Malaysiakini : Abdul Rahim Sabri
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang membuat temujanji untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri secepat mungkin bagi membincangkan tentang penahanan ISA dan masa depan politik Malaysia.
Beliau yang juga penasihat PKR memberitahu satu sidang media di ibupejabat PKR bahawa beliau berharap dapat bertemu dengan Abdullah secepat mungkin.
Dalam sidang media itu, Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk berjumpa dengan perdana menteri telah dipersetujui secara bersama oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini.
Beliau mendakwa penahanan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok adalah salah satu cara untuk menakut-nakutkan ahli parlimen dan rakyat dan jelas ia melanggar hak asasi seseorang.

Penahanan Teresa dan dua orang lagi - Blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng - dibuat menjelang tarikh Anwar merancang mengambil alih kuasa pada 16 September depan. Tan dibebaskan hari ini.
Anwar mendakwa sejumlah ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan - cukup untuk menubuhkan kerajaan baru.
Ditanya cadangan pertemuan dengan Anwar itu ada kaitan dengan peralihan kuasa, Anwar menjawab, ianya mengenai masa depan negara tanpa bercakap khusus mengenai peralihan kuasa.
Katanya, kepimpinan Pakatan mendesak kerajaan supaya membebaskan Teresa dan Raja Petra.
Menjawab soalan, Anwar tidak menolak kemungkinan penahanan lebih ramai pemimpin Pakatan.
Anwar juga berkata, rancangan peralihan kuasa pada 16 September tidak ada kaitan dengan penahanan ISA, apabila ditanya sama ada beliau akan menangguhkan rancangannya itu untuk meredakan ketegangan politik ekoran kemungkinan ada lagi tangkapan yang akan dibuat.
“Keutamaannya ialah kestabilan politik. Ianya bukan isu penangguhan, kita mempunyai jumlahnya untuk bergerak dan kita akan bergerak mengikut mandat. Kita tidak mahu membenarkan kerajaan mewujudkan ketidakstabilan politik dengan menggunakan isu kaum,” tegasnya.
Katanya, selain kestabilan politik, satu lagi isu utama yang perlu ditangani Pakatan ialah sejumlah besar ahli Parlimen BN berada di luar negeri, selepas mereka dihantar mengikuti lawatan sambil belajar mengenai pertanian di Taiwan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh kesal dengan Umno yang didakwanya memainkan isu perkauman dan jelas mereka berada dalam keadaan terdesak.
Rakyat gelisah
Sehubungan itu, penasihat PKR itu menyatakan komitmennya bersama pimpinan Pakatan untuk tidak membenarkan kerajaan mewujudkan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat.
Katanya, beliau bersama pimpinan yang lain akan sentiasa mengadakan perbincangan mengatur langkah seterusnya sekiranya Raja Petra dan Teresa tidak dibebaskan.
Dalam sidang media yang sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaafar menyifatkan penahanan Raja Petra dan Teresa di bawah ISA sebagai satu tindakan yang kejam dan zalim.
Beliau kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menahan mereka dalam bulan Ramadan yang sepatutnya beliau menjaga kemuliaan bulan tersebut.
“Tetapi Ramadan tahun ini perdana menteri menahan orang yang tidak bersalah,” kata Kamarudin.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dengan nada kesal dan sedih menyalahkan kerajaan yang tidak menghormati keselamatan awam dan tidak menghormati wartawan.
Desak bebas tanpa syarat
Beliau juga berasa sedih kerana kerajaan tidak membebaskan Teresa yang telah dipilih oleh rakyat sebagai ahli parlimen dan sebagai exco kerajaan negeri Selangor.
Ekoran itu, beliau menyifatkan penahanan Raja Petra dan Teresa sebagai penghinaan terhadap demokrasi di Malaysia dan sebagai tindakan membalas dendam kepada Pakatan yang berhasrat untuk mengambil alih kepimpinan negara.
Oleh yang demikian, dalam satu kenyataan akhbar bersama yang diedarkan semasa sidang media itu, kepimpinan Pakatan mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tanpa syarat.
“Sekiranya terdapat sebarang bukti mengenai sebarang kesalahan jenayah, ia harus dibicarakan di mahkamah terbuka,” jelas kenyataan itu yang ditandatangani bersama oleh Anwar, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu, antara langkah lain yang diaturkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat ialah mereka akan mengadakan himpunan secara aman bersama kerajaan Selangor di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September ini bagi merayakan Hari Malaysia.
















datuk seri,
cepatlah ambil alih kerajaan dari anak badawi tu…aku dah tak tahan lagi..umno cuba untuk melagakan melayu dengan cina…aku tak nak terjadi lagi 13 mei..ya Allah selamatkanlah Malaysia dari tipu daya UMNO dan agen Cawangan Khas..laknatilah mereka seperti mana engkau laknati firaun dan namrud…
Datuk,
I hope Badawi will want to meet you. He may shiver as to what to reply you without the SIL prompting him from behind because he’s a man without back-bone and his SIL is his backbone.
Anyway, we hope he will meet you as he had met the Pas leaders.
The recent ISA detentions is his style of “killing the chicken to scare the monkey” a chinese saying. He is sending a message to all BN MPs who may decide to jump ship to your side, in a way warning them they can be detained under the unreasonable ISA for up to 60 days.
So do ask him on this point if my guess is right.
So long for now, I and my friends will pray that everything will go smoothly for you to form the ever waited new govt.
GOD BLESS YOU AND FAMILY AND ALL OF US WHO TRUST IN YOU TOO!
jumpa paklah untuk ambik kuasa ker???
HARAP2 PERJUMPAAN ANTARA DSAI N PAK LAH NI BERBALOI SERTA BOLEH MENSTABILKAN KEADAAN POLITIK DI NEGARA INI YANG SEMAKIN TERUK INI.
Dah sah kerajaan BN (UMNO) dah terdesak, mereka dah mengigil semacam jee.. mereka cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat tentang masalah dalaman UMNO yang dihadapi hinggakan tindakan yang dibuat (ISA) telah memperlihatkan kebodohan dan kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO. Orang yang mula-mula buat isu perkauman tak kena ISA, cuma digantung keahlian 3 tahun jee….tapi wartawan yang siarkan kena. Apa punya bahlul laaaa……
I appear again Sdr terhormat Editor, thanks i advance.
I truly hail YB DSAI for his brilliant and very brave(valiant) move in wanting to meet Pak Lah to thrash out the current voltile and pressing issues (powder keg wating to BOOM!). It would be wonderful and truly truly appreciated if Pak Lah would have the very initiative by jumping the gun before YB DSAI did it. It would have shored up Pak Lah’s standing.Shows that YB DSAI is quick in thinking and in trying to defuse the already volatile situation. Malaysia has gained “Recogniton” from Big Brother US in summoning the Washington-based Malaysian embassy’s charge d’affairs Mr Ilango to have a “tete-a-tete” concerning those ISA detentions and propose that the matter be brought to the UNGA! EEEE!What a “recognition”!Please allow this stay for just a day or two prior to erasing it, if you can grant me that little favor.
Buat apa jumpa PAK Lah, 16 sept dah dalam tangan, tidur dua tiga hari saja, lepas tu TETAP keluar.
DSAI is on the right track to get things moving.
Seputeh supporter
Saya setuju DSAI nak jumpa Pak Lah. Cukup korum. Shabas n thats the way it should be. Let them discuss the matter out in diplomacy way. As we the law abiding citizen wanted is PEACE and HARMONY for the country we love - MALAYSIA.
Melangkah arus yang begitu terhimpit dalam segala tindakan yang telah diambil untuk menggunakan ISA adalah satu tindakan ‘rule of jungle’ yang diguna pakai kerajaan yang masih tidak sedar erti keadilan. Keadilan yang patut diterjemahkan selama fasa baru pemikiran rakyat mengenai siapa yang perlu mengambil hak memerintah,menerajui rakyat dengan menggunakan ‘rule of law’ walaupun tidak sepenuhnya menngunakan ‘rule of creator’.
Hukuman yang hanya lebih mengeruhkan konteks masalah dalaman negara.
Harap peralihan kuasa berlaku dengan penuh hemah tanpa perlu ‘membeli’ingin ditegaskan disini agar keperibadian DSAI lebih terselah keadilan induk yang ingin dibawa bersama.
Dato Sri.. bila jumpa nanti ko sergah aja PAKLAh tuu…
cakap kat dia …
“UDAH laaa tuu bawak2 berundur laaa….
org dah tak mau kat hang…”
he he he
LAGIPUN MEMBALAS DENDAM ANTARA SATU SAMA LAIN BUKAN JALAN PENYELESAIAN KEPADA SESUATU MASALAH DALAM KARIER POLITIK SESEORG.
PM ABDULLAH TAK PERLU MELARIKAN 50 ORG MP(LAWMAKERS) KE TAIWAN,TAPI ALANGKAH BAIKNYA JIKA SEKIRANYA DEBAT BAJET 2009 DISAMBUNGKAN SAHAJA PADA BULAN INI WALAUPUN BULAN INI ADALAH BULAN RAMADAN.
KETUA PEMBANGKANG DSAI TAK PERLULAH AMBIL 30 MP(LAWMAKERS) DR BELAKANG.
SAYA CADANGKAN SEKALI LAGI AGAR BERDEBAT DALAM PARLIMEN MENGENAI BAJET 2009 PADA BULAN INI WALUPUN INI ADALAH BULAN RAMADAN YANG MULIA KERANA KEADAAN EKONOMI SEDANG TERUK.
DAN TOLONGLAH BERKELAKUAN SEPERTI ORG DEWASA.
Dato Seri Anwar, kalau boleh ketuk skit kepala Pak Lah tu bila jumpa Pak Lah nanti bagi sedar skit yang Umno tu dah nak karam.Jangan duk main isu kaum sangat hehehe
http://suarasaktii.wordpress.com/
DSAI…
Only you can make the difference….
Go teach Mr.Bodohwi some lesson….
The Rakyat is behind you….
Fight for the truth…
SAY TAK NAK TO “ISA”…
“Saya tak arah mereka di tangkap, phihak polis yang tangkap” - Syed Hamid Albar. Nada ini sama dengan apa yang di suara kan Tun Mahathir dulu “Saya penjarakan Annuar. Pihal polis dan hakom penjara dia”. Laaa..BN..putar belit lagi. Kalau polis tak di beri arahan dari Syed Hamid dn Abdullah Badawi sapa yang beri arahan? Mungkin ayam dan kuching kurap kot. Semua nya bohong belaka!. Jgn bohong Encik Hamid, bulan puasa nie. Patut nya kau bertaubat. Nanti masuk liang lahad, malaikat tangkap encik hamid, apa kata. Malaikat maut tak tanya, encik hamid dah besedia ker? Tak kan encik hamid, nak kata nak buat press release dulu baru suruh malaikat maut ambik encik hamid. Atau pun dia tanya “hang nie maialat dari UMNO ker Pakatan raakyat? Klu dari UMNO..hamid akan kata “et too Bruto”. Klu pakatan raakyat…laaa abis ler aku kena ISA (Institute seksaan Albar).
It is very funny that ISA is being used freely as during Mr Dir’s regime. I thought the Pak Lah’s era he wants to see justice served and uphold??!!! So what the hack with the detention!!!!
Another thing is the double standard practice by the BN govt. A reporter whom reported what was being uttered was detained under ISA. What about the person who uttered it….. Why no action against him. Just coz he is BN, a Penangite, a MAMAK so he is immune to law???!!! I thought the constitution only gives immune to the ruler ( king ) and no one else!!! Even the kings consort and the regent is not immune to law!!! So why is this MAMAK immune to law????
Another thing of interest is the way the reporter was detained under ISA… She is a reporter. Her job is to report happenings of interest and send it back to the media room. There the editor will scrutinized the report before releasing it to be printed. Hence why was the editor not detain??? Why act upon the stupid mamak’s statement!!!! What about TV3 & RTM news that showed DTK KHOO SOON KHOON’s poster being torn by MAMAK GANGSI on tele. It was heart racking to see the news.. it hurts me…. So why was the newscaster or the editor of TV3 & RTM news not detain under ISA???? Why the double standard????
UMNO tak faham2 lagi ka yg Malaysia ni bukan mak bapak depa yg punya.. Malaysia hak rakyat semua..maknya kalu rakyat dah tak mau BN.. hangpa buat pilah apa pun..last sekali hangpa akan lingkup juga..
Permatang Pauih dah bagi hangpa tertomoih… xkan buat2 x faham lagi kut..yg Pak Lah ni pun..bukan setakat rakyat tak mau hang dah..org UMNO gan BN pun x mau dah.. turun jalahh..tu la org bagi peluang tahun 2004 x mau buat keja elok2..duk ikut sangat cakap KJ tu buat apa…
Saya setuju DSAI berjumpa Pak Lah. Ini lah cara paling terbaik berbincang semuka. Diplomatik Relationship among us. Walaupun tak setuju tapi tetap bersatu. Apa yang penting masakini ialah maruah bangsa dan ugama tetap terpelihara dan di pertingkatkan. Let there be PEACE and HARMONY in our beloved nation - MALAYSIA.
DSAI tidak perlu untuk berjumpa dgn PM. Biarkan mereka dengan kezaliman mereka. Dari berjumpa PM, lebih baik buat solat hajat mega di semua negeri-negeri PR. Ni kan bulan Ramadhan. Yakin lah ALLAH akan kabulkan hajat kita. Dengan keberkatan baki-baki ramadhan ini. Lakukan setiap malam. Pasti ada hasil.
Berjumpa dengan PM menampakkan kita lemah. Dengan media yang akan memutar belitkan cerita yang menampakkan kita terhegeh-hegeh. Kita tengak berapa ramai lagi dia boleh tahan. Setiap penahanan membuat lagi benci.
Ingat semangat Badar. 313 lawan 1200. Allah beri kemenangan kerana doa dan munajat Baginda Nabi SAW. Bukannya nabi pergi berunding dengan manusia. Tapi nabi berunding dengan ALLAH.
Ingat, yang zalim pasti jatuh. Cepat atau lambat. 16 Sept atau selepasnya. Jangan lupa orang yang di zalimi tidak ada hijab antara dia dan tuhan. Mari ramai-ramai kita. Doa itu senjata orang mukmin. Kalau semua orang mukmin berdoa, pasti yang zalim akan jatuh. percayalah !!!
fandi Reply:
September 15th, 2008 at 4:42 pm
setuju dengan saranan tuan hairul tu…amat baik sekali kaedah itu. Panggil; Nik Aziz imamkan solat, buat kat Stadium Shah Alam atau kat Bukit Jalil. Semua rakyat beragama Islam join sama.lagi ramai lagi mujarab.Apabila orang yang zalim tadi nampak manusia berbondong-bondong sembahyang hajat, kecut perut dia
ds,sy rasa xyah la p jumpa dolah tu buang masa je.manusia mcm dia dah rosak teruk akhlak dia,iman pun xde,hancus.percayalah,dgn dolah badawi takkn bole bwk berbincang utk apa2 kebaikan sbb dlm kepala hotak dia cuma ada kemewahan dan harta dunia,dh berserabut dgn benda2 jahat dan kejam.mcm mahathir la..sama je pe’el dua ekor ni.hal ini sgt simple,kalau dia seorang yg baik,dia dah bertaubat skrg ni dan kembali kepangkal jln.dolah sndiri yg akan dtg brjumpa ds,mintakmaaf dan suh ds terus ganti dia jadi pm.
SETUJU TAHANAN ISA DIBEBAS TANPA SYARAT !
GAWAT SEKARANG ADALAH KEPIMPINAN PM. BUKAN NEGARA YANG GAWAT. DAN BUKAN PUN MASALAH RAKYAT.
RAKYAT MENYUARAKAN RASA BENCI KEPADA PERKAUMAN ! APATAH LAGI SELEPAS TINDAKAN BIADAP ‘PEMUDA UMNO PENANG’ YANG MEMBUKA RUANG KEPADA PERBALAHAN DAN PERPECAHAN.
TIDAK SETUJU TINDAKAN DEMIKIAN KERANA CINTAKAN PERDAMAIAN ! MAKA, KENAPA DITAHAN ISA ?
APAKAH ERTI PERPADUAN DALAM MINDA PEMIMPIN BN ?
APAKAH MAKNA PERKAUMAN KEPADA UMNO ?
PENAHANAN SEOLAH-OLAH MENOLAK KRITIKAN !
PENANGKAPAN SEOLAH-OLAH SALAH MENYUARAKAN KEBAIKAN !
MAKA, YANG MUDHARATKAH MAHU KAMU PERTAHANKAN ATAU YANG BAIK HENDAK KAMU JAUHKAN ?
JIKA KECELAKAAN MAHU DIPERTAHANKAN, ANDA MEMANG CELAKA ! KERANA CINTA YANG MEMBAWA MUDHARAT.
JIKA YANG BAIK PULA ANDA BERUSAHA MENOLAKNYA, ANDALAH LEMBU YANG SEBENAR-BENAR LEMBU, YANG TAK KENAL YANG MANA ‘UBAT’ DAN YANG MANA ‘RACUN’ !
‘TUNGGANG TERBALIK’ DEMIKIAN JIKA MENGHINGGAPI SESEORANG MAKA SAH SASAU, GILA, LANGSUNG TAK LAYAK JADI ‘HAKIM’, ‘GURU’ ATAU ‘IBU’ ! MALAH TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN !!!
SEBALIKNYA JIKA ANDA WARAS !
MEREKA PERLU DIBEBASKAN !
nano2k Reply:
September 14th, 2008 at 3:48 pm
Hehehe BangAbu semakin hari semakin menyerlah mata pena anda - eh mana ada pakai pen dah skg, skg semua pakai keyboard!
Setuju sangat ISA dah tak relevan.
BangAbu, perasan tak? semakin hari macam PakLongLaiLah tu macam saja je rosakkan Umenoss, agaknya dia memang orang kuat DSAI kot hehehe… saje je dia main peranan dari dalam Umenoss, senang untuk dia hancurkan Umenoss tu hehehe.
Oleh itu, biarkan lah dia merosakkan Umenoss tu sampai serosak-rosaknya! hehehe… lepas satu.. satu dia buat pe’el pelik, yang sah-sah semua orang tau benda tu bodoh.. hari ni dia main tahan2 pakai ISA plak kat orang tak bersalah, padahal ISA satu ketika dulu utk tangkap komunis atau pengkhianat negara.
Semalam dia main sorok-sorok MP kat Taiwan, tetiba jerk nak gi belajar tanam pokok… hehehe PakLongLaiLah tu memang kelakar… Saje je dia memain tu… nak rosakkan Umenoss bagi Pak Tun M meraung-raung!
PakLongLaiLah sebenarnya sangat marah apabila DSAI kena tangkap kat Pak Tun M dulu, tu sebab sekarang dia balas dendam hehehe…
DSAI pulak, mesti kenang budi PakLongLaiLah, so walaupun nak tukar kerajaan, tapi kena berjumpa secara baik, kena ucapkan terima kasih kat PakLongLaiLah sebab dah menjalankan tugas merosakkan Umenoss dengan cemerlang, gemilang dan terbilang! hehehehe
Apa macam BangAbu?
BangAbu Reply:
September 15th, 2008 at 4:09 pm
RUJUK nano2k !
PAH LAH TOLONG PELINGKUP ?!
OTAK KAMU MEMANG JALAN, nano2k !
AKU PUN TAK SAMPAI PIKIR CAM KO ! AGAKNYA BETUL LAH ! HEM…!
HABIH, YANG TUKANG SIGN ARAH TANGKAP ISA TU YANG NO.1 LE KAN ?
AH ! APE2 PUN….
NO PAK LAH NO CRY !
NO UMNO NEVER DIE !
ANAK MALAYSIA Reply:
September 15th, 2008 at 4:45 am
saya doa kepada allah swt agar mereka yang zalim ini dkenakan bencana tsunami 2008 sptmana ia pernah berlaku pd 2004 nnt pada bulan yang mulia ini.
YB DSAI,
Bagus jugak jumpa Pak Lah.
Pertama mesti kata bahawa Negara akan lingkup dengan cara pemerintahan gaya ni!
Kedua, Negara akan lingkup kerana terlalu banyak rasuah, salahguna kuasa, dan kroni.
Ketiga, Negara akan lingkup kerana pemimpin-pemimpin UMNO bergaduh sesama sendiri. Mahathir hentam Pak Lah, Muhyiddin kata 2010 terlalu lama, Najib bersetuju dengan Muhyiddin tapi dia kata, biar grass root buat keputusan, maknanya, tak setuju peralihan 2010.
Keempat, Gerakan, MCA dan PPP dah tak puas hati kerana Ahmad racist Tan ditahan, Khir Toyo berdusta Teresa Kok ditahan.
Cakap betul-betul dengan Pak Lah bahawa Pakatan Rakyat boleh selamatkan Negara, dan boleh selamatkan Negara dari buaya-buaya yang selama ini makan komisyen buat rakyat rugi.
Katakan pada Pak Lah, kalau dia betul-betul sayang kepada Negara ni, jangan dolak-dalik lagi, biar Pakatan Rakyat take over. Kalau Najib take-over, rakyat nanti gelisah. Dah terlalu banyak cerita komisyen ni, dan kes Altantuya tu, kes ni lah, kes komisyen lah!
Saya setuju Pak Sheikh jumpa Pak Lah.
tak payah jumpa paklah,tukar terus paklah jd pembangkang,biar dia melalak macam toyo dan sitajul tu,gila meroyan,rakyat dah muak dengan alasan mereka…reformasi.
sesungguhnya kita hanya mampu merancang,tuhan yang menentukan,moga dsai berjaya membawa keluar rakyat malaysia dari belengu umno yang korup..
Sebagai org Islam, saya menyeru kerajaan berlaku adil terhadap tahanan2 ISA.
Kalau mereka bersalah, bicarakan mereka di mahkamah, bukan sewenang2nya menggunakan ISA yg sudah tidak relevan sekarang.
HAPUSKAN ISA
Dseri pls pls help these innocence Civilians pls!
umno /bn hanya mempergunakan ISA act untuk kepentingan mereka sendiri unuk menakut kan rakyat ..mereka yg berani menegak kan keadilan dan kebenaran di tindas di tangkap sewenang wenang nya !
KERAJAAN ABUSING THE ISA ACT for their own benefits!!..satu kezaliman dan tak berperi kemanusian
saya DAN BERIBU rakyat yg lain menghaRap PAKATAN /DAP/PAS akan terus FIGHT AGAINST tHESE UMNO/BN ..AND TOPPLE THEM ASAP ..KAMI dah tak sanggup hidup bawah kempimpinan kuku besi dan Corrupted governments ..
Cukup sesuai masa sekarang ini DSAI jumpa dengan Pak Lah, Lagi pula Pak Lah sekarang ini dok tengah pening, Dia dok fikir macamana nak mengatasi kumpulan pendesak yang nak naik kerusi no satu tu. Lagi pula malam ini pula Dato Zaid Ibrahim minta nak jumpa pak lah pasal Isa. Elok lah DSAI masuk sikit mudahanx disorong bantal bagi dia tidor nyenyak. Kita ni orang islam, guna lah ayat lembut hati tu, mudahanx dia ada rasa kesian sesama islam ni. Saya yakin DSAI bolih mengatasi segalaxnya. Salam REFORMASI!!!
SETUJU DENGAN TULISAN BANGABU,
Kalau hati itu ikhlas nak cari kebaikan, banyak cara bolih kita fikirkan untuk mencari kebaikan. Tapi, dari tindakan yang berlaku sekarang ini, nak cari musuh, minta rakyat percaya yang dia orang buat tu, baik belaka. Apa gunanya kita cari keburukan orang, sedangkan keburukan sendiri tidak kita sedar. Nak jadi pemimpin terulong bukan perkara yang mudah, banyak ranjau disepanjang jalan sapertimana dalam cerpen Shahnun Ahmad. Banyak tauladan yang bolih kita ambil dalam cerpenx tulisan sasterawan dulu, saperti cerpen dalam Patah Tumboh. Merekax ini telah menanam semangat, bagaimana hendak menjadi bangsa yang berdaulat. Sekarang ini, sudah tidak diambil indah lagi perkara-perkara sebegitu, kerana apa?, Kerana sekarang telah didedahkan bentuk meterial yang terlampau mewah sehingga masyarakat hari ini sudah lupa diri, lupa asal usul, lupa keturunan. Kalau keadaan sebegini dibiarkan berpanjangan, kita tidak tahu apa akan jadi kepada anak cucu kita dimasa depan. Para ulamak dan para cerdik pandai yang ada pada hari ini yang tidak dikongkong minda mereka, saya nampak mereka lebih bervisi dalam melaksanakan sebuah negara yang berdaulat saperti malaysia kita. Banyak dikalangan cerdik pandai pada hari ini tidak mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin yang bersifat dendam kesumat, hasat dengki, tidak tahu, dari jenis syaitan spesis mana yang merasuk fikiran mereka.Kita juga nampak hari ni, kalau jadi pemimpin, tak usah tinggi sangat, jadi ketua cawangan pun sudah cukup, berjalan buka dada bergaya sombong, semua bantuan yang kerajaan mesti diagihkan kepada suku sakatnya dulu, yang hampeh barulah bolih kat anak buah yang lain. Bagaimana kita nak ikut perangai macam ini. Olih itu, anak-anak muda kita pada hari ini telah mula mengorak langkah kearah pentadbiran yang bersih dari segala anasir, mereka telah membuktikan dalam PR12 lalu, dengan ini akibatnya, penguasa yang tamak mula gementar dan mencari helah berbagai, menahan sesiapa yang disyaki tanpa bicara, apa kah releven dengan dasar itu buat dunia Globalisasi sekarang ini. Otak anak-anak sekarang telah memberontak, mereka bolih berkawan dengan semua kaum, jadi cara pentadbiran lama tidak releven lagi. Kebebasan bersuara yang tidak mengancam keselamatan negara digalakan, janganlah hentam membabibuta saja. Jadi pemimpin yang bolih beri manafaat kepada rakyat bagi membangunkan suatu bangsa yang bertamadun perlu dibebaskan dari cengkaman penguasa yang tamak, Sekian!!!!
Selagi ketuanan Melayu yang di perjuangkan UMNO sekarang selagi itulah mereka gagal.
Sudah hampir 700 tahun sejak zaman Portugis lagi hingga akhir sekarang Melayu lemah dan gagal
kerana ketuanan Melayu yang sempit. Mereka tidak mahu reform dan tamak kuasa.Mereka tidak faham apa itu kemajuan Melayu/Islam…. mereka maseh tidur dalam celik….
DSAI DULU HAMG KENA TAHAN DAP NGAN PAS TAK TOLONG PUN…. LUPA KAH
fandi Reply:
September 15th, 2008 at 4:15 pm
hang jangan dok celupaq mulut Mat Spring….mana hang tau PAS ngan DAP tak tolong? Yang dok berdemo siang malam tu sapa? Tak kan UMNO ngan MCA kot.Hang ni memang tidoq dalam celik la.
sila sediakan pampers untuk dia sebab dia mungkin akan terkencing2
perancangan berjalan lancar.! saya yakin kalau peralihan kerajaan menunjukkan tahap kestabilan dan pendominasian kumpulan yang majoriti serta mengiktiraf minoriti, pasukan keselamatan akan menyokong. insyaa Allah.
najib-mahyuddin-mahathir kata klpos telah buka team baru nk jatuh pak lah.
anwar -pak lah-tengku razaleigh team lain ,mereka betray pak lah,so pak lah akan pastikan anwar jadi pm pd tahun 2010 ,razaleigh akan jd timbalan selsai, kini masalah negara mesti keutamaan,bukan politik.dalam politik apa sajer boleh berlaku .
agak nyer la
any comment ?????
salam DSAI n Bloggers,
setuju DS pergi berjumpa dgn pak lah, selain dari isu ISA, perpaduan rakyat jelata, ekonomi malaysia…..sekolahkan beliau tentang sepak terajang amino lebih2 lagi dgn kemasukan mahazalim dan statement muyiddin, nampak sgt depa akan lawan dan bagi penerajang kungfu panda kat beliau nanti!! so buat apa duduk diam, bertindak pak lah….tinggalkan amino atau berpakat dengan DS bagi masa depan malaysia, pastikan be end akan karam bersama2 labu2nya
p/s : DS inilah masa yg paling tepat utk beri kata dua pada pak lah…JOIN PAKATAN RAKYAT!!!
aku setuju…ketuanan melayu sekarang ini adalah ketuanan hanya pada segelintir melayu yang memegang kuasa….dan mereka mempertahankan ketuanan mereka sebagai manusia yang ada kuasa menggunakan isu MELAYU….kalau benar ingin martabatkan melayu….HAPUSKAN JURANG!!!!!….jadikan orang2 melayu KAYA DIBUMI SENDIRI!!!!… tapi kini hanya MELAYU TERPILIH YANG KAYA!!!!… aku orang melayu…aku tak pernah rasa aku TUAN DIBUMI MELAYU!!!….kalau hendak mendapatkan kerja kena memenuhi syarat “mesti fasih berbahasa mandarin”……….kalau ke MID VALLEY!!! cariklaa kedai ORANG MELAYU!!! kalau ke SURIA KLCC!! orang melayu hanya ada kedai makan……….kalau ke ibukota orang melayu ramai yang pakai PROTON WIRA!!!….dimana ketuanan MELAYU?????…mana perjuangan UMNO 51 tahun untuk melayu??????????………kenapa orang melayu kebelakang???????????????kenapa bangsa lain yang bukan MELAYU lebih TUAN dari MELAYU?????????…….saya ingin berpesan kepada pejuang bangsa…kalau ikhlas berjuang untuk memartabatkan ketuanan melayu….. buktikan…berikan keadilan pada KEK KEKAYAAN NEGARA!!! jadikan orang MELAYU BOSS!!! jadikan orang MELAYU AHLI PERNIAGAAN MAJU!!! BERJAYA!!!…jadikan orang melayu yang paling tinggi nilainya pada pandangan bangsa lain….INI TIDAK!!!! orang melayu di bumi MELAYU kini hanya dipandang bangsa kelas KEDUA!!! ini realiti….berapa ramai orang melayu yang MAMPU untuk MENIKMATI KESELESAAN HIDUP yang sepatutnya dalam ABAD INI?????….lihat dengan mata akal dan hati……aku pernah berkelana ke DUBAI…dan disitu aku faham maksud KETUANAN yang sebenar….kalau nak tau apa maksud ketuanan tuan tuan bolehlaa melawat sebuah negara yang kaya dan rakyat asal negara itu pun KAYA RAYA dan BOSS untuk segala aktiviti. wassalam.
AKKHAN Reply:
September 15th, 2008 at 8:48 pm
Saya amat setuju dgn Tuan. Itulah kami disini memperjuangkan. Tapi sayang seribu kali sayang orang melayu jadi pengemis di negara sendiri. Bukan kelas kedua sudah jatuh kelas ketiga, Kira Pendatang Jatuh Ke 7…?????????. Saya nak katakan di sini orang UMNO-Pemenrentah tak pedulikan bangsa dia.Dia jaga perioknasi dia dan orang yang tahu BODIK dia. Dia SIBok jaga MCA, MIC, PPP, Gerakan. Orang Melayu SIAPA YANG JAGA??????? Tak Ambil Tahu, Tak Peduli. Semangat untuk meningkat bangsa sendiri ELEK TAKADA. Melayu tipu Melayu. Dia (UMNO) tak kata dia Melayu. Dia kata Dia Orang Kaya yang Berkuasa.
Telajak Perahu Bolih Tarik Balik, Telajak Perbuatan UMNO Tanggong Kita Melayu Jadi MANGSA. Kita perlu pemimpin yang boleh membawa pada perubahan…kalau tidak….HHANCUR LEBOH JADI DEBU……
ISA pada asas nya adalah undang2 untuk menahan sesiapa yang mengancaman keselamatan negara. Tetapi ISA adalah undang2 yang dikuatkuasakan oleh pemimpin politik dari kerajaan Pemerintah. Jadi, ini secara tidak langsung dan secara langsung memberi faedah kepada karajaan pemerintah untuk melaksanakan Undang-undang ini pada bila dirasakan ada ancaman. Tetapi malangnya, tafsiran terhadap ancaman membawa perspektif yang berbeza jika diukur melalui politik. ISA adalah ‘tentera’ bagi kerajaan pemerintah untuk menewaskan musuh yang bijak. ia satu perang psikologi bagi mewartakan “jangan buat hal dengan kami”. ini merupakan satu ugutan yang biasa kita fahami berlaku diantara samseng dengan org biasa. ISA boleh disalahgunakan melalui cara ini. ISA penting bagi keselamatan negara jika tidak disalahertikan dengan tafsiran sekumpulan kelompok manusia yang berpaut pada kuasa. Adalah lebih wajar kuasa penggunaan ISA ini adalah terletak pada Ketua Tentera Negara yakni Yang DiPertuan Agong. Pertemuan DSAI dengan DSAAB tidak dapat menyelesaikan keadaan ini. Mungkin hanya dengan melepaskan baki tahanan tetapi ini tidak menjamin kedua-dua pemimpin ini mampu mengubah undang-undang di tangan mereka sendiri. DSAI telah menduduki kerusi Parliment. Kerusi yang boleh membicarakan undang-undang. lebih elok kiranya ISA ada satu badan bebas politik.
This idiotic BN is really good a making Malaysia a laughing stock in the world. In Australia and New Zealand, we feel “malu” to tell them where we are from. Hope this will change soon after DSAI leads the next government. We shall be proud to tell the world we are Malaysians. Hidup Anuar! Hidup PKR! Hidup Malaysia
Hentikan segala permusuhan sesama kita. Pertahankan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu….Masalah politik yang berlaku pada hari ini ialah kerana manusia mengambil sistem ideologi ciptaan manusia sebagai teras kehidupan manusia. Sistem demokrasi yang kita amalkan pada hari ini menggalakkan perpecahan. Kembalilah kepada sistem politik yang Allah wahyukan, bukan sistem yang UMNO, PKR dan PAS amalkan pada hari ini.Sedarlah kaum muslimin,itu semua sistem Yahudi….Kepada PAS, ada telah bersubahat kepada hancurnya sistem politik Islam yang tulen. Belum tentu orang yang sokong PAS nakkan Islam, kerana yang menyokong PAS ramai yang tak jelas aqidahnya, syariatnya dan akhlaknya.Tak payah nak ikutkan nafsu join PAKATAN RAKYAT, betulkan masalah aqidah, syariat dan akhlak ahli-ahli PAS.Ceritakan pada masyarakat mengenai uluhiyyah dan rubudiyah kepada Allah, bukan menghentam sana-sini.Mentaliti orang kita, apabila lihat orang berserban jubah, mereka akan percaya walaupun cakapnya tak betul.Jangan gunakan agama untuk kepentingan politik. Ingat!!!Yang rosakkan agama pada akhir zaman bukan orang awam, tetapi dikalangan ULAMA.
DRP : IRON MAIDEN, Tak sokong mana-mana. Sokong orang yang lidahnya tak bercabang, bukan macam PEMIMPIN2 PAS, UMNO dan PKR. Sama je…