh Allah kepadanya. Saya percaya, jika UMNO adalah sama dengan Komunis, antara manusia terawal yang dibunuhnya ialah Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Malah, saya juga yakin jika UMNO itu sama sahaja dengan Komunis, sudah lama PAS dan PKR berkubur, manakala pemimpin-pemimpinnya mungkin sudah lama dipenggal lehernya.
Kedua, Nik Aziz menyatakan bahawa apakah sama orang beriman dengan orang yang tidak beriman? Jawapannya adalah tidak sama. Ia Jelas. Namun demikian, Nik Aziz harus faham bahawa iman itu sifatnya ada tinggi dan ada rendah. Tidak semua orang beriman, sama kualiti imannya. Maka, tidak bolehlah orang yang lemah imannya dituduh sebagai manusia yang terkeluar daripada Islam dan persaudaraan Islam. Soalnya sekarang, Nik Aziz seolah-olah mendakwa bahawa orang-orang UMNO tidak beriman, kerana menolak Islam. Benarkah UMNO menolak Islam? UMNO tidak menolak Islam, UMNO menolak PAS! PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukannya PAS. PAS adalah sebuah parti politik. Islam itu adalah agama. Tak kan Nik Aziz tidak tahu membezakannya. Dalam kenyataan di atas, Nik Aziz mendakwa, “Dalam konteks UMNO mereka tiada “aamana”(tidak beriman) Ada Islam sahaja. Nak dikatakan beriman macam mana? UMNO menerima Islam, tetapi mereka tidak beriman.” Lantaran itu, kami juga ahli-ahli UMNO boleh mendakwa sebegitu rupa, dengan menuduh bahawa PAS juga tidak “aamana” (tidak beriman) dengan seluruh ayat-ayat al-Quran, yakni ada ayat-ayat Allah yang PAS terima dan ada ayat-ayat Allah yang PAS tolak, umpamanya surah Al-Hujraat ayat 10-11. Begitu juga dengan hadis-hadis nabi, banyak hadis nabi yang PAS tolak, khususnya berkenaan ketaatan kepada pemerintah dan keharaman menentang pemerintah Islam serta melakukan kerosakkan kepada negara, melalui jalan demonstrasi dan fitnah.
Wah! macam seorang nabi Nik Aziz bercakap. Mudah sungguh Nik Aziz menghukum orang-orang UMNO tidak beriman. Siapa Nik Aziz untuk berkata sebegitu? Nabi ke beliau? atau bertaraf sahabat nabi ke beliau? Nik Aziz akan menanggung dosa yang berpanjangan kerana menuduh orang-orang UMNO tidak beriman. Apakah Nik Aziz tidak faham bahawa ayat “apakah sama antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman” itu hakikatnya merujuk kepada perbezaan antara orang mukmin dengan orang kafir. Dalam konteks ini, kiasanya adalah lebih tepat jika merujuk kepada DAP dan bukan ahli-ahli UMNO yang jelas mengucap syahadah dan bersaksikan keesaan Allah SWT. Ahli-ahli PAS dan UMNO semuanya beriman, tetapi setinggi mana iman masing-masing hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita tidak boleh mendakwa iman Nik Aziz lebih tinggi daripada Hj Hadi, atau iman Nik Aziz lebih tinggi berbanding dengan Yusuf Al-Qardhawi – itu tidak adil dan tepat. Iman bisa boleh naik dan bisa boleh turun mengikut kondisi atau keadaan, namun demikian, ia sama sekali tidak boleh diukur oleh manusia biasa – hanya nabi sahaja yang boleh menilai begitu (kerana nabi ada ilmu khususiah), dan bukan Nik Aziz. Yang boleh diukur sama ada tinggi atau pun rendah adalah ilmu pengetahuan, bukan iman – sifat iman itu ada tinggi dan ada rendahnya, tetapi tidak boleh diukur oleh manusia biasa, itu adalah soal Allah dan Rasul-Nya, jangan kita memandai-mandai menuduh orang itu atau orang ini tidak beriman dan sebagainya. Itu bukan hak kita.
Ketiga, banyak kiasan Nik Aziz tidak betul dan bercanggah dengan al-Quran. Terdahulu, sewaktu Nik Aziz mahu membela Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang mengarang novel Shit, Nik Aziz sanggup membuat kiasan bahawa Allah juga mencarut, malah lebih jauh daripada itu, beliau juga pernah membuat perumpamaan bahawa Allah bersifar samseng – semua ini merupakan kenyataan manusia yang jahil terhadap agamanya sendiri. Tiada seorang ulama pun yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu. Jadi, adalah mustahil Nik Aziz seorang sahaja yang betul? Satu ketika dahulu, Nik Aziz pernah mendakwa bahawa PAS sanggup bekerjasama dengan sesiapa pun, termasuk dengan syaitan bagi menegakkan negara Islam. Hal ini sangat bercanggah dengan ayat Allah yang jelas, “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata”.
Pada perkiraan saya, jika dilihat secara teliti, terbukti bahawa fahaman Islam Nik Aziz lebih merbahaya daripada ajaran Ayah Pin sendiri. Hal ini adalah kerana, Nik Aziz sanggup melakukan apa-apa sahaja cara tidak mengira betul atau pun salah, yang penting PAS menang dalam pilihan raya. Dengan syaitan ke, dengan Komunis ke, dengan Ayah Pin ke, dengan DAP ke, semuanya halal belaka – jika mereka menyokong PAS untuk menubuhkan negara Islam, cara tidak penting bagi PAS, yang utama adalah matlamat. Apakah ini cara Islam? Tetapi hampir semua penyokong PAS buta terhadap hal tersebut. Pada mereka dosa Nik Aziz tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kezaliman UMNO/BN.
Soalnya benarkah UMNO zalim? atau UMNO zalim terhadap manusia yang jelas kezalimannya seperti Anwar Ibrahim? Jika UMNO zalim terhadap Anwar, mengapa mesti rakyat pula yang kecoh dan memberontak – khususnya PAS. Apakah PAS tidak mengajar ahli-ahlinya agar berpegang teguh dengan ayat al-Quran dan Sunnah nabinya yang menyuruh agar rakyat harus taat kepada pemerintah? Apakah Nik Aziz tidak mengajar kepada ahli-ahli PAS berkenaan hadis shahih nabi yang berbunyi, “Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara (pemerintah) yang tidak mengikut petunjukku dan tidak menjalani sunnahku. Dan akan bangun pada mereka laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Kata Huzaifah : Aku bertanya, Bagaimana saya hendak lakukan jika saya menemuinya ya Rasulullah? Rasulullah bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Dan apakah Nik Aziz juga tidak mengajar hadis ini dalam setiap kuliyyah subuhnya, nabi bersabda, “Para imam yang jahat ialah yang kamu benci mereka dan mereka benci kepada kamu. Kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah ditanya, Ya Rasulullah, bolehkah kami melawan mereka dengan pedang? Baginda menjawab, Tidak! selama mereka mendirikan solat. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai daripada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu bencikan amalannya dan jangan kamu menarik tangan kamu dari ketaatan” (Riwayat Muslim) dan, “Satu ketika nabi ditanya, Ya Rasulullah, jika kami mempunyai pemerintah-pemerintah yang mengerjakan selain ketaatan kepada Allah, bagaimana? Rasulullah bersabda, Mereka memikul apa-apa yang dibebankan ke atas mereka dan kewajiban kamu adalah apa-apa yang dibebankan ke atas kamu” (Riwayat Bukhari).
Oleh Sebab itu, PAS tidak boleh disokong kerana jelas mereka mendakwa bahawa umat Islam wajib menjunjung al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya mereka sendiri sendiri tidak mengikutnya. Banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang tidak diikuti oleh PAS, jadi bagaimana mungkin rakyat boleh mendakwa bahawa PAS berjuangkan Islam? memperjuangkan Islam bermakna kita terlebih dahulu mengikut al-Quran dan As-Sunnah dan bukan menyuruh orang lain dahulu melakukannya. Jika al-Quran mewajibkan umat Islam berdamai, melalui firman-Nya, “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat. Wahai, orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diolok-olokkan itu lebih baik daripada mereka yang mengolok-ngolokkannya. (al-Hujurat ; 10), Maka adalah wajib bagi PAS mengikut suruhan Allah ini. Soalnya sekarang mengapa PAS tidak melakukannya? Inikah Islam dan pejuang Islam yang sebenarnya?
Reply
Wahai rakyat semua, tak kira siapa calon kita, tak kira dari mana asal-usulnya, tak kira setinggi mana kelulusannya, yang penting calon kita mampu memikul tanggungjawab yang diamanatkan dan yang diharap-harapkan oleh rakyat jelata. BN jangan memandang rendah kepada calon PAS yang hanya dari golongan pemborong ikan. Harus mereka ingat bahawa Allah mengangkat Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Nya dari golongan gembala kambing yang tidak memiliki sebarang ijazah dari mana-mana Universiti, tetapi Nabi Muhammad SAW telah membuktikan keagungannya seluruh dunia. Jangan seperti kebanyakan calon BN yang besar pasak dari tiang – penuh dengan janji manis, hanya mahu berkubang dengan lumpur dan mula jual muka sama rakyat masuk pasar keluar pasar semasa musim pilihanraya saja. Lepas tu faham-fahamlah gelagat mereka ni. Istilah ‘Rakyat didahulukan’ tu sesuai dengan BN punya style – rakyat diperlukan semasa pilihanraya saja. Lepas pilihanraya jangan harap mereka mahu jumpa rakyat lagi. Ayoh bangun wahai rakyat Manik Urai, sama-sama kita benteras segala kemungkaran yang selama ini membelenggu kita. Beri kemenangan kepada calon kita PAS dan tuntut hak kita sebagai rakyat Kelantan, negeri yang selama ini telah lama tersenarai sebagai negeri yang mengeluarkan hasil MINYAK tetapi disorok kebenaran ini daripada pengetahuan umum . Tuntut royalti minyak berbilion ringgit tu daripada BN kalau BN benar-benar ikhlas dengan slogan ‘Rakyat didahulukan – Prestasi diutamakan’ Jangan hanya slogan tinggal slogan. HIDUP PAS, HIDUP PR.
Reply