23
Feb
09

Forum Mansuhkan PPSMI

TARIKH : 23 Februari 2009 (Isnin)

TEMPAT : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharajalela
WAKTU : 9.00 malam
AHLI PANEL :

  1. Anwar Ibrahim (Ketua Umum KeADILan)
  2. YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)
  3. Dato’ Hassan Ahmad, (Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI)
  4. Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden Teras)
  5. Dinsman (Presiden PAKSI)
  6. Ahmad Lutfi Othman (Pengarang Harakah)
  7. Wakil-Wakil NGO

74 Responses to “Forum Mansuhkan PPSMI”


  1. 1 Mohamad Taufan Mohamad Yassin Feb 23rd, 2009 at 9:55 am

    Jemputlah sekali Lim Kit Siang sebagai ahli panel.

    Reply

    jerai Reply:

    Peduli
    Posted on Wednesday, February 25 @ 01:30:00 MYT by Paktam
    Oleh Faisal Tehrani

    Saya r asa awak, tidak peduli.

    Pada 30 Oktober 1966, PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) telah menganjurkan Seminar Bahasa Kebangsaan. Ekoran itu satu rapat umum mencabar kejujuran Tunku Abdul Rahman melaksanakan bahasa kebangsaan dalam pemerintahan beliau telah dianjurkan.

    Awak pedulikah agaknya yang bahasa Melayu telah menjadi alat perhubungan dan pengucapan bermakna sejak zaman Kesultanan Melayu lagi. Francois Valentyn mencatitkan dalam bukunya Aud en Nieuw II Del V bahawa pada akhir abad 17 dan abad ke 18, bahasa Melayu adalah bahasa yang paling bermartabat di seluruh kota pelabuhan di kepulauan Melayu. Jika seseorang tidak mengetahui bahasa Melayu seolah-olah dia tidak mengerti apa-apa pun.

    Ya, tapi awak Melayu memang selalu berasa diri kecil, awak berasa dengan mengucapkan bahasa Inggeris misalnya, awak lebih berdarjat. Awak, tidak peduli. Awak akan buat pelbagai alasan untuk mengenepikan lidah bahasa bangsa.

    Bahasa Melayu telah mendapat perhatian luar biasa seawal tahun 1522. Ini bukan fakta main-main. Antonio Pigafetta, seorang pelayar berbangsa Itali dari Vicenta telah menyusun sebuah kamus kecil hasil penjelajahannya di laut Melayu selama tiga tahun. Kamus tersebut bernama Vokabell De Quedti Populi Mori. Pigafetta belayar bersama pelaut Barat yang tersohor si Ferdinand Magellan. Tentu, daftar kata Melayu itu hanya berjumlah 400 patah perkataan tetapi ia membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang agung dan perkasa hingga menggiurkan orang Barat.

    Catatan Jan Huyghen Van Linechotten yang pernah tinggal di Indonesia antara tahun-tahun 1586 hingga tahun 1592 pula membuktikan bahasa Melayu adalah bahasa yang bukan calang dihormati. Umpama yang dibuat untuk mereka yang tidak mengetahui bahasa Melayu pada waktu itu ialah ibarat orang Belanda yang bebal tidak tahu berbahasa Perancis di Eropah.

    Duhai agamawan, saya rasa awak tidak peduli bahawa orang Cina memanggil bahasa Melayu sebagai kun lun sementara orang India menggelar bahasa Melayu sebagai dwipantara. Bahasa Melayu adalah bahasa tamadun. Sejak zaman Seriwijaya lagi kedaulatan bahasa Melayu amat utuh tak digugat sama sekali. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa kuliah agama Buddha di sebuah pusat pengajian Seriwijaya zaman abad ketujuh. Ini dirakamkan oleh pendeta Cina I Tsing.

    Duhai ustaz dan ustazah yang tdak peduli, Ibnu Batuttah dalam Rihlah Ibnu Batuttah mencatat kesungguhan penghuni Perlak menggunakan bahasa Melayu untuk perkembangan agama Islam. Kedatangan Islam telah mengubah paksi keistimewaan bahasa Melayu dan mengangkatnya ke taraf yang paling wajar. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu. Sekolah-sekolah pengajian agama yang melata di Pattani sehingga membiaknya pesantren di Jawa atau pondok yang bercambahan di Kedah merata santak ke Acheh dengan pembukaan zawiyah demi zawiyah. Islam telah mengangkat bahasa Melayu dari sebuah bahasa pasar di pelabuhan, sebuah bahasa umum yang tiada kepentingan kepada sebuah bahasa yang menyatukan umat dan bahasa yang cermat digunakan sebagai akar hujah falsafah, debat pengajian dan buah fikiran manusia tamadun alam Melayu. Semua itu dikukuhkan dengan perkembangan tulisan Jawi.

    Ustaz kita tidak peduli kerana seingat saya, dahulu para ulama dan tokoh bahasa bahu membahu memperjuangkan bahasa Melayu. Tokoh bahasa termasuklah para ulama telah bertungkus lumus menulis kitab dalam bahasa Melayu lantas membantu penyebaran bahasa ini ke seluruh rantau. Kita perlu berterima kasih dengan Syeikh Abdur-Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Muhammad Zain al-Faqih Jalaluddin, Syeikh Muhammad Khatib, Mohd Yusoff Kenali, Syeikh Daud bin Abdullah dan ramai lagi kerana menolongkan perkembangan bahasa Melayu.

    Awak agaknya tidak peduli, awak tidak tahu sejarah. Jahil. Bahasa Melayu jangan dinafikan kebolehannya untuk menjadi bahasa pengantar dalam pendidikan kerana sejarah membuktikan tamadun Greek dan Roman dilanda strok mengejutkan setelah kemalapan bahasanya. Juga ingatan bahawa bahasa Sepanyol, Perancis dan Inggeris tersebar jauh kerana penerokaan dan penaklukan Barat.

    Awak mungkin ingat-ingat lupa yang satu dasar kebudayaan kebangsaan telah berhasil digubal untuk negara Malaysia dalam tahun 1971. Begitu berhasilnya perjuangan orang dulu, dari Bahasa Melayu kuno yang terdapat pada prasasti bertulisan Pallawa antara abad ketujuh dan sembilan; kedatangan Islam mencambahkan lagi kecemerlangan bahasa Melayu seperti dinukil oleh Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr al-Lahut. Jangan lupa pula Hikayat Raja Pasai yang dipercayai selesai dikarang tahun 1326, ia menunjukkan bahasa Melayu telah diterima pakai sebagai bahasa ilmu dan bahasa medium pendidikan yang gah lagi gagah. Bahasa Melayu telah lama menikmati taraf lingua-franca lama sebelum ketibaan pedagang Arab dan Islam tetapi akidah Islam telah melonjakkan keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan tiga kaedah iaitu melalui kegiatan penulisan, menerusi perintah dan sokongan pemerintah atau istana dan melalui penubuhan institusi pendidikan yang mendokong bahasa Melayu seperti langgar, rangkang, madrasah dan sebagainya.

    UMNO tidak peduli. Hari ini institusi pendidikan kita di bawah sebuah parti bernama UMNO, yang selepas pilihanraya lalu berhasrat untuk ingin terus relevan dalam kalangan orang Melayu telah meneruskan dan melakukan onar. Mereka khianat terhadap ulama yang mengembangkan bahasa Melayu. Khianat terhadap tok nenek mereka sendiri. Khianat terhadap sejarah bangsa sendiri. Dan bila khianat terhadap sejarah, mereka juga khianat tehadap masa depan bangsa. Kerana tidak ada masa depan yang terpisah dari masa lalu.

    Kalian semua tidak peduli kalau kita sebagai sebuah bangsa terlungkup dan karam. Hilang jati diri. Sedang bangsa-bangsa lain kekal mempertahankan bahasa masing-masing. Tulisan Jawi kita telah hilang. Tetapi tulisan Cina dan India kekal dalam dakapan anak bangsanya.

    Awak pedulikah, kalau saya katakan kedatangan penjajah secara tersusun telah mencabar kemuliaan bahasa Melayu. Dasar Inggeris sebelum kemerdekaan ialah pecah dan perintah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa vernakular dalam sistem pendidikan yang berasaskan kaum. Bahasa Inggeris dimajukan sebagai bahasa pengantar sekolah elit untuk anak bangsawan. Saya tekankan kalimat ‘bangsawan’. Saya ingin mengingatkan anak-anak bangsawan yang akan memerintah UMNO mulai Mac ini supaya sedar diri. Dan menyeru kalian jangan menafikan usaha dan keringat tokoh seperti Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Mahmud Ahmad, Ahmad Bakhtiar dan Ahmad Murad Nasaruddin selain Pak Sako dan Ahmad Boestamam yang mengimpikan kedaulatan bahasa Melayu. Janganlah kita jahanamkan usul Mohd Ariff Ahmad dalam memorandum Asas 50 kepada kerajaan, memorandum yang dipimpini dan ditandatangani oleh Keris Mas dan Usman Awang. Usahlah kita kembali kepada titik hitam sejarah negara dalam tahun 1969 kerana salah satu faktor kejadian keji itu terjadi ialah kerana kegagalan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan. Tokoh-tokoh terdahulu telah melakukan terlalu banyak.

    Jangan jahil menjadikan Singapura sebagai contoh, kerana adalah amat tidak wajar kita merujuk sebuah negeri kecil yang masih mencari identiti serta tidak bertemu jati diri.

    Tamadun Parsi, India, Mesopotamia, Cina, Jepun malahan tamadun Melayu sendiri berjaya dan telah membuktikan keupayaannya dengan menjadikan paksi keunggulan tamadun menerusi bahasa ibunda sebagai tunjang.

    Berhenti tidak peduli. Jangan biar bahasa Melayu pudar dan hilang seperti tulisan Jawi. Jangan. Saya merayu supaya jangan tidak peduli.

    Marilah kita peduli.

    Bak kata Allahyarham Usman Awang: ‘Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah sebelum lidahmu jadi bisu.’

    sumber: http://tehranifaisal.blogspot.com/

    Reply

  2. 2 picojayboy Feb 23rd, 2009 at 10:03 am

    sir,
    just a thought.how would malay feels if kit saing goes to tmn melewar and proudly ask malays to adopt maths n science in chinese?
    just a thought.

    cheers.

    Reply

    ron Reply:

    apepun, PPSMI harus dikuburkan.

    Reply

    Orang kampung Reply:

    PPSMI hanya membawa tuah kepada kaum guru. Mereka mendapat bayaran insentif 10%
    daripada gaji mereka. Patutlah mereka menyokong!

    Reply

    mat jenin Reply:

    org kampung..kalau takda guru…ko ngan anak ko akan jadi bodo….sapa yg ajar ko kat sekolah??bukannya guru??? otak taruk kat lutut betul la..!!!!!

    ? Reply:

    AKU LG RESPEK ORG KURG CERDIK DR KURG AJAR MCM JENIN, NAMA PUN MAT JENIN, MATI KATAK JATUH POKOK NYOR, ITU PANDAI SGT LE, CIKGU PPSMI AJAR KO LE TU :D APA2 PEKERJAAN PUN HATTA KERJA CIKGU YG MULIA TP KALO NIAT HATI CUMA NAK ELAUN TAMBAHAN TP KEMUDIAN HASILNYA NEGATIF MAKA DARI KERJA MULIA JD KERJA YG HINA LG JIJIK MCM UMNO & JUAKNYA!

    liyas Reply:

    sapa kata kami setuju ,ppsmi dilaksanakan buat pening kepala aje setakat 10% banyak mana.

  3. 3 kluangman Feb 23rd, 2009 at 10:19 am

    Ahli politik dan ahli bahasa dan ahli budaya bercakap mengenai pendidikan sains dan matematik.

    Ada betul ke..

    Kenapa tidak jemput wakil saintis dan akauntan.

    Reply

    toman Reply:

    saintis and akauntan time blaja math n sains kt skolah dulu pun guna bahsa melayu..

    lain la kalo ade saintis n akauntan umur 4 tahun or less.. hmmm

    Reply

    mama-mia Reply:

    HEY SI KLUANGMAN NI LAGI? DIA NI KURANG MEMBACA, KIRA-KIRA MACAM ORANG TONGONG LAH JUGAKK. PUNYA BANYAK PENDAPAT DIBERI OLEH ORANG AKADEMIK, ,SAINTIS, AHLI MATEMATIK, SEMUA SOKONG PEMBELAJARAN JANGAN DALAM BAHASA INGGERIS, KAU NI APASAL? BARU BANGUN DARI ROMEN YA? lAGI MAU TANYA APASAL TAK JEMPUT INI ORANG, ITU ORANG. KALAU NAK VISIT BLOG ORANG, SEDIAKAN FAKTA DULU, KALAU ASYIK BEBEL MACAM KELUANG TUA, LUPAKAN JE LAH.

    kAU TU DULU BELAJAR MATHS SAINS APA BAHASA? BAHASA KELUANG YA?? OHH PATUT LAAH.

    Reply

    bukanbodoh Reply:

    mama-mia,
    yang kalut memperjuangkan isu ini hanya lembu-lembu pawah pembangkang dan desparado yang mahu dikenang sebagai hero/heroin. tak usahlah tenggelam dalam mimpi lama – bahasa itu jiwa bangsa. bahasa tak akan gah kalau bangsa tu ketinggalan. yang kekal terpelihara hanya bahasa al-quran, bahasa-bahasa lain lambat laun akan punah juga. buat apa buang masa? dsai, haji hadi dan konco2nya dpt mileage politik, kau orang dapat apa?

    Reply

    mama-mia Reply:

    Hipokrit! Awak kata bahasa-bahasa lain lambat laun akan punah juga, buat apa buang masa? Yang buang masa awak sahaja. Bahasa yang punah, apabila bangsanya memunahkannya sendiri. Awak memang tak faham erti perjuangan. Bahasa Arab pun terpelihara sebab Allah menurunkan kepada bangsa Arab yang faham kepada bahasanya sahaja. Kalau dalam bahasa Jawa amacam? Tak pening mereka nak ikut ajaran-Nya? Sama juga kalau belajar dalam bahasa sendiri, apa ilmu pun lebih mudah penerapannya.

    Awak BUKAN BODOH.. (eh tak ye, nama pun BUKAN BODOH), cuma pura-pura bodoh.
    Kalau DSAI, HJ HADI, dan lain-lain pemimpin dapat mileage politik, dapat jugak mereka perjuangkan yang baik. Awak dapat apa? Dapat kutok orang dalam blog dia yang perjuang kebaikan untuk semua. Low class betul awak ni.

    Yang perjuang harga minyak diturunkan pun mereka juga. Awak dan rakyat, termasuk orang BN pun tumpang sekaki nikmatnya. OOhh, bahagian untung, awak enjoy. Sah hipokrit. Pigi daahh, lembu ditarik hidung, korang ni lah orangnyaa…

    krayon_sikambingkembong Reply:

    dalam pelajaran bahasa ada tatabahasa, perbendaharaan kata dll…dalam pelajaran sains ada cara buat bom, bedah katak, cara buat cd dll…dalam pelajaran akaun kena belajar debit, kredit, money transfer dll…dalam pelajaran pertanian ada belajar potong lembu tak?

    Reply

    iboi Reply:

    Kluangman kenalkah siapa di antara pejuang menghapuskan PPSMI?Prof Dr Sharir adalah prof matematik dan Fizik.Tan Sri Aziz Abd. Rahman adalah bekas CEO MAS,Tokoh Korporat Negara dan seorang peguam pada satu ketika dahulu.

    Reply

    bukanbodoh Reply:

    Apa masalahnya?
    Ada ramai lagi profesor, bekas CEO dan profesional yang menyokong PPSMI. Adakah mereka ini tidak mempunyai ‘merit’? Hanya kerana sekumpulan orang menentang PPSMI, tidak bermakna semua rakyat/umat Melayu menentangnya.

    Mama-mia,
    Melihat cara anda berhujah menyebabkan saya malas untuk memberi reaksi balas. Anda hanya pejuang murahan yang cuma layak berguling di jalan raya.

    Terima kasih.

    Reply

    ? Reply:

    Sapa dia golongan cendiakawan yg sokong tuh?! Yg terang2 nampak juak2 UMNO melayu celup perasan mata biru je sokong, antaranya x UMNO tikuspoli Mahadead je.. kalo jwb camni je ko bukanbodoh saje tp campur bangang, bahlol & yg sewaktu dgnya!

  4. 4 1288 Feb 23rd, 2009 at 10:19 am

    dont play into umno jerat ya! Let use our otak.LTL

    Reply

  5. 5 Lochos Vestu Feb 23rd, 2009 at 10:51 am

    Bodoh betul. Most Malaysians support the policy of teaching Maths & Science in English. You will lose support for such a stupid stand.

    Reply

    ? Reply:

    well ur mention ‘most’ Malaysian is being really quiet is supporting PPSMI, are u confusing Malaysians with british citizen from ur hometown?! :D

    Reply

  6. 6 Guru Kecewa Feb 23rd, 2009 at 12:09 pm

    Kami, guru-guru mata pelajaran Bahasa Malaysia yang ditugasi mengajar di SJKC & SJKT, berasa sungguh kecewa ekoran pelaksanaan PPSMI. Kami beranggapan bahawa kami, selama 6 tahun ini, telah dianaktirikan serta dipinggirkan. Rakan-rakan kami yang terlibat dalam PPSMI diberi bayaran insentif 10% daripada gaji mereka, sekalipun sebilangan besar daripada mereka hanya mengajar 2 waktu Sains atau Matematik dalam bahasa Inggeris dalam seminggu, iaitu 1 jam sahaja.
    Sebaliknya, kami yang bertungkus-lumus mengajarkan mata pelajaran BM tidak menikmati apa-apa ganjaran pun. Cubalah bandingkan tanggungjawab dan beban kerja kami dengan golongan yang bertuah itu!! Bukankah tanggungjawab yang kami pikul dan peranan yang kami mainkan itu jauh lebih berat, lebih penting dan lebih kritikal? Tidakkah itu satu diskriminasi yang amat ketara?
    Justeru, kami merayu kepada YB Menteri Pelajaran agar mengkaji semula pelaksanaan PPSMI ini, termasuklah pembayaran insentifnya. Adakah guru-guru PPSMI lebih elit dan patut terus menikmati keistimewaan tersebut? Ketidakadilan tidak sepatutnya diteruskan berlaku……

    Reply

    rawan sakti Reply:

    teruskan perjuangan sehingga ppsmi terkubur. bahasa melayu perlu ditegakkan sebagai bahasa ilmu dan perpaduan. pemimpin kita jangan cepat lupa tentang peranan bahasa melayu sejak berabad lalu. bahasa melayu punyai roh tersendiri dan dapat serta mampu menjamin keutuhan negara. budaya yang didedahkan bersama bahasa inggeris serinmg merosakkan baik langsung atau tak langsung. apakah kita hanya mahu memperjuangkan kebajikan segelintir orang yang berkepentingan atau mahu meruntuhkan negara dek sistem dan amalan yang salah serta merugikan itu. balik kepangkal jalan adalah satu langkah yang bermaruah. jangan percaya kepada kajian palsu, akuan secara paksaan tentang kejayaan dasar tersebut. apa realiti sebenarnya…. ialah hentikan dan hapuskan ppsmi durjana.

    Reply

    mama-mia Reply:

    DIHARAP GURU KECEWA SILA JAWAB PERSOALAN BODOH YANG DIKEMUKAKAN ACAPKALI OLEH MR.KLUANGMAN. DIA KURANG MEMBACA, BERI KOMEN MAIN REDAH JE. BERIBU-RIBU GURU DAH NYATAKAN KEDUDUKAN MASALAH NI, DIA MASIH DILAMUN MIMPI DENGAN TOYOL TUA. CONTACT DIA NI, CIKGU, SI KLUANGMAN NI MEMANG KALAU DAPAT KITA LASTIK DIA SAMPAI LEMBIK.

    Reply

    Guru Kecewa Reply:

    Terima kasih kepada toman & mama-mia atas keprihatinan anda berdua.

    Apa yang harus kita tegakkan ialah kebenaran. Sebagai guru, kami amat memahami keadaan yang sebenar di sekolah. Kalau ditinjau secara teliti, PPSMI memang tidak memanfaatkan anak-anak didik kita, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
    Kami dapat merasakan betapa sukar dan seksanya mereka teraba-raba, tercari-cari dan cuba memahami sesuatu topik yang hendak kami sampaikan dalam bahasa Inggeris.
    Selain itu, tidak dapat kita nafikan bahawa banyak antara guru sendiri yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris. Mereka mungkin telah didedahkan kepada pelbagai kursus, tetapi hakikatnya, kemahiran bahasa itu bukanlah sesuatu yang mudah dikuasai sepenuhnya.
    Usahlah kita menjadi hipokrit. Usahlah kita menipu diri kita sendiri lagi!

    Reply

    mat jenin Reply:

    kira korang ajar tak ikhlas la nih???

    Reply

    ? Reply:

    TAK IKHLAS MCM TOKEY2 & JUAK2 UMNO LE, JNJI KOMISYEN MEMBEKAL BUKU2 TAMBAHAN BERKAITAN PPSMI MASYUK POKET, SEDAP KAN MAKN DUIT HARAM! :D

    Reply

  7. 7 sampuk Feb 23rd, 2009 at 3:39 pm

    tulah bodohnya Pak Menteri U tu…KP Pelajaranpun semualah yang terlibat dan sokong PPSMIni semuanya kaki bodek Pak Menteri yang tak tau pa2.

    Reply

  8. 8 omardx Feb 23rd, 2009 at 3:55 pm

    PPSMI merosakkan bahasa ibunda…….

    Reply

    kung fu panda Reply:

    Panat lelah Mat kilau, tok gajah, datuk bahaman, Ching Peng , Abdulah CD, menentang Inggeris last last UMNO sanjung Inggeris!!!! . UMNO penaja Penjajahan Inggeris keatas minda anak anak melayu di sekolah. Padanlah MB UMNO di Perak yang baru merujuk kepada QC dalam perundangan rupanya mereka tak percaya pada undang undang tempatan kiblat mereka di England jua.

    Reply

  9. 9 ck@superboy Feb 23rd, 2009 at 4:19 pm

    Salam Keadilan YAB DSAI,

    Saya mesti datang dan bawa semua kawan-kawan saya.

    Reply

  10. 10 anak desa Feb 23rd, 2009 at 4:47 pm

    dalam pendidikan, perkara yang paling penting adalah faham. bagaimana memahami pelajaran sains dan math jika bahasa yang digunakan pun murid tak reti….

    Reply

  11. 11 svg Feb 23rd, 2009 at 5:39 pm

    tak sokong langsung…buat la forum2 yg membawa kejayaan kepada rakyat malaysia. jgn pentingkan yg bukan2 & kepentingan politik sendiri. jangan jd mcm BN & UMNO la….

    Reply

    Tokey Reply:

    Tak sokong sudah. Nanti kalau 20 tahun lagi kalau sakit alat celah kelangkang hang tak ada Dr. Melayu/Islam rawat jangan merungut.

    Pandanglah jauh sikit, PPSMI membunuh anak-anak Melayu dalam bidang teknikal. Awal 60-70an membuktikan, boleh kita dengan jari Melayu buat Medic/Emgine/Sains- heran belajar PPSMI jugak tapi bodoh Maths/Sains.

    Reply

    korang sengal la.. Reply:

    nak jadik doktor kene masuk university kan? kat university syllabus semua dalam english la.. kalau tak tau english camne nak jadi doktor… hadoii.. kene balik kat batang idong anda..

    Reply

    Anas Reply:

    Tapi kalau gagal subjek sains dan matematik, boleh masuk universiti atau tidak?

    Resolusi anti-PPSMI adalah memansuhkan PPSMI dan dalam masa yang sama perkukuh pengajaran subjek Bahasa Inggeris itu sendiri.

    Pandai bahasa Inggeris tapi bodoh biologi dan kimia, boleh jadi doktor?

    jepun Reply:

    tokey…..kamu yg pandang jauh…..kebelakang kot…..dalam bidang perubatan ataupun bidang perkhidmatan jgn la tengok kulit…..

    Jika gitu….suruh la pihak hospital untuk mengasingkan darah2 dr penderma mengikut kaum…..melayu akan mati la jika darah melayu kehabisan stok…..

    darah cina juga patut diharamkan……berdasarkan pendapat tokey…..

    Nape ramai doktor2 dpt ijazah dr luar negara? mereka dpt ijazah selepas lulus dlm b.Melayu ke? cuba renungkan la,…….jgn la hancurkan masa depan & jgn la ketinggalan jauh…..makan petai belacan juga lagi…hahhahaah

    Singapura jauh meninggalkan malaysia…….kerana mereka berkerja ngan pemikiran positif & tidak mengamalkan sistem berat sebelah seperti sistem kuota & sebagainya….

    Reply

  12. 12 awangku Feb 23rd, 2009 at 5:58 pm

    PPSMI adalah hasil melatah orang Melayu. Tahu-tahu sahajalah apa yang diluahkan ketika melatah. Golongan melatah ini tidaklah banyak. Dan tak boleh pakai pun hasil latah itu. Jadi, perlukah kita terima dan teruskan PPSMI ini. Biasanya orang latah ini sering menjadi mainan dan usikan orang sahaja.

    Reply

  13. 13 AKU PENYOKONG PAS Feb 23rd, 2009 at 7:14 pm

    bila nk tukar kerajaan nih.. lmbat tol lh.. cepat ckit lah..

    Reply

  14. 14 karhoe Feb 23rd, 2009 at 7:23 pm

    I have to disagree on this one, if I attend this forum, can I give a piece of my mind? There are more pros than cons on PPSMI

    Reply

    jjjjj Reply:

    Exactly.I support you. Only people from kampung & ulu will against on this matter. The reason is , there are still luv to eat petai & belacan……

    Reply

    guni setahil Reply:

    I love belacan and petai!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

    ? Reply:

    ALLO, CHECK UR GRAMMAR jjjjj(ijik)), U BLOODY MALAYSIAN(?) HALFBREED!!! “..there are still luv to eat petai & belacan” W.T.F DO U MEAN?! KAMPUNG & ULU PEOPLE CAN KICK UR ASS ANYTIME & EVERYTIME!

    Reply

  15. 15 FATIMA AZAHRA Feb 23rd, 2009 at 10:46 pm

    Teruskan perjuangan menghapuskan PPSMI. Ternyata banyak masalah dan menghabiskan duit. Dah ada cara mudah nak pandaikan rakyat, buat apa le menyusahkan dan labur duit bilion-bilion. “Bodoh tak nak belajar, dungu tak nak mendengar”. Itu sindiran pada Che Det yang konon pandai sangat tu. Tok Madey yang buat polisi ni tak pernah jadi cikgu, dia tak pernah faham dan nak faham masalah guru math dan sains. Dia cuma fikir dirinya aje. Macam le pandai sangat. Kalau ya pun nak maju jangan musnahkan bahasa sendiri. Tukar kaedah mengajar BI, fasihkan cikgu BI. Cikgu-cikgu BI yang ada kat sekolah ramai yang tak berapa fasih BI. Kita masih boleh membina rakyat yang pandai lebih dari satu bahasa jika kena caranya. Tolong buat sesuatu sehingga math dan sc kembali ke bahasa Melayu. Sekarang ni pun dah nampak, semua nak cakap orang puteh, macam Malaysia ni tak pernah merdeka.

    Reply

    pulai Reply:

    Pandangan Fatima Azahra adalah pandangan guru-guru Malaysia, melainkan guru yang mengajar PPSMI sebab mereka mendapat imbuhan setiap bulan 5-10% daripada gaji mereka setiap bulan.

    Reply

    roykelantan Reply:

    Sy setuju sangat dengan pendapat tu. untuk majukan BI bukan libatkan subjek lain, apatah lagi mt dan sains. Pandaikan cikgu Bi unutk mengajar cara yang betul bagi orang pndai ckp mat salleh. Kenapa nak sangat Bi ? Bahasa Melayu kita tak boleh bangkit atau menawan dunia ke ? Bodoh lah sapa yang mengatakan bahasa Melayu kita tak kemana-mana.
    Saya nampak Sistem pendidikan kini dipelopori oleh politik, bukan mereka yang benar2 faham akan penddidikan. Kenapa mereka hendak tentukan hala tuju pendidikan negara. Memanglah mereka ini pemerintah, tetapi sampaikan pendidikan hendak dipoltikkan dan hendak mengkayakan kroni2nya, saya rasa ini merupakan pelaburan yang amat merugikan negara, bangsa dan agama. Hidup Melayu, Hidup Melayu,,,, Allahuakhbar.

    Reply

  16. 16 badang Feb 23rd, 2009 at 11:02 pm

    Saya difahamkan kini guru tak lagi dibenarkan beri komen pasal ppsmi. Nasihat saya pada menteri mansuhkan la ppsmi buat apa nak ugut-ugut lagi…kesian kat budak-budak kampung dan sesetengah di bandar yg pandai tetapi cuma tak boleh berbahasa inggeris menyebabkan mereka gagal menjawab subjek sains dan metematik dengan baik.
    Kalau betul sayangkan dan perjuangkan bangsa, maka buktikanlah dengan pemansuhan ppsmi bukan mencari kesalahan pada guru yg tak mengajar dlm bi. Kembalikan semula bm dlm pengaaran math dan sains.

    Reply

  17. 17 malaysian Feb 23rd, 2009 at 11:30 pm

    bahasa ibunda kita Bahasa Melayu.
    kebelakangan ini semua surat-surat rasmi dari pihak swasta kepada rakyat semuanya
    berbahasa Inggeris. sahabat kita yang beretnik selain melayu sudah tidak nampak lagi kenapa mereka perlu mengusai bahasa melayu kerana matapelajaran yang penting di ajar dalam bahasa inggeris. saya fasih menulis dan membaca dalam bahasa inggeris, melayu dan Mandarin…pada saya bahasa Melayu itu jauh lebih INDAH dan mempunyai makna serta kelebihan sendiri.
    kenapa bila kerajaan pulau pinang melaksanakan papan tanda jalan pelbagai bahasa dihentam teruk…tapi dlm kes ini terang-terang bahasa melayu ditolak oleh PEMIMPIN UMNO YANG BERBANGSA MELAYU SENDIRI DAN BUKANKAH PARTINYA DIWUJUDKAN UNTUK BANGSA MELAYU. jadi apa fungsi sebenar Umno..untuk menukarkan melayu kepada inggeris? untuk menghilangkan jati diri orang melayu?
    sudahla hukum islam ditolak bulat2…jadi apakah bukti Umno betul-betul menbela bangsa melayu????

    Reply

  18. 18 ck@superboy Feb 24th, 2009 at 8:56 am

    Salam Keadilan,

    YAB DSAI tak datang pun ke forum itu. Terlalu sibuk ke?

    Reply

    ck@superboy Reply:

    Salam Keadilan,
    Atau YAB DSAI sokong PPSMI?????

    Reply

  19. 19 dhiyawahyun Feb 24th, 2009 at 2:32 pm

    Selama berdekad kita telah melaihirkan ramai cendekiawan dari setiap pelusuk negara dalam hampir kesemua bidang. Isu ini bukanlah suatu isu perdebatan saja, tapi ianya merangkumi asas-asas negara. Kasihan guru-guru kerana diugut supaya tidak bercakap mengenai PPSMI. Kerajaan BN lupa, bahawa mereka ini suatu masa dulu pernah berguru, anak-anak mereka pula sedang berguru. Barangkali mereka fikir guru-guru ini seperti ‘Bota’man. Hari ini ke kiri, esok ke kanan? Guru adalah golongan yang banyak berjasa! Apabila istilah guru diungkap, maka kita tahu itulah nama yang mulia. Jadi, sebarang keputusan yang diambil mestilah merujuk kepada mereka bukan kepada NGO, atau pihak yang mendapat keuntungan dari dasar bangang ini!

    Reply

  20. 20 akuorgmelayu Feb 25th, 2009 at 1:02 pm

    knapa org melayu terlalu taksub ngan politik…
    cuba fkir untuk kpentingan rakyat melayu..
    cuba fkir untuk tingkatkan pengetahuan org melayu dlm bahsa inggeris..
    aku bngga bila adik aku umo 9tahun fasih bhasa inggeris..
    dr korang ikut telunjuk org politik yng berkepentingan..
    dr korng gduh guru dpt intensif 10%..der yg x dpt..
    dr korang gduh pelajar pendalaman yg terseksa nk blaja bhasa inggeris..

    sampai biler org melayu nk maju kalu nk blaja BI pon tak bleh..

    mungkin ari nie ssah untk blaja…
    biler dh besr dh kje br korng tahu untungnyer pndai BI…

    SBAGAI RAKYAT JGN IKUT SGT TELUNJUK ORG POLITIK…
    ORG POLITIK MEREKA BKERJA UTK DPTKAN GAJI…
    HAL RKYAT DIA ORG X PEDULIK PON..

    Reply

    guni setahil Reply:

    Pelik ya orang jepun & korea tak belajar BI tetapi maju juga??? Melayu belajar BI tak juga maju maju????. Orang melayu ni belajar BI sampai mata jadi biru pun sendawa bau durian dan Petai. sudahlah kalau bangsa kulit sawomatang tu janganlah perasan mat saleh. apa yang u sangat banggakan sangat bahasa penjajah tu? kalau u g Perancis , Jarman,Sudan,dan banyak negara negara EU depa tak guna pun BI. yang guna BI ni Negara Negara yang tida halatuju dalam mengankat bahasa ibunda mereka Jepun sangup bunuh diri jika dia hina bahasa Ibunda mereka. melayu sangup bunuh ibunda demi bahasa BI.

    Reply

    ? Reply:

    TABIK!!! ulasan guni setahil mmg padat & jitu… inilah dia umat melayu hasil penjajahan moden UMNO, mcm lagu Mr Os, ‘were r u goin to(jwpn: hell@neraka jahanam), anak mat saleh tp melayu, kaco3x dibuatnya..! :D

    Reply

  21. 21 bukanbodoh Feb 25th, 2009 at 10:36 pm

    guni setahil ni sah tak tau apa yang dia cakap. Main bantai aje. Untuk makluman saudara, di Jepun dan China, sebagai contoh, belajar B. Inggeris menjadi semacam kegilaan sekarang. Sekolah-sekolah/kelas yang menawarkan kursus pembelajaran bahasa itu tumbuh macam cendawan. Kita bukan nak mendewa-dewakan bahasa orang, tapi kalau bahasa itu boleh membawa ilmu apa salahnya belajar?

    Sebahagian besar maklumat dalam internet pun dalam Bahasa Inggeris. Kegagalan menguasai bahasa itu menyebabkan kebanyakan budak-budak bangsa kita menggunakan internet sebagai tempat main game, chatting, maki hamun orang dan tengok gambar lucah sebab nak menimba ilmu mereka tak mampu.

    Reply

    ? Reply:

    Allo, skrg tajuknya memansuhkan PPSMI, bukannya menghapuskan pembelajaran bahasa Inggeris @ apa2 bahasa asing sekalipun, ko dh paham tntg tu baru masuk gelanggang semula ye? :D

    Reply

  22. 22 iee Feb 26th, 2009 at 2:42 pm

    alahamdullilah jumpa lagi…..

    Diharap semua berada di dalam keadaan sihat seadanya. Kecoh dibuatnya dengan PPSMI ni. Saya mengajak semua orang ertenang dan berfikir setenang-tenangnya bila mengutarakan comen. Bagaimana kita mahu memperjuangkan bahasa, kalau bahasa kita yang penuh dengan “budi dan bahasa ” tidak digunakan dengan betul. Saya melihat dan membaca semuanya comen di sini, semuanya sama. Indah dan seni bahasa yang kita perjuangkan (konon) tidak menampakkan signifikannya. Ayat dan perkataan yang digunakan seperti……. mungkin tamaddun zaman batu itu lebih baik juka dibandingkan dengan tamaddun yang cuba dibina sekarang ini.

    Reply

    BIANGLALA Reply:

    Betul..
    pejuang-pejuang bahasa yang menulis dalam forum ini kelihatan seperti orang-orang yang ‘fail’ BM. Nasihat saya, betulkan dahulu bahasa anda.
    Jangan salahkan orang lain
    Jangan malas untuk belajar
    Jadikan diri sebagai contoh pejuang bahasa sejati

    Reply

  23. 23 tiak Feb 27th, 2009 at 11:38 am

    Dpindah dari blog lain untuk tatapan muhasabah bersama

    Rakyat Malaysia terutama orang Melayu memang terkenal dengan taat membuta tuli kepada pemerintah. Apa sahaja pemerintah atau kerajaan kata semuanya betul. Mungkin mereka terikut-ikut dengan perangai Pahlawan legenda, Hang Tuah yang taat dan setia bertarung nyawa sekalipun demi Raja dan pemimpin.

    Sedangkan di dalam Islam diajar bahawa Taat kepada manusia ada batasnya, selagi manusia itu taat kepada Allah dan tidak menyuruh atau memerintahkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam rakyat wajib taat, namun jika sebaliknya rakyat wajib pula tidak taat. Ertinya ketaatan kepada manusia ada batas dan sempadannya. Namun ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah wajib dan tiada kompromi.

    Selain itu sebagai manusia kita adalah merdeka dan bebas untuk melaksanakan apa juga perkara selagi ianya tidak bertentangan dengan Islam.

    Namun di negara kita, rakyat nampaknya tidak dapat menggunakan akal dan fikiran yang jelas dan merdeka. Mereka sering terkongkong dan dikongkong sehingga kemahiran berfikir sudah lenyap dan otak pula malas untuk berfikir. Di tambah pula dengan sekatan dan ugutan dari pihak atasan menyebabkan otak rakyat terus bodoh. Sudahlah bodoh sombong pula.

    Dalam isu PPSMI umpamanya, antara penyokong kuat dasar ini adalah Tok Sidang, JKKK, ahli-ahli Umno dan rakan-rakan sewaktu dengannya. Sedangkan dipihak yang menentang PPSMI terdiri dari Pakar-pakar Bahasa, Cendikiawan, Penyair, Sasterawan Negara dan sebagainya.

    Siapa tidak kenal SN A Samad Said; Professor Dr Abdullah Hassan; Datuk Dr Hassan Ahmad; Prof Awang Sariyan; Dato’ Professor Dr Nik Safiah Karim;Professor Dr Shahrir Mohd Zain; Tan Sri Ainuddin Wahid; Datuk Professor Dr Zainal Abidin Wahid; Datuk Mohd Ali Hassan; Ainon Muhammad; Khalid Salleh; Dinsman dan lain. Mereka ini semuanya menentang pelaksanaan PPSMI. Malangnya ‘cendiakiawan-cendikiawan’ kampung tidak mahu akur dengan kajian dan gesaan cendikiawan tulen diatas.

    Orang-orang kampung tidak dapat memikirkan betapa susahnya anak-anak kita belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Betapa susahnya guru-guru yang tidak tahu berbahasa Inggeris mengajar Sains dan Matematik menggunakan bahasa ini. Mereka ini hanya menerima sahaja keputusan kerajaan tanpa usul periksa. Akhirnya anak bangsa sendiri yang ketinggalan dan hanyut kebelakang. Bahasa Melayu terus terpinggir dan tidak mustahil akan pupus ditelan zaman dan disimpan di arkib negara suatu masa nanti.

    Reply

  24. 24 BIANGLALA Mar 5th, 2009 at 12:28 am

    Aku heran kenapa rakyat Malaysia dalam kalangan Parti Pembangkang tak sokong PPSMI?
    Aku adalah penyokong Pakatan Rakyat, tp dlm bab PPSMI aku sokong kerajaan.
    Percayalah… kalau sesebuah bangsa yang mempunyai jati diri dan keyakinan diri yang kuat, bahasa tidak akan hancur..tidak akan musnah.
    Kita lihat orang-orang Kelantan sebagai contoh, walaupun Kelantan tidak lepas daripada globalisasi, walau sejauhmanapun orang-orang Kelantan merantau, identiti Kelantan tak pernah pudar.

    Tanyalah orang-orang Kelantan yang pergi ke Eropah, Amerika, ataupun Timur Tengah. Apakah identiti mereka sudah hilang? Mereka sebenarnya tidak pernah malu untuk mengaku bahawa mereka orang Kelate. Kenapa? Sebab orang Kelantan telah diasuh supaya mempunyai jati diri dan identiti yang kental, walaupun sekali sekala kelihatan ‘gedebe’

    Hakikat yang harus kita terima ialah bangsa kita terlalu lemah semangat
    Tidak mahu yang susah-susah – mahu yang senang-senang saja
    Tidak ada daya usaha yang kental

    Harus kita ingat!
    Pendidikan ialah suatu proses
    Belajar hari ini tidak semestinya esok terus jadi pandai.
    Hari ini kita rasa susah, sepatutnya kita cuba lagi esok
    Hari ini kita gagal, esok mungkin kita berjaya

    Pejuang-pejuang bahasa!
    Sepatutnya kita ada perjuangan sendiri untuk memartabatkan bahasa
    Bukan caranya mensabotaj perjuangan orang lain
    Kita sepatutnya berunding… sebab PM kita Melayu, TPM pun Melayu, Raja-raja kita semua Melayu
    Jadi, sebagai orang Melayu, kita sepatutnya berunding dengan hikmah
    Bukannya buat demontrasi dan perarakan macam HINDRAF!

    Fikir-fikirkanlah
    HIDUP MELAYU!

    Reply

    KOKO Reply:

    Kenape pulak bahasa melayu nak terkubur sbb PPSMI.Aku first batch yg blaja sains n math dlm english. Aku orang kmpung gak tapi bole je blajo.Awal2 mmg la susah tapi lama-lama ok la. mane ade bende senang dlm dunia nie.Yang dok mmbantah tu korang bukan dok dlam kelas blajo mcm aku. X tau ape2 melalak x tentu pasal.Sbnrnya mane ade budak yg lemah.Aku pub first2 mula blajo dlm english add math aku fail sbb x paham.Tapi lame bole score A1.Nie sume nak ke xnak je.Sbnrnya bukan x bole wat tapi malas nak befikir dan nak wat keje susah.Yg dok membantah nak wat perhimpunan tu bkn student ppsmi tapi orang tua mane ntah.Yg korang x pernah jadi student ppsmi mane tau ape2. xdenye bahasa melayu berkubur.Bahasa melayu berkubur bkn sbb ppsmi.

    Reply

    Führer Reply:

    Aku pula nak tanya kau,cuba terjemahkan istilah sains BI ni dalam BM.Kalau kau salah satu je,maka BM kau dah berkubur:

    Cube
    Specific latent capacity
    relativity
    fusion
    fision
    radiation
    volume
    integration
    diferentiation
    chopping
    stress
    strain
    dating
    radius
    area
    base
    unknown

    Cuba terjemah sekarang juga istilah2 di atas dalam BM.Nak tengok BM kau dah pupus ke tak.

    Reply

    korang sengal la.. Reply:

    “Aku heran kenapa rakyat Malaysia dalam kalangan Parti Pembangkang tak sokong PPSMI?”

    senang je.. percayalah, diorang semua bullshits, tak sokong PPSMI semata-mata nak dapat sokongan orang… pembangkang buat ape aje untuk dapat sokongan orang.. ikhlas tak ikhlas belakang cerita walaupun diorang kata “ikhlas”.. sokong pembangkang adalah satu kesilapan, tapi tak bermakna sokong kerajaan adalah tindakan yg betul.. anwar ibrahim sux muka cam nak kene tapak kasut jerk.. *konfirm tak lepas komment nih.. sukati anda lah huhh..

    Reply

    insan Reply:

    korang sengal la…anda bertutur secara lisan seolah2 anda bukan seorg islam. jika anda islam, anda tidak akan membiarkan hati anda dihasut oleh syaitan laknatullah. anda perlu fikir2kan…saya harap…kelaurga anda adalah org2 yang brjaya. kerana anda terlalu yakin anda mampu membudayakan bahasa melayu walpn ada PPSMI. anda bebas mencari saya di sini senadainya ahli keluarga anda sagt fasih dan berjaya dengan cemerlang dlm BM…tunjukkan pada sya kesan PPSMI dalam ahli keluarga anda. sepupu???anak saudara???adik???jika kelaurga anda insan yg berjaya dgn BM…saya tabik…tp jika tidak..anda perlu malu dengan ALLAH dan saudara seislam dan semalyu yg lainyg tidak meyokong PPSMI

    sekian, wassalam. (jika anda ISLAM)

    Reply

    insan Reply:

    adakah anda yakin mereka tak akan kuburkan BM???anda islam??jika anda islam..cuba anda lihat sejarah tulisan jawi. adakah anda mampu menulis dan membaca jawi dengan betul?>??jika tidak anda patut memohon ampun kepada mana-mana manusia yng anda kutuk dan memohon ampun kepada ALLAH…atas dosa mulut dan tngn yg telah anda lakukan.

    sekian
    salam.

    Reply

  25. 25 J Mar 9th, 2009 at 6:17 pm

    Im a student who has been studying mathematics and science in english for my whole secondary school life. I was one of the first batch of students who had to adapt to studying math and science in english from studying those subjects in malay back in primary school. And I say this to you all, learning those subjects in english during secondary school has been a tremendous boon to me, especially in college. Why, in tertiary education, mathematics, biology, physics and chemistry are all taught in English. If you short-sighted people actually succeed in abolishing PPSMI, all you are doing is shooting our future leaders in the foot. If you so-called “teachers” SUCK in english, then its all your fault for not listening to your english teacher back in school. Don’t blame the govt. blame yourself for your lackadaisical efforts to learn english and your incompetence and inability to teach students. My secondary teachers weren’t that fantasic in english. But they taught me very well. Well enough for me to score straight A’s for PMR and SPM. And for that, I’m grateful to them. They also made the effort to learn english, by reading a lot of emglish books and conversing with us who were proficient in english. Ergo, its not about the language, its your own damn problem if you can’t bloody well teach.

    Reply

    insan Reply:

    j, anda sepatutnya tidak tinggal di malaysia. kefasihan anda ketika bertutur secara lisan begini menyebabkan saya terpanggil untuk bertanya, adakah anda berbangsa melayu? jika YA…adakah anda fasih dan mampu mendapat kejayaan yang cemerlang dalam matapelajaran BM?? fikir2kan sdri J, anda sudah meggulingkan bangsa melayu. bukan bangsa malaysia. anda mungkin bukan melayu. kerana hati anda sudah gelap dengan mata hati org melayu.

    Reply

  26. 26 insan Mar 11th, 2009 at 9:18 pm

    kalian semua yg perjuangkan bahasa melayu.. sama seperti saya. saya pelajar jurusan linguistik dan saya mempelajari bahasa ketiga iaitu bahasa sepanyol. saudara saudari sekalian, ketahuilah, menggunakan bahasa melayu itu adalah sebahagian daripada nadi kita semua. dimana letaknya maruah kita kalau bukan pada maruah bahasa melayu. menagap sejak dahulu lagi kita sering dengar BAHASA JIWA BANGSA? apa maknanya? ketua kita ingin rakyat malaysia bersatu padu. mcm ini kah caranya mereka ingin kita bersatu padu? sedangkan dalam laman sesawang ini saja sudah berapa ramai kawan2 kita memaki hamun sesama kita? adakah ini yang menteri2 kita harapkan? sedarlah…firman Allah dalam Al-Quran…surah II ayat 19:: Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. maka, janganlah kita tergolong dalam golongan seperti ini. saya…insan yang masih bertapak dalam ilmu ini..sejak kecil..diazankan oleh bapa saya, bahasa pertama yang saya dengar adalah bahasa Al-Quran dan ayat bahasa yang kedua ialah bahasa melayu. bahsa melayu. bukan bahasa malaysia. negara malaysia tidak mencipta bahasa. sebaliknya masayarakat melayu mencipta dan mempunyai hak dalam bahasa melayu. fikir2kan lah.

    Reply

  27. 27 insan Mar 11th, 2009 at 9:22 pm

    utk J yang sgt fasih berbahasa inggeris. jgn pentingkan diri anda sendiri. anda mungkin mampu berbahasa inggeris dengan lancar, tetapi anda tidak tahu betapa ramai lagi yang sengsara dan takut jika bahasa melayu itu hilang dimata dunia. fasih bertutur bahasa inggeris tidak memberi apa2 kesan dalam jiwa nada. kerana semua itu hanyalah kehendak dunia. mudah untuk mencari pekerjaan. tp itulah malaysia. lihat negara maju dan membangun yang lain:::jepun:::korea::::kenapa merak masih mampu membudayakan bahasa mereka??? bayangkan jika satu hari nanti anak2 anda gagal dalam mata pelajaran bahasa melayu. syarat uatam nak ke UNVCT akan diubah ke??? kalau dulu…syart ke Unvct…mestilah luls BM dan kredit… jadi??selepas ini kerajaan kita akan tukar syarat ke Unvct dan syarat ke menara gading???

    Reply

    J Reply:

    Thank you for complimenting my command of English. Your command of Malay is undisputable too. Yes, I’m not a Malay. So what? Pelajar-pelajar di Malaysia bukan sahaja berbangsa Bumiputera, tetapi juga Cina, India dan lain-lain. Adakah saya bercadang atau menyeru untuk membasmi mata pelajaran Bahasa Melayu (ataupun Bahasa Malaysia, mana-mana pun sama)? Tidak, sesama sekali. Saudara telah salah faham saya. Saya hanya memperjuangkan pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris kerana berpendapat jikalau murid-murid sekolah belajar subjek tersebut dalam bahasa yang akan digunakan di menara gading dan institusi pembelajaran tinggi, dalam lingua franca yang digunakan umumnya untuk mengajar subjek-subjek tersebut, iaitu Bahasa Inggeris, mereka akan memperoleh lebih banyak faedah daripada terpaksa ubah bahasa yang digunakan tiba-tiba dari Bahasa Melayu/Cina/India ke Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar sekolah masih belajar Bahasa Melayu/Cina/India di sekolah, oleh itu bahasa ibunda mereka mustahil akan hilang jika Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. I feel rather insulted by the fact that you consider me unfit to become a Malaysian. Perhaps it it YOU who is unfir to be one as you do not consider the greater good of Malaysia and instead aim to hinder the progress of Malaysian students. For your information, I’m a chinese citizen of Malaysia and there are Chinese who also oppose the teaching of Science and Math in English, instead they want it in Chinese. You want globalization, modernization and realization of Wawasan 2020? Well, do it in a way that both progresses Malaysian students and retains their identity as well. There is absolutely nothing wrong with teaching Mathematics and Science in English. Either you can choose to be the “katak di bawah tempurung” and stay in your comfortable “tempurung” while the rest of the world progresses or, you can progress with it. The choice is yours. Oh, and command of English is good, along with my grasp of Malay. And I’m a product of the PPSMI. I got A1 for my Malay in SPM and A1 for my English 1119. What say you? Balaslah, kalau boleh. Saya cabar saudara untuk bidas hujah saya.

    Reply

    J Reply:

    Saudara juga boleh baca surat khabar tentang kenaikan bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM serta kenaikan bilangan pelajar yang menjawab kertas peperiksaan mereka untuk subjek sains dan matematik ke 80%. Inilah yang dipanggil progres, bukan kemunduran seperti yang disokong oleh saudara.

    Reply

    J Reply:

    Eh, Insan? Dah mengaku kalah? Senangnya… Tiada cabaran pun… :-(

    Reply

    Anisah Reply:

    J,

    Saya belajar linguistik bahasa Melayu, buku rujukan saya semuanya BI…x adalah saya mengangkat BI, hanya orh yg bodoh dan x tahu keindahan serta sejarah perkembangan BM yg cakap seperti anda J…Janganlah mendabik dada dengan score A…A dalam SPM bukanlah mencerminkan anda ni bagus sangat

    Reply

  28. 28 BIANGLALA Mar 18th, 2009 at 4:52 pm

    Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI
    Jimadie Shah Othman | Mar 18, 09 12:13pm
    http://www.malaysiakini.com/news/100432

    Bukti menunjukkan kegagalan sebuah program murni kerajaan untuk meningkatkan prestasi bangsa.
    Sebabnya:

    1. Orang kita gagal untuk meningkatkan usaha
    2. Tidak mahu belajar yang susah-susah
    3. Masih dibelenggu mentaliti subsidi
    4. Diapi-apikan oleh pembangkang!

    Kalau benar-benar perjuangkan bangsa, sila perjuangkan agar:
    1. BM ialah subjek wajib dan Wajib lulus BM dalam semua peringkat dari tadika sampai menara gading.
    2. Wajib ambil sastera Melayu pada semua peringkat persekolahan.

    HIDUP MELAYU

    Reply

  29. 29 Nasb Apr 11th, 2009 at 2:55 am

    The implementation of the policy namely PPSMI is not an effective effort in enhancing the mastery of English language. That implementation is a failure according to the research that is carried out by many eligible and qualified researchers, and one who insists to prolong the policy of teaching science and mathematics should be called ‘DUMB’. I know the purpose of the policy seems good but the policy is questionable in term of rightness of the policy in enhancing the mastery of the language. The ways of teaching English should be revised first whether the pedagogy that is applied in teaching English is up to date or not. According to my experience, since the education system in our country is too exam orientated, the process of teaching and learning English is also too exam orientated. As a consequence, they are not very capable in communicating via English language because they are hardly trained to answer the examination questions and that matter automatically directs the learning process as a process to produce products and not human capital. I think the best way in solving this ppsmi matter is we MUST stop this policy as quick as possible due to the method that is used to enhance the English communicative capability is a wrong method. If the minister still wants to extend the policy, it is possible to say that the minister will only be a ‘wakil rakyat’ sooner and later.

    Reply

Leave a Reply