29
Jun
08

Nik Aziz – Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar

PENGKALAN CHEPA, 29 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni, katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.

Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.

Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.

Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.

Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.

Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh, ujar beliau.

Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.

Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.

Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.

Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak, katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.

Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini, katanya.

Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati. – mj _ Lanjusoh


100 Responses to “Nik Aziz – Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar”


  1. 1 hafiz Jun 29th, 2008 at 3:20 pm

    paklah terkejut? sudah lah!!

    DS, semoga dilindungi Allah dalam keadaan cemas macam ini

    Reply

  2. 2 Hj Jamaludin Jun 29th, 2008 at 3:50 pm

    Bismillah hir rahman nir Rahim
    Bangunlah wahai saudara mahupun saudari dari ahli pakatan rakyat, tak akan kita hanya mampu untuk bercakap je!Kalau pihak lain boleh buat kejutan dengan isu terbaru takkan pihak Pakatan Rakyat tak boleh buat seperti pihak lain buat terhadap Saudara DSAI. Hadis Qudsi ” Sesungguhnya Aku (Allah) akan membalas si zalim itu, sama ada cepat atau lambat.Dan sungguh Aku (Allah) akan membalas orang yang melihat orang teraniaya, sedang ia boleh menolongnya, tetapi tidak mahu menong.” Riwayat Abus – Syaikh dan Thabarani dari Abu Darda’r.a.

    Reply

  3. 3 nikman Jun 29th, 2008 at 3:57 pm

    TERIMA KASEH DIATAS PANDANGAN DAN NASIHAT TUAN GURU NIK AZIZ

    INGAT LAH SANG PERFITNAH,BALA DAN AZAB YANG ALLAH AKAN TIMPAKAN.

    BEGITU JUGA ORANG 2 YANG BERKOMPROMI DENGAN TUDUHAN TERSEBUT.

    Reply

  4. 4 yB Jun 29th, 2008 at 3:57 pm

    betul ke benda ni semua.xkan la nak jatuhkan seseorang sampai menuduh org liwat.fitnah namanya kalau tak betul.politik kotor ni

    Reply

  5. 5 Anti Zalim Jun 29th, 2008 at 4:23 pm

    Astaghfirullah halazim..

    Saya membaca media perdana begitu mengiakan kejadian itu, Pak lah juga segera berkata “Perkara sudah berlaku…” cepat sungguh dia mengiakan. Rakyat telah dibodohkan kali pertama dahulu, sehingga keluarlah kenyataan video daripada TDr Mahathir bahawa DS Anwar tidak bersalah dan dizalimi. Rakyat tidak akan diperbodohkan kali kedua.., Kerajaan ini perlu segera ditukar.

    Mari kita berdoa moga-moga Allah membalas orang yg zalim..amin

    Reply

  6. 6 musyu99 Jun 29th, 2008 at 5:16 pm

    sekali lagi rakyat malaysia akan dipertontonkan dengan babak2 menarik ciptaan orang2 yang berkuasa yang dah lupa diri dan takut kehilangan kuasa…

    pergi mampasulah kerajaan bn dan celaka lah pihak berkuasa yang bersekongkol dengan mereka… Insyaallah…

    Reply

  7. 7 FADZIL Jun 29th, 2008 at 5:43 pm

    tindakan terdesak memfitnah DSAI akan memakan diri sendiri!! Allah Maha Adil!

    Reply

  8. 8 lan Jun 29th, 2008 at 5:45 pm

    banyakkan bersabar ds..tuduhan begini langsung tidak mempengaruhi rakyat serta penyokong sekalian..kami bukannya rakyat yang buta tuli lagi kosong mindanya..teruskan perjuangan anda sekerasnya…kami sentiasa berada di belakang…

    Reply

  9. 9 Al-Faqir ILALLAH Jun 29th, 2008 at 6:24 pm

    salaam,

    Malaysia baik di bawah Pakatan Rakyat mahupun di bawah Barisan Nasional akan terus berada di dalam kegelapan selagi mana hukum hakam tidak bersandar kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul.

    wassalam

    Reply

  10. 10 zuhairi abdullah Jun 29th, 2008 at 7:13 pm

    Apa nak di hairankan…kalau yd d pilih menjadi pembesar tu d kalangan orang yang menjunjung ilmu
    dan amalan iblis……selagi islam d letakkan d kelas ke2,nafsu jahat menguasai diri,rakyat yg mendapat tempiasnye…kita sebagai rakyat yg sedar dan insaf wajib berdoa dan seterusnya bertindak d atas setiap keazaliman yg d lakukan oleh pemerintah….sememangnya kita rakyat mempunyai kuasa tanpa kita sedari…..kpd DSAI,…beliau merupakan pejuang yg berani dan beliau telah menunjukkan jalan yg sebenar untuk kita sedar dan insaf……..Allah S.W.T sentiasa merahmatimu….Allah huakbar.
    ihlas dr

    Yoep

    Reply

  11. 11 rin Jun 29th, 2008 at 7:31 pm

    Demi Allah…jika tuduhan ini tidak benar, orang yang terpaksa mengaku dirinya diliwat dan orang yang memberi arahan untuk membuat pengakuan akan dijangkiti sejenis penyakit yang amat mengaibkan..dengan izin Allah…Amin

    Reply

  12. 12 anaksabah Jun 29th, 2008 at 7:35 pm

    assalamualikum,
    kepada yang membuat fitnah ingatlah kita masih ada persinggahan yang terakhir. oleh itu ingatlah apa azab yang akan diterima olehmu wahai sang pemitnah. kepada keluarga DSAI harap bersabar menghadapi dugaan ini.

    Reply

  13. 13 Matnelayan Jun 29th, 2008 at 7:37 pm

    Assalamualikum……..

    Selama ni saya hanya membaca sahaja tanpa membuat sebarang komen/ulasan walauapa pun isu.Tetapi kali ni saya amat geram dan marah dengan tuduhan terhadap DSAI.Tak takutkah mereka dengan pembalasan ALLAH.Bala apa lagi selepas ni akan menimpa Malaysia.Dah lah harga minyak naik,barang naik.Ni nak mengundang BALA lagi.Semoga ALLAH akan menunjukkan kita jalan kebenaran amin……

    Reply

  14. 14 anti bn Jun 29th, 2008 at 7:42 pm

    rasanye mereka- mereka yg terlibat dgn agenda memfitnah DSAI terdahulu sedang tersepit…masing2 mempunyai file yg tggu masa untuk d dedahkan…apatah lagi pakatan rakyat hanya menunggu masa utk
    berkuasa. Mereka ini tak cukup tanah utk lari…oleh itu macam -macam rancangan pelik d atur utk menghancurkan kuasa pakatan rakyat….agaknye paklah dah bgi kata dua….file mereka semua akan timbul kalau tak berbuat apa2…itu sebab si najiib tu mcm biul je…file dia pun akan timbul…jgn berani nak lawan mr.cean. akhirnye sbb masing2 dah terbau pekong…ter reka ciptalah episod DSAI terbaru……..inilah politik pemimpin BN sekarang..org yg buta iman sahaja suka pada fitnah..bila tak beriman…segala kejahatan itu adalah tuhan mereka…oleh itu marilah kita berdoa dan bersolat hajat memohon Allah S.W.T menghancurkan segala kejahatan.

    Reply

  15. 15 pemerhati senyap Jun 29th, 2008 at 8:10 pm

    Memfitnah lebih besar dosanya daripada membunuh!.

    Reply

  16. 16 dino Jun 29th, 2008 at 8:27 pm

    satu je nak bagi semua diam….

    DSAI, Pak Lah, dan yang menuduh duduk setempat buat live baca Quran yang menjadi Imam dan ikutan umat Islam,selama ini tak de yang nak buat, fed up dengan politik yang macam ni, sepatutmya jaga kepentingan rakyat

    Reply

  17. 17 deen Jun 29th, 2008 at 8:35 pm

    jgn kita biarkan mereka!!!!!!!!!!
    mereka semua harus di jatuhkan.
    BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

    Reply

  18. 18 kluangman Jun 29th, 2008 at 9:03 pm

    Benarkah itu pendapat Tok Guru ? Tok guru pun sudah pandai menuduh bahawa itu konspirasi politik, sejak bila Tok guru jadi Tuhan, kalau dikatakan tuduhan itu buat sesuatu yang baik, kenapa pula Tok guru juga ‘menuduh’. Biarlah masa menentukan.

    Reply

  19. 19 artiq Jun 29th, 2008 at 9:10 pm

    Assalamualaikum..

    Pertama kali dengar berita ni memang terkezzut gila, risau pun ada.. tapi sy yakin sy memihak pd pihak yg betul.. sy yakin dgn DS.. bn dah smakin terdesak hingga gna idea yang sama 2x.. rakyat malaysia, sama2lah kita berdoa agar kebenaran terbukti dan mrka yang menzalimi dpt balasan yang sepatutnya.. Allah Maha adil.. Allahu akbar!

    Reply

  20. 20 IbnuAbbas Jun 29th, 2008 at 9:22 pm

    Allahuakbar!!!!
    Kalau terdesak macam2x benda depa buat..tunjuk bukti dulu baru cerita. Kesian DSAI harap brsabar dgn ujian ini.Lawan terus lawan.

    Reply

  21. 21 rock_rockers Jun 29th, 2008 at 9:43 pm

    allah maha besar dan maha mengetahui.
    mohon supaya allah taala menurunkan bala dengan kadar
    segera keatas mereka2 yang bersama bersubahat membuat durjana fitnah.
    amin…

    Reply

  22. 22 yoptanjung Jun 29th, 2008 at 9:52 pm

    Assalamualaikum,
    Bangunlah Pemuda Keadilan……….. kalau perlu sehingga terpaksa menumpahkan darah apalagi ayuh……. kerajaan perlu ditumbangkan. “Ya Allah ya Tuhanku, Ini dia kerajaan yang penuh kesombongan dan bongkak. mencabar Kita. Ya Allah, ya Tuhanku berilah pertolongan Mu.

    Ingat lah, “jika kita mati bukan dalam keadaan berjuang itulah KEKECEWAAN YANG SANGAT DAHSYAT…”

    Wahai Pemuda Keadilan, mana mungkin kemenangan dapat ditempa tanpa pejuang yang gigih berjuang dan sanggup berkorban. Perjuangan ini suci kerana dasar dan matlamatnya. Selama mana dasar dan matlamat ini dipertahankan maka selama itu perjuangan ini kekal kesuciannya.

    Ayuh……..bangun mari kita berjuang.

    Reply

  23. 23 cakap-lepas Jun 29th, 2008 at 9:58 pm

    harap dsai membuat laporan polis dengan segera mengenai pendedahan terbaru tentang si gani dan si musa..

    Reply

  24. 24 labu_labi Jun 29th, 2008 at 10:03 pm

    sekaLi lg kita di kejutkan dgn cara yg sama dan orng yg perjawatan yg sama ia itu pembantu juga,,,dulu tahun 1998 Pak lah sendiri buat road show semalaysia bagitahu dgn ahli UMNO ketika itu saya d Melaka d dewan masjid besar negeri Melaka kali ni saya percaya menantu Pak Lah plak akan buat road show,,,kalau tuan-tuan ingat saper yg berya-ya kata DSAI kaki liwat semasa PU12???
    Bak kata NabiL lu pikir lh sendiri!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  25. 25 xxxy28 Jun 29th, 2008 at 10:42 pm

    salam…..
    makin tak paham dengan manusia di akhir zaman..macam tak takut dengan hukuman yang memang dah nyata di janjikan Allah….fitnah memfitnah dah macam cerita kat kedai kopi…DSAI, hanya org yang bodoh dan buta yang akan percaya dgn cerita karut tu….wahai najib n paklah tak sabar nak tgk korang jatuh terduduk.

    Reply

  26. 26 ee_zamm Jun 29th, 2008 at 11:08 pm

    Janganlah kita umat islam ni bercerai berai dan menuduh satu sama lain, memfitnah dan seumpamanya. Sedarlah Yahudi dan kuncu-kuncunya sedang menekan negara-negara Islam dengan kenaikan harga minyak yang sengaja mereka buat. Justeru marilah kita bersatu menentang kezaliman Yahudi yang sedang merosakkan dunia… Itulah sebenarnya yakjuj makjuj yang dijanjikan Allah…. Takbir!!!! Allah hu Akbar!!!

    Reply

  27. 27 Esdi Jun 29th, 2008 at 11:33 pm

    Semoga Allah akan melaknati pemimpin-pemimpin negara yang terlibat…
    Amin..Amin…Ya Rabbal Alamin..Ya Rahman.. Ya Rahhim… Engkau perkenankanlah
    permintaan kami!

    Reply

  28. 28 maududi salim Jun 29th, 2008 at 11:35 pm

    Assalamualaikum,

    EH..LUPA KE…BUKTIKAN LAH KESALAHAN DSAI MENGIKUT HUKUM SYARIAAH DAN DIMAHKAMAH SYARIAAH. JANGAN LE BAWA BAB KHAZAF NI DI MUKA PENGADILAN MAHKAMAH YANG BOLEH DIBELI…ALAHAI……NI AKU TURUN BALIK REFORMASI JALANAN MACAM TAHUN 1998…BEZANYA SEKARANG BANYAK YB-YB KITA DIPARLIMEN BERBANDING DAHULU…

    VINCENT TAN, LINGAM, ADNAN MANSOR TENTU BENGANG DEGAN ANWAR…BEGITU JUGA MAHATHIR DAN LEE LEONG SIK…AHA…NAH NAJIB PULAK DEGAN KES ALTANTUYANYA…SO…APA LAGI…SOURCE OF THEIR SLEEPLESS NIGHT IS ANWAR….THE REST IS HISTORY…

    SALAM REFORMASI.

    TAKBIR!

    Reply

  29. 29 selempang merah Jun 29th, 2008 at 11:38 pm

    YA ALLAH

    Tunjukkan kebenaran. Selamatkan Anwar Ibrahm jika dia tidak bersalah.

    YA ALLAH

    Berikan balasan azab dengan segera kepada yang mereka yang mencipta konspirasi politik untk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

    AMIN AMIN

    Reply

  30. 30 talkin Jun 30th, 2008 at 12:11 am

    salam….
    saya berharap kepada semua alim-ulamak supaya menasihati kepada semua yg terlibat. adakala kita terlupa tentang azab yang bakal ALLAH timpa di atas kesilapan kita.

    Reply

  31. 31 bakr Jun 30th, 2008 at 12:12 am

    Wahai pembuat fitnah , kamu dan yang mengarahkan fitnah ini.INGAT…satu tahap tiada jalan pulang…kuasa bukan ditangan kamu.

    Reply

  32. 32 rayyan Jun 30th, 2008 at 12:16 am

    salam..
    pada firasat saya timbul kembali kes tuduhan liwat ke atas DSAI sebagai tanda2 semakin cepatnya saat kejatuhan kerajaan bongkak dan korup BN.Gelombang kali kedua ini pasti lebih dahsyat dan melingkupkan terus kekuasaan ameno sebagai pengkhianat orang melayu dan islam.kepada kluangman hang memang mulut busuk.

    Reply

  33. 33 Cheeful Jun 30th, 2008 at 1:18 am

    Kita bakal kehilangan seorang tokoh kreatif dan berwibawa kalau tidak bertindak sekarang. Jangan jadikan DSAI seperti hikayat Hang Jebat, Hang Nadim yang dibunuh atas alasan menggugat negara.

    Reply

  34. 34 MUSTAFA BIN SAREH Jun 30th, 2008 at 1:25 am

    assalamualaikum semua sahabat,

    saya setuju, kalau nak tuduh mesti ikut cara islam lengkap dengan saksi sekali, kalau tidak pengadu mestilah di denda selaras dengan perbuatannya.

    kita kan islam hadari kena lah ikut cara islam….dah lupa ke

    bila lagi nak tunjuk kat dunia yang malaysia ni negara islam….

    semoga kebenaran akan menang dan si penipu akan ranap jiwanya..amin

    mustafa bin sareh

    Reply

  35. 35 jamal Jun 30th, 2008 at 3:02 am

    tolong publishkan balik 4 blog yang menceritakan pasal mangkok saiful tu, tiba tiba hilang, tq
    Hidup DSAI!!!!!!!!!

    Reply

  36. 36 Redblack Jun 30th, 2008 at 3:56 am

    Please show that Malaysia belongs to the RAKYAT!!!!!

    Reply

  37. 37 Maulana Jun 30th, 2008 at 6:30 am

    Assalamualaikum W.b.t,

    Bagaimana jika ada video?? tapi tak de saksi,
    Apakah hukumnya?
    Jika pihak kerajaan ada bukti demikian? Bagaimana?

    Reply

  38. 38 zul besut Jun 30th, 2008 at 8:30 am

    assalamulaikum sahabat2 semua

    Islam sebenar,semakin bangkit di Malaysia ini.
    ayuh semua bersatu hati berjuang habis habisan bukan sahaja semasa pilihan raya, malah sehingga akhir hayat kita.

    untu DS semoga ALLAH melindungi DS
    dan terima kasih kepada Tuan Guru…hujah yg bernas sekali

    Reply

  39. 39 rasernya Jun 30th, 2008 at 8:37 am

    kenapa caras orang yang bagi komen,mana kau orang tahu itu semua fitnah???Kalau betul sapa nak jawab?Geli aku tgk kau orang semua.

    Reply

  40. 40 pak dogol Jun 30th, 2008 at 8:52 am

    apa dah jd dgn dunia ni…..
    fitnah umpama makanan

    Reply

  41. 41 Naman Jun 30th, 2008 at 12:18 pm

    Asalamualaikum saudara sekelian..,

    Apakata kita sarankan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, kita adakan solat hajat secara individu atau jemaah di mesjid supaya yang haq dan batil akan ditunjukan oleh Allah s.w.t. Dan kepada pemfitnah dan bersekongkol dengannya…hidup anda pasti tak akan selamat dunia dan akhirat..Amin1000x

    Reply

  42. 42 pro-anwar Jun 30th, 2008 at 3:03 pm

    dsai,,,,
    kami sentiasa brdri teguH dblakang dato seri…

    kali ni lg skali dia tahan,,,tgkla ape jd kt malaysia nih!!!!!!!

    FREE OUR LEADER!!!!
    JUSTICE 4 ANWAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  43. 43 ayahteh Jun 30th, 2008 at 3:38 pm

    Ingat…Jangan kita mudah terpedaya dengan liputan media cetak & elektronik tajaan BN berkenaan isu ini.Seperti mana biasa, untuk ke sekian kalinya segala maklumat & fakta akan diputarbelitkan, satu lagi lakonan hebat BN akan ditayangkan semata-mata bertujuan utk mengeliru & memperbodohkan rakyat.

    Jika BN tak mampu mengubah nasib kita, biarlah kita saja yang mengubah nasib mereka.

    Seperkara yang perlu kita ingat…KUASA ADALAH DI TANGAN ALLAH, renung & amatilah…kita sudah dapat melihat betapa masalah dalaman kepimpinan parti-parti BN yang berlaku pada hari ini adalah BUKTI makbulnya doa orang-orang yang telah dianiaya oleh mereka sebelum ini.Malangnya kerana hadhari,mereka terus hanyut di buai kuasa dunia dan bisikan syaitan laknatullah tanpa menyedari amaran Tuhan ini…nauzubillah.

    Saudara-saudaraku,teruskanlah BERDOA…mohon kepada Yang Maha Esa agar ditunjukkan jalan kebenaran & keadilan yang haqiqi…amin.

    Reply

  44. 44 Sham Jun 30th, 2008 at 3:41 pm

    amin1000x kepada semua doa kawan2.

    Reply

  45. 45 daus Jun 30th, 2008 at 3:45 pm

    demi ALLAH..Kebenaran akan terserlah..YA ALLAH..selamatkn pemimpim kami yg adil..jatuhkan dan hancurkan kebatilan dan kezaliman..selamatkn DS..Bantulah perjuangan ISLAM..amin

    Reply

  46. 46 ayahteh Jun 30th, 2008 at 4:19 pm

    Kepada sahabatku ‘rasernya’…

    Hanya orang yang BUTA HATI & TULI AKALNYA sahaja yang tak tau membezakan & mengenal FITNAH…

    Reply

  47. 47 supir Jun 30th, 2008 at 5:12 pm

    salam..
    sungguh berat tuduhan yg dilemparkan..
    saya mencadangkan agar DS membuat press conference di mana DS perlu bersumpah dengan nama Allah sambil menjunjung Al-Quran bagi menafikan tohmahan ini. biar tidak diterima dalam mahkamah sekalipun, namun saya percaya DS dapat membersihkan nama DS yg tercemar itu. Azab Allah pasti ada bagi org yg menzalimi org lain….

    Reply

  48. 48 ilman Jun 30th, 2008 at 6:38 pm

    Salam,
    Jom boikot media yang menipu, yang putar belit cerita yang tiada kebenarannya. Biar mereka rasa.

    Reply

  49. 49 umat_muhd Jun 30th, 2008 at 7:22 pm

    Penilaian isu yg sebesar ini hendaklah dengan ilmu. bukan dengan akal fikiran logik semata2. seseorang adalah tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah diiktiraf oleh hukum dan undang2. insyaAllah, yang haq dan bathil akan terselah jua…sama2lah kita berdoa dan buat solat hajat.

    Reply

  50. 50 irah Jun 30th, 2008 at 8:20 pm

    saya sehingga tidak tahu dimana sebenarnya kebenaran…

    Reply

  51. 51 Pengundi Senyap Jun 30th, 2008 at 8:52 pm

    Saudara DSAi.
    Saya berdoa agar Allah Yang Maha Agong akan memberi kebesaran dan keutuhan saudara.

    Saya juga berdoa agar Allah Yang Maha Agong menurunkan laknat dan kehancuran kepada pembuat fitnah keatas saudara serta orang-orang yang merancang, melindungi dan bersubahat dengan pemfitnah ini.

    Wahai rakyat Malsysia..mari lah kita semua memohon biasiswa terus kepada NTR kerana JPA dan PTPTN tidak meluluskan permohonan biasiswa atau pinjaman PTPTN tanpa sokongan NTR….(saperti dakwaan NTR yang budak itu datang kepejabatnya 3 bulan lalu untuk mohon biasiswa…..tapi peliknya budak ini telah dibuang olih Uniten tahun lepas???? apa cerita ni???

    Reply

  52. 52 asri Jun 30th, 2008 at 9:06 pm

    Assalamualaikum,

    Semoga DS bersabar dengan dugaan yang menimpa beliau. Saya berharap DS dengan segera menbersihkan nama beliau dengan membuat press conference sambil bersumpah dengan nama ALLAH diatas AL-QURAN yang beliau tidak melakukannya. Semoga orang yang menfitnahnya segera mendapat pembalasan yang azab.

    Reply

  53. 53 Alam Jul 1st, 2008 at 10:01 am

    Dunia sudah akhir zaman.Orang yang munafiq semakin berleluasa.Kita akan dilaknat allah dan dilanda bala sekiranya berdiam diri melihat orang yang beriman di fitnah. Keturunan BANGSAT seperti pembantu Anwar (Saiful) itu sepatutnya direjam sampai mati!Mencemar maruah orang.Agaknya dia jenis yang suka berpeleseran diluar dan menjual diri sesama lelaki tapi orang lain menjadi mansa fitnahan.Pemimpin Malaysia sekarang bukannya beriman sebab tu sanggup buat perkara kotor memfitnah orang. Apa pun buat Datuk Sri Anwar dan keluarga semoga tabah menghadapi dugaan ini kerana Allah menjanjikan balasan yang baik diakhirnya nanti…Buat Datin Sri Azizah dan Izzah, janganlah anggap kami diluar memandang serong pada keluargamu, bahkan kami kagum dengan semangatmu!…God Bless U….

    Reply

  54. 54 matt_7166 Jul 1st, 2008 at 11:10 am

    takbir ..
    kami akan sentiasa menyokong mu ..
    walau aper sekalipun kezaliman mesti dihapuskan …

    Reply

  55. 55 khalid Jul 1st, 2008 at 12:04 pm

    Assalamualakum,

    Saya berharap Dato Seri sekeluarga bersabar. Saya yakin rakyat tidak akan dipercodohkan untuk kali kedua. Buat sahabat kita sama-sama buat solat hajat moga Dato Seri sekeluarga dihindar dari malapetaka kepimpinan yang tidak bertamadun. Takbir! Reformasi!

    Reply

  56. 56 rasernya Jul 1st, 2008 at 12:23 pm

    ayah teh,

    aku tidak buta hati dan tuli akal,aku bertanya kpd kau orang,baik sangat ke si anuar ibrhim tu?Apa kebaikkan pada dia yang membuatkan kau orang rasa dia difitnah?Hebat sangat ker dia bagi kau orang?Biasaler laman nie,untuk kau orang,sebab tu kau bela dia bermati-matian.

    Reply

  57. 57 Didie Jul 1st, 2008 at 3:54 pm

    Assalamualaikum,

    Maha zalim kerajaan BN sekarang ini. Sudahlah pemimpin no 1 mereka tidak pandai malah tidak punya karisma utk menjadi pemimpin berkaliber.

    Tidak pernah mengakui dirinya lemah, sedikit pon tidak tahu dirinya bukan pemimpin pilihan. Dulu memang mengagungkan BN tetapi kini tidak lagi. walau pun saya tidak mengundi mana2 parti teapi apa yg dilakukan mereka amatlah zalim.

    sudahla minyak naik..harga barang sukar dikawal..dan pelbagai lagi isu yang menindas golongan pertengahan yang menjadi pengundi mereka.

    kini, satu lagi fitnah terhadap saudara anwar ibrahim dilakukan. tuduhan tidak boleh diterima akal. memang perkara itu boleh berlaku. memang napsu kadangkala menguasai diri. tetapi jika menuduh tanpa bukti? masyaAllah….hanya tuhan yang dpt melindungi saudara anwar ibrahim…

    cekalkan dirimu wahai saudara anwar…kau punya keluarga malah kau idola…tetapi ingat andai ini satu fitnah segeralah kau mempertahankan dirimu….dengan sekalian yang ada. Jika ini benar2 apa yg kau lakukan..bertaubatlah dan kembali ke sisinya…

    Ya Allah…kenapa umatmu kini berpecah belah hanya kerana politik yang selalu berdusta..fikirkanlah!!

    Reply

  58. 58 sinichi Jul 1st, 2008 at 4:04 pm

    SETUJU DENGAN PENDAPAT KELUANGMAN!!!!!!!!

    Reply

  59. 59 murai77 Jul 1st, 2008 at 7:00 pm

    Datuk Seri,
    Ini adalah kali kedua DSAI dituduh melakukan kesalahan Sodomi, maka saya sebagai rakyat Malaysia merayu agar Datuk Seri bersabar dan berfikir dengan bijaksana, dan kepada penyokong Pakatan Rakyat, jangan tunjukkan kebodohan anda dengan meletakkan fikiran pada kepala lutut dengan melakukan huru hara dan bencana.

    Mari kita bersama-sama mohon petunjuk dari tuhan dan henti menuduh dan memfitnah. Maka yang salah akan kita jatuhkan dan sanggah, dan mana yang betul kita juangkan berserta sokongan.

    kepada Pakatan Rakyat,
    DSAI bukanlah seorang nabi, DSAI tidak maksum, bebas dari dosa, dia juga adalah manusia yang boleh melakukan kesilapan, betulkan akidah anda, jangan taksub sangat…dan jika benar DSAI tidak bersalah maka kita lindungilah dia, berikan hak dia untuk membela diri, dan berikan juga Saiful hak untuk membela diri,Malaysia negara Demokrasi, kita tunggu dan lihat saudaraku, insyallah, allah itu maha pengampun dan maha mengasihani..kita manusia ciptaan tuhan tiada hak untuk menghukum..ingat tu wahai saudaraku..Setinggi mana serban dan seputih atau sepanjang mana pun janggut orang itu masih tiada hak menghukum dan memberitahu siapa yang benar atau salah…itu kerja tuhan..

    Reply

  60. 60 AKUSUKA Jul 1st, 2008 at 7:36 pm

    BUATLAH PENGAKUAN BERSUMPAH…JIKA ANDA DIPIHAK YANG BENAR………..KITA JNG MENYALAHKAN SESIAPA …………..HARUSLAH BERSATU UNT IASLAM DAN BANGSA MELAYU……….. ORG KAFIR KETAWAKAN KITA………RENUNGKAN BERSAMA…..

    Reply

  61. 61 revolusi Jul 2nd, 2008 at 12:06 am

    Sokong DSAI!!U never walk alone!!

    Reply

  62. 62 zakiflyer Jul 2nd, 2008 at 1:43 am

    sekarang ni semua nak dilakukan ujian DNA, senang-senang kita boleh dipersalahkan,agaknya mereka dah ambil sesuatu yang boleh dijadikan bukti seperti bulu kemaluan, bulu ari-ari yang jatuh kat tandas dan pi bawa ke bilik kondo dan lepas tu bila forensik polis datang periksa dan jumpa bulu tersebut, sahlah kita pernah menghuni bilik tu, nak cakap apa lagi? bukti dah ada….moga DSAI dijauhkan dari fitnah begitu. HIDUP DSAI.HIDUP DSAI HIDUP DSAI HIDUP REFORMASI

    Reply

  63. 63 dewa Naqkarl Jul 2nd, 2008 at 8:57 am

    Salam…
    Kepada shaiful dan para konspirator segeralah bertaubat. Igatlah azab Allah menanti kalian…
    juga buat pencacai² yang mengiyakan saja segala bentuk penipuan dan kezaliman… gunakanlah akal kurniaanNya dgn sebaik mungkin. Kepada media yang tidak beretika dan bermoral segera berhenti berskongkol dalam menyebar fitnah. Takutkan Allah bukan takut kpd pemimpin zalim… Azab Allah jauh lebih maha dahsyat dari hukuman di dunia….

    Reply

  64. 64 buragas Jul 2nd, 2008 at 8:57 am

    Ya Halimmu ya Alimmu YA Aliyu Ya Azim..YA Zaljalalliwalikram.

    Semoga Allah memberikan ketenangan dan kemenangan keatas hamba2nya yang sabar,tabah dan benar.
    Kepada mereka yang mereka-reka cerita,memfitnah,mengadu domba dan zalim semoga Allah mengAzabmu dengan sekeras-kerasnya.

    Konspirasi ini untuk menutup cerita Rosmah, mengalih berita sengsara derita rakyat naik barang naik.Mereka amat takut terlalu takut dan sememangnya penakut..

    kemenangan kita makin hampir… robohnya kerajaan BN

    Semoga Allah melindungi kita semua

    Reply

  65. 65 Busuk Hati Jul 2nd, 2008 at 8:58 am

    Aku nak tengok sapa yang akan jatuh terduduk , dasar binatang suka memfitnah tak ikut masa. Aku dah cuak dengan politik di Malaysia. Haprak…. Manusia yang tak ada otak dan kuno suka menfitnah orang dan suka menzalimi orang lain..Ingatlah yang berkuasa diatas sana tengah menilai… Semoga kebenaran akan terbongkar… REFORMASI…

    Reply

  66. 66 abu nidal Jul 2nd, 2008 at 9:40 am

    assalmualaikum -semua kerja jahat lagi terkutuk akan dibalas jua.konspirasi jahat gunakan tatik yang sama lagi basi.

    Reply

  67. 67 cahaya hidup Jul 2nd, 2008 at 10:14 am

    Akum…
    Secara jujur,saya terlalu takut untuk menghadapi senario politik yang semakin luar biasa kebelakangan ini. Seolah-olah tiada seorang pun pemimpin yang mampu membuatkan saya yakin akan kreadibiliti mereka.Masing-masing hanya dilihat cuba memasang impian yang terlalu tinggi dengan cara menggunakan apa saja peluang yang ada. Tanpa mereka sedar bahawa di mana-mana sahaja Allah s.w.t mengetahui segala-galanya. Saya bukanlah kroni mana-mana parti. Saya cuma rakyat biasa yang melihat, mendengar dan menilai apa sahaja yang berlaku di sekeliling. Tapi jauh disudut hati saya, saya terlalu yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan melakukan kegiatan tak bermoral itu. Sebagai seorang anak yang jauh lebih muda darinya…saya selalu menatap wajah beliau di dada-dada akhbar dan saya pandang ke matanya. Keyakinan itu datang dari situ. Di matanya saya nampak pilu dan derita seorang ayah. Saya tidak mempertikaikan cita-cita Datuk Seri untuk menjadi seseorang.. Tapi saya harap agar perjalanan itu akan diredhai Allah. Abah selalu pesan pada saya, “Kalaulah satu hari nanti saya nak jadi Perdana Menteri dan seluruh rakyat menyokong saya,tetapi kalau Allah dah tetapkan saya tak akan jadi PM,sekuat mana sekalipun sokongan itu..saya akan tetap gagal Dan Kalaulah saya dah jadi PM dan semua rakyat cuba untuk menjatuhkan saya,tapi jika ALLAH telah tetapkan bahawa saya takkan jatuh..maka sekuat mana sekali pun dugaan,saya tetap akan jadi PM”.Percayalah..dalam dunia ini tidak ada sesuatu pun yang menjadi milik kita. Sedangkan nyawa pun hanya pinjaman,siapa kita untuk menjadi pemilik ke atas segala yang ada di dunia ini?Semoga kita akan temui apa yang di cari…

    Reply

  68. 68 BANGKIT Jul 2nd, 2008 at 10:54 am

    SALAM,
    APA AKAN JADI KEPADA MALAYSIA AKAN DATANG JIKA PEMIMPIN SEKARANG BERTELAGAH DAN TUDUH MENUDUH SEBEGINI??APATAH LAGI MELIHAT ANAK2 MUDA KITA YANG SEMAKIN HANCUR DENGAN ARUS KEMODENAN…MAMPUKAH KITA MENANGKIS DAN BERTAHAN DENGAN ASAKAN YAHUDI YANG TERANG-TERANGAN MAHU MENJATUHKAN UMAT ISLAM DAN NEGARA ISLAM??BANGUNLAH PARA BELIA!!KITA YANG MENENTUKANNYA!!

    Reply

  69. 69 eeeiii Jul 2nd, 2008 at 12:07 pm

    ni mmg taktik kerjaan nak tutup kes altantuya dgn najib!!
    ape2 pun..
    harap dato seri anwar ibrahim tabah menghadapi dugaan ini..
    kami sentiasa menyokong anda!!

    Reply

  70. 70 nadia Jul 2nd, 2008 at 12:11 pm

    saya ucapkan go go chayuk…
    kami sentiasa menyokong datuk sri anwar ibrahim dari belakang….
    bebaskan kami dri belenggu krajaan..
    kami x mau negara ini dijajah kembali dek pgolakan politik ini..
    kami brharp anda tabah menerima musibh mni dg

    Reply

  71. 71 KAKA Jul 3rd, 2008 at 3:29 am

    ya Allah turunkan lah bala kepada pemfitnah DSAI …hanya pada Mu kami mohon pertolongan..DSAI harap teguhkan iman dlm hadapi dugaan ini….Bn dah mampus dah

    Reply

  72. 72 sharip dol Jul 3rd, 2008 at 8:49 am

    sudah tiba masanya pemimpin pakatan rakyat mengembeling tenaga bersama rakyat menumbangkan pemimpin zalim,angkuh,kurang ajar,berlagak sombong,penipu,pembunuh….Dengan mereka ini tidak boleh berlembut lagi dan kita mesti ajar mereka secukupnya.Janganlah kita takut kepada manusia dan undang-undang sebaliknya yakin dan takutlah kepada ALLAH.Sampai bilakah rakyat malaysia boleh bersabar dan diperbodohkan!adakah sampai bila-bila sanggup diperbodohkan.
    ayuh rakyat malaysia sudah tiba giliran kita perbodohkan pemimpin yg memang bodoh dan zalim.
    AYUH BANGKITLAH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DAN RAKYAT MALAYSIA USAH TAKUT DAN USAH GENTAR KALI INI KITA LAWAN HABIS-HABISAN

    Reply

  73. 73 Alahai Jul 3rd, 2008 at 9:15 pm

    Hanya Yang Esa yang Maha Mengetahui… Yang Maha membalas perbuatan seseorang… Jauhkanlah Malaysia daripada Bala. Bertaubatlah sementara Boleh…

    Reply

  74. 74 pemuda adil Jul 3rd, 2008 at 10:16 pm

    semoga apa yg berlaku,menjadi pemangkin bagi seorang mukmin dlm menegakkan agama tercinta.teruskanlah usaha untuk berjuang dlm membentuk kerajaan yg adil & saksama.HidUp pkr,hIduP aNwaR!!!!!!

    Reply

  75. 75 SEA MASTER Jul 4th, 2008 at 2:41 pm

    salam…kepada semua rakan seperjuangan bersama lah kita menegakkan keadilan.mereka cuba untuk mencipta sejarah buat kali ke-2.Tapi saya yakin kali ini mereka tidak akan menang.malah akan jatuh dalam keadaan yg amat memalukan.bagi mereka yg menfitnah sudah cukup ker amalan untuk dibawa selepas meninggalkan alam ini?????ingat apr yg kamu miliki tidak akan kekal.sabar la menanti azab yg bakal ALLAH turun kan kepada kamu wahai pemfitnah.saya cukup pasti yg kamu itu bukan la org yg beriman kerana kalo kamu org yang beriman pasti kamu tidak akan melakukan perbuatan sedemikian kerana takutkan azab ALLAH yg MAHA dahsyat.buat DSAI sabar n banyakkan berdoa ALLAH akan membantu mereka yang dizalimi.sy sentiasa menyokong kuat dibelakang.

    Reply

  76. 76 Haqq Jul 4th, 2008 at 3:49 pm

    Assalamualaikum ayyuhal ikhwah wal akhawat !!!

    Iza jaa alhaqq wazahaqal batil.. innal baatila kaana zahuuqa. Bila datang kebenaran maka akan terhapuslah kebatilan. Sesungguhnya kebatilan akan terhapus jua.. Wamakaruu wamakarallah Wallahu Khairul Maakirin… Manusia merancang tetapi Allah lebih hebat perancanganNya..Tunggulah dan lihatlah…

    Reply

  77. 77 cikgu bm Jul 4th, 2008 at 10:09 pm

    kalau tok guru boleh buat semayan hajat mintak d beri petunjuk mereka yang menfitnah

    Reply

  78. 78 din kinrara Jul 4th, 2008 at 11:00 pm

    Assalamualaikum W.B.T

    Ana cadangkan DSAI buat satu perhimpunan di Stadium Shah Alam,
    buat SOLAT HAJAT mintA pertolongan dari ALLAH semoga KEBENARAN AKAN TERBUKTI dan YANG BERSALAH akan ditunjukkan oleh ALLAH,,,,,,,,,,,baru ADIL……….

    JOM,,,,,,,BUAT SATU PROGRAM,,,,,ZIKIR,MUNAJAT,SOLAT HAJAT,,,,AYUH DSAI

    Reply

  79. 79 din kinrara Jul 4th, 2008 at 11:03 pm

    TAKBIIIIIIRRRRRRRRRRRR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR

    Ya Allah, selamatkanlah BUMI MALAYSIA INI DARI BALA BENCANA
    Tunjukkanlah kepada kami JALAN KEBENARAN,
    AMIN……

    Reply

  80. 80 Padi Jul 4th, 2008 at 11:20 pm

    Saya sokong 100% di buat dan dijalankan hukum Hudud di M’sia ini Khas untuk orang Islam…Biar dia orang tahu apa hukuman orang yang suka fitnah orang,hukum liwat,hukum membunuh,hukum cakap bohong…..InsyaAllah bila PAS berkuasa bolehlah diadakan Hukum HUDUD..Bagi orang bukan ,usah bimbang undang-undang Hudud ikut lunas Islam yang amat terperinci dan adil..Msia akan jahanam kalau DS Najip jadi PM,hilang kes2 bunuh,melayang kes rasuah,menjadi2 kes fitnah,
    Ingatlah hukuman dari Allah Ta’ala,dunia ini hanya pinjaman dan pntas lakonan untuk di pertontonkan di akhirat nanti..Melayu akan Hilang jika Melayu sentiasa bunuh Melayu..

    Reply

  81. 81 pemuda pas Jul 5th, 2008 at 2:44 am

    assalamulaikum..

    Saya menyokong penuh pandangan mufti perlis meminta dsa dan bekas pembantu dsa supaya bersumpah atas nama Allah.jika benar ini Fitnah untuk menjatuh dsa.maka Allah akan melaknak pemfitnah dsa….

    ini lah negara islam yang diwar-warkan oleh PM kita.ini lah wajah sebenar islam hadari yang dibangga2kan oleh pemerintah negara sekarang.

    fitnah menfitnah adalah salah satu tanda2 dunia sekarang diakhir zaman..maka lahirlah dajal2 yang akan memusnahkan manusia yang taat setia kepada Allah.

    sekian terima kasih

    TAKBIIIIIIRRRRRRRRRRRR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR

    Reply

  82. 82 pagi yang gelap kini sudah terang... Jul 5th, 2008 at 1:07 pm

    Salam DSAI….
    Saya harap DS bayak2 bersabar dengan dugaan yg melanda DS, TUHAN menguji sekali lagi DS. Hari ni hari mereka esok lusa TUHAN bagi peluang pada kita. Kita jangan ikut rentak musuh, nanti kita kecundang… Berdiam diri tidak bererti salah,tapi bila sudah tiba masanya barulah kita ke tengah dengan bukti yang kukuh. Saya doakan DS selamat dunia dan akhirat…AMIN.

    Reply

  83. 83 rkusom Jul 5th, 2008 at 3:24 pm

    Bersumpah dengan nama Allah, bersumpah dengan Al-Quran? supaya BN kata,”Itu dia Anwar Ibrahim, sanggup mempergunakan dan mempersendakan agama semata-mata menjaga kepentingan diri. kemudian ramai-ramai pula orang-orang BN, buat laporan polis kononnya Anwar menghina Islam. macam tu kita nak. kenapa Mufti Perlis cadang Anwar yang perlu berbuat demikian, kenapa tidak Najib? DS jangan masuk perangkap BN.

    Reply

  84. 84 wondergal Jul 6th, 2008 at 5:27 am

    Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.

    Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh, ujar beliau.”"

    SAYA TIDAK TAHU SAMADA TAN SRI ANWAR ATAU TUN DR MAHATHIR YANG BETUL..

    Tp saya percaya kita tidak boleh menuduh seseorang melakukan sesuatu “itu” tanpa bukti..

    dan sy menyokong sepenuhnye ape yang Dato NIk Abdul Aziz katakan..

    Reply

  85. 85 amarghassani Jul 6th, 2008 at 11:44 am

    asalamualaikum……
    wahai manusia sekalian anda menasihatkan orang BN supaya berhenti memfithnah… tapi adakah anda sedar bahawa anda sendiri bangga dengan mengeluarkan surat khabar harakah dan suara keadilan dengan penuh tohmahan dan fitnah….??????
    adakah itu yang dilakukan oleh orang yang berpegang teguh kepada islam??????
    adakah anda hanya tergila-gilkan kuasa politik sehingga sanggup menjual maruah agama islam itu sendiri…..??????
    sekiranya anda betul-betul memperjuangkan nasib agama,bangsa dan negara…, apakah pengorbanan anda untuk negara malaysia, bangsa malaysia, dan agama yang dicintai????? senaraikan dulu difikiran anda sebelum bertanya dan menuduh orang lain tidak betul……
    bagaimana anda berbelanja mengikut keperluan agama….?????
    berapa peratuskah wang anda dibelanjakan di jalan allah?????
    jangan hanya sebulan sekali mengeluarkan zakat sebanyak 10 peratus dai pendapatan kita telah menggangap diri telah benar-benar menjalankan tanggung jawab….. sedangkan anda hanya menguruskan ekonomi rumah tangga sahaja….
    renungkan perumpamaan saya di bawah…..>>>>>
    fikirlah di jalan allah sekiranya kita berniaga dengan penuh kejujuran insyallah perniagaan kita akan diberkati tuhan dan mendapatkan keuntungan yang baek., sebaliknya jika kita melakukan perkara yang tidak baik dan salah disisi agama sudah tentu kita tidak berjaya malah akan mendapat kerugian yang teruk dan perniagaan kita akan dilaknat allah….
    jika kita kaya dengan hasil penipuan kita pasti tidak dapat hidup dengan senang dan dilanda dengan penuh penyakit…. perhatikanlah sekianya orang kita yang apabila tua mendapat sakit yang teruk sehingga habes duit dibelanjakan untuk diri yang sakit itu renungkanlah kembali dari mana hasil titik peluh kita itu, dan kemana kita membelanjakan duet itu….. adakah duit itu dari hasil yang halal sebaliknya dari hasil yang haram walaupun di mata menganggap dari sumber yang halal….
    sesungguhnya allah itu maha bijaksana dan maha mengetahui……..
    janganlah menuduh orang lain melakukan fitnah sekiranya kita mengiyakannya maka kita tergolong dalam golongan yang menyebarkan fitnah… sebaaliknya kita hanya mendengar dan tidak menyebarkan khabar yang belum tentu asal usulnya kita tak tergolong dalam golongan memfitnah orang…..

    Reply

  86. 86 syah44 Jul 6th, 2008 at 2:00 pm

    As.w.w.
    Kepada semua pembaca blog ini. terutama mereka yang terlibat dengan berbagai perkara yang hangat diperbualkan pada masa ini. Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak tetapi sebagai Rakyat Malaysia saya juga ingin mengetahui kebenaran dalam setiap perkara iaitu kes liwat, kes Altantuya dan kes konspirasi. Oleh itu di sini saya mencadangkan senarai nama yang terlibat ini hendaklah membuat sumpah menjunjung Al-QUr’an dihadapan pemuka-pemuka agama kita dimana ia disiarkan secara langsung melalui Media prima. mereka adalah DSI, Tun Dr M, Khairy J., Datuk Najib dan Datin, Ketua Polis Negara M.H., Peguam Negara A.G.P. dan Saiful B.A. Oleh kerana yang terlibat ini semuanya beragama Islam dan beriman maka adalah wajar jika penyelesaiannya memohon petunjuk dari Allah s.w.t. Perkara ini juga telah disuarakan oleh beberapa tokoh agama negara termasuk Marsidul Am PAS Tuan Guru D Nik Aziz. Tujuan Majlis Bersumpah ini adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam membuat penilaian yang betul terhadap perkara yang berlaku serta akan memberi pengajaran kepada mereka yang ingin membuat sebarang kenyataan umum seperti apa yang berlaku berfikir dua kali untuk melakukannya. Selepas Majlis bersumpah ini dibuat, Sholat Sunat Hajat hendaklah dilakukan diseluruh negara untuk memohon kehadirat Allah s.w.t. agar menunjukkan kebenaran terhadap semua perkara.
    Oleh itu disini saya mencabar kepada penama-penama di atas sekiranya anda merasakan bahawa anda adalah betul seperti yang anda nyatakan dalam blog-blog anda serta media-media massa maka ajaklah mereka yang berkenaan untuk melakukan perkara di atas. Sekiranya anda adalah orang yang benar maka sambutlah cabaran ini. Dan saya juga memohon agar pihak berkuasa tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang kepada penama-penama di atas kerana mengadakan majlis sumpah tersebut dengan apa alasan sekalipun.
    JIKA ANDA MERASAKAN ANDA ADALAH BENAR MAKA SAHUTLAH CABARAN INI.

    WASALAM

    Reply

  87. 87 pulau pisang Jul 7th, 2008 at 3:39 am

    to kluang(poyo)

    dah benda lepas dah tunjuk DSAI tak salah..mahathir dah ngaku..ko sapa nak cakp gitu..cuba cakap kat aku..mahathir dah ngaku ko lak nak nafi..P la tgk semua blog yang ada lu..serabut lah ko ni

    Reply

  88. 88 PUT3 PAS Jul 7th, 2008 at 11:17 am

    Subahanallah.. ayuh bangkitlah pemuda pemudi, hapuskan kekufuran naikkan martabat islam. Allahuakbar!!

    Reply

  89. 89 Joe Jambul Jul 7th, 2008 at 4:33 pm

    dunia dh nak kiamat…

    “takkan terjadi hari qiamat sehinggalah orang2 jahil diangkat menjadi pemimpin2..
    dan takkan terjadi qiamat sehingga manusia berlumba2 membina bangunan pencakar langit..”

    -al hadith-

    ni antara petanda hari kiamat. tgok la zaman skang ni, byk pemimpin yang jahil agama diangkat menjadi pemimpin.. rasuah berleluasa.. penyanyi dibangga2 sampaikn xsah satu2 majlis kalo xde artis yg dijemput..

    lg satu, politik wang dan politik fitnah ni.. dh jd satu trend utk menyelamatkn karier politik seseorang.. rakus sungguh manusia kini. sanggup menjadi bahan aib demi memalukn orang lain.. na’uzubillahi min zalik..

    selagi hayat dikandung badan, Islam pasti dijulang…

    TAKBIRRRR!!! ALLAHU AKBAR…!!!!!!!!!

    Reply

  90. 90 rosfaizal Jul 8th, 2008 at 9:35 pm

    KITA RAKYAT MALAYSIA BUKANNYA TAK PANDAI. CUBA KITA FIKIRKAN KALAU BETULLAH DSAI TU SUKA MELIWAT MACAM MANA boleh hidup anak2 dia. setahu aku orang yang homoseksual ni tak suka pada perempuan. tlg ceritakan wahai pemimpin BN sekalian.

    Reply

  91. 91 wan Jul 8th, 2008 at 9:57 pm

    ingat lah wahai semua yang bersekongkol dengan parti bn……..balasan kepada orang yang memaling kejalan Allah begitu dasyat….saya sebagai mahasiswa yang menginguti perkembangan pelitik malaysia hampa dengan pihak kerajaan di mana kami masih di peringkat bergelar maha siswa diasuh agar tidak berpaling kepada kerajaan

    Reply

  92. 92 asm Jul 10th, 2008 at 8:06 pm

    alo si busuk hati……………..nama awak dengan perangai awak sama2 busuk.awak nak nasihat orang tapi mulut awak langsung tak bertapis.mana boleh kata orang lain binatang!kita pun tak tahu siapa yang betul dasi atau najib….awak buta2 buat dosa kering…tak kira siapa orang itu gelaran yang awak berikan mengikut hawa nafsu…….jauhkan buruk sangka

    Reply

  93. 93 kesedaran diri Aug 13th, 2008 at 2:49 pm

    Semoga Allah s,w,t membukakan pintu hati kepada mereka yang terpesong akidah nya,akibat ketamakan pihak kerajaan yang mengejar kemewahan dalam hidup di dunia ini,tanpa memikirkan penderitaan rakyat yang menangung selama Pihak Kerajaan Barisan Neraka (BN) memerintah negara ini.

    Reply

  94. 94 ikhlas Aug 13th, 2008 at 3:01 pm

    Semoga Allah s,w,t memberi pengajaran kepada orang yang menganiaya dan memfitnah kaumnya sendiri..

    Reply

  95. 95 Shaari Oct 29th, 2009 at 2:06 am

    Saya nak kata betul pun tak nak tak betulpun tak, kita sama-sama tak tengok boleh jadi betul bolehjadi tidak.

    Reply

  96. 96 Buat Renungan Dec 4th, 2009 at 11:26 pm

    Ekonomi Malaysia menjunam teruk apabila DR. Mahathir memberi kan tanggujawab sementara kepada anwar ibrahim..bnyk bank terpaksa gulun tikar pada waktu itu.. Dr.Mahathir terpaksa berhempas pulas untuk memperbetulkan keadaan ekonomi malaysia pada waktu itu..ramai rakyat malaysia mengutuk idea beliau untuk membina kereta nasional..alhamdulillah sekarang ramai rakyat yang mengutuk idea beliau itu akhirnya menggunakan kereta hasil idea Dr.Mahathir.. PAS menuduh UMNO kafir apabila bersatu bersama MCA dan MIC tetapi bagaimana dengan penyatuan DAP dan PAS?? Tidak pula di tuduh kafir..paling menyedihkan saya sikap tamak kuasa DR Nizar(bekas MB Perak) sehingga sanggup memegang lilin sempena memperingati kematian teoh Beng Hock serupa seperti orang bukan islam..malangnya..ada pemimpin PAS yang mempertahankan tindakan itu..ISLAM KAH PAS??? Selepas solat jumaat terus buat demonstrasi jalanan…islamkah PAS sehingga menuduh orang seagamanya kafir..ADIL kah PKR??? apabila anwar ibrahim sentiasa buat penangguhan kes liwatnya.. mengapa beliau sanggup mengikut kata orang kafir yang menasihatkan beliau tidak membuat sumpah laknat seperti saiful??? adakah dia (Anwar Ibrahim) sudah tahu kesan musibah yg akan di turunkan kepada nya oleh ALLAH…Renung2 kan lah wahai rakyat malaysia…

    Reply

  1. 1 Nik Aziz - Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar « Selamatkan Dunia Pingback on Jul 1st, 2008 at 11:12 am
  2. 2 Seven Conspiracy Theories of the Anwar Sodomy Allegations « BUUUUURRRRNING HOT Pingback on Jul 1st, 2008 at 12:24 pm
  3. 3 “Tok Guru pesan sabarlah dalam hadapi dugaan” - Anwar at Anwar Ibrahim Pingback on Jul 2nd, 2008 at 11:19 pm
  4. 4 The News Today « *Enjoying Little Muffins* Pingback on Jul 3rd, 2008 at 10:14 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Pimpinan Umno Gusar Berhadapan Dengan Rakyat Perak: Saya tidak terkejut dengan penghakiman Mahkamah Persekut... http://bit.ly/c5Iueg
57 minutes ago
anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
7 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
7 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
7 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
7 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners