29
Jun
08

Fitnah Sodomi Cubaan Cemar Maruah Bakal PM Anwar Ibrahim

Suara Keadilan.com - Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyanggah fitnah terbaru yang dilemparkan terhadap Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sebagai tindakan terdesak dan bertujuan mencemar maruah pemimpin reformasi itu.

“Tuduhan ini jelas satu cubaan jahat dari pihak-pihak yang terdesak mahu menjatuhkan Ketua Umum Anwar Ibrahim, ketika Pakatan Rakyat semakin hampir membentuk kerajaan rakyat,” tegas Tian Chua.

Sekitar jam 5 petang tadi, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Brickfields terhadap Anwar Ibrahim. Menurut Ketua Polis Wilayah Persekutuan, pengadu menuduh Anwar Ibrahim meliwat setiausaha peribadinya.

Ini adalah kali kedua tuduhan sedemikian dibuat. Pada tahun 1998, tuduhan yang sama dilempar terhadap Anwar Ibrahim sebagai asas kepada pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pemecatan Anwar Ibrahim membawa kepada kebangkitan ‘Reformasi’ - terdiri dari jutaan rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan berunsur politik itu.

Mahkamah menggugurkan tuduhan tersebut pada 6 November 2006. Hakim Nursinah Adzmi membebaskan Anwar Ibrahim dan Sukma Dermawan Sasmitad Madja selepas Peguam Negara Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah kerajaan tidak mempunyai bukti membuktikan perilaku sumbang itu pernah berlaku.

“KeADILan kesal pihak-pihak tertentu masih menggunakan fitnah jahat ini. Anwar Ibrahim telah dibuktikan tidak bersalah, dan Mahkamah akan membuktikan tuduhan terbaru ini juga tidak berasas sama-sekali,” kata Tian Chua.


90 Responses to “Fitnah Sodomi Cubaan Cemar Maruah Bakal PM Anwar Ibrahim”


  1. 1 antipenipuan Jun 29th, 2008 at 7:58 am

    apa nak jadi dengan negara Malaysia ku tercinta kini. Ini lah bahana kalau gila kuasa, teringat tentang kisah firaun. Agaknya apabila manusia itu rasa dia kebal dek kuasa, dia rasa dia akan hidup lebih lama untuk menikmati syurga dunia. Henti-hentikan lah fitnah..bagilah peluang orang lain hidup dengan tenteram dan bersainglah secara adil. Letih aku memikirkan pergolakan yang berlaku sekarang ni..Cepat-cepatlah tukar kerajaan.

  2. 2 hafiz Jun 29th, 2008 at 8:00 am

    tak sudah2 cerita liwat.. umno ni dah habis modal! Hidup DS!!

  3. 3 jingoza Jun 29th, 2008 at 8:10 am

    salam dsai
    jangan hairan akan nangoi-nangoi umno/bn akan berusaha apasaja demi menjatuhkan dsai ,mereka ada segala balatentera dari pdrm sampailah juta-juta rm jadi apasaja mudah bagi nangoi-nangoi ini bertindak ,waspadalah mungkin samapi satu tahap dimana ‘hapuskan’ dsai pun boleh mereka buat ! moga Allah SWT bersama orang-orang yang benar ! Allahu Akbar !

  4. 4 AHMAD BADRI BORHANURDIN Jun 29th, 2008 at 8:14 am

    ASSALAMUAALAIKUM…ini adalah kali kedua mereka tuduh seorang lelaki Islam berzina sesama lelaki hanya kerana menjaga kepentingan politik…mari lah kita bangkit untuk melihat setakat mana kebenaran tuduhan mereka…sila bawa ke mahkamah syariah.tuduhan berzina mesti bawa 3 orang saksi (tolong betulkan jika saya salah) yang adil.jika mereka tidak boleh bawa saksi-saksi ini bermakna mereka membuat pertuduhan palsu…jika pertuduhan palsu rakyat mesti bangun tentang mereka habis habisan biar sehingga titisan darah mengalir sekalipun…saya berkata begini bukan kerana anwar ibrahim tetapi kerana seorang pemimpin yang beragama Islam diperlakukan seperti itu.SODOMI! masyaallah…Buka lah mata tu sikit orang Islam melayu…BANGKIT!kali ini biar rakyat yang akan jatuhkan sendiri kerajaan Malaysia sekarang ini.tidak perlu tunggu Dato’ Seri yang jatuhkan mereka.SEMUA INI TERPULANG KEPADA HATI RAKYAT…marilah menuju kejayaan….kejayaan hampir tiba…takbir!!!

  5. 5 Shobhan Jun 29th, 2008 at 8:35 am

    It’s sad and depressing to learn that such falsehood and defamatory remarks are made against the people by the ruling govt. that should actually protect the rakyat and make as well as keep this country a safe haven for all, including foreigners who may visit.

    This allegation, which is clearly fabricated, indicates that the ruling party will go to any length including sacrificing innocent ciizens, so that the few idiots and scoundrels in power can permanently stay in power. This is worse than the worst Hindi or Tamil movie on corruption and mismanagement I have ever seen. It is clear now that politicians are the worst criminals that ever walked on God’s Earth.

    I feel Mr Anwar would never have dreamed that his opponents would be foolish enough to bring the same, dull and unexciting charges against him. The logic is this. If Mr Anwar wants to have a private session of the kind that he is again accused of, would he ever have it with someone so close as his closest aide? Would he also want to make the same mistake twice in the same manner as before? If I were Mr Anwar, wanting to have a go I would go out of the country, away from the local public eye, have it with someone who is wanting it the way I do and keep it a lifelong secret. It is really surprising that his close aide would want to have a realationship of this kind. It also means that there are many Malaysians who live lives like this and are qualified enough to become prominent in the political arena.

    Come on, whoever that is involved in this fabrication. Do you think the common man on the road can be bought over? He is more logical, creative and intelligent. Just because you rose to the ranks of politicians and leaders, chosen by the common man on the road to represent him, you can twist him round your little finger? It’s the common man who will decide your fate, when he assesses you for your credits and discredits.

    To fabricate lies and put an innocent rakyat away is a crime against humanity and no law abiding citizen will keep quiet seeing his fellowman being treated unjustly. So whoever responsible for creating this dull scene should think twice before proceeding further

  6. 6 Muhd Ali Abd Rahman Jun 29th, 2008 at 8:38 am

    Elok lah ru, tuduhan sekadar tuduhan saja dan selagi belum dibuktikan di mahkamah selagi itu lah seseorang itu tidak bersalah. Kepada Para penyokong Anwar Ibrahim, DSAI tak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah bagaimanapun damage had been done lah…kes yang sama terpakai untuk tuduhan ke atasa Najib, Rosmah dan lain-lain oleh RPK. SZEkurang-kurangnya mereka yang terlalu cepat menganggap seseorang itu bersalah sebelum didapati bersalah oleh mahkamah akan bertindak lebih waras kali ini kerana yang dituduh pula kali ini ialah pemimpin pujaan mereka. k.salaaaam.

  7. 7 bakr Jun 29th, 2008 at 8:50 am

    Dengan nama ALLAH YANG MAHAKUASA saya bermohon kepada orang yg mereka-reka cerita fitnah ini di “Berikan orang itu/ahli keluarganya diliwat dengan penuh keaiban ” INGAT “ALLAH MAHA KERAS SIKSANYA” sebagaimana di Firmankan.

  8. 8 kevler Jun 29th, 2008 at 9:08 am

    THIS IS MADNESS .

  9. 9 widuri Jun 29th, 2008 at 9:14 am

    Tak habis-habis kisah Si Kitol dan Raja Mendaliar

  10. 10 penyokong PR - bangsa Cina Jun 29th, 2008 at 10:33 am

    yang di kena liwat ini umur dia berapa ?

    tak kan seoraong yang muda tidak bertenaga untuk

    berlawan balik dan mengelakkan diri daripada di liwat

    oleh se orang yang jauh lebih tua daripada dia ?

    setausaha ini amat pelik.

    kepada DSAI rakyat kan sentiasa menyokong PR.

    Fitnah oleh kerajaan BN tidak akan berjaya

    dan BN akan menjadi parti pembangkang tidak lama lagi.

    hidup DSAI 3X

    hidup PR 3X

  11. 11 malaychild Jun 29th, 2008 at 10:44 am

    Assalamualaikum DSAI….

    Rasanya dengan fitnah terbaru, diharap DSAI akan kuatkan lagik azam dan semangat untuk melakukan perubahan pada negara tercinta malaysia, sebagai orang islam, sy amat bersedih dengan apa yang dilakukan oleh pihak BN/Umno dlm menidakkan DSAI untuk menjadi PM. sy sebagai rakyat malaysia akan sentiasa berdiri teguh di belakang DSAI biar apa dugaan yang mendatang sekalipun…dan bg sy ini adalah satu perjuangan dlm memartabatkan agama islam di bumi allah ini.

  12. 12 Yan Jun 29th, 2008 at 11:17 am

    Too much…apa nak jadi ngan kerajaan skng..??? Rakyat bukan bodoh nak mempercayai sewenang2nya fitnah tersebut..pepehal saya bersedia tuk berREFORMASI….AllahuAkhbar!

  13. 13 Jengkel Jun 29th, 2008 at 11:22 am

    Allah itu maha kaya, maha meihat, maha mendengar dan maha mengetahui apa-apa yang terselindung dan tersembunyi. Orang yang benar tidak akan gentar. Berani kerana benar. Hidup di dunia ini hanya sementra. akhirat jua yang selama-lamanya. hatta sekecil zarrah sekalipun tidak akan terlepas daripada hisab Allah s.w.t. Kepada yang hidup di dunia suka bermuka-muka, ingatlah segala janji Alah adalah benar.

  14. 14 crv Jun 29th, 2008 at 11:42 am

    pohon semua rakyat dapat bertenang.kalau boleh minta dsai bersumpah dengan nama allah menjunjung alquran di mana-mana masjid bagi menafikan perilaku ini. ini shj cara kita sbg org islam bg mempertahankn tuduhan tersebt. hidup dsai!

  15. 15 Undertaker Jun 29th, 2008 at 11:46 am

    Tayangan semula filem box office di pawagam anda..
    Penampilan semula pelakon lama seperti:
    - Tok Petai
    - Pak Tilam
    - Mok Dudong
    - Mangkok Hack
    Moga filem ini akan mengakhiri hayat Be End

  16. 16 Undertaker Jun 29th, 2008 at 11:49 am

    Tayangan semula filem box office di pawagam anda..
    Penampilan semula pelakon lama seperti:
    - Tok Petai
    - Pak Tilam
    - Mok Dugong
    - Mangkok Hack
    Moga filem ini akan mengakhiri hayat Be End

  17. 17 Sokong DSAI Jun 29th, 2008 at 11:58 am

    Assalamualaikum,

    Come on lah Najib….u can do better than this….
    Don just follow your mentor.Such a loser

  18. 18 Malayamuda Jun 29th, 2008 at 12:06 pm

    Kata nak bela kaum Melayu, Ketuanan Melayu la, Kedaulatan Melayu la
    Kata nak bela Islam, Islam Hadhari la, negara Islam la

    Ini memfitnah kaum bangsa agama nih Ok ke ?

    celaka punye UMNO !

  19. 19 razak mahmud Jun 29th, 2008 at 12:10 pm

    The definition of madness is that to do the same repeat thing while expecting a different result. Do not believe with this slander as it does not show the logic. You can check out DSAI’s diary on 26/6/08 during day time while at night his wife and children knows better.

    It is a big mistake that DSAI and Kak Wan never went into thorough about that bloody Saiful before picking him up. Somebody planted their time bomb into DSAI. Be careful from now since BN is suing various impossible mission to retain their political survival including putting their SB inside PKR. This is the tip of iceberg. Please start scrutinizing the important figures in the party to avoid another Saiful is running the show.

  20. 20 Ahmad Fuad Jun 29th, 2008 at 12:15 pm

    Assalamu ‘alaikom Sdr Anwar,

    Saya percaya ini adalah “script” yang Maha Esa kearah mempercepatkan pengambil alihan tampuk kuasa daripada BN. SubhanAllah…….

    Mereka merancang. Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik Perancang!

  21. 21 Teoh Jun 29th, 2008 at 12:35 pm

    Pak Lah masih tak faham-faham lagi. Apabila kita cakap kita inginkan reformasi perundangan, kita bermaksud kita inginkan keadilan yang sebenarnya, iaitu orang yang telah melakukan salah(merompak kekayaan negara, merogol gadis dan membunuh menggunakan C4) menerima hukuman yang setimpalnya. Kita tidak mahu perubahan di permukaan sahaja. Apa guna membayar pampasan kepada bekas hakim? Apa guna membentuk suruhanjaya perlantikan hakim? Tak ada gunanya jika perundangan negara kita masih disalahgunakan untuk menganiayai orang yang tidak berdosa demi kepentingan politik. Tak ada gunanya jika kroni-kroni BN masih dapat melepaskan diri daripada hukuman yang setimpalnya. Pak Lah, janganlah memberi ‘pertunjukan’ untuk menipu rakyat lagi. Rakyat bukannya bodoh. Rakyat bukannya mahu perubahan yang tidak bermakna. Rakyat inginkan keadilan yang sebenarnya.

  22. 22 Ahamad Ahmadi Jun 29th, 2008 at 12:37 pm

    Apala nak jadi dengan Umno/BN ni, tak abis2 buat naya kat orang..cubala kalau keluarga depa kena macam ni, apa depa rasa. Marila pejuang2 rakyat, kita bangkit menegakkan KEADILAN..

  23. 23 Jeffrey Jun 29th, 2008 at 12:50 pm

    Assalamualaikum

    Kata nak bela kaum Melayu, Ketuanan Melayu la, Kedaulatan Melayu la
    Kata nak bela Islam, Islam Hadhari la, negara Islam la

    tapi lebih kepada YAHUDI Dalam selimut nama Islam
    Dulu UmNO berjuang hapuskan tali barut BRITiSH Sekarang muncul tali barut S’pore pulak
    kenapa lah orang melayu masih tak celik dari tidur lagi?

  24. 24 sham Jun 29th, 2008 at 12:53 pm

    pergi *** orang dan pemimpin UMNO. Aku dulu orang kuat UMNO . Politik umno kerjanya tak lain menjaga pemimpin dan berebut jawatan aje . Fitnah jadi bahan utama setiap,kali pemilihan . Apatah lagi kalau lain parti . Bakal ahli negaralah kau orang .Pergi *** lah .

  25. 25 azisirikit Jun 29th, 2008 at 12:59 pm

    DS, dedahkan apa yang patut di dedahkan. Cepat jadi PM, dan rakyat nak tengok apa akan jadi pada MEREKA-MEREKA yang berkenaan. Inilah masanya untuk DS BONGKAR! BONGKAR! BONGKAR! seperti mana yang pernah DS laungkan dulu. Ikhlas dari kami PEMUZIK2 PROFESIONAL MALAYSIA.

  26. 26 Land Below The Wind Jun 29th, 2008 at 1:12 pm

    Catastrophic,Pathetic and Desperation of the highest Degree.I call upon the PKR leaders in Sabah to remain steadfast and not to be distracted with this unfounded allegations.As confusion may lead to disorientation,the people should be advised as to the latest development,especially at the grass roots where internet access is unavailable.

    I envisage that this is the time to measure the strength and vision of PKR leaders in Sabah.

  27. 27 Kepala Angin Jun 29th, 2008 at 1:30 pm

    Dia orang hendak peguam2 DSAI membantah bukti DNA yang akan di timbulkan nanti, dengan itu bantahan ini akan di gunakan untuk membantah kesan DNA yang menggenal tulang yg di jumpai itu dari Altantuya.
    Dengan itu, tiada kes yang Altantuya mati di bunuh dan ini akan membebaskan kesemua tertuduh dan case C4.
    Tiada pembunuhan, RPK akan di bawa ka mahkamah dan di tuduh.
    Makaysia today akan di haramkan.
    DSAI telah tercemar.

    Dashat sungguh komplot mereka - sama2 kita tunggu.

  28. 28 Malayamuda Jun 29th, 2008 at 1:35 pm

    nih memfitnah pemimpin melayu islam dalam name Islam OK ke ?

    Nampak sungguh UMNO dan pemimpin nyer agen Yahudi , di bayar oleh org Yahudi dan Amerika utk membinasa Malaysia dan Islam !!

    Jangan lupa Mamak Mahathir - agen dan penyokong Yahudi terbesar di Malaysia

  29. 29 znolls Jun 29th, 2008 at 2:18 pm

    Ingatkan Allah,kita semua akan mati dan akan di soal diikhirat nanti, kenapakah sanngup memfitnah terhadap DSAI sebegitu rupa? semoga org yang memfitnah diturunkan kutukan oleh Allah S.W.T.Kami sama-sama mempertahankan keadilan sejagat di belakang DSAI.Mari kita berkumpul bersolat hajat agar perasuah,penipu,perompak hak rakyat dan orang yg membuat fitnah di hapuskan oleh Allah S.W.T.kepada semua keluarga DSAI banyak-banyaklah bersabar diatas dugaan ini.

  30. 30 labu labi Jun 29th, 2008 at 2:19 pm

    ape nih liwat-liwat mane de orang nak liwat zaman sekarang nie…Pak Lah nie nampak je macam ulamak.tp besekongkol menghalalkan fitnah2 nih….kalo macam ni mana nak letak muka kat bumi malaysia negara islam nie malu lah….baik jd org islam tinggal kat israel…

  31. 31 zack Jun 29th, 2008 at 2:29 pm

    Allahu akhbar! Sila baca juga respon Pak Lah dari Utusan on line…..Sebagai rakyat Malaysia yang tidak berpihak menyeru tuan-tuan guru, pemimpin-pemimpin dan individu-individu membuat solat hajat besar-besaran di seluruh Malaysia untuk ditunjukkan kebenarannya.

    Jika benar kejadian itu berlaku, tuan batang tubuh yang dituduh terimalah akibat dunia dan mereka yang melaksanakan pendakwaan dunia telah menyempurnakan amanah mereka.

    Jika ternyata tuduhan ini benar-benar fitnah saya menyeru dan mengharapkan doa tuan-tuan semua agar pakatan jahat itu ditimpakan bala, musibah dengan nyata ke atas mereka yang terlibat: orang yang merancang, menuduh, yang terlibat, yang bersubahat, yang berpakat dan mengambil tindakkan secara salah.

    Ini bukan main-main: kita boleh menolak pemimpin tetapi bukannya membunuh kepimpinan itu melalui fitnah yang menghancurkan kebangkitan yang hak.

    Aturkan segera solat hajat itu; Kita yang tidak mengetahui perlukan kebenaran yang akan ditunjukkan ALLAH S.W.T… AMIN

  32. 32 Akhikumfillah Jun 29th, 2008 at 2:36 pm

    Salam,

    DSAI sepatutnya lebih berhati-hati memilih PA! Bukankah dulu dah terkena dengan driver sendiri? Orang mukmin tidak akan terjatuh dalam satu lubang dua kali…

    Sekadar menyatakan kekesalan. Moga Allah menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman.

    Wassalam.

  33. 33 SYed Zakaria Jun 29th, 2008 at 2:44 pm

    Assalamualaikum,

    Jom semua pakat solat hajat, baca Yasin…..mudah-mudahan Allah memberi petunjukNya. UMNO ni tak habis-habis dengan rancangan syaitannya. Mereka ni mengaku Islam tapi Allah sahaja yang tahu bagaimana peribadi dan hati mereka ini.

    Allahu Akbar!!!!

  34. 34 Dato' shah Johor Jun 29th, 2008 at 2:45 pm

    orang-orang umno dan bn ni memang ramai yg pembawa *** sebab org kat atasnya *** belaka..najib raja segala ***..bini dia *** org pastu nak alih pandangan org..create hal pasal dsai pulak..memang ***..kalau ikut hati ni, mahu saja rasanya tinggalkan malaysia ni..apakan daya ni tanah tumpah darah..orang-orang bn ni kuasai segala jentera kerajaan dan polis adalah *** mereka yang sentiasa tunggu arahan tuannya..musa hasan pulak bapak segala ***.. mahatir kutty pulak adalah *** yang paling dahsyat melebihi ***…dia akan buat apa saja selagi ada nyawa..najib pulak hamba dia sejak dulu kala..dolah badwi ni boneka saja..apa yg dia tau melainkan *** kan si jeane…memang malaysia akan hancur jika orang-orang bn dibiarkan terus memerintah..

  35. 35 Kurt79 Jun 29th, 2008 at 2:46 pm

    A’kum
    Kita serahkan pada Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui,
    Kalau Benar DSAI di fitnah,dan kalau Benar DSAI meliwat , apapun minta dan mohon dari Allah untuk tunjuk kebenaran pada kita hamba yang lemah ini.

  36. 36 Azura PG Jun 29th, 2008 at 3:01 pm

    Depa ingat klu anwar tak de nanti dlm politik malaysia..depa boleh menang dlm election depan…dream on la bn. klu letak beruk sekalipun dalam next election mesti menang beruk tu kalau lawan bn.terima lah hakikat wahai bn yg hampa orag dah tak mau..tengok saja muka hampa terus tak lalu makan..(try tengok muka Ag , kp n pengerusi spr klu tak pecaya.!!)

  37. 37 Useinto Jun 29th, 2008 at 3:41 pm

    Aku rasa Pak Lah dah makin terdesak sangat,bilamana Ezam yang dia kutip tak boleh nak bagi apa-apa kesan kat pembangkang.Terasa macam dan dekat sangat masa untuk dia bangkit dari keruri empuk Perdana Menteri.Nasihat aku untuk Paklah; Biarlah kita turun dengan cara yang terhormat daripada nanti nama kita dikenang sebagai orang yang zalim…

  38. 38 azari b.jaamin Jun 29th, 2008 at 3:56 pm

    Adoiiii,apa nak jadi ngan negara kita ni,

    dah tak de idea lain lagi selain dari liwat…memang bengap betollah,carilah idea lain.

    Bila tahu DSAI nak jadi PM ,mula menggelabah..kelakar betul.

    Allah maha mengetahui apa yang tersirat,sesungguhnya azab Allah amatlah berat bagi mereka

    yang menabur fitnah…insaflah

  39. 39 anak sabah Jun 29th, 2008 at 4:49 pm

    saya berharap datuk seri anwar ibrahim dapat menakluk sabah secepat mungkin,,,,,,kita orang tawau tidak sabar nahu tukar ini kerajaan

  40. 40 Suhaimi Said Jun 29th, 2008 at 5:21 pm

    DS. Mereka itu sudah sangat terdesak. Namun KEADILAN di Malaysia tidak bebas. Jika Sdr dibawa ke Mahkamah, mereka sudah aturkan untuk kenakan sdr. Mereka akan arrange Hakimnya, mereka akan adakan saksi-saksinya, mereka akan kenakan sdr untuk berpuluh-puluh tahun. Kami tidak mahu sdr menghadapi keadaan itu.

    Kalau boleh, elakkanlah dari ditahan mereka. Pimpinlah Negara dan kami dari luar. UMNO/BN sudah sangat terdesak. Mereka yang terdesak akan lakukan apa saja.

    gani Patail dan Musa Hassan, kamu tidak layak menjadi Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Tangan-tangan kamu itu kotor dan berdosa. Nama saja Islam, perbuatan mengalahkan Yahudi laknatullah.

  41. 41 joe Jun 29th, 2008 at 5:37 pm

    A’kum

    Semua ni dah melampau,semua fitnah sebenarnya ini .Banyak2 kita beristifar semoga Allah tujukkan segala kejahilan yang mereka lakukan dan dapat pembalasan.

  42. 42 samyek Jun 29th, 2008 at 7:34 pm

    akum,perangai jahat bn tak habis2 dgn fitnah.soi lek tu tak tangkap yg mengaku main perempuan.ni timbui pulok liwat dsai.hei Allah mu jd rupa org buat fitnah ni dgn rupa ***

  43. 43 kak chah Jun 29th, 2008 at 8:28 pm

    Apabila tiba kebenaran, yang batil akan lenyap. Saya berdoa kepada ALLAH supaya kebenaran akan tiba dan janji ALLAH tidak pernah mungkir. Bersama-sama kita memohon dan berdoa kepadaNYA supaya kebenaran di percepatkan.

  44. 44 aizuddin Jun 29th, 2008 at 9:21 pm

    satu lagi drama terbitan Be End

  45. 45 roh-insan Jun 29th, 2008 at 9:28 pm

    Cube lah ambil kerje-kerje TUHAN andai kamu(BN)mampu.

  46. 46 ayahteh Jun 29th, 2008 at 10:34 pm

    satu lagi konspirasi terdesak BN bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu semasa sekaligus menutup pekung di dada mereka.Apa yang nyata kelantangan & kebenaran DSAI memberi kesan yang mendalam kepada mereka…Wahai BN,ingatlah…kami rakyat BUKAN BODOH!!

  47. 47 waktang Jun 29th, 2008 at 11:09 pm

    woi Be End..
    ko nak buat drama aper ni
    buat kena gelak dek hero hindustan jer
    kalau x pandai buat drama x yah buat drama
    buduh nyer org Be End

    Be End yg jaHil ttg Ilmu Agama

  48. 48 SEMANGAT REFORMASI 1998 Jun 29th, 2008 at 11:17 pm

    Insya Allah akan saya doakan semuga DSAI dilindungi Allah dari segala kejahatan penfitnah2 ini di depan Kaabah….

  49. 49 mables Jun 29th, 2008 at 11:30 pm

    klau camni la perangai umno dan BN mmg confirm la BN leh digelar sbg BARISAN NERAKA..

  50. 50 ADDY LEE Jun 30th, 2008 at 1:12 am

    I rasa malu dengan Pihak Polis dan Pihak BN sekarang.. Ingat semua kita rakyat Malaysia tidur ke….BN cannot bring any Harmony in Malaysia, BN brought only disaster, buat malu maruah semua rakyat Malaysia…

    Dekat media China/overseas pun “shock” lagi taktik BN yang kotor ni..

  51. 51 rock_rockers Jun 30th, 2008 at 2:40 am

    salam sejahtera…
    sebenarnya saya cukup takut untuk suarakan pendapat,tapi hati saya ni
    tak akan senang kalau tak dapat untuk bersuara seperti rakan2 yang lain dalam pakatan. saya adalah penyokong bn..sewaktu pak lah menduduki kali pertama kerusi presiden dan seterusnya pm saya adalah orang yang sangat berbanga dengan pak lah.saya bekerja dengan jentera bn. mengundi dibawah pemerintahan mahathir dua kali dan dibawah pak lah sekali. gambar besar pak lah sentasa tersenyum didinding rumah saya. anak saya berusia 3 tahun hari2 menyebut nama pak lah. saya bangga.
    Kini gambar pak lah telah saya turunkan,bila anak bertanya dimana gambar pak lah saya katakan padanya ayah dah tak kawan dengan pak lah lagi..bila dia tanya mengapa,saya katakan padanya bahawa pak lah dah tak sayang kita lagi.
    pada pu yang lalu untuk kali ke 4 saya tidak mengundi bn. alasan saya hanya satu,memprotes pak lah kerana kenaikkan harga minyak sebanyak 4 kali ketika belum sampai setengah penggal pun pemerintahan nya. hati saya cukup panas ketika itu. isteri saya pun saya hasut supaya tak mengundi bn. ingatkan hanya kami saja yang undi pakatan tapi sebenarnya ramai hingakan pakatan berjaya menawan beberapa negeri.
    Saya akan terus memberi undi pada pakatan jika pakatan benar ingin membela nasib rakyat.
    Berbalik pada senario yang telah berlaku ketika ini. untuk pengetahuan semua, saya lebih takut najib dari pak lah. sebabnya najib boleh membunuh…Apabila musa,gani dan najib
    bersatu maka kuatlah mereka. tak ada satu kuasa pun didunia ini mampu
    menghalang mereka. mereka didalam kalangan yang terdesak. mereka mampu buat apa saja.
    Hanya tuhan saja yang mampu mematahkan konspirasi mereka..dan yang terakhir terimalah pantun ini sekadar hiburan….
    hati hati dengan polis
    sebab dia ada gari,
    hari hari ada polis
    sebab polis jaga negeri.

    inspektor sahab juga polis
    cukup ngam sama menteri,
    nak tahu tugas polis ?
    pi parlemen tanya menteri.

    tanya menteri pasal polis ?
    tanya gani lagi bagus,
    bab batu putih gani cukup bagus
    last sekali malaysia bungkus.

    musa anak hasan
    patail bapa gani,
    musa macam setan
    gani tumpang sekaki.

    rosmah harta ismet
    ismet baca berita,
    najib curi harta ismet
    ismet kata najib berdosa.

  52. 52 ayahteh Jun 30th, 2008 at 3:35 am

    Kalau dalam PRU yg lalu merupakan rekod prestasi terburuk pernah tercipta dalam sejarah BN, PERCAYALAH, filem konspirasi terkini terbitan BN ini juga akan menjadi satu KESILAPAN PALING BESAR yang pernah dilakukan oleh BN dalam sejarah Malaysia.

    Rakyat dah muak diperbodoh2kan oleh kerajaan…inilah sikap BN dari dulu hingga sekarang, SUKA MEMPERBODOHKAN RAKYAT..!

    Saudara-saudaraku sekelian,
    Pandang & renunglah sedalam-dalam wajah comel anak anda sekarang…kemudian tanyalah diri anda, dengan mengambilkira segala perkembangan situasi semasa Malaysia yang berlaku di bawah pemerintahan BN hari ini, DI MANAKAH ANAK-ANAK ANDA INI AKAN ‘BERADA’ DALAM TEMPOH 20 TAHUN DARI SEKARANG…?

  53. 53 sukeri Jun 30th, 2008 at 7:49 am

    Alangkah dahsyatnya kes liwat dijaja lagi. Tidak adakah rasa malu, rasa aib sebagai seorang Islam? Bukankah perkara begini, jika benar berlaku sekali pun, sepatutnya tidak dihebohkan untuk menutup aib orang yang melakukannya? Apatah lagi tuduhan yang direka seperti ini. Sedangkan kes dulu 1998 dulu pun sudah dibuktikan di mahkamah, DSAI TIDAK BERSALAH…Kesian anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa, sehari dua ini disogokkan dengan perkataan liwat saban masa. Di dada akhbar, berita radio dan TV…Saya merasa amat terkejut dan malu, tidak terkata bila anak-anak saya yang berusia 7 dan 9 tahun, bertanya apa makna perkataan liwat. Tuan-tuan fikir, apa jawapan yang patut saya berikan kepada anak-anak sekecil itu? Mereka bertanya kerana perkataan itu berada di muka hadapan akhbar hari Ahad, dengan sebesar-besar tajuk..sebesar-besar perkataan. Naluri ingin tahu mereka yang tinggi menyebabkan mereka bertanya, dan tuan-tuan boleh tolong berikan jawapan yang paling ‘ringan ‘ untuk saya jelaskan? Kerana hingga saat ini saya belum menjawab soalan anak-anak kecil saya itu. Inilah juga yang berlaku pada tahun 1998, bila dua orang anak saya yang lain, yang berusia 5 dan 7 tahun ketika itu, bertanyakan saya soalan yang sama. Kini mereka telah belasan tahun, dan memperoleh jawapan dari pembacaan mereka sendiri, kerana saya tidak sanggup memberikan jawapan kepada soalan itu. Saya percaya ramai lagi ibu-ibu dan bapa-bapa menghadapi situasi seperti saya..Saudara-saudaraku, Selamatkanlah Malaysia dari pemimpin yang cuba merosakkan generasi sendiri. Betapa hebat kutukan Allah kepada pemimpin sebegini. Tetapi tidak perlu berceramah kepada mereka tentang pahala dan dosa, syurga dan neraka, kerana pintu hati mereka telah tertutup rapat..”Summun Bukmun Umyun fahum La Yarji ‘Uun”.(al-Baqarah ayat 18)…”Yang tuli, yang bisu, yang buta. Lantaran itu, mereka tidak akan kembali”. Itulah perbandingan golongan itu di dalam al-Quran…SadaqaLlahul Azim.

  54. 54 HAKIM Jun 30th, 2008 at 8:09 am

    tatau la ape nak jadik ngan msia neyh….
    sanggop maen tudoh2 org liwat….
    polis,kehakiman,sume hancos….
    dolah badawi,najib,kroni2 diorang sumer patot dibakar jer…..
    dah tandos idea,tudoh org buat bende keji neyh,kejinya mereka sume…..
    kalau lembu nak disuroh masok kandang pon boleh mengamuk tak mau….
    apekan lagi manusia yg ALLAH kurniakan otak,akal fikiran….xkan duduk diam jer kalau nak diliwat???bodohnye saiful bahri…..tibe2 nak report polis,kate kene liwat….malu laa….
    pastu nak kene cek doktor laa……malu la kat rakya msia ……
    budak2 mcm saye pon bley tau betape hampehnye dolah bersame kroni…..
    hidup DSAI…..
    ALLAH sentiase bersame orang2 di pihak yg benar…
    ALLAHUAKBAR!!!!

  55. 55 AmirSH Jun 30th, 2008 at 8:35 am

    Semoga ALLAH menyelamatkan kita semua dari mereka mereka yang zalim. Saya rasa inilah masa untuk kita jatuhkan terus bn.

  56. 56 just_bee Jun 30th, 2008 at 8:44 am

    satu lagi taktik kotor BN untuk menyekat kebangkitan DS.. Kami tetap menyokong DS..

  57. 57 fizah Jun 30th, 2008 at 8:54 am

    sama2la kita berdoa..agar penipuan jahat y berulang ni segera berakhir..dan dgn segeranya berakhir jugala kerajaan corrupt y kita ada sekarang ni..aminn

    “Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…”

  58. 58 Harunhamdani Jun 30th, 2008 at 11:38 am

    Selalu org kata, petir tak panah tempat sama dua kali….peliknya, ini petir ke apa? agaknya ada orang gatai main bunga api. Semoga sapa yang main api akan hangus terbakar! rentung!

  59. 59 budin Jun 30th, 2008 at 1:22 pm

    sedih dengan ape yang berlaku untuk kali ini kerana usaha yang semakin hampir untuk menakluk kerajaan cuba disekat..air mata sy mengalir bila mendengar berita tersebut..semoga dengan kekuasaanNYA akan dapat menemui kedenaran

  60. 60 org kuat DSAI Jun 30th, 2008 at 1:59 pm

    aku rasa malu la dok kat malaysia ni. mula2 barang naik, kes jenayah makin bertambah2, rompak sana, ragut lagi, membunuh lagi (altantuya). aku harap kita adakan solat hajat ramai2 di stadium shah alam lagi skali utk meminta allah tunjukan kebenaran yg benar sentiasa di atas dan yang menipu mestilah menerima balasan. bukan apa, skrang ni allah s.w.t sekejap je balas. kalau lambat balas pun, bila allah s.w.t skali balas mmg mati xsempat nak mengucap la. contoh mcm firaun tu. lemas dlm air… tu la dok ngaku lagi tuhan. besar sgt ke pangkat kan.. ni kalau setakat pangkt di dunia apa lah sgt paklah oiii.. berundur je la skrang, dari di berundurkan. kan malu tu…x gentel langsung la…mana2 bomoh yg ske buat2kan org lain tu seksa, baik korang bomohkan anjing2 BN ni ha. kasi seksa sket atas dunia ni ha.. allahhuakbar.takbir…!!!

  61. 61 adiey Jun 30th, 2008 at 2:08 pm

    .,.. nampak gayanya semua dah faham akan arah aliran politik di negara kita .. so apa tunggu lagi .. sepatutnya Pilihanraya lalu dah dapat tumbangkan kesemua perompak2 .. dalam negara kita … Hidup adalah satu perjuangan .. dan kita perlu berjuang untuk hidup … carilah kebenaran dlm kepalasuan

  62. 62 ad Jun 30th, 2008 at 3:24 pm

    THOSE *** WHO DID THE CONSPIRACY TOWARDS ANWAR will surely burn in hell..
    may Allah Bless Anwar and all Muslims in the world ..Amin

  63. 63 ayahteh Jun 30th, 2008 at 4:46 pm

    Ingat…Jangan kita mudah terpedaya dengan liputan media cetak & elektronik tajaan BN berkenaan isu ini.Seperti mana biasa, untuk ke sekian kalinya segala maklumat & fakta akan diputarbelitkan, satu lagi lakonan hebat BN akan ditayangkan semata-mata bertujuan utk mengeliru & memperbodohkan rakyat.

    Jika BN tak mampu mengubah nasib kita, biarlah kita saja yang mengubah nasib mereka.

    Seperkara yang perlu kita ingat…KUASA ADALAH DI TANGAN ALLAH, renung & amatilah…kita sudah dapat melihat betapa masalah dalaman kepimpinan parti-parti BN yang berlaku pada hari ini adalah BUKTI makbulnya doa orang-orang yang telah dianiaya oleh mereka sebelum ini.Malangnya kerana hadhari,mereka terus hanyut di buai kuasa dunia dan bisikan syaitan laknatullah tanpa menyedari amaran Tuhan ini…nauzubillah.

    Saudara-saudaraku,teruskanlah BERDOA…mohon kepada Yang Maha Esa agar segera ditunjukkan jalan kebenaran & keadilan yang haqiqi…amin.

  64. 64 zik Jun 30th, 2008 at 6:32 pm

    Pejuang reformasi pada tahun 98 masih ingat lagi betapa pedih dan lukanya rakyat ketika itu. Ramai pemuda bangun sehinnga TDM takut 600ribu pengundi baru tidak dibenarkan mengundi demi kelangsungan kerajaan yg korup dan zalim. Ingatlah kpeada ramai yg baru sedar sejak 8 Mac walaupun byk bezanya PKR PAS DAN DAP..TIDAK ADA PARTI YG MAHA ZALIM DAN MAHA KEJAM SEPERTI UMNNO-BN..sanngup memfitnah hinnga samapi hendak bunuh..tak malu ka UMNO yg kononya parti Melayu sanngup hendak memfitnah sesama bangsa dan ugama..malula MCA dan DAP pun tak samapi camtu!!!

  65. 65 acai Jun 30th, 2008 at 6:48 pm

    hidup datuk seri . ni tanda gendang perang org umno n bn dah bg kat kita lawan tetap lawan . baru bg laporan polis pasal liwat dah nak heboh satu dunia, najib punye bini siap ada bukti n pengakuan besumpah x heboh pun INI CERITA NAJIB LA DIRECTORNYE .

  66. 66 Perwira_Bangsa Jun 30th, 2008 at 6:57 pm

    YA ALLAH…..Selamat kan lah Malaysia ku…..

    Wahai sahabat2 ku Bangsa Malaysia…Marilah kita bersatu…demi maruah agama,bangsa dan negara.
    Dalam situasi sekarang ini memang BN/UMNO akan mencari jalan untuk menjatuhkan DSAI walaupun dengan cara Membunuh!!!!! YA ALLAH…..kami memohon perlindungan mu…
    Untuk Saudara Melayu beragama islam:
    Kita sebagai seorang islam harus lah menggunakan akal yang waras untuk menerima atau mendengar sesuatu berita itu tentang kesasihan nya!!!!Jadi janganlah kita dengar Fitnah yang dilemparkan ini dengan sewenang2 nya….
    Untuk Orang Yang melemparkan fitnah ini:
    MUNAFIK…..hukumnya Haram….seperti melakukan persetubuhan dengan Ibunya Sendiri…Nauzubillah.

    Untuk Semua Rakyat malaysia:
    Berdoalah kita semoga DSAI Selamat.

    Untuk orang2 UMNO:
    Fikirlah masa depan negara,dengan bebanan hidup kita!!!!!bertaubatlah!!!!

    UNTUK DSAI:
    Dugaan mu sungguh Dahsyat sememangnya tak tertanggung jika terjadi kepadaku,
    Namun begitu itulah bezanya aku dengam mu,
    Allah telah menciptakan mu untuk berjuang!!!hidup mu penuh angin,api,air,tanah PERJUANGAN.
    Dari bangku sekolah lagi kamu berjuang….sehingga ke menara gading…
    Kehidupan mu sungguh bermakna….memang tidak semua orang merasa nikmat perjuangan sebenar!!!
    Jika di kenang zaman NABI Kita Muhammad SAW dulu,Baginda sendiri pun tak terlepas daripada Fitnah Manusia Jahil.”menabur fitnah dengan mengatakan Nabi Muhammad seorang Ahli sihir”
    Wahai Khalifah nagara ku!!! Bersabarlah…kemenangan pasti menjelma!!! Kami semua berdiri teguh di Belakang mu dan akan merapatkan lagi SAF perjuanganmu!!!!
    YA ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM…..Tetapkanlah….

  67. 67 mohd laji Jun 30th, 2008 at 11:13 pm

    patutla kalau duduk dalam bn boleh masuk neraka….jahat sangat bn ni…

  68. 68 baby69 Jul 1st, 2008 at 12:22 am

    saya memang panas hati dgn kerajaan sekarang…tak habis2 nak bikin panas sama dunia..dengan adanya DS saya memang bangga dengan kejayaan DS yang banyak membuka mata rakyat untuk menyokong DS untuk sama2 berjuang untuk keadilan!

  69. 69 xxxy28 Jul 1st, 2008 at 2:15 am

    masa tahun 1998 dulu aku adalah salah seorang yang buta n sokong aper yang mahathir wat….tapi skrg aku bkn lg malaysian yang buta cam dulu….f**k paklah n najib….may Allah bless and protect DSAI…untuk BN selamat menyembah bumi ler korang……korang ni macam tak takut mati…..kuasa dunia tak dapt lawan kuasa Allah yang satu……taubatlah Paklah n Najib….dahlah tu…

  70. 70 Bosan Dengan BN Jul 1st, 2008 at 9:46 am

    apakehal budak umur23thn takkan la tak mampu nk elak diliwat oleh seorang yang dah berumur…apa budak tu tak jantanke…buat malu org lelaki saja duk tahan*****….lu pikiqla sendiri…DSAI teruskan perjuangan anda…

  71. 71 reformasi_mujahid1 Jul 1st, 2008 at 10:15 am

    DSAI, bersabarlah dan bertarunglah hingga ke titisan darah terakhir. Kami akan turut serta dan membelasah segala penzalim penzalim yang cuba menegakkan kezaliman di negara ini. Setelah harga naik dan ekonomi meleset dek kerana mismanagement kerajaan, yang memberikan kesan langsung kepada rakyat biasa miskin dan papa, pemimpin kerajaan rakus membenarkan syarikat keluarga dan kroni mendapat habuan dengan menaikkan tarif, upah dan harga kontrak semata-mata kerana kerakusan dan politik wang mereka. Namun, rakyat tidak bodoh. Rakyat tahu akan kekurangan mereka yang cuba diselindungkan.

    Fitnah ini terang-terangan berniat untuk menyekat kebangkitan PR. Maka, saya menyeru rakyat-rakyat sekalian supaya menolak sekeras-kerasnya tindakan polis dan kerajaan dalam usaha mereka menyekat kebangkitan kita. Janganlah kita menutup mata memekakkan telinga. Cerita ini, tidak lagi sesensasi dulu sebab kerajaan tidak nampak, betapa rakyat sudah muak dengan strategi kotor ini.

    Oleh itu, saya berharap agar DSAI dapat menghebahkan segala bukti yang boleh menjatuhkan kerajaan secepat mungkin. Sekian.

  72. 72 fieya Jul 1st, 2008 at 11:31 am

    ….beginikah pemimpin2 bn menjatuhkan musuh/pesaing politik mereka..mereka spt tidak ingat mereka juga akan mati…bukan idup selamanya…
    YA ALLAH berkat kekuasaan MU dan doa orang yang dianiaya dan
    dizalimi berilah pembalasan buat mereka didunia dan di akhirat…
    supaya menjadi peringatan atas kebatilan mereka selama ini….MUSNAHKAN PEMIMPIN yang tidak berada dijalanmu..YA ALLAH
    LINDUNGILAH hambamu ANWAR IBRAHIM dari fitnah yang dasyat ini…amin.

  73. 73 sd Jul 1st, 2008 at 2:33 pm

    ish3,..xabeh2…apa la nak jadi ni….

  74. 74 darin Jul 1st, 2008 at 5:44 pm

    astaghfirullah al a’zim…inikah tanah tumpah darahku yg tercinta..

    di mana letaknya akal kewarasan fikiran pabila nafsu bermaharaja…
    takut pd bayang sendiri lantas fitnah dijadikan senjata…
    tidak takutkah pd peritnya azab di neraka?
    mahupun balasan awal di dunia?

    maruah bangsa dan agama diperjudikan sebegitu rupa…
    lantaran kronisme dan harta yg tak ke mana…
    sanggup bergelandangan dengan noda dan dosa…

    wahai para pemimpin (yg entah berhak memimpin)…
    hentikanlah segala sandiwara ini..
    demi anak bangsa…
    demi negara…
    demi agama yg tercinta…

    kerana..
    rakyat sudah letih dengan semuanya…
    kpd yg Esa ku pohon segala…

  75. 75 sengketamereka Jul 1st, 2008 at 10:02 pm

    budak si saiful.B.a tu memang dari dulu tak betul,
    tengok friendster dia pun dah tau perangai bermuka dia ni,
    buat malu Uni je…
    aku dah agak dah,memang putaralam budak ni, taksangka jd sampai macam ni,
    agak2 mula2 buget nak ganti tempat KJ bila DSAI jd PM nanti,
    tapi dah kaki putar belit alam,
    ingat kan dah kena buang Uni tak nyusahkan orangkan lagi,
    rupanya menyusahkan satu dunia,
    apala ubat dia jual kat semua orang…

  76. 76 Phytrie Jul 2nd, 2008 at 4:30 pm

    dato seri, apsal la umno ni bangal guna skrip same? orang dah muak la..guna la skrip lain..rasuah ker, agen asing ker..ni tak der kes lain, liwat jugak yang umno suka..

  77. 77 Shobhan Jul 2nd, 2008 at 7:45 pm

    I have been reading Mr Anwar’s writings which clearly backs his thoughts. He is a man who is clean in thought and action as denoted by his writings. A man’s mind is portrayed in his writings and when I read his works I can feel that Mr Anwar is a sincere person, committed to his calling with a moral approach. I am sure he would not commit a sin as base as to sodomise a fellow citizen, that too a young man with a future ahead of him.

  78. 78 Iban_people Jul 2nd, 2008 at 8:38 pm

    MUSTAHIL! Itulah ungkapan dalam iklan Celcom(Euro 2008). Kenapa “mereka” buat verita yang sama? Kurang kreatif dlam membikin filem dan sandiwara? Well, I see that strategy as a “recycled” tragic comedy created by “mereka”. Who’s mereka? You know who those people are. So, Should I write a new poem and modify the poem entitled Africa my Africa to Malaysia my Malaysia which actually criticize the corrupted leaders and the current tragic comedy that “mereka” created to bring Mr. Annuar Ibrahim down?
    Those “mereka” are the clowns because they had successfully made the “rakyat” laughed at them. We, the “rakyat” are no longer “stupid”. We know which party to choose. Let’s do it for our beloved motherland: Malaysia my Malaysia.
    Last but not least I would like to give my support to Dato Seri Annuar Ibrahim, “Agi idup, Agi ngelaban” because people in Sarawak needs someone like you to lead our country.

  79. 79 gani jual petai Jul 2nd, 2008 at 10:26 pm

    begitulah..disebbkn nak cover kes yg byk (altartuya ,minyak dll) buat kes liwat bodoh ni..pdhl dah terang lg bersuluh kes liwat thn 1998 tu konspirasi..kalau nk buat pun buat la konspirasi lain (mintak jauh la)..nampk sgt la ketandusan idea..hoefuly dsai keadaan sejahtera..Insyaallh Tuhan permudah segala urusan.

  80. 80 Not So Smart Jul 3rd, 2008 at 3:52 pm

    The only way out of this ridiculous accusation & allegation by the devils & their followers is FOR THE WHOLE WARGA MALAYSIA YANG BERIMAN DENGAN RUKUN ISLAM & RUKUN IMAN SERTA BERAMAL DENGAN NYA IALAH DENGAN KITA KEMBALI BERSUJUD KEPADA ALLAH YANG MAHA AGUNG. AYOH KITA ADAKAN SHOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH PELUSOK NEGARA MINTA ALLAH TUNJUKKAN & TURUN BALA ATAS KUNUC KUNCU IBLIS & SYAITAN LAKNATULLAH DAN YANG BERSEKONKOL DAN SEWAKTU DENGAN NYA. MINTA ALLAH TURUN KAN BALA DENGAN SEGERA.
    INI SAJA LAH JALAN TERAKHIR KITA…BALIK KEPADA YANG EMPUNYA KUAS MUTLAK KE ATAS ALAM SEMESTA INI. WALLAHU’ALAM.

  81. 81 en ridfa Jul 3rd, 2008 at 5:42 pm

    tu lah die.. tak abis2 memfitnah org2 baik seperti anwar.. malulah sket wahai para2 imam besar mahzab islam hadhari (yg ade had dan hari) Pandai menghukum org lain tapi bile kene btg hidung sendiri (termasuk kaum kerabat), tak pula bertegas nak mengambil tindakan.. Apa punya kepala negara macam ni. Aku malu!!!!! Esok bila mati apa nak jawab dgn tuhan???

  82. 82 BN *** Jul 3rd, 2008 at 7:30 pm

    ape lak ni…asik asik liwat… tak habis cerita sama.. keluar benda sama.. yang seorang ni mengaku kena liwat.. entah orang dia gi liwat pastu tuduh orang lain pulak.. bangla mana lah liwat ni.. jangan main tuduh orang pula.. berapa hang dapat duit dari BN *** kerajaan sekarang ni dah macam negara komunis.. mengalahkan kerajaan junta myanmar.. po hai…. ohhhh pah lah asal usul ape… najib yaer asal usul ape MJ ATAU KJ……. same je kera jadian ngan monyet jadian…

  83. 83 penegak islam Jul 5th, 2008 at 8:38 pm

    sudah-sudah la tu wahai bekas penadbir negara.
    tindakan anda ini menyusah dan mengacau bilau negara.
    hanya anda sahaja yang mengetahui mengapa pentadbir amerika ingin masuk campur
    hanya anda yang mengetahui apa yang terjadi masa kini.
    kebanyakan rakyat malaysia tidak mengejut jika dalang menjual negara ini adalah anda

  84. 84 Hani Jul 6th, 2008 at 6:59 pm

    We are watching you from here, Malaysia.

    We support Anwar Ibrahim. He is a good person.

  85. 85 abu Jul 9th, 2008 at 12:46 pm

    moga-moga orang yang dianiaya ini (DSAI)akan menjadi pm ke enam dan melepaskan kita semua dari kesengsaraan dan kemelestan ekonomi yang merudum ini. AMIN….ALLAH AKBAR

  86. 86 HAMBA ALLAH SAMA NGAN NAJIB -TP NAJIB YG LUPO DIO TU HAMBA ALLAH Jul 30th, 2008 at 6:31 pm

    Sabarlah DSAI, ALlah sentiaa bersama dengan orang yang benar. Memang Dsai dah teraniayai dulu pun DSAI bersabar muga kali ini Allah s.w.t akan “membayar’ balik kesabaran anda. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kami tak mampu nak buat apa2, hanya doa pada yang Esa kami pohonkan saban hari.Yakinlah makin ramai penyokongmu di luar sana. Moga Allah tolong kita kali ini…InsyaAllah. Teruskan perjuanganmu DSAI

  87. 87 HAMBA ALLAH SAMA NGAN NAJIB -TP NAJIB YG LUPO DIO TU HAMBA ALLAH Jul 30th, 2008 at 7:03 pm

    Lepas ni apa pulok tuduhan kali ni thadap DSAI.Sesapa nak hantar forensik ke check samada Rosmah tolong cucuk plastik tu ya, he he ha ha…LAwakla BN ni.Skolah ke tidak ni..

  88. 88 heikal shaun abdullah Aug 10th, 2008 at 5:53 pm

    SEMOGA TAK ADA YANG AKAN BERLAKU KEJADIAN YANG PELIK YANG DI REKA,DA NAK PUASA NI,DIA ORG NAK DATUK SRI DUK DI DALAM SANA,TAPI AS I SAID BE4 ALLAH IS GREAT.DIA ORG TAK INGAT KE DIA ORG ADA FAMILY,TUNGGU DAN LIHAT BALASAN UNTUK MEREKA YANG MENGFITNAH.., DAN TAK MALU KE DIA ORG DENGAN ALLAH MEREKA SUJUD TAPI BER BOHONG,BAIK BILANG DIA ORG JANGAN SHOLAT SUDAH,,BUANG CURRENT AJA….

  89. 89 zarynoor Sep 17th, 2008 at 2:51 am

    Apa nak jadi dengan orang Islam sekarang ni, lebih banyak ahli-ahli cendiakawan makin rosak pula mindanya untuk berfikir….. tak heranlah jenerasi sekarang ni suka fitnah menfitnah,,dan perkataan liwat meliwat dah menjadi satu gurauan pda mereka..salah siapa….! sama-sama kita bukakan minda kita diempana Ramadhan Mubarak ini..wassalam

  1. 1 Netmoirs of A Solemn Rover Trackback on Jun 30th, 2008 at 8:59 am

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners