08
Jun
09

Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih

Oleh Bendahara Tun Perak

Assalamualaikum,

Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Lebih menyedihkan apabila ada kalangan ahli dan pemimpin PAS yang mula menunjukkan penentangan kepada saudara Anwar sehinggakan wujud label-melabel dalam PAS seperti ‘orang Anwar’ dan kalangan PAS yang dilabel ‘orang Anwar’ cuba dipulaukan dan dipinggirkan seperti Saudara Husam Musa.

Benar kata Mahathir – Melayu Mudah Lupa

Teringat saya pada kata-kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa orang Melayu mudah lupa akan sesuatu perkara dan sejarah. Ini benar apabila melihatkan situasi yang melanda PAS pada hari ini. Mereka lupa jasa saudara Anwar, mereka lupa Gelombang Reformasi 1998, mereka semua mudah lupa.

Mereka lupa akan pengorbanan yang dilakukan oleh Anwar sehingga membawa kepada kebangkitan PAS hingga kini.

Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat?

Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.

Reformasi 1998 – bonus kepada PAS

Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.

Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.

Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Lupakah kita semua?

Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.

Nah! Lihat sahaja kebenaran. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan BN tumbang dalam PRU2008. Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan Johor!

Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998 yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor. Lupakah kita semua?

Anwar kini keseorangan

Kini pengasas Gerakan Reformasi hanya tinggal seorang. Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.

Ya, memang segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT tetapi Allah telah berfirman bahawa “Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah.” Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan mesti dihargai dan diingati.

Jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup, PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS.

Setiap kali Anwar ke Kedah, beliau akan mengambil kesempatan menziarahi sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah. Pasti saudara Anwar Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya mengenangkan jasa dan kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar, dan mengenangkan nasib dirinya tanpa Ustaz Fadzil di sisi. Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih ada, itu keluhnya.

Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz.

INGATLAH WAHAI AHLI PAS…


222 Responses to “Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih”


  1. 1 Permata Jun 8th, 2009 at 9:31 am

    Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

    Reply

    manamano Reply:

    Dato seri Anwar yang di hormati…

    Saya berharap dato seri akan mengambil tindakan yang tepat ekoran kenyataan presiden pas,yang ingin berunding dengan kerajaan BN,apa yang saya lihat ekoran tindakan itu,ia sedikit sebanyak akan merenggangkan hubungan rapatan pimpinan PR,saya juga tak faham kenapa keutuhan dan kekuatan yang terjalin antara DAP,PAS dan PKR tidak di pelihara,sedangkan semua telah maklum bahawa PR telah meningkat kekuatannya selepas PRU 12 sekaligus melakar sejarah lanskap politik tanah air negara,sebagai rakyat biasa saya nampak politik negara kita semakin sihat dengan adanya PR dan BN ianya boleh juga di ibaratkan “sistem dua parti” seperti menuju ke arah sistem politik negara barat, seperti yang berlaku di Amerika Syarikat,saya juga yakin dan pasti bahawa PR akan menang dalam PRU ke 13 ekoran semua PRK di menangi oleh PR walaupun dalam kawasan “UMNO” seperti di kuala terengganu,kenapa semua kejayaan dan kemenangan yang di kecapi ini tidak di jadikan kekuatan dan keazaman untuk terus menghadapi PRU ke 13 kelak dalam kumpulan PR kenapa mesti perlu bekerjasama dengan BN yang telah di ketahui kaki pembelit,lihatlah kerjasama PAS-BN pada tahun 1972,apa yang PAS perolehi hanyalah mainan politik UMNO ketika itu memang lemah samasalah situasinnya seprti sekaranag.

    Saya menyeru sekali lagi kepada pimpinan PR iaitu DS anwar,DS Hadi,YB lim kit siang cubalah berbincang dengan sebaik-baiknya apa jua maalah yang dihadapi dengan sabar dan tenang seperti “menarik rambut dalam tepung”,peliharalah keharmonian antara DAP,PAS dan PKR, percayalah bahawa pemimpin UMNO sekarang sedang berada di tahap yang paling membimbangkan seperti telur di hujung tanduk,oleh yang demikian mereka akan cari apa sahaja cara sekalipun untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara,saya berharap semua pemimpin PAS sedar bahawa ‘kerajaan perpaduan’ itu hanyalah satu retotik UMNO untuk kekal terus berkuasa,jangan mudah tertipu dengan gimik politik murahan mereka itu.

    Reply

    akuu Reply:

    sukung 1000000

    Reply

    Facebook Reply:

    SALAM DSAI,

    MEMANG BENAR APA YANG MANAMANO PERKATAKAN.

    KITA HENDAKLAH MENYIASAT PERKARA INI. MANALAH TAHU KALAU PAS (1) DITAWARKAN JAWATAN DAN SEJUMLAH WANG BESAR ATAU (2) DIUGUT AGAR MENERIMA PROPOSAL KERAJAAN PERPADUAN.

    MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMPERKUATKAN BARISAN DAN MERANGKA STRATEGI YANG BERKESAN BAGI MEMASTIKAN PAKATAN RAKYAT TERUS UTUH. INGAT! HANYA KESATUAN AKAN DAPAT MENGUBATI PENYAKIT PERPECAHAN.

    DATUK SERI ANWAR! NIK AZIZ NIK MAT DATUK SERI HADI AWANG! LIM KIT SIANG LIM GUAN ENG! – MARI KITA MEMPERKUATKAN JENTERA DAN JANGAN TERTIPU DENGAN TAKTIK HALUS YANG CUBA DIGUNAKAN KE ATAS KITA!

    SEKIAN, WASSALAM.

    Reply

    budak selangor Reply:

    agak2 laa..komen mcm org tak reti politik!! boleh plak dia kata PAS dapat tawaran ?? ingat PAS terima rasuah ker??

    Org Johor Reply:

    Pada Ahli PR….
    Jangan mudah terpedaya dengan mainan politik UMNO, Saya percaya tiada apa perkara yang besar berlaku antara PKR,DAP dan juga PAS. Ini semua mainan politik UMNO dalam menghadapi pilihan raya kecil di manik Urai. Saya yakin isu ini akan dijadikan modal ketika UMNO berkempen disana. Sesiapa pun boleh menulis dilaman Blog, Apakah hanya membaca sesuatu artikel kita terus menjatuhkan keputusan…??

    Reply

    hamba-Allah Reply:

    Dalam menghadapi isu ini saya, dengan penuh harapan agar dari kalangan kita tidak mudah menggelabah. Serahkanlah kepada kepimpinan untuk selasaikan isu itu. Jangan lah kita salahkan sesiapa diantara pemimpin kita. Tunggu dan lihat, Insya-Allah Tuan Guru Abd Hadi membuat keputusan yang tidak mengecewakan kita. Apa yang dicadangkan beliau mungkin adalah satu amanat dari Allah s.w.t. Tuntutan al-Quran dan rasul (agama Islam). Beliau adalah orang yang arif tentang agama. Janganlah kita membuat andaian sendiri.
    Tentang kenyataan Murshidul Am PAS terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu hanyalah perbezaan pendapat dan mungkin salah faham. Cuma mungkin Ustaz Hadi perlukan sedikit masa untuk menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan.Insya-Allah.

    Allahuakbar…

    Reply

    Danish Reply:

    Al-Fatihah.. utkmu Wahai perjuang Bangsa M’sia Allahyarham Ust.Fadzil Noor.

    Berikrar la wahai Pakatan Rakyat, perjuangn mu adalah utk menegak haq & menghapuskn kebathilan. Bangun la wahai pahlawan Rakyat beramai2 kita mengambil tempat Allahyhm Ust. Fadzil, demi Agama, Bangsa & Negara, perjuangn harus di teruskan, wlupn DS Hadi & Konco2 nya telah dijinakkn UMNO atas nama “UNITY GOV.” yg kononnya membawa kbaikn, sedarkah DS Hadi akan kesan perlaksaan ini jika Rakyat & Msia keseluruhannya blm bersatu-padu (erat perpaduan antara Kaum/Agama). Kita yg masih di landasan Pakatan Rakyat jgn lupa asas perjuangn sebenar..

    Beware of sentimental alliances where the consciousness of good deeds is only compensation for noble sacrifices.. by Otto von Bismarck

    Reply

    ron Reply:

    Benar, sebahagian pemimpin pas masih ‘berpemikiran lama’ & terlalu naif berdepan realiti dunia politik.

    Berdasarkan pengamatan umum, golongan yg pro-’perpaduan’ (condong kpd umno) adalah mereka yg:

    1) enggan belajar dari pengalaman pahit yg lalu i.e. 1974;

    2) masih tidak sedar bahawa Anwar is ‘the force of the people’;

    3) masih tidak sedar bahawa Anwar cukup dihormati dunia Arab & Islam;

    4) lurus bendul & kurang bijak berstrategi menghadapi musuh politik;

    5) melabelkan umno seperti israel/zionis tetapi masih mahu ‘perpaduan’ dgn ‘israel/zionis’ itu.

    Nasihat kepada pendukung2 Pas & Pakatan Rakyat:

    1) berbeza pandangan harus diraikan tetapi jgn sampai memaksakan pendirian kita terhadap org
    lain.

    2) tanyakan diri sendiri pelbagai soalan mengenai ‘perpaduan’ dgn umno nescaya kita akan
    dapati jawapan2 yang jelas menolak usul tersebut, i.e. has umno ever change its approach
    towards pas? how many a time did umno betray pas? have you forgotten on what happen in
    Terengganu 1999-2004? etc..etc.

    3) rakyat umumnya menolak umno/bn & memberi sokongan padu kpd PR jadi mengapa inginkan
    ‘perpaduan’ dengan umno/bn yg semakin ditolak oleh rakyat itu?

    4) dengarilah nasihat dan pandangan mursyidul am pas Tuan Guru Nik Aziz. Pandangan Tuan Guru
    sentiasa bernas dan ketahuilah bahawa org spt Nik Aziz merupakan sebutir permata yg sangat
    berharga. (he’s a genius if you really observe his thinking & ideas).

    5) perkukuhkan Pakatan Rakyat & jangan sesekali bersikap lemah terhadap musuh sesungguhnya
    musuh itu didukung oleh syaitan dari kalangan jin & manusia.

    Beringatlah sebelum terkena. Waspada sentiasa.

    Yakinlah pada kemenangan rakyat!

    ********************************************************************************************

    Reply

    Farid Reply:

    Assalamualaikum..

    Pada pandangan saya, terdapat segelintir pemimpin PAS yang hendak bergabung dengan UMNO kerana tergila-gilakan jawatan di peringkat pusat. Kerana mereka yang tiada jawatan dalam kerajaan negeri terpaksa lah menumpang UMNO untuk mendapat jawatan sekurang-kurangnya menteri.Maka lahirlah beberapa menteri dari pemimpin PAS. Itulah sikap segelintir pemimpin atasan PAS yang nampak depsrate nak bergabung, sekurang-kurangnya dapat jadi Menteri Pelajaran/ Menteri Kewangan. Kalau benar-benar ikhlas, jangan cerita bab kerajaan perpaduan kerana kita berada disini untuk menggantikan UMNO. Apa salahnya Dato’ Seri Anwar jadi PM?

    Kerana hasad dengki sesetengah orang lah tak mahu Dato Anwar jadi PM. Kalau berkebolehan takpe.

    Wassalam

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Silalah click pada link2 berikut ini:

    http://www.youtube.com/watch?v=n9PEuhMlFbw

    http://www.youtube.com/watch?v=gr3gmkVRE0Q&feature=related

    http://www.youtube.com/watch?v=uKaLsHrqBHQ&feature=related

    Moga kalian semua faham makna keadilan mengikut Islam dibandingkan dengan kesamarataan yang dituntut olih ada orang2 itu semua!

    Berilah komen anda semua! Click aje dekat tiap2 satu link diatas! Interesting sangat ni semua! Cubalah bukak!

    Wasalam………….

    Reply

  2. 2 is dd Jun 8th, 2009 at 10:02 am

    terima kasih ats luahan itu,hrp2 dpt m`buka minda & fikiran setelah lama kt b`juang,bkn hasrat nak memuja manusia yg di ciptakn oleh ALLAH S.W.T,jika tdk krn kes DSAI ini mungkin PR xkn wujud….smpi ke sudah rakyat yg pekak tdk akn buka matanya…dan m`gangap umno/bn shj lah yg lyak pimpin bumi malaysia ini,umno 2 sjk pnubuhan mmg xbrani nk tegakkan hukum ALLAH S.W.T,klu dia tegakkan hukum ALLAH S.W.T xyah nk b`mati2an,umno/bn ni lbh krg sama mcm israel & fatah jea,blik2 pjuangan bangsa…..sdangkan klu pjuagan bangsa NABI S.A.W xmgaku ummat…..dgn islam smua warna kulit blh msk,ni kata islam tp trng2 tolak hukum ALLAH S.W.T,plekihkn ulama lg laa….maka trang2 m`peleh agama ISLAM yg NABI S.A.W bawa…..maka tmpatnya di mn lg!!!!!!!!!!!!!!!
    jgn biarkan DSAI di ank tirikan,baik dari PAS,DAP & KEADILAN pjuangan kt smua sma,nk kn keadilan seperti yg di tuntut dlm ISLAM

    Reply

  3. 3 Synapse73 Jun 8th, 2009 at 10:09 am

    Are we going to see a repeat of 2004 Election. The almost total wipe out of the opposition. Seems a few PAS Leader never learned from its mistake and lesson. Agree with Bendahara Tun Perak, and consistence of Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz, do not associate ourself with UMNO, no matter what.

    Reply

  4. 4 IslamicWarrior Jun 8th, 2009 at 10:16 am

    salam..
    saya sebagai pendukung perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS juga terkeliru dengan apa yang berlaku terhadap PAS pada masa kini..insya Allah, kami sebagai ahli dan pejuang di dalam PAS tidak akan membiarkan PAS bergabung dengan UMNO.kami mahu PAS komited dengan Pakatan Rakyat bagi merealisasikan aspirasi rakyat..insya Allah

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah!

    Pastikan hang buat begitu ok! Make sure!

    Reply

  5. 5 Hanief Jun 8th, 2009 at 10:17 am

    Jangan kita ditipu UMNO lagi Datuk Seri! PAS pun jangan lupa sikap belot pemimpin UMNO macam di Perak.

    “If we can’t fight them, then join them.” Masihkah Datuk Seri ingat pepatah Inggeris ini? UMNO sedang mengotakan pepatah itu sebagai senjata terakhir mereka.

    Hancur satu Pakatan Rakyat nanti sekiranya UMNO belot dalam nak berpadu.

    Datuk Seri harus bongkar dan beritahu rakyat mengenai apakah agenda penjajah Inggeris yang diberi pada UMNO. Logikkah jika UMNO sebagai budak suruhan penjajah Inggeris, mahu mengubah dasarnya kepada dasar Islam? Jangan kita tertipu Datuk Seri.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabahku Hanief!

    Tak fahamlah aku perangai PAS ni! PAS banyak dah menghentam UMNO dan BN! Mengapa kini nak berbaik2 ni, tak faham aku sesangat lah………

    Dato Seri Anwar, ajaklah parti2 lain serpihan2 BN masuk kedalam Pakatan Rakyat terutama sekali serpihan UMNO, MCA, MIC,PPP,GERAKAN dan Parti2 dari Sabah dan Serawak.

    Benarkanlah mereka masuk dengan parti2 baharu mereka supaya wadah untuk membenteras kezaliman,kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan dapat benar2 di nikmati olih rakyat!

    Sudah sampai masanya buat pertama kalinya rakyat seluruh negara menikmati Pakatan yang benar2 bersih dari semua kemungkaran!

    Kalau susah sangat, wajarlah NIK AZIZ sahaja yang memimpin hala tuju ahli2 PAS! Apa salahnya Nik Aziz membentuk parti Islam yang baharu yang benar2 membenteras kemungkaran hingga ground zero! Nik Aziz telah terbukti dapat memerintah Kelantan begitu lama! Turunlah kepadang wahai Nik Aziz! Selamatkan lah negara ini dari kemungkaran!

    Sekian wasalam……

    Reply

  6. 6 Mogan Jun 8th, 2009 at 10:35 am

    Sedih dan marah dengan keinginan PAS yang cuba mengadakan hubungan sulit dengan UMNO. Saya harap PAS akan mencari jalan untuk menggukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP demi kebaikkan PR yang telah membolehkan PAS mendapat sokongan bukan Islam.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Apa susahnya!

    Kalau kepimpinan tertinggi PAS buat tidak betol, tubuhkan parti baharu dan bernaunglah di bawah Pakatan Rakyat yang diterajui DS Anwar Ibrahim! Apa susahnya?

    Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan yang benar2 iklas untuk membela nasib rakyat yang wajar diperjuangkan dan bukan tubuh badan sesaorang pemimpin!

    Manusia ini kalau diberi peluang memimpin, entah2 lebih hebat dari pemimpin2 yang terdahulu! Renung2kanla

    Rakyat dahagakan pemimpin2 yang benar2 membenteras to ground zero kezaliman,kemungkaran, kejahatan dan kemaksiatan DEMI KEMAKMORAN RAKYAT DAN
    KEADILAN DIDALAM NEGARA! INI YANG MAHA PENTING TIAP2 PEMIMPIN KENA INGAT!

    Kalau kedua2 pakatan BN atau Pakatan Rakyat tidak bolih diharap, jangan terperanjat kalau majority rakyat akan sokong pakatan yang ke tiga yang bakal muncol tanpa disangka2! Rakyat sekarang sudah mulai jadi Hakim yang benar2 bijak!

    Wasalam…………renung2kan lah

    Wasalam……….

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Benar tu kata2 mu morgan!

    Reply

  7. 7 muhammad Jun 8th, 2009 at 10:35 am

    insyaallah anwar tak keseorangan. jika dia ikhlas demi islam…PAS akan sentiasa bersamanya. ketika dia dihina, PAS lah yang menyambutnya walaupun ketika dia di puncak kuasa, entah apa perkataan hina yang tidak dilemparkannya kepada PAS. ketika dia mula dihina…di mana rakan-rakan baiknya seperti karpal singh? kenapa bila gerakan kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh PAS mula menyerlah, baru lah golongan lain mula bersama anwar

    perlu juga diingat… tanpa sokongan padu PAS semasa dia dipecat, mungkin anwar kini hanyalah sejarah. justeru itu, anwar juga patut berterima kasih kepada PAS yang begitu ikhlas membelanya walaupun mereka dihina ketika dia di puncak kuasa

    Reply

    MatTop Reply:

    Betul cakap kau tu dan itulah yang di tekankan oleh Bendahara Tun Perak. Pas 1998 adalah dibawah kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadhi Noor. Perjuangan nya jelas. Pas 2009 dibawah Hadi lebih cenderung kepada Umno. Perjuangan tak jelas. Nak bersama Umno ke PR? Tepuk dada tanya selera, dan buat pilihan kalbu. Mana bolih duduk dengan PR tetapi berkhalwat dengan musuh ketat Umno.Bezakan Pas 1998 dan 2008.

    Reply

    Zahha Reply:

    Betul PAS banyak membela Anwar dulu. Sekarang ni dah bentuk Pakatan Rakyat. Anwar tak nampak pulak membelakangkan DAP & PAS dalam PR tapi PAS ni macam lain je? Buat masa sekarang ni aku tak fikir PAS boleh berjaya sorang2. Kalau dengan UMNO lagilah tak boleh pegi jauh.

    Reply

  8. 8 keladimerah Jun 8th, 2009 at 10:37 am

    Hj. Hadi dengan Nasaruddin agaknya dah terasa seronok dilambung gelombang kuasa dan keseronokan seorang pemimpin. Tidak heran mereka berdua akan bawa semula PAS jadi pecacai UMNO/BN untuk menjayakan dendam kesumat BN/UMNO terhadap DSAI. Duit. Duit sapa nak tolak. Hj…? Hj. sesiapa ada duit boleh arus dan pergi ke Makkah sana sekarang. Hanya yang selamat daripada godaan dunia yang berhati TAQWA kepada Allah sahaja. UMNO tunggang Islam untuk kepentinganya begitu juga PAS sekarang. Beza orang OMNO paling hebat bersogkok berbanding berserban dan berkopiah pada PAS. Sabar DSAI. Dalam perjuangan ramai yang teruji dan kecundang. Tderuskan perjuangan saudara. Mati manusia meninggalkan nama. Anda sedang membina nama dan jasa kepada jenerasi anda. Nikmay perjuangan anda akan dirasa dan dinilai oleh jenerasi kemudian jika jenerasi yang sedang ada ini belum berkesempatan. Biar sejarah anda dikenag selamanya sebagai pejuang kebenaran seperti pejuang-pejuang terdahulu yang nama mereka sentiasa harum dan menjadi rujukan serta idola kepada jenerasi… Selamat menempuh alam perjuangan kepada DSAI serta para pengikut yang ikhlas dan setia..
    Wassalam

    Reply

    BIAR BETUL Reply:

    takkan marah bro..

    dulu bila aku ckp kuasa boleh merubah manusia semua bantai aku..
    skang apa dah jadi,jangan hairan 1 hari nanti anwar juga boleh berubah.
    Ingat kita bukan malaikat,kita manusia yg sentiasa diuji hawa nafsunya..
    LUPAKAH ITU..

    aku tak hairan jika PR boleh hancur,kerana aku juga kecewa dengan sikap sahabat2
    aku dibahagian puchong,berubah sekelip mata kerana kuasa dan wang..
    aku masih ahli pkr, tetapi ingin aku lihat permainan ini..
    seolah2 tiada masa esok hari masing2 berebut kuasa dan wang..

    INgatan ini juga untuk aku sekali yang mungkin boleh berubah…SIAPA TAHU

    Reply

  9. 9 Mr Bli Jun 8th, 2009 at 10:40 am

    ya kita semua mesti ingat jasa anwar selama ni…
    kalau tak kerana pakatan rakyat…
    pas takkan capai tahap ni….
    kalau pas keluar pakatan,
    maka hancurlah pas….

    Reply

  10. 10 Shafii Jun 8th, 2009 at 10:48 am

    Segala pujian hanya bagi Allah swt yg mencipta sdr Anwar seorang yg suka merendah diri dan cepat ramah.

    Insyaallah, Amiin

    Reply

    Jay Reply:

    SETUJU

    Reply

  11. 11 Kamalias Jun 8th, 2009 at 10:58 am

    Inilah penah aku suarakan mengenai PAS di blog ini beberapa bulan yang lalu. Memang tak salah artikel ini..apa yang aku nampak sesetengah peminpin tertinggi PAS seolah-olah lupa diri. Mereka mendabik dada kononnya PAS sekarang sudah kuat. Tetapi mereka lupa PAS kuat kerana kerjasama dari komponen PR. PAS mula di dampingi selepas peristiwa DSAI 1998. Aku yakin kalau tak ada peristiwa 98.. PAS tak akan jadi sekuat ni. PAS sudah lupa amanat Ustaz Fadzil Noor.

    Kesian saudara Husam dituduh orang Anwar… Common PAS…kalau macam ni laa sikap sesetengah peminpin tertinggi PAS…PAS akan jatuh dan tak akan bangun lagi.

    Aku pelik dengan PAS ni…masih ada yang inginkan Mughabalah / Kerajaan Perpaduan dengan Umno. Tak ingat ke apa yang UMNO buat kat PAS….Umno tak kan jujur dalam kerjasama

    Kepada Peminpin PAS ikutlah langkah dan prinsip Tuan Guru Hj Nik Aziz yang begitu constant dengan pendirian bahawa tiada “kerjasama” dengan UMNO..

    Kepada Peminpin PAS lagi JANGAN LUPA DIRI…nanti rakyat AKAN LUPA PAS. Jangan terlalu taksub dengan “Janggut” yang kamu simpan dan “kopiah” yang kamu pakai

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Saya setuju 1000%!

    Reply

    minah kupas Reply:

    Setuju dgn Kamalias.

    Berpuluh tahun PAS nak tumbangkan PAS supaya dapat memerintah Malaysia, aleh-aleh bila PAS dah di ambang kejayaan, pemimpin tertinggi PAS nak unity govt dgn UMNO. Aneh nya… UMNO dah nak rebah sangat, apasal yang PAS datang bawak kayu sokong tu? Wang punya pasal kot no? Hai takkan kepimpinan ulama termakan pujuk rayu setan nak hulur kesenangan kot?

    Pak Nik tu consistent je. NO means NO.No cooperatins with UMNO. Ever. Period. Hadi and Nasha, dengan nasihat Mustaffa Ali, memang bukan acah PR supaya look up pada PAS sebagai senior party yang patut, tapi memang gah benar nak bincang dgn UMNO nak unity govt.
    Unity means PAS kena jadi komponen BN, baru boleh buat keputusan bersama, NGOK!! Nak cakap-cakap dari luar tingkap, apa maknanya? jangan harap BN nak dgr. Pak Asri dah kena terajang, Hadi pun nak rasa juga ke? Apa punya pesen bangang PAS leaders yang 3 kerat ni ya?

    Reply

  12. 12 ACS Jun 8th, 2009 at 11:11 am

    1) MAKA TITIK INI AKAN BERMULA NYA KEHANCURAN PAS DALAM 10 TAHUN LAGI
    2) KEBANGKITAN RAKYAT DILUPAKAN, KEBANGKITAN RAKYAT JUGA YANG AKAN MENJATUHKAN PEMIMPIN PAS YANG MUDAH LUPA ITU.
    3) LAGAK2 SETENGAH2 PEMIMPIN2 PAS YANG MEMBUAT KENYATAAN TERPESONG SAMBIL DISOKONG BLOGGER2 YANG TIDAK BERMORAL (DARI SEGI PENULISAN), MENGUNTUNGKAN UMNO BN.
    4) PEMIMPIN2 INI TIDAK SABAR2 INGIN MENGETEPIKAN TGNA DAN KALAU ARWAH USTAZ FADHIL MASIH HIDUP PUN DIA INGIN KETEPIKAN JUGA.
    5) SABAR WAHAI PEMIMPIN2, KAMU DIAWASI ALLAH. JIKA KAMU SILAP LANGKAH KAMU , SERIBU LANGKAH KAMU KE NERAKA.

    Reply

  13. 13 Pejuang Jun 8th, 2009 at 11:11 am

    Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Sdr Anwar Ibrahim adalah tokoh besar Malaysia. Susuk dan penampilan mereka memikat Muslim dan Non Muslim. Mereka berupaya menterjemahkan amanah dakwah dalam realiti masyarakat Malaysia yang pelbagai. Generasi yang pernah mengenali dan terdidik bersama mereka tentunya merasakan kehebatan dan kekuatan keperibadian mereka. Mereka menjadi sumber inspirasi kepada perjuangan. Seorang telah pergi menemui Ilahi. Kita harus memanfaatkan seorang masih tinggal itu!

    Reply

  14. 14 eicalrnb Jun 8th, 2009 at 11:13 am

    Kenapa Laaa PAS bersungguh-sungguh nak buat kerajaan perpaduan…….. SANGAT PELIK.
    Cuba terus fikirkan tentang pakatan rakyat. Sekarang Siapa yang dah kalah ni PAS @ UMNO. Kalau jadi Kerajaan Perpaduan ni Aku tak tahu nak cakap(memang ada musuk dlm silimut).

    Reply

    Jay Reply:

    Kalau ditakdirkan PAS berpecah…jangan takut, ada orang seperti TGNA. TGNA akan pimpin PAS Baru, lebih kukuh, kuat dan kominted & setiakawan. 95% ahli2 PAS akan join TGNA. Percayalah…

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Saya rasalah pemimpin PAS tidak begitu selesa bergaul dengan puak2 bukan Melayu. Pas jugak kuatir Melayu akan hilang kuasa disebabkan tekanan Dap!

    Bayangkan kepimpinan UMNO! Terserlah kehebatan pemimpin2 Melayu didalam UMNO mengetuai kaum2 lain dalam BN sampaikan parti2 lain tidak bolih naik muka. Mereka sekarang bolih naik muka dengan UMNO sebab ada alternative lain iaitu Pakatan Rakyat!

    Itu sebab, saya cadangkan kepimpinan Melayu didalam Pakatan Rakyat dan jugak PAS kena berani menjadi teras kepimpinan Pakatan Rakyat jugak seperti mana UMNO berjaya jadi teras kepimpinan BN!

    Jugak saya rasa, mungkin ada rasa hati hendak berebut2 kuasa jawatan kerajaan nanti antara pemimpin Melayu PKR dan PAS! Sehubungan ini, saya ingin cadangkan bahawa sesaorang Melayu yang hendak diangkat ke jawatan2 penting didalam kerajaan Pakatan Rakyat nanti hendaklah terdiri dari Melayu yang benar2 berkebolihan didalam bidang jawatan yang akan disandangnya nanti dan hendaknya pemimpin2 ini mestilah mendapat restu majority kepimpinan tertinggi Melayu didalam Pakatan Rakyat dan PAS! Menjawat jawatan berdasarkan kebolihan masing2 didalam sesuatu ilmu sesuatu kementerian atau jabatan dan bukan diatas dasar hanya pandai berpidato sahaja tetapi mesti ada pengalaman mentadbir didalam bidang2 yang ditugaskan. Sehubungan dengan ini, sewajarnya jawatan2 menteri, timbalan dan lain2 hendaklah berdasarkan pengalaman memerintah negeri dahulu! Dari negeri, baharulah dinaikkan pangkat ke federal pulak!

    Kepimpinan Melayu didalam Pakatan Rakyat wajar memberi laluan pada serpihan2 UMNO,jugak dari PAS!, MCA, MIC dan lain2 component dalam BN untuk masuk ke Pakatan Rakyat dengan cara berparti supaya mereka ada pemimpin2 dan wadah perjuangan sendiri yang menentang segala kemungkaran!

    Jadilah Pakatan Rakyat yang benar2 menghapuskan segala kezaliman,kemungkaran, kejahatan dan kemaksiatan dan benar2 memakmorkan rakyat melebihi segala2nya tanpa merompak hak dan duit rakyat! Kalau BN atau Pakatan Rakyat tidak benar2 iklas bersih dari segala kemungkaran2 ini, rakyat wajar sokong Pakatan yang ketiga yang benar2 memperjuangkan bersih dari segala kemungkaran.

    Tiap2 mereka yang menjawat jawatan hendaknya bersyukur sahajalah dengan ganjaran yang dapat tanpa menambahkan pendapatan dengan cara kotor dan jijik. lebih2 lagi merpompak hak dan duit rakyat!

    Rakyat jelata kena menjadi HAKIM yang benar2 adil dan bijak! Rakyat jangan sekali2 tadsub dan sokong pada pemimpin2 yang akan membawa kemungkaran! Rakyat sendiri kena bersihkan negara kita ini dengan menghukum pemimpin2 yang jelas membawa kemungkaran!

    Sekian wasalam…berilah komen2 sahabah…..

    Reply

  15. 15 ezza vahlevi Jun 8th, 2009 at 11:17 am

    maju terus anwar ibrahim demi perjuangan reformasi malaysia……. saya rasa untuk masa depan malaysia yang lebih baik ada ditangan anwar ibrahim… untuk saat ini saya melihat malaysia negara yang sombong dan suka menyepelekan negara tetangga nya yaitu indonesia…. mungkin jika malaysia dipimpin oleh anwar ibrahim sebagai kepala pemerintahan…. mungikin saya bisa lebih mencintai malaysia saudara serumpun namun untuk sekarang TIDAK….! karna saat ini malaysia juga tidak menghargai indonesia……………….

    Reply

  16. 16 R.Venugopal Jun 8th, 2009 at 11:21 am

    In politics the challenges keep on growing and we have to strenghten ourself to face it as well as overcome it. Those who make sacrifices for the masses have never failed to succeed in their mission. Look at Mandela, Ghandhi, Ustaz Fadzil, Ustanz Yusof Rawa, Ustaz Nik Aziz and people have faith in them during victory and defeat. Always becareful there are enemies within any organization and we have to win them over to fight for the cause instead of isolating them. God will be wsith you all the time as your mission is to improve the rakyat’s living condition in the country. May the almighty bless you with wisdom and strength to face the challenges from BN and its cohort.

    Reply

    sulong Reply:

    apa yang nak d padukan lagi ngan umno?? dok harap menang menang nanti tercengang,dulu kata umno bawa dasar yahudi,sekarang nak berjiran dan kongsi.99 dapat pegang trengganu pasal kes dsai,sekarang mana mana yang nampak condong kat ds kena cantas. lu pikir la sendiri.

    Reply

  17. 17 monyetpp Jun 8th, 2009 at 11:25 am

    Pak Anwar….You are the man…..percayalah….kamu telah mengubah sejarah politik negara mesia setelah ia wujud sejak 52 tahun ini yang tidak pernah politik “check and balance” sejak merdeka….Magic touch from a magical person.

    Selalu kamu mempromosikan pemimpin PK dimana-mana ceramah namun sebagai penyokong harapan baru mesia, saya ttp akan menyokong malahan akan terus mempromosikan kamu sebagai idola pejuang yang tulen yang sukar dan amat jarang didapati di masa kini.

    Teruskan perjuangan kamu. D.S.A.I. Kamu telah mengharungi perjuangan keseorangan semasa dipenjara….You’ll never walk alone…….D.S.A.I.

    Reply

  18. 18 Anak_TokSibah Jun 8th, 2009 at 11:28 am

    InsaAllah! DSAI takkan keseorangan…selagi kita sebagai rakyat masih memberikan sokongan dan doa yang xpernah padam…Pada PAS…baliklah pada perjuangan asal…jangan kita lupa jasa orang yang terdahulu…mungkin satu dua orang yang buatkan kita sedikit gusar. Tapi itu bkn penghalang utk kita terus kedepan…yang pasti kita masih di landasan perjuangan yg menuntut hak dan pembelaan.

    Reply

  19. 19 IBN BAKAR Jun 8th, 2009 at 11:34 am

    Syabas Bendahara Tun Perak,

    Anda telah menyatakan suatu kebenaran yang tak dapat diselindungi oleh mana-mana pehak. Nampaknya sebaik selesai muktamar, nada pucuk pimpinan PAS mula mendesingkan telinga. Sebelum muktamar, soal kerajaan perpaduan seolah-olah ditenggelamkan hingga ke dasar lautan. Sebaik gandingan pimpinan baru terpilih, belum sempat para perwakilan melangkah meninggalkan Melawati, tiba-tiba lirik irama perpaduan berkumandang didendangkan. Apa sebenarnya ini ?

    Takkan PAS lupa kesengsaraan yang pernah ditimpakan oleh UMNO selama ini? Takkan PAS lupa kebangkitan hari ini adalah hasil pakatan bersama PKR dan DAP. Tiba-tiba nak berbaik dengan musuh yang sentiasa mencari kesempatan untuk menjahanmkan kita. Apa ni ?

    Biar mereka ( BN ) merasai keperitan sebagaimana kita ditindas selama ini. Bukan tak boleh berbaik sesama manusia, tapi perlu ingat, jangan sampai kita diperkudakan. TG Hadi pernah memimpin Trengganu, tetapi cuma sepenggal sahaja habis terlepas. Di saat negeri-negeri lain kita kuasai, Trengganu terus hanyut. Berbeza dengan TG NIk Aziz memimpin Kelantan kekal bertahan hingga sekarang.

    Reply

    IBN BAKAR Reply:

    Yang kita bimbangkan, minta dijauhi sebarang virus dalam PAS. Ketika ini dunia diserang virus H1N1…bagaimana kalau PAS juga ada virus ini ?
    ( H1 N1 = HADI NASARUDDIN )

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Pemimpin2 Melayu baik didalam PKR dan PAS kenalah menonjolkan diri supaya terserlah dan dapat dihormati olih bangsa2 lain! Pemimpin2 Melayu kena ukur sendiri kebolihan diri masing2 apakah kehebatan mereka yang wajar diangkat jadi pemimpin didalam kerajaan suatu hari nanti! Jangan dengan sebab tidak dapat jawatan, terus mendurhaka pada perjuangan parti! Ini pada saya jenis pemimpin yang tidak sedar diri dan mementingkan dirinya sahaja! Kalau tidak terpilih, hormatlah pada mereka yang dipilih. Kan ada masa lagi memperbaiki kelemahan diri sendiri daripada terus mendurhaka?

    Baru itulah pemimpin2 Melayu akan di ikuti bangsa2 lain!

    Itu yang hebatnya pemimpin2 UMNO jadi teras kepimpinan BN sejak merdeka, bayangkan begitu lamanya! Malangnya, kepimpinan Melayu didalam BN dicemari olih pemimpin2 akhir2 ini yang mulai membuat rakyat tidak senangi! Itu sahaja silapnya pemimpin2 UMNO ini semua……….Sayang seribu kali sayang bangsa ku begini

    Reply

  20. 20 Restu Jun 8th, 2009 at 11:36 am

    sepatutnya kita kaji dulu intipati ucapan Tuan Hj. Hadi, bukan apa mesti ada sebab musabab sekurang-kurangnya kemunkinan-kemunkinan yang kita tak nampak sekarang tapi sangat relevan di masa akan datang, saya sendiri pun takkan setuju pasal bergabung dengan UMNO, adakah maksud Kerajaan Perpaduan itu semestinyalah dengan UMNO?.

    Reply

    MatTop Reply:

    Yang dia pergi mencacai tanpa membincangkan isu ni diperingkat tertinggi PR siapa suruh. LKSiang, Guan Eng dan PKR dah keluar statement tak tahu apa yang dimerapukan oleh Hadi. Nik Aziz sendiri cakap, kerja bodoh yang dibuat oleh Hadi ni.

    Reply

  21. 21 arem Jun 8th, 2009 at 11:39 am

    kepada dsai teruskan perjuangan anda,saya sebagai ahli pas mengakui kemenangan yang diperolehi pd pru lepas disebabkan pengaruh dan ketokohan ds.walau apa pun yang berlaku selepas ini,say tetap akan berjuang bersama ds untuk menghancurkann umno bn..saya amt kecewa degn keadaan sekarang..perjuangan saya selama ini sia2 jika berlakunya kerajaan perpaduan,saya tidak tahu dimana maruah pimpinan tertinggi sanggup bersengkokol dengan penyangak…

    Reply

  22. 22 anak muda Jun 8th, 2009 at 11:52 am

    Patah tumbuh hilang berganti…

    Reply

  23. 23 MZai Jun 8th, 2009 at 12:01 pm

    Saya sungoh sedih jika ada segelintir ahli PAS meminggir Dato Sri Ibrahim kita harus ingat kemenangan PRU12 adalah gabongan PAS/KEADILAN/DAP PAS jangan terlalu berbanga mereka bolih takluk Malaysia ini tanpa sokongan dari yang lain. PAS mesti liberal. tidak memandang hina kepada bukan golongan mereka (ulamak)dunia politik sekarang gabungan ulamak dan profesional ahli jangan terlalu condong kepada PAS yang terlalu islami dan lupa kita hidup di dunia yang berbilang agama dan kaum.Ustad Fadil telah lihat PAS tidak bolih pergi jauh sekiranya Pakatan Yang ada sekarang tidak sepakat.
    Wahai ahli Pas kami golongan profesional dan rakyak akan menyokong pucok pimpinan sekarang. Para AHLI PAS kurangkan cerita yang condong kepada radikal,ingat tujuan dan asas penubuhan Pakatan Rakyak?

    Reply

  24. 24 mohd nor bin talib Jun 8th, 2009 at 12:03 pm

    PAS memang begitu apabila ada diambang kejayaan disukai rakyat kelakuan ahlinya mudah berubah, spt bila memrintah Trengganu, asyik mabuk kuasa hingga salah percaturan musuh UMNO pasang perangkap, akhirnya pas tumbang diTrengganu.
    Tetapi kita tidak boleh menuduh ahli Pas semuanya gopoh dan angkuh,mari kita lihat diKelantan kerajaan Pas memerintah hampir 20 tahun tiada masaalahnya.Kadangkala isu ini diputar belitkan oleh Media Arus Perdana, atau kita tidak memahamai bahasa politik Pas, atau ini adalah startegi Pas dan Pakatan RAKYAT.
    Marilah kita semua jangan membuat andaian LIAR.Yang penting kita dibawah memberi sokongan padu kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

    Reply

    Jay Reply:

    SETUJU.

    Dan mereka masih lagi belum belajar.

    KESIAN.

    Kepada TGNA, you are the best.

    Reply

  25. 25 irfani Jun 8th, 2009 at 12:03 pm

    sederhana je.
    tak payah berdegar-degar sangat,nanti kene kite balik.
    Wat ape nak sedih?

    Reply

  26. 26 Johan Jun 8th, 2009 at 12:05 pm

    Saya yakin dengan kebijaksanaan datuk nik abdul aziz untuk menyelesaikan masalah presidennya..diharap kedua2 tuan guru akan berbincang mengenai unity government yang diilhamkan oleh datuk seri hadi awang. SAYA YAKIN MAJORITI AHLI PAS TIDAK MAHU PAS BERSEKONGKOL UMNO!!

    Reply

  27. 27 Central Bank Jun 8th, 2009 at 12:07 pm

    Salam,

    Saya bersetuju dengan artikel oleh Bendahara Tun Perak. Namun, komen-komen diatas juga saya cuba hadam dan fahami secara jelas.

    Disini, Anwar Ibrahim adalah satu susuk individu yang sememangnya telah menggerakkan rakyat untuk berpolitik selepas gelombang Reformasi 1998. Beliau juga yang telah menimbulkan keberanian rakyat untuk berdamping dengan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Namun, jasa oleh PAS juga tidak boleh kita tolak ketepi tatkala beliau terkapai, PAS telah memberikan sinar baru dalam Pakatan Rakyat bersama-sama dengan DAP.

    Disini, diucapkan agar DSAI terus berjuang bersama-sama dengan PKR,PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat agar memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

    Reply

  28. 28 arem Jun 8th, 2009 at 12:09 pm

    Saudara-saudara sekelian percayalah,
    Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    UMNO menuntut kemerdekaan kan sudah tiada lagi! Yang ada hanyalah UMNO baharu! Lupa ke semua?

    Reply

  29. 29 zik Jun 8th, 2009 at 12:24 pm

    PAS..jgn ingat PAS parti yg kuat..jangan hidung machong..pipi tersorong222!!!

    Reply

  30. 30 Org Johor Jun 8th, 2009 at 12:24 pm

    semua org harus sedar dan harus menerima hakikat dimana jika bukan kerana KEMUNCULAN DSAI pada PRU12, tak mungkin 5 tempat jatuh ditangan pembangkang… paling banyak pun 2 tempat shj tidak termasuk kelantan. setakat kedah atau terengganu kita tidak terkejut sangat ini kerana ianya pernah dimiliki oleh pembangkang tetapi selangor dan wilayah persekutuan yang kebal pun tumpas… Sedar tak kita utara semenanjung kecuali Perlis telah tumpas ditangan pembangkang… Bukan sy kata kerana DSAI seorang.. tetapi pengaruh DSAI dalam politik malaysia yg menyebabkan rakyat yakin akan perubahan yang ingin dibawa. samaada ianya realiti atau fantasi kita tunggu PRU13.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah ku dari Johor,

    Hujah hang memang betol dan tepat sekali. Aku sokong 1000%!

    Reply

  31. 31 Tun Kelana Jun 8th, 2009 at 12:36 pm

    Mengatakan Pakatan Rakyat lebih menguntungkan PAS mungkin tidak tepat. Saya berpendapat PR lebih menguntungkan PKR. Cuba kita bayangkan jika PKR, PAS dan DAP bergerak bersedirian, DAP dah tentu ada kerusi di Melaka, NS. Perak, KL dan P. Pinang manakala PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah. PKR ada kerusi dimana…mungkin di Permatang Pauh. Jadi DSAIlah yang harus lebih berterima kasih kepada PAS dan DAP bukan sebaliknya.

    Reply

    Budak Kampong Reply:

    Tun Kelana,

    Seingat sy PRU 11 2004 ketika DSAI ditahanan penjara,PAS mengalami kekalahan teruk,sehingga ada perwakilan PAS mengeluh kantong parti berkurangan..Setelah DSAI dibebaskan,PRU 13 2008,DSAI memainkan peranan berkempen ronda satu Malaysia.Setiap ceramah beliau dipenuhi ribuan pendengar.Menyakinkan rakyat bahawa BA masih relevan.
    Inilah hasilnya.Bila hanya sedikit kemenangan masing2 mengatakan kemenagan adalah berpunca dr mereka.Ingat perjalanan perjuangan utk PRU 13 masih jauh.Jika kita lena sekarang,maka terkandas ditengah jalan.Sy harap jgnlah PRU 13 nanti masing2 berebut bahagian kerusi.Penderian sy cuma satu,Dato Seri Anwar adalah Perdana Menteri.

    Reply

    malaffin Reply:

    Wahai Tun Kelana,

    Komen Saudara saya rasa tak tepat.Saudara nyatakan kalau setiap parti(Pas/PKR>DAP) bergerak bersendirian, beberapa negeri yang saudara nyatakan akan dapat ditawan.Jangan bersikap sombong seperti kawan2 kita dalam UMNO.Percayalah saudara.Apalah sangat insan yang bernama Anwar Ibrahim.Insan yang penuh dengan kesederhanaan walaupun pernah bergelar TPM.Tetapi tahukah saudara siapakah sebenarnya DSAI.Pemimpin seluruh dunia kenal insan bernama Anwar Ibrahim.Ini tak ada kepada pemimpin2 PR lain.Beragama Islam.Apa salah dia.Walaupun dia yang mengegar suasana politik Malaysia tetapi PKR hanya dapat kerusi MB hanya di selangor.Pas dapat 3 negeri.Nak apa lagi…TOLONGLAH….PERCAYALAH……Kalau tak ada Anwar masa PRU12 lepas, negara Malaysia ini sekarang telah dikuasai hampir 95 % oleh kerajaan BN.

    Reply

  32. 32 erbos Jun 8th, 2009 at 12:40 pm

    Ingat sahabat,rakan dan kawan…disaat sdra Anwar diancam,dipenjara akibat melawan Penguasa rakus..serta apabila keluar beliau sebarkan puluhan kes penyelewengan dimana akhirnya apa yg beliau ketengahkan seperti…Mahkamah yg diatur dlm menentukan keputusan,Hakim yg dilantik ada tangan2 yg menaikkan,ajaibnya lagi malah tauke judi juga dikaitkan…Komisyen yg dimainkan oleh Pak Menteri terbukti akhirnya…menyebabkan tahap serta kredibiliti penguasa jatuh ketahap terendah,rakyat berboyong2 meninggalkan UMNO malah bukan melayu sdra Tian Chua,Gobala dan lain2 bangun ikut membela Anwar dan yg lain2nya mencari wadah perjuangan dimana akhirnya PAS jgk mendapat tempat utk mereka2 yg belum Islam berpaut jd sama2lah kita berdoa agar sdra Anwar tabah & pimpinan PAS disemua peringkat sedar…tahap keyakinan mereka2 yg bukan Islam kepada MCA,GERAKAN,MIC dan lain2 hancur berkecai hasil strategi & perjuangan sdra Anwar yg bukan sedikit jd jangan lah kita mendabik dada…Insaflah…PAS dapat Trengganu tahun 1999 tp 2008 kecundang yg bertahan hanya Kelantan…Perak sudah terlepas..jangan mendabik dada kita hebat..UMNO sedang memgatur langkah dgn tangan2nya SPR,SPRM dan lain2…awas pengundi dihilangkan,dialihkan…jgn bergaduh sesama kita sedangkan musuh penuh dgn seribu strategi utk menghancurkan kita…sMoga Allah melindungi kita dari rencana2 perasuah durjana yg tdk memikirkan rakyat & akhirat

    Reply

  33. 33 zik Jun 8th, 2009 at 12:40 pm

    Saya sebagai org Melayu Islam…menyeru semua org Islam dan bukan Islam bergabung dibawah PAKATAN samaada dari PKR, DAP dan PAS..mengerak kan gerakkan utk menyah hapuskan ..pemimpin – pemimpin tak kira dari parti mana dalam PR yg ingin bersubahat degna musuh dan mengkhianatai rakan sendiri dalam PAKATAN!!!
    Ayuh buang bangkai2 busuk ini kedalam tong sampah!!

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah ku Zik!

    Benar dan tepat kata2 mu! Aku sokong 1000%!

    Ayuh semua, kita buang mereka2 yang ingin bersubahat dengan kemungkaran walau tinggi pon jasa2 mereka selama ini tetapi tidak dapat meneruskan hasrat rakyat yang dahagakan keadilan sebenar2nya, kemakmoran sebenar2 nya dan penghapusan segala kezaliman dan kemungkaran!

    Reply

  34. 34 zik Jun 8th, 2009 at 12:41 pm

    Kalau rakyat bole jatuhkan Paklah..kenpa tidak 2 kerat pemimpin pembangkang yg hidung tinggi dan khianat perjuangan rakyat!!

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sokong mu Zik 1000% Bijak kamu buat perhitungan! Ada ciri2 pemimpin didalam jiwa mu! Hidup Zik!

    Reply

  35. 35 Jay Jun 8th, 2009 at 12:47 pm

    @ Kasihan PAS, masuk ke jerat UMNO lagi. Kali ini kalo sudah masuk, jangan fikir boleh keluar.
    Kalo diteruskan…PAS akan berpecah. Pakatan akan berpecah. Ingatlah muslihat UMNO, they never change!

    Ada sudah para pemimpin UMNO berani mengkritik TGNA! Apa salah Tuan Guru? Bukankah itu nasihat dari seorang yang punya banyak pengalaman dizalimi & ditipu UMNO.

    Semoga anda semua cerdas berfikir.

    Reply

    RH-PSK Reply:

    Satu persoalan untuk dijawab. Adakah Timbalan Presiden PAS ini salah seorang spy UMNO yang diutuskan untuk kacau-bilau Pakatan Rakyat?

    BN-UMNO ini pintar dalam menyusun strategi perang-saraf sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dalam sesuatu organisasi yang berlainan aliran dengan mereka. Kita lihatlah bagaimana Allahyarham Dato’ Asri Muda yang telah terpengaruh sehingga membawa PAS menjadi komponen BN.

    Kita juga harus melihat bagaimana BN-UMNO memecahbelahkan suatu ketika dulu organisasi seperti Al-Arqam yang membawa wadah Islam sehingga akhirnya diharamkan pergerakan ini. Ada bukti yang menunjukkan talibarut BN-UMNO memegang jawatan tertinggi dalam Al-Arqam dan telah menghilangkan diri semasa pemimpin2 tertinggi Al-Arqam ditangkap oleh polis cawangan khas.

    Mungkinkah ini juga strategi yang digunakan oleh BN-UMNO untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat? Ini hanya boleh dijawab oleh ahli-ahli parti yang berkaitan kerana mereka jualah yang mengangkat pemimpin2 dikalangan mereka. Sebagai rakyat yang non-partisan, kita hanya boleh merealisasikan harapan kita melalui peti-peti undi. Itu kuasa kita semua…

    Reply

    IBN BAKAR Reply:

    RH-PSK, soalan anda menarik. Saya pun dah lama terfikir posisi Nasha ni dalam PAS agak meragukan. Betapa tidak, tiba-tiba beliau muncul mendadak. Setakat ini beliau antara individu yang BELUM kena tangkap atau kena ISA tidak seperti tokoh-tokoh popular dalam PAS seperti Mat Sabu, Mahfuz, Salahuddin dll.

    Reply

  36. 36 aktivis Jun 8th, 2009 at 12:56 pm

    ok je

    Reply

  37. 37 ANAK MALAYSIA Jun 8th, 2009 at 1:19 pm

    ahli PAS hari ini memang bodoh semua majoritinya org MELAYU memang bodoh semua nya kerana kemewahan dunia……

    Reply

  38. 38 ANAK MALAYSIA Jun 8th, 2009 at 1:20 pm

    tapi ingat…..kita sebg rakyat akan terus menyokong perjuangan DSAI ke arah demokrasi malaysia yang majmuk….

    Reply

  39. 39 dev Jun 8th, 2009 at 1:23 pm

    Ini telah di sangka dari permulaan, apabila pimpinan Pas mula berselesa dengan UMNO selepas perundingan mengenai keterajuan kerajaan negeri yang telah dimenang oleh PR, apa yang tidak boleh diterima ialah, orang bukan Melayu yang telah mula menyokong Pas. Kini setelah ulama menguasai pimpinan Pas, saya pasti jalannya sekarang ialah, ramai bukan Melayu akan mula sokong PKR dan DAP dan akan meninggalkan Pas kerana ketidak bukaan mereka untuk menerima pendapat yang berlainan dan selalu berwaspada terhadap bukan Melayu. Dalam sanubari Pas, orang bukan Melayu masih dilihat sebagai musuh dan tidak sebagai rakyat Malaysia yang sah.

    Well dear DSAI, Mahathir was right, the Malays will always forget and they will forget easily. UMNO will use this to its advantage and get the support it needs and we will soon see Pas back to where it belongs i.e. to only be able to rule Kelantan. That too if Nik Aziz is no more, it may return to UMNO. Great visionaries like you don’t belong to a land like Malaysia, the non-Malays understand you but not your own race. It will be better if you go to Saudi Arabia and teach and in the process take up the leadership of being the bridge that joins the West to the Modern Muslim World. Who knows you may one day become the UN Secretary General! instead of leading a race that does not appreciate you, it will be better to serve those who trust and have confidence in you.

    Regards

    P.Dev Anand Pillai.

    Reply

    VICTORY Reply:

    hi dev..

    u are totally wrong…
    orang Islam memperjuangkan keadilan untuk semua
    tidak wujud sama sekali keadilan hanya untuk orang Islam…

    Reply

  40. 40 Anti-Rasuah Jun 8th, 2009 at 1:23 pm

    Teruskan perjuangan DSAI,

    Orang yang menentang kamu adalah org yang tidak memahami perjuangan yang kamu lakukan

    Kesedian dipecat sebagai TPM (walaupun ditawar habuan untk resign)adalah bukti keluhuran perjuangan sejati.

    Kamu tidak gentar utk keluar masuk penjara.

    Hapuskan rasuah demi kemajuan rakyat malaysia dan agama

    Reply

  41. 41 wamakhal Jun 8th, 2009 at 1:29 pm

    haposkan fraksi umno dlm PAS !! dlm PR !!!

    Reply

  42. 42 abu.nidal2020 Jun 8th, 2009 at 1:41 pm

    Alhamdulillah…akhirnya PAS telah tersedar dari mimpi yang tak sudah sudah !!Sesungguhnya PAS telah mendapat hidayahnya kerana ANWAR hanyalah tidak lebih dari seorang yang tidak IKHLAS dalam perjuangannya yang telah banyak membuat PEMBOHONGAN dan lebih untuk memperalatkan PAS untuk kepentingan peribadi!!!Namun kini PAS lebih sedar akan permainan yang dipamerkan oleh ANWAR!!!! Saya menyokong PAS menyisihkan ANWAR kerana PAS tidak akan memperolehi apa apa daripada ANWAR!!! PERCAYA LAH !!!!!!!

    Reply

    malaffin Reply:

    Ada juga karat totok UMNO nak menulis disini….

    Reply

  43. 43 Din Desa Jun 8th, 2009 at 1:42 pm

    Salam untuk semua,

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur dan tahniah di atas kejayaan Dato’ Seri Hadi & Saudara Nasaruddin untuk terus dipilih memimpin parti PAS.

    Saya bukan ahli politik dan tentu2nya tidak terlibat secara langsung dengan sepak terajang politik tanah air yang sentiasa bergelora terutama sejak PRU12 lalu, namun sebagai rakyat yang cintakan kebenaran dan kasihkan bangsa dan agama di bumi tumpah darah ni, perkembangan dan cerita-cerita politik ini memang saya berikan perhatian.

    Saya antara orang paling gembira bila PAS yang diterajui oleh 2 insan berjiwa besar ini sanggup menongkah arah untuk berbaik-baik dengan UMNO (masih lagi merupakan parti terbesar orang melayu hingga saat ni) serta berusaha untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih biar pun menerima tentangan yang tidak kurang hebatnya dari segelintir kecil pemimpin dan ahli PAS parti sendiri.

    Saya tidak heran bila parti-parti gabungan PR yang lain menentang keras tindakan 2 tokoh besar ini. Tentangan keras parti-parti gabungan PR (PKR & DAP) serta Kelab Penyokong PAS sendiri memang jelas motifnya.

    Bagi PKR, gabungan UMNO & PAS akan menyebabkan peluang Anwar untuk menjadi PM Malaysia yang ke-7 berkemungkinan besar akan terkubur. Bagi DAP, Gerakan, MIC dan Hindraf pulak, tindakan ini pasti membantutkan segala usaha mereka mengikis kekuasaan ‘hampir mutlak’ bangsa melayu di bumi bertuah ini.

    Biarpun menggabungkan UMNO dan PAS pada masa ini hanya merupakan satu cadangan, namun tindakbalas keras dari rakan gabungan PR yang lain bagi saya jelas mencerminkan peribadi mereka. Contoh artikel yang ditulis oleh nick Bendahara Tun Perak di atas (beliau pendokong PKR barangkali) pada saya menggambarkan sikap mengungkit-ungkit dan menidakkan kekuatan PAS sendiri.

    Saya memang tidak menafikan yang PAS tanpa PKR dan DAP (dan Hindraf jugak), akan mencapai kejayaan sebagaimana sekarang. Namun kerjasama tersebut juga telah menyebabkan pemimpin-pemimpin PAS tersepit untuk bertindak selari dengan dasar-dasar parti demi untuk menjaga ‘undi’ dari rakan gabungan. Cerita untuk menubuhkan negara Daulah Islamiah jarang disebut dipentas-pentas ceramah melainkan cerita-cerita busuk UMNO (Altantuya / Rosmah / Rasuah) yang mana kebenarannya pun masih samar-samar.

    Namun usaha Haji Hadi dan saudara Nasaruddin memang jelas kebenarannya. Dari bangku sekolah lagi saya telah diajar untuk ‘ berpegang teguh dengan tali Allah & janganlah kamu berpecah belah ‘ dan saya menaruh harapan yang amat tinggi agar hasrat murni Haji Hadi & saudara Nasaruddin untuk menyatu-padukan umat Islam berlainan fahaman politik ini menjadi satu kenyataan.

    Semoga Allah melindungi dan merahmati tuan berdua.

    Reply

    pemikir bebas Reply:

    disini saya terpanggil untuk meluahkan sedikit perasaan dijiwa , apa yang di luahkan oleh saudara din desa, saya ni bukan nya orang yang pandai berpolitik ,demi menegakkan negara yang tercinta ini , yang terdiri dari kalangan berbilang bangsa , bukan nya mudah untuk ditadbirkan, pendek kata ,saya menyokong penuh apa yang war warkan oleh saudara din desa , dengan peratus 1001 %

    Reply

    irfani Reply:

    saya juga..

    Reply

    RH-PSK Reply:

    Pada hemat saya, bergabung dengan kumpulan-kumpulan yang jelas perjuangannya untuk kepentingan ummah memang disokong. Walaubagaimanapun, UMNO dan kuncu-kuncunya telah jelas motif perjuangan mereka iaitu ‘Matlamat Menghalalkan Cara’. Kuasa adalah mutlak dan tanpa kuasa UMNO bakal berkubur selamanya dan penghormatan kepada bekas2 pemimpin mereka bakal hilang. Jadi, pelbagai cara digunakan untuk memastikan kuasa ditampuk pemimpin2 mereka.

    Sejarah membuktikan kemunafikan UMNO sejak dari penubuhan Barisan Nasional lagi iaitu selepas Tragedi 13 Mei 1969. Untuk mengekalkan penguasaan dalam kerajaan, UMNO sanggup melakukan pengkhianatan kepada PAS sehingga PAS tersingkir dari komponen BN disebabkan oleh wadah perjuangan PAS tidak sealiran dengan UMNO.

    Sememangnya “berpegang dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah” adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Namun, kita harus memahami bahawa perintah Allah S.W.T. meminta kita tidak berpecah-belah dalam hal yang melibatkan kepentingan Islam. Walaubagaimanapun, kita amat jelas prinsip UMNO tentang hal yang berkaitan kepentingan Islam. Pemimpin2 mereka tidak ‘serious’ dalam persoalan amar ma’ruf nahi mungkar. Sebagai contoh, fatwa mengharamkan bertafakur di hadapan Tugu telah diwartakan oleh Majlils Fatwa Kebangsaan tetapi pemimpin2 UMNO memandang sepi fatwa ini. Malah mereka dengan senang hati menunjukkan sikap mereka kepada umum semasa perayaan Hari Pahlawan.

    Salah satu sifat golongan munafik yang disebut di dalam Al-Quran adalah amar mungkar nahi ma’ruf (menggalakkan mungkar dan menafikan ma’ruf). Jika kita lihat dari perspektif ini, bersekongkol dengan golongan ini bermaksud kita merestui tindakan mereka dan secara tak langsung kita juga menjadi sebahagian golongan mereka.

    Gologan kufur amat jelas, golongan mukmin pun amat jelas. Namun golongan munafik ini adalah umpama “Seekor semut hitam berjalan di atas batu hitam dalam suasana gelap”. Jadi pendapat Din Desa ini saya kurang bersetuju dan saya menyeru kepada saudara2 semua agar berhati-hati dengan golongan munafik ini. Asas penilaian munafik ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran maka gunalah penilaian Al-Quran dalam menentu-ukur golongan2 bersifat “Musang Berbulu Ayam” ataupun “Gunting Dalam Lipatan” sebelum terlambat. Mereka2 inilah yang bakal memporak-perandakan perpaduan Pakatan Rakyat dan masyarakat umum di negara ini.

    Reply

  44. 44 PeoplePower Jun 8th, 2009 at 1:42 pm

    Kepada Ahli PAS, kalau ingin sangat nak PAS berkejasama dgn UMNO/BN, baik keluar dari PAS dan masuk jadi ahli UMNO sahaja!
    Jgn buat kacau dalam PAS!

    Reply

  45. 45 Budak Kampong Jun 8th, 2009 at 1:43 pm

    Sehingga hari ini, sy masih terkesan dengan komen YB Dato Seri Abd Hadi Awng Presiden Pas yang menang tanpa bertanding tentang 16 September anjuran DSAI,bahawa dia tidak terlibat dalam gagasan tersebut dan menganggap bahawa itu hanyalah angan2 mat jenin.Siapa mat jenin yg dikatannya itu?sekarang sekonyong2 mencadangkan gagasan kerajaan perpaduan dan sedia bekerjasama dgn UMNO.Sekarang siapa yg jd lebih mat jenin dari mat jenin sendiri?..

    Reply

  46. 46 kampung Jun 8th, 2009 at 1:47 pm

    Just when we all wanted to fully support pas and PR to cleanse the nation’s ills, pas changes its mind.Now many of us are in the cross-road and BN and its main streampapers is all out to take advantage of situation .NOT a very smart move,pas. Anwar must now lead to get us out of this dilema.

    Reply

  47. 47 frankfurter Jun 8th, 2009 at 1:53 pm

    Assalammualaikum, saya ingin memberi sedikit komen tentang apa yang di nyatakan di atas bahawa DSAI keseorangan dalam perjuangan adalah tidak benar sama sekali kerana sejak dari masa Almarhum Ustaz Fadzil Noor hingga Tuan Guru Ustaz Hadi memimpin PAS hubungan peribadi mahupun politik diantara kedua pemimpin tidak pernah renggang tetapi telah dimanipulasi oleh musuh2 mereka yang irihati dengan keakraban persahabatan mereka. Kerana ssya mengikuti perkembangan kedua2 pemimpin sejak dari DSAI dipecat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi, malah saya berpendapat bahawa rakyat Malaysia sememangnya menyokong gerakkan reformasi dan menyokong akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berlangsung pilihanraya kecil atau umum. Rakyat Malaysia sekarang sudah celik politik dengan adanya media baru ini, mereka akan mendengar dan berfikir sebelum bertindak untuk menyokong apa juga yang ingin dimanipulasi oleh musuh politik P.R. Contoh terdekat mengenai pergolakkan yang berlaku di Negeri Perak dimana majoriti rakyat Perak berbondong2 memberikan sokongan moral pada sidang DUN bawah pokok dan juga semasa sidang DUN 7 Mei lalu. Saya juga sekiranya berkesempatan ingin juga bersama rakyat Perak membantah perampasan kuasa oleh PEROMPAK(PENGKHIANAT BANGSA MELAYU) DARI UMNO/BN PUSAT DAN NEGERI PERAK. Pada pendapat saya PAS dan DSAI(PKR) tidak ada perselisihan untuk sama2 berjuang menegakkan keadilan dan membebaskan rakyat Malaysia dari belenggu penjajahan oleh bangsa Melayu sendiri yang tak berkesudahan. apabila ada sahaja pilihanraya kecil maka pemimpin dari P.R akan memberi sokongan moral dan jentera parti. Dimana yang dikatakan DSAI keseorangan dalam perjuangannya?

    Reply

  48. 48 Budak Kampong Jun 8th, 2009 at 1:59 pm

    Sehingga hari ini sy masih terkesan dengan komen YB Dato Seri Abd Hadi Awang,Presiden Pas berkenaan 16 September anjuran DSAI yang mana dia tidak terlibat dengan gerakan tersebut dan menganggap umpama angan-angan mat jenin.Siapa mat jenin yang dimaksudkan itu?Mutakhir ini sekonyong-konyong mencadangkan gagasan kerajaan perpaduan-unity government dan sanggup bekerjasama dgn UMNO.Sekarang siapa yg jd lebih mat jenin dr mat jenin sendiri?..

    Reply

  49. 49 ahmadul Jun 8th, 2009 at 2:09 pm

    salam perjuangan. kalau macam inilah pemikiran PAS, saya rasa baik pak anwar berhenti berpolitik. terus menjadi penceramah di universiti luar negara. tak payah susah-susah kena tangkap polis, kena pukul. baik ambil pampasan dari kerajaan dan rilex bersama keluarga. saya nak tengok kekuatan PAS boleh maju atau tidak. atau hanya kat kelantan sahaja. itupun pasal umno sendiri bergolak dan cah keting sesama sendiri. baru menang sikit sibuk nak tambah kerusi. kerusi yang ada pun tak terjaga. hanya Tuan Guru Nik Aziz sahaja yang bijak membaca politik negara hasil anugerah Allah swt kerana keihklasannya. Hidup Pak Anwar, Hidup Tuan Guru Nik Aziz….

    Reply

  50. 50 Anak Bumi Kenyalang Jun 8th, 2009 at 2:21 pm

    PAS tidak harus nampak “LEBIH BEKERJASAMA DENGAN UMNO BERBANDING DENGAN PAKATAN”. Ia umpama kacang lupakan kulit.

    UMNO memang menunggu sesiapa sahaja termasuk PAS untuk “DIPANCUNG”. Tengok sendiri, parti-parti lain dalam BN mana ada SUARA- hanya diam membisu tak berani bersuara menentang polisi UMNO yang bertentangan dengan aspirasi mereka (komponen BN lain).Kalau adapun HANYA ACAH-ACAH AJE!! HAKIKATNYA TAKUT!!!!

    Untuk penyokong tulen PAS, lupakanlah hasrat bekerjasama dengan MUSUH (UMNO). Memang motif UMNO untuk bekerjasama itu ada agenda tersembunyi yang NAMPAK. Untuk memusnahkan KEKUATAN Pakatan Rakyat. Patahkan satu sayap.

    Memang tak ada faedah langsung bekerjasama dengan UMNO-bahtera yang sedang tenggelam. Harapkan PAS jadi penyelamat.

    PAS harus sedar bahawa PAKATAN kan sedang menuju KEMENANGAN – lihat nanti di PRU13. BUKTI :BN pun takut PILIHAN RAYA di Perak. Jangan sia-siakan harapan Rakyat yang mahukan PERUBAHAN.

    Reply

  51. 51 penareformasi Jun 8th, 2009 at 2:37 pm

    PAS harus berpijak dibumi yang nyata! Ulama nie setakat title ustaz ker? apa ustaz nasa nie lebih ulama dari husam ker? silapnya bang mat pergi kacau undi husam. Patutnya bang mat berfikir secara luas! tetapi bang mat pun menyokong nasa kerana bang mat dari kedah.

    Ingat dahulu, arwah ustaz fadzil dengan personalitinya sebagai Presiden dan TG Ustaz Hadi dengan karismanya! tetapi ustaz nasa hanyalah dilihat berperanan sebagai SU aja. Tiada benda baru dan pegangan politik yang hebat.

    Perwakilan PAS yang sokong bang mat n ustaz nasa nanti jawablah kat akhirat kenapa tak pilih husam?

    Susah masa depan PAS, Umno sedang bergembira….. :(

    Reply

  52. 52 Irfan Mohd Nor Jun 8th, 2009 at 2:41 pm

    PAS adalah satu parti yang sangat penting untuk masa depan orang Melayu Islam kerana perjuangannya itu berlandaskan Quran dan Sunnah.

    Anwar Ibrahim itu sangat penting kerana hanya karisma dan ketokohannya sahaja yang boleh menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini.

    PAS dan DS Anwar Ibrahim harus terus bersatupadu, tiada jalan lain lagi dah. Mesti bersatu padu.

    Kita doakan supaya TG Hj. Hadi dan Nasharudin tidak bertindak sesuka hati mereka sahaja. Mereka berdua harus mementingkan parti dan ahli-ahlinya yang telah berjuang berpuluh tahun agar UMNO yang korup dan seleweng itu ditundukkan!

    Reply

    K Reply:

    aku tak nak Umno!!!!
    aku tak nak BE END!!!!

    aku nak DSAI dan Tuan Guru Nik Aziz mentadbir negara kita bersama dengan pemimpin2 dari DAP!!!

    aku fed up la dengan Umno ni..
    sibuk dengan propaganda mereka sahaja!

    Reply

  53. 53 Muhammad Iqbal Ikhwandi Jun 8th, 2009 at 3:20 pm

    Salam Datuk Seri Anwar.

    Saya sedikit sebanyak berasa sedih dan gusar mendengar beberapa komen pemimpin-pemimpan PAS di Muktamar PAS. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat untuk berbincang dan menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, dengan sejarah yang telah terbukti dengan jelas dan imej terkini UMNO yang semakin rosak, tidak perlu kiranta itu semua. Saya harap PKR dan DAP tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk terus berkerjasama dengan UMNO di Mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan datang. Saya berharap di dalam Pakatan Rakyat tidak ada parti yang menjadi dominan antara satu sama lain, perkongsian kuasa adalah penting.

    Selepas membaca blog Datuk Zaid Ibrahim, saya bersetuju dengan pendapat beliau bahawa supaya PAS tidak mengikut cara UMNO yang menjadi parti dominan di dalam BN. Jangan kata PAS, PKR dan DAP sekalipun pada hemat saya tidak perlu untuk menunjukkan siapa yang terkuat atau yang berkuasa dalam Pakatan Rakyat.

    Belajarlah apa itu perkongsian kuasa, apa itu pengorbanan, apa itu tolak-ansur dan apa itu ‘mutual understanding’. PKR,PAS dan DAP ini adalah parti-parti yang begitu kuat ideologinya, dan ideologi setiap parti ini seperti yang kita tahu dan nampak dengan jelas, adalah berbeza, mungkin sungguh berbeza. Dan disinilah akan berlaku pergeseran, pertelingkahan dan perbezaan pendapat, oleh itu ketiga-tiga parti ini harus mengamalkan ‘win-win situation’, oleh kerana sememangnya apa-apa keputusan yang diambil tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.

    Oleh yang sedemikian, saya memohon kepada semua penyokong PKR, PAS dan DAP supaya lebih memahami pemimpin-pemimpin atasan mereka yang kadang-kadang tidak dapat memenuhi sepenuhnya kehendak dan kemahuan mereka. Tidak mudah untuk berkongsi kuasa, ianya akan memakan masa yang agak panjang dan memerlukan pengorbanan semua pihak. Tetapi, jangan jadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai pelebur semangat dan usaha kita,kita sepatutnya belajar daripada sesuatu yang tampak seperti mustahil itu untuk terus mempertingkat dan memperbaiki parti dan jentera kita.

    p/s: PSM, SAPP, SNAP dan Malaysia Makkal Sakti Party(MMSP) tidak mahu sertai Pakatan Rakyat kah? Dah ada 7 atau 8 parti, bolehlah Pakatan Rakyat didaftarkan.

    Reply

    Jay Reply:

    Sepatutnya muktamar dipakai untuk membongkarkan kezaliman, kelemahan & penyelewengan Kerajaan UMNO tapi hairan sedikitpun Haji Hadi & Nasaruddin tak sentuh, Yang depa sentuh ialah bagaimana nak runding dengan UMNO buat kerajaan perpaduan. Sudah ada hind ini nak join UMNO keparat ular beludak ini! Orang PAS mesti bagi signal TOLAK …..jangan DIAM, alamat hancurrr PAS tak berganti..TGNI & DSAI, you are the besatttttttt.

    Reply

    pemikir Reply:

    wahai kaum Melayu!!! janganlah anda bertelagah..sedarkah anda semua keputusan pas utk bergabung dengan UMNO itu adalah satu keputusan yg BETUL…adakah anda semua mahu bangsa lain memerintah negara kite??? hei lihat saje lah pe yg terjadi di Perak.. itu da cukup menjadi bukti bahawa org Melayu kite menjadi boneka DAP !!! fikir2 kan lah org Melayu sekalian..ekonomi kite sape yg menguasai??? peratusan biasiswa siapa yg paling majoriti???? fikir2 kanlah…kalo anda mahu MENOLAK makne nye anda adalah pembelot bangsa Melayu (itu pun kalo anda mmg berbangsa Melayu).. kalo anda adalah dari kaum lain, igatlah siape diri anda yg sebenarnye..org Melayu sanggup memberi kewarganegaraan kpd nenek moyang anda..apakah anda tidak bersyukur??? hidup ini perlu dikongsi..tiada siapepun di dunia ini yg mampu hidup keseorangan..belajarlah untuk BERKONGSI…

    Reply

    org msia Reply:

    org pas patut ramai-ramai ajak org umno keluar umno yg sakit tu….dan masuk pas….
    ini sekarang mcm org pas sendiri ajak org pas masuk umno dan tolong parti umno yang sakit itu…..(mungkin harap-harap dapat jawatan) kerana mungkin berpendapat pakatan rakyat tak de peluang untuk memerintah….
    JGN KENA TIPU DENGAN UMNO….

    Reply

  54. 54 chomelwangi & hubby Jun 8th, 2009 at 3:21 pm

    Sedih sekali Husam lost to Nash. Long live Tok Guru and Dato Seri Anwar Ibrahim.

    Reply

    Budak Kampong Reply:

    Ada hikmah disebalik kekalahan Husam pd Nasa.Profesional akan menghampiri PKR berbanding Pas.Kerana PAS hanya parti utk Ulama.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Husam bolih tubuh parti baru dan masuklah dibawah naungan Pakatan Rakyat, apa susahnya?

    Rakyat dahagakan pakatan yang benar2 hapuskan kezaliman,kejahatan,kemungkaran dan kemaksiatan!

    Inilah yang wajar tiap2 pemimpin ingat!

    Reply

  55. 55 zaharud Jun 8th, 2009 at 3:35 pm

    Apa pon pandangan dan pegangan kita,,jgn sampai diri kita di kuasai olih perasaan dendam,kebencian dan sangka buruk yg terlalu berlebih lebihan pada mereka2 yg sebangsa dan se ugama dgn kita.Balik dan mintalah petunjuk dari Allah,kerana di sanalah sebaik2 pentunjuk.

    Reply

  56. 56 wamakhal Jun 8th, 2009 at 3:54 pm

    PR FORL ALL ;
    PAS FOR FALL ;
    UMNO FOR HELL.

    Reply

  57. 57 Rakyat Biasa Jun 8th, 2009 at 4:17 pm

    Berbagai andaian dan analisa…saya nak ungkitkan satu kisah benar dalam dalam tahun 1986 dahulu iaitu “Peristiwa di sebuah hotel di KL” dan kesudahannya selepas itu…
    Hasilnya?..Parti lain “pecah”…mungkin orang Sarawak sendiripun sudah ramai yang lupa atau tak sedarpun mereka telah ditipu sehingga kini.
    Mungkinkah helah ini sedang digunapakai sekarang ini memandangkan kekuatan barisan pembangkang semakin kuat?????? dan parti yang memerintah terasa semakin terancam????!!!!!!

    Reply

  58. 58 beliung kilat Jun 8th, 2009 at 4:42 pm

    kadang2 permainan ini umpama pelandok lupakan jerat,tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk..jangan kita lupa mungkin kali ini bkn seperti dahulu..dlm politik ni umpama bertarung dlm gelangang silat..sama tangkas sama hebat hanya tersilap langkah pasti bawa padah..hulubalang Pas pernah di tikam dari belakang oleh pendekar UMNO..sekarang cuba masuk gelangang lagi..mungkin kali ini lebih waspada dari dahulu..org pernah luka parah pasti akan beringat sebelum melangkah atau langkah tersusun..

    Reply

  59. 59 Chinese Malaysian Jun 8th, 2009 at 5:19 pm

    Currently, Anwar is our only hope.

    Reply

  60. 60 Abdul Rashid Jun 8th, 2009 at 6:03 pm

    Dalam kemelut perebutan kuasa politik hari ini, UMM..NO kian jelas kehilangan pengaruhnya.Semua tahu mereka semakin hari semakin lemah… Tetapi malangnya, PAS kini seolah membantu meniupkan satu ‘harapan’ baru bagi melanjutkan kebobrokan mereka yang sedang lemas setelah dilanda Tsumnami kebangkitan ummah.
    Teringat suatu kisah dizaman Khalifah Sadina ALI K.W.ketika berperang dengan tentera Mauwiyah yang hampir tewas. Beliau telah menggunakan tipu-helahnya mengarah tenteranya menikam Kitab Suci Al-Qur’an dihujung tombak yang akhirnya menyebabkan tentera Saidina Ali K.W. terpaksa berhenti berjuang kerana menganggap Mauwiah berniat ikhlas ingin berdamai dan menyatukan kembali umat Islam yang sedang berpecah diwaktu itu. Tentera Saidina Ali yang hampir berjaya menumpaskan tentera Mauwiah, diseru supaya meneruskan perjuangan mereka. Saidina Ali amat mengenali siapa Mauwiah sebenarnya. Akibat desakan puak Khawarij yang beranggapan diri mereka lebih komitted dan sayangkan perjuangan Islam dari mengiktiraf Saidina Ali sebagai Khalifah yang lebih arif serta bijak membaca tipu-daya politik Mauwiah. Akhirnya puak khawarij sendiri menghianati perjuangan mereka dalam menegakkan daulah Islamiah setelah mereka terasa ditipu oleh Mauwiah. Dengan terbunuhnya Saidina Ali K.W. ujudlan hari ini suatu pemerintahan yang didasarkan atas fahaman assobiah Arab dan bukan lagi Islam yang bersifat sejagat yang merupakan Rahmatul Al-Alamin. Yang memartabatkan seseorang itu Ulamak adalah orang yang berhikmah dan behemah tinggi serta peka membaca gelombang kebangkitan ummat yang menolak kebatilan dan berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua manusia di atas muka bumi ini. Dalam arus propaganda media yang dikuasai gulongan sekularis UMNO, keikhlasan tindakan pimpinan PAS dalam hal ini perlu diperjelaskan.

    Reply

  61. 61 Kamalias Jun 8th, 2009 at 6:03 pm

    Apa yang aku lihat sekarang PEMIMPIN TERTINGGI PAS hanya TAKE FOR GRANTED dari apa yang PAS dapat hari ini..

    Ni saya nak bagi peringatan kepada Tuan Guru Hj Hadi (peringatan saya sebagai sedara se islam)

    1. Jangan suka melatah jika ada pangkat dan kuasa – ingat tak.. apa yang tuan haji buat masa dapat trengganu …tiba-tiba terus nak adakan ufti kepada bukan islam <—– ini lah dikatakan kudung mendapat cincin….last2 terengganu terlePAS… Ya Tuan Guru Hj Hadi Awang kerap melatah dalam banyak hal….bercakap hanya untuk “short term” dan tak memikir kesan jangka panjang terhadap PAS.

    2. Sepanjang 10 Tahun saya pengikuti perkembangan PAS Tuan Guru Hj Hadi banyak mengeluarkan statemet yang “sensasi”..akhirnya statement ini dipergunakan oleh UMNO/BN untuk menghentam PAS… Terpaksalah ahli pas termasuk TG Nik Aziz berhempas pulas mematahkan serangan UMNO. Tuan Hj Hadi tak kesian ke….?

    3. Status “Tuan Guru” hanyalah gelaran dari manusia kerana menghormati orang yang “dikatakan” mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.. TAPI.. pengetahuan agama yang tinggi tidak bermakna jika ia tidak digunakan sebaiknya. Jadi jangan menghancurkan penghormatan dan kepercayaan orang terhadap “Tuan Guru” Haji Hadi hanya akibat sifat cepat melatah..

    Ingat kalau Tuan Guru Hj Hadi masih terus bersikap seperti di atas…tak usah nak kata menang di PRU13…PRK Manik Urai pun belum tentu

    Kepada Nasha ….Awak masih muda…banyak benda awak kena belajar terutama dalam politik. Ya saya bukan ahli politik tapi apa yang saya nak nampak awak banyak menyusahkan pimpinan PAS dan penyokong PAS…Awak membelakangkan suara majoriti PAS…Tindakan awak akan menjahanamkan PAS…Jangan ikut darah muda awak tu.

    Terfikir pulak saya…apa akan jadi pada PAS jika Tuan Haji Nik Aziz tak ada suatu hari nanti. Sekarang pemimpin PAS mungkin “segan” dengan Tuan Haji Nik Aziz. Jadi mereka mungkin “berlapik” setiap apa yang mereka katakan. Andai satu hari nanti ketiadaan Tuan Haji Nik Aziz entah apa yang peminpin PAS buat sebab tiada siapa yang nak disegankan.

    Maaf saya kepada Pemimpin PAS terutama Tuan Guru Haji Hadi…saya terpaksa bercakap seperti ini kerana itulah yang saya rasa, saya nampak, saya dengar selama 10 tahun ini.

    Jangan yang dikendung berciciran yang dikejar terle”PAS”

    Reply

    KARMUSANY Reply:

    Saya setuju dengan ulasan anda..Pemimpin Utama PAS hampir termakan gula-gula UMNO

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Benar sungguh apa yang diperkatakan!

    Wahai ahli2 PAS!

    Perahlah otak anda semua untuk menyokong pemimpin2 yang benar2 ingin menghapuskan kemungkaran!

    Reply

    IBN BAKAR Reply:

    Kamalias,
    Bagus………….pandangan anda sangat membina. Nasha ni dah syok sendiri. Macamana dia nak bentuk kepimpinan pusat sedangkan negeri sendiri ( Negeri Sembilan )PAS masih tercungap-cungap.

    Reply

    johorian Reply:

    panjangkanlaah umur tuan guru nik aziz

    Reply

  62. 62 ACS Jun 8th, 2009 at 6:05 pm

    HIDUP NIK AZIZ!
    HIDUP ANWAR!
    HIDUP NIK AZIZ!
    HIDUP ANWAR!
    HIDUP NIK AZIZ!
    HIDUP ANWAR!
    HIDUP NIK AZIZ!
    HIDUP ANWAR!
    HIDUP NIK AZIZ!
    HIDUP ANWAR!
    ALLAH MELINDUNGI KITA

    Reply

  63. 63 abd rahim kassim Jun 8th, 2009 at 6:18 pm

    Tangkap lentuklah pulak….

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Makin banyak parti Melayu masuk Pakatan Rakyat, makin baguslah! Janji mereka ini semua berjanji menghapuskan segala kemungkaran!

    Reply

  64. 64 Rosli Jun 8th, 2009 at 7:32 pm

    nampaknya jarum musuh(umno) dah mula menusuk..dah ada percakaran dan kata mengata sesama sendiri di dalam PR dekat sini..atau mungkin juga ada musuh menyamar menyusup masuk dengan tulisan kreatif nya bagi menjayakan agenda jahat umno..saya sebagai ahli Pas tidak terasa dan tidak akan berkecil hati..Kita anggap luahan2 ini sebagai yang positif dan membina untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat..bersabarlah,jangan cepat gelabah dan cepat menghukum sesuatu yang belum pasti dan pasti yang tak akan berlaku tu..tak ramai yang faham dengan cadangan tg haji Hadi termasuklah Najib sendiri.Yang tentunya Pas tak akan mengkhianati PR dan Anwar yang telah banyak berjasa.Tanpa Anwar,PR mustahil dapat diwujudkan..DS Anwar sebagai ketua pembangkang perlu duduk semeja dan sentiasa berbincang dikalangan pimpinan PR.Setiap konflik yang ditimbulkan rakan2 didalam PR hendaklah ditangani dengan bijak.Dan saya yakin dengan kebijaksanaan DS Anwar,kecelaruan diantara ahli ahli rakan kompenen dapat diperjelaskan.Lupakan hal ini yang belum ada asanya,hanya umno saja yang beria ia.Mereka tak akan berjaya memecah belahkan PR kerana Pas sudah matang dan tak akan rela untuk ditipu untuk kali kedua.Rancangkan sesuatu agar PR dapat dimantapkan lagi kerana selepas ini kita tak tahu lagi apa muslihat dan taktik jahat BN..kita perlu sedar selepas PRU12 mereka telah berazam untuk menghancurkan PR dengan apa cara sekalipun.Fokus utama mereka adalah dengan menyerang PKR dan ketuanya DS Anwar kerana mereka beranggapan parti pkr belum stabil kerana masih baru dan mendapat kerusi parlimen yang terbanyak..Hidup PR untuk Rakyat Malaysia.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Teras kepimpinan Pakatan Rakyat adalah DS anwar Ibrahim! Maka semua kena sokonglah arah tuju yang DSAI ingin membawa perubahan!

    Lupakan konsep UNITY GOVERNMENT ini ke ground zero!

    Pakatan Rakyat sudah cantik dah ni menuju kejayaan buat pertama kali di Malaysia! Moga segala kezaliman dan kemungkaran dapat dihapuskan sama sekali!

    3 gabungan iaitu PKR,PAS dan DAP sudah mereka cipta landscape politik yang bagus untuk rakyat semua dan bayangkan kalau Pakatan Rakyat dapat lagi sambutan2 parti2 baharu yang akan masuk didalam gagasan ini! Bertambah kuat dan utuhlah Pakatan Rakyat nanti!

    Sekian wasalam………

    Reply

  65. 65 darkangel Jun 8th, 2009 at 7:52 pm

    As indian non muslim , i am deeply saddened at the current political scenario in malaysia , especially the attitude of certain leaders in pas and more so former leaders from hindraf who formed mmsp.Actually what is happening , where is the dignity and principles of these leaders alas make me wonders is it all about material craving and leadership , where are their conscience, oh my god these people or traitors cannot be leaders at all cause they put self interest above all, and make me wonders how much our bro anwar ibrahim can get back stabbing .People and the whole world knows its anwars reformasi movement that destroyed bn regime and its not pas or hindraf or makkal sakthy or any tom , dick or harry.Wahai saudara -saudara ku di PAS mahupun pemimpin hindraf , sedarlah kamu semua atas pengorbanan DSAI, TUAN GURU NIK AZIZ , LIM S, UTTAYA .AND BANYAK LAGI YANG TELAH MERINTIH PAHIT MANIS PERJUANGAN REFORMASI.JANGAN LAH KAMU ANGKUH DAN SOMBONG ,INGATLAH PADA PENCIPTA KAMU DAN AKHIRAT

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sokong 1 billion%

    Reply

  66. 66 KARMUSANY Jun 8th, 2009 at 8:35 pm

    Saya merasa hairan dengan ucapan Presiden PAS Ustz. Hadi yang menimbulkan ‘Kerajaan Perpaduan’. Mutamar PAS pada tahun lalu di Perak telah memutuskan isu ini tidak akan timbul lagi setelah sebulat suara menentangnya….Ustz Hadi nampaknya cuba hendak memecah belahkan PR dan memberi peluang seterunya BN terutamanya UMNO menipulasi isu ini. Akbar perdana sejak Uztz. Hadi berucap isu ini, hari-hari setakat hari ini mengeluarkan berita dan komen-komen puak UMNO, rata-rata bersetuju dengan isu ini. Seolah-olah menampakkan Yang PAS akan keluar dari PR dan akan bergabung dgn BN untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan ini.PAS nampaknya telah termakan mainan UMNO setelah PRU 12 dahulu untuk menubuhkan Kerajaan di Negeri2 yang di menangi PR.Awas PAS dan ahli-ahlinya yang tidak merasakan mainan UMNO semasa gabungan terdahulu, jangan pisang berbuah dua kali dan jangan sampai sepah dibuang setelah manisan tebu dihisap…..! Ustz Hadi dan Ustz Nasaruddin masa itu belum kenal mainan politik UMNO….Awas dan Berwaspada….Tepuk dada tanya selera….

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabah2 semua,

    Biarkan Pemimpin Tertinggi PAS sahaja yang masuk kedalam BN! Ahli2 bawahan bersama pemimpin2 yang ada kekal didalam Pakatan Rakyat. Apa macam? Best tak idea aku ini? Tubuh sahajalah parti baharu dan gabung bawah Pakatan Rakyat!

    Rakyat sekarang sudah bijak! Mereka mahukan gagasan yang benar2 menghapuskan segala kemungkaran di atas muka bumi negara yang tercinta ini.

    Wadah Dato Seri Anwar dan sahabah2nya kan untuk melawan kemungkaran ke ground zero!
    Rakyat kena tahu ini benar2 lah dan wajar sokong gagasan Pakatan yang benar2 hendak memakmorkan rakyat dengan mebghapuskan segala kemungkaran2!

    Janganlah lagi berjuang untuk mendapat habuan diri sendiri, keluarga dan sahabat2 dengan merompak hak dan wang rakyat jelata! Cukup2lah dengan kemungkaran begini dan hentikanlah sama sekali!

    Saya rasakan kalau pemimpin2 Melayu baik didalam PKR dan PAS menjadi teras MAJORITY kepimpinan didalam Pakatan Rakyat, keadaan gelisah puak2 PAS ini semua akan menjadi reda sebab ramai yang melihat ketokohan pemimpin2 UMNO jadi teras kepimpinan BN!

    Sekian sekadar buah fikiran……silalah bantai!

    Reply

  67. 67 melayu terkilan Jun 8th, 2009 at 9:33 pm

    salam dato’ seri,
    saya amat2 terharu dgn artikel ini hingga sebak dada saya. betapa perjuangan menentang kezaliman ini seolah2 sudah nampak jalan penghujungnya. Allahu akbar.. dengan berakhirnya mukmatar pas baru2 ini, segalanya sudah terjawab. kekhuatiran saya mengenai pendekatan dangkal dan naif segelintir pendukung pas benar2 berlaku. saya sudah mendengar mengenainya selepas sahaja pru12 di mana PR menang besar. ungkapan2 ‘cina banyak menang kerusi’ dan ‘hak melayu tergugat’ bukan saja kedengaran dari mulut org2 umno tetapi juga org2 pas. jauh di hati saya sudah mengagak perkara ini akan terjadi juga akhirnya kerana saya tahu amat mudah utk umno/bn memainkan semula sentimen perkauman dan agama ini bila mereka tahu ada org2 pas masih belum mengerti perjuangan DSAI.
    rakan2 semua, perjuangan DSAI sebenarnya masih terlalu jauh utk dihadam oleh org2 melayu di malaysia. mereka masih bersentimental dlm soal hak2 ini disebabkan prejudis mereka terhadap bangsa lain. sentimen dijajah bangsa lain amat menakutkan mereka. tetapi peliknya cara hidup dan undang2 di negara ini yg puluhan tahun dijajah dgn pemikiran barat tidak pula merisaukan mereka. walhal itulah sebenarnya yg mengancam hak melayu & Islam, bukan perjuangan DSAI.
    oleh itu, selepas ini saya mengagak, pakatan rakyat akan goyah. kita akan balik semula ke tahun 2004. sekutu terkuat mereka sudah meragui ikatan sesama mereka. yg lebih buruk lagi ialah pengundi bukan Islam akan memprotes pas. saya bukan apa, akhirnya Islam yg akan dipersalahkan oleh pengundi bukan Islam. adakah suatu yg boleh diterima kalau org2 Islam mengkhianati sahabat sendiri terutama dlm PR? dengan pendekatan terbaru pas ini, Islam juga yg akan busuk… bagaimana mungkin org2 pas meninggalkan PR dgn alasan PR ini sekular sedangkan bapa segala sekular ialah melayu umno/bn tetapi pas hendak berunding pula dgn mereka ini?? melayu inilah yg menolak hudud & menzalimi melayu pas sejak puluhan tahun.melayu inilah yg menghasut org bukan Islam membenci negara Islam yg diperjuangkan pas..sudah lupakah tuan2 semua??
    Allahu Akbar…jauh lagi perjuangan ini Dato Seri. mereka tidak mengerti keluasan ‘dakwah bil hal’ ini. bilakah agaknya org melayu akan berubah. saya menamakan anak saya dgn nama Dato Seri..dgn harapan dia akan menjadi pejuang keadilan mcm Dato Seri suatu masa nanti. semoga daripada keturunan saya itu akan lahir pejuang bangsa, agama dan penentang kezaliman yg sekental Dato Seri…insya Allah.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Firasat saya, Pakatan Rakyat sedang menuju kejayaan di pilihanraya akan datang nanti! Kalau pilihanraya kecil, Pakatan menang satu persatu, apatah lagi kalau kerusi2 parlimen dipertandingkan! Saya rasa Pakatan Rakyat akan menang mojority nanti!

    Moga gabungan ketiga2 parti ini makin kuat dan utuh!

    Bagus jugak kalau Pakatan Rakyat membenarkan parti2 lain bergabung bersama2 hendak menghapuskan segala kemungakaran dan kezaliman!

    Sekian selamat berjuang!

    Reply

  68. 68 Putra Jawa Jun 8th, 2009 at 10:12 pm

    jangan gaduh – gaduh ini macam.kene beri tumpuan pada PRU13.UMNO suke tengok keadaan yang macam ni sebab itu media main isu kerajaan perpaduan.

    Reply

  69. 69 alimamat Jun 8th, 2009 at 10:14 pm

    orang umno tu kebanyakan nya islam,DAP tu kafir.PKR tu kafir campor islam liberal hj hadi tahu tu semua,nik aziz tu nyayok..

    Reply

  70. 70 gunner Jun 8th, 2009 at 10:53 pm

    PAS must stay focus.
    PAS must stay the new path post GE12.

    Dont let your supporters especially the non-muslims down!

    Change we must!
    Change we will!

    Reply

  71. 71 pahlawan_bugis Jun 8th, 2009 at 11:28 pm

    Salam untuk semua sahabat.

    Buat masa ini aku tidak fikir PAS akan mengambil tindakan bersekudukan dengan UMNO. Kita semua jangan lupa bahawa USTAZ HADI juga adalah sahabat Anwar yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan kepadanya ketika dalam kesusahan dahulu. Selepas Ustaz Fadizil dipanggil Allah Ustaz Hadi lah yang banyak membela Anwar dan berdamping dengannya terutama semasa awal pembebasan Anwar dulu.
    Kita tidak tahu apakah muslihat atau perkara tersembunyi disebalik kenyataan tersebut. Seperti juga perjanjian Hudaibiyah yang dilihat memihak kepada kaum Qurasy tetapi akhirnya Islam juga yang menang. APA-APA PUN TUNGGU DAN LIHAT, dan yang paling penting ISLAM adalah matlamat kita bersama. sekian wassalam.

    Reply

  72. 72 ashlee Jun 8th, 2009 at 11:38 pm

    Sama-samalah kita berdoa untuk pakatan rakyat. Kepada PAS bijaklah berfikir dan bertindak. Islam bukan hanya untuk PAS sahaja.

    Reply

  73. 73 zik Jun 9th, 2009 at 12:26 am

    Kalu kat Terengganu pun bole jadi MB satu penggal ja..ada hati pulak setengah orang tu nak bagi pemimpin tu jadi PM..hahaha..lawak..kalu Tok Guru Nik Aziz jadi PM logik la jugak..yg kat Terengganu tu pun ada hati nak jadi PM jugak..alahaiiiii!!!

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    benar sahabah!

    Reply

  74. 74 BEBAS Jun 9th, 2009 at 12:57 am

    Kat mana lagu org melayu nak bersatu???

    Biler lagi??

    bodoh punya melayu!!!!

    Org2 tua tolong bagi laluan org2 muda nak berubah!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  75. 75 Iddin Jun 9th, 2009 at 1:20 am

    Kepada Semua,

    Tidak menyokong UMNO bukan bermakna kita orang melayu berpecah-belah. Kita sebenarnya meninggalkan mereka yang telah lupa diri. UMNO sudah lagi tidak relevan dengan orang melayu. Yang tinggal hanya mereka yang berkepentingan sahaja. PAS, PKR & DAP adalah yang terbaik buat masa nie. Diharap semua yang memimpin Pakatan Rakyat faham akan impian KITA semua. Jangan kerana kuasa yang dikejar, kita gadaikan usaha murni dan pengorbanan yang telah kita perjuangkan selama ni.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Bijak kata2 mu sahabah! Sokong anda 1000%

    Reply

    abu.nidal2020 Reply:

    Nak berkorban biarlah pakai akai bro…mata da hati ko tu dah ditutupkan oleh dakyah jahat anwar brahim!!!!

    Reply

  76. 76 lokman Jun 9th, 2009 at 1:56 am

    Aku percaya tiada langsung niat pemimpin PAS untuk mengkianati apatah lagi bertindak menyalahi perjanjian yang dibuat bersama Pakatan Rakyat. PAS telah membuktikan kejujuran perjuangan mereka dan tidak sekalipun mengkianati kawan. PAS adalah Parti Islam dan setiap keputusan diambil pasti berdasarkan tuntutan Islam dan apa yang telah diajar oleh Nabi kita.

    Dalam beberapa keputusan penting yang dibuat oleh nabi kita sendiri banyak juga yang bertentang dengan sahabat yang lain namun banyak juga keputusan yang dibuat oleh nabi kita adalah keputusan yang disyurakan.Semuanya diatas kepentingan umum dan Islam.

    Dalam keputusan kita manusia yang lemah ini,perwakilan PAS misalnya bersembahyang hajat dan istiharah memohon Allah agar diberikan petunjuk dalam membuat apa jua keputusan agar tidak ia mendatangkan keburukan kepada semua.

    Aku yakin pemimpin Pakatan akan mengerti dan teramat memahaminya nanti kerana aku pasti semua pemimpin2 ini akan mendapat penerangan yang jelas dari pimpinan PAS. Kerana itu mereka tidak gopoh dan melatah tak tentu pasal.

    Apatah lagi sepeti Lim Kit Siang dan DSAI yang tersangat matang dalam hal ehwal politik dan stratejik politik. Macam aku kat tadi, PAS bukan pengkianat walaupun sering cuba dikianati.

    Cuma aku minta semua saudaraku dalam PAS,PKR dan DAP bertenang dan tidak mudah melatah kerana disana nanti pasti ada sesuatu yang memberikan kekuatan yang lebih kepada kita semua dalam mengeratkan ikatan persahabatan ini. Kerana kita akan mempelajari sesuatu yang penting yang mungkin tak semua kita boleh membaca akan kebaikan dan hikmah dari isu ini.

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    Sahabahku Lokman,

    Pada saya, PAS wajar memperkuatkan azam berpakat baik2 dengan PKR dan DAP dan jugak parti2 lain yang ingin masuk gagasan Pakatan Rakyat!

    Persoalan sekarang ialah siapakah antara BN atau Pakatan Rakyat yang benar2 akan menghapuskan segala kemungkaran dan kezaliman dan pandai mentadir ekonomi negara supaya kemakmoran hidup rakyat mengatasi segala2nya?

    Inilah yang saya rasakan wajar rakyat semua bijak menilai dan sokong habis2an pakatan yang benar2 bolih membawa wadah yang disebut dalam persoalan saya tadi. Jika BN atau Pakatan Rakyat gagal, rakyat wajar sokong pakatan yang ke 3 yang bolih menjanjikan ini semua.

    Sudah sampai masanya rakyat jelata kena bijak menilai! Cukup2lah membuat kesilapan2 memilih selama ini……..

    Sekian wasalam………..

    Reply

    PUTREE Reply:

    BKALAU LA UMNO BETUL-BETUL IKHLAS BIAR MEREKA PULAK YANG DANCE TO PAKATAN RHYTHM. TAK PAYAH LA PAKATAN NAK BERPAKAT DENGAN UMNO ATAU BN.

    Reply

    Rakyat Biasa Reply:

    I agree with you bro Lokman,
    Mungkin apa yang kita faham/ketahui mengenai isu ini setakat ini adalah “superficial” sahaja.
    Tunggu ajelah penerangan oleh Presiden PAS terhadap PKR dan DAP…

    Reply

  77. 77 bangiperdana Jun 9th, 2009 at 2:11 am

    salam semua,

    Saya begitu tersentak apabila mengetahui yang PAS ingin membentuk kerajaan perpaduan…( tak payahlah gunakan istilah2 begini…gunakan aje kerajaan campuran) oleh presidennya.

    Saya mengikuti perkembangan politik tanah air dari luar negara merasa begitu hampa dan kecewa dgn perkembangan terkini dlm. PAS. Di mana di pihak lawan, mereka masih bergelut dgn masalah dan kemelut yang melanda, sepatutnya PAS dan sekutunya terus menguatkan barisan sedia ada. percayalah inilah masa dan ketika yang PAS mempunyai kekuatan, janganlah sampai nanti penyokong2 sudah tak percaya lagi.

    Sepatutnya PAS perlu bekerja lebih keras lagi utk menghadapi persiapan pilihan raya ke -13 nanti.

    Wahai pemimpin2 PAS, kenapa tidak belajar dari sejarah, bukankan PAS dulu pernah dikecewakan oleh UMNO. Nah, sudah sampai masanya utk PAS tunjukkan kepada semua yang PAS boleh…

    Kalau betul Presidennya ingin membuat kejutan dan perubahan bukan dgn idea yang begini. Banyak lagi yang perlu diperbaiki…

    Abha saudi arabia

    Reply

    hidopANWAR Reply:

    sokong 100%

    Reply

  78. 78 Ong Jun 9th, 2009 at 2:25 am

    Reading all about the recent PAS 55th Muktamar leave me with very heavy heart filled with deep sadness. One thing I am very sure is PAS will destroy and break Pakatan Rakyat. No mood or wish to write more abt it but I pray and hope sincerely PAS will not belittle Tok Guru Nik Aziz who is highly respected by all Msians show yr utmost respect to elderly leaders no matter how yr opinion may differ wz Tok Guru. I am disgusted that even Kelantan UMNO is asking for his resignation. Long live Tok Guru we love you.

    Reply

  79. 79 Fadli Jun 9th, 2009 at 8:08 am

    Salam kepada semua

    Apa yang saya nampak racun yang disuntik oleh BN kepada pemikiran rakyat Malaysia khasnya penyokong Pakatan Rakyat untuk menghancurkan PR khususnya untuk memastikan PRU13 dimenanginya sudah mula menampakkan hasil. Kalau dulu di zaman DR.M beliau telah merombak kawasan Dun n Parlimen dan berjaya mengucarkacirkan PR dan berjaya menang besar dalam PRU 2004, kini Najib dan sekutunya sedang cuba stratigi untuk melagakan diantara PR agar rakyat menolak PR.

    Note: PAKATAN RAKYAT MERANCANG UNTUK MENANG LEBIH BESAR DI DALAM PRU13, BARISAN NASIONAL PUN MERANCANG UNTUK MENANG DAN MENWAN SEMULA NEGERI YANG DITAWAN OLEH PR. DENGAN ITU DIHARAP KEPADA KEPIMPINAN PR HATI-HATI DENGAN PERMAINAN BN. MEREKA MEMPUNYI KELENGKAPAN YANG CUKUP UNTUK BERPERANG. NAJIB AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMBUBAR PARLIMEN APABILA BELIAU YAKIN RACUNNYA DAH MERESAP TERUS KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG LAYAK MENGUNDI. WALAU BAGAIMANAPUN PERANCANGAN KETETAPAN ALLAH TAKAKAN DAPAT DIATASI.

    AWAS!

    Reply

  80. 80 mrasyidi Jun 9th, 2009 at 8:19 am

    PAS dari dulu tidak pernah belajar dari sejarah. PAS mudah lupa. PAS masih bercita-cita utk ke putrajaya dengan hanya sokongan undi dari ahli PAS. Tapi PAS tidak sedar, siapa yang selama ini membuang undi untuk memenangkan parti PAS. Orang melayu (bukan ahli PAS) dan org bukan melayu banyak menaikkan PAS dipersada politik Malaysia. Tapi PAS masih besar kepala mengatakan mereka adalah parti yg kuat.
    Saya juga teramat kecewa dengan muktamar kali ini. Saya tidak kisah siapa yg memimpin PAS tapi bukan dari golongan org yg hendak berdamai dengan UMNO.

    Reply

  81. 81 emil Jun 9th, 2009 at 9:35 am

    Tersentaknya saya… bagi saya Pas x pernah meminggirkan ds anwar. dan dsanwar pun x pernah berubah , seperti sedia kala sebenarnya, cuma kekadang kita terlalu terikut dengan media arus perdana(tv). Padahal kita belum jelas lagi apa jenis kerajaan perpaduan? Media Umno sahaja yang lebih. Dan saya amat yakin pakatan rakyat bertambah kuat pada PRU akan datang insyaallah.Satu lagi, dalam Pas hj hadi atau sdr Nasa tidak boleh buat keputusan tanpa merujuk ke majlis syura. Tak silap saya majlis syura diketuai Mursyidul Am.

    Reply

  82. 82 Muhammad Iqbal Ikhwandi Jun 9th, 2009 at 9:37 am

    Salam.
    Hari ini jari-jemari saya masih mahu menari-nari di papan kekunci untuk meneruskan isu terkini, sama seperti 2 post saya yang terakhir, yakni mengenai parti PAS.

    1. Presiden PAS kata isu kerajaan perpaduan ini telahpun dipersetujui oleh PKR dan DAP.

    2. Mursyidul AM PAS kata kerajaan perpaduan ni mengarut,

    3. DAP dan PKR kata perkara ini tidak pernah dipersetujui oleh mereka,dan mahukan penjelasan lanjut dari Presiden PAS.

    Daripada ketiga-tiga perkara di atas, adalah lebih afdal kepada Presiden PAS, ataupun sesiapa sahaja yang pemimpin dan ahli-ahli PAS yang menyokong gesaan kerajaan perpaduan ini supaya fikir kembali, apa yang membuatkan PAS sampai ke tahap ini sekarang? Tahap di mana, kaum bukan Islam memberi sokongan kepada PAS pada 8 Mac 2008 dan juga pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang disertai oleh PAS selepas 8 Mac.

    Saya pasti, tidak ramai di antara penyokong ataupun ahli-ahli PAS, mahupun pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri mengenai kejayaan mereka pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil Bukit Gantang khususnya, apabila PAS menerima undi daripada kaum bukan Islam yang besar jumlahnya. Jadi persoalannya sekarang, mengapa? Jawapannya begitu mudah, pengundi-pengundi ini mengundi parti yang lambangnya selain lambang DALCING (BN). Bukti? PAS menang di kawasan-kawasan multiracial seperti di Perak, bukan hanya di kawasan yang hardcore Melayu seperti di Kedah dan Kelantan.

    Mungkin ketika 8 Mac 2008, pengundi-pengundi ini tidak mempunyai pilihan lain kerana perasaan amarah, benci dan mual terhadap BN/UMNO. Oleh itu, mereka mengundi parti lain, iaitu PKR,DAP dan termasuklah PAS. Dan sokongan ini diteruskan, malah terus bercambah semasa pilihanraya-pilihanraya kecil selepas 8 Mac 2008. (bersambung)

    sila ke ketuananrakyat.wordpress.com untuk pembacaan seterusnya..artikel terkini bertajuk “PAS, masih belum terlambat…”

    WASSALAM

    Reply

  83. 83 pemerhati politik Jun 9th, 2009 at 9:50 am

    Kepada Penyokong Pakatan Rakyat

    Saya percaya UMNO tengah tepuk tangan bersorak kesukaan kerana misi mereka memperkudakan PAS salah satu “partner” dalam pakatan kini hampir berjaya.

    Khas untuk PAS – ketahuilah UMNO itu mencari peluang untuk “MEMBUNUH” PAS. Kalau PAS masuk perangkap – pincanglah PAKATAN.

    PAS harus tahu UMNO tengah mencari apa cara sekalipun untuk HIDUP termasuklah guna KERAJAAN PERPADUAN. Itu umpama pluang KEEMASAN bagi UMNO.

    Janganlah sudah terang lagi bersuluh. UMNO sudah terbukti JAHATNYA kenapa masih lagi diberi peluang oleh PAS????!!! ENOUGH IS EANOUGH Tak Perlu Bagi Peluang kepada UMNO. Lihat sahaja di Perak. MB dari PAS “dipancung” begitu sahaja. Begitulah yang boleh terjadi kalau ada peluang PANCUNG PAS secara keseluruhan. HABIS!!

    PAS tolong jangan cuba jadi PENGKHIANAT dalam Pakatan dan aspirasi RAKYAT. Kuatkan Pakatan Rakyat.

    Reply

  84. 84 apiz Jun 9th, 2009 at 9:53 am

    Salam,

    Semua org dalam ni tak faham kenapa Ustaz Hadi mengambil pendirian sedemikian..tgk keadaan melayu dan Islam sekrg…

    Reply

  85. 85 IsMe Jun 9th, 2009 at 10:35 am

    Muktamar Pas meluluskan Usul Agama yang diterima tanpa bahas mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sister In Islam yang membawa aliran Islam Liberal dan juga menggesa majlis Fatwa mengharamkan pertubuhan tersebut. Usul ini dengan cepat (8 Jun)ditentang oleh DAP dan PKR (lihat berita Malaysiakini). Dalam hal Agama Islam nampaknya Haji Hadi/Nasa lebih tahu siapa yang boleh buat kawan.

    Reply

    Bendahara Tun Perak Reply:

    ye ke…habis tu siapa yang asaskan SIS kalau bukan geng-geng Wanita UMNO..lihat sahajalah pendokong SIS…anak Mahathir..anak Pak Lah..puteri-puteri UMNO…..semua ahli SIS…membuat perpaduan dengan UMNO bermakna meredhai SIS dan meyokong SIS…hj Hadi dah berdosa BESAR

    Reply

  86. 86 Nor Miswary Ramli Jun 9th, 2009 at 10:58 am

    Seingat saya, saya pernah menulis artikel di dalam ruangan ini mengenai nasib yang menimpa DSAI sejak pemergian pejuang agung PAS Ustaz Fadhil Noor – sahabat baik keluarga saya di Kedah -. Saya terkenangkan betapa kasihnya ALLAHyarham Ustaz Fadhil kepada DSAI sehinggakan beliau pernah bercakap seminggu selepas DSAI didapati dipukul di dalam lokap. Dengan nada hiba beliau memberitahu;”Memukul batang tubuh Anwar, bererti mereka memukul diri saya sendiri..”. Hari ini, selepas bermuktamar, PAS menerusi Presiden Tg Hj Hadi Awang dan Timbalan yang bejaya mengekalkan kedudukannya – Ustaz Nasharudin Mat Isa – sekali lagi mengulangi pendirian untuk mengekal idea Kerajaan Perpaduan (Unity Government) – UG – di samping bersedia untuk membuka pintu perbincangan dengan sesiapa saja termasuk UMNO. Alhamdulillah, saya berkesempatan mencampuri rakan-rakan akar umbi UMNO sepanjang umur saya. Meneliti secara kasar, tidak ada seorang pun diantara mereka yang mempertahankan cadangan PAS untuk mewujudkan sebarang kerjasama dengan UMNO adalah tindakan yang bijak. Malah bagi mereka yang mempunyai jiwa kritis dalam UMNO, mereka tidak langsung menyanggah jika PAS mahu berkompromi dengan DAP.Ini adalah kerana bagi mereka DAP punyai dasar perjuangan yang jelas berbanding UMNO yang terlalu banyak permainannya. Jadi, melihat kepada kesungguhan PAS melalui Presiden dan Timbalan Presidennya, saya menjadi pelik. Ternyata sokongan perwakilan kepada orang No.2 dalam PAS itu sendiri tambah merumitkan keadaan. Apabila kita berjaya menaikkan 3 tiang baru yang lebih tahan lasak, lebih kuat dan ketika kita telah berjaya membina rumah baru yang lebih baik walaupun masih belum sempurna asasnya, tiba-tiba ahli-ahli rumah kita keluar untuk menyambung dapur dengan rumah orang belakang yang telah banyak membakar arang menyubur api menghambur asap berkepul ke dalam rumah baru kita sehinggakan kita dalam sesak nafas dibuatnya. Boleh membawa maut jika terlalu banyak asapnya. Benarlah kata-kata YB Husam Musa;”Ketika rakyat telah menolak UMNO atas tajaan kita sendiri, tiba-tiba kita pula menghulur tangan memberi bantuan atas alasan penyatuan dan kedamaian. Itu yang sangat menghairankan saya”. Saya tidak menolak prinsip dialog dan penyatuan demi rakyat. Tetapi perjuangan Pakatan Rakyat samaada di Kelantan, di Selangor, di Pulau Pinang, di Kedah hatta di Perak terutamanya telah jelas ianya hanya untuk RAKYAT semata-mata. Apakah prinsip utama yang diguna pakai untuk membenarkan hujah pemimpin No.1 dan No.2 PAS untuk merealisasikan Unity Government ini? Dari DSAI sehinggalah PAS sendiri pernah terpedaya oleh UMNO, dan sekali lagi kita mahu jatuh di lopak yang sama? UMNO jika mahu berubah, mereka tidak perlu menunggu sebarang janji perbincangan dengan PAS. Mereka boleh lakukan sebelum mereka merampas Perak lagi.Benarlah. DSAI kini berseorangan. Dan PAS juga mula akan kehilangan beliau.

    Reply

  87. 87 ching pem Jun 9th, 2009 at 11:39 am

    gua cadangkan TG GURU HAJI HADI bertaubat…..dia mesti bertaubat.

    Reply

  88. 88 IIyoLL Jun 9th, 2009 at 12:24 pm

    Hj Hadi ngan Nasharuddin ni memang tak patutlah… dulu janji macamner sekarang nak buat camni pulak… saya sebagai ahli pas ni rasa kecewalah dengan tindakan melulu pemimpin… sepatutnya bawak bincang dulu dalam pakatan.

    Reply

  89. 89 Faza Jun 9th, 2009 at 12:30 pm

    AWAS! AWAS! AWAS!

    MEDIA MASA BN DAN PENULIS-PENULIS BLOGER YANG DIUPAH DAN PRO BN SEDANG MELAGA-LAGA DIANTARA PAS DAN PKR KERANA CARA INI SAJALAH YANG BOLEH MEMBERI KEMENANGAN KEPADANYA. ORANG-ORANG BN ADA DI DALAM PAKATAN RAKYAT. HATI-HATI.

    Reply

  90. 90 40K-Dawn Of War Jun 9th, 2009 at 12:40 pm

    Why most are so against this proposed co-operation?

    UMNO is not bad, it is the people who make it bad.

    Maybe this co-operation can teach UMNO one or two things about transparency, common sense etc (after all, this is the party which one of its youth leader actually rather spend their money to take Mat rempit to North Pole, than give it to those in desperate need-SICK).

    And as for PAS, anda bukannya sempurna. Ada banyak yg boleh dipelajari dari kerjasama. Don’t be too egoistic lerrr. Walaupun hutang kerajaan negeri Kelantan berkurangan, tapi dengan kadar pembangunan yg sedemikian (kewujudan peluang pekerjaan yg tidak match dengan kadar bilangan graduate dan lepasan sekolah SETIAP TAHUN), langsung xde ape yg boleh dibanggakan oleh PAS dari segi kecekapan memerintah dan ekonomi. Bilangan migrasi keluar Negeri Kelantan terlampau tinggi, berbanding dgn negeri lain kecuali (mungkin) Sabah & Sarawak.

    No one is perfect. Tp kalau ade yg percaya Tok Guru Nik Aziz sempurna tanpa sebarang kekurangan, terpulang.

    Cadangan Hj Hadi wajar di pertimbangkan.

    Reply

  91. 91 johorian Jun 9th, 2009 at 12:45 pm

    apa yang penting.. kerjasama…. Harap, PAS, Keadilan dan DAP sentiasa berkerjasama dalam segala hal… memang laa hal dalam rumah tangga sendiri tidak perlu diganggu oleh pihak lain… tetapi ingatlaa bahawa.. akan ada pihak yang cemburu dan akan cuba meruntuhkan rumahtangga @ permuafakatan yang telah dibina dalam masa 10 vtahun ini… ingat laa semasa susah dulu… disimbah air gatal… bunyi loceng dari lori FRU.. kita berlari di dataran merdeka… laungan takbir dan reformasi… itu sejarah… tidak boleh diubah…
    yang berada diatas jangan lupa jasa rakyat kebanyakan… kerana dunia ini tempat tinggal sementara…

    Reply

  92. 92 40K-Dawn Of War Jun 9th, 2009 at 12:53 pm

    Sorry, would like to add a bit.

    Personally, I think Sister in Islam is ok. I believe Islam itself is Liberal. It respect personal freedom more than any other religion.

    National Fatwa must take professional approach when issuing fatwa-must be well informed and academic. I remember this yoga issue…They said, yoga is forbidden. Then people argue-why?
    then they said “because at higher level (they call it progressive level) it involves chanting.” Then people said “No yoga class actually teaches to chant, they only teaches exercise” then they said “Sure, if its just an exercise its not a problem, but if it involves chanting it is a problem”. Then people said “?????”

    I say “Then why you say it is Haram in the first place?”

    Do you know that at highest level, Silat also involves some spiritual stuff, calling spirit whatever, and as for Kungfu, you have to become a Shaolin Monk to learn it.

    Issue a fatwa- both these two martial arts are Haram.

    Reply

  93. 93 keadilan Jun 9th, 2009 at 1:21 pm

    ramai org marah dgn tindakan pemimpin pas.Tapi kena kena ingat dgn kerjasama ini org melayu akan lebih bersatu dan ini akan menguntungkan org Melayu.Pas berbuat demikian kerana kurang percaya kpd keihlasan DAP kerana sekiranya dilihat sebelum ini,DS Hadi pernah mengatakan tidak akan berkerjasama dgn DAP.Tapi setelah berada dlm PR nampaknya DAp masih lagi macam dahulu lg.

    Reply

  94. 94 anti umno sampai mati Jun 9th, 2009 at 1:23 pm

    Dato Seri Anwar,

    Saya sedih sangat apabila PAS sudah mula menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya. Sikap sombong dan angkuk inilah terutamanya oleh Hj. Hadi dan beberapa kerat pemimpin PAS yang angkuh ini yang menyebabkab kita kalah teruk pada Pilihanraya 2004. Nampaknya mentaliti pemimpin PAS tak berubah. Tak pernah nak belajar daripada pengalaman. Apa yang berlaku di Perak? Apa yang berlaku di Kelantan? Nampaknya pemimpin PAS kita tak ubah seperti semut yang menghidu saja gula-gula UMNO. Lantas tak nampak langsung niat jahat UMNO!

    Saya sebenarnya dah lama perhatikan sikap PAS ini. Sombong sangat jika dah kuat! Pengalaman tahun 1999 dulu masih terkenang pada saya betapa sombongnya pemimpin PAS. Seolah-olah hanya PAS lah yang hebat! Belum menang dah cakap pasal nak jadi PM! Padahal semua parti dalam PR dah setuju dengan Dato Seri sebagai PM kalau menguasai Kerajaan Persekutuan. Belum menang dah nampak tamaknya PAS! Kalah teruk 2004 dulu adalah angkara mulut sombong pemimpin PAS yang digunakan oleh UMNO ketika itu. Tak kanlah tak belajar-belajar lagi perangai UMNO ni!

    Sepatutnya ketika ini kita bercakap bagaimana nak mengukuhkan Pakatan Rakyat dengan azam menumbangkan terus UMNO-BN pada PR ke 13 ini. Malangnya angan-anagn PAS melebihi daripada usahanya! Jangan nafikan jasa Dato Seri Anwar. Tanpa pengorbanan Anwar, PAS pun tak ke mana! Sebab orang tahu, PAS mudah sangat kena tipu dan dipermainkan oleh UMNO!

    Pelik..! Pelik…!Pelik…

    Pandai tuduh perangai UMNO macam Yahudi, tetapi ikut telunjuk UMNO! Kalau sibuk sangat nak memerintah, istihar saja UMNO bergabung dengan PAS, dan saya yakin ketika itu, rakyat tak akan sokong PAS dan PAS akan selama-lamanya diperkudakan oleh UMNO. Seronok kena perkudakan ni agaknya…sebab itulah tak jeran..!

    Reply

    Sang Kelembai Junior Reply:

    Amboi Saudara anti umno sampai mati, keras sungguh kata-kata Saudara. Teruja saya dengan nama Saudara. Namanya sudah menunjukkan sangat anti-Umno. Tahniah Saudara.

    Tapi teruja juga saya untuk menegur sikap Saudara yang menghentam Pas beserta kepimpinannya tanpa usul periksa. Kritikan untuk menasihati tidaklah bersalahan namun hentaman berbaur fitnah bukanlah sikap terbaik buat diamalkan.

    Tuduhan Saudara bahawa pemimpin Pas sudah mulai angkuh bagi saya tidak tepat. Cuba Saudara nilai sendiri sikap Pas dari dulu hingga sekarang. Tahun 1973, Pas menerima pelawaan Umno ke dalam BN kerana apa? Kerana perpaduan Melayu dan Islam. Tiada niat lain melainkan buat menegakkan syiar Allah di bumi bertuah ini.

    Tahun 2004 pula sungguhpun Pas mengalami kekalahan teruk sehingga kehilangan Terengganu, namun pemimpin Pas terus menunjukkan sikap toleransi mereka dengan menghulurkan “ranting zaitun” demi rakyat Melayu dan umat Islam.

    Kini sungguhpun Pas kembali kuat dengan menguasai 23 kerusi Dewan Rakyat serta mengetuai kerajaan campuran di Kedah dan Kelantan serta ditambah menjadi rakan di Selangor dan Pulau Pinang, Pas tidak menjadikan kejayaan tersebut sebagai batu penghalang buat meneruskan usaha murni itu.

    Tidak timbul tentang penggabungan Pas dengan Umno-BN. Kepimpinan tertinggi Pas termasuk Dato’ Seri Hadi Awang telah juga menafikannya. Dan buat pengetahuan Saudara, Dato’ Seri Hadi Awang merupakan seorang yang menentang kemasukan Pas dalam BN pada tahun 1973 dulu.

    Lupakah Saudara bilamana beliau menumpukan kegiatan dalam ABIM berbanding Pas di kala Pas menjadi rakan Umno? Adakah Saudara berfikir beliau dapat melupakan peristiwa pahit silam di mana Pas ditendang secara tidak hormat oleh Umno-BN? Saya amat yakin beliau tidak.

    Saya juga yakin bahawa idea Kerajaan Perpaduan ini tidak lain adalah untuk faedah dan manfaat rakyat marhaen. Tidak perlu bicara soal penggabungan Pas dengan Umno-BN kerana saya juga tidak menyetujuinya. Cuma dalam sesetengah perkara, tidak salah buat BN dan PR duduk semeja mengenepikan ortodoks assabiyah dan terus memperjuangkan nasib rakyat terbanyak.

    Reply

  95. 95 Afyan Jun 9th, 2009 at 1:27 pm

    Salam hormat.

    Saya sedikit hairan apabila dikatakan ada pimpinan PAS tidak melalui proses PR untuk membawa sebarang idea.

    Saya kira, DSAI juga turut melakukan perkara sama ketika mula-mula membawa ide 916.

    Projek 916 diumumkan tanpa melalui perbincangan PR.

    ====
    Saya nampak ada usaha terancang untuk menjatuhkan kepimpinan ulama di dalam PAS.

    Sudah terbukti PAS mampu mentarbiyah para ADUN dan MP sepanjang 27 tahun kepimpinan ulama.

    Terbukti, tidak ada serang pun MP dan ADUN PAS melompat parti dalam tempoh kepimpinan ini.

    =====

    Projek 916 tajaan DSAI sehingga sekarang belum terbukti.

    Dan ternyata projek tersebut memberi idea kepada najib untuk menjatuhkan PR di perak.

    Perlu diingat, ADUN yang melompat itu adalah adalah calon MB cadangan DSAI. ADUN PKR lah yang membuat onar menggugat kerajaan PR di Perak.

    begitu juga di PP dan Kedah. Lantaran tidak tahan ujian dunia, mereka terpaksa letak jawtan.

    Tidak seperti ADUN PAS yang tahan diuji dan diasak dengan pelbagai sogokan.

    Ini yang membuatkan PAS berbeza dariapda PKR.

    Moga PKR dan DSAI memuhasabah diri sendiri sebelum menyerang kepimpinan ulama PAS.

    =====
    Sejrah telah menunujukkan, banyak kali jemaah Islam dan ulama berjuang habis-habisan, akhirnya yang mengaku penegak kemenangn adalah golongan nasionalis.

    kemerdeakaan tanah melayu dimulakan oleh ulama. Namun di pengakhiran cerita, nasionalis UMNO yang mengaku mereka yg berjuang.

    Di Indonesi juga begitu. Seokarno pula yang ditatang sebagai pejuang kemerdekaan selepas ia dibasahi ait mata dan darah para ulama.

    Begitu juga di Mesir. Ikhwan Muslimi dikhianati oleh Presiden Mesir yang mereka naikkan.

    Ulama, profesional dan ahli PAS tidak akan membiarkan perkara ini terjadi lagi.

    ===
    Islam tidak akan tertegak dengan semudah MP melompat parti.

    islam mesti ditegak atas runtuhan jahiliyah Umno.

    Reply

    pemerhati Reply:

    projek 916 tanpa pebincangan dalam PR? 2 orang katak yang masuk umno kat perak tu calon MB perak cadangan DSAI? kau cerita ape benda ni? jangan nak buat onar kat dalam blog ni. Baca je dah. jangan MENGARUT.

    Reply

    anti pas mulai hari ini Reply:

    bole belah lalu…tok guru nik aziz jugakla yg bagus dlm pas ade pendirian..ade ke nk bergabung dgn pembunuh..merasuah..petaghut yg hadi awang ckp dulu..terbelake altantuya bila semua dh bergabung..kugan terbela n sejuta satu hal lg tanpa pembelaaan…fikirla nyok2 pad yg pro hadi..bla lu org

    Reply

    Sang Kelembai Junior Reply:

    Marah nampaknya Saudara anti pas mulai hari ini. Cuma saya harap kalau marah sekali pun kepada seorang dua pemimpin, janganlah sampai anti kepada Pas. Pas adalah wadah perjuangan yang suci.

    Reply

  96. 96 Abu Zaid Jun 9th, 2009 at 1:46 pm

    Salam,
    Saya rasa Hj Hadi hendak melakukan ‘market test’ terhadap kepimpinannya kerana selama ini tiada sesuatu yang ‘baru’ dalam politik PAS melainkan warisan dari Hj Fadzil Noor. Dan Mantan Presiden PAS itu membuat perubahan angin politik PAS bila bergabung membentuk Barisan Alternatif bersama adanya gerakan reformasi (Anwar).

    Lebih 10 tahun PAS lebih berjaya bersama PR dan semestinya Hj Hadi inginkan sesuatu yang boleh ‘membanggakan’ perjalanan politiknya dengan kata lain dia ingin merasa dihargai dan berupaya membuat keputusan sendiri atau acuan sendiri politik Malaysia. Dia atau kepimpinan PAS rasanya tak mahu dikatakan ‘menumpang’ Anwar saja selama-lamanya.

    Kita boleh mempersoalkan semua ‘gimik-gimik’ politik yang dilakukan oleh Hj Hadi tetapi saya rasa ianya tidak akan ke mana-mana, kerana jika PAS berunding malah bersatupun dengan UMNO ianya tidak lebih akan memberi impak negetif pada PAS sendiri kerana tidak semua ahlinya setuju terutama golongan professional dan ini akan menyebabkan perpecahan dalaman parti tersebut. Jika semua ahli PAS telah memberi wala yang cukup tinggi sekalipun dan akhirnya berjaya bergabung dalam BN, pengundi akan berpaling tadah terutama di kawasan bandar atau pinggir bandar jika suasana politik yang dikuasai UMNO tidak berlaku apa-apa perubahan. Dan jika PAS diterima dalam BN pun sekarang ini, tidak lebih seperti parti komponen BN yang lain malah lebih rendah tarafnya dari MIC. Rasanya Hj Hadi sudah terfikir akan hal ini. Saya rasa BN boleh memberi 1 atau beberapa negeri lagi kepada PAS (sebagai MB) dan kementerian jika PAS menyertai BN tetapi PAS mungkin tidak dipercayai lagi oleh pengundi.

    Idea kerajaan perpaduan yang di’ilham’kan oleh Hj Hadi telah dinyatakan sebelum ini dan telah ditarik balik sebelum muktamar PAS. Mungkin dalam muzakarah dengan UMNO beberapa perkara boleh disepakati dan dilaksanakan oleh BN tetapi itu tidak lebih hanyalah menambah jangka hayat UMNO saja.

    Saya rasa, Hj Hadi amat ghairah/seronok sekarang ini kerana semua pihak membahaskan ucapan beliau dan menganalisa tindakan yang akan beliau ambil. Jadi beliau telah ‘menyuntik’ isu ke dalam politik Malaysia. Ini adalah satu cara ahli politik melakukan ‘market test’.

    Rasanya PAS elok mengadakan muzakarah setelah UMNO ditumbangkan dan kuasa UMNO benar-benar dihakis dan ketika ini mungkin wujud semula UMNO yang benar-benar mementingkan bangsa Melayu. Selepas itu, bergabunglah dengan UMNO. dan pastinya ramai ahli UMNO (malah kepimpinan) akan menyertai PAS. Lihatlah apa terjadi di Pulau Pinang, di kala BN masih berkuasa dan hanya Gerakan gagal, pemimpin Gerakan sudah mula mengintai PR.

    Perlu difikirkan, jika apa-apa berlaku kepada Anwar siapakah yang boleh diharap memimpin PR?

    WalLahu a’lam

    Abu Zaid

    Reply

  97. 97 antiAMNO Jun 9th, 2009 at 4:05 pm

    Saya salah seorang anak muda yg wujud semasa gelombang reformasi 10 thn dulu amat bersetuju dgn nukilan Bendahara Tun Perak…PAS harus mengkaji kejayaan dan kemenangan yg mereka perolehi sekarang ini adalah hasil drp kebangkitan reformasi rakyat…Ramai anak muda yg menyokong PAS adalah hsil drp gelombang ini walaupun mereka berbaju PAS tetapi berbadan PKR mereka tetap menetang AMNO asalkan AMNO dpt ditumbangkan….Jgn kita lupa jasa DSAI yg sanggup dipenjarakan demi utk rakyat…DSAI boleh hidup senang lenang sekarang ini jika kembali keAMNO tanpa perlu bersusah payah kehulu kehilir tanpa mengira siang dan malam berjuang utk rakyat…PAS jgn terpedaya dgn muslihat AMNO….REFORMASI…..

    Reply

  98. 98 Hairulnizam Jun 9th, 2009 at 6:12 pm

    Assalamualaikum rakan2 ku sekalian dan salam sejahtera.

    Sedarlah semua bahawa puak pemerintah Be End sedang melaksanakan misi memecah belahkan PR. Mereka sudah tidak mampu menyerang dan menghentam PR secara terang-terangan kerana sudah kehabisan modal. Justeru mereka menggunakan taktik2 halus bagi melemahkan pakatan yang sedia terjalin itu. ‘BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH’. Demi mencapai hasrat memecah belahkan pakatan yang terjalin erat ini, begitu banyak wang rakyat yang telah dibazirkan. Begitu banyak agen2 mereka yang telah menyelusup masuk dalam parti2 dalam PR.

    PR telah membuktikan kemampuan mereka membela rakyat tidak kira agama dan kaum di Malaysia. Walaupun dengan dana yang terhad, walaupun dengan ancaman, penculikan dan ugutan yang sentiasa bertali arus kepada pemimpin PR, mereka telah berjaya membuka minda rakyat Malaysia bahawa PR lah dahan yang selayaknya dijadikan sebagai tempat bertaut dan berteduh. PR dengan gabungan daripada PKR, PAS mahupun DAP telah berjaya membela nasib rakyat malah berjaya membangunkan negeri2 yang berjaya ditaklukinya iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Saksikan sendiri apa yang telah terjadi dan bandingkan dengan keadaan terdahulu. Kita mesti menerima hakikat bahawa pencetus idea reformasi ini bermula daripada DSAI, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan ramai lagi. Dan gelombang reformasi di Malaysia ini kian hari kian hebat. Ditambah lagi dengan kes rampasan kuasa di Negeri Perak. Kejayaan pentadbiran PR terutama di semenanjung telah berjaya menaikkan imej PR itu sendiri malah dalam masa yang sama telah membuka pekung Be End yang selama ini telah berjaya menghabisi jutaan malah berbilion wang rakyat.

    Sedarlah wahai rakan2 ku sekalian tidak kira dalam PKR, PAS mahupun DAP dan yang lain2. Puak Be End sudah tiada daya lagi untuk menutup kemungkaran, kebiadapan dan penyalahgunaan kuasa yang selama ini tidak kita ketahui. Dan inilah yang amat menggerunkan malah mengaibkan mereka. Justeru salah satu cara bagi melaksanakan misi halus ini adalah dengan penyusupan masuk agen2 rahsia ini dengan objektif salah satunya ialah menyuburkan idea ‘KERAJAAN PERPADUAN’ terutama di kalangan pengundi2 atas pagar dan juga ahli2 pakatan yang kurang berpengalaman dan yang lebih bersikap terbuka. Kesan nya adalah seperti yang kita nampak pada saat dan tika ini. Sesama kita mula menuduh satu sama lain dalam PR. Akibatnya akan timbul curiga mencurigai antara satu dengan yang lain. Tidak mustahil suatu masa kelak, penyatuan yang terjalin kukuh pada hari ini akan menjadi retak.

    Wahai rakan2 ku sekalian, kita sewajarnya perlu berhati2 dalam memberi atau menerima sebarang sumber maklumat berhubung sesuatu isu terutamanya yang melibatkan penyatuan PR. Jangan terlalu taksub dengan media2 utama kerajaan Be End. Mereka sedang melaksanakan provokasi dan Perang Saraf dengan kita. Peperangan secara psikologi seperti ini adakalanya lebih hebat daripada peperangan konvensional. Dapatkan sumber maklumat daripada pelbagai sumber rujukan dan buat analisa dan bandingkan pro dan kontra sesuatu isu. Sebagai contoh isu yang sedang diketengahkan sekarang ialah isu Chin Peng. Jika dinilai secara halus kenapa tiba2 isu itu muncul ketika penyatuan dalam kalangan PR begitu kukuh dan jitu. Setelah sekian lama terperuk dalam simpanan kerajaan, kenapa tiba2 dibuka semula untuk tatapan umum. Seperti ada maksud tersirat apabila isu ini dikemukakan oleh wakil yang berprofil tinggi dalam salah satu parti komponen Be End. Sedarlah wahai rakan2 ku sekalian, mereka sedang mempraktikkan dasar perkauman yang amat ditentang oleh PR. Lihat sahaja hasilnya. Sesama kita mula curiga mencurigai. Orang2 Melayu mula curiga dengan orang2 Cina. Begitu juga sebaliknya.

    Begitu juga dengan isu Kerajaan Perpaduan. Puak mereka sedar bahawa tidak semua ahli dalam PR dapat menerima malah ada yang menentang habis2 an cadangan tersebut. Kesannya akan wujud dua kumpulan yang berbeza fahaman iaitu yang menyokong dan yang menentang. Sedikit demi sedikit puak Be End ini mula memainkan jarum bagi tujuan menyemarakkan lagi perpecahan tersebut. Media2 mereka mula memainkan sentimen2 yang boleh menyemarakkan lagi perpecahan dalaman PR itu. Mereka memanipulasi kenyataan daripada pemimpin dalam PR.

    Reply

  99. 99 denakpintar Jun 9th, 2009 at 6:13 pm

    Kesian dia!.. Haji Hadi nak jadi menteri! Bila ramai orang tak faham tentang kerajaan perpaduan, maka Haji Hadi akan di lantik oleh Najib sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga portfilio Kerajaan Perpaduan. Pas akan berpecah dan Pakatan Rakyaat terdiri daripada PKR dan DAP akan berdepan dengan BN dalam PRU 13.Pas akan berkubur bukannya UMNO!

    Reply

  100. 100 blekcar Jun 9th, 2009 at 7:10 pm

    asslamualaikum….dr komen 1 smp ke 96 sy lihat rata2 tidak bersetuju pas ingin mengadakan perpaduan dgn BN…sy xnmpak mana untungnye bl kita ingin mengadakan perpaduan dgn BN.sejarah telah menunjukan dr dulu lg kita telah ditindas oleh Parti BN.ini bukan kta utk membalas dendam tp kta perlu ambil kira apa pekara yg telah dibuat BN terhadap kita…itu hnyala gimik BN utk memastikan mereka akn terus memerintah.bl kta setuju gn kerajaan perpaduan ni pasti punya BN akn menggunakan sepenuhnya pa yg kita perolehi skang.bkn mudah kta nk membina kekuatan sebagaimana hr ni…sy bhrp pemimpin2 PR dpt dok semeja dan berbicang dengan setulus-tulus hati demi perjuangan kita selama ini,demi negara kita&demi agama kita..jgn kita mngundur 1 lgkah klu kita pasti musuh mmang betul2 dibelakang kita..ayuh pemimpin2 PR..jgn mudah terpedaya politik BN yg penuh penipuan..

    Reply

  101. 101 Panca Wijaya Jun 9th, 2009 at 8:51 pm

    Salam Semua;

    Nampak nya berlaku lagi kegelojohan dalam PAS demi untuk berkuasa dengan cara mereka sendiri. Pandang semula apa yang telah berlaku dengan Terengganu bila PAS memerintah di bawah Datuk Seri Hadi Awang. Terlepas kerana leka dan terpesona dengan nasihat yang salah pembawakan daripada juak-juak yang lemah pemikiran nya. Sokongan rakyat bukan atas sebab PAS itu telah kuat tetapi pakatan yang berkesan itu menjadi tunjang sokongan kepada semua gabungan dalam pakatan. Jika PAS hebat sudah tentu PAS sudah lama dapat memerintah negara ini. Ustaz Fadzil yang lebih hebat dan lebih terserlah kepimpinan nya berbanding dengan yang lain lain pemimpin PAS pun tidak termampu untuk mengubah kepimpinan negara di bawah PAS. Maka terima lah hakikat bahawa di bawah demografi rakyat yang berbilang bangsa berbeza pegangan agama dan generasi muda nya yang berfikiran lebih terbuka adalah amat merbahaya jika PAS yang sekarang ini ramai pemimpin muda yang belum matang politik nya tetapi telah menunjukkan kerakusan untuk berkuasa dan membelakangkan ramai pemimpin PAS yang lebih berkebolehan akan hanya menjuruskan masa depan PAS yang lebih rapuh dan takut takut tidak ada beza nya dengan pemimpin pemimpin muda di dalam UMNO itu sendiri. Maka segera lah sedarkan diri anda semua dari lamunan tidur yang tidak lena itu dan jangan sampai mimpi entah kemana dan angan angan jadi igauan ngeri kelak. Terlajak perahu boleh di undur terlajak langkah rakyat menerima padah nya. BERDOSA KITA pemimpin semua.

    Reply

  102. 102 observer Jun 9th, 2009 at 9:21 pm

    haa elok..gaduh la sama2 saudara seislam.jgn xgaduh..

    Reply

  103. 103 zuhairy Jun 9th, 2009 at 9:39 pm

    sapa yg buat artikel ‘nakal’ mcm ni?

    Reply

  104. 104 Perihatin Jun 9th, 2009 at 10:12 pm

    Keghairahan Hj Hadi dan Ust Nasharudin untuk berunding dengan UMNO amat melucukan dan dan mengecewakan sekali. Yang lucunya ialah kerana Hadi pada satu ketika dahulu berkali-kali dalam ucapan dan ceramahnya telah melabel UMNO sebagai thogut. Kini beliau beria-ia sangat nak adakan dailog dengan UMNO. Lain kali jangan asyik melabelkan dengan pelbagai gelaran – toghut, syaitan dsb kerana ALlah akan menguji kita dengan gelaran tersebut. Sekarang apakah Hadi mahu berdailog dengan Toghut?

    Tindakan Hj Hadi ingin berbaik2 dengan UMNO mencerminkan goyahnya dalam pendiriann tegas sebelum ini. Bagaimana mungkin Seorang pemimpin Islam yang sebelum ini berapi-api berhujjah dengan deretan ayat Al Quran dan Hadis tentang betapa menyimpangnya perjuangan UMNO dari perspektif Islam, tiba2 sahaja mahu berbaik-baik dengan UMNO? Saya khuatir, Hj Hadi akan hilang istiqamah dalam perjuangannya dan tidak mustahil beliau mungkin menjadi Asri II.

    Jika diteliti susur galur perjuangan Hj Hadi,amat kerdil sekali jika dibandingkan dengan pengorbanan Anwar. Jika tidak kerana kes fitnah Anwar, Pas tidak mampu menang di Trengganu dan Hj Hadi tidak akan ditabalkan sebagai MB Trengganu pada tahun Pilihanraya 1999. Malangnya Hj Hadi tidak menggunakan peluang keemasan tersebut untuk mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat dan akhirnys tersungkur dalam pilihanraya 2004. Lihatlah kepimpinan Nik Aziz yang berjaya menerajui Kerajaan Negeri Kelantan selama lebih tiga penggal ( 15 tahun). Melalui kepemimpinan yang lembut dan tegas, Nik Aziz telah berjaya menawan hati semua orang – Melayu, Cina dan India.

    Keistiqamahan beliau dalam menentang kezaliman dan rasuah menyebabkan Anwar beberapa kali keluar masuk penjara dan ini menunjukan kekentalan semangat dan kekebalan imannya. Sesunggunhnya ujian yang dilalui Anwar Ibrahim amat getir sekali yang mencabar kesabaran dan tahap keimanannya, sepertimana ujian yang telah dilalui oleh para2 nabi dan syuhada’ terdahulu.

    Apakah pengorbanan yang dilakukan oleh Hadi sepanjang kepemimpinannya dalam PAS? Pernahkah beliau dikenakan ISA? di tahan polis? di masukkan dalam penjara? di hina? Bagi UMNO, pengaruh Hadi mudah untuk dibendung berbanding dengan pengaruh Anwar. Jadi bagi UMNO, Hadi bukanlah ancaman sebenar. Walaupun demikian, satu2nya balasan baik Hadi untuk Anwar ialah apabila beliau menulis buku bertajuk ” Qazaf” yang membicarakan kes fitnah dan kezaliman UMNO keatas Anwar dari perspektif Islam.Ini merupakan satu2 sumbangannya yang patut dibanggakan.

    Namun begitu, langkah Hadi menghampiri UMNO bagi Kerajaan Perpaduan mencerminkan sikap tidak yakin kepada diri sendiri dan kekuatan PAS dalam PR. Nampak sangat kegelisahannya terhadap pengaruh Anwar dan DAP. Malah beliau merasakan tercabar kerana PKR telah memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dari PAS dan akibatnya kepemimpinan beliau dalam PR dibayangi oleh Anwar.

    Sekarang pengaruh Hadi dalam PAS dipersoalkan dan jika tidak kerana Mat Sabu, kemungkinan Nasahrudin, calon sokongannya, akan kalah tipis kepada Husam dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden yang baru lalu. Mana tidaknya? Undi diperolehi Nasharudin sekitar 480 undi sahaja , manakala jumlah undi Husam dan Mat Sabu melebihi 540 undi. Ini menunjukan sebahagian besar ahli PAS amat marah dengan tindakan Hadi untuk berbaik2 dengan UMNO dalam suasana kebencian rakyat terhadap UMNO. Tidakkah Hadi menghidu sentimen rakyat bawah? Ini menunjukkan juga bahawa sebenarnya Hadi tidak berpijak dibumi nyata. Beliau selesa dengan kedudukannya sebagai Presiden, jarang sekali beliau turun padang membuat kunjungan ke cawangan-cawangan PAS, apatah lagi untuk bermesra dengan ahli2 bawahan PAS.

    Saya menyeru Hj Hadi, Ustaz Nasharudin dan lain2 yang condong untuk menegakkan Kerajaan Perpaduan supaya muhasabah diri dan jangan hampakan rakyat untuk melihat negara Malaysia bebas dari gejala buruk hasil pemerintahan UMNO dan BN iaitu – rasuah dan kezaliman yang berleluasa, keruntuhan sistem kehakiman, pecah amanah, ,dsb . Jika tidak rakyat akan berkata ” Berundurlah sebelum diundurkan “.

    Reply

  105. 105 disarrakab Jun 9th, 2009 at 11:17 pm

    tuan/puan,

    Janganlah terperdaya segala taktik yang hendak dilakukan BN, kerjanya ialah hendak melagakan ahli Pakatan Rakyat-PAS, PKR dan DAP. Jika BN berjaya mengujudkan keadaan saling tidak percaya mempercayai di kalangan ahli 3 komponen ni, alamatnya Pilihanraya ke 13 nanti PR akan berkubur. Justeru itu saya menyeru kepada semua pencinta perubahan baik dari PAS, PKR dan DAP janganlah kita berlaga sesama sendiri. Isu-isu yang kecil jangan dibesarkan, tanamkanlah sifat saling caya mempercayai. Hormatilah pemimpin kita seperti DS Anwar, DS Hj Hadi, dan Lim Kit Siang. Dengan izin Allah atas sebab DS Anwar dipecatlah kita berjaya menguasai 5 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan. Jangan pandang kecil pengorbanan beliau. Soal siapa PM kalau PR berjaya perintah Malaysia, jgnlah diperbesarkan. Yang penting PAS, PKR dan DAP bersatu dengan lebih semangat setiakawan lagi. Ahli-ahli ke tiga tiga komponen ini patuhlah pada arahan pemimpin tuan/puan. Janganlah kita berpecah-belah dan persoalkan siapa yang harus menjadi ketua kepada Pakatan Rakyat. Cara terbaik ialah ketua seharusnya disenangi oleh 3 komponen ini. Sekian.

    Reply

  106. 106 Iddin Jun 9th, 2009 at 11:49 pm

    Salam Semua Khas Orang-Orang Melayu & Islam,

    Terpanggil untuk meluahkan apa yang berbuku dihati saya selama nie. Bukan bermakna saya lupa kepada bangsa sendiri (Melayu). Apalah yang ada dengan Melayu jika dibandingkan dengan ISLAM yang saya rasakan lebih Global dan bukan Glokal sahaja. Melayu hanya terhad di Nusantara, tapi ingat ISLAM berada di mana-mana. Melayu sekarang pun ada yang sudah tidak berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar. Kekadang saya pun turut terasa malunya. Setuju tak semua ?
    ISLAM pula terdiri dari pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat. Rangkaiannya lebih meluas. Itulah yang sepatutnya kita banggakan. Bukalah minda kita sedikit supaya Umat Islam berpandangan jauh. Jangan kita dimomokkan dengan dakyah yang diwarisi turun temurun. We are Malaysian. It supposed to be our mission.

    Reformasi…
    Reformasi…
    Reformasi…

    Reply

  107. 107 tuah Jun 10th, 2009 at 1:38 am

    saya setuju dgn statementitu jadi saya cdgkan parti PAS berundinglah dgn UMNO di kerusi manek urai demi perpaduan

    Reply

  108. 108 BEBAS Jun 10th, 2009 at 2:19 am

    Memang betul Pas-PKR adalah lagi relevan dari umno pada masa sekarang…

    Tapi harus di ingat….Ahli-ahli PKR dan pas juga berasal dri UMNO,
    yg kuar kerana UMNO tidak membela nasib melayu…

    Jikalau PAS tidak mengambil tindakan titik pertemuan pemimpin melayu…
    Nak harap kan UMNO(Bodoh sombong) memang susah lah umat melayu nak maju…cantas-mencantas!

    KALAU PAS/ PKR MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN…APA BEZA DUA PARTI NI DGN UMNO???

    PAS MEMANG BERBEZA DARI UMNO DAN PKR ….

    PAS MEMPUNYAI KUASA YG PERLU DI TUNTUT SEKARANG!!!!

    TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  109. 109 Red Jun 10th, 2009 at 3:00 am

    Tuan guru hadi awang perlu diberi peringatan “JANGAN CAKAP BERBELIT BELIT CAKAP LAIN MAKSUDNYA LAIN”TUAN GURU NIK AZIZ DAN HUSAM MUSA PERLU BUAT TEGURAN KPD TGHA” INI AMAT PENTING KERANA KENYATAANNYA BERBELIT BELIT TAK JELAS.INI AMAT BAHAYA KEPADA PERPADUAN PAKATAN.

    Reply

  110. 110 Anjun Andiff Jun 10th, 2009 at 7:58 am

    TAK PERLU KERAJAAN PERPADUAN – Seolah -olah macam nak mintak sedekah pulak walhal sendiri sudah terbukti punya kudrat yang cukup untuk hidup. Saya tak nampak langsung PKR perlu dibantu malah sudah hampir bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara pada masa ini. Bukti sudah amat jelas bahawa UMNO perlu disingkirkan dengan segera.

    Reply

  111. 111 awang Jun 10th, 2009 at 10:10 am

    salam PAKATAN RAKYAT…

    buat semua pendokong PAKATAN RAKYAT… kita di sarawak usah bertelagah tentang kekalutan berkenaan Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh DS Haji Hadi… mungkin semua itu ada hikmah di sebaliknya… apa yang orang2 sarawak harapkan adalah kewujudan PAKATAN RAKYAT amat diharapkan dapat membela nasib kalangan rakyat marhaen yang telah sekian lama dibelenggu oleh sistem pemerintahan zalim oleh BN/PBB… selepas PRU12, kami di sarawak turut menerima tempias kejayaan PAKATAN RAKYAT di tanah semenanjung… walaupun diakaui betapa sumbangan kami di sarawak masih ditakuk lama… tambah2, masih gagal menunjukkan perubahan semasa PRK batang ai tempoh hari… agaknya, mungkin kerana itu kami di sarawak hanya dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAKATAN RAKYAT khususnya dari PAS… kalau dilihat memang PKR dan DAP telah mula mengorak langkah di sarawak apabila pimpinan utamanya khususnya DSAI sering turun padang ke sarawak… ayuhlah, DS haji hadi, turunlah ke sarawak… lihat sendiri apa sudah jadi dengan jentera PAS di sarawak… kukuhkah kami??? kuatkah kami??? apapun… hati, perjuangan dan dokongan kami tetap utuh pada PAKATAN RAKYAT!!!

    Reply

  112. 112 luqmanSUKAJUSTICE Jun 10th, 2009 at 10:29 am

    nabi s.a.w penah bgtau.akhir zaman nanti akan dtg byk sgt ulamak2 jahat yg gunekn agama untuk pangkat dan harta.semoga kawan2 kite dri PAS tak termasuk dalam golongan2 ni.amin.

    Reply

  113. 113 luqmanSUKAJUSTICE Jun 10th, 2009 at 10:31 am

    umno ni taik.macam mane la PAS nk bersihkan taik.taik tu kan mmg najis.mmg xbleh dibersihkan.kenapa la PAS xphm sume ni?

    Reply

  114. 114 Khalib Jun 10th, 2009 at 12:36 pm

    Perkara “Kerajaan Perpaduan” ini cerita lama yang di olah dan dipaparkan semula,dengan tujuan memporakperandakan Pakatan Rakyat. Mereka-mereka ini mahu pun didalam dan di luar PAS, hanyalah Islam dimulut, tetapi Nasionalis di hati. Jika itu yang menjadi titik tolak perjuangan, mengapa harus berlakon, bersandiwara di hadapan bangsa-bangsa Malaysia yang sudah begitu jauh menmbuktikan taat setia kepada PAS. Apakah PAS sanggup dilabelkan sebagai parti golongan perosak. Pas tidak harus mudah lupa!!!!!!!!!!!!. Cadangan yang benci didengar oleh ahli-ahli dan penyokong Pas, tidak wajar di ulang-ulang, disebut-sebut oleh mana-mana pemimpin PAS mahu pun Pakatan Rakyat., Kalau pun nasionalisma yang menjadi asas perjuangan, biarlah ianya berdasarkan kepada nasionalisma/Malaysia PAS/Pakatan Rakyat, bukan sebaliknya.

    Reply

  115. 115 BEBAS Jun 10th, 2009 at 1:04 pm

    Ayuh umat melayu bersatu lah!!!!!

    Kerajaan Perpaduan mampu menghapuskan “YAHUDI” DAN “KAPITALIS”

    JGN BERPOLITIK SAJA…

    UTAMAKANLAH AGENDA NASIONAL

    —-EKONOMI—KESELAMATAN— NEGARA.

    PAS—- UNTUK SEMUA !!! TAKBIR!!

    Reply

    budak selangor Reply:

    salam~ nak tegur sikit..tade istilah umat melayu… umat ISLAM ada..

    Reply

  116. 116 Idham Jun 10th, 2009 at 1:31 pm

    NI KENAPA NAK KUTUK2 PAS NI…

    AGAK AGAK LA SIKIT

    JANGAN HINA ULAMA’!!!!!!!

    Reply

    Sang Kelembai Junior Reply:

    Benar tu Saudara Idham. Nampak sungguh Dato’ Seri Hadi Awang dan Ustaz Nasha benar-benar dijadikan kambing hitam dalam isu ini. Sedangkan mesej kedua-dua pemimpin ini tidak langsung cuba difahami oleh rakan-rakan pimpinan dari PKR mahupun DAP. Lebih teruk lagi bilamana terdapat golongan dan penyokong Pas sendiri yang melabelkan Dato’ Seri Hadi dan Ustaz Nasha dengan pelbagai gelaran negatif. Tidak dinafikan ulama tidak maksum tetapi sekurang-kurangnya hormatilah pandangan ulama tersebut. Ambil inisiatif untuk benar-benar memahami tentang pandangan yang diutarakan.

    Reply

  117. 117 AKU Jun 10th, 2009 at 2:51 pm

    Salam

    Macam2 pendapat/pandangan ttg isu ini. Cuba fikir dan renung2kan :

    1. Ustat Adi dah lama dalam PAS dan dia pun bukan tidak cerdik.
    2. Zaman Nabi pun ada buat perundingan dengan orang kafir apa.
    3. Sejarah lama yg luka rara takkan pemimpin PAS tak ingat.
    4. Kalau yee PAS nak join UMNO,…errr. i don’t think so pasal mesti ada MOU antara mereka dan jelas dan tak SEKUFU.

    Anyway, itu cuma ura2 dan kalau ya pun, cuma perbincangan. Mungkin isu ini diPERHEBATKAN/DIKUASAKAN oleh media2 pro kerajaan.

    Kalau nak kepasian, tipon jee nik aziz @ ustat Adi. keh!keh!
    GOOD ATTENTION MAY KILL!

    Reply

  118. 118 abu.nidal2020 Jun 10th, 2009 at 4:05 pm

    Syabas PAS!!!!SYUKUR ALHAMDULILLAH….AKHIRNYA PAS SEDAR DAN TIDAK TERPENGARUH DENGAN DAKYAH ANWAR YANG TERANG2 BERSEKONGKOL DENGAN PARTI KOMUNIS DAP!!!SEKARANG JELASLAH MENGAPA PAS TIDAK MAHU BERSUBAHAT DENGAN PARTI YANG MENIDAKKAN ISLAM DIMALAYSIA INI DIMANA IANYA DISOKONG DAN DIJADIKAN SAHABAT OLEH ANWAR IBRAHIM!!!!SAYA TAHU PAS TIDAK MAHU LAGI BERTOPENGKAN SYAITAN YANG DITERAPKAN OLEH ANWAR…IANYA MENGHANCURKAN ISLAM DAN MALAYSIA!!!SINGKIRKAN PEMIMPIN MUNAFIK DARI BUMI MALAYSIA YANG DIRAHMATI ALLAH INI!!!! ALLAHUAKBAR….

    Reply

    GoPal Reply:

    Wahai abu.nidal2020
    Kalau PKR (Anwar) bersekongkol dengan parti DAP yang anda anggap sebagai parti kominis, apa bezanya UMNO bersekongkol dengan MCA/GERAKAN . 2 X 5 macam parti kominis juga. Nampaknya anda yang lebih MUNAFIK daripada orang yang anda perkatakan.

    Reply

  119. 119 anapas Jun 10th, 2009 at 5:16 pm

    salam….nampaknya isu kerajaan perpaduan kembali lagi..apa nie,,kalau setakat nak berpadu dgn umno/bn pun cukuplah berpadu tumpang kereta pi makan kenduri…x payah lah dalam isu2 yg melibat kepimpinan dan pentadbiran negara…ana baru mula nak respect kt pas…betul kata sesetengah pengkomen kt sini…kesian kt dsai dan allahyarham us. fadzil noor..cuma satu ana minta…dr.haron din cuba buat sesuatu…ana rasa dr.haron din lebih merasai resah yg sedang melanda parti ini akibat dari kepimpinan atasan parti..saya cadangkan setiap keputusan mesti diputuskan dewan tertinggi ulamak…keputusan dewan tertinggi ulamak adalah muktamad…cuba ambil kira pandangan tuan guru nik aziz….kalau tidak buat apa fungsi beliau sebagai mursyidul am….masyarakat bukan islam sekarang baik kaum cina,india mulai suka dengan pendekatan tuan guru..jgn lah kita memusnahkan kepercyaan ini,hanya kerana ingin mewujudkan kerajaan perpaduan yg entah2 apa2..cuba ingat balik bila umno/bn menang majoriti besar tahun 2004,masa paklah mula2 ambil alih…ada tak umno/bn rasa nak ajak pas wujudkan kerajaan perpaduan….jgn harap..sikit pun tak ada…tapi pas bila bila dah rasa kuat sikit dah nak buat baik dgn umno/bn…ana x kata pada pada parti pas..ana kata segelintir pemimpin pas..sapa makan cili rasa la pedas…demi kebaikan pakatan rakyat bersama..ana harap tuan guru haji hadi tarik balik cadangan itu…ingat lah susah payah ahli2 pakatan rakyat(pkr,dap,pas)dibawah yg bersusah payah memberi kemenangan kepada pakatan rakyat…ana menyeru kepada seluruh ahli pakatan rakyat…berilah sokongan padu kepada dsai dan tuan guru nik aziz..kepada dsai jgn putus asa..jgn lari dari perjuangan ulamak dan keadilan sebenar…kukuhkan hubungan erat dsai dgn tuan guru nik aziz..saya percya seluruh ahli pakatan rakyat yg dibawah dan malaysia umumnya menyokong penuh kepimpinan dsai dan tuan guru nik aziz,,kepada saudara lim kit siang dan lim guan eng..teruskan hubungan erat bersama dsai dan tuan gurun nik aziz demi sebuah malaysia baru.

    Reply

  120. 120 Din Desa Jun 10th, 2009 at 5:43 pm

    Salam untuk semua,

    Terasa hiba di hati saya bila hanya dengan sebab ingin merealisasikan penyatuan serta perpaduan saudara seagama dan sebangsa serta keseluruhan rakyat Malaysia amnya di dalam sebuah negara bertuah ini, teruk Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Saudara Nasharuddin di keji dan di hina oleh kita.

    Jika dilihat secara kasar, jika kita menjiwai agama, saranan Tuan Guru Haji Abdul Hadi merencanakan ‘Kerajaan Perpaduan’ sepatutnya diterima dengan hati yang terbuka serta penuh kesyukuran oleh setiap insan yang mengaku muslim (dan juga penganut lain-lain agama) di segenap pelusuk Malaysia. Saya yakin, ‘Kerajaan Perpaduan’ yang dimaksudkan oleh Haji Hadi bukan sekadar antara UMNO dan PAS malah ianya merangkumi parti-parti lain juga termasuklah PKR.

    Tuan Guru Haji Hadi bukan baru setahun jagung bergelomang dengan sepak terajang politik. Beliau bukan suka-suka atau sekadar nak ‘test market’ untuk menguji pengaruh beliau. Cetusan idea beliau tentang ‘Kerajaan Perpaduan’ ini membuktikan yang beliau seorang yang berpandangan ke hadapan, bukan hanya setakat melihat senario politik pada hari ini semata-mata.

    Haji Hadi sedar, walau pun PR sejak kebelakangan ini dilihat bertaring, namun realitinya ‘penganut fahaman UMNO’ memang bukan sikit jumlahnya. Biarpun PR menang dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu, namun kesetiaan sebahagian besar orang melayu/islam terhadap UMNO terbuktikan di atas kertas undi. Tanpa kaum cina/india yang mengundi PR, keputusan PRK Bukit Gantang sebenarnya berpihak kepada UMNO.

    Dengan mengambil contoh senario politik Negeri Perak ini, tanpa penyatuan dan perpaduan yang menyeluruh, untuk mencari titik kedamaian dan ketenteraman politik nampaknya hampir mustahil. Ditambah dengan stail politik adu-domba, mengeji menghina, melebel mengutuk dan sebagainya (semua cara mazmumah tu), rakyat yang berlainan ideologi dan fahaman ini akan semakin jauh antara satu sama lain.

    Sebagai pemimpin besar, Haji Hadi juga pasti maklum, misi dan visi negara dan rakyat hanya boleh direalisasi oleh pemimpin yang diterima oleh ‘keseluruhan’ rakyat. Sekiranya pada masa ini, UMNO/BN merasakan PR menjadi batu penghalang ke atas usaha-usaha meyakinkan rakyat atas keupayaan BN memerintah, begitu jugalah kelak jika ditakdirkan pula PR memerintah, UMNO/BN pulak akan menjadi duri yang akan menyekat kelancaran pentadbiran baru.

    Besarlah harapan saya agar Kerajaan Perpaduan ini menjadi satu realiti. Ketidak stabilan politik negara dapat dibendung manakala ‘keperluan sebenar rakyat’ marhain dapat diberi perhatian dengan sepenuhnya.

    Kepada para politician, cukup-cukuplah anda mempermainkan rakyat. Keluarga, jiran-tetangga, warga sekampung serta persahabatan antara kaum telah dipecah-belah gara-gara politik keterlaluan anda-anda para ahli politik sekelian.

    Saranan kearah mengujudkan perpaduan bagi keseluruhan rakyat oleh Dato Seri Haji Abdul Hadi diharap menjadi pembuka jalan ke arah ikatan sejati antara kita.

    Semoga Allah menberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua untuk menerima saranan Haji Hadi dengan hati yang terbuka dan menjadikannya satu realiti.

    Din Desa,
    Bagan Tiang, Perak.

    Reply

    RH-PSK Reply:

    Din Desa,

    Sememangnya perpaduan dituntut jika kesemua pihak yang menganjurkannya ikhlas dengan matlamat perpaduan iaitu untuk kepentingan rakyat & negara.

    Konsep Kerajaan Perpaduan yang sama juga telah dilaungkan semasa pembentukan Barisan Nasional iaitu selepas tragedi 13 Mei 1969. Namun, hasilnya kepada PAS adalah penyingkiran parti ini dari BN selepas UMNO kukuhkan kuasanya.

    Oleh itu, TG Hadi & Ustaz Nasharuddin perlu lebih berhati-hati sebelum mengusulkan konsep ini kerana ianya bakal memakan diri. Walaupun niatnya baik, namun rakyat & penyokong2 parti PAS yang pernah melalui kemelut pengkhianatan UMNO ini amat merasa kepedihan luka dikhianati sehingga kini. Dasar munafik UMNO ini tak akan berubah sebagaimana dasar Zionis Israel ke atas bangsa Arab Palestin.

    Tiada guna bekerjasama dengan UMNO dikala parti ini diambang kehancuran kerana kehancuran tersebut juga bakal meragut PAS akibat pengkhianatan kepada rakyat dan parti2 komponen PR.

    Reply

  121. 121 Ong Jun 10th, 2009 at 8:13 pm

    Kepada abu.nidal2020 yr mindset is so evil Msia wz ppl of yr narrow mentality will lead us towards disaster. Islam is a beautiful religion never it taught its followers to curse or makin hamun others for own benefits. Living together is takdir from God therefore we must shower each other wz full of compassion and love. I will teach my children to shower mutual respect, practice high tolerance and to be kind to other humans regardless of their religions. Its my dream all msians Malays, Chinese and Indian will prosper together and put our country to world podium admired by the world. My dream to see one day chinese donate to build mosque n vice versa Malays donate to built temples. My dream to see children of diverse background and religion mingle together harmoniously. My dream we celebrate all festive occassion CNY, Hari Raya and Deepavali together. My dream to see Malays, Chinese and Indian prosper together without a single race left behind.My dream to see Malays, Chinese and Indians entreprenuers via joint venture business create niche products and showcase Msian products to the world. My dream Malay, Chinese and Indians shower highest respect to our King. Lets work together not split our community apart and create unecessary distrust and doubt amongst us. Msia Boleh I dream.

    Reply

    GoPal Reply:

    Dear Ong,
    I do respect ideas from people like you of which will surely leads Malaysians living in harmony and prosperity if only all dreams come true. Sure PAKATAN RAKYAT has the ability to make all these a reality . So who ever we are, what ever we may be, please keep united. COME WHAT MAY, may God bless us all .

    Reply

  122. 122 rakyatmas Jun 10th, 2009 at 11:38 pm

    abu.nidal2020,
    kata-kata anda itu jejik sekali tentang DSAI. Orang seperti awak lah yg patut rakyat komunis. awak harus berhati2 dgn kata-kata awak itu. kalau tak tahu menilai seseorang baik awak tidur dalam selimut anda.

    Reply

    The Borroi Man Reply:

    Nidal tu memang musuhi DSAI..tak tahu apsal, adalah orang BEE END upah dia kutok DSAI gaknya.. Kita ramai-ramai mintak moderator blok je posting dia. Mengarut lah mamat ni.

    Reply

  123. 123 Ummati Jun 11th, 2009 at 12:15 am

    Apesal la nak susah-susah…kita semua bukan kah satu ummmat .. buat ape nak berparty2 utk pecah-belahkan ummat … kita bukan satu kalimah [ except org yg tak beriman lah], satu nabi, Allah yg sama…so buat apa nak berparty2, berkumpulan, jemaah2 yg lain2? buka lah minda dan tanye lah iman tuan2 semua….kalaulah rasullulllah saw ada pada zaman ni…amacam? nak ikut party mana? takde nabi yg dihantar ke dunia ni buat party utk suruh rakyat sokong dia jadi ketua..so to Dato’s seri Anwar Ibrahim , Hj Hadi Awang – (hope ur reading this), pls consider this view and kita sama2 muhasabah, utk kebaikan ummat..insyaallah!

    Reply

    The Borroi Man Reply:

    Ummati-apasal singkat sangat akal kamu ni.
    Dalam Quran pun ada sebut, pihak kiri, dan pihak kanan.
    Bukna adanya parti jadi manusia berpecah belah. Manusia ada fitrah yang Allah jadikan, supaya memperjuang yang benar, menolak yang salah.
    Memang lah Nabi tak dihantar untuk buat parti sokong dia(bodo hang ni), dia Nabi, utusan Allah, lain kategori. Tak sama dgn DSAI. Itu pun masa Nabi nak mengembang agama Allah macam=macam puak timbul. Yang sokong ada, yang menentang ada.

    Reply

  124. 124 ron Jun 11th, 2009 at 2:57 pm

    Pas ni nak bersama PR ke BN?

    buatlah pilihan yg jelas!

    ‘perpaduan’ dgn umno buat apa?

    akhirnya menjerut leher sendiri.

    p/s: nik aziz jugak yg berpandangan jauh.

    ********************************************************************

    Reply

    budak selangor Reply:

    Inilah ciri2 org tak paham kata2 politik.. lain kali.. fahamkan dulu apa Hj. Hadi punya ucapan.. ada banyak maksud tersirat..

    Reply

  125. 125 Yasir Tamizi Jun 11th, 2009 at 5:28 pm

    Salam,

    Saya masih teringat bagaimana Ust. Fadzil meneruskan momentum gerakan Reformasi selepas DS Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara. Di lapangan ceramah, di Parlimen, dan di Pilihanraya. Tidak ada kekuatan wang, tidak ada rasuah, tidak ada mainan media. Gerakan Reformasi diangkat atas nama menegakkan keadilan menentang kezaliman.

    Gandingan Anwar dan Ust. Fadzil kembali pada tahun 1998 sepertimana di dalam ABIM. Ini lah kekuatan prinsip keadilan yang berteraskan ugama.

    Saya setuju dengan artikel Bendahara Tun Perak ini.

    Kita harap kesepakatan Pakatan Rakyat semakin kuat selepas Muktamar PAS, dan seterusnya, membawak ketumbukan pakatan ini menjatuhkan kerajaan zalim UMNO dan Barisan Nasional.

    Salam,
    YASIR TAMIZI

    Reply

  126. 126 Yasir Tamizi Jun 11th, 2009 at 5:30 pm

    Salam,

    Saya masih teringat bagaimana Ust. Fadzil meneruskan momentum gerakan Reformasi selepas DS Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara. Di lapangan ceramah, di Parlimen, dan di Pilihanraya. Tidak ada kekuatan wang, tidak ada rasuah, tidak ada mainan media. Gerakan Reformasi diangkat atas nama menegakkan keadilan menentang kezaliman.

    Gandingan Anwar dan Ust. Fadzil kembali pada tahun 1998 sepertimana di dalam ABIM. Ini lah kekuatan prinsip keadilan yang berteraskan ugama.

    Saya setuju dengan artikel Bendahara Tun Perak ini.

    Kita harap kesepakatan Pakatan Rakyat semakin kuat selepas Muktamar PAS, seterusnya, membawak ketumbukan pakatan ini menjatuhkan kerajaan zalim UMNO dan Barisan Nasional.

    Salam,
    YASIR TAMIZI

    Reply

    abu.nidal2020 Reply:

    lebih baik zalim demi kebaikan negara tercinta daripada bersekongkol debgan DAJJAL anwar!!!!

    Reply

    The Borroi Man Reply:

    nidal ni kes bengap. jangan ambik hati sangat pendapat dia.

    Reply

  127. 127 VICTORY Jun 12th, 2009 at 7:34 pm

    PAS CONFIRM X KAN JOIN UMNO KALAU UMNO MASIH DENGAN DASAR YANG DIBAWANYA.

    dan jika umno mengubah dasarnya mengikut dasar yg benar2 diperjuangkan pas…
    bukankah ia kebaikan untuk semua rakyat malaysia…melayu, cina dan india?

    wahai rakyat Malaysia, jangan cepat melatah.
    saya percaya mustahil Umno akan mengubah dasar mereka.
    pas bukanlah bodoh dan lupa sejarah..pas telah lama wujud dalam sejarah politik m’sia.
    kita jangan cepat melenting dengan PROPAGANDA UMNO UNTUK MEMECAHKAN PR.

    semoga yang berlaku akan mematangkan PR supaya PR betul2 boleh mentdbir negara kita slps PRU 13 nanti…

    God willing…

    Reply

  128. 128 perpo Jun 12th, 2009 at 11:22 pm

    salam..

    bagi aku, DSAI adalah pejuang sejati.. apa yg tak penah dia kena, ISA, jail, seksa dan mcm2 lagi yg mengaibkan.. aku xdpt bayangkan kalau benda tu semua kena kat pemimpin2 yg ada skrg ni…

    Muga Allah merahmati DSAI dan kita semua..

    Reply

  129. 129 Sabahan Jun 13th, 2009 at 9:32 am

    PAS MEMANG TAK LAYAK JOIN PR!!IDEALOGI DAN PEMIKIRAN MEREKA TERLALU KOLOT DAN KEBELAKANGAN UNTUK KITA!!!KITA MEMPERJUANGKAN DEMOKRASI!!TAPI PAS TIDAK SAMA SEKALI!!!ITU PARTI SEGALA GALANYA HARAM!!!

    Reply

  130. 130 pengkritik bebas Jun 13th, 2009 at 10:39 pm

    PAS- angkuh dan sombong??

    1. sesetengah ahli PAS menganggap kemenangan PAS dalam PRU-12 ada lah disebabkan kekuatan PAS sendiri. mereka menafikan atau merendahkan Anwar Ibrahim sebagai faktor utama dalam meraih undi rakyat Malaysia. mereka tidak memahami kepentingan usaha dan pengaruh Anwar Ibrahim yang dengan izin Allah diberikan kebijaksanaan untuk melakukan pelbagai strategi untuk mencapai banyak kejayaan dalam PRU-12. sila rujuk buku Strategi Kemenangan Anwar Ibrahim tulisan Muthtarasan atau dalam versi inggeris, Strategies of Anwar Ibrahim. mungkin orang2 PAS akan memahami bagaimana banyak kemenangan boleh dicapai dalam PRU-12 bila membaca buku ini. tidak saya nafikan usaha PAS dan DAP, media maya dan faktor2 lain. tetapi hakikatnya, anwar lah antara faktor utama. ini berdasarkan fakta. bacalah buku itu. insyaAllah anda akan memahami. dan banyak lagi buku2 tentang PRU-12 yang menyokong teori faktor dan strategi anwar yang paling utama dalam mewujudkan banyak kemenangan di pihak pembangkang. kejayaan memang dikurniakan Allah tapi tidak akan terhasil tanpa usaha yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya… tanpa anwar, orang melayu yang bukan penyokong PAS masih tidak selesa dengan PAS. tanpa anwar, orang bukan islam, masih takut dan tidak suka pada PAS. kerana anwar lah, mereka percaya dan undi PAS sehingga boleh mentadbir 3 negeri. tolong hargai anwar sebagaimana orang2 lain (bukan PAS) menghargai pemimpin anda (tuan guru nik aziz dan ustaz fadhil nor).

    2. pemimpin2 PAS dan Pemuda PAS apabila sudah mendapat peluang untuk mentadbir telah melupakan kehendak rakyat yang memberikan undi dan kepercayaan pada mereka. dalam usaha untuk menegakkan Islam, sesetengah pemimpin PAS terlalu gopoh untuk melaksanakan sesuatu sehingga menyebabkan perasaan tidak senang rakyat pada mereka. dengan alasan mempertahankan pendirian parti dan menegakkan islam, mereka melakukan apa sahaja yang mereka suka. apa guna erti sebuah kejayaan yang diberikan Allah jika tidak digunakan sebaiknya sehingga menyebabkan kemenangan itu bertukar menjadi kegagalan.. contoh terbaik, terengganu.. adalah lebih baik jika pemimpin dan Pemuda PAS secara beransur2 melakukan sesuatu supaya boleh diterima semua orang.. bila diberikan kemenangan, uruskan lah dengan sebaik2nya.. secara beransur2.. bukan secara mendadak sehingga membebankan rakyat.. bukan kah nabi berdakwah selama 13 tahun di mekah kemudian baru melaksanakan hukum di madinah setelah mendapat wahyu. hukum dilaksanakan setelah pengikutnya sudah bersedia dan yakin, yakin tidak berbelah bagi lagi. maka saya cadangkankan supaya pemuda PAS terutamanya supaya tidak terlalu keras atas alasan pendirian parti. utamakan diri dalam berdakwah, dan beri pemahaman islam kepada umat Islam dan bukan Islam supaya mereka boleh menerima apa yang dianjurkan dalam prinsip2 dan pendirian parti anda itu.. jangan pula dipaksakan ideologi parti anda tapi berikan lah mereka peluang untuk memahami. jika tidak, mungkin kemenangan yang Allah kurniakan pada kamu akan bertukar menjadi kegagalan pada pilihan raya akan datang. sepatutnya anda menjadi jalan hidayah kepada orang ramai. jangan disebabkan kesilapan kamu yang tidak fikir panjang atas tindakan kamu, orang akan lari daripada Islam dan menyebabkan pemerintahan diambil alih lagi oleh BN.

    3. pemimpin PAS yang bertaraf ulama mungkin menganggap diri mereka lah yang paling betul kerana mereka paling arif dalam bidang agama. dan kerana ketaatan, maka ramai ahli PAS yang menurut sahaja kata2 pemimpin mereka tanpa berfikir dan menilai terlebih dahulu. ingatlah bagaimana sahabat terdekat nabi apabila dilantik menajdi khalifah, saidina abu bakar berkata kepada orang ramai, ” aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu, …. sekiranya aku salah, maka tegur lah aku.” adakah wajar bagi seorang ulama menganggap mereka sahaja di pihak yang benar sedangkan seorang sahabat rasulullah mengakui mungkin akan berlaku kesilapan ketika dia mentadbir negara. adakah wajar bagi ahli2 PAS menganggap semua pandangan dari pemimpin mereka adalah betul tanpa boleh dinilai atau dibincang atau dibahaskan terlebih dahulu? adakah pendapat pemimpin mereka tidak boleh dikritik atau ditegur? padahal seorang khalifah agung pun bisa ditegur, ini kan pula seorang ulama yang jauh dari masa nabi MUhammad. cuba bayangkan apa akan jadi kalau tidak ada tuan guru nik aziz untuk menolak konsep kerajaan perpaduan. mungkin tidak ada yang berani bersuara kerana menganggap pandangan ulamak pimpinan mereka semua adalah kebenaran.. ni nasib baik ada ulamak dan pemimpin besar dalam PAS yang menolak konsep kerajaan perpaduan, baru lah ada imbang balik antara idea tersebut. kalau tuan guru nik aziz tak ada dan husam dan rakan2 nya sahaja yang berani menolak konsep tersebut, confirm dah kene tuduh liberal, lawan kata ulama, penderhaka dan sebagainya.. kesimpulan saya, ulama dalam mentadbir negara, boleh ditegur oleh rakyat biasa jika berlaku kesilapan. ulama bukan maksum dalam mengetuai parti dan negara.

    4. sesetengah pemimpin PAS dan ahli2 cepat melatah dan terperangkap dalam mainan UMNO. sebagai contoh bila UMNO menyelar PAS sebagai parti yang tidak punya kedudukan dalam Pakatan Rakyat, cepat2 pemimpin2 tersebut cuba membuktikan bahawa PAS punya kuasa dalam PR… sudah terbukti kekuatan PAS dengan memerintah 3 negeri. apa yang perlu dibuktikan pada UMNO yang sengaja nak merendah2kan PAS. banyak lagi contoh2 lain yang menunjukkan pimpinan PAS mudah terperangkap dalam kenyataan dan permainan UMNO (sori to say that). manakala, pemimpin seperti tuan guru nik aziz dan dato’ husam dilihat lebih bersabar dan bertenang dan tidak cepat melatah. sehingga ada kawan aku cakap, husam patut masuk PKR sebab kurang melatah dan tidak mudah terperangkap pada permainan UMNO.

    5. PAS terengganu bermasalah? kenapa dalam meraih kejayaan besar dalam PRU-12, cuma terengganu yang tidak dapat ditawan PAS dan Pakatan Rakyat? takkan la banyak sangat pengundi hantu kat terengganu kot. tak boleh nak salahkan BN je. mungkin terjadi kesilapan ketika PAS mentadbir terengganu dahulu sehingga rakyat terengganu menolak PAS pada PRU-12 bilamana banyak negeri lain jatuh ke tangan pembangkang. mungkin sebab pimpinan terengganu waktu itu terlalu gopoh melaksanakan sesuatu tanpa memikirkan sentimen rakyat? mungkin terlalu keras dalam mentadbir negeri? mungkin ada policy2 yang tidak disenangi rakyat? majoriti Pemuda PAS juga tidak lari dari masalah ini. dengan alasan menjaga pendirian parti, mereka jadi kurang bertolak ansur, menjadi terlalu gopoh untuk melaksanakan hukum islam. bagi pendapat, aku kalau nak laksanakan hukum islam, bagi masa untuk orang melayu dan bukan melayu faham dahulu. education sangat penting dalam memberi kefahaman. banyakkan usaha dalam memberi kefahaman tentang islam yang ingin anda laksanakan dan bukan nak bertindak sesuka hati dan fikir yang melayu dan bukan melayu akan sentiasa menyokong pendirian mereka. jangan syok sendiri.

    6. pemimpin yang lembut, bertolak ansur mudah diterima rakyat. tuan guru nik aziz lebih dihormati, dan disegani dan disanjung oleh rakyat malaysia, islam dan bukan islam, melayu dan bukan melayu. pemimpin yang keras seperti dato seri abdul hadi awang kurang dihormati, dan ada yang tidak suka kepadanya. adakah ini bermakna TGNA salah kerana banyak bertolak ansur? tidak pertahankan prinsip? bukan. sebagai seorang ulama, TGNA pun ada pandangan dan pendapatnya tersendiri. TGNA lebih memahami situasi dan berjiwa rakyat. TGNA memahami kehendak rakyat. dia tidak lupa jasa rakyat yang mengundi dia. kalau bukan kerana rakyat, dia tidak akan menang. TGNA ambil pendekatan yang berhikmah, secara perlahan2 melaksanakan hukum islam. bukan secara memaksa dan gopoh. manakala dato’ seri abdul hadi awang pulak mungkin merasakan pendapatnya betul tanpa mengambil kira pandangan ahli2 akar umbi PAS dan rakyat yang telah mengundi PAS. abdul hadi lebih berkecenderungan untuk melaksanakan sesuatu tanpa mengambil kira kehendak rakyat atau ahli parti PAS sendiri. dan dia lebih keras dalam pandangan agama. in membuatkan rasa tidak senang orang ramai terhadapnya.. dia sepatutnya lebih berhikmah dalam menyebarkan pandangan agama, dalam mengeluarkan kenyataan, melaksanakan hukum islam dan dalam mentadbir negeri.

    7. isu kerajaan perpaduan. sebelum mengeluarkan kenyataan tentang isu ini, presiden PAS sepatutnya mengambil kira sentimen rakyat yang telah mengundi PAS pada PRU-12. mereka menyokong PAS sebab tolak UMNO. ini pimpinan pulak nak kerjasama dengan UMNO. macam mana ni? penyokong hindraf yang mengundi PAS bermati-matian tolak UMNO, tetapi pimpinan PAS pulak nak kerjasama dengan UMNO. alamatnya PRU-13 nanti, orang bukan melayu takkan undi PAS la. masalahnya, pimpinan PAS yang menyokong idea kerajaan perpaduan gagal memahami kehendak dan sentimen rakyat terutama yang bukan melayu yang mengundi PAS pada PRU-12. lepas tu, ramai jugak ahli2 PAS yang menolak sebarang kerjasama dengan UMNO. kenapa ada pimpinan PAS yang bertindak sendiri tanpa memikirkan ahli2 sendiri. mengemukakan sesuatu cadangan dan kemudian seperti memaksa ahli2 menerima idea tersebut. (tu yang aku utarakan tadi, disebabkan title ulama, mungkin mereka merasakan pendapat mereka lebih betul dan tepat tanpa mempedulikan pendapat ahli2 biasa. tidak bisa ditegur sebab memiliki ilmu agama yang tinggi. sedangkan saidina abu bakar minta teguran orang ramai bila jadi khalifah). kalau tuan guru nik aziz tak ada, aku tak tau la macam mana orang lain nak tegur presiden dan timbalan presiden PAS dan pimpinan yang lain. sepatutnya berbincang dahulu dengan pemimpin2 PAS lain dan pemimpin2 pakatan rakyat. sebelum mengeluarkan idea yang sebesar itu, presiden perlu memahami sentimen rakyat, memahami kehendak ahli2 parti, berbincang dengan pemimpin2 lain dalam parti PAS dan pakatan rakyat. jangan terlalu gopoh dalam melontarkan idea sebesar itu.

    8. Pemuda PAS sebagai orang muda dan generasi baru, yang banyak ilmu dan mempunyai keintelektualan yang tinggi patut melontarkan idea2 yang bernas untuk membantu pentadbiran negeri, dan membantu rakyat. kenapa asyik nak bangkang je. kenapa tak tolong sama2 membangunkan negeri, membantu rakyat, memberi kefahaman islam pada rakyat, berusaha membentuk generasi melayu baru yang lebih islamic. kenapa sibuk nak membangkang je atas alasan agama. educate orang dulu then baru laksanakan undang2, atau hukum. kalau orang belum tahu, belum faham, belum yakin, takkan kita nak terus menghukum. 1st, tarik orang undi PAS. 2nd, bila dapat peluang mentadbir, pentingkan education daripada menghukum. dakwah pemahaman tentang islam, dan uruskan negeri dengan baik. 3rd, bila sampai masa ramai orang faham tentang hukum islan, baru pertimbangkan untuk laksanakan hukum islam. mungkin akan mengambil masa yang lama, 50 ke 100 tahun, tapi kita tak boleh paksa selagi rakyat boleh belum menerima.

    9. aku bukan orang PAS, PKR mahupun DAP dan aku juga bukan orang BN. tapi aku sokong pakatan rakyat for better future. kerana aku percaya PR boleh jadikan Malaysia lebih baik dari BN. aku tulis pasal PAS ni semua sebab aku bimbang PAS sebagai parti islam mencerminkan islam. kalau tersilap cara, orang akan pandang negatif pada islam. kalau tersilap cara, orang akan lari dari PAS. ini ada lah teguran buat warga PAS semua terutama pimpinan dan pemuda PAS.

    Reply

  131. 131 budak selangor Jun 14th, 2009 at 8:02 am

    mmg dsai ada jasa..
    tu kami tak lupa..
    tapi jgn lupa, org PAS yang lebih banyak buat kerja..
    bukannya nak mengungkit ker apa..tp itulah realitinya.. lihat saja dlm selangor siapa yg banyak buat kerja time pilihanraya, asyik2 muka yang sama dari kalangan org PAS. Kalo org PKR bertanding org PAS juga terkedek2 meraih undi..mana pi org PKR?? kalo setakat cakap belakang2, kerja tak ada tak guna.. Gelombang reformasi 1998 tu cerita lama..more than 10 years..sekarang isu rakyat bukannya isu mata lebam..DSAI kene hormat skit kat PAS. Tegur dulu org2 dlm PKR tu supaya buat kerja. Kalo setakat meramaikan demonstrasi jer buat apa?? Ini apa yang berlaku masa Pilihanraya 1999,2004 dan 2008. Watch out! dont think you are so good!

    Reply

    pengkritik bebas Reply:

    1st of all, mohon maaf la di atas keterlanjuran kata2 dalam tulisan aku kat atas tu..
    disebabkan mengikut perasaan, kekurangan ilmu dan kelemahan peribadi aku sendiri..
    yup, i’m not so good. aku tak warak macam orang PAS. aku pandang tinggi pada pegangan agama orang2 PAS.
    (kalo setakat cakap belakang2, kerja tak ada tak guna..)- sesetengah golongan aktivis, sesetengah golongan ilmuwan, sesetengah pemimpin, sesetengah pengkritik, dan lain2 golongan.
    masing2 ada fungsi tersendiri. sebab tu aku guna nama pengkritik bebas.
    setiap parti ada kekurangan. PKR parti baru memang lagi banyak kekurangan dan tak banyak aktivis2 macam PAS.
    cuba baca komen dari nombor 1 sampai habis. memang banyak komen yang kurang senang pada PAS. dan begitu juga sebaliknya.
    kalau boleh, bawak lah berbincang pemimpin2 PKR dan PAS tentang kekurangan masing2 dan macam mana nak satukan ahli2 dan penyokong dua parti tu.
    hope for better future for PAS, PKR and also DAP.

    Reply

  132. 132 K Jun 14th, 2009 at 12:01 pm

    dah cukup!!!! cukup!!!!

    ini semua fitnah media umno kepada PAS…
    berita terkini dalam harakah..lidah rasmi PAS..
    presiden, musyidul am pas dan semua ahli pas..
    SEBULAT SUARA MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO DAN BN!!!

    musyidul am pas mengutuk tindakan media pro umno meneyebarkan berita palsu untuk melaga lagakan PR!!!!

    Reply

    Abu Zaid Reply:

    Sebelum ni gitu gak, lepas tu dalam muktamar yang lepas Presiden bangkitkan balik isu ni. Bukan salah Media (kerana kerja depana memang nak isu yg panas). Jangan nak tuduk BN nak fitnah tapi Hj Hadi yang bangkitkan isu ni. Unless Hj Hadi buat sidang media mengaku tersalah cakap…. Kalau ahli politik tak boleh nak ‘control’ isu dengan media baik jangan jadi ahli politik zaman IT ni.

    Kalau tak betul saman….

    Reply

  133. 133 Jeff Syiru Jun 14th, 2009 at 4:12 pm

    rakyat sudah nampak siapa yang boleh diharapkan…. begitu juga dengan ahli Pas yang juga boleh membezakan antara baik dan buruk…. siapa yang menjaga bangsa dan siapa yang menggunakan bangsa untuk kepentingan diri…

    Reply

  134. 134 pengkritik bebas Jun 14th, 2009 at 10:08 pm

    tulisan aku sebelum ini mungkin terlalu kasar, keras, dan angkuh kerana kekurangan ilmu dan kelemahan peribadi aku sendiri.. mohon kemaafan buat warga PAS.. tapi mungkin boleh diambil idea sikit dari tulisan aku kalau ada yang baik.. kalau memang salah semua tulisan aku, aku mohon maaf. benda tu dah lama aku pendam dalam hati selama beberapa tahun ini.. harap maaf buat warga PAS semua.. mohon maaf jugak kerana kurang menghormati ulama.. kerana kekurangan aku sendiri.. lain kali aku akan cuba jaga tatatertib dan tidak menurut perasaan lagi. salam kemaafan semua…

    Reply

  135. 135 Keturunan UMNO Jun 15th, 2009 at 12:12 am

    Assamualaikum
    Aku peliklah dengan Presiden dan Naib Presiden dan S/u Agung Pas, Dalam saat di Johor Bendera Bulan Purnam semakin banyak berkibar,dan ahli UMNO mula tak kisah dengan UMNO atau malu ngaku UMNO pas sibuk-sibuk dengan kerajaan perpaduan.

    Reply

  136. 136 zdy_pif Jun 17th, 2009 at 9:59 am

    TU pun ada hati nak bincang ngam umno…JLAAN DAA..aku bukan tak tau…PAS punya dok pikiag depa mesti sampai kat Putrajaya lepaih next election..tp ngan PR atau UMNO..itu yg Hadi Awang dok timbang timbang la ni tu..lu punya otak serupa mamak peneng juga la..melayu peneng saja yg leh baca..

    Reply

  137. 137 Tuan Cobra Jun 18th, 2009 at 12:11 pm

    Assalamulaikum dan Salam sejahtera kepada Pemimpin2 PR (PKR,DAP,PAS). Saya nak tulis artikal dan pemdangan ini adalah buat Pemimpin2 ke 3 3 buah Parti UTAMA PR…Sebelumnya saya amat2 Bersetuju kepada tulisan BENDAHAR TUN PERAK diatas…Didalam Kondisi pada masa ini benar2 Kritikal buat BN dan juga PR….BN memang sudah pasti Kritikalnya,Jelas nampak BN kecundang pada PRU ke-12 pada PRU 2008, Penolakan Rakyat pada PRU ke-12 benar2 menakutkan Kepimpinan BN..Banyak Presiden Parti Komponen BN kalah oleh Kuasa Rakyat….Jelas nampak Kekuasaan Allah dan Rakyat tu….Permasaalahannya sekarang d dalam PR tu semacam tidak ada titik Persafahaman terutama PAS/DAP…Maaflah seandainya komen saya ini menguris perasaan2 Kepimpinan ke 3 3 Kepimpinan Parti….dipihak DAP Karpal Singh terlalu celupur sama ada sendiwara atau pun tidak jgn bikin Komen terbuka dan terlalu Lantang mengeluarkan Pendangan Peribadi…..Dipihak PAS Presiden dan Setiausaha Agung baru ni adalah Pencetus kekeliruan sekali lagi…Pendangan yg langsung tidak pernah seia sekata d bandingkan dengan TG Nik Aziz seorang Ulama yg benar2 d hormati…Pada 10/06/09 jam 11.31 am Datuk Mustafa Ali mengaluarkan Pendangan “HENTIKAN BENGKIT ISU KERAJAAN PERPADUAN” kemarin baru 7 hari 17/06/09 jam 3:14:26 pm beliau sebagai Setiausaha Agung PAS mengeluarkan lagi Kenyataan “KERAJAAN PERPADUAN PERLU LIBATKAN PAKATAN RAKYAT” (PAS/DAP/PKR)…D dalam Organisasi PAS dan DAP ini saya perhatikan seolah olah sudah terkena Suntikan Kuasa dari luar (BN)…Berapa banyak HABUAN yg telah diberikan kepada Kepimpinan2 tertinggi Parti PAS/DAP?…Yang jadi BODOH pada masa ini adalah Rakyat, Nasib sekali saya lihat DSAI adalah Pemimpin yg benar2 tahan Menguatkan Perasaan beliau dan Kepimpinan yg benar2 punya WIBAWA dan KRISMA…Seandainya beliau menjadi Datuk Onn Jaffar sudah lama DSAI bersara dari Politik…Kepimpinan PR ni ada diantaranya kurang mempunyai perasaan Sensitif…UMNO @ BN memang akan Menjerat serta memainkan peranan utk menghancurkan Kekuatan PR…Memang Cadangan KERAJAAN PERPADUAN itu akan hanya MENGHANCURkan PAS dan PR…Ini semuanya adalah PERMAINAN UMNO @ BN…Apakah yg d buat TG Haji Hadi Awang d London?…..Kepimpinan Ulama Islam konon tetapi BUTA dengan kebendaan….Jangan BERHARAPlah PR memenangi PRU ke-13…Kita akan Lihat dan Dengar lagi situasi Politik didalam PR…

    Reply

  138. 138 Tuan Cobra Jun 18th, 2009 at 12:36 pm

    BN @ UMNO PASTI sudah merasakan akan KEKALAHAN besar pada PRU Ke-13 akan datang dengan Kekuatan PR (Rakyat) dan Sokongan Allah swt ni, Sehinggakan PRK d DUN Penanti tidak turun bertanding…UMNO memang tau membaca Kelemahan Lawan sekalipun melihat kelemahan Kepimpinan PR…Bagi UMNO @ BN kalau hanya Duit RM:200 juta hal kecil lah…Wang dan Harta memang membuat Manusia menjadi LEMAH dan boleh MENGHIANATI sesama. Kalau d dalam Kepal masakan Nakhodanya ramai,Masing2 mau Kedudukan dan Mengajar Pangkat laaa….Sindrom ini memang sudah tersuntik d dalam Kepimpinan PAS dan 1 org Pemimpin DAP dulu….Dulu Kepimpinan DAP kurang kuat untuk menghancurkan dan menjalankan Stretegi yg boleh melumpuhkan PR..tetapi sekarang ini Kepimpinan tertinggi PAS telah disuntik dengan kekuatan yg MAHA DAHSYAT…Hanya Allah SWT sahaja yg amat2 mengetahui segala galanya… Walahhualam.

    Reply

  139. 139 org bodoh Jul 24th, 2009 at 2:17 pm

    aku igt aku bodoh.tp ramai lg org bodoh.mmg dunia nak kiamat.penjenayah diagung2kan.
    skang ni gune org mati lak nak name.bodoh betullllllll.ntah la.akupun xphm..org islam sendiri yg buat hal.pecah belahkan kaum sendiri.semata2 nak jadi pemimpin….skang ni sume nak jd hero.padahal zero.pk2kan la……

    Reply

  140. 140 tino Oct 26th, 2009 at 10:52 am

    saya rasa untuk menutup kesedihan,,bubar sahaja parti ini. Buat menyusahkan fikiran rakyat. Demontrasi dan reformasi hanya menguntung seseorang sahaja.

    Lepak kat rumah, duk diam diam lagi baik. Tumpukan amal ibadat. Umur dah semakin meningkat.Kita akhirnya akan keseorang juga dalam kubur nanti.

    Reply

  141. 141 azahari Oct 26th, 2009 at 10:26 pm

    salam,
    hari ini disaat rakyat malaysia inginkan perubahan politik negara,disaat pakatan rakyat semakin hampir diarak rakyat ke puncak kuasa,kini satu per satu tentera2nya bersengketa isu yang sepatutnya tidak menjadi isu sehingga dijadikan peluru berpandu oleh pihak BN,justeru itu saya sebagai penyokong PR dan juga ahli PAS dengan rasa rendah diri muhasabah perjuangan kita yang hampir kepuncaknya jangan disebabkan kita menyebabkan rakyat akan merana 10 tahun lagi.hayati dan hormati perjuangan almarhum ustaz hj fazdil nor yang mengasaskan perjuangan suci ini.AllahuAkbar

    Reply

  142. 142 anwar May 19th, 2010 at 8:02 am

    sy orang PAS sentiasa sokong DSAI..
    sudah muak dengan BN…

    Reply

  1. 1 Sabja » Blog Archive » Berlawan Membawa Retak, Tewas Membawa Rebah.. Pingback on Jun 9th, 2009 at 2:59 pm

Leave a Reply




fish_curry: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
10 minutes ago
fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
14 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
17 minutes ago
imanusman: @anwaribrahim @GorisMustaqim dan saya ikutan di mention pula oleh pak Anwar. Terima kasih. Kang Goris hebat pisan euy!
21 minutes ago
philyong: @anwaribrahim tidur awal YB! the rakyat needs you!
21 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930