19
Nov
08

Retreat sulung Pakatan di ibu negara hari ini

Dari Mstar Online

Oleh G.MANIMARAN

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat, ikatan pembangkang yang ditubuhkan April lalu, mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, di ibu negara hari ini.

Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.

mStar Online difahamkan pertemuan ini bertujuan menyusun strategi Pakatan Rakyat untuk menghadapi beberapa isu semasa termasuk isu sasaran 16 September dijangka menjadi tumpuan.

Ia merupakan siri pertemuan dua kali. Pertemuan kedua dijadual diadakan minggu depan.

“Pertemuan hari ini adalah retreat yang pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang… mahu adakan group binding, bertujuan merapatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution kepada mStar Online.

Saifuddin yang juga anggota Sekretariat Pakatan Rakyat berkata, majoriti ahli Parlimen pembangkang akan menghadiri pertemuan hari ini.

“Kira-kira 10 ahli Parlimen tidak dapat hadir hari ini, ada yang kini berada di luar negara.. di Kuwait, Paris dan sebagainya,” katanya.

Pakatan Rakyat diumumkan pembentukannya selepas pembangkang menafikan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Anwar pula dipilih Ketua Pembangkang menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Anggota komponen Pakatan Rakyat kini terdiri daripada PKR, DAP dan PAS melibatkan 81 anggota.

PKR mempunyai 31 anggota di Dewan Rakyat, DAP (28) dan PAS pula 22.

Kini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 138 kerusi. Tiga lagi kerusi adalah milik Bebas termasuk dua yang dipegang Parti Maju Sabah (Sapp).

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pertemuan peringkat Pakatan Rakyat ini adalah susulan retreat yang diadakan PAS di Langkawi dua minggu lalu dan PKR di ibu negara minggu lalu.

“Ini retreat peringkat Pakatan Rakyat, melibatkan ahli-ahli Parlimen,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada pertemuan hari ini akan membincangkan aspek-aspek berbangkit, yang berkaitan dengan soal sasaran menubuhkan kerajaan persekutuan yang tidak menjadi kenyataan 16 September lalu.

“Itu saya tidak mahu saya sebut,” katanya.


14 Responses to “Retreat sulung Pakatan di ibu negara hari ini”


  1. 1 shamsudin Nov 19th, 2008 at 3:14 am

    Salam…Saya harap agar pemimpin PR dpt krjsma dgn baik..Rakyat menghrp ssuatu yg bmkna dari kalian…

  2. 2 afiq87alma Nov 19th, 2008 at 6:42 am

    kami berharap agar DSAI dapat mengambil alih negara tercinta ini..kami x rela punyai pemimpin yg org nyer seperti najib razak..

  3. 3 JaluminBSamin Nov 19th, 2008 at 6:47 am

    Syabas dan tahniah, mantapkan persepakatan dan perkasakan Pakatan Rakyat, persediaan untuk menerajui pemerintahan Malaysia sejagat….. dalam masa TERDEKAT… InsyaAllah.

  4. 4 MuaZaaba Nov 19th, 2008 at 9:49 am

    Apapun yang penting…”NO RETREAT, NO SURRENDER….”

  5. 5 zik Nov 19th, 2008 at 9:55 am

    TAHNIAH..ini yang kita mahu..perkukuhkan lagi PAKATAN RAKYAT..!

  6. 6 samrin Nov 19th, 2008 at 10:53 am

    DSAI,

    Semoga dengan adanya retreat ini akan lebih mengukuhkan ikatan Pakatan itu sendiri dan diharapkan akan terus subur demi “Harapan Baru Untuk Malaysia……masa untuk berubah.

  7. 7 Hj. Hussin bin Lais Nov 19th, 2008 at 11:32 am

    Ini lah tindakan yang terbaik dan sepatut nya sudah diadakan sejak mula2 lagi. Segala tindakan, perbuatan, dan arahan dari parti komponent PR hendak lah mendapat kata sepakat, dan, seolah-olah semua nya berunsur dari satu punca (single source) sebelum-nya ia diistiharkan. Saya belum lagi menjadi penyokong tegar parti PR, tetapi, InshaAllah, saya suka memberi pendapat jika sudi mendengar-nya. T. Kasih

  8. 8 POKOK CERI Nov 19th, 2008 at 1:44 pm

    tahniah atas perjumpaan pakatan rakyat..coming together is a progress… luahkan idea2 yang bernas untuk kesejahteraan bangsa dan negara

  9. 9 Syed AlQudsi Nov 19th, 2008 at 2:49 pm

    Pembangkang yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP hanya ada 81 kerusi di Parlimen tidak termasuk YB Ibrahim Ali. Saya harap Ibrahim Ali dijemput. Kalau dia tak datang lain cerita, mungkin dia ada hal lain atau hati dia tak bersama pakatan. Apa yang saya harap supaya Ibrahim Ali menjelaskan pendirian samaada nak jadi bebas atau nak masuk UMNO kerana prinsipnya meletakkan Bangsa Melayu nombor wahid manakala Islam yang kedua. Bagi YB Ibrahim, perjuangannya untuk membela Melayu kerana kalau Melayu dapat diangkat martabatnya maka dengan sendirinya Islam akan dilihat tinggi. Bagus niatnya itu jika berjaya, jika gagal musnah segalanya.

    Lihat sahaja UMNO, nak berjuang atas dasar kebangsaan (Bangsa). Apa dah jadi dengan Bangsa Melayu, kita tewas dengan rakan-rakan kita yang berketurunan Cina dan India dalam semua aspek positif seperti; pelajaran, ekonomi dan sebagainnya. Kita hanya hebat dalam hal-hal yang negetif seperti terlibat dengan dadah, aids, ketinggalan dalam bidang perlajaran dan banyak lagi. Bagaimana kita nak martabatkan Islam sedang bangsa kita macam ini. Kedudukan miskin tegar yang paling ramai iaitu 90% berbanding dengan keturunan Cina dan India sekitar 10% sahaja. Sepatutnya kegagalan UMNO untuk angkat martabat bangsa, diambil iktibar oleh semua pihak bahawa berjuang atas prinsif Melayu tak ke mana perginya sekadar meningkatkan rasa perkauman dikalangan rakyat Malaysia.

    Ini berlainan dengan Islam di mana umat diasuh supaya amar makruf nahi mungkar ” menyuruh yang baik mencegah yang mungkar ” dan jauh sekali dengan sikap perkauman yang sangat dilarang oleh Islam sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat ke 13 ” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu
    berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya diantara kamu. Sesungguhnya Allah lebih Mengatahui, lagi lebih mendalam pengetahuan-Nya ”

    Allah yang mencipta manusia berbagai bangsa, kaum dan puak atau apa yang disebutkan masyarakat majmuk. Allah yang ujudkan masyarakat Majmuk dan utuskan AlQur’an sebagai panduan serta peraturan kepada seluruh manusia, masakan ada manusia yang berani mengatakan bahawa AlQur’an tidak sesuai di Malaysia kerana masyarakat majmuk. Betulkan akidah anda jika kamu seorang muslim.
    Belajarlah dengan tok guru, ustaz-ustaz dan dalami ilmu agama supaya kita ditingkatkan darjat ketakwaan dan mulia di sisi Allah. Amin.

    Renungkanlah, wassalam.

  10. 10 Zarul Nov 19th, 2008 at 9:44 pm

    x sabar rasanya nk tunggu kerajaan baru. macam menunggu saat kelahiran anak pertama

  11. 11 silat rancak Nov 19th, 2008 at 10:40 pm

    hidup datuk seri……..saya org muda tak sabar nak tengok kerajaan zalim di tukar.biar umno terkubur buat selama lama nye,tiada lagi pati perkauman.salah tetap di hukum jangan biar diorang hilang kuasa sahaja,ada bukti hukum mereka.tentang ketua hakim habis2 san,agong pun pun makan duit rakyat je terima bulat

  12. 12 silat rancak Nov 19th, 2008 at 11:19 pm

    jangan biar anda di tipu oleh perasuah dari golonggan umno

  13. 13 garoh boy Nov 21st, 2008 at 1:42 pm

    apa yg sya dan rakyat semua harapkan ialah suatu perubahan yg memang telus dan amanah dan bukan hanya manis di mulut sahaja…dan harapan kami (rakyat sabah) agar hak-hak kami sebagai rakyat malaysia tidak dilupakan dan dibelakangi(dikemudiankan).isu 16/09 itu amat bermakna buat negeri kami(sabah) kerana inilah tarikh keramatnya malaysia ditubuhkan bersama dgn sabah dan sarawak..kami sokong perubahan yg telus dan amanah!!!!

  1. 1 916M: Mstar Online: Retreat Sulung Pakatan di Ibu Negara Hari Ini « 916 Movement Pingback on Nov 19th, 2008 at 8:37 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930