sya omel menanyakan:
salam DSAI…apa yang hendak ditulis ialah suara kami peringkat bawah yang lebih hampir kepada rakyat…saya remaja wanita berusia 23 tahun, seorang ahli Bloggernetwork@perak berjuang untuk menjadi penahan tomahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, mengikuti perjuangan ini sejak berumur 13 tahun mula merasa bahang merebut kekuasaan atau pun gila kuasa dikalangan pemimpin parti ini.bila saya berkempen untuk parti ini saya akan ditanya dimana ISLAMNYA parti ini,dimana benarnya laungan keramat parti ini….Mungkin saya ada jawapannya…tapi bagi yang dibawah mereka melihat rentak yang diatas…!!!
Semakin hari dapat dilihat kepincangan dari soal kepimpinan baik di atas mahupun dibahagian bawah,sebagai ketua umum apakah yang dilakukan oleh DSAI dan PREsident parti untuk memperbetulkan beberapa kepincangan tersebut…Pertamanya soal TKM1 p.Pinang apakah tidak ada tindakan wajar yang perlu dilakukan,cukupkah hanya sekadar kata-kata nasihat yang acap kali diulang dan hanya dipandang remeh oleh TKM1 tersebut.Sebagai pemimpin wajarlah DS menunjukan nilai sebenar kepimpinan islam itu sendiri…Bendunglah masalah ini sebelum terlambat…Sebagai pemimpin ISLAM takutlah hanya kepada ALLAH SWT!!!Jika DS ada pandangan dan jawapan pada soalan saya emailkan kepada saya agar yang dibawah mengerti derita yang diatas….
Secara individu saya menghormati DSAI dan DSWA sebagai ibu dan Bapa penggerak REFORMASI rakyat,selagi Parti ini menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman maka saya sedia berjihad untuk ISLAM dan ALLAH swt yang menjadi wadah perjuangan Parti ini..KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN…LAWAN TETAP LAWAN….ALLAH HU AKBAR….
——
Saudari sya omel,
Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.
Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.
Wassalamualaikum.
ANWAR IBRAHIM









Tahniah DSAI… kerana menjawab teguran rakyat bawahan..
Tahniah Sya Omel kerana menegur pimpinan kita!!!
Tatkala kita berada di ambang kemenanganlah lebih banyak istiqamah dan muhasabah dir patut acap kali dilakukan agar tidak lari dari landasanan..agar jangan lupa diri.ingatlah jawatan dan kuasa politik tidak akan kekal walau seribu tahun!!
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:00 am
kemenangan? belum tanding lagi dah umum menang? sedarlah sikit! Allah yang tentukan segalanya…
jangan nak mendahulukan ketentuan Illahi!
jangan seperti dsai umum sana sini nak memerintah tapi apa jadi? 16 lah, kemudian 8 okt lah… itu lah balasan kepada mereka yang cuba membelakangkan kekuasaan Allah, tak diberi apa yang korang nak…
Reply
RBI Reply:
December 26th, 2008 at 10:07 am
Wahai kritis… beristighfar lah banyak2… yang tak jadi tu tidak semestinya ditolak oleh Allah… mungkin Allah akan perkenankan pada suatu masa yang lain… pasti ada hikmah kenapa 16 sept tidak menjadi… segala doa kita, diterima atau ditolak bukan kuasa kita yang menentukan… dan jawapan untuk diterima dan ditolak juga tiada siapa yang tahu… itu semua Allah s.w.t yang tentukan…
Ingatkah lagi kita asas Iman… segala perkara yang mungkar hendak lah kita perbetulkan… seelok-eloknya kita perbetulkan dengan perbuatan… sekiranya tidak mampu kita perbetulkan melalui perbuatan hendaklah kita perbetulkan melalui lidah(lisan)… sekiranya tidak mampu melalui lisan… hendaklah kita perbetulkan menggunakan hati iaitu berdoa… sesungguhnya itu adalah serendah-rendah iman… dan saya percaya… itulah antara langkah2 yang diambil oleh DSAI dan juga TGNA dalam melakukan sesuatu perkara….
wallahualam…
Reply
Fung the Fang 2 Reply:
December 26th, 2008 at 2:48 pm
sibukla.. jgn duk wat kacau kat blog nie xboleh ka.. g la che det ka.. khir toyo ka..
Reply
pandangan pengkaji terhadap omel
saya berharap saudari jangan membebankan DSAI dengan tuduhan kurang Islam. Tidak semestinya belum melaksanakan hukum Islam yang total, seseorang itu dianggap tidak Islam.
PAS parti Islam. Tetapi mampukah PAS melaksanakan hukum Islam total di malaysia. kalau belum, wajarkah TG Nik Aziz, dan Tg Hadi dianggap tidak cukup Islam?
saudari,
saya bukan pengampu PKR mahupun DSAI. Bilamana DSAI memutuskan untuk menubuhkan PKR dan bukan menyertai PAS, saya nampak hikmahnya.
Dan saya bersetuju.
Malaysia belum bersedia.
Reply
? Reply:
December 25th, 2008 at 8:37 pm
Allo frenz, x bersedia penamanya lg, lg lama tunggu mmg xkan ujud negara Islam kat M’sia, kafir jumud dh hari2 dok prtikai Islam sbg agama rasmi M’sia, mana xnya yg lahir Islam pun x bersedia mcm ko asek mengkaji j, mcm le Islam baru wujud semalam, x pnah wjud ke kerajaan Islam dlm sejarah dunia dimana dalamnya terdiri berbilang bangsa, agama ditadbir berlandaskan AlQuran & Hadis, wake up my so called fellow muslims!!! Dulu, kini & selamanya Cap Bulan.. ikut cap mata bole jd buta :D
Reply
mahathir jr Reply:
December 27th, 2008 at 4:34 pm
aku rasa pengkaji ni dia terlebih kaji….dulu mengaji ke mana? dah terang2 org bukan ISLAM (bukan mana2 kaum) cuba nak memutarbelitkan suasana MALAYSIA ni yang jelas majoritinya berbangsa MELAYU dan BERAGAMA ISLAM. aku memang setuju dgn cakp ? tu..bukan islam baru wujud lepas pembangkang tawan PERAK, KEDAH, P.PINANG dan SELANGOR dalam PRU yang baru ni…kalu Kelantan tu logik la plak. apa pun aku setuju kalu PAS laksanakan HUDUD…biar tegas dan berpendirian..jgn mcm lalang utk kepentingan individu..biar org2 yg tak nak HUDU dan hukum ISLAM ni tau mana nak pergi…(ke kampung halaman masing2 la yang lama dah ditinggalkan….)
Reply
Sdr Pengkaji,
Kebenaran pasti datang. Jika semua kepimpinan2 negara yg beragama Islam faham akan keutamaan hukum ALLAH untuk dilaksanakan….sebenarnya tiada masalah untuk dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.
Kebenaran pasti datang. Yakinlah dengan ketetapan Maha Pencipta. Kita wajib berusaha..bertawakal…berkemahuan…berkeyakinan… untuk memastikan hukum ALLAH ditegakkan dibumi Malaysia ni.
Kebenaran pasti datang. Sebagai langkah awal….marilah kita berdoa..buat solat hajat setiap hari…agar :
1) akidah dan tauhid rakyat Malaysia yang beragama Islam terpelihara…iaitu yakin bahawa Hukum ALLAH Hudud dan Qisas adalah yang terbaik untuk membela manusia dan alam.
2) dengan meletakkan keimanan bahawa ALLAH berkuasa atas segala makhluknya…tetapi ALLAH juga berkuasa menguji keimanan hamba-NYA dlm berbagai cara….maka adalah kewajipan kita untuk mendoakan agar pemimpin2 kita yang berkuasa atau bakal2 pemimpin yang akan berkuasa….supaya sentiasa dalam keadaan beriman dlm melaksanakan amanah…diperlihara imannya…ditingkatkan keimanannya….supaya pemimpin2 kita akan menegakkan hukum ALLAH untuk dilaksanakan di bumi Malaysia.
Saya berkeyakinan jika jutaan rakyat Malaysia yg beragama Islam setiap hari melakukan demikian….InsyaALLAH pertolongan ALLAH pasti akan datang dengan keadaan yg paling toleransi oleh keseluruhan rakyat Malaysia yg pelbagai agama ini. InsyaALLAH!
Reply
Salam hormat DSAI sekeluarga,semoga didalam suasana aman dan ceria .Saya terpanggil untuk memberi beberapa kemen atau pendapat untuk direnungkan bersama.Pandangan Sya Omel adalah diantara rempah ratus untuk bembolehkan sesuatu masakan itu menjadi enak dan lazat.Oleh itu saya dan juga ahli PKR Diperingkat akar umbi(MARHAIN)merayu kepada DSAI gunakanlah rempah ratus yang asli agar nanti yang dicari tak dapat yang digendang berciciran .AMIN
Reply
Masyallah..samapi camtu sekali kritis..teruk sungguh otak umno..sampai berkata di ambang kemenangan pun boleh mendahului ketentuan Ilahi..ni lebih hebat dari Fatwa Yoga dulu ni…patutla tunggu time je
Reply
Saudari Sya Omel,
Mintalah sabar sebentar. Ketika kegawatan ekonomi yang melanda dunia turut meninggalkan kesan ke atas negara kita, DSAI sebagai Ketua Pembangkang menghadapi tanggungjawap yang berat untuk mewujudkan check-and-balance di Parlimen ke atas kerajaan pusat supaya tidak boros atau melakukan penyelewengan. Mungkin pendekatan beliau mungkin dilihat telah berubah oleh setengah pihak tetapi saya yakin beliau sentiasa meletakkan kebaikan negara and rakyat di atas segala-galanya. Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah pemimpin tulen seperti DSAI terpaksa memberi keutamaan kepada isu-isu global and nasional di masa genting ini.
Reply
Salamun Alaikum..
kpd pkr..
knpe cbe bka 10% kmsukn ke uitm kpd bkn bumiptra?
jgn hancurkn hak istimewa org melayu..
sye x setuju lgsg dgn sume tu..
nnk tgk ke ank bgse sndri jauh trtggal?
institusi di bwh naungan MARA adlah stu2nye penyelamat org mlyu utk bgn..
knpe perlu bke 10% itu?
xckup ke intitsusi yg sedie ade utk bkn bmiputra?
bka 10% itu dgn alsn utk mwjudkn persaingan..
pkr ckp pndai tp pkr de dgr x suare rkyt dn student2??
kte org sume xstju..
tlg jelaskn kpd sye..
sy sygkn bgse sye..
Reply
? Reply:
December 29th, 2008 at 11:31 pm
nak jgak aku tulih kalo dpt komen mcmni, mmalukan diri sendiri yg sama bangsa… keluar la dr mindset subsidi, kalo asek nak bantuan je smp bila2 pun melayu x bole berdikari, realiti kehidupan duniawi mmg sesiapa yg lemah mental & fizikal jd ‘makanan’ yg bijak & kuat, jd trpulang pada individu menentukan samada nak menurut @ melawan & memebaiki kelemahan dr sendiri. X semestinya ko dpt belajar di UITM tu bole berjaya, kalo dinilai kualiti pelajar melayu berbanding lain bangsa lain dr segi kemahiran bahasa pun dh kalah, plg dasat pun dwibahasa j, cina & india kurg2pn 3 bahasa mahir… so takat pegang degree j la tp melangut x dapt kerja sbb kbykan kerja kemahiran bahasa mandarin @ kantonis jd keutamaan. Dr situpn dh bole sedar kerrjaan BN sekrg pn x ble buat apa2 untuk mendaulat Bahasa Malaysia(Melayu), cpt2 sedar le melayu subsidi oii
Reply
salam DSAI dan keluarga,
salam semua,
apa yg di bangkitkan oleh Sya Omel datang dari lubuk hati yg ikhlas seorg pejuang KEADILAN.
siapa sangka puteri berumur 23 tahun ini lebih mengerti erti perjuangan.
cuba kita cari dalam diri kita…patutkah kita hanya pekak dan tulikan mata hati kita apabila benda ini terjadi dalam PR?
tanya lah diri kita atas sebab apa kita berjuang? nama atau agama?
tanya diri kita mana letaknya maruah kita sebg pejuang bila kita masih lagi membiarkan manusia2 ini berkeliaran merakus hak dan amanah rakyat?
kalau semua nak tau cuba baca setiap blog pendokong PR setiap hari buleh dikatakan ada saja artikel berkenaan individu2 yg mula mengambil kesempatan. boleh dikatakan ada saja artikel yg menyentuh kepincangan dalam pentadbiran PR..apatah lagi dlm parti..kenapa begini?
ustaz tempat sy mengaji dulu slalu berpesan “JAGALAH NIAT DAN HATI SEBAB IANYA AKAN MEMPENGARUHI SEMUA BENDA YG KITA BUAT” dan terus terang sy cakap pokok pangkalnya adalah HATI..sebab sebusuk2 bangkai busuk lagi hati ini bila ‘menjadi hitam’…fahamilah kata2 Sya Omel sebab beliau sayangkan kerajaan PR ini…
thatguy886
http://colourluna.blogspot.com
Reply
mana2 parti pun ada pergolakan dalaman. yg ptg bagaimana nak handle ni semua. dulu x da org nak tgk dalaman Keadilan sgt. tapi la ni dah menang.biasalah macam2 yg nak disabotaj.
Reply
Assalammualaikum DSAI,
Saya bukanlah ahli mana-mana parti, tetapi saya amat kagum dengan DSAI, Nik Aziz dan Hj Hadi. Saya juga selalu bergaul dengan penyokong-penyokong kuat PR, malah pernah juga berbincang dengan seorang ‘orang kuat’ PKR yng pernah bertanding di satu kwsn di Terengganu. Apa yang saya harap ialah perubahan sikap peribadi dari penyokong-penyokong dan beberapa orang PKR dan PAS. Mereka ini memberi imej buruk pada PKR dan PAS. Maaf, saya tak dapat menyatakan siapa mereka demi menjaga maruah mereka. Mudah-mudahan PR akan menjadi bertambah mantap dan dapat memerintah negara dan menolak segala tohmahan.
Reply