Dari malaysiakini
Polis melepaskan beberapa siri tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang sedang mendengar ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Sumber PKR memberitahu Malaysiakini, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat penasihat PKR bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku tidak sampai lima minit selepas mantan timbalan perdana menteri memperkenalkan calon PKR bagi kawasan pilihanraya DUN itu kepada hadirin.
Difahamkan polis melepaskan tembakan gas itu dalam tempoh dua jam sehingga 11.30 malam ke arah kumpulan orang ramai.
Berikutan itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ceramah Anwar yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani terpaksa dibatalkan.
Sumber PKR itu menjangkakan lebih 50 orang – termasuk pemimpin kanan PKR negeri, peniaga pasar malam dan penduduk setempat ditangkap.
Pemimpin parti itu yang ditahan termasuklah senator Zamri Yusof, setiausaha negeri Hafiz Ali dan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob.
Selain kehadiran awal pasukan pencegah rusuhan FRU, polis juga dilaporkan mengadakan sekatan jalan raya menuju ke tempat ceramah.









Ini tidak merupakan cara yang bijak diperlakukan oleh pihak FRU & Polis!
Semuanya berkomplot mengipaskan ***tot pihak BN!
APA YANG JELAS SEKALI….penduduk Sungai Petani tetap akan memilik Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang akan datang.
Semua lapisan masyarakat (achi/nyonya/pakcik/apek/anneh) kesal dan marah dengan tindakan keterlaluan FRU yang mengambil undang2 ditangannya!
HIDUP PKR! HIDUP PAS! HIDUP DAP!
Makkal Sakthi! People’s Power!
Reply
tahniah dan terima kasih kepada fru atas tindakan mereka yang cekap dan pantas untuk menghalang pr dari terus memusnahkan malaysia
hanya bn yang mampu memajukan malaysia
hidup bn
Reply
Change 08 Reply:
March 24th, 2009 at 2:50 am
Assalamualikum ….
Sejarah dunia malah sejarah Malaysia membuktikan bahawa apabila pihak berkuasa menggunakan ppemerintahan secara kuku besi tanpa menghirau keluh kesah rakyat terbilang adalah menunjukkan bahawa pemerintah tersebut akan tumbang disuatu ketika nanti. Jika tidaktumbang dari segi pemerintahan sekalipun mereka sebenernya telah tumbang darisegi maruah, martabat serta akhlak sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat. Di mana-mana sahaja di dunia ini apabila rakyat bangkit untuk mempertahankan kepentingan mereka seperti yang pernah berlaku di Afrika Selatan bagaimana perjuangan Nelson Mandela membebaskan negaranya daripada dasar Aparteid yang menyebabkan tokoh dunia ini merengkuk puluhan tahun di penjara serta ratusan manusia terkorban. Tetapi hasil dari perjuangan serta kebangkitan rakyatlah yang membolehkan Afrika Selatan sekarang kembali aman damai dan sekurang-kurangnya telah mula mencapai kemajuan.
Malaysia sebenarnya telah menghadapi detik yang sama dari segi sejarahnya iaitu rakyat menentang penjajah. Tetapi malangnya sejarah kembali berulang di mana pemerintahan secara kuku besi dan ketidakadilan telah di pelopori kembali oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang ternyata sudah tidak mempunyai kredibiliti serta tidak diyakini oleh rakyat jelata kebanyakkannya. Ingatlah! Masyarakat dunia sedang memandang serta menilai negara kita. Sekilas pandang mereka sudah dapat menilai jantan betinanya ikan dilubuk tersebut. Janganlah terlalu sombong dan bongkak yang boleh mentadbir Malaysia ini hanyalah BN. Ingatlah disuatu masa dahulu saya juga adalah penyokong BN. Saya juga adalah penyumbang kepada pembangunan masyarakat di kawasan saya. Tetapi UMNO dan BN hari ini tidak sama seperti dahulu. Hala tuju serta corak pemerintahan sudah menyimpang jauh dari perjuangan asal. Maska, dengan itu bukan sebuah parti yang membentuk sesebuah pemerintahan, tetapi sebenarnya rakyatlah kekuatan kepada pemerintahan tersebut. Membujur lalu melintang patah, lawan tetap lawan jika ternyata mereka penderhaka kepada rakyat jelata. Biar putih tulang jangan putih mata, demi agama bangsa dan negara tercinta. Maka, saudara no name, bukan saya memusuhi sesiapa tetapi perlu menegakkan mana yang hak dan yang bathil.
Perjuangan hari ini menyingkap kembali perjuangan pahlawan-pahlawan negara. Pemimpin BN telah terlalu lama, terlalu alpa dan terlalu rakus dengan kesempatan yang telah diberi. Bukan parti politik itu yang bermasalah tetapi pemimpin yang menerajui parti tersebutlah harus ditentang habis-habisan. Perjuangan UMNO dan BN yang asal dahulunya amat bermakna untuk rakyat semua, tetapi sampai keperingkat generasi anak, cucu dan cicit pejuang terdahulu telah meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap mereka dek kerana kerakusan untuk memerintah serta mengumpul harta sehinnga untuk pengetahuan semua adik si Najib telah mencapai antara 40 orang terkaya di Malaysia dan antara yang termuda terkaya. Sedarlah semua wahai rakyat Malaysia.
Telah tiba masanya kita berjuang habis-habisan untuk kepentingan generasi anak, cucu cicit generasi seterusnya.
Berjuang demi untuk keredhoan Ilahi….amin
Reply
Bester Reply:
March 24th, 2009 at 7:37 pm
salam
rakyat yang bertamadun tentu dapat menilai kepimpinan yang memberi harapan dengan yang sebaliknya. Adalah sangat memilukan apabila rakyat yang hadir untuk memerhati dan mendengar kabar baik dihujain dengan gas dan air kemarahan dari pihak yang tidak berperkemanusiaan. Sedangkan saya dari jauh sangat terharu dengan berita itu inikan rakyat yang ditimpa malang itu. Semoga pengharapan itu akan menggantikan kekecewaan pada masa depan. Marilah berdoa untuk Malaysia Baru.
Reply
Ya, inilah maksud perubahan yang dikatakan oleh najib, harakah & suara keadilan kena gantung permit tanpa sebarang alasan, nak buat ceramah x bagi, demokrasi apa kita ni?
Reply
Shabas Saudara no name , dengan permikiran saudara, Malaysia akan bankrap lebih cepat.Hanya orang yang terancam akan berfikiran seperti hang.
Reply
Teruskan perjuanganmu DSAI….Kami sentiasa menyokong perjuangan membela rakyat.Anggaplah ini dugaan dari Allah untuk menguji kesabaran,ketabahan dan keimanan.Kemenangan berada dipihak yang benar…selamat berjuang PR.
Reply
Kempen baik oleh PR menambah undi calon PR dan kempen jahat oleh Be End menambah undi calon PR… kemenangan rakyat semakin nyata..mampuskan UMNO Be End
Reply
turunkanlah bala bencana tsunami dan kemalangan kereta…….UMNO memang SHIT
Reply
Sedih memikirkan layanan berbeza terhadap rakyat. Satu golongan mengikuti ceramah di tanah lapang dan sawah padi, berteman nyamuk dan serangga berbisa serta dibasahi hujan. Urusan permit disukarkan bahkan tidak diberi. Kawalan keselamatan di tempat ceramah diperketatkan dan rakyat ditakutkan. Satu golongan lagi berceramah di dewan berhawa dingin dan layanan keselamatan begitu lunak sekali. Kita tidak mungkin jadi negara hebat dengan minda dan layanan “double standard” begini.
Reply
1. Saya agak TIDAK bersetuju PDRM telah menggunakan kekerasan terhadap penyokong PAKATAN RAKYAT.
2. Saya juga TIDAK bersetuju dengan demonstrasi jalanan yang hanya akan membawa kebinasaan dan kerharmonian sejagat
3. Saya juga TIDAK bersetuju dengan cara pihak PAKATAN RAKYAT mempengaruhi rakyat untuk membenci kaum melayu.
4. Saya juga TIDAK bersetuju setengah ahli politik menggunakan landasan agama sebagai meraih kepentingan diri.
5. Saya juga TIDAK bersetuju setengah ulama baik dari pihak BN ataupun PAKATAN menggunakan ayat² al-quran sebagai untuk mempengaruh orang islam memperlekehkan mertabat agama Islam.
6. Saya ingin memberi pendapat terhadap BN & PAKATAN- seandainya diantara kedua-dua pihak yang memerintah- hentikan lah menggunakan AGAMA sebagai bahan politik. AGAMA harus dihindar daripada kencaman politik.
7. Saya bersetuju dengan setengah pendapat pihak Dato Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa faktor untuk menangani masalah ekonomi.
8. Saya juga bersependapat dengan idea² yg baik dihasilkan oleh pihak BN..
9. Saya TIDAK bersetuju dengan Politik Wang dan Rasuah
Reply
rakyat malaysia luar negara Reply:
March 24th, 2009 at 4:28 pm
Saudara Long John
Nampaknya semua anda tidak setuju. Tapi anda setuju tak Agama tu lah yang manjadi tulang belakang kehidupan manusia. Tanpa Agama Islam siapa lah kita insan di dunia.
Sedeh…………….
Reply
ANAK MALAYSIA Reply:
March 25th, 2009 at 5:32 am
tak kira ISLAM ATAU KRISTIAN…agamalah menjadi panduan dalam kehidupan seharian manusia d dunia…..
Reply
Taktik lama lagi BN nie pakai setiap kali menjelang pilihanraya….sebenarnya mereka dah tahu mereka akan kalah jadi mereka terpaksa guna apa cara sekalipun untuk menghalang kebangkitan rakyaat…..sandainya lepas nie ada kena ISA itu sudah dijangka terutama lepas pemilihan umno nie…
all parties in PR teruskan perjuangan anda….kami tetap menyokong dan bersama berjuang biar dari jauh sekalipun kita guna segala apa jua yang ada demi Rakyaat ( Dari Rakyaat untuk Rakyaat )
Reply
ini tak boleh, itu tak boleh…..apa lagi pilihanraya? kenapa perlu lagi undi? kenapa lagi bertanding? terus menang! lagi senang! rampas saja kuasa! apa nak jadi…kejam…
Reply
kasi haramkan suratkhabar keadilan dan harakah tidak selesaikan masalah tapi mereka akan cari lubang……
Reply
saya mengharapkan supaya be end jangan menggunakan kekerasan untuk menyuraikan sesuatu perhimpunan parti pembangkang kerana dengan berbuat demikian tanggapan masyarakat malaysia akan memandang benci dan menyampah terhadap kepimpinan be end.
buatlah satu pendekatan yang berhemah yang boleh menarik lebih ramai lagi masyarakat supaya mempercayai be end dan akan dapat meraih undi yang banyak dan bukanya dengan memporak perandakan parti pembangkang melalui media masa dan media cetak terutamanya melalui TV3.apabila TV3 menyiarkan tentang keburukan parti pembanngkang masyarakat akan lebih membenci terhadap kerajaan be end.ingatlah be end rakyat sudah muak dengan corak pemerintahan be end yang tamak dan rakus yang memerintah hanya menggunakan gimik dan pembohongan.budaya rasuah dibanggakan untuk untuk mendapat sesuatu jawatan.ini adalah kisah benar yang terjadi dalam pemilihan umno cawangan, bahagian dan pusat,sampai bila budaya ini akan terhapus.bagi saya umno be end sudah tida relevan maka saya mengajak sahabat-sahabat dalam umno supaya merapak sembah kepada parti pembangkang yg telah membetulkan tentang kesalahan dan kesilapan parti umno be end.syabas PAKATAN
Reply