Keputusan ICJ terpaksa diterima rakyat Malaysia dengan rasa amat sugul, pahit bagaikan menelan empedu. Hanya kita terkilan dengan keputusan hakim 12 berbanding 4, yang mengukuh hujah Singapura ke atas Pulau Batu Putih. Penghujahan pihak Kerajaan Malaysia ternyata lemah dan dangkal.
Meneliti keterangan penghakiman, Kerajaan Malaysia lebih berjaya mengemukakan alasan dari sudut sejarah, tetapi penghujahan undang-undang hambar!
Pasukan Malaysia diketuai Tan Sri Gani Patail Peguam Negara yang dikenali licik mengikut arahan penguasa politik tetapi tidak pernah terserlah selaku pakar perundangan. Singapura diwakili Prof Tommy Koh, tersohor dengan penglibatannya dalam sidang Undang-undang laut dunia serta Prof Jayakumar, pakar undang-undang. Hanya ini yang kami masyghulkan. Apakah kepentingan negara tidak terkorban seandainya yang dimajukan untuk mempertahankan maruah ibi pertiwi adalah pakar handalan?
Kini penguasa dan media Umno bermadah, Pulau Batu Putih hanya sebesar setengah padang bola dan Batu Tengah (yang dianugerah kepada Malaysia) tenggelam di kala air pasang!
Rakyat harus melahirkan penyesalan dan bantahan di atas kecuaian dan bantahan ke atas Kerajaan Umno-BN dan Peguam Negara!
ANWAR IBRAHIM


Sayang seribu kali sayang, pihak kerajaan hanya nampak pada keluasan daratan pulau batu puteh sahaja, sepatutnya, mereka mesti lihat dari sudut persempadanan wilayah lautnya, yang mana menambah luaskan lagi wilayah singapura. Cintakan tanahair itu adalah fitrah murni manusia. Pasti tercalar rasa dihati. :(…manakan tidak, sudah terang lagikan bersuloh bahawasanya PBP adalah milik Malaysia…boleh terlepas begitu sahaja??? 12 against 4??? Kalau dalam boxing kira T.K.O..!!!
Menampakkan sangat kemandulan hujah wakil2 dari Malaysia.
Lepas ni, apalagi yang akan tergadai?
Sapa nak kaya cepat, lepas ni jual lah pasir dan batu ke singapura..!
Salam Datuk Seri,
Menerima keputusan mahkamah semata-mata adalah perbuatan dayus, kerana sebelum pertikaian di mahkamah dimuktamatkan, segala aktiviti berkaitan pulau tersebut dimonopoli oleh Singapura. Malaysia hanya membiarkan, diam dan dayus.
Pulau Batu Putih telah diserahkan kepada Singapura oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953. Titik. Noftah. Selesai.
Itu berlaku dalam tahun 1953. Pemangku SUK Negeri Johor serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura
Sekarang tahun 2008. Samada pemimpin kerajaan Barisan Nasional tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar, atau dengan niat jahat mengizinkan perkara yang serupa diulangi. Kali ini bukan lagi pulau yang diberi kepada Singapura tetapi sebahagian daripada Daratan Negeri Johor.
Pemberian kepada Singapura kali ini dilakukan melalui konspirasi yang dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar. Sebuah kawasan yang amat luas antara Scudai di Johor Bahru Tengah merintasi Gelang Patah dan Pulai sehingga menghampiri Pontian, Johor.
Kalau dulu kerana kebebalan Pemangku SUK, kali ini adalah kerana kerakusan manusia berjiwa haiwan bernama Abdullah Badawi dan Musa Hitam serta haiwan-haiwan ternakan mereka.
Kalau Wilayah Pembangunan Iskandar diteruskan, percayalah wahai Melayu, generasi kita akan menyumpah kita sebagai Melayu yang mencelakakan Melayu.
Ayuh seluruh rakyat Melayu, rakyat Johor khasnya, bangkitlah dan tantanglah dengan apa sahaja kesempatan yang ada terhadap pemimpin Melayu yang mengkhianati Bangsa Melayu.
Salam takzim
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Assalamualaikum dato seri anwar ibrahim yang saya kagumi. Saya merupakan seorang yang mengagumi perjuangan dato dan karisma dato sebagai seorang pemimpin. Saya sangat dambakan kewibawaan dato dan semangat dato yang dato bawa bersama PAKATAN RAKYAT. Saya di Lahad Datu Sabah hidup dengan kekayaan hasil minyak kelapa sawit namun masih hidup dalam daerah KOBOI yang dipimpn oleh siapa kuat dia berkuasa. Undang undang tidak dikuatkuasakan. Semua kilang sawit, menukar timbangan mereka ala teksi meter turbo di Kuala Lumpur. Kalau hasil sawit 10 tan, yang direkodkan hanya 7 tan. Kerajaan negeri mengutip hasil sawit RM50 setiap tan dari pekebun kecil juga satu perkara yang tidak adil. Ini baru sebahagian kecil. Saya akan susuli dengan maklumat yang lain. Pemimpin Sabah yang benar benar mahu melihat anak bangsanya maju… sukar dilihat sekiranya BN masih ada di peta Sabah. Hanya Dato bole kami harapkan. Kami di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan mengharap kehadiran dato di sini. Salam perjuangan.
IRWAN IDRIS
Orang Melayu propaganda saja lebih bila keluar dari negara sendiri macam tikus kesejukan. Di dalam negara tunjuk kuasa, salah guna kuasa dan aniaya bangsa sendiri, padahal apa pun tarak. HAPRAK!!!
duduk la diam2, perbanyakkan istighfar maka terhentilah juga setiap fitnah yg anda lakukan.
At last,
Well said Dato Seri.
can you call out for a demo to express our unsatisfied regarding this ‘unexpected win-win’ national lost on Batu Putih?
Johor Mesti Minta Gantirugi dari Persekutuan
http://sebolku.blogspot.com/2008/05/pulau-batu-putih-johor-mesti-minta.html
Siti Nurhaliza Mempertahankan Kedaulatan Pulau Pisang
http://sebolku.blogspot.com/2008/05/siti-nurhaliza-mempertahankan.html
ITU LA DATO SERI KENA CEPAT CEPAT AMBIL ALIH
JANGAN DOK BERGAME DAN BERPSYCHO BANYAK SANGAT
SUPAYA DAPAT DILETAK THE BEST MEN FOR THE BEST JOBS !
September 1963 adalah satu tarikh mercu peningkatan luas tanah Persekutuan Malaysia, tapi tidak dapat bertahan lama, bermula dengan kehilangan Singapura dan yang terbaru ini Pulau Batu Putih. Ini adalah gara-gara akibat dari sifat sombong bodoh pemimpin yang memerintah negara ini. Kalau diteliti kritikan dari YDB ( yang dibenci UMNO ) Encik Karpal Singh tentang keputusan pengadilan Makamah Antarabangsa memang ada yang betul. Sejak dari awal lagi sifat sombong bodoh ini sudah terselah apabila Malaysia mecabar Singapura untuk bertaruh di makamah ini tapi dengan sifat sombong bodoh dan angkuh ini tidak ingin langsung mempertimbangkan untuk mengupah peguam-peguam Malaysia yang lebih hebat untuk mempertahankan kes ini. Apalah yang ada pada Singapura, tapi orang luar tahu Singapura ini adalah bekas jajahan Malaysia dan Singapura memenangi tanah ini hanya dengan sebuah lagu sahaja. Dengan lagu ini berjaya mengertak seluruh politik UMNO pada ketika itu dan lalu UMNO menggunakan helah lain untuk melepaskan tanah jajahan yang penting dari segala aspek ini. Singapura tahu dia mempunyai kelebihan walau pun jika takdir menyebelahi Malaysia, Malaysia tetap tidak menang dari segi diplomatik. Saya masih ingat ketika mengikuti perang Falkland tahun 1982 dan walau pun Argintina kalah masih banyak negara yang bersimpati dengannya. Tapi kehilangan Batu Putih ini di tangan Singapura yang boleh dianggap underdog, sungguh memalukan dan tidak ada negara yang bersimpati dengan kita. Ini adalah satu kemuncak kegagalan UMNO dan BN untuk mempertahankan negara dari di jajah dan hilang lagi tanah jajahan di masa hadapan. Maka ada baiknya parti ini segera mengundur diri dari menjadi pemerintah negara daripada diundurkan dengan apa cara sekali pun sebelum lebih lagi banyak tanah jajahan hilang dengan cara yang memalukan. Maruah negara tidak boleh diukur dengan keluasan meter persegi, walau sekangkang kera pun mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun.
I find it strange that PKR president Wan Azizah Wan Ismail finds Ezam Mohd Nor’s decision to join Umno as ’strange’. She finds it difficult to comprehend that Ezam was joining “the very institution he has been critical of’. Well, Wan Azizah should be the last person to be surprised. Her husband joined Umno in the early eighties, the very institution which incarcerated him under ISA and against which he had led many demonstrations. So much so that many leaders in Abim and PAS, as well as students leaders, were shocked.
While Ezam’s decision to join Umno is personal, one thing for sure is that the Umno he is now joining is much better than the Umno that Anwar had joined, when Mahathir took over its leadership. Moreover, the Umno that Ezam is joining is now cleansed of Mahathir and his diehard loyalists, at least physically, and that some form of reform is taking place. Gone are the days when no one dared to openly discuss about leadership change without getting arrested under the ISA or sacked for committing sodomy in a non-existent apartment!
It is now left to see whether Ezam will continue to remain a loyal party member if the present reform is suddenly halted, or if Umno slides back to the Mahathir-type dictatorial days. Will he remain a member if party leaders undertake another Kampung Memali adventure, or create another judiciary crisis by sacking judges, or engage in Mahathir-type mega projects at the expense of the people’s money?
Ezam’s joining Umno is not strange. But he should not repeat Anwar’s mistake of not quitting at the right time for the right reason. That will be history lessons not learnt. And even that is not strange.
dari dulu kita tidak pernah nak membuat sesuatu untuk menujukkan pulau tersebut hak kita. kini baru terkial-kial nak lawan kes ini di mahkamah di mana Singapura mempunyai hujah2 yg kuat untuk menang kes ini.
Semoga dapat jadi iktibar untuk kita sentiasa mensyukuri apa yang ada sebelum ianya terlepas kepada orang lain
Dear Dato seri,
Lepas ni akan tergadailah pulau pisang pulak!!!!….
Pertahankan Kedaulatan Kita : Ayuh Demonstrasi !
Masih saya ingat, kata-kata keyakinan bahwa pihak Malaysia tiada masalah untuk menang. Kerana sejarah, kerana logistiknya terletak hanya 7 batu berbanding 25 batu dari Pulau Singapura.
Pulau Singapura? ya, mulai hari ini, saya menganggapnya Pulau Singapura kerana kebiadapanya menuntut HAK kita.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab HARUS menunjukkan rasa amarah dan ‘unsatisfied feeling’ dengan membuat bantahan terhadap Gani Patail dan pasukanya. Adakah perlu saya minta Tian Chua untuk memulakan perhimpunan? Bersediakah kita untuk satu perhimpunan aman bg menuntut tanggungjawab kerajaan di atas kekalahan ini.
Sekurang-kurangnya nama Gani Patail dibuang jauh-jauh dari senarai peguam negara. Dia harus bertanggungjawab dan meletak jawatanya sebagai ketua peguam negara. Bahkan institusi perguaman harus di’reform’.
Penghujahan pihak Kerajaan Malaysia ternyata lemah dan dangkal. Hanya bergantung kepada sejarah semata-mata sedangkan pada hujahnya kita tidak terdaya untuk meyakinkan hakim. Jika sejarah di ambil kira, adakah US dikuasai oleh kaum pribumi?
Kini penguasa dan media Umno mula bermadah, Pulau Batu Putih hanya sebesar setengah padang bola dan Batu Tengah (yang dianugerah kepada Malaysia) tenggelam di kala air pasang! Tidakkah anda semua terluka dengan pernyataan sebegini?
Sebelum Pulau Pisang yang kedudukanya di daerah Pontian itu dirampas, sebelum usaha-usaha ‘menjual’ Pulau Pisang dijalankan. Adalah wajar untuk kita mengorak langkah bagi membantah permainan kerajaan ini.
Pulau Pisang tidak sepatutnya dipertikai hanya kerana Pulau Singapura mempunyai rumah api dalam pulau tersebut. Pulau Pisang tidak sepatutnya di bawa ke Belanda untuk diadili! Mereka tiada hak untuk mempertikai.
Pulau Pisang adalah hak kedaulatan negara, juga hak rakyat negara ini ! Aku tak rela berputih mata lagi. Darah gelegak mengenangkan hal kedaulatan ini. Mana Melayu ?? Di mana kekuatan bangsa mempertahankan kedaulatan negara?
Jika kita terlepas untuk berjuang bersama-sama pahlawan Tok Janggut, Jika kita terlepas untuk berjuang bersama-sama pahlawan Dol Said, inilah masanya kita bangkit!! Inilah masanya kita tunjukkan bahawa kita adalah bangsa berdaulat yang tidak sewenang-wenangnya melepaskan tanah kita walau setapak !!
Bangkitlah wahai melayu. Cukup sudah kita dihina di zaman penjajah. sekarang buktikan anak merdeka yang betul-betul MERDEKA !!!
ALLAH HUAKBAR !!
HIDUP MELAYU !!!!
EDYES
25 MEI 2008
cepat2lah pakatan rakyat ambil alih Malaysia! tak mahu yg lain tergadai
salam Dato’ seri,
Apalah nasib kita ini, sudahlah nasib rakyat tidak terjaga masihkah kita hendak mengharap pemimpin begini untuk memimpin negara tercinta.
Baru sedikit tanah digadainya, tunggulah apa lagi lepas ni, apalah nasib labu..
Dato’ seri, kami harap DSAI dapat melawan arus yang sedia ini.
gani patail hanye layak jadi opis boy Umno/BN …
Maka dengan sahlah pulau tersebut dapat kepada singapura, maka singapura pun luaskan empayar perairannya. Peguam negara yang begitu handal di Malaysia, kalah di sana, apa nak buat terima sajalah, itulah kalau pemerintah abaikan pulau-pulau kecil ini.
rakan2,
sila kunjungi http://khairilazuar.wordpress.com
ada artikel baru ….
LEFTENAN ADNAN SAMPAI KETITISAN DARAH AKHIR MEMPERTAHANKAN SINGAPURA UNTUK ANAK CUCU
SENANG-SENANG AJE MELAYU BAGI ****..SEKARANG
****DAPAT PULAK BATU PUTIH ALAHAI…MALANGNYA MELAYU..
NAK TAU KENAPA !
BILA ORANG YANG TAK LAYAK DIBERI TANGGUNG JAWAB MENTADBIR DAN MENJAGA MARUAH TANAH AIR DIBERI TEMPAT.
AKU TAK SEGAN NAK BAGI TAU..
DULU DAN KINI TERBUKTI SUDAH..UMNO TU ASYIK
KERJANYA JUAL-JUAL JUAL JUAL.
LEPAS NI AWAS ORANG MELAYU ENGKAU AKAN TERLEPAS PULA JOHOR ..
TAK CAYA TUNGGUUUUU…
23 May - Comments by Prime Minister Lee Hsien Loong on the ICJ Judgment
1. I am pleased with the result. We fully accept the judgment of the ICJ. I am glad that Malaysia has also consistently said that it will accept the ICJ judgment. This is a good way for us to resolve disagreements or problems while maintaining good relations with each other.
2. Pedra Branca has been a longstanding issue between Malaysia and Singapore. Former Prime Ministers Mahathir Mohamad and Goh Chok Tong agreed to send the dispute for adjudication at the ICJ in September 1994 and to abide by the ICJ’s ruling. I remember many years ago in 1995 I visited Malaysia, and spoke at INTAN, their Institute of Public Administration. PM Abdullah Badawi, who was then Foreign Minister, chaired my talk. I was asked whether if the ICJ awarded Pedra Branca to Malaysia, Singapore would accept the judgment. I replied immediately yes of course, and PM Abdullah chipped in to assure the audience that naturally Malaysia would also do so if the judgment went the other way.
3. I am glad that this problem is now cleared. I will be writing to PM Abdullah to express my thanks to him that both our countries have been able to work together to resolve this problem, and we can now go on to develop our cooperation in many areas, such as the Iskandar Malaysia project.
4. I would especially like to thank the Singapore team at The Hague. They did a magnificent job in preparing and presenting our case before the ICJ. DPM Jayakumar, Ambassador Tommy Koh, Chief Justice Chan Sek Keong, our foreign counsel, and many officials from our ministries and agencies have worked very hard on this case for a long time - in DPM Jayakumar’s case, for 29 years. On behalf of Singa¬poreans, I thank all of them for their contributions and efforts.
KERANA KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN UMNOLAH “MALAYSIA” MERDEKA BERSAMA PENDATANG2 ERA BRITISH NI…
TAK MELAYU HILANG DIDUNIA…
DAN TAK ADA DIDUNIA PENDATANG BOLEH BUAT NEGARA MELAINKAN SINGAPORE..
AKU BELUM MERDEKA!!!!
Dear DSAI,
It is indeed sad that we lost Pulau Batu Putih reality is nothing we could do about this as one of the conditions for cases to he heard by ICJ is that the countries have to abide by this.
Jamil
Batu tenggelam, timbul disibukan sangat!!!..tu hahhh…tanah besar sabah, majoritinya orang PTI yang mempunyai IC tulin, yang tak lama lagi mempunyai kerajaan pilipin yang sah dinegara malaysia…..
Datuk Seri,
Dah jadi penyakit orang Malaysia, khususnya pemimpin Melayu UMNO, bila dah terlepas ke tangan orang baru nak bising. Pulau yang sebesar busut itu diriuhkan sekampung tetapi pulau Singapura itu sendiri siapa yang serahkan kepada Lee Kwan Yew?
Begitu juga di Pulau Pinang. Bila sedar orang Melayu macam merempat di negara sendiri, baru melalak nak membela nasib Melayu. Nak cakap apa lagi, nasi dah jadi bubur…
Dalam pada itu pun, kalangan pemimpin Melayu UNMO ini masih tidak sedarkan diri.
Di Selangor siapakah yang telah “mengambil” tanah-tanah peneroka Melayu di Felda Bukit Cerakah dan Felda Sungai Buaya. Bukankah pemimpin Melayu UMNO yang bersekongkol dengan saudagar-saudagar Melayu. Akhirnya peneroka yang dijanjikan jadi jutawan, ramai yang jadi jaga di kilang-kilang.
Tanah-tanah milik Melayu ini akhirnya akan bertukar tangan kepada bukan Melayu dalam sekala besar yang mana orang Melayu tidak mampu untuk menebusnya kembali.
Pulau Batu Puteh tidak sebesar mana jika mahu dibandingkan dengan tanah orang-orang Melayu yang hilang di Felda Bukit Cerakah dan Felda Sungai Buaya.
Begitulah nasib orang Melayu yang sentiasa dikhianati oleh bangsanya sendiri.
X pa…kita hilang pulau kecik aja…masih banyak lagi tempat kita boleh tidoq….kata pak lah…
Nampak sangat kita terlalu yakin dan x bersedia… abislah…lepas nie…silap2 dia tunjukkan bukti johor tu milik dia plak….manalah tahu… kitakan terlalu bodoh sombong….kesian negaraku ini….
salam DS and bloggers,
apa yang hendak dikisahkan….kita masih ada BATU PAHAT!!!!BATU TIGA!!! BATU FERINGGI!!!!BATU GAJAH!!!!!and BATU CAVES!!!!!
p/s : bangkit rakyat JOHOR!!!!kalau cakap negeri batang pisang….korang marah!!!!!
Adakah bangsa melayu sememangnya ‘BODOH’?
Akibat pemimpin kita yang kononnya membela melayu..telah menyebebkan kita orang-orang melayu dianggap ‘bodoh’ oleh semua bangsa lain dimuka bumi ini. Buktinya mudah…gugusan kepulauan melayu telah dicemar oleh org melayu sendiri apabila dengan berbangga dan murah hati bagi percuma ’singapura’ pada bangsa lain. Perjanjian air dengan singapura dibuat macam orang yg tak tahu mambaca dan mengira…macam manusia berjanji dgn beruk…
Kalau kita lihat dan baca peristiwa2 didunia…mana ada nagara yg senang2 beri kedaulatan negara pada bangsa lain secara percuma…buktinya…palastin sampai la ni dok berjuang hak mereka dari dirampas israeil…china tak senang2 nak lepaskan hong kong dan taiwan…indonesia tak mudah memberikan acheh & timur-timur merdeka…thailand sanggup bunuh org islam dari lepasakan wilayah selatan thai cam tu je…banyak lagi la….
Melayu…satu2nya bangsa yg pemurah dimuka bumi Allah ini yg menyerahkan hak kedaulatan bangsa pada orang lain…..renung2kan dan fikir2KAN….
kita semua kena akur dengan ICJ sebuah badan kehakiman bertafar dunia tidak mungkin menerima ex-gratia. ketulusan mereka jitu tiada sebarang ansur rasuah pada para hakim hakim mereka sifar rusuah tiada kebetulan cuti ke NZ dan kebetulan satu kapal. hakim mereka bukan makan ubi keledek, ubi kayu tempoyak dan budu tetapi gamdum bermutu tinggi pizza dan seppageti tomato sos dan black paper sos tiada rasuah dalam kamus para hakim ICJ, sebab itu mereka tidak memilih hakim dari malaysia sebagai hakim ICJ mereka tahu dari sekilas ikan diair tahu jantan atau betina? dari penhujahan loyar buruk para peguam negara jelas mereka bukan dari gologan yang pro. saya sama sekali tidak pertikaikan ICJ cuma saya pertikaikan cara kita berhujah sepetah mana para loyar ala!… Kassim!…………..petikan dari filem kasim selamat
Ini biasalah ,…
Malaysia tak suka pulau Batu Putih,
Batu Putih bukan boleh berak , buat tahi
Tapi Malaysia lagi suka gajah putih
Tengoklah merata rata mega projek Gajah Putih
Buat tahi, hingga rakyat sakit mata
Keadaan ekonomi, semua barang naik
Nak makan bawang putih pun susah
Kalau tok gajah,Mat Kilau,Datuk bahaman dan lain lain pejuang yang pertahankan tanah air masih hidup mereka bukan mati kerana bertempur dengan penjajah tetapi mereka mati meregan dengan cara umno pertahankan tanah air.bukan nak suruh orang umno bertempur dengan penjajah tetapi berhujah di ICJ pun tak mampu.lepas ini jawabnya malaysia kena hantar bunga emas pada siam pula kerana siam masih belum tamatkan aturan dan mereka akan tuntut kelak di ICJ. kalau kita hantar Gani patahhil jawabnya kita kena hantar bunga emas pada siam semula.mampus kita dibawah jajahan UMNO.
SEDIH!!! MARUAH TERGADAI..
SAPA SEDIH TOLONG PERBANYAKKAN KOMEN DI SINI..
Kalau rakyat buat rumah kat tanah airnya sendiri umno roboh konon kata sentingan sifar tetapi bila negara jiran bina rumah api umno kecut cium keris bagai nak rak setiap kali persidangan umno tetapi bacul.aku pelik bagai mana sebuah parti bernama UMNO boleh ujud di dunia ini.
Dear Saudara Anwar,
Clever wordplay in the title of this posting (”Pulau Terlepas, Batu Terhempap, Putih Mata Akhirnya!”).
A reason why your blog stands out amongst most major Malaysian blogs and draws me to it is your scintillating employment of language. Witty, pithy, and rather Nabokovian.
Keep it up.
My best regards.
Abdul Rahman Koya,
Since you are a Malay, not a mamak I guess, it is better that I make explanation in Bahasa Melayu, so every Melayu who pop in this blog can understands better. Sdra ni saja2 buat lupa ke bahawa DSAI bukan meninggalkan Umno, atau lari, atau tinggalkannya kerana gagal membetulkan Umno. DSAI ditendang keluar dari Umno oleh boss kamu Dr.M. Bagi mengelakkan ahli2 Umno mencemoh Dr.M, maka terbentuklah team KONSPTRATOR bagi memfitnah dan mensabitkan DSAI memang layak ditendang dari UMNO dan dipenjara 6 9 tahun melalui pengadilan yang telah dilacurkan oleh Dr.M. (Ini tak payah dihuraikan kerana budak darjah 6 pun tahu). Setelah DSAI dibebaskan masing2 yang berkepentingan dalam UMNO merasakan tergugat dan memekikkan selogan NO ENTRY OR NO REENTRY pada DSAI. Apa ke bendanya ni. Sepatutnya apabila makamah membebaskan dan beliau didapati tak bersalah keahlian DSAI dalam Umno otomatik hidup semula, tetap mereka yang berkepentingan tadi merasakan tergugat maka awal-awal tutup pintu untuk DSAI. Kebejatan dalam Umno yang penuh dengan najis (shits mengikut Shanon) DSAI tak berminat lagi dengan Umno. Mula2 no entry pada DSAI, apabila DSAI tak berminat datang pula tempikan DSAI menderhaka, tak mengenang jasa, bla…bla…bla. Apakah sinario ini boleh disamakan dengan sinario Ezam. Ezam sendiri menarek diri keluar PKR kerana entah apa yang dirajuknya, bukan PKR tak mahu dengan Ezam. Begini ke nak menjadi seorang politikus, tinggalkan saja apabila merajuk tanpa berani berhujah dengan pendirian dan perinsip PKR.
DSAI menggesa kami supaya “melahirkan penyesalan dan bantahan di atas kecuaian dan bantahan ke atas Kerajaan Umno-BN dan Peguam Negara!”??
Untuk apa? Bukannya dengan itu kita boleh dapat balik Pulau Batu Putih. Menagis keluar darah pun keputusan itu dah muktamad, DSAI pun tahu bukan?
Saya tahu kita semua rakyat Malaysia bersedih dengan kekalahn itu, tapi nak buat bagaimana, mungkin ada hikmah di sabalik semua itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jadi tidak wajar DSAI mahu menggesa begitu. Nasi sudah menjadi bubur DSAI…
Datuk Seri, Can I suggest tht you post in simple Malay in the future, I can understand what you post but can the average rakyat understand? Do not get me wrong, I am not suggesting a post in some ‘rojak’ language but simple Malay would do the trick. May Allah’s blessings be with you and your family.
malangnya malaysia mempunyai peguam negara seperti gani patail…. MINTA GANI PATAIL LETAK JAWATAN SERTA MERTA…..
Saya turut sedih atas terlepasnya Batu Putih kepada Singapura yang sepatutnya mutlak menjadi milik Malaysia kalau perundingan dibuat tanpa melalui ICJ.Kerajaan mesti belajar daripada kesilapan, jangan kita hairan kalau SABAH juga akan terlepas kepada PATI jika sekiranya kerajaan tidak bertindak apa apa.Anggaran 600, 000 PATI di Sabah akan memgambilalih negeri ini sekiranya dibiarkan. Apa tindakan yang akan dibuat oleh PR jika sekiranya dapat menjadi kerajaan? Nak diharapkan kepada BN….mereka tidak berupaya, kerana masalah ini telah kian lama berlaku namun tindakan setakat menghantar pulang dan 2, 3 bulan mereka kembali lagi. Jangan jadi seperti Batu Putih yang kedua.
Aku akan benci pimpinan negara sampai mati.
Cakap je berdegar-degar, ekor bergelumang dengan tai….
Menara tertinggi la, terpanjang la, terbesar la, semua hebat belaka, tapi nak pertahankan pulau tu pun tak mampu.
Mana mungkin Singapura tu pun kita ya
SYABAS kepada orang-orang Johor. Orang-orang Johor bangga sangat dengan UMNO.
Orang Johor penyokong kuat UMNO. Johor adalah kubu UMNO, benteng pertahanan
terakhir UMNO… saban waktu orang Johor bangga dengan kehebatan pemimpin UMNO.
Tidak hairanlah berpuluh tahun parti lain susah nak bertapak di Johor. Pada orang
Johor, hanya UMNO sahaja yang dapat membela mereka.
Tapi lihatlah apa pemimpin UMNO buat.. kubu mereka pun telah dirobek oleh
Singapura. Hanya Putih mata nengok Batu Putih dirobek. Itu pun pemimpin UMNO
masih seronok…Seronok menjamu durian… seronok main golf sama2.. tak tahu
langsung orang tu bertandang kerumah kita untuk intai mana anak dara kita yang
boleh dilarikan. Sekarang anak dara kita sudah dilarikan. Itu pun masih seronok..
masih seronok menjemput orang itu bertandang kerumah kita… ajak makan sama,
tidur sama. dan orang itu pun mengintai lagi, mana anak dara yang boleh dilarikan..
terutama anak bernama “WPI”.
Bila Putih mata kerana hilang ‘Batu Putih’, adakah orang Johor masih ‘berhati batu’
dan tak ber’geliga batu’ untuk menggunakan ‘batu jemala’ bagi menghumban UMNO yang
‘duduk membatu’ dan ‘kepala batu’ tu?
Salam,
saya rasa terpanggil untuk menitipkan beberapa coretan buat semua melibatkan isu terkini yang sedang hangat diperkatakan dan juga telah diulas oleh para pengunjung blog DSAI ini.
1. Malaysia berputih mata tidak dapat merebut kembali Pulau batu Putih dari diEMPUNYAkan oleh Singapura. Sewajarnya seluruh rakyat merasa amat dukacita umpama nasi telah menjadi bubur namun jika diamati semula, bubur juga boleh dimakan bersama secubit ikan masin agar menjadi enak ditekak untuk ditelan. Sambil menelan bubur dengan amat payah sekali sebab sedah terbiasa makan gulai ayam berserta ulam colek sambal belacan, molek juga dikaji selidik sebab musabab akan kekalahan wakil Malaysia di ICJ sambil membulatkan tekad agas hal sedemikian tidak berulang dilain waktu. Onar dicalar sudah, arang diconteng jua!
2. Khabar kurang enak kedengaran ditelinga perihal Saudara Ezam Mohd Nor akan rujuk kembali kepada UMNO. Saya amat bersetuju dengan ulasan Saudara Noh tentang ‘pemergian’ Ezam kepada UMNO semula. Beliau bukanlah anak-anak kecil yang bisa dipujuk ‘entah apa rajuknya’ itu yang kian berpanjangan. Saya amat yakin sekiranya beliau SAH kembali kepada UMNO, maka orang yang akan diserangnya habis-habisan ialah DSAI dan juga YB Saudara Azmin Mohd Ali di samping mempromosi propoganda dan menyebarluas kelemahan dalaman PKR. Biarlah beliau meneruskan hasrat dan cita-citanya itu bertunjangkan perjuangan MELAYUnya itu. Saya percaya PKR, DSAI serta kepimpinan tertinggi sudah pun membuat perancangan dan persiapan rapi menangkis segala macam usaha yang bakal dilaksanakan oleh jentera propoganda UMNO. Harus juga diingat bahawa kami di peringkat akar umbi ini tidak sekali-kali akan memaafkan sesiapa sahaja, waima para pemimpin tertinggi sekali pun yang masih bercita-cita, berura-ura untuk bekerjasama dan rujuk semula kepada UMNO kerana usaha itu bukan sahaja mengkhianati para REFORMIST, penyokong setia DSAI, ahli PKR sendiri dan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat.
3. Rakyat seluruhnya ternanti-nanti Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran persekutuan. Umpama si buta datang bertanya teraba-raba, si pekak menyusul pula tertanya-tanya, si tepok terjengket-jengket berkaki tiga, si pendek melompat terkinja-kinja, si panjang menjengok-jengok memasang telinga. Benarkah? Gurauankah? Setelah setengah abad peluang hanya datang sekali ini, usah dipersiakan. Jangan dibiarkan ia berlalu meninggalkan bekas cercaan dan hinaan sekurun lamanya. Kami amat yakin Pakatan Rakyat mampu mencuci segala noda yang terhasil oleh tangan-tangan UMNO / BN. Dsai bakal penerajunya, berampinglah seakrabnya dengan Tuan Guru, jangan diabaikan PAS, DAP dan raka-rakan lainnya serta para penyokongnya. Hanya kepada Allah swt kami bermohon agar diperkuatkan tekad, semangat, keluhuran cita-cita memartabatkan bangsa Malaysia.
Salam REFORMASI.
Zainal Abidin Abu Bakar
Pengundi berdaftar di PJ Utara
Oh ya,
Dengan kejayaan Singapura tu, apa kata Sabah & Sarawak usahakan untuk keluar dari Malaysia.
Kamu jadi negara merdeka. Kamu pun tak payah nak marah-marah dengan orang semenanjung lagi.
Di Semenanjung pula, PR cuma perlu cari 3 kerusi parlimen saja untuk tubuhkan kerajaan.
Apa macam, logik tak?
Pulau Pinang pun boleh kalau nak merdeka juga. Dulu Kerajaan Kedah dah serahkan kat Francis Light. Lagi la jelas perjanjiannya.
Kedah, Perlis pun boleh. Gunakan alasan sebab dulu pernah duduk di bawah pentadbiran Siam.
Negeri mana lagi? Ini la masanya.
Sebab pemimpin UMNO yang ada tu semua dah tak guna.
Datuk Seri,
Cukup-cukup la tu bermain-main dengan kawan2 Jesuits saudara tu!!!people like John Esposito(Georgetown “Jesuits” University), Emma “Rothschild”, Estrada etc tu semua badut2 Jesuits termasuk la Datuk Seri sendiri..ingat2 lah sikit dengan balasan Allah s.w.t. di akhirat nanti!! tu inter-religious dialogue yg diperjuangkan Jesuits tu nak kan One World Religion tu kan!!
pedulikan la ketua Jesuits tu yg baru tu si Fr. Adolpho Nicholas laknat tu dan si Grandmaster Sovereign Military of the Knights of Malta tu yg juga baru bertakhta Fr Matthew Festing tu!!(kedua-dua dajjal ni ada pengalaman luas hidup di Asia ni, their target is Asia!!), kalau Datuk seri ni seorang Mason,keluarlah saja dari geng2 ni, Mason2 dan Zionis Khazar(bukan jew sebenar) ni semua hanya la scapegoat bagi pihak jesuits!! saudara juga sebenarnya diperbodohkan oleh pihak2 jesuits ni sebenarnya!!!ni belum masuk bab 2012 lagi ni…Dr M pun banyak juga kawan2 Knights of Malta nya sama juga macam Datuk Seri dan banyak lagi pemimpin2 yg lain…..
kalau la Datuk Seri jadi PM, sudah tentu pihak barat akan mengaitkan saudara dengan Muslim Brotherhood tu yg mereka dah cop sebagai pertubuhan pengganas, jadi lah negara kita macam Iraq dan Afghanistan…hancur lah kalau macam ni!!
pipitart,
Kenyataan DSAI sebagai ingatan dan perkara besar begini memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa. Dari segi logiknya pun, dilihat dari kedudukan Batu Puteh ini, rasa-rasanya tak perlu dibawa kepengadilan ICJ. Karpal Singh, seorang ahli undang2 pun lebih mengerti apa sepatutnya yang harus dibuat dalam situasi ini. Ingat merasakan diri tu hebat, Syed Hamid, AG dan MB ingat pehak lawan bebal hingga menipu bukti bergambar kepada ICJ. Kalau dah biasa dengan kerja2 menipu di Malaysia ni, pehak luar tidak mudah tertipu.
Maruah bangsa sudah lama tergadai…
Inilah pejuang bangsa kata mereka…
Aku malu mau jadi bangsa malaysia…
Habis semua kau gadai…poket kau sudah penuh…ajak kami menyesal pulau batu putih tergadai?
Mana tau esok lusa, bangsa Iban pun turut tergadai.
Isyhhh…Encik Guni Empat Tahil katanya sangat hebat…hebat kebandanya?
Aku sedih la, kerajaan minta kita terima hakikat malaysia tewas dapatkan pulau tersebut
Laa, apa nak heran? Bila dah kalah, katalah yang terlepas tu cuma batu yang tenggelam bila air pasang jer… Adey takkan tak masak-masak lagi dengan perangai orang BN ni. Yang klakartu, boleh kata win-win situation lagi tu … Budak-budakpun heran macam mana pulau yang terletak lebih dekat dengan Malaysia boleh jadi milik Singapura. Badigol betul.
Lepas tu paper dan tv pun senyap je tak komen lebih-lebih pasai Batu Putih. Yang mereka hebohkan cuma kerajaan Selangor kini tak tunaikan apa yang di tulis dalam manifesto. Macamlah manifesto BN selama 50 tahun memerintah tu semua tertunai. Muka tempepun dengan muka baru disuntiknya komen macamlah dia baguih sangat. Pasai dia laki bini, dan puak-puak dia perabihkan duit kerajaan negeri tak mau komen pulak . Ada ke patut bagi pertubuhan kebajikan diberi sekitar RM 30,000 jer tapi buat baju sukan, baju batik, buat cenderahati untuk mereka semua memakan ratusan ribu ringgit? Barulah aku tahu yang depa ni lagi susah dari orang susah, sampai bajupun nak yang free.
Pasai Batu Putih tu, hemm … aku dari dulu dah agak akan kalah dah. Mana tak nya, pi hantaq Gani setahil yang good for nothing tu sapa suroh? Tapi nak buat lagu mana? Yang bagus-bagus semua ditendang keluar tinggailah dia dan yang sewaktu dengannya. Golongan depa ni bab-bab bagi melepas ni memang pakar. Lepas ni apa pulak lagi yang nak terlepas agaknya?
Dato seri
Boleh kasi cepat tukar kerajaan?
Gua can’t stand for changes
Make our country corruption-free
ini adalah ‘win-win’ situation. aduh, comel sungguh statement dari menteri kita ni.
admit saja lah yang kita sudah kalah. kita bukan saja hilang tanah, malah keluasan lautnya sekali.
hilangnya 0.2 hektar bumi MALAYSIA
Salam DSAI,
Bukan sahaja sugul, pahit bagaikan hempedu, Malah seperti kaca terhempas di batu. Hati dan moral rakyat Malaysia hancur diperkotak katikkan oleh negara jiran yang kononnya hanya menjaga rumah api tetapi merampas terus hak kita yang diakui sejarah pemilikannya.
Apa yang kita dapat hanyalah dua biji pulau yang untuk nelayan berlindungpun tak mampu. Dua buah pulau itu kalau dikalangan nelayan dianggap sebagai ‘batu terapung’, nampak bila air laut separas tetapi terus hilang bila air pasang.
Itulah yang menjadi kebangaan Menteri Luar kita dapat ‘Win-Win’. Rasa nak tergeli sungguh ketiak aku. Seluruh rakyat Malaysia dengan rasa bangga dan rela hati memberi hak kebenaran Menteri Luar untuk membuat rumah peranginan untuk keluarganya serta suku sakatnya secara percuma sehingga beberapa keturunan pun tak mengapa.
DSAI,
Alkisah pak kaduk menang sorak tapi kampung tergadai…
Inilah ala penjajahan yahudi…di kala kerajaan lalai dengan kronisme sehinggakan tanah pusaka tergadai tanpa pembelaan yang cukup. Tidak hairan Sabah akan di tuntut oleh Filipina, atau Brunei menuntut boleh menuntut Sarawak. Bahkan kerajaan Siam juga mempunyai tanah jajahan di Semenanjung Malaysia.
Apakah yang akan berlaku sekiranya kerajaan sekarang mengambil endah tak endah terhadap kedaulatan negara. Apa guna nya Sukhoi, kapal selam dan lain lain peralatan moden sekiranya pulau sebesar padang bola gagal di pertahankan.
Saya amat bersetuju dengan DSAI bahawasanya hujah dari segi perundangan langsung tidak di ambil berat oleh kerajaan. Sepatut kita sudah mampu menguruskan semua rumah api yang telah dibina sejak zaman koloni (Sekarang Pulau Pisang)tanpa bantuan pihak ketiga. Mungking kerajaan sekarang melihat pulau itu terlalu kecil berbanding dengan pulau2 yang lain.
Bertaubatlah kerajaan BN, Palestine tidak dijajah secara terus tatpi secara HALUS. Kita tidak mahu rakyat Malaysia merempat di tanah air sendiri..
LAWAN TETAP LAWAN …..WASALAM.
bagus betul lah gaya bahasa DSAI… sastera power! saya minat!
DSAI,
TV3 setiap hari keluarkan berita Pakatan Rakyat hanya janji tinggal janji. Apa komen DSAI? Takkan nak biarkan setiap hari keluar berita sebegitu?
Assalamualaikum WBH.
DSAI,
Apa yang Tun Mahathir buat, apa yang Dato Seri Abdullah Badawi terima dan
apa yang ahli - ahli U M N O percaya sekarang semua adalah balasan Allah di atas
tiada keperihatinan menjaga maruah seorang Islam dan seluruh keluarganya yang dituduh,
diperlakukan, dan diaibkan dengan begitu dahsyat pada sepuluh tahun lalu.
Percayalah sokongan secara biadap mereka dahulu membawa rebah sekarang.
Fikirlah dengan waras dan renung - renungkanlah walau sesaat.
Komen saya tentang Pulau Batu Puteh PBP:-
1) Sejarah dan ICJ telah membuktikan bahawa PBP adalah milik Johor sejak lama lagi (1500an), melebihi dari 129 tahun (tahun 1851 hingga 1980).
2) Saya berpendapat hakim-hakim di ICJ telah membuat satu kesilapan besar dan mereka tidak diperjelaskan tentang sejarah dengan sebenar-benarnya oleh wakil dan agen dari Malaysia.
3) Kebenaran beroperasi yang diberi kepada Singapura pada 1851 tidak bermaksud PBP diberi sepenuhnya kepada Singapura.
4) Surat yang diberi oleh ACTING State Secretary Johor kepada Singapura pada tahun 1953 adalah TIDAK SAH kerana tidak mendapat kelulusan dari Sultan Johor, High Commissioner of Malaya atau pihak yang diberi kuasa yang sah. Surat tersebut adalah “secara individu†dan “reasons only known to him”. PBP tidak diberi kepentingan akibat Singapura berada dalam Malaya. Apakah motif surat tersebut ditulis?
5) Rakyat Malaysia terutamanya orang Johor merasa kecewa akibat kedaulatan PBP diberi kepada Singapura. Saya pun merasa amat hampa dan sedih, dan berharap “Let us vote for PAS”.
6) Sekarang, Malaysia patut berhati-hati dengan langkah Singapura untuk mengambilalih beberapa tanah Malaysia yang lain seperti termasuk Pulau Pisang, tanah yang berdekatan dengan Johor dan batu yang timbul dari dasar laut akibat dari pergerakan bumi. Awas!
7) Kerajaan Singapura angguh dan amat licik tentang perihal ini berbanding dengan Malaysia yang mempunyai perangai “tidak kisahâ€
8) Walaupun Malaysia hanya miliki Middle Rock dan insyallah South Ridge Rock, Malaysia patut membina satu “tugu†atau “light house†sekarang walaupun akan tertawa oleh Singapura.
9) Persempadanan maritin patut dilaksanakan dengan segera kerana pihak Singapura akan cuba melengahkan perkara ini.
10) Kerajaan Malayasia atau BN dahulu dan sekarang patut sedar tentang kehilangan PBP kerana kurang memberi kepentingan dan lebih mementingkan hal sendiri.
11) Kerajaan Malaysia kurang pengalaman dan pendidikan perihal maritin dan kedaulatan. Langkah patut diambil.
12) Kerajaan Malaysia tidak mementingkan rekod-rekod sejarah dahulu - akibat besar kekalahan Malaysia.
13) Kerajaan Malaysia tidak mengambil berat apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965 dan tidak memperjelaskan kedudukan PBP. Begitu juga sejak dari tahun 1851 atau 1951.
14) Keseluruhannya, saya menyalahkan Kerajaan Malaya atau Malaysia (Perikatan dan BN) akibat kedaulatan PBP diberi kepada Singapura.
15) Saya mencadangkan Dato Seri Pak Lah menubuhkan satu Komisyen Di Raja bagi mengkaji seluruh tanah-tanah Malaysia supaya kes seperti PBP tidak berulang lagi.
Rakyat yang hampa….Laksama Din.
pipitart,
ini bukan soal nasi dah jadi bubur ini soal batu putih itu kami bercadang nak jadikan batu nesan UMNO.umno telah melukakan hati orang johor dan rakyat malaysia keseluruhannya walau pun sejenkal bumi kita hilang itu bermakna seluas gurun sahara maruah rakyat malaysia tercemar umno adalah pertualang bangsa melayu dan negara.nelayan johor kini tertekan dengan isu ini adakah umno terfikir tentang hasil tangkapan mereka terjejas? akibat durjananya umno dalam menangani isu Batu Putih. jika isu Batu outih dijadikan track rekod oleh singapore ini bermakna banyak lagi bumi malaysia akan dimiliki oleh singapore seperti Pulau Pisang,Tanjung Pagar,Wilayah Iskandar dan tempat Tadahan Air di Johor.percayalah kalau perak,p.pinang,kedah,kelantan boleh jatuh kepada PR pulau batu putih jatuh ke negara jiran apa lagi nak diharapkan pada UMNO wahai orang melayu ayoh kita tingalkan umno.umno bukan lagi parti harapan umat melayu umno. jalan terbaik kita kapankan umno sebelum dia nazak.umat melayu apa yang nak dipaut pada umno kerana dia telah reput.
Jangan hairan…Pulau Sebesar Padang bola itu nanti akan jadi sebesar Langkawi!!!!!!!!
Masa tu baru kita terngaga kenapa SI BODOH BADAWI tu batalkan projek JAMBATAN.
MAsa tu baru kita sedar Tun ada juga benarnya…
Tapi masa itu kami tak kisah….Aiman tak kisah….sebab SARAWAK dan SABAH dah keluar MALAYSIA!
Selamat tinggal Malaysia.
Abd Rahman Koya bekas pegarang Harakah zaman DSAi jadi TPM. Macam dendam tak sudah. Record DSAI dalam memeperjuangkan hak rakyat bermula dari zaman beliau di U. Kes Baling sampai beliau kena ISA selama 2 tahun. Memang bukan senang nak mereformasikan umno melainkan reformist tersebut menjadi PM. Ini target DSAI tapi malang beliau sendiri di ISAkan pulak untuk kali kedua. Sememangnay segala perancangan beliau untuk mengislah umno tidak kesampaian. So, bagi saya kes Ezam tidak sama dengan DSAI. Kepada Abd Rahman KOya, apa yg anda cuba sampaikan tidak tepat sama sekali.
———————–
Pada si mamat ini
ranacinggey
May 26th, 2008 at 11:43 am
duduk la diam2, perbanyakkan istighfar maka terhentilah juga setiap fitnah yg anda lakukan.
———————–
Mana anda tahu ini fitnah?. Ini adalah kenyataan. Tak baca suratkhabar lama ke?
Bukan kah wajib bagi orang islam, menegakkan yg hak dan menolak kebatilan.
dato seri,kita patut hantar seorang yg berwibawa,berkemampuan,pandai berlakun,pandai berlagak macam vk lingam baru boleh menangmah,betui? :-)
lepas ni, kita kena pertahankan pulau pisang!
ezam ni macam david bechamlah,tarik-2 harga sikit,nanti siapatawarharga tinggi,lompat cepat-2,apa tunggu lagi,kandah kata,”jangan tunggu lama-lama,nanti diambil or….
Sdra DSAI;
bolehlah dinyatakan secara ringkasnya bahawa selepas daripada ini haruslah serta wajib bagi setiap dari rakyat Malaysia terutama kaum Melayu untuk bertindak dengan menjaga apa jua hak yang telah tercatat dalam Perlembagaan Negara. Kepincangan serta kelemahan Melayu adalah atas kerana ketidak tegasan dalam menghadapi isu-isu yang membabitkan MARUAH Islam, Bangsa & Tanahair.
Sekiranya berterusan begini di bawah kepimpinan Melayu sedia ada, pastinya kita akan mengulangi episod Melayu di ‘Pulau’ Singapura!
Salam DSAI
Malaysia boleh! rasuah boleh, tipu boleh, hina rakyat boleh, ISA pun boleh. Bila jumpa orang asing , …………sorrylah apa pun tak boleh
ulam batar,tak semestinya ICJ pro,u dah lupa tu World Bank punya CEO pun korap?kan dia beri girlfren dia gaji dan insentif yg luarbiasa?
Dalam hal ini,i rasa 12 judge tu prihatin tentang singapore yg keci ni,bagi dia sajalah!macam klu u gaduh dgn girlfren u,dia nangis,u ingat orang ramai nak bantu siapa?tentulah yg lebih’keci’kan?
i tak cakap apa-2 sini,kena moderate juga?
rais yatim suami-isteri pun ada sana,macam pegi honeymoon saja!
malaysia banyak jagoh,jagoh-jagoh ni bukan main handal,tapi malangnya hanya jagoh kampung saja!
DSAI, Singapura berani mencabar kedaulatan Pulau Batu Putih, bukan hanya berasaskan kepada aspek perundangan tetapi kekuatan kenteraannya yang mantap.Negara memerlukan kekuatan kenteraan yang kuat dan berteknoloji tinggi jika mahu diplomasi dan kedaulatannya tidak tercabar di masa hadapan.
First, we lose a rock. Next, Sabah will be overrun by illegals from Philippines and the government is still not doing anything.
MD,
http://malaysiadigest.blogspot.com
Memang benar nasi dah jadi bubur tetapi tak kan nak bg jadi bubur kali ke 2.Jika tidak melakukan sesuatu mungkin selepas ini ada pula kedaulatan lain akan lepas ke tangan orang lain.Tujuan dsai mengatakan begitu supaya rakyat tahu betapa lemahnya kerajaan kita,kerana kelemahan itu lah menghasilkan hujah yang lemah dan longlai berbanding hujah singapura,seluruh rakyat MALAYSIA merasa sedih cuma kita tak perlu hanya meratapi tanpa mencari punca kekalahan tersebut.
Tanah pusaka pulau batu putih,
Tergamam hilang milik singapura,
siapa salah semua tahu.
Ini kelemahan peguam negara , sepatutnya diberikan pada Peguam V.K Linggam , boleh dia aturkan hakim … hehe Correct! Correct! Correct! bak kata pepatah melayu “MACAM BELANDA DAPAT TANAH” cantiknya dihakimi di sana … hidup mesti bijak pandai jgn memandai-mandai .. to be continue
Hahahaha…isu nihh kalau kerajaan BN tak jaga betol betol boleh kalah lagi untuk next PRU13. Hati orang Melayu rata rata dah sakit. Apasal bawa kes ke ICJ. Sendiri boleh handle. Bukan kelemahan hujah sangat tapi mereka boleh ‘membeli’ undi. Putus ja Tambak Johor tuh…Dalam tahun 2008 pun kita masih kehilangan kedaulatan…
Kita tengok macam mana Singapura handle *dgn izin isu Batu Puteh ini
Mereka menghantar PAKAR dalam perundangan TPM Singapore dan PAKAR bahagian lautan….untuk lawan hujah malaysia..
Malaysia hantaq Gani Pataih…..Rais Yatim…..besi buruk….
Awat tak hantaq Samy Vellu sekali…..
Salam Datuk Seri,
Nanti, bila DS dah amik alih, boleh tak kurangkan kadar excise duty? Tak guna kita bagi protection kt proton tp proton asyik kluarkan substandard kereta. Saya sakit hati sangat. Padahal, directors di Proton bukan pakai kereta proton, menteri2 semua pon bukan pakai proton. Seperti biasa, orang yang pendapatan rendah sahaja yang guna proton. Semua ini tidak adil. Kalau dah hapuskan excise duty, lepas ni mungkin boleh naikkan minyak lagi. Kalau taknak bagi subsidi, janganlah letak cukai tinggi untuk kereta. Kerajaan Mahathir menyusahkan rakyat.
Lihat betapa jauh bezanya pendekatan Kerajaan Malaysia (UMNO) dengan kerajaan Selangor (PR). 50 tahun Malaysia berputih mata dengan Pulau Batu Putih. Berhujah macam orang ‘cirit’.
Dalam tak sampai 50 hari, kerajaan Selangor sekarang dah siap nak ambil-alih SYABAS, PUNCAK NIAGA dll. (’culprit’ dan syarikat cekik darah rakyat) melalui Kumpulan Darul Ehsan. Kesemuanya akan distruktur semula untuk kepentingan rakyat. Langkah pertamanya ialah air percuma 20 meter padu.
Sedar tak kita, SYABAS membuat untung lebih RM500,000 sehari, sebaliknya membayar kepada kerajaan negeri cuma RM150,000 sebulan dengan segala kemudahan yang telah disiapkan.
Ingat tak kita, ketika ditubuhkan PUNCAK NIAGA ditugaskan mengutip bayaran tertunggak RM 2 bilion. Untuk mereka mula bergerak, kerajaan pusat ‘beri’ RM340 juta (bukan RM340!). Buta je.
Ni la caranya nak bela kroni di zaman Mahathir.
So, apa pun biar la saya orang pertama ucapkan tahniah kepada TS Khalid; seorang tokoh korporat yang berjiwa rakyat.
p/s Khir Toyo, kamu patut contohi semangat TSK tu dah cukup. Tak buat pun tak pe. You’re only a dentist cum politician ikut pintu belakang. Dosa kau serah Putrajaya belum dikira lagi tau!
Assalamualaikum DSAI,
Nak TANYA ISU TERKINI….”Hassan ALi Haramkan Islam Hadhari”…. adakah isu ini tak dikira isu yang gopoh oleh kerajaan baru tanpa ada hikmah dan strategi yang menarik?
Rasanya lebih baik Kerajaan baru Selangor haramkan dulu benda yang pokok dalam Islam iaitu
1. Arak dijual kepada Melayu Islam dan remaja melayu Islam di Selangor
2. Judi yang begitu meleluasa
3. Program Jom Heboh dgn Konsert yang diadakan di Sgor yang penuh dgn kemaksiatan
4. Program akademi Fantasia yang diadakah diSgor yang penuh dgn bercampur lelaki dan perempuan, solat entah kemana, terjerit dan terlolong macam monyet dan kera…
ITULAH yang perlu diharamkan dulu…. kemudian ubah program Islam Hadhari dgn Islam Syumul.
Harap Kerajaan Baru Selangor- Janganlah gopoh… ambil pengalaman dari terengganu dan tengok cara terbaik Tok Guru Nik Aziz handle Kelantan sehingga Kelantan begitu sebati dgn kerajaan pas.
saudara dato seri,nasib baik tak hantar mamak zam pegi,klu dia pegi,bahasa inglis dia susah difahami,ICJ pun geleng kepala,nak menterjemah ke bahasa latin pun tak ada pakar,kemungkinan ‘tak faham’ nilah yg kemungkinan membawa kemenangan ’surprised’ kpd kitakan?dan kita pun tak ada peluang nak kata apa-2 disini!hehehe!
tak gune anta zam,wat abez duet rakyat je bayar tambang die g ICJ.Sampai kt sana,berhujahlah die dengan terketar-ketar dan gagap seperti siamang di Afrika Utara.
Alahai,kenapalah kerajaan Dolah badawi ini tidak menghantar peguam yang lebih hebat bagus dan berkarisma.Negara kita ada ramai peguam yang lebih layak drpd GanI Petel(bahasa jawa yang bermaksud “patah”).Kita ada Karpal Singh,Zulkifli Nordin,Hanipha Maideen.Akhirnya yang dihantar adalah Gani Petel dan pasukannya yang sengaja atau tidak terang-terangan memalukan Malaysia.Sepatutnya sebelum membawa kes ini ke ICJ,pihak negara kita perlu mempersiapkan semua hujah-hujah yang begitu ampuh bagi menentang Singapura.Kelemahan hujah oleh Gani Petel sukar untuk diterima sehinggaan pihak Singapura mampu mengatakan bahawa Pulau Putih Mata ini seperti tidak bertuan.
Salam ato seri.
Jangan biarkan kami ternanti-nanti, gantikan mereka.
Biasalah bagi pemimpin negara sejak mula . bila perlu , hampir terlepas dan terlepas barulah sedar( dn mungkin purapura sedar) akan kepentingannya he he umpama rakyat lah katakan , bila dekat pr rakyatah diagung-agungkan lepas menang takterpeduli macam pulau2 tu dan bila rakyat blah masing2 tuduh menuduh siapa salah sedangkan faktanya mereka yang salah kerana tiada kerajaan lain selain bn sejak zaman keris.
Selepas ini , negara mugkin kehilngan beberapa negeri lagi yang mana jumlah PTInya hampir sama , sama bayak atau lebih ramai dpd pribuminya ,sedankan pemimpin bn alpa dan sibuk menjual
diri utk pemilihan mereka december ini.
Inilah adalah salah satu yg mejadi kebimbangan kami dn keperluan kepada pertukaran kerajaan malaysia. Pemimpn bn hanya berlakon dan hipokrit untuk kesinambngan ,memanjangkan hayat mrk sbg wakil rakyat pru 13. Mereka bukan pemimpin cuma si haloba
DS,
Kenapa mereka tak buat statement, peguam negara takda masa nak buat homework untuk tuntut pulau ni sebab mereka sibuk mendakwa, dakwa, dakwa orang dalam negara.
Lebih baik Encik Linggam aje yang dihantar. Sure, Korek!, Korek!, Korek!
Inilah akibatnya…bagi orang yang kurang “pandai” mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Putih….hanya kekecewaan yang kita dapat…
“Salam Perjuangan DSAI”
Sdra DSAI,
Apa Dam nama yang Singapura “jaga” di Johor sekarang? Boleh kah Singapura satu hari nanti minta tempat itu ? Kita kena berhati-hati juga.
Salam,
kepada Tuan Moderator, saya memohon agar menyiarkan semula kiriman saya tentang adanya khabar angin Cikgu Bard akan mengikut jejak langkah Saudara Ezam merujuk kembali kepada UMNO. Jika kedapatan rasa tidak puas hati di pihak Tuan Moderator atau kesilapan di mana-mana dalam kiriman saya itu, diharap Tuan Moderator sudi mengirimkan sebab dan ulasan lanjut kepada saya di alamat emel: zainal_abab2001@yahoo.com
Salam REFORMASI
Zainal Abidin Abu Bakar
Pengundi berdaftar di PJ Utara
Saya sokong luahan Zainal Abidin Bin Abu Bakar dan memang 200% benar.. Lihat di SELANGOR.. AMBIL PERHATIAN TAHAP MERAH MASALAH AKAR UMBI INI.. Guna sistem kouta Ranking lebih ADIL.. Demokrasikan PKR..
Quote ‘apa perlu MB nak offer jawatan dalam PBT kepada professional luar? dalam parti kita pun ramai engineer, arkitek, lawyer!â€, ‘…ramainya sebelah sana (UMNO) yang dok menempel dengan YB-YB kita tu yer…â€, “…aku khuatir betul penyakit KRONI dan sedara mara berjangkit ke dalam parti kita ni.†Sedikit contoh luahan rasa daripada pendokong kebangkitan Pakatan Rakyat! Pada pengamatan saya, keluhan dan luahan rasa mereka itu ada benarnya dan ianya kian memBARAH! Teringat pula kepada pepatah: Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.’
Sepatutnya nak elak pertelingkahan jawatan, Ahli Majlis atau MPP PBT diberi mengikut Ranking jawatan sesuatu Bahagian. Tetapkan KUOTA seperti berikut.. Demokrasi..
1- Ketua Bahagian.
2- Timbalan Ketua Bahagian
3- Ketua Wanita.
4- Ketua AMK
5 dan seterusnya - Lantikan Biro Politik dan dipersetujui jawatankuasa bahagian.( DIGALAKKAN MENGIKUT RANKING JAWATAN DALAM BAHAGIAN DAN KELAYAKAN) TAK PERLU ORANG LUAR..
DSAI SILA AMBIL PERHATIAN MASALAH INI!!!!!!!!!!!!!
Sekarang seolah-olah ketua Bahagian dan wakil Rakyat yang berkuasa menentukan nama yang mereka suka untuk Ahli Majlis dan MPP PBT..
Bagaimana kami mahu bergerak aktif jika Ketua AMK kami tidak punya kuasa di PBT.. Situasi aktif ketika menjadi pembangkang berlainan dibandingkan aktif semasa memerintah.. Mengapa mereka berebut mahu jawatan bergaji tetapi kami AMK dipinggirkan??
Sewaktu susah kami diarah sane-kesini.. Bila menang kami tak sangka ini yang terjadi.. Jika kami BERSUARA, dikatakan berjuang tak ikhlas kerana mahukan pangkat.. Persoalannya KENAPA PEMIMPIN ATASAN BAHAGIAN DAN NEGERI MAHU BERI JAWATAN KEPADA ORANG YANG TIDAK BERJUANG DALAM PARTI.. SEMATA-MATA KRONI DAN MEMBERI ALASAN KELAYAKAN.. Perjuangan dan kesetiaan mereka tak dipertikaikan pun??? Guna sistem kouta Ranking lebih ADIL
APAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKADEMIK YANG TINGGI SAHAJA YANG LAYAK?? KAMI PUN PANDAI JUGA!!!
BAGAIMANA PERASAAN ORANG YANG MEMPUNYAI BAKAT BERPOLITIK DAN DISUKAI PENYOKONG DAN PENDUDUK TEMPATAN?? Guna sistem kouta Ranking lebih ADIL.. Demokrasikan PKR..
DSAI,
Terima kasih DSAI kerana memberi kenyataan tentang kehilangan Pulau Batu Puteh.
Diharap DSAI dapat berbincang dgn rakan - rakan PAKATAN agar satu kerangka penyelesaian dan tindakan yang konkrit ke atas bakal Pulau Batu Puteh NO.2 iaitu
WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR, pembelian air oleh Singapura, loji tadahan air di JOHOR dasn pelbagai lagi isu yg belum nampak sebarng peghujung penyelesaiann dibawah BN. Isu ini amat amat dekat sekali di hati rakyat Johor dan Sultan Johor,saya yakin PAKATAN dapat menembusi Johor sebagai benteng akhir parti UMNO jika rangka tindakan konkrit dapat dibentangkan sepertimana isu subsidi minyak yg diwar2kan oleh DSAI semasa pilihanraya .. Harap boleh kemukakan pendapat DSAI dalam blog ini agar rakyat Malaysia amnya dan Johor khususnya dapat memberi cadangan dan kritikan..Bagi saya inilah sebenarnya isu “duri dalam daging” YG PATUT DIKELUARKAN berhubung hubungan Malaysia dan Johor.
PEMERHATI POLTIK BAWAHAN…
Terima Kasih
Hairan kancil boleh kalahkan gajah?
Gajah-gajah tu harap aje telinga besar.
DSAI,
Tun Mahathir kata,
“Sepatutnya saya tidak beri Abdullah masuk Umno (baru) tetapi saya bagi dia masuk balik,” katanya, merujuk penyertaan kembali ahli parlimen Kepala Batas selepas Umno diharamkan pada 1988. Petikan dari malaysiakini, “belum mati, sudah tidak dikenang”.
Sekarang nak tanya Tun yang mana lebih baik antara dua, Pak Lah atau Anwar? Jawapan Tun, dua - dua orang ni tak baik. Pasal Tun sampai mati pun tak kan puas hati. Sebab itu Tun kata nak jadi Agong, depa tak bagi. Cita - cita Tun sungguh tinggi.
Semoga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk pada Tun untuk memilih yang mana lebih baik.
Akhirnya Tun akan tahu, orang yang Tun buang dulu, bukan sampah tapi mutiara yang boleh digilap dan akan terus bercahaya sampai melintasi Laut Cina Selatan. Faham - faham je la.
Falkland lokasinya dekat Argentina jikalau banding dengan England, selepas perang barulah jatuh ke tangan orang british. Pulau batu putih lebih dekat dengan Malaysia, mengapa mudah sangat bolih jadi hak singapore? Adakah wakil kita sudah jual Pulau batu putih ke kerajaan Singapura?
salam kepada dsai..
itu lah kerja kerajaan umno. meraka ni lebih sibuk jaga hal politik dlm negara supaya umno terus berkuasa dan lebih suka menghantar special branch untuk mengekori ahli politik pembangkang
dari maruah kedaulatan dan menjaga pulau2 di yang ada dalam wilayah negara. tengok lah pulau yang dah dapat kat singapore . dan masih belum ada peracangan nak kawal pulau2 yang lain.nanti lah itu lah ini lah sampai bila lah nak jadi macam ni. pulau dah terlepas kat orang.tapi masih lagi lembab nak jaga kedaulatan lembab bertindak. apa kah depa ni tak ada maruah. takda ke rasa bersalah kerajaan pada orang melayu.smapai orang nak ambil tanah sendiri tak mampu berbuat apa… lihat lah saudara ku lihat pulau yang ada di malaysia tidak dijaga lansung terutama pulau di bahagian sabah begitu senang pati keluar masuk tanpa halangan…. hai apa sudah jadi malaysia, orang melayu kenapa dan mengapa……. umno dulu kini selamanya sampai mampus mana pergi keris yang di julang yang kononnye nak membela melayu.. elok tikam je kat perut sendiri je.
kalau ikut hati aku nak aje aku arahkan jet jet tudm suhkoi 30mkm dan fa-18d hornet yang membawa smartbom panduan laser GBU-24 Paveway III – Mk 84/BLU-109 2000 lb dan SS-N-22 Sunburn
(moskit)bunkerbuster tu pergi bom je pulau batu putih tu biar dua2 putih mata tak dapat…
tapi semua itu salah siapa …… silap orang melayu (umno}juga
Saudara Anwar (i always prefer to address you this way as it keeps reminding me of reformasi days)
We lost Pulau Batu Puteh. But I understand that there are many more islands that Singapore is vying to bring into its fold.
We need to be very wary of Singapore. I remember reading once in Singapore Straits Times which reproduced part of Lee Kuan Yew’s memoirs. LKY mentioned that if for some reason or other, Malaysia refuses to give water to Singapore, Singapore armed forces are capable of invading Malaysia to bring in the water. This is very chilling.
I would also suggest that Saudara Anwar as well as bloggers read this article which appeared in Malay Mail newspaper in 2003, which can be accessed through the following blog:
http://www.littlespeck.com/content/security/CTrendsSecurity-030114.htm
We need to be wary of Singapore as they are allied to Israel and US and Paletine is one living example of how a miniature state can control a vast majority of occupied land.
Pulau pandan jauh ditengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik PR dikenang jua
Pulau batu puteh tapak tempua
gunung vaceno berapi api juga
pulau batu puteh hak singapura
temenung UMNO tapi berpura pura
Note: ini lah pantun yang pertama saya cipta dalam hidup saya maklumlah buah cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokan saya budak baru belajar politik kalau salah tolong ajarkan.
DSAI,
Ada satu lagi cadangan daripada “org Muar” yg mungkin DSAI boleh pertimbangkan demi masa depan Malaysia, ketuanan rakyat dan kekuatan PAKATAN.
Mohon rujuk artikel ini :http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=2057
Banyak kali dalam cermah DS, ulangi yg DS telah maafkan TDM dan saya yakin DS ihklas & jujur ucapkannya.Kini nasib beliau pun hampir sama spt DS.(di luar UMNO)
Demi rakyat Malaysia harap DS boleh pertimbangkan..
Pemerhati Politik Bawahan
Ha….baru padan muka Jiran seperti Singapura mana boleh baik……mahu untung saja rugi tak ada mengena.Siapa kata win-win situation dah sah Pulau Batu Puteh milik Negara Malaysia ikut logik jauh dari Malaysia 7km jauh dari Singapura 25km. Kalau ada tsunami ke…tiba timbul dua pulau satu dapat Malaysia satu lagi dapat Singapore ini baru bagi win-win apa punya bengap sangat Menteri Luar nak menyejukkan hati rakyat…inilah dia kalau ada pemimpin yang lemah,anak buah pun lemah dalam mengendalikan kes. Maruah Malaysia sudah tercalar disebabkan pemimpin yang lemah. Singapura yang tak ada apa hasil masyul pun pandai menguruskan negara dapat pulau yang sepatutnya Milik Malaysia terlepas sudah. Ini penjajahan cara moden bukan melalui peperangan….kenapa le…Umno ni bengap termasuk dari Johor…jangan pula nanti hilang pulau pisang perembat saja orang Singapura keluar dari pulau pisang kapal sekarang mana perlu lagi pakai rumah api lagi, kapal laut sekarang ini pakai GPRS. Harap PKR dapat kerajaan pusat la cepat sikit supaya deal dengan Singapore perlu cerdik pandai jangan menang sorak kampung tergadai pepatah melayu inilah barisan kita yang melawan singapore tak ada kreditbiliti langsung. Kalau dah tak terdaya lagi membuat perubahan idea dah kering patut berundur cara yang terhormat supaya jangan buat kesilapan yang merugikan rakyat bukan harta bapa mereka yang menjaga negara ini. JANGAN JADI LEMBIK SANGAT,LEMBIK SANGAT LINGKUP NEGARA….pemimpin peduli apa naik Kapal Terbang pergi Negara lain yang merana Rakyat……..
Wassalam
Wassalam
SILA LIHAT KOMEN SAYA NO. 53 DI ATAS
Komen saya seterusnya mengenai PBP:
(1) Tan Sri Peguam Negara Abdul Gani Patail must resign NOW as he is responsible. He was highly confident that Malaysia could “win” so to be a so-called Hero of Malaysia (as he was not for Sipadan) he represented Malaysia in the ICJ. Please, this is an international court and not any court in Malaysia where you can get “help” somewhere.
I feel Tan Sri is not competent to handle any international cases. The learned now and then Federal Judges (excluding Tun Eusoff), YB Karpal or Dato Shafee may be better choice.
(2) Tubuh satu Suruhanjaya Di Raja dengan objektif seperti: “mendaulatkan” semua tanah Malaysia termasuk pulau-pulau kecil, batu-batu timbul dari dasar laut, dll dan seterusnya mengistiharkan persempadanan Malaysia di laut, darat dan udara dengan segera. Nota: untuk Kerajaan BN, jangan pentingkan parti dan ego, pentingkan kedaulatan negara dahulu. Tengok apa yang sudah jadi pada PBP.
Most Malaysians cannot accept the fact that we lost PBP, I view due to the Perikatan/BN’s lackadaisical attitude towards the sovereignty of the country. They never place it as utmost important.
3) When it comes to sovereignty of Malaysia, please be tough and do not be “lembut-lembut” type, “kita ini jiran yang baik” stuff, etc. …forget the softies’ parts. In the case of PBP, Singapore has bullied Malaysia for years, and what have Malaysia done?
Rakyat yang hampa dan amat marah……. Laksamana Din.
Mana dia KETUANAN MELAYU?
Pemerintah Melayu (Umno) menyerahkan Pulau Batu Puteh kpd Singapura.
Anak Melayu yang menjadi Mat Rempit
Melayu menjuarai penagih dadah
Gadis Melayu timbulkan bosia
Anak Melayu didedahkan dgn progrem media yang melalaikan.
Anak Melayu dipengaruhi dan terjerumus dengan gejala MURTAD
Biasiswa untuk Pelajar Melayu ditranformasikan kpd PTPTN
Puluh ribuan Graduan Melayu menganggur kerana tak upaya menyediakan pekerjaan.
Melayu pelopor Jom Heboh, Akademi Fantasia, Gang Starz. Ini semua agenda sulit melalaikan generasi Melayu.
Bahasa Inggeris dinobatkan dan Bahasa Melayu dipinggirkan.
Bangsa Melayu dan tak hormat Raja2 Melayu.
Keluarkan keris dan laungkan “Pantang Pemuda Melayu (Umno) dicabar”. Keris keraslah, orangnya?…..LEMBEK… bak kambing berak cair.
SuddenlyR