Semalam, dunia Islam kehilangan sebutir mutiara gemerlapan yang sekian lama mencurah bakti kepada umat.
Dr. Fathi Yakan, aktivis pergerakan Islam tersohor telah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Beliau merupakan pengarang buku “Mengapa Saya Berintima’ dengan Islam?” yang menjadi rujukan pengenalan kepada aktivis pergerakan Islam seluruh dunia.
Almarhum Dr. Fathi juga merupakan di antara ulama’ dan sarjana besar dunia Islam. Penulisan dan kuliahnya menzahirkan ketegasan.
Saya kenangkan pertemuan saya dan Almarhum Ustaz Fadhil Noor dengan Almarhum Dr. Fathi Yakan di Riyadh hampir 30 tahun lalu.
Saya amat terkesan akan nasihat beliau kapada kami dalam menangani arus aliran pelampau menerusi gerakan Islam ketika itu. Menurutnya seringkali sosok keras menimbulkan masaalah kapada gerakan lantaran keengganan mereka tunduk kapada semangat jamaah.
Jamaah terperangkap akibat gelagat mereka atau akhirnya dkhianati olih sebahagian mereka.
Saperkara lain yang disentuh beliau ialah bahaya penyakit “ghurur” – keangkuhan – di kalangan pendukung gerakan akibat kedangkalan ilmu serta kurangnya tawaddu’. Mereka menganggap diri mereka sahaja jaguh, hebat berbicara soal jihad, dan kurang tasamuh atau berlapang dada menerima kekuatan atau pandangan lainnya.
Maka, marilah kita sama-sama berdoa semuga roh Almarhum Dr. Fathi Yakan ditempatkan di kalangan para solihin dan siddiqin.
Al-Fatihah.
ANWAR IBRAHIM









Dr. Fathi Yakan, Mengapa Saya Berintima’ dengan Islam
Reply
pejuang harapan melayu, harap saudara baca dulu perjanjian di hadyai 1986 baca dan faham sapa yang punya angkara semua ni.
Reply
segala jasa dan ilmunya tidak dapat dilupa…saya salah seorang pembaca dan penganalisa buku beliau…alfatihah
Reply
Salam DSAI,
Hari ini 14/6/09 saya meghadiri satu majlis perkahwinan di Kg baru, Telok Gong. Berkenalan dengan warga di sana terutama anak2 muda dalam lingkugan 22-30. Rata2 mereka cukup kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh YB kawasan tersebut. Antara rungutan mereka :-
1) Mengenai status hakmilik tanah yang masih tertangguh.
2) Prasarana untuk persatuan belia yang agak terabai.
3) Kemudahan yang masih lagi tiada perubahan selepas PRU12.
Mereka menyatakan untuk tidak lagi memilih PR pada masa akan datang kerana tiada perbezaan antara PR dan BN. Mohon tindakan pihak DSAi dalam memanjangkan perkara ini kepada yang berkanaan.
Salam perjuangan.
Reply
salam,
semoga dr. fathi yakan dicucuri rahmat daripada ALLAH dan diletakkan dalam kalangan orang beriman
Reply