—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 19 DISEMBER 2008
Parti Keadilan Rakyat semalam telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru . Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.
Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.
Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Kami percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Tahniah kami ucapkan di atas perlantikan saudara/i sekalian.
Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan.
DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat
—————————
Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:
1. Pahang – Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang – YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan – YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak – YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah – YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan – YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis – Encik Johari bin Shafie
9. Melaka – Encik Khalid Jaafar
10. Johor – Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak – Encik Osman Abdul Rahman
12. Terengganu – Encik Wan Rahim bin Wan Hamzah


















Dengan perlantikan Dsai sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah dan Sarawak,ianya akan memantapkan lagi ativiti PKR dikedua-dua negeri itu,selama ini tiada tokoh yang benarx mampu untuk melaksanakan agenda parti keadilan rakyat dinegeri Sabah dan Sarawak.Bak kata pepatah”Jika tidak dipecahkan ruyong mana akan dapat sagunya”.Dengan usha gigih DSAI nanti ia akan dapat memperluaskan pengaruh ,berkembangnya PKR disana nanti.Maka akan tercentuslah ideax baru,dan akan membawa perubahan rakyat dikedua-dua negeri itu.THANIAH,diatas kemaskini yang dilakukan PKR diseluruh Malaysia.
Reply
122aaaa Reply:
December 24th, 2008 at 9:14 am
Kalau niat suci Dato Seri ini baik kita akan sokong sebulat suara,agar dapat memberi perubahan kepada kaum bumiputra iban. Hidup Dato Seri
Reply
tun saban Reply:
December 26th, 2008 at 2:29 pm
Jadi…Anwar pun dah buat kenyataan tentang perubahan kepimpinan negeri-negeri. Tentang proses pertukaran kepimpinan…aku pun kata itu perkara biasa. Cuma perlantikan Hj. Osman tu yang luar biasa…dan yang tu Anwar tak cakap apa-apa.
Tentang hak untuk melakukan pertukaran tu pun..aku tak kisah. Yang tu pun aku dah kata…nak pecat Hj. Mail ka…nak gugurkan dia ka…mampuih pi la.
Cuma yang aku tak puashati…pasai apa yang pi import Hj. Osman yang duduk diKelang…suruh jaga Perak. Lagi pun dulu dia dah lari dari medan perang. Kalau ikut hukum aku…orang yang cabut dari medan perang ni…hukumnya tembak dari belakang. Tup-tup…Anwar pi lantik orang macam ni jadi ketua.
Oleh kerana Anwar tak mau cerita….aku bukak cerita.
Kerja melobi untuk membawa balik Hj. Osman kePerak cuma berlaku baru-baru ini…beberapa minggu sebelum Kongres PKR di Shah Alam. Ni semua pasai balak.
Bila Exco-Exco telah dilantik, perkara pertama bukan nak tubuh jawatankuasa depa…supaya dapat merangka pelan untuk pembangunan rakyat..tapi masing-masing sibuk pasai balak. Hangpa pi tanya…Jawatankuasa Pertanian negeri dah tubuh ka belum? Jawatankuasa Pelancongan Negeri dah tubuh ka belum? Jangan kata kerajaan masih baru! Perempuan mengandung pun dah beranak…tapi kepimpinan kita masih lagi bercakar pasai balak.
Masa mula-mula permohonan balak dibuka…Nizar belum ada pengalaman. Dia cuma ikut nasihat orang-orang keliling dia. Orang tipu dia pun dia tak tau.Cuma bila dah diluluskan.. baru dia tau ada orang Pas yang dapat balak pi bagi kat orang Umno. Ada orang PKR yang dapat balak..pi bagi kat orang Umno.
Ada exco PKR yang dapat balak..pi bagi kat Raja Ahmad Zainudin. Dalam sidang dUN…Raja Ahmad pi hentam Nizar kaw-kaw..tapi diluar dewan..Raja Ahmad pi cakap kat Nizar..”terima kasih sebab luluskan kawasan saya!”
hangpa tak bengang ka? Orang Pas dan PKR yang gantung bendera…yang gantung poster…masih belum dapat bayar hutang…pemimpin atasan buat duit senang-senang. Dapat peluang…pi bagi kat orang Umno. Kemudian orang Umno pi hentam MB kita..Hangpa tak sakit hati ka?
Pemimpin PKR pulak…bila dapat duit bukan nak bantu parti…tapi tambah bini. Parti tak dapat duit satu sen pun…mampuih pi la. Rakyat perlu berkorban..kita perlu teruskan perjuangan.. jangan mengharapkan balasan..ptuih!
Bila permohonan kali kedua dibuka…Nizar dah ada pengalaman. Orang dah hentam dia dari segenap sudut..ada orang Pas diTaiping yang ugut nak bubar cawangan. Ada orang PKR yang ugut nak masuk DAP. Bukan pasai tak dapat habuan…tapi bila kera dihutan disusukan. Nizar berhati-hati. .dan sampai sekarang banyak yang belum diluluskan lagi.
Bila permohonan belum diluluskan.. ada yang dah lubang libu. Bukan senang nak tanggung kereta…tanggung bini. Aku yang satu bini pun..takat mampu beli kopi Tongkat Ali…ini kan pulak yang ada dua tiga cawangan.
Maka timbul lah tuduhan…Hj. Mail cuba blok permohonan. Ada yang kata Hj. Mail cuba bolot balak. kah…kah..kah. yang peliknya…Hj. Mail sendiri tak tau. yang ni kalau nakta Hj. Mail bodoh..aku setuju.Kalau alasan Hj. Mail digugurkan kerana tak tau main balak…aku setuju. Memang bodoh…orang pi London untuk enjoy…dia pi Mekah buat umrah. Orang pi Dubai..dia pi pinjam duit pi Pakistan dengan Nizar.
Nak songlap duit…hangpa jangan cari Hj. Mail atau Nizar..buang masa saja.
Tapi selagi Hj. Mail jadi Ketua PKR Perak..Exco- Exco ni susah cari makan. Jadi depa kena cari orang lain. Tak dak ka pemimpin PKR Perak yang layak ganti Hj. Mail? Pasai apa kena import Hj. Osman dari Kelang?
Sebab Hj. Osman orang bisnes. Dia letak jawatan dari Ketua PKR Perak dulu sebab nak tumpukan kepada bisnes. Apa ada pada perjuangan? Apa ada pada Keadilan? Ketika orang lain terpaksa berhutang kerana perjuangan… Hj. Osman tukar Merc mata belalang.
Woit!! bukan senang nak berniaga Yob. Tambahan pulak kalau berurusan dengan orang Umno. Yang tu Hj. Osman memang terror. Dan orang macam dia lah yang diperlukan! Kat Perak sapa yang ada? Nak harap Ustaz Zul? Mustaffa Kamil Ayub? orang yang ada latar belakang ugama ni susah sikit la. Lagi pun Ustaz Zul bukan kaki karaoke.
Dua Exco Perak ni memang ngam dengan Hj. Osman..dan depa lah yang melobi untuk membawa Hj. Osman balik kePerak.
Aku tak la mengharapkan dua EXCO melakukan sesuatu yang luar biasa dalam potfolio masing-masing. Aku tak harapkan program-program rakyat yang revolusioner dari depa berdua…sebab aku paham depa ni takat mana. Tapi kalau Anwar pun boleh ikut cakap depa….yang tu aku tak paham.
Ada lagi….
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:08 am
orang tak kenal dsai boleh tipu lah nak sokong dsai…
kalau PKR dipimpin oleh orang lain selain dsai mungkin juga dapat sokongan…
itu pun jika parti tersebut tidak menggunapakai taktik memburuk-burukkan dan memfitnah orang lain.
Reply
Salam,
Tahniah atas semua perlantikan dan selamat menjalankan tugas. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal kepada anda semua.
Reply
Tahniah diucapkan kepada pengerusi perhubungan negeri yang baru dilantik, pengorbanan dan perjuangan anda semua amat di hargai. Semoga anda semua akan dapat mentabir dan melaksanakan amanat yang diberikan secara jujur.
Reply
I wonder why only Malays appointed as Pengerusi Perhubungan KEADILAN and not even a single woman appointed.
Is there a mistrust within KEADILAN in the appointment or are the other races incompetent or are women in this country less capable. Can people like Ellizibeth Wong, Fauziah, Zuraidah and the like come out and respond in your blog.
Hopefully there is no chauvinism and discrimination during the selection process.
Hopefully it is not another creation of KEADILAN “Animal Farm” of G Orwell. While I hate UMNO so much for what they have done and I do not wish KEADILAN to fumble at a very early stage.
I hate to say this but Kenyataan media is insufficient, we need transparency. Say it or say no more.
Reply
Arief Reply:
December 24th, 2008 at 10:33 am
its not like i want to condemn you
but
10. Johor – Dr. Zaliha Mustaffa
sound like a woman name to me. correct me if i’m wrong.
saya ada baca dlm harakah daily
ruangan haji hadi. saya suka statement die. ni petikan nye:
Beliau mengatakan di zaman awal Islam, kaum yang paling ramai menganut Islam adalah kaum Quraisy jadi pemimpin yang dipilih adalah dari kaum Quraisy.
Jadi bila sudah ada kaum lain yang menganut Islam dan kaum Arab pula semakin lemah, maka kaum lain pula dipilih menjadi pemimpin tetapi masih lagi penganut Islam.
Sebagai contohnya Sallehuddin Al-Ayubi daripada kaum lain. Ada juga pemimpin yang dipilih dari kalangan kaum yang menjadi hamba.
ni yg complete nye klu url ni mnjadi
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18009&Itemid=115
the same senario apply in malaysia
just replace the word quraisy and arab with melayu
and the word islam with malaysia (I am not telling to replace islam with malaysia. my meaning is strictly changing word)
“Amerika baru sekarang melantik Obama yang datang dari bangsa yang menjadi hamba sedangkan Islam seribu tahun dulu sudah pun mengangkat golongan hamba menjadi pemimpin” Haji Hadi
there is no such thing as ketuanan melayu or any races in islam
Reply
Che Deat dalam blognya..
Melayu Mudah Lupa
1. Kadang-kadang kita lupa. Oleh itu izinkan saya catat semula laporan akhbar Berita Harian (Mac 24, 1993) berkenaan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim apabila DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah memberi perkenan kepada Undang-Undang Perlembagaan (pindaan) 1993 (kekebalan Raja-Raja).
2. Katanya “Isu ini sebenarnya memberi pengajaran berguna kepada semua pihak termasuk Raja”.
3. Dalam New Straits Times (Mac 24, 1993) pula dilaporkan: “In Butterworth, UMNO Vice-President and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the royal assent has helped close the chapter on the subject which he described as a milestone in the process of political maturity of the nation.
4. “One lesson to be learnt from the whole episode is that the issue was not entirely confined to the abolition of the Malay Rulers legal immunity in their personal capacity.
5. “It concerns the understanding and maturity of all quarters involved with regard to the real meaning of freedom and the rule of law”.
6. Lain padang lain belalang.
Reply
BAKIKUL Reply:
December 23rd, 2008 at 5:22 pm
clean…DSAI dulu bukankah jawatannya Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan???Bukankah semua keputusan yang beliau buat adalah dipersetujui oleh Tok M?????Bukankah segala dasar dan rundingan yang beliau buat atas arahan PM waktu tu…kalau segalanya atas kuasa DSAI tanpa merujuk PM, jadi PM tu apa kerjanya????songlap duit rakyat ker???????
Reply
kublai khan Reply:
December 24th, 2008 at 11:33 pm
Saya tidak teringi lansung mambaca blog Che Death kenapa u clean menbawa dari Blog TUN , ini wabak yang yang akan mehodohkan blog ini harapah kita semoga moderator menharamkan sebaran bentuk saduran dari blog Che Death untuk di beri Promosi percuma di sini.
Reply
ultraman tiga Reply:
December 26th, 2008 at 1:01 pm
Kublai,
Baca jelah semua. Jangan tutup minda anda. Yang tak suka pun baca. Then fikir. Kalau tak betul, tolak. Kalau betul ambil. Baru boleh maju kedepan
Reply
kublai khan Reply:
December 26th, 2008 at 8:20 pm
Aku tah boleh terima orang gelar bangsa ku HAPRAK!!!!!!!! apatah lagi datang dengan tongkang!!! Penjajah pun tak pernah gelar Melayu Haprak!! adakah patut bernaung di bawah UMNO lepas tu kutuk orang Melayu??? apa ke jadahnya TDM ni!!!kata NTV7.
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:16 am
dulu dsai pengampu sebab nak kejar sangat jawatan PM, sebab tu lah sokong Tun M. tapi bila Tun M pecat dsai… huh macam orang hilang arah, siap bawa orang lain untuk turut serta buat kacau dalam negara.
malah kata kerajaan tak adil lah dan macam-macam…
lagi teruk sanggup bersekongkol dengan lim kit siang yang dulunya dsai tibai habis-habisan.
tak nampak kah motif perjalanan politik dsai?
Reply
haniff AMK PONTIAN JOHOR Reply:
December 27th, 2008 at 4:26 am
kalau DSAI pengampu, takde la dia kene penjara 6 tahun. kritis sila fikir sebelum cakap. ape cerita skongkol pulak ni? umno x skongkol dengan MCA, Gerakan ke kritis? otak guna sikit lah. jgn ckp mcm org x membaca. ape daa. Lim guan eng (DAP) jadi ketua menteri P.Pinang gaji guru KAFA P.Pinang naik ko tau tak? Elok la juga dari masa gerakan pegang P.Pinang dulu.
Reply
Tahniah diucapkan kepada semua pengerusi perhubungan negeri yang baru dilantik, Dengan perlantikan DSAI sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah dan Sarawak, dan kepada mantan TPM DSAI akan membawa perubahan rakyat Kepada semua Rakyat sarawak,
kita Rakyat Sarawak harus sokong 100%kepada PKR untuk satu perubahan baru pada negeri bumi kenyalang sarawak pada piliharaya negeri nanti,pengorbanan kita dan perjuangan kita semua Rakayat Sarawak bangsa Malaysia Iban, Cina, Melayu, Ora ulu, bidanyu, dan yang lain lain,amat di hargai oleh anak anak kita pada masa hadapan Sarawak yang akan detang.
Pada piliharaya negeri sarawak nanti kita rakyat sarawak pastikan kita Undi PKR untuk perubahan baru Rakyat kita semua..UNDI PKR-X…..UNDI PKR-X… HIDUP RAKYAT SARAWAK….HIDUP MALAYSIA BARU…
WASLAM
ANAK SARAWAK
Reply
alhamdulillah.masanya akan tiba sebelum disangka
Reply
Perlantikkan DSAI sebagai pengerusi perhubungan Negeri SABAH SARAWAK adalah tepat dan dialu-alukan..walau bagaimana pun,mengapa semua PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI di dominasi oleh satu kaum sahaja?sedangkan PARTI KEADILAN adalah untuk semua kaum.Apakah mereka tidak layak?
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:21 am
itu namanya pilih bulu… awak tak nampak ke, kenapa tak pilih dari kalangan orang sabah dan sarawak sendiri? dsai tahu orang Sabah dan sarawak yang nak sokong dsai senang diperbodohkan dan mudah terpengaruh dengan kata-kata manis dan membara dari dsai…
Reply
salam..
Apa punya bodoh ngko clean, Mahathir tu tengah nak bersihkan segala kesilapan dan kebusukan dirinya..sebab tu dia tak nampak kesalahan yang dia buat dulu tapi putar belit fakta…
Kenapa dia tak komen pasal isu Tun Slleh Abbas yang telahpun disahkan oleh mahkamah bahawa pemecatan hakim tersebut tidak sah dan melanggar undang2???
Kenapa dia tak komen pasal video lingam yang mana dia telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai PM????
Bagi korang DSAI ni putar belit fakta tapi korang tak sedar raja segala putar belit fakta adalah Tok M!!!!
Bagaimana dengan isu kereta nasional????isu simpanan anak-anak beliau dekat bank Israel yang mencecah jutaan ringgit???? isu MAS macamana????bodoh punya clean!!!!
Reply
? Reply:
December 24th, 2008 at 8:05 pm
rlaxz ar badigol eh bakikul, x kira tok m ( :D ) @pn DSAI, kita jgn taksub sgt, walaumcmana skalipun dorg dulu sama geng, kalo Tok M kaki songlap, xkan org no, 2 buat x tau je.. smua ni kta tngu j, yg penting dulu & selamanya capa Bulan, Allahuakbar!
Reply
ultraman tiga Reply:
December 26th, 2008 at 10:34 pm
Tun M tak penting lagi sebab dia dah jadi sejarah..Yang penting sekarang ialah SURVIVAL orang MELAYU di masa depan. Macam mana kita nak jamin anak cucu kita nak makan minum dan hidup selesa di masa depan 10, 20 malah 100 tahun lagi dibumi yang dulunya milik kita sepenuhnya. Sebelum orang Cina dan India dibawa masuk mencari rezeki di bumi Melayu ini. PLEASE PUT OUR FOCUS TO THE SURVIVAL OF THE MALAYS IN ITS HOMELAND. I mean HOMELAND, bukan LAND. Kena paham baik2 apa makna HOMELAND.
Reply
angkasawan nasa Reply:
December 29th, 2008 at 11:54 pm
HOMELAND!!! ??? yang ada tanah TOL 33 tahun 99 tahun, hak milik kekal atau free hold pun dah tak laku sebab ada akta tanah!! boleh ambil dalam 24 jam. so dimana yang dikatakan homeland??? tanah felda pun selepas meningal si peneroka pertama makan perwaris seterusnya di kira pemegan amanah??? bukan milik homeland?? homeland dikira gimik sahaja. kalau rumah rakyat di pelentong boleh dirobohkan PBT dan rundingan dan nak repot kat biro bantuan guaman pun tak layan apakah jadahnya yang di katakan homeland??
kalau di perak nak beri hakmilik kekal atau 999 tahun itu baru homeland sebenar namanya, tetapi cuba di halang oleh najib?? Najib kena tahu bahawa semasa kerajaan BN jaga negeri perak tidak pula najib sibuk?? pasal tanah. setahu kita yang lidah bercabag tu hanya ul** . setahu kita soal tanah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. MB atau KM punya kuasa penuh dalam soal tanah di sesebuah negeri. kalau betuk najib nak tegakan soal tanah kenapa tak bangkitkan isu tanah adat perpatik di negeri sembilan bukankah itu jelas langar agama islam kerana menafikan hukum farait .
Reply
GAPENA saman aja Hisanmuddin buat apa saman Kementerian Pelajaran, dalam isu bahasa inggeris bukan salah kerajaan tetapi salah para peminpin UMNO. sudahlah para peminpin melayu beranak pun perdu pisang,kalau dah keturunan makan belacan buat apa nak sanjung sangat bahasa inggeris. tak tahulah kalau hishanmuddin celik aja mata makan bugger lelap mata makan kek keju.
Reply
ulam batar Reply:
December 24th, 2008 at 11:21 pm
Per : angkasawan nasa menengkah ulam batar pun menengkah.
Hishanmuddin si mulut ikan keli!!!, ‘bukan saya kata tetapi Mat Sabu kata, memang gitu dia dengan jelas telah melangar Pelembagaan Negara yang mana Perlembagaan Negara amat jelas menperuntukan bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan dan bahasa penhantar di sekolah sekolah kebangsaan penuh. tetapi angkara TDM dan DHM lah mereka meletakan Bahasa Malaysia seolah olah di perkecilkan di persada sistem pembelajaran di sekolah sekolah. ini bermakna mereka bukan sahaja menafikan pelembagaan bahkan menhina sama sekali Bahasa Malaysia disisi rakyat malaysia hiliran itu turut menidakkan Pelembagaan Negara!! persoalannya apakah hukuman kepada warga negara yang menidakkan Pelembagaan Negara? semoga rakyat Malaysia hantuk kan kepala anda kepada dinding supaya ada sedikit kecairan dalam minda kita supaya sedar bahawa UMNO telah melangar pelembagaan Negara.Jelas lagi bersuluh di tegah hari!! kalau orang melayu masih kabur perbuatan UMNO mehina Pelembagaan Negara aku pun tak tahu nak kata apa! lagi pada rakyat malaysia. UMNO bersidang bilang menpertahankan bahasa melayu??????????????? podah >>>!! cakap tak serupa bikin.
Reply
ultraman tiga Reply:
December 26th, 2008 at 1:13 pm
Ulam,
Bahasa dijunjung, ilmu dikendong. Matlamat depa baik dan jelas. Cumanya perlaksanaan salah. Masalah teknikalnya ialah “too ambitious” dalam menganjakkan penguasaan BI sedangkan momentum pelajar lebih perlahan dari kayu ukur yang diletakkan. Itu sahaja. Mereka perlu perbaik perkara ni dan insyaalah anak ulam nanti pun akan mahir menguasai bahasa ilmu hari ini iaitu bahasa inggeris nanti. Tanpa menafikan fakta sejarah bahawa bahasa ilmu dulu ialah bahasa arab.
Yang mereka perlukan feedback untuk perbaiki matlamat, bukan sumpah seranah orang yang mencari setiap sudut yang ada untuk menelanjangkan.
Reply
angkasawan nasa Reply:
December 26th, 2008 at 8:55 pm
ultraman ini RAKSAKSA ulam batar nak menengkah!!!
Tahukah u TDM dalam teknologi meletakan dasar Pandang ke timur (harap u masih ingat) tahukah u Jepun, Korea tidak megamalkan bahasa inggeris tetapi Teknologi mereka sampai dalam Tandas rumah U, Samsung,LG,Kia,Panasonic,Sharp,Tohsiba,sony, kalau saya nak sebut jenama produk bangsa ini yang tidak megutamakan bahasa inggeris, tetapi kenapa baru sekarang pulak TDM sibuk pandang ke barat?? tun dua alam kut.
ultraman tiga Reply:
December 31st, 2008 at 1:45 am
Aku faham sangat pasal benda ni.
Bila TDM suruh pandang ke Timur, TDM suruh kita contohi budaya kerja orang jepun. Bukan sangat bahasa depa. Sebabnya bahasa mereka level rendah berbanding bahasa barat. Kebanyakkan teknologi hebat depa adalah hasil dari terjemahan ilmu2 barat ke dalam bahasa mereka. Lepas tu depa modify ilmu tu jadi lebih baik. Budaya ini yg patut kita contoh.
Tapi Jepun/Korea pun tau. Kalau nak maju kedepan lagi, mereka perlu menguasai bahasa Barat. Tak boleh harap terjemah saja. Bila dah pandai buat barang dari ilmu barat, depa kena pegi buat marketing kat negara luar. Maka jadilah sesi itik dengan angsa. Justeru, depa decide depa mesti kena juga kuasai bahasa barat. Sebab tu lah hari ni orang jepun/korea dah berlambak pandai cakap BI. Depa boleh cakap jauh lebih baik dari orang kita pulak.
Mana2 nation pun tak boleh elak dari belajar bahasa negara yang menguasai tamadun dunia pada satu2 masa itu. Kita tak nafikan US sedang menguasai dunia hari ini dan bahasa mereka wajib kena mahir kalau tak nak ketinggalan. TAK PAYAH JAUH, KALAU TAK PANDAI BI, BLOG DSAI NI PUN KITA TAK PANDAI BUKA. INTERNET NI PUN GUNA BI…
kung fu panda Reply:
January 2nd, 2009 at 12:26 am
Jepun ni tak utamakan bahasa inggeris pun tak lah macam kita utamakan bahasa inggeris. tahukah u jepun yang tak tahu bahasa inggeris tetapi bangsa itulah yang satu satunya bangsa yang mampu serang US dan masuk US di hawai dan musnahkan pangkalan tentera laut US. melayu yang di katakan pandai berbahasa inggeris ini kononnya!! baru US deman ekonomi, kita dah lintang pukang ekonominya.Jepun ni walau pun orang putih jatuhkan bom atom di horosima dan nagasaki mereka kekal dengan bahasa ibunda mereka, aku rasa kalau malaysia ini di jatuhkan bom atom oleh orang putih aku rasa satu melayu pun pada hari ini tak tahu berbahasa melayu. aku pernah kerja pemandu kepada orang jepun tak pernah aku dengan mereka berbaha lain selain bahasa depa bila berbicara sesama mereka, melayu baru jadi kerani dah tak fasih berbaha ibunda????? dah tak makan belacan, budu, cincalok,tempoyak balik kampung mak bapak tapaukan pun tannak alasan anak tak makan benda tu? ini lah bangsa ku jati diri mudah terhakis, baru UMNO suruh anak belajar BI dalam Sains dan Kira kira dah tak makan makanan kampung.jepun ni tinggi macam mana pun makan tetap sushi pergilah satu dunia mereka tetap dengan budaya dan bahasa mereka termasuk teknologi mereka tetap dalam bahasa mereka. walau pun jual produk satu dunia semua buku mamual teknologi mereka pasti ada bahasa jepun.jepun tak tahu berbahasa inggeri tetapi mereka jauh kedepan berbanding malaysia yang dikatakan fasih berbahasa inggeris , termasuk sistem politik mereka LDP dah lama tumbang ( LDP umpama UMNO di malaysia).kita yang fasih berbahasa inggeris tapi politik kita masih di takuk lama. soal Internat ni kan PC ada dewi bahasa kenapa u karut sangat.
Saudara Clean,
yg u asyik nak ungkit balik cerita lama buat apa?
Reply
Saya juga ada membaca chedet blog Tajuk Melayu mudah lupa, begitu bersemagat sekali
Tun Mahatir ,menyimpan keratan akbar tersebut,darimana ia perolehi dan apa tujuan Tun berbuat demikian,hanya beliau saja yang tahu.Ya, lain padang lain belalang,lain dulu dan lain sekarang.Dulu DSAI timbalan perdana menteri dari parti umno-BN,tetapi sekarang DSAI Ketua Umum parti PKR.Perbezaanya banyak,Dsai mengendalikan sendiri parti PKR, dulu DSAI mengikut arus bosnya,jika bosnya cakap ini,ia pun ulas selari dengan bos beliau,walaupun ia tidak mempersetujui.Saya rasa ucapan DSAI dari keratan akhbar 1993, ulasan jujur bukan apa-apa berpadan dgn jawatan beliau ketika itu.Kini kesedaran telah ada diminda DSAI,kini beliau mengikut apa yang rakyat mahu.
Apa yang sepatutnya dibuat oleh DSAI sekarang jangan lah terlalu risau tentang keritikan ,ungkitan masa lampau, masa lampau bukan gambar sebenarnya diri kita ,kadangkala masa lampau tidak membuat kita diiterima,mungkin masa kini rakyat lebeh menerima DSAI,Pastinya DSAI sudah mula berubah,juga selari perubahan yang diinginkan oleh rakyat Malaysia.PERUBAHAN AKAN TETAP BERLAKU TERUSKAN DSAI.
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:31 am
jesteru itu, maka jelaslah dsai bukan seorang pemimpin yang sejati? nak hidup lah katakan… terpaksa jadi talam dua muka…
mungkin kalau Tun M tak pecat dulu, agak nya lah dsai tak berperangai seperti sekarang? still pengampu?
lihat saja lah Mukhriz, tak takut pun nak bantah cakap presiden UMNO. walau dalam parti sendiri pun tak sehaluan dengan pucuk pimpinan, tapi tetap setia dengan parti. bukankah kita dah nampak pendirian mukhriz dalam perjuangannya terhadap bangsa dan negara. dsai macam?
Reply
SALAM PERJUANGAN…..
DENGAN PENUH PENGHARAPAN AGAR PERLANTIKAN PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI YANG BARU DI PERAK SDR. OSMAN ABD.RAHMAN DAPAT MEMBERIKAN SUNTIKAN UNTUK BANGUN DAN BERGERAK,YANG SELAMA INI LENA DI ULIT MIMPI….
Reply
Dato Seri Anwar,
Apa komen saudara Anwar mengenai polemik Hukum Hudud yang diperkatakan oleh parti PAS dan DAP mutakhir ini? Apa pendirian Dato Seri??
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:35 am
dulu dsai pakai songkok, sekarang dah tak pakai.
nak jaga hati orang lain sehingga terabai hukum Allah…
na’uzubillahi min zolik..
Reply
ultraman tiga Reply:
December 26th, 2008 at 11:17 am
Betul jugak kata kau kritis. Baru aku perasan, dia dah tak pakai songkok lagi…
Reply
salam dsai..
rombokan yang di buat sedikit sebanyak mengukuhkan lagi PKR, sy cukup tertarik.
cuma yang memperlihatkan sedikit kegusaran dan cukup khuatir ialah dari pimpinan
setiap Bahagian…..kerana fokus mereka yg lemah, mempermudahkan kemasukkan
ramai muka-2 baru yang ingin meng’control PKR terutama di Selangor
yang lebih cenderung ke arah kerana ‘PKR’ berjaya di Selangor dan ini
melihatkan agenda kemasukan muka-muka baru kerana lebih bermotifkan peribadi,
bukan perjuangan parti….
Reply
Tahniah ,semoga PRU 13 PKR akan menang kurusi yang dipertandingkan
Reply
Tahniah DSAI!!
Reply
Salam DSAI..
Tahniah atas perlantikan itu DSAI…Saya sebenarnya kurang berpuas hati atas apa yang diperkatakan oleh Karpal & Lim mengenai Hudud..Jika benar apa yang dikatakan itu ia seperti menghina agama Islam..Beliau sepatutnya berbincang sebelum mengeluarkan apa2 komen..Mereka perlu ingat yang mereka bukan berdiri seorang diri sebagai pembangkang..HUdud adalah hukum Al-Quran..Menghina Hudud adalah sama menghina Kitab suci Al-Quran & saya tahu DSAI lebih arif tentangnya…
Pada pendapat saya Karpal perlu mendapatkan penjelasan daripada orang SINGH Islam & Lim pula penjelasan drpd org Cina Islam yang beriman untuk mereka memahami tentang Islam @ Hukum Hudud ini..Lagipun mengikut sejarah, org Cina & org India lah yang lebih awal memeluk agama Islam drpd org Melayu..Pada pendapat saya DSAI perlu bertegas dalam isu ini dgn pendekatan yg bijak..Saya cadangkan DSAI membuat satu lagi perjanjian antara PAKATAN RAKYAT untuk tidak menyentuh apa2 isu agama dimasa akan datang..Ini kerana perjanjian dahulu perlu di UPGRADE mengikut keadaan semasa..
Terima kasih DSAI….
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:42 am
nak bersumpah untuk buktikan dsai tak salah pun takut, inikan pula nak lawan 2 kafir yang sejak dulu tak tahu hormat agama lain atas nama kebebasan bersuara, untuk menegur karpal dan lim?
kalau tegur, takut hilang sokongan pula… ialah nak menang PRU13.
so, mana penting, jaga kesucian agama Islam atau nak jaga hati manusia yang sentiasa berubah dan suka mengikut hawa nafsu?
Reply
ultraman tiga Reply:
December 26th, 2008 at 1:23 pm
Cuba fikir.
DAP, Karpal, Kit Siang, Guan Eng, Ronnie, Teresa semuanya ULTRA-ANTI MELAYU/ISLAM. Sejak dulu, kini dan selamanya. Jangan cakap kat aku yang depa akan terima perjuangan ISLAM. So buat apa buang masa bincang dengan depa.
MCA/MIC adalah parti bukan Melayu berpendirian sederhana. Walaupun mereka tak terima ISLAM, tetapi mereka boleh dibawa berbincang dan bertolak-ansur. Mereka berfikiran lebih positif dari DAP. Off courselah ada tak kena kat sini sana, tapi kita pandang dari sudut menyeluruh.
DAP takkan terima HUDUD sampai kiamat. Kalau depa jelas tak suka dengan agenda “MALAY SURVIVALITY”, apalagi “HUDUD”.
Reply
Askum….
DSAI nampaknya BN sedang mencanang isu hukum hudud setelah sesi debat
antara Husam Musa – Khairy. Semua akhbar BN telah mencanang isu tersebut
dan wartawan pulak tidak melepas peluang utk bertanya hal tersebut
kepada Karpal Singh yang sememang cukup cepat melenting.
Bila melenting paham2 ajelah akhbar BN pasti mainkan isu tersebut
terutama sekali bila dah dekat dengan pilihanraya kat KT.
Harap tolong alert pasal isu ini.
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:44 am
kalau nak serang BN, gunalah isu IJN yang nak diswastakan oleh kerajaan!!!
Reply
ultraman tiga Reply:
December 26th, 2008 at 10:18 pm
Betul tu kritis, kalau DSAI nak hentam habis-habisan isu IJN, lantak pi lah. Aku pun geram especially bila si Musa Hitam (penasihat utama Pak Lah) dengan boss Sime Darby cuba nak justify. Tak logik langsung explaination depa. Belasah le habis-habisan. Tapi isu ini tak sedikit pun menggoyang keyakinan aku kepada UMNO sebagai platform terbaik menjamin survival orang melayu dimasa depan sebab aku tengok dalam konteks menyeluruh, bukan dalam skop yang sempit.
Reply
Saya rasa masalah Pakatan Rakyat adalah bila ketua parti2 ditanya soalan dan kemudian terus membuat komen bila wartawan tanya soalan. Cubalah jangan bagi komen dulu sebelum membuat perbincangan kerana bila isu dah berbangkit media BN pasti akan putar alam ceritakan tersebut. Bukannya budak kecil lagi takkan tak tahu bahawa BN takkan lepaskan peluang seperti ini.
Harap DSAI alert perkara2 seperti ini. Tolong celik mata sikit ketua parti Pakatan Rakyat dan jangan ikut sedap mulut buat komen. Tolong celik sikit. Bangang.
Reply
ultraman tiga Reply:
December 26th, 2008 at 1:39 pm
Perkataan yang keluar secara spontan biasanya perkataan yang jujur. Kalau nak bincang2 dulu, maka itu namanya “orchestrated comment”. Tak jujur.
Reply
Kesian aku kat orang melayu ni.
“Menang sorak kampung tergadai”. Menang sebab dapat jatuhkan kawan melayu lain, akibatnya tanah yang ada pulak terlepas kat orang. refer Perak.
“Terlepas mulut rimau, masuk mulut buaya”. Dapat lepas dari kuku besi monarki, masuk pulak dalam …….
Reply
dulukini Reply:
December 25th, 2008 at 2:02 pm
ape yang tergadainya nie. melatah cepat sangat kot.
Reply
ultraman tiga Reply:
December 26th, 2008 at 1:36 pm
dulukini,
Tak payah sembang banyak. Cuba bandingkan “DULU” tanah kat KL ni 100% Melayu punya. “KINI” tanah kat KL ni 95% milik Bukan-Melayu. Tinggal 5% saja kat Kampong Baru masih milik Melayu. Tak ke itu namanya “TERGADAI”! dulukini, cuba bandingkan DULU dan KINI.
Tak payah le nak bagi contoh lain. Terlalu berlambak, tolong bukalah mata…
Reply
angkasawan nasa Reply:
December 26th, 2008 at 8:40 pm
Kata UMNO adalah sakti untuk pejuagkan nasib orang melayu?? tetapi kenapa nasib orang melayu terpingir?? dibandar?? ada UDA dan dara lah!! ada MARA dan Asmara lah!! ada itu ada ini UMNO kompang sana sini menperjuagkan Orang Melayu .. podah1100 . sekarang saya menengkah segala melalu nya UMNO.
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:53 am
bawa-bawa sedarlah kita wahai orang melayu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sepatutnya kita sama-sama menggembling tenaga untuk bersatu menolak segala bentuk hasutan dari segala musuh yang berselindung atas nama kawan dan sahabat.
tidak salah berkawan dengan pelbagai bangsa lain, tapi jangan sampai kita dipersendakan mereka , kita masih lagi nak berdiam diri.
lihat saja lah Tun M yang menempelak masyarakat dunia kini diperintah oleh orang yahudi, tanpa segan dengan presiden amerika bush laknat.
walau apapun segala pertikaian dan perselisihan pendapat haruslah diselesaikan dengan cara yang bijaksana!!!
Reply
kuda kepang STC Reply:
December 26th, 2008 at 8:34 pm
U ni kelakar betul kalau betul TDM antu Amerika dan bush !! kenapa dia sangup bayar pada pelobi dengan harga yang mahal semata mata nak jumpa bush!!?? TDM bukan sekdar lempeng talam tetapi talam dua muka.
Reply
ultraman tiga Reply:
December 30th, 2008 at 12:17 am
Itu sebahagian dari sandiwara DSAI jek. Benda tak logik tu.
angkasawan nasa Reply:
December 26th, 2008 at 8:42 pm
U megomel kampung tergadai!! Negara tergadai oleh UMNO u tak megomel.
Reply
ultraman tiga Reply:
December 30th, 2008 at 12:23 am
Bukan ke pemimpin UMNO yang perjuangkan merampas kembali tanah melayu yang sudah tergadai kepada penjajah pada tahun 1957? Dengan keringat dan airmata datuk nenek kita.
Negara tergadai hari ini juga oleh pemimpin UMNO, bukannya salah parti UMNO. Parti tak salah. Yang salah orang yg pimpin parti tu. Kenapa jadi macam tu? Sebabnya orang macam anda semua tak nak join UMNO dan tumbangkan pemimpin2 haprak dalam UMNO. Sebagai org melayu, anda harus salahkan diri sendiri dan bukan parti. Parti cuma satu wadah perjuangan.
Reply
angkasawan nasa Reply:
December 30th, 2008 at 3:27 pm
ultraman tiga A/L ultraman taro ini angkasawan nasa nak menengkah!!!
Perkataan merampas itu tak kena kita merdeka dengan PEN, kalau guna perkataan merampas itu ada pertumpahan darah macam Indonesia lawan belanda untuk merdeka macam India nak merdeka mereka tumpahkan darah untuk dapatkan merdeka itu baru di sebut rampas semual Tanah air. kalau pergi england naik kapal terbang kelas satu dan tandatangan serta folow by dinner adakah ini di gelar merampas. ini namanya bermuswarah sila perbetulkan ayat u.
walau apa pun UMNO jelas telah terkeluar dari landasan rakyat serta sudah dimamah usia, sama macam parti LDP di jepun.sebagai penegak rakyat biar u dan UMNO kata saya salah atau bersalah asalkan jangan allah atau rakyat kata saya salah.saya dihina atau di maki saya boleh terima tapi jangan salahkan serta maki rakyat !! itu saya tidak boleh terima dada saya akan saya perisaikan demi rakyat.
ultraman tiga Reply:
January 1st, 2009 at 1:32 am
Angkasawan nasa,
Jangan terlalu terikut dengan mainan sejarahwan barat. perjuangan Malaysia merdeka dengan PEN adalah satu fallacy.
Amatilah betapa:
1) Di Perak, Maharaja Lela dan pengikutnya digantung mati kerana membunuh Birch. Darah Melayu mengalir.
2) Di Kelantan, Tok Janggut dibunuh dan mayatnya diseret merata kampong kerana menentang penjajah Inggeris. Darah Melayu mengalir.
3) Di Pahang, Tok Bahaman dan Mat Kilau bermandi darah menentang penjajah Inggeris. Darah mengalir.
4) Di Terengganu. Abdul Rahman Limbung menentang Inggeris. Darah mengalir.
5) Di N Sembilan. Tok Naning berperang dengan Inggeris. Darah mengalir.
Berapa banyak lagi darah orang melayu yang mengalir kerana hendak menghalau Inggeris penjajah dari Tanah Melayu ini. Bacalah sejarah dengan teliti. Walaupun mereka tak naik kapalterbang mengadap Queen sign borang minta merdeka dengan PEN, perjuangan itulah asas kepada nasionalisme melayu menentang penjajah yang mendorong kepada Tunku pegi London sign borang Merdeka. Saya memang pantang kalau orang memperlekehkan perjuangan orang melayu membebaskan negara dari penjajah kononnya dengan cara mudah sebantang pen. Jangan kita dilencongkan oleh fakta mengikut perencanaan orang lain.
kung fu panda Reply:
January 2nd, 2009 at 12:38 am
Tapi yang pelik nya bila setiap kali sambut merdeka nama mereka di atas dari satu sampai 5 tak di sebut langsung semua nama pejuang UMNO sahaja seolah olah tampa UMNO megara tak merdeka??? . UMNO cuba padamkan sejarah sebenar. bukan sejarawan barat yang padamkan sejarah negara.
Asalamualaikuym dato seri anwar
Adakah ahli keadilan lupa.
Adakah pemimpin keadilan lupa
Adakah reformis lupa
Adakah orang umno lupa
Adakah polis lupa
Adakah orang melayu lupa
Adakah keluarga dsai lupa
Adakah dato seri anwar lupa
Tetapi-tetapi tidak jamilkucing
Ya ya yang lepas jangan di kenang ,kepala bapak ko orang, dia kena hentam teruk sorang-sorang senang je suruh lupakan.sampai matipun tak akan jamil lupakan .kenapa sila ke :
http://bbcatlover.blogspot.com
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 12:59 am
jamilkucing memang dah lupa!!!
gambar dsai sorang je yang awak ingat?
gambar orang BN yang kena belasah dek orang PKR ade ambik?
sedarlah sikit, pengetahuan kita amatlah terbatas!
Reply
ultraman tiga Reply:
December 26th, 2008 at 1:27 pm
DSAI kena belasah sebab dia sorok sarang tebuan. Rahim Noor seorang polis yang sangat bangga jadi polis. Bila DSAI kata polis anjing, maka terimalah dia akibatnya. Itu saja.
Lebam mata DSAI adalah kerana mulutnya yang takde lesen. Pepatah melayu ada kata “Kerana mulut, badan binasa”.
Lebam mata DSAI bukan sebab politik, tapi dia sendiri yang cari pasal.
Reply
ini adalah salah satu strategi politik oleh DSAI
walau bagaimana pun
ia nya adalah bijak
with this move
no wonder pakatan rakyat will win in both state
believe me!
Reply
Salam HARUM,
Tahniah kepada semua Pengerusi BPN yang baru dilantik, sesungguhnya tanggungjawab sebagai Pengerusi BPN adalah amat berat dan memerlukan pertimbangan yang amat teliti dalam membuat apa-apa keputusan, apalagi dalam suasana pelbagai kaum, pelbagai agama yang kita amalkan ini. Kita harus sentiasa tidak lupa pada persada tempat kita berpijak dan berpencak ini. Kuda-kuda silat perlu juga diselangselikan dengan langkah-langkah wushu, lompatan silamban, aksi sumpitan Sarawak serta libasan pedang sumangod Sabah agar ia lebih memperlihatkan kepada khalayak kita memang mengamalkan pertempuran pelbagai rentak seperti yang kita sentiasa canangkan diseluruh pelusuk gelanggang tanah air.
Memang diakui, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, tetapi meminimumkan jurangan prasangka dikalangan marhaen boleh dilakukan dengan zahiran perlakuan dan tindakan yang kelihatan senada dengan siratan dan kiasan perjuangan.
Orang kata lain padang lain belalang, tetapi kita kena akur bahawa semua padang yang kita maksudkan untuk belalang bermain terletak di nusantara MALAYSIA…… dan kita sedang melakar serta menjanakan HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA (HARUM).
Reply
Selamat menjalankan amanah dgn baik.. berjuang kerana Allah, moga Allah tuntun anda semua dalam memikul beban amanah yg telah diberikan…..
Reply
semoga pasukan bola sepak negara akan layak ke piala dunia bila tiba pemerintahan pakatan rakyat
Reply
salam…
tahniah dan syabas kepada yang dilantik khususnya DSAI yang akan memantau keadaan di sabah dan sarawak… dengan harapan, moga2 semua yang dilantik akan memikul tugas dan amanah itu sebaik yang mungkin… kami di sarawak khususnya, amat mengalu2kan DSAI sebagai pengerusi perhubungan negeri…
DSAI yang dihormati,
sekali lagi kami Rakyat Mukah menyeru kepada DSAI, kalau ada masa datanglah ke Mukah… dari Sibu, DSAI gunakan jalan darat… dari simpang Sibu/Bintulu di Selangau DSAI akan menggunakan satu jalan raya yang paling menyedihkan dan sekarang ini semakin hari semakin teruk… inilah hasil keringat BN selama 45 tahun mentadbir Sarawak… jalan tersebut sekarang ini amat menyedihkan keadaannya… amat memilukan hati kami Rakyat Marhaen yang hanya mampu berkereta kancil atau viva… nak DSAI tau, status jalan tersebut samalah seperti jalan balak… tidak sesuai jika diletakkan Mukah sebagai pusat pentadbiran bahagian dan yang terbaru SCORE (janji Pak Lah je tu…)
jalan yang kami maksudkan adalah Jalan Mukah/Selangau atau lebih popular di kalangan rakyat tempatan sebagai “Jalan Ladang”… ahli Parlimen kami, YB Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Toyad memang tak boleh diharap… nasib baik kami tak undi dia semasa PRU12 Mac lepas… oleh yang demikian, kami mohon DSAI datang ke Mukah dan tengok sendiri dulu keadaan jalan yang dimaksudkan… kemudian nanti, insyaALLAH ia dapat dijadikan modal DSAI untuk berbahas di Parlimen… sesuai dengan status DSAI sekarang sebagai pengerusi perhubungan negeri sabah/sarawak…
Terima kasih DSAI kerana dapat menghidupkan PKR di Sarawak!!!
HIDUP DSAI!!!
HIDUP PKR!!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 1:06 am
kenapa? dah tak de sorang pun yang boleh pakai dari kalangan orang sarawak untuk dijadikan pemimpin? kenapa bodoh sangatkah orang sarawak? kan elok kalau lantik pemimpin dari kalangan penduduk tempatan orang sarawak sendiri!
jangan terlalu mengharap sangat dengan orang luar untuk memimpin orang sendiri! dsai tak ta’u hati budi kamu dan kamu si ta’u hati budi dsai.
Reply
DSAI kena kerap datang sabah/sarawak…. Terutama org sabah yg sentiasa mau bertelaga… Harap DSAI dpt buat sesuatu.!
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 1:08 am
orang sabah tidak semua yang mahu bertelagah bah… kau fikir semua orang sabah itu mahu bergaduh kah? apa ba kau sakap sambarang ni tantang orang sabah?
Reply
mainan politik kerajaan hanya untuk mengenakan perangkap kepada pembangkang,pemimpin pakatan rakyat harus berhati2 dengan pendekatan politik secara halus untuk memecah belahkan rakyat supaya nampak keburukan pembangkang,pakatan rakyat yang diketuai dsai harus melantik pakar psikologi untuk menangkis serangan2 psikologi yang dimainkan parti umno jikalau pakatan rakyat ingin menawan putra jaya dan mengekalkan 5 negeri dipayung kerajaan baru.
Reply
umno dan bn sudah kalah dgn politik dsai sebab tu la mereka menyuruh dsai berhenti berpolitik atau bercakap bab politik selepas 5 negeri berjaya ditawan,saya berharap dsai teruskan bercakap bab politik ini akn menyuburkan lagi sokongan rakyat kepada perjuangan pr keseluruhanya.biarkan umno lebur kepanasan menjadi sejarah.
Reply
salam…
syabas dan tahniah kepada yang telah dilantik untuk mengetuai perhubungan negeri, khususnya kepada DSAI yang kini akan memantau keadaan di sabah dan sarawak… pendokong PKR dan PR amat berharap moga2 tugas dan amanah ini dapat dipikul dengan penuh ikhlas dan berkredibiliti…
DSAI yang dihormati,
sekali lagi Rakyat Mukah menyeru DSAI kalau ada masa datanglah ke Mukah (Mukah terletak di dalam kawasan N.52 Balingian – kawasan Ketua Menteri sendiri)… dari Sibu, DSAI gunakan jalan darat… dari simpang Sibu/Bintulu di Selangau DSAI akan menggunakan satu jalan raya yang paling menyedihkan… dan kini ia semakin hari semakin teruk… kalau nak tau inilah hasil keringat BN selama 45 tahun mentadbir Sarawak… jalan tersebut sekarang ini amat menyedihkan keadaannya dan ia telah banyak menjahanamkan kereta kecil seperti Kancil dan Viva milik Rakyat Marhaen… malah tidak keterlaluan status jalan tersebut samalah seperti jalan balak!!!
jalan yang kami maksudkan adalah Jalan Mukah/Selangau atau lebih popular di kalangan rakyat tempatan sebagai “Jalan Ladang”… ahli Parlimen kami, YB Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Toyad memang tak boleh diharap… nasib baik kami tak undi dia semasa PRU12 Mac lepas… oleh yang demikian, kami mohon DSAI datang ke Mukah dan tengok sendiri dulu keadaan jalan yang dimaksudkan… kemudian nanti, insyaALLAH ia dapat dijadikan modal DSAI untuk berbahas di Parlimen… sesuai sangat, kerana Sabah/Sarawak sekarang DSAI yang jaga…
Terima kasih DSAI kerana dapat menghidupkan PKR di Sarawak!!!
HIDUP DSAI!!!
HIDUP PKR!!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!
Reply
Engle was landed…
Do you realized Dr. Zaliha Mustafa is a women, please don’t mention about Malay,Chinese or Indian here. I am a Malay from Terengganu and I would like to share this prosperity country with all malaysian.
Our aim is to sink the arrogant BN government.
Reply
Salam buat semua………………
Semoga Allah mencurahkan Rahmatnya buat kita semua terutama para pemimpin Islam kita yang kian Alpa.
Apa nak jadi dengan kita semua….. tidakkah kita merasa gentar dan takut akan kemurkaan Allah S.A.W? Sudahlah patung sebesar-besar alam kita benarkan dibena di Bt.Caves (subhanallah janganlah kita dilaknat Allah), ini pula timbul kes terbaru permohonan Lina Joy (Azlina Johari) dan Dato’ Azhar Mansor yang membuat permohonan murtad telah diluluskan (menang dimahkamah). ‘Pertubuhan Melayu Kristian’ (IFC) telah diluluskan.
Allah Huakbar, Allah Maha Besar.
Betapa pemimpin kita telah semakin kalut dan menjadi takut lalu terlampau jahil untuk menilai, lantas mengambil sebarag tindakan dan hukuman setimpal keatas semua kekurangan dan kepincangan ini. Soalnya mengapa kita semua jadi begini? Tidak takutkah dengan hukuman dan balasan Allah keatas kita semua nanti lantaran kealpaan dan kelemahan kita sendiri?
Subhanallah Allah Maha Besar lagi Kaya. Kenapa jadi begini wahai pemimpin ISLAM SEMUA?
Kembalilah keazali kita…. bukalah mata, bukalah minda, dimana kewajipan kita sebagai penegak agama dibumi Allah ini? Janganlah kita terlampau leka dengan kekayaan, kemewahan, pangkat yang sementara, tetapi kewajipan besar kita terhadap Allah sebagai ‘Khalifah” penegak dan pejuang agama, kita sisihkan. Andai dilaknat dan dimurkai Allah kalianlah (pemimpin besar) yang akan disoal terlebih dahulu di ‘Padang Mahsyar’ kelak. Hebatkah kita menerima azab kubur? tertahankah kita berdiri kehausan dan kepanasan di Padang Mahsyar nanti? selesakah kita meniti 3 ribu tahun perjalanan Titian Siratulmustakim nanti? tertahankah kita menahan api nuraka jahannam sehingga jasad menjadi debu?
Kembalilah wahai pemimpin ku. Masih belum terlambat untuk kita semua melihat dan memperbetulkan segala kemurkaan ini. Demi Allah……… andai kami yang disoal disana nanti, kalianlah yang bakal kami persalahkan, kerna ada apa pada kami? hanya manusia kecil cuma mampu bersuara tapi tidak mampu melaksana melainkan kalian pemimpin besar Jaksa segala. Kami tetap dibelakang kalian andai lurus jalan yang benar…. kami sisih kalian andai melencong laluan ‘Pemimpin Besar’. Kembalilah laksanakan mulai hari ini, jangan bertangguh dan jangan takut demi menegakkan agama Allah, ingat ‘Kunfayakun’……. kalau aku katakan jadi…jadilah ia. Nafas kita akan terhenti bila-bila masa. Demi kita dan generasi mendatang bantulah agama Allah ini…… Kewajiban kami telah kami laksanakan dan kami menuntut kewajiban kamu ‘Pemimpin Besar’. Kembalilah kita semua kejalan Allah…. marilah kita tegakkan kembali segala yang telah condong.
Moga kita semua dirahmati dan dilindungi dari Kemurkaan Allah.
“Astarfirullah hallazim, allazi laillahhaillah huwalhaiyulkaiyum muatubuilai”.
http://www.myIslamnetwork.net
BANTAHAN!!!!!! 1juta petisyen IFC akan dibubarkan.
Sebarkan wahai hamba Allah.
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 1:11 am
setuju dan sokong 100%
Reply
? Reply:
December 31st, 2008 at 9:23 pm
Cuma nak mntak dr BERKECUALI, ada ke bukti visual Dato’ Azhar Mansor(DAM) mengaku murtad @pn transkrip dokumen mmbuktikan perkara tu? Sypn berkecuali cuma dh tgok sidang akhbar DAM tak mengaku dia murtad, dulupn sy terima je fakta ni tp skrg rasa bersalah plak sbb cuma dengar ckp2 org je. Jd mintak tolong ye sapa2 yg ada kesahihan itu, termasuk le tntg DS Musa Hitam. TQ
http://www.youtube.com/watch?v=uuCENjGtzjw
Reply
1- Mengapa mesti DAP menentang keras tentang perlaksanaan HUDUD. Ianya adalah kewajiban setiap muslim. Perlaksanaan HUDUD adalah terhadap pesalah dalam kalangan muslim. Orang bukan islam boleh terus mengamalkan undang-undang sivil.
2- Perlaksanaan PPSMI mesti di mansuhkan di peringkat dasar. Namun ia boleh terus dilaksanakan sebagai pilihan kelas-kelas tambahan. Jika ingin peningkatan penguasaan B.I, kerajaan boleh menambah baik subjek B.I dari segala aspek, jika ada mata pelajaran lain yang perlu di ajar dalam B.M, saya tidak kisah jika mata pelajaran itu adalah mata pelajaran sejarah atau sebagainya tapi bukan Sains & Matematik.
Selamat Berjuang Dato’ Seri !
Reply
1- Mengapa mesti DAP dan orang bukan islam menentang keras tentang perlaksanaan sistem HUDUD. Ianya adalah kewajiban setiap muslim sama seperti kewajiban bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan Haji. Perlaksanaan HUDUD adalah terhadap pesalah-pesalah dalam kalangan muslim di Malaysia. Orang bukan islam boleh terus mengamalkan undang-undang sivil jika mereka berdegil untuk terus menentang kepada HUDUD. Mereka mesti melihat kebaikan undang-undang jenayah Islam (hudud, qisas, ta’zir dan sebagainya) sebagaimana mereka telah melihat kebaikan sistem kewangan Islam. Kita bertanggungjawab menjelaskan kepada mereka agar mereka faham, bukan sebaliknya dengan mengabaikan serta membelakangkan perintah Allah S.W.T.
2- Perlaksanaan PPSMI mesti di mansuhkan di peringkat dasar. Namun ia boleh terus dilaksanakan sebagai pilihan kelas-kelas tambahan. Jika ingin peningkatan penguasaan B.I, kerajaan boleh menambah baik subjek B.I dari segala aspek, jika ada mata pelajaran lain yang perlu di ajar dalam B.I, saya tidak kisah jika mata pelajaran itu adalah mata pelajaran sejarah atau sebagainya, tapi bukan Sains & Matematik.
Selamat Berjuang Dato’ Seri !
Reply
kublai khan Reply:
December 24th, 2008 at 11:46 pm
Sejarah dalam bahasa Inggeris???? jangan buat gila disini!! tahukah U sejarah negara berpaksikan penentangan terhadap Inggeris sudikah kita menbaca sejarah Mat kilau,Datuk Bahaman, tok sagor, dan ramai lagi pejuang penentang dalam bahasa inggeris??? Mr.Mat Kilau, Sir Bahaman, grandfather sagor, mereka halau inggeris kini kita mahu sejarah mereka dalam bahasa inggeri??
kalau kita mendalami coretan Pak Sako bahasa melayu ini cukup sayu didengar jika di senikan,tapi amat malang UMNO meruntuhkan mimbar bahasa kita.
Reply
gengis khan Reply:
December 26th, 2008 at 8:28 pm
Saya sekodi dengan saudara kublai khan, kalau betul UMNO nak pahatkan bahasa Inggeris pada umat melayu dia kena mulakan dulu dengan ” UMNO persidangan bulan Mac 09 nanti mengunakan bahasa Inggeris sepenuhnya” gua cabar sama UMNO.
Reply
kritis Reply:
December 26th, 2008 at 1:41 am
1. bila mana sesebuah negara diperintah oleh orang Islam, maka segala peraturan dan undang-undang yang digunakan berlandaskan berdasarkan kepada Islam. maka semua rakyat yang berada di dalam negara tersebut akan tertakluk dalam peraturan dan hukum tersebut walaupun berlainan agama. ini baru dikatakan adil.
persoalannya, sekirannya dua orang melakukan kesalahan yang sama, contohnya mencuri, adakah adil orang Islam akan dihukum potong tangan sedangkan orang bukan Islam hanya dikenakan denda sahaja?
2. penggunaan pelbagai bahasa adalah baik kepada semua pihak, namun demikian penggunaan bahasa Malaysia dalam semua subjek adalah lebih baik! memandangkan majoriti negara kita menggunakan bahasa malaysia, maka adalah sepatutnya kerajaan mengambil tindakan untuk mentafsirkan semua bahan ilmiah bahasa asing kedalam bahasa malaysia!
negara Iran, jepun, german, rusia dan barat maju adalah disebabkan mereka menggunakan bahasa masing-masing. dengan menggunakan bahasa rasmi negara, maka mudah lah setiap rakyat malaysia memahami segala bentuk dan cabang ilmu dengan mudah
Reply
haniff AMK PONTIAN JOHOR Reply:
December 27th, 2008 at 4:42 am
Tu hukum Hudud hukum Allah. kritis x layak nak pertikai. fikir guna otak. potong tangan bukan suka2. tgk kesalahan juga. potong tangan muslim saja la. potong tangan orang bukan muslim jika dia mencuri harta orang muslim. kalau muslim mencuri harta org bukan muslim pula, terserah kepada yang mendakwa la nak guna hukum hudud atau nak guna hukum civil.
Lagi satu nak bgtau, kalau orang curi harta hang pastu ketuk kepala sume hang mesti marah. kalau hang dapat, bukan potong tangan je, mau kepala skali hang nak potong kan?
jgn la berfikir seperti pencuri yang takut tangan nak kene potong. fikir la nasib seperti orang yang kene curi tu. ke hang ni pencuri?
Reply
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pakatan rakyat yang telah berjaya menafikan 2/3 kemenanganyang ingin dicapai oleh UMNO.Kemenangan yang besar yang diperolehi oleh pakatan rakyat telah membuka mata dan minda bagi rakyat khusus bahawa segala-galanya boleh berubah dan tiada yang kekal dan teguh.Disebabkan pengaruh dan gelombang pakatan rakyat yang semakin kuat ramai rakyat telah beralih arah dan menolak kepimpinan UMNO (kerajaan) kerana disebabkan terlalu banyak masalah (masalah dalaman) yang terpaksa ditanggung dandirasai oleh semua rakyat malaysia………
Oleh itu,setiap pemimpin dalam Pakatan Rakyat hendaklah buktikan kewibawaan dan kemampuan dengan kemenangan yang dicapai,jadikan kemenangan menakluk 5 buah negeri dijadikan landasan untuk untuk buktikan kepada UMNO bahawa Pakatan Rakyat juga mampu mentadbir negeri serta kerajaan kelak..InsyaAllah
Reply
Sdr. Syam and all,
Dr. Zaliha tu wanita. Dia sebelum ini ketua Wanita PKR Johor yang tiada AJK langsung. Dari Ketua sampai AJK wanita semua dia. Atas kepakaran dia membodek, dia menjadi Ketua Perhubungan Johor. Setakat ini sudah ada beberapa perjumpaan semua ‘orang kuat Johor’.
Kerajaan Pasir berdengung ( KPB ) yang terkenal di PKR Johor berjaya mempengaruhi pimpinan PKR Pusat.
1. Tiada satu pun wanitan bahagian tertubuh kecuali Gelang patah sahaja sejak Dr. Zaliha memegang PPNJ terdahulu dan Ketua Wanita sekarang.
2. Dr. Ahmad Fadli dipelekehkan oleh Dr. Zaliha di Pusat. Sedangkan Dr. Z masih berhutang dgn Hotel di skudai atas kehadiran DSAI dahulu.
3. Dr Zaliha mewawarkan beliau membelanjakan RM 70K semasa PRU lepas sedangkan semuanya adalah sponser. Dan Dr. Ahmad Fadhi adalah salah seorang penyumbangnya.
4. PAS istiharkan tiada kerja sama jika Dr. Zaliha menjadi PPNJ.
5. Beberapa Exco AMK Johor telah bersedia dengan surat letak jawatannya.
6. Dr. Zaliha telah memberitahu orang kanannya seperti Rosli dan Jalil bahawa beliau telah dipilih PPNJ sebelum Prsiden menumukannya.
7. Satu memorendem bantahan telah disediakan ditandatangani oleh sebagagian besar pegawai negeri dan ketua bahagian.
8. Dr. Zaliha telah memberitahu semasa kursus pilihanraya bahawa belaiu dalah menteri besar wanita pertama di malaysia di khlayak ramai semasa berucap.
9. DSAI dianggap baling batu sembunyi tangan apabila menyatakan keputusan itu keputusan mesyuarat dan Datuk Seri Wan Azizah hanya ’saign’ tanya menyelidik terlebih dahulu perlantikkan PPNJ.
10. Sehingga hari ini tiada seorang pun ketua bahagian, ketua AMK bahagian, pegawai negeri, ahli wanita mengucapkan tahniah kepada Dr. Zaliha diatas perlantikkan itu. Malah kemarahan berlaku diseluruh Johor termasuk ayam tambatannya Srd Nazri yang baru dilantik S/U AMK Gelang Patah terus ke AMK S/U Negeri semasa Srd Jalil menjadi Ketua AMK.
11. Sdr. Nazri sendiri menganjurkan mesyuarat tergempar menandakan bantahan tersebut
Reply
Muslims do respect Jesus as a Messiah and born special.
So on Christmas Day…I wish all muslims…good health and peace in mind….ad a happy 2009.
The late Arafat never failed to attend church on Christmas day.
I am a Buddhist and do love Jesus sermons…and parables.
Reply
“Amerika baru sekarang melantik Obama yang datang dari bangsa yang menjadi hamba sedangkan Islam seribu tahun dulu sudah pun mengangkat golongan hamba menjadi pemimpin” Haji Hadi
there is no such thing as ketuanan melayu or any races in islam
[Reply]
Reply
kublai khan Reply:
December 26th, 2008 at 8:22 pm
Saya setuju tulisan saya yang lepas juga ada megatakan kumungkinan bangala atau Indon akan Jadi PM kat malaysia ni.dalam dunia ini segalanya mungkin.
Reply
ultraman tiga Reply:
December 30th, 2008 at 12:30 am
Cakap memang sedap. Tapi tak perasan ke kaum lain tak pernahnya nak bagi sokongan kat org Melayu. Macam mana melayu nak hidup. Melayu bukak kedai rucit, cina india tak nak datang walaupun depan rumah. Melayu bukak apa bisnes pun cina india tak datang beli. Macam mana org melayu nak survive macam ni. So, yang kita nak pertahankan sebenarnya bukanlah “ketuanan melayu” seperti yg dilaung2kan oleh sibongok-sibongok pemimpin UMNO tu. Yang kita nak pertahankan ialah “dominasi Melayu” demi menyelamatkan orang melayu dari mati sumber ekonomi mereka akibat dari boikot secara senyap kaum2 lain tu. Sebab itulah “dominasi melayu” tersnagat penting.Untuk pastikan “dominasi Melayu” berkekalan, orang melayu kena bersatu. UMNO adalah paltform sedia ada, dah memang ada kuasa. Gunakan jelah. Tolak pemimpin2 haprak dalam UMNO, dari dalam, bukan dari luar!!
Reply
gengis khan Reply:
December 31st, 2008 at 1:50 am
Melayu tiada bakat berniaga kerana UMNO, berniaga ni kena ada bakat bukan terus berniaga cina berniaga sejak berkurun yang lampau sebab itu nabi bersabda “tuntut lah ilmu sehingga ke negeri cina” melayu berniaga Buluh kasap dapat pangkal hujun lesap. kalau aku nak kupas pasal melayu berniaga seribu satu malam pun tak selesai.
UMNO ni macam rumah yang dah reput u tukar rabung, atau jendela pun tak ada makna u tupang macam mana pun pasti rebah sembah bumi satu hari nanti cuma masa sahaja yang menentukan. oleh itu you cari aja rumah lain demi keselamatan keluarga U.
Reply
Salam Reformasi Dato’ Seri,
Semoga seluruh keluarga DSAI dan DSWA sentiasa berada di dalam perlindungan ALLAH S.W.T.
Saya salah seorang AJK AMK Bahagian yang selalu mengikuti Mesyuarat AMK Negeri Selangor yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI).
Apa yang saya dapati melalui kebanyakan Mesyuarat AMK Negeri Selangor dijalankan, rata2 Exco AMK Selangor amat tidak berpuashati dengan prestasi TSKI selaku Peng. Pehubungan Negeri S’sor PPNS. Ini bukan sahaja berlaku dalam AMK Selangor tetapi pada bulan Jun’08 lalu, ramai Ketua2 Bahagian PKR di Selangor telah menyatakan rasa ketidakpuashatian mereka beramai2 di depan Istana TSKI di Shah Alam. TSKI memang diakui seorang yang kaya raya sebelum dilantik sebagai PPNS. Bermakna dan sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau tidak pernah ambil tahu bagaimana sengsaranya orang2 kuat Parti termasuk Ketua Bahagian/Ketua AMK Bahagian/Ketua Wanita Bahagian untuk menggerakkan Parti KeADILan Rakyat di seluruh pelusuk negeri Selangor yg telah dimenangi oleh PKR di 15 kws DUN.
Sudah menjadi tanggungjawab PPNS agar dapat turun ke setiap 22 Bahagian di seluruh negeri untuk mengetahui masalah2 ahli parti akar umbi dlm menggerakkan Parti, mengembangkan parti dan seterusnya mengukuhkan parti. Apa yang telah TSKI buat selama ini semenjak Mac08 sehingga Dis08 kepada PKR hanyalah boleh dikatakan setakat 10% sahaja, lagi 90% hanya sibuk menguruskan Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Memang kita akui tugas sbg MB Selangor amat sibuk. Sehingga menyerahkan pengurusan DUN Ijok 100% kepada S/U Bahagian/Pegawai Khas/Penyelaras DUN Ijok iaitu Sdr Zapri Miskon. Seolah2 Zapri ni ADUN di Ijok. Kata2 ini sudah selalu berlegar dan bersambung2 dimulut2 pendokong parti di peringkat Bahagian mahupun di peringkat JDM/Cawangan.
Jika dinilai prestasi TSKI untuk menerajui PKR S’gor, memang dilihat tidak layak dan bersungguh2. Buktinya, beliau masih tidak dapat mengenali dengan jelas dan mengingati nama AJK2 di Bahagian Kuala Selangor sendiri. Kalau nak ditanya nama2 kesemua nama Ketua2 Bahagian pun beliau masih terkial2 untuk mengingati. Ini belum lagi Ketua2 AMK Bahagian2 dan Ketua2 Wanita Bahagian. Ilmu Politik beliau untuk menarajui PKR Selangor pun masih belum lulus, inikan pula hendak menjaga 2 Perhubungan Negeri??????? Alamat ghulbul gyuyublah negeri Pakatan Rakyat di bawah PKR pada PRU13 akan datang!!!!
Saya dan mungkin beribu2 ahli PKR yg berada di negeri Selangor ini amat tidak menyenangi TSKI sebagai MB S’gor inikan lagi sbg PPNS???? Diberi pula jawatan PPNWP?????
Telah banyak sangat rungutan2 yg terkeluar sendiri dari mulut Ketua AMK Selangor,Sdr Jonah,Ketua Penerangan AMK Selangor, Sdr Mazli, Termasuk juga Ketua AMK Kuala Selangor,Bhagian TSKI sendiri, Sdr Faizal mengenai kelemahan2 keputusan dalam menjalankan tugas sbg MB dan Ketua PKR Sgor (PPNS. Sehingga suatu malam semasa TSKI bermesyuarat di Bahagian Kuala Selangor, Sdr Mazli selaku Ketua Penerangan AMK Selangor dan disertai oleh beberapa Ketua2 AMK Bahagian yg lain telah menyerahkan sepucuk surat kepada beliau sebelum Kongres di Shah Alam 2008 untuk mengadakan Perjumpaan Tertutup antara AMK Selangor dgn MB/PPNS. Tetapi seperti biasa, TSKI hanya berjanji untuk berjumpa selepas Kongres tetapi sehingga sekarang masih tidak ditunaikan.
Apakah ini ciri2 sebagai seorang PPNS? Difahamkan, Ketua2 AMK Bahagian di Selangor akan mengadakan PC dalam bulan Januari09 nanti untuk mendesak TSKI lebih bersikap adil kepada ahli2 PKR dan jika tuntutan ini tidak dituruti. Maka merka akan mengadakan Deomnstrasi untuk TSKI meletak Jawatan sebagai MB Selangor!!!!! Ini sudah melampau Dato Seri… Pemuda2 Bahagian sudah tidak percaya kepada PPNS/MB sendiri????
TSKI ni orang dah kaya raya dan baru 2 tahun masuk politik. Beliau tidak tahu dan tidak pernah mengharungi kesusahan2 dan perit jerih anak2 muda dari zaman reformasi 1988 dulu semasa Dato Seri dipecat dari Kerajaan, dipecat dari UMNO, ditangkap pd 20 Sept’98 sehingga di penjara hingga 2004. Apa yg TSKI buat waktu itu???? dibandingkan dengan pengorbanan anak2 muda zaman reformasi masa tu…dibuang kerja, bercerai berai dan macam2 lagi. TSKI buat apa? Mungkin Buat BODOH je!!!!!!
Maka menjadi kewajipan Dato Seri untuk menimbangkan dan meneliti perkara ini. Saya dan rakan2 yakin DSAI mampu untuk merubah agar kerjaan PR tidak akan dirampas oleh UMNO pada PRU13 nanti. Saya bimbang bukan UMNO yg akan menumbangkan PKR tapi org2 PKR sendiri akan menumbangkannya sendiri.Exco2 negeri pula sudah semakin sombong dan malu untuk memakai baju Parti semasa melawat2 kawasan dan program2 Parti.
Wallahualam….
Wassalam
Reply
Pada pandangan saya, ada beberapa perkara yang tidak kena….disini…
DSAI lebih arif, tapi …
Reply
pada hemat saya, sesiapa sahaja yang memerintah tidak menjadi masalah, asalkan org tersebut pandai mengambil hati rakyat dan faham kehendak rakyat. apa yang saya nampak situasi didalam PKR sebenarnya amat baik, cuma dari segi kematangan politik dan ciri-ciri kepimpinan amat kurang, bukan senag nak jadi pemimpin sesebuah negeri,sblm menang boleh menjanjikan mcm2…selepas menang mcm-mcm perkara yang perlu diteliti.kita perlukan pemimpin yang matang untuk memimpin, bukan memilih pemimpin hanya disebabkan namanya sudah terkenal.situasi ini yang kita nampak sekarang di selangor,mereka ada kelulusan, tetapi tiada kematangan dalam memimpin dan membuat keputusan..
Reply
JADI KENAPA NGKO TAK MENGAMUK DEKAT BLOG CHE DET???BUKANKAH DIA RAJA YANG MELETAKKAN KEPENTINGAN BAHASA MELAYU INI SERENDAH-RENDAHNYA..BILA DBP DAN PAKAR BAHASA TETAP MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MELAYU DIA KOMPLEN DAN TETAP NAK SEBUT BAHASA MALAYSIA, BILA KEBANYAKAN MELAYU TAK SETUJU SAINS DAN MATH AJAR DALAM BI DIA JADI HERO MEREALISASIKANNYA..BAGUSLAH IDOLA BADIGOL KO BUAT MCM TU.!!!CUBA BUKA BLOG DIA TENTANG ARTIKEL DIA TULIS SAINS DAN MATHS PATUT DIAJAR DLM BI, SEMUA PENGUNJUNG BELIAU MENGANGUK JE DAN BERSETUJU 100%..
Reply
ultraman tiga Reply:
December 31st, 2008 at 1:53 am
Memang patut pun. Sebab tulah aku mengangguk dan bersetuju. Bukan yes man tapi kalau dah memang betul..nak buat camna lagi.
Silapnya bukan dekat TDM. Niat dan hasrat dia baik. Cuma perlaksanaan yang dibuat oleh Kementerian paling haprak dalam dunia iaitu Kementerian Pendidikan yg tak kena. Kalau nak guna BI pun biarlah berpada2. Contohnya, bagilah soalan Sains untuk bebudak darjah 4 jawab dalam bentuk objektif. Ini tidak, depa suruh bebudak tu jawab dalam bentuk penulisan macam Format Form 5. Itu aku anggap macam sengaja nak sabotaj perlaksanaannya aja. Dan banyak lagi contoh yg aku rasa ada org sengaja nak sabotaj kejayaan perlaksanaannya.
Reply
SAYA SEBAGAI ORANG BUKAN MELAYU AMAT TERKILAN KERANA SEMUA ORANG MELAYU, INI KAH YANG DIJANJIKAN OLEH DATO SERI, KENAPA TIADA BANGSA LAIN, SELAMA INI PKR DISOKONG OLEH ORANG INDIA DAN CINA,,,, MACAMANA INI DSAI… SAYA RASA SAYA DAN PENGIKUT AKAN KELUAR PARTI SEKARANG JUGAK
Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:
1. Pahang – Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang – YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan – YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak – YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah – YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan – YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis – Encik Johari bin Shafie
9. Melaka – Encik Khalid Jaafar
10. Johor – Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak – Encik Osman Abdul Rahman
12. Terengganu – Encik Wan Rahim bin Wan Hamzah
Reply
ultraman tiga Reply:
December 31st, 2008 at 2:01 am
Jadinya jelaslah sudah kepada kita bahawa PKR adalah parti Melayu. Selama ni aku musykil jugak,PKR ni parti pelbagai kaum ke bukan.
Reply
APA KE JADAHNYA LANTIK WAN RAHIM YG BARU SETAHUN JAGUNG DALAM PKR SELAKU PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI TERENGGANU. SEDANGKAN RAMAI LAGI PEMIMPIN-PEMIMPIN LAMA YG HEBAT DAN BERWIBAWA DAN BERJUANG SEJAK DARI AWAL PENUBUHAN PKR LAGI. WAN RAHIM LANGSUNG TIDAK BERWIBAWA DAN PELANTIKKANNYA TIDAK MENDAPAT SOKONGAN DARI AKAR UMBI.
SEPATUTNYA DSAI MENDENGAR DULU PANDANGAN DARI AKAR UMBI SEBELUM MEMBUAT PELANTIKKAN, BUKANNYA DENGAR PANDANGAN DARI DUA TIGA PUAK SAJA. PKR T’GANU AKAN PARAH DGN PELANTIKKAN WAN RAHIM YG HANYA PANDAI BERCAKAP TP TAK RETI PASAL MENGURUSKAN SEBUAH ORGANISASI PARTI SPT PKR T’GANU.
Reply
kongres sudah, rombakan pun sudah tapi pendaftaran keahlian terbengkalai…dari april aku hantar borang sorang pun tak approve lagi…apa aku nak cakap bila anak buah semua tanya??
pimpinan mesti sensitif isu ini.Jangan biar kami pimpinan bawah tersepit & terhimpit.
kalau pusat tak mampu lakukan, biar aku yg lakukan sendiri pendaftaran & pengesahan keahlian.
free of charge!!siap sistem baru lagi utk kemas kini pendaftaran. ada berani??
Reply
Sekretariat Pusat Reply:
December 31st, 2008 at 7:37 pm
Senang sahaja penyelesaian sdr L. Beritahu Sekretariat Pusat nama dan tarikh borang dihantar dan kapada siapa dihantar.
Reply