06
Aug
08

Siri Jelajah Menuju Putrajaya di Bentong

Siri Jelajah Menuju Putrajaya di BentongSiri Jelajah Menuju Putrajaya di BentongSiri Jelajah Menuju Putrajaya di Bentong
Umum mengetahui mutakhir ini harga minyak petrol telah mulai turun dari $135 setong kepada sekitar $120 setong. Perubahan harga ini mendorong kita untuk terus komited menurunkan harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.Rentetan daripada perkembangan baru ini, saya menjelaskan bahawa jika hari ini Pakatan Rakyat memerintah, esok harga minyak petrol turun sebanyak 70 sen. Mesej ini saya sampaikan di sepanjang siri ceramah saya dan yang terbaru di Bentong, malam semalam.Berikutan pengumuman ini maka adanya tuduhan dilemparkan kononnya mekanisme penurunan harga minyak yang saya anjurkan bersifat populis. Pemilihan perkataan tersebut sememangnya melucukan. Ianya bertujuan menyembunyikan fakta jelas iaitu hasrat kita ialah untuk meringankan beban rakyat. Kita tidak populis, kita pro-rakyat! Kelemahan Barisan Nasional yang diketuai Umno di dalam mengurus ekonomi serta menyalahguna khazanah negara tidak lagi boleh dibiarkan.Matlamat kita ke Putrajaya bagi memastikan perubahan berlaku dan institusi-institusi kenegaraan dipulihkan. Ekonomi berada dalam keadaan gelita manakala mutu pendidikan merudum!

Dan saya percaya semua rakyat Malaysia juga berkongsi keresahan ini. Pujangga besar Muhammad Iqbal dalam karyanya Zabur-e-Ajam tepat sekali dalam mengungkapkan hasrat Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan:

Membakar semangat baru
untuk bangsa dan zaman ini;
Memberi nyawa baru
pada jasad yang telah tua.

ANWAR IBRAHIM


66 Responses to “Siri Jelajah Menuju Putrajaya di Bentong”


  1. 1 Tony Wong Aug 6th, 2008 at 10:33 am

    BN ingatkan orang tak tau baca dan menganalisa. Dengan adanya Internet, tak akan ada apa-apa rahsia yang dapat disembunyikan. Jika kerajaan terus di letakkan di bawah jagaan BN-UMno, semuanya akan dilakukan secara paksa-rela. Harga minyak turun RM10, diaorang baru nak turun 6sen awal bulan depan, macamlah rakyat buta matematik.

    Sokong Dato Seri!

    Reply

  2. 2 Shahrudin Aug 6th, 2008 at 10:36 am

    Tahniah dalam merangka cara dan commitment dalam menurunkan harga minyak. Dato seri, saya sekadar nak mmperbetulkan statement dalam rencana dato seri diatas. Saya sekadar bimbang puak-puak amno karat akan menggunakan ini sebagai mainan politik meraka. Harga minyak sepatutnya dalam USD (dolar amerika setong)bukan dalam RM (ringgit malaysia) seperti rencana di atas. Dan yang terkini harga minyak yg dilaporkan dalam Bloomberg seperti dibawah. USD 118.82

    COMMODITY FUTURES
    VALUE CHANGE % CHANGE
    Oil 118.82 -0.35 -0.29
    Gold 888.00 1.90 0.21
    Natural Gas 8.66 -0.07 -0.76

    Reply

  3. 3 Halik Zaman Aug 6th, 2008 at 10:36 am

    DARI KACA MATA HALIK ZAMAN

    “PENGUIN BETINA” DALANG DALAM FITNAH !!
    **************************************

    UMNO menghadapi permasalahan besar dalam pilihanraya kecil diPermatang Pauh. Mau tanding salah, tidak tanding pun salah. Telan mati bapa, diluah mati emak. Moral UMNO akan tercalar kalau calonnya kalah dalam pilihanraya kecil diPermatang Pauh. Kalah satu perkara, kalau majoriti DSAI diluar jangkaan bagaimana? Satu perkara yang paling memalukan, boleh harakiri Paklah dibuatnya. (Alasan Permatang Pauh kubuh kuat DSAI tidak timbul yang penting UMNO/BN sebuah Kerajaan yang kununnya kuat).

    Kalau DSAI menang dalam pilihanraya kecil diPermatang Pauh dengan majoriti besar diluar jangkaan? Ini bererti tuduhan fitnah liwat keatas DSAI meruntuhkan emej politik Paklah, Najib, Hamid Albab, Rais anak Yatim dan terpalit juga pihak polis serta kumpulan pelampau dalam UMNO termasuk lah “Orang Tua Malaysia” Dr. Mahathir Muhammad.

    Kemenangan DSAI dalam pilihanraya kecil diPermatang Pauh nanti akan dapat gambaran nyata terlukis satu sejarah hitam kepada UMNO dan Paklah, Najib, Hamid Albab, Rais Yatim dan jongosnya Ezam yang begitu takbur dan celupar serta angkuh yang melampau lalu menafikan karisma DSAI dan hak PKR serta wibawa Pakatan Rakyat yang telah dapat menambat hati rakyat, dinafikan oleh bebadut bebadut itu..Ia juga satu backfire kepada Barisan Nasional dan UMNO kerana terlalu meng- highlight-kan tuduhan kes liwat kepada DSAI yang terang terang tidak disenangi oleh rakyat Malaysia.

    Ini bererti segala tokmahan, pencacian, penghinaan, pengaiban, dari ahli ahli para munafik itu kepada DSAI, terhakis, tercuci suci, berkilat bak’ intan baiduri.Harumnya nama DSAI bagaikan haruman melati ditaman firdausi. Betapa jijik dan kejinya muka muka para pemfitnah yang munafik itu, tidak ternilai hina, keji dan malunya mereka. AWAS- pastinya Permatang Pauh jadi tali pengukur nanti.

    Bila DSAI tiba kePutrajaya nanti, jangan lupa Saiful. Heret dia kemuka pengadilan. Akan terbongkar lah nanti satu rahsia besar siapa gerangan sponser budak Saiful dibalik tabir? Sama sama kita lihat sebuah filem Hindustan ini, siapa pengarahnya kalau bukan “si-Penguin betina jalang” itu dan dibantu oleh Ezam. INI SALAH SIAPA? INI DOSA SIAPA? JAWABNYA ADA SIATAS SANA.

    Reply

  4. 4 amer Aug 6th, 2008 at 10:40 am

    Tahun 2008 — harapan baru untuk mewujudkan bangsa baru–Bangsa Malaysia.

    dah berapa tahun, hinggapun beberapa generasi dah diperbodoh-bodohkan olih putera2 umno atas nama Unity, untuk tujuan putera2 – kekayaan, kuasa, harta negara.
    50 tahun bawah kuasa umno dan atas nama Unity, tapi apakah ramai-nya yang masih hidup bawah garisan miskin hardcore. apakah kemajuan negara yang putera2 bawakan — jalanraya (tapi toll kena bayar. bagi siapa? syarikat siapa?), pendidikan (tapi kualiti institusi dalam negri yang begitu rendah sekali menyebabkan graduate2 tak dapat kerja sedangkan anak2 putera lanjutkan pendidikan kat luar negri dan jawatan2 tinggi menyambut graduation mereka), dll.

    apakah pernah cina2 and india2 tu benar2 ‘threat’ kepada negara? hilang tu masa2 muhibbah antara kaum, masa2 saling membantu yang benar2 memanfaatkan negara kita. apakah yang putera2 tu yang membangunkan negara ni? yang memajukan negara ni sebenarnya hasilan usaha2 semua kaum. bersatu ungguh, cerai roboh. yang ni apply kat malaysia – negara bagi semua kaum.

    Reply

  5. 5 salim Aug 6th, 2008 at 10:44 am

    AsSalam..

    AKAN TUMBANGNYA KERAJAAN ITU.INSYA ALLAH.
    Posted on Thursday, January 03 @ 06:51:07 MYT by SongkokPutih

    Oleh annas

    “akan tumbangnya kerajaan itu.InsyaAllah
    jatuh dan akan tersungkur lara
    pada segala cerita dunia
    tenggelam dan hanyut kedukaan
    pada suatu tanda kebenaran dan kebebasan
    malu dan kelam-kabut dalam satu barisan
    kucar dan akan pecah berkecai
    buat selamanya
    INSYA ALLAH

    akan tumbangnya kerajaan itu.InsyaAllah
    apabila datangnya bantuan Allah
    kepada mereka yang beriman dan bertakwa
    menegakkan suatu kebenaran
    diatas satu tanda keredhaan
    berjuang dengan semangat persaudaraan ikhlas
    tanpa bayaran tanpa balasan
    INSYA ALLAH

    akan tumbangnya kerajaan itu.InsyaAllah
    apabila tibanya para tentera Allah
    membantu mereka yang benar
    diatas satu barisan berjuang kerana Allah
    utuh dan gagah berdiri
    dalam satu takbir yang hebat
    memecahkan seluruh tembok-tembok buta
    yang semakin kucar-kacir
    INSYA ALLAH

    akan tumbangnya kerajaan itu.InsyaAllah
    apabila suara-suara itu meraung dan berdoa
    bermunajat sepenuh kepada Allah
    membuka rasa takut dan khuatir dalam diri
    memegang panji hak dan kebenaran
    diatas satu perjuangan ikhlas
    penuh ukhuwah persahabatan
    mempertahankan satu amanah
    dalam suatu pimpinan
    diatas rasa kehambaan kepada Allah
    penuh harapan dan semangat utuh
    dalam alunan takbir Allahukhbar

    akan tumbangnya kerajaan itu.
    INSYA ALLAH”

    Reply

  6. 6 anakKedah Aug 6th, 2008 at 10:50 am

    Salam DSAI,

    Saya berasa begitu gembira sekiranya dapat membaca catatan DSAI setiap pagi didalam blog ini kerana ini menunjukkan bahawa DSAI masih belum ditahan dan itulah yang saya harapkan untuk hari-hari mendatang. Saya bersetuju sekiranya pihak polis ingin meneruskan pendakwaan walaupun ianya tidak sepatutnya diteruskan tetapi proses itu perlulah dijalankan sepertimana kes-kes lain. Saya berasa amat malu dengan keadaan sekarang dimana dinegara lain rakyat berjuang untuk menentang pencerobohan orang asing, pemimpin berusaha untuk memajukan negara mereka dan menangani krisis makanan, kenaikan harga minyak serta masalah alam sekitar tetapi pemimpin kerajaan BN sibuk untuk memastikan jaminan survival politik mereka supaya mereka terus dapat mengaut keuntungan tanpa mengambil kira kesusahan yang dihadapi oleh rakyat. Dinegara-negara lain juga pemimpin dan rakyat beragama islam berusaha untuk menegakkan islam tetapi pemimpin UMNO di negara islam Malaysia mempersendakan agama Islam seperti mana yang dilakukan oleh ahli Parlimen Jerlun didalam sidang parlimen baru-baru ini – nampaknya benar kata pepatah “kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” dan “bapa borek anak rintik”

    Walaubagaimanapun saya pasti akan tetap menyokong perjuangan dan perubahan yang ditunjangi oleh DSAI. Saya berdoa agar DSAI tidak akan ditahan polis seperti yang digembar-gembur dan seterusnya dapat memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh nanti bagi menjadi ahli parlimen. Saya juga doakan agar DSAI dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan keselamatan oleh Allah

    Reply

  7. 7 theone Aug 6th, 2008 at 10:51 am

    kami menunggu kejaayaan mu DS di persada Putrajaya… inshaAllah…

    http://hidrogen-fuel.blogspot.com/

    Reply

  8. 8 people's power Aug 6th, 2008 at 10:55 am

    Datuk Seri Malaysian cant just rely on falling oil price to reduce pump price. There are many other way that malaysian can use to ensure oil price is cheap for a long time. Among others is the use of technology. Im trying to say the usage of HYBRID cars and HYDROGEN cars. The question of no one know how to repair those cars shouldnt arise at all. As Malaysia has the capacity to attract batttery and auto manufacturer as we have core competency in this area. Penang for instance has a big pool of train workers in electronic sector and this can be use to attract them.

    Biofeul and Biodiesel is another good method to have long run cheap pump price.
    One of the biggest mistake this government make is to never seriously focus/invest in public transport. Public transport can ensure more car off road and thus a huge savings to the public.

    Malaysian need a long time solution that this gov didnt provide. Pakatan need to focus in this area

    Reply

  9. 9 Persona putih Aug 6th, 2008 at 10:56 am

    Assalamualaikum DSAI..
    moga sihat2 selalu..
    saya harap DSAI dan PKR akan memerintah negara pada bulan 9 ni..
    saya dah muak tgk pemimpin2 PLASTIK BN!!!! cakap tak serupa bikin!
    tapi satu je yg saya nak.. selepas DSAI & PKR naik tolonglah jaga hak MELAYU!
    jangan terlalu ADIL dan bagi hak MELAYU sama rata dgn bangsa2 lain..
    kita MALAYSIA!!!bumi dan tanah melayu! takkan melayu hilang di MALAYSIA!
    tolonglaaaa jaga hak kepentingan kaum MELAYU!
    DSAI FIKIRLAH sendiri! assalamualaikum!

    Reply

  10. 10 Maria Aug 6th, 2008 at 11:02 am

    Tahniah DSAI, hanya selangkah saja lagi untuk menghampiri Putrajaya. Biarpun debaran menunggu saat itu kami rakyat sentiasa mendoakan kejayaan PR untuk mengambil alih pimpinan negara. Sekarang gejala rasuah kian berleluasa sejajar dgn itu kini pihak BPR menerima aduan dari ahli ameno sendri tentang salah laku pemimpin tertinggi negara. Ini adalah satu isyarat dari kalangan org ameno sendri yg benci akan gejala rasuah.
    Harga minyak dunia sudah turun tp kerajaan masih nak mengkaji utk menurunkan harga pd sept nanti. Satu kenyataan bangang dr pemimpin, knp masa nk naik tak kaji kesannya.
    Be end masih mencari calon sesuai utk menentang DSAI. Kenapa be end dh takde ke lagi calon yg benar2 layak? Rasanya susah utk be end menang di permatang pauh yg umum dah tahu itu ada lah kubu kuat Pkr.
    Syabas DSAI.
    Bagi penduduk kawasan BALAKONG MARILAH BERAMAI2 MEMENUHI PADANG TAMAN IMPIAN EHSAN, BALAKONG pada 9HB OGOS jam 9 malam, CERAMAH PAKATAN RAKYAT MENUJU KE PUTRAJAYA oleh penceramah dari PKR, PAS & DAP.

    Reply

  11. 11 faris Aug 6th, 2008 at 11:04 am

    kita cukup yakin ds akan turunkan minyak sebab ds berhati seorg pejuang rakyat tetapi bukan pasal turun minyak maka kami menyokong ds..KARISMA YG ADE PADA DS TULA YG MEMBUATKAN RAKYAT MENYOKONG SEBAB DH TKDE SAPE YG LAYAK N ADE PEJUANG RAKYAT MCM DS DI MSIA..dr dulu kami tetap menyokong ds..walau ape pun yg berlaku..kami tetap komited dan setia..tq

    Reply

  12. 12 faris Aug 6th, 2008 at 11:05 am

    ds tak payah kempen pasal minyak pun rakyat kebanyakan tetap sokong dan berdiri dgn ds anwar ibrahim…sebab anda berkarisma yg jarang ade pada pemimpin yg ade skrg di msia..

    Reply

  13. 13 taishan Aug 6th, 2008 at 11:07 am

    That should be USD not RM 135 or RM 120 setong.

    Reply

  14. 14 ANUAR Aug 6th, 2008 at 11:07 am

    HIDUP DSAI

    Reply

  15. 15 Tok janggut Aug 6th, 2008 at 11:10 am

    ehem ehem…

    sdr,sudah dasar umno yang dah hampir lumpuh,maka di popularkan beberapa istilah sengal untuk merendah2kan pemikiran rakyat tentang azam sdr dan pakatan dalam masalah rakyat….

    paling penting tika ini,melihat sdr menang di permatang pauh dan cenderahati buah pauh barang sekilo dua dapat di bekalkan kepada semua petugas umno-be end sebagai tanda kenang kenangan dari sdr…

    mesej jelas dari rakyat ialah perubahan mesti diteruskan dan agar kepimpinan baru dapat membentuk acuan ke arah malaysia yang baru….

    “buah pauh delima batu,
    anak sembilang di tapak tangan,
    dari jauh datangnya hantu,
    sayangnya pengsan ditepi jalan”…

    stedy bro…..

    Reply

  16. 16 adeq Aug 6th, 2008 at 11:14 am

    slm DSAI..
    saya setuju sgt2 pendapat DSAI ttg ekonomi dan pendidikan di negara msia ni..
    bukan itu sahaja, saya mahu lihat undang-undang negara dapat dilaksanakan tanpa ada secalit pun pengaruh politik keatasnya..dan polis perlu stand by their own !!!!!! (tak perlu di terangkan lebih lanjut,anda semua tentu faham keadaan ini)
    saya harap ada perubahan yang bakal dilakukan jika allah mengizinkan DSAI menjadi ketua negara…
    insyallah dgn niat yg baik DSAI bakal melakukan perubahan..

    Reply

  17. 17 Ore Kelate Aug 6th, 2008 at 11:21 am

    SALAM.

    TAHNIAH DSAI KERANA TERUS PRIHATIN TERHADAP MASALAH SEBENAR YANG DIHADAPI RAKYAT MARHAEN SEKARANG, YAKNI HARGA MINYAK YANG TERLAMPAU TINGGI.

    JUSTERU, KENAIKAN HARGA INI MEMBERI KESAN BERANTAI KEATAS KENAIKAN HARGA BARANG BARANGAN KEPERLUAN ASASI YANG LAIN. ( YANG MANA PAK LAH DAN MENTERI2NYA YANG BODOH ITU PERNAH CAKAP, KENAIKAN HARGA MINYAK INI TIDAK AKAN MEMBABITKAN KENAIKAN HARGA BARANG2 YANG LAIN…BERAPA BESAR PUNYA PENIPU).

    DEK KERANA HARGA MINYAK YANG TINGGI INILAH, RAKYAT DAH NAIK MINYAK DENGAN KERAJAAN!!

    SELEPAS ITU DIBEBANKAN PULA RAKYAT DENGAN TARIFF BARU ELEKTRIK!!

    DIIKUTI DENGAN MENAIKKAN HARGA TAMBANG TIKET BAS DAN PENGANGKUTAN AWAM LAIN.( SEDANGKAN ALASAN MENAIKKAN HARGA MINYAK INI DULU, KONONNYA UNTUK KERAJAAN MENJIMATKAN SUBSIDI YANG DIBERI KEPADA RAKYAT SUPAYA DAPAT DINAIK TARAFKAN SISTEM PENGANGKUTAN).TIPU LAGI!!..TARAF TAK NAIK..TIKET JUGAK NAIK!!

    BILA DAH HARGA MINYAK GLOBAL TURUN (ALASAN NAIK), TAK TURUN JUGAK LAGI HARGA MINYAK SEMASA DINEGARA KITA. KONON KENA KAJI DULU, TUNGGU 1 SEPTEMBER!, BUATNYA MASA TU HARGA NAIK BALIK?..MEMANG TAK AKAN TURUNLAH.DULU MASA NAK NAIK..TAK KENA BUAT KAJIAN…CEPAT AJE DILAKSANAKAN. BANGANG BETUL!!

    KAWE TAK KIRA BERAPA SEN YANG DSAI NAK TURUNKAN, WAIMA 20 SEN SEKALIPUN KAWE BERSYUKUR DAH.
    KITA HARUS REALISTIK. BUKAN NAK SUSAHKAN PULA KERAJAAN BARU YANG BAKAL DSAI BENTUK NANTI.

    YANG PENTING SEKARANG TURUN!!! TURUN!! TURUN!!

    TURUNKAN HARGA MINYAK!

    TURUNKAN PAK-LAH!!

    TURUNKAN UMNO!!

    TURUNKAN BARISAN NASIONAL!!

    TURUNKAN BEBAN RAKYAT!!

    TURUNKAN EGO DAN BESAR KEPALA JEMAAH MENTERI DAN PEMIMPIN BN!!

    TURUNKAN KPN!!

    TURUNKAN PEGUAM NEGARA!!

    TURUN!! TURUN!! TURUN!!…ISHHHHH GERAMNYA KAWE!

    Reply

  18. 18 Ketua Mujahiddin@Mujahiddin Allah Aug 6th, 2008 at 11:22 am

    Dari Melaka Pergi Ke Pahang,
    Singgah di Johor Beli Berangan,
    Kami mengucap Selamatlah Datang…

    Semoga Haprak-haprak UMNO berambus dari Arena Politik Pahang.
    Inilah saat yang semua rakyat nanti-nantikan.

    Reply

  19. 19 Ore Kelate Aug 6th, 2008 at 11:29 am

    SALAM.

    LUPA PULAK KAWE..

    BAB POPULIS TU…BIASALAH! BAGI KERAJAAN, APA SAHAJA YANG BERSIFAT MEMBANTU RAKYAT ADALAH BERTUJUAN UNTUK POPULARITI SEMATA2. TAK ADA KEIKHLASAN PUN.

    JADI APABILA DSAI NAK BUAT AGENDA “TURUN MENURUN” NI…POPULIS LAH BAGI MEREKA!

    KEBAJIKAN RAKYAT??..DEPA APA PEDULI..

    DEPA LEBIH SUKA JADI “POP-FULUS” DARI POPULIS!!

    ore kelate.

    Reply

  20. 20 Hanief Aug 6th, 2008 at 11:29 am

    Bukan USD Dolar Amerika kah? Mana datang RM dalam harga-harga minyak mentah? Kalau Iran jual dalam EURO. ^^

    Reply

  21. 21 josh Aug 6th, 2008 at 11:34 am

    BN leader are still sleeping and collecting the money from the profit of the oil to thier pockets. Their ears are shut off from listening the cry of the rakyat. Time are getting closer for a change in Malaysian politics. I believe you will win in the coming by election at Permatang Pauh. I’m praying for your victory and CHANGE…God Bless You
    REFORMATION SHOULD START FROM PAKATAN RAKYAT.. TO MAKE MALAYSIA MOST COMPETITIVE NATION IN ECOMONIC, EDUCATION, & CLEAN/EFFECIENT GOVERMENT.

    Reply

  22. 22 professional melayu Aug 6th, 2008 at 11:44 am

    Jutaan terima kasih diucapkan kerana komitment DS sekeluarga untuk membela nasib rakyat. Saya kagum dengan perjuangan DS dan juga isteri. Semuga kemenangan berpihak kepada DS yang juga merupakan kemenangan rakyat. Semuga DS sekeluarga terus sihat dan tabah untuk menegakkan kebenaran. Tak sabar rasanya nak tunggu DS ke PUTRAJAYA. semuga dipermudahkan Allah.

    Reply

  23. 23 Rahim Aug 6th, 2008 at 11:48 am

    GOOD A.M DSAI,

    SABAHAN BOY HERE AGAIN..I’VE LISTENED TO ALL YOUR CERAMAH AND SEMAUNYA LOGIC AND I CAN SEE THE VISION AHEAD.SO IMPRESSED..BUT THE PEOPLE HERE REALLY-REALLY NEED A LONG LONG LONG CERAMAH..THE PEOPLE HERE ARE STILL BLURR..BN-UMNO PUNYA TAHI MASIH BANYAK DI SABAH..REALLY NEED TO BRAIN WASH THEM TO THE MAXXX…MUST HAVE A PERSON WHO CAN DELIVER GOOD CERAMAH TO ALL THE PHILLIPINO AND INDONESIAN WHO ARE HOLDING MYKAD.KECUALI ‘PAKISTAN’ KERANA MEREKA NI ADALAH KRONI DAN PROXY BN-UMNO.THEY SHOULD BE AUDITED.SEGELINTIR ORANG BUGIS JUGA PATUT DI AUDIT..PHILLIPINO AND INDON YG SUDAH MENETAP DISABAH YG PUNYAI MYKAD ADALAH SURVIVOR..UNFAIR TO SEND THEM BACK TO THEIR LAND SEDANGKAN MEREKA SUDAH PUNYAI RUMAH,KERETA DAN LOAN DI BANK.GOLONGAN MEREKA YG MENETAP LAMA DISABAH,TIDAK MEMBAHAYAKAN..PTI YG TIDAK PUNYAI KERJA YG PATUT DIHANTAR PULANG.MANAKALA PEKERJA DI-LADANG SAWIT DAN PEKERJA KONTRAK,TIDAK PERLU DITANGKAP TETAPI MAJIKAN YG PATUT DITAHAN SEMENTARA UNTUK MENYATAKAN LIST NAMA DAN KETERANGAN SEMUA PEKERJA MEREKA.GIVE THEM IMMEDIATE WORKING PASS..AISEYMAN MACAM SENANG PULA..BUT MAYBE THIS WILL WORK WITHOUT HURTING THEIR FEELINGS..YG MAJIKAN TIDAK NYATAKAN,HANTAR PULANG DENGAN CARA YANG TERTIB..DAN RESHUFFLE POLIS DAN IMIGRESEN YG BERTUGAS DI TAWAU DAN SANDAKAN..NOT A POLITICIAN,JUST GIVING OPINION DATUK SERI..BN-UMNO CONFIDENT ‘PROJEK M’ TIDAK AKAN BERANI MENGUNDI PARTI LAIN DISABAH.BN-UMNO USED THEM AND NOW WE CAN HELP THIS PTI WITH MYKAD TO VOTE FOR THE PKR THIS TIME..I KNOW SOME PEOPLE HERE CAN HELP TO CHANGE THEIR FOCUS WHO TO VOTE FOR THE NEXT ELECTION..MUST GET A PERSON THAT CAN SPEAK BUGIS AND SULUK TO BRAIN WASH THEM..MY OPINNION DATUK SERI…REALLY HOPE YOU TO WIN IN PERMATANG PAUH..INSYAALLAH!DON’T FORGET SABAH DATUK..GOOD LUCK AND I WILL GIVE INFO FROM TIME TO TIME..

    Reply

  24. 24 ManD Aug 6th, 2008 at 12:03 pm

    Datuk Seri,

    Mungkin ada kesilapan typo. Harga setong turun dari USD 135 kepada USD 120, bukan RM. Harap diperbetulkan.

    Reply

  25. 25 jack_deny Aug 6th, 2008 at 12:10 pm

    Assalammualaikum Datok Sri, sy penyokong setia Keadilan amnya dan Datok Sri khususnya,
    sy ingin bertanya sesuatu kepada DatOk, sebelum pilihan raya tempoh hari Datok mengumumkan penurunan minyak sebanyak 50 sen, semasa itu minyak berharga RM1.92, sepatutnya penurunan menjadi RM1.42. tetapi kenapa sekarang Datok umumkan minyak hanya akan turun menjadi RM2.00?
    saya kurang faham la..mungkin saya ada terlepas fakta tentang itu, sy harap Datok Sri dapat jelaskannya…. tq

    Reply

  26. 26 abdul malek Aug 6th, 2008 at 12:21 pm

    relax la, 1 september ni turun la harga minyak..

    Reply

  27. 27 Kapalai Aug 6th, 2008 at 12:22 pm

    Maaf nak tanya..

    Harga kat atas tu betul ke RM, ke sepatutnya USD? Kompiuslah Datuk..

    Reply

  28. 28 Rodzlan Aug 6th, 2008 at 12:24 pm

    Kerajaan memaklumkan untuk menurunkan harga minyak pada bulan september ini. Kononnya kerana harga minyak dunia berada di bawah USD125 setong. Adakah kerajaan lupa bahawa antara alasan mereka menaikkan harga minyak dan menstruktur semula subsidi sebelum ini ialah ‘supaya rakyat asing stesyen minyak asing yang berada di negara ini tidak menikmati susidi kerajaan Malaysia’. Adakah kerana harga minyak dunia turun maka rakyat asing sudah layak menikmati subsidi kerajaan Malaysia? Itu semua adalah strategi kerajaan untuk pilihanraya Permatang Pauh.

    Reply

  29. 29 hanafijamil Aug 6th, 2008 at 12:26 pm

    RM ke USD DSAI?..rasanya USD.dengar berita pergi court besok dan banyak polis luar rumah..ape pun terjadi tabah DSAI, semua rakyat menyokong. Allahuakbar..moga kebenaran terbongkar di mahkahmah sperti perbicaraan 98.

    Reply

  30. 30 Makkal Sakhti Aug 6th, 2008 at 12:28 pm

    Pak Anwar,

    Kami maukan anda menjadi PM kami…dah tak sabar ini……….

    Reply

  31. 31 zulnizam Aug 6th, 2008 at 12:28 pm

    salam DSAI
    semoga niat murni ni membuahkan hasil……
    Kerana Rakyat Telah Ternanti-2….

    Reply

  32. 32 ANUAR Aug 6th, 2008 at 12:30 pm

    kalau pengundi permatang pauh tak faham-faham lagi saya tak tahu lah. pilih lah umno tu.

    kalau rasa senang sangat dengan barang nai tu silakan lah.

    saya harap pengundi jangan terpengaruh dengan hasutan umno

    dia saje yang ok, baik, betul, benar dan pandai.

    tapi dia tak tahu rakyat lebih pandai dari umno.

    rasuah sana sini, fitnah orang tu orang ni, tuduh macam-macam.

    itu ke pemimpin yang rakyat perlukan?

    rakyat nak ke semua tu?

    tolong lah, fahami kedudukan negara kita sekarang.

    jangan bela orang zalim dan tak ada pendidikan.

    jangan takut pada orang yang pura-pura berani.

    kita semua mahukan keamanan, keadilan dan kebenaran.

    inilah jadinya pilih kerajaan yang zalim,

    sudahnya jadi huru hara, ekonomi merudum, rasuah sana sini, rakyat dah tak selamat.

    fikir-fikir lah sendiri.

    Reply

  33. 33 orang kampung Aug 6th, 2008 at 12:36 pm

    Kami dah cukup boring dengan kerajaan barisan nasional. DSAI, kamulah harapan kami. Diharap agar DSAI sabar menghadapi segala dugaan dan cabaran yang dilemparksn kerajaan, LAWAN TETAP LAWAN.

    Reply

  34. 34 juma'noh abd bunga Aug 6th, 2008 at 12:39 pm

    Assalamualaikum Dato’ Seri,

    Didoakan Sdra dan keluarga serta rakan-rakan seperjuangan semua sihat afiat, sentiasa dalam lundungan Allah dari segala perkara yang tidak diingini.

    Saya yakin jika harga pasaran dunia petrolium turun di bawah USD120 per barrel, Sdra mampu menurunkan lebih dari RM0.70 per liter. Kita bukan main dengan kata-kata, tapi kita bicara berdasarkan fakta dan angka. Kita bukan hendak membolot harta negara, tapi kita hendak nasib rakyat terbela.

    Sdra,

    Baru beberapa saat ini tadi, saya terima sms adil; 16 Ogos penamaan calon, 26 Ogos pengundian. Insya-Allah saya dan isteri akan balik kampung dan bermukim di Permatang Pauh dalam tempoh tersebut. Tapi janganlah tanya dan cari kami di mana. Pokoknya, kita cuba hilangkan wang pertaruhan pihak lawan.

    Berbalik kepada harga petrol, BONGOKnya kerajaan sekarang ini tidak pandai hendak kawal harganya. Tidak terfikirkah mereka, bila harga petrol dapat dikawal, harga barang-barnag lain juga boleh dikawal!

    Awal tahun 70an, saya pernah berbincang dengan Sdra Dr Kassim Ahmad tentang kenaikan harga barang-barang keperluan. Kami sependapat, sebagai contohnya, kalau harga gula dapat diturukan 10 sen sekati (masa itu kita guna kati), seluruh rakyat rasa nikmatnya, tidak kira mereka itu menteri, jeneral, pegawai kerajaan, petani, nelayan dan sebagainya.

    Sdra,

    Saya tahu dan sedar betapa pahit dan getirnya perjuangan Sdra sejak kita sama-sama dalam ABIM dulu. Tetapi kita sama-sama yakin, langit tidak selalu mendung, ombak laut tidak selalu menggunung, bumi juga tidak selalu murung.

    Teruskan perjuangan!

    Wassalam.

    Reply

  35. 35 roslan ramli Aug 6th, 2008 at 12:39 pm

    bravo DSIA bravo

    Reply

  36. 36 manok501 Aug 6th, 2008 at 12:40 pm

    diharap DSA mampu untuk memantarbatkan ekonomi orang melayu bila bergelar PM kelak…kami melayu sarawak sentiasa menyokong agenda DSA untuk memajukan rakyat keseluruhannya…..Diharap jugak DSA dapat mencontohi gaya kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz,,yang hidup secara sederhana..perhatikanlah keaadan rumah Tuan Guru…simple..hanya kepimpinan melalui tauladan mampu untuk mengangkat seseorang pemimpin ke tahap yang lebih tinggi…

    Reply

  37. 37 mumbalang Aug 6th, 2008 at 12:48 pm

    Assalamualaikum DSAI..

    Saya sgt kagum dgn kekuatan & kegighan semangat DSAI.. bukan mudah nk cari pemimpin yang benar2 mahu menolong rakyat khusus nya di malaysia ini.. masa PRU12 yang lepas cukup membuktikan bagaimana jentera UMNO di tempat saya membolot wang rakyat yg diperuntukkan menjalan kan kempen untuk PRU12 habis dilenyapkan oleh org2 dia jugak.. susah nak cakap ngan org yg biasa “makan suap” & org tua2 nie.. kang cakap B*D*H & makan makanan haram marah, tak leh terima.. kecik hati..

    Adik Ipar saya cerita pada saya yang politeknik akan jadi tuan rumah untuk sukan antara universiti.. kerajaan peruntukkan RM33.3juta.. apa faedah nyer sampai byk sgt belanja kan sukan tu.. kan baik kalau kerajaan bantu rakyat kat bawah nie..

    Bagaimana pun saya harap DSAI takluk putrajaya.. nyah kan semua pemimpin2 yg “BUSUK HATI” “Kaki Rasuah” “Penipu” “Makan Harta Rakyat”.. tarbiah kan meraka biar dia tau bagaimana rakyat menderita dengan perbuatan mereka..

    semoga ALLAH sentiasa memberi kejayaan kepada Pakatan Rakyat khusus nya DSAI untuk “LAWAN TETAP LAWAN” dan memperolehi kejayaan di dunia mahu pun akhirat.. insyaallah..
    ..
    Amin..

    Reply

  38. 38 Khalifah Allah Aug 6th, 2008 at 1:00 pm

    Assalamualaikum,

    Pertama sekali saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada DSAI serta Pakatan Rakyat yang sudi bersama rakyat dan mengenal kesusahan rakyat lebih-lebih lagi harga barang yang kian meningkat. Jadi sebagai rakyat biasa yang makan gaji tiada pendapatan lebih, sudah tentu terasa akan keperitan di samping terpaksa membayar bil elektrik, telefon, air yang meningkat. Di samping perbelanjaan anak-anak sekolah, buku-buku, kegiatan kokurikulum, tuisyen (sekolah), kasut, pakaian yang terpaksa berganti dan lain-lain. Di samping bayaran ansuran rumah dan kereta, keperluan makanan yang sudah tentu sekali ganda harganya selepas pilihanraya.
    Oleh itu kami sangat-sangat mengharapkan adanya pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab untuk mendengar keluhan rakyat. Mungkin ada, tetapi sangat sedikit orangnya. Kerajaan BN pula, walaupun harga minyak telah jatuh hampir ke paras biasa, namun masih lagi mengenakan alasan dan syarat untuk tidak menurunkan harga minyak, tidak seperti mengumumkan kenaikan harga minyak yang cepat dan amat pantas. Jadi kepercayaan rakyat kepada kerajaan sedikit sebanyak sudah terhakis. DSAI rasanya boleh mengembalikan kepercayaan rakyat walaupun berhadapan dengan tuduhan liwat. Banyak bersabar dan solah hajat.

    Reply

  39. 39 amihani Aug 6th, 2008 at 1:06 pm

    Tahniah… Dato Seri..

    Pertamaa saya doakan Dato Seri dan Isteri serta anak-anak dan keluarga sihat dan dirahmati Allah hendaknya, tak lupa jua ahli-ahli Pakatan Rakyat semuga semuanya sihat dalam menjunjung martabat rakyat dan melepasi cengkaman pemimpin yang zalim.

    Apa yang Dato Seri perkatakan pada pandangan saya semuanya berasas dan berlandaskan fakta. Saya amat berharap Dato dapat mencapai apa yang dihajati. Semuga ianya tercapai dan dengan ini kehidupan rakyat akan terbela.

    Dato Seri jangan bimbang semua tuduhan dan tohmahan yang dibuat oleh org bn yang gila kuasa tu… tidak dipercayai oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia bukanlah rakyat yang bodoh… tetapi rakyat yang dahagakan ketelusan daripada pemimpin.

    Walau macam mana sekalipun diorang fitnah Dato Seri…. kami semua akan menyokong Dato Seri.

    Akhirnya…. semuga Allah SWT menyebelahi hambaNya yang benar.

    Reply

  40. 40 amihani Aug 6th, 2008 at 1:21 pm

    Semuga dirahmati Allah SWT hendaknya…

    Dato Seri jangan bimbang pasal pergi ke mahkamah, jika Dato seri ditahan kami semua akan turun padang memprotes sehabis-habisnya. Sekali ini kami akan protes dengan cara yang lebih hebat lagi. Sekarang kebenaran telah jelas kelihatan.

    Hantu tidor (Pak Lah) kita jangan ambil pusing pasal dia…. dia tu dah tersepit ditengah-tengah antara menantu dan Mr Skandal (Najib). Biar diorang bergaduh sesama sendiri… baru padan dengan muka dia orang.

    Suka saya buat perbandingan disini semuga semua orang berfikir sejenak perbezaannya… kes yang sama dan jalan cerita yang lebih kurang.

    “Raja Petra menyiarkan dalam blog menyatakan Mr Skandal dan Mrs Shopping (Najib & bininye) ada hubungan dengan kes Altantuya… dan Raja Petra diheret kemahkamah dan dituduh melakukan fitnah dan yang kena fitnah bebas memerintah dan semakin lahap lagi memakan duit rakyat.

    Tetapi Saiful (lelaki laknat tu) membuat fitnah kepada DSAI, DSAI pula yang kena tangkap dan yang buat fitnah masih bebas dan menikmat kemewahan hasil daripada upah haram tersebut”.

    Rakyat Malaysia nampak tak…. Perbezaan ini.

    Salam… jumpa lagi

    Reply

  41. 41 anonymous Aug 6th, 2008 at 1:30 pm

    salam semua,

    Mungkin DSAI tak berapa tenang masa menulis tu sbb polis dok jaga kat luar tu…
    sabar DSAI, polis-polis tu pun menyokong perjuangan kita..

    ni ha link harga minyak semasa..

    http://www.oil-price.net/

    to date harganye USD$118.82.. dan sedang turun lagi..

    Reply

  42. 42 ismail Aug 6th, 2008 at 1:49 pm

    ASSALAMUALAIKUM DSAI,DTGNAA,SAUDARAKU SEISLAM DAN SALAMSEJAHTERA SAHABATKU RAKYAT MALAYSIA,SEMEMANGNYA UNTUK MEMBUAT KEBAIKAN AKAN ADA DUGAAN DEMI DUGAAN DAN BAGI MANUSIA YANG BERIMAN AKAN TETAP TABAH DAN BERTAWAKKAL KERANA ITU HANYALAN DUGAAN DARI ALLAH UNTUK HAMBANYA YANG BERIMAN DAN MEMPERINGATINYA SUPAYA TIDAK BERASA PUTUS ASA DAN TIDAK LALAI APABILA MELAKUKAN SESUATU USAHA KE ARAH KEBAJIKAN DAN KEBENARAN,ALHAMDULILLAH ALLAH AKAN BERKATI AKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK SEMUA ,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,AMIN.

    Reply

  43. 43 umno totok Aug 6th, 2008 at 1:49 pm

    SPR dah nampak main kotor dlm langkah pertama mereka… mengapa hari mengundi pada hari selasa? mengapa tidak hari sabtu atau ahad?.. jwbnya ialah UNTUK SUSAHKAN ORANG BEKERJA YANG KEBANYAKANNYA PENYOKONG PKR PERGI MENGUNDI, INI TERMASUKLAH KPD ORANG2 PERMATANG PAUH YANG BEKERJA DILEMBAH KELANG.. kepada orang Permatang Pauh, tabahkan hati kuatkan semangat, tentukan anda pergi undi dan pangkah PKR walau apapun rintangan…

    Reply

  44. 44 MUSLIM Aug 6th, 2008 at 2:02 pm

    Saya adalah kelahiran di -Singapore,besar di-Johore,daripada 1954-1974 bersekolah di-sini,
    Kemerdekan ada lah satu kebanggan bagi diri saya.iatu se-masa saya berumur 10 tahan.
    Saya rasa nikmat kemerdekan itu. walau pun beumur 10 tuhaun,tetapi apa yang berlaku pada hari, saya rasa amat sedih melihat keadaan kedudukkan negara yang saya di-besarkan dan maseh saya cinta kan ini.
    Apakah kepercayaan yang rakyat memberi kepada kerajaan ini, yang kini sudah hanchur and hampir lebur. UMNO yang saya tahu dahulu and parti Perikatan, adalah satu parti keperchayaan rakyat semua banggsa Malaysia, tidak kiri Melayu, China, India, Bengali,Iban dan lain-lian.
    satu kebanggaan dapat di-rasa,kepercayaan rakyat kepada kepemimpinan di-masa dahulu boleh di-lihat di-antara semua, bangsa Malaysia, tetepi se-lepas bertukar nama Barisan National, semua -nya berubah majadi hunchur.
    Saya sangat bangga satu masa dahalu terhadap,Dr Matahir, saya mengangap dia se-orang pemipin, yang akan banyak membawa perubahan kepada rakayat nya dan negara ini.Tetapi yang sedih-nya yang saya dapat rasa dan ketara adalah perpecahan and antara rakyat-nya.Saya sudah berusia 61 tahun,
    saya masih berulang-alik, ke negara saya cinta ini,saya masih dapat peluang berjumpa sahabat lama saya, yang mana sudah ber-menantu dan mempunayi cucu,ini lah satu nikmat yang saya masih dapat raya dan sangat membanggakan.
    Apa yang saya mengharapkan masa dapan Malaysia memjadi satu negara yang yang dapat di-contohi negara-negara dunia, yang mana mereka dapat melihat yang rakyat yang berbilang kaum,dapat hidup aman damai, bantu membantu satu sama lain, untok mejadi kan negara Malaysia seperti Malaysia yang saya membesar dahalu di-tahun 60 an.
    Dan pada saat yang genting ini cuma saya dapat berdoa agar Malaysia dapat kembali kaepada kegemilangnya di satu masa dahalu.
    Sudah-lah cukup-lah fitnah ini tidak mendapt kan faedah, untik rakayt,dan yang sangat mamalukan Kepercayan, terhapad Saudara Anwar sudah mencukupi, untok memberi dia mandat untok memipin negarga ini, dan saya merasa buat masa ini,dia adalah so-orang pemipin yang berkebolehan termasok, Lim Guan Eng Husam Musa,Azmin Ali,Saifuddin Ali,Khalid Ibrhaim, dan pemimpim angkatan Muda dari UMNO Sabery Chik, Ibrahim Said dan lain lain yang dapat menubuh satu angkatan muda Malayasia untok menerajui Malaysia kepada satu negara yang kita sumua akan banggakan.
    Islam adalah Agama resmi negara ini, janglah kita merosak dan memporakperandakan agama suci ini, mari lah kita semua berkerjasama untok menafaat kan semua ini.
    Datok Nik Aziz lagi masih hidup mudah-mudahan Allah memanjang kan usia-nya, dia alah satu pempimin yang semua rakyat Malaysia patut menghormati. Se-orang yang adil dalam semua segi, contohi lah dia, itu lah contoh Nabi besar kita, MUHAMAD SAW.

    Reply

  45. 45 Anak Malaysia Aug 6th, 2008 at 2:54 pm

    Dear my beloved countrymen,

    If the “najis-najis” BN know how to run this country, we the rakyat won’t be suffered at the current stage of tension life. Like the our saying “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

    Let’s us the people together under the leadership of DSAI to spreadahead the changing for the sake of all Malaysian.

    Bring down BN ! No choice ! 30-50 MP could decide ! Cross over ! Not too late ! Hidup Anwar, Hidup Malaysia !

    Reply

  46. 46 ANUAR Aug 6th, 2008 at 2:55 pm

    RAKYAT TAK SENANG DENGAN UMNO DAN BN SEKARAN.

    MACAM MACAM HAL BERLAKU.

    KAMI SEBAGAI RAKYAT AKAN SOKONG DSAI.

    KAMI AKAN PROTES HABIS HABISAN.

    KAMI AKAN LAKUKAN YANG LEBIH DAHSYAT LAGI.

    JANGAN CABAR KAMI WAHAI KERAJAAN ZALIM.

    KAMI RAKYAT TAK BODOH MACAM ORQANG BN.

    DEMI ALLAH TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI, KAU LAKNANT LAH MANUSIA YANG MELAKUKAN FITNAH DAN KEZZALIMAN. INSYA ALLAH AMIN…..

    Reply

  47. 47 revolusi Aug 6th, 2008 at 3:16 pm

    rakyat permatang pauh!!masa depan rakyat dan negara Malaysia terletak di tangan anda!!jangan sia-siakan peluang yang datang macam ni..kita ajar,kita tumbangkan BN/Umno terus sampai habuk pun takda..Lawan tetap lawan..!!!

    hidup DSAI!!Selamatkan Malaysia dan rakyatnya…!!DSAI is Prime Minister of Malaysia..checkmate!!

    Reply

  48. 48 Kak Ann Aug 6th, 2008 at 4:05 pm

    DSAI,

    SEANDAI DSAI MENJADI PM MALAYSIA SATU HARI KELAK, KAMI BERHARAF AGAR DSAI MENJAGA:

    1. ALIM ULAMAK DI TEMPAT YG SEBENARNYA YG BOLEH BERSUARA PANDANGANNYA DIDENGAR
    2. DIGANTI BADAN KEHAKIMAN
    3. DIGANTI BADAN PDRM
    4. GEJALA SOSIAL ANAK-ANAK MUDA HARI INI
    5. MENJANA ILMIAH DARI HIBURAN YG LUPA DARATAN
    6. DLL

    SEKIRANYA PERKARA-PERKARA INI DSAI TITIK BERATKAN, INSYAALLAH, DI DALAM AL-QURAN ALLAH ADA MENYATAKAN BUAT APA YANG DISURUH, TINGGAL APA YANG DILARANG, SEMOGA NEGARA MALAYSIA INI AKAN MENJADI AMAN DAN DIBERKATI. KAMI SEMUA BERBANGGA DGN DSAI.

    Reply

  49. 49 pemuda malaysia Aug 6th, 2008 at 5:41 pm

    sudah lah anwar..jangan berangan nak jadi PM..ko ingat semua rakyat Malaysia suka dengan cara ko ker..dah la ko takut dengan karpal singh..tolonglah wahai penyokong PKR, anwar memang betul pandai berlakon.sebab tu dia takut dengan karpal singh..segala maklumat rahsia dan peribadi anwar ada pada karpal singh sebab karpal singh pernah jadi peguam anwar dulu..jika anwar berjaya menjadi pm, percayalah bahawa anwar akan jadi boneka DAP yang anti Melayu dan Islam..

    aku tak tipu korang semua, anwar adalah pelakon yang pandai menarik simpati..masa di penjara dulu dia kata disuntik dengan arsenik, sebenarnya kejadian itu tidak pernah berlaku dan jika berlaku tentu anwar dah mati sekarang..kenapa anwar masih hidup??sebab dia penipu besar dan berbohong kepada rakyat mengenai diri beliau yang telah diracun dengan arsenik..

    kepada pengundi permatang pauh..fikirlah baik2 sebelum memangkah kerana buruk padahnya jika anwar menang kerana disebalik anwar ada karpal singh yang sentiasa menghina Islam dan Melayu..sudah lupakah kita dengan kes karpal singh yang menghina sultan perak dan anwar pula menyokong tindakan karpal singh..sebab anwar tahu rahsia kes liwat beliau pada tahun 1998 ada pada karpal singh kerana itu anwar umpama boneka DAP.

    karpal singh seorang yang bijak kerana menghina melayu dan Islam melalui melayu sendiri iaitu Anwar. jadi aku berharap agar rakyat Permatang Pauh menolak anwar dan dengan ini Insya Allah negara akan lebih stabil jika anwar kalah di permatang pauh..

    negara Malaysia akan lebih stabil jika anwar tiada kerana anwar adalah boneka Yahudi dan DAP..
    percayalah….

    Reply

  50. 50 kung fu panda Aug 6th, 2008 at 8:12 pm

    NO 3,

    Bagaimana penguin betina boleh berkerjasama dengan zirafah (saiful)dah macam cerita kartun pulak!………………

    Reply

  51. 51 SURAT KEPADA YTM TUANKU MIZAN Aug 6th, 2008 at 8:18 pm

    SURAT KEPADA YTM TUANKU MIZAN Aug 6th, 2008 at 8:10 pm

    6 Ogos 2008

    Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

    Merafak sembah beserta kasih kepada YTM Tuanku Mizan yang dimuliakan.
    Diringi doa semoga Allah swt sentiasa merahmati Tuanku yang amat saya sayang dan hormati.

    Ampun Tuanku,

    Saya meminta maaf terlebih dahulu jika terdapat kesilapan dan keterlanjuran kata di dalam warkah yang ditulis dengan linangan air mata ini.

    Tuanku,

    Nampaknya negara Malaysia kini berada ditahap yang amat membimbangkan serta telah pun merudum di mata dunia. Tindak tanduk Polis dan setengah pemimpin seolah-olah tunjang rukun negara iaitu KEDAULATAN UNDAND_UNDANG telah di patah-patahkan. Beberapa hari lepas terdapat rakyat Tuanku yang telah diberi perintah Mahkamah agar dibebaskan tetapi pihak Polis sewenang-wenangnya mengengkari lalu ditangkap semula hamaba rakyat yang terbabit.

    Ampun Tuanku, dalam kes DSAIpula , Hanya Allah yang mengetahui duduk perkara. Siapa yang benar siapa yang salah. Malaysia adalah negara demokrasi mempunyai undang-undang yang luhur. Sayangnya seluruh dunia kini tahu betapa kes ini terlalu banyak kepincangan serta membelakangi prinsip tuduhan dan pendakwaan. Ianya seperti ada satu konspirasi. Secara ikhlas rakyat kini terasa amat keliru. Kepada siapa lagi hendak di adu.Polis dan Pemimpin UMNO seperti teramat berkuasa. Rakyat sedih dan hiba.

    Ampun Tuanku saya yang dhaif dengan ini merayu dengan penuh tawadhuk agar Tuanku memainkan peranan di saat yang rumit dan genting ini. Demi memartabatkan kembali negara yang dinaungi Tuanku, saya memohon agar Tuanku menitahkan supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Di Raja yang diketuai oleh YM Sultan Perak bersama ahli yang Baginda pilih untuk menyiasat kes ini dengan saksama dan penuh keadilan serta berlandaskan prinsip perundangan yang luhur.

    Jika Suruhanjaya Di Raja mendapati DSAI bersalah hukumlah beliau dan semoga Allah mengampuni beliau. Jika DSAI TIDAK bersalah maka terlepaslah seorang yang teraniaya dengan sambutan tangisan syukur rakyat jelata dan sanjungan yang tidak terhingga kepada Tuanku yang dikasihi.
    Seluruh dunia akan menyanjungi Tuanku.

    Ampun Tuanku, semoga warkah ini sampai juga ke tangan Tuanku dan mendapat perhatian serta tindakan saksama dihiasi kebijaksanaan Tuanku.

    Sekian, semoga Allah merahmati Tuanku sekeluarga dunia dan akherat.

    Rakyat Terengganu di Perantauan

    Reply

  52. 52 shanti Aug 6th, 2008 at 9:01 pm

    teruskan perjuangan datuk seri
    allah sentiasa berada di pihak yang benar kami sekeluarga mendoakan kesejahteraan datuk seri dan kesejahteraan Malaysia semoga berjaya dalam pilihanraya permatang pauh dan datuk seri akan menjadi ahli parlimen semula saya juga kagum dengan perjuangan datuk seri dr wan azizah semoga perbicaraan dapat berjalan dengan adil esok dan dsai terus dapat berkempen untuk pilihan raya permatang pauh dan menang allah hu akhbar

    Reply

  53. 53 TopiGerman Aug 7th, 2008 at 12:56 am

    Saiful laknat.. celakalah hidupmu, celakalah hidupmu,celakalah hidupmu.. walau kau kaya kerana ditaja oleh seseorang untuk membuat tuduhan terhadap Anwar.. hidupmu akan celaka, kau laknat..sial, dan kau adalah seekor binatang peliharaan BN

    Reply

  54. 54 azamin99 Aug 7th, 2008 at 1:02 am

    Salam sahabat sekalian..
    kes minyak ni satu hal kecik jer..dah takeover nanti, hal minyak turun priority no 1..settle yg tu, rakyat lega, brg2 patut turun gak..NEXT, judiciary atau kehakiman..yg ni liat sikit..sekali dgn judiciary, termasuklah POLIS..pas tu baru bongkar hal taik2, kapal selam, LCCT, WPI, ECER & mcm2 taik lain..settle skli hal Sabah..takes time..no hal..50 tahun dah diaorg jaga, dah USD100billion hilang atas rasuah & mismanagement..ANWAR MASUK PARLIMEN DULU, ORG PMTG PAUH KENA PASTIKAN..jgn student2 kolej pulak yg berbas2 yg vote..ini pakatan rakyat punya angkatan perlu pastikan..

    Reply

  55. 55 karim Aug 7th, 2008 at 1:12 am

    pada mulanya saya berasa ragu2 gak.. tapi semalam dapat bual2 dengan orang2 atasan HKL. mereka kata laporan perubatan menunjukkan tiada tanda2 saiful tu diliwat..ada pegawai telah bocorkan hasil laporan tersebut.. sepatutnya tiada kes…

    Reply

  56. 56 Nenek Kebayan Aug 7th, 2008 at 1:14 am

    Ya Allah ya Tuhanku, Kau berilah kekuatan kepada pejuang kami ini. Kau permudahkan perjalanan nya menuju Putrajaya. Ya Allah ya Tuhanku, Kau hancurkanlah segala perancangan jahat yang ditujukan kepada beliau. Kau musnahkanlah musuh-musuh beliau. Ya Allah ya Tuhanku, Kau kurniakan kesihatan yang sejahtera kepada beliau. Kau jauhilah beliau dari segala bala bencana Mu. Ya Allah ya Tuhanku , perkenankanlah doa hamba mu yang kerdil ini. Amin, amin ya rabbal alamin.

    Reply

  57. 57 pemerhati Aug 7th, 2008 at 8:22 am

    salam,
    kepada sesiapa yang complain pasal mata wang katakan sepatutnya USD bukan RM, tengok betul2 apa yang ditulis. Yang ditulis ialah $, tak mention samada USD atau RM, kalo tulis RM leh la complain kalo. Dari dulu kita tahu $ ialah nilai bagi matawang besar dari sen atau cents atau apa² simbol yang digunakan. Jadi tak perlulah nak perbesarkan hal ini. Anyway, moga DSAI dalam kesihatan yang baik dan teruskanlah perjuangan anda untuk membela nasib rakyat. Wsalam

    Reply

  58. 58 pipit Aug 7th, 2008 at 8:23 am

    DSAI
    berani kerana benar….
    takut kerana salah……
    teruskan perjuangan ….lawan tetap lawan!!!!!

    Reply

  59. 59 pemerhati Aug 7th, 2008 at 8:31 am

    Salam,
    kepada semua yang mempertikaikan hal USD n RM, tgk betul² dalam rencana di atas tertulis $, tidak mention samada RM atau USD dan diketahui umum $ adalah simbol bagi matawang besar dari sen, cents, atau apa² simbol yang digunakan. Jika tertulis RM baru lah leh nak dipertikaikan atau tidak. tak perlulah perkara ini jadi highlight dalam komen. Anyway moga DSAI dalam kesihatan yang baik dan terus berjuang membela nasib rakyat. Wsalam

    Reply

  60. 60 far1s Aug 7th, 2008 at 8:56 am

    Saya mengangkal kata DR M yg ahli UMNO mengundi pembangkang kerana ingin mengajar pemimpin atas dan akan mengundi balik BN pada pilihanraya ke 13..DR M silap..

    Saya adalah ahli umno yg undi pembangkang pada pilihanraya lepas kerana kami adalah org2 umno yg berdiri di belakang dr anwar semenjak beliau dlm kerajaan..dan kami akan terus menyokong beliau sehingga dia menjadi PM yg baru..

    Di masa yg sama kami tidak keluar dr UMNO kerana ingin membawakan ideologi ds anwar ttg ketelusan kejujuran yg diperjuangkan oleh beliau semenjak dulu dlm kerajaan sehingga berjaya

    Dianggarkan dekat sejuta ahli umno mengundi pembangkang kerana kami semua adelah penyokong setia ds anwar ibrahim bekas pemimpin UMNO dan pejuang UMNO sejati..

    Dan semua tuduhan keatas beliau adalah palsu belaka

    sekian,terima kasih

    Reply

  61. 61 far1s Aug 7th, 2008 at 9:12 am

    pada pengundi2 p.pauh undila ds anwar kerana beliau bakal pm ke 6 dr permatang pauh..jgn lepaskan peluang ini..sekian..

    Reply

  62. 62 UBIKAYU Aug 7th, 2008 at 9:58 am

    REGE MINYAK DUNIA NAIK.. CEPAT2 BN NAIKKAN REGE MINYAK MALAYSIA BERALASAN KONONNYA…. SAPE TERUK? RAKYAT JUGA… BILA REGE MINYAK DAH TURUN… X RETI2 PULAK KE NAK TURUNKAN REGE MINYAK???

    Reply

  63. 63 Penyanyang Rakyat Aug 7th, 2008 at 10:44 am

    Harga minyak semakin hari semakin turun,janji BARISAN NASIONAL nak turunkan harga minyak tapi kenapa perlu tunggu 1 september??bagaimana kalau pada tarikh tersebut tiba2 harga minyak naik,adakah akan digunakan alasan kerajaan barisan nasional pada masa itu bahawa harga minyak naik semula???MEMANG DASAR KERAJAAN BARISAN NASIONAL PENIPU BESAR!!!

    Reply

  64. 64 herzamie Aug 8th, 2008 at 2:30 am

    tahniah DSAI..dari suara rakyat terbanyak ingin saya nyatakan yang DSAI perlu tahu bahawa kami akan tetap menyokong pembela rakyat yang sukar untuk dicari ganti seperti DSAI, secara peribadi saya rasa amat terharu dan berbangga dengan adanya pemimpin ulung yang dengan keberanian yang sukar dicari dikalangan keparat-keparat UMNO telah berusaha bersungguh-sungguh tanpa ada rasa gentar membela nasib rakyat, jasa dan pengorbanan DSAI tetap kami hargai dan kenangi malah akan diteruskan DULU KINI dan SAMPAI BILA-BILA! begitu juga kami akan terus berdiri teguh dan kukuh dibelakang pemimpin-pemimpin kami yang lain dalam pakatan rakyat, kami juga tak rela jadi seperti pejuang yang hanya omong kosong seperti “budak” pengecut lagi bachul yang melompat parti baru-baru ini. teruskan perjuangan DSAI terima kasih atas pembelaan ini… selangi hayat dikandung badan selagi itu LAWAN TETAP LAWANNN!!!

    Reply

  65. 65 azri Aug 13th, 2008 at 6:25 pm

    BAGI KAMI SAUDARALAH PENGKHIANAT BANGSA AGAMA DAN NEGARA!!!!!

    Reply

  1. 1 www.RencanaRakyat.com » Blog Archive » SIAPA BENAR: Kata-kata Anwar telah terbukti! Pingback on Aug 9th, 2008 at 7:20 am

Leave a Reply




mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
5 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
9 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago
zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners