05
Jan
09

“Kerajaan pandai buat masalah tetapi tidak pandai selesai masalah.” – Datuk Dr. Hassan Ahmad

Malaysiakini | Jan 5, 09

Datuk Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu – yang merancang mengadakan perhimpunan besar ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Kalau tidak ada orang (tokoh lain), bolehlah,” kata tokoh pejuang bahasa itu, yang juga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagaimanapun, tambah Dr Hassan, butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan.

Beliau menambah, keputusan berhubung kedua-dua perkara itu bergantung kepada hasil pertemuan sulungnya dengan jawatankuasa pelaksananya – yang dikepalai pengarahnya Hasni Abas – Rabu depan.

Penghujung bulan lalu, sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang sepakat menganjurkan demonstrasi besar – digelar “Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu” – bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Hasni Jumaat lalu berkata, memorandum tersebut antaranya, memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara bagi mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dua subjek itu.

Umno harus sokong

Sementara itu, Dr Hassan ketika diminta mengulas pelaksanaan dasar kontroversi yang diperkenalkan tujuh tahun lalu itu berkata:

“Saya ini sudah menyampah. (Kerajaan) timbulkan masalah… kerajaan pandai buat masalah tetapi tidak pandai selesai masalah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

“Dulu semasa keputusan (memperkenalkan PPSMI) dibuat, tidak minta pandangan orang lain.”

Mengulas lanjut, beliau yang juga pengerusi Yayasan Karyawan berkata, desakan bagi memansuhkan PPSMI “harus datang dari dalam Umno” sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.

Tambahnya, sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkang pemilihan agung parti itu (Mac depan) hanya tinggal dua bulan lagi.

Dr Hassan turut menyuarakan rasa kecewanya kerana dalam Umno sekarang ini, banyak pemimpin dan ahli-ahlinya, lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.

Pertemuan esok

Parti-parti pembangkang juga digesa lebih aktif menyuarakan bantahan itu.

“Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau PKR bersuara, kuat,” kata Dr Hassan.

Hasni ketika dihubungi, mengesahkan pertemuan beliau dengan Dr Hassan bagi membincangkan bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI.

Menurutnya lagi, pertemuan itu yang asalnya dijadualkan esok, terpaksa ditunda ke hari Khamis depan memandangkan ada ahli jawatankuasa yang tidak dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.

Mengulas perkembangan terkini penyertaan terhadap kempen itu, Husni berkata, 13 NGO dan sayap Pemuda pembangkang – PAS dan PKR – telah pun menyatakan kesediaan mereka terlibat dalam bantahan itu.

NGO terbabit, antaranya, Kesatuan pekerja DBP,Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia dan Angkatan Sains Islam Malaysia (Asasi)


22 Responses to ““Kerajaan pandai buat masalah tetapi tidak pandai selesai masalah.” – Datuk Dr. Hassan Ahmad”


  1. 1 mr clean Jan 5th, 2009 at 6:00 pm

    budaya umno tetap tk akan berubah walaupun tlh diberi masej keras pd PRU12 yg lepas…

    rasuah & ugutan menjadi senjata utama, disamping mengekploitasi media perdana yg mudah dibeli dgn harga maruah yg begitu murah/rendah serta menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk polis… matlamat mereka adalah kekal berkuuasa….

    yg jelas adakah semua janji2 yg sudah, telah di langsaikan????????

    umno pembela MELAYU,
    persoalannya adakah ini benar??????

    1) kerajaan manakah yang yg mendikriminasikan negeri mejoriti MELAYU Kelantan?

    2) kerajaan manakah yang menengtang pelaksanaan hukum Hudud & Qisas di Kelantan?

    3) kerajaan manakah yang merampas eset rakyat (TNB, TM & etch…) & menberikan pada individu2 kroni tertentu atas nama pengswastaan?

    4) kerajaan manakah yg mengadaikan maruah & menjual Tanah Melayu Singapura kepada Singapore?

    5) kerajaan manakah yg membiarkan tanah jajahan Melayu Pulau Batu Putih jatuh kepada Singapore?

    6) kerajaan manakah yg menjatuh kan maruah negara dgn membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok mengantikan tambak Johor?
    7) kerajaan manakah yg mengerakan tentera & menyerang & membunuh penduduk Melayu Islam Memali?

    8) kaum manakah yg paling ramai termiskin di Tanah Melayu – Malaysia?

    9) kaum manakah yg paling ramai berpendapatan bawah 1000 ringgit?

    10) kaum manakah yg mejoritinya mengisi jawatan bawahan (kuli) dlm sektor swasta & perindustrian?

    11) Kaum manakah yg paling ramai tercicir & tk mampu melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan setelah “biasiswa” dihapuskan & digantikan dgn pinjaman PTPTN.
    12) siapakah yg membela & memperkayakan jutawan2 terkenal Negara (antaranya lim goh thong, aric chia, Vincent tan, petric lim, ananda krisna & banyak lagi)?
    13) siapakah yg paling aktif mengganggu pentakbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat dgn mengunakan jentera kementerian pembangunan luar Bandar?

    dan banyak lagi persoalan yg mungkin tk terhuraikan.

    jawabannya kepada semua persoalan diatas adalah =

    = “”"”"”"”"”" M E L A Y U “”"”"”"”"”

    Diharapkan jentera kempen di PKKT – P036 dapat menjelaskan isu2 yg di utarakan diatas.

    Reply

    Mikroskop kampung Reply:

    Tambahan….

    Kerajaan manakah yang “menghapuskan” saluran TV khusus berbahasa Melayu dan kini mencadangkan pula saluran khusus bahasa asing dengan kandungan tempatan.

    Kerajaan manakah yang “menafikan” kepentingan sejarah bangsa dalam sistem pendidikan negara

    Kerajaan manakah yang “menyepikan” penggunaan tulisan jawi dan kini mula “bising” apabila Kerajaan Negri di utara mempelbagaikan penggunaan tulisan pelbagai bahasa

    Kerajaan manakah yang “mengenepikan” kecerdikan rakyat dengan pentadbiran putar alam dan manupulasi media

    Kerajaan manakah yang “menganjurkan” Islam dan Moral tinggi dalam masa yang sama menyogok rakyat dengan budaya dan “liberalisasi” Islam yang membingungkan

    Reply

    penpusaka Reply:

    ayam terkecing pun kita atur demonstrasi, bantah!
    itik tak balik, pun kita buat demonstrasi!
    orang terkentut tak busuk pun kita buat demonstrasi!
    kalau demonstrasi tak berjaya pun, kita buat demonstrasi!
    orang buat demonstrasi pun kita buat demonstrasi!
    orang tak buat demonstrasi pun kita buat demonstrasi!
    lepas tu parti kita pun kita tukar nama Parti Demonstrasi Rakyat!
    Kita menang pun kita buat demonstrasi!
    Kita kalah pun kita buat demonstrasi!
    Orang tak nak kat kita pun kita buat demonstrasi!
    kita mati pun kita buat demonstrasi!
    bila takda sapa buat demonstrasi pun kita seru demonstrasi!
    sebab kalau takde demonstrasi,,,,kita matii…!
    siapa kah itu?

    Reply

  2. 2 Go!Malaysian... Jan 5th, 2009 at 6:38 pm

    Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu Semakin Hangat!!!

    Get The Latest P36 Kuala Terengganu News @
    Ikutilah Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu Di

    Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu

    Reply

  3. 3 SILENT MAJORITY GROUP Jan 5th, 2009 at 7:16 pm

    SILENT MAJORITY GROUP Jan 5th, 2009

    KUMPULAN BAHALOL YG PROTEST….

    KENAPALAH KAMU NAK SEKAT PENGAJARAN BAHASA INTERNATIONAL..PELIK PERANGAI KAMU??

    KALAU KAU TAK MAU ANAK2 KAMU BELAJAR DLM BAH INGGERIS..LANTAKLAH!
    KALAU NAK SURUH MEREKA SETAKAT JADI JAGOH KAMPONG..LANTAK KAULAH!

    MAJORITY RAKYAT MALAYSIA SEMUA KAUM MAU BAHASA INGGERIS UNTUK PELAJARAN SAINS
    & MATH….kenapa yg kamu semua SAKIT HATI????

    KERAJAAN KINI LEBIH ARIFF TENTANG BAHASA RESMI! CUBA KAU TENGOK SDR ANWAR IBRAHIM
    KETUA PEMBANGKANG!
    DIA DIKENALI DI SATU DUNIA..WHY??
    SEBAB DIA PANDAI BERTUTUR ENGLISH…PETAH BAH ENGLISH! WARTAWAN SEMUA TV STESYEN
    & AKHBAR SEMUA BERLUMBA MAU INTERVIEW DIA! PASAL DIA FASIH BERTUTUR! KITA BOLEH
    KETENGAH SDR ANWAR MEWAKILI MALAYSIA DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA BEGITU JUGA
    DGN MENTERI2 CABINET SEKARANG..PAK LAH, MUHYUDIN, DR RAIS, HAMED BOTAK, SHARIR SAMAD
    DLL! RAKYAT MALAYSIA TIDAK MALU APABILA MEREKA SPEAKING ENGLISH DI MEDIA!

    jangan macam zainudin maidin sudah…HANCUR!

    kalo nak bantah..ini ISU YG LEBIH PENTING>>>>>RTM MAU KHASKAN SATU TV CHANNEL
    KHAS UNTUK PROGRAM2 BAHSA CINA…..INI YG KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BILANG KAUM
    MESTI DESAK & BANTAH NIAT KEMENTERIAN PENERANGAN…ayuh kita BANTAH!

    KALAU NAK JUGAK BANTAH BESAR BESARAN…BUAT PROTES ANTI ISRAEL DI MANA
    SEMUA RAKYAT MSIA BOLEH AMBIL BAHAGIAN!

    Reply

  4. 4 JaluminBSamin Jan 5th, 2009 at 8:43 pm

    Syabas kerana akhirnya ada usaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan martabat Bahasa Melayu. Selama PPSMI ini dilaksanakan ramai murid-murid diSabah, Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia terutama dibahagian Pedalaman yang mengalami kesukaran pembelajaran Sains dan Matematik. Kebanyakan pelajar yang ditemui menyatakan mereka lebih banyak menghafal daripada memahami subjek-subjek tersebut. Pada mereka memahami Bahasa Melayu itu sendiri pun sudah bermasalah kerana bahasa ibunda atau bahasa etnik seperti bahasa Dusun, Kadazan, Murut, Rungus, Bajau, Iban, Bidayuh, Idaan, Sungai, Senoi, Jakun, dan lain-lain selalunya digunakan didalam pertuturan seharian dirumah. Dengan itu mengembalikan semula Bahasa Melayu didalam Pengajaran Sains Dan Matematik akan lebih mendedahkan lebih meluas Bahasa Melayu ini kepada anak-anak kita terutama dipedalaman dan luar bandar. Saya amat mengetahui ini kerana saya juga adalah salah seorang daripada pelajar kawasan pedalaman yang pernah mengalami keadaan yang sama.

    Semoga dengan usaha yang bakal diketuai oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad ini akan berjaya mengembalikan Bahasa Melayu sebagai penghantar pembelajaran Sains Dan Matematik serta perlu juga di utarakan cadangan memperbaiki cara pembelajaran dan penyampaian agar pengembalian martabat ini tidak mampu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Dengan itu nanti akan betullah ungkapan Hang Tuah bahawa Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia.

    Salam HARUM.

    Reply

  5. 5 hafiz Jan 5th, 2009 at 10:48 pm

    as,kum dsai
    saya arap dsai dpt mempejuangkan bahasa melayu dan merupakan bahasa kebangsaan
    kita tidak patut menjadi orang asing di dalam negeri sendiri dan bersusah payah untuk berlaJAR BAHASA ASING ITU.
    dsai perbetulkanlah apa yang sudah berlaku kepada malaysia ini
    kerajaan menipu kalangan murid dengan menurunkan graf peratusan supaya di kata semua pelajar dapat menguasai bahasa inggeris dan patut ke pelajar yg gagal di luluskan di dalam exam upsr, pmr,malah spm juga.kerajaan sekarang boleh menipu murid di malaysia dan tidak boleh menipu diri sendiri
    perkara sebegini tidak patut berlaku dan merugikan masa dan menghabiskan beras je.

    Reply

  6. 6 Kluangman Jan 6th, 2009 at 12:09 am

    Untuk selamat dan martabatkan Bahasa Melayu bukannya dengan cara terjerit terlolong dijalanraya. Bukan dipentas politik atau dipentas budaya. Perjuangan apa juga tentang Melayu harus bermula dengan ‘penguasan ekonomi’ glokal dan juga global. Jika ekonomi dikuasai bukan sahaja bahasa melayu dimartabatkan malah dunia pun boleh dimiliki.

    Dah pencen tu, eloklah buat perangai orang pencen.

    Reply

  7. 7 hsl_my Jan 6th, 2009 at 12:42 am

    Saya rada Datuk masih ketinggalan zaman, meningkatkan martabat BAHASA MELAYU bukannya dengan cara kekarasan atau demontrasi. Malu saja. Datuk sepatutnya berusaha meningkatkan Bangsa Malaysia berjaya dalam segala bidang, sehinggakan orang luar /asing ingin belajar dengan Malaysia, dan mereka terpaksa belajar Bahasa Malaysia /Melayu untuk menguasai ilmu yang kajiannya dalam bentuk Bahasa Melayu. Ini menunjuk bernilainya Bahasa Melayu.

    Sesiapa yang berdemotrasi untuk Bahasa Melayu, hanya membuat orang ketawa, begitu ceteknya pikiran Datuk.

    Reply

  8. 8 hsl_my Jan 6th, 2009 at 12:58 am

    Melihat begitu lantang and berahi Datuk untuk demo, ini menunjukkan orang melayu takut belajar kesusahan untuk memajukan bangsa pada masa akan datang.

    Cuba lihat begitu kasihan kelulusan graduan bangsa melayu yang hanya mampu kuasai bahasa melayu untuk kemunikasi dengan syarikat asing yang lebih tumpu ke bahasa English. Mereka gagal dapat kerja. Kemudian menganggur. Lahir datuk yang akan demo untuk memaksa syarikat asing ambil mereka bekerja.

    Tapi hal bahasa tidak menjadi masalah kepada anak golong melayu elit and golongan berada, mereka bergaul and belajar disekolah antrabangsa yang menguna bahasa English.

    Saya tidak faham dengan NGO dan pikiran datuk yang tidak lihat masa depan anak-anak Malaysia keseluruhannya.

    Apakah dengan cara DEMO supaya dengan menghapuskan PPSMI akan menguntungkan anak anak Malaysia? Cuba pikir dengan waras dan jangan politikkan pendidikan, yang rugi tu siapa???

    Reply

  9. 9 hsl_my Jan 6th, 2009 at 12:59 am

    sokong

    Reply

  10. 10 Addari Jan 6th, 2009 at 8:39 am

    Saya agak terkedu apabila membaca luahan seorang tokoh dan saya kira pujangga bahasa iaitu Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas Pengarah DBP dan bekas wakil Malaysia di UNESCO.Ayuh!! datuk, seluruh rakyat Malaysia menyokong perjuangan datuk untuk bertindak sehingga kerajaan menarik balik pelaksanaan PPSMI.Seluruh Kesatuan Guru di Malaysia juga berdiri di belakang datuk termasuk NGO’s serta PAS dan PKR untuk menentang PPSMI.Bagi UMNO sudah menunjukkan tembelang, dibibir berkata pejuang bangsa dan ummah tetapi pemimpin mereka pengecut belaka. Di kalangan guru mengajar PPSMI pula sudah lama ditutup mulut dengan bayaran insentif (BISP) 5% bagi bergaji Guru Siswazah dan 10% bagi bergaji Non-siswazah walaupun tidak mampu mengajar dalam bahasa inggeris.Ironinya guru besar dan penolong kanan di sekolah yang malas mengajar juga minta mengajar Mt dan Sc untuk mendapat imbuhan itu setiap bulan di antara RM130 hingga RM300 sebulan.Mangsanya adalah anak-anak murid yang tidak faham apa yang diajar oleh guru.
    Lembaga Peperiksaan Malaysia terpaksa menurunkan geraf markah calon subjek MT dan Sc UPSR dan PMR untuk supaya gred kedua2 subjek itu tinggi dan nak menunjuk PPSMI berkesan.Malang sekali,Menteri Pelajaran dan KPPM sangat degil dan mengajar orang UMNO penipu,guru penipu,TKPPM penipu, BPG dan IPG penipu dan pegawai-pegawai di KPM juga menipu.
    Y.Bhg Datuk, ramai profesor di IPT menyokong datuk, datuk tidak keseorangan seperti Prof Dr. Awang Sariyan, Prof DiRaja Engku Aziz, Prof Datuk Dr Ainuddin Wahid, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Wahid, Prof Dr. Yusoff Othman, Prof Dr Shahril Majid, Prof Datuk Dr. Zainal Keling, Prof Datuk Dr Nik Safiah Karim, Prof Datuk Dr. Abdullah Hassan dan YB Datuk Seri Rais Yatim.
    Sejarah akan datang akan mencemuh apa yang pemimpin melayu buat sehingga martabat B.Melayu begitu rendah sekali.Seperti apa yang berlaku dengan tulisan jawi yang merupakan legasi bangsa melayu yang sudah hilang disebabkan kesilapan orang melayu yang bersetuju dengan Mantan Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Khir Johari.Akan datang pasti Datuk Sri Hishamuddin akan menjadi Menteri Pelajaran kedua yang dicop perosak bangsa melayu.Apa dah jadi dengan pegawai tinggi KPM yang dicucuk hidung, bermata buta dan berhati batu.Takkanlah nanti pencen baru berani berkata benar dan sekarang tidak berani berkata benar walaupun ianya benar kerana takut kepada menteri.Padahal menteri ada agenda politiknya.Syabas diucapkan kepada Dtuk Seri Rais Yatim yang berani berkata benar walaupun tanggung risiko dalam pemilihan Naib Presiden UMNO.

    Reply

  11. 11 dappp99 Jan 6th, 2009 at 9:12 am

    Salam Dato,
    What I want to share with you is really out of scope but I really hope you can help all the Malaysians who earns their living in Singapore. When I read The Star last Friday, there a comment that the New CIQ was a major letdown. Honestly after going through the New CIQ, I really agree 100% that the 1.3 billion project was a major failure.

    Previously I leave my house at 6.30 am and can still cleared Singapore immigration by 7.15 am and reach my work place by 8.00 am. I can walk (15 minutes walk) all the way to Singapore immigration if it’s too crowded or short of buses but not anymore. We are not allowed to walk as there are no walking path and furthermore, it is too far to walk (1 hour walk).

    Yesterday morning I reach the CIQ at 5.30 am and managed to get into the bus at 7.15 am. The crowd was pushing and shoving to get into the buses and even though there are policemen on duty trying very hard controlling the crowd, it is still out of control. We do not blame the policemen cause there’s so many ppls there. I believe this CIQ is of no help to us instead becoming a burden. Moreoever, since today is the first day of school re-open, I believe many students were late for school and same goes to the workers.

    With the economic uncertainty, many organisations are trying to reduce the headcounts in order to save costs. If the workers are late so often even though due to the new CIQ, company will take this opportunity to discipline till to the extent of terminating their service. I hope you wouldnt like that to happen to us since we have families to feed and care of. I really hope that there can be a walking path for us to walk thru to Singapore immigration to enlightened our problem. Hope the old CIQ can be open again for pedestrians only or any other alternatives as long as it benefits us and not tortured us currently.

    This morning, I face the worst situation than yesterday. They are deploying more policemen to control the situation but it is still out of control. I cleared Malaysian immigration at 6.00 am and only managed to get into the bus at 7.30 am. I’m thinking of walking all the way to Singapore immigration but I heard that it is not allow and the police will issue summons to anyone who walk. Then what should I do?? I think the situation is becoming from bad to worst…it’s a disaster to all of us. Ppls are fighting and utter vulgar languages among each others cause everybody was pushing and shoving around and create dissatisfaction among themselves. Why should they fight because of this new CIQ?

    Pls Dato, I hope you can voice up on behalf of us in creating a walking path for us. Currently, we are like force to opt for bus…it’s like to enhance or support the bus company business. I still believe we should be given alternatives such as walking to the Singapore immigration if the buses are late or due to too many people boarding and longer waiting time and turn.

    Dato, pls do something for us. May Allah Protect u and family.

    Reply

    penpusaka Reply:

    kamu ni nak kata tak sekolah,buat dosa kat bapak kamu je. Yg pegi tulis aduan panjang lebar kat anwar ibrahim to buat apa. apa dia bole buat? buat demonstrasi boleh la. tapi nanti lagi jammed lah tambak johor dan CIQ. Lepas tu apa kamu dapat?

    Reply

  12. 12 Dr.Saari Jan 6th, 2009 at 9:30 am

    Tak payahlah buat bantahan besar-besaran.Fikirlah anak bangsa nak ke sekolah.KElak traffic jam susah anak-anak hendak ke sekolah.Kalau nak buat pun,buatlah pada hari Sabtu,Ahadlah.Jangan hari kerja.Susah juga orang nak pergi kerja…

    Pertimbangkan kembali…jangan buat masalah dan membuatkan orang lain bermasalah juga…

    Reply

  13. 13 Addari Jan 6th, 2009 at 1:34 pm

    Sepatutnya orang bertitle dr sama ada memiliki PHd atau MD lebih rasional dan melihat dalam konteks ‘long term’ dan implikasi dasar itu bukan hanyak takut traffic jam dan kesusahan anak pergi sekolah.Dr sepatutnya bukan hanya tinggi IQ, tapi perlu tinggi AQ, EQ dan SQ.Sekarang orang bercakap soal survival bangsa, ummah dan agama dan seterusnya soal ‘tawhidiq pradigm’, soal EIC, ESQ dan ‘World view’.Bukan soal susah nak pergi kerja.

    Reply

  14. 14 anak sapong Jan 6th, 2009 at 4:03 pm

    MEMANGLAH BUAT SEGALA MASALAH…..MEMANG TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH PUN. YANG MASALAH TAK DIBUATPUN TAK DAPAT SELESAI, APA LAGI MASALAH YANG DIBUAT…SEBAB PARA PEMIMPIN LAGI BERMASALAH JADI MACAM MANA NAK SETTLE MASALAH LAIN…

    Reply

  15. 15 SILENT MAJORITY GROUP Jan 6th, 2009 at 9:16 pm

    CONTOH YG BAIK ..NEGARA INDIA YG SUDAH MEMPUNYAI POPULASI SEBNYAK 1 BILLION
    BANDING MSIA POP: 20 MILL!

    MEREKA MASIH JUGA PENTINGKAN BAHASA INGGERIS DI INDIA!
    APABILA SYKT MUTI NATIONAL MEMILIH NEGARA UTK OUTSOURCE CALL CENTRES..
    INDIA DIPILIH KERANA MAJORITY RAKYATNYA PANDAI TUTUR BAH INGGERIS!

    NEGARA BARAT TIDAK PILIH MALAYSIA UTK DIJADIKAN CALL CENTRES KERANA SEKARANG
    MAJORITY GRADUAN UNIVERSITI2 MSIA TAK BOLEH TUTUR ENGLISH!
    ITU SEBAB BANYAK GRADUAN YG HANYA TAU BAH MELAYU KINI MASIH MENGANGGUR!
    CALL CENTRES DI MSIA-CHARTERED BANK ,DELL, HP ,NOKIA,DLL SEMUA EMPLOY
    GRADUAN2 YG PANDAI BAHASA ENGLISH! NAH….SEKARANG SIAPA YG RUGI..KERJA TAK
    DAPAT KAU MENGANGGURLAH, BIAR MAK BAPAK TANGGUNG SAMPAI TUA!

    KALAU TAK MAU BELAJAR BAH ENGLISH…LANTAKLAH TAPI JANGAN SEKAT RAKYAT MSIA
    LAIN YG INGIN MAJU, BELAJAR SUBJEK DLM ENGLISH!

    KALAU FIKIRAN MCM KATAK BAWAH TEMPURUNG…GRADUAN MSIA HANYA LAYAK KERJA DI
    MSIA SAJE! NEGARA2 ARAB TAK AKAN TERIMA KAMU KERJA ENGINEERS, LAWYERS, DOCTORS
    …WHY? KALAU MEREKA BERTUTUR ENGLISH DGN KAMU…KAMU HANYA BOLEH NGANGA
    MULUT SAJE…BUAT APA???

    FIKIR2LAH!
    KAMI RAKYAT MALAYSIA SEMUA KAUM TETAP MENYOKONG SUBJEK SAINS & MATH DIAJAR
    DLM BAH ENGLISH!
    KAMI PON ADA SIFAT PATRIOTIK TAPI TAK ADALAH NAK MENUNJUK..”AKU MELAYU…kena
    blajar dlm BM!

    Reply

  16. 16 joe Jan 7th, 2009 at 5:11 pm

    gua pon setuju beb mat dan sains patut diajar dalam bahasa melayu. tapi BANGSA ape yang paling lemah bahasa inggeris. So kene pk cam ner nak meningkatkan mutu penguasaan bahasa inggeris dalam BANGSA tu

    Reply

  17. 17 taklapandai Jan 8th, 2009 at 4:26 am

    Saya dibesarkan di dalam english medium.Mula bersekolah 1969 dalam aliran inggeris mata pelajaran sain dan matematik dan di campur dengan english language membuat saya dapat menguasai bahasa inggeris seadanya.Saya faham membaca akhbar inggeris,saya faham menuntun rancangan inggeris,saya boleh bertutur dengan mat mat saleh yang tersesat di dalam bandar KL ini.Kalau di interview dalam bahasa inggeris pun insyaallah boleh la menjawabnya.Alangkah eloknya tahu dan menguasai bahasa inggeris.
    Saya tak tukar nama saya dari Johan kepada John,saya masih mengemari kain pelekat dari hot pant,saya masih makan belacan bukan pancake.Saya masih bersalaman dan bukan kiss and say goodbye.Kalau kita nak maju gunalah bahasa inggeris kerana its a world language.Kita ambil lah yang baik darinya.
    Taklah saya katakan bahasa malaysia ni tak bagus,jadikan bahasa malaysia bahasa ibunda dan bahasa inggeris bahasa perantara (perhubungan)
    Selalunya yang membangkang bahasa inggeris ni adalah org2 yang tak reti berbahasa inggeris,org yang cemburu sebab org yang boleh berbahsa inggeris mendapat kerja dengan mudah.Come on lah org melayu,jangan terikut2 dan terbawa agenda politik.Biarkan politik dengan agendanya tapi kita mesti menguasai bahasa inggeris untuk maju.
    Jangan samakan kita macam Jepun,ade ker org2 kita bersikap mcm org jepun yang kerja kuat,berinovasi,berpandangan jauh kedepan.Sedangkan selipar yang buat di Malaysia masih di panggil selipar Jepun.Begitulah kuatnya pengaruh Jepun.
    Mengunakan bahasa kafir bukan mengkafirkan diri kita.Mari kita renung ciptaan ciptaan,Siapa yang mereka talipon?microsoft?tv?radio?kereta?kapal terbang?xray?kamera?tayar? adakah kita jadi kafir bila kita menggunakan alat alat tersebut?renung renungkanlah……….

    Reply

  18. 18 fikhri Jan 10th, 2009 at 1:43 am

    bagi saye pengajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu tu wajar diperjuangkan. saye sendiri pernah mengajar sebuah sekolah rendah di kampung. kesian saye tgk student2 saye. diorg bukan x faham. masalahnye skrg, diorg x tau nk jawab ape dalam bahasa inggeris. mungkin ade yg kate kite nk jadi internasional dgn ajar gune bahasa inggeris. tapi beragaklah sahabat. kat malaysia ni berape ramai student yg dtg dari kampung. dan setiap student tuh brape ramai sgt mak bapak yg bleh ckp bahasa inggeris? kalo dah anak x faham, mintak tlg kat mak bapak yg pon x taw ckp bahasa inggeris, macm mane? saye x menolak bahasa inggeris tuh penting. tp kite wajibkn pengajaran die untuk sekolah asrama penuh dan mrsm sbb diorg nih golongan yg bernasib baik dari segi kecerdasan mereka. jadi biar diorg blaja dlm bahasa melayu dulu sampai form 3. at least sempat la diorg tuh nk lulus upsr ngan pmr. kalo dah upsr ngan pmr pn susah nk lulus camne nk melahirkan pemimpin negare? pengajaran sains dan matematik dlm bahasa inggeris boleh dilaksanakan kat asrama penuh ngan mrsm sebab diorg dikawal sepenuhnye ngan cikgu2. cikgu2 diorg pn lebih berpotensi nk ajar subjek2 tuh dlm bahasa inggeris sebab kebanyakannye adalah guru cemerlang. Itu cdgn saye. tentang masalah culture shock kalo masuk ke university nnt, mase matrikulasi, sediakan student ngan kursus bahasa inggeris yg betul2 mantap. beri fokus yg lebih ngan pengajaran bahasa inggeris mase tuh sebab student dah lebih matang dan dah boleh cari jalan sendiri nk study. saye sendiri belajar sains dalam bahasa melayu mase sekolah dulu. tapi skrg saye blaja kat monash university di bandar sunway. kwn2 saye ramai bukan melayu dan saye berbahasa inggeris dgn mereka. bodoh ke saye berbahsa inggeris kalo saye x balaja sains dan matematik dalam bahsa inggeris mase kat sekolah rendah mase kecik2 dulu? fikir2 lah.

    ade yg sebut psl negara india perkenalkan bahsa inggeris jd diorg bagus. harus diingat. mereka majoritinye adalah kaum india. hampir seluruh penduduknya adalah dari kaum india. jadi perbandingan tuh x bleh digunapakai sebab kite negara multiracial. perjuangan untuk merapatkan gap antara kaum tuh perkara yg utama bukan perjuangan mengejar populariti dari segi ranking dan kedudukan dalam dunia. kalo dah ramai2 melayu x lepas pmr ngan spm, ataupun lepas tapi sbb kementerian turunkn graf serendah2nye, ape yg kite bleh banggekn kat situ? org melayu akan terus jauh ketinggalan dr segi pendidikan. semue org melayu akan terus berada dalam aliran sastera. cume segelintir org melayu di bandar je yg dapat masuk ke aliran sains walhal misi utama negara kite nk merapatkn jurang antara kaum.

    Reply

  19. 19 fikhri Jan 10th, 2009 at 1:53 am

    nk tambah sket, kalo psl graduan msia kat ipta x pandai bahsa inggeris, tuh salah kite ke sbb x blaja sains dan matematik mase kat skolah dulu? tak kwn2. ape fungsi unit bahasa kat ipta tuh? tido dan makan gaji. mungkin sape2 yg x penah masuk universiti x taw prosedur kat universiti. mase mule2 masuk kite akan ade placement test. nk uji kemahiran bahasa inggeris kite. tapi ape outcome slps test tuh? nothiing? patutnye perlu ade program peningkatan tahap bahasa inggeris bagi mereka yg fail. itu tanggungjawab unit bahasa. syarat grad di ipta perlu di ketatkan. perlu jdkan kemahiran komunikasi bahasa inggeris tuh sbg syarat wajib utk grad. tp sume nih buat pada peringkat universiti. mase tuh pemikiran masing2 dah matang. sekurang2nye kite dah faham byk perkara psl sains dan matematik. kalo kite ajar sains ngan matematik dalam BI kat sekolah rendah lagi, kite dah sekat pemahaman pelajar ngan subjek tuh. sape yg x faham mungkin akan tros give up. sekurang2nye biarlah pelajar tuh meningkat dewasa. cume pelajar2 skolah asrama penuh dan mrsm yg sedikit cerdas tuh yg boleh kite ketengahkn dgn environment bahasa inggeris nih.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Fitnah 2: Percaya Atau Tidak?: Dari Zaharuddin.net Oleh Zaharuddin Abd Rahman Akhir-akhir ini di sana sini m... http://bit.ly/d73eDu
5 hours ago
anwaribrahim: Blog: Religion and Pluralism in a Divided World:  Public lecture by Anwar Ibrahim at the London School of Economic... http://bit.ly/c2yKdA
12 hours ago
anwaribrahim: London visit photos now online. See here http://bit.ly/av3cKS or here http://bit.ly/9T0tMO #fb
13 hours ago
anwaribrahim: @exAvantz Sewajarnya mereka jawab dgn fakta dan hujah.Sebaliknya ugutan dan kuasa rakus. #fb
23 hours ago

Galeri Flickr

_DSC1794_wb1 _DSC1759_wb1 _DSC1795_wb1 _DSC1775_wb1 _DSC1784_wb1 _DSC1824_wb1 _DSC1798_wb1 _DSC1833_wb1 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031