23
Jun
08

Usah Digugat Propaganda Picisan Umno-BN!

Saya tertarik untuk menyinggung respon pengunjung berhubung dengan beberapa perkara berkaitan keputusan berani pimpinan SAPP tempoh hari, polemik harga minyak dan kembara Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

SAPP
Kita hargai tekad Dato’ Yong Teck Lee meskipun diserang keras oleh media Umno-BN dari segenap sudut. Saya menyeru saudara-saudara mengirim emel atau menghubungi pimpinan SAPP untuk menyatakan sokongan. Ugutan dan perang saraf Umno-BN tidak menggugat pendirian mereka. Shabas!

Harga Minyak
Perang saraf dan propaganda Umno-BN termasuk laskar upahan mereka hanya membicarakan harga di pasaran dunia. Bahawa kenaikan mendadak yang membebankan rakyat dan pembaziran serta rasuah tidak dibicarakan. Jangan izinkan mereka mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar.

Menuju Putrajaya
Pimpinan Umno-BN akan melakukan apa jua tanpa batas bagi menghalang kemaraan kita. Itulah sebab mengapa saya menyeru ahli parlimen dari BN yang prihatin untuk bersama Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari rasuah dan kegagalan mengurus ekonomi.

ANWAR IBRAHIM


159 Responses to “Usah Digugat Propaganda Picisan Umno-BN!”


  1. 1 anak malaysia Jun 23rd, 2008 at 1:07 am

    ….menanti perubahan satu kerajaan yang selama ini berasaskan penipuan, kebobrokan, penyelewengan dan penggunaan kuasa (climate of fear) untuk menidakkan hak rakyat malaysia memang bermakna dan penuh emosi…

    …tidak pernah dalam jiwa saya sebagai seorang rakyat malaysia berasa lebih patriotik dan bangga memanggil diri saya anak malaysia sehingga detik pahlawan tulen negara seperti Datuk Seri mengepalai satu anjakan paradigma dan perubahan yang bermakna kepada arah masa depan malaysia..

    saya dengan rendah diri memohon doa dan restu serta mengajak rakyat Malaysia bersama-sama kita menanti September 16 yang bakal menjadi satu tarikh yang akan diingati untuk masa yang lama di kalangan generasi yang mendukung “ketuanan rakyat” dan good governance…

    insya allah

    Reply

  2. 2 abi Jun 23rd, 2008 at 1:11 am

    gd luck

    Reply

  3. 3 Zamhari Jun 23rd, 2008 at 1:16 am

    Saya seringkali membaca artikel daripada DSAI dan Tun Mahathir. Saya bersetuju dengan kedua-duanya dalam perkara yang berbeza.

    Masalah saya ialah dari segi bahasa yang digunakan oleh DSAI yang terlalu ke arah Bahasa Indonesia dan ungkapan yang sering menggunakan bahasa yang kurang difahami. Saya sedar pandangan DSAI mengenai penguasaan bahasa, tapi bahasa yang digunakan DSAI bukannya bahasa yang diajar dalam sukatan pelajaran kita. Kalau bahasa sedemikian digunakan dalam pembelajaran matematik dan sains, saya sendiri akan keliru. Justeru, saya sarankan agar DSAI menggunakan bahasa ringkas dan mudah difahami umum dalam menyampaikan hujah-hujah. Apapun, saya tetap kagum dengan DSAI sebagai seorang pemimpin Melayu yang berwawasan. Tahniah!

    Reply

  4. 4 nonpartisan Jun 23rd, 2008 at 1:54 am

    Bercakap pasal isu harga minyak, DSAI, u did mention that you will reduce the oil price, BEFORE election and after the price hike. But the thing is, we have yet to know the so called ‘new price’ that you will implement.

    Will it be 1.70/L reduced from 1.78/L or simply 2.55/L, by reducing few cents? Please don’t get us sucked into another hypocritical politician ‘who think everyone are stupid’ games again and again. please spare us the misery!

    Reply

  5. 5 Aiman Albakri Jun 23rd, 2008 at 2:29 am

    Sato Seri, Saya ingin merujuk kepada isu tuduhan rasuah ke atas seorang Pegawai Kanan MB Selangor yang sedang diperkatakan sekarang ini. Saya melihat dari pola pergerakan personaliti yang terlibat menyokong dan menolak tuduhan ini menampakkan satu fenomena tertentu. Tuduhan dikenakan kepada Pegawai Kanan di atas, difahamkan cuma perkara teknikal dan tidaklah se serius mana. Tetapi, ia menjadi serius apabila diambil kesempatan oleh kelompok-kelompok tertentu dalam PKR untuk mencapai agenda tersembunyi masing-masing. Ia seakan rentetan kepada Konflik Kemaman yang masih belum selesai. Saya bimbang PKR akan berpecah kembali andai perkara ini tidak dibendung. Saya menyeru hentikanlah apa jua usaha yang boleh memecah belah pakatan ummah yang sedang mula menampakkan cahaya kejayaan mutakhir ini. Saya menyeru DSAI segera menangani isu ini dengan tegas, agar pengalaman pahit perpecahan KeADILan tidak akan berulang lagi.

    Reply

  6. 6 Hawk Tan Jun 23rd, 2008 at 2:54 am

    Salam sejahtera

    Pertama kali mengunjungi laman Dato’Seri

    Perjuangan DSAI memang saya sanjungi tetapi mengapakah masih terdapat ramai peminpin peminpin dan ahli ahli UMNO yang hanya berdiam diri walaupun sudah putus harapan kepada pimpinan sekarang? Apakah mereka hanya setia dan sayang kepada UMNO seperti Tun Dr. M dan apakah ada kemungkinan DSAI kembali kepangkuan UMNO.

    DSAI, seperkara lagi,
    Apa pendapat DSAI mengenai gandingan PKR dengan DAP yang sedikit sebanyak mengurangkan sokongan rakyat kepada DSAI disebabkan idologi yang berlainan. Kelakuan ADUN Johor dari DAP yang tidak ingin memakai sogkok mengecewakan ramai rakyat jelata termasuk saya yang berbangsa Cina. Pemikiran yang cetek begini harus ditegur oleh DSAI selaku Pemimpin Pakatan Rakyat.
    Salam mesra,

    Hawk Tan (hawktan.blogspot.com)

    Reply

  7. 7 Teh Jun 23rd, 2008 at 3:40 am

    SONGKOK itu adalah sebahagian dari pakaian resmi negara kita. Apa susahnya memakai songkok ketika menjalankan tugas resmi. Jangan memalukan rakyat Malaysia kalau sendiri yang memegang jawatan ADUN tetapi tidak berjiwa rakya Malaysia.

    Seperkara lagi, memang tepat pada waktunya SAPP bertindak tegas supaya tidak di’anaktirikan’ oleh kerajaan pusat. Saya seorang peniaga kecil di ibunegara dand saya tahu betapa susahnya rakyat Sabah menghadapi cabaran hidup di sana. Saya mempunyai ramai kawan dari Sabah yang datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Semasa BN memenangi pilihanraya yang lepas di Sabah, saya menegur kawan-kawan Sabah saya kerana tidak pulang untuk mengundi. Saya memberitahu mereka BN menang begitu sahaja kerana orang tua mereka yang sudah tua dan uzur sudah cukup puas dengan hidup mereka di kampung masing-masing, tetap mengundi BN. Orang tua mereka tidak sedar tindakan mereka mengundi BN itu tidak akan membela nasib anak serta cucu mereka yang telah pergi merantau ke negeri lain.

    Reply

  8. 8 RDZ Jun 23rd, 2008 at 4:14 am

    Definitely a New Era In Malaysian Politics.

    Harga Minyak
    Apa la suruh Pak Aji Hassan Merican tu jawab macam2. Kesian dia. Dia buat kerja macam biasa. Kena tanya macam2. Siapa yang timbulkan idea untuk question Petronas? Mr. “Menantu”.

    SAPP
    Change for the better. Is only human nature. Therefore, what SAPP is doing is their own way of trying to change towards a better future. Pure Logic.

    Menuju Ke Putrajaya
    Cepat sikit DSAI. =D

    RDZ The Emcee (www.rdzmusic.blogspot.com)

    Reply

  9. 9 J.D. Jun 23rd, 2008 at 4:34 am

    Saya harap apa yg dikatakan DSAI adalah benar tentang peralihan kuasa yg akan berlaku menjelang 16 september ini. Tentang komen yg mengatakan bahawa DSAI menggunakan bahasa melayu Indonesia, saya berpendapat itu bukanlah satu masalah mememandangkan DSAI merupakan generasi muda 70-an yg mana kosa kata bahasa melayu ketika itu sedikit berbeza berbanding sekarang. seperti kita menonton filem2 P.Ramlee yg mana bahasanya berbeza sedikit kerana faktor zaman. ttp sy yakin setiap org yg membaca tulisan DSAI boleh memahami maksud yg disampaikan.

    Saya bukanlah pakar ekonomi, ttp bukankah jika harga bahan api dikurgkan, ini akan menyebabkan sumber bahan api ini akan digunakan tanpa penjimatan krn harganya yg murah. dan tidak lama lagi ia akan kehabisan kerana digunakan secara tidak berhemah. kita tidak mewarisi sumber alam ini dari nenek moyang kita, ttp kita meminjamnya dari anak cucu kita. pd pendapat saya pegurgn harga petrol adalah lebih kpd suatu pembaziran. semestinya ada mekanisme kawalan yg berkesan utk mengrgkn kesempitan hidup golongan miskin walaupun harge bahan api dinaikkan mengikut harga semasa global.

    kira2 10 tahun yg lepas, saya berada di bangkok bersama arwah ayah saya. dan ketika menonton berita di sana, ayah terkejut kerana pemecatan DSAI. ketika itu saya berusia 10 tahun dan tidak mengerti apa2. ayah tidak percaya dengan dakwaan yg disabitkan kpd DSAI. dan sy masih ingat ayah mengatakan kpd saya jika DSAI difitnah, DSAI pasti akan bangkit suatu hari nanti. dan kini saya semakin yakin apa yg dikatakan oleh arwah ayah saya. saya terkejut kerana baru semalam saya ingat perkara yg diperkatakan arwah ayah saya pd 10 tahun yg lalu. harap DSAI adalah pihak yg benar.

    Reply

  10. 10 Anak Reformasi Jun 23rd, 2008 at 4:49 am

    Assalamualaikum Ayah Anwar…..

    Dulu, Kini dan Hari Ini….. Ayah Anwar telah dihentam bertubi-tubi…..

    Saya YAKIN dengan Ayah Anwar untuk mentadbir PEMERINTAHAN MALAYSIA…… Saya ingin memohon jasa baik Ayah Anwar%

    Reply

  11. 11 HAJJI Jun 23rd, 2008 at 8:55 am

    DSAI. Saya lihat Sdr Ezam sibuk dgn pukul canang memburukkan DSAI, PKR dan PR. Apa cerite sebenarnya nii? Kenapa dia bersikap begitu? Apakah ia benar-benar membenci DSAI, PKR dan PR? Atau dia bersandiwara politik?

    DSAI. Apa sebenarnya perjuangan beliau? Sdr Ezam merupakan orang kanan DSAI semasa dlm PKR dulu. Saya percaya DSAI amat mengenali beliau, malah sprt anak sendiri. Jadi bila dia bertindak kontra ketika saat-saat yg memerlukan semua pejuang bersatu demi keadilan, kebenaran, perpaduan dan keharmonian perjuangan….. maka pengikut jadi keliru, confuse…. tidak tahu mana satu yg benar, betul dan ikhlas dlm perjuangan. Namun saya tetap yakin dgn DSAI kerana saya mengenali DSAI. Tapi bagi yg atas pagar, rakyat biasa, sekutu pesaing…. bagaimana?

    Kebijaksanaan DSAI amat diperlukan bagi mengupas perkara ini supaya yg keliru, kabur dan confuse dpt dijelaskan dgn penuh hikmah. Kami amat mengharapkannya.

    Hajji
    23.06.08

    Reply

  12. 12 Thinkwisely Jun 23rd, 2008 at 8:56 am

    Dear DSAI,
    I understand the sentiment of the people nowadays facing with acute high inflation issue. Most of the people now has less confident on BN Govt creditability to carry out the so cal “re-form” measurement to fight against inflation as all these measurements are always preceived to benefit someone with the expenses of our tax payer.

    But at the same time also, people are still sceptical of what PR can bring the change to the nation especially areas like corruption pratices which is “deep rooted” in our society.
    Even in states controlled by PR, there is still no sign of reducing “bribe” in certain “well known” govt agency among the ordinary people.

    I just wanted to start with the 1st enemy of our country before moving on to others areas.

    Reply

  13. 13 abdfatah Jun 23rd, 2008 at 8:59 am

    ahahahaaaa… memang berani buat undi tidak PERCAYA. boleh percaya ke minyak boleh naik harga dengan begitu mendadak… atau ada agenda yang tersembunyik yang lebih menarik lagi untuk diketahui dengan lebih jelas dn terang…

    Reply

  14. 14 Sambal Tumis Jun 23rd, 2008 at 9:13 am

    DSAI,
    Saya setuju dengan Aiman ALbakri tentang perpecahan dlm PKR. Diperingkat akar umbi ia juga seakan membarah. Contohnya di tempat asal saya Semenyih ..sehingga kini masih berlarutan 2 puak PKR yang tidak sepakat. Sehinggakan kerja2 kemasyarakatan yang sepatutnya di lakukan bersama-sama oleh Pakatan Rakyat, hanya dilakukan oleh PAS. PKR hanya sibuk berpuak2 dan bertelagah. PSM yang bertanding atas tiket PKR di Semenyih (tapi kalah 1100 undi saja) pun dimusuhi. Saya takut, PRU akan datang rakyat tak akan menyokong kita lagi kalau ‘BARAH’ ini tidak dibendung. PKR pusat memberikan perhatian serius tentang hal ini.
    Seperkara lagi, bila masalah pemilihan ahli2 majlis kerajaan tempatan dari PKR akan selesai? Banyak projek untuk keselesaan rakyat terbengkalai kerana Ahli2 Majlis Kerajaan Tempatan belum dapat bersidang.. contah terbaik MPKj.

    Harap DSAI tengok juga masalah di bawah jangan asyik memandang ke Putrajaya sahaja….

    Wasalam,
    Sambal Tumis
    http://barukabordal.blogspot.com/

    Reply

  15. 15 Ramzan Melbourne Jun 23rd, 2008 at 9:26 am

    Salam sejahtera,

    Saya sangat kagum dengan penguasaan bahasa Hawk Tan. Tahniah.

    Reply

  16. 16 ahmad Jun 23rd, 2008 at 9:30 am

    Saudara DSAI,
    1) Saya sokong 1000000000000000000%%%%%% atas tindikan olih Presiden SAPP dan partinya yang menyokong usul undi tidak percaya kepada PM AAB dan parti BN. Sekarang baru AAB sedar (tapi buat pekak telinga dan tak sedar) bahawa ketidakpercayaan ahli-ahli BN sudah diluahkan…… apa lagi wahai MP BN lekas-lekas lah cabut keluar.

    2) Kita mahu tahu:
    (a) Bagaimana BN kira (kiraan terperinci) harga minyak kepada RM2.70…mintak
    MP PR bangkit kat parlimen hari ini…
    (b) Bagaimana nilai kiraan terperinci subsidi minyak dikira.

    3) Untuk ka-Putrajaya saya jangka ada beberapa laluan:
    (a) Keputusan Mahkamah mengenai perlucutan jawatan DSAI sabagai TPM semasa zaman
    TDM
    (b) Penghijrahan MP BN kpd PR secara beramai-ramai.
    (c) Kebenaran Pengistiharan Mahkamah olih Raja Petra Kamarudin atas RM dan NTR.

    Mari kita ramai-ramai doakan usaha DSAI ka-Putrajaya berjaya sabelum 16/9/2008.

    Reply

  17. 17 hafiz Jun 23rd, 2008 at 9:32 am

    lawan tetap lawan kan!!

    Reply

  18. 18 kerajaan.rakyat Jun 23rd, 2008 at 9:39 am

    Salam Datuk Seri,

    Perlu diingat, jumlah pembaca blog semakin hari semakin meningkat,
    malangnya banyak pemimpin dan YB KeADILan yang nampaknya amat culas
    untuk mengemaskini blog mereka. Harap Datuk Seri beri teguran dalam
    hal ini.

    Salam takzim
    Kerajaan Rakyat

    Reply

  19. 19 Rakyat Malaysia Jun 23rd, 2008 at 10:20 am

    Mari kita rakyat Malaysia semua sokong usul tidak percaya terhadap Pak Lah!
    Ekonomi Malaysia sudah parah di bawah pimpinan beliau!!! Kita mahu perubahan!

    Reply

  20. 20 wiraperdana@personasatria Jun 23rd, 2008 at 10:34 am

    Pemerintah Yang Bertanggungjawab

    Siapakah antara kaum muslimin yang tidak mengagumi keadilan dan mendalamnya rasa prikemanusiaan Khalifah Umar Ibnu Khattab. Dialah pemerintah yang teragung yang pernah memerintah sebahagian dari bumi Allah s.w.t. yang terentang dari Mesir hingga keperbatasan negeri India.

    Suatu riwayat menyebutkan ketika baginda berjalan memasuki pasar untuk melihat keadaan umat baginda, lalu beliau bertembung dengan seorang tua yang telah bongkok, jalan bertongkat dan sangat susah untuk mengatur langkah. Orang tua itu menadahkan tangannya sambil meminta sedekah. Melihat keadaan ini Khalifah Umar r.a. pun bertanya: “Mengapa sampai begini keadaanmu wahai orang tua?” Maka jawab orang tua itu: “Saya mengumpulkan wang buat bayar jizyah, tuan.” Dari ucapan itu tahulah Umar dia bukanlah beragama Islam tetapi seorang ahli kitab.

    “Tidak, mulai hari ini engkau mestilah berhenti dari meminta-minta.” Kata Umar r.a. Lalu baginda menoleh kepada pengiringnya seraya berkata: “Hari mudanya telah digunakan segala tenaga untuk memikul tanggungjawab, setelah tua kita biarkan sahaja, ini tidak adil. Mulai hari ini potong namanya dari senarai orang yang wajib membayar jizyah dan masukkan namanya dalam daftar orang tua yang berhak menerima bantuan dari Baitul Mal setiap bulan.” Demikian satu contoh dari pemerintah yang agung menjadi kekaguman hingga ke hari ini.

    Reply

  21. 21 ude Jun 23rd, 2008 at 10:56 am

    DSAI apa dah jadi dengan kerjaan selangor (SUK)? dengar2 tengah bergolak hebat. kami memilih PR kerana mahukan ketelusan dan kejujuran. Kami mahukan jawapan jgn biarkan rakyat mmbuat spekulasi sendiri. Sepekara lagi tentang pemilihan Ahli Majlis yg kebanyakannya dtg dari org luar kawasan. Heboh di semua bahagian ketidak puasan hati berkenaan pemilihan ahli majlis. hrb dpt dibuat pc ttng pekara ini. terima kasih

    Reply

  22. 22 Elias Hj Idris Jun 23rd, 2008 at 10:57 am

    Anwar, maaf ya kali ni baru saya nak cakap.

    Buku ’51 DALIL ANWAR JADI PM’ yang saya usahakan sudah final ari ni.

    Saya akan cetak dan keluarkan wang puluhan ribu ringgit dek kerananya. Bukan kerana mencari kesempatan, tetapi saya terpanggil di atas kebejatan kerja teman masa lalu yang menghasilkan buku konspirasi “50 Dalil….” dulu.

    Melalui Hj Rosli, saya layangkan surat menyatakan hasrat saya beserta salinan manuskrip berkenaan untuk dilihat dari segi ‘do’s & don’t'nya; yang tak sepatutnya pun saya buat begitu.

    Tetapi ia dibuat atas dasar ‘berhemah’. Al-maklum la buku politik, sebab nanti kan ada yang tersadung dan terjentik.

    Saya faham sdra sibuk. Benar. Saya pernah singgah di pejabat sdra ketika Raja Komando dan Mr Loh pergi temui sdra. Namun saya bukan dari jenis ‘menyondol’ walaupun ada beberapa orang yang menyarankan saya naik ke atas untuk menemui sdra (kebetulan manuskrip telah saya serahkan pada Hj Rosli – jadi tak manis buat saya bercakap mengenainya sebelum Hj Rosli sendiri memanjangkannya kepada sdra).

    Sebab, saya menulis bukan kerana nama.

    Agak malang, ia masih sunyi.

    Bagi saya hanya ada dua tanggapan; i) ia cuma sebuah karya picisan; dan ii) sdra tidak berminat dengan kerja-kerja semacam itu.

    Bagi seorang penulis dan juga penerbit saya sedar buku tersebut akan diterima ramai. Ada ‘mileage’ politiknya nanti. Dan saya akan terus menulis lagi selepas itu.

    Sekadar itu saja luahan hati.

    Sebab saya tak ingin terusik dengan kata-kata popular ini; bila berkait dengan sesetengah pemimpin PKR -

    “Bila bercakap/berucap berdegar-degar;

    Bila berkait dengan hubungan sesama manusia – mengecewakan;

    Bila ditanyai rancangan dan penyusunan kerja – cukup mengecewakan!”

    Saya harap tidak begitu.

    Maaf.

    Reply

  23. 23 lan Jun 23rd, 2008 at 11:13 am

    salam perjuangan…
    Iktibat dari pasukan favourite saudara BrazilEropah Portugal,
    dijangka mudah ke final ttp kalah di suku akhir!
    Harap DSAI ambil ikhtibar ..ok

    Reply

  24. 24 Charlsen Jun 23rd, 2008 at 11:16 am

    Haha.. minggu lepas saya telah send email utk menyokong SAPP utk keluar dari UMNO dan berhijrah ke Pakatan!!

    Reply

  25. 25 political soapbox Jun 23rd, 2008 at 11:22 am

    Saudata Anwar,

    Sila bagi komen saudara atas tulisan dibawah.

    Two interesting commentaries on political developments in Malaysia in the Singapore Straits Times today:

    - “Anwar’s teasers cloud credibility” by Cheong Suk-Wai

    - “No running away from the Malay agenda” by Karim Raslan

    Some excerpts from Ms Cheong’s commentary:

    “…..Many among the Malay ground, especially in the heartland, are also doubtful of Mr Anwar. Where was he, some ask, when his wife, Keadilan president Wan Azizah Ismail, declared last Friday that Kelantan was the only opposition stronghold that would be made an Islamic state, if at all?

    “And why was he silent when Mr Lim Kit Siang, leader of the Democratic Action Party, a PR component, questioned the Sultan of Perak over his appointment of a Malay (albeit one with a Chinese mother), instead of a Chinese, as the state’s first opposition chief minister?

    “Some Keadilan leaders have said that Mr Anwar’s ketuanan rakyat (people’s rule) is compatible with the pursuit of a Malay agenda. But his erstwhile right-hand man Mohammad Ezam Mohammad Nor told popular Malaysian political rag Siasah in April that he decided to return to Umno because ketuanan rakyat would bury ketuanan Melayu (Malay supremacy) and threaten Malay interests.

    “Ketuanan rakyat plays well among minorities and urban Malays but not in the Malay
    heartland. Thus the constant (and perhaps necessary) trimming of sails, with Keadilan leaders suggesting that ketuanan rakyat is compatible with a Malay agenda after all. Such calibrations may give Mr Anwar and his party the reputation of being trimmers…..”

    And from Karim Raslan’s commentary:

    “…..Keadilan is walking a tightrope. On the one hand, it advocates a shimmering multiracial future. On the other, it slips – discreetly – a Malay agenda into that all-encompassing feel-good vision.

    “As the economy slows and competition for government resources mounts, it will be interesting to see how it manages this elegant equation.

    “When I talked with Keadilan leader Saifuddin Nasution last month, he was frank: “There is no Malay-majority party that doesn’t explicitly make a commitment to the Malay agenda. It would be suicidal not to do so.”"

    Reply

  26. 26 keliru... Jun 23rd, 2008 at 11:31 am

    KENAPA SAYA PERLU MEMILIH PKR SEBAGAI PARTI SAYA???

    Maaf sekiranya tulisan saya menyinggung perasaan.. cuma mahu kepastian..

    1. Semasa pilihanraya tempoh hari tak penah sekalipun saya dapat risalah2 yang diedarkan dirumah2 atau disek2 mengutuk parti PKR. Tapi sebaliknya saya dapat bermacam2 risalah dari PKR mengutuk Kerajaan. Bahkan adik saya yang bersekolah di Sekolah Agama pun dapat risalah tersebut. Nabi Muhammmad mengajak umat menyembah Allah tidak sesekali mengutuk atau mengata orang. Kenapa mesti mengata orang seperti perkataan *** untuk mencapai impian???

    2. Ketika Encik Anwar menjadi Menteri Pelajarn, pe yang Encik lakukan?? Setahu saya KBSR yang Encik kenalkan tidak berjaya???

    3. Ketika Encik Anwar hendak jatuhkan Ghabar Baba, pe yang Encik lakukan?? Saper yang kenalkan Rasuah dikalangan Ahli Umno?? Saper yang hulurkan RM 50 kepada yang menyokong Encik Anwar merebut kerusi TPM??? Saper yang ketuk pintu rumah ke rumah bagi duit sekiranya menyokong Encik Anwar???

    4. Saper yang kenalkan demontrasi di Malaysia nie??? Saper yang porak peranda Org Melayu ketika itu??

    5. Kenapa Encik Anwar tidak rebut ekonomi ditangan bangsa asing??? Kenapa Encik Anwar tidak mengajak Bangsa Melayu bersatu??? Ini Tanah Melayu, tanah yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita untuk kemerdekaan..

    6. Encik Anwar lakukan semua ini untuk tujuan peribadi atau sebab nak membela nasib Melayu??

    Maaf, saya cuma nak kepastian. Saya harap sangat Encik Anwar akan meleraikan kekeliruan saya selama ini.

    thanks…

    Reply

  27. 27 MelayuInsaf Jun 23rd, 2008 at 11:51 am

    Kenaikan harga minyak boleh dibendung sekiranya amalan
    rasuah, penyelewengan dan pembaziran dihapuskan. Pendapatan
    negara akan dapat ditingkatkan untuk faedah rakyat.

    Kehidupan rakyat semakin terhimpit di bawah Kerajaan UMNO dan BN.
    Pemimpin hidup mewah, tetapi ramai rakyat yang hidup menderita.

    Rakyat sudah hilang kepercayan pada UMNO dan BN yang sudah diberi
    amanah untuk memerintah negara lebih 50 tahun. Rakyat mengharapkan
    peralihan kepimpinan akan berlaku. Pada Allah kita pohon segalanya…

    Reply

  28. 28 Tok Janggut Jun 23rd, 2008 at 11:53 am

    kepada pengunjung2 blog,mari kita sama2 memberi sokongan kepada apa jua agenda pembaharuan yang menyebelahi rakyat..kita mesti kritik berasaskan fakta dan hujah yang membina..bagi pengunjung yang mempunyai tahap ketepuan BE END dalam sukatan yang tinggi,di harap tinggalkan blog ini dan hentikan tulisan bodoh,keanak-anakan,mengarut,hilang punca,gila isim dan sewaktu dengan nya….tulisan2 yang mengmpu BE END tak tentu arah juga di harap beredar dan terus lah menulis dalam blog dr m,dr tempe atau yang sebodoh dengan nya..kami penyokong reformasi bosan dan mengalami penyakit batu karang setelah membaca tulisan2 tersebut kerap kali juga kami mengalami penyakit saraf tunjang apabila melihat beberapa pengunjung yang telah kami amat kenal pasti sebagai ahli karat BE END masih terkial=kial menulis melepas geram yang memang tak kan dapat di lepaskan.Kami tak minta penulis2 berkenaan bertaubat sebab taubat tak di tuntut dalam mazhab islam hadhari…ingat,kerajaan untuk rakyat,bukan kerajaan lanyak rakyat…

    p/s: jalak lenteng,nama ko ni memang nama penjahat zaman purba dulu..kalo nama2 hero mcm mat kilau ke.dato bahaman ke,tok gajah ke,dato dol said ke…ko pilih nama yang elok sikit lain kali k…

    Reply

  29. 29 MEMBA PENCEN LEMBAH KERAMAT (MP) Jun 23rd, 2008 at 12:00 pm

    ybg DS,

    Saya berharap sangat DS menjawab apa-apa keritikan didalam blog DS kerana kami sudah tidak sabar lagi melihat DS berada di Putrajaya, semuga Allah merestui hajat kita semua, Insya Allah.
    Lawan tetap lawan, Takbir.

    Reply

  30. 30 monsterball Jun 23rd, 2008 at 12:08 pm

    On the subject of the terrible steep increase in oil prices..it strikes my mind..UMNO is doing this…..for the sole purpose to save his own race…..at the expense of others races….suffering.
    You see..it is the Malays that love to change cars…and love.. very long….7 years…even up to 10 years ..easy installments. UMNO may have found this out.
    So the steep increase…is an instant cure to their terrible spend-drift characters.
    Like drug trafficking law…….such a tough law….was imposed…to save the Malays too.
    If statistics can be shown to the public….I am confident..it is the Malays that own more new cars..motor bikes..changing them……trading for new models….more than any other races. And it is the Malays..that buy higher grade models…more than other races.
    Correct me …if I am wrong.. But if I am right…UMNO created false wealth and success to chosen Malays…….and now…punishing all Malaysians..to correct the great mismanagement.. they have created.

    Reply

  31. 31 shinoda Jun 23rd, 2008 at 12:20 pm

    DATO’ SERI,

    LEWAT KEBELAKANGAN NI BEKAS KETUA AMK PKR TELAH MULA MENYERANG DATO’ SERI. BAHKAN SANGGUP BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH UNTUK MENENTANG DATO’ SERI HABIS-HABISAN. SELAIN ITU, BELIAU MENDAKWA, DATO’ SERI MEMAINKAN ISU LOMPAT PARTI SEBAGAI TUJUAN UNTUK MENGALIHKAN PERHATIAN KEPADA KERETAKAN YANG SEDANG MELANDA PAKATAN. POHON PENJELASAN DATO’ SERI.

    Reply

  32. 32 Azhar Cyber Jun 23rd, 2008 at 12:24 pm

    bersatu kerana kebenaran, bercerai kerana korupsi…

    Reply

  33. 33 Akhir Zaman Jun 23rd, 2008 at 12:29 pm

    ASSALAMUALAIKUM !

    DSAI, SEMOGA APA YG DI RANCANGKAN DAN DI PROMOSIKAN
    MENJADI KENYATAAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
    BERHATI DLM MELANGKAH ARUS YANG DERAS YANG X BERTEPI
    DI MANA SEMUA YANG ADA DI DLM AKAN KARAM X DPT DI SELAMATKAN
    OLEH YG DITEPI.
    DLM MASA MUKATHIR INI PIHAK UMNO (B/N) AMAT TERTEKAN DAN MENUNGGU
    REAKSI PUCUK TERTINGGI PARTI.
    EN EZAM SALAH MELANGKAH DIRI MASUK DI DALAM LUBANG TIMBUS DIRI
    SEDIRI, NAK CAPAI X SANGKA KENA KERONYOK OLEH PIMPINAN PARTI
    ADA AGENDA TERSENDIRI, ITULAH UMNO YANG X ABIS ABIS PENUH
    HASAD DENGKI SESAMA SENDIRI.

    Reply

  34. 34 krobo Jun 23rd, 2008 at 12:31 pm

    We are moved by the courage of Yong Teck Lee and SAPP stepping forward with the vote of no confidence on our PM Abdullah. This is an unprecedented action to be taken by a political party in Malaysia. Is this a major step forward towards the change of government in Malaysia? It is our fervent hope that UMNO and its other component parties would not attempt to the use of racial politics preventing the loss of political power. More often than not, the rhetorics of uniting the Malays would be used to galvanized the support from them and the victim of such political tussle is obvious as demonstrated when Tunku Abdul Rahman was pushed out of office.

    Reply

  35. 35 BlueDream Jun 23rd, 2008 at 12:54 pm

    salam Dato Sri,

    saya sokong dato’ sri
    dan saya percaya pada dato’ sri melalui penampilan dan personaliti.

    REFORMASI

    Reply

  36. 36 Mohd Zain Ibrahim Jun 23rd, 2008 at 12:56 pm

    Saya mempertikaikan tindakan Ezam yang memburukkan megeri negeri Pakatan Rakyat dengan
    mengatakan perpecahan sesama exco yang berlainan parti, contohnya exco dari DAP telah
    beberapa kali memboikot mesyuarat negeri sebab Ezam dah pasang spy dalam Pakatan Rakyat.
    Dia cuma pandai nak memburuk-burukkan orang je, tapi bukti ( fail berkotak-kotak) pun
    masih tak dapat lagi. Porah! Masa dia join UMNO lani apa dia buat? Buat dosa lagi adalah
    sebab nak memburuk-burukkan Pakatan Rakyat tanpa bukti yang menyokong.Bukannya nak jadi
    ejen membanteras rasuah ke, asyik mulut membebel sana sini pot pet pot pet apakehenyeyop!
    Saya memohon agar Datuk Seri dapat memperbetulkan masalah
    perpecahan (kalau betuk ada) dalam Pakatan Rakyat di perinngkat negeri-negeri Pakatan
    Rakyat sendiri.

    Reply

  37. 37 JEYAKUMAR.J.K Jun 23rd, 2008 at 12:58 pm

    may god bless you dsai

    Reply

  38. 38 Land Below The Wind Jun 23rd, 2008 at 1:30 pm

    Greetings DSAI,

    While shock waves and an expected tsunami maybe forthcoming with SAPP’s stand,we believe depends very much on how Pakatan Rakyat and BN component parties react in Parliament.Hypocrisy among BN component parties is nothing new when it comes to loosing all their luxuries or championing the peoples cause.While we are aware that it maybe a tall order,BN leaders in Sabah must sacrifice their wrong doings and face the consequences for the sake of the people.This is the reason for their non-committal.DSAI,as businessman,we cannot afford to see the economy faltered by unscrupulous political leaders whose conscience are operated by remote control.

    Would love to have the opportunity to convey our views to you over a cup of coffee.

    Reply

  39. 39 bullet Jun 23rd, 2008 at 1:36 pm

    salam DSAI n BLOGGERS,

    saya sependapat dgn “nonpatisan” dan rata2 kawan2 diJOHOR (ahli UMNO) mula menanyakan harga minyak yang DS blh janjikan. Kalau dapat satu angka atau peratusan yang jelas……

    Reply

  40. 40 padangjawadotcom Jun 23rd, 2008 at 2:04 pm

    Assalamu’alaikum…

    Agaklama jugak aku memikir cara & kaedah yang palingpraktikal,menyeluruh & kurang risiko agar seluruh rakyat Malaysiayang berjumlah lebih 27juta dapat bersama-sama mengambil bahagian dalam”Rally 1 juta membantah kenaikan harga bahan bakar” & akhirnya akal”***” aku terfikir 3 cara selain yang dirancang oleh GERAMM &PROTES.

    Maksud akudisini bukan memperlekehkan rancangan yang sudah diatur oleh 2 badanberkenaan tapi aku mahukan penyertaan yang lebih besar,menyeluruh &lebih penting lagi “rally 1 juta” bakal mencipta sejarah sebagai “rally20 juta” sekurang-kurangnya.lebih menyeluruh dan akal bodoh akumengatakan rancangan ini bakal memberi impak yang lebih besar kepadapemerintah “kukubesi” rejim Barang Naik.

    Apayang telah dirancang oleh GERAMM & PROTES tidak perlu diubah lagipada kertas cadangan(bagi aku ianya sudah cukup baik – tahniah padapemikir)tetapi skop perlu diperluaskan lagi & aku yakin ianya tidakakan mengganggu urusan perancangan yang sedia ada kerana cadangan akutidak ada kena-mengena dengan yang telah dirancangkan sebelum ini cumaperlu ditambah sedikit sahaja lagi.

    Sebelumaku bentangkan cadangan *** aku,perlu aku ingatkan dulu semua pembacabahawa mulai tarikh 1hb.julai,2008 takrif elektrik akan dinaikkansebanyak 18%…naik lagi da…yang ni perlu kita ambik berat juga &masukkan sekali dalam agenda protes kita.jangan lupa – letriknaik…elektrik amat penting dalam sektor perusahaan jadi kenaikantakrif elektrik juga bakal memberi kesan keatas harga barangan.jangantak tau.

    Cadangan bodoh 1 – mulai1hb.julai kita mulakan protes pertama kita atas kenaikan harga bahanbakar dari dalam kenderaan sahaja.jam 8 malam kebanyakan darikita(dibandar besar)dalam perjalanan pulang kerumah…nyatakan bantahananda dengan memperlahankan kenderaan 50-60km/j,nyalakan lampukecemasan(hazard)dan jangan malu-malu untuk saling berbalas bunyi honkenderaan anda…

    Itusignal kita yang pertama…polis boleh lepak balai sambil minum teh& FRU boleh lepak rumah rapatkan hubungan kekeluargaan.tak tau lapulak aku kalau polis nak saman kalau kita pasang lampu kecemasan,bawakkereta 50-60km/j & tekan hon…ini cara yang paling tak berisikotetapi boleh menggegarkan Malaysia kalau majoriti pemandu mengambilbahagian.bayangkan lampu kecemasan kereta berkelip-kelipan disepanjangjalan diselangi dengan bunyi hon…gamat & bermesej…
    [/FONT]
    Cadangan *** 2 – proteskenaikan takrif elektrik juga aku cadangkan dimulakan pada 1hb.julaibersempena dengan kenaikan takrif elektrik pada hari yang sama.mulakandirumah kita sahaja.tak perlu dijalanan…seragamkan biar menyeluruhdisetiap kawasan perumahan anda.tepat jam 10 malam 1hb.julai padamkanlampu premis dimana kita berada sebagai tanda protes kita.kita GELAPKANSELURUH NEGARA pada waktu tersebut paling kurang selama setengahjam.biar peta Malaysia hilang dari satelite google kerana kegelapan.

    Itusignal ke2 sebagai tanda protes kita.juga tidak berisiko,bolehdilakukan dengan menyeluruh,tidak membahayakan,tidak perlu campurtanganpolis & FRU.masing-masing boleh menikmati kopi 0 bersama keluargadirumah sambil menyatakan bantahan anda.yang ni kita panggil “silentprotest”…tak tau la pulak kalau Pak Lah keluar statement “padam lampupremis boleh menggugat kestabilan negara”…tapi mungkin Najib akankeluarkan kenyataan “negara akan bankrap jika lampu dipadamkan”…akuagak la…

    Ke2-2siri protes(cadangan)tersebut kalau diperhalusi bagi aku yang *** niamat praktikal & boleh disertai oleh semua peringkat & seluruhrakyat Malaysia tak kira kakitangan kerajaan,badanberkanun,polis,tentera atau sesiapa sahaja di Malaysia.sesiapa sahajayang berminat,boleh turut serta atas inisiatif masing-masing tanpaperlu berhadapan dengan apa-apa risiko.mungkin angka 20 juta bolehdicapai dengan cara ini.kita teruskan langkah-langkah tadi dari 1hbhingga tarikh 4hb.julai setiap malam…apa pendapat korang?

    Cadangan bodoh 3 – malampuncak(jumaat 4hb.julai 2008)sebelum “rally 1 juta”.ini malam palingpenting menjelang hari paling bersejarah di Malaysia.sepertimalam-malam sebelumnya,pada malam puncak ini…sesi bantahan “protesdari dalam kereta” & “silent protes” diperluaskan lagi…PR ada 5negeri & aku percaya untuk rancangan seterusnya,para menteri PR di5 negeri tak punya masalah untuk bekerjasama dengan pihak PBT &JKKK di negeri masing-masing untuk menjayakan rancangan “menggelapkanMalaysia”…macam mana ya?

    Macamhari-hari yang sebelumnya…tapi kali ini kita minta bantuan pihak PBT& JKKK untuk memadamkan semua lampu-lampu yang tidak berkenaaniaitu lampu-lampu perhiasan,lampu bangunan-bangunan yang tidakberfaedah atau apa sahaja lampu yang tidak penting.tepat jam 10 malamkita GELAPKAN SELURUH NEGARA MALAYSIA sebagai tanda protes kita!

    Rasanya3 cadangan bodoh aku tu tak susah & tak perlukan perancangan yangrapi.kita cuma perlu mewar-warkan rancangan mudah tersebut pada umum& kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia amat diperlukan untukmenjayakan rancangan mudah tersebut.siapa-siapa sahaja boleh turutserta tak kira dimana korang berada.dibandar,kampung atau mana-mana punboleh…tak jadi masalah.

    Kalau idea bodoh aku tu diterima pakai oleh GERAMM & PROTES(akutak tau macam mana nak sampaikan cadangan ni pada GERAMM & PROTES -harap-harap Webmaster dapat panjangkan cadangan aku pada pihak terbabit)aku yakin 100% angka 1 juta takkan tercatat sebaliknya sekurang-kurangnya angka 10 juta tak jadi masalah bagi kita.

    Tapiperlu diingatkan,rancangan bodoh 3 aku tu tak kan tercapai tanpabantuan,kerjasama & kesungguhan pihak kerajaan dari 5 negeriPR…itu cadangan dari aku yang bodoh sebelum “rally 1 juta”…

    Reply

  41. 41 padangjawadotcom Jun 23rd, 2008 at 2:07 pm

    tu hawk tan

    ADUN johor tu memperjuangkan apa yang dia rasa benar.
    pakai songkok atau tidak pakai songkok, tidak merugikan orang lain.
    sepatutnya sultan tidak boleh marah.
    sebab itu bukanlah prinsipil

    Reply

  42. 42 chew for justice Jun 23rd, 2008 at 2:12 pm

    Sampai Bilakah rakyat malaysia dalam negara ini yang kaya dengan sumber-sumber hasil asli and tenaga manusia sanggup terus diperintah oleh sitem kerajaan persekutuan Umno-BN yang sumbang lagi pincang kelakuannya dan perlaksanaan polisi-polisinya, yang berdasarkan muslihat durjana memecahbelahkan rakyat malaysia mengikut kaumnya, agamanya, dan pemikiran politiknya, semata-mata untuk mengekal dan meneruskan kuasa pemerintahannya yang malangnya terus dalam tangan pemimpin-pemimpin yang langsung tak cekap, bersih dan amanah?
    Sampai negara ini ‘bankrap’ atau huru-hara ekonomi melanda dan malaysia jadi seperti filipina atau myamar atau lebih teruk lagi?
    Jadi, sedarlah wahai rakyat malaysia,bersatu-padulah demi kepentingan rakyat dan negara. Tuntutlah hak anda selaku tuan, iaitu satu kerajaan persekutuan yang cekap, bersih lagi amanah; bukanlah satu kerajaan yang hanya pandai dan asyik mencetuskan, menggunakan isu-isu kaum dan agama untuk megaburi mata rakyat.

    Reply

  43. 43 anak sabah Jun 23rd, 2008 at 2:20 pm

    DSAI janganlah tergopoh gapah dalam mempertaruhkan rakyat dalam membina jambatan politik. Rakyat Malaysia walau siapa yang menang tidak banyak menerima kesannya kerana lagi susah mungkin ada. Ketika ini rangkaian politik UMNO adalah luas meliputi dalam kerajaan dan diluar kerajaan. Perniagaan di Malaysia ini majoritinya adalah banyak meliputi saham UMNO dan kerajaan. Malah sektor awam berselerak dengan orang-orang UMNO. Sudah tentu tidak hairanlah jika untuk mengambil alih kerajaan ketika ini memerlukan sedikit kebijaksanaan kerana sudah tentu UMNO juga sedang memainkan peranannya. Pakatan Rakyat ketika ini juga nampak rapuh dalam menentukan Barisan Kabinet kelak pemilihan PM, TPM dan kementerian penting sudah tentu nampak akan perebutan. Orang Melayu sudah tentu tidak rela dengan TPM jatuh kepada orang bukan Melayu. Raja2 Melayu juga tidak harus diketepikan. Jika berlaku apa2 ke atas DSAI ketika menjadi PM adakah orang Melayu bersedia untuk meletakkan orang bukan Melayu jadi PM. Senario di Singapura jelas menunjukkan sikap angkuh mereka. DSAI jangan ghairah untuk menjadi PM hingga menggadai maruah agama dan bangsa, jangan pula anak cucu menyumpah DSAI sepertimana jatuhnya Singapura. Ketuanan Islam dan Melayu perlu menjadi agenda kerana kita adalah khalifah di Tanah Bertuah ini, jika tegadainya Malaysia saya orang pertama yang akan menghina DSAI. Lihat di Selangor pecat memecat pula kedengaran. Apa dah jadi, walau apapun politik tetap politik semuanya korup dan tidak boleh dipercayai.

    Reply

  44. 44 Halik Zaman Jun 23rd, 2008 at 2:26 pm

    Salam bloggers

    Jaga jaga sahaja bila ke MalaysiaKini ada virus.Computer saya dah kena.
    Thanks
    HZ

    Reply

  45. 45 Stealth Jun 23rd, 2008 at 2:26 pm

    Perkembangan terkini menyaksikan TPM menghadapi saat yg getir & lebih extrem yg menyatakan bhw isteri TPM turut berada semasa kejadian bunuh Altantuya. Wow!! betul² brutal bini TPM ni. Mungkin TPM bertindak merampas kuasa & meletakkan negara d bawah kuasa tentera jika keadaan semakin tdk terkawal & kian terancam. Harap kembara Pakatan Rakyat ke Putrajaya berjalan lancar.

    Reply

  46. 46 MJ Jun 23rd, 2008 at 2:34 pm

    DONT WORYY DSAI, THE PEOPLE ARE WITH YOU!!!!!!!!!!!!

    Reply

  47. 47 wann Jun 23rd, 2008 at 2:46 pm

    DSAI,mushkil la dngan kenyataan azam nak join umno,what is trully happening now???
    bunyi macam dia bertekad je nak halang PKR rulling malaysia..plz explaint

    Reply

  48. 48 matt Jun 23rd, 2008 at 3:24 pm

    DSAI
    Please discourage pakatan supporters from demanding contracts because you would end up looking like bn.Keep the momentum to putra jaya at a faster pace.

    Reply

  49. 49 khalifah alam maya Jun 23rd, 2008 at 3:40 pm

    datuk,

    Ezam kata dia taknak datuk jd PM atas dasar seorang muslim.
    ape ni datuk sume.PLZ explain.boleh tak datuk posting agenda datuk tentang Islam dan Muslim di malaysia bila datuk jd PM.Ke mana datuk nak bawa umat ISLAM malaysia ni?plz..plz..

    Salam Dari Borneo..

    Reply

  50. 50 Wong Jowo Orak Genter Jun 23rd, 2008 at 3:50 pm

    Ezam kata dia taknak datuk jd PM atas dasar seorang muslim.Apa DSAI bukan muslim ke tergamak dia kata cmatu.

    Reply

  51. 51 Wong Jowo Orak Genter Jun 23rd, 2008 at 3:54 pm

    Kalo nak beniaga memerlukan politik yang setabil.kalau nak aman dan beramal ibadat pun kena ada politik yang baik.tanapa politik yang baik kita akan jadi macam timur tengah.nak hidup memerlukan pemerintah yang baik. semua nya bergantung pada politik.turun naik saham pun bergantung pada situasi poltik.suka atau tidak pada politik kita terpaksa terima hakikat.mereka yang tidak terlibat dengan politik akan terus ditekan tanpa kita bersuara.

    Reply

  52. 52 Anak padangJawa Jun 23rd, 2008 at 4:01 pm

    sokong apa yang padangjwa.com cakap.lain kali suruh adun pakai Plengkon untuk johor dan selangor.Padang Jawa dah dapat nikmat pemerintahan kerajaan negeri selangor yang baru.tempat lain bila nak berubah.

    Reply

  53. 53 hj harun semporna sbh Jun 23rd, 2008 at 4:01 pm

    Dato seri

    Doa kami moga dapat umrah mabrurah…ayuh rakyat msia bersatu dibawah pemerintahn rakyat dari rakyat untuk rakyat..turun harga minyak,tolak parti barang naik,beras naik..moga cepat dato seri ganti bedolah bodawi

    Reply

  54. 54 Tok Janggut Jun 23rd, 2008 at 4:16 pm

    padangjawadotcom…..
    idea ko tu boleh tahan cantik tu…senang pun senang,belanja pun kurang…aku harap webmaster tolong panjangkan idea tu pada GERAMM dan PROTES…mana tau diaorang boleh rancang dengan lebih baik…keep it up…sambil2 tu,cuba ko pikirkan lagi idea yang lebih berzat dan ketengahkan..kawan2 bole pakat setuju kalo bagus..

    Reply

  55. 55 Safari Jun 23rd, 2008 at 5:15 pm

    Anda berasa senang walaupun dahulu rase terkurung di penjara…tetapi kerana anda orang yang berkemampuan maka tidak merasai seperti orang lain yang menjadi banduan disebabkan mereka golongan bawahan.Apabila anda capik ,anda mendapat kemudahan yang terbaik sedangkan mereka yang lain hanya wad ekonomi digari pada katil.Adakah anda benar sakit atau satu lakonan hanya Allah Saja yang tahu.

    Kehidupan mewah anda bisa membawa anda keseluruh dunia sedangkan orang biasa tinggal di rumah atau menyewa.Adakah anda telah berjaya membawa kemajuan kepada orang melayu penang semasa jadi TPM dahulu biar Yang Maha Esa lagi Maha Agong yang menentukan.

    Persoalnya bagaimana anda mampu memiliki kesemua ini dan adakah anda juga seperti yang lain punyai ongkos yang banyak di Bank Of Swiss ?ini kerana ada yang berkata semasa anda sebagai bapak menteri wang punyai kuasa .

    Reply

  56. 56 ibn bakar Jun 23rd, 2008 at 5:28 pm

    Yang paling bahaya bukan Ezam, bukan UMNO ,bukan agen asing, bukan,bukan,bukan !
    Yang paling bahaya ialah golongan opportunis dan musuh yang menyamar dalam PKR/PR.
    Semua harus waspada…………

    Reply

  57. 57 Safari Jun 23rd, 2008 at 5:32 pm

    Saya setuju dengan KELIRU walaupun anda dari ABIM tetapi saya tidak nampak ABIM condong kepada pandangan Bukan Islam….kesamarata yang anda perjuangkan adakan itu yang kita mahu sebagai contoh jika berlainan Agama(orang Islam dengan bukan Islam)boleh berkahwin tanpa menukar seperti setengah negara kerana keserataan dan ketuanan rakyat.Saya ada mengikut ceramah anda di Ladang Song Lee(ramai kaum India)dan nada ceramah anda disana tidak sama di Sungai Acheh (ramai kaum melayu).Inilah keliruan yang berlaku dan apabila anda mengajak reformasi ramai orang bawahan menjadi mangsa dan anda melawat mereka sebagai mengambil tahu tetapi anda tidak sedar kepayahan orang lain seperti “kais pagi makan pagai Kais petang makan petang”
    dan membiarkan sistem terbuka yang hanya menuntungkan peniagaan jutawan memonopoli walaipun bajet hanya RM10,000 saja.Walaupun anda ingin menunjukkan kebaikan tetapi sakit barah yang menanah dahulu bukan mudah untuk sembuh.Tanah Melayu hanya tinggal pada KTMB saja…wassalam

    Reply

  58. 58 zik Jun 23rd, 2008 at 6:10 pm

    DSAI,

    Apa cerita pasal Pembantu Kanan MB Selangor-Yahaya Shaari?
    Baru ja 100 hari dah kecoh..ni macam mana kata nak pegang Kerajaan Persekutuan ni???
    Kecoh tak tentu pasal!! Orang dok susah nak cari duit nak suap makan kat anak bini..
    Tak pasal2 kecoh sama kecoh sini pasal pentadbiran kat Selangor? Macam yg saya kata 5 tahun satja..walaupun kalau saya ahli Pakatan seakali pun..kalau Pkatan khianat rakyat say boleh pangkah parti lain..kesetian kat rakyat lebih penting dari kesetiaan parti!!
    Klau camani agaknya ada lagi ka MP nak lompat tu? Macam x jadi ja?

    Tolong beri perhatian…

    Reply

  59. 59 zik Jun 23rd, 2008 at 6:21 pm

    Lagi satu tak habis2 pasal polisi PAS yg selalu dibangkang oleh PKR & DAP..
    Awat tak boleh duduk elok2 bincangkan sebelum apa2 polisi yg libatkan kestabilan PAKATAN sebelum umum pada media..awat tak tauka media Malaysia TUKANG AOTA!!(tukang pusing2).
    Bincang la dulu pastu kalu Pimpinan Pusat setuju umumla..kan dah jadi Kerajaan..awat duk pikiaq macam pembangkang lagi!!..kata nak jadi Kerajaan Persekutuan!! Abis UMNO senyumla sampai telinga..hampa tgk tu..bantai sama mimpi lain2 lagii..BOsanla!!
    Wlauapun penyokong PAKATAN kalu ada yg tak kena kami kritik..saya nak tgk tulisan saya ni boleh masuk post ke tak..jarang marah tapi kalu marah..marah sungguh…

    Reply

  60. 60 Ramzan Melbourne Jun 23rd, 2008 at 6:48 pm

    Salam sejahtera,

    Isu pemakaian songkok dalam majlis rasmi.. Pada pendapat saya, andai itu suatu protokol atau adat yg telah diterima secara umum, maka apa salahnya ikut dan patuhi. Prinsip atau pegangan pun, ada batasan.. kalau semua falsafah hendak ditegakkan, sehingga tidak menghormati sensitiviti org lain.. parah lah camnih.

    Kalau camtu, besok2 ada jumpa org pakai jeans dan t-shirt dalam majlis rasmi, atau setakat seluar pendek jer. Fikir logik laa.. budak skolah pon pakai baju seragam, pekerja lain pun ada baju seragam, jgnlah tunjuk lagak prinsip semata-mata.. takkan x pernah masuk restoran atau hotl function yg menghendaki pemakaian khusus? kalau yg tu, nak pulak ikut, takat songkok (yang bukan pon simbol keagamaan) pun nak pegang falsafah..

    Kalau tiada siapa cedera, atau merugikan sesiapa.. maka tindakan sedemikian, terang-terang definisinya ialah “EGO” dan nak publisiti murahan. Maaf, kadang2 kita tidak berfikir panjang, dan kadang2 juga kita ingat kitalah yg paling besar…

    Jgn memalukan “pakatan RAKYAT”, dengan sikap yg melambangkan individualistik dan selfish.

    Reply

  61. 61 MelayuInsaf Jun 23rd, 2008 at 7:04 pm

    Keliru dan Safari.

    Apakah Dollah, Najib, Khairy dan lain-lain
    kroni selama ini mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam.
    Cakap dimulut seperti betul. Tapi hakikatnya tidak berlaku.

    Terlalu banyak hak orang-orang Melayu telah tergadai. Ajaran Islam
    terlalu banyak yang telah terhakis.

    Kita pohon pada Allah supaya dianugerahkan seorang pemimipin yang
    berakhlak mulia dapat membimbing Rakyat untuk kebaikan di dunia dan
    kebahagian di akhirat.

    Reply

  62. 62 zik Jun 23rd, 2008 at 7:41 pm

    Marah sebab kita kerana SAYANG..Kalau benci kita diamja..mai PRU 13 taula))
    Setakat kita memamg sayang!!

    Reply

  63. 63 wann Jun 23rd, 2008 at 7:50 pm

    DSAI,boleh tolong DSAI terangkan apakah apabila DSAI menjadi PM,Dsai akan mengikut idologi PAS yg terlalu fanatik ttng agama,saya ada terbaca mengenai larangan memakan gincu dan kasut tumit tinngi di Kelantan,adakah ia tidak keterlaluan dan jauh bersimpang dari motif pejuangan PKR dalam membela individu dan hak rakyat..Seperti yg saya lihat pas sekarang dah menunjukan taringnya dengan mengeluarkan arahan2 yg pelik dan tak dapat diterima zaman moden ini,seperti issu konsert,adakah ia tidak adil??saya harap PAS tak lakukan benda2 pelik di kedah kerana ia mmg tak dapat diterima penduduk kedah…

    Reply

  64. 64 monsterball Jun 23rd, 2008 at 7:51 pm

    kickdefella blog owner…Sheih… put out so much details…protecting the government rights to increase oil prices. He said oppositions should not protest against Petronas….but against Dollah.
    He is pro Mahathir….and sure love to see Malaysians by the hundred thousands..led by DAP and keDAILan to stand infront of Dollah’s office building…..protesting oil increase price.
    Everything kickdefella writes..have an ulterior motive to bring down Dollah and protect Mahathir.
    Now lets go back to the oil prices. It is easy for Petronas to keep two sets of books or…even one set…and juggle with the accounts. Auditors are only interested to balance their clients accounts..lawfully…not find faults with their valued clients…and if there are doubts….they will discuss with their clients.
    So…that put Petronas….in a position…to juggle the account.
    Oppositions are no fools to protest against Petronas. They have their wizards in accounting too..and kickdefella should not think otherwise.
    Yes…I agree that Petronas have been helping UMNO.
    You see UMNO is proven a very corrupted party. Don’t tell me..the party is so filthy rich…without siphoning public funds..to enrich the said party … themselves…and chosen friends.
    Where else can UMNO get huge sums… to fool around?
    And who laid down the strong foundation for corrupted acts.. ….to do all these evil things….without police or judges…putting them into jail?
    So….everyone can cheat and steal…as long as you know the ways…and not be caught. Who is the master of these crooked art and craft……..Dollah or Mahathir?
    kickdefella have deleted my response…….and I need a site to put it out.
    After all…..every Malaysians have their rights to put out their opinions..and Mahathir is smart to put out all his conditions…so that if..you are deleted..he can say..you did not comply to his conditions.
    Damn!! He was the ex PM!! Why have so many rules…for freedom of speeches? He can just say..”no fouls words” ..is good enough. Why so many rules….by one who is right now crying for justice and freedom of speeches?
    This old ex PM man is daily becoming a real pain in the arse …..so sad.

    Reply

  65. 65 wann Jun 23rd, 2008 at 8:47 pm

    satu lagi,isu songkok,kenapa DAP bersikap ego??patut mereka tau tanpa sokongan orang melayu kpda DAP tak mungkin merka boleh memenagi bnyk kerusi..kalau nak tunjuk perangai sangat kita lihat apa akan jadi pada pilihanraya kedepan nanti..

    Reply

  66. 66 slyderrose Jun 23rd, 2008 at 8:59 pm

    Selamat kembali dari Mekah untuk DSAI dan keluarga.

    Saya rasa macam ada sedikit kemelut dalam kerajaan negeri Selangor.iaitu:

    1. Duit derma untuk menyambut 100 hari PR dimasukkan dalam akaun PKR. Dah jadi satu isu. Macam mana ini bolih berlaku?. Kita berpegang pada janji untuk telus dan ini memang tak telus. Saya rasa Tan Sri Khalid kena berhati-hati, jangan ambil mudah perkara ini.

    2. Macam mana si ezam tahu pasal ini sebelum keluar dalam paper lagi?. Mesti ada orang yg membocorkan perkara ini pada si mamat ini.

    3. Kes yahya Sahri, pembantu khas Tan Sri Khalid. Berita keluar dalam paper mengatakan dia digantung selama 2 bulan sehingga BPR selesai menjalankan siasatan. Cara Tan Sri Khalid bertindak seperti dimaklumkan dalam paper saya rasa tidak betul. kenapa hanya hantar SMS aje. Tidakkah dibawa berbincang dengan exco2 atau pihak2 berkenaan. kenalah follow procedure dan baru diberitahu pada yahya sahri secara rasmi. Tindakan Tan Sri Khalid ini tidak professional dan tidak telus.

    Demi reputasi dan memelihara perpaduan, saya minta DSAI dan MT keadilan membetulkan keadaan ini. Damage control kena dilakukan. Jangan beri peluru pada umno/ BN nak melanyak PKR/ PR. Rakyat sedang memerhatikan ini semua.

    Reply

  67. 67 cokelat Jun 23rd, 2008 at 9:39 pm

    TEGURAN KPD WAKIL RAKYAT PR LEMBAH KELANG….

    Setakat ini…

    Ahli Parlimen Batu- Tian Chua

    Pengundi merasai kehadiran Tian Chua disaat memerlukan… Rajin dan mesra rakyat.

    ADUN Bkt Lanjan- Elizabeth Wong..

    Bekerja kuat dan disenangi semua bangsa. Peka akan masalah rakyat.

    Parlimen Bandar Tun Razak- Tan Sri Khalid..

    Datang seminggu sekali. Belum satu janji pilihanraya dipenuhi. Tidak mesra rakyat.

    Parlimen Lembah Pantai- Nurul Izzah..

    Dah mula turun padang. Kena kerja kuat lagi. Mesra rakyat dan glamour.

    ADUN SRI MUDA – SHUHAIMI

    Bekerja kuat. Rajin dan mesra rakyat.

    bersambung……

    Reply

  68. 68 AnakMudaParlimenBatu Jun 23rd, 2008 at 9:47 pm

    Ayahanda DSAI,
    Harapan kami ingin melihat negara kita menjadi satu negara yang menjadikan rakyat duduk sama rendah dan berdiri saman tinggi dalam apa jua keadaan. Hak orang melayu terus dipelihara untuk menjamin orang melayu masih bertahan di bumi Malaysia ini, kerana selama ini hak orang melayu telah menyelamatkan orang melayu, kalau tidak ada orang melayu akan terkubur akan perangai negatif mereka yang tidak berubah ini. Saya masih percaya akan hak Ketuanan Rakyat tidak akan mengugat hak orang melayu.

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    Reply

  69. 69 muslimah KL Jun 23rd, 2008 at 9:54 pm

    Salam DSAI,

    Saya rasa pelik, kenapa sehingga hari ini isu kenyataan bersumpah raja Petra yang mengaitkan Rosmah Mansor tu tiada coverage dr semua media di Malaysia ni? Lepas tu keluar pula berita kes Altantuya ‘wrapped-up’. Adakah ini bermakna tiada pendakwaan lagi boleh dibuat? DSAI, diharap sekiranya apa yang dilakukan oleh RPK itu adalah demi menegakkan kebenaran dan bukan kepentingan parti semata2, maka saya menyeru semua MP Pakatan Rakyat agar membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat. Minta juga bekerjasama dgn bapa mendiang, Dr. Shariibuu Setev agar mendapatkan perhatian pihak media antarabangsa atau kerajaan Mongolia sendiri agar kes ini tidak mudah diperlekehkan pihak BN yang memanipulasi kuasa mereka dlm bidang kehakiman Malaysia.

    Reply

  70. 70 juju Jun 23rd, 2008 at 9:57 pm

    Salam utk semua

    DSAI,

    Saya dapati banyak soalan2 yg tertentu dikemukakan kpd DS yg boleh menjerat..kepada yg bertanya tunggulah DSAI menjawab di Putrajaya..teruskan perjuangan..’USAHA & DOA’

    Reply

  71. 71 namra Jun 23rd, 2008 at 10:11 pm

    salam DS,

    Banyak yang DS nak kene settle… Saya salah seorang yang menyokong DS kerana kelihatannya objektif DS utk menyatukan PAS,PKR dan DAP agak berjaya.

    DS kene settle berkenaan persepsi rakyat ketika ini. Saya rasa ramai yang confused dengan whats going on..banyak sangat “gimik”…

    Bagi saya, parti kerajaan skrg ni sedang mencuba pelbagai cara untuk musnahkan PR, termasuklah menjadikan rakyat rasa tertipu dengan PR. Soalnya, dapatkah rakyat bertahan dengan keadaan yang berkecamuk sekarang ni?? 16 Sept tu maknanya lagi 91 hari. Macam-macam boleh jadi.

    Minta DS fikirkan plan B dan C incase plan A gagal.

    Dlm blog ni pun dah banyak spy kerajaan BN, so guys watch out…mana-mana yang tulis cuba nak psyco tu jangan baca.

    Ke arah Kerajaan Islam. Islam for All!

    anonymous

    Reply

  72. 72 Halim Jun 23rd, 2008 at 10:19 pm

    Sekarang ini negara kita diperintah oleh golongan”dajjal”. Golongan “dajjal” ini akan menawarkan habuan untuk mereka yang menyokongnya, tetapi bagi golongan yang menentang mereka, habuannya juga ada, tetapi habuan dalam bentuk hukuman dan kesengsaraan.

    Golongan “dajjal” ini tidak pernah memikirkan hal-hal rakyat, tetapi mereka hanya memikirkan habuan untuk anak menantu, kroni dan kaum kerabat mereka sahaja.

    Reply

  73. 73 thaqif Jun 23rd, 2008 at 11:02 pm

    DS,

    TERLALU BANYAK SPEKULASI.

    Saya rasa kehidupan Rakyat Malaysia sekarang tidak terurus dgn baik.Sungguh malang kerana,hidup hari ini,rakyat tidak lagi boleh menjangka apa yg akan berlaku pada hari esok.Saya tidak menyalahkan Kerajaan BN 100%,kerana para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri juga mencarum kearah ini.Saya cukup kecewa dgn kehidupan di Malaysia sekarang kerana setiap pemimpin kelihatan seolah-olahmahu memperbodohkan rakyat jelata,entah apa tujuan mereka.Saya amat berharap agar DS menyedari hakikat ini dan mengambil langkah yg patut,kalau perlu bertindak,bertindaklah kalau perlu berdiam-berdiam lah,apa-apa tindakan pun mistilah demi rakyat.Saya juga turut bersimpati kepada susah payah DS,kerana kelihatan seolah-olah DS kesaorangan tidak mempuyai balatentera yg mencukupi dan berkualiti,segala usaha terpikul atas bahu DS sendirian,yg lain lebih ramai menunggu.

    TS KHALID KEBALKE?.

    Sehingga sekarang,saya melihat TS Khalid sebagai MB selagor hanya di serang dari kiri dan kanan,dan belum pernah lagi melihat beliau menyerang.Beliau hanya mendedahkan berbagai penyelewengan kononnya di lakukan oleh kerajaan terdahulu,tapi sehingga sekarang tidak ada satu pun tidakan yg di ambil terhadap mereka.Tak mungkin tidak ada satu pun kes mudah yg boleh di bawa ketengah,kes BAKTI misalnya pada pandangan saya bukanlah satu kes yg rumit,bawa saja mereka kemahkamah atau serious kan tindakan siasatan.Kelembapan atau sikap berhati-hati yg keterlaluan TS Khalid terhadap musuh menyebabkan musuh beliau mempunyai banyak masa mencari kelemahan beliau dan kerajaan PR,lalu meyerang beliau pagi dan petang.Kalau TS Khalid bertindak lebih pantas dgn melepaskan beberapa pelurunya misalnya,mungkin mereka ini tidak lagi mempunyai banyak masa utk menghentam dan meyerang TS dan kerajaannya,kerana mereka terpaksa pula membuat persediaan menyelamatkan diri mereka.TS nampaknya lebih cepat mengambil tidakan terhadap krunya sendiri berbanding terhadap musuhnya,dan TS Khalid seolah-olah lebih bersedia menghadapi pemberontakan dalaman berbanding memberi pukulan maut kepada musuhnya.Mungkin kerana TS Khalid bukan seorg ahli politk,atau mungkin juga beliau seorang KEBAL.

    Reply

  74. 74 Chilten Jun 23rd, 2008 at 11:53 pm

    Aduh, kita nakkan kerajaan yg telus. Tapi bila tengok kes Yahya ni, seolah-olah tiada beza antara PKR dgn UMNO…saling bantah-mebantah dan cabar-mencabar sesama sendiri. Kalau nakkan kerajaan yg telus, siapa yg bersalah perlu dikeluarkan drpd parti.

    Reply

  75. 75 wasai Jun 23rd, 2008 at 11:58 pm

    Di Sabah PTI lebih menakutkan daripada isu kenaikan minyak.
    Minta segera diselasaikan! KM Sabah tolong bangun. Jangan banyak cakap!
    Apa? Kau buta ke?

    Reply

  76. 76 wasai Jun 24th, 2008 at 12:12 am

    Kami di Sabah, Islam atau Bukan Islam, Bumiputera atau bukan Bumiputera, sama satu keluarga,
    yang penting warganegara. Cuma bezanya, kami tidak mempunyai Raja. Yang kami ada ialah ‘Raja PTI bin IC PROJEK’.

    Reply

  77. 77 Cucu Tok Bachok Jun 24th, 2008 at 12:20 am

    Salam Dato Seri

    Apa yang saya katakan tentang DAP ada kebenarannya kini. Isu tidak memakai songkok adalah bukti perangai DAP. Bayangkan kalau satu hari nanti DAP berkuasa bersama-sama dengan PKR dan PAS. Saya amat yakin dato Seri sukar untuk mengawal tindak tanduk DAP ini.Saya perhatikan DAP tidak mudah tunduk dalam sesuatu perkara apatah lagi sekiranya menyentuh soal kepentingan DAP.

    Di Perak, bila DAP tidak dapat menjadi Menteri Besar,kegagalan ini menyebabkan mereka menuntut 6 jawatan exco, jawatan speaker dan menuntut juga jawatan senator.Perangai DAP bila dah dapat, untuk lepas memang sukar. DAP jauh berbeza dengan MCA.

    Reply

  78. 78 Norazmi Jun 24th, 2008 at 12:33 am

    Kita kalau nak berhujah tak payahle menggunakan kata kata kesat. Kita juga yang mulakan. DSAI tak menggunakan kata kesat pun boleh goncang Malaysia. Jadi saya harap anda semua ikut lah DSAI ni. Cuma saya ingin bertanya kepada DSAI dan mengharapkan jawapan yang seihklas mungkin mengenai persoalan saya ini.

    MACAMANA DSAI HENDAK MEMBENTERAS RASUAH.
    SIAPAKAH YANG MEMULAKAN DAN SIAPA YANG MENDAPAT FAEDAH DARIPADANYA?
    ADAKAH RAKYAT MALAYSIA ATAU ORANG SERTA KELUARGA MEREKA SAHAJA.
    KALAU SEMUA MENDAPAT FAEDAH KENAPA MASIH ADA YANG MENGELUH DIKALANGAN RAKYAT.
    SIAPA YANG PATU DIPERSALAHKAN DLM HAL INI? TDM/AAB/NR ATAU DSAI SENDIRI KERANA DSAI SENDIRI ASALNYA DARI BE END JUGAK. APAKAH LEBIHNYA DSAI INI? BERHUJAH HEBAT KEPADA YANG TAK TAHU HUJUNG PANGKAL MENDENGARNYA.
    ISU KERAJAAN BARU 16/9/2008 ADAKAH DALANGNYA DSAI? MEMBERI RASUAH KPD AHLI AHLI PARLIMEN YG BERTUHANKAN DUIT RINGGIT/INGIN MENJAGA PERIUK NASI SENDIRI.

    Reply

  79. 79 civic Jun 24th, 2008 at 12:36 am

    Apa lagi nak harap kaki angguk dlm amno utk membela rakyat..hidup mereka persis babi hutan yg suka menyondol..sori dato seri,saya tgh marah tgk dlm dewan tadi usul minyak semua sokong,memang takde hati perut tulll.

    Reply

  80. 80 kuda kepang STC Jun 24th, 2008 at 12:44 am

    Ezam nak selak kain orang sedangkan dia bolen!….

    Reply

  81. 81 Laksamana Din Jun 24th, 2008 at 12:44 am

    My comments:

    1) SAPP – this is a non-issue case for BN as the party is small and their doings as no significant impact to the change of leadership.

    2) Harga minyak – most countries has increased the oil price and Malaysia should also increase it. Dato Sri does not explain clearly and fully how Pakatan Rakyat can reduce the price of oils if in control. This issue is debatable.

    3) To Putrajaya – Not now for Pakatan Rakyat but should wait. But DS Najib should not be made the PM. Pak Lah should remain.

    Reply

  82. 82 angkasawan nasa Jun 24th, 2008 at 1:08 am

    WAAN,

    Bapak *** anak rentik ini ungkapan lama kalau silap harap Datuk Aziz Deraman betulkan BERAPA RAMAI MELAYU GUNA SONGKOK BILA BERJUMAAT. melayu sendiri telah menjauhi songkok sepatutnya kerajaan UMNO wajibkan guna songkok pada kakitangan kerajaan bukannya baju batek pada hari hari tertentu UMNO yang buang budaya mereka lepas tu suruh orang lain pakai. kalau saya kata UMNO sewel orang UMNO marah saya. ini budaya umno bila Presiden mereka suka batek yang bawah tidur pun guna baju batek cadar pun batek. pemikiran UMNO telah di petenkan di pejabat peten TM. saya tegur ini untuk menbena kalau kita mahu orang lain menbuat sesuatu kita kena mulakan dulu kita kena menbudayakan supaya rakyat ikut tapi malang kita punya UMNO yang punya sikap ugut dan paksa. jika dilihat dari sudut bersongkok di India dan Indonesia ia cuma budaya dan bukan atas Agama atau wajib di gunakan bagai mana kita nak wajibkan yang guna serban dari keturunan bangali mesti guna songkok di dewan negeri.kadang kadang kita kena ada rasa timbang rasa untuk semua. ada polis guna serban tak guna cap kita semua boleh terima ini soal kecil soal yang boleh di runding tetapi UMNO kita semua sedia maklum.

    Reply

  83. 83 Nibong Bertam Jun 24th, 2008 at 1:10 am

    Saya berminat menonton National Geographic melalui Astro.Teringat saya satu episod yang menayangkan bagaimana innovatif dan kreatifnya rakyat Amerika menukarkan minyak masak menggoreng kentang yang dikutip dari restoran-restoran makanan segera ditukar sebagai diesel.Ada episod yang menggambarkan bagaimana mereka memaksimakan tenaga solar untuk kegunaan sebuah rumah (pertandingan di kalangan siswa universiti) dan sekarang mereka sedang memajukan tenaga angin dan “solid fuel” yang banyak dijumpai diperairan Teluk Mexico dan Laut Utara (Great Britain).
    Saya bertanya diri sendiri kenapa mereka boleh sampai ke tahap sebegitu?.Jawapannya amat mudah.Its Start with systems.Apakah sistem yang paling penting dalam pembangunan dan perkembangan Amerika?.Pendidikan adalah jawapannya.Bagaimana sistem pendidikan di Malaysia ?.Jawapan saya adalah kacau bilau dan haru biru.Semasa DSAI menjadi Menteri Pendidikan,wujudnya Falsafah Pendidkan Malaysia,Kementerian Pelajaran diubah kepada Kementerian Pendidikan,memperkenalkan sebutan baku (bukan bahasa baku).Tapi setelah DSAI sudah tiada dalam kabunet, yang pertama berubah ialah tiada lagi sebutan baku dalam Bahasa Melayu, Falsafah Pendidikan Negara ditukar kepada Falsafah Pendidkan Kebangsaan dan paling teruk ialah Kementerian Pendidikan ditukar kepada Kementrian Pelajaran apabila DSAAB menjadi PM.Kenapa harus diubah.Takut pada bayangan yang telah dicipta oleh DSAI.Kami di KPM pada tercengang dengan perubahan itu.Kenapa Pelajaran tidak Pendidikan.Apa maknanya pelajaran dan apa pula pendidikan.Pelajaran bermaksud lesson.Pendidikan bermasuk educate.Kenapa KPM dalam bahasa Inggerisnya Ministry of Education bukan Ministry of Lesson.Itulah dangkalnya pemikiran DSAAB berbanding DSAI.Semasa DSAI menerajui KPM, halatuju pendidikan adalah jelas,berfokus, bermatlamat seperti yang tersurat dan tersirat dalam FPN.Sekarang ini adakah matlamat “pelajaran” kita jelas. Apakah halatuju PPSMI kita jelas.Pelajar dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.Kenapa tak tukar semua mata pelajaran dalam bahasa Inggeris termasuk Pendidikan Agama Islam (istillah pendidikan digunakan disini kenapa tak pelajaran?).Cuba lihat di Jepun, Korea atau China,sampai ke peringkat univesiti semuanya menggunakan bahasa ibunda.Tak lahirkah saintis,jurutera,teknokrat,doktor yang tersohor.Kesilpan besar kita adalah sistem. Kenapakah tak di Englishkan bahasa Inggeris. Pokok utama di siniadalah bahasa Inggeris bukan sains dan matematik. Cuba tanya Hishamuddin berapa billion telah dibelanjakan dan dibazirkan oleh PPSMI.PPSMI ini sebenarnya sistem yang lahir dari idea politik.Pernah seseorang bertanya.Apakah kejayaan PPSMI setakat ini.Ada jawapan sinis. PPSMI telah berjaya melahirkan beberapa orang jutawan segera.
    Saya amat tertarik menonton rancangan Are You Smarter Than The Fifth Grader.Kurikulum sekolah rendahnya tidak padat,tapi dari segi knowledgenya luas.Sistem kita memaksa kanak-kanak dari sekolah rendah memikul beg berat setiap hari.Kurikulum kita amat membosankan.Teringat saya kata-kata DSAAB.Rumah beliau dikunjungi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sebagai tanda hormat, KPPM bertanyakan Nouri ” How’s school today?. Boriiiing jawab Nouri.Oleh kerana DSAAB ketika itu Menteri Pelajaran,tak terfikirkah apa luahan si anak tu.
    Dari sistem inilah pelajar terbelenggu dengan kaedah yang membosankan.Guru kurang kreatif dan pembelajaran yang membosankan dengan asakan-asakan kurikulum yang padat.Inilah padahnya kalau sibebal yang menjadi ketua.
    Syabas Hishamuddin, sistem anda telah melahirkan amat ramai educated student,tetapi very few learned one.

    Reply

  84. 84 mongolian Jun 24th, 2008 at 1:25 am

    Maaf untuk semua, halatuju PR bukan Putrajaya halatuju PR adalah berpaksikan Rakyat putrajaya hanya jenama, kalian jangan terlalu mengejar Putrajaya ia cuma bayangan PR sebagai panduan tertapi hakiki nya adalah rakyat rakyat adalah putra yang mejayakan misi untuk berubah dan bertambah daya saing untuk negara dengan cabaran dunia yang sudah menuju kearah yang memerlukan kerjasama sejagat untuk ekonomi,politik,iklim,makanan,penyakit dan lain lain jika UMNO dengan budaya gear R PR kena pacu dengan Gear D jika boleh 1 – 2 jika of road.

    Reply

  85. 85 Aiman Albakri Jun 24th, 2008 at 1:36 am

    Dato Seri, sudah saya ramalkan kemelut akan berlaku akibat kes Pegawai Kanan MB yang disiasat BPR tidak diurus secara bijaksana. Seharusnya Tan Sri Khalid lebih memikir cara menyelesaikan perkara teknikal begini. Kalau benar Yahya Shaari hanya mengeluarkan surat sokongan sebagaimana ramai orang lain juga melakukan perkara sama – termasuk Dato Seri sendiri – bermakna Yahya Shaari (YS) telah teraniaya. YS telah berjasa besar bekerja keras membantu kemenagan PKR dan PR di Selangor pada PR 12 yang lalu. Dimanakah semangat setiakawan Tan Sri Khalid? Pemimpin politik bukan macam pemimpin korporat. Pemimpin kena sensitif dengan perasaan pengikutnya yang telah banyak berkorban untuk menaikkan beliau di PR 12 lalu. Janganlah lihat YS hanya seorang individu. Ratusan malah ribuan penyokongnya juga perlu dijaga hati dan perasaan mereka. Saya lihat TS Khalid agak terburu-buru dalam menyelesaikan perkara ini. Wallahu a’lam.

    Reply

  86. 86 Hazazi Jun 24th, 2008 at 2:17 am

    Datuk seri…saya bersama rakan-rakan akan terus menyokong perjuangan Datuk seri.. insyaALLAH kita bersama membina Malaysia Baru..
    UMNO dan BN sudah tidak mampu menjadi pemimpin…. jika 16september tak jadi,biar kita rangka srategi baru..jatuh kan UMNO/BN dengan cara kasar ckit…..

    K………
    Salam rindu dari anakda rakyat….

    Reply

  87. 87 criticalthinker Jun 24th, 2008 at 2:38 am

    bg aku,PKR dah tunjukkan diorg mmg TELUS dalam pemerintahan..walau org kanan sekali pun,buat salah mesti kena hukum..bgs la tu kan?bukan mcm parti Be End,sampai letup org dgn C4 pun buat2 tak nampak..rasuah lagi la,jadi yang mane nk kritik2 PKR tu,gunalah otak yang dianugerahkan Allah kt kepala,bkn guna kepala lutut k..thanx

    Reply

  88. 88 Hawk Tan Jun 24th, 2008 at 2:38 am

    Salam DSAI,
    Izinkan saya memimjam ruang untuk memberi ulasan.

    Kepada,
    Saudara Ramzam Melbourne,

    Terima kasih, saya amat menghargai komen saudara.

    Kepada,
    Saudara Padangjawadotcom

    Kita sebagai rakyat Malaysia harus menghormati kedaulatan dan perlembangan negara.Saya percaya saudara masih ingat RUKUN NEGARA kita.
    Sebagai seorang wakil rakyat/ADUN dinegara kita,(tidak kira dari mana mana parti politik pun) beliau seharusnya berasa bangga kerana mewakili rakyat kawasan beliau ke Sidang Dewan Negeri. Susah ke nak pakai pakaian rasmi dan bersongkok bukannya disuruh dia bersunat? Itupun ramai yang bukan Islam pun dah bersunat.Pakai kot macam mat salleh boleh, baik pakai topi koboi sekali.Maaf, sekirannya perkataan yang diluahkan kurang menyenangkan.
    Sebagai seorang wakil rakyat/ADUN beliau harus mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat dan bukannya menunjuk sifat ego dan kelakuan yang tidak disenangi oleh rakyat.

    Salam mesra.

    Reply

  89. 89 criticalthinker Jun 24th, 2008 at 2:53 am

    to cokelat:

    Tan Sri Khalid kn MB,mesti la susah turun padang,dpt trn seminggu sekali pun dah bagus sgt..mesra ke tak tu aku tak tau la sbb tak pernah jumpa dia secara dekat..tp kalo nk bandingkan ngn bekas MB tu,alih2 hadiah penyapu kt pegawai2..sian pegawai dia..hehe..so,sekarang ni baru 100 hari PR memerintah,bukalah mata dan berfikirlah dgn minda dgn ape yg dorg buat,at least dorg lebih berjiwa rakyat drp pemerintahan terdahulu kan?ade ke bekas MB bg air free?SYABAS bg air kotor n mahal ade la,naik harga je ade la..kita bg la tempoh 5 taun br la kita judge k?kerajaan ni baru bertatih kalo nak dibandingkan dengan sistem 50 tahun yang kita tak nampak lgsg ape2 kebaikan..makin teruk ade la..lagi satu harap jgnla baca utusan meloya,berita hairan or tengok media2 Be End tu..takut2 TERpercaya dgn dakyah dan putar belit berita burukkan kerajaan PR..jadi baca la di media yg telus dan boleh dipercayai..thanx

    Reply

  90. 90 azizrina Jun 24th, 2008 at 2:55 am

    To monsterball, it seems that you are wrong in every sense that you have regarding the Malays. Get your Facts right before you write something nonsense. Open your eyes to whats happening around you, i despise such irresponsible comments that boders on racism like the one you make.We Malays might not be rich but we are loyal and passionate Malaysian and i belief the other races are just as loyal and passionate. Stop making ridiculous commets this blog is for Malaysian who loves this country.

    Reply

  91. 91 Shen Yee Aun Jun 24th, 2008 at 3:06 am

    SLOGAN DAN BAHASA YANG LEBIH TEPAT IALAH HARAPAN BAHARU UNTUK MALAYSIA DAN BUKANNYA BARU.

    Reply

  92. 92 khalib Jun 24th, 2008 at 4:55 am

    Kita kalau diatas pagar memang KELIRU dengan apa-apa saja.Soalnya apakah kita betul-betul mencari penjelasan atau cuma membuka pekung didada.Kalau masih ragu-ragu, berpuashati sajalah dengan keadaan semasa, diam seribu bahasa,asalkan kita hidup selesa,membabi buta.

    Tidak pernah terbaca risalah mengutuk PKR? cuba lah cari kat arkib negara,mudah-mudahan terjumpa jawapan.Jika tidak cuba-cubalah bertanyakan mamak maidin tentang kaedah,strategi menghentam PKR dan DSAI diTV, di musim pilihan raya. Tentu dia gemar dan bangga mendabek dada memberi jawapan.

    Tentang perkara-perkara lain itu, elok juga jika di tanyakan kepada mereka mereka yang di persada pemerintahan sekarang ini, yang saban waktu ashik menafi dan mengelak,menggelabah tak tentu pasal.Tidak pernah sedarkah,tidak nampakkah apa yang mereka buat.Agaknya kita sengaja tidak mahu tahu.Bukankah begitu caranya kita berfalsafah demi memperjuangkan keuntungan buat diri sendiri.Hinggakan sanggup mencemar aqalbudi dan peribadi, walaupun diberi peluang untuk merobah halatuju kehidupan, agar hidup kita lebih memberi erti kepada sesama kita,masih juga kita sanggup bersenang-senangan diatas penderitaan orang lain.Katak dibawah tempurung itu pun lebih merasa dan mengenal keadaan sekelilingnya diluar,kerana kekuatan instink semulajadinya.sayang sekali kita yang beraqal,berotak, tidak bijak menilai tuntutan massa.Akhir-akhirnya kita hanya tahu mencari kesalahan manusia yang tidak jemu-jemu memperjuangkan nasib dan kehidupan kita.Malang sekali,jika kita diketepikan kerana kebodohan kita itu sendiri.

    Reply

  93. 93 kuan Jun 24th, 2008 at 9:34 am

    setelah persekutuan ditaluki maka penilaian akan bermula . Ambil alih perskutuan kunci kejayaan pemerintahan negeri2. Kepeda pendokong pr , besarkan jiwa anda , jangan terpedaya permainan
    umno dan kawal emosi . Matlamat adalah menukar BN

    Reply

  94. 94 keturunan ngah Jun 24th, 2008 at 9:35 am

    salam DSAI,

    kalau betullah DSAI nak tumbangkan BN…. tumbangkanlah sekarang… apa tunggu lagi… saya dah letih nunggu ni… lagi satu… kata ada gempak kat Parlimen semalam isnin, tapi… hampeh…. alasan kat dalam harakah… ugutan… saya dah agak dah mesti guna alasan itu gak…
    saya ni sokong DSAI dari dulu lagi… TAPI… bila lama-lama asyik kata nak tukar kerajaan.. tapi tak tukar pun… orang boleh benci macam ni… no action, tack only..NATO.. but DSAI, please change our government NOW!!! why u want wait until september… a lot of people suffer now… did u notice that? pay more for petrol… I REALLY DONT UNDERSTAND WHY U WANT WAIT UNTIL SEPTEMBER… BUT I GUESS U JUST TALK ONLY…

    fyi.. i’m not bolgger hired by UMNO or Gov… i’m sincere want u succes… but with current situation… it’s not good for our national economy…

    Reply

  95. 95 keturunan ngah Jun 24th, 2008 at 9:37 am

    salam DSAI,

    kalau betullah DSAI nak tumbangkan BN…. tumbangkanlah sekarang… apa tunggu lagi… saya dah letih nunggu ni… lagi satu… kata ada gempak kat Parlimen semalam isnin, tapi… hampeh…. alasan kat dalam harakah… ugutan… saya dah agak dah mesti guna alasan itu gak…
    saya ni sokong DSAI dari dulu lagi… TAPI… bila lama-lama asyik kata nak tukar kerajaan.. tapi tak tukar pun… orang boleh benci macam ni… NO ACTION, TALK ONLY..NATO.. but DSAI, please change our government NOW!!! why u want wait until september… a lot of people suffer now… did u notice that? pay more for petrol… I REALLY DONT UNDERSTAND WHY U WANT WAIT UNTIL SEPTEMBER… BUT I GUESS U JUST TALK ONLY…

    fyi.. i’m not bolgger hired by UMNO or Gov… i’m sincere want u succes… but with current situation… it’s not good for our national economy…

    Reply

  96. 96 keliru Jun 24th, 2008 at 9:45 am

    Kalo diteliti dan dipikirkan balik, kiter semua nie sama jer… kalo dah namanyer melayu sifat hasad dengki mesti ada.. tak boleh disangkalkan lagi.. sama ada BN atau PR sama jer.. masing2 ader kelemahan sendiri… BN yang da lama memerintah, banyak kemajuan yang dibina tapi tetap ader kelemahan.. PR pula baru 100 hari memerintah dah macam2 pencanggahan pendapat dalam PR 2 sendiri… macam maner nak memerintah kerajaan??? dalam negeri pun banyak pencanggahan…

    dalam bab tender bagi pada kroni n kaum kerabat jer plak, rasernyer benda tue biasa.. nak carik keje skrang pun kena ader kroni.. nak blaja pun kena der ‘KABEL’.. kalo y’all jadi MB, tak nak ker bagi kaum kerabat tender2??? Kiter nie sama jer… Setiap manusia ader kelemahan.. Naper tak rebutkan ekonomi di tangan bangsa asing??? Naper rebutkan politik ditangan orang melayu?? kiter sebenarnya tak der pe2 pun.. hanya harapkan politik ditangan melayu.. kalo jatuh ditangan bangsa asing, pe akan jadi pada orang melayu??? pe akan jadi pada hak orang Melayu??

    kita sibuk bertelagah, bangsa asing mengambil kesempatan.. saper yang rugi??? saper yang untung??? BERSATULAH.. BIAR MEREKA TAHU, BANGSA MELAYU INI HEBAT…

    Reply

  97. 97 awangku-awangmu Jun 24th, 2008 at 9:46 am

    salam DSAI…

    kepada penyokong2 BN sudah2lah mengkritik negeri2 yang diperintah oleh PR. memanglah PR tak dapat memenuhi semua manifestonya kerana kerajaan PR baru memerintah 100 hari. kalau nak sangat bagilah PR memerintah kerajaan pusat. tengok BN memerintah selama 50 tahun ape yang kita dapat barang keperluan harian semakin naik tetapi gaji minimum dihadkan. cadangan MTUC utk naikkan gaji minimum rm1500 pun baru nak bincang. itu pn baru semalam buka mulut cakap nak bincang kat parlimen setelah didesak berulang kali oleh pemimpin PR di parlimen. naikkan harga minyak tak plak nak bincang. langsung tak fikirkan kesan langsung daripada kenaikkan harga minyak. cubalah usul ke parlimen dulu sebelum sesuatu tindakan diambil. jadi rakyat boleh bersedia.

    ini ada satu berita yang menarik perhatian saya. 4 ahli MP PR menaiki basikal ke parlimen. Dato Nazri Aziz bukan main lagi kritik. cakap nak suruh rakyat berjimat cermat. ini barulah satu contoh yang baik yang ditunjukkan oleh pemimpin PR. supaya kesusahan yang ditanggung oleh rakyat sama2 dirasai. nampak sangat yang BN ni cakap tak serupa bikin.

    apa2 pn semoga hasrat DSAI ke putrajaya tercapai

    syabas kepada Pakatan Rakyat…

    REFORMASI ! REFORMASI ! REFORMASI !

    Reply

  98. 98 Elias Hj Idris Jun 24th, 2008 at 9:57 am

    Isyy… dah mula tawar hati ni.

    Buat gimik, tipu orang!

    Bila kerja, tak tau pilih orang.

    Mana sahabat, mana kawan?

    Yang dipilih rupanya musang.

    Musang berbulu ayam,

    berebut isi borang PKR, rupanya UMNO ‘piang’.

    p/s Awas sikit, UMNO biasa ‘jual’ bini tau! Ingat tak si anu yang kahwin ngan wanita Filipino tu! Bini dia buat jamu orang lain.

    Satu lagi ‘kahwin kontrak’; MoU atas kapal terbang je – kawan dia yang kawin, tapi dia yang pakai. Ni cita 10 tahun lalu kat Melaka.

    Reply

  99. 99 keliru Jun 24th, 2008 at 9:57 am

    KEPADA WAN…

    Da terlambat untuk awak menyesal kenapa memangkah DAP?? Bukak mata wahai org melayu, tak nampak ker pe yang DAP buat pada orang melayu slama ini??? BERSATULAH…

    Reply

  100. 100 ikanlepu Jun 24th, 2008 at 10:03 am

    Buat apa dilayan agenda UMNO/BPR?

    Usah nak tunjuk terlalu telus, tapi makan diri. Wat apa?

    Sekarang kan dah rosak susu sebelanga.

    PKR Selangor kan jadi kacau dan caca-marba.

    Ingat! Seni politik ni lain gayanya.

    Contoh: Anwar tu pun masih bukan orang politik sepenuhnya.

    Dia masih seorang pejuang. Ada beza tu.

    La ni Khir Toyo kan gelak besar.

    Lulus jarum, lulus la kelindan.

    Mat Taib pula main peranan melalui JKKPnya.

    Hah… cantik.

    Reply

  101. 101 Halik Zaman Jun 24th, 2008 at 10:06 am

    Salam Dato Seri Anwar

    Kalau saya jadi Pak Lah.Kerusi BN cuma 180. Kalau ada 15 orang ahli Parlimen lompat ke PR. Saya terus bubar Parlimen. Saya tidak begitu senang senang sahaja biarkan ahli Parlimen BN lompat ke PR.

    Kalau anda juga jadi Pak Lah. Anda pun buat perkara yang sama.

    Pendapat saya, melihat BN sudah rapuh.Jangan dulu mimpi jalan ke Putrajaya. Jalan menuju ke Putrajaya masih berliku liku banyak duri. Apa yang penting setiap pemimpin PKR/PAS/DAP mulai sekarang ‘siap siagah’ turun padang memberi penerangan kepada rakyat di kampung kampung.

    * Beri tahu kepada rakyat dikampung kampung, semua item keperluan hidup rakyat mahal mendadak. Harga permakanan rakyat setiap hari naik. Harga minyak petrol akan terus naik. Subsidi Kerajaan kepada rakyat dihapuskan oleh BN.

    * Ini masanya PKR/PAS/DAP setiap hari perang urat saraf dengan BN.

    * PKR hendaklah kembalikan penubuhan ‘cawangan’ setiap kampung disetiap kawasan pilihanraya dinama dulu PKR telah memansuhkan penubuhan cawangan cawangannya.

    NOTE:- Melihat mendung dilangit, air tempayan buang. Melihat BN rapuh kita pun mengharap ‘lampu Aliddin’ dan Jin membawa PR kejalan Putrajaya.
    HZ

    Reply

  102. 102 nawab Jun 24th, 2008 at 10:45 am

    teman-teman sekalian…

    aku ni dulu tidak begitu minat pasal politik ni…tapi sejak pru 12, aku begitu bersemangat mengundi..alhamdullilah aku telah melaksanakan tanggungjawab aku untuk melakukan perubahan…

    PR telah meraikan 100 hari memerintah beberapa negeri baru-baru ini…namun aku melihat seolah-olah macam ada yang tak kena je…satu-persatu perkara-perkara yang tidak menunjukkan kesepakatan PR berlaku….

    aku dengar selangor nak hapuskan had pembinaan rumah ibadat bukan islam? ADUN DAP johor pulak x nak pakai songkok dalam majlis sultan? Pemuda PAS nak buat bantahan konsert ella dan mas idayu?….dan macam-macam lagi lah

    PKR,DAP dan PAS x boleh ke duk bincang dulu dalam apa-apa perkara. Nampak percangahan dan kekeliruan yang berlaku. Aku terus terang katakan, walaupun aku menyokong perjuangan PR, tetapi tindak tanduk DAP dalam banyak perkara aku tidak senangi. betul ke DAP benar-benar jujur berkompromi dengan orang melayu/ islam. aku belum nampak kewajarannya.

    BN nampak macam dah abis hayat…tapi dalam banyak perkara…mereka bersatu…walaupun kenaikan harga minyak yang mendadak…apa yang aku nampak perbezaan parti yang dah memerintah 51 tahun dengan 100 hari.

    apa yang aku nyatakan adalah untuk kebaikan PR…harus kita sedari BN mempunyai segala-galanya.Agensi kerajaan, media elektronik dan massa dan segala-galanya.

    APA SAHAJA BOLEH BERLAKU TIKA DAN SAAT INI>>>fikir-fikirkanlah bersama

    Reply

  103. 103 edisham Jun 24th, 2008 at 10:50 am

    harap dato’ seri dapat settlekan masalah di selangor dengan segera. ini melibatkan nama dato’ seri.

    Reply

  104. 104 Ketua Mujahiddin Jun 24th, 2008 at 11:04 am

    BN-UMNO sedang main kotor dengan sesiapa sahaja yang menentang mereka. AWAS! Pembangkang berhati-hati semasa melakukan setiap urusan dan pihak pembangkang wajib teliti setiap pergerakan.

    Reply

  105. 105 Bisobonar Jun 24th, 2008 at 11:28 am

    Pak Sheikh, harap dapat siasat keadaan yang berlaku didalam pemerintahan TS Khalid diSelangor. Pasti ada hantu didalam kerajaan sekarang ni kalau tidak mana mungkin isu duit itu bolos ke Ezam. Cerita ini mungkin kecil tapi bagi sebuah parti yang baru hendak bernafas bole terus ‘choke’ di buatnya. Ezam sepertimana yang semua tahu sememangnya menunggu saat ini untuk meletupkan keadaan. Kedua TS Khalid saya rasa tidak professional sekiranya hanya menghantar SMS kepada pegawai yang berkenaan dengan pengantungan kerja selama dua minggu. Come on, ini bukan corporate body tapi badan kerajaan. Dia berkhidmat untuk rakyat bukan untuk mencari keuntungan syarikat. Baru je Sheikh puji dia pada malam 100 hari di Shah Alam tu hari jad jadi macam ni. Nobody is perfect but make use of the coconut properly…

    Reply

  106. 106 ahmad Jun 24th, 2008 at 11:56 am

    Saudara DSAI,
    Hari ni (24/6/2008) kat Parlimen.. KJ telah hentam TS Khalid yang PKR telah menyalah-guna kuasa dalam 100 hari pemerintahan diSelangor.
    Tapi TS Khalid mahu beri penjelasan..tidak diberi laluan olih Tuan Speaker..tak adillllllll..

    Kita pasti tindakan TS Khalid adalah cara terbaik menangani isu ini… telus dan bijak dengan menggantung jawatan YS 2 bulan hingga BPR selesai siasatan/dakwaan (jika ada). ..bukan ikut cara UMNO/BN semua simpan bawah bantal.. atau tunggu dulu.

    Sekarang kita tanya sama KJ….bagaimana dia bolih mempunyai banyak wang walhal katanya penganggur (kata AAB)….sungguh ajaib. Kenapa BPR tidak siasat dia atas beberapa hal yg lain???

    Wahai MP PR..eloklah saudara menyerang KJ..jangan biarkan dia sahaja yg menyerang.

    Reply

  107. 107 Stealth Jun 24th, 2008 at 11:56 am

    ‘US pumps inflation into world economy’
    Tue, 24 Jun 2008 04:10:57

    Iranian President Mahmoud Ahmadinejad
    The Iranian President says over the past 30 years the US has pumped inflation into global economy through issuing Monopoly money.

    “The US economy is not much generative. The world economy has been saturated with valueless dollar banknotes being injected into it. This has accordingly resulted in dollar depreciation and oil price hike,” Mahmoud Ahmadinejad said in a speech broadcast live on IRIB1 on Monday.

    Commenting on the recent record breaking rise in oil prices, the Iranian President stated, “The announcement of oil production boost by 100,000 barrels was once tantamount to price decline. But now, even a 200,000-barrel production increase results in higher prices. “

    The Iranian President described the recent trend as completely fake and “aimed at specific goals.”

    “Today oil is sold at 120 dollars a barrel but the purchasing power of the oil producing states is the same as the time oil was sold at 40 dollars a barrel in 2001.”

    Ahmadinejad reiterated that Iran seeks the genuine oil price which dose not trigger soaring price of import commodities.

    Reply

  108. 108 rakyat Jun 24th, 2008 at 12:04 pm

    speaker parlimen berat sebelah memang nampak sangat dimata umum semasa perbahasan di parlimen.nanti pru 13 kerajaan baru dakwa mereka dan konco2 bn yang telah menyeksa rakyat dengan kenaikan harga minyak yang mendadak. khairy jamaludin nampak tak berapa matang sangat dia hanya nak menunjuk pada mentua bodek la tu nak jadi menteri dalam kabinet.sabri chik nampak berlagak lah cara percakapan dia nampak angkuh la sama macm menteri penerangan yang sebelumnya.bekas orang 46 hanya merosakkan umno je masuk dalam umno.

    Reply

  109. 109 Syauqie Jun 24th, 2008 at 12:08 pm

    Salam DSAI,

    1- Saya fikir tindakan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada PM kita Abdullah perlu dilakukan secara tersusun. Strategi mesti ada. Jangan tergopoh2. Masa bertindak perlu deselaraskan. Kita perlukan effort daripada semua , bukannya individu effort. SAPP sudah memulakan … kita dapat rasakan BN kelam kabut untuk menarik perhatian rakyat. Perlu kita gerakkan secara tersusun.

    2- Sabah adalah negeri yang telah lama deperintah oleh BN. Mendapat faedah daripada Royalti minyak Petronas beberapa % setahun. Tapi sedih bila melihat keadaan negeri ini dalam berita @ cerita yang disiarkan. Bagaimana sebenarnya kekayaan mereka diagihkan ? Menyedihkan bagaimana kerajaan persekutuan melayan orang SABAH. Mereka dilayan hanya bila nak pilihanraya…. beberapa kerusi Parlimen BN banyak disumbangkan oleh Sabah / Sarawak. Pembangunan mereka menyedihkan.

    3- Bila DS berkata jalan ke Putrajaya sudah hampir… saya harap betullah seperti yang dijangka. Jangan pulak kita tertunggu2. Janji mesi ditepati. Moga apa yang dicitakan oleh PR menjadi kenyataan.

    http://www.syauqiemohdkharip.blogspot.com

    Reply

  110. 110 reformasi98 Jun 24th, 2008 at 12:28 pm

    Mana anak DSAI semasa usul kenaikan harga minyak di parlimen??? Itu la anak bini kat parlimen dah boleh panggil keluarga parlimen dah ni.

    Reply

  111. 111 Bingung Jun 24th, 2008 at 12:35 pm

    haiyah.. baru skrang ka mua bising2 itu sapp mau lompat.. harapan rakyat la apa la.. bullshit la. itu hari wakil pbs lompat masuk bn teda pula harapan rakyat sabah diungkit2..lepas tu skrang mau bising2.. DSAI kamu juga sendri tau la itu masa wakil pbs lompat masuk bn pasal itu masa kamu juga timbalan itu pm ma… kamu juga tau apa mau buat kan itu masa kan.. lepas itu monyet2 lompat sabah masi juga paling miskin d malaysia skrang lagi mau lompat ini sabah boleh maju ka?hasil bumi sabah kaya oo.. tapi apa pun teda.. wujud ka org yg kaya tapi teda harta?? lancau la.. yg bising2 skrang d sabah ni mau bantah pasal lompat2 itu bukan org tempatan sabah..pasal saya yakin yg org sabah tau fasal 20 sabah masuk malaysia suda teda jadi teda sebab utk org tempatan sabah mau bantah sapp lompat keluar.PASAL sapp harpan org tempatan sabah utk menuntut keadilan d sabah ni kalu mau harap pbs lagi suda teda la tu.. bongok suda tu teda mau stand utk tpt sendri. yang bantah tu sapp keluar tu yg asing yg kena bagi taraf warganera.. saya tdk mau ckp apa bangsa la kan sendri mau tau la.. tu bangsa yg brabis mau sokon Bn terutama Umno adala di kalangan org2 yg dpt Ic dan taraf kerakyatan malaysia dan sebab utama adalah mereka2 ini akan dpt benefit dari umno..dan yg paling sedi d surat beranak pun mereka2 yg sepatutnya pendatang di bolehkan menulis bangs mereka melayu..hahaha.. lucu & bikin panas.. ada pula org indon atau pilipin berbangsa melayu bila masuk p malaysia terutama d sabah.. org2 yg macam ni la yg buat bn menang d sabah. dan DSAI sendri saya rasa tau la ni bila start ada org2 pendatang d sabah ni dpt taraf kerakyatan malaysia. klau dsai naik memerinta buli ubah ka ini semua? lagi bagus klau buli tarik balik taraf kerakyatan mereka2 yg tersebut. klau d semenajung kamu mau ka org bangladesh atau myanmar dpt taraf kerakyatan malaysia tru d surat beranak pun d bolehkan bangsa mereka2 ini melayu?? tapi d sabah buli pasal durang yg brabis undi BN terutama Umno supaya mereka2 ni trus tinggal d sabah. dan sabah trus jadi Buruk jadi busuk jadi taik.. Pu**mak

    Reply

  112. 112 ANAK MELAYU JOHOR Jun 24th, 2008 at 12:58 pm

    istilah BANGSA ASING oleh si KELIRU sep berikut…

    5. Kenapa Encik Anwar tidak rebut ekonomi ditangan bangsa asing??? Kenapa Encik Anwar tidak mengajak Bangsa Melayu bersatu??? Ini Tanah Melayu, tanah yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita untuk kemerdekaan..

    Istilah ini menarik perhatian saya yang sudah 45 tahun hidup di Malaysia.

    PENDUDUK MALAYSIA TERDIRI DARI ETNIK MELAYU,CHINA, INDIA,KADAZAN,IBAN DLL.
    SELAIN ORANG2 MELAYU,ETNIK LAIN BUKAN BANGSA ASING…KAMU PAHAM!

    BANGSA ASING ADALAH ORANG2 LUAR NEGARA YANG DATANG MELAWAT MALAYSIA
    DARI SELURUH DUNIA..EG AMERIKA, EROPAH,NEGARA ARAB. PENDATANG2 DARI
    INDONESIA, BANGLA CHINA NEPAL AFRIKA YANG BEKERJA DI MALAYSIA KITA JUGA
    PANGGIL BANGSA ASING!

    SEDIH SAYA TERPAKSA MENGAJAR DEFINASI ISTILAH BANGSA ASING KPD SEORANG
    YG PANDAI BERI KOMEN POLITIK…..sep manusia nama KELIRU????

    Reply

  113. 113 shahreformasi Jun 24th, 2008 at 1:16 pm

    Assalamualaikum……

    DSAI pertama kali dapat bertemu DSAI di shah alam,walaupon hanya melihat dr jauh,namun hati ini puas kerana dapat melihat DSAI dan mendengar ucapan DSAI di dalam Stadium…..sungguh terharu rasanya apabila bertemu pejuang rakyat ini….dan semalam sebagai pengundi negeri selangor, Dun Paya jaras dan Parlimen Subang saya telah menerima bil air beserta dengan 20 m air percuma walaupon ketika mengundi saya tidak mengharapkan manifesto2 ini dpt ditunaikan tetapi lebih kepada memberi kemenangan kepada PR bagi memberi ingatan kepada wakil2 rakyat BN agar menurunkan ego mereka…terima kasih atas pemberian ini…..tahniah juga kepada TSKI kerana berusaha memberikan sesuatu yang terbaik buat rakyat selangor amnya….tahniah…

    insyaallah DSAI,teruskan perjuangan membela rakyat….

    assalamualaikum…

    Reply

  114. 114 PWTC Jun 24th, 2008 at 2:05 pm

    DSAI berkata “insyallah ,kita semakin hampir ke Putra- Jaya.” . Ini adalah kaedah ISLAM.

    Jadi kita semua jangan terlampau mengharap.

    DSAI dan kita hanya dapat berusaha, ALLAH MAHA BERKUASA UNTUK MEMBERI IZIN ATAU TIDAK.

    Reply

  115. 115 Halik Zaman Jun 24th, 2008 at 2:09 pm

    Salam

    Cokelat

    Mana boleh YAB Menteri Besar Selangor selalu turun padang. Mesti ada program dulu baru turun padang maaaa.

    Kalau Menteri Besar selalu keluar pejabat, siapa kerja dalam pejabat? Nanti rakyat marah lagi.

    Wang derma masuk A/C PKR

    Ini perkara teknikal sahaja. Mungkin ada kaki tangan sabotaj ker? Apa ker? Wahhhh bukan main lagi si Nazri sindir dan si-KJ buat wayang dalam dewan parlimen.Mereka secara terang terang angkut pasir jual di Singapura. Itu apa ceta?

    Kalau PR buat salah sikit, banyak bloggers komen. 50 tahun BN buat salah besar, semua orang tutup mulut jer.

    Sharil Samad bilang, beras cukup di Malaysia, memang lah cukup. Tapi harga mahu tahu juga berapa satu kampet? Orang kampung mahu makan apa? Pasir? Pasir pun mahal sekarang maaaa.

    Kalau dulu beras cap Roda 10 kilo RM22 di Sabah. Harga sekarang di Sabah RM48.90 apa macam, murah?
    HZ

    Reply

  116. 116 Dato' Shariffudin Duta Jun 24th, 2008 at 2:10 pm

    Tepat sekali pemerhatian Anak Melayu Johor (12:58 pm) di atas!

    Adakah patut dipanggil bangsa lain yang berwarganegara Malaysia sebagai ‘bangsa asing’? Memang tidak cerdik langsung manusia yang berkata begitu.

    Seperti yang ditekankan oleh Anak Melayu Johor, ‘orang asing’ atau ‘bangsa asing’ adalah mereka-mereka yang bukan warganegara Malaysia yang bersinggah di sini untuk tempoh masa yang pendek (pelawat-pelawat luar negara, dan pendatang-pendatang yang berkerja di sini, misalnya).

    Selain orang Melayu, orang India, Cina, Kadazan, Dusun, Iban, Sikh, Orang Asli dan sebagainya yang ada IC dan lahir di tanah bumi Malaysia ini bukan ‘bangsa asing’ tetapi warganegara Malaysia juga, dan dari segi itu tiada bezanya dari orang Melayu.

    Reply

  117. 117 padamar Jun 24th, 2008 at 2:15 pm

    Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada DSAI dan semua pengunjung,

    Sudah lama saya menjadi pemerhati, namun hari ini saya ingin menulis sedikit tentang kegusaran saya tentang senario politik dan ketidaktentuan ekonomi di negara yang tercinta ini.

    1. Setelah berakhir PRU12, cerita politik ini masih terus hangat diperkatakan, dibualkan malah dipresepsikan bagaikan orang kelaparan baru dapat nasi. Persoalannya bukankah sepatutnya semua kita rakyat Malaysia terus berusaha membina tanggungjawab kifayah kita.

    2. Saya pernah menulis dan menyatakan kita harus melihat kepelbagaian bangsa yg ada di Malaysia sebagai satu harta yang tidak ternilai harganya. Psikologinya, apabila kita terus memperkatakan dan melihat sesuatu isu dan keperluan berdasarkan satu-satu sudut pandangan berasaskan kaum, ianya hanya mengalakkan perasaan ‘in-bias group’ semakin bertambah. Makanya isu-isu ketuanan melayu dsbnya tak perlulah diulas oleh sesiapapun kerana tidak akan ada sesiapa yang menang.

    JADI SAYA SARANKAN

    Formula :
    Negara kita bukannya dalam krisis ekonomi kerana adanya lebihan pendapatan Cuma ada sedikit krisis kepimpinan dan kecelaruan tindakan

    Kekuatan : Kepelbagaian Kaum

    1. Semua pemimpin negara tidak kira darimana partinya atau apa keturunannya, berhentilah ‘membeli amanah’ biarpun dengan perkataan kerana AMANAH adalah sesuatu yang amat berat. Kita wajib meletakkan kepimpinan berdasarkan merit kebolehan dan kebertanggungjawabannya. Iaitu melalui ukuran AMANAH, MENEPATI JANJI, MENJAGA TALI PERHUBUNGAN. terhadap semua rakyat Malaysia

    2. Menghormatilah antara satu dengan yang lain, DSAI, Tun M, Pak Lah, Ku Li, Muhidin, Kit siang, Karpal singh, Tok Guru-tok guru, SAPP kah, Taib Mahmud kah dan sesiapa saja yang berada di tampuk kepimpinan, sudahlah… yang lepas tu sudah-sudah lah. kan elok bermaaf-maafan … Kalau terus begini dan begitu, saya yakin dan percaya, tiada siapa yang menang secara hakiki malah kalah secara hakiki, janganlah NAMA DIJUNJUNG AMANAH BERTABURAN… masa inilah kita tunjukkan pengorbanan, yang muda minta maaflah kepada yang tua, yang tua dulukanlan meminta maaf kepada yang muda. Apa yang pasti setiap pemimpin ada kelebihannya, bergabung tenagalah. Curahkanlah lagi bakti yang pernah disemai dulu. Janganlan dilupakan setiap kebaikan hanya kerana satu dua kejahatan. Hargailah perbezaan.

    3. Cadangan untuk mengatasi masalah kenaikkan harga minyak:

    3.1 Memandangkan isu kenaikkan harga minyak ini merupakan faktor global maka banyak negara yang terlibat. Kalau kita mengambil pendekatan yang sama dengan negara lain ia tidak akan membawa impak yang begitu baik. Jadi kita perlu mengambil pendekatan songsang iaitu untuk tempoh kritikal ini, iaitu meneruskan subsidi untuk jangkamasa pendek sehingga krisis ini surut kerana penarikkan subsidi hanya akan menyebabkan timbulnya pelbagai permasalahan lain secara berantai. Namun begitu setelah krisis ini reda, subsidi harus dikurangkan secara perlahan-lahan sehingglah ianya dapat dihapuskan secara total. Perimbangan haruslah dibuat dengan mengambil kira usaha peningkatan tahap produktiviti dan tahap kemampuan pendapatan rakyat jelata. Saya merasakan masalah minyak, beras ini selain dari sebab Tabii iaitu factor alam, mungkin ianya adalah disebabkan kegagalan sistem ekonomi konvensional yang pada puratanya hampir pada pusingan 10 tahun ada saja masalahnya. Dan lagi, ini adalah serangan terhadap ekonomi Asia sebab China dan India serta Vietnam terlalu cepat pertumbuhan ekonominya. oleh siapa, tentulah mereka yang ketakutan Asia Summit. Ini Soal Blok Ekonomi.

    Pemimpin yang Paling Ideal untuk tugasanini ialah : Tun M & Lim kit Siang

    3.2 Tahap produktiviti dan peningkatan kemampuan pendapatan rakyat harus dijana melalui peluang yang terbuka di depan mata kita sekarang iaitu dengan peningkatan usaha terhadap kecekapan pengurusan kewangan Islam yg pada hari ini nilainya ratusan billion Euro dan kadar perkembangan 20% setiap tahun. Jika kita terus berada dalam sektor ini, sudah pasti dana-dana berkenaan dapat digunakan untuk exporasi pasaran dan produk halal yang menyediakan pasaran yang begitu luas seperti di timur tengah, China malah India (Ini mengambil kira peningkatan tahap kesedaran dan cara hidup mereka yang semakin meningkat). Jadi pembangunan produk berasaskan pasaran ini boleh meningkatkan pendapatan tambahan kepada rakyat. Jadi pembudaya ekonomi seperti kaum cina harus berkerjasama dan terlibat dalam sektor ini. Sektor komoditi juga harus diberi perhatian. Jangan lupa sistem kewangan konvensional juga harus dimantapkan.

    Pemimpin yang Paling Ideal untuk tugasanini ialah : DSAI dan Tan Sri Mohd Nor

    3.3 Berdasarkan krisis makanan yang dialami sekarang, dan kebetulan negara timur tengah merupakan negara yang memiliki duit yang berlebihan, tentunya sektor keselamatan makanan turut menjadi penting, maka jemputlah mereka melabur di negara kita dalam sektor makanan ini, tentunya mereka berminat. Gunakanlah kepakaran kita dalam Bioteknologi. Pastinya ekonomi hiliran turut berkembang malahan “Air Asia juga turut berkembang” bukan macam Mas, sikit-sikit naik.

    Pemimpin yang Paling Ideal untuk tugasanini ialah : Pak Lah dan Muhidin, Kak Fidah

    3.4 Percepatkan pembangunan Projek Tenaga di bakun kerana, ianya turut membantu pengurangan pengantungan kita terhadap minyak. 80% guna air kan jimat. Sektor tenaga kita juga turut berkembang. Maka pelaburan FDI Asing di Sabah Sarawak dapat ditingkatkan kerana pada masa ini, rasanya pelabur masih kurang minat melabur di dua buah negeri besar ini kerana tiada jaminan bekalan tenaga yang mencukupi. IPP pun boleh dikurangkan sebab time susah begini mereka tidak banyak membantu.

    Pemimpin yang Paling Ideal untuk tugasanini ialah : Jamaludin Jarjis, Husam dan Pak Mustapha , Jeffrey kitingan dan geoge Chan

    3.5 Wujudkan Malaysia Maya iaitu dengan pembangunan infrastruktur rangkaian yang berstruktur iaitu penyediaan talian minima secara percuma sehinggalah kapasiti tinggi yang berbayar mengikut kadar tertentu. Jika ini berlaku, tentunya skop pemasaran maklumat juga turut bertambah, ini menyumbang kepada pembangunan pasaran baru untuk k-ekonomi yang menggalakkan pertumbuhan sector perkerjaan berasaskan kemahiran dan pemantapan urusan apa-apa juga melibatkan pergerakan.

    Pemimpin yang Paling Ideal untuk tugasanini ialah : Khairy Jamaludin, Salahudin Ayub, Mukriz

    3.6 Membenarkan sektor awam terus berbelanja tapi mengikut keperluan dan bukan berjimat membabibuta. Dan Pensturkturan semula fungsi Kementerian dalam aspek yang berlakunya duplikasi peranan dan tujuan, dan wujudkan modul tunggal untuk satu-satu fungsi.

    Pemimpin yang Paling Ideal untuk tugasan ini ialah : Lim Guan Eng, Anifah Aman, Abang Johari

    3.7 Dan yang paling penting ialah pengapusan kadar rasuah melalui nilai urusan sebenar dan bermaruah.

    Pemimpin yang Paling Ideal untuk tugasan ini ialah : Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang

    Maaflah, saya saja-saja letak nama diorang dalam orang yang paling sesuai untuk tugasan ini. Kalau anda suka letak sendirilah.

    Setakat ini dulu, mohon komen.

    Salam sejehtera.

    Orang yang paling baik ada pada orang yang paling membenci dan memperolehi petunjuk
    Orang yang sombong dan bongkak banyak terdapat pada orang yang banyak memiliki kenderaaan
    Orang yang paling banyak berteriak adalah orang kampung dan desa
    Orang yang paling banyak bersabar adalah orang yang suka memerlihara dan menternak serta bertani

    Reply

  118. 118 gengis khan Jun 24th, 2008 at 2:20 pm

    Kenapa nak paksa DAP guna songkok sedangkan ianya bukan budaya melayu songkok berasal dari india dan pakistan Muhamad ali jinah dan sukarno tak lekang dengan Songkok tetapi peminpin UMNO hanya guna songkok untuk majlis kematian atau kunjungan diraja. mereka sendiri tak mengunakan songkok lepas tu suruh DAP guna songkok ini samalah suruh melayu makan guna sepet.UMNO kena betulkan diri sendiri sebelum nak suruh orang lain oleh itu UMNO kena banyak cermin diri. Arwah Tun Razak bila buat lawatan sering guna songkok tapi kuah tak tumpah kenasi?.sudahlah UMNO u ketam makan lepastu suruh orang jalan lurus, PR ketam tukang yang mana jalannya lurus.

    Reply

  119. 119 Halik Zaman Jun 24th, 2008 at 2:46 pm

    Salam Dato Seri Anwar

    ORANG ASLI TIJAH A/P RUPIN MERUNGUT PULAK

    Orang Asli diKampar Perak merungut. Tijah A/P Rupin bilang, “Orang Melayu, Cina, India dan KDM sahaja jadi topik perbincangan Kerajaan UMNO dan PR bagaimana Kerajaan mahu berusaha bantu kehidupan mereka agar mendapat hak samarata dalam bidang ekonomi”.

    Orang Asli di Kampar Perak langsung di lupakan. Tidak ada dalam senarai mereka. Langsung tidak di sebut. UMNO dan PR tidak sedar yang dikampung kami tidak pernah ada letrik, jalanraya, ada sekolah tapi jauh anak anak kami jalan kaki, tali air, balairaya, jambatan, perumahan. Ada kah kami Orang Asli sini bukan orang Malaysia kah?

    “Sudah 50 tahun kami menderita, tidak ada pemimpin yang ambil perhatian kehidupan Orang Asli di Kampar Perak”.Rungut Tijah A/P Rupin lagi.

    Laporan:-Pushpalita Ramloo

    Reply

  120. 120 jibon Jun 24th, 2008 at 3:11 pm

    BETUL TU..HIDUP PAS.

    Reply

  121. 121 Halik Zaman Jun 24th, 2008 at 3:18 pm

    Salam Dato Seri

    Pemimpin pemimpin UMNO Sabah memberi tahu rakyat, “Jangan rakyat susah tidak lama lagi akan tiba peruntukan besar Kerajaan Pusat untuk koridor multi media di Sabah”.

    Rakyat di kampung khusyuk mendengar ceramah Datuk Musa, rata rata tersenyum girang. Lalu berkata lah orang orang kampung dikampung masing masing, “Kamu rakyat jangan susah, Kerajaan Pusat akan datang dikampung kampung, masak kari kasi makan rakyat kampung “.

    Ada pulak orang kampung yang beranggapan,”kori dor itu kambing kah?”.
    HZ

    Reply

  122. 122 mongolian Jun 24th, 2008 at 3:22 pm

    Keliru,

    DAP dan melayu telah sebati, tampa DAP dalam pentas politik malaysia ibarat pantai dan ombak jika dipisahkan tiadalah deru, UMNO cuma dimiliki oleh bangsa melayu tetapi DAP semua bangsa boleh berada didalamnya salah sebuah parti yang berciri malaysia. UMNO sebuah parti perkaumman yang pekat sedangkan pas telah mula boleh menerima berbagai bangsa sebagai ahli bersekutu(club) PKR juga dimiliki oleh berbagai bangsa persoalannya bila UMNO nak Berciri malaysia? selagi UMNO berciri perkaumman UMNO akan dimamah zaman rakyat akan melihat UMNO sebagai sebuah parti yang sempit pemikirannya isu kaum bukanlagi isu yang boleh di gemburkan rakyat malaysia telah faham erti perpaduan yang mutlak tetapi UMNO tegar dengan isu bumiputra laku kah isu bumiputra dan ketuanan melayu dipersada gologan muda masa kini. ini persoalan penting untuk negara dan masa depan negara relakah kita berpayong dan bersendikan budaya perkaumman sempit UMNO yang tegar untuk pertahankan kuasanya.UMNO perlu berubah demi negara yang tercinta ini selagi UMNO kaya dengan isu perkaumman selagi itu gologan muda bukan melayu akan memingirkan UMNO bulat bulat.

    Salam mesra buat semua rakyat malaysia,

    Reply

  123. 123 Samad Ali Jun 24th, 2008 at 3:24 pm

    DSAI,

    Sept 16 on ke tak on? Semua MPs macam memberi 100% sokongan aje bagi Pak Tidur. Macam sudah tak ada harapan aje. Risau tengok orang Umno ni terlalu action sangat le. Dato Seri tolonglah cepat sikit.

    Reply

  124. 124 kublai khan Jun 24th, 2008 at 3:28 pm

    Hidup DAP hidup malaysia!………..

    Reply

  125. 125 kenari_boyz Jun 24th, 2008 at 3:31 pm

    Wahhh…khir toyo hentam habis2an DSAI..penting

    Anwar Ibrahim dan Mimpinya…

    Sdr/ri komen sikit..http://www.drkhir.com/..

    Reply

  126. 126 Reformist dari Sabah Jun 24th, 2008 at 3:36 pm

    Salam datuk Seri,

    Skrg di Sabah sibuk kenderaan2 nak isi minyak..khabar angin pengusaha stesen minyak nak mogok..sebab rugi.. ntah betul ntah tidak…tapi kenderaan tgh beratur panjang mau isi minyak ni..

    adesss…parah sudah negara ku ni…

    Reply

  127. 127 Tok Janggut Jun 24th, 2008 at 4:25 pm

    keliru,sesuai sangat la nama tu…
    Harap sangat pada keliru supaya tidak terkeliru sama sekali dengan kekeliruan tentang soal bangsa asing ni..kita jangan mudah di kelirukan dengan sejarah lampau bahawa umno lah yang sangat2 bersetuju dengan dasar british untuk memberi kerakyatan pada sesiapa yang lahir/baru berhijrah ke malaya pada masa itu..pemimpin umno pada waktu itu langsung tak terkeliru dengan cadangan british malah menggalakkan pemberian kerakyatan yang sama seperti mana yang dimiliki oleh orang melayu pada waktu itu…berdekad2 selepas itu,tanpa keliru,pemimpin umno terus menerus menggunakan soal perkauman sebagai agenda dalm memastikan status quo tak tergugat..boleh jadi saudara terkeliru,maklumlah hampir 50 tahun umat melayu di takutkan dengan bangsa asing sehingga kan ramai yang terkeliru(termasuk keliru) bahawa agenda menumbangkan kuasa asing ni wajib dipikul dan di gembleng oleh seluruh umat melayu..jangan,jangan terkeliru dengan agenda politik paerkauman yang sempit ni..kita ada akal takkan kita tak bole fikir sapa yang menghumban orang melayu dalam perigi kepapaan?umno kan?dah 50 tahun kita bagi peluang pada umno tapi dibazirkan masa,duit,khazanah dan sebagainya lagi milik rakyat untuk kaya raya…kita kena buka minda luas2,jangan jumud pada propaganda lam ni….peace.

    Reply

  128. 128 Halik Zaman Jun 24th, 2008 at 5:23 pm

    Salam Dato Seri Anwar

    PETRONAS JAM GILER
    ******************

    Sekitar Kota Kinabalu Traffic Jam berbatu batu. Kereta tidak bergerak. Semua station minyak petrol jam. Kereta berpusu pusu isi minyak.

    Dengar khabar pekerja pekerja Petronas mogok. Sebab gaji tidak naik. Sara hidup terus menyengak leher rakyat. Menyengak leher pekerja pekerja Petronas.

    Ini semua punca dari YB.YB. Sabah dan Sarawak tidak mahu menerima perubahan. Mereka (YB.YB Sabah Sarawak)sanggup melihat rakyat mereka hidup derita selama lamanya. Mereka sanggup jadi pak’turut. Berdiri dibelakang PM konon. Ishkkk nyampah.

    Lain kali rakyat jangan undi BN. Jangan undi YB.YB. yang tidak pentingkan rakyat. Kami bilang dulu jangan undi BN tapi kamu undi juga BN. Sekarang siapa susah?
    HZ

    Reply

  129. 129 Penakarat Jun 24th, 2008 at 5:24 pm

    salam DSAI,

    Saya amat tertarik untuk meninggalkan seberapa kalam,sekadar pandangan.Dalam kerancakan situasi politik semasa,saya melihat pelbagai kekeliruan yang diketengahkan.Media utama memainkan peranan begitu kuat memanupulasi isu-isu yang begitu tegang.Kami golongan muda semakin muak dan jelak dengan intipati yang dipropagandakan.Kerajaan PR di Selangor dan Kedah sering diberi perhatian,sengaja menwujudkan suasana dalam ketakutan.Saya dan rakan-rakan meletakkan harapan pada DSAI,kami tertanya-tanya dan sentiasa mengutarakan pendapat berjam-jam di meja meluahkan pendirian dan pandangan,kami hanya golongan yang mampu memerhati,apa bakal terjadi pada september terus menjadi isu utama.Permainan politik UMNO/BN tidak kurang hebatnya,setiap ruang yang ada digunakan sebagai saluran kepentingan mengelirukan serata rakyat.Formulasi yang DSAI gunakan mestilah berdasarkan kepentingan kami(rakyat).Bagi generasi muda,kami bagai dibayangi masa depan yang begitu samar.Ketika masih memegang pena dan kertas mengikuti kuliah kami terbeban dengan persekitaran yang meruncing,bagaimana sepuluh atau dua puluh akan datang.Wujudkanlah kerajaan yang lebih baik jika DSAI benar-benar menerajui Putrajaya.

    Binggung dengan surat tawaran universiti tempatan/IPTA yang diterima,semahu-mahunya menunjukkan jumlah bayaran pengajian yang dibayar oleh kerajaan,mungkin propaganda halus untuk meminta belas dan menekan slogan mereka “tradisi membela rakyat”.Biarpun ditanggung kerajaan jumlahnya tetap mahal.

    “Jika takut tanggung risiko,jangan bicara soal perjuagan”

    Reply

  130. 130 Hawk Tan Jun 24th, 2008 at 5:33 pm

    Kepada,

    Dato’Shariffudin Duta & Saudara Anak Melayu Johor.

    Terima kasih.

    Salam sejahtera.

    Reply

  131. 131 zik Jun 24th, 2008 at 5:34 pm

    DSAI,

    Saya merayu DS buat sidang media utk umumkan kepada rakyat perkara2 yag berlaku hingga yg terkini melibatkan PKR&PAKATAN.
    Sya keja duk kat opis tadi risau dan susah hati ingat pasal isu kat Selangor skrgny..sedih pun ada.. Saya rasa DS yg mengetauhui utk buat apa yg boleh melegakkan jeritan,rayuan dan sungutan rakyat seperti dalm blog ni..DS ble lihat sendiri semacam ramai yg kecewa dengan perkara yg berlaku skrgni..kalu x dpt PUTRAJAY pun takpa..janji kerjalah dgn ikhlas,jujur dan sunnguh demi ALLAH dan rakyat.. Kami yakin PRU13 masih milik PR.. kalu semua bersatu hati..buang kepentingan diri..rakyat mestilah diutamakan dari kepentingan diri..saya sanggup merana dibawh BN utk tempoh sehinnga PRU13 ni..asalkan PR benar2 berkhidmat dan buktikan kesungguhan berkhidmat utk rakyat..ingatlah sudah ramai org berkorban dari 98-2008 dgn berbagai cara dan ada yg pecah darah dibelasah polis..ingatlah rakyat..

    WASALAM

    Reply

  132. 132 Halik Zaman Jun 24th, 2008 at 5:54 pm

    Salam Dato Seri Anwar

    Namanya ‘pendatang haram’. Memangnya haram. Patut balik kenegara asalnya. Perundangan Malaysia mengetogerikan yang layak tinggal di mana mana sahaja di Malaysia adalah Bumiputra, warga negara Malaysia dan penduduk tetap.

    Pelarian, boleh tinggal di Malaysia haknya sebagai pelarian sahaja. Tidak lebih dari itu. Pelarian tidak boleh mengundi dan di undi.

    Usahawan-usahawan Sabah biasanya mengambil buruh binaan, buruh pertahnian, buruh perladangan, buruh ternakan, buruh kasar, tukang simen, tukang kayu dan pelayan pelayan kedai makan dan runcit serta pembantu rumah terdiri daripada orang orang pelarian lelaki dan wanitanya.

    Kenapa usahawan usahawan Sabah tidak mahu ambil pekerja Bumiputra? Bumiputra Sabah ‘pemilih pekerjaan’. 90% rata rata Bumiputra Sabah tidak suka kerja buruh. Mereka lebih suka jadi Tuan. Tuan rakyat pun ok lah. Asal gaji ribu ribu punya.

    HZ

    Reply

  133. 133 yang penat dan kecewa Jun 24th, 2008 at 6:02 pm

    to nonpartisan- yes DSAI did make the promise before the election however there is nothing this party can do as oil prices are controlled by the government.. So be fair..

    To whoever that is reading this comment (currently there are 129 so…) I am tired of the uncertainty that looms ahead. The strategy that is being employed here would require the certainty that Pak Lah will not hand over power to Najib. IF this were to happen what would become of Pakatan Rakyat then? I am tired and of you are taking over I can only wish you speed because this country is bruised and shaken and frankly for the sake of the country the last thing we need is political instability. as head of Pakatan Rakyat I beg you to get your act together. Unite PAS and DAP indefinitely. This coalition do not need two bickering sides when the unity was what made you victorious. I have not seen MCA vs MIC fight or UMNO vs MCA or UMNO v MIC. SO get your act together. I will finally be eligible to vote on the next election and I am not a blind supporter. SO please.. help me choose you..

    faithfully yours

    Reply

  134. 134 abd rahim kassim Jun 24th, 2008 at 6:06 pm

    Datuk Seri,

    “Seseorang itu jadi baik bukanlah kerana dia seorang yang baik, tetapi kerana dia tidak berpeluang berbuat jahat”.

    Seumur hidup kita ini, rasanya kita telah banyak bertemu dengan manusia yang berperwatakan sedemikian; lebihan lagi Datuk Seri, yang pernah berada ditempat yang cukup berkuasa dan dikelilingi bermacam-macam feail manusia.

    Abdullah Badawi, kalau dilihat dari tampangnya, lembut, besopan santun dan tidak nampak kekerasan jiwanya. Beliau sendiri pernah mengatakan, ” saya ini bukanlah degil sangat, sampai tidak mahu mendengar pandangan orang lain”.

    Malah diawal perlantikannya sebagai PM, beliau meluahkan rasa hantinya mahu mencontohi Al-Ghazali dan Imam Shafie dan bukan tujuannya menjadi PM, untuk menimbunkan harta dan kekayaan.

    Tetapi itu, semasa belum berkuasa. Apabila kuasa sudah di tangan, watak yang lembut bertukar keras. Al-Ghazali dan Shafie dilupakan tetapi Quarun yang dicontohi. Tidak puas-puas menambunkan harta untak anak dan keluarga.

    Harga minyak dinaikkan tanpa memikirkan kesan kesengsaraan yang dihadapi rakyat. Harga makanan tidak dikawal, melambung setiap hari sedangkan pendapatan rakyat tidak bertambah.

    Harga minyak dunia melambung, pendapatan negara bertambah tetapi rakyat menjadi miskin. Para penguasa dan kerabatnya menghitung-hitung kantong mereka yang tidak penuh-penuh.

    Reply

  135. 135 deathorses Jun 24th, 2008 at 6:12 pm

    untuk perhatian semua hari ini di sabah..semua stesen minyak dibanjiri penguna kereta dan motosikal kerana esok di sabah semua stesen minyak di tutup sebagai membantah kenaikan minyak.

    Reply

  136. 136 keturunan ngah Jun 24th, 2008 at 6:12 pm

    salam semua,

    apalah gaduh2 pasal ‘bangsa asing”…
    yang satu kata bangsa cina, india sama macam bangsa melayu…. SAD TO SAY… STUPID…

    kamu tahu tak… kalau bangsa cina dapat memerintah malaysia ni… habih melayu… kamu kerja sektor apa? gomen? swasta?

    kalau kamu kerja gomen… kamu tak rasalah kekuasaan cina dalam ekonomi… dan lain2…

    kalau kamu dalam swasta… HAAAAAAa kamu tahu le rasanye… aku dulu kerja bank sebagai pengurus kredit… tak naik-naik pangkat… tapi cina bawah aku boleh naik pangkat lagi tinggi dari aku… kamu tahu kenapa? sebab… bos atas cina… cina mana kasi can ngan orang melayu… aku pun belajar tinggi gak… kerja on time… tapi sebab aku melayu… aku tak naik le… aku dapat kerja pun sebab nak cukupkan kuota melayu dalam bank… itu je…. adakah kamu melihat semua itu wahai orang yang kata cina n india tu sama ngan melayu? bodoh… aku tak tahulah apa nak jadi ngan sesiapa yang kata cina india melayu sama je… come on man….

    Reply

  137. 137 angkasawan nasa Jun 24th, 2008 at 6:17 pm

    Halik Zaman

    Ada dua pelarian politik dimalaysia, Tun mamat mahadir dan Tan sri Sanusi junit mereka lari dari UMNO tapi mereka tidak tergolong dalam UNCR. cuma mungkin list untuk ISA tapi jika mereka ditahan under ISA saya orang pertama sokong walau pun saya tak setuju dengan ISA.mereka berdualah yang porak perandakan UMNO memang hamsap dan haprak yang makan tuan.

    Reply

  138. 138 abgtua Jun 24th, 2008 at 6:39 pm

    Kenapa perlu takut dengan media yg pro kerajaan. Kalau media pro kerajaan sah sah berbohong saya rasa ada peruntukan undang undang yg membenarkan media disaman. Janganlah DSAI mengamalkan double standard, sekadar nak mendengar pujian tapi menutup telinga pada kritikan. Yang baik kita sokong, yang buruk kita dedahkan utk diperbaiki.

    Reply

  139. 139 angkasawan nasa Jun 24th, 2008 at 6:45 pm

    keliru,

    Ayat U hanya sesuai di dendangkan didanau dan desa melayu bandar lebih menjuruskan kepada perkonsian pintar kalau jalan raya boleh dikongsi semua kaum kenapa kita nak berebut dalam Ekonomi?. apa yang kena direbut adalah lebuhraya politik kita buangkan yang bertol gantikan yang percuma supaya semua kaum kongsi kemewahan negara malaysia bukan negara miskin kita ada Balak,Gas,Minyak,Kelapa Sawit,air dan Pasir juga diJual tak lama lagi koridor juga kita jual pada pelabur asing lagi lima puluh tahun apa yang tinggal pada rakyat malaysia? yang jelas rakyat malaysia pun dah dijual oleh UMNO (ditipu hidup hidup).pendatang akan penuhi negara Umat melayu akan pupus macam Ganga Sri Negara angkara UMNO.

    hanya keliru masih keliru.

    Reply

  140. 140 Dato' Sharifuddin Duta Jun 24th, 2008 at 6:52 pm

    Cukup menggalakan dan menyejukkan hati melihat kita orang Melayu yang berfikiran rasional di blog DSAI ini, misalnya Tok Janggut dan Anak Melayu Johor; ini dia warga Melayu yang tidak terikut-ikut hasutan perkauman UMNO, Melayu yang faham dan kongsi rasa cinta pada tanahair dengan warganegara Malaysia yang daripada bangsa lain.

    Ini harus dipupuk, seperti yang ditekankan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Semangat cinta pada negara, rasa mahu berusaha demi negara, rasa sayang antara satu sama lain tidak kira bangsa harus dipelihara. Ini antara faktor yang paling penting sekiranya masa depan Malaysia mahu dijamin.

    Selagi adanya perpecahan kaum, ini tidak boleh dicapai.

    Ini kerana masing-masing individu saling curiga-mencurigai, saling tidak percaya, dan masing-masing mahu secebis dari tanah bumi kita kerana takut orang yang lain pula yang akan ambil. Kalau sikap ini berterusan, maka akhirnya musnahlah tanahair tercinta kita. Beginilah kisah Malaysia sejak hampir 30 tahun yang lepas.

    Mahukah kita, rakyat Malaysia, agar ini berterusan? Memang jelas sekali daripada pendapat yang diberi oleh semua pengulas-pengulas di blog ini dari semua pelosok negara bahawa kita tidak mahu sistem “pecah-dan-perintah” ini berterusan.

    Malah, jelas dari komen-komen yang diberi di blog DSAI ini, rakyat Malaysia berbangsa Cina, India dan lain-lain semuanya sayang pada negara dan sama-sama merasa keperitan hidup di bawah pemerintahan BN yang hanya menjaga kebajikan kelompok kecil/elit yang mengutamakan kepentingan sendiri.

    Kita perlu belajar mempercayai satu sama lain dan berganding bahu untuk membetulkan apa yang salah dan zalim di negara ini dan mengorak langkah ke hadapan demi negara, demi diri kita, demi anak-anak dan cucu-cucu kita dengan berkerjasama. Tiada pilihan lain, sama ada kita Melayu, Cina, India, Orang Asli dan sebagainya.

    Jiwa kerakyatan lebih terserlah dalam aspirasi Pakatan Rakyat, berbanding Barisan Nasional.

    Maka mari kita menggembleng tenaga dengan sinar harapan baru ini untuk membuka halaman baru dalam sejarah Malaysia.

    Sekian.

    Reply

  141. 141 ibnuzahid Jun 24th, 2008 at 7:01 pm

    Assaalamu’alaikum DS,

    Sebenarnya dah lama saya menjadi penyokong PR terutamanya PAS. Sejak Tingkatan 4 lagi (1993). Saya bersetuju dengan beberapa pandangan yang dilontarkan oleh para penyokong serta sahabat-sahabat yang inginkan kejayaan PR memerintah negara. Bagi saya, apa salahnya kalau perancangan untuk mengambilalih pucuk pimpinan negara ataupun mengambilalih teraju pemerintahan negara dipercepatkan sedikit dari tarikh yang telah dicadangkan. Sebab, untuk sampai kepada tarikh 16 September adalah satu jangkamasa yang terlalu jauh. Saya yakin, ramai penyokong serta pendokong PR agak cemas dan gelisah menantikan tarikh tersebut. Kenapa tidak dipercepatkan? Kerana dalam jangkamasa yang begitu lama, macam-macam perkara boleh berlaku. Malah tidak mustahil puak-puak BN sekarang sedang menyusun strategi bagi mengagalkan rancangan kita. Sekarang pun Sdr. Ezam dah mula berkokok menyerang DS dan PR. Najis yang pernah dilemparkan kepada UMNO/BN suatu ketika dulu habis licin dijilat semula oleh Ezam. Memang tak bermaruah… Bak kata Prof. Dr. Abd. Azizi Bari dalam Wacana Perdana Sempena 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat…lagi cepat lagi bagus. Peluang hanya sekali Dato’ Seri….harap dipercepatkan. Jangan tunggu lagi….

    Salam Perjuangan, Teruskan Berjuang!

    ibnuzahid

    Reply

  142. 142 FatGuySam Jun 24th, 2008 at 7:40 pm

    Salam DSAI,

    Saya rasa amat dukacita terhadap apa yang kerajaan UMNO telah buat terhadap kita sekarang. Langsung tidak munasabah pun!!! Harga petrol telah naik, harga barangan lain pun sudah naik, sekarang kebebasan memaparkan berita pun tersekat sehinggalah kita semakin menderita. Berapa lama saya…… dan kita tunggu lagi? Langsung tiada pilihan ke? Mereka mengalu-alukan sokongan kita dulu dan akhirnya bagaimana mereka melayani kita sebagai rakyat jelata? Memikirkan demi generasi kita yang akan datang, janganlah kita buta lagi OK? Sudah lebih daripada 50 tahun kita tunggu tau?

    Saya memang mengalu-alukan tindakan DSAI untuk memberi ajaran yang terhebat kepada mereka yang bongkak menjelang 16 September tahun in nanti. Bukan senang nak buli rakyat jelata tau? Semoga DSAI sentiasa sihat and sejahtera demi perjuangan untuk masa depan negara kita!!!

    Reply

  143. 143 tolong lah rakyat Jun 24th, 2008 at 7:50 pm

    DSAI tolong lah orang di sabah balu petang ini dengar berita semua station minyak akan tutup selama tiga hari untuk keuntungan station minyak mereka ( dalam kurang dari 2km dari simpang ke rumah saya saya mengunakan dekat satu jam untuk balik ke rumah ) biasa dari sana tidak kurang 5 minit sebab ada station minyak disana. apa lah BN ini bikin. barang dah naik rakyat apa boleh buat?kenak semelah macam ayam dan SAPP pun senyap sahaja .

    Reply

  144. 144 wargabebas Jun 24th, 2008 at 8:06 pm

    Apa dah jadi dan apa yang tak jadi? Kemarin adalah peluang untuk menjatuhkan kerajaan BN. Mengapa tidak terjadi? Dimana 30 YB yang akan menyokong PR? Dimana mereka? Tunggu apa lagi? Bukankah DS pernah kata, Wan Azizah boleh jadi PM dulu? Lagi tanggung lagi teruk keadaan Malaysia.

    Reply

  145. 145 ainlamalifwau Jun 24th, 2008 at 8:22 pm

    saudara anwar.. jika saudara ikhlas untuk berjuang untuk bangsa dan negara. saya akan sokong 100%. tetapi jika sebaliknya, fikir-fikirkanlah nasib ayahanda-ayahanda saya yang susah di kampung2 yang tidak mengetahui apa-apa. mesej ini juga saya tujukan kepada Tun dr. Mahathir

    Reply

  146. 146 azryn81 Jun 24th, 2008 at 8:37 pm

    DS,

    “Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah opportunist yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa” – http://www.drkhir.com

    yela, ex-MB selangor dlm blognye jadikan DS topik terbaru, DS tak nak ulas apa2 ke? almaklumlah, sejak jdk ketua pembangkang nie, byk betul masa dia terluang update blog..:)

    Reply

  147. 147 slyderrose Jun 24th, 2008 at 9:14 pm

    Bagi saya MB Selangor tidak berhemah dan professional. Beliau tidak cermat baik dari segi kata-kata mahupun dari perlaksaan. Adakalanya dia sendiri menjadi isu. DSAI kena masihatkan dia baik-baik. Dalam kes Yahya Sahri jelas beliau tidak berwibawa. Ada pulak main hantar SMS. Macam budak-budak. Tidak bolih dia berbincang dengan exco dan Yahya Sahri sekali. Dan lepas baru buat keputusan secara formal. Jangan jadi diktator. Jangan buat isu untuk umno menghentam balik. Lemah betul beliau ini.

    Satu lagi kes ADUN Port Klang. Problem betul. Salah calun dipilih..semua bekas umno. Selama ini dengar khabar dia missing in action. Langsung tak buat kerja. Buang aje si mamat seekor ini. Menjatuhkan maruah PKR aje.

    Reply

  148. 148 Zero Jun 24th, 2008 at 9:22 pm

    Kamonlah sdr ezam. Nak reform ? Masuk PAS tak leh buat reform ka ?

    Teguhkan pendirian anta tu dulu baru talk about reform.

    Reply

  149. 149 Elias Hj Idris Jun 24th, 2008 at 11:30 pm

    Posting kat 22 dah kena pancung.

    Sebab rungut psal Anwar je.

    Dalam sumpah RPK, ada tulis psal Rosmah, pun kena pancung jugak.

    Hahh… dalam buku yang saya tulis dan terbitkan tu, tak siapa yang boleh pancung?

    Nanti Anwar kan dapat free satu.

    Satu jer.

    Reply

  150. 150 anakperlis Jun 24th, 2008 at 11:40 pm

    Datuk Seri,

    Segerakan pengambilan kuasa kerajaan persekutuan demi rakyat Malaysia dan anak cucu semua, kami anak2 perlis menyokong 100% Kerajaan Pakatan rakyat pimpinan Datuk Seri, hidup Pakatan Rakyat dan hapuskan BN ( *** )

    Reply

  151. 151 nonpartisan Jun 25th, 2008 at 12:39 am

    yang penat dan kecewa wrote
    Jun 24th, 2008 at 6:02 pm

    to nonpartisan- yes DSAI did make the promise before the election however there is nothing this party can do as oil prices are controlled by the government.. So be fair..

    ———————–

    haha dude, i think my question is valid. I’m not asking him to do somethg NOW about the price and i know that the Government IS controlling the price.

    My Q was, what will the price BE IN FUTURE (Future tense) as he did mention (Past tense) he’s gonna reduce the price wayyyyyyyyyy before PRU12. I just wanna know to how much. Simple je bro.

    Please give some of us a reason to believe a politician. We have been screwed by politicians over and over and over again, and i don’t think we want to be screwed again into believing sweet promises. Letih la kena kencing.

    Tu je bro. I wanna know to how much. Plain and simple. Again to how much per liter. Bits and pieces, here and there but no quantum.

    My pocket dah rabak dah ni bro, from paying the petrol. If its true, like lots of Malaysian, i won’t mind stand by whoever fight for the people. By the way, i voted for Gobind Singh Deo for Puchong and the PAS candidate who lost to Satim Diman. So, i think PR owe me and those who voted for them a straight answer. Tu je.

    Salute.

    Reply

  152. 152 Ana Naziirun Jun 25th, 2008 at 7:59 am

    Assalamualaikum,

    Saya berharap DSAI berhati-berhati apabila mengutarakan hadith
    Sesunguhnya “Baginda Nabi S.a.w dalam hadith yang mutawatir; “Sesunguhnya berdusta ke atasaku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)”
    Dan juga berhati-hati mengambil pendapat golongan sufi, takut-takut nanti menjadi penyebab orang tersesat dengan pemikiran tarikat sufi.
    http://www.islamqa.com/en/ref/20375/sufism
    Sekadar sebagai nasihat.

    Reply

  153. 153 keliru Jun 25th, 2008 at 8:37 am

    Maaf kalo ‘bangsa asing’ yang dgunakan tue jadi masalah pada sesetengah pihak..

    Tepat yang dikatakan KETURUNAN NGAH 2… cina dah bersatu.. melayu bila lagi??? nak tunggu dah tergadai hak milik baru nak sedar??? Tgk contoh dikedai.. pemborong cina dan peruncit cina, pemborong cina bleh letakkan harga rendah bagi peruncit cina tapi dengan peruncit melayu??? 2 contoh yang kecil.. blum lagi di factory2 cina.. macam mana melayu dibuli??? blum lagi dikedai2 cina… makan susah, gaji kecil, sembahyang lagi susah.. saya tak kater semua, tapi majoriti nyer cina begitu.. dorang kuat sokong kaum sendiri.. tapi kiter kuat mengata dan mengutuk kaum sendiri..

    Melayu tak habis2 mengata n mengutuk sesama sendiri… ramai melayu PHD.. kurangkan PHD, pikir masa depan kaum melayu.. tgk DAP, per yang dier dah buat kat PENANG, kat JOHOR.. time selepas PUR12 tempoh hari, di perak berlaku kekecohan tuk pilih MB.. per yang DAP cakap kalo MB perak orang PAS dorang nak hilangkan hak orng melayu di PENANG… tapi tak dapat buat cam tue, dorang kalih isu lain.. Kalo MB perak dari PAS, 7 exco dari 9 exco mesti orng DAP..

    wow, per dah jadi skarang??? Babi makin tambah, cina jual babi makin menjadi2.. dah tak perlu bersembunyi.. naik motor dari taman ker taman ( PON… PON…) tuk jual Babi… Kandang babi kat tanah Melayu, kat kampung Melayu.. yang SAKIT saper??? yang UNTUNG saper???

    Saya tak nampak PR boleh memerintah.. dalam parti sendiri pun tak der keseragaman, nie nak memerintah nagara.. ermmm….

    FIKIRKAN LAH…

    Reply

  154. 154 keturunan ngah Jun 25th, 2008 at 8:51 am

    Salam Dato’ Sharifuddin Duta,

    saya nak tanya sikit… saya bukan bersifat perkauman… tapi adakah anda yang saya kira berumur ada memikirkan hak kesamarataan… lihatlah diluar sana wahai dato.. apakah tahap orang melayu ni… bangsa lain bertepuk tangan je orang melayu berjuang kononnya hak sama rata… apakah tahap pemikiran dato, yang saya kira boleh memikirkan hal sepenting ini, kalau tak… manakan dapat anugerah dato..

    adakah bangsa lain seperti cina memberi peluang kepada bangsa melayu… takde… ini realiti… bukan fantasi.. bukan omong2 kosong… cakaplah apa saja… ini boleh dilihat di sektor swasta.. cakaplah apa saje kat saya ni… mungkin dato akan cakap saya ni cetek pemikiranlah… ape2 ajelah… tapi realiti harus ditempuh… bercakap benarlah kamu walaupun ianya sepahit hempedu…

    Reply

  155. 155 Tok Janggut Jun 25th, 2008 at 9:13 am

    Dato’ Sharifudin Duta…

    Terima kasih atas galakan saudara…saya terpanggil untuk menulis lantaran terlalu ramai yang keliru,di tipu,di putar belit dan terkongkong dek propaganda umno..kita sudah dikongkong dengan retorik perkauman yang melampau lebih 50 tahun lamanya..ramai yang masih bertindak berlandaskan nas2 perkauman tanpa menyelidiki sejarah dan hala tuju negara tercinta. Apa peluang yang kita ada kalau kita berjuang atas nama bangsa?berapa banyak peluang untuk meraih kepuasan diatas perjuangan tersebut?kemana hasil perjuangan tersebut?kita tiada pilihan selain bersama2 memakmurkan negara,berjuang demi pembelaan semua bangsa,berusaha mempaerbaiki keupayaan persaingan bersama,memperkasa budaya ilmu yang unggul,menyamarata peluang kebebasan bersuara,mendaulatkan insan yang kaya akhlak dan moral,mengukuhkan ikatan agama tanpa rasa curiga terhadap agama yang lain..banyak lagi contoh yang perlu di perturunkan dan saudara boleh menambah mana yang terlupa dan nukilkan tulisan saudara di sini..
    kita sudah jelak dengan agenda sempit ini.kita mahu perubahan yang di pimpin oleh orang yang sanggup mendaulatkan rakyat.kita harus berani bahkan wajib menjadi berani menentang siapa sahaja yang menjadikan rakyat sebagai alas kaki.kita tidak harus gentar menumbangkan kepimpinan zalim dan daulatkan rakyat sebagai tuannya..bagi umat melayu, fasal 152 dan 153 telah termaktub dalam perlembagaan sebagai jaminan kita umat melayu terpelihara di negara ini.bahkan kepimpinan yang baik dan peka akan terus manambah baik mana2 lompang untuk menjamin kedaulatan mana2 bangsa di malaysia…itu pun kalau pemimpin baik….peace.

    p/s:teruskan menyumbag artikel dan garapan idea saudara untuk di kongsi bersama.

    Reply

  156. 156 Tok Janggut Jun 25th, 2008 at 11:32 am

    keliru…
    saya tertarik menyinggung respon tentang bangsa asing yang di utarakan..saya faham tentang kebimbangan sdr yang jelas mencengkam tika ini.Namun, sedikit ruang dan peluang patut di beri pada saat2 seperti ini,bukan kerana simpati,bukan kerana empati,tetapi peluang untuk kepimpinan menunjukkan kegagahan mentadbir setakat mereka termampu.Sekiranya kemampuan yang ditunjukkan culas dan menggigil setelah ruang waktu yang diberi tidak di manfaati,kenapa perlu kita simpan kepimpinan seperti ini?keberanian yang di perlukan pada waktu ini ialah memberi ruang sebaiknya untuk mereka melalui waktu pemerintahan yang amat singkat..kita jangan mudah layu dan gusar dengan siaran media kala ini..umum faham bahawa media mendendangkan lagu2 kegagalan,tidak pernah liputan tentang misi dan visi secara positif di beri ruang secukupnya.kita di kongkong begitu lama dengan propaganda ini..dan memang inilah yang diinginkan oleh umno-BE END,iaitu hasil kekeliruan ini dapat membantu agenda mengalihkan isu yang sebenar iatu kegagalan mengurus kewangan dan hasil mahsul negara..
    beri dahulu ruang kepada mereka…tak sama mengurus kerajaan 100 hari berbanding lemah urus tadbir selama 18’615 hari(51 tahun)..bila sah mereka gagal,sama2 kita pakat buang pakatan rakyat! setuju? terpulang…inilah nilai kematangan..peace

    Reply

  157. 157 ulam batar Jun 25th, 2008 at 7:54 pm

    keliru,

    Babi pun melayu islam boleh makan jika darurat kenapa u risau sangat jika belaku darurat orang UMNO pun makan babi demi untuk terus hidup ini dibenarkan oleh islam dibolehkan jika tiada benda lain nak dimakan.

    Kita tidak kutuk kaum lain ini perkaumman jika kita kutuk bangsa sendiri bukan perkaumman itu pasal kita kutuk UMNO sebab sesama bangsa demi megelakan perkaumman.dalam UMNO tiada bangsa lain selain melayu sahaja jika dilihat UMNO lah parti perkaumman kerana tidak ada ahli bersekutu dari kaum lain.

    Mana ada tanah melayu? yang ada Malaya lepas tu Malaysia melayu cuma menunpang kat malaysia malaysia ini milik pendatang Indonesia,India,Bangala,Napal dan lain lain mereka rajin berkerja bagaikan negara ini mereka punya bebas tampa batas yang telah di bawa oleh peminpin UMNO.di Gombak Indonesia beli tanah buat rumah besar orang melayu sewa dan tumpang atas tanah pendatang Indonesia kat kedai mamak bangala sedang makan datang peminta sedekah orang melayu tempatan minda wang.bangala dan Indon pun dam mula terbabit dengan politik malaysia peringkat awal ambil upah pasang poster lama lama jadi DUN.inilah malaysia boleh yang begitu sejagat sekali dianjurkan oleh UMNO.tak lama lagi rakyat malaysia bertuankan pendatang lihat sahaja disabah? ini semua gara gara para peminpin UMNO yang telah mengelobalkan poket mereka.ada sesetegah kilang punya satu perkerja asing yang lain telah dijual, bila US kata malaysia negara perdagang manusia Menteri UMNO melenting!….tak lama lagi orang melayu adalah pendatang di negaranya sendiri. sokonglah lagi UMNO padan muka aku. Lesen menbawa pendatang milik keluarga UMNO tak caya tanya keluarga Megat Junit bekas menteri KDN dan ahli majlis tertinggi UMNO.

    harap U tak keliru lagi

    Reply

  158. 158 Anak SABAH prihatin... Jun 27th, 2008 at 3:22 pm

    Assalamualaikum W.B.T

    DSAI…

    Saya sebagai anak Sabah sangat menyokong perjuangan DSAI… Negeri Sabah kini semakin teruk diperlekehkan oleh kerajaan BN..

    MEDIA..
    Berkaitan kenaikan harga minyak yang melampau baru2 ini.. seluruh rakyat merasa BEBAN yang sangat berat perlu ditanggung bagi meneruskan hidup… (KECUALI semua PEMIMPIN BN yang bergaji BESAR tidak merasai apa2)..

    Apa yang saya merasa sangat diperBODOHkan adalah liputan MEDIA arus perdana yang melampau sehari selepas harga minyak dinaikkan..

    Saya menonton TV3, dan wartawan TV3 menemubual rakyat negara jiran (Thailand, Singapura)… Apa yang saya sangat marah adalah soalan yang diajukan “adakah kenaikan harga minyak ini membebankan anda???”

    BODOH sangat ke wartawan TV3 tu… kenapa ditanyakan soalan itu kepada rakyat asing.. adakah kerajaan BN sekarang hanya ingin memuaskan hati rakyat asing berbanding rakyat MALAYSIA sendiri..

    Sepatutnya soalan itu ditujukan kepada rakyat kita.. saya menunggu sehingga BULETIN UTAMA berakhir… dan tiada satu soalan yang ditujukan kepada rakyat kita.. Di manakah pengampu2 kerajaan yang selama ini menyokong penuh segala tindakan kerajaan BN..
    Di manakah semua orang yang sering mengatakan mereka sentiasa menyokong dan berdiri di belakang PAK LAH… Tak ada lansung orang yang bersuara pada hari itu yang mengatakan mereka menyokong tindakan PAK LAH..
    SENYAP SUNYI…

    Pada hari itu, saya terasa sangat diperBODOHkan oleh media arus perdana… mengapakah mereka sering menyampaikan maklumat yang tidak lengkap, tidak jelas dan sering berat sebelah..

    Soalan saya kepada DSAI adalah..

    apakah perubahan yang akan dilakukan oleh DSAI terhadap penyakit yang di alami oleh pengamal MEDIA ARUS PERDANA sekarang.. pada pendapat saya, jika penyakit ini tidak diubati, ia akan menjadi BARAH yang tidak boleh diubati..

    Apa2 pun, saya sangat berharap DSAI akan segera menerajui kerajaan pusat… AMIN..

    Reply

  159. 159 monkeyHead Jun 27th, 2008 at 7:03 pm

    salam sahabat2 dlm PR.

    saya sependapat dgn Dato’ Sharifuddin #140 & Tok Janggut #155.

    ~teruskan!

    mH

    Reply

Leave a Reply