Bertempat di Hotel De Palma Ampang, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan sulungnya selepas pilihanraya umum Mac lalu. Majlis dihadiri 60 ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri. Acara dimulakan dengan makan malam yang kemudiannya disusuli ucapan Ustaz Hadi, Kit Siang dan saya sendiri.
Pertemuan tersebut diadakan untuk memperkukuhkan muafakat Pakatan Rakyat serta ruang buat berkongsi dan melontarkan pandangan bagi memperhebat upaya melakukan Perubahan. Selain mengeratkan dan pengukuhan hubungan dikalangan Pakatan Rakyat, perbincangan turut menyentuh serangan media yang dipintal bagi mencipta gambaran negatif serta tidak tepat mengenai pembangkang, terutamanya di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Prestasi negeri-negeri yang ditadbir juga disentuh selain kesungguhan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di dalam mengangkat mutu perbahasan di tingkat yang sepatutnya. Usaha juga dibuat untuk melibatkan ahli-ahli parlimen BN di dalam kaukus kehakiman dan integriti, kaukus wanita, kaukus demokrasi, kaukus pekerja dan kaukus ISA dan hak asasi.
ANWAR IBRAHIM
















salam reformasi
cepat2 tubuh kerajaan baru..tolak kezaliman dan dsai kena berhati2 dgn umno yg nak jerat dsai….
pasti lawan tetap lawan hinga berjaya.
adoi dah la tak boleh tukar kerajaan sekarang retreat pulak
pergi la bina pakatan rakyat yang rapuh dan makin tidak stabil zzz
kung fu panda Reply:
November 22nd, 2008 at 6:32 pm
To no 4.
Yes lepas ni reunion pula, lu sakit apa!…kalau BN boleh buat berhimpun kami PR tak boleh ke?
meriah kan blog ini………………………
Yang baik tentunya dari Allah. Kita merancang, Allah merancang. tetapi Allah adalah kuasa penentu. Teruskan niat murni, Jika tiada kemurnian. Perbincangan adalah jalan terbaik.
Tahniah YB DSAI atas usaha murni ini. Mufakat membawa berkat…
DOK ASYIK MESYUARAT SAJA. bILA NAK ANGKAT SUMPAH. PAYAH PAYAH ANGKAT SUMPAHLAH DALAM DEWAN DI PALMA TU.
Tahniah DSAI….. Saya sekeluarga sentiasa berdoa agar Pakatan Rakyat tetap utuh dalam kerjasama politik. Memartabatkan Perlembagaan Persekutuan serta meninggikan ajaran Islam serta ajaran-ajaran yang lain agar seluruh rakyat tidak lagi bersangsi antara satu sama lain. Dasar yang tegas dalam memperkasakan Agama Islam dan Dasar yang melindungi penganut Agama Islam perlu diberi perhatian yang utama kerana Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf sebagai AGAMA RASMI MALAYSIA manakala ajran-ajaran yang lain turut diberikan peluang untuk mengamalkan ajaran masing-masing, ajaran lain tidak dibenarkan untuk memperkembangkan ajaran mereka kepada penganut agama ISLAM. Jihad Fisabilillah…
Saya harap dengan bermulanya malam muafakat ini dapat menubuhkan satu ‘mini’ parlimen untuk ahli-ahli parlimen PR untuk berkongsi dan membincangkan isu semasa dan berbangkit.
Buat sahaja ‘retreat’ di dalam negara dan dinegeri-negeri PR. Jangan ikut BN ke Taiwan untuk belajar pasal pertanian sudah lah…
when is the TAKEOVER?
Eloklah jika dibuat malam muafakat Pakatan Rakyat ni. Bukankah Pakatan Rakyat dah semakin kelam kabut sekarang ni? Kat Kedah ternyata tindakan YB Ust Azizan menerima tentangan daripada DAP dan PKR sendiri. Ini maknanya apa kalau bukan tiada permuafakatan.
“Malam Muafakat Pakatan Rakyat”, saperti terkandong didalam komen ini, saperti yang saya amat-amati, serang dari media arus perdana yang berterusan, merekax cerita,mengadu domba rakyat dan kerajaan pakatan rakyat, memang itu senononin amalan dari media arus perdana, selari dengan cita rasa pemimpinx mereka iaitu BN,tidaklah menghairan rakyat Malaysia akan cerita lapok itu.
Apa yang perlukan oleh YB-YB dari pakatan adalah memintas hujahx,tuduhanx,pamerkan bukti kepada mereka bahawa yang diperkatakan oleh mereka itu adalah tidak benar.Ketangkasan, kepetahan hujah ditagih dari semua wakil-wakil
rakyat pakatan rakyat, elakan dari bercakaran sesama sendiri, amalan dailong sama nadanya, walaupun skripnya berlainan. Spt yg saya ikut disidang parlimen setiap hari,yb dari pakatan rakyat tidak kurang hebatnya memberi idea yg beranas,hujahx yg bermutu, petah didalah berbicara ini senjata yag paling berharga untuk digunakan bagi menangkis, mematah hujahx dari pihak YB BN.
Yang selain itu kerap turun padang jika sidang parlimen berihat pada jumaat-ahad.
Insyallah rakyat boleh memilih yg mana intan dan yang mana kaca.Ia akan menyekong pr.
salam dsai..
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat..
disini, saya memohon agar dsai serta ahli parlimen yang lain berbahas mengenai harga miyak di malaysia..ape yang saya di beritahu, harga minyak di malysia kini di jual dari harga yang sebenar iaitu sebanyak RM 2.00 bg RON97,& kerajaan tidak memberikan subsidi seprti yang di warwarkan,tetapi rakyat bg subsidi kt kerajaan,ape cter ni???? padahal harga yang sepatutnye kami perolehi adalah rm1.60 plus 30 sen subsidi kerajaan lagi, maka harga miyak spatutnye rm1.30.
tolong bahas dsai di parliemn..saya sebagai rakyat malaysia mempunyai hak untuk tahu apa rasional tindakan sume ini..saya rakyat malaysia yang bkn mudah diperbodoh2kan..
salam
gengis khan Reply:
November 23rd, 2008 at 12:32 am
Buat apa nak kecoh pasal harga minyak, Kereta eletrik telah di uji dimalaysia tak lama lagi petronas kurang pendapatan , bila kereta eletrik di gunakan di negara ini maka yang kaya bukan TNB tetapi IPP.
semoga pertikaian antara pemimpin parti dapat di selesaikan secara berhemah
dan tidak menjadikan ahli dan rakyat berbalah sama…
peranan media pro Kerajaan yg menyerang parti PR sudah dijangka dan hanya boleh di hilangkan bila PR memerintah Negara….. (seperti lalang di tiup angin)
semoga Maju Jaya PR
bullet Reply:
November 21st, 2008 at 8:55 am
salam yeop,
percanggahan pendapat itu biasa ar…tapi org2 be end khasnya ameno patut lagi malu dgn adegan2 ganas baling kursi meja…mcm mana la agaknya nanti bila hari pemilihan nanti??? jgn ada pewakilan protes bogel sudah la…malu malu
ROSLAN AZIZ Reply:
November 21st, 2008 at 5:23 pm
memerintah negara?bila?bila?bilaaa? 16 sept 2009 ka?
saya mencadangkan satu reunion semua ahli dan penyokong dan rakyat jelata dan para peminpin parti pakatan rakyat berhimpun di Stadium S.Alam bagi mengambarkan semagat muhibah diantara DAP.PAS.PKR. bulat air kerana pembentung.
ROSLAN AZIZ Reply:
November 21st, 2008 at 5:25 pm
pembentungan aper?adooiii, sejaktrlepas 16 sept nimakinsentimentalplk blog nie…kausa… kausa…
kung fu panda Reply:
November 22nd, 2008 at 6:36 pm
To roslan aziz,
Inilah kesan awal bila pengunaan bahasa inggeris kat sekolah ditekankan, oleh Hisham Tok Mudin. berbahasa melayu pun pelat!!!!
RAKYAT SEKARANG SEDANG MEMERHATI GELAGAT DSAI DAN MP-MP PAKATAN RAKYAT, JANGAN DOK MAKAN SAJA, JANGAN DOK BINCANG BANYAK SANGAT TAPI HASILNYA MANA?
kung fu panda Reply:
November 23rd, 2008 at 12:36 am
kalau semai hari ini takan esok tuai hasilnya? kalau u nak yang dah berbuah dan lapar nak meratah pergi kekebun UMNO.
gendut Reply:
November 23rd, 2008 at 1:30 am
kuasa hanye di 5 Dewan Negeri
Di Dewan Parlimen… BN sangat2 degil untuk mendengar pandangan
berbincang sesama sekutu dapat merungkai segala kekusutan….kan elok tu
dato sri,
pertemuan pemimpin adil pas dap untuk memperkasa muafakat pr tentunya amat dialukan. saya sokong penuh , mudah2an agendanya mencapai sasaran. namun gimana dgn pertemuan dan muafakat pr diperingkat akar umbi seperti jkk pbt ? muga dapat dipantau agar kerjasama benar terjalin.
negeri2 dalam pakatan rakyat hendaklah bersatu dalam semua hal dan official statements hendaklah disalurkan atas satu suara yang mantap bukan bercanggah antara pemimpin didalam pr itu sendiri.Didalam suasana kekalutan ekonomi dan pelbagai yang lain pemimpin pr,wakil2 yang dilantik rakyat hendaklah mendampinggi,peka dan ambil berat masaalah rakyat.turun kepadang sebagaimana kamu turun meraih undi dahulu.Rakyat melihat ,mendengar,dan akan membuat perhitongan dalam pru akan datang.Jika “kemesraan rakyat”tidak ada pada jiwa2 pemimpin dan wakil rakyat sebagaimana dirasai oleh sesetengah rakyat yang melantik mereka,besar kemungkinan rakyat akan mengiyakan harap pagar,pagar makan padi
kenapa tidak keluarkan kenyataan saya.Kenyataan saya itu ada kebenaranya dan lahir dari jiwa saya yang ikhlas dan without prejudice.teguran itu adalah suatu ibadah.
salam dsai
saya tengok ahli di peringkat akar umbi khususnya di selangor tidak begitu minat untuk mencari atau membuat penambahan ahli baik ahli parti keadilan/pas/dap, mereka lebih selesa bila jawatan di hempuk atas bahu mereka dan x ingin lagi mendampingi masyarakat,kesian tengok pemimpin atasan,sepatutnya mereka(peringkat cawangan) dampingi atau sama2 dengan aktivis dan ngo dampingi masyarakat secara tak langsung dapat menambah ahli baru,saya perhatikan di hulu langat amnya dan semenyih khususnya…cuba presiden pas,dsai,yb lim tengok2kan ketua2 kita di peringkat cawangan,saya tengok aktivis pr yang muda2 belia mereka biarkan maskudnya tak hiraukan sumbangan mereka…
hurry_london@yahoo.com
assalam..Saya berharap agar pemimpin PR dapat perkukuh kesepakatan dlm gabungan dan parti.Krn dgn kukuhnya pakatan,serangan dari pihak musuh dpt dihadapi dan dipatahkan dhn mudah,insyaAllah.
there must be more PR can do to put pressure on local media. why not organize a gathering for all supporters to get together to protest and rally for freedom of the press plus fair coverage by the press. also, get leading figures from NGOs, businesses etc to attend and give talks on these issues. get the various leading advertising associations & organization involved too. all these will put pressure on everyone to support the effort eventually. voice of the poeple is not enough, u need the voice of the leading organizations of all kinds. cant PR do anything else in this effort? is that all you can do, talk among each other? telling each other we are good we are united? be realistic, we need the our voice to be on the media! blog, sms, email is not enough. already there are PR cyber-impersonator all over the blogs and email. they claim to be PR supporter but they are actually misrepresenting PR with their ill mannered and uncivilized ranting, swearing and cursing. look around, it is all over the cyberworld. all these are unverified PR supporters and they are tarnishing the PR image and efforts by providing an ugly image of PR supporters. do something fast!
Ape cite PR govt. kat selangor bawah TS Khalid dok naikkan rental for PPR from RM124 to RM250?…betul ke ni, is this a blunder by PR gov. or propaganda of media BN?
Tugas paling mencabar yang dihadapi oleh PAKATAN bukanlah ancaman dari UMNO tetapi ancaman dari parti-parti komponen PAKATAN itu sendiri. Kita ingin menegur semua ahli dalam PAKATAN bukan kerana kita tidak suka kepada PAKATAN tetapi kita sudah melihat ramai rakyat Malaysia sudah mulai ragu tentang keupayaan PAKATAN untuk terus bersatu sehingga pilihan raya Malaysia yang akan datang. Di bahagian Utara khususnya di Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak sabar2 melaksanakan sistem penamaan jalan (signages) dengan menggunakan pelbagai bahasa seolah-olah di London or di Tokyo ada banyak bahasa yang digunakan untuk menunjukkan arah jalan. As a trained lawyer and a seasoned plotician Lim Guan Eng surely should the implications of his drastic move. Di Selangor pula PAS asyik nak mula haram tu mula haram ini seolah-olah PAS berada di bumi Arab di mana majoriti penduduknya beragama Islam. Penasihat2 dan pemikir2 dalam PAS tidak pernah belajar dari sejarahkah atau tak tahukah bahawa bukan semua penduduk Selangor itu beragama Islam dan ramai daripada yang menggundi PAS pada pilihan raya lepa adalah keturunan India dan China yang bukan Islam yang ingin mendengar suara pembangkang mewakili aspirasi, kepentingan dan kebajikan mereka. Orang PAS sendiri tidak pernah belajar dari pengalaman RasulaLlah SAW sendirikah bahawa Islam yang telah didirikannya di Makkah dan Madinah memakan masa yang lama dan arak atau alcohol itu tidak diharamkan serta marta. Kalau DAP dan PAS masing-masing EGO berlebih jangan harap rakyat Malaysia di Semenanjung akan menggundi kedua-dua parti pada pilihan raya akan datang. Ikhlas dari seorang rakyat Malaysia yang tidak suka EGO DAP dan PAS lebih besar dari Surban PAS dan Cawan Teh Cina DAP.