Hari ini sekitar jam 1 petang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis berdekatan rumah beliau di Bukit Segambut. DSAI yang dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat BPR di Putrajaya ditahan oleh satu pasukan khas yang disertai lebih dari 10 buah kereta pasukan polis, semata-mata hanya untuk membawa Datuk Seri Anwar ke Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur. Tindakan pihak polis ini sungguh mengejutkan kerana sudah ada perjanjian untuk menemui polis pada jam 2 petang hari ini.
Apa yang membimbangkan ialah kemungkinan berulangnya peristiwa tahun 1998 di mana Ketua Polis Negara ketika itu telah bertindak menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Serangan yang merbahaya itu disifatkan hampir menyebabkan kematian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
















