28
Jan
09

Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN

Malaysiakini | 28 Januari 2009

Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno “beberapa hari lagi”.

“Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.

“Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi “saya tahu itu gula-gula sahaja.”

“(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.

“Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian,” katanya.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.

Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.

“Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.

“Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting,” katanya.

Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.

Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.

Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut.


32 Responses to “Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN”


  1. 1 Pakatian Jan 28th, 2009 at 3:23 pm

    Sempoi! Lagi ada Adun nak lompat ke PR:)

    Reply

  2. 2 Eagle has landed Jan 28th, 2009 at 4:52 pm

    Lompat Yeop, kita buat baru dengan Harapan Baru.

    Reply

  3. 3 joe-kedah Jan 28th, 2009 at 5:01 pm

    Yang nak keluar UMNO tu memang dah nekad betul-betul, tajul rosli tak nak defend depa, maklum saja lah tajul pun dia jaga periok nasi dia juga, walhal pengundi kawasan dia suruh dia keluar umno dah sebab dia sayang fulus!. Yang nak keluar umno tu dok tunggu apa lagi, hampa dah tak dak tempat lagi, nanti bila najib jadi presiden umno automatik jadi perdana menteri tradisi, alamat hampa semua jadi kupang tembaga lah. Satu hal lagi yang aku baca dalam malaysia kini, najib nak ambek aleh pengerusi umno/bn perak pula. Jika benar lah perkara ini berlaku, alamat botak lagi kepala najib tu, dok fikir bagaimana nak buat, orang umno makin sehari semakin ramai lari ke pkr dan pas. Bimbang juga, nanti najib tidor tak lena, dok fikir perkara ni, bukan tak tau, dia tu darah tun razak, nanti tun razak mengidap leukimia nanti najib mengidap talasimia pula. takdir yang menentu segala-galanya!

    Reply

    zainudin Reply:

    Inilah dia setan berwajah manusia yang terdapat dalam PKR.. Mendoakan kemudaratan terhadap sesama insan. Tapi takpelah pasal dia ni bukan insan tapi mahluk pebenda ntah (spesis iblis kot !) yang terlalu busukhati lebih daripada iblis..
    Ya Allah..berikan kesabaran dan kemenangan kepada Datuk Najib dan orang-orang UMNO..Tunjukkan kebenaran dihadapan musuh-musuh durjana bangsa melayu dan rakyat negara ini..agar mereka terlepas dari kekusutan dan kekeliruan dan kembali insaf yang mana benar dan yang mana bathil..
    Semuanya terserah kepada MU..Amin..

    Reply

    hazar Reply:

    sapa setan sapa manusia… pi cuba tanya kat Najib…..Balasubramaniam dah pi mana…lepas angkat sumpah dah hilang senyap…yang PDRM buat dekkk je macam takde bende..ingat rakyat Malaysia bodoh…Bila Najib jadi PM, hancur Malaysia ni. Makhamah tutup…Sapa tak puas hati boleh bersumpah kat masjid…ni la ajaran Islam Hadhari UUMNO. Wakaka…

    Reply

    ? Reply:

    zainudin mat jubo salin kulit lg, kalo x asek cter kesah jubo je… kamu salin baju jubah arabpn org x berminat le :D

    Reply

  4. 4 manis madu Jan 28th, 2009 at 5:05 pm

    ADUN yang bukan Ketua Bahagian UMNO tak penting bagi UMNO yang menghadapi Pemilihan parti UMNO Mac ini sebab kalau Ketua Bahagian UMNO ada kepentingan untuk dapatkan undi perwakilan…peruntukan untuk ketua bahagian adalah juga sebahagian politik wang.

    Reply

    guni setahil Reply:

    Disini jelas Rakyat tiada nilai pada UMNO, mereka berlumba lumba kejar Undi Pemilihan. jadi memang tiada msa untuk rakyat.Ketua bahagian sendawa kenyang sampai muntah, tetapi Adun gigit jari . kadang kadang kelakar lihat budaya UMNO ni!! sebagai rakyat kita tumpang ketawa lihat lawak UMNO sesama mereka.

    Reply

    zainudin Reply:

    Buruk saja sangkaan hati kamu…dalam hati kamu terdapat segalka macam syaitan yang menyesatkan..sedarlah tuan..

    Reply

    guni setahil Reply:

    ini bukan buruk sangka dah keluar BBC, ,harkah ,CNBC, CNN, Al-jazira, Sky News,Arab news. China Morning Post, Manila Post, Pejabat Post.

    Reply

  5. 5 sejadahburuk Jan 28th, 2009 at 8:35 pm

    moh kita pakat sertai PR,ameno dah xrelevan.

    Reply

  6. 6 salam Jan 28th, 2009 at 10:51 pm

    Tak kisah bertukar parti… Asri Muda pun tukar parti dari Pas Ke BN… BN seronok betul… Tapi kalau BN tukar ke Pakatan Rakyat Susah hati betul BN… Macam lipas kudung….

    Reply

  7. 7 DAYAK MALAYSIA Jan 28th, 2009 at 10:56 pm

    DSAI,

    Mungkin Najib kena selesaikan masalah jenayah dalam Malaysia seperti kes Altantuya, Kes Kugan dan kes penjenayah guna C4 dulu supaya tidak semakin berleluasa.

    Kalau tak selesaikan masalah jenayah oleh penjenayah di atas, jangan harap nak jadi PM. Menakutkan !!! Harap kuli yang tukang angkut C4 tidak jadi pencacai penjenayah alaf baru guna C4.

    UMNO kemudian setelah dia berkuasa penuh bulan Mac 2009. Maka pada masa itu Najib akan ISAkan semua (ISA = IKUT SUKA AKU). Waspada semua!!!!

    Reply

  8. 8 ANAK MALAYSIA Jan 29th, 2009 at 3:35 am

    pada pendapat saya,hanya PELAJAR KOLEJ DAN UNIVERSITI tempatan shj yang boleh menumbangkan najib(bakal PM) sepertimana berlaku d indonesia 12 thn lalu….

    kerajaan BN tak perlulah buat undang2 anti lompat parti,buang masa ja dan duit rakyat….

    dan lebih teruk,buat apa bakal PM nak ambil tempat datuk tajol rosli sebg ketua UMNO/BN bahagian PERAK pada 1 FEBRUARI depan?rakyat nergeri Perak tetap tidak mau menyokong beliau dan beliau sepatutnya tumpukan perhatian kepada masalah kegawatan ekonomi negara kita dan bukannya sibuk dengan majlis perhimpunan agung UMNO bulan MAC ini…..alahai NAJIB.

    Reply

  9. 9 former BN supporter Jan 29th, 2009 at 7:30 am

    lompat si katak lompat, lompat lah ke pkr, umno sudah nak mampus, cepatlah lompat ke PKR – BUT ,jangan buat hal di PKR my warning to you , no corruption and serve the rakyat well without colour an gender

    Reply

  10. 10 W. Yusof W. Hussin Jan 29th, 2009 at 10:09 am

    Saya sebagai bekas ATM yang telah lanjut usia, meminta kepada seluruh ahli UMNO yang membaca ini supaya berfikirlah agar segera meninggalkan parti yang telah hampir karam itu. Kalau nak katakan UMNO yang ada ini memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, tidak boleh! Ini adalah disebabkan UMNO itu telah lama berkubur dan ditalqinkan. UMNO (United Mahathir Nana Organizatioan) ini adalah ciptaan Mahathir, kalau tidak masakan dia memakai nombor keahlian 00000001! betul tak? Lagipun, Mahathir akan tetap menyalak (walaupun dia sudah keluar UMNO) jika ada insan yang akan merosakkan UMNO sekarang.

    Reply

  11. 11 badrul Jan 29th, 2009 at 12:48 pm

    Orang2 PR tidak usahlah terlalu gembira dengan kedatangan rakan baru, yang datang tu belum tentu bagusnya. orang kalah dalam pemilihan, orang itu yang menyertai PR. Apakah perjuangan sebenar PR. Kalau PR meneriakan REFORMASI bermakna inginkan perubahan dalam cara pemerintahan. Tapi kini yang datang itu adalah dari orang yang sama. adakah orang PR hanya ingin melihat PR memerintah negara tapi ditunjangi oleh orang yang sama (orang umno yg kecewa dgn jawatan bukan kecewa dgn cara BN memerintah) FIKIR FIKRLAH SEMUA.

    Reply

    5zal Reply:

    Salam Badrul & DSAI

    Saya bersetuju dgn saudara bahawa ahli2 PR jgn terlalu gembira dengan berita seperti ini kerana mereka yang ‘berhijrah’ itu adalah mereka yang terbuang dang terpinggir dari UMNO. jadi, kita sebagai satu pasukan yang membawa wadah perjuangan REFORMASI perlu bermuhasabah sejenak kenapakah penghijrahan org UMNO ini berlaku? Adakah mereka ikhlas atau sekadar melepaskan kekecewaan kerana gagal mendapat jawatan ketua bahagian?

    Ye….FIKIR FIKRIKANLAH…..

    wallahu’alam

    Reply

    DULUumno KINIkeadilanSLAMANYA.. Reply:

    setiap kejadian ada hikmahnya, kekalahkan beliau dalam pemilihan umno adalah satu hikmah dan petunjuk dr tuhan,ALHAMDULILLAH beliau dah mula sedar jalan yang selama ini beliau tuju (UMNO) penuh dengan tipu muslihat,tamak haloba,pentingkan diri,memperbodohkan rakyat,mempergunakan rakyat,gila kuasa,jadi tuhan bukak kan pintu hatinya untuk mengikut jalan yang lurus,yang iklas,yang punya maruah diri dan terus membela nasib rakyat(PR)…orang UMNO dah la tu..kalau x bkan dsebabkan duit dan kepentingan diri xde sapa dah yg nak sokong UMNO dah…smoga tuhan bukak kan lagi pintu hati orang-orang UMNO yang teraniaya untuk sertai(PR) AMIN…

    Reply

  12. 12 azlan Jan 29th, 2009 at 2:26 pm

    kepada semua janganlah mengeluarkan kata2 yang kurang manis sesama kita, berilah pandangan membina untuk pembangunan negara, yang baik tetap baik dan yang tidak baik harus dinyatakan dengan berani. kalau penghijrahan orang2 UMNO ke pembangkang membawa perubahan kepada diri sendiri dan orang ramai seharusnya kita terima, bukan soal jawatan atau habuan tapi bagaimana pemikiran dan arah haluan yang nak kita tuju, kita mencari pemimpin yang mempunyai ideologi untuk membangunkan bangsa dan negara bukan pemimpin yang mencari kedudukan dan membiarkan rakyat terus menderita. lihatlah apabila pembangkang memerintah hanya baru beberapa bulan di beberapa negeri mengapa banyak sangat suara2 sumbang yang mempertikaikan cara mereka, tak payah lah sebut siapa yang menggunakan media massa memburuk dan memperlecehkan pentadbiran pembangkang tetapi mengapa tidak menggunakan sidang dun untuk menyuarakan pandangan mereka?sebenarnya cara kita berpolitik tidak menunjukkan kematangan, pilihanraya sudah berlalu tunggulah 4 tahun lagi kerana sekarang masa untuk bekerja membela nasib semua rakyat bukan untuk menonjolkan pandangan yang kebudak-budakan.rakyat dah muak dengan cerita politik, rakyat nak kemajuan..kerana itulah ada yang berpandangan bahawa dengan tindak tanduk yang tidak matang segelintir pemimpin maka Bn semakin malap dan UMNO semakin pudar maka yang terbaik adalah mencari alternatif ke arah perubahan dengan melakukan hijrah..

    Reply

  13. 13 tutuhjang Jan 29th, 2009 at 3:38 pm

    Menunggu Upacara Pemakaman Paling Terkutuk Abad Ini

    Ogos lalu, di sebelah maghrib satu nisan telah terpacak di Permatang Pauh
    Semalam, di sebelah yasrib satu lagi dipacakkan di Kuala Terengganu
    Sedangkan kuburnya, telah digali rakyat pada pru 12 lalu, bahkan
    Lantai marbel untuk membaca talkinpun sudah siap
    Sempurnalah sudah pembinaan pusara bi-en/am-no, yang
    Ditunggu hanya lah upacara pemakaman paling terkutuk abad ini.

    TUTUH SAMPAI MONANG

    Reply

  14. 14 Jalak Lenteng Jan 29th, 2009 at 5:00 pm

    Hidup UMNO. Hilang seorang wakil rakyat bukan beerti tak diterima oleh rakyat. Mungkin tersalah pilih rakan untuk berjuang semasa susah dan semasa senang. Buat yang menerima PKR tetapkanlah keyakinan orang baru itu supaya tidak melompat ke tempat lain bila tiba masa gawat nanti.

    Reply

    hazar Reply:

    UoMNO nak tunggu dikapankan aje. UMNO tahun 1946 yang memperjuangkan kemerdekaan Malaysia dah lama diharamkan masa era Mahadei. Kini tinggal UMNO baru yang tidak relevan yg dipenuhi oleh langau langau yang gila kuasa, penuh dgn korupsi, kroni …

    Reply

  15. 15 dee Jan 29th, 2009 at 10:50 pm

    fikir-fikirkanlah UMNO dah terpesong jauh tu,kembalilah ke pangkal jalan jangan dok asyik ikut jalan yang salah tu,kalau nak d baiki rumah yang hampir runtuh tu bukan sekarang,dah 50 tahun masa di beri untuk menbaiki rumah UMNO,kenapa dulu tak baiki sedikit demi sedikit,rumah dah nak meyembah bumi baru nak baiki,dahla tu…….. tak payah baiki lagi,buatlah rumah baru yang lebih teguh dan kuat.rumah yang teguh sekarang ini ialah rumah PAKATAN RAKYAT,keluarlah rumah UMNO masuklah rumah PAS ka,Adil Ka,DAP ka tak rugi kita berhijrah ke jalan yang lurus,jangan dok fikir panjang masuklah rumah PAKATAN RAKYAT pintunya setiasa terbuka untuk di masuki,Jangan jadi seperti Tikus Membaiki Labu,Jangan Jadi Katak Dalam Cermin,yang Nampak Kebaikan yang orang lain buat, tapi kita tak mampu buat,yang mana pakatan rakyat buat perkara elok,katakanlah elok jangan dok nampak yang tak elok saja,………kalau UMNO tu dah tak boleh nak terima kebaikan yang di tonjolkan oleh Pakatan rakyat,bermakna UMNO tu dah Terlampau TUA SANGAT sampai mata dah tak nampak,telinga dah tak dengar,mulut dah bercakap merapu,otak dah tak boleh beza,yang baik dan buruk,hanya tunggu kematian sahaja yang layak untuk UMNO.HIDUP PAKATAN RAKYAT,……… TAKBIR……..

    Reply

  16. 16 orangkuale Jan 30th, 2009 at 12:15 am

    hijrah itu perjuangan, hijrah itu pergorbanan. oleh itu mari kita semua sertai pakatan rakyat….reformasi !!!!!!!

    Reply

  17. 17 pemerhatiAngle. Jan 30th, 2009 at 1:08 am

    kadg2 kita lihat rakyat malaysia seolah-olah dijadikan batu loncatan di antara parti… sama ada pembangkang mahupan kerajaan. masing2 ada matlamat sendiri… kalau dilihat dan jika kita tinjau, kebanykan orang2 senior.. tok wan2 nenek2 yang lahir semasa menuntut kemerdekaan masih setia pada UMNO, pd mereka UMNO adlah lambang kpd kebebasan suatu masa dahulu.. tafsiran mereka masih kuat sehingga sekarang dan agak sukar untuk kita pudarkan.ini adalah krna jasa umno itu sendiri. kita lihat pula gelanggang UMNO pd masa kini, seolah2 inya bukan lah menuju ke matlamat asal penubuhannya. golongan muda masa kini pula menganggap UMNO adalah satu pertubuhan yang menuntut untuk politik dan mengawal ekonomi negara.. itu hnylah pendapat saya.. apbila kita dengar akan penyelewangan di media cetak yang dilakukan oleh pemimpin pasti logik akal lebih menimbang akan kebenaran. sebagai contoh, apabila wujud tuduhan yang tidak benar sudah pasti situduh akan mengemukakan saman… ini sudah menjadi tren di msa ini… jika benar. situduh pasti tidak akan mengemukakan saman…. penyelewengan inilah yang membuatkan rakyat naik muak ….. dan saya pasti wujud sesetengah individu yang menyokong pembangkag krn tidak menyukai kpd pemimpin yang ada.bukanlah kpd pertubuhan UMNO itu sendiri..
    sy bukan penyokong kpd mana2 pihak krna sy tahu krna UMNO bangsa melayu dimartabatkan, krn umno kemerdekaan tlh tercapai… ttpi itu ketika dahulu masa… tapi kini umno berubah… mungkin perubahan ini disebabkan wujud pemimpin yang menyeleweng.dan akhirnya pembangkang menjadi pilihan rakyat…

    Reply

  18. 18 joe-kedah Jan 30th, 2009 at 1:34 am

    Zainuddin!
    Selalunya orang yang menuduh anu tu setan, dia lah yang setan bertopengkan manusia. Yang hang dok defend orang tu buat apa, mungkin hang ada ongkos haram masuk kut. Ya lah sudah duduk lama dalam umno, pakai bush jaket pun pinjam kat wakil rakyat, tapi nak belagak pandai, tapi tak sedar diri tu dah dibenci seluruh kampong dek kuasa jadi jkkp yang diktator, PUUUUUIIIIIIIH!

    Reply

  19. 19 Keledek Bengkok Jan 30th, 2009 at 10:34 am

    Kita semua kena sokong UMNO sebab UMNO parti keramat… yang kita tahu keramat tu orang cukup alim, buka kaki tipu, kaki bohong, kaki karaoke, kaki kebas fulus , kaki projek dll. UMNO dah banyak jasa, dak 57 tahun tentunya dah tua , tapi ikut cara lama lagi, ketuk pintu rumah minta sokongan, bayarkan orang kampong minum teh dikedai, buat jalan dan masuk paip kat rumah simiskin dan selamanya miskin bawah pemerintahan UMNO, UMNO banyak bantu rakyat , tapi rakyat terpilih sahaja, ada JKKK pun ikut suka hati mak dia nak kasi, bukan ikut pertimbangan sebenar, ada yang miskin depan mata tak nampak, tapi saudara dekat yang tak berapa miskin.. dapat. Itu budaya koporat UMNO. Kalau bincang malam-malam kat kedai kopi atau restaurant , tak ada cerita lain.. PROJEK dan JAWATAN, maknanya kisah duit tak habis-habis… mana MELAYU nya. Kita sayang UMNO ni.. walaupun tak masuk UMNO, tapi orang yang kuat dalam UMNO tak sayang lansung UMNO, asyik cerita hal yang tadi tu… tak pernah kesal dengan kebangkitan rakyat, tak pernah rasa bersalah, dan yang paling bestnya pemimpin UMNO ni tak pernah rasa berdosa lansung..

    Kat negara kita ni kalau ikut hiraki, paling atas adalah POLITIK (UMNO), lepastu baru UGAMA (agaknya) atau KEHAKIMAN , barulah yang lain-lain……sokonglah sampai rebah..hidup UMNO

    Reply

  20. 20 mohd imran Jan 31st, 2009 at 3:48 am

    salam DSAI
    saya sangat berharap agar Dato’ Ahmad Fakeh Adam menyertai PR.semoga tindakannya akan menjadi ikutan oleh pengikut atau rakan2nya yang lain.

    Reply

  21. 21 ALI AKBAR Feb 1st, 2009 at 11:15 am

    salammmm….
    UMNO dan BN ibarat pokok yang telah mati akarnya….lagi di siram lagi buruk akarnya..tidak boleh pulih lagi melainkan ditukar pasu dan di tanam dengan pokok baru..
    siapa yang masih menyokong lagi BN harap bangunlah dari lenamu..janganlah kamu diulik dengan momokan kosong yang disiarkan di media massa…tengoklah sekarang rasuah dalam BN semakin dibongkar..inika pemimpin yang kita mahukan…..
    FIKIRLAHHHH….

    Reply

  22. 22 BOSAN Feb 1st, 2009 at 2:02 pm

    Sorang UMNO keluar, dua PKR keluar. Kerajaan Perak dah nyawa-nyawa ikan. 30 PR vs 29 BN. Baguslah tu. Lompat jangan tak lompat. Mula-mula kecoh nak gubal undang-undang tapi BN balik yang buat orang lompat parti (Buletin 1.30 1 Feb 2008-Pak Lah sendiri cakap).

    UMNO pembela melayu? Kenapa pinggirkan bahasa melayu? Saya masuk IPTA belajar semua dalam bahasa melayu tapi takde masalah bekerja dengan orang luar guna bahasa inggeris. Kita tengok je la nama UMNO tu – United Malay National Organisation- bahasa melayukah itu???

    Semua media perdana hentam kerajaan PR tiap-tiap hari. Tak sedarkah semua ini membuatkan sokongan terhadap kerajaan BN makin susut kerana propaganda bermotif politik yang bertubi-tubi. Malas nak dengar pembaca berita bercakap tentang keburukan kerajaan PR menyebabkan meluat dengan kerajaan pusat. Orang bodoh politik pun tahu semua ni laporan berat sebelah. PR semua jahat macam raksasa, BN baik macam malaikat (kerajaan prihatin (bila nak kalah)).

    Singapura dan musuh negara gembira kerana mainan politik ni mampu melembabkan pembangunan malaysia. Ye la kalau dah duit rakyat banyak bagi projek-projek naikkan populariti ahli politik daripada buat projek-projek berguna untuk negara (LCCT, Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Bengkok, pemansuhan tol, penurunan tambang pengangkutan awam, mengawal inflasi, biasiswa dan tempat lebih di IPT, turun minyak, peluang pekerjaan, kawal jenayah…).

    Reply

  23. 23 rios Feb 1st, 2009 at 3:37 pm

    Hai……….orang malaysia jangan lah terlalu mengata kata yg buruk saja.setiap kesilapan ada ubat nya.selagi maunusia gila kan wang/harta/kuasa selagi itu lah dunia kita tertap kuraption dan salah guna kuasa,sebagai contoh sewaktu saya kecil sekitar 1975 saya ikut ibu saya jumpa pengulu orang melayu di kampong.Dia tanya apa masa lah?Dia turun ke tempat yg ada masa lah sampai selasei tiada bayaran wang.kalau orang kampong dtg nak bantuan dia seupaya membantu.Tetapi kalau masa ini sudah belain kalau tak ada wang tak boleh cakap.Cuba orang atasan audit harta kewangan dia orang.,jkkk/ketua kampong/penghulu/YB apa bisnes dia orang.Orang melayu lah payung setiap nergeri tapi melayu sendiri yg tak trust himself to control what ever.In sarawak siapa ada wang powerful,kita ingin kan perubahan harus menilai setiap aspek.saya harap orang menjaga kestabilan untuk semoa kaum.Jangan lah melemah kaum prebumi sewenang wenang.sekian lah pandangan saya mr Rios///////////////…………

    Reply

Leave a Reply