07
Jan
09

Pakatan Rakyat desak sidang tergempar Parlimen bincang keganasan Israel ke atas Palestin

Dari TVAntara
Video Didalam
Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan usul mendesak supaya satu sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan bagi membahas isu keganasan Israel di Palestin.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat memandang berat pergolakan di Semenanjung Gaza yang semkin meruncing , Kira-kira 500 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh akibat serangan rejim Zionis dalam tempoh seminggu.

Memorandum mendesak diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat diserahkan kepada kerajaan pagi tadi. Dalam memorandum itu, Pakatan Rakyat menggesa supaya rakyat diberi peluang membuat pendirian rasmi bagi menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyatakan tentangan terhadap keganasan Israel dan memberikan sokongan moral kepada rakyat Palestin.


19 Responses to “Pakatan Rakyat desak sidang tergempar Parlimen bincang keganasan Israel ke atas Palestin”


  1. 1 faizal Jan 7th, 2009 at 5:37 pm

    ada yg simpan harta kat bank israel tu. tu yg takut sangat nk offially kutuk israel and boikot produk israel secara sistematik.

    Reply

    md Reply:

    Lebih baik lah kita orang2 islam bersatu mendesak negara2 arab menyerang negara israel zionis tu.

    Reply

  2. 2 guni setahil Jan 7th, 2009 at 8:06 pm

    bagai mana UMNO BN nak adakan sidang tegempar, sebab mereka adalah sekutu amerika dan israil , sejak TDM berkuasa Kapal Induk US dibenarkan berada di pelabuhan kelang, dan zaman dia lah yang benarkan tentera Udara US guna ruang angkasa malaysia untuk serang Irak, TDM cakap tak serupa bikin suruh negara baikot produk US? tahukan kita kilang US kat malaysia ini banyak dan rakyat kita yang berkerja di situ?? kata kata TDM boleh masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

    Reply

    Noh Reply:

    TDM baling batu sembunyi tangan. TDM yang memunggah pelabur US ke sini, kini suruh kita boikot USD. TDM nak bubuh pasir dalam periuk nasi rakyat Malaysia apabila US tarik keluar pelaburannya. Sudahlah idea Persyarikatan Malaysia nya gagal kerana menyusahkan rakyat yang terpaksa membayar kos yang tinggi apabila Pos, Telekom, LLN, Air, kesihatan dan sebagainya diswastakan.

    Reply

  3. 3 Zahan Jan 7th, 2009 at 9:38 pm

    inilah masanya utk menyalahkan antara satu sama lain.Redha sahaja..kita tak mahu kehilangan Gaza dan HAMAS.HAMAS tembak menembak dengan tentera Israel sebab itu ketentuan Allah pada mereka,sbg pengajaran kpd kita.Mujur Malaysia duk jauh dari tanah Arab.Kalau duduk tepi dia baru tau macam mana RASAnya ketakutan dan ketakwaan.

    Reply

  4. 4 King Crippler of Temasek (Singapura) Jan 7th, 2009 at 10:26 pm

    Kutuk habis-habis kerajaan Singapura dahulu kerana mereka adalah penyokong hebat regim Zionis dan sekutunya Amerika Syarikat.

    Reply

    ulam batar Reply:

    jangan kutuk dulu tali barut US dimalaysia UMNO BN mereka lah pertualang bangsa dan agama.

    Reply

    Noh Reply:

    JANGAN NAK SALAHKAN ORANG LAIN, KERAJAAN MALAYSIA APA BEZANYA, BERSEKONGKOL DAN PAK TURUT KEPADA AMERIKA. RAKYAT DIISAKAN ATAS NASIHAT AMERIKA KONON TERORIST. MENYOKONG MANDAT RESOLISI PBB SUPAYA AMERIKA SERANG IRAQ SEMASA PERANG TELUK.

    Reply

    luqy Reply:

    aku setuju…ttg s’pura x susah. klu nak musnahkannye senang campak aje seketul bom mcm kat nagasaki dulu. hilang dlm peta. tapi kita panggil dulu sedara2 kita lari dari pulau najis tu.

    Reply

  5. 5 mosesfoo Jan 7th, 2009 at 10:55 pm

    Datuk Seri

    Words cannot describe my feeling for the suffering of the Palestinians in Gaza now at the hand of the Israeli.

    Stop the genocide! Let truth and justice prevail.

    Reply

  6. 6 penpusaka Jan 8th, 2009 at 12:17 am

    hai balik dari turki dan jumpa kawan2, apa ke bendanya yg dibincang konon hal Gaza? Kalau setakat nak buat gempak kat parlimen yg awak sendiri takde kuasa, buat ke benda? Anyway, tak payah nak menyiboklah, PM sendiri dah atur untuk buat sidang parlimen tergempar. Ko orang ahli parlimen pembangkang boleh lah menyibok dan buat kecoh, tapi jangan lupa sokong BN untuk luluskan usul yg akan dibawa oleh PM mewakili kerajaan BN ok? jgn tak sokong pulak? Hidup BN Hidup UMNO!!! Pada anwar, jangan lupa sokong BN pada sidang parlimen tergempar tu. Oh ya kenapa tak minta sidang tergempar untuk jatuhkan BN?

    Reply

  7. 7 penpusaka Jan 8th, 2009 at 8:11 am

    Lepas ni apa pula? Anwar nak desak PBB buat sidang tergempar untuk mengusulkan “perang keatas Israel”? Tak payah lah. Lagi berfaedah jika tinggalkan KT dan pergi balik ke Turki dan kempen semua agen2 kroni amerika untuk sokong usaha Rais Yatim dan kerajaan malaysia yang sedang bertungkus lumus menjalankan usaha diplomatik untuk gembeling ASEAN,NAM, OIC dan semua negara sahabat bagi bersama-sama mengusahakan sidang tergempar untuk membincangkan kemelut di palestin. Jangan pula pegi dan canang kat budak2 dibelakang hang yang hang punya pasailah maka PBB pun bersidang!! Sudah-sudahlah hang dok menipu. Ataupun kalau tak nak tolong Rais yatim, hang dok rumahlah prepare untuk kes peribadi hang yang akan naik kat Makahmah, lagi baik. Biarkan rakyat malaysia bersatu sokong kerajaan buat kerja tak payah dok temberang hang nak rampas kuasa. rakyat dah nak muntah ngan hang punya kelentong!

    Reply

  8. 8 Muhammad Al-Fatih Jan 8th, 2009 at 8:21 am

    Kalau Parlimen menolak untuk membuat sidang tergempar maka mereka itu tergolong dari kalangan Pemimpin-pemin dayus Mesir(Egypt)

    Reply

  9. 9 Devan Jan 8th, 2009 at 8:54 am

    Is HAMAS a Terrorist organisation????
    There was a ceasefire in GAZA…but Hamas started shooting rockets towards the end of the ceasefire .
    They were trying to provoke Isreal. Why???
    I am really sick of the situation in the Mid East. All parties involved should come to conclusion that there are no winners there.
    The Arab countries ALL have HIDDEN AGENDAs there.They are not united.
    Even US involvement has its reasons.
    Let good prevail over evil…

    Reply

  10. 10 Jeffripower Jan 8th, 2009 at 10:42 am

    Pak Lah dah pun usulkan isu ini di Parlimen untuk dibincangkan. Inilah masanya ahli-ahli Parlimen untuk membincangkan isu-isu ini sebaik mungkin. Pembangkang jangan hanya nak cari gaduh dalam Parlimen je pulak… Berbincang elok-elok untuk kesejahteraan umat Islam sedunia…

    Reply

  11. 11 Fadzil Jan 8th, 2009 at 10:57 am

    OIC need to come out with resolution to sent their peacekeeping army to Palestine borders, from Gaza to West Bank under the UN banners. Let OIC do the action, no more rethoric. Muslims and all peace supported people should push for peacekeeping army to this country. This will hold both sides from creating conflicts and wars. In the meantime, let’s the negotiators from both sides make peace. America cannot be trusted anymore because they lost the mediator credibility for their support to Israel. Push for this to happen. No more rethoric. Otherwise, we may have alternative army that willing to do that job. I think you know who I mean for it.

    Reply

  12. 12 penpusaka Jan 8th, 2009 at 2:02 pm

    Haiiiik, apasal 2 reply saya masih dok tunggu “moderation”. Tak sanggup nak bagi orang lain kongsi pandangan ke? Cukup lah tuuu, ambil je tauladan dan belajar sikit jadi manusia berhemah.

    Tengok Barrack Obama, itu “PRESIDEN-IN-WAITING” yang sah-sah dipilih dan diangkat oleh rakyat, masih tahu bersifat mulia. Bila ditanya komen tentang situasi di Palestine, katanya “saya tak akan beri ulasan kerana kita hanya ada SEORANG PRESIDEN, nanti lepas saya jadi presiden saya akan cakap dan buat apa yang saya nak buat”.Alasan beliau? Tak mahu ganggu pentadbiran dan Presiden. Itu cakap orang menang dan musuh politik Bush, tapi beliau berlagak sebagai rakyat yang setia dan akur kepada pemerintah.

    Ini, dah lah orang tak lantik, istihar pula diri sendiri :PM-IN-WAITING” konon. Ganggu rakyat supaya sentiasa benci kerajaan yang dah dipilih. Berlagak macam pemimpin besar, pergi serata kampong dan dunia, kutuk dan tanam kebencian pada pemimpin, kerajaan dipilih, dan lebih malang lagi busuk dan jatuhkan nama baik negara diluar negara! Haprak lah hang ni. Ini sifat orang MUSLIM ke???

    Pak Lah dah atur sidang parlimen dan Menteri Luar pun sibuk berkempen untuk sokongan bagi sidang PBB. Tak payah hangpa nak cari glamour dan asyik nak tipo dan cuba nak kagumkan pengikut hang yang dah macam kena sihir tu. Pernah dengar tak “lembu punya susu, sapi nak nama?”

    adiooss!! KT akan kekal bersama BN!!!

    Reply

  13. 13 zik Jan 8th, 2009 at 7:47 pm

    Veneuzuela halau Duta Israel dari negara dia..harap2 Parlimen boleh buat keputusan yg drastik juga…macam Venezuela…Mesir dan Jordan pun tak halau Duta Israel..negara yg bukan Arab dan Islam pulak lebih tegas..apa nak jadi la gan Pak Arab-Arab..harap minyak ja banyak..tapi tak dak teluqq

    Reply

  14. 14 md Jan 10th, 2009 at 4:54 pm

    Selepas ni boleh lah kita ramai2 rakyat malaysia mendesak pula supaya negara2 arab bersatu menentang Israel pula.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang: Dari TV Selangor Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak... http://bit.ly/ccPtBf
11 minutes ago
anwaribrahim: @nayeel Tahniah kpd semua, terharu dgn sambutan.Perhebat kegiatan- kempen keahlian! #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @mh3 Recording will be done later.But our friends need to focus on the issue #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @elizabethwong ProfAmatyaSen-glad to visit Selangor.Will follow up #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @irrational cow Found lecture venue.Try "sacred cow"-deschooling society Ivan Illich #fb
12 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031