Kenyataan Media Majlis Profesional Muslim

13 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

12th August 2008

MPF regrets the unruly action of protestors that forced an abrupt end to the Bar Council forum on conversion to Islam on 9th August 2008. We acknowledge that as a nation with two justice systems as accorded by the Federal Constitution, there would be outstanding issues that remain unresolved, one of them being the subject of the Saturday forum.

It is quite understandable that when a divorce case between a Muslim and a non Muslim spouse is brought to the Syariah Court, the non Muslim would see this as an infringement of Islamic law against their rights. This may be due to a number of factors, among which are lack of knowledge and misconceptions of Islam and Islamic law based on precedent cases. It would not be inconceivable that there would be some degree of animosity and prejudice that the religion has directly or indirectly contributed to the dissolution of their marriage.

As much as we hold that the Syariah is an indivisible part of Islam, the functioning of the Syariah courts and the intricacies of specific enactments are human endeavours that will always have room for improvement.

The recommendation by a former SUHAKAM Commissioner, Dr. Mehrun Siraj that the Syariah court should not unilaterally make any decisions that might affect the rights of non Muslims, is a sound initiative towards resolving the issue and should be seriously considered by all states.

The Saturday incident, similar to the disruption of Article 11 Forum not long ago, showed that Islam and the administration of Islamic Law in this country is still very much a sensitive issue, one that touches many a Muslim across party lines. However, from the viewpoint of non Muslim rights on these outstanding issues and freedom of expression, there is a valid reason for holding such a public forum, with the possible consequences taken into consideration.

Meanwhile, we urge the government to reactivate the joint committee of civil and Syariah lawyers which had been tasked to discuss matters relating to marriage and family issues, to work towards an amicable solution.

Dr. Mazeni Alwi
Chairman
Muslim Professionals Forum

—————————————————
12hb Ogos 2008

MPF kesal dengan aksi tidak terkawal para pemprotes yang menyebabkan forum memeluk agama Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 9hb Ogos 2008 berakhir secara mendadak. Kami menyedari hakikat negara ini yang mempunyai dua sistem kehakiman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, semestinya ada isu yang masih tidak dapat diselesaikan, salah satu darinya adalah subjek forum pada hari Sabtu lepas.

Sesungguhnya dapat difahami bila timbul kes perceraian di antara muslim dan yang bukan Islam, kes tersebut akan diadili oleh mahkamah Syariah, makanya yang bukan Islam melihat adanya pelanggaran terhadap hak-hak mereka oleh undang-undang Islam. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kerana kurangnya pengetahuan dan salah faham terhadap Islam dan undang-undang Islam yang berasaskan rujukan kes terdahulu. Sememangnya dapat dibayangkan akan adanya ketidakpuasan hati dan prejudis bahawa agama ini telah secara langsung mahupun tidak menyumbang kepada pengakhiran perkahwinan mereka.

Kita yakin sesungguhnya Syariah itu sebahagian dari Islam, akan tetapi fungsi serta perjalanan mahkamah Syariah dan perincian enakmen yang spesifik adalah usaha insan biasa yang mempunyai ruang untuk dibaiki.

Rekomendasi oleh Dr. Mehrun Siraj bekas pesuruhjaya SUHAKAM agar mahkamah Syariah tidak secara bersendiri untuk membuat keputusan yang memberi kesan kepada hak bukan muslim, merupakan satu anjuran yang munasabah di dalam menyelesaikan isu ini dan wajar diberi pertimbangan oleh semua negeri.

Insiden pada Sabtu lepas mempunyai persamaan dengan insiden gangguan terhadap forum Artikel 11 tidak lama dulu, memperlihatkan Islam dan pentadbiran undang-undang Islam masih merupakan isu sensitif yang menyentuh Muslim melewati garis parti politik. Walau bagaimanapun dari sudut pandang hak bukan Islam berkenaan isu ini dan kebebasan berekspresi, ianya adalah munasabah untuk menganjurkan forum ini secara terbuka sementara mengambil kira kesan yang bakal timbul.

Sementara itu kami menggesa kerajaan untuk menghidupkan kembali jawatankuasa peguam sivil dan Syariah yang akan membincangkan hal-hal berkaitan dengan isu-isu perkahwinan dan keluarga serta berusaha untuk mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama.

Dr. Mazeni Alwi
Pengerusi
Forum Muslim Profesional

Pendapat Anda

Switch to our mobile site