Semalam, saya beserta dengan beberapa orang ahli Dewan Rakyat telah membentuk Kaukus Parlimen mengenai kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman. Undangan telah dihantar kepada semua Ahli Parlimen termasuk juga wakil-wakil Barisan Nasional. Datuk Seri Nazri Aziz merupakan satu-satunya wakil Barisan Nasional yang hadhir menyertai Kaukus ini.
Saya memulakan sidang dengan menekankan peri pentingnya Parlimen berperanan mengawasi kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman negara. Turut diusulkan ialah pelantikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh sebagai pengerusi Kaukus.
Saya ucap terima kasih atas iltizam yang dipamer oleh Datuk Seri Nazri menerusi kehadhiran beliau ke sidang Kaukus semalam.
ANWAR IBRAHIM
















