27
Dec
08

Pengurusan Ekonomi Perlu Dimantapkan

Dalam ucapan perbahasan belanjawan baru-baru ini ada saya nukilkan petikan dari Cicero, “The budget should be balanced, the treasury should be refilled, public debt should be reduced, the arrogance of officialdom should be tempered and controlled….lest Rome become bankrupt.” Cicero bukan sahaja terkenal sebagai seorang orator malah juga sebagai seorang ahli politik dan falsafah di zaman Rom, tentu menyedari kepentingan pengurusan kewangan yang baik, telus dan boleh dipertanggungjawab; ciri-ciri yang semakin terhakis dari pengurusan ekonomi negara kita.

Berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu serta sikap kerajaan yang masih dalam penafian akan dampak krisis tersebut ke atas ekonomi negara, kita sudah tentu merasa terkejut akan desas desus adanya usaha untuk membeli kembali 40% pemilikan janakuasa berasaskan arang batu terbesar negara di Kapar oleh Tenaga Nasional Berhad sedangkan pada asalnya, ianya adalah milik TNB. Janakuasa tersebut dijual kepada Malakoff pada tahun 2004 dengan harga RM 1.68billion dan sekiranya Kementerian Kewangan meluluskan rancangan tersebut, maka TNB berkemungkinan membayar sejumlah RM 2.9billion kepada Malakoff untuk membeli kembali janakuasa tersebut.

Adalah wajar buat kerajaan, TNB dan Malakoff memastikan segala urusan telus untuk penelitian awam. Di samping itu perbincangan dan nasihat dari pelbagai pihak tidak boleh diabaikan sama sekali. Pakatan Rakyat secara tuntas menegaskan bahawa ketirisan tidak lagi boleh dibiarkan berterusan. Krisis ekonomi seharusnya menyedarkan semua pihak. Nasihat Cicero bahawa the arrogance of officialdom should be tempered and controlled….lest Rome become bankrupt merupakan mutiara kata yang semakin relevan kini.

ANWAR IBRAHIM


24 Responses to “Pengurusan Ekonomi Perlu Dimantapkan”


  1. 1 asri Dec 27th, 2008 at 12:42 pm

    salam DSAI….
    DSAI tentunya berpengalaman dalam pengurusan ekonomi di negara kita…lapan tahun DSAI memegang agenga untuk memperkasakan ekonomi negara dulu…dan ternyata malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang maju….apa yang belaku sekarang ini ternyata sukar diterima…pemerosoton dalam nilai ekonomi kita menunjukkan kelemahan daripada pengurusan pihak kerajaan.jika DSAI berjaya ke putrajaya..saya harap DSAI dapat membuktikan kepada rakyat malaysia bagaimana ketelusan seorang pemimpin..yang tidak merompak harta dan kekayaan rakyat….orang miskin ditindas….kalau mereka bagi duit kat orang-orang kampung yang miskin…mereka suda menganggap nilai RM 50 itu terlalu besar dan mereka akan bangga dengan kerajaan…tetapi mereka tidak tahu bahawa sepatutnya mereka dapat lebih banyak daripada itu….belalah nasib rakyat kita…..nasib mereka yang keperitan hidup…anak2 yang masih tidak bersekolah….ibu bapa yang sakit tidak mampu mencari sumber rezeki untuk anak-anak….masih ramai lagi…tidak malukah kita jika rakyat kita sendiri yang merempat di jalanan….saya akan terus sokong perjuangan DSAI jika ia betul2 jujur,telus dan ikhlas daripada DSAI…moga ALLAH akan sentiasa memberi kekuatan kepada DSAI

    Reply

  2. 2 vinon Dec 27th, 2008 at 1:37 pm

    Berapa peratus orang malaysia yang mengetahui sesiapa cicero? berapa yang tahu siapa itu cicero, tanggung jawabnya terhadap rome.

    memang nya kurang, mengapanya kebanyakan malaysian tidak di ajar atau di beritahu tentang history tentang dunia dunia. melainkan kita di ajar , history mengenangi negara sendiri sahaja, apa guna dan faedah nya, (contribution toward the knowledge of the public and people with such minimal knowledge)

    now anwar i hope, once you can come into power, please do change our school history subjects.

    what you wrote in your blog will be in vain, if not many understand , who cicero is,

    educate our race with better knowledge

    Reply

  3. 3 Ex-AMK Johor Dec 27th, 2008 at 2:24 pm

    TNB satu daripada ratusan keputusan yang dibuat atas tiket politik pemerintahan. Kejatuhan Rome atas byk faktor, ini adalah satu daripadanya. mendewakan pemimpinan juga merupakan faktor utama.

    Reply

  4. 4 Eagle has landed Dec 27th, 2008 at 3:00 pm

    The people in power don’t care and the only thing they care is how much can they make. I doubt people like the Finance Minister knows Cicero and what ever name you had quoted during the Parliamentary debate. Even it is doubtful whether BN MPs have got time to read and even reflect upon themselves. They rather spend their time playing golf, Karaoeke ( a case in point the candidates for KT posted in the internate?!!)and staying late nite at the coffee house planning strategy how to rob the wealth of the nation.
    Take the present Finance Minister, ever since he took over the new portfolio, all his proposals are mired with some hidden agenda rather than the people and the national interest. They continue to sleep well despite objections by the public. As long as they are in power “the arrogance of officialdom” remained and untouchable.
    KT bye election will be another venue for the rakyat especially those in KT to show the exit for BN and strongly send the message to the government that the people want CHANGE and cheat us no more. Semoga PAKATAN RAKYAT berjaya di KT InsyaALLAH.

    Reply

  5. 5 ANAK SARAWAK Dec 27th, 2008 at 3:16 pm

    Salam, DSAI saya anak sarawak tidak puas hati dengan kerajaan negeri sarawak dan kerajaan malaysia yang mahalang kemasukan orang orang daripada semennjung malaysia ke negeri sarawak, dalam undang undang Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
    (1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan. (2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya. (3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.

    disini kedudukan istimewa negeri sarawak tidak adil kepada rakyat malaysia, apakan Rakyat Sarawak tidak ada suadara mara, isteri, suami, sahabat dan kawan kawan dari semennjung malaysia, kita semua warganegara malaysia jadi kenapa harus di halang kebebasan bergerak rakyat. undang undang istimewa negeri sarawak ini harus di dimansuhkan dan gunakan Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat negeri dan Perkara 95C. Kuasa untuk memperluas kuasa perundangan atau eksekutif Negeri melalui perintah dan dalam Perkara 76A. Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi negeri -negeri dalam hal-hal tertentu.

    Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
    (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
    (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
    (2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
    (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan; (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam; (c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
    (3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan. (4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

    saya anak sarawak memharap rakyat malaysia semua nya ada Kebebasan bercakap, berhimpun, berpersatuan, dan kebebasan bergerak di mana saja dalam negara malaysia,tidak ada lagi halangan untuk anak suadara mara, isteri, suami, sahabat, kawan-kawan, dari semennjung malaysia masuk ke negeri sarawak. HIDUP MALAYSIA…. HIDUP BEBAS BERGARAK RAKYAT MALAYSIA…..HIDUP PKR….HIDUP RAYKAT SARAWAK..

    sekia

    waslam
    ANAK SARAWAK

    Reply

  6. 6 mahathir jr Dec 27th, 2008 at 4:25 pm

    pengurusan ekonomi mestu semua terlibat baru cun…kerajaan dengan pembangkang. ni asyik dok bangkang je…benda yang boleh diterima pakai pun nak bangkang…muzakarah kat parlimen tu untuk bincang dengan cara profesional bukan macam beruk dengan gorilla..yang bagus tu rakyat nampak walaupun dari mana2 parti tapi biarlah dengan cara berhemah dan matang…ekonomi dunia ni kena ikut ekonomi global…10 tahun lepas kita hampir2 nak jual tanah MALAYSIA dengan IMF…jadi belajar la dr pengalaman lampau…jgn melampau sgt nak hentam satu2 pihak…akal kita anugerah ALLAH untuk berfikir dengan matang bukannya nak mengaibkan dan menjatuhkan seseorang….

    Reply

    ? Reply:

    sapa lak nk jual malaysia kat imf, negara mana yg IMF pegang geran tanah nya skerang cuba habaq mai… aku ingt mahadeath skrg ni pon x ngaku hang sedara sbb tulih ikut pemikiran sempit, apa j yg kuar kat Utusan Mlaysia, TV3 itu lah kebenaran hakiki, jgn malas sgt otak tu, bg senam sket la bro… :D

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Saya setuju pasal kita jangan percaya 100% apa yg keluar kat suratkhabar, TV. Ini termasuklah suratkhabar Harakah ke, Keadilan ke, Roket ke dll. Ini termasuklah apa yg keluar dari mulut pemimpin2 parti, tak kira lah Pak Lah ke, Najib ke, Anwar ke, Kit Siang ke , Hadi ke… Kita ada otak, kita pikirlah sendiri..Senam otak biar semua bahagian exercise, jangan satu bahagian jek..nanti otak besar sebelah..ada sushahh sikit.. :)

    Reply

    ? Reply:

    jd persoalan pokoknya skrg negara manakah yg dh tergadai pada IMF? Setahu aku xdak pun… Yg dok kecoh pasal ni media pro gomen/ameno j, bukti tadak… memalukan jepun je, 3 suku ada la kot… :D

    ANAK MALAYSIA Reply:

    zaman TDM sudah berakhir…..cara TDM hampir sama dengan DSAI tapi dia salahgunakannya untuk selamatkan syarikat yang ada kepentingan kroni sepuluh tahun yang lalu termasuk yang berkaitan dengan datuk seri rafidah aziz punya syarikat……lu pikirla sendirila…

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Salah guna kuasa? Sama jek. DSAI dengan Dr M, 2 X 5 jek… cayalah cakap aku… Org2 Anwar pun tahu, tapi buat2 tak tahu.

    Reply

    layman Reply:

    Salam.

    Ada bukti ker apa yang kamu kata?

    Lapor saja kat BPR. Bab parti pembangkang nie BPR cepat bertindak.

    Dok sibuk bising-bisng kat blog nie tak der guna. Sempena tahun baru Hijrah nie jangan dimulakan dengan amalan fitnah.

  7. 7 mohd nor bin talib Dec 28th, 2008 at 12:22 am

    Kesunguhan DSAI untuk menjaga ekonomi Malaysia telah diketahui umum, keiklasan juga
    tidak diragaui oleh rakyat, yang membimbangkan rakyat sikap berpura-pura kerajaan BN
    semakin menjadix dari Perlis hinggalah keSabah.DiSarawak kerajaan diketuai Ketua Menteri Taib tuduh menuduh dengan pegawai imegerisen menghalang YB Gopalakrisnan sematax datang kesana untuk merayakan Hari krismas bersama adik angkatnya tidak dibenarkan masok setelah sampai dipintu masok pemeriksaan imgeresen.
    Adakah berhujah diperlimen menjadi kesalahan bagi YB itu, adakah telingax YB-YB dari Sarawak terlalu nipis,mudah tersinggong,rasa terhina, lalu membalas demdam.Lantas terjadilah episod malang untuk Gopala yang jujur itu.Tiada untungnya bagi Menteri itu malahan kerugian bagi rakyat Sarawak jika kehadiran rakyat Malaysia
    dari semenanjung diberi kata kesat dan perkauman ”Kamu bukan penduduk Sarawak”
    Tiada salahnya kemasukan YB Gopala kesana,apa luaknya jika ia kesana,tumbangkah kerjaan Sarawak hanya menyampai sebaris kata dengan pemimpin PKR disana.Apakah ini sikap purax yang ditunjukkan oleh pemimpin BN disana.Jika kematangan politik diambil kira kehadiran diperlukan bagi menilai sejauh mana kebersanan pemerintah disana adakah ia maseh sehebat dulu lagi.AYUH PKR KAYUHLAH DAN REDAHLAH SEMUDARA ITU
    WALAUPUN LAUTAN ITU BERGELORA RAKYAT BERSAMA MU, INSYALLAH.

    Reply

  8. 8 Hasbullah Pit Dec 28th, 2008 at 2:08 am

    DSAI

    Petikan Ceciro itu hanya sesuai kalau kita masih guna matawang Emas dan Perak seperti kerajaan Rom.

    Negara Rom boleh muflis kalau perbendaharaan habis.

    Akan tetapi Negara Amerika masik belum muflis lagi walaupun sepatutnya sudah muflis selepas perang vietnam.

    Tapi apakan daya, mereka boleh cetak duit yang sentiasa laku.

    http://www.beras-padu.pit.my

    Apabila Syarikat Kereta Asia mengalami krisis pada 1998 dulu, Syarikat Amerika rakus membelinya.

    Tapi kini, apabila Syarikat Kereta mereka bermasalah, mereka bailout daripada duit yang berasal dari thin air.

    Tambah hutang untuk terus menguasai dunia?

    Reply

    ikan sepat Reply:

    Cakap kat obama lerrrrr

    Reply

    ANAK MALAYSIA Reply:

    org yahudi kan pintar…kena ingatla tu…

    Reply

  9. 9 JadiSaksi Dec 28th, 2008 at 8:50 am

    Hudud: Samy minta Anwar nyatakan pendirian
    Malaysiakini
    Dec 27, 08 4:17pm

    “Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu meminta pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung hasrat PAS untuk memperkenal hukum Hudud (Kanun Jenayah Syariah) di negara ini.”

    Saya syorkan jawab begini:

    HUDUD UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA, sebagaimana undang-undang syariah ala Malaysia sediada tetapi dalam versi undang-undang Islam sebenar. Orang bukan Islam sekarang ini tak pernah bantahpun undang-undang syariah yang dikuatkuasa sekarang.

    Reply

    Fadzil Reply:

    Maklumat mengenai Hudud & Qisas perlukan disebarkan dengan penuh cermat dan berleluasa kepada rakyat Malaysia melalui media yg sediada untuk menyalurkannya. Banyak usaha perlu dilakukan supaya rakyat faham dan satu mekanisme yang betul dapat dijelaskan bagaimana ia dapat dilaksanakan supaya semua rakyat dapat menerima dengan redha. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, tapi kena ada usaha2 yang lebih produktif ke arah itu. Retorik sahaja tentang kebaikannya tidak akan membawa ke mana. Rakyat perlu diyakinkan supaya penguatkuasaan undang-undang ini dipantau dan dilaksanakan dengan betul and tepat dan tidak ada salahguna kuasa. Pokoknya Islam itu sudah cantik tetapi orang yang diberi amanah untuk menguatkuasanya juga perlu konsisten pelaksanaannya dan sentiasa dipelihara.InsyaAllah. Hukuman yang diberikan itu bukan isu yang besar sebab hukuman berat seperti bunuh di dalam undang-undang sivil tidak dipersoal rakyat. Wallahualam.

    Reply

    ANAK MALAYSIA Reply:

    jika sekiranya parti PAS hendak laksanakan undang2 hudud,apa kita boleh buat?

    tapi dengan syarat,mereka mesti menang kerusi parlimen 2/3 jika hendak melaksanakan hukum hudud.

    janji kita masyarakat malaysia hidup aman damai.

    Reply

    ultraman tiga Reply:

    Kita takkan aman damai kalau hudud hanya dikenakan kepada orang islam. Kerana orang bukan islam yang tidak tertakluk kepada hudud akan buat angkara tanpa perlu bimbang akan hukuman berat yang menanti mereka seandainya dibawah hudud. Apa ertinya undang-undang hudud ditegakkan jika kecurian, maksiat, rogol, rompakan dsb masih berlaku didepan mata. Objektif hudud adalah prevention dan bukannya punishment. Aku yakin hudud boleh prevent masalah diatas seandainya dibuat secara menyeluruh tanpa kira kaum. Barulah Malaysia boleh aman damai.

    Reply

    mat Reply:

    tk boleh le kenakan hudud kpd bukan islam, pasal memang hudud untuk org islam sahaja..

    bila hudud dilaksana org islam akan jadi org yg kurang lakukan jenayah i.e. kurang merosakkan diri sendiri dan orang lain..

    biarla org bukan islam nk buat jenayah, takde untung pun buat jenayah or maksiat ni, rugi ada la.

  10. 10 zemin Dec 28th, 2008 at 2:14 pm

    Apa kata Kerajaan selangor, PErak,Kedah kelantan dan PPinang menharamkan kemasukkan MP dan adun bn dari sarawak..camtu baru adil kerajaan PR harus belajar cara bertindak balas dan buknnya asyik terkena sahaja …Gunakan kuasa yg ada haramkan MP2 Sarawak tu dtang kat negei2 PR dan lepas tu baru kita runding dgn depa …Lagi senang berunding camtu…baru depa belajat sikit ..Kalau selangor banned MP sarawak bayangkan camtu dia org nak dtg ke KL …nak mendaratkan kat airport pun tak lehh…fikirlah buat lah tindakan …alang-alang menjolok pekasam biar sampai kepangkal lengan…

    Reply

  11. 11 ALBACHAMPUR Dec 29th, 2008 at 2:17 am

    9.
    10. 1 ALBACHAMPUR Dec 29th, 2008 at 2:02 am

    SALAM TO ALL MY BROTHERS AND SISTERS OF MALAYSIA.
    MACAM MANA NAK MENJANA EKONOMI NEGARA KITA? PENDATANG ASING DARAI LUAR NEGARA ROMPAK HAK ORANG MALAYSIA.SEBAGAI CONTOH,LANGKAWI ADALAH SEBUAH PULAU PERANGINAN YANG TERKENAL DAN KINI TERDAPAT RAMAI PELANCUNG MELAWATI PULAU TERSEBUT, TETAPI SABAGAI SEORANG PEMANGDU PELANCUNG SAYA TERHARU DENGAN KEMUNCULAN LEBIH DARIPADA 20 PEMANDU PELANCUNG BANGSA RUSIA YANG MENYALAHGUNAKAN VISA MEREKA.MEREKA ROMPAK SEGALA URUSAN PELANCUNGAN DARIPADA RAKYAT LANGKAWI DAN PIHAK PENGUATKUASA LEBIH MENYANGI PANDATANG ASING.SEMUA DIA ORANG SAPU!SENANG SAJA! KAHWIN PERMPUAN MELAYU DAN MEMELUK AGAMA ISLAM UNTUK SEMENTARA DAN BUAT APA YANG MEREKA SUKA, INI LAH PERSEPSI PENDATANG RUSIA.SEMUA DIA BOLOT.ADA SEKETIKA PERNAH SI RUSIA MENYEBUT KEBURUKAN RAKYAT MALAYSIA DAN BERMEGAH DENGAN NEGARA THAILAND.CUKUP MENYAKITI SANUBARI HATI KU!APA NAK BUAT INI MALAYSIA BOLEHLAND.

    NAK TANYA SOALAN KAT DATO SERI BOLEHKAH KAT RUSIA SAYA KAHWIN DENGAN PERMPUAN RUSIA DAN SETERUS MELIBATKAN DIRI SAYA DENGAN INDUSTRI PELANCUNGAN. MENGIKUT AGENT SAYA MAYAT SAYA AKAN DITEMUI DI TEPI PANTAI VLADIVASTOK! NAK MENJANA KONON EKONOMI RAKYAT!PIGIRA!MAA AARIP!

    BAGAIMANA NAK MENJANA EKONOMI? ORANG MINTA LESEN DAN PERMIT MACAM MACAM CRITERIA KENA DI IKUTI..pENGARAH PULA ASYIK DOK MEETING 365 HARI! BAGILAH PELUANG KEPADA MEREKA YANG MEMOHON APA APA LESEN DAN KUTIP LAH CUKAI, INI DAK, BERI PELUANG UNTUK RASUH BERMAHARAJA LELA.KALAU ORANG MINTA PERMIT MACAM MACAAM CRITERIA KERAJAAN NAK!DAH CUKUP CRITERIA MACAM MACAM SOALAN DIAJUKAN! CUKUPLAH! BAGI LAH PELUANG, TAPI INI DAK! DOK ASYIK CARI KELEMHAN SESEORANG INDIVIDU.APA PEDULI DIA MELAYUKAH. CINA KAH,INDIAA KAH ATAUPAU SARAWAK DAN SABAHKAH ,APAH PEDULI! ASALKAN MEREKA RAKYAT MALAYSIA. LULUSKANLAH PERMOHANAN! MEREEKA BOLEH MENJANNA EKONOMI DENGAN BAYAR CUKAI.CUKUP BODOH BAHAGIAN PERLESENAN KERAAJAAN! I HAVE NOTHING TO SAY ABOUT SOME RACIST BASTARD IN THE GOVERNMENT DEPARTMENT IT IS A CURSE ! SUMPAH MAHSURI

    Your comment is awaiting moderation.

    Leave a Reply

    Reply

  12. 12 iskandar Apr 10th, 2009 at 9:39 pm

    we have a new era agenda about managing economic policy but we must try to hear a profesional advice from another prospectus in other country to look up how better our government manage or how horrible they make decision.

    Reply

Leave a Reply