20
Nov
08

Pindah kes Anwar didengar 5 Feb

Dari Malaysiakini

Permohonan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen bagi mengekalkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah itu akan didengar pada 5 dan 6 Feb tahun depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam utama yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah bagi penangguhan kerana beliau perlu mengendalikan kes lain di Mahkamah Tinggi Komersial hari ini.

Anwar dikecualikan daripada menghadiri pendengaran itu.

Hakim Mohamad Zabidin memaklumkan bahawa tarikh perbicaraan hari ini ditetapkan tanpa merujuk pasukan pembelaan.

Timbalan kanan pendakwaraya Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden kemudian memohon tarikh awal bagi perbicaraan tetapi hakim berkata mahkamah hanya mempunyai kekosongan pada tahun depan kerana ia mempunyai banyak kes lain untuk diselesaikan.

Untuk mencepatkan perbicaraan, Mohamed mencadangkan pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis kepada mahkamah dan kepada pasukan pembelaan seminggu sebelum tarikh perbicaraan.

Sulaiman menjawab pihak pembelaan menghadapi kesulitan kerana pihak pendakwaan telah memfailkan untuk semakan serta rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Mohamad Zabidin berkata mahkamah akan mendengar semakan terlebih dahulu dan pendengaran rayuan akan bergantung kepada keputusan semakan itu.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000.

Pada 7 Nov, Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Pihak pembelaan mencabar kesahihan sijil pemindahan kes itu kerana Abdul Gani sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah susulan laporan yang dibuat oleh Anwar mendakwa Abdul Gani memalsukan keterangan dalam kejadian “mata lebam” Anwar semasa dalam tahanan polis pada 1998.

Pihak pendakwaan memfailkan permohonan bagi semakan dan juga rayuan terhadap keputusan itu atas alasan Abdul Gani hanya menjalankan tugas pentadbirannya dan bukannya tugas kehakiman atau separa kehakiman semasa menandatangani sijil itu.


16 Responses to “Pindah kes Anwar didengar 5 Feb”


  1. 1 Zara Nov 20th, 2008 at 8:25 pm

    Boleh percaya ke cakap razak baginda ni! (rujuk sidang akhbar).

    gendut Reply:

    Statment balas budi….

    gendut Reply:

    bila mau start daaa…

    layman Reply:

    Salam.

    Pelik dan meragukan komen Razak baginda.

    Sepatutnya Razak baginda neutral terhadap perkara tersebut dan biarlah najib masuk makhamah dahulu, barulah tau salah ker tidak.

    Dia pandai-pandai cakap najib tak terlibat, bererti dia tau siapa yang terlibat. Betul tak??

    Razak baginda dah bebas sebaik-baiknya jangan komen apa2, jangan masuk campur dan duduk diam2. Nanti kena cekup balik!!!

    Mohd Nizar Ahmad Reply:

    Jangan percaya lah cakap RAZAK MONGOLIA tu. Dia dah lepas selama-lamanya sebab Pendakwaray berkeputusan untuk tidak merayu. Jadi sebagai balasan, RAZAK MONGOLIA kenalah bersihkan nama NAJIB MONGOLIA. Dah dasar MONGOLIA !

    NAJIB MONGOLIA tu saudara mara saya juga. Tapi saya tak akan halalkan kemungkaran semata-mata kerana NAJIB MONGOLIA tu suku-sakat saya !!!!! Ada penyokong NAJIB MONGOLIA kat luar sana yang nak sanggah saya dalam perkara ini ????

    MNA

  2. 2 ismail Nov 20th, 2008 at 10:54 pm

    ASSALAMUALAIKUM DSAI,DTGNAA,SAUDARAKU SEISLAM DAN SALAMSEJAHTERA SAHABATKU RAKYAT MALAYSIA,ALHAMDULILAH,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR!YA ALLAH!KAU SELAMATKANLAH PARA PEMIMPIN YANG ADIL DAN MEMBELA RAKYAT DAN KAU BERILAH PERINGATAN YANG BERAT TERHADAP PEMIMPIN2 YANG TAMAK,SOMBONG,ZALIM DAN BERTOPENGKAN ISLAM,AMIN YA RABBAL ALAMIN.

    Mohd Nizar Ahmad Reply:

    Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 3, YA Dato’ Mohd Zabidin merupakan antara hakim yang terkenal dengan ke”bengis”an dan ketegasan beliau. Beliau juga sangat punctual.

    Tetapi, daripada laporan yang saya baca, YA Hakim banyak bertolak ansur dalam kes DSAI. Sbg contoh, beliau membenarkan DSAI tak perlu hadir dalam “hearing” seterusnya pada 5 Februari 2009. YA Hakim juga bersetuju dengan hujah-hujah peguambela DSAI bahawa kes rayuan perlu ditangguhkan kerana tidak diberikan notis secukupnya.

    Semua ini satu perkembangan yang unusual, tetapi baik. Saya harap lebih ramai Yang Arif - Yang Arif Hakim berani membuat keputusan “without fear or favour”……….

    Kita mesti ingat, DSAI bukannya takut nak pi High Court, tetapi tidak yakin dapat keadilan di situ. Pengalaman terdahulu mengajar segala-galanya. Kalau terkena kat batang hidung kita sendiri pun, kita pasti akan buat apa yang DSAI lakukan - lawan habis-habisan dan make sure battleground fair to us also.

    MNA - “Lawan Tetap Lawan”

  3. 3 CUCU TOK KEDU Nov 20th, 2008 at 11:34 pm

    Bila negara dipimpin oleh mereka yang rakus mengaut kuasa dan harta, maka akan bercelarulah segala pentadbiran dan perundangannya. Demikianlah di Malaysia ini. Rakyat menjadi teraba-raba sedang pemerintah terus mengaut laba!

  4. 4 ANAK MALAYSIA Nov 21st, 2008 at 1:10 am

    jangan bimbang SDR DSAI…JADIKAN DRAMA INDONESIA YANG BERTAJUK “TAUBAT” SEBG RUJUKAN BAGI MENGHADAPI RINTANGAN DALAM HIDUP.

  5. 5 bullet Nov 21st, 2008 at 8:48 am

    salam DSAI n Bloggers,

    kes bunuh dgn kejam pendakwaraya tak nak appeal, kes liwat yg satu malaya dah tahu kebenarannya merayu tak abih-abih…..BERAPA KALI RAYU DA…..

    p/s: syabas madam komathy, ppl of MALAYisa appreciate u very much :Thumb up:

  6. 6 jihad Nov 21st, 2008 at 10:29 am

    saya tk percaya kate2 razak baginda tu… dan rakyat malaysia bukan buta..dan bukan bodoh…

  7. 7 Nurul Husna Hj Ani Nov 21st, 2008 at 10:31 am

    Buat YB DSAI, terus perjuangan sucimu untuk membela nasib kami anak Melayu. Jangan gentar dugaan / ujian / halangan yang menanti di hadapan kerana kami sentiasa menyokong perjuanganmu….. Takbir Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar

  8. 8 Rain Nov 21st, 2008 at 3:49 pm

    apa macam dato, itu hari kata nak tawan putra jaya, tak jadi pun, kata dah dapat cukup apa itu numbers ka, bilangan ka. kot-kot dato sembznng-sembang saja. lani kami dah jadi sejuk dah, patutlah sembang ornag politik memang pandai buat gah saja.

    Wak Kampret Reply:

    Saudara Rain.

    Nanti kita doa ramai ramai ye DSAI jadi PM. Hmmm tak salah saya, satu masa yg berkati untuk minta doa adalah bila hujan (RAIN).

    So saudara Rain. Minta lah doa byk seperti nicknama awak itu.

    Insyallah terkabul.

  9. 9 estee Nov 21st, 2008 at 4:14 pm

    Datok Seri,

    Amat menghairankan apabila Jabatan Peguam Negara bersungguh-sungguh benar menegakkan benang basah mereka dalam kes Datok Seri yang tidak ada kesahihan, manakala dengan selamba membiarkan kes Atantuya begitu sahaja tanpa sebarang kesungguhan menegakkan keadilan.

    Inikah keadilan yang mahu dibawa oleh Imam Hadari?

  10. 10 taloi Nov 21st, 2008 at 7:05 pm

    Sidang akhbar razak banginda membaca skrip yang sudah siap ditulis

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930