19
May
09

Pertemuan Pimpinan Muslim-Buddha di Yala, Selatan Thailand

Ikhtiar beberapa rakan meredakan ketegangan dan permusuhan di empat wilayah selatan Thailand harus dihargai.

Kami bersama Tuan Guru Sheikh Mahmud, Mustafa Kamil Ayub, Dr. Badrul Amin serta rombongan disambut Jenderal Phicait Wisaijon, ketua pasukan tentera wilayah selatan Thailand di Golok dan menaiki helikopter khas tentera dari Tak Bai ka Yala.

Ketibaan kami di Yala disambut Ketua Sami Buddha yang terkemuka di Bangkok, Praprom Wachirayan dan Ketua Paderi Katholik Surat Thani, Joseph Pran.

Jenderal Wisaijon meminta saya menjenguk sajenak program ekonomi desa yang menjadi tunggak kegiatan beliau. Saban hari menurutnya ratusan wakil penduduk terutamanya umat Islam diberi latihan mengendali pertanian moden.

Sekitar 500 hadirin majoriti Muslim mendengar nasihat dan ucapan berhimpun di dewan sederhana tersebut. Intisarinya adalah mencari perdamaian, menolak keganasan dan kezaliman serta membina muafakat berdasarkan prinsip keadilan.

Tuan Guru Sheikh Mahmud dengan nada keras menolak tindakan kejam lalu tetapi menempelak kalangan yang menggunakan hujah agama untuk mempertahankan keganasan. Ketua Sami juga menegaskan bahawa beliau komited dengan agenda perdamaian, menolak penyelesaian bersenjata atau berbentuk ketenteraan.

Jenderal dan Timbalannya mengakui keterlanjuran sabelumnya termasuk pembunuhan imam. Pendekatan kini adalah dengan mendampingi rakyat dan mengikut perintah Raja untuk memperkasa ekonomi rakyat.

Saya hargai inisiatif saudara Surayak, pemimpin agama dan tentera untuk meleraikan masalah runcing di empat wilayah. Penyelesaiannya tetap bertunjangkan prinsip keadilan, menghurmati hak rakyat dalam berbudaya dan beragama.

Semuga ikhtiar kecil ini terus disemarakkan.

ANWAR IBRAHIM


33 Responses to “Pertemuan Pimpinan Muslim-Buddha di Yala, Selatan Thailand”


  1. 1 sejuk May 20th, 2009 at 6:47 am

    Kesian, Umat Islam di selatan Thai.
    kita wajib membantu mereka kerana umat islam itu bersaudara.
    Semoga Allah memberikan keselamatan dan kejayaan kepada orang-orang yang membantu mereka.

    Reply

    wan ji Reply:

    oittt annwar shooter! aku rase ko ni salah planet kot….generasi baru skang dok nunggu mase nak kick gerombolan umno ko.usahlah ko berwayang nak gune name PAS sedangkan ko tu UMNO totok.poraahhhh

    Reply

    sherry Reply:

    Ya, kasihani juga umat Islam di negeri Perak dengan membaca majalah MILENIA MUSLIM keluaran terkini.
    Sama2 kita renungi pandangan Mufti Perak.

    Reply

  2. 2 siput_sedut May 20th, 2009 at 8:29 am

    salam..
    nak promote sket..
    sapa2 la yang mengumpul DSAI punye sourvenir…
    i ada bekas pen and pen SELAMAT HARI JADI KE 52..
    masa tu kat sg. buluoh rasenye.
    i nak jual kalau2 la saper nk..
    emel me at dont_speak76@yahoo.com

    Reply

  3. 3 jo May 20th, 2009 at 8:40 am

    DSAI,
    You rock!

    Jo.

    Reply

  4. 4 asraf May 20th, 2009 at 9:00 am

    assalamualaikum,
    kehadapan dato seri anwar yang saya hormati saya ingin mengucapkan syabas diatas ketabahan yang dato seri hadapi pada masa sekarang. terutamanya dalam menghadapi kemelut di perak. semoga sakses dan maju jaya saya doakan semoga dato seri akan berjaya menjadi perdana menteri yang akan datang amin.

    Reply

  5. 5 alif May 20th, 2009 at 9:11 am

    assalamualaikum,
    Dato Seri Anwar yang saya cintai dan Hormati saya kagum dengan perjuangan dan cara Dato Seri berpidato. Semasa Dato Seri menjadi Menteri Kewangan Dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Merangkap Timbalan Presiden Umno. Dato Seri lah idola dan yang sanjungi ketika itu. Dan saya berdoa supaya saya akan dapat bertemu Dato Seri suatu hari nanti. dan pada 02hb September 1998 peristiwa yang saya tidak dapat lupakan iaitu pemecatan Dato Seri sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya begitu Sedih dan sehingga mengalirkan ayer mata kerana orang yang saya kagumi dan hormati kini dipecat. dan sekarang Dato Seri telah menjadi Ketua Pembangkang diparlimen malaysia teruskan perjuangan pesan saya dan doa saya semoga Dato Seri menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pejabat Dato Seri menanti Dato Seri(Putrajaya menanti Dato Seri Anwar Ibrahim.

    Reply

  6. 6 ZAMAN May 20th, 2009 at 11:07 am

    apa yang ko gelabah sangat ni….errr apsal ko gune nick hensem? tulisan ko lak hodoh.Mesti ko dari parti yang rajin dok tipu orang tu U.M.N.O= Untuk Melayu No Otak..kahkahkah

    Reply

    tebuhitam Reply:

    Ish…Kesian pulak gua tengok Zaman nie.Agaknya dah ketinggalan zaman agaknya.Tulis la secara profesional jangan keanak-anakan.Berfikir secara matang.Gua tak kisah kalau lu bangang,tp kena la berfikir secara rasional.
    Peace John…

    Reply

  7. 7 nawi May 20th, 2009 at 11:19 am

    Satu usaha yang berani,inilah jalan sebaiknya menuju perdamaian dan ketenteraman disana.Kesanggupan Dato Seri serta pimpinan yang lain turun kewilayah tersebut harus dipuji.Bukan calang-calang yang berani turun ditempat yang dikategorikan zon hitam itu.

    Terima Kasih Dato Seri! kami diyala menghargai keprihatinan dan usahamu.

    Reply

  8. 8 budak kampung May 20th, 2009 at 11:45 am

    Ajak je sami-sami tu masuk islam. kasi sedar sket.

    Reply

    zainudinM Reply:

    ialah tu….
    jaga sami-sami tu baik-baik ye….
    kesian kat sami-sami kat thailand tu ada makne tu..
    harap-harap sami-sami hindu n budha kat malaysia ni sume mintak sokong anwar dalam pilihanraya kan…
    kelakar-kelakar…
    ada taik disebalik kelengkang tu yek anwar…pandai koo..!

    Reply

  9. 9 Qasim May 20th, 2009 at 11:54 am

    Syabas Dato’ Seri dan rakan-rakan. Ini bukanlah ikhtiar kecil. Saya anggap ini sebagai usaha murni pemimpin Islam Mithali. Berita sebegini sepatutnya disebarkan dalam media alternatif.

    Reply

  10. 10 anak patani May 20th, 2009 at 12:02 pm

    Syabas Dato’ Seri, saya dan keluarga memang asal dari Kg Bendang Padang Patani Thailand, keluarga masih ramai di sana. Kami seringkali berhubungan antara sesama kami. Terus terang memang itulah hasrat untuk hidup aman damai, tiada diskriminasi dari semua peringkat oleh pihak kerajaan Thai, yang selama ini tertindas tidak mendapat peluang saperti kita di M’sia. Melayu Patani rajin berusaha kuat bekerja, hasil kerja mereka lebih maju daripada melayu di sini. Sama-sama kita doakan Allah menangkan keadilan, Allah kalahkan keezaliman dan penindasan. Allahu Akbar….

    Reply

  11. 11 eddieputra May 20th, 2009 at 12:06 pm

    Untuk pengetahuan di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan.

    Kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008. Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Malah, Umno sendiri pada tahun 2002 sanggup menggadai sebanyak RM4.6 juta wang rakyat hanya semata-mata mahu mengupah pelobi Yahudi, Jack A. Abramoff untuk mengatur pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan Presiden George Bush.

    Reply

  12. 12 SuamiBahagia May 20th, 2009 at 12:48 pm

    jika anda rasakan perjuangan anda itu benar.. teruskanlah berjuang tanpa mengenal erti jemu.. dan lakukakn lah dengan seikhlas hati tanpa ada agenda tersembunyi…

    Reply

  13. 13 asabri May 20th, 2009 at 1:02 pm

    Ingatlah, penyatuan PAS, PKR dan DAP adalah bertunjangkan prinsip KEADILAN.

    Reply

    tebuhitam Reply:

    Hakikatnya kejujuran dan keikhlasan hanya Anu-war sahaja yg tahu.
    Jangan terus di buai mimpi…

    Reply

  14. 14 wan ji May 20th, 2009 at 1:11 pm

    yang ni lg best woi! tgk camne umno bela melayu!-

    Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

    Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

    Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

    Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

    Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

    Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

    Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

    Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

    Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

    Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

    Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

    Reply

    anak patani Reply:

    Tu dia kerja buat Pimpinan UMNO, kau pikir la sendiri..

    Reply

    smy Reply:

    memang 50 tahun UMNO bangga dgn kemajuan johor bahru sbb UMNO cakap kita lagi untung dpt sing dollar bila pertukaran matawang dan biar terjual tanah di johor. memang bodohkan melayu aje UMNO ni.

    Reply

    anwar sun____tooottt Reply:

    ko nie wan ji kalau ada gambar nyer mana??????ko bagi nama2 tue yer yer aje…lagi sueh anwar nak gadai malaysia kat yahudi…..IMF…lagi besau cilakak anwar nie…..dah luper ker lagi plak baru 11 tahun lepas u…….itu ler koyak kain sendiri tak nampak nak ceriter kain orang…….yang pasti anwar pengkianat…..patut lemparkan aje anwar kat laut bersama dogung-dugong nyer seperti kou nie….

    Reply

    khyruzihan Reply:

    hahaha… dah masuk dah badut UMNO-BN kat cni… kkikikiki

    Reply

  15. 15 nuar May 20th, 2009 at 3:10 pm

    ramai warga singapura membeli tanah dan rumah di johor.menang sorak kampung tergadai.

    Reply

  16. 16 wah May 20th, 2009 at 3:34 pm

    henstam ,adakah kamu seorang Melayu Islam? Org yang bergelar Islam tu penyayang ,hati suci,bersopan , memahami ajaran agama Islam yg tidak menfitnah orang lain walaupun dia musuh.Org Islam tulin berucap dan doakan kpd Tuhan memaafkan org yg membuat kesalahan.Tidak meluahkan bahasa kasar.Ku rasa kau tidak layak digelar org Islam pada masa PM melancarkan slogan 1 Malaysia yg harmoni & muhibbah.
    Agama ,kaum & kehidupan org Malaysia mesti di hormati.Semua agama menyuruh pengikutnya buat baik.DSAI juga rakyat Malaysia yg hidup dlm dunia ini.Nabi Muhammad anggap semua penduduk dunia adik-beradik.Agama adalah kepercayaan seseorang dan bukan kaum. Setiap kaum boleh memeluk agama yg berlainan.Tengok bapa Opama orang Islam ,beliau diasuh dalam keluarga Islam, tapi Opama beragama Kristian.Kalau henstam Islam tulin,kajilah ayat-ayat yg tercatit dlm kitab Quran dengan baik.
    Di negeri ku,badan agama Buddha ,Kristian.Hindu sering menghulur tangan membantu penganut agama lain dengan hati yg mulia tampa mengharapkan apa-apa balasan.Siapa yg boleh memimpin negara dengan baik,memikirkan kepentingan rakyat-cakap & tunaikan kita sokong tampa kira kaum & agama.Kita tentu tak mahu tinggal dlm negara yg selalu berlaku bencana alam, perang ,kes rogol,rompak,ragut dan lain-lain…..
    Hi henstam! jagan marah!Marilah kita berdoa bakal pemimpin negara ini adalah orang yg memahami ajaran setiap agama dan mepraktifkannya utk melaksana rancangan yg dicadangkan Wawasan 2020. Kita jangan perang bersaudara , keris hanya digunakan menetang musuh luar.o.k!

    Reply

  17. 17 ibn bakar May 20th, 2009 at 4:49 pm

    Sewaktu jadi MB Johor dulu Muhyiddin sanggup tukar cuti Jumaat kepada Ahad. Agaknya bila jadi PM nanti apa dia akan buat ? Entah-entah semua negeri yang masih cuti Jumaat ( Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan ) dipaksa tukar hari Ahad kut. Naya lahh. Khabarnya dia tu anak Pak Kiai. Harap-harap dia tak sempat, teori RAHMAN pun dah sampai penamat ni.

    Reply

    tebuhitam Reply:

    Selangor,Perak dan P.P sekarang di perintah oleh Pakata Rakyat.Negeri2 ini semua cuti pada hari ahad.Kenapa tak tukar kepada hari Jumaat????..
    Kenapa lu ni bangang sangat.Nak buat statement tu pikir la..Bahalol…
    Dulu kat selangor org2 Pas marah sebab Jumaat kena kerja.Sekarang dah setahun lebih PR memerintah.Kenapa tak tukar kepada hari Jumaat????…..
    Lu dgn pemimpin PR sama BAHALOL tak boleh di ajar…

    Reply

    adil Reply:

    tak baik cakap bahalol cam tu…. cakap lu yang bahalol takpe…

    Reply

  18. 18 daryl May 21st, 2009 at 12:04 am

    Good job. At least we have a leader that have the respect of foreign country. Is ashamed that our current PM is infamous for scandal internationally. Also, he need a FM that try to defend him but put us to shame by making personal attack towards DSAI and libelous statements without evidence in front of the world.

    Reply

  19. 19 coral Jun 10th, 2009 at 11:38 am

    biler lar melayu nak bersatu padu..cina yang untung..saling tolong menolong untuk kepentingan kaum d all..dah lar korang bertekak pendapat..aku tak paham ngape melayu jadik gini..jom la bersatu padu

    Reply

  20. 20 Abdussalam Aug 8th, 2009 at 11:09 pm

    Bismillahhirrahmanirrahim

    1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan “Syeikh Muhyiddin”@”Tuan Guru” Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud “al-Majzub” ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato’ Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah. Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995.
    Rujukan:
    http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25 1991-1997.htm

    Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

    2)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam “AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN” (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
    http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

    3)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
    Ini disalin dari booklet bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor

    4)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
    (Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

    Booklet berkenaan bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
    (Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
    Cetakan Pertama – 2000
    Cetakan Ketujuh – 2006

    Aurad Ismailiah
    (Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

    Latar belakang
    1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
    2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
    3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
    5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
    6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

    Ciri- Ciri Kesalahan
    1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
    2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
    3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
    4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
    5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
    6. Pengikut menganggap guru Imam Mahadi Al Muntazar.
    7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
    8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
    10. Lafaz zikir yang asalnya “Lailahaillallah” telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
    11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
    12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

    Wallahualam

    Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan

    Reply

  21. 21 Dr. Conflict Nov 29th, 2009 at 10:59 am

    Salam DSAI,
    memang kita tahu bahawa semua pihak ingin membantu dalam menyelesaikan konflik yang muncul kembali pada tahun 2004 yang lalu. namun, tiada satu pun yang tahu kenapa konflik ini terus berpanjangan walaupun pelbagai usaha telah dijalankan. selain daripada ahli politik dan penjanayah yang turut terlibat dalam keganasan di tiga wilayah ini, kita harus tahu bahawa gerakan pemisah mempunyai agenda dan teori tersendiri untuk memastikan mereka mencapai matlamat pertubuhan. saya tidak mahu sentuh tentang kenapa gerakan pemisah meneruskan perjuangan mereka walaupun sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Thailand. yang pastinya, gerakan mempunyai caranya yang tersndiri yang tidak mungkin diberitahu kepada orang lain.

    Di sini saya ingin sentuh bab pembangunan ekonomi yang dilakukan oleh pihak tentera di selatan Thailand. untuk makluman DSAI, tentera memang banyak keluarkan dana untuk mengadakan projek pertanian tetapi kebanyakannya tidak memenuhi keperluan sebenag penduduk tempatan. dari awal lagi mereka sudah buat keputusan untuk penduduk tempatan buat itu dan ini. sekiaranya tidak ikut, penduduk tempatan tidak mendapat apa-apa. kebanyakan projek yang dijalankan itdak berjaya dan membazir sahaja. contohnya, kerajaan Thailand memberi benih ikan keli untuk diternak sedang orang tempatan kegiataan pertanian mereka adalah menanam sayur atau nelayan. jadi, benih ikan yang diberi itu telah dijual oleh orang tempatan kepada orang lain.

    Reply

  22. 22 syah Feb 11th, 2010 at 11:31 pm

    salam,

    salam ukhwah.. cerita sebenar disebalik kisah pattani. masyarakat melayu pattani adalah masyarat yang bijak. buktinya, mereka mampu menghasilkan hasil pertanian dan perikanan yang bagus dan berkualti tanpa bantuan kerajaan. bahkan, teknologi mereke lebih maju dari kita yang mendapat bantuan kerajaan. tahukah anda, teknologi yang kita kenali EM telah lama mereka aplikasikan di sana dalam penternakan ayam. mereka boleh buat penternakan ayam ditengah kampung tanpa bau. DAN BANYAK lagi kebijakan mereka. SEMUA INI adalah ANCAMAN kepada kerajaan pusat bangkok. mereka takut akan wujud kembali KERAJAAN ISLAM MELAYU PATTANI.. UNTUK RENUNGAN, KENAPA NEGARA YANG PERNAH WUJUD EMPAYAR ISLAMIAH PADA ZAMAN SILAM, DIROSAKKAN DENGAN PELBAGAI AGENDA OLEH PIHAK TERTENTU SEPERTI ROSAK AKHLAK MUDA MUDI, MASALAH SOSIAL , TOKOH AGAMA BERBALAH SESAMA SENDIRI, AHLI POLITIK BERTELAGAH DLL ?? seperti turki, malaysia (melaka) dll.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Elit Pemerintah Semakin Hari Semakin Terdesak.: Keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak... http://bit.ly/cSLzLG
1 hour ago
anwaribrahim: @Mh3 pl ref London prog-18th March 5pm LSE.19th 7pm Westminster U #fb
2 hours ago
anwaribrahim: London(my prog):18thMarch-LSE 5 to 6pm academic lect.19thMar-Westminster U Hall 7 to 9pm Malaysia debate. #fb
2 hours ago
anwaribrahim: Penny Dubes Australia:minum teh dirumah maklumkan tugas beliau diKL berakhir.Tk atas ks dan keprihatinan beliau #fb
2 hours ago
anwaribrahim: Blog: Isu Ceramah:”Semua Program ini Kita Jalankan Dengan Permit (Polis)”.: Dari MalaysiaKini Oleh Salhan K Ahmad... http://bit.ly/bR4DP1
8 hours ago

Galeri Flickr

Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan Sambutan Ulang tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat N.Sembilan US Islamic World Forum in Doha, February 2010 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners