Akooo menanyakan:
Salam DSAI,
Saya ingin bertanya kepada Dato’ Seri mengenai KWSP.
Sejak kebelakangan ini banyak cerita mengenai kenaikan gaji/pencen kakitangan awam/swasta/OKU/pesara dan lain2 lagi.Memanglah ianya merupakan langkah yang bijak yg diambil oleh pihak kerajaan.Sekurang kurang nya dapat meningkatkan kuasa beli rakyat dan dapat menjana ekonomi negara seterusnya rakyat dapat hidup dengan lebih selesa lagi.
Tapi itu bukanlah perkara yang saya hendak tanyakan.Persoalan saya ialah, bagaimana dengan nasib pekerja2 yang telah diberhentikan kerja(VSS) yang telah melebihi umur 47 tahun.Mereka2 ini kalau hendak cari kerja pun rasanya tak akan berjaya memandangkan kepada usia mereka yang telah lanjut walaupun ada diantara mereka mempunyai kelayakan yg mencukupi dan merupakan golongan2 professional.Bukannya mereka malas bekerja tetapi tidak mendapat tawaran kerja.
Sekiranya mereka ini tidak mempunyai pekerjaan dan duit habuan VSS telah habis, dimanakah mereka akan mendapatkan wang untuk menyara keluarga mereka untuk terus hidup?Apakah mereka harus mencuri,merompak,menyamun,meragut?Kalau hendak berniaga atau menceburi bidang pertanian pun memerlukan wang juga.Pinjam bank?Apakah bank akan bebesar hati memberi mereka pinjaman sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang kerja tetap.Macamana nak bayar balik pinjaman?
Apakah bezanya diantara pesara atau orang yg telah pencen dengan orang yg telah diVSS?.Jawapannya,yang si pesara dapat wang pencen tiap2 bulan sedangkan orang VSS tidak dapat apa2 wang pun walhal mereka sama tidak bekerja.Apakah orang2 pencen sahaja yang harus hidup sedangkan orang VSS tak boleh hidup lagi?
Apa yang saya nampak, sumber wang yang ada bagi orang2 yang VSS adalah wang KWSP mereka.Namun ianya tidak dapat dikeluarkan kecuali umur mereka 50 tahun(itu pun dapat keluar satu pertiga sahaja dari simpanan KWSP) atau telah mencapai umur 55 tahun seperti mana yang termaktub pada Akta KWSP.Kalau ditanya kepada KWSP atau Kementerian Kewangan pun saya pasti dan yakin yang mereka akan memberikan jawapan standard iaitu “wang tersebut tidak boleh dikeluarkan kerana akan melanggar Akta KWSP”.
Kalau umur orang VSS tu dah 47 tahun kena tunggu 3 tahun lagi untuk dapat keluarkan wang itu.Dimanakah lojiknya kalau untuk 3 bulan pun mereka belum tentu boleh hidup sebab takda wang inikan pula nak tunggu 3 tahun lagi.Lebih malang lagi kalau mereka mempunyai hutang yang banyak yang perlu dibayar.
Persoalan saya selanjutnya ialah kenapa Akta KWSP tersebut tidak dapat dipinda bagi membolehkan mereka2 yg VSS mengeluarkan wang KWSP mereka walhal wang tersebut adalah wang mereka dan bukannya wang kerajaan.Sebaliknya kerajaan telah menggunakan wang itu untuk pelbagai tujuan yg tak perlu saya sebutkan dan pencaruman hidup dalam kesusahan.Dimanakah keadilan yang selalu dilaungkan2 itu?Apakah menteri tidak mempunyai kuasa2 khas untuk membuat pindaan kepada Akta KWSP itu?Apakah negara akan bankrap kalau orang2 VSS itu mengeluarkan wang2 mereka?Itu hak mereka.
Sekiranya Akta KWSP itu tidak boleh dipinda kenapa sekarang ini macam2 pengeluaran yang telah disediakan oleh KWSP?Seperti contoh, pengeluaran untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan bulanan.Setahu saya benda ini tidak ada dizaman2 80an.Baru2 ini pulak kerajaan mengumumkan pulak yang membolehkan pengurangan caruman pekerja kepada KWSP untuk menambah pendapatan boleh guna dan akan merangsang perbelanjaan domestik sekaligus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara.Kalau benar kenyataan ini untuk momentum pertumbuhan ekonomi negara kenapa golongan VSS dipinggirkan?Bukankah jika mereka dapat mengeluarkan wang KWSP itu akan membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara.?
Jadi saya amat bebesar hati sekiranya Dato’ Seri dapat menjawap persoalan saya ini dan seterusnya membawa isu ini ke Parlimen demi untuk menjaga kepentingan rakyat dan juga negara.
Sekian, terima kasih.
—–
Saudara Akooo,
Inshaallah nasib pekerja akan kami perjuangkan terus. Malah dalam sesi Parlimen lepas tatkala membahaskan pindaan Akta Pencen, hal tersebut juga dibangkitkan selain keperluan melabur dengan berhemat sebagai amanah membela pekerja dan bukan dana mempertahan kepentingan kroni.
ANWAR IBRAHIM









Dato’ Seri,
Bagaimana dengan pekerja kontrak di sektor awam? tahun ini sahaja sudah ramai yang ditamatkan perkhidmatan tanpa disambung dengan alasan penjimatan kos. Nak harapkan BN, merekalah yang menjaga polisi. Nak harapkan PR tak pernah pula disuarakan di parlimen
Reply
Semenjak kempen PRU12 pakatan rakyat dilihat kurang memperjuangkan nasib pekerja. Ini adalah isu yang terlepas pandang. Kementerian Sumber Manusia sibuk menyuarakan kebimbangan beberapa ribu pekerja swasta yang bakal diberhentikan namun menyorokkan isu pekerja kontrak awam yang skop kerjanya sama dengan pekerja tetap tetapi bertahun-tahun tidak diserap.
Harap team2 DSAI bertanya kepada SPA berapa pekerja yang telah mereka berhentikan pada bulan Disember 2008
Reply
? Reply:
December 31st, 2008 at 11:48 pm
Elokpun kurgkan pekerja gomen biar org atas turun padang, nie harapkn kuli2 je jd benteng, asek2 x bole buat kerja pasal birokrasi, sila jumpa pegawai tp cuma jumpa pntu opis je, pegawai meeting manjang.. salah ke pndapat ku ini?
Reply
Salam dato Seri,jika ada kesempatan…saya igin membuat pertemuan dengan dato seri seterusnya ingin bertanyakan beberapa soalan serta beberapa isu seperti masa depan negara, masa depan bangsa melayu dan agama islam di malaysia seterusnya masa depan bangsa malaysia pada masa akan datang.Saya ingin mendengar sendiri pandangan dato seri berkaitan isu-isu tersebut.Sekarang ini terlalu banyak kekeliruan telah berlaku hasil dari manipulasi kerajaan UMNO-BN.jika ia berterusan ia amat membimbangkan.oleh itu saya berharap dapat berjumpa dato seri wasalam…
anak_muar
pikir_ubah@yahoo.com
Reply
I wish you and your lovely family ..lots of happiness..good health and peace in mind..for 2009.
I wish you have the great blessing of Allah…HIS protections and guidances…you so deserve.. so much.
MAY YOU BE WELL AND GOOD IN 2009!!
Reply
a.kum DSAI
Bagaimana pula dengan nasib orang yang teraniaya dengan CTOS?telah saya ajukan masalah penganiyaan CTOS ini kepada beberapa orang ahli parlimen PR termasuk DSAI sendiri tetapi tiada sebarang respon.Tolong2 lah sikit dat rakyat yang teraniaya ini.
salam
Reply
Salam Maal Hijrah DSAI dan Keluarga. Harap DSAI dapat selesaikan isu-isu yg melanda Selangor. Kes Bus Station Klang Sentral. Isu yg mudah jadi kalut. Kenapa state government tidak mendapat pandangan orang ramai sebelum bertindak?. Jangan main bulldozed aje. Bukankan visi PR ialah kerajaan berkebajikan?. Jumpa rakyat dulu dan berbincang dengan semua ADUN dan MP yg terlibat sebelum membuat keputusan. DSAI lebih ariff dalam soal ini dan semoga dapat menyelesaikan dengan secepat mungkin.
Reply
Mustahil boleh puaskan hati semua orang..
Reply
Selamat menyambut 2009,
Dato Seri,
Saya muak dengan sdr MIKE sejak zaman Ezam lagi. Perangai langsung tak berubah. Berfikir hanya dalam kotak sahaja. Memang elok pun….dapat nasihat pun dari Ezam 6 kotak. Sebenarnya dia tak cerdik pun dan tak layak nak memimpin pada semua bangsa. Dia layak memimpin kaum India yang fanatik. Dan sering bercakap berbau perkauman.
Apa yg berlaku cukup sebagai alasan untuk keluar parti dan saya sokong dia keluar parti. Tak perlu pecat biar dia berhenti sendiri. Betul kata Tan Sri itu dia dah besar dan matang. Boleh fikir sendiri.
Ugutan demi ugutan dari MIKE ini bukan perkara baru. Ianya berlaku sejak zaman Ezam lagi. Pemimpin India, Melayu dan Cina adalah untuk memimpin semua bangsa.
Bukan si MIKE ini hanya bercakap dalam kotak dan berlagak seperti HERO 6 KOTAK…..!!!
Reply
Salam Dato’ Seri,
Saya bekas pekerja salah sebuah kilang di Seberang Jaya. Saya adalah mangsa kepada VSS. Saya bersama kawan2 telah memfailkan tuntutan kepada majikan kerana mereka hanya membayar hanya 1 bulan utk setiap tahun khidmat. Saya telah mengadu kepada MTUC Penang Div Vice Chairman (mungkin Dato’ kenal).
Nampaknya trend ekonomi dunia skrg yg lembab, majikan saya telah mengambil kesempatan utk mengurangkan pekerja tempatan, sedangkan pekerja asing masih dikekalkan!!!mereka berusaha utk tidak membiarkan pekerja berbincang sesama sendiri atau majikan tentang VSS.
Daripada pemerhatian saya, majikan sedang membesarkan kilang dengan menambah bilangan mesin yang sedia ada. Saya mempunyai rekod kerja yang baik, sedangkan pekerja yg ada rekod disiplin tidak kena.
Harap Dato’ Seri ambil perhatian dalam isu ini. MAJIKAN YANG TIDAK TERJEJAS SECARA LANGSUNG TERHADAP KELEMBAPAN EKONOMI, MENGAMBIL KESEMPATAN MEMBUANG PEKARJA TEMPATAN SEWENANG-WENANGNYA.
Wassalam
Reply
Saya mengalu-alukan kemasukan Datuk Zahar Hashim (Ex Ketua UMNO PJ Selatan) yang telah digantung dari UMNO ke dalam PKR.
Dengan ini berlangsunglah proses mengeluarkan duri dalam daging UMNO yang selama ini membusukkan nama parti UMNO. Ramai lagi yang sering menyebabkan nama UMNO busuk disebabkan tingkahlaku mereka diharap dapat disingkirkan keluar dari UMNO.Sebaik keluar mereka tentunya akan mendedahkan keburukan2 yang telah mereka lakukan dan meletakkan UMNO sebagai pesalahnya. Sedangkan bukan UMNO yang salah tetapi mereka sendiri yg bersalah denagn sifat buruk mereka itu. Mereka ini seakan parasit dalam UMNO.
Kini parasit2 ini akan menyertai PKR dan melakukan perkara buruk yg sama dalam PKR. Perhatikan sajalah.. :)
Reply
mahat Reply:
January 1st, 2009 at 2:32 pm
memang kesilapan besar PAS menerima Datuk Zahar, dia hanya ingin menjaga periuk nasinya je…tengok lah nanti apa akan berlaku kepada PAS dan PR
Reply
mongolian Reply:
January 1st, 2009 at 11:20 pm
ultraman 3 ini mongolian meningkah.
lumrahnya ‘parasit dan toksit ular lah yang selamatkan yang kena patut ular’
harap faham kiasan saya.
Reply
fizik pujangga Reply:
January 2nd, 2009 at 8:26 pm
Parasit dgn tosit dua benda yang berbeza wahai en moggolian. tidak terdapat sebarang perkataan “toksit” dlm petikan saudara Ultramen3.
Tambahan ilmu untuk saudaraku monggolian:
a) parasit= sesuatu yang menumpang pada perumah dan mendatangkan kerosakan pada perumah nya.
b) Toksik= Bahan cecair atau pepejal yang merbahaya hasil buatan dan buangan industri atau hasil tidak balas semula jadi yang terdapat pada sesuatu benda.
Reply
mongolian Reply:
January 4th, 2009 at 5:59 pm
masalahnya UMNO ada kedua duanya sekali. yang terbaru pelesit.(jika ada kelapangan saya akan huraikan). pelesit tersebut.
Reply
Salam Dato Seri,
Pada pendapat saya jawapan yg Dato Seri bagi merujuk kepada soalan saudara Akooo amat mengecewakan(itu jawapan dari ketua Kampung layaknya),kerana Dato Seri adalah seorang pemimpin yang BESAR bagi kami.Jika jawapan sebegitu rupa yang diberikan ianya amatlah mengecewakan kami yang selama ini menyokong perjuangan Dato Seri.Sebenarnya isu yang terkandung didalam soalan saudara Akoo itu amatlah besar kerana bukan hanya sekadar persoalan akan diri pekerja itu sahaja akan tetapi kenyataan yang ditempuhi oleh mereka2 itu dan yang lebih besar lagi adalah isu akan hidup dan Mati mereka dan keluarga mereka.
Saya telah melalui keperitan hidup seperti saudara Akoo selepas diberhentikan kerja(VSS) pada tahun 2001.Nasib saya baik kerana umur saya masih lagi muda(28 tahun)ketika itu.
Tiada siapa yang datang bertanyakan khabar@sokongan moral apatah lagi menghulurkan bantuan.Alhamdulillah pada tahun 2003 saya deterima bekerja ditempat baru.3tahun saya melalui keperitan hidup.Saya pernah bekerja sebagai jaga dengan gaji pokok RM250./sebulan,pernah bekerja sebagai tukang kebun,pencuci kereta,menjaja ditepi jalan,dan bermacam macam lagi kerana ketika itu anak saya nasih lagi menyusu.Anda cuba bayangkan lah.
Kepada Dato Seri cubalah menyelami permasalahan mereka ini Jika ingin terus berada di sana@ Putrajaya kerana sebenarnya mereka inilah yang paling banyak memberi undi kepada Dato Seri dan rakan2 pada PRU 12 yang lalu.
ikhlas
ibrahimsons.
Reply
Akooo Reply:
January 1st, 2009 at 2:42 pm
salam ibrahimsons,
terima kasih kerana menyokong saya.dan tahniah kerana mendapat kerja baru.teruskan kehidupan saudara dan kerjalah baik2.Berikan DSAI masa dan ruang untuk membuat strategi dan tindakan susulan selanjutnya.saya tak takut pun isu mati.kalau mati pun lagi senang.habis cerita.tutup buku.di akhirat nanti baru jelas siapa yang benar dan siapa yang salah.
Tuhan kan ada.saya serahkan segala2nya pada ALLAH.mungkin ini dah jadi suratan takdir hidup saya.kalau benar saya teraniaya maka hanya janji ALLAH sahaja yang dapat menjawap segala persoalan.perlu diingat juga doa2 orang yg teraniaya ni selalunya cepat termakbul.
baru2 ni dah jadi banyak kejadian tanah runtuh….jangan nanti ada lagi bala2 yg lebih besar lagi yg diturunkan ALLAH sebagai amaran dan peringatan.
Reply
taming sari Reply:
January 2nd, 2009 at 4:08 am
setuju ngan ibrahimsons…jawapan anwar kebudak-budakan..
terasa jelik mendengar jawapan yang sama seperti xde isu lain yang ingin diketengahkan..
nampaknya populiriti dan kredebiliti anda semakin tercalar hari demi hari
Reply
adil08 Reply:
January 2nd, 2009 at 4:07 pm
itu cuma telahan anda tapi sokongan semakin banyak anda tak nampak…kita tengok ler same-same ye…
Reply
ibrahimsons Reply:
January 3rd, 2009 at 1:58 am
Saudara taming sari,
Saya menafikan dengan sekeras kerasnya comment anda yang mengatakan jawapan DSAI kebudak-budakan(saya tidak bermaksud kebudak budakan tetapi jawapan dari ketua Kampung layaknya).Apakah ketau kampung saudara seperti yang saudara maksudkan??
DSAI adalah inspirasi perjuangan bagi saya dan rakan rakan.Beliau merupakan seorang pemimpin terbilang.Saya sekadar memberikan pendapat peribadi berkenaan jawapan kepada soalan saudara Akoo,apatah lagi saya pernah merasai keperitan itu.Sebagai seorang pemimpin BESAR seperti beliau sudah tentulah sebarang jawapan kepada sebarang soalan haruslah dijawab dengan penuh keyakinan.Sehingga kini saya masih berpegang teguh dengan kata kata keramat beliau LAWAN TETAP LAWAN,XMINGGU NI MINGGU DEPAN,XBULAN NI BULAN DEPAN,XTAHUN NI TAHUN DEPAN,LAWAN TETAP LAWAN………………..
Saudara Akooo,
Syabas,kepada anda.Sesungguhnya IMAN yg teguh itulah asas kepada segalanya walau apapun melanda.Semoga ALLAH s.w.t memberikan kita dan anak anak serta keluarga keteguhan IMAN selama lamanya.Amin…
Fisol Reply:
July 15th, 2009 at 11:53 pm
VSS pada asas dan kesudahannya amat perit.
Mac ’09 dapat VSS dan Flextronics Bukit Minyak july 09 akan seterusnya membuang pekerja asing yang rata2 bergaji tinggi ie Filipina dan dari India. Hanya cerita kosong dan mereka semua masih bekerja dan kita kami -150 orang terpaksa berdepan dengan suasana malap dan gelap/
Umur dah 50 nak cari kerja apa lagi?
Datuk Sri, just check dan balance dengan jabatan boroh Butterwork, kenapa bodoh sngant release
dan lepaskan perkara ini berlaku? Pihak Flextronics Bukit Minyak KEJAM.
Reply
DSAI and family , fellow PKR and all PR and Malaysian Happy New Year .
My comment will have nothing to do with the above article but on manikavasagam.
he is a problematic person and i do hope you have time to peruse his grouse.
We sees his actions as extremely damaging to the PR group.
If he wants to quit, let him go. We can get a better replacement whom is a fighter not a quitter.
As we gear ourselves and be ready for eventual takeover as federal government we need real politicians for the rakyat. We dont need childish person as an MP.
Please be very stern . We dont want another like the MP from Kulim incident.
Reply
Sudah la …. 2 x 5 = 10
Reply
Salam reformasi n slmt thn baru.. samada BN kekal atau PR yg akan mentadbir Malaysia kelak.. kepentingan rakyat perlu diutamakan.. khazanah negara dan kekuatan sumbernyer ibarat buah-buahan dr pokok yg subur merendang.. ianya dimiliki untuk dinikmati oleh rakyat seluruhnya.. pokok itu akan sentiasa setia mengeluarkan buahnya… akan menjadi masalah dan petaka jika semua buah itu dimakan oleh “pemerintah” dengan pokok-pokoknya sekali!!!(lol) pokok tu kan Allah yg punya.. peace malaysia n all malaysian.. ops.. utk kamu juga Dato Seriku..
Reply
fizik pujangga Reply:
January 2nd, 2009 at 8:15 pm
Apa bezanya org yang dah 50thn kenyang dgn org yang dah 50 tahun tahan lapar.. pokok yng sebelah mana akan ditelan sekali gus..
Reply
DSAI
Saya tertarik dengan EZAM 6 KOTAK dalam satu laporan akhbar. EZAM 6 KOTAK kata 6 kotak tu ada pada Datuk Seri Anwar, tanyalah dia (Anwar) katanya membalas cabaran Ketua AMK Terengganu.
Menyelesaikan masalah macam main bola je, past sana past sini. Kalau betul EZAM 6 KOTAK seorang pemimpin – BONGKARKAN 6 KOTAK TU. Kami pun nak tau apa kandungannya. Apa guna jadi Pengerusi GERAK selama ini – habuk hasil pun tak ada.
Cerita terbaru EZAM 6 KOTAK ada pejabat di Jakarta. Kalau masalah dalam negeri pun tak dapat nak buktikan – jangan mimpi nak jadi hero ASIA. PUIH!!!!!.
Hidup AMK Terengganu – kecil tapi PEDAS.
Reply
Salam Dato Seri,
Pada pandangan saya apa yang dilakukan oleh Mike Kapar adalah expressi dari kekecewaan yang amat sangat dalam tindak-tanduk dan cara pemerintahan negeri2 di bawah pakatan rakyat yang perlu diperbetulkan dengan kadar segera.Luahannya juga dalah manifestasi dari rungutan pengundi khususnya kaum India tentang masalah yang dihadapi semenjak zaman BN di Selangor.Namun janji tinggal janji, masalah tetap tidak dapat diselesaikan .Saya pasti ada dikalangan penggundi akan mencemuh YB Mike dengan kata-kata…”semua sama sajalah BN dan PR, masa nak dapat sokongan semua boleh , tapi dah dapat kuasa…apa pun tak boleh buat”
Pada pandangan saya YB Mike adalah hero kaum India, beliau cuba sedaya upaya membela kaumnya yang selma ini telah tertindas di zaman BN.Cuma saya tidak setuju cara beliau menyampaikan hasratnya itu sehingga seantero dunia sudah mengetahui apa sebenarnya yang “ada dalam kain”.Dato Seri saya adalah ahli PAS seumur hidup dan seorang berbangsa Melayu, namun Islam yang ada didalam diri saya ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat komen ini kerana merasakan ,tidak patut dan harus jika ada satu kaum datang dan mengadu mereka ditindas dan tidak ada yang membantu.
Seperkara lagi tolong prihatin tentang apa yang berlaku di akar umbi misalnya pemilihan JKKK dan Ketua Kampung. Seperti yang YB Mike dedahkan ada disatu kampung yang penduduknya 95% adalah India tapi yang dilantik adalah seorang Melayu sebagai ketua kampung.Ini bukan saja berlaku di Sgor malah negeri2 PR yang lain. Nampak kecil tapi impaknya besar…tolong tangani segera DSAI.
Reply
FaRwAnZ Reply:
January 2nd, 2009 at 11:02 am
Saya bersetuju dgn kenyataan saudara Penangmai…Mungkin bagi sesetengah pihak keadaannya nampak remeh tapi didalam hati sesetengah pihak lain semua ini penting…Kita menyokong perjuangan HINDRAF jadi sewajarnya kampung tersebut diserahkan jawatan ketua kampung kepada kaum majoriti disana…Ini bagi mengimbangi keadaan semasa di sesuatu kawasan…Saya seorang berbangsa melayu dan pada dasarnya kita tinggal di negara yg pelbagai kaum dan seharusnya kita menghormati hak mereka sebagai rakyat MALAYSIA…Cuma apa yg saya begitu harapkan sekarang kepada DS, ialah bagaimana PR hendak memenangi hati rakyat secara keseluruhannya…Jika di Selangor dan Perak sudah berantakan, ini semakin sukar bagi rakyat MALAYSIA hendak memberi kepercayaan kepada PR…Itulah situasi yg sedang berlaku sekarang…Kadang2 yg pahit itu ada kemanisannya yg tersendiri…INSYAALLAH sekiranya DS jujur dan betul2 ikhlas dalam perjuangan DS, saya akan sokong DS sepenuh hati saya…
Reply
fizik pujangga Reply:
January 2nd, 2009 at 8:08 pm
tak salah kalau melantik ketua kampung dikalangan org melayu walaupun dikawasan majoritinya bkn melayu..sdgkan org melayu boleh terima jika bangsa lain jadi ketua mereka.. tak begitu…..
Reply
Selamat tahun baru 2009 buat Dato’ Seri sekeluarga & salam reformasi buat sahabat semua.
Dato’ Seri, peluang pekerjaan sekarang ini tersangat lah susah. Balik kg nak toreh getah pon susah, harga getah jatuh merudum sampai RM0.70 sekilo. Kalau sehari dapat 20 kilo, baru dapat RM14.00, mana nak makan, nak beli susu anak, persiapan sekolah, yuran, buku2 dll. Harap Dato Seri dapat memikirkan langkah2 awal yg boleh membantu kami ….. tolong lah Dato’ Seri.
Tiada tempat lain untuk kami mengadu, melainkan Allah & PR jua
Reply
Saya melihat dato seri hanya berbicara dalam sesetengah hal terutama yang melibatkan politik dan terlalu mengkritik dan tidak ternampak perancangan yang jitu yang pernah dilaksanakan oleh Tun Dr M.
Bagi bangsa Melayu dan agama Islam juga tidak terlihat Dato seri sebagai jagoan dan sering terlihat dato seri hanya lebih kepada memperjuangkan kepentingan semua kaum.
Risau melihat perkara ini.
Reply
fizik pujangga Reply:
January 2nd, 2009 at 7:54 pm
Keadilan untuk semua konon.. bangsa melayu terlalu tolerensi.. sampai kena pijak kepalanya.. cuba rujuk pianggam Madinah( rujuk dari fasal 1 sampai fasal 47) mcam mana Baginda boleh menjaga org bukan islam.. apa yng baginda lakukan setelah mereka ini mula naik kepala.. tolerensi ada had nya.. Wallahualam.
Reply
Jangan hanya sekadar tabur janji bahawa nasib pekerja akan diperjuangkan tapi akhirnya tetap macam tu juga atau mungkin lebih teruk lagi. Setakat cakap nasib pekerja akan diperjuangkan tapi takde pun ke arah tu, baik tak payah…
Reply
dsai, bagaimana pula dengan pekerja yang makan gaji di bawah rm1000 sebulan bagi bergaji bulanan dan bagaimana pula dengan yag bergaji harian hanya Rm8.00 sehari kenapa tidak di sebut di palimen.keadaan ini banyak terdapat di sarawak.mampukah dengan gaji sebegini dapat hidup dan menampung keluarga.
Reply
Ibrahim Abdul Rahman Reply:
January 2nd, 2009 at 8:24 pm
MAMPU KALAU KAMU BIJAK MENGAWAL PERBELANJAAN KAMU
Reply
bila la nak tukar kerajaan ni DSAI?
politik kini > http://www.auracbc.blogspot.com/
Reply
Dsai. apa lah nasib kami pekerja yang bergaji di bawah Rm800.00 dan bergaji harian Rm8.00 sehari. keadaan hiduh sekarang semakin meningkat. kerja lebih masa pun tak ada(ot)bagaimana cara menampung hidup dan membeli barangan persekolahan anak-anak.
Reply
Ibrahim Abdul Rahman Reply:
January 2nd, 2009 at 8:23 pm
BUATLAH PERNIAGAAN SECARA KECIL-KECILAN.
JUAL NASI LEMAK KE….
ORG YG JUAL NASI LEMAK SKANG LAGI KAYA DARIPADA GAJI EKSEKUTIF
Reply
mongolian Reply:
January 4th, 2009 at 6:21 pm
Orang melayu dah jemu makan nasi lemak , mereka mahukan perubahan bukan setakat politik bahkan makanan juga, sampai bila melayu harus terus dihidangkan dengan nasi lemak??? orang melayu makan nasi lemak sejak merdeka lagi, orang melayu ni jika nak berniaga pasti nasi lemak!! tiadakah benda lain nak di berniagakan. sampai nak keangkasa pun nyaris tak bawa nasi lemak dan roti canai , apa kena dengan bangsa ku ini masih statik dalam segala segi.
Reply
? Reply:
January 5th, 2009 at 11:33 pm
ko mongolia nasi lemak guna lemak khinzir tu yg bangsa advance sgt..! :D
kung fu panda Reply:
January 6th, 2009 at 1:01 pm
Gua tak kata guna minyak kinzir pun! mana ada orang buat nasi lemak guna minyak orang guna santan adalah?? tak tahu masak jangan nak memandai, tapi islam megatakan kalau darurat dan demi untuk hidup kita di benarkan makan kinziz jika tida makanan lain. itu garis yang di tetapkan olei islam. Islam itu cukup cantik dan cara hidup.ada masanya halal ada masanya haram bukan macam UMNO semuanya halal asakan jadi wang???!!!
? Reply:
January 7th, 2009 at 3:42 pm
kalo kaji dr mula, benjamin mengeluh x ckup duit/pndapatan untuk kehidupan harian, ibrahim jwb kena la benjamin usaha dptkn kerja sampingan cthnya jual nasi lemak, dtg lak mongolia sesat bg ulasan idea Ibrahim (nama nabi nie) kolot, melayu mongolia dh x mau makan nasi lemak biasa, nak cara lain jd kalo nk ikut cara mongolia cina sesat tntu la santan tukar lemak lain, antaranya kinzir :D 2 la len kali jgn dok plekeh org, kalo x btolpn idea tu, niat Ibrahim tu ttp nk bg pnyelesaian pd masalah Benjamin td, Mongolia/kungfu panda ada x ada IDEA JELAS nk selesaikan masaalh Benjamin, sila jwb 3 saat dr skrg… Toot! masa tmat jd p balik mongolia nun! :D
Dato Seri..
Saya ingin memohon jasa baik Dato Seri untuk bertanyakan menteri JPJ ngan Menteri Polis tentang pemakaian tali pingang keledar . Bukan saya x setuju tentang penguatkuasaan pemakaian tali pingang tersebut, tapi yang saya terkilan nya ialah JPJ & Polis sendiri x pakai pun tali pinggang tersebut? apakah mereka x pernah terlibat dalam kemalangan atau mereka sentiasa tahu bila mereka nak terlibat dalam kemalangan?
Reply
fizik pujangga Reply:
January 2nd, 2009 at 7:43 pm
diorang tak pakai sebab senang nak keluar tangkap penjenayah dan tembak org.. pakai tli pinggah leceh.. hahah
Reply
atau siapa yang akan saman mereka?
Reply
DSAI yang dihormati
Tahun baru cina tak lama akan tiba, dan buat masa sekarang yang sibuk sekali ialah pegawai JPJ, pegawai polis, pegawai Bomba dan ramai lagi pegawai dari kerajaan. DSAI yang dihormati tahukah mereka sibuk apa? Mereka sibuk meminta angpao dari banyak pihak . Inikah yang Perdana Menteri ingin memhapuskan rasuah. Di malaysia boleh tapi susah, bukan susah tapi ialah SANGAT SANGAT…… susah, diharap DSAI di masa yang akan datang boleh menghapuskan perkara ini
Reply
ulam batar Reply:
January 3rd, 2009 at 11:20 pm
Jika UMNO perintah selama 52 tahun secara begitu , itu bermakna PR juga memelukan masa yang sama rasuah ibarat kenser di kimo sekali pun badan tetap merana rambut tetap gugur itulah gambaran untuk pulihkan semula negara dari kenser rasuah, semua pihak perlu merana untuk memulihkan negara, ianya perlu bermula dari didikan di Rumah oleh keluarga,dari Agama, Didikan di Sekolah di tekankan apa itu rasuah dan bagaimana kesannya pada bangsa dan negara selagi UMNO menekankan budaya kebendaan dan individuwan serata jenama, selagi itu ruang rasuah akan mekar.
Reply
KEPADA SAUDARA AKOOO,
MUNGKIN SOALAN SAUDARA BAGUS TETAPI FAHAM KAH SAUDARA AKAN MAKSUD VSS??
VSS BERMAKSUD “VOLUNTARY SEPARATION SCHEME” DIMANA PEKERJA SENDIRI YANG MENGAMBIL UNTUK BERHENTI SESUATU PEKERJAAN ITU DENGAN SENDIRI. AMBIL PEKERJA TERSEBUT MENGAMBIL VSS MAKA AKAN TERDAPAT SAGUHATI DARIPADA PIHAK MAJIKAN KEPADA SI PEKERJA. SEPERTI YANG SAUDARA CAKAP APABILA SESEORANG ITU AMBIL VSS PADA UMUR 47 TAHUN DAN HARUS MENUNGGU 3 TAHUN LAGI UNTUK KUAR WANG KWSP, SAUDARA AKOOO HARUS FAHAM MAKSUD VSS DAN KENA PANDAILAH MEMBUAT PERANCANGAN SEBELUM BERHENTI KERJA ATAU AMBIL VSS YANG DITAWARKAN.
SELALUNYA ORG YANG DAPAT VSS MMG AKAN NAMPAK WANG YG BANYAK LEPAS TU AKAN BERBELANJA SAKAN HINGGA HABIS WNG MEREKA JADI SAUDARA AKOOO HARUS BIJAK MERANCANG. MUNGKIN LEBIHAN DUIT ITU BOLEH MEMBUAT MODAL UNTUK BERNIAGA SECARA KECIL-KECILAN. TAK PAYAH NAK ANGAN2 MEMBUAT PERNIAGAAN BESAR KALAU TAKUT TAK DAPAT PINJAMAN BANK. JADI BERNIAGALAH SECARA KECIL-KECILAN UNTUK MENAMPUNG KELUARAGA ANDA. JUAL LAH NASI LEMAK KE , NASI AYAM KE, AIR BUAH KE,….. BUAT APA NAK MALU, DARIPADA SAUDARA CAKAP KATA NAK PERGI MEROMPAK… MMG LAH SAUDARA AKOOO NI TAK RETI NAK BERFIKIR SECARA MATANG..
MENGAPA ASYIK NAK SALAHKAN KERAJAAN KALAU DIRI SENDIRI YANG PATUT DIPERSALAHKAN. AKTA KWSP DIBUAT UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN KITA JUGAK…
WAHAI DSAI, JGNLAH MU ASYIK NAK SALAHKAN KERAJAAN KARNA DULU MU PUN SEBAHAGIAN DARIPADA KERAJAAN. KALAU MU KATA KWSP PENUH DGN KRONI, KENAPA MASA MU JD TIMB. PERDANA MENTERI & MENTERI KEWANGAN , MU TAK ROMBAK / LAKUKAN PERUBAHAN KEATAS AKTA KWSP.
LU FIKIRRRR LA SENDIRI!!!!!!!
Reply
angkasawan nasa Reply:
January 3rd, 2009 at 11:02 pm
VSS ini umpama nak sedapkan bunyi sebenarnya matlamatnya sama ada perkerja yang kena buang HEAD CUT dalam bahasa HR sesebuah Syarikat. Sama juga dalam isu sebutan Subsidi nak sedapkan bunyi sebenarnya habuan, begitu juga dalam UMNO di gelar Politik Wang bertujuan berlindung dari ayat sebenar RASUAH!! kadang kadang kita sering di pelopori dengan tipu helah Ayat yang di jelmakan oleh UMNO bertujuan meneruskan usaha mungkar. Sebab itu UMNO berusaha mengalakan pengunaan bahasa BI dalam persekolahan demi sedapkan bunyi yang hodoh dalam bahasa melayu. bila di inggeris kan walau pun hodoh tetapi kena bunyinya.bunyinya begitu hebat tetapi pada dasarnya adalah jijik sekali. VSS jika di bahasa malaysia “pberhentian Secara Sukarela” siapa yang nak berhenti didalam suasana muram???? jika susana menarik seseorang itu boleh berniaga atau mencari kerja lain dengan mudah? Jika usia 47 tahun ambil PSS lagi tiga tahun megeram ke? berhenti sebenar 55 tahun? bermakna ada 8 tahun untuk khidmat, lain kali bila bercara sila letakan otak di kepala bukan di kepala lutut. jika anak masih belajar bagaimana ? Nak berniaga dalam ekonomi kumcup? berniaga air batu pun cair. orang takut berbelanja dalam susana ekonomi suram jalan terbaik kita sifarkan UMNO demi pada PRU13 nanti. hanya itu sahaja jalan pintas yang ada untuk meneroka malaysia baru!! merombak atau penjenamaan semula rakyat dan negara ini adalah di tuntut atas semagat hijrah.kita mermelukan kerangka baru untuk mengantikan jerejak lama yang telah rapuh dimamah zaman. ayuh !! kita menuju harapan baru untuk genarasi malaysia baru.
Reply
fizik pujangga Reply:
January 4th, 2009 at 12:15 am
Biasalah bila ada kepentigan politik.. Biarlah dia ngan angan2 nya.. dah masuk taun baru dah pun.. poyo lebihh..
Reply
mongolian Reply:
January 4th, 2009 at 6:10 pm
dah tak boleh jawab , kata orang poyo!!! ini lah keagungan yang ada pada UMNO. bicara kat TV dan Media cetak boleh lah! tiada pro dan kontranya kat blog mati kutu.semoga UMNO kembali ke pangkal jalan kembalilah kepada rakyat bukan berterusan di pangkuan Keroni, jalan pintas ini tidak perlu bakar jambatan, cuma hargai lah rakyat dan peka dan perihatin dengan pandangan rakyat. saya tidak bermusuh dengan UMNO cuma sekerat dua para peminpin UMNO yang agak angkuh dengan dasar serta kepentingan keroni mereka isu TNB & IPP dalah sesuatu yang amat sukar buat rakyat menerimanya. pembaziran yang begitu ketera.
Reply
Salam Dato Seri..
Selain masalah pebentian kerja dalam kalangan rakyat Malaysia, terdapat juga masalah yang tidak kurang juga seriusnya yang pada kegawatan ekonomi ini, iaitu masalah golongan muda yang baru menamatkan pelajaran untuk mendapatkan pekerjaan. Apa mereka yang sudah berkerja pun lagi diberhentikan inikan pula nasib golongan muda yang baru menamatkan pelajaran sudah pasti amat dan terlalu sukar bagi mereka mendapatkan pekerjaan. Dalam keadaan ekonomi yang belum dilanda masalah kegwatan pun sudah berlaku lambakan graduan menganggur inikan pula dalam keadaan ekonomi yang sedang dan akan menghadapi krisis yang paling teruk dalam sejarahnya. Bayangkan setiap tahun puluhan ribu graduan dilahirkan kemana mereka akan pergi? Dengan mutu intitusi pengajian tinggi kita yang semakin merosot dek kerasukan Umno dan Barisan Nasional, yang menyebabkan lahirnya graduan kurang bermutu ditambah pula dengan kegawatan ekonomi yang serius,bagaimana akan nasib muda mudi anak Malaysia ini?? Sudah pasti hidup golongan muda di Malaysia ini akan cukup tertekanan dalam menempuhi cabaran hidup cuma mereka yang masih berkhayal sahaja yang belum sedar akan semua ini dan terus memuja umno dan barisan nasional.
Harap Dato Seri nama memberi ulasan berkenaan nasib anak muda Malaysia berkenaan isu – isu semasa kini.
http://suarasaktii.wordpress.com
Reply
KEPADA DSAI YG SYA HORMATI DAN SANJUNGI,
MOHONLA JASA BAIK DSAI SEKIRANYA DAPATLA DIGUBAL AKTA KWSP TRSEBUT, SYA AMAT MENYOKONG PENDAPAT SAUDARA AKOOO ITU. TETAPI LEBIH MALANG KEPADA SAYA SERTA KAWAN-KAWAN YG LAIN DIMANA DAH LAMA TAK BEKERJA ( BEKERJA SENDIRI)TETAPI WANG DI KWSP MASIH TERSIMPAN ALANGKAH BAGUS KALAU DPT DI KELUARKAN UNTUK DIJADIKAN MODAL PERNIAGAAN SENDIRI. MAKANYA TAK PERLULA SYA BERSUSAH PAYAH MENCARI MODAL ATAU MEMBUAT PINJAMAN MIKRO KREDIT ALA ALONG NI. KALAU NAK TUNGGU SAMPAI UMUR MENJANGKAU 50 RASANYA NIAGA TU ENTAH HIDUP ENTAH TIDAK.
SEKIAN HARAP MAKLUM
ALMANTOL
Reply