01
May
09

Perutusan Hari Pekerja

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan bn pimpinan umno. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

ANWAR IBRAHIM


61 Responses to “Perutusan Hari Pekerja”


  1. 1 jerai May 1st, 2009 at 5:59 am

    Umum termasuk kepemimpinan atasan termasuk politician tidak memahami konsep buruh.Mengikut prinsip ekonomi bila dikatakan buruh adalah input yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan output.Dalam konteks sesebuah negara,kepemimpinan atasan juga adalah input yang dipilih rakyat untuk memproses input tanah dan sumber alam negara termasuk cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat dan modal insan untuk membangunkan negara dan membina negara bangsa.
    Satu lagi unsur dalam entiti negara ialah pengusaha iaitu Perdana Menteri perlu dengan bijak mengutilisekan sumber-sumber buruh, modal dan tanah untuk memastikan output dihasilkan dengan optimum malahan maksimum serta memberi kepuasan kepada semua pihak terutama rakyat yang merupakan pemilik negara.
    Apa yang penulis hendak sampaikan di sini adalah Perdana Menteri,para menteri,kepimpinan atasan termasuk ahli politik dan kerajaan jangan meletakkan mereka hanya sebagai bos dan pengusaha tetapi juga mereka adalah buruh dan kedudukan mereka adalah terletak kepada rakyat sebagai pemilik negara dan organisasi untuk mengekalkan mereka.Oleh itu Perdana Menteri dan Menteri dan pegawai atasan berada dipuncak dan di persada ampuk itu adalah KPI mereka dinilai oleh pemilik iaitu rakyat.
    Sempena hari pekerja (buruh) pada hari ini,perlu disambut oleh semua pihak termasuk Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara dan masisng-masing mempunyai amanah yang besar diletakkan di atas pundak kita dan kita sentiasa dinilai oleh rakyat dan Allah.Sempena hari buruh semua pekerja termasuk Perdana Menteri kenalah bermuhasabah diri di atas tugas dan pertanggungjawabab serta akauntabiliti di peringkat masing-masing.Kadar upahan besar dan kecil adalah bergantung kepada besar dan kecil pertanggungjawaban dan makin besar upahan diterima makin besar amanah Allah dan makin besar dosa dan pahala di sisi Allah.

    Reply

    neutral kot? Reply:

    bagus jerai..
    ayat2 yg bagus..
    not like a person that just want to fulfill his golden dream to become a PM..

    kepimpinan negara yg baru perlu menyedari bende yang simple ttpi sgt penting sperti yg jerai maksudkan ini..
    jike tidak..
    & masih mengulangi kesilapan parah spt PM ke-5 yg 5 tahun menjadi puppet itu..
    sudah tentu anwar akan jd next PM of malaysia anytime soon..

    Reply

  2. 2 jo May 1st, 2009 at 6:31 am

    dear datuk seri,
    yes sir..tq.

    Reply

    ILHAM Reply:

    JOM KITA TENGOK WAYANG PACAK.
    TAJUK CERITA : SAKIT PINGGANG
    LAKONAN : PELAKON TERBAIK MALYSIA YB. Brader Anwar Bin Ibrahim

    Khamis, April 30, 2009
    Siapa patut urut Brader Anwar?

    Lelaki atau perempuan?

    Hangpa ni, ada saja nak buat isu.

    Brader Anwar Bin Ibrahim sakit pinggang.

    Usahlah wayang balas wayang. Hehehe … best tu slogan. Wayang balas wayang. Tak mengugat macam darah balas darah.

    Ingat tak dulu?

    Brader Anwar Bin Ibrahim sampai kena diusung kerusi roda untuk ke sana ke mari. Penyakit dia lain macam. Tak boleh jalan depan kamera. Sakit pinggangnya terus menusuk. Kalau kamera sorok, dia boleh jalan.

    Dah operate pun masih sakit. Brader Anwar Bin Ibrahim pakai bengkung di luar baju ke sana ke mari. Dia sorang saja pakai bengkung di luar baju. Orang lain pakai di dalam baju dan sembunyikan kerana tidak sesakit Brader.

    Mana tak kesakitan Brader Anwar Bin Ibrahim paling teruk? Orang sakit pinggang makan 5-10 tahun sakit baru operate. Brader kita masuk penjara sekejap dah kena sakit pinggang. Dalam beberapa tahun dah kena operate.

    Dia mangsa teruk. Tan Sri Rahim punya ilmu punya dahsyat. Dia bantai boleh slip disc dan bukan patah tulang atau apa. Ilmu seni pertahankan diri yang amat tepat. Boleh tolak tulang belakang dari dalam badan ke arah luar badan untuk kasi slip disc..

    Macam mana pun, ana hairan.

    Orang sakit pinggang bolehkah liwat orang? Jeng jeng jeng …. kita tunggu Julai 1hb.

    Sementara itu, kesian sama Brader.

    Biarlah dia berurut. Hangpa kasi dia serba salah.

    Kalau pompuan urut, hangpa kata bukan contoh pemimpin Islam. Kalau jantan, hangpa kata … hmmm pun bukan contoh pemimpin Islam. Kak Wan dah tak kuat, siapa nak urut dia?

    Itu pasal ana beli dua hamba bekas penyangak – Abdul Wahab dan Abdul Wahub – jadi tukang urut ana. Tak ada cerita-cerita. Hehehe …

    Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta.
    Nukilan Husin Lempoyang Pada 9:30 AM

    Reply

    ILHAM Reply:

    BERITA TERKINI
    ==============

    TAJUK : A PRELUDE TO 21 – 24.07. 2009 AND PRELUDE TO SUNGAI BULOH
    =================================================================

    TIBA NYA 21.07.2009, ANWAR AKAN GUNAKAN ALASAN SAKIT PINGGANG INI UNTUK MENDAPAT KAN SIMPATI MASYARAKAT MALAYSIA DAN ANTARABANGSA APA BILA DIA BI-BICARAKAN NANTI ATAS TUDUHAN LIWAT.

    DIA AKAN GUNAKAN GAMBAR SERTA BERITA-BERITA INI UNTUK MEMPERPANJANGKAN PERBICARAAN KES LIWAT INI.

    DIA AKAN BERMOHON KEPADA MAHKAMAH UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN MAHKAMAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI-GERMAN DAN LAIN LAIN LAGI ALASAN.

    INI JUGA AKAN DI-GUNAKAN SEBAGAI ALASAN YANG DIA TIDAK BOLEH TIDUR DI-ATAS LANTAI APABILA DI-MASUKAN KE PENJARA KELAK DAN AKAN MINTA PIHAK PENJARA UNTUK MENYEDIAKAN DIA KATIL DAN TILAM YANG EMPUK BUAT DIA SAJA.

    BUKAN ITU SAJA, DIA AKAN MEMOHON PADA PIHAK PENJARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SUSUSLAN KE-GERMAN KERAN SAKIT LAMA KEMBALI LAGI DAN MEMINTA BANTUAN “KRONI”
    DIA DI LUAR NEGARA UNTUK MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA AGAR MEMENUHI PERMINTAAN ANWAR ATAS DASAR PERIKEMANUSIAAN.

    SI-PEMBOHONG INI INGAT ORANG TAK DAPAT BACA DIA PUNYA PERANCANGAN LICIK INI.

    TAK PERCAYA KITA TUNGGU DAN LIHAT WAYANG INI PADA 01.07.2009 – 24.07.2009.

    24.07.2009, ENGKAU AKAN DI-CAMPAKAN KE DALAM SUNGAI BULOH BUAT SUATU WAKTU YANG PANJANG DAN KETIKA ITU ENGKAU AKAN DI-NYAH DAN DI-KUTUK OLEH AHLI KELUARGA ENGAKU SENDIRI KERAN MEMBAWA AIB PADA ANAK ISTERI ENGKAU.

    PADAN MUKA ENGKAU BINATANG.

    Reply

  3. 3 RAKYAT May 1st, 2009 at 7:12 am

    Yang peliknya mengapa dalam era perindustrian berorientasikan modal dan teknologi sekarang ini lebih ramai pekerja asing diambil bekerja di sektor pembuatan berbanding sewaktu dalam era perindustrian berorientasikan buruh dulu

    Yang peliknya mengapa lain sektor yang dikenalpasti untuk dibuka kepada pekerja asing, lain pula sektor mereka bekerja..tak kanlah ada dasar yang membenarkan kemasukan pekerja untuk “berkhidmat” sebagai pencuci kereta,peniaga pasar malam, “peniaga waktu malam”,dsb.

    Benar-benarkah Malaysia ini memerlukan pekerja asing ini …atau pekerja asing dan majikan sendiri yang begitu senang “memperlecehkan” dasar dan perundangan yang ada sehingga tidak terkawal kini…atau pelaksana yang sentiasa “flip-flop” sehingga tidak lagi dihormati dan digeruni

    YANG PELIKNYA DENGAN KDNK SEKITAR 1% MALAYSIA MAMPU MENJADI TUAN RUMAH KEPADA PELBAGAI BANGSA;PENGANGGURAN RAKYAT SENDIRI MAKIN KETARA, PAK-PAK MENTERI SEBELUM INI BOLEH SELAMBA BUAT SIDANG AKHBAR UMUM JUMLAH YANG MASUK DAN TINGGAL SECARA HARAM SERTA TAK BOLEH DIKESAN MAKIN RAMAI..SEPATUTNYA BUAT SIDANG AKHBAR LETAK JAWATAN..HARAP PAK MENTERI BARU LEBIH TEGAS MAKLUMLAH SERING MENGHUNUS KERIS…SESEKALI TURUN PADANG TENGOK RAKYAT BERKONGSI HIDUP DENGAN PENDATANG

    MALAYSIA OH MALAYSIA

    Reply

  4. 4 botak chai May 1st, 2009 at 7:22 am

    Alahai Nuar, tak payahlah nak ulang ulang lagi, semua orang dah tahu, kegawatan ekonomi bukan kat malaysia jer, satu dunia, Amerika yang jadi sekutu kuat kau tu pun meleset juga. Apakah mereka tak panggil kau bagikan nasihat tentang macam mana nak pulihkan ekonomi mereka, kau kan hebat dan Pakar ekonomi yg tersohor?!!

    Kami tak risau pun kerana ekonomi kami dijamin oleh Allah. Lebih lebih lagi kami dipilihnya lahir di negara yang subur dan makmur.. pintu rezekinya terbuka luas sehingga hasilnya melimpah ruah. Orang kerja kampung pun dah mampu pakai wira dan kancil. Saya pernah terbaca sepotong ayat dari Al Quran yang maksudnya “bahawa Iblis itu menakut nakutkan kamu dengan kemiskinan”

    Reply

    ANAK MALAYSIA Reply:

    sdr botak chai…..jika tak diulang….manusia seperti kita ni mudah lupa sejarah hitam dan manis yang lalu….akibatnya generasi muda kita hari ini tak tau apa yang kita pernah lalui semasa gawat ekonomi 1997/98…..kena ingat tu apa pesanan TDM(walaupun saya benci kat dia),beliau kata rakyat kita mesti rujuk balik sejarah lepas……

    Reply

    suara rakyat Reply:

    alangkah malangnya botak chai org kaya yg hanya terbaca sahaja Al-quran, patut la jahil tentang isinya subhanallah….,buka lah Al-quran selalu ya….biasalah org dah kaya….

    Reply

    ? Reply:

    KO DAH BOTAK TENTU PASAI MASAALAH KEWANGAN YG MERUNCING, KINI TERPAKSA MENYARA HIDUP SBG BALACI REJIM UMNO KORUP… ALAHAI MACAI CHAI..!

    Reply

    pendekar melayu Reply:

    memang org kampung dh pakai wira dan kancil tp itu pun secondhand silap ari bulan trdhand itu pun ikat ngan bank 9 tahun…kejab bayar kejab tidak…bangsa lain dah pakai keta apa pulak…yg terbaru..dari segi ekonomi org melayu masih jauh tertinggal….duit tu memang ada tapi kuasa beli ta;kde…dapat gaji bayar hutang aje…betul rezeki allah tentu kan…utk semua penduduk muka bumi….nak dapat kena usaha bodoh bukan boleh dtg bergolek…walaupun kerajaan dh umum mini bujet tp masih belum ada tanda ekonomi nk pulih lg….cakap memang senang pintu rezekinya terbuka luas sehingga hasilnya melimpah ruah…tp pelaksanaan cam mana pulak….adakah DEB telah tercapai….berapa melayu yg masuk tv3 dlm rancangan bersamamu,,,,baru ketua kampung dan YB umno turun…mentang2 u dah senang u cakap “bahawa Iblis itu menakut nakutkan kamu dengan kemiskinan”. pernah tak u berusaha membantu org2 susah dan miskin lg papa kedana…dah 50 thn bn memerintah masih ramai lg org miskin…bila time mengundi baru cari org2 susah dan miskin suruh undi mereka lepas menang nak jumpa pun payah…mcm biskut kejab ada kejab takde….lg senang nk jumpa man belon raja lawak,,,apa bn buat dalam membantu pekerja sektor industry…yg terjejas teruk…takde apa pun malah dalam setiap kali belanjawan takde pun utk kakitangan swasta…lu fikir le bila2 tiba kena buang keje…malah MTUC buat tuntutan gaji minima pun kerajaan x hiraukan…ada yg keje kilang dgn gaji rm350 sebulan lg pd tahun 2009 nee…awk pernah ambik tahu ke…mana janji bn nk bela org2 mcm ne,,,dah 50 tahun tunggu…yg kaya kroni2 mereka dan yg kakitangan kerajaan…jgn le awk bangga Orang kerja kampung pun dah mampu pakai wira dan kancil…org lain dah pakai toyota wish bodoh…pendapatan isirumah minima rm5000 sebulan…mana bukti awk cakap ekonomi kita bagus takde….memang kita lahir di negara yang subur dan makmur itu semua org tahu..tp adakah pengagihan ekonomi menyeluruh kpd semua….pegi tgk kt kampung berapa ramai org susah yg perlukan bantuan…saya menyokong penuh anwar ibrahim dgn agenda nyer drpd menderita selama 50 thun sudah….

    Reply

    pendekar melayu Reply:

    botak chai baca komen saya tentang pendapat awk

    Reply

    Muhammad Reply:

    Ini lagi sekor Cina mempermainkan ayat Quran. Nama yang emak ayah bagi tu dak cukup cantik. Kenapa guna nama cina???

    Reply

    Malim_Deraman Reply:

    sekurang-kurangnya ada gak negara panggil DSAI bincang masalah ekonomi..sbb pa depa xpanggil Najib?sbb taik songlap duit..mana la dia ada idea nk bg pulih ekonomi..bg runtuh ekonomi lagi ada la..MECD pn dia mansuh..org yg mintak loan bwh MECD pn jenuh tunggu..apatah lagi dgn skrg xdk MECD..lagi lambat la..mklum la reja menteri lagi byk..byk la alasannya..xdk duit cakap ja..jgn duk canang ada peruntukan juta2 nk tlg usahawan bumiputera..padahai mintak haram xdpt..bodo botak chai..hg xtau pa hg p blah la..aku dh melaluinya aku tau la..sbb tu aku nk tgk kerajaan pakatan rakyat perintah pulak..nk tgk depa leh bantu rakyat ka dak..yg 2 baru betoi..ni PR xperintah..duk kata mcm2 kat depa..bodo hg ni

    Reply

    sufferfly Reply:

    heheheeeeee..
    “bahawa Iblis itu menakut nakutkan kamu dengan kemiskinan”

    ayat ni sesuai ko bagi kat AMNO aka dacing karat (la ni mini market pon dok pakai timbang digital dah)…….
    sesikit PEMBANGUNAN
    sesikit PEMBANGUNAN
    sesikit PEMBANGUNAN
    takdak dacing karat tarak sekolah
    takdak dacing karat tarak sepital
    takdak dacing karat tarak kerja
    takdak dacing karat tarak subsidi
    sesuai bebona ayat tuuu..

    ayoooo botak lu tafsir Quran macam sepotong kek je…
    surah aper?
    ayat keberapa?
    untuk golongan mana diturunkan ayat tu?
    hari aper?
    keadaan/suasana maser turun ayat tu cam ner tgh perang ker/mase perang ke/tgh aman ke?

    lu main potong paste untuk orang yg ko nak sesuka hati botak jer…

    mahadey jumper ketua pop ko nak kasi ayat camner lak?????
    najib bini tak pakai tudung ko nak potong & paste ayat aper lak????
    zahid g kempen ader amoi nyanyiii seksi ko nak bagi ayat aper lagi???

    ni mesti anak murid astora ni…
    “makan katak pon bole”
    hehheeeee…

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    botak chai,

    bagi tahu kat iblis kami rakyat malaysia tak takut miskin harta yang kita takut miskin jiwa sebagai mana ada pada UMNO.apa makna kaya harta tetapi miskin jiwa. sabda Nabi ” orang yang kaya adalah walau pun sedikit tetapi cukup , orang yang miskin itu kaya raya tetapi berasa tak cukup” walau pun harta megunung dengan AP kak pidah,Permit menbawa Pendatang asing ditangan,Lot Balak,tender terus,rasuah atau dalam erti kata lain politik wang,tanah anugerah ini semua budaya UMNO, jadi jelas iblis telah menawan hati ahli UMNO bahawa telah berjaya nenakutkan apa itu miskin sebab itu mereka ahli berlumba lumba untuk menjadi kaya. biar kita miskin harta asalkan jangan miskin jiwa harta bukan di bawa mati. Pantun bahasa malaysia!! pisang emas di bawa berlayar masak sebijik didalam peti hutang emas boleh di bayar hutang budi ku bawa mati. disini jelas harta boleh di bayar tetapi budi dan jiwa jua di bawa mati. ini lah masalahnya bila UMNO utamakan BI!!!!! orang melayu dah tak suka berpantun dan ada melayu yang tak tahu berpantun pada masa hadapan jika Bi diutamakan sejarah telah terbukti yang mana ramai melayu dah tidak tahu baca jawi!! ini semua salah UMNO ini semau kerja Pak menteri UMNO yang bernama Khir Johari bekas menteri Pelajaran Malaysia.jelas yang ounah kana melayu itu adalah UMNO ini bukan omongan kosong ini adalah sejarah jika UMNo terus kan budaya memunah kan BM maka ada kemungkinan melayu akan datang senasib dengan melayu Cape Town, hanya bergelar bangsa melayu tetapi bahasa dah pupus.

    Reply

    kulup amrin Reply:

    Hari perkerja kini agak muram kerana ramai perkerja telah di buang kerja VSS,MSS,dan sebagainya ada yang di beri 3bulan gaji ada yang di beri 6 bulan gaji walau pun dah khidmat lebih 10 tahun, nanpak nya Jabatan buruh pejamkan mata sahaja dalam soal ini , banyak syarikat bermaharajalela menbuang ikut sesuka hati mereka tampa pantawan oleh pihak berkuasa. apa dah jadi dengan UMNO ini mereka pejamkan mata walau pun ada perkerja yang di tindas dalam soal pembuangan perkerja. dengan ini saya tidak sambut hari perkerja kerana saya telah di berhentikan kerja.

    Reply

    dulukini Reply:

    Alahai botak chai,
    kenapalah engko bendol sangat. sekiranya kita tak berubah cam mane
    ekonomi nak berubah. mmg rezeki merimpah ruah tapi sekiranya disia-sia oleh puak BN tu nanti
    akan kehabisan juga. tak payahlah nak cerita orang kampung pakai wira or kancil ko kena tgk
    masih ramai lagi yang miskin ada kat Malaysia wpun bumi kita kaya ngok.

    Reply

    danish Reply:

    Memang ayat BN dah tertanam dalam otak dia ni. Bila ekonomi negara meleset salahkan ekonomi dunia merudum tapi bila ekonomi negara meningkat kata sebab langkah kerajaan yang bijak tak sebut pun pasal ekonomi dunia meningkat. Memang rezeki dijamin oleh Allah tapi kalau tak berusaha dan tidak merancang dan mengatur dengan baik rezeki yang dah dekat mulut pun boleh terlepas. Kita tidak takut menjadi miskin tetapi ramai yang menjadi kufur kerana kemiskinan. Memang betul orang kerja kampung pun dah pakai wira dan kancil (second hand) tapi ketua cawangan UMNO pakai Mercedes (dapat kontrak tebas parit). Beri belia kampung bola takraw sebiji dia sapu peruntukan.

    Reply

    tebuhitam Reply:

    Gua setuju dgn lu botak chai.
    Sekarang berbagai usaha di buat kerajaan utk mengawal keadaan ekonomi.Tenaga di gembeling untuk keutamaan seluruh rakyat malaysia tak kira bangsa.
    Kesan ekonomi sekarang dirasai oleh seluruh dunia.Artikel yg diberikan seolah-olah Malaysia sahaja yang mengalami kesan ekonomi tidak menentu.Negara maju pun hampir lumpuh akibat kesan ini.
    Jangan memperbodohkan rakyat dengan membuat artikel2 yang memperlekehkan kerajaan.Semua rakyat dah tahu situasi sebenar dalam negara.Rakyat tahu kerajan buat kerja atau tidak.
    Hanya orang yg bodoh sahaja percaya artikel diatas.

    Fikirkan dan renungkan.

    Reply

    Minah kepo Reply:

    Aduh botak chai,

    Jangan hanya membaca sepotong ayat saja tetapi ingatlah bahawa tidak tertolak qada dan qadar melainkan usaha dan doa. Kalau hanya nak kata rezeki hanya di jamin oleh Allah tak boleh jua bulat bulat berserah. Gunakanlah akal dan fikiran yang dikurniakan oleh Allah untuk berusaha dan tidaklah kita sekali-sekali hanya berserah pada takdir.

    idup anuar

    Reply

    botak chin Reply:

    aku sokong ko botak…suasana skrg ni bukan malaysian economic recession tapi global economic recession. jadi 1 dunia menghadapi kelembaban ekonomi. Pak nuar ini dari dulu aku tengok asyik bercakap…berhujah..berpidato jer keje dia bukannya nak membantu pemulihan ekonomi. Yang dia tau nak jadi PM….jerrr apa dia ingat pidato dia tu leh buat perut kenyang ke….

    Reply

    mimi Reply:

    Salam…
    Hai bro botak chai main kasar nampak….

    Reply

    rempit Reply:

    Syaitan menjanjikan ( menakut – nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat jahat (bakhil)maksud ayat 268 surah al baqarah….

    kethuilah bahawa cinta kepada harta itu kerana dua sebab
    1) Kesukaannya bersenang lenang
    2) memang dah cinta dgn harta tersbut senang citer bakhil..

    Reply

    world-mawi Reply:

    Anwar, jgn la asyik nak umpan org dgn kata2 manis. dah byk sgt dah la woi….aku rela sokong pas dari PKR parti x guna. semua bende nak dipolitikkan..
    nie nak tanyer….awak selalau keluar negera ,seminar sana seminar sini, lawat sana , lawat sini, ceramah sana ceramah sini, mana hang dapat duit nak bayar tmbang dan hotel tue? Takkan semua negara luar sponsor kot…malu la woi kalau org nak percaya.
    Hang ni mmg kaya la….nie yg Nurul anak hang tu buat kerje ke x, jadi Mp mkn gaji buta,,,,ada ke die lawat penduduk? tu la..dok asyik kutuk, kutuk, negeri bawah PKR tang tu jugak….tu tgk kat s alam, makin byk jln berlubang..khalid dok besarkan perut jer. Pengundi akan tanyer ‘what can u do for the people? itu yg org nak tgk bukan nak tgk drama kau. KAU SENDIDRI KATA RAKYAT X BODOH…so.. u tgk la nanti…maybe Pas akan lebih menyinar dari PKr.

    Reply

  5. 5 c May 1st, 2009 at 7:24 am

    keje kuat smpai 1 badan sakit…end of the day hampehhhh..nak mkan pon kene pikir 2, 3 kali..aiyoooo mana kitorang x pilih keje hehehe…

    Reply

    tebuhitam Reply:

    kerja yang baik akan mendapat rezeki yg berkat.
    Jadi sentiasa kita bersyukur diatas segala nikmat yg tak terhingga diberikan.
    Malaysia adalah negara yang terbaik dan subur lagi aman dan makmur.
    Kalau tak mengapa rakyat negara luar datang mencari sesuap nasi disini.
    Syukur…
    Alhamdilillah…

    Reply

  6. 6 toytian May 1st, 2009 at 7:39 am

    Ayuh bangun-bangun-bangun cari ilmu, maklumat, berita, news celikkan minda kita.

    Reply

  7. 7 humaira May 1st, 2009 at 1:04 pm

    Wahai botak chai,

    Itu sebab kita perlu org macam Dato Seri Anwar..seorang pakar ekonomi yg diiktiraf antarabangsa utk mengurus ekonomi negara kita ni. Kalau tak, lama-lama nanti Allah akan tarik balik kesuburan dan kemakmuran negara kita ni angkara pemimpin yang tamak haloba dan pelahab macam Abu Lahab..

    Reply

    botak chin Reply:

    alo humaira…mana ko tau sheikh makkal sakti tu pakar ekonomi? krisis 97 apa dia buat? naikkan BLR? ikut telunjuk barat….berapa ramai yang kantoi bila NPL diturunkan kepada 3 bln daripada 6 bulan? berapa ramai yang tak mampu bayar loan bila dia naikkan BLR? SAPA yang kasi settle semua ni….TDM jugak yang settle dengan izin ALLAH. Thailand & Indon terpaksa pinjam IMF…bayar balik dengan bunga yang tinggi tapi Malaysia ada pinjam ke?

    Reply

  8. 8 Anak Nelayan May 1st, 2009 at 1:04 pm

    Dato’ Seri, Pastikan PR sudah bersedia dengan strategi yg ampuh dan jitu bagi menghadapi Sidang Dun Perak pada 07 Mei nanti seterusnya dapat membela rakyat dan pekerja secara keseluruhannya…

    Reply

  9. 9 ferdaus jaafar May 1st, 2009 at 3:43 pm

    woi…botak chai kau cari ..sekerat pun jadi le ayat quran yang menghalalkan judi,arak,pelacuran,rasuah.murtad dan berbagai lagi yang dihalalkan olih ammeno yang ko jilat tu..

    Reply

  10. 10 solonti May 1st, 2009 at 4:14 pm

    Saudara Anwar,

    Pesan kat Speaker Sivakumar kena pergi lebih awal ke DUN on May 7 (make sure ada security to protect him). Banyak road blocks for sure. Besar kemungkinan saja police nak sekat supaya Speaker Siva tak sempat sampai ke DUN dan diganti oleh deputy speaker.

    BN memang sanggup buat apa saja.

    Reply

  11. 11 salman May 1st, 2009 at 4:45 pm

    sepatutnya dinasihatkan kepada kerajaan negeri pimpinan PR supaya tolong org2 yg diberhentikan kerja..kat sini patut dipaparkan statistik berapa ramai yg dah diberhentikan sejak krisis ekonomi dan berapa ramai yg telah diambil bekerja semula di negeri2 pakatan…baru la betol..

    “Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan bn pimpinan umno. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!”

    Perubahan ape cik oii??perubahan supaya kau bole jadi PM??BN kalah??bukankah itu hanya cita2 politik kau dan gerombolan dalam Pakatan??ape kene mengena ngn nasib pekerja sekarang ni??

    sedarlah..bile dah menang..bekerja la utk rakyat..berapa ramai dah kene buang keje akibat dari kegagalan Amerika mengawal ekonomi mereka..nah sekarang akibat kecuaian dan kedangkalan mereka..satu dunia dihimpit muflis..kesian org2 yg dibuang kerja..nasib mereka entah ke mana..pemimpin2 yg kononnya memperjuangkan rakyat tak habis2 nak berpolitik termasuk la kau..tunjukla contoh yg baik…

    ini tak habis2 nak berpolitik sahaje…takkan nak tunggu kau jd PM baru nak bantu pekerja2 yg dibuang ni smua??

    Reply

  12. 12 ris.. May 1st, 2009 at 6:26 pm

    selamat hari Buruh…
    hidup DSAI..
    bekerja untuk berjaya..

    Reply

  13. 13 burn May 1st, 2009 at 6:54 pm

    slm datuk seri..
    saya cukup terkejut dan bimbang adun kite nie senang2 je letek jawatan..harap datuk seri dapat amek tindkaan yg sewajarnye..bimbang nanti kurang sokongan terhadap PR..
    teruskan perjuangan…pilihan raya seterusnye kite menang…tubuk=hkana kerajaan baru..insya allah…terima kasih

    Reply

  14. 14 hADIE May 1st, 2009 at 7:02 pm

    botak chai menulis “Kami tak risau pun kerana ekonomi kami dijamin oleh Allah.”

    ape maksudnya dijamin?
    apakah Malaysia akan kebal dari krisis ekonomi?
    kita tak perlu berusaha? tak perlu rasa bimbang?
    bak kata orang lama… rezeki turun dari langit?

    Reply

  15. 15 veryupset May 1st, 2009 at 8:44 pm

    We will always be “Labourers” as long as the powers-that-be are still in charge…!!!!!!!!!!! All these billions of ringgit that are comming out of the rakyat’s pocket are only “saving” their cronies……..!!!!!!!!!! I still wants to know the accounts & where the rakyat’s money has gone to…!!!!!! We have the rights as it is our money…………… What’s sooo……. great about Labour Day ??? We work & they spend our money !!!

    Reply

  16. 16 joe-kedah May 1st, 2009 at 9:07 pm

    Seruan dan cadangan datuk seri itu memang baik, keresahan kita akan berlaku kehilangan pekerjaan dikalangan puluhan ribu pekerja akan berlaku dan akan ujud penganggor terhormat. Disini persoalan yang timbul, saya lihat dan kenal pasti perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian.
    1. Ujudnya institusi pengajian tinggi swasta bagaikan cendawan tumbuh perlu dibuat kajian semula. Dalam perkara ini hanya kumpulan-kumpulan kroni saja yang untung, kadang-kadang pelajar keluaran mereka kualitinya tersangat rendah. Kaji balik berapa ratus ribu lepasan siswazah yang menjadi penganggor terhormat sekarang. Bukan mereka memilih kerja, tetapi tidak diberi peluang. Lihat saja negara india, lepasan master sepak kertas, jelmaan itu telah tiba kepada negara kita malaysia.
    2. Pekerja-pekerja sekarang telah ditindas sewenang-wenangnya terutama nya peringat swasta. Apa yang disarankan oleh kumpulan kesatuan sekerja dibawah naungan MTUC perlu diberi perhatian yang serius. Dipihak pekerja awam pula sekarang pengambilannya dilakukan mesti ada orang dalam yakni, abang, kakak, bapa saudara, sepupu, piut miut semuanya mesti dihapuskan. setiap borang permohonan perjawatan perlu dianalisa kaitan dengan orang dalam, hapuskan kronisma.
    3. Sikap pak pak menteri yang dilantik oleh kerajaan rakyat itu perlu lebih serius mengambil berat, jangan hanya nak gaji menteri saja tapi kerja perlaksanaan tidak dibuat. kawan saya kata, pak menteri macam tu bersepah dilorong haji taib chow kit road.
    4. Pegawaix yang diberi amanah mesti laksanakan tugas dengan jujur dan tegas.
    kalau inilah perinsipnya akan aman lah malaysia.

    Reply

  17. 17 Faizal May 1st, 2009 at 10:22 pm

    Hari pekerja pun kena kerja ni boss..

    Reply

  18. 18 Jay May 1st, 2009 at 11:46 pm

    WAHAI PEKERJA SELURUH DUNIA…BERSATULAH ! ! !

    Reply

  19. 19 shamrock May 2nd, 2009 at 12:44 am

    To Datuk Anwar Ibrahim,

    I have been reading your blog for a while now and I found it quite interesting and informative. Nevertheless, I also notice that most of your entries consist mainly of rhetoric against the UMNO-led government, your busy schedule, your disagreement with the national policies etc etc.

    This is of course desirable for certain cases but too much of those make the reading experience not as pleasant and boring.

    I am confident that you are as intellectual as any other top leaders in the world, that is why I have been waiting eagerly for you to put something of more ‘substance’ in your blog, something worth reading and something that not only engage with your readers academically but also make us think!

    For example, I am a frequent visitor to Dr. Mahathir’s blog, not because I’m the biggest fan of him or because I agree with all his writings, but because his blog is full of intellectual discussions, full of information, insights, strategies and relevant topics.

    Therefore, I think it is worthwhile for you to spend sometime and start producing writings that are more engaging and intellectual. Poems and literature are fine for me but again, we need to hear more from other perspectives. Thank you!

    Regards,
    Shamrock

    Reply

  20. 20 Dairi AMK JOHOR May 2nd, 2009 at 8:34 am

    Ia bukan sekadar populariti atau protes. Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) memperlihatkan gabungan fakta dan penindasan pengurusan FELDA terhadap peneroka dan genarasinya.
    Bukan kerana warga FELDA sekitar 20% pengundi di Malaysia menyebabkan ANAK meraung sana-sini. Jika wang caruman peneroka , hak wang tanaman semula , wang/saham tabungan koperasi, pengaihan tanah poket dan sebagainya tidak diuruskan secara saksama.
    Ketirisan juga dilihat dengan jelas pada pengurusan Felda .
    Kami tidak kecewa buku ” Dulu Tolong, Sekarang Along ” dibakar dihadapan wartawan dan dimajlis rasmi BN-Umno. Fakta dan angka mereka tidak boleh terpadam begitu sahaja. Keadilan pasti kami tuntut sebagai warga tulen Felda.
    Esok akan berlangsung Seminar Masadepan Generasi Peneroka Felda di Segamat. ANAK akan memberi penjelasan dan berdiskusi permasalahan yang berlaku terdahulu, sekarang dan akan datang dari sudut umum, perakuanan, perundangan dan hak.
    Semua warga Felda dan pemerhati termasuk wartawan dipelawa hadir dengan yuran kehadiran hanya RM10.00.

    Hubungi :
    Zabidi Abas
    Setiausaha Kehormat ANAK
    Merangkap Ketua AMK Johor
    019 – 7654699

    Dicatat oleh Dairi AMK Johor

    Reply

  21. 21 obiwan. May 2nd, 2009 at 9:22 am

    Botak chai… ko ni cuba fikir mcm mn ko leh pilih nama botak chai.. tu lebih bagus dari ko dok pertikai benda len..hehehe… akai jenoh

    Reply

  22. 22 Faizal May 2nd, 2009 at 1:11 pm

    Salam sejahtera.

    kita rakyat malaysia mesti bersatu padu. Buat apa PAS pun kata nak bertanding. PKR pun nak bertanding.
    Anwar perlu teliti kalau wakil mereka macam budak Fairuz itu lari dari tanggungjawab, siapa yang tanggungjawab? Kan rugi duit dan masa rakyat?
    Fairus dengan angkuh sekarang kata dia tidak bersalah dan akan balik kat politik selepas balik dari melanjutkan pelajaran. Dan PKR setuju dan tepuk tangan!

    Lepas itu, bila orang suruh SPR teliti cadangan kenakan penalti terhadap wakil rakyat yang berhenti tanpa sebab munasabah, geng Pakatan, seperti Lim Kit Siang dan Faris Musa (timblan AMK) kata Dato’ Mukhriz (timbalan menteri MITI) dan Tan Keng Liang (ketua pemuda gerakan kedah) yang keluarkan cadangan penalti terhadap orang yang tidak bertanggungjawab sebagai kenyataan daripada orang “tidak berakal”. Lihat kat:-

    http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/04/4408

    http://blog.limkitsiang.com/2009/04/21/why-there-should-be-by-elections-in-the-three-state-assembly-seats-of-jelapang-behrang-and-changkat-jering-in-perak-and-the-parliamentary-seat-of-kulai/

    Reply

  23. 23 mcm May 2nd, 2009 at 7:01 pm

    Betul ke tu..asyik2 kutuk-mengutuk je..

    Reply

  24. 24 Manusia Melayu May 2nd, 2009 at 7:20 pm

    Rezeki sememangnya ada dimana-mana. Persoalannya mengapa ada golongan miskin, susah dan memerlukan bantuan jika seperti yang diperkatakan negara ini adalah hebat dan subur? Sebenarnya golongan miskin, fakir dan susah terbit sejak dari zaman dahulu lagi sehingga sekarang ia merupakan norma kehidupan dalam dunia ini. Bahkan negara besar dan hebat seperti Amerika Syrikat juga tidak ketinggalan mempunyai golongan miskin. Mengapa miskin? kerana penganguran, sumber ekonomi yang terhad, negara yang kucar kacir/x stabil, dan mind set tentang nilai harta benda oleh rakyat. Sememangnya kita lebih beruntung berbanding negara2 lain seperti Myanmar, Bangladesh dan lain negara yang teramat miskin yang ada dimuka bumi ini. Fikiran melayu: cukup dengan apa yang ada, asalkan aku mampu dan hidup selesa contoh boleh beli kereta kancil, kerja dalam kerajaan dah selamat. Tidakah mahu melihat dan memikirkan tahun-tahun akan datang dan kepentingan negara? Punca inilah kerajaan Melaka runtuh. Kesilapan utama masyarakat melayu adalah suka mengambil kesempatan mudah dan akhirnya memakan diri. Bidalan “Kau tidak sokong aku kau tidak akan diberikan faedah kerana aku berkuasa”, bidalan seperti ini banyak berlaku dalam masyarakat melayu sejak dahulu. Kerja merupakan ibadat yang dituntut dalam Islam, kerja untuk mencari nafkah. Bukan semua orang boleh bernasib baik dan hidup kaya mahupun selesa. Bukan kerana tidak berusaha tetapi hakikatnya sudah ditentukan begitu. Walaubagaimana pun tuntutan untuk berusaha adalah kewajiban. Orang kaya pun boleh hidup merempat jika tiba-tiba menjadi miskin, Orang miskin boleh menjadi hartawan besar jika betul tempatnya. W’alam bekerjalah untuk memcari nafkah.

    Reply

  25. 25 Admin May 3rd, 2009 at 1:31 am

    Kami dari dayakbaru.com mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua rakyat Malaysia. Mari kita menjayakan sebuah Negara Malaysia iya bebas dari segala gejalah RASUAH!

    KITA MESTI BERUBAH!

    http://www.dayakbaru.com

    Reply

  26. 26 walAp DR GRAmmAR May 3rd, 2009 at 1:38 am

    Salah pnggunaan pkataan IANYA dalm ucapn diats td……..MINx PIhak PEnulis TLong Btulkn…….

    hoho….

    DSAi….U r LEADER 4 future Generation…keep it up…

    Reply

  27. 27 Tuan Cobra May 3rd, 2009 at 1:36 pm

    Sdra BOTAK CHAI saya perhatikan anda adalah seorang Muslim yang berpengetahuan dalam Agama Islam dan Penyokong UMNO yang bencikan DSAI, Sebagai orang yang berpendidikan dan berahlak tinggi anda melepasakan Tulisan anda biarlah beradap dan punya Pancasila, Memgutuk dan membenci sesama adalah berdosa juga d segia Ajaran agama kita. Kenapalah Fikiran anda tidak terjurus komen yang d tulis oleh DSAI? Kelemahan Ekonomi sesebuah Negara itu memang tidak dapat d Nafikan juga kerana ada Impak kegawatan Ekonomi Dunia tetapi kalo Negara kita punya Produk2 yang First Class pastinya KEGAWATAN Ekonomi bukanlah satu soal yang Membingungkan Pemimpin,Rakyat dan Peniaga….Siapakah yang bisa mencanangkan benda ni? Mereka adalah Pemimpin Negara……..Bukan seperti anda yang hanya tahu Menujah telunjuk keorang lain…..Ingatlah pada diri kita sendiri, Kita ni hanya menumpang D Dunia yang hanya sementara saja…..

    Reply

  28. 28 JR Tey May 3rd, 2009 at 6:08 pm

    Dear datuk seri,

    For the very first thing, i’m happy that u realize the fact that our nation’s unemploybility reaches 4.5%. I has been increasing if compare to 2008, 4.5%. However, what do u think our leaders should do?

    Do you think leaders should have focus more on restrenghten our economy instead of playing political game?

    To gain popularity or fight for the need of nation, which one would you choose, datuk?

    Do you think that these series of by- elections wasted so much of nations money???

    Reply

  29. 29 YTMZ May 3rd, 2009 at 7:02 pm

    Salam,

    Selamat Hari Buruh kepada semua yang bergelar pekerja.

    Sempena Hari Buruh ini, saya teringat betapa pentingnya kita sebagai buruh, saling hormat menghormati teman-teman kita yang jugak buruh di tempat kerja.

    Awak buruh, saya buruh. Saya buruh, Auntie pun buruh. Auntie buruh, Bos atas pun buruh. Kalau dia bukan buruh, dia tak cuti ini hari. Yang kerja ini hari ni pun dapat bawak cuti ke depan.

    Semangat hormat sesama buruh ini kadang-kadang pudar akibat dari kelekaan kita. Di tempat kerja saya, ada seorang makcik India, saya panggil Auntie. Auntie ni ruang tugasnya, membersihkan kawasan tempat kerja. Ada teman-teman buruh kita yang sedikit terlupa, mungkin sebab dah terlebih mesra, melayan Auntie ini dengan kurang adab. Menegur Auntie dengan kasar. Hal berlanjutan sehingga terpaksa dinasihat Penyelia.

    Saya jugak seorang buruh, hal ini tak patut jadi. Kalau ini jadi kepada keluarga kita, apa kita rasa? Mungkin ada yang kena bedok. Memang Auntie mungkin tak akan bercerita kepada anak-anaknya tentang layanan orang di tempat kerja, tapi tidak hormat sekali buruh-buruh lain kepada Auntie ini sangat tidak patut. Apa salah bersembang elok? Auntie tu bersihkan lantai bawah kaki awak ni. Yang awak berlagak sangat apa pasal? Sedar diri la awak tu pun buruh jugak. Kita ni sama-sama buruh. Hormati sesama kita sudah. Hormat Auntie itu tadi mengikut umurnya. Auntie tu kan Makcik. Kalau orang cakap kasar dengan Mak kamu apa kamu rasa? Tak sempat pejam mata dah lunyai barangkali kamu kerjakan orang itu.

    Jadi sempena Hari Buruh ini, semangat hormat menghormati sesama kita patut disedarkan kembali. Tak luak pun duit bank kalau cakap baik-baik. Tak kena hina pun kalau senyum sesama kita. Siapa kita ni? Habuk pun tarak.

    Selamat Hari Buruh.

    Selamat Hari Raya Hari Jumaat.

    Salam,
    YASIR TAMIZI

    Reply

  30. 30 PEKERJA_STRESS May 4th, 2009 at 4:12 pm

    TERIMA KASIH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YANG DISAYANGI…

    SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2009 TETAPI PERSOALANNYA ADAKAH SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA KAKITANGAN KONTRAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI SUK DAN DAERAH2 KERANA URA-URA KEDENGARAN KONTRAK LEBIH 500 KAKITANGAN INI AKAN DIBERHENTIKAN PADA TAHUN HADAPAN???

    HARAP DATUK SERI SEDIA MAKLUM PERKARA INI MEMANDANGKAN SELANGOR DITADBIR OLEH PAKATAN RAKYAT…
    JUGA KEBANYAKAN PEKERJA INI TELAH LAMA BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN JUGA TELAH BERKELUARGA..MEREKA BEKERJA DENGAN IKHLAS MENCARI REZEKI DAN SETIA KEPADA MAJIKAN (KERAJAAN PR) WALAUPUN TIDAK DAPAT KEISTIMEWAAN SEPENUHNYA SEPERTI YANG DI TERIMA OLEH PEKERJA BERSTATUS TETAP…KINI HIDUP PEKERJA INI SENTIASA TERTEKAN DAN GELISAH MENGENANGKAN NASIB MEREKA.SEKIRANYA TERJADI PENAMATAN KONTRAK MERAKA, MAKA MEREKA AKAN TERKESAN DENGAN KEGAWATAN EKONOMI YANG MELANDA SEKARANG.INI SESUATU KEDUKAAN BAGI GOLONGAN PEKERJA SELURUHNYA…

    BESARLAH PENGHARAPAN AGAR DATUK SERI MENIMBANGKAN CARA TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH INI SEPERTI PENYERAPAN SECARA TETAP KEPADA KAKITANGAN INI BERDASARKAN KELAYAKAN TERTENTU…SIAPA LAGI YANG AKAN MEMBELA NASIB GOLONGAN INI MELAINKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.HANYA UNTUK RAKYAT..SEDANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG MEMERINTAH LEBIH 50 TAHUN TIDAK PERNAH BERBUAT DEMIKIAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA INI…..

    MOHON DATUK SERI USULKAN PERKARA INI KEPADA YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM DEMI MEMARTABATKAN GOLONGAN PEKERJA SEKTOR AWAM UNTUK BERSATU MENCETUSKAN PERUBAHAN MEMAJUKAN NEGERI SELANGOR SEKALIGUS MENGANGKAT KERAJAAN PAKATAN RAKYAT CONTOH KERAJAAN TERBAIK DI MALAYSIA…

    -HANYA KEPADA DATUK SERI KAMI MENGADU, SELEBIHNYA KAMI BERSERAH DAN BERGANTUNG HARAP KEPADA ALLAH S.W.T-

    -HIDUP KERAJAAN PAKATAN RAKYAT-

    TERIMA KASIH…..

    YANG BENAR,
    PEKERJA STRESS

    Reply

  31. 31 sss May 4th, 2009 at 4:58 pm

    dsai tq

    Reply

  32. 32 ILHAM May 5th, 2009 at 1:29 pm

    ALAHAI MODERATOR, ITU BARU PRELUDE BELUM NOW SHOWING LAGI, PUN TAK MAU KELUARKAN KOMEN SAYA.

    TAK GENTELMEN LAH AWAK NI, SAYA AGAK JANGAN AWAK NI MACAM ANWAR, MEMBER “PINK” TAK.

    Reply

    ? Reply:

    belah ke neraka jahanam la ilHAMLAU!

    Reply

  33. 33 ILHAM May 5th, 2009 at 1:34 pm

    BERITA TERKINI
    ==============
    TAJUK : RANCANGAN “SERAM”
    A PRELUDE TO 21 – 24.07. 2009 AND PRELUDE TO SUNGAI BULOH
    =================================================================

    TIBA NYA 21.07.2009, ANWAR AKAN GUNAKAN ALASAN SAKIT PINGGANG INI UNTUK MENDAPAT KAN SIMPATI MASYARAKAT MALAYSIA DAN ANTARABANGSA APA BILA DIA BI-BICARAKAN NANTI ATAS TUDUHAN LIWAT.
    DIA AKAN GUNAKAN GAMBAR SERTA BERITA-BERITA INI UNTUK MEMPERPANJANGKAN PERBICARAAN KES LIWAT INI.
    DIA AKAN BERMOHON KEPADA MAHKAMAH UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN MAHKAMAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI-GERMAN DAN LAIN LAIN LAGI ALASAN.

    INI JUGA AKAN DI-GUNAKAN SEBAGAI ALASAN YANG DIA TIDAK BOLEH TIDUR DI-ATAS LANTAI APABILA DI-MASUKAN KE PENJARA KELAK DAN AKAN MINTA PIHAK PENJARA UNTUK MENYEDIAKAN DIA KATIL DAN TILAM YANG EMPUK BUAT DIA SAJA.

    BUKAN ITU SAJA, DIA AKAN MEMOHON PADA PIHAK PENJARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SUSUSLAN KE-GERMAN KERAN SAKIT LAMA KEMBALI LAGI DAN MEMINTA BANTUAN “KRONI”
    DIA DI LUAR NEGARA UNTUK MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA AGAR MEMENUHI PERMINTAAN ANWAR ATAS DASAR PERIKEMANUSIAAN.

    SI-PEMBOHONG INI INGAT ORANG TAK DAPAT BACA DIA PUNYA PERANCANGAN LICIK INI.

    TAK PERCAYA KITA TUNGGU DAN LIHAT WAYANG INI PADA 01.07.2009 – 24.07.2009.

    24.07.2009, ENGKAU AKAN DI-CAMPAKAN KE DALAM SUNGAI BULOH BUAT SUATU WAKTU YANG PANJANG DAN KETIKA ITU ENGKAU AKAN DI-NYAH DAN DI-KUTUK OLEH AHLI KELUARGA ENGAKU SENDIRI KERANA MEMBAWA AIB PADA ANAK ISTERI ENGKAU.

    PADAN MUKA ENGKAU BINATANG.

    Reply

  34. 34 G mampos anwar May 5th, 2009 at 5:52 pm

    Tapi hakikatnye para penyokong pembangkang sume terkejar2 nak kerja dgn kerajaan…anwar pon buruh tp penyokong dia yg dipergunakan semua x sdr…anwar hanya berpolitik utk kepentingan dia….pakar ekonomi konon, padahal dulu anwar la yg setuju nak ambil tawaran imf…cakap bolela anwar….tp buat hampeh

    Reply

  35. 35 kritis May 6th, 2009 at 2:29 am

    tak payah lah nak menakut-nakutkan rakyat dengan kegawatan ekonomi. Alangkah baik sekiranya dsai memberi idea kepada masyarakat bagaimana nak meningkatkan ekonomi mereka dan negara!

    bukankah sikap menakutkan mereka itu suatu fikiran negatif dan sempit. bantu mereka dengan mencambahkan fikiran proaktif untuk mecapai kejayaan!!!
    pimpin mereka kearah kebaikan!!!

    dsai, jangan galakkan rakyat membenci antara satu sama lain.
    dsai, jangan galakkan rakyat mendatangkan masalah kepada negara.

    galakkan mereka agar bersikap terbuka dan lebih berperancangan!
    jangan jadikan rakyat jadi dungu yang hanya mengangguk dengan setiap kata-kata dsai.
    fikiran sebegitu lahir pada zaman jahiliah je.

    Reply

  36. 36 jawatan kosong May 1st, 2010 at 9:23 am

    Janganlah marah2x di hari pekerja ni.. mari tingkatkan terus kesejahteraan pekerja…

    Reply

  1. 1 KERAJAAN RAKYAT » Blog Archive » Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan Pingback on May 1st, 2009 at 10:29 am

Leave a Reply