Alhamdulillah, kami selesai menyempurnakan umrah. Didoakan semoga umrah mabrur, sa’i mashkur, wa’amalan salihan, watijartan lan tabur!
Seringkali umrah saya singkat. Maka saya tumpukan waktu beristighfar dan munajat di Masjidil Haram.
Kami ketemu jamaah lain dari Malaysia, Indonesia dan lain-lain termasuk pelajar yang turut menyapa saya. Maaf kerana tidak melayani sebarang acara lain.
Saya beranggapan dengan kesibukan menangani isu politik dan keduniaan, wajar diperuntukkan waktu dalam urusan kerohanian.
A.K. Brohi, pemikir dan sarjana undang-undang Pakistan pernah mengingatkan saya sejurus mencebur diri dalam politik pesanan ahli sufi Sindhi berdasarkan Hadith Rasulullah saw. Menurutnya, ibarat sekuat besi di dalam air; akhirnya berkarat jua! Justeru wajib diangkat dan diselaputi minyak dari masa ke masa sebelum dibenamkan semula di dalam air. Begitu juga kita aktivis yang bergelut dalam kancah politik, perniagaan atau sebarang lapangan, harus ada waktu beruzlah, munajat dan memperkuat aqidah (iman amiq) dan kerohanian.
Selain itu kupasan pemikir Ali Shariati mengenai ibadah Haji yang sewajarnya mendorong kita ke arah amal dan perjuangan. Pejuang kulit hitam, Malcolm X (Shahid A. Malik As-Shabaz) pernah mencatat pengalamannya menyempurnakan ibadah Haji dalam sepucuk surat kapada kakaknya. Pakaian ihram, ucapan labbaikalLahum malab baik, menyemat semangat persaudaraan yang membenamkan kebencian kelas dan kasta, atau prasangka warna kulit.
Mudah-mudahan kita dapat mengasah kesedaran yang sama di kalangan jamaah.
ANWAR IBRAHIM















Sebaik tetamu istimewa Allah swt, Dia tetap mendengarkan setiap keluhan dan rayuan hamba-Nya.
Syukur.
Semoga semangat juang Dato’ Seri akan bertambah setelah selesai mengerjakan ibadat Umrah….
Assalamualaikum,
Tatkala sdr melaksanakan Umrah, Ezam Mohd Noor gasak mengganyang sdr. Kalau benar senario hari ini hanyalah lakunan semata-mata, maka tanggunglah akibatnya saudara berdua kerana bersandiwara, sehingga rakyat gundah gelana serta keadaan huru-hara.
Brother Anwar, walaupun kita berbeza platform namun saya tidak akan membiarkan sosok tubuh ini bermaharajalela di UMNO. Justeru, saya ingatkan, dalam fenomena politik ini, hentikan segera sandiwara jika ia benar, sebaliknya biar saya dan segelintir (mungkin ramai) akan menunjuk Ezam jalan keluar.
Salam perjuangan untuk bangsa kita.
Ikhlas,
ahli pemuda cawangan tiada jawatan
Ikut bertawaf hampir dengan Kaabah ketika hampir azan. Sebaik azan dilaungkan segera dekati Kaabah untuk dapatkan saf paling terkehadapan. Rasa syahdunya tidak terungkaikan bila bersolat hampir dengan bangunan Kaabah.
Air mata kan menitis berjurai dan kita lalu tenggelam di ‘dalam-Nya’. Kita kan asyik dengan setiap tutur kata dalam upacara di balai penghadapan Allah itu. Rasanya kudus, dan….
Rindu kembali membuak untuk ke sana jua, buat menziarah makam Nabi di mesjidnya.
Sesuailah dengan seruan baginda, dua tempat inilah yang paling utama untuk dikunjungi, selain daripada Baitulmuqaddis.
Selamatlah dalam kembara rohani, wahai DSAI.
Hiduplah DSAI!!! Tumbagkan kerajaan BN secepat mungkin..
Alhamdulillah, semoga Allah memberkati saudara yang menjadi tetamuNya yang singkat itu. Semoga kepulangan saudara ke tanahair akan membawa perubahan yang sangat sangat dinantikan oleh rakyat malaysia terutamanya mereka yang inginkan “kemerdekaan” yang sebenarnya, insyallah
Salam DSAI,
Semoga DSAI terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang tidak akan selesai sehingga …….
Walaubagaimanapun pesanan saya agar DSAI terus berjuang demi kegemilangan ISLAM yang saya impikan… Nawaitu kena betul.
ALLAHU AKBAR
alhamdulillah datuk seri dapat mengerjakan ibadat umrah walaupu singkat… coretan datuk seri amat bermakna sebagai seorang pejuang… coretan datuk seri sebenarnya begitu bermakna terutama bagi memberi keinsafan kepada kita semua ttg peri pentingnya menjaga amalan harian terutama dlm menyerah diri kepada yang maha esa…
semoga datuk seri terus sukses… :)
Alhamdulillah……………. semoga diberkati Allah…
alhamdulillah, barangkali umrah sebelum naik jd PM DS! insyaAllah
assalamualaikum……..
percepatkanlah pengambilalihan kuasa kerajaan pusat Malaysia, dah lama merana keluarga tahanan ISA, mereka2 semua harapkan pembelaan secepat mungkin..janganlah Aidilfitri kali ini pun mereka masih tanpa suami/ayah…percepatkanlah….
Saya harap PKR dan PAS cawangan lain meniru usaha PAS Lipis yang mana mereka menggembeling tenaga dan usaha menarik ahli umno akar umbi sertai PAS. Antara usaha PAS Lipis ialah menulis surat, menziarahi rumah ahli umno dan memasang banner pujuk ahli Umno sertai PAS.
KALAU BOLEH KITA LANCARKAN KEMPEN SELURUH MALAYSIA..’JOM SERTAI PR’, ‘TINGGAL UMNO MASUK PR’, ‘SELAMAT TINGGAL UMNOku’atau kempen ‘UMNOku kian rebah’
Alhamdulillah DSAI. Semoga selamat pulang ke tanah air pagi Selasa nnt.
Semoga juga Allah SWT menerima apa jua doa DSAI dan juga harapan rakyat Malaysia. Take Care.
Dato Seri Anwar Ibrahim & Datin Seri Dr.Wan Azizah.
Doa kami sekeluarga semoga Dato Seri & Datin seri mendapat rahmat dari Allah SWT dan diberkati segala perjuangan dan amalan Dato Seri & Datin Seri. Doa kami agar Dato Seri & Datin Seri selamat kembali ketanah air dan selalu dirahmati oleh Allah SWT.Amin
Halik& Diana
Pemuda PAS Lipis ajak ahli Umno sertai PAS
Basiron Abdul Wahab
Sun | Jun 22, 08 | 10:58:28 am MYT
KUALA LIPIS, 22 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS mengalu-alukan rakan-rakan Umno untuk bersama kami demi perjuangan agama bangsa dan negara.. itulah antara kata-kata ajakan PAS terhadap ahli umno supaya menyertainya.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lipis, Motatachiri Ludin berkata, pihaknya mengalu-alukan sesiapa sahaja ahli Umno untuk menyertai PAS berikutan krisis yang sedang melanda Umno/BN pasca pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Menurutnya, ‘banner’ yang dipasang Dewan Pemuda PAS Kawasan itu adalah di antara usaha berterusan PAS mengajak rakan sebangsa daripada Umno mendekati PAS khususnya di Lipis.
Selain memasang banner, pihaknya juga akan menulis surat serta menziarahi rakan-rakan Umno bagi tujuan sama.
Katanya, rakan-rakan umno tidak perlu bimbang dengan ketuanan Melayu akan terhakis sekiranya Umno tidak lagi berkuasa, ini kerana PAS juga adalah parti yang didominasi oleh orang Melayu dan ia tetap akan mempertahankan ketuanan Melayu.
“Perbezaan antara PAS dengan Umno hanya dari segi dasar perjuangan parti, dasar PAS ialah Islam manakala Umno ialah Melayu/Bumiputera, manakala bangsa tidak akan berubah.
“Jika Melayu kita tetap kekal sebagai orang Melayu,” katanya. -HARAKAHDAILY
Ameen..semoga Allah s.w.t. memberi yang terbaik utk saya, sdr Anwar dan umat seluruhnya.
makkah al mukarramah kot… madinah al munawwarah…. semoga mendapat petunjuk Allah di sana
Salaam,
Maksud DS, Makkah Al-MUKARRAMAH, kan? :)
Alhamdulillah. Semoga mabrur. Amin.
Alhamdulillah… dan tahniah Y.B DSA. Harap Y.B DSA tak lupe doakan untuk kejayaan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan Y.B DSA. Terasa macam nak pergi ke sana tahun ni…. post gambar semasa di mekah kalau bole..
cantik sekali dato’ seri. ada sebarang komen mengenai desas desus kerjasama Pas-Umno? Apa komitmen dato’ seri terhadap usaha-usaha amar makruf nahi munkar sekiranya PR dapat menguasai kerajaan?
Alhamdulillah….semoga beroleh umrah mabrur….
Bila agaknya dapat ke sana lagi?
Makkak al-Mukarramah Dato’ Seri
DSAI seorang imam yang telah beranjak daripada KEMELAYUAN ke KEMALAYSIAAN. Rakyat Malaysia yang berbilangan kaum sudah lama kehausan seorang tokoh politik yang berkaliber, matang, berperinsip, seta berani menentang tekanan golongan politik yang memaparkan bendera perkauman demi kepentingan peribadi!
DSAI akan mencipta sejarah Malaysia, malah sejarah dunia yang akan memaparkan bagaimana seorang pemimpin yang mahsyur mendorong rakyat Malaysia yang kian lama hidup di bawah kegelapan and penindasan, menghalang ke zaman keadilan and kegermilangan!
DSAI, tentu BOLEH!
Tuan DSAI,
Amalan menjurus kesempurnaan dengan kehadhiran niat,lafaz dan perbuatan. Lillahita’ala .
Semoga Allah memberi kekuatan kepada tuan dalam menempuhi hari hari yang akan datang. Nasru minallah wa fathun Qarib.
maaf bertanya, bukankah makkah al mukarramah? madinah almunawwarah? atau saya tak tahu? ya betul kata dato’ seri, kerohanian penting, disamping mental fizikal dan emosi. saya menantikan kenyataan yang belum pasti (dato’ seri menjadi pak menteri perdana) sebelum kaki melangkah jauh dari bumi malaysia ini, insyaAllah.
Ayahanda DSAI,
Alhamdullilah kerana dapat menyempurnakan ibadah umrah. Semoga DSAI sentiasa mendoakan keselamatan rakyat Malaysia dan kemakmuran negara yang kita cintai ini. Kemungkinan DSAI mendoakan agar perubahan kepimpinan akan berlaku nanti. Insallah.
Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Insyallah mendapat umrah mabrur… Semoga di sana, Dato Seri akan diberi petunjuk untuk kebaikan seluruh umat Islam di Malaysia.
Salam Datuk Seri,
Selawat dan Salam buat Muhammad Rasul ALLAH.
Semoga penyucian diri ini akan dirahmati ALLAH.
Malaysia memerlukan Perdana Menteri yang bersih
dan berlapang dada seperti Datuk Seri.
http://www.kerajaanrakyat.com/
Assalamualaikum DSAI, terima kasih untuk Update blog dato… Rindu untuk membaca blog DSAI tentang aktiviti dan coretan lintasan fikiran serta ilmu yang ada didada DSAI. Saya sangat mengharapkan kehadiran DSAI serta Pakatan Rakyat ke Sabah untuk membersihkan ‘lumut lumut’ yang banyak melekat dan hampir kekal di negeri ini. Kami rakyat Sabah menyokong DSAI dan kami peka dengan Pengundi Hantu yang menjadi tajaan Barisan Nasional sehingga melahirkan Generasi IC Palsu di Sabah.
Kami akan menyokong penuh perjuangan DSAI bersama PAkatan Rakyat selagi berlandaskan kebenaran dan keredhaan Allah.
Khabarkan saja kehadiran ke Sabah, saya pastikan semua penyokong kebenaran akan dikerahkan dengan segera dihadapan DSAI dan Pakatan Rakyat.
Allahu Akbar.
IRWAN IDRIS
Assalamualaikum DS,
Sila perbetulkan saya jika saya tersilap…
Makkah Al-Mukaramah;
Madinah Al-Munawarah.
Terima kasih.
Assalamu ‘alaikom Sdr Anwar,
Makkah al Munawwarah? I think you mean Makkah al Mukarramah kot??
A case of “a slip of the finger is not the fault of the mind”?
elok di perhatikan dengan pembetulan Makkah Al-Mukarramah kerana sepatutnya Madinah Al-Munawarah…kenapa keliru jadinya?
SALAM DATO SERI ANNUAR IBRAHIM… SAYA YANG PERTAMA POST… HEHEHE BESTNYA…
APAPUN MOGA DSAI DIBERKATI SELALU…
TAK SABAR NAK TUNGGU HARGA BARANG / MINYAK TURUN WAKTU DSAI JADI PM NANTI…
takbir DSAI..
semoga semua fitnah dari pihak mereka akan menjadi saksi di padang masyar kelak…
amin.
salam. UMNO SKRG IBARAT POKOK BESAR YG SEDANG TUMBANG.SKRG RANTING2NYA SEDANG REBAH.AKU TENGAH TUNGGU PAKLAH,NAJIB JATUH MACAM NANGKA BUSUK.PAKLAH BN YG BODOH.
assalamualaikum DSAI
SEMOGA ADA SEGELINTIR RAKAN-RAKAN DARI BN YANG SEDAR AKAN KEKUATAN PAKATAN RAKYAT HASIL DARI PERJUANGAN YANG SUCI.
Buat rakan-rakan BN (khasnya UMNO) marilah bersama-sama hijrah merubah sejarah ketamadunan bangsa dan juga ketuanan melayu yang syumul.
Tidak sabar rasanya melihat DSAI kePutra Jaya…
Khabar dari kelantan sudah ada golongan petani yang tidak mampu untuk bertani memandangkan kos minyak terlampau tinggi…DSAI boleh pergi ke Tawang ataupun Jajahan Bachok yang rata-rata adalah petani.
Kos minyak sehari RM20.00(harga baru) x 40 hari = RM800 = belum dicampur dengan kos racun baja dan juga penat lelah = berapa seorang petani dapat ?
(semua barang sudah naik)
Ini belum kira lagi golongan nelayan…tidakkah Paklah terfikir nasib rakyat yang miskin macam ni.
Paklah memang lembab.Bila nak letak jawatan.????? jangan menyusahkan Rakyat Malaysia lagi dengan dasar ekonomi lembab dibawah kepeimpinan paklah dan najib.Sama-sama tak boleh pakai…
Dato’ Seri, jangan lupa kepada warga Melayu di Mekah dan Madinah yang turut mendoakan Dato’ Seri ketika berada di dalam penjara dahulu. Mereka juga telah menyebarkan pelbagai material seperti vcd, video malah Harakah di Mekah dan Madinah….
Assalamualaikum!
Alhamdulillah..semoga DSAI da keluarga terus di rahmati Allah dan diberkati perjuangan.
Tahniah kerana DSAI selamat menunaikan Umrah,teringat saya masa menunaian fadhu haji 2007,kami mengambil masa untuk membeli cenderahati buat saudara-mara dan teman-teman di Malaysia,beberapa orag peniaga arab disana bertanyakan samada kami dari Malaysia atau Indonesia,bila di beritahu kami dari Malaysia,mereka terus beri isyarat dengan ibujari ‘Anwar Ibrahim Bagus’! katanya.
Subhanallah!…oranq Arab disana pun kenal DSAI.
Terukan perjuangan Dato’ Seri.
Salam DSAI.
Memang saya keliru sikit dgn situasi sekarang. Kalaulah saya tak kenal DSAI sbelum ini mungkin saya akan percaya juga apa yang Ezam taburkan pada DSAI. Kenapalah ada manusia macam dia dalam dunia ni. Walau apa pun saya percaya satu hari nanti silidah bercabang itu akan terima balasannya. Saya tak heran kalau perkataan itu keluar dari mulut Khairi tapi bila dari dia saya memang kecewa.
Semoga DSAI akan terus tabah dengan fitnah yang terus mendatang. Diharap DSAI tidak akan putus asa dari terus menjadi pembela kepada rakyat. Amin….
Ahli Pemuda Umno @10.13pm (komen No. 3)
Maharaja Lela tu seorang pejuang awal menentang kehadiran penjajah di tanah air kita. Jadi janganlah gunakan perkataan “bermaharajalela” seperti dalam konteks ayat saudara. Paling elok, demi menghormati perjuangan beliau, jangan gunakan terus perkataan “maharajalela”. Cari sinonim lain.
Bro Anwar, sementelah kamu berada di rumah Allah tu, banyak2kanlah istighfar, taubat betul2 dengan apa juga bentuk maksiat dalam diri, yang masih bersarang dan berakar umbi dalam diri. Semoga Allah memberi kamu hidayah.
Kebenaran hakiki itu adalah milikNya.
Dan pada yang lain-lain, harapan hanya boleh disandarkan pada Pencipta bukan yang dicipta…takut2 yang disangka intan rupanya kaca.
Sekadar ingat mengingatkan.
Alhamdulillah!!
Tengok bila DSAI bt silap sikit ( tntang Makkah Al-mukarramah dan Madinah Al-Munawarah) semua pakat tegur. Semangat rakyat begini yg kita perlukan. Harapnya kita semua berani menegur pimpinan kita bila mereka bt silap, terutama KESILAPAN YG BESAR.
Dan pemimpin pula kalau ingin KEBERKATAN KUASA DLM PETUNJUK ALLAH, BERSIKAP TAWADHUKLAH DAN BERLAPANG DADA menerima teguran manusia.
Mudah-mudahan di izinkan Allah dan dipimpinNya menuju ke PUTRAJAYA !!! Amiin.
Assalamualaikum !!
Kepada Pemuda UMNO, jangan risau. Allah telah berjanji: Innalbatila kana zahuqo ( yang tidak benar itu pasti dihancurkan ) bagaimana caranya hanya Allah yg Maha Mengetahui.
Mungkin sekarang Allah sedang menarik sedikit demi sedikit kekuasaan yg ada pada UMNO kerana telah mengabaikan perkara-perkara yg di Fardhukan.
Allah memberi kekuasaan kepada seseorang itu untuk memperjuangkan segala yg telah diperintahkan. Lawan Tokey, akibatnya tarik balik segala keistimewaan yg telah diberikan selama ini. Itulah Sunnatullah.!!
Allah ada pelbagai cara untuk menundukkan hamba-nya yg TAKBUR dan DEGIL(ni perangai Iblis laknatullah)
Allah melupuskan kekuasaan Kaum Quraisy dgn menghantar keperibadian manusia (Nabi Muhammad SAW)yg lebih baik daripada keperibadian kaum Quraisy yg sedia ada.
Wallahua’lam!!
Tindakan Pemuda PAS Lipis tu bagus; sampai tulis surat dan buat banting sebab nak ajak orang UMNO masuk PR.
Kalau la gitu gigih ajak orang masuk Islam atau ngajak orang ke mesjid, kan ke bagus!
Kat mesjid pun jarang-jarang PAS jejakkan kaki, walaupun markas dan rumah dekat ngan mesjid.
Sikap ni ketara sekali. Kemudian, usahkan orang PAS, pemimpin pun cukup liat nak kenakan ketayap putih (bukan beserban!). Sedangkan itu sunnah.
Untuk menjadi guru yang mursyid, syarat ringan paling utama ialah tidak pernah dedahkan kepala di depan ramai. Maknanya sentiasa berkopiah - tak la dogeng macam ayam togel.
Terap la sikit budaya Islam tu. Bayang-bayang dan karat nasrani tu masih tebal - tapi ngaku pejuang Islam! Apa pula hukum apabila menyerupai?
Pulak tu, ari Jumaat boleh pakai seluar ngan baju kemeja untuk berjumaat!
Alhamdulilah!x3
saudara DSAI…..tahniah!We sabahan have big heart and hope for you…
Assalamualaikum wr. kt.
Selawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Coretan ringkas DSAI menyentuh hati saya, dalam kesibukan kancah berparti kini, kadang-kadang saya agak terlalai untuk menambahkan amal kerohanian, seperti masa dalam arena dakwah sepenoh masa. Amal-amal sunat (Solat & puasa) makin renggang, kecuali al-makthurat yang masih berbaki setiap pagi. Dalam kesibukan kita semua, perlu masa khusus untuk uzlah, saya amat bersetuju kerana itulah kekuatan dalaman yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Mengingati saranan Sh. Said Hawwa, dalam kupasan Tarbiyah Ruhiyyah sharah kitab Ihya Ulumiddin (Imam Al-Ghazali) perlu ada masa yang khusus diperuntukkan bagi muhasabah diri dan taqarrub Illallah. Menanggalkan sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mahmudah. Persoalan yang berlegar kini adalah, bagaimana untuk mengamalkan kegiatan politik (siasah) sebagai suatu ibadah (Sebagaimana yang di lakukan oleh Rasululah s.a.w. serta para sahabatnya) kerana hati ini kadang-kadang dibawa oleh nawaitu mendambakan populariti, mengejar nama, kebendaandan dan pelbagai cabaran linkungan politik moden kini. Semoga masa boleh mengubati penyakit ini. Apabila telah menjadi biasa maka hilanglah bisanya.
DSAI dan DSWA,
Semoga ibadah diterima Allah dan memperolehi kekuatan untuk
meneruskan perjuangan menegakkan Kebenaran dan Keadilan.
Sahabat-sahabat yang dah tunaikan ibadah Haji dan Umrah,
sepatutnya lebih komited dengan perjuangan Islam. Sama-sama menyeru
kepada yang Makruf dan mencegah yang Munkar.
Dato’ Seri,
Your statements abovegiven confirm my prediction that you are the one to follow. You are well rooted to a strong and divine core.
I hereby assert my conviction to be your staunch supporter. God blessed, I will sumbit application to be PKR’s member soon and shall start to contribute towards the course you are now struggling for.
HIDUP PEMIMPIN YANG ADIL! HIDUP RAKYAT! HIDUP MALAYSIA!
From previously a mere observer.
Ya Allah ,Permudahkan urusan kami rakyat islam malaysia untuk memijak kaki ke tanah suci .Amin.
ASSALAMUALIKUM..
Semoga DSAI mendapat petunjuk keampunan drpa ALLAH diatas Usaha mendapat
jawatan PERDANA MENTERI MALAYSIA…
Rakyat malaysia mendoakan keselamata DSAI and Datin Di sana
Semoga Slmt Pulang Membawa kejayaan.,.
Kpda Pemuda Umno! Kamu Perlu bermunasabah Diri, Malaysia Adalah
milik rakyat bukan untuk UMMO sahaja.. 50 tahun perintah Cukuplah
Bagi Orang Lain Pula mencuba bela nasib MELAYU.. jgn ingat orng lain x bole.
Berehat Sejenak Untuk UMNO betulkan semula apa yang berlaku dlm parti kamu.
sebelum nak betulkan org Lain.
ameen
asalamualaikum..
senang bisa mengunjungi blog anda… Anda adalah salah satu tokoh idola saya… semoga sukses menjalani politik yang bersih dan berlandaskan pada iman…
sukses selalu buat Anda…. “Kita tak kan pernah bisa membuat semua orang lain suka pada kita, betapapun baiknya kita. Maka tetaplah selalu istiqomah dalam keyakinan Anda”
Sungguh sedih dan pilu hati saya bila mengenangkan nasib pengundi wakil rakyat yang berlambangkan ADIL. PARTI untuk RAKYAT. Ditipu hidup!
Umpama keluar dari mulut buaya, masuk semula.
Wakil rakyat dari pakatan rakyat yang telah dipilih kami landung tidak menjenguk kawasan apatah lagi, membantu sebilangan dari kami yang terus ditindas oleh kerajaan sedia ada.
Dato, buktikanlah anda boleh memerintah dan bukan pandai berkata-kata sahaja.
Baru2 ini, di Gombak atau lebih spesifiknya, di lot 1065, Batu 3 3/4 Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Penduduk telah diarah menghadirkan diri di pejabat DBKL atas isu pengambilan tanah.
Walaupun berkali-kali dihubungi pejabat wakil rakyat yang berkenaan, jawapan yang diberikan hanyalah jawapan yang sesuai diberi kepada kanak-kanak yang baru belajar bercakap malah lebih sesuai kiranaya diberikan kepada haiwan di zoo.
Sekurang-kurangnya, apabila kami mengundi wakil rakyat dari kalangan UMNO, mereka turut serta bersama-sama rakyat semasa perbincangan. Wakil PKR yang kami undi dengan harapan dapat membongkar rasuah DBKl dan pemaju yang ingin mengaut keuntungan dengan membeli hartanah kami di bawah harga pasaran? Langsung tiada khabar berita! Menghampakan.
Mujur, dengan campur tangan bekas wakil rakyat dari UMNO, ingin saya tekankan, UMNO, perbincangan dan pelan pembinaan ditangguh. Inilah yang sepatutnya ditunjukkan. Sikap bertanggungjawab. Bukan sikap meraih simpati dan lari.
Dato’, sedarlah.. Usaha Dato’ tidak akan kesampaian jika perkara sebegini berterusan. Kami mengundi bukan kerana Dato’ tetapi kerana inginkan perubahan positif yang membawa manfaat. Saya percaya, undi yang diberikan kepada PKR adalah berdasarkan matlamat dan bukan kerana individu. Tetapi apabila matlamat dikaburkan oleh individu tidak bertanggungjawab seperti wakil rakyat kami ini, rakyat akan kembali jelik dan muak dan tentunya mahukan perubahan ini dibalikkan kepada asal.
Pikir2kan lah..
Buat Dato’, tekankanlah isu tanggungjawab dan integriti. Penting!
Benar sekali Dato’Seri …
Pergantungan kita yang mutlak hanya kepada Allah Subhanahuwataala…kita tidak bergantung kepada makhluk…Sesiapa yang Allah angkatnya maka tiada ada suatu kekuasaan pun yang mampu menjatuhkannya…dan barangsiapa yang Allah akan jatuhkannya..maka tiada suatu apa kekuatan pun yang mampu menahannya.. begitulah Allah akan mewariskan bumi ini kepada mereka-mereka yang beriman dan berjuang menegakkan kalimahnya..sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan dengan iradah,inayah dan takdir Allah jua….
Sungguh benar kata DSAI bahawa perlunya para pejuang memperuntukan masa untuk uzlah dan taqarrub kpd Allah untuk tazkiyyah rohaniah.
Sesungguhnya kita akan kuat kerana kita bergantung kpd yang Maha Gagah Perkasa Allah Pencipta ,Pengatur dan Pentadbir Alam ini…kepada siapa lagi kita hendak berserah diri dan memohon pertolongan kalau tidak kepada NYA..
Mari kita doakan kejayaan dan semoga datangnya pertolongan Allah kepada DSAI dan kita yang berjuang diatas jalan yang HAQ ini.Amin
semoga niat Dato Seri dimakbul Allah….selamat maju jaya pakatan rakyat….
Saudara DSAI,
Semoga saudara Ezam Mat Nor insaf..yg perjuangan ini adalah atas dasar untuk rakyat dan bukan untuk perut sendiri….semua orang menyahut cabaran dia.
Mari kita tengok bagaimana Ezam ni kena buli olih UMNO/BN dengan media arus perdana menwal-walkan cakap Ezam ni….he he he…seronoknya tengok joget ronggengnya.
Semoga satu hari nanti Allah akan tunjukan jalan untuk nya.
Makin lama makin teruk negara kita.
Minyak naik barang naik…….
Adik menteri dah bebas…….
Kes Tantuya makin melalut…..keputusan dah boleh agak!
Cepat-cepat lah kerajaan baru…camne agaknya ?