13
Nov
08

Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim


Rakaman Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Ketua Pembangkang pada 11 November 2008


41 Responses to “Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim”


  1. 1 Mujahid Nov 13th, 2008 at 4:52 pm

    ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, terpulang kepada DAP untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini jika tidak bersetuju dengan dasar baru pemilikan rumah iaitu kuota Bumiputera dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus di semua projek perumahan.

    “Itu hak dialah (DAP), kalau mereka hendak keluar (PR) saya hendak buat macam mana… mana boleh saya tahan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

    Beliau juga membidas tindakan pemimpin DAP dari luar Kedah yang campur tangan dalam isu itu sedangkan ia dipersetujui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik dan parti Gerakan.

    Bagaimanapun, akhbar melaporkan Gerakan dan DAP Kedah saling sokong-menyokong membantah dasar baru itu.

    “Mengapa (pemimpin DAP) Selangor hendak datang sini (masuk campur), ini urusan Kedah dan biarlah kita selesaikan masalah kita… Jangan sibuk hal orang lain,” katanya.

    Beliau mengulas ugutan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Teng Chang Kim, yang menyokong jika Lee mahu meninggalkan PR dan menjadi pembangkang di Kedah jika Kerajaan Pas Kedah meneruskan dasar itu.

    Teng dilaporkan berkata, ahli CEC DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, juga bersetuju jika Lee mahu bertindak demikian.

    Azizan berkata, tindakan ugut-mengugut itu tidak akan menguntungkan kerajaan PR.

    “Kalau di Selangor dan Perak pula Pas ugut untuk keluar (PR), apa mereka akan kata.

    “Saya tidak suka orang ugut saya. Janganlah ugut, biar Kedah selesaikan masalah kita sendiri,” katanya.

    Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan kertas putih mengenai dasar itu untuk memberi penjelasan kepada semua pihak.

    Azizan sebelum ini dilaporkan berkata dasar itu diperkenalkan untuk memastikan Bumiputera yang membentuk 80 peratus daripada kira-kira dua juta penduduk Kedah tidak terpinggir daripada memiliki rumah mampu milik……………

    Salam Dato Seri mana Dato Seri ketika Ust Azizan kena ugut??

    Jgn jadi goblok,, kami org PAS sedang perhatikan DS. ALlah Hakim Al Haq

    Reply

    tanpa nama Reply:

    kan PR ade mesyuarat khas Kerajaan2 Negeri PR….bende2 camni kene bawak bincang bro….
    biase lah zaman Politik sekarang ugut-ugutan…sbb rase kepale dah besar…tau bos2 tak kan pecat depa…
    ko tgk yer…kaum ape yg sering menuntut & mengugut….. tak kire dr mane dtg nye…
    klau bab sedikit lebih utk kaum Melayu (tambahan 20% kuota rumah) …samer jer pandangan mereka…walau pun mereka tu minoriti..yg dah kaye2
    pikir lah 80% dr 2 juta penduduk iaitu Bumiputra…yg nak ditolong…

    relaks lah…DAP wei…Ustaz tu cume nak pastikan Majoriti Bumiputra terbela…
    dulu Bee Ensd buat dek jer nasib orang Melayu Kedah….

    jgn jadik mcm pemerintahan Gerakan di Pulau Pinang dulu….
    kaum per yg duduk umah2 yg selesa…org Melayu plak kat ner…..???

    ini lah Ustaz yg memperjuangkan Islam/Melayu….tak takut ugutan & kritikan…
    jgn jadik mcm pemerintah yg hanye dakwe pembela Alif Baa Taa…
    tapi meminggir & menghalau org Melayu dr kediaman sendiri…

    sebelum kes ni pun ade dah pihak yg cakap hartanah di Kedah akan lingkup klau ia diteruskan….
    sbb kate nye org Melayu Kedah tak mampu utk byr balik pinjaman…..

    ape2 pun…tahniah Ustaz…kerana memperjuangkan bukan saja hak Melayu/Islam tetapi
    membela dgn dasar2 yg dianggap kurang populis dikalangan masyarakat Cina…..

    utk Mujahid…betoi ke awak org PAS….jgn emosi sgt…tggu dan lihat…InsyAllah…OK
    klau PAS,DAP & Keadilan asyik ugut mengugut…klau berpecah PAS dr PR…saper yg untung….

    BEEEEEEEE ENDDDDDDDDD jugak….?
    TAKBIRRRRRRRR

    Reply

    tanpa nama Reply:

    Kat Malaysia ni Parti Kaum atau Parti Perkauman….????
    kat Johor org Melayu kene halau dr rumah….!
    kat Kedah org Melayu nak ditolong,…DAP plak memekak….

    so, pe beza DAP ngan MCA…???

    biar jer lah Bee End yg berbalah sesama komponen mereka…jgn PR pun terikut samer…
    nanti rakyat konpius…semua Parti kat Malaysia ni same jer….RACIST

    khuatir PRU 13 yg kuar mengudi bwh 50% jer sbb dah tak yakin ngan maner2 pun parti Politik lagi….

    Reply

    Think_Positive Reply:

    Apa ni? Salah je sikit hentam DSAI, kutuk DSAI. Konon dia tak buat apa-apa. Ni apa kes? Orang lain yang melambak dalam PR tu nak buat apa ye? Jadi macam Pok Lah – kerjanya Zzzzzzzzz …..

    Reply

    kuda kepang STC Reply:

    Biasalah carik carik bulu ayam, DAP dengan PAS bagaikan air dicincang takan putus,

    bukan macam BN dengan SUPP bagaikan air batu terjatuh pun putus berderai.

    Reply

    guni setahil Reply:

    Bila masa pulak utz Azizan kena ugut kan dia berpegang pada sologan PAS “Islam untuk semua”,islam untuk semua itu adalah dari pas pusat, jadi Ustz Azizan berpandu pada itulah dia akan pastikan islam itu adil untuk semua.

    Reply

    X mdh diperdaya Reply:

    jangan jadi bodo…semamgnye anwar ibrahim ni mmg x guna…sajer menggunakan pas hanya utk mendapatkan majoriti di parlimen. sat lagi kalu jd pm hancur, pas ker aper ker sumer dier tolak tepi. tukar negara jadi republik. pastu hancur senang jer panggil us. eh u can take over malaysia mr Obama but juz gv me sumthing in my ass. Hancur negara dibuat oleh si pengkhianat ni.. dulu time jd tpm bukan main kutuk pas kutuk pembangkang. ha skrg nie bkn main sumer dierorg ckp, wa very gud very gud. Pelik jugak kenaper rakyat malaysia tiba2 boleh jadi sebegitu bodo terpedaya dgn si diaer ni yg semmgnya syaitan bertopengkan manusia yg kononyer menjadi nabi yang ditugaskan tuhan utk memimpin rkayat malaysia utk chage my shit..poorah

    Reply

    Ram Reply:

    aku sokong ckp hang!!

    Reply

    gendut Reply:

    berape punye bahlol lah pandnagan ko nieX mdh diperdaya
    aku rase ko ni elok masuk hospital mental jer…

    Reply

    avatar Reply:

    “rakyat malaysia tiba2 boleh jadi sebegitu bodo” orang umno le tu…. dah tau rasuah pun sokong gak………. tak paham-paham.

    Reply

    tanpa nama Reply:

    to moderator/admin….
    tadi aku dah bls komen si Mujahid…ngape tak kuar…..?
    psl aku ade ckp yg tak best psl DAP ke….

    come on lah bro….
    kita satu kapal maaa…tak kan tegur sikit pun tak bleh

    lagi pun aku konpius ngan komen pendek si Mujahid ni…
    betul ker die org PAS….
    psl die hentam Anwar tu bunyi mcm nak lage kan PAS dgn PR jer
    bunyi bukan main suker lagi PAS kuar PR

    Reply

    gendut Reply:

    psl Usatat Azizan sound DAP yg ko nak bising2
    Ustaz Azizan tu bleh sattle kan sendiri lah, tak yah Anwar dtg pun tak pe,
    lagipun PR kan ade kaedah Mesyuarat Kerajaan Negeri PR
    sabar lah…setiap bende bleh bincang, klau dah habis tak de jln keluar baru lah mintak cerai

    UMNO yg bisu dgn permintaan & kutukan MCA dan Gerakan terhadap orang Melayu ko tak tulih ke?
    ko ni PAS yg dtg dr mane? GOBLOK PUNYE ORANG, buat malu Jawe je

    Reply

  2. 2 WAWAK Nov 13th, 2008 at 5:54 pm

    Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet
    Johari Jaafar
    Thu | Nov 13, 08 | 12:45:56 pm MYT
    IPOH, 13 Nov (Hrkh) – Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak sebentar tadi. Iklan

    Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

    Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.

    Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah “Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar” dari surah Ali Imran ayat 110. – mns_

    *ORANG BUKAN ISLAM MEMPERMAIKAN AYAT AL-QURAN

    Reply

    tanpa nama Reply:

    aku ingat lagi selepas PRU 10 1999…

    a) klau kite ikut Al-Quran, bermakna kite mengundurkan mase 10 thn kebelakang…
    b) itu dlm Al-Quran ade ajar ke care buat jalan…?
    c) Politik & Agama mesti dipisahkan….
    d) Nabi tak cukur janggut sebab tak der Gillet…

    ni semua aku rujuk dr Harakah pd 1999….
    org2 bercakap terdiri dr pemimpin Melayu, Cina & India….lansung tak kene ape2

    Reply

    syam Reply:

    Wawak,

    Apa rasional nya berkata Orang Bukan Islam mempermainkan Ayat Al-Quran?
    Jangan jadi bodoh sombong!

    Orang Islam buat maksiat, pemimpin UMNO makan rasuah, pemimpin UMNO fitnah sana sini, pemimpin UMNO tidak amanah, pemimpin UMNO membunuh!! Dr Mashitah membenarkan ibu tunggal jadi pelacur atas alasan DARURAT???? kenapa tak nampak? Dah buta hati ke?

    Sensitif tak kena tempat. Sepatutnya kita berbangga bilamana orang bukan Islam sanggup memetik ayat-ayat suci Al-Quran (tak kira dia perli ke, dia niat baik/buruk ke?) asalkan maksud ayat Al-Quran tidak terpesong tetapi ditujukan kepada orang-orang Islam yang PEKAK & TULI macam saudara!!

    Ambil yang positif! Ketepikan politik sempit UMNO saudara!
    Mudah-mudahan kita beroleh hidayah Allah swt..Amin! Maaf jika terkasar!

    Reply

    JemUTadBIrbN Reply:

    SAUDARA WAWAK.!UGAMA TAK AJAR KITA BERMUSUH MUSUHAN ANTARA SATU INSAN DENGAN INSAN YG LAIN…MALAHAN UGAMA MENGAJAR KITA BERI TUNJUK AJAR DAN PEMIKIRAN YG BAGUS PADA INSAN YG LAIN LEBIH LEBIH LAGI PADA INSAN YANG MASIH TAK BERPENGALAMAN DALAM UGAMA TERTENTU.SEORANG INSAN YG PEGANG PADA UGAMA YG DI PERUKNYA PATUT FAHAMI BETUL BUTUL AJARAN ITU,SEBAGAI CONTOH,JIKA JIRAN DATANG KE RUMAH KITA,APA YG KITA KENA BUAT KALAU DIA TAK FAHAM KELILING RUMAH KITA,PATUTKAH KITA MARAH DIA SEBAB DIA TAK TAHUN KEADAAN RUMAH KITA TAMBAH LAGI DIA TAK BERNIAT JAHAT,SEBENARNYA KITA KENA BERI PELUANG PADA DIA UNTUK MENYESUAIKAN DIRI DALAM KEADAAN YG SENANG….KITA PATUT FAHAM UGAMA BUKAN HAK SIAPA SIAPA,TAK KIRA APA BANGSA JUGA JADI KITA KENA RASA BANGGA KALAU ADA JIRAN DATANG MELAWAT RUMAH KITA TAK KIRA APA BANGSA.JANGAN PANDAI PANDAI MEMUTUSKAN KUPUTUSAN SENDIRI JIRAN YNG DATANG ITU BERNIAT JAHAT….FIKIR FIKIRKANLAH !

    Reply

    gendut Reply:

    wawak…ko ngan Mujahid ni sartu geng atau pun orang yg samer,
    care penulisan ko ni mcm ade niat serong jer
    dpt upah ke main psiko kat sini

    Reply

    kung fu panda Reply:

    Ini di kira sudah bagus! ada orang islam tak pernah baca al quran tapi wakil DAP macam perli orang islam kerana berbahas tidak mengunakan al Quran sebagai pandoman, dan ada orang islam lebih rela ikut kerajaan langit. aku pun tak tahu apa dah jadi dengan Umat Islam melayu! sampaikan orang bukan islam terangkan isi al quran dengan jelas kepada orang Islam melayu. aku tak tahu mana nak letak muka sebagai melayu islam aku tabit sama DAP.

    Reply

    kuda kepang STC Reply:

    Dari aku tabit sama Tugu Negara lagi baik aku tabit sama DAP . depa bersandarkan Al Quran sebagai acuan kepinpinan mereka.semoga depa akan terus berpandukan al quran sebagai pandoman mereka ini agaknya Islam akan bangun dari timur. ini satu gambaran allah supaya orang islam sedar bahawa mereka telah terkeluar dari pandoman maka allah sedarkan melalui cara ini, jika orang islam masih tak sedar juga aku tak tahu nakata apa lagi!!!!

    Reply

  3. 3 WAWAK Nov 13th, 2008 at 8:59 pm

    Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet
    Johari Jaafar
    Thu | Nov 13, 08 | 12:45:56 pm MYT
    IPOH, 13 Nov (Hrkh) – Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak sebentar tadi. Iklan

    Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

    Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.

    Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah “Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar” dari surah Ali Imran ayat 110. – mns

    * APA KOMEN KAWAN-KAWAN SEMUA DAN DSAI, PERMAINKAN AYAT AL-QURAN ?

    Reply

    bangsa Cina Malaysia Reply:

    APA SALAHNYA ? SAYA BIASA MENGUNA INSYAALLAH , ALHAMDULILAH, ASALAMUALAIKUM
    BILA BERBINCANG DENGAN KAWAN MELAYU SAYA DAN MEREKA AMAT KAGUM
    DENGAN PENGETAHUAN SAYA MENGENAI HAL HAL ISLAM.
    INI NEGARA MALAYSIA .

    Reply

    tanpa nama Reply:

    pd aku…bende ni biar lah para2 Ulamak atau Mufti2 yg ulas dulu….pastu baru dibuka kepada umum utk ditanye pendapat…takut ade yg terpesong akidah…,yg berdendam atau ape2 saje
    jgn suke2 ambil risiko….

    aku tak pasti…..

    a) sama ade Wong Kar Woh mengucapkan nye dgn niat MENGHINA atau tidak….
    sbb tak tgk semasa die membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak

    b) apakah jika orang2 non Muslim membaca kan potongan ayat2 Al-Quran….
    bagi tujuan MENGIGAT kan orang lain bleh dikira haram dan menghina….ayat Al Quran

    c) jika non muslim yg berniat mendalami Islam dengan merujuk & membaca potongan ayat Al-Quran itu dikira haram & menghina ayat Al Quran selagi dia belum memeluk Islam….

    d) Katolik Kritian mengunakan hujah dr potongan ayat Al-Quran dlm perdebatan dgn org2 Islam itu juga dikira haram & menghina…ayat Al Quran

    e) Ayat2 Al-Quran yg tergantung di dinding rumah & bangunan…yg dilalui orang ramai kemudian terbaca oleh non Muslim itu bleh dikira haram & menghina ayat Al Quran

    f) Orang2 non Muslim yg tahu bahasa Arab jika terkeluar dr mulut mereka itu potongan Ayat Al-Quran secara tidak sengaja dikira haram & menghina ayat Al Quran

    g) apakah jika non Muslim itu diharam kan membaca potongan ayat Al -Quran
    …bagaimana plak jika mereka mendengar nya…adakah dikira haram & menghina ayat Al Quran

    h) apakah setiap buku2 Agama yg mengandungi Ayat Al-Quran…harus dijakan bahan kawalan jualan supaya tak terlepas kepada non Muslim…walau pun niat non Muslim hanye utk belajar…

    i) apakah tindakan Kementerian Pelajaran satu ketika dahulu terutama di Sabah…mewajibkan pelajar mengambil satu mata pelajaran tambahan….& kebanyakan masyarakat cina pd mase itu memilih Pend. Islam pun bleh dikira haram & menghina ayat Al Quran

    dan yg penting NIAT….jgn diambil separuh & ditinggal separuh… kerana POLITIK
    bab Non Muslim baca ayat Al-Quran ade saper2 bleh kasi terangkan pd aku yg nak tau ni…

    Reply

    tanpa nama Reply:

    klau ini mungkin boleh dikira menghina Islam…

    1) NGO yg membantah Hukum dr Majlis Fatwa berkenaan “Penkid”….
    konon nye menghalang kebebasan wanita…KEPALA HOTAK MERAKA…rase nak tampar jer….

    2) golongan Pemikir Islam liberal….lagi satu jenis tak guna….

    rase nye 2 contoh ni lagi teruk…bleh dianggap menghina Islam secara terang2….

    Reply

    Think_Positive Reply:

    Adake masa wakil DAP itu menggunakan ayat Quran itu beliau memperlekehkan AlQuran? Anda pun menulis beliau menyatakan “kita semua adalah adik beradik” dan beliau membaca kalimah “Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar” dari surah Ali Imran ayat 110″ Tak betulkah saranan dari AlQuran itu?

    Ada ke nas yang mengatakan alQuran hanya utk org Islam? Maaf kalau aku silap , setahu aku alQuran itu diturunkan utk seluruh umat manusia – maknanya utk semua tak kira Muslim atau bukan Muslim, tak kira PKR, tak kira PAS, tak kira DAP, tak kira UMNO, tak kira MIC, tak kira MCA boleh menggunakannya. Mana tahu satu hari nanti dibukakan hati orang bukan Muslim itu diberi hidayah memeluk Islam? Justeru, janganlah cepat melatah. Secara tak langsung perbuatan anda sebeginilah yang sering memberi tanggapan tak baik kepada orang bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri. Fikir-fikirkanlah.

    Reply

    gendut Reply:

    sebok lah ko ni
    sebelumko tulih kat sini, ko ade tanye Ulama ke same ade boleh atau tidak
    bukan ape, klau cina tu bleh kasi ingat kan orang Islam dengan mengambil
    potongan ayat AlQuran patut nye Melayu/Islam tu lah yg malu

    jgn kasi panas kat sini

    Reply

  4. 4 bakukarma Nov 14th, 2008 at 12:11 am

    apelarr….

    Reply

  5. 5 blazzing-hard Nov 14th, 2008 at 3:27 am

    hurmmm….
    die belajar agaknya

    Reply

  6. 6 haha Nov 14th, 2008 at 4:53 am

    MANA ADA PERMAINNYA…
    AYAT AL-QURAN KAN BAHASA ARAB…
    KAN DALAM ISLAM SENDIRI MENUNTUT PELBAGAI BAHASA
    XKAN HANG PUN XPNAH GUNA KATA2 HIKMAH DARI CINA…
    KE APA KE…
    MALAH DI UNIVERSITI MALAYA SENDIRI ADA PELAJAR CHINA YANG
    MENGAMBIL PENGAJIAN ISLAM…
    KAN ILMU 2 WAJIB DI TUNTUT…
    ORANG MELAYU SENDIRI PN RAMAI YANG BELAJA BAHASA CHINA…
    JANGAN CETEK SANGAT LA PEMIKIRAN AWAK 2 WAHAI WAWAK…
    JANGAN JAHIL SANGAT SAMPAI NAK FITNAH ORANG MACAM2…
    HANG 2 YANG PATUT MALU..
    AKU RASA KITAB SUCI AL-QURAN PUN BELUM TENTU KO PANDAI BACA WAWAK…
    PALING TIDAK PN DIA AMBIK MAKSUD AYAT YANG DIA HENDAK SAMPAIKAN…
    TAPI KAMU ASA DIRI KAMU 2 HAYATI X AYAT AL-QURAN????/????
    TO WAWAK @ PAK LAWAK

    Reply

  7. 7 Mat Kipas Nov 14th, 2008 at 9:30 am

    Halo..,,

    Saya pun selalu gak bakar colok mcm kaum lain.
    P/S : utk halau nyamuk

    Reply

  8. 8 Munibag Nov 14th, 2008 at 9:49 am

    KALAU DAH PANDAI BERI SALAM, RUJUK AL QURAN DAN DAH PANDAI MACAM MACAM PASAL ISLAM…. MASUKLAH ISLAM.LEPAS TU BUATLAH APA YANG ISLAM SARANKAN. KALAU TENGOK MELAYU(BANGSA), TAK JUMPA KEHEBATAN ISLAM. ISLAM UNTUK SEMUA BANGSA (KETURUNAN ADAM). JANGAN TENGOK ISLAM DARI ‘LUAR PAGAR’!!!

    Reply

    Munibag Reply:

    ALLAH TIDAK MENILAI BANGSA, DARJAT, PANGKAT, KAYA ATAU MISKIN DAN BERMACAM MACAM PENILAIAN MATA DAN AKAL MANUSIA. TETAPI ALLAH MENILAI IMAN DAN TAKWA DALAM HATI HATI MANUSIA. KITA SEMUA KENA BELAJAR TEKAN NAFSU YANG MENJURUS KEPADA BEZA MEMBEZA ANTARA KITA. BELAJAR MENERIMA ORANG YANG MENGEJI DAN MEMUJI DI ATAS SATU ‘SINGHASANA’ YANG SAMA…. INSYAALLAH!!!!!!!!!!!

    Reply

  9. 9 Lan Nov 14th, 2008 at 11:50 am

    Jika mahu menggunakan ayat-ayat Al-quran, masuk lah Islam. perkataan seperti INSYAALLAH , ALHAMDULILAH, ASALAMUALAIKUM adalah kurnian Allah untuk orang islam sahaja dan bukan untuk orang yang belum memeluk Islam. Ayat-ayat itu mempunyai maksud yang mendalam dalam mentauhidkan, berzikir dan mengingati Allah yang maha besar. Tolong jangan dipermain-mainkan perkataan ini.

    Orang bukan Islam dan Islam yang tidak berilmu untuk mentafsirkan ayat-ayat Quran dilarang keras berbuat demikian, ini boleh ditakuti mengubah maksud asal sesuatu ayat tersebut untuk kepentingan peribadi seseorang.

    Reply

  10. 10 zila Nov 14th, 2008 at 1:05 pm

    adun dap baca ayat quran?
    biar betul……..
    harap2 org2 umno gunakanlah juga ayat2 quran…..
    biar jadi renungan….
    malu dengan orang bukan Islam….

    Reply

    gendut Reply:

    UMNO dah lame guner
    tgk Rapidah Aziz
    tiap kali sidang akhbar, mesti ade Al-Quran kat atas meja
    ape tujuan….WALALLHUALLAM

    klau gune ayat2 suci Al-Quran demi kepentingan politik buat per
    ambik pangkal…pastu…ambik ujung…
    then tafsir pakai pemahaman sendiri..sebijik mcm Ayah Pin..kerajaan langit

    akhir zaman dah dekat bagi umat manusia
    bila Agama menjadi modal untuk membuat mungkar

    Reply

  11. 11 puspawangi Nov 14th, 2008 at 2:09 pm

    kenapa kita tidak lebih mengambil berat akan hal orang Islam yang terang terangan tidak mengikut ajaran dalam al Quran? di perak orang Islam yg diberi jawatan terang-terang mengaku berzina, hakim mahkamah syariah dituduh terima rasuah. Kita mengaku orang Islam tetapi tidak ikut pun ajaran Al Quran, salahkah kalau orang bukan Islam sudah pandai suruh kita rujuk kepada kitab kita sendiri? bukan salah dia jika dia bukan Islam, kerana orang Islam sendiri tidak menunjuk contoh bahawa Islam itu lebih baik dari agama lain. Apa bezanya orang melayu Islam di Perak yang mengaku berzina dengan perempuan cina itu dengan kes chua soi lek??? tidak nampak pun Islam nya dapat menyelamatkan dia dari melakukan zina…sedangkan dalam Al Quran kata ” ..jangan hampiri zina..”..siapa yang salah?

    Kalu orang lain buat silap kita nampak tetapi kalau “orang ” kita sendiri, kita biarkan, kita pejam mata dan beri kan alasan untuk dia pula.

    kenapa tidak kita baca sendiri surah AL Hujarat:13 dan surah Al Kafirun juga.Tiada perkauman dalam Islam. Semasa kira lahir kita dengar kalimah Allah SWT masa kita a mati pun kita mati dengan kalimah Allah dan setelah mati pun Allah SWT tidak kira bangsa kita.Allah SWT kira taqwa kita.

    Teruskan DSAI. Berikan dan jadilah contoh orang Islam, keluarga Islam dan pemerintah Islam yang sebenar.

    Reply

  12. 12 b.cik Nov 14th, 2008 at 3:30 pm

    bior ler…mana tau kot2 nanti terbukak hati memeluk islam yang murni ini…kalau dia tak kaji, mana dia nak tau kata2 cam tu…lebih teruk org dok kata org2 islam ni penyokong keganasan…tak marah pun…..

    Reply

  13. 13 majudin62 Nov 14th, 2008 at 8:51 pm

    islam itu indah beb jika kita meghayati beb

    Reply

  14. 14 X mdh diperdaya Nov 14th, 2008 at 10:55 pm

    mari kiter tgk penyokong penyokong asnwar yang sememagnya bodo lagi bahalul…smpikan orng bukan islam mempolitikkan ayat ak quran pun dier blh sokong, nk kaitkan plak dgn orang umno. aper lah kebengap sangat dierorng ni sumer dh kener mandrem anwar lah nie nmpk nyer…HAISYH

    Reply

    Think_Positive Reply:

    Apa komen ko tentang pemimpin UMNO yangg mempermainkan alQuran utk bersumpah?

    Reply

  15. 15 orgmuda Nov 15th, 2008 at 5:39 pm

    umno dgn rasuah, salahguna kuasa, bom org
    pkr dgn kes zina
    pas plak dgn kes khalwat mat sabu
    sume politician malaysia xgune
    xkira la paklah, najib, anwar, hj hadi, lim kit siang
    sume tamak kuase
    tukar sume org dlm politik nie
    bg pluang org2 mude
    by then akan ada perubahan dlm politik malaysia
    sekiranya dipegang oleh mereka yg dah muak dgn sistem politik skrg

    Reply

  16. 16 Muthu Nov 21st, 2008 at 12:52 pm

    Tolong kemukakan satu teori atau cadangan PM mestilah Lim Kit Siang, TPM Karpal Singh, Menteri Pertahanan Teressa Kok. Semua menteri dan tim. menteri mestilah bukan orang melayu. Begitu juga Menteri Besar @ Ketua Menteri serta barisan exco setiap negeri mestilah bukan orang Melayu. Amacam???? setuju tak ????

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Pagi:dgn SimonZadek,Mira;Economist.Thari:dgn pelabur Arab.Ptg:3 mesy,pertemuan sebelum kelterbang #fb
4 hours ago
anwaribrahim: Blog: Sidang Media Tian Chua Dan Nurul Izzah Sebaik Selesai Beri Kenyatan Kepada Pihak Polis: http://bit.ly/cj7Wib
8 hours ago
anwaribrahim: Blog: Kerajaan Dicabar Pamer Perjanjian Royalti Minyak: Dari Malaysia Kini Oleh Jimadie Shah Othman Penyelaras Pak... http://bit.ly/chKw6D
12 hours ago
anwaribrahim: Blog: Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri: Dari TV Selangor Pakatan Rakyat menegaskan pe... http://bit.ly/dtB5Vr
12 hours ago
anwaribrahim: @nayeel Tahniah kpd penganjur dan rakan2 London-sokongan memberansangkan.#fb
19 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930