Tuntutan Keadilan Dalam Memperkasa Urustadbir

3 November 2008

Pendapat

Pendapat Anda?


klik sini untuk ucapan penuh DSAI

Majlis Perhimpunan dan Executive TalkMajlis Perhimpunan dan Executive TalkMajlis Perhimpunan dan Executive TalkMajlis Perhimpunan dan Executive Talk
Majlis Perhimpunan dan Executive TalkMajlis Perhimpunan dan Executive TalkMajlis Perhimpunan dan Executive TalkMajlis Perhimpunan dan Executive Talk
Klik sini untuk galeri gambar

Dalam surat yang dikirim oleh Saidina Ali r.a. kepada Gabenor Mesir, Malik al-Ashtar, beliau mencoret pesanan penting:

Pastikan kamu berlaku adil kepada Allah, berlaku adil kepada manusia…jika kamu tidak melakukannya kamu telah melakukan kesalahan dan barang siapa yang menzalimi hamba Allah, dia bukan sahaja bermusuhan dengan manusia, bahkan bermusuhan dengan Allah…Sebaik-baik usaha sewaktu manjalankan urusan kamu ialah mengikut jalan pertengahan dalam kebenaran, paling sempurna dalam keadilan dan paling menyeluruh dalam mencapai kesejahteraan rakyat.

Keadilan merupakan salah satu dari prinsip Maqasid al-Syariah. Pesan Saidina Ali selaku Khalifah kepada Gabenor Mesir ketika itu memperlihatkan betapa Islam amat mementingkan keadilan untuk semua. Justeru, tuntutan menegakkan keadilan memerlukan kepimpinan yang bertanggungjawab serta mempunyai kekuatan moral dan kejujuran.

Inilah inti penting ucaptama yang saya sampaikan pada “Majlis Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Perak” pagi tadi. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin turut serta dalam majlis tersebut. Saya turut menekankan betapa pentingnya etika dan urustadbir yang baik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan perjalanan sesuatu organisasi serta ketegasan untuk tidak berkompromi dengan gejala rasuah.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site