Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.
Saya telah mengadakan dua perbincangan sebelum ini dengan Dato’ Yong Teck Lee, Presiden dan pimpinan SAPP. Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban. Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah.
Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil.
ANWAR IBRAHIM

Tahniah DSAI…moga ada yang akan menyusul
kembalikan pulau labuan kepada sabah pada 2009!!! cepat si katak lompat.. lompat lah tinggi tinggi..
x sabar nak dulu betul2 lompat ni…but well done!!!langkah pertama dah dimulakan…sy doakan kejayaan dato’ seri membawa rakyat Malaysia ke era baru yg.tak pernah tergambar sebelum ini..
DS, tapi SAPP tidak pun keluar BN dalam kenyataan tadi?
Saya memang tidak tahu politik dan mungkin SAPP akan keluar sikit masa lagi…Saya hanya mendoakan DS akan membentuk kerajaan baru selewat-lewatnya sept, 16th ini…
DS mesti menumbangkan BN kalau tidak nanti orang BN akan mengetawakan DS dan semalam KJ sudah mencabah DS…
Good luck, DS. I am with you.
mcm tak percaya saja
Syabas,
Keberanian begini yg yang diharapkan…. Jgn spt sokong membawa rebah spt… Harap2 cerah peluang ke Putra Jaya
Tahniah, langkah pertama..Tapi, berhati hati kerana Umno tidak akan berdiam diri..Kuasa di tangan mereka. Jangan sampai terperangkap dengan ISA atas isu mengugat keselamatan kerajaan UMNO..
yahooooo!!!!!!!!!!
akhirnya! mari kita mulakan langkah dengan lebih gagah lagi! syabas! (bukan company milik umno tuuu)
assalamualikum…
DSAI belum lagi jadi ahli parlimen…bagai mana DSAI nak jadi PM kalau mcm tu…?
takut orang lain lak naik….namun diharapkan perkara berikut x berlaku…
saya akan mendokan DSAI tetap jadi PM ke 6 buat malaysia…insyaallah..
perjalanan ke putrajaya semakin hampir…REFORMASI!!!!!!
Datuk Seri,
Sapp kata hendak buat undi tidak percaya pada PM hari Isnin ini. Mereka bak buat macam mana itu Datuk Seri?
Ceritalah sikit…….
Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir
Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.
Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.
Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat “Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah.”
Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat “Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam.”
Moral & Iktibar
Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka.
Dunia adalah syurga orang kafir.
Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat.
Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga.
Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka.
Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya.
Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang.
Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorng bukan bermakna Allah meredhainya.
Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati.
Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia
Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya.
Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah.
http://www.omsabah.blogspot.com/
Syabas, kami orang Sabah menunggu berita baik dari SAPP.Dan saya berharap dan amat berharap
kaum kadazan dusun bajau murut dan lain di Sabah bangkit seperti SAPP bangkit.
Bukan melawan tetapi pertahankan Hak sabah. Mana kaum bumiputera Sabah yang lain ?
ayohh bangkit laaaa sama-sama
Mari menuju ke putrajaya…!!!!!!!!!
menunggu pengumuman yang lain pula …
Reformasi!!!!!! http://www.omsabah.blogspot.com/
Saat akan tiba, Mohon DSAI menganjurkan kenduri dan doa selamat sekiranya Pakatan Berjaya
mengambil alih Kerajaan .SAPP tahnia jg, Tapi mana Parti Kaum Lain di SABAH ?
Ayo bangkit laaa sama-sama
“The political landscape has changed. I have listened a lot in the last few months to friends here and in the West, and to Muslim activists, and it’s unfortunate it has developed to this stage in terms of enmity and rancor between Islam and the United States, in particular,” he says. “But what is the option? We have to continue to engage, including with the Bush administration.” - 23 Nov 2004
… Harap Dato’ Sri berjaya ke PUTRAJAYA.
maka laungan ketuanan melayu akan berkumandang sekonyong2 sapp mencabar kepimpinan pak lah
api2 perkauman akan ditiup oleh umno
hati2 datuk seri!
Dato Seri,
Has ur blog hit a million bloggers yet ?
May be you should get some ” advice ” from Dr Mahathir on how to cheat and get people to post comments on your blog under different names !!
Mayb once you have retired from politics and lost all your friends, you tend to have more time for the computer ……….
REFORMASI ! REFORMASI ! REFORMASI !
God is Great !
kami muda mudi rempit tak sabar nak tunggu be end tumbang
Saya harap ni titik permulaan bg Kerajaan Pakatan Rakyat.
Ni cadangan saya utk DSAI utk negara Malaysia yg baru:
1. Berikan kupon makanan utk keluarga yg miskin cth beras, susu bayi, gula, minyak masak
2. Hapuskan semua bentuk lesen utk import & jual. cth AP kereta, lesen import beras - supaya semua harga barang ditentukan oleh pasaran.
3. Saya setuju dgn AEM - cuma bagaimana nak pastikan segala dasar dilaksanakan dgn betul?
Assalamualaikom…ahlan wasahlan…
p’cik DSAI..
semiga Allah merahmati P;cik DSAI
Doa saya saya sentias bersama mengiringi perjuangan kita 5xsehari…
saya berbangga dengan semangat juang yg DSAI tunjukkan pada rakyat.. almahdulullah…semangat akan membentuk satu parti yg kuat tampa mudah boleh ditumbangkan
Kita memerlukan seramai 30MP untuk menubuhkan kerajaan yg baru..jadi masa semakin singkat..
saya harap DSAI dapat meluangkan lagi lebih masa untuk medapat cita2 kita bersama…lupakan segala hal,,…tumpukan pada perjuangan, masa yg ada kini sudah tidak lama lagi….namun jika kita cita2 kita allah benarkan maka nikmatnya kita sama2 menikmatinya berpanjangan…dan masa itu jangan lupa waktu perjuangan masa kini…
lupakan segalanya yg kita perlu inggat hanyalah Allah..kerana hanya Allah saya yg dapat membantu…percayalah…apa yg kita pegang adalah rukun Iman dan Rukun Islam…itu adalah tangkal bagi kita…
Allah hu akbar…
Takbir…
Subhan Allah…
DS, i hope this is will mark as a starting point of the fall of BN.
Semoga DS mengambil alih Putrajaya…. but i hate Putrajaya … wasting of people money
Bila PKR menang kat selangor.seminggu lepas tutu DSAI,Tansri Khid,dan Yb roziah melawat tempat kami.Jln yang tak beturap sudah diturap selepas 2minggu memerintah selangor.Ada satu lorong dah 4 tahun tak beturap mcm kena bom sekarang dah cantik nak merempit pun boleh.Spot light kat bawah jambtan tempat berbahya sebab byk kes bunuh dan samun dah diletakkan waktu malam.skrg tak de lg jenayah kat situ.tmpt budak2 parking basikal untuk kesekolah dah disediakn dengan baik.peniaga peniaga kecil melayu berniaga dengan aman tiada sape yang kacau.Program masjid berjalan dgn baik tanpa ganguan.byk lg manfaat selepas 100 hari PKR memerintah Selangor.Tahniah Kepada kerajaan selangor.Kalo ada sumbang2 bn yg hina tansri khalid dan pakatan rakyat mmg melampau.cepat ambil alih pusat.byk manfaat rakyat dapat
Ini petanda jelas yang dinafikan oleh para pembesar UMNO dan BN telah kelihatan adakah mereka masih nak menafikan sinbolik ini? ini hanya langkah pertama tampa tongkat sesiapa pun. kesedaran peminpin SAPP sangat dihargai rakyat. marilah kita semua bangun menuju kearah Malaysia yang lebih tulus dan sama rata untuk semua rakyat malaysia.
Dato Seri,
I already kat Putrajaya. Tunggu Dato Seri kat sini. Dato Seri dah start kete ke ?
Apa yang pak abu tulis tu dpt juga aku saksikan kat tempat aku di banting.sampah dulu yg besepah - sepah dikutip dgn baik x de pekerja yg malas.sampai ke malam kontraktor kutip sampah.dulu tak mcm tu.program masjid pun dahbyk.hidup pakatan rakyat.
Semoga berjaya !
tahniah untuk Dato Yong dan rakyat Sabah. Rakyat Malaysia semakin dekat ke Putrajaya.
Count down ke Putrajaya. 28 wakil lagi
salam..
apa pendapat dato tntang perayaan 100hari kerajaan negeri selangor dibawah naungan PR,dimana nak jemput ELLA,Mas idayu?
Tahniah SAPP. PBS bila lagi?
Hidup MP yang prihatin.
Maaf terkeluar tajuk,
Tahniah buat Felcra kerana bagi pulangan tinggi jangan lupa utus surat kat Bank Dunia ucap terima kasih kerana beri pinjaman pada Felcra untuk menbuka Ladang padi kat Seberang Perak (cangkat lada perak) terima kasih pada Bank Dunia dan kembarnya IMF kerana telah bantu malaysia sejak dulu lagi cuma tampa megenal warna kulit, budaya Bank Dunia dan IMF sering berganding memajukan negara negara menbangun.kesal UMNO kini kacang lupa kan kulit mak bapak mereka berladang dari pinjaman Bank Dunia,IMF,IDB serta Jepun.harap esok Utusan Meloya jangan patahkan dan pesongkan hakikat ini harap bagi tahu ahli umno semasa malaysia nak bernafas dema lah yang tolong kita jangan pula nak gigit tangan yang suapkan bapa kita makan.
tahniah dato seri !!!
itu baru senaman ringan… kan? kan? kan?
sungguh gembira kala matahari mula menyinari sabah…
syukur…. akhirnya MP SAPP dari sabah tersedar juga.
diharap selepas ni ramai lagi MP2 dari sabah yang mengikut jejak MP SAPP.
inilah pemimpin yang diharapkan oleh rakyat sabah utk memastikan sabah bebas daripada pendatang2 asing yang bermaharajalela setelah sekian lama dan bebas dari kemiskinan yang semakin parah.
Diharap segala janji2 DSAI kepada sabah dapat ditunaikan apabila DSAI memegang jawatang perdana menteri yang ke-6.
saya sebagai rakyat sabah akan sentiasa menyokong DSAI.
ReFoRMaSi ! ReFoRMaSi ! ReFoRMaSi !
Congrats SAPP, PKR & Saudara Anwar. Look forward with much anticipation to what will happen next.
There is growing sentiments among all progressives (The People & even the King of Selangor) in the PR controlled states about the actions of PAS Youth & the intentions of the PAS leadership in general. PAS leadership keeping silent & not disciplining the PAS members & youths (includding their leaders whom made such statements) only adds fuel to the fire. If PAS is sincere in it’s working relationship with PR, they will take action on these hypocritical individuals immediately.
Come the next elections, which might be very soon, the people in the PR controlled states especially Selangor, Penang & Ipoh might vote against all the PAS candidates.
tahniah sapp. tegas berkaitan amanah rakyat. mari sama2 dengan pakatan rakyat. kita bina malaysia bersama2 dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
Assalamualaikum DSAI, Semoga DSAI menjadi PM Malaysia ke 6….insya Allah. Pesanan saya pada DSAI, ingatlah kepentingan Allah yang utama dalam kehidupan ini. Ikhlaskan lah diri kerana Allah….dalam memperjuangkan keadilan di Malaysia ini. Perjuangkanlah Islam di bumi Malaysia ini…..dan bantulah rakyat Malaysia. Harapan baru untuk Malaysia kian menjelang……Takbir!!!!
DUN Sanglang telah dibubarkan, mari kita tambah satu lagi kerusi untuk Pakatan Rakyat. Pastikan DSAI turun ke sana, kerana kedatangan DSAI pasti dinantikan. Mungkin Perlis nampak macam kubu BN tapi percayalah jika anda berada di pihak yang benar, Insya Allh berjaya. Amin
Good news…..this is what we waiting for so long. Hope that more good news will coming soon.
Congrate to SAPP. we malaysian people very pround & happy to hear firm decision from you. congrate also to DSAI. I don’t believe it happend this early. Really excited to hear from other parties also. Hope they also followed SAPP decision. I really vote for you DSAI. Go PKR,PAS,DAP,SAPP,XXX,XXX,XXX etc.Go..Go..Go..for malaysian future..
DSAI… SUBHANALLAH! WALHAMDULILLAH! WALAAILAAHAILLALLAH! WALLAHUAKBAR!WAHAI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA AGAMA, BANGSA DAN KETURUNAN! MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA UNTUK HARI ESOK YANG SEJAHTERA DAN MAKMUR! SEMOGA KEHIDUPAN KITA SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, INSYA ALLAH! ALLAHUAKBAR!
Ini baru nama dia NEGERI DI BAWAH BAYU!! Hahaha..tiadalah lagi umno disini..kedayan pun mau maju!
Saya harap apa yg SAPP buat skrg bukanlah utk ugut kerajaan BN beri mrk byk sikit menteri atau apa faedah yg lain.. tetapi saya memang berharap mrk akan menyertai Pakatan utk kebaikan rakyat!!
Ya surind.. Aduh memang tak faham pada pemuda PAS itu, tapi harap tuk guru dpt buat sesuatu terhadap pemuda pemuda mrk..
Parti yang lain apa lagi join SAPP la.nak tunggu sampai bila lagi.
Lpas SAPP usulkan undi x percaya,mesti parti kooomponen BN akan ckp mereka pengkhianat .Last2 kna tendang dari BN.pandai gak SAPP berpolitik.haha.
reformasi ,takbir
Nazri: No-confidence vote cannot be tabled on Monday /thestar
tahniah….sy sebagai orang sabah tidak sabar untuk melihat be end tumbang.
Tahniah SAPP..Tahniah Rakyat Sabah..Tahniah PAKATAN RAKYAT & Tahniah DSAI.
MOGA KEMENANGAN RAKYAT AKAN AKHIRNYA MENJELMA DI BUMI BERTUAH HARI INI..
SUNGGUH BERTUAH RAKYAT MALAYSIA ..KERANA AKHIRNYA DENGAN TAKDIR ALLAH S.W.T Demokrasi akan benar2 menjelma untuk kita semua!!!
Teruskan perjuangan rakyat menentang Kerajaan BN.. Ingatlah Kekuatan PAKATAN adalah kekuatan rakyat sebenarnya..
Wassalam
Saya harap semua rakyat berinsaf dan meninggalkan UMNO.
Penangguhan masa akan melambatkan pembangunan negara kita.
Jikalau Pak Tidurlah masih boleh diharapkan lagi.
Bagaimana pula Pak Najib yang be*** itu?
Boleh kita caya sama dia?
DUN SANGLANG….PERTEMPURAN AWAL PR & BN
AYUH TUNJUK KUASA RAKYAT SEBENARNYA!!!
BANGKIT RAKYAT PERLIS MENENTANG KETIDAKADILAN!!
slm dato…
dlm sinar harian hari ini ts khalid sudi beri laluan utk dato untk kerusi bndr tun razak..ape pndpt dato…sy rsa tmpt tu x sesuai coz..sy cdngkn dato brtndng di prmtng pauh gnti puan sri cz nk kn puan sri brht dn lbh tumpukn kpd fmly..ape2 pn sy dokan dato cpt2 jdi pm kami..
Datuk Seri,
Gendang sudah dipalu, langkah sudah dibuka, rancakkan lagi paluan tapi jangan sampai langkahnya sumbang……
Dari Kaca Mata HZ
‘Kepada semua bloggers’
Adakah anda percaya PR akan membentuk Kerajaan Pusat pada 16hb. Seprember 2008 dengan beralasan 30 orang Ahli Parlimen UMNO/BN akan menyertai PR?
Pandangan saya, sebelum 30 orang Ahli Parlimen UMNO/BN lompat menyokong PR Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawe akan bubar Parlimen lantas mengadakan Pilihan Raya Umum Malaysia ‘Snap Election’. Bubar Parlimen sahaja tidak DUN.
*Memang betul 30 orang Ahli Parlimen UMNO/BN menyertai PR.
*Perdana Menteri Paklah tahu senario ini.
*Dato Seri Anwar Ibrahim pun tahu senario ini.
Tidak mustahil PR boleh membentuk Kerajaan Pusat tapi selepas ’snap election’ selepas 16 September.
Setelah saya baca ‘trampcard’ Dato Seri Anwar Ibrahim, saya dapati Dato Seri Anwar Ibrahim main ‘physcology’. Supaya Kerajaan UMNO/BN bersedia untuk ’snap election’ bila bila masa sahaja tiba 16 September 30 orang Ahli Parlimen menyertai PR.
Sekarang Dato Seri Anwar Ibrahim belum lagi jadi MP bagai mana beliau boleh jadi Perdana Menteri?
Tentunya snap election selepas 16 September.Ahaks
HZ:-Jangan marahhhhhhh.
bn ***…dato seri ajar *** tu mcm mana nak jd menteri…..jgn geti makan duit rakyat jeee…REFORMASI..Hidup dato seri
To Dato’ Seri,
Saya nak cadangkan supaya Dato’ Seri jangan terlalu excited dengan cita2 untuk menaiki takhta Putrajaya, sebaliknya tumpukan 100000% untuk memperkukuhkan PR dan kerajaan di bawah PR. The time will come. Rakyat skrg dah mula sedar.
Saya bimbang yang rakyat akan mula muak dengan tindak tanduk kita yang nampak terlalu gilakan kuasa. Saya kata KITa sebab saya rasa kebersamaan dengan komponen lain dalam PR.
Saya rasa kalau kita betul2 tumpu keenam2 negeri di bawah kita, PRU14 sure kita sapu bersih undi2 para skeptikal yang terdiri dari kebanyakan rakyat. Jadikan peristiwa PRU 2004 sebagai pedoman. Kita ‘tersungkur’ (walaupun BN main kotor) dek kerana keyakinan kita bahawa rakyat masih bersama kita, rakyat menyokong kita last2 kita hilang Terengganu dan majority of votes… Please dont let that happen again!
To brother Surind,
Thanks for the concerns. I do think that SOME of PAS supporters did behave as what you’ve said but not ALL…
If you’re referring to our protests against the Ella and Mas Idayu concert, then I think there are a lot of things that need to be pondered upon by everybody.I buy the ideas of the importance of having a good relationship between the components of PR. No doubt about it..
One need to know that every party in the coalition has their own objectives and goals in politics. It is so happen that the centre point of everything is just and welfare of the rakyats, which in turn formed the PR coalition. However we cant deny that specific, individual party goals are still attached.
In the Ella-Mas Idayu concert, it is obvious that it is against Pas’ long standing principle of not having any sort of concerts that may open up the gates for social ilness to breed. If it is still continued even when Pas has expressed their concerns, then it may result in reactions from hardcore Pas suporters nationwide.
I believe in the spirit of coalition, in te spirit of friendship, PR leaders should sit down together and discuss matters which give concerns to other parties in the coalition.
If Pas is willing to play a bit of give-and-take by not mentioning about Islamic State for the sake that it might concern the leaders in DAP, why should we continue such concert which leaves a big concern in Pas’ supporters and leadership? Is the concert important enough until we did not need to hear any voice from a friend who help us when we were in need?
This is not the time to argue. It’s the time to get together and hold each other’s hand and strive together towards a better, peaceful Malaysia for ALL Malaysians. The taste of a cake is in the eating…
tahniah DSAI…semoga impian menjadi kenyataan
bagus juga SAPP keluar…………orang melayu dalam kerajaan semakin kuat la lepas nie,tak payah tunduk tekanan SAPP.lepas nie harap PPP dan GERAKAN keluar sekali ,biar parti yang menuntut merdeka dulu tinggal dalam BN…. MIC,MCA dan UMNO.merekalah yang bertanggungjawab memastikan negara ini merdeka dan mereka juga patut bertanggungjawab memastikan PAKATAN RAKYAT hilang dibumi MALAYSIA.sila siasat latarbelakang presiden SAPP ,dan berapa duit yang diberi dalam akaun SAPP dan Yong Teck Lee……apapun kepada pemimpin Pas dan Keadilan perlis,sila buat persediaan untuk kita bersilat disanglang.selepas mahkamah rayuan memastikan penghakiman bagi Dun Sanglang dibuat,kita tengok,org perlis boleh terima atau tidak agenda malaysia baru anwar…..moh kita………hidup Malaysia,Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup biar dirahmati Allah.
tak mustahil perkara yang sama jadi kat pakatan kalau SAPP ni join pakatan
yong teck lee ni dendam ngan bn sebab mansuhkan penggiliran km sabah
itu je pokok utama dia..
dsai…hati2nyer
Assalam mualaikum DSAI,
Rakyat kian sengsara ekoran dari kenaikan harga minyak dan impaknya hangat di rasa terutama sekali bagi saya yang berpendapatan rendah, walaupun bekerja di sebuah Syarikat Swasta yang gah di Malaysia. Harapan tinggi menggunung DSAI menjadi PM Malaysia yang ke 6 dan mengotakan janji akan memperjuangkan nasib rakyat serta menurunkan harga minyak.
Wassalam
Miaw, Sarawak
DSAI,si khairy nak mencabar Dato’ Seri letak jawatan penasihat PR kalau BN masih berkuasa 17-9-2008 ni…? Ape crite? dia takut la tu..
dsai
pemimpin sabah yang jumpe di hongkong tu….mp BN dari SAPP laa yer?hehhe
jambang jambang hehehe
Apa yang akan terjadi kepada Kerry Jackalmaniac jika Pakatan Rakyat berkuatkuasa?
Tukarkanlah namanya kepada *h_n*_r J_*t_n !
DSAI, keep it up! We always support u! We still awaiting u to be hero to kill evils…..
Saudara DSAI dan SAPP..
Tahniah buat kalian dan kami banyak berterima-kasih atas kenyataan SAPP ini. Kami rakyat bersama kamu SAPP… kami berdoa semoga langkah pertama ini akan membawa anda semua kePutrajaya.
Itu Nazri masih lagi dalam mimpi penafian ” Tak bolih buat usul tidak percaya kpd PM kat parlimen hari isnin”..kita tengok dia menggelabah kat parlimen.. siaran langsung isnin dari parlimen.. jangan lupa RTM dan TV UMNO (TV3 dll..le).
Nazri lupa kenyataan SAPP hari ini sudah cukup untuk wakil BN tak bolih tidor–dok pikir lepas ni apa pulak yang akan jadi..jangan marah heh..kalau marah kami rakyat jual kamu..
ASSALAMULAIKUM DSAI,
SAPP telah menjadi komponen BN pertama menyatakan pendirian tdk percaya terhadap kepimpinan Dollah Badawi.Kami warga marhain mengharapkan proses seterusnya terus berjalan lancar.
Kearah Malaysia yg lebih makmur kami nantikan detik 16 September.
TAHNIAH atas kejayaan awal ini
Rakyat menantikan perubahan.
Rakyat menderita 50 tahun di bawah UMNO dan BN.
Pimpinan PR bukab gila kuasa. DSAI berhak jadi PM sekiranya pilihanraya adil.
Syabas SAPP. Parti dan MP lain tunggu apa lagi.
Pada Allah kita munajat dan pohon pertolongan agar pemimpin
yang menindas rakyat mengalami kekalahan.
alhamdulillah! so far so good nampaknya Dato Seri! inshaAllah, jgn stop berdoa everyone!!
orang gila hidup melayu, hidup islam tapi menyokong mereka yang telah menghancurkan melayu hingga jadi lebih papa kedana.sepatutnya 50 tahun merdeka orang melayu lagi bertambah baik tapi sebaliknya hanya umno putra yang kaya.sokong islam tapi sokong orang yang berpeluk cium bukan muhrim yang memenjarakan surau dan masjid kat selangor sebelum pr memerintah.sokong malaysia tapi membiarkan saje malaysia ni hancur.
Ass’kum DSAI,
Dua ahli Parlimen SAPP akan mengusulkan undi tidak percaya atas kepimpinan Abdullah Badawi mengambar kan bahawa pakatan Barisan Nasional sudah mula menampakan satu keretakan.
Menurut Standing Order SAPP memerlukan masa 2 minggu untuk memgemukakan usul tersebut dalam Parlimen. Tuan Yang diPertua akan mengambil peluang ini untuk mengenyahkan usul tersebut dengan berbagai alasan sehingga usul tersebut ditolak.MP BN akan senantiasa berada dalam Dewan takut undi mereka bekurangan termasuk Pak Lah sendiri.
Tahniah Datuk Seri dan rakyat Sabah.
Kemusnahan Barisan Nasional semakin jelas.
http://www.kerajaanrakyat.com
tahniah kpd DSAI…
doa dan restu rakyat akan sentiasa mengiringi perjuangan dsai…
semoga ape yang dirancang menjadi realiti dengan kehendak yang maha esa…
salam perjuangan..
Salam DSAI,
Sememangnya tindakan SAPP adalah betul. Undi tidak percaya adalah yang terbaik untuk mengusulkan protes terhadap Pak Lah. Namun. sila Dato perjelaskan khabar2 angin berkenaan rasuah yang digembar gemburkan oleh UMNO & BN terhadap dato’ seri. Tentang lompat parti..adakah wujud rasuah?Bukakan mata semua..biar nampak..DSAI tetap akan ke Putrajaya tanpa Rasuah!
What’s up
Awsome Photo Blog
Malaysiangate Blog
Salam DS… tahniah kerana telah memberi kesedaran kpd SAPP. Semoga jalan ke Putrajaya semakin dihampiri. Dalam kesempatan ini, ingin juga saya rakamkan tahniah dan salut kpd YB. Mahfuz. “Sdr hebat dlm rancangan Hujah”. Camni le… YB. Salahuddin patut belajar drp YB. Mahfuz. Dan pastinya sifu yg hebat ialah DSAI… Tahniah. >>>Oh ya… camna agaknya lambang parti PR?… yg pastinya bukan dacing berkarat yg sengetkan?…
salam DSAI n bloggers,
undi tak percaya pd PM tu baru first step…lepas ni blh lompat parti, tapi rakyat dah tak tahan dgn harga minyak sekrg ni….tak taulah berapa lama kita blh bertahan, so tlg cepat sikit, DS bkn gila kuasa tapi beliau pedih mata…sakit perut tengok rakyat derita!!!!
p/s : sekarang ni exit usj dh tak jammed….kereta dah kurang kot :-)
Hari ini SAPP, esuk lusa berpuluh-puluh MP BN akan keluar parti, dan ada parti akan keluar BN seperi SAPP. Ambil alihlah Puterajaya secepat mungkin, rakyat mengeluh kesusahan kini. Tahniah SAPP.
kesengsaraan kita tak akan berterusan…..www.hidupharapan@blogspot.com
Salam DESAI
Apa pun tindakan kita harus ada pertimbangan baik dan buruk. Disebalik pengumuman SAPP itu terselit juga keraguan bahawa parti itu tidak mengumumkan keluar dari BN. Risau juga kalau-kalau ini satu mainan politik BN untuk menjatuhkan air muka PR dalam sidang Parlimen akan datang.
Apa-apa hal pun jaga-jaga kepada semua pimpinan PR.
Yes!! Tak sabar dah ni… harap kali ni kemenangan dipihak kita
sabahan will join u DSAI : http://www.omsabah.blogspot.com/
satu perkembangan yg cukup menarik
Antara ramai-ramai yang faham,ada jugak yang masih mahu jadi berok bodoh.Kasihan dia.Faham-faham sajalah itu gayanya orang gila moroyan.
Anwar, hang tolong jawab persaolan dibawah, tu pun kalau hang tak bacui
“Jika melihat rekod Anwar Ibrahim dalam kempen PRU dan ucapan-ucapan di mana, dia langsung tidak menyentuh soal perniagaan atau terlibatnya Abdullah Hj Ahmad dalam membesarkan perniagaan anaknya. Serangan Anwar Ibrahim tidak seperti menyerang Tun Dr Mahathir Mohmad dalam soal KKN-Kroni-Korupsi dan Nepotisme,
Serangan Anwar Ibrahim hanya tertumpu kepada Najib Tun Razak, walhal Anwar Ibrahim bukan seorang yang bodoh bila mana tidak mengetahui bahawa pembelian senjata perang itu ada hubungan dengan kewangan politik UMNO dan bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamed mendedahkan sejumlah 1.5 billion wang UMNO diserahkan kepada Abdullah, dan transaksi pembelian itu berlaku di waktu Abdullah Hj Ahmad sudah menjadi Presiden UMNO, bukankah kes senjata Perang itu tidak sama dengan pembelian kapal terbang Penerbangan Malaysia yang dirundingkan oleh Air Bas dan Boeing dengan Kamalludin Abdullah Badawi pemilik Scommi. Kenapa Anwar Ibrahim tidak membongkar isu ini, satu teka-teki yang menarik.
Dan terbaharu kenapa Anwar Ibrahim membisu seribu bahasa bila dua nama yang disebutkan sebagai perasuah sudah diberi anugerah Tan Sri oleh Abdullah Hj Ahmad.”
All,
Firstly congratulation to SAPP leadership in expressing their stand toward the future of Sabah people. For the ‘be end sopporters’, it is expected that this kind of people (orang giler) will take this event of sapp announcement as a lite matter as possible by trying to tarnish the images of sapp leadership with so many stupids accusation. We know that SAPP is a chinese based political party, and im not even a chinese, but Mr Yong teck Lee with some proff of good leadership and governance by him in previous Sabah administration, we people of sabah are verry much respect and support him. Be end supporter who is nurtured with racial political border perspective will never beliefe in this so dont assumed that only chinese people will support SAPP because the way of thinking by people of sabah are much different compared to the west Malaysia. To the reformist and SAPP I would say good luck and to Umno Sabah, dont be so stupid for trying to uphold the federal goverment that has failed for more that 50 years in developing Eastern Malaysia with so many unfair treatment…
ahmad,
Peminpin UMNO kalau dijual longok kat pasar malam pun tiada yang nak beli.
hidup PR!………………………….
Salam,…
Masa dan ketika ditunggu telah mula tampak cahaya…
Cahaya yang diharap memberi billion harapan kepada
rakyat yang menderita dan merana dek gawat tiba
minyak naik, barang naik dan lain lagi naik..
cepat pakatan naik…
syabas DSAI
Tahniah Dato Seri!
Harap Parti-parti komponen BN jg lain ikut jejak langkah SAPP juga!
Dengan berita baik ini kita mulakan dengan sujud syukur, moga seterusnya akan selamat.
Hi DSAI,
Thks for your courage, perseverance and dedication to bring about justice and fairness to all Malaysian.
Indeed our Tanahair yang tercinta is so blessed with resources and talents that the rakyat should not be suffering this much.
The mis-management and corruption is so great that even ex-PM cannot tahan anymore and start to reveal all the worms in his blog.. :p
Let’s hope Malaysia will change course towards brighter future come Sep.. :)
orang giler,
Selepas merdeka kita dijajah oleh UMNO,MIC,MCA selama 50 tahun. semoga tuntutan kemerdekaan yang tulin akan buat julung kalinya akan terpatri pada sept nanti.jika ini terjadi rakyat akan megibarkan bendera malaysia dari Perlis hingga ke sabah. Hidup malaysia baru dengan semagat baru malaysia untuk semua.
Assalamualaikum DSAI,
Pak Abu weh, Kami rakyat WP jelousnya kat Orang Selangor, duduk kat gombak tapi poskod WP. Kempunan air free weh!! Awat WP dimenangi BR tapi tak leh buat mcm S’ngor.
Cepat le ambik alih Malaysia dengan bijaksana. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan tersebut. salahsatunya melalui kesilapan demi kesilapan yg dibuat oleh pemimpin UMNO dan mantannya ( sape lg kalu tidak si Tun tu!) Hidup Tun (semakin hari semakin tua)talkin UMNO & BN!!
Kepada yg tak suka DSAI & Pakatan Rakyat, cepat-cepat le buat adjustment. Hang pa tak suka macamanapun DSAI le yg terbaik setakat ni, dgn izin ALlah bakal PM-6.
Nak harapkan pemimpin BN semua penakut ( itulah hasil kerja Tun sepanjang 22 tahun, sbb tu depa boleh kekal dlm UMNO sampai la ni, bebal lak tu )
ELLA dan Mas Idayu dapat promosi percuma tak payah nak lantik Event Com untuk buat promosi diri.PAS perlu melihat dari berbagai sudut sebelum sesuatau perkara itu di putuskan terutama secara terbuka. sedangkan perkara ini boleh dirundingkan dahulu secara tertutup. Sedangkan kerajaan negeri PR tiada keluar satu sen pun dalam kos untuk konsert ini semua di taja oleh pihak UMNO. jadi kenapa PAS terburu buru sangat untuk jadi hero dimana muzakarah dan musyuarah yang di canangkan oleh PAS selama ini kami tidak menolak PAS tetapi perlu ada cara yang atau polisi yang harus dilalui oleh PAS sedangkan MB Perak selepas lawatan ke kelantan berkata perak akan memerentah megikut dangan kesesuaian dengan muka bumi negeri perak dan tidak seratus peratu ikut cara pas kelantan..begitu juga sebaliknya dengan selangor muka bumi selangor jauh berbeza dangan kelantan foot print juga berbeda SEKALI. oleh itu kerjasama dari PAS amatlah dihargai demi kebaikan semua pihak buat masa ini!… ?
Dear DSAI,
The wheels they are a turning. Congrats to Dato’ Yong and friends from SAPP on this show of great fortitude. Malaysia needs noble knights like these.
Change can only come when majority of Malaysians want to see the nation break out of it’s old chains. He who has ears, let him hear the truth about the situation in Sabah.
I read in MKini that the motion of no-confidence is just a waste of time (as mentioned by Kit) and I believe that is the grim reality.
This can only change if many more brave Malaysian Lawmakers stand up for the people (who gave them their jobs in the first place).
Enough squandering, enough racism, enough brainwashing, enough BN.
Unite and carry Malaysia forward!
A friend in arms,
Mikester
Salam DS,
yg lain2 tu bile lagi?? apapun, harapnye berita kemasukan SAPP ini akan menjadi pembuka langkah DS ke putrajaya..pastikan amanah rakyat dipikul dgn rasa tanggungjawab, insyaAllah yg baik2 akan berlaku dlm msia tidak lama lagi…takbir!!
s.a.l.a.m r.e.f.o.r.m.a.s.i
What? Our wish really happened!
Merely unbelievable!
Owh my GOD!
Good job SAPP.
We salute you…yoohooohoooohoooo hooray!
ALLAH YANG MENENTUKAN JALAN “KEBENARAN”, BUKAN SI UMNO DAN BN-BARANG NAIK PARTY TERMASUK KUNCU KUNCU SAPERTI MCA,MIC,GERAKAN. YANG PELIK SEKALI, MCA DAN MIC KONON AKAN MENYOKONG KERAJAAN BN, TAK MASUK AKAL LANGSUNG.
RAKYAT MALAYSIA SEMUA KAUM DAN AGAMA SEKARANG INI DAH PUN BERMULA MENDERITA DI SEBABKAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI, CAKAP SAJA SEMUA DAH NAIK.
TAK KAN SI BAHOLOL KUNCU KUNCU UMNO TAK TAHU. RAKYAT MENDERITA, PUN NAK MENYOKONG UMNO?
KEPADA SEMUA AHLI AHLI PARLIMEN BN, CUBA FIKIR SEMULA PENDERITAAN RAKYAT SEKARANG INI, KELUAR DARIPADA BN DAN TOLONG LAH MEMBERI SOKONGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT, AGAR PR DAPAT MENBUAT “ADMINSTRATION CLEANSING OF THE MALAYSIAN GOVT” INI LAH YANG DI KEHENDAKI OLEH RAKYAT SEMUA KAUM DAN AGAMA.
HALALKAN KAN DIRI ANDA SEBELUM ANDA DI SEMBAHYANGKAN.
BERSIAP SEDIA DSAI.. JANGAN MELANGKAH KE BELAKANG KEBENARAN TETAP AKAN MENANG.
Ini merupakan langkah permulaan.sekarang cuma 3 bulan lagi maka kerajaan baru bakal dibentuk.rakyat sabah khususnya tidak mempunyai pilihan selain menyokong Pakatan Rakyat jika inginkan perubahan yang drastik.sepanjang pemerintahan BN,sabah dan sarawak jauh ketinggalan walaupun aset kedu-dua negeri tersebut begitu melimpah-limpah.
Hanya anwar sahaja yang mampu membawa perubahan tersebut.jika saudara mampu mengotakan janji-janji yang dikatakan sebelum ini maka saya dan keluarga dengan segera akan memohon keahlian sebagai ahli PKR.tetapi jika saudara berbohong dan memungkiri janji-janji tersebut maka jangan harap rakyat akan mempercayai DSAI.
Harapan rakyat terlalu tinggi dan jangan kecewakan!selamat maju jaya.
DSAI,
We need a new PM. ASAP.
Harga Petrol Naik, Harga Barang Naik, Gaji tak naik !!!!!!
Tiap bulan gaji RM 3000.00.
Bayar Petrol Toll Parking = RM 1200.00. ( 40 % of my total income )
Bayar Car Instalment Sewa Rumah = RM 1700.00
Bayar Utilities Bills (Elektrik Air Telephone H/P) = RM 500.00 ( 17 % of my total income )
Bayar 3 Orang Anak yang masih sekolah …….
Tiap hari kerja overtime, hari minggu kerja part-time lagi …..
BN tu cakap nak mengurangkan beban rakyat tetapi polisinya membebankan & menyusahkan rakyat.
Nampaknya BN sanggup mengkorbankan rakyat untuk project Corridor-Corridor …..
Itu Orang masih belum bangun tidur lagi lah !!!!!
Tolong lah..kami di Sarawak ni perlukan pertolongan secepat mungkin…BN-PBB di Sarawak terlalu bermaharaja-lela..kami nak bangun pun susah..sekiranya Pakatan Rakyat dapat menerajui kerajaan pusat, maka terbukalah pintu dan jalan yang lebih luas bagi kami untuk memperjuangkan rakyat di Sarawak. sekarang ni jalan perjuangan kami bagaikan “jalan tikus”..semuanya kena senyap.dengan pertolongan saudara/saudari Pakatan Rakyat, insyaAllah “jalan tikus” kami akan dapat dijadikan “lebuhraya menuju keadilan rakyat”. Dato Seri Anwar Ibrahim, this is an SOS we are sending you. Please help before it is too late
undi tak percaya harus diberikan kepada mana-mana pihak andai kata mereka GAGAL di dlm mengendalikan URUSAN RASMI harian.
ini perkara BIASA dlm zmn ini dan LAMA wujud di sektor swasta…..
saya harap mana-mana polisi @ dasar KERAJAAN haruslah berlandaskan lunas-lunas UNDANG_UNDANG. Berdasarkan EFFICIENCY, KEBERKESANAN, berdasarkan MERIT, KeBOLEHAN
, kecermelangan, ….. seiring dgn peredaran ZAMAN GLOBALISASI….
Jgn selalu PAKAI ‘TONGKAT’ … walau pun org MALAYSIA tak kisah BUDAYA ‘TONGKAT’ ini, atau terPAKSA ‘terima’ BUDAYA ‘TONGKAT’ sejak dahulu lagi….
TAPI , bila di martabat DUNIA, ia menjadi bahan ” LAWAK” atau JENAKA….. ha…..ha,,,,ha”” ha….. BETUL tak DSAI yg sentiasa berada di forum ANTARABANGSA
Bursa Saham terus menjunam bila SAPP buat statement.
Saudara DSAI.
PakLah salahkan Yong Teck Lee konon YTL ada kepentingan sendiri yang dia tak dapat.
Nyanyian lagu lama UMNO/BN dan PakLah. Cerminlah diri sendiri yang lemah dan gagal mentadbir negara…nak salahkan org lain. pasal AAB yang lemahlah negara kini teruk diurus dan tiada arah-tuju…entah-entah sekarang ni Malaysia ditadbir olih penasihat luar negara yang AAB dan keluarga tak sedar akibat dibuai nyanyian olih penasihat haprak yang akan hancurkan negara ini.
Salam DSAI,
Salut untuk SAPP!Teruskan perjuangan untuk Sabah..PBS jgn tunggu lama..Jum kita rakyat Sabah bersama singkirkan UMNO dan BN dari bumi Sabah.
Hope more people will see what SAPP has done. This party has the courage and bold enough to voice their values to have good governance. Hope more leaders will follow suit.
Definitely we need and deserve a better living. Bravo to these brave people and down with BN.
Saya berharap agar lebih 30 orang ahli Parlimen BN mengikut jejak langkah
SAPP, yang merupakan pencetus masa depan. Maka, saya meminta agar lagi 30 orang
MP BN yang digemabr-gembur selama ini dapat mencipta sejarah yang belum pernah
terjadi dalam Malaysia. Berhijrahlah sekarang ke Pakatan Rakyat. Amin!
semoga usaha memperolehi kejayaan..Insya-Allah
Saya ingin mengucap sayabas kepada YTL, namun saya memang memandang sinis kepada DSAI kerana sepatutnya PR lah yang sepatutnya mengusulkan undi tidak percaya ini.
Kita tengok sejauh mana ahli PR menyokong motion itu nanti.
Potong jari laa…..takda yang menyokongnya kerana bila Pak Lah out..BN akan kembali stabil dan takda isu yang nak dibangkitkan maka kempunan lah DSAI memenuhi agenda (Temolok) peribadinya ingin menjadi PM.
Kalau lompat parti demi wang dan jawatan, saya 100% tidak setuju. Tetapi jika lompat parti demi rakyat, demi prinsip, demi negara yang tercinta, lainlah cerita. Negara kita di bawah pemerintahan BN semakin hari semakin teruk. Soal moral? Orang yang tidak melompat parti dan sanggup melihat rakyat menderita demi mempertahankan pangkat dan kekayaan sendiri, ini barulah tidak bermoral.
Dato Seri, TDM and Pak Lah dan ahli politikus(bukan tikus korek labu punya)
Saya tiap2 hari masuk semua blog yg terbilang mengenaai politi Malaysia sekarang. Lama2 saya naik fedup kerana semua komen2 termasuklah apa yang di tulis oleh pemilik blog2 ni menonjolkan kepincangan dan harapan yang tidak menjurus kepada penyelesaian yang meyakinkan bagi negara ini.
Ramai yg taksub dgn Dato Seri, ramai juga yg mati2 sokong TDM tak kurang juga yg hidup mati mereka tetap sokong Pak Lah. Cita rasa tak sama. Cuma yang sama antara tiga pemimpin ini ialah asal lahir dari satu rumpun iaitu UMNO. (Org PAS kurang sikit kucar kacir nya cuma perbezaan mereka yg ketara nya antara yg keras dan kurang keras). Yang hampir sama nya UMNO dgn PAS ialah kerana kebanyakan ahli2nya orang melayu Islam.
Tuan-tuan pemimpin sekelian, agak2nya kemana lah kami rakyat hendak dibawa oleh you all ni?
Secara am nya semua orang rakyat Malaysia ini nak hidup aman maju dan sejahtera dibawah satu bendera. Tapi malang nya dalam keadaan yang hingar bingar ketika ini kemanalah rakyat nak membuat pilihan.
Sayanglah negara ini. Kita khususnya orang Melayu takde tempat lain nak pegi dah, hidup mati kita kat Malaysia nilah. Marilah kita pakat bina secara molek dalam suasana musyawarah yang baik. Parti2 politi hanya wadah yang membawa anda kemercu kuasa. Walaupun ramai individu2 berkepentingan untuk diri sendiri didalam parti mereka namun akhirnya mereka akan akur bahawa kuasa insaniah itu bukan mutlak. Tak silap gaya kena topple, mati cepat, sakit terbaring, kena tendang, kena tangkap dan macam2 ada yg menyebabkan kehilangan kuasa itu. Yang tetap tinggal ialah kesinambungan keujudan negara itu sendiri. Bagaimana hendak meneruskan kesejahteraannya jika tak nampak pun titk pertemuan agenda peribadi dan kelompok2 parti ini!
DSAI, TDM, PAK LAH hulurkan lah tangan masing2 dan saling bermaaf2anlah antara satu sama lain. Harta kekayaan, status kedudukan, bijaksana ke tak bijaksana ke, adil ke tak adil ke, itu semua perbandingan sahaja, susah hendak dibuktikan pihak mana yang lebih baik. Semua mengaku manusia tak perfect kecuali Nabi dan Rasul, jadi janganlah nak champion sangat soal ego masing-masing. Jangan heret rakyat malaysia ini kekancah perdebatan yg tak berkesudahan selagi satu pihak tak setuju dengan pihak2 lain. Ok lah masing2 dah cerita masing2 punya terer segala sanjungan dan pujian melangit dari para penyokong telah didengar, masing2 juga dah kena lanyak cukup2 oleh pihak yang tak setuju. Habis pekung, kurap panau masing2 dah keluar kepada umum apa lagi nak. Rakyat keseluruhannya tetap sanjung mana yang baik dan sedia terima kekurangan2 yang ada pada para pemimpin jika mereka sedar dan insaf akan kelemahan masing2 dan berusaha merubah kepada kebaikan. Zaman Tun dah lepas namun mana2 nasihat beliau yang elok ambillah, PakLah pun tolong adjustlah pendirian hidup dan accept pandangan orang lain. DSAI pun kena adjust juga kerana memimpin ummah ini tak lah semestinya jadi PM tapi mengemudi fikiran dan mindset tentu lebih bernilai. Tok Guru Nik Aziz bijaksana orang nya dia tak gopoh2 nak jadi PM kerana nak bagi org percaya dia perintah Kelantan pun bukan senang. Diam tak diam dia dah pegang Kelantan bukan main lama. Orang UMNO pun sokong Tok Guru ni walaupun tak sokong PAS!.
Kalau Dato Seri Anwar, Tun Mahathir, Pak Lah, (jangan lupa jemput Tuan Guru Nik Aziz jadi moderator kut) boleh bersembang2 lah dulu meleraikan apa yang kusut sangat antara agenda masing2 ni.BUANG YG KERUH AMBIL YG JERNIH. Lepas tu look back to remedy what had gone wrong and set forward new agendas to steer this country into a New era of Modern Malaysia!!!Insyallah kita dapat bergerak lebih pantas dan lebih mantap untuk menjadikan Malaysia ini benar2 progressive!
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum DSAI,
Moga sihat selalu dan dirahmati Allah SWT.
Saya bukanlah penyokong setia DSAI dan pembangkang. Tetapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara dan penyokong saudara kerana berjaya menyedarkan saya dan KERAJAAN terutamanya UMNO dan perti komponen BN amnya bahawa peri pentingnya setia kawan dan bertapa daifnya kita apabila berada di atas.
Saya adalah seorang pemuda berusia 24 tahun amat impikan suatu UTOPIA dimana bangsa Melayu disegani dan mampu menjadi seseorang dan bukan hanya seorang jaguh kampung dan kuat berkokok di reban sendiri. Tapi kian hari kian malap akan impian itu. Saya hanya memandang UMNO sebagai suatu ‘expressway’ untuk menyatukan Umat Melayu tetapi saya faham usaha itu akan menjadi sia-sia kerana menyatukan Melayu atas nama parti akan menjadi angan-angan kosong. Parti adalah entiti duniawi tetapi menjadi sebahagian keperluan insani selaras dengan keperluan manusia.
Walaupun saya adalah ahli UMNO yang setia namun seperti tulisan saya didalam blog-blog sebelum ini jelas menyatakan suara hati orang muda yang mahu suatu pimpinan yang bersih serta sifat kesatuan kebangsaan yang kuat dan global. saya yakin saudara DSAI pun ketika dalam UMNO juga begitu. saya masih percaya UMNO masih kuat dan utuh dan mampu berdiri bagi menjaga kedaulatan bangsa Melayu namun pembahruan dalam perlu dilakukan dan saya yakin dan percaya UMNO akan utuh selamanya jika semangat assobiyyah dan berkaki puak dikikis namun saya yakin dan faham mana-mana parti politik akan mengalami masalah yang sama termasuk juga PKR dan PAS. Namun tiada publisiti media kerana PKR bukanlah parti ‘popular rakyat’ kerana belum membentuk kerajaan lagi.
Inspirasi UTOPIA MELAYU saya pasti akan terkubur. Namun begitu saya doakan saudara dan keluarga sihat selalu dan saya akan menyokong segala apa usaha yang mampu membawa MELAYU ke arah kesatuan demi agama dan kedaulatan bangsa. bagi saya Biar siapa pun anda, apa fahaman politik anda dan apa profesyen anda, anda bertanggungjawab menentukan kesatuan bangsa dan kesymulan agama kerana sebagai pemimpin prima bangsa anda dan lain-lain pemimpin prima Melayu berkuasa menentukan kesatuan bangsa seperti saranan Y. Berbahagia Dr Asri Zainal Abidin.
Bersatulah Melayu atas satu nama dan agama.
Assalamualaikum WBT
Congratulation to all who still believe in Democracy. Malaysia mashi ada harapan lagi.
Salam…
Pasaran saham jatuh teruk hari ni….mungkin ada kesan atas keputusan SAPP…
Jika SAPP usul undi tidak percaya terhadap PM….saya harap semua MP PR sokong. Jangan ada yg berkecuali……dah penat nak berjimat……
It is time for the fire to be paste on the right place for the right time…
Saya org sabah tapi bekerja diselangor….hampir setiap minggu semenjak kemenangan Pakatan Rakyat ceramah agama hidup di selangor…Bertuah jadi org selangor…..Mari kita orang2 Sabah majukan negeri kita yang mundur dari dulu, kini selamanya….ayuh kita bantu DSAI jadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan makmur….Saya yakin DSAI akan jadi PM sikit masa lagi…AMINNNNNNN
PERKEMBANGAN POSITIF. SATU PERMULAAN. PEMIMPIN SEJATI DAN UNGGUL HATINYA DEKATI RAKYAT. PEMIMPIN YANG SUGUL DAN CABUL ADALAH YANG ‘MONEY’ DI HATI. RAKYAT LANGSUNG DIAMBIL KIRA. SAMA-SAMALAH KITA BERSAMA MENEGAKKAN YANG BENAR, USAH TERPEDAYA DENGAN KUNCU-KUNCU HIPOKRIT DAN PENIPU YANG CUBA MENEGAKKAN BENANG YANG MEREKA RENDAM DALAM AIR.
WAHAI RAKAN RAKYAT YANG SENTIASA INGINKAN KEADILAN DAMAI ABADI…
PERHEBATKAN DOA AGAR USAHA MENAWAN NEGARA TERCINTA SEKALIGUS DENGAN ITU MOGA-MOGA RAKYAT AKAN TERBELA.
TERUSKAN DSAI, USAH NOKTAHKAN DI SINI. BAGI YANG INFINITI UNTUK PERJUANGAN YANG ADIL SAKSAMA MEMBELA UMAT SEJAGAT.
MASHAALLAH…MAHA BESAR ALLAH…MAKBULKAN DOA-DOA HAMBAMU YANG HARI-HARI TERUS DIHIMPIT PEMIMPIN BN YANG TERUS MENGANIAYA RAKYAT.
DSAI, saya tidak terkejut dengan pengumuman SAPP. SAPP bukanlah sebuah parti politik yang sebenar untuk rakyat. Rekod mereka semasa memerintah Sabah bukanlah bagus. DSAI harus berhati2 dgn SAPP kerana mereka ini telah diberi peluang tetapi gagal dan sukar untuk saya katakan tetapi orang dan rakyat Sabah tahu akan rekod mereka. Bagaimana Sabah di bawah kepimpinan mereka jelas gagal dan banyak menggunakan kepentingan menjaga golongan mereka. DSAI harus berhati2 SAPP bukan mewakili kehendak rakyat Sabah kerana parti mereka bukanlah mewakili rakyat Sabah. Ini pesanan saya, jangan kelak DSAI akan kerugian kerana tuntutan mereka akan menjerat DSAI
sayang seribu kali sayang……bersatula melayu,kenapa tidak bersatulah malaysia?
Let’s start the domino effect start rolling …. ;) Congratulation to SAPP
SAPP… sedikit cahaya di hujung terowong!
Perjalanan masih jauh.