30
Nov
08

PKR bertegas kembalikan kuasa raja

Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman

Mengembalikan semula kekebalan Raja-raja Melayu bukan bermaksud institusi itu berkuasa mutlak, sebaliknya mengukuhkan lagi konsep Raja Berperlembagaan, kata penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Konsepnya bukan kuasa mutlak seperti mana kuasa sistem kerajaan beraja yang pernah wujud. Negara ini telah memilih (sistem) Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen.

“Maknanya, Raja yang tunduk kepada prinsip perlembagaan dan undang-undang, tetapi kemuliaan dan darjat Raja-raja harus dipelihara,” katanya ketika menyampaikan ucapan di penghujung kongres nasional kelima PKR petang tadi.

“Maka, sebab itulah kekebalan harus diberikan semula, (dalam bentuk) terikat dengan perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan.”

Beliau membuat penjelasan itu sebagai susulan kenyataan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam yang ringkas dan, akibatnya, mengundang bermacam-macam pandangan, termasuk kritikan.

Dalam ucapan dasarnya, bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata:

“Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa.”

Mengulas isu itu, dengan merujuk pindaan perlembagaan pada 1983 dan 1993, Anwar berkata:

“Apa yang dilakukan dulu (oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) adalah satu keterlanjuran.

“Yang dihebahkan (kepada umum), kuasa raja dikembalikan kepada kuasa rakyat. Yang (sebenarnya) berlaku, kuasa Raja pulang kepada perdana menteri. Maka kita harus betulkan.”

Konsep kekebalan Raja-raja, tambah Anwar, turut diamalkan di negara-negara yang mengamalkan sistem republik seperti Amerika Syarikat yang memberikan status seumpama itu kepada presidennya.

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata, pakar undang-undang PKR akan meneliti bagaimana isu kekebalan Raja-raja boleh diketengahkan supaya tidak berlaku ketegangan antara istana dan eksekutif.

“Kita jelaskan, kita menerima prinsip kekebalan (Raja) yang tertakluk kepada prinsip perlembagaan,” katanya di hadapan kira-kira seribu perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Sementara itu, mengulas bakal calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu, Anwar berkata, perkara itu akan dibawa dalam rundingan bersama ketiga-tiga parti gabungan itu.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan penyertaan PAS di kawasan itu dalam pilihanraya umum lalu, PKR akan akur dan memberikan sokongan padu sekiranya calon PAS dipilih.

Kerusi parlimen itu kosong selepas penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia kelmarin.

Allahyarham selama dua penggal menguasai kerusi itu menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti tipis, 628 undi.


8 Responses to “PKR bertegas kembalikan kuasa raja”


  1. 1 angkasawan nasa Dec 1st, 2008 at 12:07 am

    Sebenarnya saya agak keberatan untuk subutkan isu ini, tetapi bersandarkan sebagai rakyat jelata, patik pacal! ini berasa terpangil untuk bualkan isu “kuasa raja” umat melayu mula beraja semenjak zaman Kerajaan Ganga Sri Negara dan zaman kesultanan Melaka sehingga kehari ini rakyat bernaung di bawah baginda sultan dan raja Konsep beraja perlu di perkukuhkan supaya ianya dilihat berada di kedudukan yang kukuh,jika raja boleh di heret kemakamah dan mungkin di penjara maka dimana ketuanan melayu yang di canang oleh UMNO?????? . Jika kita melihat secara halus Raja dan Sultan adalah suatu yang harus di berada di kedudukan yang sepatutnya, Raja perlu ada Makamahnya sendiri serta lembaga penasihatnya secara dalaman isu berbangkit perlu di usai oleh lembaga tersebut jika da sebarang tuntutan atau sebagainya. TDM telah memalukan seluruh umat melayu apa bila kekebalan raja raja dilucutkan pada tahun 1983 dan hiliran itu satu ‘balong’ ketuanan melayu di lupuskan oleh TDM. Cebisan dari itu satu nilai ketuanan melayu telah musnah angkara TDM dan kuncu kuncu nya. Kita tidak menolak bahawa yang bersalah tetap bersalah tetapi kita melihat dari sudut Pelembagaan itu sendiri meletakan bahawa Raja dan Sultan berada diatas Pelembagaan jika Raja dan Sultan boleh di Persendakan atau di kotak katikan ini akan memusnahkan sistem yang kita pegang selama ini! jika Raja dan Sultan sudah berada didalam kebanyakan ini bermakna Simbol ketuanan melayu telah musnah sama sekali, dalam soal ini dimana sang hero UMNO yang selalu menjeritkan Ketuanan Melayu?? Mana Pemuda UMNO dalam soal ini , atau pada mereka ada raja yang kebal dan ada raja yang tidak kebal??? ini menbuat rakyat berasa hampa dengan sikap bermuka muka Pemuda UMNO dalam isu ini.Jika raja dan sultan boleh ampunkan pesalah penjara atau ampunkan seseorang dari tali gantung pada hari keputraan baginda tetapi dalam masa yang sama baginda juga berada atau pernah di Makamah dan akan di penjara atau di denda dan sebagainya maka dimana kah logiknya Raja berlembagaan yang kita junjung selama ini??? . Perkara ini perlu dilihat secara dalam supaya nilai nilai keberajaan itu tidak di lihat agak terlalu kebawahan sehingga boleh di persendakan atau bahan lawak ramai jika kita mahu Raja dan Sultan tetap Utuh kita perlu perbetulkan keadaan dan satu kajian semula keatas kekebalan Raja Raja serta kembalikan semula Kekebalan Raja Raja dalam bentuk baru dengan Harapan Baru supaya Sistem pelembagaan kita terus di junjung oleh rakyat.

    Reply

  2. 2 joe-kedah Dec 1st, 2008 at 12:45 am

    DSAI, yang dilakukan oleh Tun Mahathir dulu tu, beliau melihat raja-raja telah sewenang-wenangnya telah melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya dilakukan telah berlaku. Saya masih ingat lagi kes Prebet Adam mengamuk di Chow kit Road, yang mana telah membunuh seorang kakitangan Risda. kes ini diibaratkan seperti kes Hang Jebat mengamuk kerana kekandanya telah dihukum bunuh. Kalau dikaji balik, kes ini bolih diselesaikan didalam mesyuarat majlis Raja-raja, tetapi dalam keadaan sebegini, ada pula dikalangan rakyat atasan telah menggunakan kesempatan ini membuat road show keseluruh negara menjelaskan kepada rakyat bahawa kuasa raja-raja perlu dibuat pindaan dalam pelembagaan tubuh Tanah Melayu dan Malaysia. Kita semua ingatkan ikhlas, rupanya pelan ini digunakan untuk jadi diktator. Apabila DYMM seri paduka Baginda Yang DiPertuan Agong membuat keputusan dan tindakan atas nasihat Perdana menteri, maka secara otomatiknya kuasa penuh terletak ditangan Perdana Menteri. Sebab itu lah dikalangan raja-raja telah berbelah bahagi, tetapi DYMM tuanku tetap patuh kepada suara mejoriti. Apabila DSAI menyuarakan kes ini, perlu lah difikirkan semasak-masaknya tentang risikonya. Mungkin rakyat dulu lebih taat setia kepada rajanya, almaklum saja, raja diibaratkan payong mahkota tempat rakyat berteduh, khasnya orang-orang melayu dan rakyat seluruh am nya. apa pun, dengan keadaan yang berlaku sekarang, terlampau kucar kacir, penyalahgunaan kuasa berlaku begitu meluas, amat perlu kuasa itu dikembalikan semula kepada Raja-raja, terutamanya kekebalan raja-raja yang telah dilonggarkan itu diketatkan, jangan sama sekali dikalangan rakyat mempersendakan kredibiliti raja-raja dan idea sebegini mengembalikan semula kegemilangan institutsi kesultanan raja-raja Melayu. Syabas!

    Reply

  3. 3 ctmaimon Dec 1st, 2008 at 7:49 am

    Harapan Baru – Tahniah! atas kejayaan Kongres Nasional Tahunan ke-5 PKR 2008

    Reply

  4. 4 Jeffripower Dec 1st, 2008 at 5:06 pm

    Inilah permainan baru PKR setelah kegagalan 16 September. Mereka cuba mendapatkan perhatian raja-raja dalam mengejar cita-cita atau angan-angan mereka. Kenapa sekarang sibuk pula nak bertegas kembalikankuasa raja? Sebelum ni siapa yang lantang sangat mempertikaikan ketuanan Melayu dan perlembagaan?

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    No 4,

    Saya pertikaikan ketuanan Melayu dari sudut UMNO!! tetapi dalam masa yang sama saya menjunjung ketuanan Melayu baru dari sudut keberajaan baru bersama harapan baru.

    Reply

  5. 5 pemudaANTIcorruption Dec 2nd, 2008 at 4:05 pm

    salam,
    Pada pendapat saya, mengembalikan kuasa raja bukan diatas nama ketuanan melayu tetapi diatas kedaulatan raja-raja…raja adalah pemimpin yang ulung dan ketua dalam agama Islam. Jadi cita-cita PKR di dalam hal ini adalah mendaulatkan Raja bukan mendaulatkan melayu. TDM dahulu melenyapkan kekebalan raja adalah kerana nafsu dan ketamakan untuk memerintah, sehingga membelakangkan raja-raja. 16sept. bukanlah satu kegagalan tetapi satu titik puncak menguasai kerajaan.
    Saya yakin insyaAllah, PKR akan menguasai PutraJaya…AMIN.

    Reply

  6. 6 Wan Sulong Dec 6th, 2008 at 10:12 pm

    Kenapa tetiba soal ini kembali lg? bukankah mengembalikan kekebalan kepada raja2 mengembalikan negara ini ke zaman lampau?, berapa kerat lagi negara di dunia ini yg beraja pun? apakah survival sesuatu bangsa mesti terletak pada raja? tidakkah kita lupa kenapa Tun M menarik kekebalan Raja dahulu? ada ke manusia yg kebal? kebal dari hukum siapa? apakah PKR nak kembalikan negara ini kebelakang? harap dapat DSAI memikirkan masak2 perkara ini

    Reply

    kublai khan Reply:

    Wan Sulong!!

    u Sedarkah bahawa dalam Islam sejarah dan peranan Sultan dan Raja itu punya peranan penting dan ada kaitan dengan agama. jika bukan islam menolak sistem beraja itu adalah lumrah tetapi pada orang islam Raja dan Sultan yang baik dan bagus perlu di tatang demi islam itu sendiri. jika TDM nenolak sistem raja itu bermakna dia juga menolak Islam. Islam dan raja punya simbolik yang kukuh tiada tolok bandingnya, raja yang baik dan bagus bukan sahaja menjadi payong kepada rakyatnya bahkan kepada agamanya juga. manusia yang paling kebal bukan raja tetapi para peminpin tertinggi UMNO yang kebal dab bebal.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang: Dari TV Selangor Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak... http://bit.ly/ccPtBf
2 minutes ago
anwaribrahim: @nayeel Tahniah kpd semua, terharu dgn sambutan.Perhebat kegiatan- kempen keahlian! #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @mh3 Recording will be done later.But our friends need to focus on the issue #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @elizabethwong ProfAmatyaSen-glad to visit Selangor.Will follow up #fb
12 hours ago
anwaribrahim: @irrational cow Found lecture venue.Try "sacred cow"-deschooling society Ivan Illich #fb
12 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930