13
Aug
08

Kenyataan Media Menteri Besar Selangor

JANGAN PANJANGKAN ISU KEMASUKAN PELAJAR

13 OGOS 2008

Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor peka terhadap laporan akhbar membabitkan kenyataan pembukaan 10% kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan bumiputra. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat. Ianya dibuat ketika Dato’ Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.

Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.

Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. Kerajaan Negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.

Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan. Ia juga perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu sendiri supaya ianya boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani diperingkat Negara dan juga Antarabangsa.

Pihak Kerajaan Negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap supaya pelajar dan ahli akademik berusaha mengembeling tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta sekaligus dapat menjayakan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Sekretariat Akhbar

Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor


75 Responses to “Kenyataan Media Menteri Besar Selangor”


  1. 1 hanafijamil Aug 13th, 2008 at 5:54 pm

    Harap Tan Sri Khalid lebih berhati2 ketika membuat ulasan mengenai sensitiviti org melayu terutama melibatkan pelajar.

    Reply

  2. 2 Kapalai Aug 13th, 2008 at 6:03 pm

    Semoga ulasan ini dapat dihadam oleh semua pelajar UITM. Jangan terlalu melatah sehingga menggelikan hati bangsa lain. Bangsa Melayu perlu tegas dengan perkara2 yang haq tetapi bukan dengan sekadar menggunakan perasaan semata tanpa usul periksa maksud sebenar Dato’ Menteri Besar..

    Bagi Dato’ Menteri Besar Selangor..
    Saranan saya semoga apa jua pandangan yang dipanjangkan buat ketika ini jangan sesekali menyentuh isu2 sensitif yang melibatkan Melayu itu sendiri walaupun dengan niat yg baik dan ikhlas, kerana org BN/UMNO sebenarnya sedang menunggu saat seperti ini untuk mendapatkan merit politik mereka..

    Reply

  3. 3 uitm student Aug 13th, 2008 at 6:20 pm

    wateva it is…kami stdnt2 uitm ttp membangkang kemasukan pelajar asing ke uitm….

    Reply

  4. 4 Zara Aug 13th, 2008 at 6:24 pm

    Saya rasa pihak media terutamanya tv3 sengaja memutar belitkan isu ini utk wujudkan isu perkauman. Sebenarnya BN perosak bangsa.

    Reply

  5. 5 zargon Aug 13th, 2008 at 6:24 pm

    Alah kepoh tak tentu pasai lah orang Melayu ni. Sikit-sikit glabah, sikit-sikit melatah. Belum apa-apa lagi dah melenting, tapi tak bertempat. Tak sedar yang merosakkan hak dan kepentingan orang Melayu tu sendiri selalu orang Melayu jugak. Tak payah tuding jari kat bangsa lain. Dah kalau kita Melayu sendiri tak pandai nak jaga hak sendiri salah kah orang lain kalau mereka rebut peluang?

    Ni kisah UITM ni, apa cerita pulak ni. Tak faham ke maksud yang telah disampaikan? Sekaranglah nak sibuk-sibuk. Mengapa dulu bila Nazri Aziz semasa jadi Menteri Pembangunan Usahawan buka kuota 10% kemasukan ke MRSM beberapa tahun dahulu kepada
    non Malays tak kecoh pun? Tak sedar ke time itu? Mana pegi pejuang-pejuang hak dan keistemewaan Melayu dalam GPMS, PEKIDA dll time tu? Tidoq apa?

    Jangan takutlah. Setahu aku bukan Melayu ni pun tak minat sangat nak masuk UITM mahupun MRSM. Contohnya tengok jelah berapa kerat pun yang ada kat MRSM tu. Ada yang dah masuk keluar balik pun ada.

    So tak yah nak tuang-tuang kelas gi demo. Tingkatkan mutu pembelajaran masing-masing supaya tak dilabel yang pelajar Melayu ni pelajar sekadar cukup makan aje lagi baik. Fikir-fikirkanlah. Sheesh …

    Reply

  6. 6 worry Aug 13th, 2008 at 6:32 pm

    Tan Sri Khalid,

    Kami begitu bimbang… Dan ini bukan kali pertama kekeliruan ayat dijadikan sebab. Dan kerana itulah isu-isu sengaja dimainkan.

    Kesasulan kita di Pilihanraya Kecil Ijok menjadi sebab kekalahan tersebut.

    Reply

  7. 7 Pengundi Senyap Aug 13th, 2008 at 6:47 pm

    Sokong sangat lah ulasan DSAI ni.
    Memang pihak MSM milik BN/UMNO akan tetap memutar-belitkan kenyataan TS Khalid untuk modal undi Permatang Pauh. Ini untuk bangkit org melayu kat P-Pauh supaya benci PKR..ternyata BN/UMNO sudah mangkin nak lupus.

    Tengok saja dlm pencalonan/pemilihan ketua bahagian UMNO, ada ahli MT UMNO yg mengaku ada politik wang diguna dlm mesyuarat cawangan/bahagian.

    Mari rakyat semua…kita tinggalkan BN/UMNO yg sedang nazak ini…kita orak langkah kahadapan…maju rakyat Malaysia demi untuk rakyat Malaysia yang bersih, berwibawa dan sejahtera.

    Reply

  8. 8 ctfong Aug 13th, 2008 at 6:48 pm

    Students of UiTM: Selangor MB did not do any wrong in suggesting the 10% non-bumi in-take, in the long run this benefits you all, you will feel proud that you are able to compete – not just among the Malays! I was the HR Manager for about 12 years and I had seen the quality of UiTM students when they came for interviews. Concentrate in your studies and make good of the chances given to you, marching and protesting won’t help you. I hope to see good quality graduates from UiTM. The only way you can make the nation, your university and your parents proud is to work hard ans excel academically. Doa always from me a non-Bumi Muslim.

    Reply

  9. 9 NUJUM Aug 13th, 2008 at 6:50 pm

    Saya setuju dengan kenyataan menteri besar Selangor, kita orang melayu kalau nak maju patut benarkan pelajar asing atau bukan bumiputera masuk dengan kuota 10%.Kita tak boleh lari dari hakikat kalau nak maju dalam pendidikan dan berdayasaing, kalau kita mahu universiti Melayu di iktiraf di antarabangsa kita kena buka pintu untuk pelajar asing atau bukan bumiputera. Apa yang nak risau sangat! kenapa nak bersifat perkauman! kenapa takut sangat nak bersaing!Saya orang melayu belajar di UM,UKM dan oversea. Saya lulus dengan baik dari semua universiti tersebut dan bersaing dengan bukan bumiputera tak ada masalah pun. Pelajar-pelajar Melayu UiTM janganlah macam katak bawah tempurung, lihat lah dunia luar, janganle terpengaruh dengan hasutan perkauman oleh mereka yang tak bertangung-jawab.Sebagai seorang islam kita tak boleh pandang serong atau sayakwasangka kat kaum atau agama lain. Kita kena bersangka baik dan belajar bersungguh-sungguh.Kalau kita duduk sekelompok Melayu kita saja kita tak akn dapat pergi jauh.percayalah. Ahli akademik UiTM pula janganle beri komen yang bersifat perkauman dan melenting tak tentu pasal. UiTM bukan awak punya saya orang melayu dan bayar cukaipun ada hak,beri le pandangan positif dan membangun bukannya nak jadi champion kaum melayu.saya tak setuju dengan komen awak di TV.

    Reply

    Thiru Reply:

    syabas….

    Reply

  10. 10 Luna Aug 13th, 2008 at 6:58 pm

    Let me tell you as a non-Malay parent .I will not ever send my child to UiTM. We are not interested in places like UiTM-our children will only be subjected to racism like what is happening in national schools today. most of us are already not sending our kids to national school anymore.

    Reply

  11. 11 orang muda Aug 13th, 2008 at 6:58 pm

    kalau nak buka 10% uitm kat bukan bumiputera pun org melayu dah gelabah macam tu nanti sampai bila2 pun bangsa melayu akan dipandang sebagai pengecut oleh bangsa lain.Kalau dengan bangsa lain yang satu negara pun takut nak bersaing, macam mana anak melayu kita nak bersaing di peringkat dunia dengan bangsa2 lain di dunia.Anak-anak melayu kena sedar mereka x boleh lari dari persaingan dengan kaum lain,apabila mereka keluar dari uitm nanti mahu tidak mahu mereka kena bersaing dengan bangsa lain baik dari segi ekonomi dan lain2.
    Lagi pun uitm dilihat universiti yang paling banyak masalah sosial, betapa malunya orang Melayu kerana universiti yang 100% bumiputera adalah yang paling tinggi kes gejala sosialnya.Budak melayu terlalu manja dalam persaingan.Di matrikulasi misalnya jumlah pelajar bukan bumiputera hanya 10% seluruh matrikulasi di Malaysia tapi jumlah 10% itu mampu mengatasi hampir 90% pelajar bumiputera di disana dari segi pencapaian akademik.Jadi persoalaannya,apa budak melayu kita di matrikulasi buat???mengapa mereka tidak serius dalam pelajaran sedangkan yang masuk ke matrikulasi itu semuanya hebat2 keputusan SPM nya.
    Begitu juga dengan Uitm, mereka perlu bersedia bersaing dan berfikiran terbuka,jangan terlalu manja dengan status bumipetera yang dimiliki kerana lama-kelamaan bangsa melayu itu sendiri akan lemah.Memang uitm boleh melahirkan begitu ramai anak melayu yang berijazah tetapi apakah nilai dan kualiti ijizah yang mereka miliki.
    Pepatah Melayu sendiri ada mengajar “KALAU SAYANGKAN ANAK TANGAN-TANGANKAN” tapi sayangnya orang melayu sendiri tidak belajar dari pepatah dan nasihat melayu ini. Hanya yang mereka tahu menjerit “ketuanan melayu” tetapi tidak mahu belajar dari pepatah melayu.

    http://suarasaktii.wordpress.com

    Reply

  12. 12 Semut Api Aug 13th, 2008 at 7:21 pm

    Salam Bahagia,

    Sejarah membuktikan beberapa kenyataan pimpinan atasan semasa kempen pilihanraya sedang berjalan akan mudah dimanipulasikan oleh pihak musuh bagi menjadikan ia satu isu yang hangat dan mudah memancing pengundi. Seperti biasa pengundi akan mengambil isu yang hangat sahaja semasa kempen dan itu yang akan jadi penentu undinya. Semasa tempoh kempen semua Setiausaha Politik / Setiausaha Akhbar patut memastikan tiada kenyataan yang akan merosakkan parti dan sekaligus memusnahkan peluang untuk menang dalam pilihanraya, saya memfokuskan Permatang Pauh.

    Usah terlalu yakin, berlawan untuk menang berbeza dengan berlawan yakin menang, elok kita mengambil pendekatan kita kalah dulu dari seronok sendiri mengatakan kita menang, lihat dulu faktor kemenangan, semua faktor itu amat rapuh untuk dijadikan sandaran menang. Walau majoriti berbeza ketara dari 2004 berbanding PRU12 2008, namun kita perlu yakin bahawa perbezaan itu jugalah yang perlu diperjudikan untuk merosot. Ini bukan bilangan undi “hardcore” ini undi sentimen dan isu semasa.

    Sejarah Pulau Pinang, dari dulu adalah masalah Melayu, saya masih ingat zaman sekolah (sekolah di selatan Kedah), kami dipupuh dengan semangat Melayu melalui GPMS, hampir semua Melayu terutama yang tinggal diasrama ditanam dengan semangat Melayu, jadi isu Melayu Pulau Pinang bukan isu baru, isu yang sudah sebati, jadi Isu Melayu inilah kunci kemenangan Permatang Pauh saya meyakini begitu. Usah pandang remeh tentang isu ini. Bila sebut isu Melayu kita akan bertembung dengan 2 sudut, satu Undi Melayu satu Undi Bukan Melayu, faktor pola pengundi di Malaysia adalah mengikut kaum, sebab itu senarai daftar pemilih dimasukan pecahan kaum, pecahan kawasan pilihanraya juga menglibatkan faktor kaum. Saya tegaskan jangan main main dengan isu Melayu di Pulau Pinang. Ayuh sama-sama kita sedarkan pimpinan kita akan malapetaka ini jika tidak ditangani dengan baik.

    dari insan kerdil

    Reply

  13. 13 PJboy Aug 13th, 2008 at 7:22 pm

    Masalahnya, yang protes-protes tu member-member UMNO. Merekalah yang selalu jadikan isu politik bila dapat peluang. Yang benar, isu negara dan demi kebaikan negara dalam isu mempertingkatkan kualiti akedemik negara kita. Apa salahnya? Ini pun satu peluang untuk kaum-kaum lain berintigrasi (if got such word).

    Reply

  14. 14 Menzi Aug 13th, 2008 at 7:40 pm

    YAB Dtk Khalid,
    Saya sokong cadangan datuk sekiranya perlaksanaan seperti berikut.
    Uruskan kemasukan 100% melayu terlebih dahulu dalam uitm. Kemudian keluarkan seramai 10% dan hantar ke U/kolej yang setaraf yang mempunyai kouta melayu dikalangan bangsa asing seperti TAR,LIMKOKWING,dan lain-lain. Gantikan 10% yang dikeluarkan tadi dengan pelajar asing. Oleh yang demikian pelajar melayu akan bersaing didua tempat yang berasingan. Barulah boleh dikatan jaguh global dan bukan jaguh kampung. 10% yang dibuka di uitm hendaklah dibuat berdasarkan pengambilan dari among the best studentbangsa asing dan berorientasikan business(dikenakan bayaran yuran dan lain-lain. VC UITM jangan jadi kadok naik junjung. Awak bukan ahli politik dan buatlah kerja sebagai VC. Jangan main isu boleh kumpulkan orang untuk demonstrasi dan sebagainya. Be open minded.

    Reply

  15. 15 Shobhan Aug 13th, 2008 at 7:54 pm

    I wish to write this in English though the above is in BM. Let’s look at the issue objectively. At present China is hosting the world’s largest games, the Olympics. Why is the Olympics given such prominence and celebration? It is because athletes both sportmen and sportswomen from across the globe are meeting to give their best and to challenge amongst the best the world as ever known. So when Dato’ Menteri Besar Selangor suggested that UiTM opened its doors to both non Bumiputra and foreigners he is creating a platform for the Bumiputras, non Bumiputras and the foreigners to compete, challenge and bring out the best in them. Dato’ MB Selangor is not letting anyone down or uplifting anyone. He is speaking the facts for the benefit of all Malaysians. Noone needs to be sore, hurt or emotional about this issue. Only a person who means well for the nation would ever come up with such a positive suggestion. So those who are creating unrest please do not be led by unwanted agents to upset the harmony and peace of the nation. Do not fall into the hands of unscrupulous politicians who are monopolising on such issues by taking advantage of the situation.

    Reply

  16. 16 Shobhan Aug 13th, 2008 at 8:09 pm

    DSAI is facing the worst challenges in his life and each hurdle that he overcomes puts him on a higher rung on the staircase towards self achievement and satisfaction. He is getting more experiences and with it the ability to face new challenges and to top it all his knowledge and perserverance reach greater heights. We as Malaysians should emulate such a man and appreciate his leadership. His thoughts must definitely be focussed on all Malaysians, irrespective of race, colour, creed or religion. I am sure he would have advised his party against anything that would go against his principle of good and fair leadership. I am sure whatever that was suggested by Dato MB Selangor was for the benefit for all Malaysians, without fear or favour, where UiTM was concerned.

    Reply

  17. 17 budak sekolah pondok Aug 13th, 2008 at 8:11 pm

    tercabarkah melayu kerana 10%?

    Reply

  18. 18 samarkand Aug 13th, 2008 at 8:18 pm

    Assalmualikum WBH..

    DSAI dan Semua Blogger,

    Biasa le..tau tak pa, seperti biasa…mereka sudah kehilangan malah kekeringan modal sehingga memperalatkan budak-budak pengajian tinggi atas nama bangsa.. MELAYU, saya pun ME LAYU, tapi tak la SE ME LAYU AMNO/BE END..

    Reply

  19. 19 wargabebas Aug 13th, 2008 at 8:24 pm

    Saya setuju dengan Tan Sri Khalid. Kaum bumiputera perlu didedah kepada persaingan dengan kaum lain, lebih-lebih lagi dengan penuntut luar negeri. Kita lihat bagaimana Korea Selatan and negeri Cina pada suatu masa tidak begitu lama dahulu, ketinggalan berbanding dengan Malaysia dari segi kemajuan ekonomi. Tetapi lihatlah Korea Selatan hari ini. Mereka mempunyai keupayaan untuk mengeluar apa sahaja yang sangat diingini oleh pasaran dunia. Dalam lapuran Fortune 500 baru-baru ini, Korea Selatan mempunyai 15 syarikat gergasi yang tersenarai sebagai antara syarikat yang terbesar di dunia. Bagaimana dengan negeri Cina? Dalam masa yang begitu singkat, mereka sudah ada 29 syarikat tersenarai antara yang terbesar di dunia. Malaysia pula hanya satu, Petronas. Apabila minyak kering suatu hari maka, tidak akan tersenarai pun. Kalau kita imbang kembali bagaimana National University of Singapore (NUS) pada suatu masa dahulu hanya satu cawangan Malaya Universiti ataupun MU(sekarang Universiti Malaya), hari ini NUS adalah universiti yang antara paling disegani di dunia. MU hari ini pula, tidak tersenarai dalam Top 100 pun. Ini adalah sebab NUS mengamalkan meritokrasi. Rakyat Malaysia agar sedar dengan keadaan tempatan dimana kaum yang ketinggalan dalan segi pendidikan perlu diberi bantuan khas. Tetapi janganlah adanya polisi dimana penuntut kaum lain, walaupun pintar disekat dari belajar di institusi tinggi negara kita. Rugilah Malaysia sekira penuntut yang pintar ini mengalir kepada negara luar yang akan bersaing dengan kita kemudian. Bantulah kaum yang ketinggalan tetapi tahap mutu institusi tinggi kita mesti dipelihara. Ingat, kita kukuh apabila bersatu padu, cerai roboh apabila berbelah bagi.

    Reply

  20. 20 adz Aug 13th, 2008 at 8:51 pm

    Hairan apabila BN membuka koata 10% kepada pelajar bukan Bumiputera di MRSM tempohari tiada siapa mempertikaikannya. Malangnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat lakukan timbul demontrasi besar-besaran.
    “Double Standard.”

    Reply

  21. 21 mnusi Aug 13th, 2008 at 9:20 pm

    saya sokong MB Selangor

    Reply

  22. 22 max joe Aug 13th, 2008 at 11:42 pm

    Salam,saya berasa segala berita yang diwartakan merupakan dakyah umno yg hipokrit.Siapa yang menggadai tulisan jawi???,siapa yang menjahanamkan sistem persekolahan???,siapa yang menjual maruah melayu???,jawapannya dalam cerita pendekar bujang lapok,alif , mim,nun, wau,bunyinya sarkis,siapa sarkis???,UMNO…………..

    Reply

  23. 23 saya anak malaysia Aug 13th, 2008 at 11:47 pm

    saya menyokong penuh dengan kenyataan Tan Sri Khalid..beliau berniat baik untuk meningkatkan kualiti pelajar melayu di ipta terutama uitm yang merupakan universtit teramai pelajar di dunia y dimana kesemuanya Melayu…tapi golongan2 kurang IQ dan lebih EMOSI ini sangat takut dengan persaingan..orang yang membantah cadangan Tan Sri adalah mereka yang tak sayangkan bangsa mereka sendiri..sungguh sedih sebab mereka datang dari bangsa saya juga…

    Reply

  24. 24 DSST Aug 14th, 2008 at 12:20 am

    I am totally agreed to Tan Sri Khalid’s suggestion. For the last 18 years, we have been conducting interviews for candidates applying for job.

    We have found the following:

    i) the Candidate who graduated from UiTM is so lousy & most of them cant even fill up properly, accurately & convincingly in a simple job application as Management Trainee !

    ii) In many occasions, the Candidiates from UiTM often fill in the application form half way & go home without even wait for the first qualifying interview !

    iii) 99% of the candidatess from UiTM graduates could not speak simple & proper english , could not even fill up the job application properly.

    iv) In most cases, for those who succeeded in securing a job, we could only be able to place them equivalent to Trainee Supervisor or Trainee Line Attendant. This is equiavalent to the level of an average Bangladeshi Supervisor or Line Attendant.

    v) The quality & standard of education level at UiTM clearly need to be look into if the government sincerely wanting to improve the quality & standard of education & academic standing of UiTM

    vi) As an employer, I truly pity those who graduated from UiTM with low chances of getting good employment.

    vii) The Non Bumiputra does not need to study in UiTM AT ALL as there are many other good & quality choices of private Universities , twinnng Program with oversea Universities.

    viii) If UiTM’s standard of education continue not improving, there will more & more sub-standard graduates who graduated from UiTM & who could not find any employment opportunities except to sell ” Goreng Pisang ” by the road side &/or at Pasar Malam.

    Tan Sri Khalid Ibrahim can clearly see the issue at UiTM where he genuinely wanted to address this issue so that standard & quality of education can be improved & the graduates from UiTM is employable in the job market.

    Confronting & protesting against TSKI’s suggestion will only leave the UiTM graduates, the loser.

    Reply

  25. 25 Din Aug 14th, 2008 at 12:30 am

    Sedikit peringatan bahawa ini adalah pendapat peribadi saya and it is limited to my personal experience.

    Saya merupakan produk kedua-dua sistem; overseas university dan juga universiti tempatan (IPTA to be exact) as I earned my bachelor degree in Australia and my master locally.

    My observation is that overall teaching standard in local IPTA could have been better. In the overseas university that I was studying (it is a business school), students were exposed to fundamental theories and models and on top of that, we were overwhelmed with coverage on new knowledge, trends, etc in respective fields. It is therefore a challenge for students to put everythings together and comprehend (and this facilitate thinking and learning). This was not happened very much in my local experience.

    Secondly, the diversity of teaching faculty. At least half of my lecturers back then have had some industrial exposures (some even owned a consulting business or were in senior management posts else where prior to teaching). We rarely have this in local IPTA. The difference it makes is a lot ranging from teaching methodology to real life application of theories and models.

    Those two that I mentioned above were not the biggest differences though. The biggest was what foreign students had experienced throughout their tenure in the overseas university. First, became minorities and they started to behave well enough. Second, living in a diverse student population, they started to accept, value and respect differences in religion, culture, and most importantly thoughts/opinions. Third, competitiveness in excellence (only top 10% will be offered to enroll in honours degree program in the business school that I was in). All these enriched students’ experience and made them better individuals.

    From my personal experience above, I would first agree that the quality of teaching in local IPTA need to be improved. Secondly, something need to be pondered by the authority is the diversity of students population in IPTA as to increase maturity, interpersonal capability and also competitiveness of students.

    As I said before I even start writing, this is purely a reflection of my personal experience. Wallahu’alam.

    Reply

  26. 26 Scuderia Ferrari Marlboro Aug 14th, 2008 at 12:42 am

    dear all.i’ve always believed in competition (fair & healthy competition) and i had had also the opportunity to lecture Uitm students once in year 2000 and they terribly needed help particularly in english.i’d say that the idea of having small percentage of non-bumi and / or foreign students in Uitm does not diminish the so called malay rights but it helps enhance and uplift the standards of the malay students, provided they care to compete-lah.i agree with some of the comments that if the malays are afraid to compete with the rest of the world then the malays will only be “jaguh kampung” forever and ever.i just don’t even know what are they afraid of?during my tenure in the corporate world, i dealt with those celebrity drivers in F1 and GP500; traveling extensively from track to track all over the world and being the only malay in the team, i have to be sharp, alert and on my toes always.so Uitm students…wake up and be bold in facing competition.remember the (new) berita harian tvc…”zaman dah berubah, dunia dah maju”.melayu,melayu…nak compete pun takut….why???

    Reply

  27. 27 MOHD SAFUAN Aug 14th, 2008 at 12:49 am

    Buat Semua Pejuang Keadilan,

    mungkin pada masa ini kawan-kawan yang bukan bebangsa melayu akan menyatakan yang melayu mudah melatah, mudah buat andaian negetif dan sebagainya. ini semua disebabkan melayu hanya mempunyai kuasa pentakbiran tetapi tidak kepada wang (miskin).

    Seperti yang kita sedia maklum yang bukan berbangsa melayu mempunyai wang dan terlalu banyak peluang untuk berjaya manakala melayu menghadapi kesukaran dalam aspek mencari modal dan peluang dalam bidang perniagaan kerana kita terlalu bergantung harap pada kerajaan walaupun ianya akan menguntungkan sesebelah pihak.

    Mara adalah harapan bagi orang melayu meneruskan hidup.

    jadi elok sekiranya kawan-kawan yang bukan berbangsa melayu melupakan hasrat untuk menyertai/memasukan kuota 10% bagi bukan melayu kedalam uitm kerana terlalu banyak universiti yang ada di dalam mahupun yang di luar negara dan uitm bukan lah tempat untuk anda. marilah kita biarkan isu ini di telan masa bagi mengekalkan perpaduan di antara berbilang kaum dan agama.

    apa yang anda semua cari di uitm????.

    Reply

  28. 28 Zed Merican Aug 14th, 2008 at 1:03 am

    Mintak maaf banyak2 kepada warga melayu kita yang masih lagi terkebelakang.Bangsa asing sedang melangkah ke era globalisasi dan berjuang di pentas dunia yang luas alam maya tetapi bangsa kita melayu masih dok pertikaikan masalah kuota lagi.sampai bila orang melayu kita nak berhijrah ke mentaliti kelas pertama kalau cara berfikir golongan yang berada di menara gading masih tebal dengan cara pemikiran kelas ketiga.Sedih mengenangkan nasib bangsa ku .Pahlawan melayu yang jati tak akan merestui kalau rakyat nya mempunyai semangat pengecut macam ini.Tepuk dada tanya la selera sendiri.

    Reply

  29. 29 Reformist Aug 14th, 2008 at 1:52 am

    I dont think there is university in the world that only meant for specific race. But yet, you can find it in Malaysia, the so called boleh land. And it is not even in the top 10 ranking. What are they so scare of by just letting people from other races to enter. It is not that big. it is only just 10% ? No wonder i hardly seen any graduates from UITM in big companies. Shame on the malay eventhough i’m a malay myself. Allah has never created this land just for malay, but to all other races so that they can live in harmony and peacefully.

    O mankind! We created you from single(pair of a) male and female,
    and made you into nation and tribes, so that you may know each other.
    Verily, the most honored of you in the sight of Allah is (one who is)
    the most righteous of you * Al Hujurat 49:13

    Reply

  30. 30 Hong Wai Aug 14th, 2008 at 3:45 am

    Selamat Sejahtera kepada saudara-saudari terutamanya Saudara Mohd Safuan,

    Amat hairan kerana pada kebiasaannya, yang mentadbir (ataupun dikenali sebagai yang berkuasa) itu kaya-raya. Mungkin itu Melayu jenis yang lain agaknya dan bukannya Melayu yang berhempas pulas mencari makan yang sekadar menghilang rasa lapar. Pada pendapat saya, tanggapan oleh yang bukan Melayu terhadap para penuntut Melayu ini bukanlah yang menyeluruh… Hanyalah terhadap segelintir 5000 orang sahaja.

    Saya juga ingin ucapkan terima kasih atas pujian saudara Mohd Safuan terhadap yang bukan Melayu yang menyata kita cukup kaya (walaupun selepas menolak kelebihan-kelebihan yang tidak dapat kami nikmati) untuk berjaya. Sudah jadi hakikat, kami terima sajalah, dan bekerja lebih kuat lagi, kerana rezeki tidak akan dikurnia olehNya begitu saja. Tujuannya satu; kehidupan yang lebih baik dan yang lebih selesa untuk generasi ini dan seterusnya.

    “Mara adalah harapan bagi orang melayu meneruskan hidup.” – Memang tidak niat untuk menyinggung tapi kenyataan ini agak memilukan dan sedih…Yang saya harapkan ialah “MARA” selepas pemerintahan PKR akan betul-betul menghasilkan Melayu yang power-power belaka…Hahaha. Apa pendapat saudara?

    Saya agak setuju dengan perenggan terakhir saudara Mohd Safuan. Kebanyakan ibubapa yang bukan Melayu sanggup menggunakan duit KWSP dan khasnya bagi yang bukan Melayu Cina, “duit keranda/duit pengebumian untuk membiayai yuran persekolahan anak-anak mereka di tempat pengajian yang piawaiannya yang agak tinggi dan terkemuka. Ya…Marilah kita biarkan isu ini di telan masa bagi mengekalkan perpaduan di antara berbilang kaum dan agama.

    Apa yang dicari di UiTM? Mungkin suatu pengiktirafan yang kita semua ini satu bangsa satu negara kot…

    Reply

  31. 31 pelajar uitm Aug 14th, 2008 at 4:08 am

    pada pendapat saya, kenyataan Tan sri sebenarnya telah diputar belit oleh media dan para politikus, beliau cuma mensyorkan perkara tersebut untuk kebaikan pelajar uitm itu sendiri..kerana masih ramai lagi pelajar uitm yg terlalu rasis dan gagal bersaing sehingga ke tahap kronik. maka kerana itulah mereka sangat gerun dan takut dgn bangsa lain. tetapi kenapa masih terdapat pelajar asing berlajar d uitm? seperti dari timur tengah. saya menyeru supaya kepada rakan rakn saya yg rakus menghadiri perhimpunan bantahan tempoh hari supaya sedar tanggungjawab kita sebagai pelajar. bayangkan perasaan ibu bapa kita yg bersusah payah untuk meletakkan kita dalm universiti yg cukup murah yurannya dan tiba tiba, niat kita telah menyimpang dari tujuan asal. Kita tidak perlu mainkan peranan untuk melindungi uitm kerana kebanyakan mahasiswa pun masih meminjam daripada ptptn, inikan lagi nak menjaga uitm. Serahkan kepada VC untuk melindungi UiTM kerana beliau lebih layak untuk melindungi kita walaupun hakikatnya kita sendiri tahu. OLeh itu, sebagai pelajar UiTM yang lebih memikirkan soal persaingan global, saya rasa tidak timbul bagi saya persaingan yang sengit antara Melayu, India dan Cina kerana pada saya setiap insan adalah manusia yang mempunyai ciri ciri yang sama tanpa ada sedikit pun perbezaan. Selain itu, saya juga ingin menyarankan kepada rakan pelajar supaya melihat ini sebagai satu cabaran yang menguntungkan kita kelak dan jangan menilai sesuatu tanpa melihat isi kandungannya, dan rajin rajin lah membaca supaya tidak terperangkap di dalam dakyah pimpinan yang membuta tuli dan tidak bertanggungjawab.

    Reply

  32. 32 ayahteh Aug 14th, 2008 at 6:37 am

    Maka sekarang tidak hairanlah kita mengapa bangsa melayu sering ketinggalan jauh di belakang berbanding bangsa lain di Malaysia ini dari dulu hingga sekarang…walaupun hakikatnya melayu duduk di tanah tumpah darah sendiri.

    Puncanya mudah…attitude & mentaliti melayu itu sendiri sebenarnya…bukan berpunca dari bangsa lain pun.

    Sedih bila kenangkan betapa ramai anak bangsa melayu yang tak sedar2 lg bkenaan hal ni…

    Kesian tengok budak2 tu…baru nak kenal hidup dah dihasut & digula2kan dek Be End ni…saling tak ubah macam si budak saiful bukhari tu.

    Wahai anak2ku…Banyak lagi perkara yang kalian perlu belajar tentang hidup ni…
    Untuk permulaan, sekarang g amik buku masing2 sambung belajar, study betul2 dan dapatkan diploma / ijazah kalian dulu.
    Bila dah nak masuk alam pekerjaan kelak baru kalian akan tau apa makna & rasa hidup di bumi Malaysia ini…

    * kl aku tau siapa dalang yg hasut budak-budak ni duk berarak mmg kompom aku tinju kelenjar pundi kencing dia la…! awat bingai sangat depa ni…?? tukar tetap tukarrr…

    Reply

  33. 33 PJboy Aug 14th, 2008 at 8:12 am

    If UiTM/UMNO-agents & students are so adamant & strongly against such a positive move by TSKI – forget the whole idea & leave them to decay in their own nest. These are ungrateful people & fanatics. They forget where the $ to fund the university come from.

    May I suggest P-R set up a new University & Institute of Technology Rakyat (UiTR) or convert from UniSel (set up by prev BN gov – only god knows how much was marked up for this project) for all Malaysians or maybe start with 60-20-10-10 ratio (10% foreigner) so long as everyone is happy. There is plenty of land in Btg Berjuntai area. More student accomodation can be built or arrange with the house owners in the area for student accomodation. This will also activate the sleepy town of BB to be a center for Malaysian students to integrate for the future of Malaysia. BB has a good mix of Malay-Chinese-Indian communities as well. How many of us who has been overseas & have all these experience? In the UK, not all the students are white. The UK gov is colour blind in this respect. More so the USA & Australia. Who benefit? Doesn’t the “white” gov benefit? If not, why are these countries so strong economically strong (they may fall once a while but people don’t suffer as much – as their gov will do something about it) & have a pool of great minds?

    Guess this is fair to all rakyat. There are still who opt for overseas so the ratio should reflect the population ratio – this is not a “rule” but a step forward. It should remain flexible according to the applications. If more Malays apply, then so be it. If more Chinese apply, then so be it. If more Indians apply then so be it. There is more than enough BN-University all over Malaysia for everyone. So, what’s the problem? 10% non-bumi basically mean 4% Indian 4% Chinese 1% Euroasians 1% Orang Asli. Is this a threat?

    Reply

  34. 34 NANA Aug 14th, 2008 at 8:19 am

    SAYA membantah kemasukan 10% non Malay ke UiTM. Kenapa nak beri pada mereka. kita dah 20 tahun kebelakang dari mereka. semasa saya belajar ke luar negara, US, Canada dan Australia, kami Malay hanya 10% sahaja. lain semua mereka dan tambah lagi mereka adalah self sponsored. Kami di sana kais pagi makan pagi. MEREKA????? mewah, ada kereta baru, rumah besar dan selesa, baju berjenama dan pantang ada sales.. mereka yang pergi.

    UiTM sebuah universiti yang disegani oleh semua IPTA.. dahulu mereka mengambil para pelajar yang ketinggalan..namun para pelajar tersebut laku di pasaran.

    Apalah tan Sri nih..nak meraih undi ke??????

    Reply

  35. 35 Jebon Aug 14th, 2008 at 8:54 am

    It’s a brilliant idea….Be exposed to others talents. It’s about time the malays to tell the world that they could par with other races….Be positive always… education should never be restricted to limitation regardless of race, language or religion….

    Reply

  36. 36 Khairi Aug 14th, 2008 at 9:23 am

    Harap YB Tan Sri tidak mementingkan undi bukan Melayu daripada nasib bangsa dan anak bangsa kita. Wallahulam.

    Reply

  37. 37 semi pro Aug 14th, 2008 at 11:06 am

    saya bangkang habis-habisan CADANGAN 10% MB tu….
    knapa 10% aje?? up la lagi jadi 20% ke 30% ke baru real.baru padan muka budak2 malas tapi nak graduate tu.

    UiTM utk Melayu
    matlamat UiTM utk Melayu
    agenda UiTM khas utk Melayu…..
    tapi kenapa perabis/mentadarah duit rakyat Malaysia(Melayu,Cina,India dll)
    kenapa tak belanja duit org Melayu aje????ptui

    Reply

  38. 38 semi pro Aug 14th, 2008 at 11:07 am

    main bola pun nak kan pemain import!!!!

    Reply

  39. 39 usm postgraduate Aug 14th, 2008 at 12:19 pm

    apa salahnya pelajar non bumi dibenarkan masuk uitm…bukankah kita satu bangsa malaysia..kenapa takut sgt???? kepada student bumi jangan takut dgn bayang2 sendiri….orng non bumi pon bayar cukai apa ??? aku sokong penuh kenyataan tan sri khalid .sampai bila kita nak idup dalam keadaan racist??bukan kah dgn membuka kuota pada non bumi akan terjadi persaingan sihat..so jangan malukan bangsa sendiri seolah olah orang melayu tak leh bersaing ngan org lain.ubahlah mentaliti bangsa melayu =bangsa subsidi

    Reply

  40. 40 Xstudentuitm Aug 14th, 2008 at 2:11 pm

    Saya sebagai salah seorg bekas pelajar Uitm amat bersetuju sekali dgn cadangan dr Tan Sri Khalid mengenai 10% kuota utk bukan bumiputra ini. Dalam era globalisasi ini peluang pekerjaan amat terbuka dan amat terhad.Jd company yg besar lebih memilih kualiti dari espek taraf pendidikan,sudah tentu mereka memilih graduan2 dr U yg lebih terkenal dgn kualiti pendidikannya..takan mereka nak memilih graduan Uitm yg berada dlm rangking yg jauh kebelakang dlm taraf pencapaian akademiknya.Kita tak boleh lari dari hakikat kalau nak maju dalam pendidikan dan berdayasaing, kalau kita mahu universiti Melayu di iktiraf di antarabangsa kita kena buka pintu untuk pelajar asing atau bukan bumiputera. Apa yang nak risau sangat! kenapa nak bersifat perkauman! kenapa takut sangat nak bersaing!
    Utk anak2 melayu Uitm “Lu pikirlah sendiri….”

    Reply

  41. 41 jati diri Aug 14th, 2008 at 3:25 pm

    Jangan la cepat melatah… semua ni modal BN je ni.. jangan la sampai melatah tak bertempat. Buat la demonstrasi pg pejabat pak lah pulak. Bagi memorandum membantah MRSM dibuka kepada bukan bumiputera. Bagi jugak memorandum membantah pemberian biasiswa JPA kepada bukan bumiputera.. Tapi sape berani??? Nak masuk ISA boleh la buat macam tu… BN dah takut kat bayang bayang sendiri dah tu….

    Reply

  42. 42 Steven Lee Aug 14th, 2008 at 4:03 pm

    Safuan,

    Kita nak kawan-kawan melayu yg menjadi majority di malaysia supaya diangkat bersama agar dapat berbicara dan muafakat atas platform global yang bakal melanda Malaysia ini.
    Kerana selagi melayu tidak bangun, walaupun cina yg memerintah negara ini, Malaysia tidak ke mana mana dalam persaingan ekonomi dunia.

    Kita juga harap melayu yg menerajui negara ini dapat menjadi teladan yg boleh dicontohi dan adil sesama manusia. Oleh itu bangsa melayu harus sedar dan faham dgn teliti bahawa Malaysia tidak akan wujud sekarang tanpa melayu, cina, india, iban, dan kadazan.

    Setakat ini saudara DSAI telah menunjukkan konsistensi prinsip keadilan serta satu contoh Melayu yg berkaliber utk memimpin semua bangsa ke depan.

    Biarlah kita mula mencipta bangsa Malaysia yg boleh dihormati dunia Sept 16. I wish you the very best of luck DSAI. It would feel great for me to be born and witness the creation of a true and fair Malaysia.

    Reply

  43. 43 Budak Pejabat Aug 14th, 2008 at 4:07 pm

    Ianya hanya satu cadangan yang lebih menguntungkan rakyat malaysia daripada satu bangsa. Ramai budak melayu ynag berkelulusan izajah hanya bekerja sebagain kerani di sektor swasta; ini termasuk lulusan uitm.

    Cadangan sedemikian mungkin tidak tepat pada masanya tetapi merupakan satu ujian yang mencorakkan kejahilan dari segi pemikiran di segelintir kalangan org melayu yang tidak dapat menghadapi cabaran walaupun sudah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.

    Ini adalah satu tragedi yang memalukan dan betul-betul kasihan pembentukan org melayu sendiri yang masih keliru lagi dengan tujuan pembangunan daya saing.

    Teruslah jadi katak dalam tempurung and seronok sendiri hingga akhir hayat.

    Kasihan betul!

    Reply

  44. 44 necrow Aug 14th, 2008 at 5:49 pm

    askum,..
    As a malay, i feel very dissapointed on what is going on…. does 10% really matters??? To improve ourself, we need to compete with others not just being racism like the UMNO BUNCH OF CRAPSSS PEOPLE!!! We are all MALAYSIANS, remember what TUNKU said, “LET US ALL MALAYSIANS LIVE AS ONE BIG HAPPY FAMILY”. KEPADA STUDENT UITM, MAHUKAH BANGSA MELAYU DICOP SEBAGAI BANGSA PENAKUT?DALAM 90% ORANG MELAYU DI UITM, ADAKAH 10% AKAN MENGGUGAT KITA??ADAKAH ORANG MELAYU TIDAK BERANI UNTUK BERSAING DENGAN BANGSA ASING?? JANGAN IKUT MENTALISIM UMNO YANG MAHU MEMPORAK PERANDAKAN KEADAAN. DI ZAMAN INI, ISU PERKAUMAN BUKAN LAH MENJADI SATU ISU, SEBALIKNNYA, SIAPA YANG CERDIK, BIJAK DAN BERDAYA SAING AKAN MENJADI PEMANGKIN KEPADA KEJAYAAN SESUATU KAUM ITU.KITA RENUNG SEJENAK, DIMANAKAH ORANG MELAYU SEKARANG……. DAN KITA JANGAN LUPA, ADAKAH BANGA MELAYU SAHAJA YANG BERAGAMA ISLAM DI MALAYSIA?? BAGAIMANA PULA DENGAN ORANG CINA, INDIA DAN BANGSA BANGSA LAIN YANG BERAGAMA ISLAM……?? DIMANAKAH ORANG MELAYU 10,20 ATAU 100 TAHUN AKAN DATANG???

    WASALAM….

    Reply

  45. 45 ashrof1 Aug 14th, 2008 at 6:04 pm

    Bagi aku, tak usah lah nak buat demo…cukup setakat MPP hantar wakil hantar memo sudah..kenapa nak buat demo…MB bukan ada kuasa apa2 pun..kalau masa minyak naik korang pegi demo tu betul laa..sebab demo kepada pelaksana…bukan kepada komenter…budak2 uitm fikir laa..asal komen MB tu sebenarnya menyokong komen Dr Halimah Ali dan Pemuda UMNO shah alam..so aku terbau2 taik la kat sini…

    Reply

  46. 46 helmi mohd foad Aug 14th, 2008 at 6:40 pm

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pertama, Tan Sri Khalid tidak perlu berhadapan dengan isu UiTM ini jika beliau tidak menyebut soal kouta kemasukan non bumi dan pelajar asing ke UiTM. Kalau tidak kerana jawapan Menteri Besar itu, tidak akan reaksi dan tindak balas pelajar2 UiTM berarak di pejabat Menteri Besar tempoh hari.

    Tetapi biasalah bila sesuatu isu tidak menyebelahi Tan Sri Khalid sebagaimana isu babi Sepang tempoh hari, maka media akan jadi sasaran. Ini jawapan ` melepaskan diri’ namanya. Faktanya memang Tan Sri ada kata atau mengeluarkan syor agar kouta 10 peratus dibuka.

    Tan Sri Khalid perlu belajar agar tidak selalu memberi bola tanggung sebagaimana beliau tersasul menyebut sokong calon BN dalam pilihan raya kecil Ijok.

    Mungkin Tan Sri memberikan pandangan ikhlas. Sebagai seorang ahli korporat memang faktor daya saing menjadi perkara utama. Tetapi dalam masa yang sama, beliau perlu mengimbangi soal politik.

    Ketika isu kouta tidak dipersoalkan oleh kaum non bumi, mengapa kita sedia untuk mengubah status qou itu. Adakah ada desakan dari parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat? Adakah terdapat tekanan yang kuat sebagaimana tuntutan mewujudkan Universiti Merdeka?

    Mengapa tanpa sebarang tekanan kita hendak melepaskan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan yang berperanan menjadi faktor penting sebagai kuasa tawar menawar dalam perundingan di masa akan datang.

    Jika PKR menyalahkan UMNO kerana sering menyalak dalam soal perlembagaan yang ada kaitannya dengan orang Melayu, adakah PKR tidak menganggap adalah penting untuk mempertahankan sesuatu yang ada di dalam Perlembagaan seperti mana dalam isu UiTM.

    Wajarkah menganggap reaksi-reaksi mempertahankan status qou dalam Perlembagaan itu sebagai perkauman sedangkan jangan kita lupa tuntutan persatuan-persatuan Cina berkaitan pendidikan sekolah jenis kebangsaan cina pada pilihan raya 1999. Kenapa itu tidak dianggap perkauman? Tetapi kelompok itu terus bertegas dengan tuntutan mereka atas dasar Perlembagaan telah menyebut secara jelas tentang soal pendidikan berasaskan bahasa ibunda.

    Dan lihat juga sejauh mana, kouta-kouta yang dibenarkan termasuk membabitkan kemasukan ke MRSM, kolej-kolej komuniti, sejauh mana ia telah dipenuhi? Bagaimana pula dengan sekolah kebangsaan, mengapa ia tidak popular di kalangan kaum lain selain Melayu?

    Begitu juga apa yang terjadi ketika desakan-desakan kemasukan ke IPTA dibuat agar amalan meritokrasi. Tetapi apabila meritokrasi dilaksanakan, siapa yang paling kuat buat bising mengkritik sistem itu. Melayu ke?

    Dalam pada itu, Tan Sri Khalid meminta agar UiTM tidak lagi menumpukan soal kouta dan meminta isu itu tidak diperpanjangkan sedangkan beliau sendiri yang mencetuskan isu bola tanggung itu.

    Soal untuk meningkatkan prestasi universiti berkenaan termasuk dari aspek daya saing, sebenarnya begitu banyak cara lain yang mampu melonjakkan pencapaian pelajar-pelajar Bumiputera.

    Malah langkah tersebut perlu juga dilaksanakan di IPTA lain yang mengamalkan meritokrasi membabitkan semua kaum. Cuma UiTM meritokrasinya adalah berasaskan pelajar Bumiputera yang terbaik sahaja diterima masuk.

    Melayu atau Bumiputera sekali pun kalau tidak mencukupi meritnya, maka mereka tidak layak juga masuk UiTM.

    Reply

  47. 47 en.f Aug 14th, 2008 at 7:58 pm

    kami menyokong kemenangan anwar ibrahim di permatang pauh

    Reply

  48. 48 ex-Uitm Aug 14th, 2008 at 8:19 pm

    Jangan lah cepat melatah. Aku dulu pon ex-Uitm. Kat dalam tu melayu sama melayu memang xder persaingan sihat. X payahla korang sebok nak defend orang melayu. Realiti nya orang melayu memang kurang daya saing.(terima jela hakikat tu) Kalau yg bersaing kat dalam tu pon, bersaing saper yang paling banyak bawak toyol nak jawap exam. Tak dinafikan ader yang cecah CGPA yang bagus, tapi kami yang CGPA bagus ni takder saingan. Tak terasa nak berlumba lumba pon nak jadi yang terbaik. Harus diingat lah, bila dah grad, persaingan diluar kampus lebih teruk. Kita bersaing dengan semua kaum nak mendapat tempat atau jawatan. Kalau sesama sendiri pon tak boleh cipta persekitaran persaingan sihat, macamana laaa orang melayu nak bersaing sihat kat luar…..(tu yg wujud kronisme, rasuah, seleweng…orang melayu laa semua tu.) Sebab tu laahh bebudak yang tak puas hati tu kompol ramai-ramai. Terang-terang takut bersaing secara sihat.

    Reply

  49. 49 zawan98 Aug 14th, 2008 at 8:35 pm

    Tujuan saya menulis ini adalah bukan untuk merendahkan sesiapa. Tidak berbau politik dan ikhlas untuk kesedaran orang-orang melayu. Tetapi ini adalah hakikat yang kita semua kena tahu dan sedar. Mungkin segelintir dari kita tahu, tapi tak kesah dengan masalah yang anak-anak melayu tengah hadapi sekarang.

    Setelah 50 tahun merdeka, kita masih lagi mengharapkan keistimewaan orang melayu. Itulah sebabnya orang Melayu tak sedar diri. Bagi mereka, aku orang Melayu. Ini hak aku tanpa perlu berusaha.
    Itulah sebabnya, di mana-mana ada tempat melepak, di situlah terdapatnya anak-anak melayu membuang masa hingga ke subuh. Sungguh kasihan saya melihatnya. Kadang kala rasa nak menangis. Pernah saya tanya beberapa orang anak muda yang masih menuntut ini, “Pernah tak kamu fikir masa depan kamu?” Jawapan yang diberi adalah, “Tak apa. Orang Melayu banyak peluang. Kerajaan dah sediakan hak kita.” Kalau beginilah keadaannya, Tak ke manalah kita. Masih 50 tahun mundur dari bangsa lain.
    Kalau dilihat kepada bangsa lain (TOLONG JANGAN RUJUK MEREKA INI SEBAGAI ORANG ASING. KERANA MEREKA ADALAH RAKYAT MALAYSIA SEPERTI KAMU SEMUA.), mereka tahu mereka kena bekerja keras untok mencapai sesuatu. Erti kata lain, “nothing is free”. Jika anak-anak melayu ini tahu yang mereka kena bersaing dengan bangsa lain, mungkin mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan tanpa mengharap hak-hak keistimewaan orang melayu lagi. SEDARRRRRRlah orang melayu sekelian. Sebelum terlambat. Keadaan semakin mencabar. Persaingan untuk maju kehadapan semakin sengit. Jika kita mahu maju seimbang dengan bangsa lain, kita kena jalan seiring dengan mereka. Barulah kita tahu samada kita boleh bersaing dengan mereka atau tidak. Jika kita takut untuk bersama mereka, maknanya kita takut untuk bersaing dengan mereka. Dengan erti kata lain, orang melayu tak sepandai bangsa lain.
    Berkaitan isu cadangan Tan Sri Khalid untuk mengambil 10% bukan melayu ke dalam UiTM. Saya setuju 200%. Ini adalah dari pengalaman saya dan anak saya sendiri. Anak saya telah diterima menuntut di UiTM untuk pengambilan 2008. Setelah 2 minggu di UiTM, anak saya berpendapat UiTM bukanlah tempat dia jika dia ingin maju ke hadapan. Dia merasakan pemikirannya semakin mundur. Ini adalah kerana 100% penuntut di situ terdiri dari pelajar melayu dan tiada rasa persaingan sesama sendiri. Penggunaan bahasa inggeris sangatlah kurang. Kita semua tahu jika kita ingin maju kita perlu berhubung dengan bangsa lain dan negara lain, dan bahasa inggeris adalah diperlukan.
    Ini adalah salah satu kelemahan anak-anak melayu yang sangat ketara. Saya sendiri pernah temuduga anak-anak melayu untuk jawatan jurutera di syarikat jepun. Bayangkan seorang graduan jurutera dari universiti tempatan tidak boleh bercakap bahasa inggeris ingin bekerja di syarikat jepun atau pun dari negara lain. Di manakah kita meletak anak-anak melayu ini.
    Saranan Tan Sri Khalid untuk memasukkan pelajar bukan melayu ini adalah untuk menambah daya saing sesama pelajar. THINK POSITIVE.

    Samada kita suka atau tidak ini adalah hakikatnya.

    Reply

  50. 50 drs muhd yunus Aug 15th, 2008 at 12:53 am

    Sebagai bekas pensyarah uitm, saya harap seluruh pelajar wajib berfikir lebih ‘kritis’.
    Apakah isu ini benar dan apakah maksud yg telah dikatakan oleh Tan Sri Khalid sebenarnya ? Pelajar2 UITM yg berkenaan harus bijak dalam memahami setiap maklumat yg diterima, apakah berlaku provokasi atau ada ‘hidden agenda’ dari penyebaran luas berita ini oleh pihak2 tertentu.

    Pelajar2 zaman moden ini bertuah kerana mempunyai kemampuan utk menerima sesuatu berita, maklumat dan ilmu dengan cepat dan tepat. Penapisan dan penyaringan setiap maklumat yg kita terima harus di kaji secara saintifik dan bukan ikut ikutan semata.

    Pelajar harus menghancur lumatkan setiap maklumat yg diterima. Berita, maklumat dan isu berbeza sekali malah tidak sama dengan ilmu. Ilmu juga ada ilmu yg benar dan yg tidak benar. Ilmu yg benar adalah ilmu yg telah melalui suatu proses dimana ilmu itu dapat di buktikan kebenarannya.

    Saya menyeru seluruh pelajar UITM, sebahagian besar kita beragama islam. Islam menuntut kita mempunyai ilmu. Islam juga menuntut kita menggunakan akal dengan bijak dan berkesan. Setiap berita atau maklumat yg diterima, kita sebagai pelajar jangan sekali diperalatkan dengan unsur politik yg mempunyai kepentingan yg salah dan berniat jahat.

    Islam juga sgt adil dlm soal bangsa.Maksud ayat ini telah membuktikannya: ” Hendaklah kamu tidak bersikap assobiyah/suku kerana ditakuti dengan sikap ini nanti kamu tidak dapat berlaku adil dengan kaum lain”. Lihat betapa Islam menyeru kita membuang sikap perkauman ini, apalg jika isu ini mampu dijadikan sebagai modal utk kepentingan politik yang merugikan bangsa.

    Maka itu sebagai pelajar ataupun mahasiswa… adalah amat rugi jika akal yg Allah anugerahkan kepada kita tidak digunakan dengan sempurna.

    Cuba fikirkan kata-kata ini….” HENDAKLAH KAMU MENGGUNAKAN AKAL KAMU SEOLAH-OLAH NYAWA KAMU BERGANTUNG HIDUP DENGANNYA”

    FIKIRKANLAH…

    Reply

  51. 51 bard Aug 15th, 2008 at 2:07 am

    Assalamualaikum semua….

    Dalam suasana sekarang yang hangat dengan persiapan menjelang pilihanraya, adalah suatu senjata yang amat berkesan yang dilakukan oleh pihak yang menguasai media untuk mengecam pihak pembangkang yang dalam masa yang sama mempunyai ruang yang amat terbatas untuk menjawab atau memberi penerangan atas isu yang ditimbulkan dan kemudiannya dimanipulasikan oleh pihak media.

    Secara jujur saya tidak mendengar dengan telinga saya sendiri atau melihat dengan mata saya sendiri apa yang disebut oleh MB Selangor itu sama ada dikaca tv mahupun secara ‘live’. Apabila isu ini ditimbulkan, saya cuba mencari maklumat yang membantu saya memahami apa sebenarnya yang berlaku.Sudah pastinya saya merujuk kepada website KeAdilan terlebih dan membaca kenyataan akhbar MB Selangor.

    Pada perenggan mula kenyataan tersebut dinyatakan bahawa MB menjawab soalan yang diajukan kepada beliau oleh wartawan berkaitan kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputera ke UiTM.

    Merujuk kepada laman web ‘HarakahDaily’ pula, saya membaca artikel yang dipaparkan iaitu:

    SHAH ALAM, 14 Ogos (Hrkh) – Kenyataan Naib Canselor UiTM, Dato’ Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah berhubung cadangan pembukaan 10 peratus kuota kepada pelajar bukan Melayu tidak menggambarkan seorang tokoh akademik sebaliknya lebih memenuhi tuntutan pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokyi berkata, kenyataan Dr Ibrahim itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak mempunyai harga diri dan maruah sebagai seorang Naib Canselor.

    Sepatutnya dalam masalah tersebut beliau mengemukakan hakikat bahawa UiTM mempunyai pelajar asing dengan jumlah bukan sedikit, katanya.

    “Beliau sewajarnya berikan fakta yang jelas dan mengemukakan kelemahan UiTM selama ini,” tegasnya.

    Menurut beliau masalah UiTM bukan kerana soal persaingan menyebabkan kualiti pada tahap yang rendah tetapi pemikiran ahli akademik yang terlalu menurut kemahuan pihak politik tertentu.

    Katanya, universiti perlu bebas daripada kongkongan pihak politik bagi membolehkan mahasiswa membina kualiti sendiri.?

    Berhubung 5,000 pelajar yang menyertai demonstrasi itu beliau yakin pihak UiTM memberi kebenaran kepada pelajarnya walaupun dinafikan oleh Dr Ibrahim.

    “Saya setuju jika pelajar ini diberikan kebebasan untuk menentukan pemikiran mereka dan meluahkan perasaan. Ini satu amalan yang sihat, malangnya selama ini mereka tidak boleh berbuat begitu kerana dikongkong oleh parti pemerintah,” tegasnya.

    Dalam pada itu, Pemuda PAS Selangor tetap tidak bersetuju jika UiTM dibuka 10 peratus kepada pelajar bukan Melayu dan bumiputera.

    Beliau mencadangkan kerajaan negeri berusaha untuk mengambil hati orang Melayu atau memperkukuhkan kedudukan bangsa Melayu bukan memberi cadangan yang boleh mencetuskan isu perkauman.

    Bagi Pemuda PAS membuka ruang kepada pelajar bukan Melayu untuk memberi persaingan sihat kepada pelajar Melayu UiTM tidak wajar kerana sebenarnya banyak lagi universiti yang boleh membangunkan kesedaran dan meningkatkan kualiti, tegasnya.

    Bagaimanapun, Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kerana bersifat proaktif membuka pintu dan menerima bantahan daripada pelajar-pelajar UiTM, katanya. – lanh _

    Apa yang saya faham setelah membaca dua artikel tersebut ialah isu kuota 10% ini sebenarnya telah dicadangkan oleh Naib Canselor UiTM sendiri. Kemudiannya wartawan meminta MB Selangor untuk mengulas tentang perkara ini dan beliau mengulas mengikut kepada kewajaran dan rasional beliau dalam konteks perkembangan pendidikan masa kini . (Harus diingat bahawa dalam kenyataan media MB Selangor menyatakan bahawa ia bukan dasar Pakatan Rakyat atau Parti KeAdilan Rakyat.)

    Namun, respon daripada MB Selangor itu telah disebarkan dan dicanang keseluruh pelusuk tanah air bahawa MB Selangor mahu 10% kuota utk bukan bumiputera dan pelajar asing. Nampaknya, pihak yang mencadang langsung tidak disentuh malah yang hanya memberi respon telah dibedil dengan bertubi-tubi. Apa yang menyedihkan, ia sudah menjadi satu daripada berjuta senjata kempen yang akan menunggu masa untuk dimainkan oleh BN dalam kempen Pilihan Raya Permatang Pauh nanti.

    Yang penting sekarang ini, kita jangan terlalu cepat melatah atau terus membuat persepsi melulu tanpa merujuk kepada sumber sahih yang boleh kita percayai. Saya juga mengaku bahawa pandangan yang saya nyatakan ini berdasrkan rujukan yang terhad bukanlah suatu yang boleh dijadikan pegangan kerana pasti ada kelemahannya dan boleh dipersoalkan. Ia hanya pandangan peribadi saya sahaja.

    Saya menanti MB Selangor hadir berkempen di Parlimen Permatang Pauh ini utk mendengar sendiri penjelasan beliau.Itu lebih afdhal . Baru boleh dibuat huraian atau dibincangkan.

    Sekian… Wassalam

    Reply

  52. 52 Mohd Safuan Aug 15th, 2008 at 2:11 am

    Saya bersetuju dengan pandangan DSAI. Saya tidak fikir bahawa orang yang berpendidikan tinggi akan mengeluarkan pandangan yang sengaja untuk menaikkan kemarahan orang melayu, sebaliknya orang melayu sendiri hendaklah berfikiran lebih kritis dalam proses untuk meningkatkan mutu identiti bangsa melayu seperti kewujudan UiTM. Itu adalah salah satu sebab bahawa saya sendiri sebagai mahasiswa tidak berminat untuk menjadi sebahagian daripada UiTM, bukan kerana sebab ringan, tapi kerana KUALITI DAN MUTU PRETASI yang ditunjukkan..Saya berani mengatakan kadar penggangguran mahasiswa UiTM sangat tinggi berbanding IPT lain.MENGAPA?? Kerana mudah sahaja, KUALITI..Ini sahaja sudah ckup memalukan bangsa melayu yang mana berpijak di muka bumi sendiri, tapi kalah kepada lawan yang bukan asalnya dari sini seperti kewujudan ipts yang mana permintaan terhadap ipts lebih tinggi daripada graduan yang berjaya menamatkan pelajaran. POKOKNYA sekarang, sistem pendidikan sekarang harus dipantau, dikaji, dan diselidik semula. Bukan hanya pandai menghantar memorandum bantahan dan meramaikan lagi mahasiswa berarak, tetapi memikirkan dari sudut untuk generasi hadapan. Jangan tunjukkan bahawa dengan proses begini yang mana mahasiswa sendiri masih tidak faham mengapa mereka turut serta, dan jangan tunjukkan mentaliti seorang mahasiswa berada di takuk lama.

    BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA< BANGSSA DAN NEGARA.

    Reply

  53. 53 storm62 Aug 15th, 2008 at 3:04 am

    what’s so great to be in UiTM?

    i know of one Indonesian labourer in the 80′s who learn his skills from a Malaysian chinese Apek, who is now holding a Malaysian IC working as a sub-contractor, living in a comfortable home in KL, having chinese suppliers to back him, hiring even local malays to work for him, what’s so great to be a graduate from UiTM?

    just one china Apek will make him a sucessful businessman now…kalau ada 10, i think he is a class A contractor today….fikir lah pelajar2 UiTM.

    You don’t want to be hiding behind UMNO backside la, do you?

    if not, you can work for my friend the Indo-Malaysian contractor.

    Reply

  54. 54 Abdul syarif ali Aug 15th, 2008 at 9:08 am

    Buka untuk majukan UitM? Melayu memang dah buka semua, termasuk kongsi negaranya sendiri. Habis apa Melayu dapat? Hak istimewa? Istimewa apa jika sememangnya itu adalah hak asal mereka! Sekarang ni Melayu maju ke di negaranya sendiri bila buka? Ada saja krisis ekonomi misalnya, ekuiti pun terus merudum! Melayu yang tak tahu asal usul neagranya saja yang ingin ‘buka’ apa saja yang ada pada mereka, sedangkan ada cara lain lagi selain ‘buka’!

    Reply

  55. 55 Mohsin Hj Abu Aug 15th, 2008 at 9:50 am

    Assalamualaikum pembaca semua,

    Isu pembukaan 10% kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan bumiputra.Ini baru cadangan bukannya isu sebenar. Udah mula melatah menunjukan mereka benar-benar memperjuangkan hak melayu, tapi mereka lupa, mereka ini telah dijadikan alat kroni-kroni pemerentah bn.

    Cuba kita imbas kembali kenyataan dari Menteri Pelajaran tentang menggunakan bahasa penjajah untuk sukatan mata pelajaran, ada tak kita membantah dengan membuat demontrasi jalanan seperti ini, tak ada pun yang membantah.

    Jangan jadi pak sanggup untuk kepentingan peribadi kroni bn ni………

    Reply

  56. 56 theone Aug 15th, 2008 at 4:08 pm

    Fahamilah maksud sebenar Tan Sri Khalid…
    Bagi mereka yang hanya mahu membantah tanpa memikirkan kesan positif perubahan ini perlulah memikirkannya dengan semasak-masaknya…
    Biarlah kita berjuang untuk memajukan bangsa kita dengan sedikit pengorbanan…

    http://hidrogen-fuel.blogspot.com/

    Reply

  57. 57 havename Aug 15th, 2008 at 4:18 pm

    Sokong 200% ex-uitm. Saya pun bekas pelajar uitm shah alam tapi bukan bangsa melayu. Pelajar-pelajar Uitm!!!! Apa yang kamu orang melatah tak tentu pasal ni?????????/ Hari tu Uitm Shah Alam demonstrasi, hari ini Uitm Johor pula. Tak pakai otak ke? Atau memang “kureng” penggunaan otak dan terlalu mengikut emosi. Pandangan MB Selangor memang bagus. Saya pula mencadangkan kuota 50% bukan bumiputera dan 50% bumiputra. Uitm tak akan dapat melahirkan banyak cerdik pandai sekiranya masih 100% bumiputera. Otak orang bumiputra perlu di gabungkan dengan orang bukan bumiputra. Begitu juaga dengan pensyarah. Ramaikan bukan bumiputera. Jangan mengharapkan pensyarah bumiputera saja kerana majoritinya kurang pengetahuan analytikal. Hanya mengajar berasaskan panduan. Pelajar bumiputera kurang daya saing dalam alam pekerjaan. Mereka ini standard terbawah dalam pasaran kerja swasta. Tapi mereka inilah orang teratas dalam senarai pasaran kerajaan yang dari dulu di labelkan sebagai pemalas, lembik dan sebagai nya yang tak sedap di dengar. Lagi satu, kaum bukan bumiputera enggan memberi kerja yang setimpal kepada bumiputera tetapi hanya jadi kuli kerana hak mereka untuk mendapat pendidikan dan banyak lagi telah dikaut oleh kaum bumiputera.

    Reply

  58. 58 zargon Aug 15th, 2008 at 6:26 pm

    Took this comment posted by a blogger Democrats, from Malaysia Today. I hope the Malays particular the UITM students who took part in the demo nationwide take heed of it. Without realizing it, you bunch of thoughtless students has brought shame to all the UITM community. In actual you guys are the ones who instigate others to look down upon your alma mater.

    The comments says:

    “If you analyse these 5000 UiTM students action you will see the characteristics of “geniuses” they have……

    STUPIDITY – wear black in the hot morning sun.

    LAZINESS – stand for one hour only? Are you really COMMITTED?

    UNCOORDINATED & INCOHERENT – cannot even hold a protest simultaneously.

    INDISCIPLINED – skip classes to protest? Yahoo…..no class for today.

    UNCLEAR ON THE CONCEPT – if your Vice Chancellor and PM already say no admission of these people, why still protest? You are already safe and secure in Stupidville and MORONland”

    What more can I say? Adoi, smack on the face… Serves you all right. Another thing, just forget your motto of becoming “World Class University” … makes people wanna laugh la…

    Reply

  59. 59 Benrauf Aug 15th, 2008 at 9:43 pm

    To Pak Khalid
    .
    Kitorg tau Pak Khalid ni orang korporat. Takde Pak Khalid, tak membangun orang Melayu. Pak Khalid buat PNB, Tabung Haji, pastu downraid Gurthie dgn Synergy lagi..tapi Pak Khalid kena ingat Pak Khalid skang bukan orang korporat jek. Pak Khalid skang orang politik.
    Even though Pak Khalid baru je daftar politik tahun lepas, tapi Pak Khalid sedar tak Pak Khalid skang bukan lagi orang baru lg. Pak Khalid skang menteri besar tau.
    Ape je yang Pak Khalid cakap orang semua nak tau. Lagi-lagi la Pak Khalid tu orang oposisi. kena ingat betul-betul. Pak Khalid kalau salah cakap sikit je pon mesti jadi bahan punye la. macam masa Pak Khalid tersasul kat Ijok dulu. Ingat lagi kan.
    Memang la. Tu cume pendapat Pak Khalid je. Orang tanya Pak Khalid jawab la kan? Pak Khalid takde kuasa pon kat UiTM. Tapi Pak Khalid skang org besar. Lagi-lagi orang kaum Pak Khalid tu sensitif.
    Diorang tak kisah kalau Pak Khalid nak makan rasuah ke, bini Pak Khalid nak salah guna Tabung Rakyat ke, Pak Khalid nak bagi tender kat kroni ke, nak buat rumah besar-besar pakai duit negeri ke, macam orang sebelum Pak Khalid tu.
    Tapi kalau Pak Khalid sentuh je sket diorang punya sensitiviti..Pak Khalid siap. Habis Pak Khalid. So buat masa skang Pak Khalid simpan je la opinion Pak Khalid tu. Kalau Pak Khalid nak jugak bagi opinion camtu, join ruling party. Kalau Pak Khalid buat pun mesti takde orang marah punye.
    Cube tengok Meritokrasi ke, hapuskan jawi ke, 10% Matrikulasi utk other nation ke, 10% sekolah asrama penuh ke, Hapuskan Sekalah Agama Rakyat ke
    Mane ada orang Melayu marah. kan? kan?

    Reply

  60. 60 epain Aug 16th, 2008 at 12:57 am

    ni apa yang nak panik sampai berdemo ni?….tak de keje lain ke?…

    dalam hal ni, baru cadangan, belum diperingkat perbincangan, jauh sekali pelaksanaan…n tan sri khalid bukannya ada kuasa nak meminda sebarang dasar apatah lagi membabitkan kerajaan persekutuan….

    kalau boleh berdemo tentang satu benda yg baru dicadangkan…apa kata pegi berdemo bantah kemasukan 10% pelajar dlm MRSM…dah laksana dah pun…

    tu ha pegi demo bantah biasiswa 45-55…

    lagipun dulu masa ada yg buat cadangan ni, nape tak berdemo?….aku pun ex student uitm lah…

    korang student yg tengah dok study nak habiskan masa pegi berarak buat apa?…boleh pulak VC benarkan?….bukan ke tu VC yang memansuhkan UIS?…VC yang mengecap seseorang tu pro aspirasi lah pro pembangkan lah….

    tu jugak VC yg nak namanya dimasukkan sebagai calon PRU 12…

    adik2, abang2 releklah…jangan cepat melatah…ni semua sekadar mencerminkan dan menelanjangkan perkara negatif yg sentiasa menyelubungi org Melayu….

    buat Tan Sri Khalid…saya paham UiTM kampus induk berada dlm negeri Tan Sri, tapi jgn dikacaulah benda mcm ni….biarkan…

    dlm masa yg sama, sy harap UiTM jgnlah mendesak untuk mengUMNOkan UiTM tu…biarlah student dan petugas menentukan hala tuju politik masing-masing tanpa menjejaskan karier masing-masing….

    Reply

  61. 61 amieza zain Aug 16th, 2008 at 3:25 pm

    saya sokong tan sri 100%
    isu 10% kuota bukan melayu tidak sedikit pun buat keistimewaan org melayu terjejas.
    Pelik serta aneh apabila pelajar2 UiTM yang berdemo seperti orang hilang akal.Menjerit2,terpekik2..
    banner2 yg dibawa ketika berdemo banyk yg bertulis not allowed non bumiputera dan macam2 lagi.yg mengejutkan,ada juga bertulis yg bole dikatakan amat menyinggung perasaan org bukan melayu
    itu telah menunjukkan sikap buruk org melayu yang cepat meletah dan takut utk bersaing
    maaf,bagi saya pelajar cina dan india pun tak kempunan nak masuk uitm jika begitulah keadaannya.

    sewajarnya 30%!

    Reply

  62. 62 student uitm Aug 17th, 2008 at 1:01 am

    sy sebagai student uitm m’bantah sekeras2nya. korg ni asyik2 pk melayu je. tau x berapa ramai bumiputera bukan melayu di sabah n sarawak? kat sini bukan nak kate nak tolong org melayu je. tapi tolong bumiputera. kalo xphm ape maksud bumiputera, xpyh nak komen kat cni. jangan la nak kutuk2 uitm kalo korg bukan student uitm. kalo korg jenis org yg bersyukur, mmg korg xkan kutuk uitm(to xstudent or student uitm). hey student uitm, b’syukur la dapat msuk ke U yg termurah. mane lagi korg nak cr yuran termurah? korg x pk ke kalo non bumi msuk ke uitm yuran of course naik n maybe boleh naik 100%. bumiputera di malaysia ramai,bukan melayu je. korang kene ingat ngat kaum iban,bidayuh,murut,kadazan dan lain2 lagi di sabah n srawak. masih ade 16 or 17 lagi IPTA yang menawarkan utk non bumi, ni cume SATU je uitm for bumiputera, so, ape nak KECOH??? non bumi masih byk peluang nk msuk IPTA lain,
    BIAR LAH kita simpan satu uneversiti ni untuk bumiputera. sedar la bumiputera,UiTM hak kita. PERTAHANKAN HAK KITA.
    sape yg menyokong tu, same je seperti nk m’jual hak sendiri kepada org asing. FIKIR2KAN LA.
    tgk la si LUNA tu pun xnak anta ank die ke uitm,kalo kaum lain dh xnak, watpe nak buka kuota? UiTM sekarang dalam proses berkembang, biarla berkambang dulu. jangan di kacau. hanya xstudent n student uitm je yang paham uitm ni mcm mne. so, kpd non student uitm, jangan nk komen lebih2.
    sape kate pelajar uitm xberkualiti? tau x ramai xstudent uitm yg berkerja d sektor kerajaan.. kiteorg kat sarawak ni bersatu dengan kaum bukan melayu spt ibsn,murut,kadazan,melanau dll TIDAK SETUJU dengan MB SELANGOR.

    Reply

  63. 63 uitm Aug 17th, 2008 at 3:16 am

    bile sebut je psal uitm pe yg akan trlintas dlm pale otak korg?1st yg akn tlintas dlm otak aku girl2 kt uitm semua2 nye hot2..sedap utk cuci mate..2nd bdk2 uitm ni best sbb yuran murh n byk duit leh dgunakan utk enjoy..3rd uitm agak sosial..pompuan laki xda hal klu nk dok serumah..4th uitm mrupakan slh satu u yg xpentgkan kelulusan sgt utk dtrima msk..aku tpk cmni sbb mmg knyataan…aku dr upm 1st time g uitm s.alam mmg aku tkejut gile..tgk dress up girl2 kt sane mmg btol2 hot..cm nk g clubing pon ade..pastu jmpe mmber aku..die lepak kt luar umah sewa..mlm tu ajak aku g karok..tnye die byk duit ko nk ajak aku karok..die jwb biase la..pt dpt 3500 tolak yuran br bape je..byk lg baki ntk enjoy…haha(die gelak)..xtau la cmne bgsa kite nk jf maju klu dh bpkiran mcm ni..uitm bg aku mcm xda klas sgt..xda undang2 yg tegas..

    Reply

  64. 64 Mohd Safuan Aug 17th, 2008 at 9:12 pm

    Saya mengucapkan setingi-tingi tahnian dan terima kasih kerna membaca dan meneliti segala penulisan dalam blog ini Walaupun saya tidak mengehtahui siapa yang menulis bagi pihak saya Mohd Safuan yang bertarikh pada Aug 15th, 2008 at 2:11 am.

    bloger adalah cabang infomasi dan mempunyai tanggung jawab yang sama seperti media masa. kebebasan media adalah sangat pentin bagi menyampaikan maklumat yang sebenar kepada rakyat. jadi sila nyatakan nama yang sebenar dan bertanggung jawab dengan penulisan sendiri.

    kepada saudara zargon. kita biarkan pelajar uitm dengan tindakan mereka mempertahankan hak mereka (yang mereka sangka hak mereka) kerana selepas mereka menamatkan pelajaran di uitm hanya semangat uitm kepada uitm sahaja yang akan tinggal. sekiranya uitm pada hari ini masih lagi itm seperti dahulu mungkin perkara ini tidak akan di bangkitkan sama sekali.

    kepada saudara Steven Lee. seperti saudara sedia maklum isu pelajar uitm dan semua pelajar melayu di dalam semua universiti di dalam mahupun di luar negar ialah sikap “takpe”
    kerana pemimpin adalah datangnya dari kaum melayu sendiri dan mereka akan mendapat bantuan walaupun mereka gagal kerana mereka perhubungan di peringkat atasan itu yang menjadikan pelajar itu “tido” dalam segala aspek dari ekonomi mahupun pendidikan.

    kepada saudara PJboy. penubuhan universiti yang di tubuhkan oleh pkr adalah satu idea yang menarik. terapi sekiranya ianya ingin ditubuhkan ia harus tidak mempunyai sebarang kuota langsung atau kuota yang sama rata supaya tiada yang rasa tertinggal dalam bidang pendidikan.

    kepada saudara Hong Wai. berbanding dengan kaum kaum yang lain kaum cina adalah kaum yang paling banyak menggunakan wang dalam segala aspek kehidupan. tetapi semangat kaum adalah kunci teras utama bangsa cina. kerana kaum cina akan membantu sebaik mungkin kepada kaum mereka sendiri walaupun kadang-kadang seperti ada sifat perkauman di dalam segala sektor tetapi kami tidak berkecil hati kerana tiada siapa yang akan membela bangsa itu sendiri melainkan bangsa itu sendiri. bagi ungkapan “apa yang anda semua cari di uitm” sekiranya uitm yang hari ini kita semua lihat mempunyai pencapaian yang rendah mengapa harus kita tambahkan pelajar. sekiranya itu yang menjadi masaalah bagi semua kita hanya cara dan rating yang harus diubah bukanya bilang pelajar, kaum mahupun jenis.
    menurut PERSEKUTUAN PEKILANG-PEKILANG MALAYSIA. mereka memerlukan pelajar yang boleh melakukan kerja bukannya pelajar yang mempunyai sijil yang melambak dalam simpanan.

    seharusnya uitm memperbanyakan amali dari teori semata-mata bagi mengekalkan daya saing universiti

    sekiranya sijil yang dicari terlalu banyak universiti mahupun kolej yang masih menjual sijil walaupun gagal dalam semua bidang. mungkin uitm boleh mengikut jejak langkah dengan mula menjual sijil kepada semua pelajar.

    Reply

  65. 65 adoi... Aug 18th, 2008 at 11:45 am

    salam…adoi apelah dak2 uitm nie…

    korang nie cam gali kubor sindri je…korang buat camni,nanti bile graduate..korang nak mintak keje kat syarikat owner bangsa laen gak..memang masak la jawabnya korang…asal racism sangat wei..buat malu bangsa sindri jek…yg lua2 tu sume bantah hebat gile…padahal isu mrsm,matriks,jpa tade kecoh pon dulu..ape kes???

    10% tu lagipon cadangan jeh…kuase terletak pada kerajaan pusat gak…korang buat camni,ape pandangan bangsa2 lain ngan bangsa melayu…sedihnya aku tengok bila semua dipolitikkan..naik menyampah tau..

    bile studen buat demo tade pon yg nak halang2,tade seurat ayat pon yg nak kutuk kat suratkhabar ngan canel tv popular tu…tapi kalo pembangkang yg buat,mak aihh..berita nya cam negara nak kene bom..

    udah2la wei…malu kat bangsa sindri wei..bangsa2 kat lua tu pk kite nie melayu is too racism..

    wallahualam..

    Reply

  66. 66 red|linux Aug 20th, 2008 at 2:57 pm

    Apela…..ade yang melenting dan ade yang menyokong.. Hak Bumiputra, itu hak Bumiputra.. first jgn timbulkan isu sensitif…nak meningkatkan kualiti, open another IPT for non-Bumi…so, hak bumiputra dignggu takkan wujud..so orang Melayu xkan marah..yang Tan Sri Khalid menjadi punca kemarahan orang Melayu pun he is the part of someone juga..so dia kena mengakui silap dia..

    For the next time, bila jadi orang politik hendaklah bijak mengatur bicara. Betulkan? Benda ni simple jer..u x kacau, masalah xkan timbul. then bia sebangsa sendiri dah marah, u kena tahulah puncanya dari mana..Please, dont blame sesuka hati bangsa sendiri.. better u look kat mana silapnya..That is better..

    If it just to raih undi, forget it.. Masih ramai kat luar sana student UITM yang undi PKR..i tak nafikan..so kalau disebabkan student UITM yang malas, itu bukan kerana masalah UITM sendiri. .. So jgn blame mereka dengan meletakkn 10 persent sebagai hukuman untuk mereka..Itu UITM punyer masalah k..

    So sebelum kita nak jaga hati bangsa lain, jaga hati bangsa sendiri.. Then barulah bantu bangsa lain..Melakukan kenyataan sebelum ni hanya membelahkan bangsa Melayu..Bukankah?

    Reply

  67. 67 Budak pensel Aug 20th, 2008 at 3:44 pm

    Wujudkan satu universiti lain..tak payah nak jual sume bende yang Mara buat..isu MRSM, tak payah nak ungkit..kita tak perlu ubah UITM..yang kena ubah, pemimpin atasan negara..Come on la..kalau UITM tak bagus, tak payah la berebut kuota, betul tak? Seolah2 smua orang pejam mata.. Fikir lah, bermasalah sangat ke UITM ni, or u yang xnampak masalah kepada pemimpin atasan..khususnya pemimpin UMNO.. kenapa, UITM memusnahkan harapan bangsa ker? Yang tak cukup, universiti untuk non BUMI, itu yang tak ade..kalau nak diwujudkan persaingan, wujudkan Universiti untuk non Bumi is better..besar sangat ke 10 persent? i nak tye nie, besar sangat ker 10 persent? benda tu pun tak cukup, tapi cukup untuk membuat orang Melayu melenting.. Jangan salahkan mereka, sebab, mereka buka orang yang tiada pendidikan. Kenapa mesti cari isu yang sensitif untuk membantu kaum lain..?

    Yang perlu ada, ciptakan lah satu IPT untuk bangsa lain..Ini tidak, mula2 MRSM,then GiatMARA, kenapa xnak ganggu IKM? memanglah dulu orang tak melenting pasal isu MRSM, tapi sekarang ini macam nak CROP sume hak melayu.. Fikirlah.. jgn blame orang lain yang wat demostrasi..u cakap ini degara demokrasi, then yang buat demonstrasi pun daripada parti pembangkang jugak..so jgn jilat air ludah sendiri dah la..yang salah , maybe orang yang pernah kuat kuasakan undang-undang supaya siswa tidak boleh berdemo.. betulkan..? jgn salahkan student, sebab student memang ade hak berdemo sebagai rakyat Malaysia sepertimana Anwar Ibrahim dulu dalam ABIM..

    Salahnya, letak pada pemimpin negara..sebab tak wujudkan IPT khusus untuk membantu pelajar bukan Bumiputra.. UITM x pernah salah. sebab UITM memnag diwujudkan utk membantu Non Bumi..betul kan? kalau open kuota, then ape dah jadi matlamat UITM tu dah salah la…membuka kuota 10 percent tak membantu..percayalah..atas komen saya ni, melambak yang mengatakan non Bumi lebih berjaya berbanding dengan Bumi..Orang melayu , tak berjaya jugak..so, niat Tan Sri Khalid nak mambantu orang Melayu, tapi bayangkanlah kisah MRSM tadi, orang Melayu masih tak berjaya setelah kuota dilaksanakan..Perlu kah ia dilaksanakandi UITM?????????

    I pelik la, u tau kesannya, tapi xpandai memilih..orang Melayu khususnya, kenapa pejam mata dengan IKM? padahal IKM melahirkan ramai pelatih yang pandai wat kj..walaupun tiada pelajar bukan Melayu kat dalam tu..nak kata lepasan MARA tak bagus, ceh..Katak bawah tempurung…Lepasan IKM pun dapat belajar walaupun tanpa saingan daripada bangsa asing.. U tak herankah?….kenapa pemimpin Melayu memandang rendah kepada mereka ini, dan sering mencari silap melayu dan manghukum sedemikian rupa????

    For me, UITM still menjaga kualiti siswa dan siswi nya..yang perlu diubah, bukan UITM, kuota dan sebagainya..yang perlu diubah, mentaliti orang Melayu khususnya pemimpin tak kira UMNO atau keadilan..

    Reply

  68. 68 saya pon student uitm Aug 31st, 2008 at 1:25 pm

    saya setuju ngan mb selangor…actually 10 percent tu xder paper pon…lg bagus kalo uitm ramai pelajar asing..dpt bersaing2 bersama2…yg patut kita pikir kan…mcm nak mnghadkan kemasukan non bumi dlm kerajaan…lg pon semua yg masuk uitm semua disebab kan kelayakan bukan kuotakan.. Bler kerajaan buka kuota utk non bumi kat mrsm n matrik xkecoh pon…kurangkan peratusan melayu utk biasiswa jpa pon xkecoh….ni baru cadang mcm neh dh kecoh…

    Reply

    budak pensel Reply:

    sape kate isu mrsm tak kecoh?
    better check balik sebelum buat any statement.

    Reply

  69. 69 Rakyat Malaysia Sep 6th, 2008 at 8:38 am

    satu topik yg hebat,masing2 xnk kalah..isu uitm ni xda ape2 pon,smua kepentingan politik jer x kira laa umno atau keadilan,
    org umno nk ckp yg t.sri khalid ni x hormat hak org melayu,
    org keadilan plak nk pancing undi kaum cina dgn india,
    kenapa org nk sgt buka UITM ni sebab uitm lah universiti yg yuran ye paling murah,so bila sebut pasal duit nie,smua org akan berebut,tu jer..
    pasal kualiti ke,mutu ke,produk dr uitm ker,korg pg lah kt syarikat mane2 tgok, pengarah ke dato2 ker tan sri ker,dh belambak drpd diorg tu hasil produk dari UITM..
    sedar laa wahai smua org,smua org ade buat salah,pasal mrsm buka koata dan lain2 tu,bila kita dh tahu menda tu umno pnah buat salah,org keadilan sbg pentadbir baru…buat la perubahan dan jgn laa ulang menda yg sama.klau x,buat apa kita sokong keadilan..klau kite buat menda yg sama,kita ckp org bodoh,kita pon bodoh jugak laa kan?
    org keadilan pon,nk kutuk2 umno sgt..ak rasa laa masa dato sri anuar jd TM dulu(semasa umno),dato sri sendiri pon kutuk kutuk PAS sebab pembangkang kerajaan..bila dato sri jd pembangkang plak,dato sri membuat perkara yg sama..fikir2 kan lah…

    Reply

  70. 70 gorgom Sep 10th, 2008 at 12:54 pm

    shutup!

    Reply

  71. 71 wira4ce Dec 26th, 2008 at 10:14 pm

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    Siri kemasukkan pelajar bumi or non bumi ke uitm ada agenda yang tersendiri disebalik mempertimbangkan hitam putih perkara tersebut. Secara am nya tidak salah untuk UiTM membuka kemasukkan 10% 20% atau 30%, tapi perlu ditegaskan bahawa negara kita adalah negara yang demokrasi, sebarang pindaan, perubahan atau persetujuan perlulah melalui parlimen. Hal ini seperti mana yang kita ketahui UiTM adalah salah satu instituisi pengajian tinggi yang berada di bawah naugan kerajaan dan dilindungi oleh perjanjian yang telah termenterai.

    Orang melayu jangan mudah melatah, bertindaklah secara professional, jangan takut akan bayang-bayang besar, besar tak bermakna hebat, kecil tak bermakna lemah. Saya adalah graduan dari uitm dan masih belajar di uitm. Saya tidak takut akan sebarang ancaman dari non bumi atau bumi yang mengancam kedaulatan kita. Takut beerti kita kalah sebelum berjuang. Itu yang perlu bangsa melayu tanamkan. Kita hidup dalam satu negara, kenapa perlu ada isu perkauman yang tak pernah selesai? Kenapa masih pertikaikan hak-hak istimewa kaum itu dan ini? Kaum melayu tidak pernah pertikaikan peratusan mereka untuk ke sekolah jenis cina atau india, jika wujudnya racist seperti yang diwar-warkan, sudah tentu sekolah-sekolah ini tidak wujud.

    walaupun saya sendiri akui saya pernah rasa tergugat dengan ura-ura 10% pelajar non bumis, akan tetapi saya menganggap ini sebagai satu saingan dan cabaran, akan tetapi saingan ini perlu ada batasannya.

    Ini adalah satu perumpamaan yang saya yakin boleh difikir-fikirkan bersama.

    “Ibarat sebuah rumah yang diwasiatkan kepada anda dan menjadi milik penuh anda, secara tiba-tiba saya datang dan merampas 10% dari hak anda. Tidakkah anda rasa tergugat? Dan adakah anda yakin yang saya akan ambil hanya 10% hari ini dan selamanya? Apakah yang menjamin bahawa 10% itu tidak berubah menjadi 20%, 30% dan seterusnya 40%? atau mungkin saya akan mengambil alih rumah anda sepenuhnya? Apakah yang anda dapat kalau saya ambil hak anda? Adakah dengan pemilikkan 10% yang saya dapat akan membantu keluarga anda untuk lebih berusaha untuk “menyingkirkan” saya dari rumah anda? Dan sekiranya anda diberikan 3 pilihan samada hak rumah anda dirampas, dipertahankan atau disewa, yang manakah anda akan pilih? Itu adalah rumah anda, fikir-fikirkan.”

    Saya tidak mengatakan bahawa saya setuju atau tidak dengan kemasukkan 10%, saya bukanlah ahli senat yang petah berkata-kata yang boleh mengubah sebarang dasar. Masa depan negara ini adalah milik semua, saya yakin, kalau isu perkauman ini berterusan, dan fikiran kita semua masih ditahun satu sedangkan umur sudah puluhan tahun, saya yakin satu hari nanti peta malaysia tidak wujud dalam atlas.

    renung-renungkan dan fikir-fikirkan kata-kata hamba ini wahai saudara dan saudari yang cerdik pandai.

    pst: tak kira di mana sekali pun kita belajar, selagi ada kemahuan menuntut ilmu, di situ ada jalan, tidak semestinya 10% untuk non bumi orang melayu tak boleh belajar, dan tak semestinya tiada 10% untuk non bumi orang-orang non bumi tak boleh belajar. Alternatif sentiasa ada.

    Wassalam.

    Reply

  72. 72 JOjo May 11th, 2009 at 5:04 am

    khalid ni bikin orang marah pesal.. orang keadilan just nak jatuhkan BN jer…Kalau BN dah jatuh, dorang nak wat per kat Malaysia, nak jual tanah melayu pulak?

    Reply

  73. 73 Mat_Rock Jun 3rd, 2009 at 2:14 pm

    alaaa… Bukak 10% kuota utk non-bumi apa la sangat…. Macam la kt IPT lain org Melayu & Bumiputra x b’saing ngan kaum2 lain…. Tapi, diorg b’jaya gak kan? Bab takut b’saing, saya rase x de apa2 masalah kat sini…. Kita x boleh nafikan hak2 kaum lain, kerana mereka juga rakyat Malaysia… Untuk kebaikan UiTM, pembukaan 10-20% kuota kpd non-bumi merupkan satu langkah yg baik utk menambahkan kualiti UiTM…. Bila ada persaingan, baru ada smgt nk b’lumba utk meningkatkan kualiti mahasiswa itu sendiri… Lagi pun ramai gak anak2 melayu yg dpt result gempak dlm SPM, kebanyakannya dtg dari aliran Agama dan sekolah Harian biasa….

    2. Jangan risau la, pembukaan kuota 10-20% kuota kpd non-bumi x kan menggoyahkan kaum Melayu & Bumiputra itu sendiri…. Alaa…. 10-20% jer…. X perlu takut bab2 bersaing ni… Bukan orang melayu x bleh berjaya… Cuma usaha je kena lebih skit… Cuba tgk kt tokh Melayu & Bumiputra yg dh berjaya, dan skrg ada yg dh jadi orang2 tersohor dlm bidang masing2… Diorang x duduk dlm kelompok diorg jer kann?? Kat IPTA2 lain cam UM, UTM, UPM, USM, UKM, UIAM pun ada gak persaingan hebat dalam kalangan semua kaum…. Tapi ramai gak mahasiswa Melayu yg berjaya kan??? Yg byk buat penyelidikan pun diorang gak kan??

    2. Bab2 bukak IPTA baru ni x payah la rasenyerr…. Bukan dh ada ke IPTA baru cam UTHM, UTeM, UPNM, UniMAP, UMP,UMK, UMD??? Cuma perlu dinaiktarafkan dan dinaikkan kualitinyer ajee…. IPTA t’sedia ada pun bukan x byk cawangannyerr….

    ~ Percayalah orang Melayu x kan ketinggalan sekiranya bersaing dgn mana2 kaum sekiranya rajin berusaha…. Cuma yg dtgkn masalah UMNO-BN ni jerrr… Mainkan isu camni nak tarik perhatian rakyat la tuu… x payah lerr… Diorang ni bukannya ikhlas nak tolong orang melayu…. Melayu yg dimaksudkan tu Kroni ngan anak bini diorang jerr…..

    Reply

Leave a Reply