02
Jul
08

Kenyataan Media Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat percaya bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya beliau meliwat seorang pembantunya tidak lebih daripada hanya pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politik beliau. Ini dilakukan sebagai tindakbalas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.

Skandal 1998 telah memperlihatkan bagaimana seluruh institusi negara dimanipulasi bagi kepentingan pihak tertentu yang akhirnya dibuktikan satu demi satu pada hari ini. Kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar. Proses membangunkan semula negara akan terganggu dan memakan masa. Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini.

Oleh kerana kredibiliti Polis DiRaja Malaysia sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara pada ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu skandal 1998, kami menuntut agar suatu badan bebas khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini.

Dato’ Seri Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar. Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini.

YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti KeADILan Rakyat

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia


24 Responses to “Kenyataan Media Pakatan Rakyat”


  1. 1 Virgo 71 Jul 2nd, 2008 at 5:26 pm

    Saya bukanlah penyokong Dato Anuar atau mana-mana pihak kerana saya adalah org dari sembarang tambak, tapi saya rasa apa yg terjadi padanya adalah suatu percubaan untuk menjatuhkan beliau. Inilah sifat manusia kalau meraka rasa kuasa meraka akan di rampas mereka akan lakukan apa sahaja untuk memgekalkan kuasa yang mereka ada. Bagi saya apa yang terjadi pada beliau adalah suatu yang tidak munasabah dan tak masuk di akal yang waras. Saya percaya kebenaran akan terbukti bahawa Dato Anuar tidak bersalah. Percayalah Dato bahawa org yang suka membuat fitnah dan menganiyah pada org yang tidak bersalah akan di hukum klu tidak di dunia di akhirat nanti.Dato harus terus berjuang untuk menegakkan kebenaran dan jugak berjuang untuk rakyat yang selalu sokong Dato Anuar. HIDUP ANUAR HIDUP PKR.

  2. 2 crower Jul 2nd, 2008 at 5:53 pm

    Assalamualaikum saudara Anwar,

    Antara ayat yang saya dah lali dan jemu dengar :

    “kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat”

    kemungkinan ? kenapa mesti ada kemungkinan ? nak tadbir negara mesti la tegas saudara Anwar, kalau nak mungkin mungkin ni mcm Pak Lah pulak. Mungkin jaga mungkin tido.

  3. 3 YEAT86 Jul 2nd, 2008 at 6:18 pm

    kepada Crower,
    anda faham apa yang dimaksudkan dengan “KEMUNGKINAN”.IA BERMAKSUD JIKA DSAI MENDAPATKAN PEMERINTAHN KERAJAAN MALAYSIA BARULAH IA DAPAT DIREALISASIKAN.KERANA POLITIK SEKARANG AMAT MEMBIMBANGKAN SEMUA PIHAK.MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU.JIKA DSAI TELAH BERKATA “AKAN” IA BERMAKSUD “JANJI” KEPADA RAKYAT. BAYANGKAN SEKIRANYA UMUR BELIAU TIDAK PANJANG INI BERMAKNA BELIAU TELAH MUNGKIR JANJI KEPADA RAKYAT.JADI SAYA BERHARAP cROWER DAPAT MENYOKONG DSAI DAN BELIAU AKAN MERIALISASIKAN “KEMUNGKINAN” ITU TADI.SAYA HARAP cROWER MEMAHAMI APA YANG DIMAKSUDKAN ITU TADI.

    “RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT bERAMAL”

  4. 4 rin Jul 2nd, 2008 at 7:23 pm

    Pak Lah, laksanakan tugas dengan penuh kejujuran, ikhlas, adil, amanah. Ingatlah pesanan ibu,ayah, datuk anda.

    Janganlah sampai rakyat dah menyampah dan menyuruh anda “BLAH”.

    KEBENARAN DAN KEADILAN AKAN MENANG JUA AKHIRNYA.

  5. 5 Shobhan Jul 2nd, 2008 at 7:36 pm

    Reading the latest news, I am wondering if I can take a photo with the 3 ministers, who apparently have no idea who En Saiful is. Can just anybody take photos with ministers without the knowledge of the minister himself/herself. If I were a minister, I would like to take photos and keep them as memories of my service to the community. Thus I would only stand and take a picture with people I know or to whom I have been formally introduced. These ministers are definitely lying or they are not fit for their jobs, period. Standing and taking photos that go into the national archives are important documents and cannot be dismissed as unimportant pictures, as claimed by these ministers.

    If the photo is taken within a crowd, then these ministers can definitely claim that thay do not know or recognise individuals. The case is not so where these 3 ministers are concerned. They are not in a crowd nor a gathering. They must definitely know the people they took the photo with, period.

  6. 6 anti provokasi Jul 2nd, 2008 at 7:51 pm

    Assalamualaikum Dato Sri Anwar,

    Apa yang saya mampu katakan bersabarlah menghadapi dugaan ini. Saya juga yakin bahawa tidak semua fitnah yang dilemparkan oleh komplot-komplot BN akan berjaya ( pisang tidak akan berbuah dua kali) kerana rakyat sekarang tidak seperti dulu, rakyat sekarang sudah pandai menilai tidak mudah dimomok-momokkan oleh golongan munafik.Saya juga amat yakin Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan pusat dibawah kepimpinan Dato, walaupun ianya mengambil masa ( tidak mudah untuk melaksanakannya)org yang tidak mampu bersabar sahaja yang akan mempertikaikannya..Nabi Muhammad s.a.w pun mengambil masa yang lama berdakwah menegakkan ajaran Islam inikan pula kita. Puak-puak munafik ini masih tidak lagi insaf masih tidak lagi sedar dan takut menghadapi bahana-bahana yang ditunjukkan Oleh Allah s.w.t sebelum ini akibat daripada perbuatan mereka memfitnah Dato dahulu. Sabarlah… kami sentisa berdoa dan menyokong Dato….

  7. 7 Pengundi Senyap Jul 2nd, 2008 at 7:52 pm

    Saudara DSAI.
    Peristiwa ini adalah dugaan yg kedua untuk saudara….sabarlah Allah akan sentiasa melindungi orang yang diainanya dan sabar….Allah Hu Akbarr.

    Mulai dari sekarang, saya cadangkan PKR tubuhkan unit khas menapis segala ahli-ahli PKR yang bidang terjun terutama dari UMNO….juga mereka yang masih muda diletakkan dibawah sayap Pemuda PKR….untuk Pembantu Peribadi saudara, kak Wan dan lain-lain pemimpin PKR, ambilah saudara sendiri atau ahli yang lebih lama dan berpengalaman.

    Saya faham tujuan saudara adalah untuk memberi peluang bagi anak-anak muda menimba pengalaman dan tunjuk-ajar dari saudara…akan tetapi inilah padahnya….saudara berhadapan dgn manusia ….MUSANG BERBULU AYAM…. yang bertopengkan muka kesian dan nampak jujur.

    Ingatlah diair yang tenang itu jangan disangka tiada buaya!!!!!!!!!!

  8. 8 firsttry Jul 2nd, 2008 at 8:13 pm

    i dont care wether anwar do or not do the sodomise..its a free world..but i always believe he is a good leader.thus i wanna him to govern our country..

  9. 9 Kai-rude Jul 2nd, 2008 at 8:34 pm

    Crower, you are right. Diorang ni cerita aje lebih…dah lama saya menunggu nak menukar kerajaan..selama 15 tahun saya berada diluar negara penukaran kerajaan demokratik kepada pembangkang semacam tidak ada masalah…Melalui piliharaya jugak, tapi di Malaysia ni macam geng budak sekolah…berebut tempat duduk..

    Anwar ni cepat sangat nak publisiti. Kalau sekadar penasihat tu duduk dibelakang tabir dah ler..bila dah tubuh kerajaan baru lah bersuara…Ni baru tahu dah menyusahkan diri sendiri..

    Sebenarnya sebagai penasihat parti berilah galakan pada Presiden parti tentang percaturan perkara-perkara mendatang..Ini semacam ada 2 presiden pulak…Keadilan merupakan ‘family political party’ dan boleh diibarat sama seperti Singapura i.e Lee Kuan Yew sebagai penasihat dan anaknya sebagai Presiden….Siapa yang lebih banyak bersuara??? Penasihat!!!!!….Siapa yang banyak kena hentam??? Penasihat!!! Kenapa boleh jadi sebegini rupa ini kerana Penasihat is always put aside and brings only when needed….

    ZAAssssss

  10. 10 Surind Jul 2nd, 2008 at 8:40 pm

    Well as the saying goes “You Have Some Powerful Enemies”

    I think the majority of the rakyat still believe in you DSAI & that all this is an effort to derail you. The courts of Public Opinions are not stupid & naive as some people think. Hopefully this backfires badly & some of the remaining rakyat (especially the Malays) whom voted & supported BN the last round, will come over.

    Cheers & “Lawan tetap Lawan”!

  11. 11 AMIR Jul 2nd, 2008 at 9:01 pm

    Dear DSAI,

    kenapa minta bantuan amerika, merekalah yang membunuh umat islam dunia. Adakah DSAI agen mereka?
    Kenapa DSAI asyik kata akan dedah, ada bukti, tunggu dulu, tapi bila ?????? Bingung dibuatnya……
    DSAI kata dlm minggu ni nak umumkan akan bertanding dan 4 ahli akan join PKR, sebabtula “konon’ ada konspirasi bila kes liwat terdedah…..soalnya cammana ada orang tau DSAI nak umumkan nak bertanding….menusabah la sikit….DSAI memang bijik mencari alasan………..DSAI adalah pemimpin yang paling layak selapas DR M, tapi tindak tanduk DSAI makin diragui !!!!!! FIKIR-FIKIRLAH RAKYAT MALAYSIA

  12. 12 nganjuk Jul 2nd, 2008 at 10:32 pm

    Nampaknye si Kai-rude and Amir tak paham2 la..terutama kairude..hehehee…da *** sombong tk pe di campur dgn *** plak tu..hehehee…hei *** aku ni org spura la.kau ape tau tentang spura..*** ke *** ke si lee kuan yew tu da buat spura 1st standard in the WORLD la ***..!bukan mcm malaysia,selalu ckp No.1 di dunia tapi habuk pon tarak..hahahahaa..masyarakat dunia hatta masyarakat Indon pon ketawakan pemimpim2 kau yg **** ..hahaha..kalau nk ckp tu pikir dulu layak tk kau nk komen dlm blog ni sebab ni kan blog and ramai pihak luar pon nk tau..hehehee..kau ni buat klakar seram je ***.

    Dan ni lagi satu si amir ***..hehehee..da terangkan brape byk kali la si DSAI baik dlm ucapan atau pon dlm vids die.Ingat la encik amir,siape yg suke pada Amerika,rasenye seluruh pelusuk dunia sgt membencinye walau ape bangsa skalipon termasuk rakyat spura.Tapi kau harus ingat Ilmu technologi yg dunia blajar skrg tu drp mane..?malaysia eh.??heheheee..jgn marah beb jus nk kasi tau kalau berckp tu pakai la akal dan kalau *** la sikit.Aku ni bukan penyokong sape2 tapi nk cume kasi pandangan sikit jer tk lebeh.

    Seandainye la si DSAI tu jadi pemimpin 10thn lepas dan seandainye pula die jujur dah lame malaysia ni dpt atasi spura dgn kemampuan ape skalipon baik dr segi kemajuan and ekonomi.otak die la yg kite guna pakai spura ni tau.Inspiration die menjadi contah,bukan mcm mahatir kau yg cume tau ckp jer.Datang spura blajar sikit dr pemimpin kite and bawak kesana org da ingat die tu pandai.heheheee..same la pemimpin dgn rakyat nye..Satu lagi Amir kau belajar sirah Rasullullah sewaktu baginda berada di madinah,bagaimana die memperlakukan org2 yahudi dan nasrani..

    Sudah la bosan la dgn perangai org melayu malaysia ni..korang punye pasal sampai kite kat spura diketawakan dgn bangsa asing disini.Itu la klau org ckp MELAYU *** marah…tapi memang benar pe melayu malaysia majority nye *** ape.,nasib baik la ade pak DSAI tu kalau tk melayu akan jatuh martabat.Susah la eh kenape malaysia ade sblah spura,malu la kite kat sini.Pada Datuk Seri jgn la pedulikan org2 yg tak ade akal ni mereka ape tau sebab pemikiran die hanye bertahap *** kalau di spura ni bilang..hehehee..All the Best DSAI..!!!

  13. 13 Gua Jul 2nd, 2008 at 11:02 pm

    Anwar,

    Dah la tu…duduk aje lah diam2..tak penat ka..

    Kalau dikatakan pengikut dah ramai apa nak takut. Lu rilek aje la..Lu punya hulubalangkan ramai

    Gua rimas la benda-benda mcm ni nak diperbesar-besarkan…kalau katakan nak jadi PM tunggu je la bulan september nie…Gua memang tunggu detik keramat ni…Betol ke Lu nak jadi PM?

    Kalau betol-betol lu tak buat salah tak payah lah lu nak cari publisiti…

    Lu buat gua tenggelam la…

    Lu patut ikut cari Tok Guru PAS tu…steady je daripada dulu sampai sekarang mana ada buat kecoh-kecoh…Lu nie banyak betol bela wayang kulit laa…

    G.U.A
    Australia

  14. 14 rayyan Jul 2nd, 2008 at 11:14 pm

    nganjuk,
    walaupun berat ati nak menerima komen ko pasal melayu malaysia, tapi aku memang setuju jugak kata2 berbisa ko tu.Aku pun memang rasa malu dengan pemimpin politik pemerintah (melayu)kat malaysia ni. Mereka ni sanggup memalu dan menyusahkan bangsa sendiri demi untuk mengekalkan kuasa.macam isu liwat ni.Berita2 media pro kejaan memang memualkan. ikut putarbelit macam pemimpin umno jugak.Sebab tu ada rakyat yang jadi *** macam spesies kai-rude dan amir tu.

  15. 15 iwan Jul 3rd, 2008 at 2:11 am

    Dengan sokongan terhadap DSAI pada ketika ini khususnya kes terbaru beliau, saya berpendapat walau apa pun tuduhan atau perbuatan beliau walau jika benar sekalipun akan tetap mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada PAS & PKR. Yang lain tidak penting, janji Pakatan Rakyat memerintah negara!

  16. 16 ikanlepu Jul 3rd, 2008 at 3:14 am

    Pecacai UMNO memang buta perut.

    Mereka macam binatang ternak yang mana nanti di akhirat, dihalau berbondong-bondong masuk neraka.

    Kenapa ikanlepu cakap camtu?

    Orang tertolak saja yang fikirannya mengarut dan sukar ditelah. Lihat bagaimana bijaknya Yahudi dalam hal putar-belit. Mereka bijak, tetapi dilaknat dek Allah swt.

    UMNO pun gitu, ditolak sebab mereka menghukum TIDAK menurut yang ditetapkan oleh Allah swt. Hukumnya kafir (lihat al-Maaidah: 44, 35 dan 47 - lengkap).

    Bukan ikanlepu yang cakap. Itu disebut dalam al-Quran.

    Sementara masih kuat ni bertaubat. Perjuangan UMNO memang tertolak. Usah dok berhujah apa la….

  17. 17 rock Jul 3rd, 2008 at 3:51 am

    Nganjuk
    Aku pun malu dengan engko..memang ada kebenarannya. Aku malu
    dengan pemimpin aku la ni.Tapi nak buat macam mana.

    Kalau kau pun mahu tengok iklim malaysia bertukar dengan
    terang benderang,tolong lahberdoa bersama kami.

    Aku pun setuju apa yang rayyan kata,spesies macam tu ada banyak lagi.
    Spesies yang tak tau apa, tapi mengaku tau walau pun hal itu
    bukan dari dalam rumah dia sendiri.

    Sedih sungguh aku. Aku sungguh sedih.

  18. 18 BEFAIR Jul 3rd, 2008 at 9:09 am

    rayyan,
    Aku minta maaf seandainye kata2 ku telah menyinggung byk pihak kerana mungkin juga aku da sgt stress la dgn bangsa asing disini slalu je memperlecehkn bangsa kite melayu.Kalau lah malaysia lebeh baik dlm setiap bidang melebehi spura ni,PASTI aku da usik habis2an cine spura ni.Tapi ape nk buat ape yg mereke teka tepat skali sebelum DSAI di tuduh liwat,sebelumnye mereka da kata dulu mungkin si DSAI ni kene tuduhan liwat lagi mcm dulu sebab BN da tk kn ade lain alasan nk jatuhkn DSAI tu.Ternyata BENAR sangkaan mereke.ADUHHH malu nye kite melayu di spura ni,kenapa la sampai jadi begini skali pemimpin melayu sehingga kan org lain bole baca gerak langkah mereka.!!Terlalu sempit para menteri melayu.!!Ya Allah..,disambung pulak org2 yg tk de akal dgn menerima cerita karut tu.Itu sebab nye negara mundur akan membuat pemikiran rakyat nye jadi dungu.Islam yg seharusnye melebehi lain espek da jadi hanye untuk Ibadah biase je.Alangkah sedih nye rayyan,kerana masih byk lagi rakyat malaysia yg masih tido belum bangun2 lagi.Di tambah komen2 yg sgt menunjuk kn mereka ni memang BAHALUL.!!tk de ke org sana yg pintar2 yg bole membawa kesedaran pemikiran.Kalau berlaku tmpt sini senang aje aku brainwash otak org2 sini sampai yg tk tau jadi mengerti dan geram dgn kerajaan BN tu.Padahal bukan nye susah,explaination nk terang dan jelas habis cerita org akan paham.Semoga DSAI akan mengambil alih pucuk pimpinan dari BN secepat mungkin,kalau tk sampai bile2 lah malaysia akan berada di tokok lama.Ingat…, skrg ni malaysia belum lagi maju tau encik rayyan,jgn baca laporan media kamu tapi baca International punye baru akan tau di belakang mane kah malaysia berada dlm dunia ni.Pelabur2 disini jika ditanye byk yg heran dgn kerajaan kamu tu..from worst to worst.Buat lah sesuatu rayyan agar rakyat malaysia sedar dr tido mereka,kalau tk bangun di kejutkn ambil air simbah jer biar mereka akan bangun mendadak..heheheeee.ok la rayyan saya minta maaf and all the best to MALAYSIAN..!!

  19. 19 ben Jul 3rd, 2008 at 10:44 am

    walau apa pun korang cakap.yang penting sekali adalah barisan nasional orang jahat dan rosak akidah.sesiapa sokong bn juga tergolong orang rosak akidah.

  20. 20 Wan Omar Jul 3rd, 2008 at 11:12 am

    X payah gaduh-gaduh. Kalau percaya pada pemimpin yang kita sanjung, teruskan sokongan. Pada yang x suka X payahlah sebok2 nak beri komen, buat menambahkan dosa dan musuh.Allah maha adil, yang benar akan terbukti kebenarannya.

  21. 21 din mlk MALAYSIA Jul 3rd, 2008 at 11:28 am

    allo G.U.A,maaf ckp lu ni duduk je jauh2,tapi…. klu dok rilex je ble plak bro anwar nak naik. pas tu lu hentamla ckp bro anwar ckp x serupa bikinlah,apelah.lu klu nak beli rumah boleh ke dapat klu duduk je diam?tau2 rumah da ade depan mate.boleh ka? klu lu nak suroh sepupu lu beli rumah lu pkai duit sepupu lu,baik dia beli rumah name dia.. pk la ckt. nak jd pemimpin mesti begerak bersama org bawah,bru leh jadi.klu nak suro org bawah je bkn pemimpin yang berkaliber. lagi lame BE End memerintah,bertambah miskin rakyat. yang susah sape,ORANG KAT MALAYSIA NI JGK. lu dok kat tempt org tu ape tau?? sory to say that..

  22. 22 Gua Jul 3rd, 2008 at 10:02 pm

    BEST JUGAK GUA MELAYAN BLOG NI….RESPON SEMUA MEMBERANGSANGKAN….

    GUA KUTUK ORANG, ORANG KUTUK GUA BALIK…BARU LAH GEMPAK…GUA TAK KISAH ORANG NAK KATA APA..

    GUA TULIS SEKADAR NAK ENJOY JER…..HUHUHUHUHU….

    NIK AZIZ ROOOCCCKKKKKKK!!!!!!1

  23. 23 aduhaimelayu Jul 4th, 2008 at 9:03 pm

    dah la tu wahai org melayu..
    tunggu dan lihat sudah..
    ckp byk2..wat dose je..haha
    baik kite g amek wudhu’.. solat hajat..pohon doa pada allah agar umat islam di malaysia dan seluruh dunia bersatu padu..pohon doa agar kite dibukakkan hati..agar kebenaran akan muncul..pendusta dihapuskan..
    sapelah kite ni nak kutuk2 org..kite ni semua hamba allah..insaflah..

  24. 24 the truth Jul 16th, 2008 at 8:59 pm

    sir i jz wanna say tht no matter wht happen i will support u jz be patient n dunt ever give up n i knw u wont. even GOD sayed in AL QURAN tht at last truth will destroy fake n lies……..jz keep up the good work n the debat was awesome. i dunt KNW wht i can do as public but im doing wht im capable of…..im asking ppl to thk n see the truth…….may ALLAH BLESS U N HE IS IN UR SIDE. I JZ knw one thg sir if we wanna satisfied GOD we cant satisfied human being n if we wanna satisfied human being we cant satisfied gOD. GUD LUCK SIR

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners